lompat-tinggi.docx

14
PEMBENTANGAN ACARA LOMPAT TINGGI SEJARAH ACARA LOMPAT TINGGI Acara lompat tinggi dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara lompat tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguhpun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan “duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali. Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah Berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 6’5 5/8” (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.

Upload: heng1407

Post on 20-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah+gaya lompatan+latihan ansur maju gaya fosbury flop+permainan kecil

TRANSCRIPT

PEMBENTANGAN ACARA LOMPAT TINGGISEJARAH ACARA LOMPAT TINGGIAcara lompat tinggi dimulakan seawal Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara lompat tinggi ketika di Scotland pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68m oleh peserta pada masa itu. Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak dikenali oleh dunia lain sungguhpun masih ada peserta-peserta tanah air yang menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari palang. Kaki bersilang di atas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan duduk berlunjur. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.Sekitar abad ke-20, teknik ini telah dimodenkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeneys Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bahagian belakang mendatar semasa melompat melepasi palang. Sweeney telah Berjaya mencipta teknik yang berkesan dan mencipta rekod 65 5/8 (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya lompatan ini mendapat namanya hingga kini.Seorang lagi warga Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu Gaya Guling Barat. Ia Berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912 dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta tanah air memahirinya.Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17 orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14 orang menggunakan gaya pelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.Dalam membincangkan acara lompat tinggi ini, satu nama yang tidak harus dilupakan ialah Dick Fosbury iaitu seorang pelompat tinggi dari Amerika Syarikat yang bertanggungjawab bukan sahaja memperkenalkan teknik lompatan terbaru malah telah bertanggungjawab mempopularkan acara ini dalam Sukan Olimpik tahun 1968 di Mexico. Peristiwa ini begitu penting sehingga IAAF terus bersetuju menamakan teknik lompatan yang diperkenalkan oleh beliau sebagai lompatan Fosbury atau Fosbury Flop.

GAYA / TEKNIK LOMPATANi) Gaya Gunting (Scissors)ii) Gaya Eastern Cut-offiii) Gaya Guling Barat (Western Roll)iv) Gaya Guling Pelana (Straddle)v) Gaya Fosbury Flop

PERATURAN-PERATURAN ACARA LOMPAT TINGGI1. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki.2. Peserta boleh mula melompat di mana-mana ketinggian permulaan yang disukainya.3. Sesuatu lompatan akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat, menjatuhkan palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak berjaya melompat.4. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga kali berturut-turut (tanpa diambil kira di aras mana kegagalan itu berlaku) akan terkeluar daripada pertandingan.5. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatannya (walaupun setelah semua peserta yang lain gagal) sehingga dia tidak dapat meneruskannya lagi mengikut peraturan.

6. Ketinggian lompatan diukur secara menegak dari aras tanah hingga ke bahagian tengah di sebelah atas palang.

FASA LOMPAT TINGGISemua gaya lompatan boleh dibahagi kepada empat fasa pergerakan, iaitu:(a) Penujuan larian menghala ke palang(b) Lonjakan tindakan kaki untuk menaikkan badan(c) Layangan gaya dan kedudukan badan ketika berada di udara dan di atas palang(d) Pendaratan sentuhan badan dan bahagiannya dengan tempat mendarat

LATIHAN-LATIHAN KEMAHIRANSebelum memulakan latihan ini, para pelajar mestilah terlebih dahulu dapat menentukan kaki manakah yang akan digunakan untuk membuat lonjakan.Latihan IBerlari anak atau pantas beberapa langkah ke hadapan dan kemudian melengkok beberapa langkah ke kiri (jika melonjak dengan kaki kiri). Sekiranya pelompat melonjak dengan kaki kanan, dia haruslah melengkok ke kanan. Latihan ini hendaklah dibuat berulang-ulang.Latihan ini bertujuan untuk melatih para pelajar supaya dapat berlari lurus dan melengkok.

Latihan IISeperti dalam Latihan I, apabila pelompat melangkah tandaan di bahagian melengkung, dia mestilah melonjak dengan serta-merta ke atas. Kemudian kedua-dua belah tangannya dihayunkan ke atas (siku dibengkokkan) dan badan dipusingkan di udara dengan lutut kaki bebas menyilang badan. Pelompat mendarat di atas kaki lonjak sambil menghadap tempat permulaan.Latihan ini berupa latihan penujuan, lonjakan dan memusing badan di udara

Latihan IIISeperti dalam Latihan II, pelompat melonjak ke atas dan melentikkan badan. Sebelah tangan dihulur ke belakang untuk menyentuh palang yang tergantung.Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan.

Latihan IVPelompat berdiri membelakangkan tali atau palang yang direntangkan. Pelompat melonjak dengan kedua-dua kaki ke belakang sambil melentikkan badan dan melepasi tali. Pelompat mendarat di atas bahagian bahu atau belakang badan.Latihan ini bertujuan untuk melentikkan badan, melepasi halangan dan mendarat.

Latihan VPelompat berlari lima hingga tujuh langkah dan terus melompat dengan gaya Fosbury Flop.Latihan ini merupakan latihan berlari pantas dan menentukan tempat yang sesuai untuk melonjak.

AKTIVITI MEMANASKAN DAN MENYEJUKKAN BADAN1. Regangan betis (bahagian atas)

2. Regangan betis (bahagian bawah)

3. Regangan paha

4. Regangan hamstring

5. Regangan Groin

6. Regangan belakang (bahagian bawah)

7. Regangan lengan

8. Regangan bawah (bahagian bawah badan, pinggul lutut dan bahu)

9. Regangan pinggul dan kaki

10. Pusingkan tubuh badan dan bahu

11. Regangan sisi

12. Regangan bahu

13. Melengkungkan bahagian belakang

PERMAINAN KECIL1. Pelajar akan dibekalkan dengan satu gulung rotan setiap kumpulan.2. Pelajar akan masuk ke dalam gelung dan melepasi halangan di depan.3. Pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan.4. Halangan pertama, pelajar akan masuk ke dalam gelung lari melepasi jalan yang bentuk selekoh melalui kon.5. Selepas melepasi larian bentuk selekoh, pelajar perlu melompat melepasi halangan di depan.6. Mana-mana kumpulan yang habis giliran dahulu dikira sebagai pemenang.