latar belakang dan peranan jabatanhabinovasi.mampu.gov.my › laporan_inovasi › 2580-taman...aduan...

44

Upload: others

Post on 04-Feb-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • PENGENALAN

    Latar Belakang dan Peranan Jabatan

    • Jabatan Khidmat Kemasyarakatan merupakan salah satu daripada 14 Jabatan di MajlisBandaraya Pulau Pinang yang telah diwujudkan pada tahun 2005, menjana serta menyediakankemudahan-kemudahan untuk pembangunan masyarakat serta aktiviti-aktiviti rekreasi danriadah. Jabatan ini berperanan mewujudkan warga Bandaraya Pulau Pinang yang sihat, cergas,dan aktif melalui kegiatan sukan dan rekreasi. Jabatan ini juga bertungkus lumus untukmenjadikan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan dan pelaburan industri yang bertarafantarabangsa dengan menyalurkan perkhidmatan Bandaraya terbaik dan efisien.

    • Jabatan ini bertekad serta diamanahkan melahirkan masyarakat yang sihat dan cergasmelalui aktiviti riadah dan rekreasi dengan menyediakan kemudahan awam seperti stadium,kompleks sukan, balai rakyat dan taman-taman awam di samping meningkatkan hubunganbaik dengan jabatan kerajaan dan swasta untuk tujuan mendapatkan bantuan peruntukan danpenganjuran bersama program komuniti. Jabatan ini juga memastikan jalinan hubungan yangbaik dengan NGO’s dengan tujuan mengawal keindahan taman-taman awam melaluipenganjuran program riadah dan rekreasi. Jabatan juga menyelaras penyelenggaraan ZonPerindustrian Bebas dengan kerjasama agensi kerajaan dan swasta untuk menjanapertumbuhan ekonomi.

  • Piagam Pelanggan Berkaitan Projek

    Bil. Piagam/Standard Hubungkait

    1

    Menghidupkan suasana taman melalui aktiviti-aktiviti rekreasi di Taman

    Bandaraya setiap minggu seperti senamrobik, taichi, memanah, ’line

    dance’, ’ballroom dancing’, senam seni, zumba, yuan ji dan xiang gong

    sekurang-kurangnya 87 kali sebulan.

    Penambahan komponen taman

    yang membolehkan orang

    ramai dan NGO’s mengadakan

    aktiviti di Taman Bandaraya

    2

    Permohonan bagi tempahan balai-balai rakyat, padang-padang awam,

    taman-taman awam dan rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium

    Bandaraya akan diputuskan serta-merta dan permohonan secara surat-

    menyurat akan dijawab dalam tempoh masa satu (1) minggu hingga dua

    (2) minggu.

    Ruang ini juga dibuka untuk

    penggunaan orang awam.

    3 Menyelenggara taman-taman awam dan rekreasi setiap hari.

    Pemantauan harian oleh

    pegawai bertanggungjawab

    4

    Mengadakan mesyuarat koordinasi tempahan satu(1) sebulan dan

    mesyuarat tempahan venue satu (1) minggu sekali untuk memastikan aktiviti-

    aktiviti di balai-balai rakyat, padang-padang awam, taman-taman awam &

    rekreasi, Kompleks Sukan Balik Pulau dan Stadium Bandaraya berjalan

    dengan lancar di samping mengadakan program komuniti satu kali dalam

    sebulan.

    Memastikan ruang ini akan

    digunakan sepenuhnya melalui

    program-program komuniti atau

    seumpamanya

    5

    Aduan yang diterima akan diambil tindakan dalam tempoh dua (2) hari

    bekerja dan jawapan akan diberi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari

    tarikh penerimaan aduan.

    Penyelesaian aduan pokok

    tumbang akibat bencana yang

    telah diselesaikan dengan

    mewujudkan projek ini

    • Terdapat tujuh (7) piagam pelanggan Jabatan, lima (5) di antaranya berhubungkait dengan projek inovasi yang dilaksanakan.

  • Objektif Jabatan

    • Objektif jabatan adalah untuk memartabatkan MBPP di peringkat antarabangsa melaluiprogram bandar berkembar & bandar persefahaman. Jabatan turut membantu danmenyokong industri pelancongan dengan menyediakan perkhidmatan pengurusan danpeningkatan infrastruktur sedia ada. Tugas merancang dan melaksanakan program-programkomuniti dan kemasyarakatan dengan kerjasama dan penglibatan NGO, komuniti danpersatuan penduduk bersama agensi-agensi kerajaan dalam mewujudkan masyarakat yangceria, positif dan penyayang. Jabatan Khidmat kemasyarakatan juga menyelaras danmenggalakan pembangunan kebudayaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di PulauPinang sama ada di peringkat negara ataupun antarabangsa.

    • Jabatan ini juga dipertanggungjawabkan dalam menyelaras hubungan denganBandaraya, Pihak Berkuasa Tempatan dan Organisasi di peringkat Antarabangsa terutamadalam aspek pelancongan, sukan, kebudayaan, "friendship city" dan Bandar Berkembar, iaitubertindak sebagai sekretariat untuk Tourism Promotion Organization for Asia Pacific (TPO).

  • Maklumat Lain Yang Berkaitan

    Berasaskan kepada seruan dan aspirasi Yang Berbahagia Datuk Bandar, Majlis

    Bandaraya Pulau Pinang, Dato' Ar. Yew Tung Seang, Jabatan mengambil

    inisiatif melakukan sesuatu ke arah melahirkan satu Bandaraya Yang Cekap,

    Gembira, dan Sesuai dihuni iaitu

    An Intelligent, Happy and Liveable City.

    Kami juga bertekad untuk melahirkan sesuatu yang istimewa ke arah mendukung

    seruan Yang Berbahagia Datuk Bandar yang berwawasan tinggi.

  • Tujuan Projek Inovasi

    DI SEBALIK TIRAI PROJEK INOVASI

    Bencana alam yang berlaku pada4 November 2017 turut memberi impakkepada Taman Bandaraya contohnyabanyak pokok tumbang dan ranting yangpatah.

    Musibah yang berlaku dijadikan hikmah :Inisiatif telah diambil untuk menghasilkankemudahan untuk masyarakat.

    Projek ini sejajar dengan penetapanMAMPU (Unit Pemodenan danPerancangan Pengurusan Malaysia).

    *Rujukan : Panduan Mengenai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), MAMPU.BTSA.601-2/1(13)bertarikh 01 November 2009.

  • Objektif Projek Inovasi

    • Melahirkan taman baharu berkonsepkan "Creativity Driven” atau Penjanaan Kreativiti.

    • Kreativiti dan Idea yang digarab bersama dengan penekanan kepada keaslian rekacipta.

    • Mewujudkan kemudahan dengan kos yang minima yang memberi hasil yang maksima.

    • Bahan buangan dikitar semula sejajar dengan aspirasi Kerajaan.

    • Berkonsepkan ideologi mesra alam.

  • Jawatankuasa Inovasi Peringkat Jabatan

    • Satu Jawatankuasa Pelaksanaan Inovasi seperti di rajah di bawah terdiri daripada Puan Pengarah Cik Rashidah Bt.Jalaludin selaku penasihat, En. Xavier Sebastian Penolong Pengarah Kanan , selaku ketua Kumpulan dan ahli-ahli kumpulan En.M. Mohamed Shariff bin Mohd Kassim, Pembantu Tadbir Kanan, En. Mohd Jefri Briayen Abdullah (Pemandu), dan En. PeterAnthony, Pembantu Awam jabatan telah dibentuk.

    JAWATANKUASA PELAKSANA PROJEK

    En. Xavier Sebastian(Ketua Kumpulan)

    En. M. Mohamed Shariff bin Mohd KassimEn. Mohd Jefri Briayen Abdullah

    En. Peter Anthony(Ahli Kumpulan)

    Pn. Rashidah Bt. Jalaludin(Penasihat)

  • Kronologi dan Idea

    MINGGU

    BULANPERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT

    DISEMBER 2018

    Menerima Jemputan

    Menyertaan

    Pertandingan Piala

    Inovasi Dan Kreativi

    MBPP Tahun 2019

    Pasukan Inovasi

    Jabatan ditubuhkan

    (Kumpulan Mandiri)

    Perbincangan dan

    mengenal pasti tapak

    untuk Taman Inovasi

    Mesyuarat /

    Perbincangan dengan

    ahli kumpulan bersama

    Pengarah Khidmat

    Kemasyarakatan

    JANUARI 2019

    Mereka bentuk

    kemudahan untuk

    Taman Inovasi

    Pembentangan

    Peringkat Saringan

    Anugerah Inovasi

    Peringkat MBPP

    Pelaksaan Projek dan Penyelenggaraan Projek

    Inovasi

    FEBRUARI 2019 Pemantauan dan Penyelenggaraan Projek Inovasi

    MAC 2019 Pemantauan dan Penyelenggaraan Projek Inovasi

    APRIL 2019 Pemantauan dan Penyelenggaraan Projek Inovasi

    Peringkat Akhir

    Pertandingan Piala

    Inovasi Dan Kreativit

    MBPP Tahun 2019

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    PROSES AWAL PEMBINAAN

    Langkah awal yang diambil oleh kumpulan Inovasi adalah proses perancangan, iaitu sebaik saja kumpulan dibentuk, kami telah mengadakan beberapa siri mesyuarat serta sesi bersama pengarah bagi perancangan awal termasuk mengenalpasti lokasi serta mengadakan proses pecah minda dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk :

    •Lokasi yang sesuai.

    •Impak kepada pengguna.

    •Mengutamakan keselamatan.

    •Keperluan mencipta sesuatu yang akan memberi impak yang positif.

    •Mencapai matlamat agenda Taman Bandaraya Baharu.

    •Horizon Baharu yang ingin dicapai dipastikan memenuhi Penetapan Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia – MAMPU dan Institut Tadbiran Awam Malaysia (INTAN).

    •Dalam proses ini penekanan diberi kepada Pembelajaran dan Perkongsian Ilmu. Setiap ahli diberi kebebasan mencetuskan idea yang kreatif dan inovatif.

    •Kami menerapkan Konsep knowledge-based dan creativity driven bagi membolehkan kumpulan menghasilkan sesuatu yang inovatif dengan konsep kemampanan (sustainability) dan Kesinambungan ( Continuity) sebagai pegangan.

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    • Projek Taman Inovasi hasil Jabatan Khidmat Kemasyarakatan Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah 100% projek yang dilaksanakan secara dalaman iaitu dibina IN HOUSE.

  • Kronologi Dan Idea

    • Melahirkan Taman Baharu Berkonsep "Creativity Driven" Penjanaan Kreativiti.

    • Banyak pokok dan dahan yang tumbang semasa bencana alam pada 4 November 2017 menjadi inspirasi lahirnya Taman Inovasi ini.

  • Kronologi Dan Idea

    • Jabatan telah berusaha membersihkan Taman tanpa bantuan pihak lain, kami kakitangan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan telah turun padang dan membersihkan Taman Bandaraya pada hari yang sama dan berjaya memulihkan keadaan.

  • Kronologi Dan Idea

    • Usaha Jabatan dapat membolehkan para pengunjung dapat menggunakan Taman pada hari yang sama.

  • Kronologi Dan Idea

    • Bahan/dahan pokok yang tumbang digunakan/dikitar semula untuk dijadikan peralatan permainan di taman.

  • Buaian Inovasi

    • Matlamat jabatan iaitu di samping mengikis sikap silo , kami proaktif memulihkan keadaan taman kepada situasi biasa.

    • Pokok-pokok dan dahan yang tumbang yang digelar sebagai hasil musibah alam diubah menjadi hikmah, iaitu digunakan untuk projek inovasi kami.

  • Teratak Inovasi

  • Jongkang jongkit Inovasi

  • Pakir Inovasi Untuk Basikal

  • Pakir Inovasi Untuk Basikal

  • Perabot Inovasi

  • Pasu Bunga Inovasi

  • Kronologi Dan Idea

    • Menyahut seruan MBPP agar fikir di luar kotak dan menyahut aspirasi kerajaan khususnya kerajaan Pulau Pinang yang berjiwa rakyat.

    • Membantu para kakitangan proaktif dengan membuka peluang ke arah meningkatkan kewibawaan yang terpendam.

    • Objektif Projek Inovasi adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memenuhi kepuasan rakyat selaku pelanggan kita dapat dicapai.

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    PROSES AWAL PEMBINAAN

    .

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    PROSES AWAL PEMBINAAN

    .

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    PROSES AWAL PEMBINAAN

    .

  • Konsep PDCA dan 5W & 1H

    • Untuk Memastikan projek inovasi Taman Bandaraya Inimencapai matlamatnya kumpulan Inovasi Jabatan telahmengamalkan konsep PDCA iaitu Plan, Do , Check, danAct iaitu Perancangan rapi , Pelaksanaan yang teratur,Penyemakan yang teliti dan tindakan yang proaktifdiambil.

    • Semasa perancangan kami memberi keutamaankepada Keselamatan, dan impak yang akan dibawaoleh projek ini, lantaran itu teknik 5W dan IH dijadikanpedoman iaitu What (apa), Who (Siapa), When (Bila) ,Where ( Di mana) Why (Mengapa) dan How(Bagaimana) . Kaedah ini telah banyak membantu kamiagar tidak terbias daripada matlamat sebenar projekinovasi ini.

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    • Proses Pembangunan Projek, dilaksanakan secara berperingkat dengan memastikan penglibatan semua ahli kumpulan dan turut dibantu oleh warga Jabatan Khidmat Kemasyarakatan. Mengamalkan kaedah musyawarah.

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    TEMPOH DAN PERINGKAT PELAKSANAAN

    •Masa yang digunakan untuk melaksanakan projek ini telah mengambil masa lebih kurang 1 ½ bulan. Masa yang digunakanuntuk membangunkan projek Taman Inovasi ini dijalankan di luar waktu Pejabat, hari Sabtu & Ahad termasuk Cuti KelepasanAm.

    •Laporan Projek ini juga dibuat pada hari Ahad (2 Februari 2019).

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

  • Berkonsepkan Kitar Semula & Kos Efisien

    IMPLIKASI KEWANGAN

    •Bahan-bahan yang digunakan untuk projek ini adalah hasil daripada pokok-pokok yang tumbang semasa berlakunya bencana alamdi Pulau Pinang pada 4 November 2018. Semua bahan terutama pokok yang tumbang dikitar semula. Tidak ada pokok yangditebang untuk tujuan projek ini.

  • Proses Pelaksanaan Inovasi

    INPUT HASIL INOVASI

    Idea untuk mewujudkan Taman Inovasi ini adalah hasil daripada usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang mengambil inisiatifuntuk mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan kaki-kakitangan MBPP yang diberi peluang untuk ditonjolkan.Usaha MBPP mengadakan pertandingan Inovasi peringkat MBPP telah mendorong pelaksanaan projek ini. Di samping itutimbul persoalan apa yang harus dilakukan terhadap dahan-dahan yang telah terbiar begitu sahaja.

    Perbincangan bersama oleh kumpulan Inovasi Jabatan yang dibentuk dengan bermatlamat menggunakan dahan-dahan yangtelah dikumpulkan itu agar dimanfaatkan sepenuhnya serta ingin menyumbang ke arah mencapai sasaran-sasaran berikut:

    •Menyumbang ke arah memelihara kualilti kehidupan penduduk Bandaraya Pulau Pinang melalui perkhidmatan danpembangunan yang berkualiti dan seimbang persekitaran dan kemudahan yang kondusif dan lengkap.

    •Membantu Merakyatkan Perkhidmatan Awam kerana rakyat kini berfikiran kritis dan amat peka terhadap persekitaran, olehitu Jabatan Khidmat Kemasyarakatan yang berurusan terus dengan rakyat perlu menerima anjakan paradigma ini.

    •Kami Kumpulan Inovasi Jabatan Khidmat Kemasyarakatan sebagai penjawat awam bertekad untuk menyumbang imput danidea yang inovatif ke arah menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang terbaik kepada rakyat dengan mengabungkanpelbagai elemen dalam projek kami. Kami bukan sahaja merakyatkan perkhidmatan awam malah memenuhi matlamat MajlisBandaraya Pulau Pinang yang memenuhi Piagam Pelanggan yang merancang dan menyediakan kemudahan infrastruktur danawam yang berkualiti.

    •Kumpulan kami mengutamakan Keterbukaan, Musyawarah, Turun Padang, serta semangat kerjasama sepanjang pelaksanaanprojek kami.

  • Berkonsepkan Kitar Semula & Kos Efisien

  • Berkonsepkan Kitar Semula & Kos Efisien

  • Impak Sebelum & Selepas Inovasi

    IMPAK SEBELUM

    • Taman Rekreasi MBPP lazimnya bersifat konvensional yang dapat dilihat di mana-mana sahaja, dan akan dibelimenggunakan peruntukan yang disediakan.

    • Terhad kepada hanya kanak-kanak yang berumur di bawah 12 tahun.

    IMPAK SELEPAS

    • Satu Taman yang berbeza daripada konsep biasa.

    • Rata-rata menggunakan bahan kitar semula.

    • Kos yang amat minimum.

  • Impak selepas

    • Satu pengalaman kampung di taman.

    • Menjadi daya tarikan bukan saja warga tempatan, tetapi sambutan yang baik daripada para pelancong.

    • Mengurangkan pergantungan kepada bajet tahunan untuk menambahkan kemudahan di taman.

    • Penyelenggaraan/pengendalian menjadi mudah kerana bahan gantian sedia ada dan pasukan Inovasi komited untukmenganaktirikan budaya Penyelenggaraan.

    • Penyelenggaraan akan merangkumi peralatan diperbaiki dengan baik sekiranya dikesan kerosakan.

    • Keselamatan akan diutamamak dengan memastikan tiada bucu-bucu yang tajam atau bergerigi.

    • Tiada peralatan yang lusuh dan akan diperkemas & tidak meruput dan tidak diserang makluk perosak seperti anai-anai.

  • Faktor keselamatan Diberi Keutamaan

  • Impak selepas dan Faedah Yang Diperolehi

    • Ada pihak NGO yang berminat untuk menyumbang ke arah gagasan budaya penyelenggaraan.

    • Pemantauan, pengawalan akan lebih mudah kerana berada di perkarangan taman dan Pejabat Hijau JKM.

    • Keselamatan Pengguna akan diberi keutamaan memandangkan statistik kemalangan Epidemology di Malaysiamenunjukkan anggaran 3,000 kes kemalangan berlaku di taman permainan setiap 3 bulan.

    • Kumpulan Inovasi juga menyediakan tempat duduk yang sesuai untuk ibu bapa dan penjaga yang mengunjungi TamanInovasi ini.

    • Impak yang jelas kepada Majlis Bandaraya Pulau Pinang sebagai satu agensi kerajaan yang berpandangan jauh.

    • Usaha murni ini menyumbang ke arah merakyatkan Perkhidmatan Awam.

    • Rakyat sebagai pihak berkepentingan dapat menikmati serta rasa gembira sebagai pembayar cukai.

    • Tahap kepuasan kumpulan sasar, iaitu berjaya memenuhi sasaran, ini jelas terbukti daripada maklumbalas yang diterimahasil kajian soal selidik.

  • Elemen Inovasi/Kreativiti

    • Kewujudan Taman Inovasi JKM ini adalah penambahbaikan terhadap peralatan permainan konvensional yang terdapat dimana-mana saja. Hasil Inovasi ini membuka tirai baharu dalam dunia peralatan Taman Permainan yang memenuhikeperluan pelbagai lapisan masyarakat.

    • Dengan terhasilnya peranti Inovasi ini, kita terkeluar daripada kepompong kebergantungan malah kita menjadi penciptadan pencetus budaya glokal dan global. Usaha ini juga berjaya memartabatkan MBPP sebagai :

    ajlis Bandaraya Pulau Pinang

    erwibawa Mencetus Pembaharuan Tersohor

    erkasa Nilai Dikongsi Bersama

    encetus Ke Arah Anjakan PerubahanXavier Sebastian

  • Keberkesanan

    • Peranti Inovasi ini akan diberi keutamaan agar kualiti terpelihara. Tahap kepuasan pelanggan akan dijadikan kriteriakepuasan pelanggan. Budaya Inovasi ini akan memberi peluang kepada Jabatan untuk meneruskan budaya ini sebagai satukesinambungan, iaitu akan diperkembangkan di taman-taman lain di bawah Jabatan Khidmat Kemasyarakatan khususnyaTaman Jajar, Jalan York, Pulau Pinang dan Taman Metropolitan Relau. Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah Kerajaantempatan yang tertua di Malaysia dan kini Imej MBPP sebagai Kerajaan Tempatan yang berjiwa rakyat dalam memenuhiharapan kerajaan Negeri dan Pusat.

    • Jabatan Khidmat Kemasyarakatan berjaya memaparkan kelainan dalam penyaluran kemudahan kepada rakyat serta,Jabatan bersedia berkongsi pengalaman dengan sesiapa saja yang berminat untuk menjalin kerjasama dengan kami.

    • Keberkesanan yang amat ketara adalah jelas terbukti melalui hasil yang diperoleh iaitu kepuasan pelanggan MBPP dan kamiwarga MBPP, Khususnya Jabatan Khidmat Kemasyarakatan berpuas hati dan gembira kerana dapat menyumbang ke arahkejayaan ini.

  • Signifikasi

    Kita tidak dapat menyangkal sama sekali signifikan yang diperoleh. Impian Yang Berbahagia Datuk Bandar dan JenteraPentadbiran beliau yang komited jelas dapat dilihat melalui projek Inovasi Taman ini. Penglibatan dan komitmen AhliKumpulan, warga JKM dan sokongan padu daripada Pengarah Jabatan merialisasikan projek ini yang rata-rata bermatlamatkanke arah anjakan paradigma di samping memenuhi keperluan rakyat yang semakin mencabar ini , sejajar dengan Visi PulauPinang 2030 yang memberi fokus dalam usaha mempertingkatkan gaya hidup, ekonomi, penglibatan masyarakat danpembangunan yang seimbang dengan tumpuan terhadap keluarga, negeri yang hijau dan cekap. (YAB Tuan Chow Kon Yeow) .Kami Majlis Bandaraya Pulau Pinang menyahut seruan YAB Ketua Menteri “WE WANT TO DEVELOP MADE IN PENANGBRAND”

    SIGNIFIKASINYA

    •Idea asli warga MBPP

    •Sepenuhnya tenaga dalaman.

    •Menjimatkan bajet MBPP.

    •Tahap kepuasan semua pihak meningkat.

    •Imej MBPP menonjol dengan kepimpinan yang baik.

    •Budaya Inovasi membuka lembaran baharu dan akan menjadi darah daging warga MBPP.

  • Peningkatan Imej PBT

    • MBPP membuka ruang sebagai agensi Kerajaan Tempatan yang mengarusperdanakan pembaharuan agar dapat dikongsibersama.

    • Menyumbang memenuhi agenda MBPP selaras dengan Visi dan Misi MBPP berlunaskan agenda utama, iaitu memenuhiharapan warga negeri Pulau Pinang.

    • Matlamat Jabatan bukan saja penjimatan kos, tetapi memenuhi nilai tambah dalam pelbagai sudut , termasuk kepuasandan rasa dihargai oleh setiap lapisan masyarakat.

    • Mengekalkan tradisi “Rakyat” diutamakan melalui pengorbanan dengan menikmati kepuasan yang syumul iaitumenyeluruh kerana berjaya menyumbang kepada rakyat sebagai pemegang amanah.

    • Satu usaha yang amat berbaloi daripada pelbagai sudut yang menjadi kenyataan atas galakan pihak pengurusan, semangatkekitaan, sokongan dan minat yang ditonjolkan , khususnya oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar, Tuan SetiausahaBandaraya, Pengarah Jabatan Khidmat Kemasyarakatan dan semua warga Jabatan Khidmat Kemasyarakatan.

  • Penutup/Rumusan

    INOVASI JKM yakni Taman Inovasi JKM ini merupakan Impian bersama yang telah menjadi kenyataan dan diharap akandimahkotakan sebagai Juara Perintis Inovasi Majlis Bandaraya Pulau Pinang yang akan membolehkan kita meluaskan sayap diPeringkat Negeri, Negara dan Global kerana ini merupakan satu usaha baharu dalam taman.

    •Usaha ini juga merupakan langkah pertama ke arah bakal inovasi yang akan dicapai.

    •Usaha ini juga berjaya menjimatkan kos kerana dapat dilaksanakan secara in-house.

    •Sepanjang penjelajahan mencapai projek inovasi ini, kumpulan inovasi telah menempoh dan berjaya mengatasi pelbagaicabaran sosial yang dapat ditangani dengan berbekalkan kepakaran, mutu, kepuasan melalui nilai-nilai sosial serta mesrapelanggan.

    •Projek inovasi ini, turut membuka ruang untuk diperkembangkan di lokasi-lokasi lain , kerana boleh dibangunkan pada bila-bila masa dan ruang untuk memperkasa dan memperbaiki apa yang dihasilkan amat terbuka.

    •Projek seumpama ini juga memberi peluang pengajaran kerana membantu mengenalpasti kelemahan dan masalah yangtimbul dan bertindak secara proaktif untuk membuat penambahbaikan.

    •Projek inovasi ini juga merangkumi penyaluran perkhidmatan, pentadbiran, pengurusan dan memangang amanah yangmutlak.

  • TERIMA KASIH