2. nota temuduga spp 2014

Upload: izyan-ismail

Post on 18-Oct-2015

250 views

Category:

Documents


18 download

DESCRIPTION

interview note

TRANSCRIPT

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    1/21

    NOTA TEMUDUGA SPP 2014

    1. RUKUN NEGARA (1970)

    1)

    Kepercayaan Kepada Tuhan(pentingnya pegangan agama)2) Kesetiaan Kepada Raja & Negara (Ketua Negara: Seri Paduka Baginda, Raja-Rajadan Yang Di-Pertuan Negeri adalah merupakan lambang perpaduan - rakyat hendaklahmenumpukan sepenuh taat setia)

    3) Keluhuran Perlembagaan (Memuliakan perundangan yang tertinggi - menghargaiserta memahami maksud & latar belakang penggubalannya)

    4) Kedaulatan Undang-Undang(Menjunjung Perlembagaan: perlindungan kepada setiaprakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara)

    5) Kesopanan dan Kesusilaan(berdisiplin serta bermoral/beradab tinggi menjaminkeamanan)

    2. SPP: SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (1/1/1974)

    Pengenalan

    Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) ditubuhkan pada 1 Januari 1974. SEJARAHPenubuhan SPP adalah hasil daripada syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Dirajamengenai perkhidmatan perguruan yang ditubuhkan bagi mengkaji perkhidmatan guru-guru,gaji-gaji dan syarat-syarat perkhidmatan mereka serta lain-lain kakitangan sekolah (lebihdikenali dengan nama Suruhanjaya Diraja Aziz) yang telah mengemukakan perakuan supayasebuah Suruhanjaya Perkhidmatan berasingan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA), ditubuhkan bagi Perkhidmatan Pelajaran. SPP di Putrajaya sejak 1999.

    Visi SPPMenjadi Suruhanjaya Perkhidmatan Yang Terbaik

    Misi SPPMemberi Perkhidmatan Yang Berkualiti Dalam Urusan Pengambilan Dan PerkhidmatanBagi Anggota Perkhidmatan Pelajaran.

    Objektif SPPMelaksanakan kuasa-kuasa di bawah Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan dari segipelantikan, urusan perkhidmatan dan kawalan tatatertib dan naik pangkat Anggota

    Perkhidmatan Pelajaran dengan cekap dan berkualiti bagi memenuhi keperluan sektorpendidikan.

    Tugas SPP

    1. Melantiklantik calon ke jawatan tetap2. Mengesahkansahkan perkhidmatan3. Memasukkan ke jawatan tetap/berpencen4. Menaikkan pangkat

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    2/21

    5. Menukarkan6. Menjalankan kawalan tatatertib

    PENGERUSI SPPYBHG. DATUK DR. HAILI BIN DOLHAN

    KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA- YBhg. Datuk Dr. Khair bin MohamadYusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian PendidikanMalaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

    3. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA (1987)

    1) Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkanlagi potensi individusecara menyeluruh dan bersepadu

    2) untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,rohani, intelek (JERI)berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

    3) Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawabdan berkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta4) memberi sumbanganterhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

    4. TEMA HARI GURU (16 MEI)

    2012Guru Inovatif Melonjakkan Tranformasi Pendidikan Negara2013 -

    Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

    2014Belum ada lagi.

    Tujuan sambut :1) Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan danintegrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

    2) Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum gurudalam masyarakat Malaysia.

    3) Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.4) Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

    Kenapa 16 Mei? :Sebenarnya, tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalamtahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council)

    telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the EducationCommittee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagaiLaporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

    5. TEORI PEMBELAJARAN

    1) T. Behaviouristic (Skinner 1953)

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    3/21

    Rangsangan + Gerak balas = Perubahan dalam tingkahlaku.*Aplikasi: Memberi ganjaran apabila murid melakukan perkara yang positif agarmereka terus bersikap sedemikian.

    2) T. Kognitif (Piaget 1967)Pengajaran mengikut tahap pemikiran. Aras berbeza.

    3) T. SosialistBelajar dari alam, orang lain. Contoh : Mentor-Mentee

    4) T. KonstruktivismeMenurut Brooks (1998), manusia membentuk pemikiran dan membina pemahamanberdasarkan peristiwa yang mereka alami sebelum ini. Ini merujuk kepada teorikonstruktivisme yang menekankan pembinaan konsep melalui pengetahuan lalu.

    Model @ kaedah

    1) Diskusi(bincang antara kumpulan)

    2) Implisit/terus(kaedah konservatif, berpusatkan guru sahaja.)

    3) Koperatif(bina kumpulan dan bincang dalam kumpulan)

    *** Setiap program berbeza.

    Teknik pengajaran

    1) Bercerita2) Lakonan3) Pidato4) Permainan5) Sumbangsaran6) Main peranan7) Lawatan8) Simulasi

    **Pastikan dapat beza antara TEORI, KAEDAH/MODEL atau TEKNIK

    PENGAJARAN.

    6. ISU PENDIDIKAN PERNAH GEMPARKAN NEGARA

    1) Novel Interlok (Ting. 5) karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    4/21

    - Masyarakat India sensitif dengan sistem kasta dan perkataan 'paria' yang digunakan.- Kementerian mengekalkan novel Interlok sebagai teks KOMSAS, tetapi denganpindaan pada bhg sensitif (106 pindaan:lebih 40 halaman)

    2) Pelajar didenda makan rumput kerana tidak siap kerja sekolah.3) Lembu disembelih di sekolah yang menjadi ketidakpuasan hati seorang bapa

    pelajar India.

    4) Pelajar makan di tempat yang dikatakan tandas.

    7. DASAR-DASAR PENDIDIKAN

    *Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepadapembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta

    Pelajaran 1961.

    A) Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957

    Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

    Objektif:

    i. perpaduan antara kaum dalam kalangan pelajarii. insan cemerlang dan seimbang

    iii. sukatan yang sama di semua peringkat sekolahiv.Membantu pelajaar ke arah pembelajaran berasakan ict

    Pembaharuan Dalam Pendidikan:1) Membudayakan ICT dalam kalangan pelajar2) Sekolah sukan3) Pendidikan teknikal dan vokasional4) Program pendidikan khas

    B) PBS: PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

    Guru mentaksir dan memberikan skor kepada pelajar.*Sistem peperiksaan sebelum ini tidak merekod dan tidak ambil kira Pentaksiran BerasaskanSekolah dalam markah keseluruhan.

    UPSR (2016): 60% Peperiksaan, 40% PBS -- mula pentaksiran Tahun 1, 2011. PMR (2014): 100% PBS -- mula pentaksiran Tingkatan 1, 2012.Komponen:

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    5/21

    1) Peperiksaan pusat (bagi UPSR)2) Pentaksiran Sekolah3) Pentaksiran Aktiviti Jasmani4) Sukan dan Kokurikulum5) Pentaksiran Psikometrik (Personaliti)

    Konsep PBS

    PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif(emosi dan rohani), dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaandan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS diguna pakai untuk mentaksir bidangakademik dan bukan akademik.

    Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama inidilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain).PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sediadilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem

    Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secaraberterusan.

    Band 6 paling baik, band 1 paling lemah.

    Kelebihan:1) Guru lebih dihormati oleh pelajar (guru pegang markah).2) Dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan (mengurus, sumber manusia, beban guru dalam

    urus peperiksaan).3) Peluang tumpuan kepada kemahiran insaniah, inovasi dan kreativiti.4) Ibu bapa tidak perlu menghabiskan duit untuk kelas tuisyen.Kelemahan: (sekadar pengetahuan)1) Akses dalam talian yang lemah.2) Pelajar yang terlalu ramai menyebabkan PBS gagal dilaksanakan dengan baik.3) Tahap pelajar yang berbeza2 walaupun dalam satu kelas yang sama.

    Bilakah penambahbaikanPBSmuladilaksanakan?Penambaikan PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada tahun 2011 dan Tingkatan 1 pada tahun2012. Penambahbaikan UPSR pada 2016 dan penambahbaikan PMR pada 2014.

    C) PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa

    Inggeris)

    Mengapa Dimansuhkan?1) UNESCO: pelajar mudah belajar dalam bahasa Ibunda.2) Penurunan pencapaian gred ABC bagi kohot pertama sepenuh PPSMI sek rendah.3) Jurang melebar sekolah bandar dan luar bandar.4) Peningkatan penguasaan BI semasa perlaksanaannya terlalu sikit, tidak lebih dari 3%

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    6/21

    D) MBMMBI (Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris)

    i. Meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya (bahasa kebangsaan:Perkara 152, Perlembagaan Malaysia DAN bahasa pengantar utama pendidikan: AktaPendidikan 1996).

    ii. Memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari(bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat antarabangsa).iii.

    Mengembalikan peranan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik,meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris melalui pelaksanaantambahan waktu p&p, transformasi kurikulum, peningkatan kapasiti guru dan sumbermanusia, penyediaan bahan dan peralatan serta mengintegrasi Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK) dalam p&p.

    *PERANAN KEMENTERIAN: Penyediaan buku teks, menggubal kurikulum, latihan kepadaguru, mengenal pasti buku rujukan yang sesuai dan menyediakan perkakasan seperti makmalBahasa Inggeris (BI) yang mencukupi.

    E) PIPP (2006-2010): Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    1) Membina negara bangsa (1Malaysia, bahasa kebangsaan, aktiviti kebudayaan)2) Membangunkan modal insan (saintiif, progressif, berilmu, berkemahiran ICT)3) Memperkasakan sekolah kebangsaan (Infrastruktur lengkap, kuasai 3M)4) Merapatkan jurang pendidikan (TV Pendidikan, SchoolNet, makmal computer, 3M)5) Memartarbatkan profesion keguruan (upgrade the intake system and improve the

    environment, kenaikan gred DG)6) Melonjakkan kecemerlangan profesion keguruan.

    F) PPPM - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)

    11 anjakan :

    1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf

    antarabangsa.

    Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) danKurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017.Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaranpintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian

    tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbandinglima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbandingenam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan mengandungi 80% soalan berbentukpemikiran aras tinggi.

    2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

    3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    7/21

    Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satuidentiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan PendidikanIslam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk PendidikanIslam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktivitimain peranan (role-play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil.

    Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilaiteras semua agama utama di Malaysia. Kementerian juga akan mengkaji membolehkanmurid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar.

    4. Meningkatkan kualiti guru dan profesion keguruan sebagai profesion pilihan.

    Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan denganmensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertaiprofesion perguruan. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkatbermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitukurang daripada 25 tahun.

    5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar.

    6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus

    berasaskan keperluan.

    7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.

    Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran mayamelalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesaisepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai

    akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untukperlaksanaan pembelajaran secara interaktif.

    8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.

    Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidakbertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secaralangsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah.

    9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

    10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.

    Setiap program yang dibuat mestilah memberi input yang berkesan kepada pelajar supayasetiap ringgit yang dibelanjakan tidak menjadi satu pembaziran yang sia-sia.

    11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

    Semua pihak berkaitan seperti kementerian, PPD, guru dan lain menjalankan tugasdengan telus dan berkesan.

    3 Objektif PPPM

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    8/21

    1) Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia denganmemberi tumpuan terhadapakses kepada pendidikan, meningkatkan standard(kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduandalam kalangan murid, serta mengoptimumkan kecekapan sistem;

    2) Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistempendidikan dan setiapmurid bagi 13 tahun akan datang;dan

    3) Menggariskan program transformasi sistempendidikan, yang merangkumiperubahan penting dalam Kementerian bagi memenuhi permintaan baharu dan

    harapan masyarakat yang meningkat, menyemarakserta menyokong keseluruhan

    transformasi perkhidmatan.

    8. WAWASAN 2020 (1991)

    Diperkenalkan Tun Mahathir pada 28 Februari 1991, pembentukannya bertujuan meletakkanMalaysia sebagai sebuah negara maju dengan acuan sendiri pada tahun 2020.

    9 Cabaran :

    1) Negara Malaysia bersatu berkongsi matlamat.2) Masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju.3) Masyarakat demokratik yang mengamalkan satu bentuk persefahaman matang.4) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika.5) Mewujudkan masyarakt majmuk liberal dan bertolak ansur.6) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, penyumbang kepada tamadun saintifik

    dan teknologi.7) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.8) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.9) Mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

    9. MODAL INSAN (RMK-9, 2006-2010)

    Pembangunan sahsiah ke atas insan (amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif, cergasdan bertamadun).

    8 teras :1) Penambaikan sistem pendidikan dan latihan.2) Memperkasa sekolah kebangsaan untuk menjadi sekolah pilihan.3) Merapatkan jurang prestasi di antara sekolah luar bandar dan Bandar (ganti guru, baiki

    infrastruktur).4) Mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan kursus yang diikuti

    memenuhi keperluan majikan.5) Menyediakan lebih banyak peluang pembelajaran sepanjang hayat.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    9/21

    6) Membina masyarakat yang inovatif (peroleh dan guna ilmu).7) Menyemai perpaduan nasional dan budaya berprestasi tinggi.8) Memperluas dan memperkemas forum perbincangan kerajaan, swasta, ibu bapa dan

    masyarakat.

    10. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10, 2011-2015)

    5 teras strategik ke arah negara maju 2020:

    1) Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara2) Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas

    pertama3) Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan4) Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup5) Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara

    11 NKRA dan NKEA

    11.1 NKRA: Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Area, 27 Julai

    2009)

    Pada 27 Julai 2009, Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak telah mengumumkanIndeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebagaiusaha untuk menyediakan dan meningkatkan tahap kesejahteraan kepada rakyat.

    6 Bidang Utama NKRA

    1)

    Mengurangkan kadar jenayah: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri DalamNegeri)2) Memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana

    Menteri).

    3) Akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan: Tan Sri Muhyiddin Yassin(Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran)

    4) Tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah: Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil(Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

    5) Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman: Datuk Seri Shafie Apdal (MenteriKemajuan Luar Bandar dan Wilayah)

    6) Menambah baik pengangkutan awam: Datuk Seri Ong Tee Keat (MenteriPengangkutan)

    ***Dalam kurungan tu menteri yang dulu masa NKRA ni buat.

    Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) PendidikanDalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberitumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti danberkemampuan.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    10/21

    Sub-NKRA 1: Prasekolah7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti danberkemampuan:1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasekolah Kebangsaan dan Bahagian

    Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandardan pedalaman6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikanPrasekolah.7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

    Sub-NKRA 2: Literasi dan Numerasi

    NKRA Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan Setiap kanak-kanak menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012 Kanak-kanak berkeperluan khasdidefinisikan sebagai murid bermasalahpembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan,terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal.Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluankhas.

    Sub-NKRA 3: Sekolah Berprestasi Tinggi Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik

    Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahapautonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalampengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggotaperkhidmatan) Menghasilkan pelajar yang cemerlang Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa danyang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkankecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antarasekolah tersebut

    Sub-NKRA 4: Tawaran Baru kepada Pemimpin SekolahMeningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpinsekolah di Malaysia

    11.2 NKEA (Bidang Ekonomi Utama )

    Untuk menjadikan Malaysia Negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020, Kerajaan

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    11/21

    pada bulan Oktober 2010 telah melancarkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagimeningkatkan pendapatan per kapita daripada AS$6,700 (RM23,700) pada tahun 2009kepada AS$15,000 (RM48,000) pada tahun 2020. Peningkatan ini akan dicapai melaluipertumbuhan pendapatan negara kasar (GNI) sebanyak 6% setahun sehingga 2020.

    ETP memberi fokus kepada 12 Bidang Ekonomi Utara Negara (NKEA) iaitu:

    1. Minyak, Gas dan Tenaga2. Perkhidmatan Kewangan3. Perkhidmatan Perniagaan4. Borong dan Runcit5. Kesihatan6. Pertanian7. Minyak Sawit8. Pelancongan9. Elektronik dan Elektrikal

    10. Pendidikan11. Teknologi Maklumat dan Komunikasi12. Greater Kuala Lumpur

    12. GAGASAN 1MALAYSIA (16/09/2010, Najib Tun Razak)

    1) Mengharmonikan rakyat tanpa mengubah/melenyapkan identiti kaum-kaum yang terdapatdi Malaysia.

    2) Menekankan soal integrasi dan toleransi (kesamarataan dengan mengambil kira sejarah danPerlembagaan, hak keistimewaan Bumiputera)

    3) Meraikan kepelbagaian budaya, bahasa sebagai satu aset atau kelebihan.4)

    Menghormati kepercayaan dan keunikan kaum lain.

    3 Teras (perpaduan nasional):

    1) PRINSIP PENERIMAAN (terbuka dan berbesar hati)2) PRINSIP KENEGARAAN (bersatupadu, nasionalisme)3) PRINSIP KEADILAN SOSIAL (adil kebajikan dan aspek sosial)8 Nilai:

    1. Penerimaan (terima sepenuh hati)2. Ketabahan (tekun, kerja keras, dedikasi,juang tinggi)3. Budaya Kecemerlangan (menepati masa, ukuran, kualiti)

    4. Kesetiaan (kepada Raja, pemimpin)5. Rendah hati (tidak berbangga-bangga, bongkak)6. Meritokrasi (penilaian melalui prestasi)7. Integriti (jujur, bersikap amanah)8. Pendidikan (kurikulum bercorak patriotik.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    12/21

    13. KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) - 2011- tahun 1-4 (penguasaan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul) + kemahiranICT, fizikal, kognitif, sikap dan nilai- tahun 4-6 (pengukuhan dan aplikasi 4M)

    14. KBSR- Membaca, menulis dan mengira.

    15. Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)

    PengenalanMulai 2014 Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan Kurikulum Standard SekolahMenengah (KSSM) yang mula diguna pakai pelajar Tingkatan Satu, sementara KurikulumStandard Sekolah Rendah (KSSR) membabitkan murid Tahun Satu. Pelaksanaan KSSR

    bermula dengan murid Tahun 1 pada 2011. Maka terdapat keperluan untuk melihat semulaKBSM sedia ada supaya wujud kesinambungan kurikulum sekolah rendah dan menengah.KBSM telah melalui satu kitaran lengkap dalam sistem persekolahan semenjakpelaksanaannya melalui SPI Bil.2/2000 bertarikh 14 Januari 2002: Pelaksanaan SukatanPelajaran yang Disemak Semula Bagi KBSR dan KBSM.

    Konsep Transformasi KSSMKonsep transformasi KSSM adalah berdasarkan kepada prinsip KBSM sedia ada iaitu:- Kesinambungan pendidikan rendah dengan pendidikan menengah Pendidikan umum untuk semua murid, Penggunaan disiplin ilmu yang ada

    Kesepaduan antara unsur JERI Penekanan nilai-nilai murni Peluasan dan peningkatan penggunaan Bahasa Malaysia Pendidikan sepanjang hayat

    Namun demikian, dasar KSSM yang baru terdapat beberapa transformasi dari segi:- Reka bentuk kurikulum Organisasi kurikulum

    Kandungan kurikulum Penekanan kepada kemahiran abad ke-21

    16. LINUS

    - Penguasaan Literasi dan Numerasi (celik nombor dan celik huruf)- tahun 1,2,3 dan semua SK, SJK- guru BM, MAT dan guru pemulihan

    17. KABINET @ MENTERI2 YANG PENTING JE

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    13/21

    Perdana Menteri:Datuk Seri Najib Tun Razak

    Timbalan Perdana Menteri:Tan Sri Muhyiddin Yassin

    Kementerian KewanganMenteri I : Datuk Seri Najib Tun RazakMenteri II: Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

    Kementerian PelajaranMenteri I: Tan Sri Muhyiddin YassinMenteri II : Datuk Seri Idris JusohTimbalan Menteri I: Datuk Mary YapTimbalan Menteri II: P.Kamalanathan

    Kementerian Dalam NegeriMenteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

    Kementerian Komunikasi dan MultimediaMenteri: Datuk Seri Ahmad Shabery CheekTimbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

    Kementerian PengangkutanMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)

    Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan

    Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

    Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniMenteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

    Kementerian PertahananMenteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

    Kementerian KesihatanMenteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam

    Kementerian Belia dan SukanMenteri: Khairy Jamaluddin Abu BakarTimbalan Menteri: Datuk M Saravanan

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Menteri: Datuk Hasan MalekTimbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    14/21

    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

    Menteri: Datuk Rohani Abdul KarimTimbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

    Kementerian Luar Negeri

    Menteri: Datuk Seri Anifah Aman

    18. ISLAMHADHARI

    Islam Hadhari (Arab: ) atau "Islam yang bertamadun" merupakan teorikerajaan Malaysia pimpinan Abdullah Ahmad Badawi berasaskan Islam dari al-Quran. Ia

    bukanlah agama baru, bukan ajaran baru dan bukan mazhab baru. Ia adalah usaha untuk

    mengembalikan umat Islam kepada asas fundamental menurut yang terkandung dalam

    al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan Tamadun Islam.

    VisiMenjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh.

    Prinsip

    (1) Keimanan dan Ketakwaan Kepada Allah s.w.t.

    (2) Kerajaan Adil dan Beramanah.

    (3) Rakyat Berjiwa Merdeka.

    (4) Penguasaan Ilmu Pengetahuan.

    (5) Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif.

    (6) Kehidupan Berkualiti.

    19. Sekolah Kluster

    Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia.

    Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster

    sejak 30 Mac 2007.

    20. KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

    Kurikulum - Satu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagimencapai matlamat yang telah ditentukan.

    Kokurikulum - Apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran danpembelajaran di luar bilik darjah yang memberikanmuridpeluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pelajarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pelajar
  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    15/21

    21. STANDARD GURU MALAYSIA

    KomponenSGM

    Standard merangkumi tiga aspek berikut:-

    Standard 1: Amalan Nilai Profesionalisme Keguruan

    Standard ini memperincikan kompetensi amalan nilai profesionalisme keguruan

    berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang patut ada pada seseorang guru.

    Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman

    Standard ini memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan kefahaman tentang

    subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang patut ada

    pada

    seseorang guru.

    Standard 3: Kemahiran Pembelajaran dan Pembelajaran

    Standard ini memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan pembelajaran

    yang

    patut dikuasai oleh seseorang guru.

    22. HUKUMAN/TATATERTIB

    1. Amaran (Warning)2.Denda (Fine)

    Denda yang dikenakan adalah berasaskan emolumen pegawai. Denda maksimum

    ialah

    tidak melebihi 7 hari emolumen. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam

    tempoh 12 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

    3.Lucut Hak Emolumen(Forfeiture of Emoluments)

    Lazimnya dikenakan bagi kes tidak hadir bertugas. Pegawai tidak layak dinaikkan

    pangkat dalam tempoh 18 bulan atau satu urusan mana terdahulu.

    4.Tangguh Pergerakan Gaji(Deferment ofSalary Movement)

    Dikenakan bagi tempoh 3, 6, 9 atau 12 bulan dan dilaksanakan pada tarikh ulang

    tahun

    pergerakan gaji pegawai. Pegawai tidak layak dinaikkan pangkat dalam tempoh 30

    bulan

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    16/21

    atau satu urusan mana terkemudian.

    5.Turun Gaji (Reduction of Salary)

    Gaji diturunkan secara mendatar dalam peringkat gaji yang sama dan penurunan

    gaji itutidak melebihi tiga pergerakan gaji.

    6.Turun pangkat (Reduction in Rank)

    Gred pegawai diturunkan ke gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang

    sama.

    7.Buang Kerja (Dismissal)

    Tarikh hukuman ialah pada tarikh Lembaga Tatatertib menjatuhkan hukuman.

    Pegawai

    tidak berhak menerima apa-apa kemudahan dalam perkhidmatan awam.

    23. PROTIM ( PROGRAM PEMULIHAN 3M)

    PROTIM adalah satu program pembangunan yang dilaksanakan ke atas murid tahun 4, 5 dan6 di setiap sekolah di mana murid-muridnya menghadapi masalah penguasaan asas membaca,menulis dan mengira atau lebih dikenali dengan masalah 3M. Sebelum PROTIMdiperkenalkan, Guru Pemulihan bertanggungjawab sepenuhnya mengajar murid yangbermasalah ini.

    24. Tonggak 12 (ada 12, tahu 6 cukuplah)

    - bantu kerajaan capai wawasan 2020

    1. Hargai masa2. Ketekunan membawa kejayaan3. Keseronokkan bekerja4. Kemuliaan kesederhanaan5. Ketinggian peribadi

    6. Pengaruh teladan

    25. SISTEM PEMERINTAHANDalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah bdan utama iaitu:-

    Badan Perundangan.Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    17/21

    mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

    Badan Pemerintah.Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang danpenghakiman;

    Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysiaadalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-manaundang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan olehJemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. TetapiParlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain.Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlakukekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas keranasakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebablain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yangdi-Pertuan Agong.

    Badan Kehakiman

    Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang ataumenjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas danperanan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkaitantara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli BadanPerundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawabkepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuahbadan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.

    Amalan pengasingan kuasa antara tiga badan utama iaitu badan perundangan [legislative],

    pentadbiran [executive] dan kehakiman [judiaciary] yang dipraktikkan baik di peringkat pusatatau kerajaan negeri yang diamalkan selama ini berasaskan Perlembagaan seseungguhnya telahmengukuh dan melicinkan lagi urusan pemerintahan-pentadbiran negara semenjak merdeka.

    26. DEWAN NEGARA DAN DEWAN RAKYAT

    Dewan NegaraDewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkarayang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan

    Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan olehDewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

    Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri PadukaBaginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda telahberbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam,

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    18/21

    perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atauwakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan OrangAsli. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan danseorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda

    Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

    Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikanPersidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepadawarganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negaraialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegangjawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiapSenator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara initidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaanuntuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang

    dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahliDewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli DewanNegara yang dilantik.

    Dewan Rakyat

    Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat sertamendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secaralangsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua danTimbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalamperlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yangdipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang

    dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun keatas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara.Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walaubagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurutkebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelahmemperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

    Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya diseluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri diSemenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara WilayahPersekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), WilayahPersekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).

    27. LOGO KEMENTERIAN PENDIDIKAN

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    19/21

    Rekabentuk oleh :

    Prof. Dato Dr AhmadZainuddin & Mohd Faizal Ahmad

    (Majlis Rekabentuk Malaysia)

    Rasional :

    Logo ini direka mengunakan huruf Alifsebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf

    atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya,

    berada pada jalan yang lurussebagaimana huruf Alif itu. Alif jugamembawa pengertianILMUkerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu

    dengan beberapa darjat. Ilmu juga di klasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang

    merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai

    pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran

    dan keyakinan.

    Logo ini menggunakan dua Pdan dua Alifmelambangkan dua peringkat

    pendidikaniaitu Sistem Sekolahdan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup P yang bertingkat

    kearah Alifmelambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk

    Bulatmelambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi

    warna, Biru bermaksud profesionalismadalam sistem pendidikan negara. Kuningkeemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang

    bermutu tinggidan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.

    28. GST (Goods and Services Tax)

    Pengenalan :Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaanakan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. 160 sudahmelaksanakan GST.

    Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN :10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

    Kebaikan :

    1. Dulu ada dua cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Sekarang satu cukai saja.2. Beberapa jenis barangan akan menjadi lebih murah bergantung kepada kategori dan jenis

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    20/21

    barangan itu.3. Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayarcukai.

    Keburukan:

    1. pelaksanaan GST jika tidak diawasi dengan ketat akan diperalat dan dimanipulasikan olehpengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu2. GST juga dilihat boleh mengakibatkan kenaikan inflasi yang mendadak bila harga baranganakan naik akibat kos perniagaan bertambah.

    29. TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD

    PM ke 4 pada umur 55 tahun. 22 tahun dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003. Bapa Pemodenan Malaysia 4 orang TPM bawah dia iaitu Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba, Dato; Seri AnwarIbrahim dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. SumbanganPutrajaya, KLIA, Litar Sepang, KLCC dan banyak lagi.

    30. YB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

    PM ke 6 sehingga kini lepas Pak Lah PM sejak 3 April 2009 hingga kini. Ahli Parlimen Pekan Gagasan 1 Malaysia

    31. UPSI

    Pengenalan :

    Secara kronologi, perkembangan UPSI melalui tiga era, iaitu era SITC (29 November 1922 -1957), era MPSI (1957 - 1987) dan era IPSI (21 Februari 1987 - April 1997). Tiga era ini jugamemperlihatkan wadah generasi pendidik yang dilahirkan oleh institusi ini dalam tempoh 75tahun. Tanggal 1 Mei 1997 bermulalah lembaran barunya sebagai sebuah universiti, apabilauniversiti ini diperbadankan di bawah Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan)

    1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997 menerusi Warta KerajaanP.U (A) 132 & 133 yang bertarikh 24 Februari 1997.

    Visi

    Menjadi Universiti yang bitara, cemerlang dalam kepimpinan pendidikan berlandaskankegemilangan sejarah serta menerajui perubahan global.

  • 5/28/2018 2. Nota Temuduga Spp 2014

    21/21

    Misi

    Menjana dan menatar ilmu menerusi pengajaran, penyelidikan, penerbitan, perundingan dankhidmat masyarakat, dalam konteks pembangunan insan untuk mencapai wawasan negara.

    Moto

    "Komited Membawa Perubahan Dalam Pendidikan".

    IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

    Ibu Kandung Suluh BudimanObor Di malam GelapBina Budi Penyebar TekadPancaran Semangat Waja

    Ibu Kandung Suluh BudimanIbu Pujaan KamiYang Berjasa Pada MasyarakatHidup Gagah Berani

    Ibu Kandung Suluh BudimanDengarlah SumpahSumbangsih Nan SuciSelagi Hayat Dikandung BadanKami Tetap Berbakti

    Cancelor- Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan Tuanku ZaraSalim

    Naib Cancelor UPSI- Prof Dr Zakaria Kasa

    YDP sekarangMuhammad Idris Mahmud