linguistik historis

2
Linguistik Historis Linguistik historis merupakan cabang kajian linguistik yang melihat perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Linguistik historis meninjau perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan yang dialami oleh sesuatu bahasa dalam proses penggunaannya yang mengarusi beberapa zaman. Segala punca, sebab dan akibat yang dialami hasil daripada perubahan dan perkembangan bahasa itu diselidiki dan direkodkan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku terhadap bahasa itu. Punca perubahan itu mungkin datangnya dari luar atau dari dalam. Punca dari luar misalnya kemasukan pengaruh-pengaruh asing ke dalam bahasa itu, sementara perubahan dan perkembangan yang berpunca dari dalam pula mungkin hasil dari berlakunya perubahan sikap penutur yang mahu melakukan perubaan secara sengaja terhadap bahasa itu dalam usaha menjadikan bahasa itu maju dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman. Satu hal yang penting, Di dalam kajian linguistik historis ini ialah kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Walau bagaimanapun, bagi mengasingkan secara rigid akan tahap sesuatu zaman itu adalah mustahil kerana bahasa itu berubah atau berkembang secara evolusi bukan secara drastik. Di antara satu zaman dengan zaman yang lainnya tidak ada garis pemisah yang nyata kerana penggunaan bahasa adalah bertali arus dari suatu ke suatu masa yang berikutnya.Pemisahan yang dibuat hanyalah semata-mata demi kepentingan kajian. Dalam bahasa Melayu misalnya,pemisah zaman di dalam perkembangan

Upload: nor-amira-tayabu

Post on 23-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Nota

TRANSCRIPT

Linguistik HistorisLinguistik historis merupakan cabang kajian linguistik yang melihat perkembangan sesuatu bahasa, iaitu dari zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap yang tertentu. Linguistik historis meninjau perubahan-perubahan dan perkembangan-perkembangan yang dialami oleh sesuatu bahasa dalam proses penggunaannya yang mengarusi beberapa zaman. Segala punca, sebab dan akibat yang dialami hasil daripada perubahan dan perkembangan bahasa itu diselidiki dan direkodkan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku terhadap bahasa itu. Punca perubahan itu mungkin datangnya dari luar atau dari dalam. Punca dari luar misalnya kemasukan pengaruh-pengaruh asing ke dalam bahasa itu, sementara perubahan dan perkembangan yang berpunca dari dalam pula mungkin hasil dari berlakunya perubahan sikap penutur yang mahu melakukan perubaan secara sengaja terhadap bahasa itu dalam usaha menjadikan bahasa itu maju dan berkembang sesuai dengan peredaran zaman.

Satu hal yang penting, Di dalam kajian linguistik historis ini ialah kajian tertumpu kepada lebih dari satu zaman. Walau bagaimanapun, bagi mengasingkan secara rigid akan tahap sesuatu zaman itu adalah mustahil kerana bahasa itu berubah atau berkembang secara evolusi bukan secara drastik. Di antara satu zaman dengan zaman yang lainnya tidak ada garis pemisah yang nyata kerana penggunaan bahasa adalah bertali arus dari suatu ke suatu masa yang berikutnya.Pemisahan yang dibuat hanyalah semata-mata demi kepentingan kajian. Dalam bahasa Melayu misalnya,pemisah zaman di dalam perkembangan bahasa, sering dibuat berdasarkan kepada pengaruh yang mendatang misalnya, peringkat perkembangan bahasa Melayu pada zaman kerajaan Melaka, sebelum datangnya agama islam, sebelum penjajahan dan selepas penjajahan, iaitu sejak merdeka hingga sekarang. Di dalam kajian linguistik historis kajian secara sinkronik adalah penting.Seorang pengkaji mestilah mengkaji secara terperinci akan keadaan bahasa yang dikajinya itu dalam beberapa zaman atau masa yang tertentu dan tempat yang tertentu juga. Setelah melakukan kajian secara sinkronik, ia terpaksa pula meneruskan kajiannya secara diakronik, iaitu membuat perbandingan di antara beberapa zaman untuk melihat perbezaan,menentukan perubahan dan perkembangan yang berlaku di dalam bahasa tersebut.Perbandingan boleh dibuat dari berbagai-bagai segi misalnya dari segi fonologi,morfologi,sintaksis,makna,ejaan,system tulisan, dan sebagainya.