leksikografi adalah bidang ilmu bahasa yang mengkaji cara pembuatan

Upload: waffa-zul

Post on 14-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Leksikografi Adalah Bidang Ilmu Bahasa Yang Mengkaji Cara Pembuatan

    1/1

    Assalamualaikum dan salam perpaduan.

    Perkamusan sebagai ilmu dikenali sebagai leksikografi, iaitu cabang ilmu linguistik

    terapan yang memusatkan pembahasaannya kepada kaedah dan teknik penyusunan kamus

    (Kridalaksana, 1984;144). Leksikografi merupakan cabang linguistik terapan yang terdiri

    daripada pemerhatian, pengumpulan, pemilihan, dan keterangan unit-unit dalam kumpulan

    perkataan dan ungkapan dalam satu atau lebih bahasa. Leksikografi memerlukan bantuan

    leksikologi. Maka secara umumnya perkamusan boleh dibahagikan kepada dua bahagian,

    iaitu kerja-kerja penghasilan kamus dan bidang ilmu yang mengkaji tentang dunia

    perkamusan itu sendiri. Dua istilah yang sering digunakan ialah leksikografi dan leksikologi.

    Leksikografi ialah kerja-kerja yang dilakukan dalam proses menghasilkan kamus.

    Leksikologi pula ialah disiplin ilmu yang berkaitan secara langsung dengan penghasilan

    kamus, iaitu teori dan amalan yang digunakan sebagai panduan dalam menghasilkan kamus.

    Leksikologi pula mencakupi beberapa subbidang ilmu yang lain seperti fonologi, morfologi,

    sintaksis, dan semantik

    Dua nama besar yang mengawali penyusunan kamus adalah Samuel Johnson (1709-

    1784) dan Noah Webster (1758-1843). Johnson, ahli bahasa dari Inggris, membuat

    Dictionary of the English Language pada tahun 1755, yang terdiri atas dua volume. Di

    Amerika, Webster pertama kali membuat kamus An American Dictionary of the English

    Language pada tahun 1828, yang juga terdiri atas dua volume. Selanjutnya, pada tahun 1884

    diterbitkan Oxford English Dictionary yang terdiri atas 12 volume.

    Kamus didefinisikan sebagai buku yang mengandungi senarai kata dalam suatu bahasa

    yang dilengkapi dengan makna dan maklumat ringkas tentang tatabahasa bahasa tersebut(Salinah, 2000: 809), dan disusun mengikut abjad (KD, 2007: 667). Manakala bidang

    perkamusan pula adalah perihal (yg berkaitan dengan) kamus (penyusunannya, ilmu

    mengenainya, dll.) (KD, 2007: 667). Salinah (2000:810) mengkategorikan bidang

    perkamusan kepada bidang (1) leksikografiiaitu tugas penghasilan kamus, dan (2)

    leksikologiiaitu bidang pengajian tentang perkamusan. Bidang perkamusan Melayu,

    khususnya leksikografi, sebenarnya telah bermula sejak zaman kerajaan Melayu Melaka.

    Kamus bahasa Melayu yang tertua dicatatkan merupakan sebuah senarai 482 istilah Melayu-

    Cina yang telah dikumpulkan sekitar tahun 1403 AD hingga 1511 AD (Blagden) dalam

    (Asmah, 1975: 337; Salinah, 2000: 810). Walaupun ia tidak menunjukkan bahawa orang

    Melayu yang melakukan tugas perkamusan tersebut, namun fakta ini menunjukkan

    bahawa bahasa Melayu sudah menjadi satu bahasa yang penting pada zaman itu. Bahkan

    sememangnya diketahui umum bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca

    di kepulauan Nusantara.

    Kesimpulannya,hubungan antara leksikografi dengan pemerian makna sangat penting untukmewujudkan kefahaman yang jitu.