lembaga minyak sawit malaysia - mpob.gov.my · pdf filebioteknologi dan bioinformatik, ......

10
LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA Malaysian Palm Oil Board (MPOB) www.mpob.gov.my Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan PEGAWAI PENYELIDIK bertaraf Tetap/Kontrak BIL. JAWATAN GRED GAJI MINIMUM (RM) MAKSIMUM (RM) 1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 - Q53 2,146.00 11,968.00 A. GAJI DAN ELAUN Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon. Elaun : Seperti berikut: ELAUN/RM GRED Q53 Q51 Q47 Q43 Q41 Imbuhan Tetap Keraian 800 600 550 400 - Imbuhan Tetap Perumahan 900 700 700 400 250 Imbuhan Tetap Khidmat Awam - - - - 300 Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan) Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan Pegawai Penyelidik B. KELAYAKAN / PENGALAMAN BEKERJA JAWATAN 1 – PEGAWAI PENYELIDIK Kelayakan: Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains, pertanian, perikanan, kejuruteraan atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Lulus peperiksaan kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan daripada NIOSH atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. Pengkhususan: Kejuruteraan / Kejuruteraan Kimia Keutamaan: Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Calon daripada Kejuruteraan Kimia adalah digalakkan memohon

Upload: hoangtruc

Post on 27-Feb-2018

298 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

Malaysian Palm Oil Board (MPOB) www.mpob.gov.my

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat di Lembaga

Minyak Sawit Malaysia bagi jawatan PEGAWAI PENYELIDIK bertaraf Tetap/Kontrak

BIL. JAWATAN GRED

GAJI

MINIMUM (RM) MAKSIMUM (RM)

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41 - Q53 2,146.00 11,968.00

A. GAJI DAN ELAUN Penetapan gaji permulaan : Berasaskan kelayakan, pengalaman dan kemahiran calon.

Elaun : Seperti berikut:

ELAUN/RM

GRED

Q53 Q51 Q47 Q43 Q41

Imbuhan Tetap Keraian 800 600 550 400 -

Imbuhan Tetap Perumahan 900 700 700 400 250

Imbuhan Tetap Khidmat Awam - - - - 300

Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM150 – RM300 (Tertakluk kepada penempatan)

Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) sebanyak 5% daripada gaji pokok bagi jawatan

Pegawai Penyelidik

B. KELAYAKAN / PENGALAMAN BEKERJA

JAWATAN 1 – PEGAWAI PENYELIDIK

Kelayakan: Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Doktor Perubatan Veterinar, Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam

bidang sains, pertanian, perikanan, kejuruteraan atau bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

BAHAGIAN PENGURUSAN KEWANGAN DAN PEMBANGUNAN

Kelayakan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Lulus peperiksaan kursus Pegawai Keselamatan dan Kesihatan daripada NIOSH atau kelayakan yang diiktiraf

setaraf dengannya.

Pengkhususan:

Kejuruteraan / Kejuruteraan Kimia

Keutamaan: Calon yang mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja berkaitan Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan. Calon daripada Kejuruteraan Kimia adalah digalakkan memohon

Page 2: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

2

Bidang Pengkhususan

Sains / Sains Pertanian / Pengurusan Perladangan / Sains Bio Industri / Sains Sumber Tumbuhan & Pengurusan

Keutamaan Calon mestilah mempunyai Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda (Kepujian) dengan CGPA 3 ke atas dalam bidang

pertanian. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. (Keutamaan akan diberi

kepada calon yang berpengalaman dalam pengurusan ladang sawit)

BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KHIDMAT KORPORAT

Bidang pengkhususan: Juruanalisa Sistem / Sains Komputer / Sains Perpustakaan / Multimedia / Sistem Maklumat / Sistem Rangkaian

Keutamaan: Calon yang berpengalaman & mempunyai Ijazah Lanjutan dalam bidang berkenaan

Bidang pengkhususan:

Sains/ Pertanian/ Kejuruteraan

Tugas & tanggung jawab:

membantu menguruskan semua aspek pemerolehan manuskrip, penyuntingan teknikal, editorial, pengeluaran dan penerbitan. Berurusan dengan pelbagai agensi pengindeks antarabangsa dan memastikan semua penerbitan

berada di peringkat kualiti yang tinggi. Menjalankan kerja kerja penyelidikan yang berkaitan dengan penerbitan, memantau & mengurus seluruh proses pengeluaran dan penerbitan MPOB, tugas tugas lain yang di arahkan oleh

Ketua Unit Penerbitan/ Pengarah Bahagian.

Keutamaan:

Calon calon yang telah berkhidmat tidak kurang daripada 10 tahun dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyuntingan artikel saintifik & teknikal dan penerbitan jurnal dalam Bahasa Inggeris/ Bahasa Malaysia.

Pemerhatian yang teliti dan boleh bekerja di bawah pengawasan yang minima. Mempunyai kecekapan

mengunakan perisian komputer yang berkenaan.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN BIOLOGI

Bidang Pengkhususan

Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-Industri

Keutamaan: Berpengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam menguruskan hasil-hasil pertanian seperti buah sawit dan

input pertanian.

Bidang Pengkhususan

Kejuruteraan Mekanikal Pertanian / Kejuruteraan Bio-Pertanian

Keutamaan Calon mestilah berpengetahuan dalam pengurusan bengkel, jentera dan alatan pertanian dan baikpulih enjin.

Mempunyai pengetahuan asas yang kuat dalam teori dan praktikal berkaitan enjin disel dan petrol, dua dan

empat lejang adalah dimestikan. Berpengalaman 2 hingga 3 tahun dalam perkara di atas mempunyai kelebihan untuk dipertimbangkan.

Bidang Pengkhususan

Kejuruteraan Pertanian / Kejuruteraan Mekanikal

Page 3: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

3

Keutamaan

Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kejuruteraan

Pertanian atau Kejuruteraan Mekanikal dari universiti-universiti yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan akan

diberi kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan

pembangunan dalam bidang industri mekanisasi ladang sawit. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan

dan kemahiran komunikasi serta interpersonal yang baik. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís. Keutamaan diberikan kepada calon yang berasal dari Sabah atau Sarawak.

Pengkhususan:

Kejuruteraan Perisian (Biosensor)

Keutamaan:

Mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman serta dapat menganalisis data dan imej menggunakan biosensor bagi pengesanan penyakit-penyakit tanaman. Dapat membina sistem perisian berdasarkan biosensor

teknologi untuk pengesanan awal penyakit sawit.

Bidang Pengkhususan:

Patologi Tumbuhan / Mikrobiologi

Keutamaan : Kajian penyakit Ganoderma sawit atau penyakit-penyakit sawit.

Pengkhususan: Analisa Kimia / Pertanian / Alam Sekitar / Fizik / Matematik / Biogeochemistry / Ecophysiology /

Metreology / Kejuruteraan Alam Sekitar

Keutamaan: Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang kimia / Pertanian /

Alam sekitar / Fizik / Matematik / Biogeochemistry / Ecophysiology / Metreology atau bidang-bidang yang

berkaitan dari universiti yang yang diiktiraf oleh kerajaan. Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam penyelidikan seperti perkara di atas dan mempunyai kelebihan

dalam teknik analisa tanah gambut, gas rumah hijau, kitaran karbon / nitrogen, land-atmospheric interaction dan sebagainya yang berkaitan. Calon dengan kemahiran statistik dan fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa

Melayu dan Inggeris juga diutamakan.

Pengkhususan:

Pertanian / Alam Sekitar / Matematik / Kimia / Fizik

Keutamaan: Calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana dalam bidang Pertanian / Alam Sekitar /

Matematik / Kimia / Fizik atau bidang-bidang yang berkaitan dari universiti yang yang diiktiraf oleh kerajaan.

Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 1-2 tahun dalam penyelidikan sains dan pertanian / perhutanan serta pengetahuan dalam kerja lapangan di ladang dan hutan. Calon dengan

kemahiran teknik analisa tanah, makmal, peralatan saintifik, pengetahuan statistik, dan fasih pertuturan serta penulisan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris juga diutamakan.

BAHAGIAN KEMAJUAN BIOTEKNOLOGI DAN BIAKBAKA

Bidang Pengkhususan:

Bioinformatik / Bioteknologi

Page 4: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

4

Keutamaan

Calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan yang berikut:

Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang bioinformatik/biologi molekular, terutamanya

dalam penggunaan pengaturcaraan Perl untuk analisa data genom dan transkriptom atau dalam bidang

bioteknologi dan bioinformatik, terutamanya dalam analisa data genom tumbuhan dan kulat serta

menjalankan eksperimen makmal untuk penyelidikan mikrobiologi dan biologi molekular;

Menulis skrip atau perisian untuk memudah dan mengautomasikan proses analisa data genom;

Merancang dan melaksanakan projek penyelidikan yang melibatkan data genom dan transkriptom atau

analisa perbandingan dan anotasi data genom dan transkriptom;

Menganalisa dan melombong data genom untuk menemui penanda molekul genetik dan gen-gen yang

mempengaruhi ciri-ciri agronomik yang penting;

Mengaitkan gen-gen dengan ontologi gen dan tapak jalan biokimia;

Memantau dan menyelia pelaksanaan projek penyelidikan.

Calon mestilah berupaya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan di bawah pengawasan yang minima,

mempunyai pengalaman dalam penulisan jurnal, mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dan saling

berhubung dengan ahli kumpulan. Calon juga mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu

dan Bahasa Inggerís.

Bidang Pengkhususan Bioteknologi / Biologi Molekul / Biologi Sel

Keutamaan:

Calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan dalam

bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit, pemilihan transforman selepas transformasi, penentuan kepekatan minima agen pemilihan, pengekspressan gen, pemencilan

gen dan analisis molekul tumbuhan transgenik merupakan satu kelebihan. Calun juga perlu mempunyai sekurang-kurangnya ijazah Sarjana Sains. Calon mestilah mampu berkomunikasi serta fasih bertutur dan menulis dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam mengendalikan kultur tisu sawit, pemilihan

transforman selepas transformasi, penentuan kepekatan minima agen pemilihan dan analisis molekul tumbuhan

transgenik merupakan satu kelebihan.

Bidang Pengkhususan Proteomik/Metabolomik

Keutamaan: Memiliki kemahiran dan pengalaman kerja di dalam bidang proteomik atau metabolomik sekurang-kurangnya 3

tahun. Calon mestilah memiliki sekurang-kurangnya Sarjana di dalam bidang proteomik, metabolomik atau bioteknologi. Berkebolehan mengendalikan kerja-kerja penyelidikan serta peralatan spektrometri jisim serta

kemahiran menjalankan analisis statistik ke atas data penyelidikan. Calon mestilah mampu berkomunikasi dengan

baik dengan semua peringkat umur dan jawatan. Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís. Kemahiran menulis laporan dan kertas penyelidikan saintifik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís dengan

baik merupakan satu keutamaan. Mempunyai penampilan diri yang baik, mampu berdikari dengan penyeliaan yang minima serta mempunyai daya kepimpinan.

Page 5: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

5

Bidang Pengkhususan:

Sains hayat / Genetik / Bioteknologi / Biologi

Keutamaan

Menjalankan penyelidikan menyaring anak sawit dari bijibenih cambah yang abnormal melalui analisis

penanda SSR dan SNP dan juga sitometri aliran untuk mendapatkan haploid dan haploid berganda sawit.

Calon juga perlu menjalankan kajian sitogenetik dan sitogenetik molekul kromosom sawit disamping mempunyai pengetahuan dan pengalaman menggunakan mikroskop, alat sitometri aliran dan menjalankan

kajian biologi molekul.

Berpengetahuan dalam bidang biakbaka, genetik kuantitatif, molekular dan keupayaan untuk menganalisa

data dengan perisian komputer yang sesuai. Pengalaman menjalankan eksperimen dan bekerja di ladang

adalah satu kelebihan.

Melaksanakan projek penyelidikan melibatkan penanda molekular serta mengaplikasikannya dalam

penyaringan

Berpengalaman dalam menskor dan menganalisa data penyaringan molekular menggunakan perisian

komputer yang berkaitan. Calon juga ada pengalaman dalam membuat interpretasi keputusan analisa data

penanda molekular

Pengetahuan dalam bidang biostatistik dan berupaya untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam

analisis data akan merupakan satu kelebihan.

Calon mestilah berupaya untuk melaksanakan tugasan yang diberikan di bawah pengawasan yang minima,

mempunyai pengalaman dalam penulisan jurnal, mempunyai kebolehan untuk berinteraksi dan saling

berhubung dengan ahli kumpulan. Calon juga mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggerís.

Bidang Pengkhususan Biakbaka Molekul / Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-Industri / Biologi / Bioteknologi

Keutamaan:

Berkebolehan mengendalikan kerja-kerja penyelidikan berkaitan dengan keluasan genetic germplasma

menggunakan penanda molekul. Di samping itu, terlibat dengan program penyimpanan DNA termasuk program biakbaka konvensional seperti kacukan dan pemilihan. Mempunyai kemahiran menjalankan analisis statistik ke

atas data penyelidikan. Calon mestilah mampu berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat umur dan jawatan. Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís. Kemahiran menulis laporan dan kertas

penyelidikan saintifik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís dengan baik merupakan satu keutamaan.

Mempunyai penampilan diri yang baik, mampu berdikari dengan penyeliaan yang minima serta mempunyai daya kepimpinan.

Bidang Pengkhususan

Biakbaka Tumbuhan / Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-Industri / Biologi

Keutamaan:

Berkebolehan menjalankan projek penyelidikan berkaitan biakbaka tumbuhan terutama pengumpulan data penyelidikan di ladang dan makmal. Mempunyai asas statistik yang baik serta mahir mengguna perisian statistik

semasa (seperti SAS atau SPSS) untuk menganalisis data penyelidikan. Calon mestilah mampu berkomunikasi dengan baik dengan semua peringkat umur dan jawatan. Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa

Inggerís. Kemahiran menulis laporan dan kertas penyelidikan saintifik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggerís

dengan baik merupakan satu keutamaan. Mempunyai penampilan diri yang baik, mampu berdikari dengan penyeliaan yang minima serta mempunyai daya kepimpinan.

Page 6: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

6

BAHAGIAN INTEGRASI & PENGEMBANGAN

Bidang Pengkhususan

Pertanian / Pengurusan Ladang / Bio-industri

Keutamaan:

Berpengalaman bekerja di agensi atau estet berkaitan sawit.

Pengkhususan : Sains Pertanian / Fisiologi / Agronomi / Pengurusan Ladang / Bio-Industri

Keutamaan

Berpengalaman menjalankan projek penyelidikan terutama dalam bidang fisiologi tanaman serta perosak

dan penyakit tanaman. Bertanggungjawab dalam mengendalikan penyelidikan tanaman sagu dalam bidang fisiologi serta perosak dan penyakit tanaman sagu. Calon berupaya menjalankan kajian fisiologi

tanaman sagu dan sawit secara menyeluruh dan boleh berdikari.

Pengalaman mengendali peralatan kajian fisiologi tanaman seperti alat kajicuaca, pengukuran pH, kelembapan

dan aras air dalam tanah dll diutamakan. Calon perlulah mempunyai kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan bersedia untuk menjalankan tugas-tugas luar stesen.

BAHAGIAN KEJURUTERAAN & PEMPROSESAN

(i) Unit Pengilangan & Pemprosesan

Bidang Pengkhususan: Kejuruteraan Kimia /Kejuruteraan Mekanikal /Kejuruteraan Bioproses /Kimia Gunaan /Kimia Analisis /Kimia

Organik/Kejuruteraan Alam Sekitar

Keutamaan:

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan pengilangan sawit, sisa buangan sawit dan pembangunan industri minyak dan lelemak, fitonutrien,

sumber tenaga dan bahan api serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, GC dan analisis-analisis pencirian bahan api.

Berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan didalam industri minyak sawit, dalam bidang simulasi dengan perisian komputer seperti Aspen Plus, Hysis, AutoCAD dan sebagainya. Graduan yang tidak

mempunyai pengalaman juga digalakkan memohon. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

Bidang Pengkhususan:

Bioproses /Bioteknologi /Kejuruteraan Alam Sekitar /Kimia

Keutamaan:

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang biomass untuk menyelidik dan mengkaji secara menyeluruh penggunaan pelbagai biojisim sawit kepada

produk-produk tambah nilai selari dengan usaha untuk melestarikan industri sawit seperti berikut:

Meneroka teknologi baru dalam penukaran biojisim/bahan buangan kelapa sawit (EFB, batang kelapa sawit,

pelepah dan batang kelapa sawit, fiber mesokarpa) kepada tenaga boleh baharu yang bersesuaian dengan

aplikasi tempatan dan keperluan negara.

Membuat penyelidikan dalam skala lebih besar dan menyediakan perancangan strategik bagi

membangunkan projek/teknologi penukaran biojisim kelapa sawit kepada produk lebih bernilai dan tenaga

Page 7: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

7

boleh baharu seperti bioetanol (fermentasi), bio-oil (pyrolysis), biogas (degradasi anaerobik), biobutanol

(advanced fermentasi), syngas (gasification), biohydrogen, diesel sintetik (polymerization, hydrocraking), bahan bakar pepejal (briquetting, pelletizing) dan lain-lain.

Memantau kesesuaian atau keutamaan teknologi penggunaan biojisim dari segi keseimbangan

tenaga/energy balance dan “environmental impact” dan juga meninjau keupayaan/“viability” projek secara

lebih meluas seterusnya memberi manfaat kepada industri sawit dan negara.

Membantu dalam perkembangan, pembangunan dan kemampanan industri sawit negara dan menyokong

pemulihan alam sekitar dengan penggunaan sumber tenaga daripada biojisim yang tidak akan

menimbulkan konflik dengan sumber makanan

Bidang Pengkhususan: Ijazah Sarjana Muda Sains /Bioproses /Bioteknologi /Biokimia /Mikrobiologi /Biologi Molekul

Keutamaan: Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang

bioprocess untuk menyelidik dan mengkaji proses-proses yang terlibat di dalam biopenukaran bahan buangan kelapa sawit kepada produk tambah nilai seperti berikut:

Menjalankan projek penyelidikan dan meneroka teknologi baru dalam proses biopenukaran bahan buangan

kelapa sawit terutamanya air kumbahan pengilangan (palm oil mill effluent), tandan kelapa sawit kosong (EFB) dan bahan-bahan buangan sawit lain kepada bahan-bahan yang boleh menambah nilai seperti gula

dan bahan kimia melalui teknik seperti ionic liquid dan lain-lain teknik yang bersesuaian.

Mengendali proses penukaran biojisim sawit kepada produk bernilai tinggi menggunakan bioreactor pada

skala besar.

Menjalankan kajian terhadap pemencilan dan mengkaji potensi mikroorganisma yang terdapat dalam

persekitaran kelapa sawit. Penemuan mikroorganisma berpotensi yang baru berupaya menukarkan bahan

buangan kepada bahan lebih bernilai menggunakan kaedah yang lebih mesra alam.

Melakukan penambahbaikan dalam teknologi fermentasi serta kajian biologi molekul dan teknik

kejuruteraan genetik bagi mengenalpasti gen yang terlibat dalam penghasilan enzim yang cekap seterusnya meningkatkan hasil produk yang diingini.

Membangunkan enzim berkos rendah yang cekap dan berkesan untuk meningkatkan hidrolisis biojisim

lignoselulosa yang dianggap sebagai halangan utama bagi pengkomersilan teknologi bio-bahanapi generasi kedua.

Bidang Pengkhususan:

Kejuruteraan/Teknologi Alam Sekitar, Kimia Proses Enzim, Teknologi Bio-proses

Keutamaan:

Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang penyelidikan rawatan alam sekitar, pemprosesan biojisim dan sisa kumbahan, serta berkebolehan untuk

mengendalikan peralatan-peralatan makmal seperti HPLC, UPLC, GC dan analisis-analisis pencirian enzim dan mikro-biologi. Berpengalaman dalam bidang penyelidikan dan pembangunan didalam industri bio-baja. Graduan

yang tidak mempunyai pengalaman juga digalakkan memohon. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PRODUK & KHIDMAT NASIHAT

Page 8: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

8

Bidang Pengkhususan

Kimia Analitik / Kimia Organik / Teknologi Minyak dan Lemak / Kimia / Kimia Proses Enzim.

Keutamaan Berpengalaman dalam bidang kimia minyak dan pemprosesan minyak / enzim. Calon mestilah fasih bertutur

dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Kemahiran IT/komputer dan statistik dialu-alukan. Calon

hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

Bidang Pengkhususan Teknologi Makanan / Sains Makanan dan Pemakanan / Teknologi Minyak dan Lemak / Kimia /Kejuruteraan Kimia.

Keutamaan

Berpengalaman dalam bidang ‘functional food’/reologi/koloid makanan/Sains makanan &

Pemakanan/pemprosesan makanan akan diberi keutamaan. Calon mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Inggeris. Kemahiran IT/komputer dan statistik dialu-alukan. Calon hendaklah

mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif, bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

Bidang Pengkhususan : Sains & Teknologi Makanan / Sains BioKimia & Proses/Sains Makanan & Pemakanan

Keutamaan :

Berpengetahuan tinggi dalam bidang berkaitan proses modifikasi lemak dan minyak seperti interesterifikasi

(interesterification) samada secara kimia atau berenzim, penulinan (refining) dan pemeringkatan (fractionation), pengetahuan dalam bidang Pemakanan (Nutrition). Berpengetahuan dalam bidang kajian dan

analisis saintifik asas ke atas minyak dan lemak serta mampu dan mahir mengendalikan instrument asas dalam analisis lemak dan minyak seperti HPLC, DSC, GC adalah keutamaan. Calon mestilah mempunyai sifat-

sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan saintifik serta berpenampilan diri yang baik. Mesti fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris bagi tujuan pembentangan

teknikal dan penulisan saintifik. Calon hendaklah mempunyai sikap positif, dedikasi, berdikari, pro-aktif,

bertanggungjawab mempunyai kemahiran komunikasi dan interpersonal yang baik.

Bidang Pengkhususan Perikanan, Sains Veterinar, Sains Ternakan (Ruminan dan Avian) dan Kimia Analisis.

Keutamaan Keutamaan dalam bidang pengkhususan Nutrisi dan Sistem Imunisasi Haiwan, Perikanan, Kimia Analisis

(Pengkhususan dalam Protein, Oligosakarida, Karbohidrat dan Unsur Surih) dan Sains Veterinar. Calon mestilah mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan kemahiran komunikasi lisan dan penulisan saintifik serta

penampilan diri yang baik. Berpengetahuan tinggi dalam bidang dan penggunaan minyak serta lemak. Calon-calon yang berpengalaman akan diberikan keutamaan dan mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa

Melayu dan juga Bahasa Inggeris.

BAHAGIAN PENYELIDIKAN KEMAJUAN TEKNOLOGI OLEOKIMIA (AOTD)

Bidang Pengkhususan:

Kejuruteraan Kimia / Kimia Organik

Keutamaan:

Calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang kimia organik dan kejuruteraan kimia. Calon mesti berminat dalam bidang penyelidikan, mempunyai kebolehan menganalisa data dan boleh

menyediakan laporan saintifik. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang

Page 9: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

9

baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon juga mestilah

mempunyai sifat kepimpinan, pro-aktif, berdedikasi, berdikari dan bertanggungjawab.

Bidang Pengkhususan: Kimia Alam Sekitar / Kimia Analisis / Biokimia

Keutamaan: Calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang analisis kimia sekitaran dan sistem kualiti

makmal (ISO 17025 atau GLP) serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal seperti HPLC, GC, TOC dan lain-lain dan analisis pencirian produk. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan

interpersonal yang baik serta fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti SPSS diutamakan.

Bidang Pengkhususan : Bioteknologi / Biologi Molekul / Biologi / Biokimia

Keutamaan :

Berpengalaman bekerja dan pengetahuan dalam bidang toksikologi gen, kultur sel/tisu dan sistem kualiti

makmal (ISO 17025 atau GLP) serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal pengkulturan sel seperti BSC, CO2 incubator, mikroskop, autoclave dan lain-lain. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti

SPSS diutamakan. Calon juga mestilah mempunyai sifat kepimpinan, pro-aktif, berdedikasi, berdikari dan bertanggungjawab.

Bidang Pengkhususan:

Kimia Sintesis/Kimia Organik/Oleokimia

Keutamaan:

Calon yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam bidang oleokimia dan analisis kimia serta berkebolehan untuk mengendalikan peralatan makmal seperti HPLC, GC, FTIR dan lain-lain analisis pencirian

bahan atau produk. Calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik serta

fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Calon dengan kemahiran IT dan statistik seperti SPSS diutamakan.

BAHAGIAN EKONOMI & PEMBANGUNAN INDUSTRI

Bidang Pengkhususan: Statistik / Ekonomi Pertanian / Pemasaran / Pentadbiran Perniagaan/Perdagangan Antarabangsa.

Keutamaan:

Calon yang berpengalaman akan diberikan keutamaan dan mestilah fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Berpengalaman mengenai analisa ekonomi dengan menggunakan komputer.

C. UMUR

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun hingga had umur pelantikan pada tarikh tutup iklan jawatan adalah seperti berikut;

i) berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau

ii) berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun;

atau

iii) berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Page 10: LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA - mpob.gov.my · PDF filebioteknologi dan bioinformatik, ... bidang biologi molekul, biologi sel dan kejuruteraan genetik, mengendalikan kultur tisu sawit,

Siaran iklan pada 22 Disember 2014 – 5 Januari 2015

10

PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) Bagi kakitangan Kerajaan/Badan-badan Berkanun Tempatan yang Lulus Peperiksaan Khas untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan-jawatan yang berkenaan bolehlah memohon melalui Jabatan

D. KEPERLUAN BAHASA

Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

E. PERMOHONAN

i) Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan borang secara online yang boleh

diperolehi dari Portal MPOB di alamat: www.mpob.gov.my

ii) Pemohon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan sijil-sijil sehingga dihubungi untuk temuduga.

iii) Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas TIGA (3) bulan dari tarikh iklan ditutup

hendaklah menganggap permohonannya tidak berjaya.

iv) Tarikh tutup iklan jawatan pada 5 Januari 2015