kepentingan ilmu alat dalam menguasai ilmu hadith

Upload: darulkautsar

Post on 30-May-2018

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    1/30

    KEPENTINGAN ILMU ALAT DALAM MENGUASAI ILMU HADITH

    Nabi kita Muhammad s.a.w. adalah merupakan semulia-mulia makhluk dan

    semulia-mulia Rasul yang diutuskan Allah taala ke muka bumi ini. Antarasebab kemulian Nabi s.a.w. keatas sekalian nabi serta rasul adalah kerana al-Quran yang diturunkan Allah taala kepadanya dan juga ilmu hadith yangmerupakan wahyu daripadaNya Yang Esa. Kerana itulah Allah taalamemberikan kemulian dan kebaikan yang banyak kepada umat Nabi s.a.w.berdasarkan kepada sejauh mana mereka mendalami ilmu al-Quran danhadith. Rasulullah s.a.w. bersabda,

    Daripada Ibnu Abbas r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapayang Allah mahukan kebaikan yang besar untuknya dia akan memberinya

    kefahaman yang mendalam di dalam agama1

    .Di tempat yang lain Baginda s.a.w. bersabda,

    Daripada Abu Umamah al-Bahili katanya, disebutkan kepada Rasulullahs.a.w. tentang dua orang. Salah satunya adalah ahli ibadat dan seorang lagi

    1 Riwayat Bukhari, Muslim, Termizi dan lain-lain

    1

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    2/30

    adalah ahli ilmu lalu Rasulullah s.a.w. bersabda, Kelebihan ahli ilmu ke atasahli ibadat adalah seperti kelebihanku keatas yang paling rendah darikalangan kamu2.

    Ini adalah dua contoh dari begitu banyak hadith Rasulullah s.a.w. yangmenyebutkan tentang kelebihan ahli ilmu terutamanya ilmu agama. Untukmemahami ilmu yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. tersebut makasemestinya mempunyai peralatan untuk menguasainya. Kerana itulahsetengah ulama membahagikan ilmu itu kepada dua bahagian. Pertama ilmulmabadi iaitu ilmu asas dan kedua ilmu maqasid iaitu ilmu yang dimaksudkanatau yang menjadi matlamat daripada mempelajari ilmu yang pertama.Seseorang itu tidak akan dapat menguasai ilmu yang kedua selagimana dia

    tidak menguasai ilmu pertama. Ini kerana ilmu pertama terutamanya ilmunahu adalah merupakan mukaddimah kepada suatu yang wajib sebagaimanayang disebutkan oleh Ibnu Abdis Salam di akhir kitab Qawaidnya iaitu,sesungguhnya menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dapat ditegakkankalamullah dengannya dan kalam Rasulnya s.a.w. adalah merupakanpendahuluan kepada suatu yang wajib, kerana memelihara syariat itu adalahsuatu yang wajib yang mana ianya tidak dapat dielakkan kecuali dengannya(ilmu nahu)3.

    Ilmu pertama iaitu ilmu mabadi adalah ilmu-ilmu asas di dalam ilmu agamayang terdiri daripada ilmu bahasa seperti nahu, saraf, Irab, balaghah dansebagainya, ilmu aqli seperti mantiq, ilmu usul seperti usul fiqh, usul tafsir,usul hadith dan sebagainya. Manakala ilmu kedua pula iaitu ilmu maqasidadalah ilmu yang merupakan matlamat dari ilmu pertama iaitu ilmu-ilmuyang terdiri dari ilmu tauhid, hukum-hukum, masalah-masalah yangdisimpulkan dari al-Quran dan hadith Rasul. Dan semuanya adalah merujukkepada untuk memahami isi kandungan al-Quran dan hadith. Namun begitu

    bagi orang yang hanyalah mahu menjadikan pembacaan sunnahnabawiyyah, kehidupan bersama khabar-khabar nabawi sebagai pemenuhhari-harinya, sudah menjadi suatu yang mulia dengan adat dan kebiasaan

    2 Riwayat Termizi dan Ibnu Majah

    3 Al-Hadithul Nabawi fi Nahwi Al-Arabi, hal.47

    2

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    3/30

    tersebut walaupun tanpa menguasai kedua-dua ilmu tersebut. Tetapi bagiorang yang mahu mengkhususkan dirinya untuk ilmu sunnah nabawiyyah ini,mengeluarkan kesimpulan ataupun fatwa daripada kalam Allah serta Rasulkepada awam, mengajar dan sebagainya sangatlah tercela kalaulah tidak

    dapat menguasai kedua-dua bidang ilmu tersebut.

    1: Kepentingan ilmu alat dan kesan jika tidak menguasainya.

    Sebagaimana yang telah dikemukakan di atas, untuk memahami hadith sertaal-quran seseorang itu mestilah mempelajari serta menguasai ilmu-ilmu asasterutamanya berkenaan kaedah bahasa arab. Kerana itu ulama-ulama Islam

    selalu memperkatakan tentang keperluan dan kepentingan tersebut. Di siniakan dikemukakan sebahagian daripada kata-kata ulama berkenaankepentingan tersebut.

    1.1: Imam Suyuthi di dalam mukaddimah syarahnya kepada taqrib an-Nawawi selepas memuji-muji Allah taala beliau berkata,

    Di samping Allah taala telah mengurniakan dengannya ilmu-ilmu kepadaku,seperti tafsir yang dengannya dapat difahami kitab yang maha mulia, ilmu-ilmunya yang telah dibukukan dan aku tidak mendahului dalampenulisannya, feqah yang mana orang yang jahil tentangnya bagaimana dia

    3

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    4/30

    akan memperolehi ketinggian dan daya membeza, bahasa yang merupakanpaksi dalam memahami sunnah dan quran, nahu di mana pecah rahsia orangyang tiada ilmu nahu dengan banyak kegelinciran dan hadith tidak sesuaibagi orang yang banyak melakukan kesilapan (di dalam nahu dan Irob) serta

    ilmu-ilmu yang lain seperti maani dan bayan yang merupakan penjelaskepada ketinggian kitab dan hadith4.

    1.2: Jahiz menukilkan di dalam kitabnya bahawa Ayyub As-Sakhtiyaniberkata,

    :

    :

    Ayyub As-Sakhtiyani berkata, Belajarlah nahu kerana ia akan mencantikkanorang yang rendah, meninggalkannya adalah keaiban kepada orang yangmulia. Sayyidina Umar r.a. berkata, Belajarlah nahu sebagaimana kamubelajar sunnah dan faraidh5.

    1.3: Di dalam Subhul Asya pengarangnya menukilkan kata-kata imam Malikyang berbunyi,

    .Irob adalah perhiasan lidah, janganlah kamu menghalang lidah daripada

    perhiasannya6.

    1.4. Sayyidina Umar r.a. berkata,

    4 Mukaddimah Tadribu Ar Rawi

    5 Al-Bayan wat-Tabyiin j.1 hal 185

    6 Subhul Asya j.1 hal. 66

    4

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    5/30

    Bermaksud, Belajarlah bahasa, faraidh dan sunnah sebagaimana kamumempelajari al-Quran7.Abu Ubaid berkata berkenaan kata-kata Sayyidina Umar r.a. ini, Belajarlahal-lahn iaitu kesilapan di dalam bahasa supaya kamu dapat memelihara diri

    daripadanya8.

    1.5. Ulama telah membuat pelbagai perumpamaan terhadap orang yangmempelajari hadith tetapi tidak mempunyai asas di dalam bahasa arab.Antaranya adalah seperti berikut,

    " ."

    " ."

    Syubah berkata, Sesiapa yang belajar hadith tetapi tidak belajar bahasaarab, maka perumpamaannya adalah seperti seorang yang memakai topitetapi tidak mempunyai kepada.Hammaad bin Salamah berkata, Perbandingan orang yang belajar hadith

    tetapi tidak mengerti nahu adalah seperti himar yang digantungkan padanyaguni makanan tetapi tiada barli (atau sebarang makanan) di dalamnya9.

    1.6. Imam Syathibi ketika membincangkan tentang maksud syaarimenetapkan syariat adalah untuk memberikan kefahaman kepada mukallafdan ianya mengandungi beberapa masalah. Lalu Ia menyebutkan masalahpertama dengan katanya:

    7 Musannaf Ibnu Abi Syaibah j.7 hal. 325

    8 Lisanul Arab j13 hal 139

    9 Bughyatul Wuaat j.1 hal.529, Tadribu Ar Rawi j.2 hal. 106

    5

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    6/30

    Masalah pertama, sesungguhnya syariat yang penuh keberkatan ini adalahdalam bahasa arab serta tiada ruang untuk lidah-lidah ajam. Sesungguhnyaal-Quran tiada di dalam satupun kalimah ajam di sisi satu golongan ulamausul atau di dalamnya terdapat lafaz-lafaz ajam yang digunakan oleh orangarab dan al-Quran menepatinya maka terdapatlah di dalamnya perkataanyang dijadikan sebagai arab yang bukan berasal dari kalamnya. Perbahasan

    6

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    7/30

    dari sudut ini bukanlah maksud untuk dibincangkan di sini. Perbahasan yangdimaksudkan di sini adalah sesungguhnya al-Quran turun dengan lidah arabsecara keseluruhannya. Maka tuntutan untuk memahaminya hanyalahmelalui jalan ini sahaja (bahasa arab) kerana Allah taala berfirman

    Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibacadengan bahasa Arab, firmannya lagi (Ia diturunkan) dengan bahasa Arabyang fasih serta terang nyata firmannya lagi (Padahal) bahasa orang yangmereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata dan firmannya Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akanberkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kamifahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang

    membawanya berbangsa Arab? serta ayat-ayat yang lain yang menunjukkanbahawa al-Quran itu adalah berbahasa arab dan dengan lidah arab sertabukan ajam dan bukan dengan lidah ajam. Maka sesiapa yang mahumemahaminya maka mestilah difahami melalui lidah arab dan tiada ruanguntuk memahaminya selain daripada jalan ini10.Untuk memahami syariat bukan hanya melalui al-Quran tetapi juga hadithNabi s.a.w. . kerana itu tidak dapat tidak penguasaan terhadap bahasa arabdengan segala kaedahnya adalah mesti untuk memahami segala syariat ini.

    1.7. Di dalam Kasyfu Az-Zunun pengarangnya menukilkan kata-kata IbnulAthir berkenaan kepentingan mempunyai pengetahuan berkenaan bahasaarab serta Irab seperti berikut,

    :::

    10 al-Muawafaqat j.2 hal. 64

    7

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    8/30

    Ibnul Athir berkata di dalam Jamiul Usul, ilmu syariat terbahagi kepadafardhu dan sunat. Fardhu pula terbahagi kepada ain dan kifayah. Di antarausul fardhu kifayah adalah ilmu tentang hadith-hadith Rasulullah s.a.w. dan

    athar-athar sahabat r.a. yang merupakan dalil-dalil hukum yang kedua. Iamempunyai usul-usul, hukum-hukum, kaedah-kaedah serta istilah-istilahyang disebutkan dan dihuraikan oleh ulama-ulama, ahli-ahli hadith danfuqaha. Penuntut (ilmu hadith) perlu mengetahui kesemuanya danpengetahuan tentangnya adalah selepas menguasai pengetahuan bahasadan Irab yang merupakan asas untuk mengetahui hadith dan lainnya keranasyariat yang suci ini datang dengan lidah arab11.

    1.8. Di dalam Taudhihu Al-Afkar pengarangnya Muhammad bin Ismail as-Sanani mengemukakan kata-kata seorang imam bahasa dan syair iaitu AbuSaid al-Asmuie tentang kebimbangannya terhadap penuntut ilmu hadithyang tidak mempunyai pengetahuan Irab. Beliau menukilkan sebagaimanaberikut:

    11 Kasyfu Az-Zunun Haji Khalifah j.1 hal. 635

    8

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    9/30

    Sesungguhnya kami telah meriwayatkan daripada Al-Asmuie bahawa Iaberkata, Sesungguhnya perkara yang paling saya bimbangkan terhadappenuntut ilmu iaitu ilmu hadith bila dia tidak mengerti ilmu nahu dia akantermasuk dari kalangan golongan yang di sabdakan oleh Nabi s.a.w. iaituSesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka hendaklah diamenyediakan tempatnya di dalam neraka. Zainuddin menambah, KeranaNabi s.a.w. bukanlah orang yang melakukan kesilapan di dalam ilmu nahu,

    bilamana engkau meriwayatkan daripadanya dan engkau melakukankesalahan di dalam nahu dan Irob maka sesungguhnya engkau telahberdusta atas nama Nabi s.a.w.12.

    Kesimpulannya adalah di antara faktor yang boleh menyelamatkanseseorang itu daripada kesilapan di dalam meriwayatkan hadith Rasulullahs.a.w. adalah dengan mempelajari ilmu nahu sehingga memampukannyauntuk menguasai Irob. Bahkan menguasai Irob adalah merupakan antaraciri khusus umat Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang dinukilkan olehimam Suyuthi di dalam Tadribu Ar Rawi bahawa Hafidz Abu Ali Al Jayyaaniberkata yang bermaksud, Allah SWT telah memberikan keistimewaankepada ummat Muhammad s.a.w. ini dengan tiga perkara yang tidak pernahdikurniakan kepada orang sebelumnya iaitu isnad, ansab dan Irab13.

    2. Contoh-contoh kepentingan ilmu alat untuk memahami

    hadith dengan mendalam . Tidak menguasai ilmu alat adalah merupakan antara faktor yangmenyebabkan seseorang tidak dapat menguasai pemahaman terhadap

    12 Taudhihu Al-Afkar j2 hal 393

    13 Tadribu Ar Rawi, j. 2 hal. 160

    9

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    10/30

    sesuatu hadith dengan mendalam. Di sini akan dikemukakan sebahagiandaripadanya. Antaranya:

    2.1: Masalah yang timbul disebabkan kurang kemampuan dalam menguasaikaedah bahasa arab. Kesilapan di dalam menentukan kedudukan sesuatukalimah di dalam struktur ayat dari segi Irabnya akan membawa kepadasalah cara bacaan serta terjemahannya dan seterusnya membawa kepadapemahaman yang salah terhadap sesuatu hadith. Begitu juga seperti tidakdapat membezakan antara khobar atau badal, antara perkataan yangberada selepas waw athaf atau waw hal atau waw istinaf, tidak dapatmembezakan perbezaan makna-makna huruf jar, perbezaan penggunaanperkataan nakirah atau marifah dan sebagainya akan menyebabkan

    kesilapan di dalam memberikan makna kepada sesuatu hadith. Di sini akandikemukakan beberapa contoh berkenaan nahu dan Irob.

    2.1.1: Di antara contoh waw hal dan takid dengan penggunaan lampada khobar inna yang terdapat di dalam hadith:

    Bermaksud: Daripada Sahal bin Saad r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda,Sesungguhnya seseorang hamba itu benar-benar beramal dengan amalanahli neraka sedangkan dia adalah ahli syurga dan seseorang itu beramaldengan amalan ahli syurga sedangkan dia adalah ahli neraka. 14

    Tidak dapat membezakan di antara fiil mudhori yang ditakidkan dan tidakditakidkan akan menyebabkan salah di dalam memahami hadith ini. Begitu

    juga perbezaan makna antara waw hal dan waw athof dan sebagainya.

    14 Riwayat Bukhari, Muslim

    10

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    11/30

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    12/30

    sesuatu isim kepada isim selepasnya) seperti di dalam contoh yang terdapatdi dalam hadith-hadith di bawah ini:

    Bermaksud: Daripada Abi Thalabah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.melarang daripada memakan akan setiap yang bertaring atau daripada apayang dimakan oleh setiap yang bertaring.16

    Bermaksud: Daripada Abi Thalabah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w.bersabda, Memakan setiap yang bertaring atau suatu yang dimakan olehsetiap yang bertaring adalah haram.17

    Di dalam dua hadith di atas terdapat tarkib idhofi iaitu penyandaranperkataan aklu iaitu masdar dengan makna makan kepada zi naabiniaitu isim lima yang bermakna yang mempunyai taring. Idhofat yangterdapat di dalam hadith tersebut mempunyai makna berbeza bilamanaberbeza cara idhofat atau penyandaran tersebut. Makna pertama kalaulahidhofat aklu kepada zi naabin dengan makna idhofat masdar kepadamaful dengan takdir iaitu melarang daripada memakansuatu yang bertaring maka ia akan memberi makna larangan Nabi s.a.w.adalah kepada umatnya memakan binatang yang bertaring. Inilah pendapat

    jumhur yang berpegang kepada cara idhofat yang pertama. Kedua iaitupendapat Imam Malik r.h. yang mengatakan idhofat yang terdapat di dalam

    hadith ini adalah idhofat masdar kepada fail dengan takdir

    16 Riwayat Bukhari

    17 Riwayat Malik di dalam Muwattho

    12

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    13/30

    iaitu melarang daripada memakan suatuyang dimakan oleh binatang yang bertaring maka ia bermakna Nabi s.a.w.melarang umatnya daripada memakan sesuatu yang dimakan oleh binatangyang bertaring. Pendapat ini sebenarnya lebih hampir kepada makna yang

    terdapat di dalam al-Quran iaitu firman Allah taala yang berbunyi:

    Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak

    disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuksemuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dariAllah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh daritempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatangbuas18.

    Di dalam ayat ini Allah taala menerangkan bahawa di antara yangdiharamkan memakannya adalah binatang yang dimakan oleh binatang buas

    (yang tidak diajar memburu) serta tidak sempat disembelih.

    Di dalam riwayat yang lain pula Nabi s.a.w. tidak menyebutkan perkataanmasdar iaitu akl sebagaimana sabda Baginda s.a.w.:

    Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. melarang daripada setiapbinatang buas yang bertaring19.

    18 al-Maidah 3

    19 Riwayat Muslim

    13

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    14/30

    Maka di dalam riwayat ini mestilah ditakdirkan akl atau makulsebagaimana perlu ditakdirkan perkataan akl di dalam ayat surah maidahdi atas.

    2.1.4: Tidak memahami kepelbagaian makna pada sesuatu huruf jar sepertidi dalam hadith ini:

    Bermaksud: Daripada Aaisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,Tujuh golongan yang aku melaknatnya dan Allah juga melaknatnya (setiapnabi diterima doa mereka), orang yang menambah pada kitab Allah, orangyang mendustakan ketentuan Allah, orang yang menguasai dengan penuhkesombongan untuk memuliakan orang yang dihina oleh Allah dan menghinaorang yang dihina oleh Allah, orang yang menganggap halal kawasanlarangan Allah, orang yang menghalalkan terhadap keturunanku apa yangdiharamkan oleh Allah dan orang yang meninggalkan sunnahku20.

    Min iaitu huruf jar yang terdapat pada memberikan dua makna kepada hadith ini. Pertama jika min tersebut

    adalah min ibtidaiyyah dengan makna itrati itu adalah suatu yang laindari al-mustahillu dan kedua min tersebut adalah min bayaniyyahdengan makna min tersebut menerangkan bahawa orang yang

    20 Riwayat Termizi

    14

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    15/30

    menganggap halal itu adalah dari keturunanku iaitu min tersebut adalahdaripada mustahillu.

    2.1.5: Begitu juga untuk memahami makna illah yang terdapat pada huruf

    athaf dengan fa seterusnya memahami bagaimana ulama mengeluarkankesimpulan hukum dari huruf tersebut sebagaimana yang terdapat dalamhadith berikut,

    }

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,seseorang anak tidak akan dapat membalas jasa ayahnya kecuali ia

    mendapati ayahnya itu dimiliki (seorang hamba) lalu ia membelinya untukmemerdekakannya21.

    Di dalam hadith ini digunakan haraf athaf dengan fa sababiyyah lalu iamemberikan makna illah iaitu memerdekakan ayahnya adalah merupakansebab kepada membeli. Penggunaan athaf seperti ini adalah termasuk didalam athaf hukum kepada illah. Daripada hadith ini setengah ulamamenjadikan pembelian kaum keluarga adalah merupakan sebab kepada

    memerdekakan22.

    Begitu jugalah makna-makna yang terdapat pada sesuatu haraf athafadakalanya memberikan maksud serta kesimpulan yang berlainanberdasarkan kepada makna haraf-haraf tersebut.

    2.1.6: Tidak dapat memahami hadith kerana tidak memahami sesuatu yangdimahzufkan (buang) bilamana terdapat qarinah (samaada manawi atau

    21 Musykilul Aathar j.1 hal.406

    22 Al-Madakhilul Usuliyyah hal. 165

    15

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    16/30

    lafzi) yang mengharuskannya seperti yang terdapat di dalam hadith dibawah:

    Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda,

    Sesungguhnya seseorang kamu bila ia meninggal dunia dibentangkankepadanya tempat tinggalnya pagi dan petang. Jikalau dia adalah ahli syurgamaka (yang dibentangkan kepadanya) adalah (tempat tinggal) ahli syurga,

    jikalau dia adalah ahli neraka maka (yang dibentangkan kepadanya) adalah(tempat tinggal) ahli neraka23.

    Di dalam hadith ini dibuangkan mubtada yang terletak selepas fa jawabsyarat dan qarinah untuk mengetahui sesuatu yang dibuang tersebut adalah

    jumlah dan . Begitu juga dibuangkan mudhofyang terletak selepas haraf jar lalu diletakkan mudhofun ilaih ditempatnya.

    Dan taqdir untuk kedua-dua yang dibuang tersebut adalah .

    2.2: Penguasaan terhadap ilmu balaghah supaya seseorang itu dapat

    memahami hadith dengan lebih mendalam. Di sini akan dikemukakanbeberapa contoh daripadanya.

    23 Riwayat Bukhari dan Muslim

    16

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    17/30

    2.2.1: Memahami ketinggian bahasa yang digunakan oleh Nabi s.a.w. sepertiyang terdapat di dalam hadith di bawah,

    }

    }

    { { 24

    Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. menggunakan bahasa yang cukupmendalam pengertiannya dan ianya dapat difahami bilamana seseorang itumemahami istilah-istilah yang terdapat di dalam ilmu balaghah. Antaranyaadalah:

    i. Baraatulistihlal iaitu permulaan percakapan yang begitu mendalamdan tinggi pengertiannya serta husnulibtidaaat iaitu permulaan yangcantik di mana permulaan atau mukaddimah yang diberikan cukupbersesuaian serta isyarat kepada maksud yang ingin disampaikan25.

    Umpamanya di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. mengemukakan duaayat al-Quran sebagai mukaddimahnya adalah dengan maksud untukmemberi peringatan kepada orang-orang di hadapannya (sahabat-

    24 Riwayat Muslim

    25 Lihat Tariqul Wusul ila Ulumil Balaghah Maulana Anwar Badakhsyani hal. 176.

    17

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    18/30

    sahabat) tentang kemanusian sejagat yang sepatutnya dikongsi diantara sekalian individu manusia. Bermula dengan peringatan supayabertaqwa kepada Allah taala yang telah memberikan nimat kepadamereka serta mengingatkan kepada mereka tentang asal kejadian

    mereka yang sama, persaudaraan sesama manusia dan kewajipanmenghubungkan hubungan rahim. Semua itu adalah sebagaipendorong supaya mereka bersedia untuk mencurahkan bantuan sertabermurah hati kepada orang-orang miskin dari qabilah Mudhortersebut sebagai persaudaraan sesama manusia yang berasal daridatuk yang sama.

    ii. Penggunaan jumlah khobariyyah lafzan insyaaiyyah manan iaituwalaupun ungkapan yang bergaris dari segi zohir lafaznya memberikan

    makna cerita (khobar) tetapi pada hakikatnya ianya memberikanmakna perintah (insya)26. Tidak memahami pengertian istilah tersebutmenyebabkan seseorang itu tidak dapat memahami hadith itu denganmendalam. Penggunaan uslub khobar bukannya insya iaituperintah oleh Rasulullah s.a.w. di dalam hadith ini adalah merupakansuatu ungkapan yang cukup mendalam dari seorang yang bijaksana dimana ia merupakan satu tuntutan yang cukup lembut serta orangyang mendengarnya akan memberikan sumbangan dengan penuh

    keikhlasan dan bukannya dengan perasaan terpaksa.iii. Nabi s.a.w. menggunakan perkataan nakirah iaitu rojulun dan

    bukannya khitob serta mubham bukannya tayin dengan tidakmenggunakan perkataan seperti antum umpamanya supayapermintaan itu meresap masuk ke dalam jiwa mereka dengan tenangtanpa sebarang paksaan dan mereka pula saling berlumba-lumbatanpa penentuan sesiapa untuk mendapat kelebihan bersedekah.Ungkapan yang seperti ini di dalam ilmu balaghah dikenali dengan

    istilah iltifaat minal khitab ilal ghaibah.27

    2.2.2. Penggunaan istiaarah28 di dalam hadith Nabi s.a.w. seperti hadith dibawah,

    26 Ibid hal. 58

    27 Ibid hal. 29

    18

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    19/30

    Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. bahawasanya bagindabersabda, sebaik-baik keadaan hidup bagi manusia adalah seorang yangmemegang kekang kudanya, ia terbang di atas belakangnya (bersegera).Bilamana ia mendengar teriakan(seruan jihad) ia terbang (bersegera)kearahnya.29

    Nabi s.a.w. menyerupakan larian kuda di dalam hadith ini dengan terbang

    burung dengan meminjamkan perkataan terbang untuk larian kuda. Di dalamhadith ini mustaar lahu atau musyabbah (yang dipinjam atau yangdiserupakan) adalah larian kuda. Mustaar minhu atau musyabbah bih(yang diserupakan dengannya)30 adalah penerbangan burung. Perkara yangmenghimpunkan kedua-duanya iaitu merentasi jarak dengan cepat di ambildari makna berlari dan terbang (yang difaham daripada hadith) cuma(perkara yang menghimpunkan kedua-duanya) yang terdapat pada terbangadalah lebih kuat daripada yang terdapat pada berlari.31

    2.2.3. Dan banyak lagi penggunaan balaghah di dalam hadith sepertikinayah32, majaz33 dan sebagainya.

    28 Iaitu suatu lafaz yang digunakan pada satu makna yang diserupakan denganmaknanya yang asal (hakiki) kerana hubungan keserupaan. Contoh seperti lafazsinga pada kata-kata aku melihat singa memanah. Maka lafaz singa digunakanpada seorang yang diserupakan dengan binatang buas yang khusus dengankeberanian dan qarinah di sini adalah lafaz memanah.

    29 Sahih Muslim bab kelebihan jihad.

    30 Di dalam istiarah biasanya dibuang kedua rukun tersebut.

    31 Tariqul Wusul ila Ulumil Balaghah Maulana Anwar Badakhsyani hal. 106

    32 Suatu lafaz yang dimaksudkan dengannya kepada suatu yang mesti denganmakna yang ditentukan untuknya di samping harus memaksudkan makna asalnya.

    33 Sesuatu lafaz yang digunakan kepada selain daripada maknanya asal yangditentukan untuknya kerana sesuatu sebab.

    19

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    20/30

    2.3: Istilah mantiq yang terdapat di dalam hadith Rasulullah s.a.w.Penguasaan terhadap istilah-istilah mantiq akan membawa kepadapemahaman yang lebih tepat. Antaranya:

    2.3.1: Penggunaan istilah umum dan khusus di antara dua nisbahsebagaimana yang terdapat di dalam hadith-hadith seperti di bawah,

    2.3.1.1: Hadith yang dikemukakan oleh Imam Bukhari di dalam bab Takhfifual wudhu

    Hafidz Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadith tersebut mengemukakan didalam kitabnya sebagaimana berikut:

    . ( ( :

    : .

    Bermaksud: Katanya (Bukhari), dan kadang-kadang ia berkata mengiringIaitu: Sufyan sering berkata, Kadang-kadang ia tidur dan kadang-kadang iamengiring sedangkan keduanya bukanlah perkataan yang mempunyaimakna yang sama bahkan di antara keduanya adalah umum khusus minwajhin akan tetapi dia tidak maksudkan untuk meletakkan salah satu

    20

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    21/30

    (perkataan) di tempat yang satu lagi, bahkan bilamana dia meriwayatkanhadith dengan panjang dia berkata mengiring lalu dia tidur sebagaimanahadith seterusnya dan bila dia meringkaskan hadith dia berkata tidur iaitudalam keadaan mengiring atau mengiring dalam keadaan tidur34.

    Di dalam syarah kepada hadith tersebut Hafidz Ibnu Hajar telahmenggunakan istilah mantiq di dalam memberikan nisbah kepada duaperkataan iaitu naama dan idhtojaa untuk lebih mudah difahami. Yangdimaksudkan dengan istilah umum wa khusus min wajhin di dalam istilahmantiq adalah berhimpun masing-masing daripada dua kulli di dalam satuperkara dan berasingan masing-masing daripada keduanya di dalam perkarayang lain. Ianya memberikan maksud bahawa tidur dan mengiring adalah

    tepat kepada orang yang tidur dalam keadaan mengiring di samping itu tiduradalah suatu yang berasingan daripada mengiring begitu juga mengiringadalah suatu yang lain daripada tidur.

    3. Keperluan kepada ilmu-ilmu usul yang lain di dalammemahami hadith.

    Di antara ilmu yang diperlukan untuk memahami sesetengah hadith adalah

    ilmu-ilmu usul yang lain seperti uloomul Quran merangkumi usul tafsir, usulfiqh dan lain-lain.

    3.1. Keperluan kepada uloomul Quran termasuk usul tafsir untuk memahamihadith.3.1.1. Memahami istilah nuzul yang digunakan di dalam hadith-hadithberkenaan ayat-ayat al-Quran di dalam bab tafsir. Antaranya adalah hadithyang diriwayatkan oleh Imam Termizi berkenaan ayat mengadap kemana-

    mana arah di dalam bersembahyang:

    34 Fathul bari bab takhfif fil wudhu

    21

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    22/30

    } {

    Daripada Amir bin Rabiah katanya, kami bersama Nabi s.a.w. di dalamperjalanan di tengah malam yang gelap. Kami tidak mengetahui kemanaarah kiblat lalu masing-masing dari kami bersembahyang mengadap kearahmasing-masing. Bila kami tiba pada waktu pagi kami menyebutkan perkaratersebut kepada Nabi s.a.w. lalu turunlah ayat Dan kepunyaan Allah-lahtimur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajahAllah35 .

    Di dalam riwayat yang seterusnya berbunyi:

    { }

    Said bin Jubair menceritakan daripada Ibnu Umar r.a. katanya, Nabi s.a.w.bersembahyang sunat di atas kenderaannya kearah mana binatangnyamengadap ketika mana ia datang dari Mekah ke Madinah. Kemudian IbnuUmar membaca ayat ini Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat sehinggaakhir ayat- lalu Ibnu Umar berkata, kerana inilah ayat ini turun36.

    Begitu juga hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan ayat 113 surah at-

    Taubah:

    35 Riwayat Termizi bab orang yang sembahyang selain arah kiblat.

    36 Riwayat Termizi bab daripada surah al-Baqarah

    22

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    23/30

    }

    { }

    {37Di dalam riwayat Termizi berbunyi:

    } {

    38

    Di dalam riwayat pertama yang dikeluarkan oleh Imam Bukhari di dalamsahihnya ayat 113 surah at-Taubah turun berkenaan bapa saudara Nabis.a.w. iaitu Abu Talib sedangkan riwayat kedua yang dikeluarkan oleh Imam

    Termizi pula turun berkenaan peristiwa yang lain. Bahkan di dalam riwayatyang lain pula seperti di dalam Mustadrak Hakim39, Tafsir Ibnu Kathir40 danlain-lain menunjukkan ianya turun berkenaan permohonan Nabi s.a.w. untukmemohon keampunan kepada ibunya yang mati dalam keadaan musyrik.Kemudian kalau diperhatikan pula kepada riwayat yang pertama terdapat

    percanggahan di dalamnya kerana surah Taubah adalah merupakan surah37 Al-Bukhari kitabul Manaqib Bab Qissati Abi Talib

    38 At-Termizi Kitabul Tafsir Bab Daripada Surah al-Taubah

    39 Bab tafsir surah at-Taubah

    40 Juz 4 hal. 221

    23

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    24/30

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    25/30

    3.2. Keperluan kepada usul fiqh untuk memahami hadith.3.2.1. Menentukan makna perintah yang terdapat di dalam hadith samaadawajib, mubah ataupun harus. Antaranya perbezaan hukum daripada hadith-

    hadith di bawah:3.2.1.1. Hadith pertama,

    Daripada Malik bin al-Huwairith r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabdakepada kami, sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat akubersembahyang.44

    Di dalam hadith ini Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya bersembahyangsebagaimana Baginda sembahyang. Perintah di sini memberikan maknawajib berdasarkan kepada kaedah usul fiqh yang berbunyi,

    Bila lafaz amar (perintah) datang secara mutlaq (tanpa sebarang qaid) maka

    ia menghendaki makna wajib pada pendapat kebanyakan ashab kita (ulama-ulama di dalam mazhab Syafiie).45

    Dan juga berdasarkan kaedah usul fiqh,

    Perintah yang memberikan makna wajib adalah merupakan laranganterhadap lawannya46 seperti di dalam hadith di atas perintah supaya

    44 Sunan Baihaqi j.2 hal. 345, Sahih Bukhari kitabul azan bab azan bagi musafir(ringkasan dari hadith panjang)

    45 Al-Luma fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi hal 46

    46 Taliq kepada al-Luma oleh Mohd. Yasin al-Fadani hal. 41. Lihat juga at-Talwihsyarah al-Tawdhih juz 2 hal. 342 bab mereka berselisih pendapat tentang perintahdan larangan. Lihat juga at-Taqrir wat-Tahbir j. 2 hal. 360.

    25

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    26/30

    sembahyang mengikut cara Rasulullah s.a.w. adalah merupakan lawankepada sembahyang tidak mengikut cara Baginda s.a.w.Di antara dalil yang menunjukkan bahawa amar menunjukkan wajib adalahhadith Nabi s.a.w. :

    Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, kalaulahtidak kerana aku akan menyusahkan umatku atau manusia pasti aku akanperintahkan mereka supaya bersiwak setiap kali sembahyang.47

    Hadith ini menunjukkan bahawasanya kalaulah Nabi s.a.w. memerintahkan

    nescaya ia akan menjadi wajib dan bila ia menjadi wajib pasti akanmenyusahkan umat ini.48

    3.2.1.2. Hadith kedua:

    Daripada Nubaisyah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, dulu aku melarang

    kamu daripada daripada (menyimpan) daging-daging korban melebihi tigahari, maka (sekarang) makanlah dan simpanlah.49

    Dan hadith ketiga:

    47 Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain.

    48 Al-Luma fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi hal 46. Lihat juga al-Ahkam karangan al-Aamidi juz 2 hal. 147-151, al-Bahrul Muhith liz-Zarkasyi j.1 hal. 352 dan lain-lain.

    49 Sunan Ibnu Majah, Muwattha Malik bab menyimpan daging korban.

    26

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    27/30

    Daripada Buraidah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, aku (dulu)melarang kamu daripada menziarahi kubur maka ziarahlah sekarang keranapada menziarahinya ada peringatan.50

    Di dalam kedua hadith ini terdapat perintah daripada Rasulullah s.a.w.supaya menyimpan daging korban, menziarahi kubur dan meminum nabiz(Riwayat Muslim) tetapi perintah ini tidak memberi makna wajib tetapisebaliknya memberi makna harus. Pemahaman seperti ini adalahberdasarkan kepada kaedah usul fiqh berikut,

    Berkata sebahagian daripada ashab kita (ulama syafiiyyah) bilamana amardatang selepas larang maka ia memberi makna harus.51

    Di antara hujah ulama yang berpegang kepada kaedah tersebut adalahberdasarkan beberapa ayat al-Quran. Antaranya ayat pertama:

    dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu.52

    Perintah supaya berburu di dalam ayat ini tidak menunjukkan makna wajibtetapi sebaliknya memberi makna harus. Ini adalah kerana perintah tersebutdatangnya selepas Allah melarangnya di dalam ayat sebelumnya iaitu,53

    50 Sunan Abi Daud kitabul janaiz, Sahih Muslim bab Nabi s.a.w. meminta keizinandari Tuhannya s.w.t. untuk menziarahi kubur ibunya dengan lafaz yang lebihpanjang.

    51 Ulama usul berselisih pendapat berkenaan kaedah ini di antara yang tetapmengatakan wajib atau harus. Lihat perbahasan lanjut di dalam al-Luma fi Usul FiqhAbu Ishak as-Syirazi dengan hasyiah Muhammad Yasin al-Fadani hal 42-47, BahrulMuhith j. 3 hal. 170-176, Hasyiah syarah Jalaluddin al-Mahalli kepada Jamul Jawami j.3 hal. 198-203 dan lain-lain.

    52 Al-Maidah ayat 2.

    53 al-Luma fi Usul Fiqh Abu Ishak as-Syirazi dengan hasyiah Muhammad Yasin al-Fadani hal 42 dan lain-lain.

    27

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    28/30

    Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dansebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepadakamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pulabererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan

    berihram.54

    Dan ayat kedua,

    Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di mukabumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu

    hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak(dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).55

    Di dalam ayat ini juga perintah tidak menunjukkan makna wajib kerana iadatang selepas larangan berjual beli di dalam ayat sebelumnya,

    Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untukmengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (kemasjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat)dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagikamu, jika kamu mengetahui56

    Serta beberapa ayat yang lain lagi.57

    54 Al-Maidah ayat 1.

    55 Al-Jumuah ayat 10

    56 Al-Jumuah ayat 9

    57 Sila lihat rujukan kitab-kitab usul fiqh yang diberikan sebelum ini dan lain-lain.

    28

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    29/30

    Penutup.Sebenarnya keperluan kepada ilmu-ilmu asas ini adalah tersangat luas lagi.Banyak lagi contoh-contoh yang menunjukkan kepada betapa perlunyaseseorang itu untuk menguasai ilmu hadith menguasai segala ilmu-ilmu yang

    merupakan alat kepadanya. Isyarat keperluan tersebut sangat banyakbilamana kita banyak meneliti kitab-kitab syarah hadith serta kitab-kitab usulserta ilmu alat. Kerana itu sangatlah perlu kepada kita untuk menguasai ilmuhadith turut sama menguasai ilmu-ilmu tersebut. Dan kelebihan di dalammenguasai ilmu-ilmu tersebut amatlah besar bahkan ianya memberikankesan kepada ilmu-ilmu yang lain pula. Sebagai contoh saya kemukakansebelum mengakhiri tulisan ini kata-kata Imam Syatibhi yang dinukilkan darikitabnya al-Muawafaqat.

    Kelebihan menguasai sesuatu ilmu membawa penguasaan ilmu yanglain

    29

  • 8/9/2019 Kepentingan Ilmu Alat Dalam Menguasai Ilmu Hadith

    30/30

    Perkara kesembilan, sebahagian ilmu boleh menanggung ilmu yang lain di

    dalam sebahagian kaedahnya sehingga menghasilkan fatwa kepada salahsatu ilmu dengan kaedah yang satu lagi walaupun kedua-dua kaedah itulangsung tidak boleh berhimpun di dalam satu usul sebagaimana yangdihikayatkan tentang al-Farra seorang ahli nahu bahawa ia berkata, sesiapayang menguasai di dalam satu ilmu akan mudah kepadanya setiap ilmu.Lalu Muhammad bin Hasan al-Qadhi berkata kepadanya dan ia turut samahadir di dalam majlis tersebut dan ia adalah sepupu kepada al-farra,engkau menguasai di dalam ilmumu maka ambillah satu masalah yang aku

    ingin bertanya kepadamu tentangnya yang bukan bidang ilmumu. Apakatamu tentang orang yang lupa di dalam sembahyangnya kemudian iasujud kerana lupanya lalu dia terlupa juga di dalam sujud tersebut. LaluFarra menjawab, tidak mengapa. Muhammad bertanya, kenapa? Diamenjawab, kerana tasghir (isim tasghir) di sisi kami tidak boleh ditasghirkanlagi. Begitu juga lupa di dalam sujud sahwi tidak boleh disujud lagi kerananyakerana ia sama mentasghirkan suatu yang telah ditasghirkan. Sujud sahwiadalah untuk menampung sembahyang maka penampung tidak boleh lagi

    ditampung sebagaimana tasghir tidak boleh ditasghirkan lagi.58

    Ahmad Nasim bin Abdul Rauf

    Pusat Pengajian al-Quran Darul Kautsar.

    58 Al-Muawafaqat, j.1 hal 84