linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa secara saintifik

2
Linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa secara saintifik. Ia merangkumi dari semua aspek komunikasi manusia, daripada pemerian bunyi bahasa kepada analisis secara menyeluruh kerencaman pemikiran manusia yang dipernyatakan dalam bentuk pertuturan dan lisan (Stork & Widdowson 1983). Hartmann, R.R.K, dan Stork (1976) mengatakan bahawa linguistik adalah satu bidang kajian, dan subjek kajiannya ialah bahasa. Ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubungan sebagai pernyataan individu, bunyi yang dituturkan, teks yang ditulis dan lain-lain lagi. Bahasa didefinisikan sebagai “suatu himpunan ayat-ayat yang terbatas panjangnya dan terbentuk daripada suatu himpunan unsur-unsur yang terbatas.( Noam Choamsky). P.W.J Nababan (1984) pula mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem perisyaratan (semiotic) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur itu. Unsur bahasa terdiri daripada fonem, morfem, dan kata yang dibentuk daripada fonem dan morfem. Dalam bahasa terdapat peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang diterima, makna yang disepakati, ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang dipakai, laras dan juga wacananya. Ferdinand de Saussure (1857-1913) mengatakan bahawa bahasa ialah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu. Mengikut beliau, bahasa (la langue) ialah suatu gejala sosial, dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa itu. Pertuturan (la parole) ialah penghasilan oleh individu. Bahasa merupakan alat yang mungkin digunakan dalam perhubungan (potential vehicle of communication), tetapi pertuturan adalah aktiviti yang sebenar dalam perhubungan. Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai ‘komunikasi

Upload: alynns74

Post on 21-Nov-2015

245 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

linguistik

TRANSCRIPT

Linguistik bermaksud ilmu pengetahuan yang mengkaji tentang bahasa secara saintifik. Ia merangkumi dari semua aspek komunikasi manusia, daripada pemerian bunyi bahasa kepada analisis secara menyeluruh kerencaman pemikiran manusia yang dipernyatakan dalam bentuk pertuturan dan lisan (Stork & Widdowson 1983). Hartmann, R.R.K, dan Stork (1976) mengatakan bahawa linguistik adalah satu bidang kajian, dan subjek kajiannya ialah bahasa. Ahli bahasa mengkaji kebolehan manusia untuk berhubungan sebagai pernyataan individu, bunyi yang dituturkan, teks yang ditulis dan lain-lain lagi.Bahasa didefinisikan sebagai suatu himpunan ayat-ayat yang terbatas panjangnya dan terbentuk daripada suatu himpunan unsur-unsur yang terbatas.( Noam Choamsky). P.W.J Nababan (1984) pula mendefinisikan bahasa sebagai suatu sistem perisyaratan (semiotic) yang terdiri daripada unsur isyarat dan hubungan antara unsur itu. Unsur bahasa terdiri daripada fonem, morfem, dan kata yang dibentuk daripada fonem dan morfem. Dalam bahasa terdapat peraturan yang menyeragamkan penggunaannya seperti sebutan yang diterima, makna yang disepakati, ungkapan yang dibentuk, kosa kata yang dipakai, laras dan juga wacananya.Ferdinand de Saussure (1857-1913) mengatakan bahawa bahasa ialah pola-pola umum dalam pertuturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap atau bertutur seseorang individu dalam suasana tertentu. Mengikut beliau, bahasa (la langue) ialah suatu gejala sosial, dipunyai oleh seluruh masyarakat yang menggunakan bahasa itu. Pertuturan (la parole) ialah penghasilan oleh individu. Bahasa merupakan alat yang mungkin digunakan dalam perhubungan (potential vehicle of communication), tetapi pertuturan adalah aktiviti yang sebenar dalam perhubungan.Harimurti Kridalaksana (1982:156), merumuskan bahasa slanga adalah bahasa yang tidak rasmi dan lazim digunakan oleh kelompok sosial kalangan remaja tertentu sebagai komunikasi dalaman untuk mengelakkan orang dari luar kelompok memahani kosa kata dan istilah yang mereka ungkapkan. Selanjutnya, Ajid Che Kob (1998), berpendapat key word atau kata kunci dalam pengujaran bahasa slanga yang merupakan ciri-ciri uniknya bertujuan menguat, memberi lebih makna sambil mengetengahkan identiti kelompok sosialnya.