laporan bergambar aktiviti gotong-royong...

19
LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGIANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11 DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR (MPKB) SUB ZON B DAN PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA 7 APRIL 2012 (SABTU) SEKITAR JALAN P11 K/1 HINGGA JALAN P11 K/13, PRESINT 11, PUTRAJAYA 1. Pengenalan 1.1. Berdasarkan sebaran am melalui media massa dan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya didapati kes demam denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa dan Presint 11 mencatat peningkatan kes yang ketara. Berdasarkan maklumat tersebut timbul kesedaran di kalangan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk. 1.2. Ketetapan telah diambil untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B dan Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 7 April 2012 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di sekitar Jalan P11 K/1 hingga Jalan P11 K/13. 2. Pelaksanaan 2.1 Gerak kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti gotong-royong ini ialah: a) Penduduk lelaki (dewasa dan remaja) berkumpul di Rumah Komuniti. Dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke semua Jalan K. Meronda di bahagian depan dan belakang rumah untuk mengutip sebarang benda atau objek yang tidak diperlukan lagi oleh tuan rumah tetapi dipercayai boleh menakung air tempat nyamuk membiak akan dikumpulkan di suatu tempat untuk dibuang. Di samping itu, memantau di kawasan sekitar jika terdapat tempat atau bekas yang boleh menakung air dan dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk, hendaklah dilaporkan kepada urusetia. b) Kaum ibu dan remaja perempuan pula diminta membuat pemeriksaan di dalam rumah masing-masing bagi memastikan tidak terdapat sebarang bekas yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.

Upload: dangduong

Post on 12-Feb-2018

365 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG “MENCEGAH NYAMUK AEDES DAN DEMAM DENGGI”

ANJURAN KAWASAN RUKUN TETANGGA (KRT) JALAN H DAN K, PRESINT 11

DENGAN KERJASAMA MAJLIS PERWAKILAN KESEJAHTERAAN BANDAR (MPKB) SUB ZON B DAN PEJABAT KESIHATAN PUTRAJAYA

7 APRIL 2012 (SABTU) SEKITAR JALAN P11 K/1 HINGGA JALAN P11 K/13,

PRESINT 11, PUTRAJAYA

1. Pengenalan

1.1. Berdasarkan sebaran am melalui media massa dan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Putrajaya didapati kes demam denggi semakin meningkat dari semasa ke semasa dan Presint 11 mencatat peningkatan kes yang ketara. Berdasarkan maklumat tersebut timbul kesedaran di kalangan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 untuk menganjurkan aktiviti gotong-royong yang melibatkan semua penduduk.

1.2. Ketetapan telah diambil untuk melaksanakan aktiviti gotong-royong ini dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B dan Pejabat Kesihatan Putrajaya pada 7 April 2012 bersamaan hari Sabtu mulai jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi di sekitar Jalan P11 K/1 hingga Jalan P11 K/13.

2. Pelaksanaan 2.1 Gerak kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti gotong-royong ini ialah:

a) Penduduk lelaki (dewasa dan remaja) berkumpul di Rumah Komuniti. Dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan bergerak ke semua Jalan K. Meronda di bahagian depan dan belakang rumah untuk mengutip sebarang benda atau objek yang tidak diperlukan lagi oleh tuan rumah tetapi dipercayai boleh menakung air tempat nyamuk membiak akan dikumpulkan di suatu tempat untuk dibuang. Di samping itu, memantau di kawasan sekitar jika terdapat tempat atau bekas yang boleh menakung air dan dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk, hendaklah dilaporkan kepada urusetia.

b) Kaum ibu dan remaja perempuan pula diminta membuat pemeriksaan di dalam rumah masing-masing bagi memastikan tidak terdapat sebarang bekas yang boleh menyebabkan nyamuk membiak.

Page 2: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Barangan yang tidak diperlukan lagi perlu diletakkan di tempat pembuangan sampah dan akan dikutip oleh peserta gotong-royong untuk dikumpulkan setempat.

3. Tindakan Susulan

3.1 KRT akan mengambil langkah susulan dengan membuat laporan secara

rasmi kepada pihak yang berkaitan supaya mengambil langkah yang

sewajarnya bagi mengelakkan nyamuk aedes terus membiak di kawasan

Jalan H dan K, Presint 11.

4. Penghargaan

4.1 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan H dan K, Presint 11 ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang turut sama menjayakan aktiviti gotong-royong ini. Ia ditujukan kepada:

a) Pejabat Kesihatan Putrajaya; b) Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Sub Zon B; c) Semua penduduk yang terlibat.

“MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Laporan disediakan oleh;

Azmi bin Alang Ahmad Pengerusi KRT Jalan H dan K Presint 11 Merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Perwakilan Kesejahteraan Bandar (MPKB) Subzon B Putrajaya

Page 3: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Sebahagian daripada

penduduk yang khusyuk

mendengar taklimat yang

disampaikan. Ada juga yang

membawa anak untuk turut

serta termasuk juga beberapa

remaja yang merupakan ahli

Jiran Muda.

Terpaksalah berdiri di seberang jalan yang agak teduh

sedikit. Maklumlah Rumah Komuniti kecil dan tidak

menampung jumlah kehadiran yang ramai…

En. Imran dari Pejabat

Kesihatan Putrajaya telah

menyampaikan taklimat

ringkas tentang bahaya

penyakit demam denggi,

evolusi nyamuk aedes dan

langkah pencegahan yang

perlu dilakukan bagi

mengelakkan penyakit ini dari

terus merebak.

Walaupun hari cuti sudi juga En. Imran bin Azra’ai,

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran telah datang

memberikan taklimat kepada penduduk. Banyak juga

maklumat berguna yang boleh dikongsi bersama…

Page 4: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Sebahagian lagi penduduk

yang turut serta yang dikenali

datang dari Jalan K/7 dan

K/10.

Penduduk yang sama tetapi

diambil dari sudut yang

berbeza. Syukurlah kehadiran

mereka telah dapat

menjayakan aktiviti gotong-

royong ini. Semangat

kesukarelawanan mereka

patut dicontohi kerana boleh

menyelamatkan nyawa.

Amboi! Sahabat kita ni, kedua-duanya mendengar

dengan penuh minat sambil berpeluk tubuh…

Walaupun masing-masing ada hal yang perlu

dilaksanakan pada hari Sabtu ni namun sanggup datang

dulu bergotong-royong dulu, terima kasih semua…

Page 5: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Sebahagian dari bunting yang

dipasang oleh petugas

Pejabat Kesihatan untuk

memberikan maklumat dan

pengetahuan tentang demam

denggi. Di belakang bunting

ada meja Pejabat Kesihatan

yang menyediakan risalah

denggi dan borang peraduan

yang menyediakan hadiah

kepada kanak-kanak yang

turut hadir.

Page 6: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Amboi! sahabat kita En. Husini siap berjaket SRS lagi,

memang semangat habis…

Berdasarkan pemantauan

yang dibuat semasa gotong-

royong ini, terdapat peserta

Kebun Komuniti yang

mengumpulkan botol kosong

untuk menakung air hujan.

Page 7: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Botol tersebut tidak ditutup

rapi maka boleh menjadi

tempat nyamuk membiak.

Oleh kerana pengusaha

kebun tidak turut serta

bergotong-royong maka

petugas membuang semua air

yang bertakung.

Botol tersebut dikumpulkan di

suatu tempat untuk dibuang.

Selepas ini, satu perjumpaan

dengan pengusaha kebun ini

akan dibuat supaya mereka

mengikut cara pengairan yang

betul bagi mengelakkan

tempat pembiakan nyamuk.

En. Zalazfian beserta dua petugas Pejabat Kesihatan sibuk

membuang air yang bertakung…

Page 8: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Selain botol kecil, tong dan

botol besar digunakan untuk

menakung air hujan. Petugas

mengutipnya dari kebun dan

dikumpukan setempat.

Selain itu, terdapat juga

plastik yang digunakan untuk

membalut buah-buahan tetapi

plastik itu tidak ditebuk yang

boleh menyebabkan air

bertakung.

Page 9: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Kelihatan plastik yang

digunakan jenis tebal dan

tidak mudah pecah. Jika tidak

ditebuk maka air boleh

bertakung dalam jangka masa

yang lama maka mudahlah

nyamuk membiak.

Page 10: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Tanpa disedari pekebun

mahukan supaya buah-

buahannya subur dan tidak

mudah rosak sebaliknya

perbuatannya boleh

menyebabkan nyamuk aedes

membiak dan mengancam

nyawa penduduk.

Sebahagian daripada botol dan palstik yang telah

dikumpul untuk dibuang…

Page 11: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Di kebun sebelah lebih

banyak bekas air yang

dijumpai. Semasa membuat

pemeriksaan di sini memang

banyak nyamuk yang

berterbangan dan menggigit

petugas gotong-royong.

Page 12: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Botol dan bekas air ini

dipercayai dikutip dari rumah

penduduk. Walaupun

terdapat botol yang ditutup

namun jelas kelihatan masih

banyak botol yang dibiarkan

terbuka bertujuan untuk

menakung air hujan.

Oleh kerana pengusaha

kebun tiada maka terpaksalah

petugas gotong-royong

memecah dan mengumpulkan

botol tersebut untuk dibuang.

Patutlah penduduk merungut

banyak nyamuk di surau An

Nur (bersetentang dengan

kebun) rupa-rupaya banyak

takungan air berdekatan.

Page 13: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Lihatlah betapa banyaknya

botol dan bekas plastik yang

dikumpulkan. Tong sampah

besar milik Alam Flora pun tak

muat.

Page 14: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Hasil pemantauan juga

didapati kesemua kotak atau

lubang inspection chamber

milik SYABAS dari Jalan K/1

hingga K/13 digenangi air

jernih yang dalamnya separas

lutut dipercayai boleh menjadi

tempat pembiakan nyamuk

aedes.

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Asri Him (berdiri),

Imam Masjid Tuanku Mizan kerana telah memaklumkan

kepada urusetia dan Pegawai Kesihatan (En. Rozaimi)

terdapat banyak air bertakung dalam lubang ini…

Page 15: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Jika kotak pemeriksaan ini

tidak disenggara dengan betul

dengan membuang air yang

bertakung secara kerap tentu

menjadi tempat yang paling

strategik nyamuk membiak.

Apatah lagi nyamuk aedes

yang sukakan air jernih.

Page 16: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Pegawai Kesihatan berkata

jumlah air itu cukup banyak

sehingga ikan juga boleh

diternak di situ. Oleh itu,

pihak SYABAS perlu

dimaklumkan tentang masalah

tersebut. Penduduk juga

perlu memerhatikan sekitar

kawasan rumah mereka

mungkin ada tempat lain air

boleh bertakung dan

membiakkan nyamuk.

Page 17: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

Selain untuk mencantikkan

kawasan persekitaran rumah,

pasu bunga juga boleh

menjadi sarang nyamuk jika

sekiranya tanah dalam pasu

itu menjadi keras dan

menyebabkan air bertakung.

Oleh itu, penduduk mesti

selalu memeriksa pasu bunga

di sekeliling mereka dan

pastikan air tidak bertakung.

Tanah dalam pasu hendaklah

selalu digembur.

Page 18: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan

“MENCEGAH DENGGI, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

Dalam longkang ini didapati

air bertakung kerana paras

simennya (gradient) tidak

sekata menyebabkan lubang

terbentuk. Semasa

pemerhatian didapati ada

beberapa ekor jentik-jentik

hidup.

Page 19: LAPORAN BERGAMBAR AKTIVITI GOTONG-ROYONG …xa.yimg.com/kq/groups/17620927/159034362/name/LAPORAN+BERG… · laporan bergambar aktiviti gotong-royong “mencegah nyamuk aedes dan