kertas kerja perniagaan (lm 2025)

35
LM 2025 BAHASA MELAYU KERJAYA (PERNIAGAAN) TEMA: JUALAN PRODUK SYARIKAT: KEMBANG KASTURI SDN BHD JENAMA: MEKAR (PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN) SLOGAN: SURI, SUCI & SEMULA JADI SEKSYEN 3 AHMAD FIKRI RIDZUAN BIN MOHAMED SOOUDIN 1423045 AFIFAH NABILAH BINTI MOHAMAD SAFEI 1321976 NUR LIYANAA AQMAL BINTI ABD RAHMAN 1319912 SITI NURAFIQAH BADJENID BINTI ABDUL HAMID 1423326 NOOR FAIZAH BT YUSOFF 1234784 NUR ATHIRAH BINTI MOHD SALEH 1421162 PEMERIKSA: PUAN M MASCITAH MANSOR SEMESTER 3, 2014/2015

Upload: afifah-nabilah

Post on 23-Jan-2018

24.161 views

Category:

Business


58 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

LM 2025

BAHASA MELAYU KERJAYA (PERNIAGAAN)

TEMA: JUALAN PRODUK

SYARIKAT: KEMBANG KASTURI SDN BHD

JENAMA: MEKAR (PRODUK KESIHATAN & KECANTIKAN)

SLOGAN: SURI, SUCI & SEMULA JADI

SEKSYEN 3

AHMAD FIKRI RIDZUAN BIN MOHAMED SOOUDIN 1423045

AFIFAH NABILAH BINTI MOHAMAD SAFEI 1321976

NUR LIYANAA AQMAL BINTI ABD RAHMAN 1319912

SITI NURAFIQAH BADJENID BINTI ABDUL HAMID 1423326

NOOR FAIZAH BT YUSOFF 1234784

NUR ATHIRAH BINTI MOHD SALEH 1421162

PEMERIKSA: PUAN M MASCITAH MANSOR

SEMESTER 3, 2014/2015

Page 2: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 2 ~

ISI KANDUNGAN

1. RINGKASAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ....................................................... 3

2. PENGENALAN ............................................................................................................... 4

3. TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN ................................... 5

4. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN .................................................................... 6 - 8

5. LATAR BELAKANG PEMILIK ........................................................................... 9 - 14

6. RANCANGAN ORGANISASI/PENGURUSAN ................................................. 15 - 21

7. RANCANGAN PEMASARAN ............................................................................. 21 - 29

8. RANCANGAN OPERASI ..................................................................................... 30 - 31

9. RANCANGAN KEWANGAN .............................................................................. 32 - 33

10. JADUAL PELAKSANAAN PROJEK ...................................................................... 33

11. RUMUSAN/JUSTIFIKASI ........................................................................................ 34

12. LAMPIRAN .....................................................................................................................i

Page 3: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 3 ~

1.0 RINGKASAN KERTA KERJA PERNIAGAAN

Sebagai sebuah syarikat yang pakar dalam bidang kosmetik, Kembang Kasturi Sdn.

Bhd. menghasilkan produk-produk kesihatan dan kecantikan yang sesuai untuk semua

peringkat umur. Untuk pengetahuan umum, bidang kosmetik merupakan satu bidang yang

sedang meningkat naik pada masa kini dengan memonopoli pasaran sebagai salah satu

industri yang mendatangkan hasil jualan yang tertinggi saban tahun. Oleh itu, syarikat ini

mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk berkembang dek permintaan yang sangat tinggi

daripada pengguna terhadap produk kesihatan dan kecantikan. Perancangan di bawah

menjelaskan tentang strategi pemasaran dan analisis kewangan bagi syarikat kembang Kasturi

Sdn. Bhd.

Page 4: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 4 ~

2.0 PENGENALAN

Kembang Kasturi Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat perkongsian di antara enam

orang pekongsi iaitu Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin, Siti Afiqah Badjenid Binti

Abdul Hamid, Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman, Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei,

Nur Athirah Binti Mohd Saleh dan Noor Faizah Binti Yusoff.

Syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd secara khususnya menghasilkan produk-produk

kosmetik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Kami memilih untuk menceburi bidang

kosmetik ini kerana permintaan terhadap produk-produk kosmetik semakin bertambah saban

tahun. Selain itu, bidang ini dipilih kerana terdapat banyak produk kosmetik di pasaran yang

boleh membawa kepada masalah kesihatan kepada pengguna –pengguna di luar sana.

Secara amnya, syarikat ini dilihat mempunyai potensi untuk berkembang kerana

permintaan terhadap produk-produk kosmetik berkembang dari tahun ke tahun. Selain itu,

pendedahan tentang kepentingan dermatologi dalam kehidupan seharian juga dilihat telah

berkembang di semua peringkat umur terutamanya golongan remaja dan dewasa.

Dengan penubuhan syarikat Kembang Kasturi Sdn Bhd ini sedikit sebanyak

diharapkan dapat memberi sumbangan terhadap perkembangan ekonomi negara ini. Selain

itu, dengan penubuhan syarikat ini juga dapat membuka peluang pekerjaan terhadap rakyat

Malaysia seterusnya dapat mengurangkan kadar pengangguran negara yang yang kian

runcing.

Page 5: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 5 ~

3.0 TUJUAN PENYEDIAAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN

Tujuan kertas kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perancangan

perniagaan yang telah dirangka khas bagi menjalankan perniagaan penjualan produk-produk

kosmetik keluaran Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Melalui kertas kerja ini, segala aspek

perkhidmatan, pengurusan, permasaran, dan kewangan akan dibentangkan dengan lebih

terperinci bagi memohon pembiayaan perniagaan daripada pihak Public Bank Sdn. Bhd.

Berjumlah sebanyak RM 300,000.00 (Tiga Ratus Ribu Ringgit Sahaja).

Selain itu, kertas kerja ini disediakan sebagai sebuah pelan pelaksanaan projek yang

akan menjadi garis panduan kepada pihak pengurusan dalam menguruskan perniagaan agar

syarikat ini dapat beroperasi dengan lebih cekap dan sistematik. Kertas kerja ini juga

bertujuan untuk meyakinkan para pelabur yang berpotensi untuk membuat pelaburan dan

menandatangani kontrak usaha sama jangka panjang dengan syarikat kami. Hal ini kerana,

kami telah menyediakan laporan kewangan syarikat dan menjelaskan dengan lebih terperinci

tentang modal–modal yang kami peruntukkan agar sebarang kekeliruan atau penyelewengan

modal tidak berlaku.

Maka, amatlah diharapkan agar penyediaan kertas kerja ini dapat meyakinkan mereka

yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada rantaian operasi perniagaan Syarikat

Kembang Kasturi Sdn. Bhd. sama ada sebagai pelabur, pembekal atau pengedar produk

keluaran kami.

Page 6: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 6 ~

4.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

Nama syarikat : Kembang Kasturi Sdn. Bhd.

Alamat syarikat : No. 22 Jalan Genting Klang, 53300 Setapak, Kuala Lumpur

Nombor telefon : 011-25376893

Nombor faks : 03-61155891

Alamat e-mel : [email protected]

Laman sesawang : www.kembangkasturi.com

Bentuk syarikat : Perkongsian

No. daftar perniagaan : K002884735-M

Tarikh daftar perniagaan : 21 Jun 2013

Tarikh mula berniaga : 15 Jun 2013

Aktiviti perniagaan : Pengeluar dan pengedar produk keantikan dan kesihatan

jenama Mekar

Nama bank : Public Bank Sdn Bhd

Nombor akaun : 1201919384938323

Jenis Akaun : Akaun Semasa

Status Perniagaan : Sendirian Berhad

Setiausaha Syarikat : Afifah Nabilah Binti Mohamad Safei

Pegawai Kewangan : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman

Page 7: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 7 ~

4.1 LOGO

4.2 MOTO

Suri, suci dan semula jadi

Kembang Kasturi ialah

nama syarikat kami.

Simbol ini mempunyai dua maksud:

1) Daun bermaksud syarikat kami menggunakan bahan

semula jadi untuk menghasilkan produk kami.

2) Bunga berbentuk wajah wanita ini melambangkan

bidang syarikat kami iaitu bidang kosmetik.

Bunga Kasturi

ini ialah simbol

kepada nama

syarikat kami

iaitu Kembang

Kasturi.

Perkataan Suri, Suci & Semula jadi

ini ialah motto syarikat kami.

Page 8: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 8 ~

4.3 MISI

untuk menghasilkan keuntungan sebanyak 55% pada suku pertama tahun

2015.

meraih keyakinan dan kepercayaan pelanggan terhadap produk kami

dengan menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang

memberikan kesan yang sangat positif kepada pengguna.

memperkenalkan produk kosmetik jenama Mekar di pasaran Malaysia.

4.4 VISI

untuk menjadi pengeksport dan pengeluar terbesar di semenanjung

Malaysia.

menjadikan Mekar sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di

rantau Asia Tenggara.

menguasai pasaran produk kesihatan dan kecantikan di Malaysia.

Meluaskan pasaran produk ke negara-negara di Asia Tenggara seperti

Indonesia, Thailand, Singapura dan China.

Page 9: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 9 ~

5.0 LATAR BELAKANG AHLI LEMBAGA PENGARAH

AHLI LEMBAGA PENGARAH 1

Nama : Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin

Jawatan : Ketua Pengarah Eksekutif

Alamat tetap : Lot 5595, Lorong Pelindung Maju 1, Jalan Beserah,

26100 Kuantan, Pahang

Nombor telefon : 014-5012836

Alamat e-mel : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 850111065667

Tarikh lahir : 11 Januari 1985

Umur : 29 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status Perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian), University of

Auckland, New Zealand (2004-2008)

Pengalaman Bekerja : Pembantu Pegawai Kewangan Syarikat Carinno Sdn Bhd,

Subang Jaya, Selangor (2008-2010)

: Pengurus Kewangan Syarikat – Shin Etsu (M) Sdn Bhd,

Shah Alam, Selangor (2010-2013)

Page 10: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 10 ~

AHLI LEMBAGA PENGARAH 2

Nama : Afifah Nabilah binti Mohamad Safei

Jawatan : Setiausaha

Alamat tetap : Lot 4381, Jalan SK Amer, Kampung Amer,

22200 Besut, Terengganu

Nombor telefon : 011-19495947

Alamat e-mel : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 891213115536

Tarikh lahir : 12 Disember 1989

Umur : 26 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status Perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2008-2011)

Pengalaman Bekerja : - Pembantu Tadbir Separuh Masa di pejabat

Entrepreneurship Development Club (EDC), UIAM

(2010-2011)

- Pembantu Peribadi kepada Ketua Pengarah Eksekutif

Syarikat Impian Bestari Enterprise, Kuala Lumpur

(2012-2014)

Page 11: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 11 ~

AHLI LEMBAGA PENGARAH 3

Nama : Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul Hamid

Jawatan : Pegawai Operasi

Alamat tetap : 10, Jalan 1/27A, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur,

Malaysia.

Nombor telefon : 016-4567802

Alamat e-mel : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 900607145042

Tarikh lahir : 7 Jun 1990

Umur : 25 tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran (Kepujian), UITM 2013

Pengalaman kerja : Guru ganti subjek perdagangan, SMKA Al-Irshad 2013-2014

Page 12: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 12 ~

AHLI LEMBAGA PENGARAH 4

Nama : Noor Faizah binti Yusoff

Jawatan : Pegawai Pengurusan Sumber Manusia

Alamat tetap : Kg. Beris Panchor, 16020, Tawang, Bachok Kelantan.

Nombor telefon : 014-5057106

Alamat e-mel : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 920310-03-5690

Tarikh lahir : 10 Mac 1992

Umur : 23 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia (Kepujian),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2009-2012)

Pengalaman kerja : Pembantu Pegawai Pentadbiran,

Syarikat MZA Holdings (2012-2014)

Page 13: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 13 ~

AHLI LEMBAGA PENGARAH 5

Nama : Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman

Jawatan : Pegawai Kewangan

Alamat tetap : No.22, Block C, Lestari Apartment, No. 1, Jalan PJU 10/1B,

PJU 10, Damansara Damai, 47830 Sungai Buloh,

Petaling Jaya, Selangor

Nombor telefon : 014-5169122

Alamat e-mel : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 880402-06-5394

Tarikh lahir : 02 April 1988

Umur : 27 Tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian),

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2007-2010)

Pengalaman kerja : Pengurus Kewangan Syarikat Perkapalan Sendayu Sdn. Bhd.

(2010-2015)

Page 14: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 14 ~

AHLI LEMBAGA PENGARAH 6

Nama : Nur Athirah binti Mohd Saleh

Jawatan : Pegawai Pemasaran

Alamat tetap : No.13, Jalan Jana Mulia Dua, Taman Jana Mulia,

34600, Kamunting, Perak

Nombor telefon : 013-4388749

Alamat e-mail : [email protected]

Nombor kad pengenalan : 900906085426

Tarikh lahir : 6 September 1990

Umur : 25 tahun

Bangsa : Melayu

Agama : Islam

Status perkahwinan : Bujang

Kelulusan akademik : Ijazah Sarjana Muda Pemasaran,

Universiti Antarabangsa INTI (2009-2012)

Pengalam kerja : Pembantu Pegawai Pemasaran, Syarikat M&M Sdn. Bhd.,

Butterworth, Pulau Pinang (2012-2015)

Page 15: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 15 ~

6.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

6.1 PENTADBIRAN

Kembang Kasturi Sdn. Bhd. Diketuai oleh pemegang saham terbesar syarikat iaitu

Encik Ahmad Fikri Ridzuan Bin Mohamed Sooudin selaku Ketua Pengarah Eksekutif. Beliau

dibantu oleh seorang setiausaha iaitu Cik Afifah Nabilah bt Mohamad Safei yang juga

merupakan salah seorang daripada ahli lembaga pengarah syarikat.

Pentadbiran syarikat dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu Bahagian Kewangan,

Bahagian Pemasaran, Bahagian Operasi dan Bahagian Sumber Manusia. Setiap bahagian

diketuai oleh pegawai masing-masing, yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah syarikat.

Bahagian kewangan diketuai oleh Cik Nur Liyanaa Aqmal Binti Abd Rahman selaku pegawai

pemasaran, Bahagian Pemasaran diketuai oleh Cik Nur Athirah binti Mohd Saleh selaku

pegawai pemasaran, Bahagian Operasi diketuai oleh Cik Siti Nurafiqah Badjenid binti Abdul

Hamid selaku pegawai operasi dan Bahagian Sumber Manusia diketuai oleh Cik Noor Faizah

binti Yusoff selaku pegawai pengurusan sumber manusia.

Page 16: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 16 ~

6.2 CARTA ORGANISASI

6.3 SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA

Bil. Jawatan Bilangan Pekerja

1 Ketua pegawai eksekutif 1

2 Penolong ketua pegawai eksekutif 1

3 Setiausaha 1

4 Pegawai kewangan 1

5 Pegawai pemasaran 1

6 Pegawai operasi 1

7 Pegawai pengurusan sumber manusia 1

8 Pembantu pegawai setiap bahagian 4

9 Pengurus kilang 1

10 Pekerja kilang 5

11 Penjaga kilang 1

Ketua Pegawai Eksekutif

Ahmad Fikri Ridzuan b. Mohamed Sooudin

Setiausaha

Afifah Nabilah bt. Mohamad Safei

Pegawai Kewangan

Nur Liyanaa Aqmal bt. Abd Rahman

Pegawai Pemasaran

Nur Athirah bt. Mohd Saleh

Pegawai Operasi

Siti Nurafiqah Badjenid bt. Abdul Hamid

Pegawai Pengurusan Sumber Manusia

Noor Faizah binti Yusoff

Page 17: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 17 ~

6.4 SENARAI JAWATAN DAN BIDANG TUGAS

Jawatan Tanggungjawab

Ketua Pegawai Eksekutif mengawal dan memberi arahan kepada pekerja

bawahan.

memastian operasi syarikat berjalan dengan lancar.

meyakinkan pelabur dan menandatangani kontrak

usaha sama dengan pelabur.

Penolong Ketua Pegawai Eksekutif membantu ketua pegawai eksekutif menjalankan

tugas-tugas berkaitan dengan syarikat.

membincangkan dan membuat perancangan

perniagaan syarikat bersama-sama dengan ketua

pegawai eksekutif.

menguruskan hal-hal berkaitan dengan kelancaran

operasi syarikat.

Setiausaha menyediakan minit mesyuarat dan kertas kerja

syarikat.

memastikan surat permohonan dan kertas kerja

siap dan dihantar tepat pada tarikh yang diberikan.

membuat dan menghantar surat permohonan dan

surat-surat rasmi syarikat kepada pihak berkenaan.

terlibat dengan pentadbiran syarikat secara

keseluruhannya dengan membantu ketua dan

penolong ketua pegawai eksekutif menguruskan

hal-hal rasmi syarikat.

Pegawai Kewangan menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat

agar selaras dengan apa yang dirancang.

melakukan urusan pembahagian keuntungan,

penyata untung rugi, penyata pendapatan, dan

penyata kira-kira.

bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan

menyimpan wang syarikat ke dalam bank untuk

dijadikan modal pusingan dan urusan lain yang

berkaitan dengan perniagaan.

Pegawai Pemasaran memastikan hasil keluaran produk memenuhi

citarasa pelanggan.

menyelia urusan promosi serta menghebahkan

kepada orang ramai tentang syarikat.

mengeluarkan tanda pengenalan syarikat.

memastikan pelanggan berpuas hati dengan mutu

perkhidmatan syarikat dan memastikan sasaran

Page 18: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 18 ~

pasaran harian dicapai.

Pegawai Operasi memastikan keaadan kedai sentiasa bersih dan

kemas.

merekod jualan harian.

membuat penyata keperluan stok dan inventori.

Pegawai Pengurusan Sumber Manusia menjaga kebajikan pekerja.

mengenal pasti masalah dan menyelesaikannya

dengan berkeasn.

menyusun jadual dan menguruskan produktiviti

perniagaan.

Penolong Pegawai Kewangan membantu pegawai kewangan memantau status

kewangan dan menyediakan laporan kewangan

syarikat.

Penolong Pegawai Pemasaran membantu pegawai pemasaran membuat analisa

pasaran dan merancang pelan pemasaran.

Penolong Pegawai Operasi membantu pegawai operasi memantau kelancaran

operasi syarikat dan merancang pelan operasi.

Penolong Pegawai Pengurusan Sumber Manusia

membantu pegawai pengurusan sumber manusia

menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan

pekerja.

Pengurus Kilang menguruskan hal-hal berkaitan dengan operasi

kilang.

memantau pekerja kilang melakukan kerja mereka.

memastikan mesin dan peralatan dalam keadaan

baik.

Pekerja Kilang menghasilkan produk-produk syarikat dengan

menggunakan mesin dan peralatan yang telah

disediakan di kilang pembuatan.

Penjaga Kilang menjaga kilang dengan sebaiknya.

memastikan semua mesin dan peralatan yang ada

di kilang berada dalam keadaan selamat.

Page 19: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 19 ~

6.5 SENARAI IMBUHAN DAN GAJI PEKERJA

Bil Jawatan Gaji Bulanan

(RM)

SOCSO

(RM)

KWSP

(RM)

Jumlah

(RM)

1 Ketua Pegawai Eksekutif 5,828.00 62.00 310.00 6,200.00

2 Penolong Ketua Pegawai Eksekutif

4,888.00 52.00 260.00 5,200.00

3 Setiausaha 3,384.00 36.00 180.00 3,600.00

4 Pegawai Kewangan 4,136.00 44.00 220.00 4,400.00

5 Pegawai Pemasaran 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00

6 Pegawai Operasi 3,948.00 42.00 210.00 4,200.00

7 Pegawai Pengurusan Sumber

Manusia

3,948.00 42.00 210.00 4,200.00

8 Penolong Pegawai Kewangan 3,478.00 37.00 185.00 3,700.00

9 Penolong Pegawai Pemasaran 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00

10 Penolong Pegawai Operasi 3,290.00 35.00 175.00 3,500.00

11 Penolong Pegawai Pengurusan

Sumber Manusia

3,290.00 35.00 175.00 3,500.00

12 Pengurus Kilang 2,632.00 28.00 140.00 2,800.00

13 Pekerja Kilang 1 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00

14 Pekerja Kilang 2 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00

15 Pekerja Kilang 3 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00

16 Pekerja Kilang 4 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00

17 Pekerja Kilang 5 1,220.00 15.00 65.00 1,300.00

18 Penjaga Kilang 1,128.00 12.00 60.00 1,200.00

Jumlah sebulan 53,288.00 577.00 2,835.00 56,700.00

Jumlah setahun 639,456 6,924.00 34,020 680,400

BAYARAN IMBUHAN KEPADA PEKERJA

1) Cuti Sakit

Pihak syarikat akan memberikan cuti bergaji dan rawatan percuma sekiranya

terdapat pekerja yang mengalami kecederaan atau kemalangan SEMASA bekerja.

2) Cuti Tahunan

Pihak syarikat akan memberikan cuti tahunan kepada pekerja.

3) Kenaikan Gaji

Page 20: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 20 ~

Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang baik akan diberikan kenaikan gaji.

Pekerja juga akan diberikan bonus pada hujung tahun bergantung kepada peratus

keuntungan yang diperoleh oleh syarikat.

4) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Diwajibkan untuk menyertai KWSP bagi menjamin masa depan pekerja.

6.6 PERABOT DAN KELENGKAPAN PEJABAT

SENARAI KEPERLUAN AWAL

Bil Jenis Peralatan Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Harga (RM)

1 Penghawa dingin 6 1,600.00 9,600.00

2 Jeriji keselamatan (pintu masuk) 2 2,000.00 4,000.00

3 Jeriji keselamatan (tingkap) 4 1,200.00 4,800.00

4 Cat dinding 2 190.00 380.00

5 Kertas dinding 5 79.00 395.00

6 Lampu 9 120.00 1,080.00

7 Karpet 1 1,200.00 1,200.00

Jumlah 21,455.00

SENARAI KEPERLUAN PERABOT

Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit

(RM)

Harga (RM)

1 Meja kerja (bilik eksekutif) 2 1,300.00 2,600.00

2 Kerusi pusing (bilik eksekutif) 2 590.00 1,180.00

3 Set sofa (bilik eksekutif) 1 1,100.00 1,100.00

4 Meja pegawai 9 799.00 7,191.00

5 Kerusi pusing pegawai 9 290.00 2,610.00

6 Set sofa (ruang menunggu) 1 1,000.00 1,000.00

7 Rak dan kabinet (bilik eksekutif) 2 2,200.00 4,400.00

8 Kabinet fail 1 1,598.00 1,598.00

9 Rak buku 2 538.00 1,076.00

10 Kabinet dapur 1 3,598.00 3,598.00

11 Pemisah ruang kerja (Partition) 10 499.00 4,990.00

Page 21: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 21 ~

12 Mesin fotostat 2 1,095.00 2,190.00

13 Set komputer 12 1,500.00 18,000.00

14 Modem internet 1 400.00 400.00

15 Telefon 4 200.00 800.00

16 Mesin faks 1 450.00 450.00

17 Dispenser air 2 600.00 1,200.00

18 Pemanas air elektrik 2 120.00 240.00

19 Microwave 1 600.00 600.00

Jumlah 55,223.00

7.0 RANCANGAN PEMASARAN

7.1 ANALISIS PASARAN (SWOT)

Kekuatan Kelemahan

1. Produk berasaskan sumber yang halal

dan 100% bahan semula jadi.

2. Produk telah diuji oleh pakar

dermatologi dan disahkan selamat untuk

diguna.

3. 50% untung jualan produk akan

didermakan ke tabung kemanusiaan

Gaza dan Syria

1. Jenama yang baharu dan belum terkenal

dalam pasaran kosmetik di Malaysia.

2. Kekurangan tenaga kerja.

3. Produk masih dalam proses untuk

mendapatkan sijil pengiktirafan Halal

daripada JAKIM.

Peluang Ancaman

1. Permintaan yang tinggi terhadap produk

kesihatan dan kecantikan.

1. Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia.

2. Pelaksanaan cukai barangan dan

perkhidmatan (GST) di Malaysia.

3. Terdapat banyak syarikat yang berebut

peluang untuk menceburi bidang

kosmetik dan menghasilkan produk

kesihatan dan kecantikan.

Page 22: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 22 ~

1. KEKUATAN

Produk kesihatan dan kecantikan yang dikeluarkan oleh syarikat Kembang Kasturi

Sdn. Bhd. adalah dihasilkan dengan menggunakan sumber yang halal dan 100%

berasaskan bahan semula jadi. Produk kami telah pun disahkan tidak mengandungi bahan

kimia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain daripada mendapat pengesahan bebas daripada bahan kimia oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia, produk kami juga telah diuji oleh pakar dermatologi dan disahkan

selamat dan tidak berbahaya untuk digunakan. Di samping itu, 50% daripada untung

jualan produk akan didermakan kepada tabung kemanusiaan Gaza dan Syria.

2. KELEMAHAN

Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang boleh dikatakan

masih lagi baharu dalam bidang kosmetik. Syarikat kami juga mengeluarkan produk

menggunakan jenama kami sendiri iaitu Mekar. Jenama ini masih lagi baharu dalam

pasaran kosmetik dan belum dikenali ramai. Jadi, bagi mengatasi kelemahan ini, kami

telah pun membuat promosi besar-besaran dan mengedarkan risalah dan poster tentang

produk untuk menguar-uarkan tentang produk kami kepada orang ramai.

Oleh kerana syarikat kami masih baharu dan tidak mempunyai modal yang cukup

untuk mengupah pekerja yang ramai, jadi, kuantiti produk yang dapat dihasilkan pada

setiap bulan adalah sangat terhad. Oleh itu, kami membuat pilihan untuk mengupah

pekerja yang benar-benar produktif dan dapat menghasilkan produk dalam kuantiti yang

maksimum pada setiap bulan.

Di samping itu, produk kesihatan dan kecantikan yang dihasilkan oleh syarikat

Kembang Kasturi Sdn. Bhd. masih belum mendapat sijil pengiktirafan Halal daripada

Page 23: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 23 ~

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Meskipun begitu, permohonan untuk

mendapatkan sijil Halal tersebut telah pun dibuat dan segala prosedur yang berkaitan telah

pun selesai diproses. Sijil Halal dijangka akan diterima dalam tempoh seminggu sahaja

lagi.

3. PELUANG

Kesedaran orang ramai tentang kepentingan kesihatan dan kecantikan dalam

kehidupan harian mereka telah menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan dan

kecantikan semakin meningkat saban hari. Oleh yang demikian, peluang untuk syarikat

kami untuk kekal dalam bidang kosmetik ini adalah sangat tinggi. Malah, kami percaya

bahawa kami akan berhasil untuk mendapat pulangan modal yang tinggi dalam tempoh

beberapa bulan sahaja lagi. Selain itu, permintaan yang tinggi dan berterusan daripada

pelanggan juga membuka peluang kepada syarikat kami untuk mengeksport produk kami

dan memasuki pasaran kosmetik di luar negara pada masa hadapan.

4. ANCAMAN

Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia menyebabkan ramai pelanggan yang runsing dengan

status kewangan mereka. Hal ini menyebabkan mereka lebih berjimat-cermat dan mengawal

perbelanjaan harian mereka agar tidak terlebih daripada bajet yang sepatutnya. Oleh itu,

mereka lebih berhati-hati dalam memilih produk yang ingin dibeli dan lebih mementingkan

keperluan berbanding kehendak. Tambahan lagi, perlaksanaan cukai barangan dan

perkhidmatan yang baharu saja dimulakan baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan

dalam diri pelanggan terhadap status kewangan mereka.

Di samping itu, terdapat banyak syarikat yang mula sedar tentang peningkatan permintaan

terhadap produk kosmetik dan tidak melepaskan peluang untuk turut menceburi bidang

Page 24: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 24 ~

kosmetik dan menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan. Antara syarikat dan jenama

yang memberi saingan yang sengit kepada syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. ialah:

1. Herbalife Products Malaysia - Herbalife

2. Shaklee Sdn. Bhd. - Shaklee

3. De Herbs Healthy Marketing - D’Herbs

4. Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. - Safi

5. The World of Secret Garden Sdn. Bhd. - Secret Garden

1.1 RAMALAN JUALAN

MODAL PERMULAAN

Untuk memulakan perniagaan, setiap rakan kongsi menyumbangkan sebanyak

RM2,000.00 sebagai modal permulaan. Jumlah keseluruhan modal permulaan untuk syarikat

Kembang Kasturi Sdn. Bhd. memulakan perniagaan adalah sebanyak RM12,000.00

(RM2,000.00 x 6 orang rakan kongsi).

RAMALAN JUALAN

Page 25: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 25 ~

1. MINYAK GAMAT MEKAR

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Ramalan Jualan bagi Tahun 2016

Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JUMLAH

(2016)

Ramalan

Jualan

(botol)

30

70

50

50

50

50

50

50

50

50

50

50

600

Harga

Jualan

Setiap

Botol

(RM)

10

10

10

10

10

10

10

10

10

10

10

10

10

Hasil

Jualan

(RM)

300

700

500

500

500

500

500

500

500

500

500

500

6000

2. LOSYEN PELEMBAP KULIT MEKAR

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Ramalan Jualan bagi Tahun 2016

Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JUMLAH

(2016)

Ramalan

Jualan

(botol)

50

50

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

700

Harga

Jualan

Setiap

Botol

(RM)

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

Hasil

Jualan

(RM)

750

750

900

900

900

900

900

900

900

900

900

900

10500

3. SABUN PENCERAH MEKAR

Page 26: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 26 ~

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Ramalan Jualan bagi Tahun 2016

Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JUMLAH

(2016)

Ramalan

Jualan

(kotak)

50

50

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

700

Harga

Jualan

Setiap

Kotak

(RM)

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

Hasil

Jualan

(RM)

750

750

900

900

900

900

900

900

900

900

900

900

10500

4. SABUN PELEMBAP MEKAR

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Ramalan Jualan bagi Tahun 2016

Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JUMLAH

(2016)

Ramalan

Jualan

(kotak)

50

50

60

60

60

60

60

60

60

60

60

60

700

Harga

Jualan

Setiap

Kotak

(RM)

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

15

Hasil

Jualan

(RM)

750

750

900

900

900

900

900

900

900

900

900

900

10500

5. SABUN GAZA MEKAR

Page 27: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 27 ~

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Ramalan Jualan bagi Tahun 2016

Bulan

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

JUMLAH

(2016)

Ramalan

Jualan

(kotak)

30

30

40

50

50

50

50

50

50

50

50

50

550

Harga

Jualan

Setiap

Kotak

(RM)

13

13

13

13

13

13

13

13

13

13

13

13

13

Hasil

Jualan

(RM)

390

390

520

650

650

650

650

650

650

650

650

650

7150

6. JUMLAH HASIL JUALAN BAGI TAHUN 2016

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Jumlah Hasil Jualan bagi Tahun 2016 (Ramalan)

7.3 STRATEGI PEMASARAN

Syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. telah memperkenalkan 4P dalam strategi

pemasaran kami untuk menarik minat para pelanggan untuk membeli produk kami. 4P

PRODUK HASIL JUALAN (RM)

Minyak Gamat Mekar 6,000.00

Losyen Pelembap Kulit Mekar 10,500.00

Sabun Pencerah Mekar 10,500.00

Sabun Pelembap Mekar 10,500.00

Sabun Gaza Mekar 7,150.00

Jumlah 44,650.00

Page 28: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 28 ~

tersebut ialah product (produk), price (harga), place/distribution (tempat/pengedaran) dan

promotion (promosi).

1) Produk (Product)

Produk yang ditawarkan kepada para pelanggan ialah produk kesihatan dan kecantikan

yang sangat berkualiti khususnya untuk wanita pada masa kini. Sesuai dengan kehendak

masyarakat pada abad ini, syarikat kami mengeluarkan produk kesihatan dan kecantikan

yang berasaskan sumber semula jadi dan bahan yang digunakan juga halal dan sah di sisi

syarak. Selain daripada menggunakan bahan semula jadi, produk kami juga telah diuji

oleh pakar dermatologi dan disahkan selamat untuk digunakan oleh semua peringkat

umur.

Bagi memastikan produk kami kekal berkualiti dan unik, kami menggunakan teknik

pembungkusan yang melindungi produk secara menyeluruh, di samping reka bentuk kotak

pembungkusan yang nampak eksklusif dan menarik pandangan. Kami turut meletakkan

label tentang kandungan produk, status pengiktirafan produk dan harga di kotak

pembungkusan bagi memudahkan para pelanggan untuk menyemak kandungan, status

pengiktirafan dan harga produk mengikut kesesuaian mereka.

2) Harga (Price)

Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk yang ditawarkan adalah sangat

berpatutan, kompetitif dan berkonsepkan ‘price-follower’ atau harga pasaran iaitu

mengikut kadar harga pasaran seperti yang ditetapkan oleh pesaing-pesaing lain.

3) Lokasi Pengedaran

Page 29: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 29 ~

Aktiviti perniagaan produk kami banyak tertumpu di sekitar kawasan Gombak

terutamanya di dalam Universiti Islam Antarabangsa. Produk kesihatan dan kecantikan ini

amat sesuai ditawarkan kepada pelajar-pelajar universiti tersebut termasuklah para pekerja

serta tenaga pengajar kerana produk ini dapat membantu mereka mengekalkan kesihatan

yang baik. Oleh kerana itu, kawasan ini merupakan satu lokasi yang strategik untuk

mengedarkan produk kami kerana terdapat banyak pelanggan yang berpotensi di kawasan

itu.

4) Promosi

Antara strategi promosi yang dilakukan oleh syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. bagi

memperkenalkan produk kami di pasaran adalah dengan:

mengekalkan hubungan peribadi yang baik dengan pelanggan dengan mencipta

sistem keahlian untuk pelanggan tetap dan sebagainya.

memberikan profil perniagaan kepada bakal–bakal pelanggan besar.

mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan strategik

yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas dan sebagainya.

mengagihkan kad perniagaan kepada bakal pelanggan yang berpotensi.

mempromosikan produk di media sosial seperti Facebook, Whatsapp dan

Instagram.

Page 30: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 30 ~

8.0 RANCANGAN OPERASI

8.1 SENARAI PRODUK YANG DIHASILKAN

PRODUK

HARGA (RM)

Minyak Gamat Mekar 10.00

Losyen Pelembap Kulit Mekar 15.00

Sabun Pencerah Mekar 15.00

Sabun Pelembap Mekar 15.00

Sabun Gaza Mekar 13.00

8.2 CARTA ALIRAN PROSES

Penyelidikan dan pembangunan produk

membina formula untuk setiap jenis produk

Pengumpulan bahan mentah

membuat tempahan dan menandatangani kontrak kerja sama dengan

pembekal.

Penghasilan produk

Produk mula dibuat dengan menggunakan mesin-mesin khas mengikut

jenis produk.

Pembungkusan produk

Produk yang telah siap dihasilkan akan dibungkus menggunakan

mesin-mesin khas mengikut jenis produk.

Pelabelan produk

Produk yang telah siap dibungkus akan dilabelkan dengan label yang

telah siap direka khusus mengikut jenis produk.

Penyimpanan produk

Produk yang telah siap dibungkus dan dilabel akan disimpan di dalam

stor sebelum dihantar dan diedarkan kepada pengedar.

Page 31: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 31 ~

8.3 SENARAI BAHAN MENTAH

Senarai bahan-bahan mentah yang diperlukan (untuk setahun):

Bil Bahan Kuantiti Harga (RM)

1 Goat Milk 10,000 ml 400.00

2 Sodium Hydroxide 10,000 ml 300.00

3 Hydrolyzed Collagen 10,000 ml 600.00

4 Aloe Barbadensis Leaf Juice 10,000 ml 350.00

5 Sorbitol 10,000 ml 400.00

6 Parfum 10,000 ml 400.00

7 Pachyrrhizus Erosus Root Extract 10,000 ml 350.00

8 Blackseed Oil 10,000 ml 350.00

9 Olive Fruit Oil 10,000 ml 500.00

10 Sea Cucumber Extract 10,000 ml 350.00

11 Stearic Acid 10,000 ml 400.00

12 Cocus Nucifera Oil 10,000 ml 350.00

13 Rhizome Zingiber Officinale 10,000 ml 400.00

14 Stichopus Variegatus 10,000 ml 500.00

15 Bud Syzgium Aromaticum 10,000 ml 300.00

16 Folium Andropogon Nardus 10,000 ml 400.00

Jumlah 6,350.00

8.4 MESIN DAN PERALATAN KILANG

Bil Jenis Perabot Kuantiti Harga Seunit (RM) Harga (RM)

1 Mesin Vakum Emulsifier 1 12,000.00 12,000.00

2 Mesin Membuat Sabun 1 9,000.00 9,000.00

3 Mesin Pembungkusan 1 8,000.00 8,000.00

4 Mesin Ink-Jet Laser 1 2,000.00 2,000.00

5 Mesin Pengisi Cecair 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah 36,000.00

Page 32: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 32 ~

9.0 RANCANGAN KEWANGAN

9.1 PENYATA PENDAPATAN PRO FORMA

KEMBANG KASTURI SDN BHD

Penyata Pendapatan Pro Forma Bagi Tahun 2016, 2017 dan 2018

2016

(RM)

2017

(RM)

2018

(RM)

Jualan

Tolak: Kos Jualan

44,650

6,350

44,650

6,350

44,650

6,350

Untung kasar 38,300 38,300 38,300

Tolak: Perbelanjaan

Belanja Pentadbiran

Belanja Pemasaran

Perbelanjaan Lain

26,700

3,000

1,500

26,700

2,500

500

26,700

2,000

400

Jumlah Perbelanjaan (31,200) (29,700) (29,100)

Untung bersih sebelum cukai 7,100 8,600 9,200

Cukai (40%) (2,840) (3,440) (3,680)

Untung bersih selepas cukai 4,260 5,160 5,520

Untung bersih terkumpul 4,260 5,160 5,520

9.2 ANALISIS JUALAN TAHUNAN

14%

70%

6%10%

Hasil Jualan (Tahunan)

Kos Jualan Perbelanjaan Cukai Untung Bersih

Page 33: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 33 ~

Pola Jualan, Untung Kasar dan Untung Bersih (2016 - 2018)

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROJEK

TUGASAN BULAN

1 2 3 4 5 6 7 8

Mengenal pasti produk

Membuat penyelidikan asas tentang produk

Membina formula untuk kandungan produk

Mengumpul bahan mentah

Memulakan proses pembuatan produk

Membuat ujian dermatologi ke atas produk

Membuat permohonan pengiktirafan sijil Halal dan KKM

Menghantar kertas kerja perniagaan

Mendaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Membuka perniagaan di lokasi pilihan dan mula beroperasi

Mempergiat promosi dan pemasaran produk

0

5,000

10,000

15,000

20,000

25,000

30,000

35,000

40,000

45,000

50,000

2016 2017 2018

Jualan

Untung Kasar

Untung Bersih

Page 34: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 34 ~

11.0 RUMUSAN

Kertas kerja perniagaan ini sangat membantu syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd.

untuk lebih bersedia dan membuat perancangan yang rapi bagi menjamin keberlangsungan

syarikat ini dalam bidang perniagaan kosmetik. Berdasarkan segala butiran lengkap yang

telah dibentangkan dalam kertas kerja perniagaan ini tentang projek yang ingin dijalankan,

syarikat Kembang Kasturi Sdn. Bhd. menjangkakan bahawa untung bersih yang bakal dijana

oleh syarikat melalui projek ini kian meningkat saban tahun. Hal ini menunjukkan bahawa

projek yang ingin dilaksanakan ini dapat menjamin masa depan syarikat.

Page 35: Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)

~ 35 ~

2.0 LAMPIRAN

2.1 BAKI STOK YANG TINGGAL (JULAI 2015)

NAMA

PRODUK

JUMLAH SABUN

PELEMBAP

SABUN

PENCERAH

LOSYEN

PELEMBAP

KULIT

SABUN

GAZA

MINYAK

GAMAT

1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7 1/7 31/7

FIKRI

SOOUDIN 1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7

AFIFAH

NABILAH 1 1 1 1 2 2 1 1 2 2 7 7

LIYANAA

AKMAL 2 1 1 0 1 1 1 0 2 1 7 3

NOOR

FAIZAH 1 1 2 2 2 1 1 0 1 0 7 4

AFIQAH

BADJENID 2 2 2 2 1 0 0 0 2 0 7 4

NUR

ATHIRAH 1 1 1 1 2 1 1 1 1 1 6 5