laras bahasa

1
Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara atau kaedah penggunaan sesuatu bahasa. Menurut Asmah Hj.Omar (1984) laras bahasa adalah khusus dalam penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Sesuatu laras bermaksud variasi atau kepelbagaian yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya akan berubah-ubah mengikut situasi yang tertentu. Ciri-ciri laras yang penting ialah dari segi perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada sudut yang lain, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi- situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di persekitaran mereka. Ure dan Ellis (1977) beranggapan bahawa laras bahasa adalah ‘jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan’. Sementara Hill dalam satu makalahnya iaitu Institutional Linguistics (1958), mencadangkan klasifikasi laras mengikut gaya, genre, dan cara iaitu style dan mode. Joos (1962) pula melihat laras bahasa daripada dimensi formaliti menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras berdasarkan tiga dimensi iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.

Upload: rodzainie-matimpan

Post on 02-Oct-2015

233 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

laras

TRANSCRIPT

Laras bahasa pada umumnya dapat diterangkan sebagai cara atau kaedah penggunaan sesuatu bahasa. Menurut Asmah Hj.Omar (1984) laras bahasa adalah khusus dalam penggunaan sesuatu bahasa berdasarkan bidang penggunaannya. Sesuatu laras bermaksud variasi atau kepelbagaian yang ada pada tiap-tiap penutur. Laras bahasa biasanya akan berubah-ubah mengikut situasi yang tertentu. Ciri-ciri laras yang penting ialah dari segi perbendaharaan kata, susunan ayat dan frasa yang digunakan. Sesuatu laras yang tertentu digunakan untuk keadaan atau situasi tertentu. Daripada sudut yang lain, dapat dikatakan bahawa dengan memilih laras yang tidak sama untuk situasi-situasi yang berlainan, anggota masyarakat dapat menunjukkan bahawa mereka sedar akan situasi-situasi sosial yang berlainan yang wujud di persekitaran mereka. Ure dan Ellis (1977) beranggapan bahawa laras bahasa adalah jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan. Sementara Hill dalam satu makalahnya iaitu Institutional Linguistics (1958), mencadangkan klasifikasi laras mengikut gaya, genre, dan cara iaitu style dan mode. Joos (1962) pula melihat laras bahasa daripada dimensi formaliti menegaskan gaya dengan membahagikan dengan lima jenis bahagian iaitu beku, formal, rundingan, selamba, dan intim dalam tulisannya The Five Clocks. Halliday (1968) pula mendefinisikan laras bahasa sebagai variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Beliau melihat laras berdasarkan tiga dimensi iaitu tajuk wacana, cara penyampaian dan gaya penyampaian.