garis panduan kawalan keselamatan …xa.yimg.com/kq/groups/25163945/956237882/name/garis... · web...

28
2011 PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES, TAMAN SRI PULAI PERDANA 81110 JOHOR BAHRU, JOHOR. 1 GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN KEDIAMAN PERDANA TERRACES

Upload: lenhu

Post on 24-May-2018

317 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

2011

PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES, TAMAN SRI PULAI PERDANA81110 JOHOR BAHRU,JOHOR. 1

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN KEDIAMAN

PERDANA TERRACES

2

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MS

1 SKOP PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI KAWASAN KEDIAMAN BERPAGAR PERDANA TERRACES

3

2 ARAHAN KERJA 1: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES Tangungjawab Pengawal Keselamatan: UMUM

8

3 ARAHAN KERJA 2: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES Tangungjawab Pengawal Keselamatan: Di Pos Kawalan Keselamatan

10

4 ARAHAN KERJA 3: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES Tangungjawab Pengawal Keselamatan: Pendaftaran Pelawat (Visitor)

13

5 ARAHAN KERJA 4: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES Tangungjawab Pengawal Keselamatan: Pendaftaran Masuk & Keluar Kontraktor (Ubahsuai dan Pemasangan)

15

6 ARAHAN KERJA 5: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACESTangungjawab Pengawal Keselamatan: Semasa Rondaan Keselamatan

17

7 PENALTI JIKA PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN BERTUGAS GAGAL MEMATUHI GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES

19

3

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN, PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES,

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.KOD KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

BIL SKOP PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN

TANPA SENJATADI KAWASAN KEDIAMAN BERPAGAR PERDANA

TERRACES

Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

1.0 Status Syarikat Perkhidmatan Kawalan Keselamatan:1.01 Syarikat mempunyai lesen yang berdaftar dengan

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan sijil masih berkuatkuasa; (sila sertakan salinan sijil/lesen berkaitan)

1.02 Syarikat mestilah mempunyai kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan yang berdaftar Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan sijil masih berkuatkuasa; (sila sertakan salinan sijil berkaitan)

1.03 Syarikat mempunyai lesen menjalankan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjatayang sah di sisi undang-undang Malaysia; dan

1.04 Syarikat berkeupayaan memberikan perkhidmatan kawalan keselamatan tanpa senjata kepada Persatuan Penduduk Perdana Terraces.

2.0 Tempat dan kawasan yang memerlukan kawalan:2.01 Syarikat bersetuju memberikan perkhidmatan kawalan

keselamatan tanpa senjata di seluruh kawasan Kediaman Berpagar Perdana Terraces, Taman Sri Pulai Perdana, 81110 Kangkar Pulai, Johor.

3.0 Syarikat bersetuju menyediakan pengawal keselamatan yang berasingan mengikut tempat, masa bertugas dan jumlah keanggotaan sepertiberikut :

3.01 Tempat: Pos Kawalan Keselamatan Perdana Terraces dan persekitaran dalam kediaman Perdana Terraces

4

3.02 Hari Bertugas: Isnin – Ahad (24 jam)Masa Bertugas: Dua (2) Shif7.00pg-7.00ptg (Shif 1) @ 8.00pg -8.00mlm (Shift 1)7.00ptg -7.00pg(Shif 2) @ 8.00mlm-8.00pg (Shift 2)

3.03 Bilangan Pengawal:3 orang pengawal keselamtan (2 di pintu masuk/keluar, 1 orang untuk rondaan berkala)4 orang pengawal keslamatan (2 di pintu masuk/keluar, 1 orang untuk rondaan berkala, 1 di pos tinjauan belakang)

3.04 Syarikat mesti melantik seorang Ketua Pengawal untuk setiap shif menyelaraskan tugas pengawal keselamatan.

3.04 Syarikat bersetuju agar pengawal yang bertugas dari jam 7.00/8.00 pagi hingga 7.00/8.00 malam. Dilarang menyambung tugasnya dari 7.00/8.00 malam hingga 7.00/8.00 pagi secara berterusan. Begitu juga pengawal yang bertugas dari 7.00/8.00 malam hingga 7.00/8.00 pagi dilarang menyambung tugasnya.

3.05 Syarikat bersetuju untuk mengurang, menambah atau meminda tempat kawalan, masa bertugas dan bilangan anggota pengawal keselamatan apabila diperlukan oleh Persatuan.

3.06 Syarikat mesti menyediakan Jadual Bertugas mengikut shif mesti menyertakan nama pengawal, id dan no hp untuk pemantauan

4.0 Tempoh kontrak untuk Perkhidmatan Kawalan Keselamatan ialah 1 + 1 tahun yang akan ditetapkan kemudian dan tertakluk kepada notis oleh Pihak Persatuan.

5.0 Kelengkapan Peralatan: Syarikat bersetuju untuk menyediakan kelengkapan atau peralatan seperti berikut:

5.01 Alat watchman clock (alat perakam waktu rondaan)5.02 Pakaian seragam yang lengkap dengan tanda nama5.03 Telefon bimbit, walkie-talkie, cota, wisel, lampu suluh,

baju hujan yang mempunyai logo syarikat dan lain-lain5.04 Mengadakan sistem punch clock dalam menjalankan

tugas pengawalan;

5

5.05 Buku rekod rondaan dan Buku daftar pelawat5.06 Menyediakan kenderaan rondaan (motosikal/basikal)6.0 Syarat-syarat keanggotaan pengawal keselamatan:

Syarikat bersetuju menyediakan pengawal keselamatan yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

6.01 Pengawal keselamatan yang bertugas hendaklah profesional, berdedikasi, bertanggungjawab, berpakaian seragam yang lengkap dan kemas.

6.02 Pengawal keselamatan mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia. Boleh membaca, menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Malaysia/Inggeris dengan baik.

6.03 Anggota yang bertugas perlulah terlatih dalam bidang kawalan keselamatan

6.04 Berumur di antara 19 hingga 55 tahun6.05 Bekerja sepenuh masa dengan syarikat6.06 Mempunyai sihat tubuh badan serta penglihatan yang

baik dan mempunyai rekod perubatan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan

6.07 Tiada kecacatan yang boleh menjejaskan perkhidmatan6.08 Tidak mempunyai catatan rekod jenayah dan bukan

penagih dadah atau bekas penagih dadah dan disahkan telah lulus tapisan keselamatan polis

6.09 Pihak Persatuan berhak mengarahkan anggota pengawal syarikat menjalankan pemeriksaanujian air kencing pada bila-bila masa sekiranya disyaki penagih dadah

6.10 Pihak syarikat hendaklah memastikan setiap pengawal atau anggota baru yang diambil bertugas diperkenalkan serta menghantar butiran peribadi dan pengesahan tapisan keselamatan kepada pihak Persatuan

7.0 Syarikat bersetuju agar Pengawal Keselamatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan seperti berikut :

7.01 Bertanggungjawab kepada Persatuan Penduduk Perdana Terraces

7.02 Mengawal dan menjaga keselamatan kelengkapan harta benda di taman daripada kecurian dan kerosakan;

6

7.03 Peka kepada sebarang kecemasan seperti kecurian, kebakaran, vandalism, pencerobohan dan sebagainnya

7.04 Menghubungi segera Balai Polis atau Balai Bomba berdekatan dan melaporkan kepada pihak persatuan bila sahaja berlaku kecurian, kebakaran atau perkara-perkara yang menjejaskan keselamatan;

7.05 Memberikan bantuan menyelamatkan penghuni atau sesiapa sahaja yang terlibat dengan kemalangan / bencana di dalam kawasan keselamatan.

7.06 Mengemukakan laporan keselamatan kepada pihak Persatuan apabila diperlukan.

7.07 Skop Pengawalan : Pengawal keselamatan akan bertugas di pintu masuk untuk menapis pelawat yang keluar masuk ke pejabat. Mereka juga pertanggungjawab membuat rondaan satu (1) jam sekali secara giliran di sekitar taman perumahan Perdana Terraces.

7.08 Pelawat : Semua urusan keluar masuk pelawat perlu direkodkan termasuk tujuan, siapa yang ditemui dan perkara-perkara lain jika perlu. Semua pelawat hendaklah ditapis oleh pengawal keselamatan dan memberi maklumat mengenai lokasi yang hendak ditujui.

7.09 Bahan–bahan bahaya : Bahan-bahan bahaya seperti senjata tajam pedang, parang dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan taman.

7.10 Pengawal bertuga juga juga mesti mematuhi ARAHAN KERJA KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES (ARAHAN KERJA 1 HINGGA 5) seperti yang dilampirkan)

8.0 Penalti dan Penamatan Kontrak Keselamatan: Syarikat bersetuju bahawa perkhidmatan pengawal keselamatan akan dikenakan penalti atau akan diberi notis penamatan perkhidmatan sekiranya Persatuan mendapati :

8.01 Lesen untuk menjalankan urusan agensi persendirian tamat, tidak diperbaharui atau dibatalkan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri

8.02 Pihak Kementerian Dalam Negeri membatalkan lesen

7

kebenaran menjalankan operasi kawalan keselamatan di negeri ini

8.03 Persatuan mendapati syarikat tidak memberikan perkhidmatan keselamatan seperti mana yang telah dipersetujui di dalam perjanjian kontrak

8.04 Masa perkhidmatan untuk setiap giliran anggota pengawal hendaklah tidak melebihi 12 jam termasuk empat (4) jam kerja lebih masa (overtime);

8.05 Kemudahan sistem perhubungan dengan menggunakan handset/walkie-talkie hendaklah disediakan oleh syarikat pada setiap syif bagi melicinkan perkhidmatan kawalan keselamatan

8.06 Pihak syarikat hendaklah menyediakan seorang penyelia/ketua pengawal keselamatan bagi setiap giliran untuk memastikan setiap anggota pengawal berada di setiap tempat kawalan yang dinyatakan

8.07 Syarikat hendaklah mematuhi Akta Kerja 195, Seksyen 59 berkaitan hari rehat kepada setiap pekerja yang akan berkhidmat di Persatuan

8.09 Pengawal bertugas tidak mematuhi ARAHAN KERJA KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES (ARAHAN KERJA 1 HINGGA 5) seperti yang dilampirkan.

9.0 Indemniti: Pihak Syarikat hendaklah menyediakan perlindungan insurans dan kemudahan perubatan kepada pengawal-pengawalnya semasa menjalankan tugas dan Persatuan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pengawal-pengawal itu ketika bertugas.

8

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES,

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.ARAHAN KERJA 1: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

1.0 Tangungjawab Pengawal Keselamatan: UMUM Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

1.01 Setiap pengawal hendaklah sentiasa memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh syarikatdengan kemas dan menjaga tatatertib awam setiap kali masa bertugas.

1.02 Senarai nama pengawal yang bertugas hendaklah diberitahu kepada pihak pengurusan

1.03 Senarai tugas tersebut boleh diubah atau syarikat boleh dikehendaki oleh pihak pengurusan persatuan menjalankan tugas-tugas lain dari masa ke semasa.

1.04 Penempatan dan jadual bertugas adalah merupakan anggaran sahaja dan pihak Persatuan boleh mengubah tempat dan bilangan pengawal jika difikirkan perlu.

1.05 Pihak syarikat hendaklah mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh pihak Persatuan dan bekerjasama di dalam bidang-bidang keselamatan.

1.06 Jika didapati tiada pengawal keselamatan di tempat bertugas semasa pihak pengurusan persatuan membuat pemeriksaan, pihak syarikat akan dikenakan PENALTI (Sila Rujuk Jadual Penalti).

1.07 Pihak syarikat hendaklah menyediakan jadual bertugas setiap hari dan diserahkan kepada pihak pengurusan serta dikehendaki juga membuat laporan harian kepada pihak pengurusan.

1.08 Menyimpan laporan-laporan yang lengkap mengenai pelaksanaan tugas-tugas pengawal.

9

1.09 Menyimpan laporan-laporan yang lengkap mengenai pelaksanaan tugas-tugas pengawal.

1.10 Kemudahan jam berkunci (watchman clock) hendaklah disediakan bagi tujuan rondaan biasa. Jadual rondaan mesti disediakan oleh pihak syarikat.

1.11 Pihak syarikat mestilah menentukan bahawa setiap pengawal berada di tempat bertugas pada syif-syif tertentu. Sebarang ketiadaan pengawal keselamatan hendaklah diganti dan pihak persatuan berhak mengenakan penalti jika perkara ini tidak dipatuhi.

1.12 Mengamalkan cara perhubungan awam yang baik semasa berhubung dengan orang awam dan penduduk demi menjaga imej Persatuan.

1.13 Mendaftar dan memastikan setiap pelawat memakai pas keselamatan pada setiap masa semasa memasuki dan ketika berada di dalam kawasan Perdana Terraces.

1.14 Pengawal dilarang membawa dan minum minuman keras di pos pengawal dan dalam kawasan Perdana Terraces.

1.15 Pengawal dilarang tidur semasa bertugas.1.16 Pihak Syarikat hendaklah menyediakan perlindungan

insurans dan kemudahan perubatankepada pengawal-pengawalnya semasa menjalankan tugas dan Persatuan tidak bertanggungjawab atas apa-apa kecederaan atau kemalangan yang dialami oleh pengawal-pengawal itu ketika bertugas

10

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES,

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.ARAHAN KERJA 2: KAWALAN KESELMATAN PERDANA TERRACES

2.0 Tangungjawab Pengawal Keselamatan: Di Pos Kawalan Keselamatan

Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

2.01 Pengawal keselamatan yang bertugas mesti berpakaian kerja yang lengkap (beruniform), setiasa kelihatan kemas, berambut pendek dan segak bagi menjaga imej Syarikat Kawalan Keselamatan dan juga imej Persatuan Penduduk Perdana Terraces.

2.02 Pengawal keselamatan mesti sentiasa seyum, bersopan santun, jujur dan berhemah semasa berkomunikasi dengan penghuni dan pelawat yang masuk dan keluar di kawasan kediaman Perdana Terraces.

2.03 Pengawal keselamatan akan bertugas di pintu masuk untuk menapis pelawat yang keluar masuk ke pejabat. Mereka juga bertanggungjawab membuat rondaan satu (1) jam sekali secara giliran di sekitar kawasan Perdana Terraces

2.04 Pengawal dilarang meninggalkan pondok pengawal tanpa sebab dan pengawasan.

2.05 Pengawal dilarang merokok di dalam post pengawal semasa berurusan dengan pelawat atau penghuni Perdana Terraces.

2.06 Pengawal keselamatan juga dilarang menggunakan telefon mudah alih seperti bersembang atau sms urusan peribadi terlalu lama sehingga menimbulkan rasa kurang penghuni dan pelawat yang berurusan di pos pengawal.

2.07 Kawasan dalam dan sekeliling pos pengawal mesti setiasa berada dalam keadaan bersih dan ceria.

11

2.08 Kenderaan yang keluar dan masuk mesti dicatat dengan terang dan jelas di dalam buku rekod kenderaan keluar masuk.

2.09 Kenderaan yang membawa barang masuk dan keluar hendaklah diperiksa dan dicatatkan no pendaftaran kenderaan.

2.10 Buku Kedatangan Bertugas, Laporan Harian, Buku Rekod Keluar/Masuk Kenderaan dan Pelawat MESTILAH sentiasa bersih dan mesti ditulis dengan jelas dan terang menggunakan PEN.

2.11 Buku Laporan Rodaan Polis mesti dijaga dengan baik. (Jika Berkaitan)

2.12 Pengawal keselamatan di pos kawalan dilarang tidur semasa bertugas

2.13 Menasihati pemandu kenderaan (pelawat dan penghuni) agar memandu mengikut had laju yang ditetapkan (30km/j) untuk mengelakan kemalangan.

2.14 Orang yang tidak berkenaan dilarang masuk dalam pos pengawal kecuali wakil pihak Persatuan.

2.15 Pengawal keselamatan mesti bersopan santun, jujur dan berhemah semasa berkomunikasi dengan penghuni dan pelawat.

2.16 Kontraktor-kontraktor tidak dibenarkan masuk tanpa kelulusan daripada pihak Pesatuan.

2.17 Tidak membenarkan kontraktor menjalankan kerja-kerja penyelengaraan, renovasi rumah atau apa-apa aktiviti yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa kepada penghuni Perdana Terraces pada waktu malam, hari minggu dan cuti umum.

2.18 Jurujual individu, pembeli surat khabar lama, pembeli barang lusuh dan lain-lain orang yang boleh menimbulkan rasa tidak selesa penghuni Perdana Terraces mesti dilarang memasuki kawasan perumahan Perdana Terraces.

2.19 Pengawal keselamatan bertugas perlu segera melaporkan kepada pihak Persatuan jika berlaku masalah seperti kerosakan lampu jalan, kerosakan sistem pagar automatik, kerosakan pada sistem CCTV, talian telefon dan kemudahan asas di post pengawal,

12

agar masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan segera.

2.20 Jika bekalan elektrik terputus, pagar automatik mesti dibuka dan jalan mesti di halang dengan menggunakan kon keselamatan sebagai penghalang. Kon mesti di alih hanya apabila ada kenderaan yang ingin keluar dan masuk. Selepas kenderaan beredar kon mesti tempat semula sebagai halangan. Agar kenderaan yang masuk dan keluar dapat dipantau dengan rapi.

2.20 Sekiranya pengawal menerima panggilan kecemasan daripada penghuni kediaman Perdana Terraces, pengawal yang menerima panggilan perlu menrekod maklumat nama pemanggil, no rumah dan masalah yang dihadapi dalam buku rekod harian di pondok pengawal. Seterusnya hantar pengawal ke rumah berkenaan untuk menyiasat dan memberi bantuan yang sewajarnya kepada pelapor. Maklumkan kepada pihak Persatuan, hubungi pihak Polis (jika melibatkan kes jenayah) dan Bomba (Jika berlaku kebakaran).

13

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES,

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.ARAHAN KERJA 3: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

3.0 Tangungjawab Pengawal Keselamatan :Pendaftaran Pelawat (Visitor)

Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

3.01 Pelawat didefinasikan sebagai seseorang atau beberapa orang yang datang untuk melawat penghuni yang tinggal di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces.

3.02 Pelawat didefinasikan sebagai seseorang atau beberapa orang yang datang untuk melawat penghuni yang tinggal di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces.

3.03 Keluarga terdekat kepada penghuni yang tidak tinggal bersama penghuni juga dikategorikan sebagai pelawat.

3.04 Pelawat yang ingin mengunjungi penghuni di dalam kediaman Perdana Terraces mesti menyatakan nama penghuni dan nombor rumah penghuni berkenaan yang ingin dikunjungi. Terangkan ini adalah prosedur keselamatan diamalkan oleh Persatuan.

4.05 Pengawal bertugas mesti menyemak maklumat yang diberikan oleh pelawat dengan merujuk buku catatan maklumat penghuni. Sekiranya betul, catatkan maklumat pelawat di dalam buku catatan pelawat dan memberi satu borang pelawat untuk disahkan oleh penghuni.

3.06 Seterusnya merekod nama pelawat serta dapatkan lesen memandu pelawat, lesen akan dikembalikan setelah borang pelawat dikembalikan ke pos pengawal semasa keluar dari kawasan Perdana Terraces.

3.07 Pastikan borang tersebut terdapat tandatangan pengesahan oleh penghuni rumah.

14

3.08 Kenderaan yang ingin masuk dan keluar ke/dari kawasan perumahan Perdana Terraces mesti di periksa dengan dengan teliti:-Pastikan pemandu adalah pemilik kenderaan tersebut.-Pastikan tidak ada alasan yang mencurigakan untuk keluar dari kawasan perumahan perdana terraces.-Catatkan maklumat kenderaan dan pemandu di dalam buku catatan harian pengawal keselamatan.

3.09 Pelawat yang datang mengunjungi pada waktu tengah malam, mesti dicatatkan maklumat kenderaan dan pemandu dalam buku catatan harian pengawal. Pengawal mestilah melayan kehadiran pelawat ke kawasan perumahan dengan tegas dan berhemah. Elakkan untuk berkonflik dengan pelawat sehingga boleh menimbulkan suasa tegang.

15

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.ARAHAN KERJA 4: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

4.0 Tangungjawab Pengawal Keselamatan:Pendaftaran Masuk & Keluar Kontraktor

Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

4.01 Memastikan semua kontraktor yang melakukan kerja-kerja pengubah suaian mesti mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak Persatuan

4.02 Post Pengawal Keselamatan mesti memeriksa borang ‘renovation deposit’ supaya mengenalpasti kerja kontraktor telah diluluskan.

4.03 Segala maklumat berkenaan kontraktor tersebut mesti dicatitkan dalam buku catatan kontraktor

4.04 Pas kontraktor akan diberikan kepada setiap individu dan dipastikan memakai sepanjang masa berada di dalam kawasan Perdana Terrace.

4.05 Kenderaan kontraktor mesti dipastikan tidak menghalang pergerakkan lalu lintas penghuni lain.

4.06 Mesti memastikan kenderaan kontraktor tidak mengeluarkan barang-barang bukan hakmilik mereka. Jikalau terdapat benda-benda yang disyak bukan hakmilik kontraktor, bukti kepunyaan yang jelas dan mencukupi perlu dipamirkan oleh kontraktor. Jika dokumen yang diperlukan tiada, pengawal keselamatan bertugas mesti mencatat dalam buku log harian untuk mengelakkan salah faham.

4.07 Gerak-geri kontraktor mesti diperhatikan setiap pengawal keselamatan yang meronda.

4.08 Perkhidmatan kontraktor yang dibawah pihak pengurusan Perdana Terrace juga perlu diberikan pas

16

kontraktor juga.

4.09 Kontraktor yang berjalan kaki keluar melalui pos pengawal, setiap kotak peralatan diperiksa supaya tiada barangan kepunyaan penghuni dibawa keluar.

4.10 Kontraktor mesti memastikan segala sisa bahan binaan tidak ditinggalkan di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces. Jika tidak dipatuhi sila maklumkan kepada pihak Persatuan.

17

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.ARAHAN KERJA 5: KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

5.0 Tangungjawab Pengawal Keselamatan:Semasa Rondaan Keselamatan

Senarai Semak

Sila Tanda

()

Catatan

5.01 Melakukan rondaan berbasikal/bermotosikal disekitar kawasan hadapan dan belakang rumah setiap 1 jam sekali dan ‘lock-In’ di setiap ‘check-point’ yang disediakan.

5.02 Semasa meronda kenderaan hendaklah dipandu secara berhemah supaya tidak menggangu penghuni kediaman Perdana Terrace terutamanya pada waktu malam.

5.03 Pastikan semua pintu pagar rumah penghuni dan kemudahan-kemudahan lain ditutup dan dikunci (seperti Pejabat Persatuan Perdana Terraces).

5.04 Memastikan penghuni tidak cuai meninggalkan barang di luar rumah. Dan memaklumkan kepada Penghuni jika perlu.

5.05 Memastikan kenderaan yang diletakkan di sekitar kawasan rumah tidak dipecah masuk.

5.06 Memastikan kenderaan diletakkan oleh penghuni tidak menghalang penghuni lain.

5.07 Memastikan kenderaan yang bergerak di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces mematuhi had laju yang ditetapkan.

5.08 Menasihat penunggang motosikal yang memandu secara merbahaya secara berhemah.

5.09 Menasihat kanak-kanak yang berbasikal agar berhati-hati dengan kenderaan lain.

5.10 Memastikan peralatan keselamatan bomba seperti pili

18

bomba berada di dalam keadaan baik.

5.11 Memastikan tidak ada kebakaran terbuka di kawasan perumahan Perdana Terraces.

5.12 Mencegah aktiviti vandalisma seperti menconteng, merosakan peralatan di kawasan permainan, kediaman dan Pejabat Persatuan.

5.13 Memastikan tidak berlaku aktiviti yang mencurigakan oleh orang yang tidak dikenali di sekitar kawasan pagar rumah, pejabat pengurusan dan pagar kawasan perumahan Perdana Terraces.

5.14 Sekiranya dikesan berlaku pencerobohan di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces semua pintu masuk dan keluar mesti dikawal dengan rapi. Segera melaporkan kepada pihak pengurusan Perdana Terraces dan pihak polis jika keadaan merbahaya.

5.15 Memastikan kontraktor-kontraktor pengubahsuaian tidak meninggalkan/membuang sisa binaan bangunan di dalam kawasan perumahan Perdana Terraces.

5.16 Segera melaporkan kepada pihak Persatuan jika terdapat sebarang kerosakan kemudahan awam dan utiliti (seperti lampu, paip pecah, pokok tumbang dan lain-lain).

5.17 Pengawai keselamatan yang meronda juga boleh dikehendaki menyampaikan notis/surat ke dalam peti surat penghuni Perdana Teracces bila diperlukan oleh pihak Persatuan.

19

GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN,PERSATUAN PENDUDUK PERDANA TERRACES

TAMAN SRI PULAI PERDANA,81110 JOHOR BAHRU,

JOHOR.PENALTI TERHADAP SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN JIKA PENGAWAL PENGAWAL KESELAMATAN BERTUGAS

GAGAL MEMATUHI GARIS PANDUAN GARIS PANDUAN KAWALAN KESELAMATAN PERDANA TERRACES

6.0 JENIS-JENIS PENALTI KadarPenalti

Catatan

6.01 Tidak mendaftar nombor pendaftaran kenderaan dan masa, maklumat pelawat yang masuk dan keluar.

RM50/Kejadian

6.02 Pengawal keselamatan tidur semasa bertugas. RM50/Pengawal6.03 Pengawal keselamatan bertugas tidak berpakaian

lengkap.RM50/Pengawal

6.04 Tidak melakukan rondaan berkala dan ‘clocking’ RM50/Kejadian6.05 Pagar keselamatan automatik tidak ditutup (kecuali

rosak) RM100/Kejadian

6.06 Membenarkan penduduk PPPT masuk/keluar tanpa menggunakan kad Akses

RM50/Kejadian

6.07 Membenarkan jurujual (jualan lansung, penjaja, pembeli barang terpakai – besi buruk surat khabar lama)

RM100/Kejadian

6.08 Membenarkan penduduk PPPT masuk/keluar tanpa menggunakan kad Akses

RM50/Kejadian

6.09 Pengawal keselamatan tidak hadir bertugas. RM100/Hari6.10 Gagal mematuhi atau melaksanakan mana-mana

skop arahan kerja kawalan keselamatan yang dinyatakan dalam Garis Panduan Kawalan Keselamatan Persatuan Penduduk Perdana Terraces

RM30/Kejadian

6.11 Tidak mematuhi arahan kerja kawalan keselamatan 1 hingga 5 (Selain daripada perkara diatas)

RM30/Kejadian

20

Aku Janji

Syarikat Pengawal Keselamatan

Kepada

Persatuan Penduduk Perdana Terraces

Dengan ini kami ......................................................(Nama Syarikat Keselamatan) telah meneliti semua perkara yang terkandung di dalam Buku Garis Panduan Kawalan Keselamatan Persatuan Penduduk Perdana Terraces dan kami bersetuju untuk melaksanakan tugas seperti yang dinyatakan. Pihak kami juga akan memastikan pengawal keselamatan yang bertugas akan mematuhi garis panduan ini. Sebarang ketidakpatuhan terhadap garis panduan tersebut pihak kami sedia dikenakan penalti oleh Pihak Persatuan Penduduk Perdana Terraces.

.............................................................

(Tanda Tangan)

Nama Syarikat Kawalan Keselamatan : ..................................................

(COP Syarikat) : ..................................................

Tarikh : ..................................................

...........................................................

(Tanda Tangan)

Pengerusi Persatuan Penduduk : .................................................

(COP Persatuan) : ..................................................

Tarikh : ..................................................