laporan ubk restu ilmu

4

Click here to load reader

Upload: bdk-skhmc

Post on 05-Aug-2015

127 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk kegunaan UBK SKHMC sahaja

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan UBK Restu Ilmu

MAJLIS RESTU ILMU 2012

UBK SKHMC

LAPORAN

PENGENALAN : UPSR semakin tiba. Persediaan mental, fizikal, rohani dan emosi

memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan keputusan yang cemerlang. Sokongan dan restu dari guru-guru juga turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik.

RASIONAL : Murid-murid Tahun 6 sangat memerlukan sokongan dan restu dari

semua guru sebagai satu suntikan motivasi kepada mereka. Kata-kata semangat, nasihat dan doa yang diberikan oleh pihak pentadbiran dan guru-guru Tahun 6 juga akan meningkatkan keyakinan mereka menghadapi peperiksaan UPSR

MATLAMAT : 1. Melahirkan calon-calon UPSR yang mampu mengurus

masa, bermatlamat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. 2. Memupuk semangat terus berusaha dalam mencapai

kejayaan berbekalkan restu, doa, amanat dan nasihat dan kalangan guru-guru. 3. Memupuk nilai kasih sayang dan sikap hormat-menghormati terhadap guru yang telah mencurahkan ilmu selama ini. 4. Melahirkan murid yang penyayang, berakhlak mulia dan

berilmu pengetahuan demi mencapai kejayaan pada masa akan datang.

OBJEKTIF : 1. Murid dapat menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mengajar mereka selama ini. 2. Murid dapat memupuk hubungan yang erat antara guru dan murid sehinggalah mereka melangkah ke alam sekolah menengah.

SASARAN : Semua murid Tahun 6 TARIKH: 10 September 2012

TEMPAT : Dataran Berbumbung SKHMC MASA : 11.50 pagi

Page 2: Laporan UBK Restu Ilmu

MAJLIS RESTU ILMU 2012

UBK SKHMC

ANALISIS SWOT

Objektif Murid dapat menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru yang mengajar mereka selama ini

Kekuatan Memberi penerangan dan kesedaran tentang pengorbanan guru sepanjang mereka berada di sekolah mendidik seawal Tahun 1 sehingga Tahun 6

Kelemahan Emosi murid tidak tersentuh dan tidak mengambil serius apa yang diperkatakan

Peluang Murid bersalaman dan bermaafkan dengan guru

Ancaman Murid tidak berjumpa dengan semua guru untuk bermaafan

Objektif Murid dapat memupuk hubungan yang erat antara guru dan murid sehinggalah mereka melangkah ke alam sekolah menengah

Kekuatan Menyatakan dan memberi kesedaran bahawa perhubungan guru dan murid adalah berkekalan dan menyatakan kesudian membantu murid walaupun mereka sudah ke sekolah menengah

Kelemahan Murid tidak mempunyai hubungan rapat dengan guru.

Peluang Guru menerima murid seadanya dan tidak memilih murid untuk dibantu.

Ancaman Murid tidak berminat mengambil berat tentang hubungan diantara mereka dan guru mereka.

Page 3: Laporan UBK Restu Ilmu

MAJLIS RESTU ILMU 2012

UBK SKHMC

CADANGAN Secara keseluruhan program berjalan baik namun masih ada perkara yang boleh diperbaiki iaitu:

memastikan penceramah menepati masa bagi mengelakkan majlis terganggu

memastikan semua murid berselawat bagi memastikan suasana positif diwujudkan

KEHADIRAN Secara keseluruhannya, kehadiran sangat memuaskan, di mana 98% murid tahun 6 yang terlibat untuk menghadiri program ini telah menghadirinya. Selain itu kebenaran menjalankan aktiviti diwaktu persekolahan turut menyumbang ke arah kehadiran yang memberangsangkan. Laporan disediakan oleh :

..................................... (AHMAD KAMIL BIN SHARUDIN) Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh Disemak dan disahkan oleh : (MOHAMMAD ROSLI BIN JAAFAR) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Hj Mahmud Chemor Ipoh

Page 4: Laporan UBK Restu Ilmu

MAJLIS RESTU ILMU 2012

UBK SKHMC

Gambar