laras bahasa

12
PENGENALAN Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang terdapat kini tetapi ramai tidak menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam masyarakat pada hari ini. Dari segi sejarahnya, laras ini telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak dikodifikasikan atau ditulis tetapi hanya disampaikan daripada seorang tukang masak kepada orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila dalam sesebuahj keluarga, ibu akan menurunkan cara-cara memasak sesuatu jenis masakan kepada anak-anak dan anak-anak pula akan menurunkannya dan seterusnya akan mengajarnya pula kepada generasi yang lain. Keadaan ini telah menyebabkan laras masakan ini berkembang dari semasa ke semasa sehingga menjadi lebih luas lagi. Pada zaman dahulu iaitu zaman nenek-moyang, makanan yang disediakan adalah ala-ala kampong dan tidak begitu meluas lagi. Makanan tradisonal yang dimaksudkan termasuklah kuih-muih seperti kuih badak berendam, kuih puteri mandi, manakala lauk-pauk pula ialah ayam percik, ikan bakar air asam dan sebagainya. Keadaan ini seleras dengan penggunaan peralatan yang digunakan yang juga

Upload: jenny

Post on 30-Jul-2015

25 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: laras bahasa

PENGENALAN

Laras masakan merupakan salah satu daripada laras moden yang terdapat kini

tetapi ramai tidak menyedari hakikat kehadiran laras ini dalam masyarakat pada hari ini.

Dari segi sejarahnya, laras ini telah wujud sejak zaman lampau tetapi tidak

dikodifikasikan atau ditulis tetapi hanya disampaikan daripada seorang tukang masak

kepada orang lain. Hal ini dapat dilihat apabila dalam sesebuahj keluarga, ibu akan

menurunkan cara-cara memasak sesuatu jenis masakan kepada anak-anak dan anak-

anak pula akan menurunkannya dan seterusnya akan mengajarnya pula kepada

generasi yang lain. Keadaan ini telah menyebabkan laras masakan ini berkembang dari

semasa ke semasa sehingga menjadi lebih luas lagi.

Pada zaman dahulu iaitu zaman nenek-moyang, makanan yang disediakan

adalah ala-ala kampong dan tidak begitu meluas lagi. Makanan tradisonal yang

dimaksudkan termasuklah kuih-muih seperti kuih badak berendam, kuih puteri mandi,

manakala lauk-pauk pula ialah ayam percik, ikan bakar air asam dan sebagainya.

Keadaan ini seleras dengan penggunaan peralatan yang digunakan yang juga unik dan

masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti periuk, belanga, kuali dan sebagainya.

Apam yang uniknya lagi, bahan-bahan masakan dalam makanan tradisional ini

menggunakan alam semulajadi seperti daun ketumbar, kelapa dan

sebagainya.Walaupun begitu, kehadiran dan kepelbagaian makanan moden pada hari

ini tidak sesekali menjejaskan makanan tradisional ini yang juga merupakan makanan

warisan orang Melayu sejak turun-temurun lagi. Walaupun kedua-duanya dilihat amat

berbeza dari segi maata kasar, namun terdapat perbezaan dari aspek penggunaan

Page 2: laras bahasa

bahan tertentu seperti menggunakan bahan-bahan berempah, kiub dan sebagainya

yang digunakan untuk mempercepatkan proses penyediaaan makanan ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian adalah untuk :

Mengkaji ciri-ciri laras yang terdapat dalam teks laras masakan.

Menganalisis ayat dalaman, iaitu ayat suruhan yang terbentuk akibat proses

peleburan yang juga dari ayat tunggal.

Mengenalpasti aspek leksikal dan ketenunan yang terdapat dalam teks laras

masakan.

BATASAN KAJIAN

Dalam kajian kami, kami hanya mengambil 10 jenis lauk-pauk yang ada dalam

masakan. Kajian dan analisis kami ini dibataskan dengan analisis berdekatan Ure &

Ellis (1977), iaitu analisis dibuat merangkumi ciri-ciri keperihalan yang terdiri daripada

situasi persekitaran dan situasi luaran serta analisis dalam aspek ciri-ciri linguistik

meliputi aspek kosa kata (leksikal), sintaksis, ketenunan dan aspek keindahan.

Page 3: laras bahasa

DEFINISI DAN KONSEP LARAS

Menurut Ab Razak Ab Karim (2008 : 1), laras didefinisikan sebagai kelainan

bahasa yang digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-hari mereka. Seseorang

penutur akan mengubah larasnya bergantung kepada keadaan ataupun situasi sesuatu

peristiwa bahasa itu berlangsung.

Nik Safiah Karim (1992:111) mendefinisikan laras sebagai variasi bahasa yang

ditinjau dari segi penggunaan bahasa. Seseorang individu menggunakan satu jenis

pertuturan (satu laras) pada ketika dan situasi tertentu dan seseorang itu dapat memilih

laras itu daripada satu senarai yang ada pada dirinya.

Selain itu, menurut Asmah Haji Omar (1984 : 92) pula laras ditakrifkan sebagai

kelainan bahasa yang digunakan mengikut bidang seperti bidang ilmu dan bidang

sosial. Beliau menekankan bahawa laras berlainan yang digunakan bukannya pada

sistem bahasa tetapi hanya pada kata-kata tertentu yang digunakan dalam laras.

Di samping itu, bagi Abdullah Hassan (1989 : 26) laras dikatakan sebagai

pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteks. Penyataan beliau adalah

seperti :-

“ pemakaian kata-kata tertentu yang sesuai dengan konteksnya itu adalah

sesuatu yang dikatakan laras bahasa. Pemakaian laras bahasa yang sesuai itu adalah

dianggap pengolahan bahasa yang baik.”

Page 4: laras bahasa

Ciri-ciri Laras

Ciri-ciri Keperihalan Ciri-ciri Linguistik

Situasi Luaran Situasi Persekitaran Aspek kosa-kata

Cara penyampaian

Hubungan social dan peribadi

Bahan yang diperkatakan

Fungsi perlakuan social

bahasa

Aspek Ayat

Aspek Ketenunan

Aspek Keindahan

Page 5: laras bahasa

Menurut pengkaji, mereka telah menyedari kepentingan peristiwa bahasa

sebagai fokus utama dalam kajian sesuatu laras. Mereka mengatakan bahawa setiap

penggunaan bahasa memerlukan satu situasi sosial ataupun peristiwa bahasa. Oleh hal

yang demikian, mereka menamakannya sebagai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri

linguistik yang wujud dalam sesuatu penggunaan bahasa.

Ciri-ciri keperihalan ialah ciri-ciri luaran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa

bahasa dan mereka telah membahagikan itu kepada dua bahagian iaitu situasi luaran

dan situasi persekitaran. Situasi luaran merupakan latar belakang sosial dan budaya

sesebuah masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara

hidup masyarakat yang menentukan perlakuan anggota masyarakat. Situasi

persekitaran pula ialah mencakupi aspek-aspek yang terlibat secara langsung dalam

penggunaan bahasa. Selain itu, mereka juga menyatakan bahawa situasi persekitaran

terangkum di dalamnya empat aspek penting seperti di bawah:

i) cara penyampaian

ii) hubungan sosial dan peribadi

iii) bahan yang diperkatakan

iv) fungsi sosial perlakuan bahasa

Cara penyampaian merujuk pada jenis-jenis bahasa yang digunakan seperti

bentuk lisan, tulisan, isyarat ataupun sebagainya, pemeran-pemeran yang terlibat

dalam peristiwa bahasa dan juga jangka masa yang diambil bagi penggunaan bahasa

itu. contohnya, bahasa tulisan misalnya dapat mewujudkan ratusan variasi seperti laras

ucapan, laporan , ilmiah, dan sebagainya. Selain itu, perkara-perkara ini telah

Page 6: laras bahasa

berhubung dengan faktor-faktor seperti siapa yang menulis, kepada siapa tulisan

tersebut ditulis ataupun ditujukan dan tulisan tersebut mengenai apa. Di samping itu,

latar belakang seseorang penulis juga boleh menyebabkan perbezaan pada cara

penghasilaan sesuatu laras tersebut.

Perhubungan sosial dan peribadi ialah hubungan yang wujud antara seseorang

pemeran dengan pemeran yang terdapat dalam sesuatu peristiwa bahasa yang

berlangsung. Dalam situasi ini, terdapat dua aspek yang berkaitan, iaitu melibatkan

hubungan peribadi dan juga hubungan tidak rasmi atau bersifat formal. Menerusi

hubungan yang bersifat peribadi, akan wujud hubungan mesra antara pemeran-

pemeran yang terlibat dalam peristiwa itu. Contohnya, peristiwa bahasa yang yang

melibatkan perbualan dua orang sahabat, sepasang kekasih ataupun antara ahli-ahli

keluarga. Perhubungan yang tidak rasmi tidak akan memperlihatkan kemesraan kerana

terdapat jurang sosial antara kedua-dua pemeran yang terlibat dalam peristiwa bahasa.

Contohnya hubungan antara penulis akhbar dengan pembaca akhbar, antara majikan

dengan pekerja ataupun antara penulis dengan pembaca.

Bahan yang diperkatakan merujuk kepada isi yang dibincangkan dalam seseuatu

peristiwa bahasa yang berlangsung. Bahan tersebut boleh melibatkan isi-isi yang biasa

dalam kehidupan seharian sehinggalah pada bidang-bidang yang lebih khusus sifatnya

seperti bidang sains dan teknologi. Pendek kata, isi-isi yang diperkatakan dalam

sesebuah peristiwa bahasa merupakan bahan dalam sesuatu laras. setiap bahan

mempunyai perbezaan yang berlainan antara satu sama lain dan bergantung pada

perkara yang diperkatakan oleh pemeran.

Page 7: laras bahasa

Fungsi sosial perlakuan bahasa pula merupakan dua perkara yang penting dan

digabungkan dalam satu frasa seperti di atas. Frasa fungsi sosial yang pertama dan

perlakuan bahasa merupakan perkara yang kedua. Kedua-dua frasa ini mempunyai

hubungan yang erat dan saling berkaitan antara satu sama lain. Fungsi sosial merujuk

kepada bentuk-bentuk majlis ataupun upacara yang berupa amalan anggota sesbuah

masyarakat dan diiktiraf oleh mereka sebagai penting dan menjadi amalan budaya

hidup masyarakat berkenaan. contohnya, dalam masyarakat Melayu, majlis

perkahwinan merupakan salah satu daripada fungsi sosial dan anggota masyarakat

mengiktirafnya sebagai majlis yang penting. Dalam fungsi sosial tersebut akan terdapat

lakuan bahasa yang menjadi inti utama majlis tersebut, iaitu majlis akad nikah

pengantin lelaki. Selain itu, menerusi majlis tersebut juga akan wujud lakuan bahasa

yang berupa kata-kata yang perlu dilafazkan oleh pihak yang terlibat dalam pernikahan

yang dilakukan.

Dalam majlis pernikahan, imam ataupun jurunikah akan menggunakan kata-kata

yang sesuai atau dikenali sebagai akad dan pengantin lelaki pula akan menjawabnya

sebagai tanda penerimaan. Kata-kata yang dituturkan oleh jurunikah dan pengantin

lelaki inilah yang dikatakan sebagai lakuan bahasa. Lakuan bahasa ini hanya berlaku

dalam majlis akad nikah sahaja dan tidak boleh dibuat secara sembarangan. Oleh hal

yang demikian, lakuan bahasa hanya akan wujud apabilanya adanya peristiwa bahasa

yang berlangsung. Setiap lakuan bahasa yang lahir daripada peritiwa bahasa tidak

sama dan bergantung pada jenis peristiwa bahasa yang berlaku.

Page 8: laras bahasa

Aspek kedua yang diperkatakan oleh Ure & Ellis tentang laras ialah mengenai

ciri-ciri linguistik dalam sesebuah laras bahasa. Menurut mereka, tiga aspek yang perlu

diutarakan dalam ciri ini ialah:

i) Aspek kosa kata

ii) Aspek ayat

iii) Aspek ketenunan

Menerusi aspek kosa kata, perkara utama yang diberi tumpuan ialah mengenai

penggunaan kata dalam sesuatu laras, sama ada yang diperkatakan itu banyak

menggunakan istilah khusus atau istilah umum ataupun tidak ada penggunaan istilah

langsung. Sekiranya sesuatu laras itu banyak menggunakan istilah, akan wujud istila-

istilah yang berlainan berdasarkan bidang yang diperkatakan oleh laras tersebut. Selain

itu, terdapat juga sesetengah laras yang menggunakan kata-kata pinjaman asing atau

sebagainya. Rumusnya, dalam aspek kosa kata segala aspek yang berkaitan dengan

kata akan dibincangkan untuk membuktikan bahawa sesuatu laras itu menggunakan

kata-kata tertentu yang berbeza daripada laras yang lain.

Dalam aspek ayat pula menekankan kepada jenis ayat dan juga binaan ayat

yang digunakan dalam sesuatu laras. Sesetengah laras menggunakan banyak ayat

majmuk dan kurang ayat tunggal. Manakala sesetengah laras yang lain pula mengalami

proses pengguguran dan penyongsangan ayat. Oleh itu, dalam aspek ini segala

perkara yang berkaitan dengan jenis dan binaan ayat akan dibincangkan sebagai cirri

yang agak penting dalam sesuatu laras.

Page 9: laras bahasa

Aspek ketenunan merupakan keutuhan sesuatu laras sebagai sebuah teks dan

berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh pemeran dalam sesuatu

laras. Terdapat juga sesetengah laras mempunyai kesatuan isi yang utuh manakala

laras yang lain pila kurang utuh dari segi jalinan idea yang disampaikan