laras bahasa iklan

11
TERJEMAHAN ARAB-MELAYU *LARAS BAHASA IKLAN* Nur Amira bt Che Razali A144975 Jab.Peng Arab dan Tamadun Islam Pensyarah: Dr. Maheram Ahmad

Upload: nur-amira-razali

Post on 28-Jul-2015

124 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laras Bahasa Iklan

TERJEMAHAN ARAB-MELAYU

*LARAS BAHASA IKLAN*

Nur Amira bt Che RazaliA144975

Jab.Peng Arab dan Tamadun IslamPensyarah:

Dr. Maheram Ahmad

Page 2: Laras Bahasa Iklan

Ialah ciri-ciri khusus dalam penggunaan bahasa mengikut bidang dan situasi penutur ketika berbahasa, sama ada secara lisan ataupun tulisan.

Penggunaan bahasa berbeza berdasarkan konteks penyampaian, contohnya: bahasa yang digunakan dalam ulasan sukan dan minit mesyuarat adalah berbeza dan juga sebaliknya.

Pengertian Laras Bahasa

Page 3: Laras Bahasa Iklan

Penggunaan bahasa mengikut kesesuaian sesuatu bidang terutamanya penggunaan istilah mestilah bersesuaian, contohnya:

bidang sukan

(pengadil),

minit mesyuarat

(kertas kerja)

bidang masakan (ramuan, bahan-bahan)

Page 4: Laras Bahasa Iklan

•Ada kata-kata yang menentukan taraf sosial penutur. Contoh:

Perkataan beradu, santap, bersiram,

murka, mangkat ada kaitan dengan istana

dan sultan.

Perkataan kuliah , semester, gugur dan tambah kursus ada

kaitan dengan mahasiswa/i.

Tepung naik sendiri, pukul telor hingga

kembang adalah laras masakan

Page 5: Laras Bahasa Iklan

Perubahan sosial dan kebudayaan serta perubahan yang berlaku dalam masyarakat turut mendatangkan perubahan pada laras bahasa.

Laras baru akan muncul apabila muncul alat baru, teknologi baru dalam masyarakat.

Laras boleh dimantapkan melalui penggunaan yang sering dan bertubi-tubi supaya diterima oleh masyarakat.

Page 6: Laras Bahasa Iklan

Jenis dan ciri laras bahasa

Laras bahasa biasa◦Tidak melibatkan sebarang bidang ilmu atau

konteks yang khusus◦ Tiada istilah teknikal◦Struktur ayatnya mudah, ringkas dan padat◦Laras bahasa biasa formal digunakan dalam

situasi rasmi sahaja.◦Laras bahasa biasa tidak formal menggunakan

ciri-ciri bahasa basahan.

Page 7: Laras Bahasa Iklan

Apa itu IKLAN?

Pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu.

Page 8: Laras Bahasa Iklan

Laras bahasa perniagaan/iklan

•Berbentuk pemberitahuan fakta.

•Maklumat disampaikan dengan ringkas tetapi terperinci.

•Ayat ringkas dan pendek – banyak menggunakan kata adjektif.

•Bahasa yang digunakan bersifat imaginatif dan kreatif.

Page 9: Laras Bahasa Iklan

•Menggunakan retorik pujukan dan bahasa pengaruhan – bertujuan untuk membujuk dan mempengaruhi pengguna.

•Cara penyampaian menarik dan mesra.

•Mementingkan pemilihan dan penyusunan kata tetapi tidak mementingkan tatabahasa.

•Menggunakan slogan atau penyataan tertentu untuk meyakinkan pengguna.

Page 10: Laras Bahasa Iklan

Iklan dihasilkan dengan beberapa cara:

◦Slogan – Gaya, Mutu dan Keunggulan◦Kaedah penyataan – Lot banglo untuk dijual◦Perkaitan konsep – Siti Nurhaliza dan Pantene◦Perisytiharan – Memperkenalkan Proton Pesona◦Kaedah umpan – wang tunai RM5000 menunggu

kunjungan anda◦Mesra – TV9 dekat di hati ◦Bandingan – Feb lebih bersih dan harum◦Gesaan – Cepat, dapatkan naskhah anda hari ini◦Pertanyaan – menghadapi masalah perut

buncit? Slim World!

Page 11: Laras Bahasa Iklan

Laras iklan lebih kepada tujuan untuk melariskan produk yang akan dijual, memujuk pelanggan, membandingkan antara produk-produk yang ada, dan ada kalanya menggunakan perkataan yang bombastik.

KESIMPULAN