lm 2026 temuduga

Upload: alias-azlan

Post on 05-Apr-2018

438 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    1/10

    LM 2026 - TEMUDUGA

    Jenis Soalan Temuduga

    1. Soalan yang patut dielakkan oleh penemu duga:

    } Soalan jenis tertutup(pada permulaan sahaja) jawapan bentuk ya atau tidak

    } Soalan yang memberi petunjukcalon kurang pilihan, terpaksa jawab ikut petunjuk

    } Soalan yang berbelit-belitpanjang dan sukar difahami.

    } Soalan yang kaburterlalu umum, tidak dirancang

    2. Soalan temu duga(penemu duga)

    } Perlu dirancang dan disusun teratur kerana keputusan menerima atau menolak permohonan

    kerja calon dibuat berdasarkan soalan yang ditanya dan jawapan calon.

    } 1) Ajukan soalan jenis terbuka ; (Soalan bermula dengan kata tanya spt Mengapa dan

    Bagaimana)

    Mudah memperoleh maklumat apabila calon mesti bercakap banyak (dapat menguji sejauh

    mana pengetahuan calon dan mengetahui lebih dekat tentang diri pemohon seperti penguasaan

    bahasa, kebolehan bertutur dan daya fikir analitis.

    } Elakkan soalan tertutup bagi perkara penting yang memerlukan ulasan untuk elakkan calonjawab ya atau tidak, terpaksa kemukakan soalan lain.

    } (Cth: Anda berhenti kerja itu kerana ada hal peribadi/masalah. Anda tidak puas hati dengan

    kerja sekarang.

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    2/10

    } Sebaliknya tanya:

    Mengapakah anda berhenti kerja sebelum ini ? atau Mengapakah anda memohon jawatan ini ?

    } Gunakan soalan berbentuk hipotesis atau andaianmendorong calon berfikir dan dapat

    menilai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman calon

    } Con: Andai kata anda dilantik sebagai ketua makmal . Apakah langkah-langkah yang perlu

    anda lakukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan sebuah makmal ?

    3. Teknik Menyoal -Teknik menyiasat atau merisik

    } Penemu duga menyiasat kelayakan atau kesesuaian calon dengan pekerjaan yang ditawarkan.

    } Menggabungkan empat teknik iaitu;

    Mengulang idea utama calon

    Membisu sebentar (memaksa calon beri penjelasan lanjut dengan diam seketika)

    Meminta calon memberi contoh ( calon beri contoh konkrit- menyokong kelebihan calon,

    beri penjelasan untuk meyakinkan

    Menggunakan soalan dengan kata tanya spt bagaimana, kenapa dan apa.

    a) Mengulang idea utama/memparafrasa

    } Calon : Jadi saya pun mengambil keputusan untuk memilih bidang pemasaran

    sebagai pengkhususan. .

    } Penemu duga : Anda pilih bidang pemasaran.

    } Calon : Ya, saya mendapati bahawa bidang pemasaran ialah bidang yang sesuai

    untuk diceburi kerana setiap jenis perniagaan atau perkhidmatan

    memerlukan strategi pemasaran.

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    3/10

    (Penemu duga menggalakkan calon menjelaskan lagi dengan menyebut perkataan utama

    pemasaran)

    b) Membisu sebentar

    } Calon : Jadi, saya pun mengambil keputusan untuk menceburi bidang statistik.

    } Penemu duga : ..(membisu sebentar)

    } Calon : Sebenarnya.. saya merasakan lebih sesuai bagi saya untuk mengikutibidang ini kerana saya ada kemahiran dalam bidang matematik.

    (Penemu duga memaksa calon memberikan penjelasan dengan cara diam seketika)

    c) Meminta calon memberikan contoh

    } Calon : Saya rasakan bahawa saya dapat memberi banyak sumbangan kepada

    syarikat dari segi inisiatif dan kemajuan syarikat.

    } Penemu duga : Bolehkah anda beri contoh daya inisiatif yang dimaksudkan itu untuk

    membawa kemajuan kepada syarikat ?

    } Calon : Ya,..sebelum ini saya pernah bekerja di sebuah syarikat pengiklanan dan

    mendapat pendedahan tentang kepentingan penjenamaan semula dan reka bentuk produk sebagai

    strategi utama dalam pemasaran.

    d) Menyiasat dengan soalan kata tanya

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    4/10

    } Calon : Saya fikir saya dapat memberi banyak sumbangan kepada syarikat dari segi

    inisiatif baru demi kemajuan syarikat.

    } Penemu duga : Bagaimana anda dapat membantu syarikat dari segi inisiatif baru yang

    dimaksudkan itu ?

    } Calon : Saya akan memberi tumpuan pada aspek khidmat pelanggan dan promosi.

    } Penemu duga : Kenapa anda memberi perhatian pada aspek khidmat pelanggan dan

    promosi ?

    } Calon : Selalunya aspek khidmat pelanggan dan promosi menjadi faktor yang dikenal

    pasti sebagai punca merosotnya jualan.

    } Penemu duga : Biasanya berapa lama syarikat mula mendapat kesan positif daripada sesuatu

    kempen promosi ?

    } Calon : Pada kebiasaannya lebih kurang 3 bulan syarikat akan mendapat reaksi

    daripada para pengguna.

    } Penemu duga : Apakah kaedah atau cara-cara yang biasa digunakan untuk menilai kesan

    sesuatu kempen promosi ?

    Contoh soalan ciri-ciri peribadi

    } Bagaimanakah perasaan anda selama ini mencari dan memohon pekerjaan ?

    } Apakah yang anda cari atau inginkan dalam sesuatu pekerjaan ?

    } Boleh terangkan ciri-ciri seorang penyelia atau majikan yang anda rasa penting ?

    } Sebelum ini adakah anda mempunyai seorang penyelia atau majikan yang anda sukai. Kenapa

    ?

    } Apakah ciri-ciri penting yang perlu ada untuk berjaya dalam jawatan ini ?

    Contoh soalan cita-cita & aspirasi

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    5/10

    } Kenapa anda meninggalkan pekerjaan anda sebelum ini ?

    } Kenapa anda memohon jawatan ini ?

    } Apakah yang mendorong anda memohon jawatan ini ?

    } Sekiranya anda diberi jawatan ini, apakah perubahan yang anda ingin lakukan ?

    } Bagaimanakah anda rasa perkembangan kerjaya anda setakat ini ?

    Contoh Soalan Keprofesionalan

    } Apakah pendapat anda tentang syarikat kami ?

    } Kenapa anda memilih kursus ini sebagai pengkhususan di universiti ?

    } Apakah yang anda lakukan dari masa ke masa untuk mengemas kini kemahiran dan

    pengetahuan anda berkenaan bidang ini ?

    } Boleh terangkan kemahiran yang anda peroleh daripada pekerjaan sebelum ini ?

    } Adakah anda sanggup bekerja di tempat lain kalau ditawarkan jawatan ini ?

    Contoh Soalan Hipotesis

    } Boleh berikan satu situasi sama ada di tempat kerja ataupun pengalaman peribadi apabila anda

    perlu membuat keputusan dengan cepat bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

    } Apakah tugas-tugas yang anda rasa amat mencabar pernah dialami sebelum ini ?

    } Bagaimanakah anda dapat mengekalkan keberkesanan anda ketika menghadapi tugas yangmencabar atau tugas yang anda kurang suka ?

    Soalan terbahagi kepada 3 aspek

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    6/10

    1. Melihat dan mengenal diri calon

    2. Melihat motivasi dan daya maju calon

    3. Melihat pengetahuan, pengalaman, bakat dan kecenderungan calon

    Contoh soalan aspek

    1. Melihat dan mengenal diri calon

    } Ceritakan tentang diri anda dan keluarga

    } Bagaimanakah anda memenuhi masa lapang anda?

    } Apakah kekuatan dan kelemahan anda?

    } Apakah kekuatan anda yang membolehkan kami memilih anda?

    2. Melihat motivasi dan daya maju calon

    } Apakah yang mendorong anda memohon jawatan ini?

    } Apakah yang telah anda lakukan sementara menunggu pekerjaan tetap?

    } Sudahkah anda mempunyai rancangan kerjaya dan mengapa anda memilihnya?

    } Apakah yang anda ingin capai dalam masa lima tahun dari sekarang?

    3. Melihat pengetahuan, pengalaman, dan kecenderungan calon

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    7/10

    } Apakah yang anda tahu tentang syarikat/ jawatan ini?

    } Jawatan dan bahagian manakah yang anda pilih jika anda diberi pilihan? Mengapa?

    } Anda lebih suka untuk bekerja di dalam makmal atau di lapangan? Mengapa

    Soalan-soalan popular

    1. Sila perkenalkan diri anda.

    } Jangan ceritakan latar belakang diri atau keluarga dengan panjang lebar.

    Berikan ringkasan tempat asal, latar belakang pendidikan, kelayakan dan pengalaman bekerja.

    2. Apakah yang mendorong anda memohon jawatan ini?

    } Saya telah mengikuti kursus selama 4 tahun dan bidang pengkhususan saya iaituberkait rapat dengan bidang tugas jawatan ini. Saya berharap dapat mengaplikasikan

    kemahiran yang ada untuk menimba pengalaman di samping meluaskan pengetahuan apabila

    diberi tugas-tugas yang mencabar.

    3. Mengapakah anda berhenti atau meletak jawatan pekerjaan yang lalu?

    4. Mengapakah anda sanggup meninggalkan jawatan anda untuk bekerja dengan syarikat

    ini?

    } Jawapan anda mesti dikaitkan dengan prospek yang lebih baik dan peluang untuk

    meningkatkan keprofesionalan anda.

    } Jangan cuba mereka-reka jawapan anda. Beri sebab lain yang sahih seperti penstrukturan

    syarikat, penempatan semula, mencuba sesuatu yang baru, mengikut suami, sebab keluarga dll

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    8/10

    5. Apakah yang anda ingin capai dalam masa lima tahun dari sekarang ?

    } Saya percaya saya masih bekerja dengan syarikat ini. Kemungkinan besar saya sudah

    dinaikkan pangkat dan diberi tanggungjawab yang lebih mencabar untuk saya meningkatkan

    keprofesionalan diri. Saya akan terus memberi sumbangan yang bermakna kepada kemajuan

    syarikat.

    6. Anda ditanya tentang kekuatan dan kelebihan anda

    a) Beritahu mengenai kelebihan yang ada pada diri anda dan bagaimana kelebihan itu

    dapat membantu anda menjalankan tugas yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

    b) Anda ditanya tentang kelemahan diri pula.

    } Soalan seperti ini perlu dijawab secara berhati-hati. Contohnya:

    } Saya kadangkala kurang sabar, terutamanya pekerja di bawah saya yang suka menangguhkan

    kerja dan tidak dapat menyiapkan kerja mengikut masa.

    } Apabila memulakan projek baru, kadangkala saya bekerja hingga lupa makan dan tidur puntak lena.

    } Disebabkan saya seorang yang sukakan kesempurnaan, ada kala saya disalah faham

    oleh rakan kerja.

    c) Anda ditanya tentang aspirasi hidup.

    } Jawapan anda harus berkisar pada keikhlasan bekerja dan berjaya bersama syarikat

    dan belajar selok-belok yang berkaitan dengan industri itu.

    } Elakkan bercakap tentang keinginan anda membuka perniagaan sendiri,

    memperjuangkan hak-hak pekerja dan membanteras kemungkaran.

    } Tidak perlu bercakap tentang hal-hal peribadi seperti berkahwin, melancong ke luar

    negeri dll.

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    9/10

    d) Soalan mengapa syarikat perlu mengambil anda bekerja?

    i) Berikan sebab-sebab mengapa syarikat ini perlu menawarkan jawatan atau pekerjaan kepada

    anda ?

    } Terangkan tentang sumbangan yang boleh anda beri kepada syarikat di samping kemahiran

    atau kualiti kerja lain yang boleh anda lakukan.

    } Tekankan juga minat anda pada jawatan dan kesesuaian kerja itu dengan personaliti anda.

    Soalan lain yang popular

    } Bagaimanakah perasaan anda selama ini ketika mencari pekerjaan ?

    } Apakah ciri-ciri yang penting bagi seseorang untuk berjaya dalam jawatan ini ?

    } Apakah yang anda harap daripada jawatan atau pekerjaan ini ?

    } Kenapa anda tertarik dengan jawatan dan syarikat ini ?

    } Apakah matlamat jangka pendek dan jangka panjang anda ?

    Teks temu duga

    } Bahagian permulaanSoalan mudah untuk berkenalan dan mententeramkan calon

    } Bahagian pertengahangunakan teknik menyiasat dan tanya soalan yang berkaitan dengan3 aspek spt mengenali diri calon, pengetahuan, motivasi, pengalaman, minat & kecenderungan.

    } Bahagian akhirberi peluang untuk calon bertanya dan beritahu maklumat yang berkaitan.

    Kesimpulan

  • 7/31/2019 LM 2026 Temuduga

    10/10

    } Anda harus menunjukkan minat sepanjang masa dengan memberi senyuman yang ikhlas,

    melontarkan jawapan dengan yakin dan tegas.

    } Anda digalakkan mengutarakan soalan ketika temu duga dan meminta penjelasan bagi soalan

    yang kurang difahami.

    } Pastikan soalan anda berkait dengan tugas dan tanggungjawab jawatan dan bertanya seolah-

    olah sudah diterima bekerja.

    Tunjukkan sikap dan keinginan yang bersungguh-sungguh bagi memastikan peluang itu menjadi

    milik anda.