latihan esei bab 2

6
Keluk penawaran firma persaingan sempurna Keseimbangan firma tercapai pada titik persilangan keluk hasil sut dengan kos sut. (MR=MC) bagi setiap tingkat harga, nyatakan keputusan firma, sebabnya, kuantiti ditawar dan kombinasi. Apabila semua kombinasi disambung, akan terbentuk keluk penawaran pasaran persaingan sempurna. Keluk penawaran tersebut adalah sama dengan bahagian keluk kos sut yang menaik dan bermula dari titik minimum keluk kos berubah purata. Keluk penawaran industri Andaian: hanya terdapat 2 buah firma dalam industri keluk penawaran firma firma adalah berbentuk linear. Soalan esei bab 2

Upload: lee-wai-keat

Post on 19-Jan-2016

781 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

latihan

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Esei Bab 2

Keluk penawaran firma persaingan sempurna

Keseimbangan firma tercapai pada titik persilangan keluk hasil sut dengan kos sut. (MR=MC)

bagi setiap tingkat harga, nyatakan keputusan firma, sebabnya, kuantiti ditawar dan kombinasi.

Apabila semua kombinasi disambung, akan terbentuk keluk penawaran pasaran persaingan sempurna. Keluk penawaran tersebut adalah sama dengan bahagian keluk kos sut yang menaik dan bermula dari titik minimum keluk kos berubah purata.

Keluk penawaran industri

Andaian: hanya terdapat 2 buah firma dalam industri keluk penawaran firma firma adalah berbentuk linear.Soalan esei bab 21.Terangkan mengapakah harga dan kuantiti diminta berhubungan secara songsang. (6)2. (a) Bezakan antara permintaan individu dengan permintaan pasaran. (2)

(b) Terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan. (4)

Page 2: Latihan Esei Bab 2

3. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan bagaimana perubahan berikut mempengaruhi keluk permintaan kereta.

(a) Kenaikan harga petrol.(b) Kenaikan tambang pengangkutan awam. (6)

4. “Kenaikan harga Milo telah menyebabkan kuantiti diminta terhadap Vico meningkat.”

Dengan gambar rajah, jelaskan hubungan antara Milo dengan Vico. (6)5. Bezakan antara penawaran firma dengan penawaran pasaran.(2) Terangkan bagaimana keluk penawaran pasaran dibentuk. (6)6. Huraikan 3 faktor yang menyebabkan keluk penawaran sesuatu barang beralih ke kanan. (6)7. Huraikan 3 faktor yang menghalang peralihan keluk penawaran sesuatu barang ke kanan. (6)8. Terangkan kesan perubahan berikut terhadap penawaran coklat jenama A jika:

(a) harga koko meningkat(b) harga coklat jenama B menurun. (6)

9. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan kemajuan teknologi terhadap keluk penawaran. (3)

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan peperangan di negara pengeluar minyak terhadap keluk penawaran minyak di sesebuah negara yang mengimport minyak. (3)10. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap penawaran sayur kubis apabila harga tomato telah meningkat. (6)11. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan? (2) (b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan hukum permintaan. (4)12. (a) Berikan maksud lebihan permintaan dan lebihan penawaran. (2) (b) Dengan menggunakan gambar rajah terangkan bagaimana lebihan permintaan dan lebihan penwaran dikaitkan dengan keseimbangan pasaran. (4)13. Apakah perbezaan antara perubahan dalam kuantiti diminta dengan perubahan permintaan? (6)14. Bagaimanakah keluk permintaan pasaran terbentuk? (6)15. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan secara ringkas hubungan antara (a) harga minyak sawit dengan kuantiti minyak kelapa. (3) (b) harga kasut dengan kuantiti stoking. (3)16. Huraikan kesan daripada perkara di bawah ini terhadap permintaan kereta tempatan di Malaysia. (a) Kerajaan menurunkan cukai import kereta Korea. (3) (b) Kerajaan menaikkan subsidim atas petrol. (3)17. Terangkan kesan peningkatan pendapatan pengguna terhadap permintaan barang normal, barang bawahan dan barang mesti. (6)18. Dengan menggunakan gambar rajah , terangkan bagaimana pengiklanan mempengaruhi permintaan sesuatu barang dan barang penggantinya. (6)19. (a) Berikan maksud penawaran. (2) (b) Dengan menggunakan jadual, jelaskan hukum penawaran. (4)20. Bagaimanakah anda dapat membezakan antara perubahan dalam kuantiti ditawar dengan perubahan penawaran? (6)21. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan dengan ringkas kesan terhadap keseimbangan pasaran motosikal nasional jika (a) daya pengeluaran buruh dalam industri automobil meningkat. (3) (b) pendapatan rakyat Malaysia meningkat. (3)22. (a) Apakah maksud permintaan individu dan permintaan pasaran? (2)

Page 3: Latihan Esei Bab 2

(b) Dengan gambar rajah yang sesuai, terangkan bagaimana keluk permintaan pasaran diterbitkan. (4)23. Secara ringkas, terangkan bagaimana kenaikan pendapatan mempengaruhi permintaan terhadap sesuatu barang. (6)24. (a) Bezakan antara penwaran individu dengan penawaran pasaran. (2) (b) Terangkan bagaimana keluk penawaran pasaran diterbitkan? (4)25. (a) Bezakan antara perubahan kuantiti ditawarkan dengan perubahan penawaran. (2) (b) Dengan bantuan gambar rajah tunjukkan kesan kenaikan harga besi dan keluli terhadap penawaran kereta nasional. (4)26. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keseimbangan pasaran? (3) (b) Bagaimanakah keseimbangan pasaran tercapai apabila berlaku lebihan permintaan? (3)27. Dengan bantuan gambar rajah, jelaskan kesan kenaikan harga getah asli terhadap (a) penawaran tayar. (b) penawaran getah tiruan. (6)28. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan penggunaan teknologi baru terhadap keseimbangan pasaran dalam pengeluaran barangan elektronik. (6)29. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan pengagihan semula pendapatan daripada golongan yang kaya kepada golongan yang miskin terhadap permintaan barang keperluan. (6)30. (a) Bezakan antara perubahan permintaan dengan perubahan kuantiti diminta. (4) (b) Huraikan tiga faktor yang mengalihkan keluk permintaan ke kiri. (6)31. Dengan bantuan gambar rajah terangkan kesan terhadap permintaan kereta buatan tempatan jika: (a) Ekonomi bertumbuh dengan pesat dalam negara. (3) (b) Kerajaan mengurangkan duti eksais terhadap kereta buatan tempatan. (3) (c) Bank menaikkan kadar bunga. (4)32. Dengan bantuan gambar rajah, terangkan kesan perubahan berikut terhadap permintaan kereta yang diimport. (a) Cukai kereta import dikurangkan. (5) (b) Negara mengalami kemelesetan ekonomi. (5)33. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan perubahan berikut terhadap permintaan minuman ringan apabila (a) harga minuman ringan meningkat. (3) (b) menjelang musim perayaan. (3) (c) peralihan cita rasa pengguna kepada minuman lain. (4)34. Dengan bantuan gambar rajah, bezakan antara faktor yang menyebabkan pergerakan sepanjang atau peralihan keluk penawaran. (10)35. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, bezakan antara perubahan penawaran dengan perubahan kuantiti ditawar. (4) (b) Huraikan tiga faktor yang mempengaruhi penawaran sesuatu barang. (6)36. Dengan bantuan gambar rajah yang sesuai, terangakan bagaimana pemberian subsidi dan pengenaan cukai jualan atas pengeluar mempengaruhhi keseimbangna pasaran. (10)37. (a) Berikan maksud lebihan permintaan dan lebihan penawaran. (2) (b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana keseimbangan pasaran tercapai apabila ketidakseimbangna berlaku. (8)

Page 4: Latihan Esei Bab 2

38. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan bagaimana pasaran mencapai keseimbangan semula apabila lebiha permintaan wujud di pasaran. (3) (b) Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran barang A sekiranya penawaran barang B yang merupakan barang penggenap kepada barang A telah meningkat. (7)39. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran apabila (a) pertambahan permintaan melebihi pertambahan penawaran. (5) (b) permintaan dan penawaran bertambah pada kadar yang sam. (5)40. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan keluk permintaan bercerun ke bawah dari liri ke kanan? (10)41. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan peralihan dalam keluk permintaan sesuatu barang. (10)42. Apabila berlaku kenaikan upah pekerja dan kerajaan memberi subsidi kepada pengeluar barang elektronik, penawaran barang elektronik akan bertambah. Bincangkan.43. (a) Apakah itu keseimbangan pasaran? (1) (b) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap keseimbangan pasaran roti apabila (i) tingkat teknologi dalam pembuatan roti menyebabkan daya pengeluaran meningkat. (ii) harga kek telah naik (iii) harga tepung telah berubah daripada RM1.50 sekilogram kepada RM 2.00 sekilogram. (9)44. Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap keseimbangan pasaran ikan apabila (a) berlaku peningkatan teknologi penangkapan ikan laut dalam (b) Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa ikan adalah sumber protein yang terbaik. (c) kerajaan menetapkan harga ayam pada harga kurang daripada harga pasaran. (10)45. (a) Terangkan maksud ketidakseimbangan pasaran. (4) (b) Apakah tindak balas pasaran terhadap ketidakseimbangan pasaran tersebut? (6)46. “Suatu pengurangan dalam permintaan dan pertambahan dalam penawaran pada masa yang sama akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun.” Adakah anda setuju dengan pernyataan ini? Jelaskan. (10)47. “faktor harga barang itu sendiri merupakan faktor yang mempengaruhi penawaran barang itu.” Bincangkan. (10)48. (a) Dengan bantuan gambar rajah, bezakan antara perubahan kuantiti diminta dengan perubahan permintaan. (4) (b) Jelaskan mana-mana tiga faktor yang dapat mengalihkan keluk permintaan. (6)49. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap komputer. (10)50. “Pemboleh ubah yang terpenting dalam menentukan penawaran sesuatu barang ialah harga barang itu sendiri.” Bincangkan. (10)51. “Penurunan serentak permintaan dan penawaran sesuatu barang akan menyebabkan harga dan kuantiti keseimbangan menurun.” Setujukah anda dengan pernyataan ini? Jelaskan.

Page 5: Latihan Esei Bab 2

52. Terangkan kesan daripada peristiwa berikut terhadap harga dan kuantiti keseimbangan kereta nasional di Malaysia jika (a) kerajaan mengurangkan subsidi atas petrol (b) harga besi dan keluli di pasaran semakin meningkat. (c) pemansuhan tambatan Ringgit menyebabkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia naik menjadi US$1=RM 3.60 (10)53. “Tindakan kerajaan menaikkan gaji kakitangan kerajaan dan pada masa yang sama memberi insentif cukai kepada pengeluar komputer tempatan, akan menurunkan harga keseimbangan komputer.” Bincangkan. (10)