lot 3151, jalan sungai saim, rantau panjang, 42100...

10
Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Cawangan: No. 48, Jalan Cempaka, Taman Desa Raya, Batu 12 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon : 019-6952099 / 017-2541077

Upload: vantu

Post on 17-Sep-2018

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

������������������������ �Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang,

42100 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Cawangan: No. 48, Jalan Cempaka, Taman Desa Raya, Batu 12 ½, 43100 Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon : 019-6952099 / 017-2541077

����

����

����

����

����

����

Page 2: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

���������������� Segenap pujian dipanjatkan ke hadrat yang Esa dan syukur di atas nikmat iman dan Islam yang dikecapi. Semoga nikmat ini berkekalan sehingga nafas yang terakhir. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda dan para sahabat yang telah berkorban segalanya demi kalimah Allah. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat yang mulia. Semoga Allah juga redha terhadap kehidupan kita. Seterusnya membolehkan kita mencapai kejayaan di akhirat kelak. Dunia masa kini seakan tenggelam dan hanyut di dalam arus kemodenan yang tidak seimbang dengan pembangunan kerohanian. Di sebalik kemodenan, masih ramai anggota masyarakat yang ketinggalan dalam ilmu akhirat. Lebih-lebih lagi ilmu dari Al-Quran yang disahkan sebagai panduan sepanjang zaman. Tidak terkecuali golongan yang kurang mahir membaca Al-Quran. Keadaan ini sangat lah dikesali. Atas dasar itu, tercetuslah satu usaha bagi menubuhkan sebuah pusat pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini juga menyediakan pelbagai ilmu yang lain seiring dengan kehendak Islam dan dunia masa kini. Maahad Tahfiz Darul Hafidzin telah memulakan operasinya pada Mac 2010 dengan kelas pengajian Al-Quran kepada orang awam dan kelas khusus kepada pelajar-pelajar perempuan berasrama. Terdapat juga kelas untuk mereka yang belum mampu membaca Al-Quran. Kelas seperti ini memperkenalkan kaedah yang bersesuaian untuk belajar membaca. Sementara itu, pelajar-pelajar yang sudah boleh membaca dengan baik diserapkan ke kelas tahfiz. Maahad ini menyediakan satu sistem hafazan Al-Quran yang terbukti berkesan untuk diaplikasikan kepada bakal pelajar. Sistem ini telah diguna pakai oleh para huffaz sejak sekian lama. Tuntasnya, saya sebagai pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan setulus hati berharap agar maahad ini mampu membangun seperti yang dicita-citakan. Semoga ia dapat mendidik dan melahirkan generasi Al-Quran yang berkebolehan dan berketerampilan dalam semua aspek kehidupan. Justeru, saya mengharapkan doa dan sokongan orang ramai bagi memastikan niat murni menegakkan kalam Allah ini berjaya. Sekian, Wassalamualaikum…. Mengharap keredaan Allah, USTAZ ASHAARI HJ MOHD SALLEH AL HAFIZ Pengasas Maahad Tahfiz Darul Hafidzin

Page 3: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

�� � � � � �� � � � ��� � � � � �� � � � ��� � � � � �� � � � ��� � � � � �� � � � � �� � � � �� � � �� � �� � � � �� � � �� � �� � � � �� � � �� � �� � � � �� � � �� � ����

����� � � ��� � � � � � � �� � � � �� � � ��� � � � � � � �� � � � �� � � ��� � � � � � � �� � � � �� � � ��� � � � � � � �� � � � ����� MUKADDIMAH MAAHAD TAHFIDZ DARUL HAFIDZIN (MTDH) merupakan sebuah institusi pendidikan dan pangajian hafazan Al-Quran swasta. Rancangan penubuhannya bertempat di LOT 3151, Jalan Sungai Saim, Kampung Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Institusi ini akan didirikan di atas tanah yang berkeluasan setengah ekar yang telah diwakafkan kepada pihak MTDH. Matlamat penubuhan MTDH ialah untuk melahirkan generasi yang hafiz Al-Quran, berpengetahuan luas dalam bidang Al-Quran dan akademik serta berkeperibadian mulia. Oleh itu, program hafazan Al-Quran menjadi teras pembelajaran di MTDH. Program ini dianggap sebagai satu wadah bagi menjana rohani dan jasmani yang bertunjangkan syariah islamiah. Tidak ketinggalan juga ilmu pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan masa kini. Maahad ini akan berusaha membimbing pelajar ke arah pentarbiyahan agar mereka mampu menjadi pemangkin kepada kesempurnaan. Sasaran ini bukan sahaja kepada diri mereka sendiri. Sebaliknya untuk seluruh keluarga dan seterusnya seluruh ummah di sekitarnya. Objektif pendidikan MTDH ini tentu sekali untuk melahir para penghafal Al-Quran yang dianggap sebagai penyambung risalah Rasulullah SAW. Ini bersesuaian dengan Al-Quran itu sendiri yang menjadi petunjuk serta penyuluh jalan dalam kehidupan. Selain itu, pelbagai cabang ilmu duniawi juga diajar agar pelajar menjadi insan yang mampu mengurus dan mentadbir apa jua bidang yang diceburi berpandukan roh islamiah sebagaimana yang dipancarkan oleh Al-Quran itu sendiri. SUKATAN PELAJARAN Sukatan pelajaran yang diguna pakai oleh MTDH ialah seperti berikut:-

1. Pendidikan Hafazan

(i) Tahap Awal

Pelajar dibimbing mengikut kaedah bacaan Al-Quran yang tartil dan seterusnya menghafal sehingga khatam 30 juzu’ (khatam pertama kali). Jangkamasa yang disasarkan ialah 2 sehingga 3 tahun. Pengambilan pelajar dibuat berdasarkan keputusan ujian kelayakan masuk dengan perhatian khusus kepada sejauh mana kebolehan pelajar membaca Al-Quran dengan lancar dan tajwid. Potensi menghafal Al-Quran dan minat dari pelajar itu sendiri juga akan dinilai. Tawaran ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 13 tahun.

Page 4: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

(ii) Tahap Lanjutan (Program Syahadah)

Bagi pelajar-pelajar yang telah khatam hafazan 30 juzu’ Al-Quran, mereka akan meneruskan hafazan di dalam program syahadah. Melalui program ini pelajar dikehendaki mengulangi hafazan dengan membaca sebanyak 10 juzu’ Al-Quran dalam masa satu hari di hadapan guru. Secara keseluruhan pelajar tersebut dimestikan mengkhatamkan 30 juzu’ Al-Quran secara hafazan selama tiga hari sambil disemak oleh seorang guru.

2. Pendidikan dan Tarbiyah Diniah (Fardhu Ain)

(i) Berkonsepkan pendidikan dan tarbiyah (fardhu ain) sebagai peneraju dan pelengkap kepada kesempurnaan akidah, ibadah serta akhlak islamiah.

(ii) Pelajaran diniah dibahagikan kepada 2 peringkat iaitu rendah dan

menengah. Sukatan pelajaran diniah berpandukan kepada sukatan pelajaran agama Islam yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sebagai tambahan, kitab-kitab tradisional yang lazim diguna pakai di sekolah-sekolah pondok turut diperkenalkan. Sebagai contoh, kitab-kitab tersebut banyak membantu dalam mata pelajaran nahu dan sorof bagi mereka yang mendalami Bahasa Arab.

3. Pendidikan Akademik

(i) Sebagai ilmu keperluan semasa yang bertujuan memantapkan lagi professionalisme para pelajar. Ini amat bersesuaian dengan zaman dan persekitaran. Sehubungan itu, pelajaran akademik turut diberi perhatian sewajarnya. Kurikulum akademik yang diajar berdasarkan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini sebagai satu pendedahan dan persiapan untuk pelajar meneruskan Program Pendidikan Kebangsaan (PMR, SPM, STAM/STPM). Ia memberi galakan dan kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pengajian arus perdana serta menduduki peperiksaan awam setelah menamatkan Program Hafazan / Syahadah.

(ii) Pelajaran akademik dibahagikan kepada peringkat rendah dan

menengah.

Page 5: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

JADUAL HARIAN PELAJAR MTDH Pihak pentadbiran MTDH telah menetapkan satu jadual rasmi yang tersusun. Setiap pelajar wajib mematuhi jadual yang di sediakan seperti berikut:-

MASA

AKTIVITI

4.30 Pg.

Bangun pagi, mandi & solat Tahajjud

5:45 – 6:30 Pg.

Solat Subuh, Yaasin & Al-Ma’thurat

6:30 – 8:00 Pg.

Hafazan Baru (Saba’)

8:00 – 8:30 Pg.

Rehat – Sarapan pagi

8:30 – 10:00 Pg.

Hafazan mingguan (Parasaba’)

10:00 – 10:15 Pg.

Solat Dhuha

10:15 – 11:45 Pg.

Hafazan Lama (Mukhtar)

11:45 – 1:00 Tgh.

Rehat – Tidur Qailullah

1:00 – 1:30 Tgh.

Solat Zohor

1:30 – 2:00 Ptg.

Makan Tengahari

2:00 – 3:00 Ptg.

Mengaji, Mutala’ah (sendiri)

3:00 – 4:30 Ptg.

Kelas Dinniah (2 Subjek / Madah)

4:30 – 5:00 Ptg.

Solat Asar

5:00 – 6:40 Ptg.

Riadah & Operasi Pembersihan

6:40 – 7:30 Mlm.

Makan Malam & Solat Maghrib

7:30 – 8:30 Mlm.

Mengaji – Persediaan Saba’

8:30 – 9:00 Mlm.

Solat Isya’

9:00 – 10:00 Mlm.

Mengaji – Persediaan Mukhtar

10:00 – 10:30 Mlm.

Mutalaah Diniah / Akademik

10:30 – 11:00 Mlm.

Bersiap untuk tidur (Bacaan Al-Mulk & As-Sajdah beramai-ramai)

Page 6: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

JADUAL WAKTU DINIAH / AKADEMIK MTDH

HARI 3.00 – 3.45 PM

3.45 – 4.30 PM

ISNIN FEQAH

TAUHID

SELASA HADITH

SIRAH

RABU TAJWID

TAFSIR

KHAMIS NAHU

SOROF

JUMAAT TAJWID

MUTALAAH

HARI 8.00 – 9.00 9.00 – 10.00 10.00 – 11.00

11.00 – 12.00

SABTU B. MELAYU SAINS MATEMATIK

B. INGGERIS

JADUAL KELAS ERT

SABTU MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3

MINGGU 4

3.00 – 4.30 KELAS MASAKAN

USRAH / AMALI

KELAS MASAKAN

KELAS

JAHITAN

Jadual pembelajaran yang agak ketat ini bertujuan memastikan setiap masa yang terluang dapat dimanfaatkan oleh para pelajar. Semoga dengan cara ini, objektif MTDH akan tercapai. Jadual ketat ini berupaya melatih pelajar untuk sentiasa memajukan diri.

Page 7: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

MEMOHON SUMBANGAN PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN

Maahad Tahfiz Darul Hafidzin dengan rendah hati memohon kesudian

Dato/Datin/Tuan/Puan dan kaum muslimin & muslimat untuk menyumbang

dana bagi pembangunan Maahad Tahfiz Darul Hafidzin (MTDH). Projek

Pembangunan MTDH merangkumi pembinaan bangunan dua tingkat yang

mempunyai pelbagai kemudahan, asrama dan kelas pengajian yang lengkap

dengan segala peralatan diperlukan. Ia akan didirikan di atas tanah wakaf

seluas setengah (1/2) ekar. Kos pembinaan dianggarkan sebanyak RM

500,000.00 (Lima Ratus Ribu).

Sumbangan Dato/Datin/Tuan/Puan boleh disalurkan melalui akaun:-

Bank: Bank Islam Malaysia Berhad

No. Akaun: 1209 2010 0320 10

Nama: PUSAT TAHFIZ AL-QURAN DARUL HAFIDZIN

“Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya dijalan Allah seperti

sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada

seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia

kehendaki, dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:-

Ustaz Ashaari Al-Hafiz (019-695 2099 / 017-254 1077)

Tuan Haji Mohd Salleh (012-267 3436)

Sdr. Yusoff Talib (013-368 4294)

Page 8: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini

CADANGAN TAPAK PEMBANGUNAN MAAHAD TAHFIZ DARUL HAFIDZIN DI ATAS TANAH LOT 3151, JALAN SUNGAI SAIM, RANTAU PANJANG, 42100 KLANG, SELANGOR.

Page 9: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini
Page 10: Lot 3151, Jalan Sungai Saim, Rantau Panjang, 42100 …xa.yimg.com/kq/groups/22271592/85079786/name/MTDH.pdf · pengajian khusus untuk mempelajari dan menghafal Al-Quran. Pusat ini