nota temuduga ppps edisi 2013

271
 NOTA PERSEDIAAN TEMUDUGA UNTUK JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) DG41 “Good Luck” Semoga Kejayaan Itu Menjadi Milik Kita Semua

Upload: farez-perales

Post on 11-Oct-2015

260 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

panduan bakal guru

TRANSCRIPT

  • NOTA PERSEDIAAN TEMUDUGA UNTUK JAWATAN

    PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

    SISWAZAH (PPPS) DG41

    Good Luck

    Semoga Kejayaan Itu Menjadi Milik Kita Semua

  • i

    ISI KANDUNGAN

    BAB 1 TERAS PENDIDIKAN NEGARA 1

    1.1 Rukun Negara 1

    1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 3

    1.3 Wawasan 2020 11

    1.4 Islam Hadhari 13

    BAB 2 KEMENTERIAN 16 2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia 16 2.2 Kementerian Pengajian Tinggi 18

    BAB 3 SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA 21

    3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran 21 Kebangsaan

    BAB 4 SISTEM PELAJARAN MASA KINI 24

    4.1 Pendidikan Pra Sekolah 24 4.2 Program PERMATA 26 4.3 Pendidikan Rendah 27 4.4 Pendidikan Menengah 28 4.5 Pendidikan Khas 28 4.6 Program Pendidikan Khas 29 4.7 Sekolah Sukan 30 4.8 Sekolah Seni 31 4.9 Pembestarian Sekolah 31 4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari) 33 4.11 Institusi Pengajian Tinggi 34 4.12 Pendidikan Swasta 37 4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 38 4.14 Sekolah Kluster 44 4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional 45

    BAB 5 KURIKULUM 52 5.1 Teori Pendidikan dan Kurikulum 52

    5.2 Kurikulum Prasekolah 5.3 Kurikulum Baru Sekolah Rendah 60 5.4 Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah 62 5.5 Kurikulum Kursus Perguruan Lepasan Ijazah 64 5.6 Pengurusan Kurikulum 79 5.7 Program JQAF 74 5.8 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (Kia2M) 76

    BAB 6 PROGRAM SOKONGAN DAN HAL EHWAL MURID 78

    6.1 Asrama 6.2 Skim Pinjaman Buku Teks 78 6.3 Biasiswa dan Pinjaman 79 6.4 Program Bersepadu Sekolah Sihat 79 6.5 Program Pemakanan Sekolah 80 6.6 Bimbingan dan Kaunseling 80 6.7 Standard Guru Malaysia (SGM) 80 6.8 Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 89 6.9 Skim Baucer Tuisyen 91

    BAB 7 PROGRAM KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 93 7.1 Gerak Kerja Kokurikulum 93 7.2 Sekolah Harapan Negara 96 7.3 Hari Guru 96

  • ii

    7.4 Projek Nilam 99 7.5 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia 100 7.6 Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran 101

    BAB 8 URUSAN PERKHIDMATAN 104

    8.1 Perintah-Perintah Am 104 8.2 Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam 105 1993 8.3 Arahan Perbendaharaan 108 8.4 Panduan Perbendaharaan Tatacara Pengurusan Stor 110 8.5 Arahan Perkhidmatan 110 8.6 Akta Acara Kewangan 110 8.7 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam 110

    BAB 9 DASAR, KURIKULUM & SISTEM BARU 111

    9.1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 111 9.2 Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) 120 9.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 124 9.4 Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa 135 Inggeris (MBMMBI) 9.5 1 Murid 1 Sukan143 9.6 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 146 9.7 Transformasi Pendidikan Vokasional 150 9.8 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) 156 9.9 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan 159

    BAB 10 BAB TAMBAHAN 162 A Dasar, Kurikulum & Sistem

    10.1 Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) 162 10.2 LINUS & PROTIM 170 10.3 Tonggak 12 174 10.4 Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam 178 Bahasa Inggeris (PPSMI) 10.5 RMK - 10 ( Pendidikan) 192

    B Isu Semasa Pendidikan

    10.6 Wang Bantuan RM100 Kepada Pelajar 226 10.7 Pemberian Baucar RM200 Kepada Pelajar IPTA, IPTS Dan 227 Politeknik 10.8 Isu Penempatan GSTT 228 10.9 Majlis Bahasa Inggeris 229 10.10 Kementerian Kaji Wujud GPK Pendidikan Islam Di Sekolah 232 10.11 Majlis Pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional 283

    C Isu Semasa Negara

    10.12 Sistem Pemerintahan Malaysia (YDP Agong, Kabinet,Komponen) 237 10.13 Isu Adam Adli 247 10.14 BR1M 248 10.15 Program Transformasi Kerajaan, Ekonomi & Politik 250 10.16 Bajet 2013 255

    D Teori Pendidikan

    10.17 Taksonomi Bloom 259 E Lain-Lain

    10.18 Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) 261 10.19 Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) 263 10.20 Sorotan Peristiwa 2011 264

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    1

    BAB 1

    TERAS PENDIDIKAN NEGARA

    1.1 Rukun Negara

    1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    1.3 Wawasan 2020

    1.4 Islam Hadhari

    1.1 RUKUN NEGARA

    Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami

    untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

    (1) Kepercayaan kepada Tuhan

    (2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    (3) Keluhuran Perlembagaan

    (4) Kedaulatan Undang-undang

    (5) Kesopanan dan Kesusilaan

    1. Kepercayaan kepada Tuhan

    Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

    Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai

    satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan

    bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-

    kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di

    dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara

    atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara

    menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan

    manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu

    bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota

    masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai

    prinsip pertama dalam Rukun Negara.

    2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

    Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan

    Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan

    kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja

    juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak

    beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan

    lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap

    warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri

    Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    2

    menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka

    bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

    3. Keluhuran Perlembagaan

    Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan

    keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber

    perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap

    rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga

    negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan

    kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

    Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua

    pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak

    boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

    Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di

    negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem

    pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

    4. Kedaulatan Undang-undang Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya

    di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara

    Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu

    kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup

    bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara

    dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara

    memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang

    aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota

    masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana

    semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan

    dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara

    sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang

    dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada

    dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

    5. Kesopanan dan Kesusilaan Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang

    rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan

    bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

    Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat

    penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai

    kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi

    membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi

    yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini

    membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    3

    perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu

    darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan

    bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara

    dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

    1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi

    potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

    seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

    kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

    Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan

    dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap

    keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

    Pengenalan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara

    (FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti

    pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap

    bakal guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar

    setiap tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada

    dilandasan yang betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari

    segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual Sosial yang sering disebut oleh guru-guru

    sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat

    unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau

    sebaliknya.

    Konsep FPK

    Falsafah pendidikan negara merangkumi elemen epistemologi, metafizik dan aksiologi

    yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme, realisme, perenilaisme,

    progresivisme dan eksistensialisme. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal

    daripada pemikiran yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara

    sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan,

    termasuk Rukun Negara.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada proses

    pembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalam falsafah

    ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam dan pembangunan negara

    Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran dan

    prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, ia

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    4

    menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu

    entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.

    Matlamat FPK

    Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan

    pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan. Ini

    adalah kesinambungan daripada Matlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan

    yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna

    Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat

    Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

    percaya dan patuh kepada Tuhan;

    berilmu pengetahuan;

    berakhlak mulia;

    bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;

    memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan

    memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum.

    KPM juga menyatakan bahawa selain daripada perkembangan potensi individu

    secara menyeluruh dan seimbang, diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia

    dapat mencapai matlamat pendidikannya seperti:

    melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya

    sebagai seorang warganegara;

    menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

    membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi

    memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan;

    melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan

    prinsipprinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan;

    melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara;

    melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun

    Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat

    berbilang kaum; dan

    mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan

    kemudahankemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.

    Peranan FPK

    Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum dalam KPM (2001), Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan memainkan peranan yang sangat penting seperti:

    sebagai cahaya yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha

    mengembangkan dan memajukan pendidikan;

    menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan

    Negara;

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    5

    sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan

    negara;

    sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas -

    tugas pendidikan;

    sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahanbahan

    pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran;

    sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan;

    dan menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang

    usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.

    UNSUR-UNSUR PENTING FPK

    Menjadi warganegara Malaysia yang baik

    Unsur intelek

    Unsur rohani dan emosi

    Unsur jasmani

    Memperkembangkan potensi individu

    Menyeluruh dan bersepadu

    Insan yang seimbang

    Kepercayaan kepada Tuhan

    Rakyat Malaysia yang boleh memberikan sumbangan.

    Elemen-elemen dalam FPK dan Implikasinya terhadap Pendidikan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisis

    yang merujuk kepada beberapa elemen yang penting. Berikut adalah elemen-elemen

    penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

    Elemen-elemen FPK Implikasi Terhadap Pendidikan

    pendidikan suatu usaha

    berterusan

    Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan

    dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai-nilai

    murni;

    Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat;

    Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun;

    Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan;

    Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka;

    Proses pendidikan yang berterusan bagi

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    6

    membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.

    perkembang potensi

    individu

    Setiap individu telah dikurniakan oleh Tuhan

    dengan bakat, potensi dan kebolehan yang

    mungkin terpendam;

    Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya

    dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan

    dipertingkatkan;

    Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma

    melalui interaksi sosial dengan orang lain dan

    alam sekeliling;

    Pendidikan seharusnya memberi peluang

    individu untuk berkembang bakat, potensi dan

    kebolehan mereka.

    perkembangan individu

    secara menyeluruh dan

    bersepadu

    Bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh

    dikembangkan secara berasingan; sebaliknya

    perlu dikembangkan secara bersepadu;

    Perkembangan dan peningkatan seharusnya

    merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani,

    emosi dan jasmani perlu disepadukan.

    insan yang seimbang dan

    harmonis

    Amat penting bagi individu memiliki ilmu

    (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya

    kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang

    baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik

    (jasmani);

    Keseimbangan antara keempat-empat aspek di

    atas akan menghasilkan individu yang

    mampu hidup secara harmonis dengan diri

    dan orang lain;

    Syarat untuk mendapat bimbingan dan

    hidayah dari Allah adalah setiap manusia perlu

    seimbang dari aspek luaran dan dalaman iaitu

    manusia yang jujur, benar, baik tutur dan

    amalannya;

    Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

    menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup

    berhadapan dengan apa jua masalah

    yang timbul.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    7

    unsur intelek Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca,

    menulis dan mengira;

    Sering berusaha untuk memperoleh dan

    mengembang ilmu yang benar;

    Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif

    kritikal dan reflektif;

    Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang

    lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).

    Cintai ilmu pengetahuan;Berusaha memupuk

    budaya ilmu dan budaya membaca;

    Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

    unsur rohani

    (kepercayaan dan

    kepatuhan kepada

    Tuhan)

    Menyedari dan percaya kepada Tuhan;

    Bersyukur dengan pemberian Tuhan;

    Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai

    murni.

    Mengakui tentang kewujudan Tuhan;

    Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan

    alam;

    Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam

    merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan;

    Menyedari bahawa individu bertanggungjawab

    sepenuhnya terhadap segala perbuatan dan

    tindakannya;

    Mengamalkan segala ajaran agama yang

    dianuti.

    unsur emosi Mempunyai emosi yang matang dan stabil;

    Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang;

    Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan;

    Mampu mengawal emosi dan nafsu serta tidak

    sombong atau hipokrit.

    unsur jasmani Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal;

    Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,

    manipulatif dan sosial;

    Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk

    memanfaatkan masyarakat.

    rakyat Malaysia yang

    berketrampilan

    Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;

    Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan

    sempurna;

    Berpandangan jauh dan berinisiatif;

    Memupuk pembawaan diri yang baik.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    8

    rakyat Malaysia yang

    berakhlak mulia

    Mempunyai perwatakan diri yang baik;

    Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral

    sebagai prinsip hidup.

    rakyat Malaysia yang

    bertanggungjawab

    Boleh dipercayai;

    Menyedari bahawa setiap tugas dan

    tanggungjawab merupakan amanah dan harus

    dilaksanakan dengan baik;

    Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan

    cekap;

    Mematuhi peraturan dan undang-undang negara;

    Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga,

    masyarakat, agama, bangsa dan negara.

    rakyat Malaysia yang

    berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri

    Berfikiran waras dan berjiwa tenang;

    Mempunyai daya ketahanan yang kuat untuk

    menghadapi cabaran hidup.

    rakyat Malaysia yang

    dapat memberi

    sumbangan terhadap

    keharmonian dan

    kemakmuran

    masyarakat dan negara

    Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyat

    melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan,

    hormat-menghormati dan sebagainya;

    Berusaha untuk memajukan ekonomi negara

    berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan;

    Sering mengekalkan kestabilan politik dan

    keamanan negara.

    Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara;

    Mempertahankan maruah diri, profesion, agama,

    bangsa dan negara.

    sumbangan terhadap

    keharmonian dan

    kemakmuran

    keluarga, masyarakat

    dan Negara

    Menjadikan Rukunegara sebagai amalan hidup;

    Memupuk persefahaman keluarga;

    Mematuhi norma masyarakat;

    Cintakan negara.

    Implikasi FPK Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia

    i) Implikasi Terhadap Kurikulum.

    Kurikulum di sekolah mengalami perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan

    kepada program bersepadu. Setiap sekolah menerima sukatan pelajaran yang sama dan

    selaras. Ini kerana mengelakkan dari berlakunya sifat iri hati di kalangan pelajar kerana

    setiap sekolah belajar mengikut sukatan yang berlainan. Ini adalah bersalahan dengan

    matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan individu yang

    seimbang. Bahan-bahan pelajaran yang dibekalkan juga diserapkan di dalamnya nilai-

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    9

    nilai murni dengan tujuan untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Sistem pendidikan juga diubah menjadi pendidikan yang umum. Semua rakyat mampu

    untuk ke sekolah tetapi berlainan pada zaman dahulu hanya golongan berada sahaja yang

    mampu untuk ke sekolah. Pelajaran untuk melatih pelajar mahir dalam teknologi pula

    diserapkan bagi membawa Malaysia kea rah yang maju dan tidak ketinggalan.

    ii) Implikasi Terhadap Pendidik.

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini menggalakkan guru memahami sistem pendidikan

    selain daripada membimbing guru melaksanakan fungsi pendidikan. Ia boleh diperolehi

    di mana-mana dan bila-bila diperlukan. Guru boleh menjadi ejen perubahan untuk

    mendidik dan mengeluarkan generasi yang bertanggungjawab membantu merealisasikan

    matlamat dan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Visi 2020. Guru

    mendedahkan sesuatu kepada pelajar bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran

    terutamanya dalam ICT untuk membolehkan pelajar mengikuti perubahan sistem

    pendidikan yang berteraskan teknologi. Guru mempunyai sikap bertanggungjawab

    sepenuhnya untuk menjadi guru yang baik, sentiasa cuba berlatih dan mendapatkan apa

    yang telah dipelajari untuk memenuhi matlamat dan aspirasi falsafah ini. Pada masa yang

    sama guru bertindak sebagai pengawal kepada aktiviti negatif. Guru memperkembangkan

    dan memperkayakan pendidikan melalui perkembangan kurikulum bilik darjah, seperti,

    menjalankan aktiviti dan lembaran kerja yang diusahakan oleh guru.

    iii) Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan.

    Institusi pendidikan juga mengalami perubahan demi untuk merealisasikan matlamat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini. Pelbagai perubahan telah dilakukan. Kemudahan-

    kemudahan di sekolah diubah dan ditambah supaya pelajar mampu untuk

    merperkembangkan kemahiran mereka dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani. Ini

    adalah untuk melahirkan individu yang sempurna dan seimbang. Budaya di sekolah juga

    diubah untuk memupuk nilai-nilai murni di dalam diri pelajar supaya supaya saling

    bekerjasama, toleransi dan mengamalkan sikap perpaduan. Ini adalah matlamat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan individu yang mampu untuk menyumbangkan

    keharmonian kepada negara. Suasana di sekolah juga diubah untuk melahirkan pelajar

    yang cintakan ilmu dan membentuk budaya membaca di kalangan mereka.

    Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Pendidikan Teknik dan

    Vokasional di Malaysia (PTV)

    * Nota Tambahan pengkhususan bidang

    i) Implikasi terhadap kurikulum PTV

    Perubahan PTV sekolah adalah selaras dengan cita-cita dan tujuan Falsafah Pendidikan

    Kebangsaan. Ini meliputi;

    Perubahan sukatan pelajaran PTV yang berorientasikan kepada program

    bersepadu.

    Perubahan bahan-bahan pelajaran PTV yang mengutamakan nilai-nilai murni

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    10

    diserapkan dalam semua mata pelajaran PTV.

    Perubahan program PTV yang berorientasikan melahirkan insan yang seimbang

    dan harmonis.

    Perubahan sistem PTV yang berorientasikan ke arah pendidikan umum dan alam

    pekerjaan.

    Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam

    bidang vokasional dan teknologi.

    ii) Implikasi terhadap guru PTV

    Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugas sejajar dengan

    tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik yang benar-benar

    memahami FPK akan dapat mengubah sikap peribadi dengan pandangan dan visi yang

    positif terhadap tugasnya bagi merealisasikan matlamat FPK. Melalui FPK juga, pendidik

    akan dapat mengubah strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian bagi melahirkan

    insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia. Oleh yang

    demikian sangatlah penting bagi pendidik untuk benar-benar memahami matlamat dan

    tujuan yang ingin dicapai oleh Negara melalui FPK. Dengan memahami sepenuhnya

    kehendak FPK, guru PTV akan dapat memertabatkan PTV setanding dengan aliran sains.

    iii) Implikasi terhadap institusi PTV

    Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untuk

    melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini

    meliputi:

    Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapat peluang

    mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, sosial dan

    jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.

    Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nilai

    murni dalam jiwa pelajar.

    Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang

    cintakan ilmu dan seterusnya membentuk budaya membaca dalam kalangan

    mereka.

    FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

    Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:-

    "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi

    individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan

    harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

    kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

    pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    masyarakat dan negara"

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    11

    Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik

    dengan mengemukakan ciri-ciri:

    Percaya dan patuh kepada tuhan

    Berilmu pengetahuan

    Berakhlak mulia

    Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara.

    Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama. Bangsa dan negara.

    Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

    FALSAFAH PENDIDIKAN GURU

    "Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

    aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan

    individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

    berdisiplin."

    1.3 WAWASAN 2020

    Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana

    Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi

    sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang

    dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-

    bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial,

    antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik,

    sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga

    keyakinan.

    9 CABARAN UTAMA

    Dalam penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis

    Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan matlamat utama

    wawasan 2020:

    1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi

    bersama;

    Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di

    peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama

    sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia

    yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

    2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju,

    dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada,

    dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah;

    Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai

    kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah

    kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    12

    3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang

    mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman

    matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa

    banyak negara membangun.

    4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan

    warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai

    etika paling tinggi.

    5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia

    pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama

    mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu

    negara.

    6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai

    daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi

    pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi

    masa depan.

    7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial

    yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan

    insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling

    sistem keluarga yang kukuh.

    8. Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan

    masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan

    saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam

    perkembangan ekonomi.

    9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik,

    giat dan kental.

    Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya

    menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan datang.

    Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan khusus pada masa

    berkenaan.

    Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

    Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar purata sebanyak

    5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8% semasa dekad pertama

    Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9% setahun pada dekad 1980-an,

    akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan KDNK pada 30 tahun tersebut dalam

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    13

    nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3 peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun

    yang lalu merupakan 6.9 peratus setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah

    tambahan pertumbuhan sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi

    Wawasan 2020i, sesuatu matlamat yang bukannya tidak mungkin.

    KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira $920 bilion

    dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020. Pertumbuhan pesat ini

    memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0% (dalam nilai sebenar)

    setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai, dan diandaikan kadar

    pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun 2020, rakyat Malaysia akan

    kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar), berbanding dengan tahun 1990. Inilah

    ukuran masyarakat makmur yang dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK

    Malaysia akan menjadi lapan kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

    1.4 ISLAM HADHARI

    Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teori

    kerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia

    bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk

    mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam

    al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

    Visi

    Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

    Misi

    Melaksanakan agenda pembangunan negara dan ummah berlandaskan pendekatan Islam

    yang universal, maju, bertamadun, bertoleransi dan berimbang.

    Objektif

    Melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai kekuatan spiritual (rohani),

    akhlak, intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan,

    inovatif serta cekap menangani cabaran-cabaran semasa secara bijaksana, rasional,

    praktikal dan damai.

    Prinsip

    (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

    (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.

    (3) Rakyat Berjiwa Merdeka.

    (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

    (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

    (6) Kehidupan Berkualiti.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    14

    (7) Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita.

    (8) Keutuhan Budaya dan Moral.

    (9) Pemeliharaan Alam Semulajadi.

    (10) Kekuatan Pertahanan.

    Konsep

    Kerajaan telah merangka pelbagai agenda pembangunan yang selaras dengan tuntutan

    Islam melalui pendekatan seimbang dalam aspek-aspek spiritual, ekonomi, pendidikan,

    kemasyarakatan, undang-undang dan sebagainya. Kerajaan menyedari bahawa Islam

    bukanlah suatu agama bersifat ritual semata-mata, tetapi agama yang bersifat praktikal

    iaitu diturunkan untuk mengatur kehidupan masyarakat secara realistik. Dengan itu,

    suatu pendekatan yang dikenali sebagai Islam Hadhari telah diperkenalkan untuk

    membangkitkan kesedaran baru kepada masyarakat terhadap konsep sebenar ajaran

    Islam, dengan harapan akan dapat memacu pembangunan ummah dan negara.

    Pendekatan Islam Hadhari bukanlah ajaran baru atau mazhab baru, tetapi merupakan

    usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas menurut al-quran dan As-sunnah

    sebagai teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari merupakan suatu pendekatan

    anjakan paradigma untuk mengubah persepsi ummah terhadap ajaran Islam,

    sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam Hadhari tidak

    sedikitpun mengurangkan prinsip-prinsip akidah, syariat dan akhlak dalam ajaran Islam,

    malah menekankan penghayatan Islam yang syumul, menyeluruh dan realistik bagi

    menterjemahkan agama dalam kehidupan. Pendekatan Islam Hadhari akan membuktikan

    bahawa ajaran Islam dapat mendorong penganutnya menjadi umat yang maju bagi

    mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

    Pendekatan Islam Hadhari memberi penekanan kepada aspek pembangunan dan

    pembinaan peradaban yang didasarkan pandangan semesta Islam (Islamic worldview)

    dengan memberi tumpuan kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui

    penguasaan ilmu, pembangunan insan serta pembangunan fizikal. Warisan tamadun

    Islam yang memperlihatkan kegemilangan umat Islam dalam semua bidang akan

    dijadikan dorongan bagi memajukan ummah secara menyeluruh.

    Beberapa prinsip Islam Hadhari dirangka bagi merangsang ke arah perubahan minda

    umat Islam secara menyeluruh dan sistematik yang tidak bersifat sektor atau partisan,

    yang sudah semestinya memerlukan satu perubahan pandangan global umat Islam.

    Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja

    sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua

    bidang kehidupan akan ditekankan, khususnya dalam memenuhi prinsip-prinsip

    matlamat Pensyariatan syariat Islam (maqasid al-syariah) yang sentiasa berkembang dan

    diantara lain yang menjadi pokok seperti;

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    15

    Menjaga, memartabat dan memperkasakan ;

    Agama Akal Keturunan

    Maruah Institusi Keluarga Harta

    Alam Sekitar Nyawa

    Pendekatan Islam Hadhari adalah untuk membuktikan keupayaan Malaysia sebagai

    sebuah negara Islam contoh yang sentiasa mengamalkan prinsip kesederhanaan

    (wasatiyyah), sesuai dengan tuntutan agama Islam. Ia selaras dengan dasar-dasar negara

    yang dilaksanakan masa kini dan yang akan dicapai pada masa hadapan seperti Wawasan

    2020, Dasar Pembangunan Negara dan sebagainya. Pendekatan Islam Hadhari

    menekankan nilai-nilai pembangunan sejagat yang sama sekali tidak bercanggah dengan

    konteks masyarakat majmuk.

    Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari

    bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam

    kepada asas-kepada fundamental. Asas dan fundamental menurut yang terkandung

    dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.

    Kita memerlukan keteguhan iman, ketangkasan mental dan kekuatan fizikal. Pendekatan

    menjayakan Islam Hadhari adalah satu pendekatan yang dapat memperkasa perjuangan

    bangsa yang lebih besar, di dunia dan di akhirat.

    Petikan Ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia

    Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi

    dalam Perhimpunan Agong UMNO ke 55

    di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur

    pada 23 September 2004

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    16

    BAB 2

    KEMENTERIAN

    2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

    2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

    2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia

    Pengenalan

    Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk

    membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi

    memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara

    Malaysia. Matlamatnya ialah untuk;

    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu

    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu

    berketerampilan, dan sejahtera

    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

    Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara

    Malaysia

    Visi

    Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

    Misi

    Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

    Matlamat

    Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu.

    Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan dan

    sejahtera.

    Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.

    Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

    Pendidikan wajib

    Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa

    warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai umur

    enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah

    selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.

    Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa

    memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi

    undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak

    melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    17

    Menteri Dan Timbalan Menteri

    Menteri Pelajaran

    Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin

    Timbalan Menteri 1 Timbalan Menteri 2

    Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

    Ketua Setiausaha

    Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed

    Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

    Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud

    SENARAI MANTAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

    # Nama Tempoh Perkhidmatan

    1 Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein 1955 - 1957

    2 Mohamed Khir Johari 1957 - 1959

    3 Abdul Rahman Talib 1959 - 1965

    4 Mohamed Khir Johari 1965 - 1968

    5 Tun Hussein bin Dato' Onn 1970 - 1973

    6 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad 1974 - 1978

    7 Tun Musa Hitam 1978 - 1981

    8 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1982 - 1984

    9 Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 1984 - 1986

    10 Tun Abdul Rahman Yakub 1969-1970

    11 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim 1986 - 1991

    12 Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud 1991 - 1995

    13 Najib bin Tun Haji Abdul Razak 1995 - 1999

    14 Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad 1999 - 2004

    15 Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 2004 - 2009

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    18

    2.2 Kementerian Pengajian Tinggi

    Pengenalan

    Mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan

    oleh Perdana Menteri dengan membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2

    kementerian iaitu Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia. Menteri yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie

    Salleh dan kini disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004,

    Kementerian Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat

    Perbadanan Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatan-

    jabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT) dan

    Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor

    pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensi-

    agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN, Yayasan TAR dan 20

    Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UNIMAS,

    UMS, UPSI, UiTM, UIAM, UDM, UMK, UMP, UniMAP, UMT, UPNM, USIM, UteM dan UTHM .

    Visi

    Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi Menjelang Tahun 2020.

    Misi

    Membangun dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah

    mewujudkan pusat ilmu yang unggul dan insan yang kompeten, berinovasi serta

    berakhlak mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa.

    Moto

    "Meneraju Kegemilangan Ilmu"

    Objektif KPT

    1. Memastikan 2 universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universiti

    terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan antara 50

    universiti terbaik di dunia.

    2. Membangunkan sekurang-kurangnya 20 pusat kecemerlangan yang diiktiraf

    diperingkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hak cipta, penerbitan,

    kerjasama penyelidikan dan 10% daripada hasil penyelidikan

    dikomersialkan.

    3. Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam

    mempunyai kelayakan Ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya, dan 30%

    pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah

    Sarjana, Doktor Falsafah atau setaraf dengannya.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    19

    4. Menghasilkan graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna

    tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat

    pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian.

    5. Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara termasuk menarik

    kemasukan pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% daripada

    keseluruhan jumlah pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma,

    ijazah dan lepasan ijazah.

    6. Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian

    tinggi kepada 50%, dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat

    bagi semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan

    konvensional.

    7. Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan daripada sumber-sumber

    lain dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh

    universiti komprehensif/berfokus, 40% bagi universiti penyelidikan dan bakinya

    akan disediakan oleh kerajaan.

    8. Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi,

    setanding dengan amalan yang terbaik yang digunakan diperingkat

    antarabangsa.

    9. Menyediakankemudahan pembiayaan untuk pelajar yang

    berpotensi dan layak mendapat akses kepada pengajian tinggi.

    10. Meningkatkan jalinan hubungan strategik antara institusi pengajian tinggi

    tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi

    penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,

    pembangunan dan pengkomersialan.

    LIMA TERAS UTAMA

    1. Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.

    2. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.

    3. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.

    4. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat

    antabangsa.

    5. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

    SENARAI MANTAN MENTERI PENGAJIAN TINGGI

    Datuk Shafie Mohd Salleh Dato' Mustapha Mohamed D.S Mohamed Khaled Nordin 20042006 20062008 2008-Kini

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    20

    PENGURUSAN TERTINGGI

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    21

    BAB 3

    SEJARAH PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    3.1 Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    Perkembangan Dasar dan Kemajuan Sistem Pelajaran Kebangsaan

    Sistem Pendidikan Negara telah mengalami evolusi penting sejajar dengan pembangunan

    dan kemampuan negara. Evolusi pendidikan ini telah melalui lima fasa berikut:

    a) Zaman Pramerdeka (sebelum 1957);

    b) Zaman Pasca Merdeka (1957-1970);

    c) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990);

    d) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000); dan

    e) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang).

    a) Zaman Pramerdeka (sebelum 1957)

    Semasa pentadbiran British, sekolah-sekolah di Tanah Melayu dipecahkan kepada empat

    aliran , iaitu Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu, Sekolah Cina dan sekolah Tamil. Setiap

    sekolah mempunyai bahasa penghantarnya sendiri dan kurikulum yang berbeza di antara

    satu sama lain. Namun menjelang kemerdekaan, timbul kesedaran untuk mewujudkan

    satu sistem persekolahan. Beberapa jawatankuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji

    sistem persekolahan pada masa itu dan menghasilkan laporan-laporan berikut:

    Laporan Barnes (1951) menyemak dan memperbaiki keadaan pendidikan

    kaum Melayu;

    Laporan Fenn-Wu (1951) menyemak pendidikan kaum Cina;

    Ordinan Pelajaran (1952) mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai

    corak sistem persekolahan kebangsaan; dan

    Laporan Razak (1956) meletakkan asas bagi perkembangan sistem

    pendidikan untuk memupuk perpaduan melalui Sistem Pelajaran

    Kebangsaan untuk semua, Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama

    serta kurikulum kebangsaan, sukatan pelajaran dan sistem peperiksaan

    yang sama bagi semua sekolah.

    b) Zaman Pasca Merdeka (1957-1970)

    Sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem

    pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan

    perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras

    Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa

    Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada

    penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    22

    pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan

    peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.

    Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi

    penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan

    mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan

    masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan

    pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar

    ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan

    universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.

    c) Zaman Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah satu falsafah pembangunan yang menekankan

    keseimbangan antara pembangunan sosial dan perkembangan ekonomi (Universiti

    Terbuka Malaysia, 2008). Dalam tempoh ini, pendidikan diberikan keutamaan untuk

    menangani masalah ketidakseimbangan dalam masyarakat dengan menyediakan peluang

    pendidikan yang sama untuk semua kaum.

    Pada masa ini juga Sistem Pendidikan Kebangsaan mengalami banyak perubahan,

    antaranya Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama yang dilaksanakan

    sepenuhnya pada peringkat menengah di Semenanjung Malaysia dan Sabah pada tahun

    1982, manakala di Sarawak pada tahun 1990. Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai

    bahasa kedua juga turut diberi tumpuan. Walau bagaimanapun, selaras dengan Akta

    Pelajaran 1961, sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan yang menggunakan

    bahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar terus dikekalkan. Mata

    pelajaran Sivik diperkenalkan bagi menyemai semangat jati diri di kalangan pelajar.

    Pendidikan Sains dan Teknikal diberi lebih penekanan pada peringkat menengah bagi

    menghasilkan tenaga kerja mahir.

    Pada tahun 1979, semakan semula pelaksanaan dasar pendidikan oleh Jawatankuasa

    Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979) telah menggariskan cadangan

    pendekatan dan strategi baru untuk memantapkan sistem pendidikan. Pada tahun 1980-

    an, peluang pendidikan untuk warganegara turut ditingkatkan dengan menambahkan

    kemudahan fizikal dan infrastruktur terutama di luar bandar. Seterusnya Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan telah digubal pada tahun 1988 bagi memperteguh hala tuju dan

    matlamat pendidikan negara. Falsafah ini menekankan pendidikan yang menyeluruh dan

    bersepadu bagi membentuk pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani

    dan intelek.

    d) Zaman Dasar Pembangunan Negara (1991-2000)

    Dekad terakhir abad ke-20 menyaksikan perubahan yang pesat dalam pendidikan negara.

    Asas perundangan bagi pelaksanaan dasar pendidikan diperkukuhkan melalui

    penggubalan dan pindaan beberapa akta yang berkaitan dengan pendidikan, misalnya

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    23

    Akta Pendidikan 1996; Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996; Akta Majlis

    Pendidikan Tinggi Negara 1996 dan lain-lain.

    Selain itu, banyak lagi perubahan berlaku dalam bidang pendidikan termasuk:

    Peningkatan akses dalam pendidikan khususnya peringkat tertiari;

    Perkembangan ICT dalam pendidikan termasuk penubuhan Sekolah Bestari pada

    tahun 1999;

    Menaiktarafkan kelayakan guru-guru daripada sijil kepada diploma;

    Menaiktarafkan Maktab Perguruan Sultan Idris kepada Universiti Pendidikan

    Sultan Idris (UPSI); dan

    Menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional kepada Sekolah Menengah Teknik.

    e) Zaman Dasar Wawasan Negara (2001-hingga sekarang)

    Pada zaman ini Sistem Pendidikan Kebangsaan diperkemas sejajar dengan perkembangan

    dunia teknologi maklumat. Dengan mengambil kira pelbagai perubahan dan cabaran alaf

    ke-21, penambahbaikan dan pemantapan sistem pendidikan diperlihatkan dalam

    perundangan, dasar dan program utama, antaranya: Akta Pendidikan 1996 (Pindaan

    2002); Program Bimbingan dan (Keputusan Jemaah Menteri, 2002); Pengajaran dan

    Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dilaksanakan pada tahun 2003

    (Keputusan Jemaah Menteri, 2002). Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP)

    diperkenalkan pada tahun 2003; Program j-QAF diperkenalkan pada tahun 2005 dan

    diperluaskan pada tahun 2006 bagi memastikan murid Islam menguasai Jawi, Al-Quran,

    Bahasa Arab dan Fardu Ain apabila tamat sekolah rendah (Keputusan Jemaah Menteri,

    2003); dan banyak lagi program-program pendidikan diperluas.

    Perubahan paling signifikan dalam sejarah perkembangan pendidikan negara ialah

    penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) pada tahun 2004. Dengan

    pembahagian ini KPM dipertanggungjawabkan kepada pembangunan pendidikan

    prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan pendidikan guru.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    24

    BAB 4

    SISTEM PELAJARAN MASA KINI

    4.1 Pendidikan Pra Sekolah 4.9 Pembestarian Sekolah

    4.2 Program PERMATA 4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

    4.3 Pendidikan Rendah 4.11 Institusi Pengajian Tinggi

    4.4 Pendidikan Menengah 4.12 Pendidikan Swasta

    4.5 Pendidikan Khas 4.13 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    4.6 Program Pendidikan Khas 4.14 Sekolah Kluster

    4.7 Sekolah Sukan 4.15 Sejarah Pendidikan Teknik & Vokasional

    4.8 Sekolah Seni

    4.1 Pendidikan Pra Sekolah

    Pengenalan

    Prasekolah (bahasa Inggeris: pre-school) merupakan pilihan pendidikan bagi kanak-

    kanak sebelum memasuki sekolah.Prasekolah merupakan sebahagian daripada sistem

    pendidikan Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan pendidikan

    prasekolah bagi membolehkan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun

    memasuki persekolahan lebih awal, terutamanya kanak-kanak daripada golongan

    berpendapatan rendah.

    Latar belakang

    18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan Kementerian Pelajaran

    Malaysia melaksanakan program prasekolah.

    27 Januari 1992 - Mesyuarat antara Kementerian. - Projek Rintis Pendidikan Prasekolah

    KPM (1,131 kelas).

    Akta Pendidikan 1996

    Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.

    Mesyuarat Jemaah Menteri pada 6 Jun 2001 mengarahkan dilaksanakan peluasan

    program Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Matlamat pendidikan prasekolah

    Pendidikan prasekolah bertujuan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek

    perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai

    persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.

    Konsep

    Pendidikan prasekolah adalah satu program yang menyediakan pengalaman

    pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau

    lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal. Konsep yang digunakan ialah

    "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah

    pembelajaran ialah meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    25

    Keunikan prasekolah yang dianjurkan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti

    kumpulan yang berupaya meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual.

    Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh bagi

    pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

    Objektif

    Menyediakan pengalaman pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4

    hingga 6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua aspek perkembangan,

    menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke

    sekolah rendah

    Lokasi

    Bangunan prasekolah anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia terletak di kawasan

    sekolah rendah.

    Pengurusan

    Setiap kelas prasekolah diurus oleh seorang guru dan seorang pembantu yang dilantik

    oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Gred jawatan bagi guru prasekolah ialah DG29 atau

    DG41 manakala gred jawatan bagi pembantu prasekolah ialah N17, yakni setaraf dengan

    jawatan Pembantu Tadbir.

    Murid

    Setiap kelas mestilah tidak melebihi 25 orang kanak-kanak berumur 5 dan/atau 6 tahun.

    Kelayakan untuk memasuki prasekolah dikira berdasarkan pendapatan keluarga iaitu di

    bawah RM500. Walau bagaimanapun had itu boleh dinaikkan sekiranya masih terdapat

    kekosongan.

    Kurikulum

    Kurikulum Pendidikan prasekolah dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan dan

    tahap keupayaan kanak-kanak berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Mulai

    tahun 2002, semua pusat pembelajaran kanak-kanak samada diuruskan oleh

    Kementerian Pelajaran mahupun dikelolakan oleh pihak swasta mestilah mengikut

    sukatan pelajaran yang telah ditetapkan dan disediakan oleh Kementerian Pelajaran

    Malaysia.

    Kriteria Pemilihan Sekolah

    Tiada operator tadika lain. Pihak kementerian mendapati di satu-satu kawasan itu tidak

    atau kurang mempunyai tadika/prasekolah samada oleh pihak swasta atau badan

    berkanun lain.

    Kriteria Pemilihan Murid

    Warganegara Malaysia. Berumur 5 dan 5+ tahun. Setiap kelas 25 orang murid.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    26

    4.2 Program PERMATA

    Pengenalan

    Segalanya bermula pada suatu hari, hampir tiga tahun yang lalu, apabila peningkatan

    kadar jenayah dan masalah sosial menjadi semakin ketara di Negara ini. Datin Paduka

    Seri Rosmah cuba memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah-masalah itu. Pada

    pandangan bekas pelajar jurusan sosiologi ini, semestinya masalah berkenaan berakar

    daripada didikan semasa usia kanak-kanak.

    Kerana begitu terganggu, beliau tidak boleh berhenti memikirkan bahawa ada sesuatu

    yang tidak kena. Barangkali ada sesuatu yang hilang semasa dalam proses membesar.

    Itulah yang membawa kepada tercetus idea untuk pelaksanaan Program Asuhan dan

    Didikan Awal Kanak-kanak PERMATA. Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Dasar

    PERMATA Negara, apabila idea itu datang, beliau tidak teragak-agak untuk

    melaksanakannya, satu kerana matlamatnya ialah mahu melahirkan modal insan terbaik

    kepada negara dan satu lagi kerana tidak mahu lagi terganggu dengan laporan-laporan

    jenayah disiarkan hampir saban hari.

    Lantas, 25 individu profesional dalam pelbagai bidang, kepakaran dan latar belakang

    dicari untuk sama-sama mengumpul, mencari idea selain membantu merealisasikan

    hasrat murni berkenaan. Kumpulan profesional ini bukan calang-calang orang dan

    mereka juga senada bahawa pembentukan insan akan menjadi lebih berkesan sekiranya

    dimulakan lebih awal lagi. Kumpulan ini terdiri daripada mereka yang mempunyai

    kepelbagaian kepakaran, latar belakang, pendidikan dan pengalaman antaranya pakar

    kanak- kanak, ahli akademik, aktivis wanita dan aktivis masyarakat memulakan usaha ini

    dengan mengadakan kajian dan penyelidikan secara sukarela dan dapatannya lantas

    dijadikan input bagi pembangunan konsep pendidikan sedemikian.

    Dan bagi menjayakan konsep pendidikan sedemikian, ia memerlukan satu pendekatan

    bersepadu yang melibatkan pelbagai pihak seperti ibu bapa, masyarakat setempat, pihak

    berkuasa tempatan dan ahli-ahli politik dapat dimanfaatkan bagi menjadikan kanak-

    kanak setempat yang agak mundur kepada yang lebih berjaya dan membanggakan

    Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pula diberi tanggungjawab untuk menyediakan

    modul pembelajaran dan teknik pengajaran serta kursus penjagaan kanak-kanak kepada

    pendidik-pendidik di Pusat Anak PERMATA Negara.

    Falsafah dan Fokus PERMATA Negara

    Asuhan dan didikan awal kanak-kanak bertujuan mengembangkan potensi SETIAP ANAK

    PERMATA NEGARA secara holistik bagi mewujudkan modal insan negara yang seimbang

    dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani, sosial dan komunikasi. Usaha ini memerlukan

    kerjasama antara pendidik, ibu-bapa dan komuniti.

    Program PERMATA Negara memfokuskan pada asuhan dan didikan awal untuk

    kanak-kanak yang memenuhi kriteria berikut:

    i. Berumur satu hingga empat tahun

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    27

    ii. Menetap di pinggir atau luar bandar

    iii. Keluarga berpendapatan rendah

    iv. Berbilang kaum dan agama

    Penglibatan ibu bapa dan komuniti adalah penting dalam pembelajaran anak-anak

    dan mempunyai matlamat secara keseluruhannya untuk meningkatkan kesediaan

    kanak-kanak memasuki alam pra dan sekolah rendah dengan persediaan pelbagai

    aspek perkembangan

    Fokus kepada merangsang perkembangan holistik dan intervensi awal kanak-

    kanak dari lahir hingga ke usia pra persekolahan.

    Kurikulum PERMATA

    Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi dari model

    Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan

    budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi

    kandungannya.

    Tema Setiap Anak PERMATA Negara juga telah dipilih untuk menggambarkan

    kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi pelaksana untuk menggubal satu dasar

    pendidikan awal kanak-kanak yang bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan

    ini, Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh

    kerajaan ke arah menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan

    menyeluruh kepada kanak-kanak.

    Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara, pelaksanaannya

    telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi memastikan lebih ramai

    anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan terbaik dalam kehidupan mereka

    sebagai persediaan menghadapi cabaran masa hadapan.

    4.3 Pendidikan Rendah

    Walaupun kebanyakan ibubapa memilih untuk memulakan sistem pendidikan formal

    anak-anak mereka dari pendidkan pra-sekolah namun pada dasarnya, pendidikan yang

    diwajibkan di Malaysia bermula dari pendidikan sekolah rendah.

    Pendidikan sekolah rendah adalah merupakan satu asas pembelajaran. Untuk tujuan ini,

    satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan kurikulum pendidikan

    nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Untuk mengukur prestasi

    kemajuan pelajar di tahap ini, satu peperiksaan yang dikenali sebagai UPSR (Ujian

    Pencapaian Sekolah Rendah) dilaksanakan di semua sekolah.

    Pendidikan sekolah rendah bermula semasa kanak-kanak berusia enam tahun dan

    mengambil masa enam tahun sebelum melangkah ke pendidikan sekolah menengah.

    Ibubapa dikehendaki untuk mendaftarkan anak-anak mereka di mana-mana sekolah

    rendah berhampiran sebelum mereka mencapai umur tujuh tahun. Ini adalah untuk

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    28

    memastikan tempat dapat diperuntukkan dalam masa yang ditetapkan. Sila kunjungi

    sekolah-sekolah yang berdekatan di kawasan anda.

    Ibubapa juga boleh memohon pertukaran anak-anak mereka ke sekolah lain di atas

    alasan-alasan tertentu.

    4.4 Pendidikan Menengah

    Pendidikan menengah merupakan tahap kedua peringkat pendidikan formal, di mana

    asas pendidikan yang telah diterapkan semasa pendidikan sekolah rendah

    dipertingkatkan dan diperkukuhkan lagi sebagai persediaan untuk menghadapi

    pendidikan tinggi ataupun latihan vokasional. Pendidikan di tahap ini di kawal oleh

    Kementerian Pelajaran. Satu kurikulum yang seragam telah diaturkan bagi memastikan

    pembelajaran yang konsisten. Pada tahap ini, prestasi kemajuan para pelajar akan dinilai

    melalui beberapa peringkat peperiksaan am.

    Persekolahan menengah pada lazimnya bermula pada umur tiga belas tahun dan

    berlanjutan sehingga enam tahun. Peralihan pelajar di dalam transisi daripada peringkat

    rendah ke menengah memerlukan pendaftaran yang berdasarkan pendidikan rendah

    mereka. Di samping itu, pihak ibubapa boleh memindahkan anak-anak mereka ke sekolah

    lain jika mempunyai alasan-alasan yang kukuh.

    4.5 Pendidikan Khas

    Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai

    keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik P&P

    mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

    - Perkembangan mental

    - Kestabilan emosi

    - Integrasi sosial

    Kanak-Kanak Khas merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh

    pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses

    pembelajaran.

    Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-

    ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal

    (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam

    pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang

    diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh

    berkembang sehingga kemampuan yang maksimum .

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    29

    4.6 Program Pendidikan Khas

    Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

    1. Sekolah Khas

    2. Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)

    3. Pemulihan Khas

    4. Program Disleksia

    5. Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

    Kategori Pendidikan Khas

    Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang

    menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran iaitu:

    -Masalah Pembelajaran

    -Masalah Pendengaran

    -Masalah Penglihatan

    Sekolah Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:-

    Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

    Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan

    khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la

    diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah

    teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara

    pengasingan dan separa inklusif.

    Antara program yang ditawarkan ialah:

    Prasekolah

    Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:

    - berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

    mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

    Pelajaran Rendah

    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

    ialah:

    - berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

    mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Semua sekolah rendah pendidikan

    khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di

    peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.

    Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti

    kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

    Pelajaran Menengah

    Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    30

    ialah:

    -Berumur 13+ hingga 19+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh

    mengurus diri tanpa bantuan orang lain. Pelajaran menengah menyediakan 2

    jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

    Pendidikan Teknik dan Vokasional

    i) Sekolah Khas

    Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan

    elektif mata pelajaran vokasional (MPV)

    Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan

    Sijil Kemahiran Malaysia.

    ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran

    Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru

    Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah

    Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor

    Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak

    Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan

    Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah

    Tempoh Pengajian

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.

    Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.

    Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat

    iaitu sarna ada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.

    4.7 Sekolah Sukan Malaysia (SSM)

    Sekolah Sukan Malaysia (SSM) adalah sekolah elit khas untuk atlit-atlit di kalangan

    pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih cemerlang.

    Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar-pelajar dilatih mengikut bidang

    kemahiran sukannya. SSM ini di bawah kawalan Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum,

    Kementerian Pelajaran Malaysia.

    Setakat ini terdapat dua buah Sekolah Sukan Malaysia (SSM) iaitu:

    1. Sekolah Sukan Bukit Jalil

    2. Sekolah Sukan Bandar Penawar

    Sistem Pembelajaran

    Pelajar-pelajar yang ditawarkan ke SSM ini diwajibkan tinggal di asrama. Sistem

    persekolahannya berbeza sedikit. Disamping pembelajaran akademik, pelajar-pelajar

    dilatih untuk meningkatkan ketahanan fizikal dan disiplin.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    31

    4.8 Sekolah Seni Malaysia

    Sekolah Seni adalah merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran meningkatkan potensi

    dan bakat pelajar dalam bidang kesenian di Malaysia. Ini membuka kepada kelahiran dua

    sekolah perintis iaitu Sekolah Seni Johor Bahru dan Sekolah Seni Kuching.

    Visi

    "Menjadi pusat kecemerlangan pendidikan kesenian dan kebudayaan bagi melahirkan

    insan budayawan bertaraf dunia".

    Mengikut sejarah awal, cadangan penubuhan kedua buah sekolah tersebut telah

    diputuskan dalam Persidangan Perancangan Strategik Kementerian Pelajaran Malaysia

    Tahun 2004. Y.B Dato Seri Hishamuddin Bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia

    mengumumkan penubuhan dua buah Sekolah Seni Malaysia di bawah Rancangan Ke-9

    iaitu di negeri Sarawak dan Johor.

    Konsep

    Konsep Sekolah Seni ialah sekolah yang membangunkan potensi dan bakat kesenian

    murid. Kurikulum kesenian di peringkat menengah rendah ini merangkumi empat bidang

    iaitu Seni Muzik, Seni Teater, Seni Tari dan Seni Visual. Selain empat komponen ini,

    kurikulum juga termasuk mata pelajaran kreativiti, kokurikulum, persembahan, sesi

    apresiasi dan rangkaian rakan seni. Kaedah penilaian yang dilaksanakan pula berasaskan

    kepada pemerhatian semasa pelajar menjalankan setiap aktiviti praktikal, teori dan

    nilai. Mata pelajaran yang ditawarkan ialah seperti berikut:

    1. Bahasa Malaysia 7. Geografi

    2. Bahasa Inggeris 8. Seni Tari

    3. Sejarah 9. Seni Muzik

    4. Pendidikan Islam 10. Seni Teater

    5. Sains 11. Kreativiti

    6. Matematik

    Setakat ini, kedua-dua sekolah seni ini beroperasi di premis sementara, iaitu:

    1. Sekolah Seni Johor Bahru, Johor

    2. Sekolah Seni Kuching, Sarawak

    4.9 Pembestarian Sekolah

    Pengenalan

    Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi

    penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah

    dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud

    mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    32

    direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta

    pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat.

    Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan

    pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah

    ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru,

    kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan

    pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar

    kendiri (self-paced).

    Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era

    teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai

    aspek perlu dilakukan supaya modal insan yang dilahirkan mampu berdaya saing dan

    relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario

    dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi,

    sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah

    institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa

    aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada

    pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran

    yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

    Sekolah bestari

    Sekolah bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa

    kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka

    yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar kuat atau

    lemah, kaya atau miskin mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai

    mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan

    membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan.

    Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa

    Inggeris, Matematik dan Sains, akan diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan

    menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

    Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang

    direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi

    Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah

    yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya

    dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan

    teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan

    pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah

    Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    33

    Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan

    pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah

    Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik

    dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi

    cabaran-cabaran Wawasan Negara.

    4.10 Pendidikan Pasca Menengah (Tertiari)

    Takrif Pendidikan Tertiari - PENDIDIKAN tertiari adalah peralihan selepas tamat

    pendidikan menengah, sebelum ke peringkat pendidikan tinggi.

    PENDIDIKAN tertiari dalam konteks sistem pendidikan Malaysia adalah pendidikan

    selepas pendidikan menengah sehingga ke peringkat pendidikan tinggi. Pendidikan pada

    peringkat ini merangkumi program pendidikan di kolej komuniti, politeknik, institut

    latihan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta, universiti awam dan institusi

    pendidikan tinggi swasta (IPTS).

    Menurut Menteri Pendidikan, Tan Sri Musa Mohamad, menjelang tahun 2010 negara

    memerlukan 1.2 juta tenaga profesional dan separa profesional dalam pelbagai bidang

    termasuklah bidang teknikal, perubatan, kesihatan dan perguruan untuk terus berdaya

    maju dan membina tapak ekonomi yang kukuh sebelum mencapai sepenuhnya taraf

    negara maju sedekad kemudian dalam tahun 2020.

    Justeru itu dalam pembentangan pelan Pembangunan Pendidikan 2001-2010 baru-baru

    ini, Kementerian Pendidikan telah merangka strategi dan pelan tindakan yang perlu

    dilaksanakan segera dalam menghasilkan sumber manusia yang mampu menangani

    cabaran-cabaran globalisasi dan k-ekonomi ke arah mencapai tahap negara maju

    sepenuhnya.

    Melalui pelan itu, tindakan segera yang digariskan oleh kementerian ialah penubuhan

    kolej komuniti di setiap kawasan Parlimen menjelang tahun 2010 setelah penubuhan 12

    kolej sedemikian di kawasan Parlimen terpilih sebagai pelaksana rintis pada tahun ini.

    Sebanyak 12 politeknik ditubuhkan menjelang tahun 2005 dan 12 buah lagi antara tahun

    2006 sehingga 2010 serta meningkatkan kapasiti 5,000 pelajar bagi setiap satu politeknik

    sedia ada. Sejajar dengan itu penubuhan lebih banyak universiti awam untuk menampung

    1.05 juta pelajar pada tahun 2005 dan 1.6 juta pelajar pada tahun 2010 juga akan

    dilaksanakan segera.

    Penaikan taraf kolej universiti dan meningkatkan kapasiti universiti awam yang sedia ada

    segera dilaksanakan selain menggalakkan penubuhan lebih banyak kolej universiti

    melalui peningkatan taraf IPTS bukan bertaraf universiti dan menambah bilangan kolej

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    34

    universiti serta universiti swasta baru.

    4.11 Institusi Pengajian Tinggi

    Bagi merealisasikan matlamat negara sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi dan

    percambahan ilmu di rantau ini menjelang tahun 2020, pelbagai usaha dan tindakan telah

    dilakukan. Dengan tertubuhnya Universiti Malaya, era pengembangan ilmu di Malaysia

    sudah bermula.

    Penubuhan IPTA di Malaysia

    Universiti-universiti yang menjadi perintis kepada penubuhan IPTA di Malaysia ialah:

    Universiti Malaya (UM) - Ditubuhkan pada tahun 1962 hasil daripada

    kertas cadangan Suruhanjaya Carr-Saunders yang bertujuan mewujudkan

    sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat

    bersama.

    Universiti Sains Malaysia (USM)- Penubuhan USM bermula dengan

    persetujuan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang terhadap resolusi

    penubuhan sebuah kolej universiti di negeri tersebut. USM ditubuhkan pada

    tahun 1969.

    Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)- Penubuhan UKM pada tahun 1970

    membuktikan bahawa Bahasa Melayu boleh dijadikan sebagai bahasa

    pengantar di peringkat universiti dengan terbuktinya beberapa kejayaan

    yang telah dikecapi oleh universiti ini.

    Percambahan dan Pengiktirafan IPTA di Malaysia

    Dewasa ini, percambahan ilmu dan pengetahuan berlaku dengan cepat dan pantas. Maka,

    kerajaan telah mengambil beberapa langkah dengan mewujudkan beberapa universiti

    dan bidang pengajian yang baru bagi menyediakan sumber tenaga pakar selari dengan

    perkembangan industri di negara ini.

    Universiti awam di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu:

    1. Universiti Penyelidikan

    2. Universiti Komprehensif

    3. Universiti Berfokus

    Kategori-kategori ini mencerminkan bidang dan jurusan utama yang ditawarkan oleh

    universiti-unversiti tersebut kepada para pelajarnya.

    Selain itu, pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Universiti Sains Malaysia (USM)

    sebagai Unversiti Apex merupakan satu pencapaian yang terbaik diterima oleh universiti

    awam di Malaysia. Dengan pencapaian ini, Malaysia telah mengorak langkah untuk

    menjadi pusat kecemerlangan pengajian tinggi serantau menjelang tahun 2020.

    Pertumbuhan universiti-universiti IPTS yang semakin pesat membuatkan universiti

    awam perlu berdaya saing untuk menghasilkan modal insan yang sentiasa berdaya saing

    dan berpengetahuan luas bagi membantu dalam meningkatkan lagi ekonomi serta

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    35

    pembangunan negara seiring dengan Teras 4 dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi

    Negara iaitu Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi.

    Latar Belakang

    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah ditubuhkan pada 27 Mac 2004 dan

    bermatlamat membangun serta mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang

    menggalakkan untuk menghasilkan pusat ilmu yang unggul, melahirkan insan yang

    kompeten, berinovasi serta berakhlak mulia dalam memenuhi keperluan negara dan

    antarabangsa. KPT berperanan penting dalam melahirkan ekosistem pengajian tinggi

    yang terbaik di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), institusi pengajian tinggi swasta

    (IPTS), politeknik dan kolej komuniti. Semua institusi ini merupakan komponen utama

    ekosistem pendidikan dan latihan negara yang akan melahirkan para pemikir, ilmuwan,

    sarjana, tenaga kerja mahir dan separa mahir sesuai dengan peranan masing-masing.

    Bersesuaian dengan matlamat ini, KPT mempunyai tiga (3) jabatan bagi pengurusan

    institusi pengajian tinggi iaitu:

    1. Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) - menguruskan IPTA dan IPTS

    2. Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) - menguruskan Politeknik

    3. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) - menguruskan KolejKomuniti

    Usaha untuk mencapai matlamat ini turut disokong oleh agensi yang berperanan penting

    dalam pengajian tinggi iaitu:

    1. Malaysian Qualification Agency (MQA)

    Badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan kualiti dan akreditasi

    pendidikan tinggi negara.

    2. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

    Badan yamg mengurus pembiayaan untuk tujuan pendidikan tinggi.

    Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN)

    Teras Utama PSPTN

    Dalam usaha mencapai matlamat pengajian tinggi negara, PSPTN dirangka dengan

    menggariskan tujuh (7) teras utama iaitu:

    Teras 1 Meluaskan Akses dan Meningkatkan Ekuiti

    Pendemokrasian melalui meritokrasi kepelbagaian (50%

    akses pengajian tertiari; 33% tenaga kerja berpendidikan

    tertiari)

    Dana Pembangunan Modal Insan Pengajian Tinggi - biasiswa

    berprestij (pelajar cemerlang) dan biasiswa khas (kumpulan

    tertentu)

    Teras 2 Menambah baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran

    Dasar kebangsaan latihan pelajar dan sangkutan pensyarah

    di industri

    Penambahbaikkan kurikulum berkala, kaedah pembelajaran

  • Disusun dan diedit oleh Norshuhada Abdullah, ISMP UTM

    36

    interaktif dan Bahasa Inggeris diperluaskan

    Graduan berketerampilan dan kebolehpasaran

    100,000 PhD atau setaraf

    Teras 3 Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi

    Membina massa kritikal penyelidik (100 RSE bagi setiap

    10,000 tenaga kerja)

    6 buah Universiti Penyelidikan

    20 pusat kecemerlangan diiktiraf antarabangsa

    Budaya inovasi di kalangan pelajar

    10% hasil penyelidikan dikomersialkan

    Teras 4 Memperkasa Institusi Pengajian Tinggi

    Satu atau dua buah Unive