latih tubi bahagian c p1 - 1malaysia

5
1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan. Skema Jawapan : Pengenalan Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini. Bi l Idea/Isi Huraian 1 A. Kepentingan perpaduan Menjadi sebuah negara merdeka - Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. - Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. - Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar. 2. Mewujudkan - Menggalakkan semangat kekitaan dan 1

Upload: junaidi

Post on 19-Nov-2015

18 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

education

TRANSCRIPT

1 Malaysia bermatlamat untuk mengekal dan meningkatkan perpaduan kerana banyak memberi kepentingan kepada negara kita yang mempunyai pelbagai kaum. Seharusnya, institusi sekolah dapat memainkan peranan dalam memupuk perpaduan nasional. Bincangkan. Skema Jawapan :

Pengenalan

Perpaduan sememangnya telah menjadi teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak negara mencapai kemerdekaan. Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan dalam kalangan rakyat di negara ini. Sekolah merupakan antara institusi penting bagi merealisasikan hasrat ini.

BilIdea/IsiHuraian

1A. Kepentingan perpaduan

Menjadi sebuah negara merdeka

- Pelbagai ranjau dan duri yang telah dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan.- Hasil perpaduan masyarakat ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris supaya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.- Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada nenek moyang yang harus dikekalkan agar masyarakat kini dapat hidup harmonis tanpa campur tangan anasir luar.

2.Mewujudkan semangat kekitaan dalam masyarakat- Menggalakkan semangat kekitaan dan menghapuskan sikap mementingkan diri sendiri.- Semangat ini akan mengelakkan berlaku permusuhan antara kaum.- Akibatnya, wujudlah keharmonian antara kaum dan mengurangkan isu perkauman.

3.Membangunkan ekonomi negara- Menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmonis di bawah satu bumbung.- Perpaduan antara kaum berjaya melahirkan suasana yang harmonis.- Menarik minat pelabur asing dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan di negara ini. - Kedua-dua kegiatan ini dapat menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya mengembangkan ekonomi negara.

4.Merealisasikan wawasan negara.- Perpaduan dapat mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia. - Kedamaian dan kesejahteraan dapat mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.- Justeru, cabaran pertama dalam merealisasikan Wawasan 2020 dapat diatasi.

5.B. Cara-cara memupuk perpaduan di sekolah

Memantapkan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan

- Keseragaman sukatan pelajaran, buku teks, peperiksaan, pakaian seragam, sistem latihan guru dan bahasa pengantar.- Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, telah mewujudkan generasi daripada pelbagai etnik yang lebih memahami antara satu sama lain dan mengelakkan prasangka kaum.

6.Aktiviti sekolah sebagai medium perpaduan- Setiap subjek yang diajar di sekolah harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis.- Pendedahan kepada nilai-nilai yang sama seperti perasaan kasih sayang, hormat menghormati, saling bantu membantu, berbudi bahasa, cintakan keamanan, bencikan kekejaman, jujur, bertanggungjawab dan sebagainya.- Aktiviti kokurikulum dan khidmat masyarakat yang disertai oleh kumpulan etnik membolehkan pelajar berinteraksi dan melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama.

7.Pendemokrasian pendidikan- Memastikan agar semua kaum dapat menikmati kemudahan yang sama dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di bandar atau di luar bandar /antara Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Jenis Kebangsaan.- Pelajar-pelajar berhak untuk bersekolah di mana-mana sekolah di negara kita. - Dengan ini sekolah dapat memupuk proses integrasi antara etnik.

8.Pelaksanaan Sekolah Wawasan- Sekolah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama.- Membolehkan pelajar-pelajar yang berlainan etnik menggunakan pelbagai kemudahan secara bersama.- Matlamat penubuhan sekolah ini adalah untuk mewujudkan perpaduan atau integrasi antara murid yang berlainan etnik dan agama.- Melahirkan sifat toleransi, persefahaman yang tinggi dan menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua pelajar melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti.

9.Pelaksanaan sekolah satu aliran- Sistem yang menggunakan satu bahasa pengantar sahaja di sekolah. - Tidak akan menghapuskan bahasa ibunda kaum-kaum lain (dijadikan mata pelajaran elektif).- Boleh bergaul secara meluas dan memahami budaya kaum-kaum lain.- Semangat perkauman akan dapat dihapuskan.- Pergaulan antara pelbagai etnik menjadikan mereka lebih bertoleransi antara satu sama lain.

Kesimpulan.Kita seharusnya mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Pendidikan merupakan medium terpenting bagi mewujudkan perpaduan antara etnik. Kegagalan sekolah dalam proses integrasi akan menyebabkan kegagalan integrasi dalam pendidikan di negara ini.

Jawapan : 2 + 3 / 3 + 2

Pemarkahan:Idea:5Huraian:15Bahasa:4Format:1

Jumlah:25

1