laras-bahasa

10
LARAS BAHASA Disediakan oleh: En. Abdul Ghani Haji Sani Jabatan Pengajian Melayu Institut Perguruan Tawau Sabah

Upload: jenny

Post on 30-Jul-2015

12 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: laras-bahasa

LARAS BAHASA

Disediakan oleh:En. Abdul Ghani Haji SaniJabatan Pengajian MelayuInstitut Perguruan Tawau

Sabah

Page 2: laras-bahasa

Konsep

• Laras bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa.

• Laras ialah bentuk bahasa yang wujud akibat situasi sosial yang berlainan

• Laras ialah cara penggunaan sesuatu bahasa dan variasi bahasa mengikut bidang dan situasi seseorang penutur sewaktu berbahasa, sama ada secara lisan atau tulisan.

Page 3: laras-bahasa

Ciri-Ciri Laras

1. Ciri-ciri keperihalan a) cara penyampaian – lisan atau bertulis b) perhubungan sosial dan peribadi -sosial – cth: media cetak -individu – cth: ganti nama diri ‘aku’ c) bahan yang diperkatakan - cth: bidang ilmu akademik yang berbeza d) fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa - cth: bahasa untuk meminang

Page 4: laras-bahasa

Samb…

2. Ciri-ciri linguistik

- dapat membentuk sesuatu laras bergantung kepada faktor sosial penutur dan pendengar

- pemisah utama laras ialah tatabahasa dan perbendaharaan kata

Page 5: laras-bahasa

Samb…

• Cth: Bahasa lisan berbeza struktur ayatnya berbanding bahasa bertulis.

a) BL = Boleh saya tengok gambar itu sebentar?

b) BT = Tengok jap!• Cth: struktur ayat pasif sering digunakan dalam

situasi tidak formal: a) Dilarang merokok. b) Awas. Pekerja membaiki jambatan.

Page 6: laras-bahasa

Laras Bahasa Sastera (Kreatif)

• Bentuk yang terhasil daripada gaya cipta atau gabungan di antara cetusan imaginasi dengan pengalaman pengarang.

• Laras ini berfungsi sebagai media untuk menyampaikan mesej, pengalaman dan bentuk perasaan kepada pembaca.

• Saluran untuk mengungkapkan ekspresi dan pemikiran, nilai seni dan estetika.

Page 7: laras-bahasa

Laras Bahasa Ilmiah

• Laras bahasa yang mengungkapkan ilmu.• Kemuncak pencapaian taraf keintelektualan

bahasa.• Laras ilmiah dapat menghasilkan bentuk yang

tepat dan mencerminkan kejelasan pemikiran yang mengutamakan konsep serta urutan pemikiran secara logik.

• Tergambar daripada penggunaan perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa.

Page 8: laras-bahasa

Laras Bahasa Ucapan

• Menjelaskan kepentingan bahasa sebagai alat komunikasi.

• Keterlibatan khalayak dapat menjadi ukuran kepada keberkesanan penyampaian maklumat secara lisan.

• Pidato, syarahan, ceramah dan ucapan disampaikan oleh penutur kepada khalayak dengan terlebih dahulu mmbuat persediaan

• Mencerminkan peribadi penutur dan penguasaan kemahiran berbahasanya.

Page 9: laras-bahasa

Laras Bahasa Iklan

• Laras bahasa ini bertujuan menarik perhatian pengguna atau bakal pengguna untuk membeli produk yang dikeluarkan.

• Selain itu, iklan juga bertujuan untuk mengekalkan jenama atau jenis produk dalam ingatan pengguna.

• Laras bahasa yang ringkas namun padat dan tepat .

Page 10: laras-bahasa

Laras Bahasa Pasar

• ‘Hanya cakap-cakap mulut sahaja’ – Zaaba

• Laras bahasa ini wujud kerana keperluan komunikasi.

• Bahasa yang dicampuradukkan dengan bahasa penutur yang berlainan ras dan tempat

• Bahasa yang dipermudahkan untuk perhubungan.