asas pembuatan produk

43
ASAS PEMBINAAN PRODUK

Upload: zuwaidah-ahmad-suhaimi

Post on 12-Dec-2014

250 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Pembuatan Produk

ASAS PEMBINAAN

PRODUK

Page 2: Asas Pembuatan Produk

TUJUAN ATAU FUNGSI KERJA

PERKEMBANGAN IDEA

PENYUSUNAN IDEA

LAKARAN KERJA DAN LUKISAN

KERJA

PEMBINAAN PROJEK

5 PERINGKAT

Page 3: Asas Pembuatan Produk

Peringkat 1: Tujuan atau fungsi kerja-Standard

ukuran-Faktor ergonomik

Page 4: Asas Pembuatan Produk

RekaciptaRekacipta ialah penghasilan sesuatu produk baru daripada idea sendiri atau produk yang diubahsuai untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.

Pengenalpastian MasalahMerupakan langkah pertama dalam proses reka cipta. Projek yang dibina dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. Langkah-langkah pengenalpastian masalah adalah seperti berikut:

Page 5: Asas Pembuatan Produk

Mengenalpasti MasalahMasalah ini bolehlah kita dapati daripada kejadian yang telah berlaku dan menyebabkan kita menghadapi masalah ataupun masalah yang berlaku di sekeliling kita. Masalah yang dikenalpasti haruslah boleh dinyatakan dengan jelas dan boleh diselesaikan.

Mengumpul Maklumat dan DataBoleh dilakukan dengan cara-cara yang berikut:

Pengalaman sendiri Membuat soal selidik Melakukan pemerhatian Melayari internet Bimbingan guru Pembacaan dan penyelidikan Lawatan belajar

Page 6: Asas Pembuatan Produk

Menganalisis MaklumatUntuk mendapat satu rumusan tentang maklumat yang telah dicari. Kita perlu mengkaji kelebihan dan kekurangan maklumat-maklumat yang telah dicari. Langkah ini menolong kita mencetus idea baru untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Menyenaraikan Idea Penyelesaian MasalahBoleh dikatakan dengan aktiviti-aktiviti seperti perbincangan kumpulan, sumbangsaran, peta minda dan membuat lakaran projek yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 7: Asas Pembuatan Produk

Pemilihan IdeaMerupakan proses membuat pilihan idea daripada idea-idea yang telah disenaraikan . Faktor-faktor penting bagi pemilihan idea ialah :

1. Keupayaan kendiri2. Pengetahuan dan kemahiran sedia

ada3. Kepentingan produk4. Cara pembuatan5. Mesra alam6. Bahan dan komponen

Page 8: Asas Pembuatan Produk

Pemilihan Reka Bentuk

Fungsi Reka Bentuk

Kesesuaian Bahan

Kaedah Pembinaa

n

Ketahanan Kos

Kemasan Keselamatan

Nilai Komersial

Page 9: Asas Pembuatan Produk

SEJARAH SI UNIT

Unit ukuran adalah kuantiti piawai bagi ciri-ciri fizikal, digunakan sebagai faktor untuk

menyatakan kuantiti bagi sesuatu sifat. Unit ukuran adalah antara peralatan yang terawal

dicipta manusia. Masyarakat purba memerlukan pengukuran bagi banyak benda: pembinaan tempat kediaman bagi bentuk dan saiz yang

sesuai, rekaan pakaian, atau penurakan bahan makanan.

Sistem yang seragam bagi berat dan ukuran yang terawal diketahui nampaknya telah dicipta pada

abad ke-4 SM dan ke-3 SM di kalangan masyarakat Mesopotamia, Mesir dan Lembah Indus, dan

mungkin juga Elam di Parsi.

Page 10: Asas Pembuatan Produk
Page 11: Asas Pembuatan Produk
Page 12: Asas Pembuatan Produk

Ukuran Asas Kabinet Dapur

Ketinggian-ketinggianA - Ketinggian table top kabinet dapur dari lantai ke permukaan kerja: 34 inciB - Ketinggian bar counter dari lantai ke permukaan bar: 42 inciC - Ketinggian wall unit (kabinet atas) dari lantai bermula pada paras: 60 inciD - Ketinggian wall unit (kabinet atas) yang standard: 24 inci

Kedalaman-kedalamanE - Kedalaman table top kabinet dapur dari depan ke belakang: 24 inciF - Kedalaman wall unit (kabinet atas) dari depan ke belakang: 12 inciG - Kedalaman bar counter: 16 - 24 inci

Page 13: Asas Pembuatan Produk

Anggaran Ukuran-ukuran Lebar Perkakas dapur

Berikut adalah antara ukuran “standard” perkakasan yang biasa dipasang di dapur:-

• Sinki stainless steel dua bowl: 36 inci

• Sinki stainless steel satu bowl besar: 25 inci

• Ketuhar Elektrik bina-dalam: 23.5 inci

• Peti sejuk kecil: 24 inci • Peti sejuk sederhana: 27 inci

• Peti sejuk besar: 35 inci

Page 14: Asas Pembuatan Produk

• Ketuhar gelombang mikro bina-dalam: 23.5 inci

• Hob dapur: 29 inci Hood dapur (slim): 29 inci

• Hood dapur normal: 35 inci • Rak pengering pinggan: 24/30 inci

• Mesin basuh: 24 inci

Page 15: Asas Pembuatan Produk

Standard

Ukuran

Sistem Unit Antarabangsa(SI)

Satu piawai sejagat

Bentuk sistem

metrik yang

sedang diterima

guna seluruh dunia

Page 16: Asas Pembuatan Produk

ERGONOMIK

Page 17: Asas Pembuatan Produk

ERGONOMIK

FAKTOR

DEFINISI

Page 18: Asas Pembuatan Produk

ERGONOMIK

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

Bidang yang berkaitan

dengan matlamat memberi

ciri keselesaan, kecekapan,

keselamatan, dan senang

guna kepada mesin yang

digunakan oleh manusia.

Sinonim kejuruteraan

insan.

Page 19: Asas Pembuatan Produk

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

• Berkaitan dengan rekabentuk produk

supaya sesuai dengan pengguna.

• Faktor ergonomik merupakan salah satu

faktor yang mempengaruhi

sesebuah produk itu dari pandangan

pengguna.

ERGONOMIK

Page 20: Asas Pembuatan Produk

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

Jika ia dihasilkan dengan mempunyai tahap ergonomik yang tinggi, produk tersebut akan memberi persepsi yang positif pengguna terhadap produk tersebut.

ERGONOMIK

Page 21: Asas Pembuatan Produk

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

•Penggunaan bahan yang sesuai•Tidak mendatangkan bahaya kepada pengguna•Sesuai dengan persekitaran dan fizikal pengguna•Saiz dan ketinggian

ERGONOMIK

Page 22: Asas Pembuatan Produk

DEFINISI

FAKTOR

APlLIKASI

•Meningkatkan produktiviti dan kualiti•Mengurangkan kesilapan manusia, kemalangan semasa kerja, keletihan dan tekanan•Mengoptimakan penggunaan masa

ERGONOMIK

Page 23: Asas Pembuatan Produk

-Keseimbangan reka bentuk (Nisbah )-Bahan-bahan-Pembinaan produk: Jenis penyambungan-Kemasan-Keselarasan: Kesesuaian reka bentukdan warna dengan faktor persekitaran

PERINGKAT 2 : PERKEMBANGAN IDEA

Page 24: Asas Pembuatan Produk

Nisbah

Setelah memutuskan fungsi-fungsi yang tepat bagi kerja yang telah siap dan setelah menimbangkan sebarang

ukuran tertentu atau ukuran standard yang terlibat,

hendaklah difikirkan pula, nisbahnya

’Adakah ia kelihatan sesuai?’ Adalah satu soalan yang baik disoalkan pada peringkat ini.

Kesimpulan kepada masalah ini ialah dengan menggunakan kayu yang cukup tebal atau cukup lebar supaya ia cukup kuat untuk membuat sesuatu

kerja itu.

Nisbah ialah kadar atau keseimbangan di antara panjang, tinggi

dan lebar).

Page 25: Asas Pembuatan Produk

BAHAN-BAHAN

Pemilihan bahan-bahan tertentu untuk sesuatu kerja bergantung pada dua faktor utama:

Tujuan atau fungsi kerja yang siap (seseorang tidak akan

menggunakan kayu mahogany untuk membuat pagar taman dan

juga tidak menggunakan kayu lembut bergred murah di mana

kemasan bergilap terhias dengan cantik)

Kesesuaian fizikal bahan-bahan. Papan blok mungkin sesuai untuk dibuat bahagian atas

meja tetapi tidak sesuai untuk kaki meja atau bingkai pintu. Kayu padu adalah sesuai untuk membuat rel dan sebagainya tetapi tidaklah

sebaik papan lapis jika berkehendakkan sekeping bahagian atas meja yang yang

besar dan ringan. Papan lapis bergred kalis air boleh digunakan bagi membuat sampan, tetapi papan keras bergred standard yang

kalis air tidak boleh digunakan.

Page 26: Asas Pembuatan Produk

PEMBINAAN

Kaedah pembinaan – tanggam atau pemasangan semua bahagian kerja itu bergantung pada:

Bahan yang digunakan. Biasanya digunakan tanggam

tradisional (standard) bagi kayu-kayu semulajadi, tetapi kadang-kadang teknik dan

perekat khas diperlukan untuk mengeluarkan papan.

Jenis kerja kayu – membina almari, menanggam atau kerja-kerja kayu kasar. Anda boleh menanggam bajang (tetapi jangan dipakukan) sisi-sisi

almari kayu yang digilap. Paku hanya sesuai digunakan bagi

membuat kotak.

Page 27: Asas Pembuatan Produk

Kerap kali rupa benda kerja yang direkabentuk dengan baik menjadi rosak kerana hiasan-

hiasan yang tidak bersesuaian.

Jika bahagian atas sebuah meja diperbuat daripada kayu yang mempunyai hiasan yang cantik, adalah tidak sesuai jika kita terlalu banyak mengukir, memvenir atau menatah, untuk mewarnanya atau cuba mengubah rupa bentuk asal yang menarik itu.

HIASAN DAN KEMASAN

Page 28: Asas Pembuatan Produk

Walaubagaimana berguna dan menarik sesuatu benda kerja

yang siap, perlu diingat bahawa ia hendaklah selaras dengan lain-lain benda dan

mestilah sesuai dengan keadaan sekelilingnya

Sebuah almari yang dicat warna hijau terang atau kuning misalnya akan kelihatan menarik jika diletakkan di dinding dapur tetapi ia akan tidak seimbang jika dipadankan dengan hamparan berwarna biru dan bersama perabot dari bahan kayu mahogany.

HARMONI

Page 29: Asas Pembuatan Produk

Peringkat 3: Penyusunan idea

Page 30: Asas Pembuatan Produk

Setelah kerja menganalisis idea terpilih dijalankan,

proses penghalusan perlu dijalankan sebelum

mengambil keputusan memilih idea yang terbaik.

Contoh-contoh lakaran produk akan dilukiskan

semula mengikut ukuran berskala.

Tujuan dilukis semula adalah untuk menganalisis spesifikasi sebenar produk,

ukuran dimensi kritikal, pengiraan ukuran serta pemasangan bahagian-bahagian yang kritikal.

Idea yang terpilih seterusnya diperhalus dengan mengambilkira

faktor-faktor seperti kaedah pemasangan,

bahan yang digunakan, saiz serta ciri-ciri

keselamatan.

Page 31: Asas Pembuatan Produk

-Lukisan ortografik-Lukisan isometri-Lukisan perspektif -Lukisan persembahan

Peringkat 4: Lakaran kerja dan lukisan kerja

Page 32: Asas Pembuatan Produk

.

Peringkat ini adalah proses akhir dalam kerja

mereka bentuk.

Pada peringkat ini, reka bentuk produk yang dimuktamatkan akan menjadi kenyataan

Bagi mendapatkan spesifikasi produk yang

lengkap serta proses pembuatan yang terlibat, lukisan projek mestilah

dibuat.

Terdapat beberapa jenis lukisan yang perlu disediakan mengikut tujuan dan fungsinya.

Page 33: Asas Pembuatan Produk

Lukisan bentuk rata yang biasa digunakan untuk merekodkan dan menyampaikan idea. Ia adalah satu set lukisan yang menggabungkan beberapa pandangan bagi sesuatu objek yang mengandungi pandangan hadapan, pendangan sisi dan pelan.

Contoh lukisan ortografik

Lukisan ortografik

Page 34: Asas Pembuatan Produk

Satu lukisan pandangan yang dilukis bagi menunjukkan keadaan sesuatu objek itu dengan lebih jelas dan lebih mudah difahami. Lukisan isometrik ini berasaskan tiga paksi utama iaitu satu paksi tegak dan dua paksi bersudut 30o dari paksi mendatar berskala penuh.

Contoh lukisan isometrik

Lukisan isometrik

Page 35: Asas Pembuatan Produk

Lukisan yang membolehkan pelbagai bentuk dilukis dengan cepat dan medah. Kesemua bentuk lukisan ini hampir menyerupai bentuk atau rupa sebenar produk yang telah siap. Apabila objek dilukis dalam perspektif, kita akan nampak :•Garisan selari kelihatan seperti menumpu apabila bertambah jauh daripada kita.•Objek yang sama saiz akan nampak menjadi bertambah kecil saiznya apabila semakin jauh daripada kita.

Contoh lukisan perspektif

Lukisan perspektif

Page 36: Asas Pembuatan Produk

Lukisan yang digunakan pada peringkat akhir penyampaian idea reka bentuk. Lukisan ini menggambarkan keadaan sebenar rupa bentuk sesuatu produk. Dalam lukisan persembahan ini juga kita boleh memasukkan maklumat-maklumat tambahan yang berkaitan seperti bahan dan jenis kemasan yang digunakan. Lukisan persembahan juga digunakan dalam mempromosikan sesuatu produk. Untuk tujuan itu, lukisan ini disampaikan dengan lebih menarik dan realistik bagi menarik perhatian pengguna.

Contoh lukisan persembahan

Lukisan persembahan

Page 37: Asas Pembuatan Produk

-Merancang kerja-Carta gantt-Bahan-Kemasan

Peringkat 5: Pembinaan projek

Page 38: Asas Pembuatan Produk

Peringkat terakhir dalam pembinaan produk yang melibatkan perancangan dan penyusunan langkah-langkah kerja membuat atau menghasilkan produk dari awal sehingga terhasil produk yang dikehendaki.

Page 39: Asas Pembuatan Produk

Merancang kerja

Suatu langkah yang penting dan perlu dilaksanakan sebelum sesuatu proses

pembinaan produk dimulakan

Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kehilangan masa dan kos

akibat dari kesilapan dalam penyusunan langkah kerja

Merancang kerja juga dapat membantu untuk

penetapan masa sesuatu produk dapat disiapkan

Terdapat berbagai kaedah merancang kerja, antara

kaedah yang selalu digunakan adalah dengan pembinaan Carta Gantt.

Page 40: Asas Pembuatan Produk

Carta Gant

Merupakan salah satu teknik kawalan masa dan kos yang sering

digunakan untuk pembuatan produk.

Carta ini digunakan kerana mudah

disediakan serta mudah difahami

Ia terdiri dari satu lajur aktiviti pada sebelah kiri dan lajur tempoh masa pada sebelah kanan.

Unit masa boleh menggunakan hari

atau minggu

Carta ini disediakan terlebih dahulu

dengan menyenaraikan

semua aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek

mengikut turutan yang betul.

Pembahagian jangka masa bagi setiap aktiviti

dilukis dalam bentuk bar dari kiri ke kanan.

Page 41: Asas Pembuatan Produk

Bahan

Pemilihan bahan untuk sesuatu pembuatan produk dilakukan semasa peringkat

perkembangan idea.

Dalam peringkat merancang kerja, semua bahan yang

diperlukan perlu didapatkan sebelum projek dapat

dimulakan.

Jumlah atau kuantiti bahan yang diperlukan juga

ditetapkan pada peringkat ini.

Penyediaan awal bahan akan mengelakkan masa

melahu yang panjang akibat menunggu ketibaan

pesanan.

Page 42: Asas Pembuatan Produk

Kemasan

Dalam pembinaan produk, proses kemasan yang

dipilih hendaklah merangkumi kaedah membuat kemasan.

Ini bermaksud persediaan prasarana yang sesuai

untuk kerja kemasan perlu disediakan awal dan

sesuai dengan produk.

Ini dapat mengelakkan berlakunya pembaziran,

menjamin kualiti kemasan dan menjimatkan masa.

Page 43: Asas Pembuatan Produk