laporan tugasan

Upload: saudariamalina

Post on 14-Oct-2015

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

[Type the document title]2014

LAPORAN PELAKSANAAN i. Sebelum pelaksanaanSebelum melaksanakan intervensi dalam pengajaran yang saya lakukan, saya terlebih dahulu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid-murid. Dalam proses penyaringan masalah ini, saya telah memilih beberapa instrumen pemerhatian untuk membantu saya mengenal pasti masalah yang saya hadapi dalam menyampaikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebelum menggunakan instrumen ini, saya terlebih dahulu berbincang dengan pensyarah pembimbing untuk memastikan instrumen yang saya gunakan relevan dengan kajian yang saya lakukan. Hal ini sangat penting bagi memastikan data yang diperolehi nanti akan memberikan input yang sahih dan berguna. Selepas siap menyediakan borang-borang pemerhatian, saya membuat sedikit rujukan berkaitan dengan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid berkeperluan khas. Pengetahuan tambahan ini dapat membantu saya dalam menyiapkan diri untuk berhadapan dengan setiap kemungkinan yang berlaku sepanjang saya melaksanakan kajian ini. Selain daripada itu, saya juga dapat mengetahui pendekatan-pendekatan yang bersesuaian dengan setiap masalah murid-murid berkeperluan khas. Selain daripada itu, saya juga telah membaca beberapa jurnal dan kajian lepas berkaitan dengan Pendidikan Khas. Melalui pembacaan beberapa jurnal, saya dapat beberapa gambaran dan idea untuk membuat inovasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang akan saya laksanakan kelak. Berpandukan kepada masalah yang saya hadapi semasa sesi pengajaran Bahasa Melayu, saya telah membuat keputusan untuk menggunakan bahan bantu interaktif sebagai bahan intervensi sepanjang kajian ini dijalankan. Percubaan pertama melaksanakan pengajaran menggunakan bahan bantu interaktif menunjukkan bahawa murid pendidikan khas berminat dengan pengajaran yang disampaikan. Oleh yang demikian, saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya lima bahan bantu interaktif yang berbeza-beza bagi memastikan murid tidak berasa bosan setiap kali sesi intervensi dijalankan. Setiap satu bahan bantu interaktif akan digunakan pada sesi pengajaran yang berlainan. Selesai membina bahan bantu interaktif, saya terlebih dahulu meminta pensyarah pembimbing menyemak bahan bantu interaktif yang saya sediakan. Proses perbincangan ini dijalankan adalah untuk memastikan bahan bantu yang disediakan bersesuaian dengan tahap dan pengetahuan sedia ada murid. Aspek ini perlu dititikberatkan bagi memastikan kelancaran dan keberkesanan data kajian yang akan diambil.Apabila bahan bantu telah disediakan, saya juga menyiapkan beberapa borang pemerhatian. Borang pemerhatian ini akan digunakan untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu interaktf dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas khususnya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Sesi intervensi mula dilaksanakan setelah semua bahan yang digunakan semasa intervensi disediakan selengkapnya. ii. Semasa pelaksanaanSelesai menyiapkan semua bahan bantu yang diperlukan untuk sesi intervensi, saya membuat perancangan untuk melaksanakan intervensi. Berdasarkan kepada carta gantt yang telah disediakan, saya akan melaksanakan intervensi sebanyak lima kali. Hal ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaan pengajaran berbantukan bahan bantu interaktif terhadap murid berkeperluan khas khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sebelum melaksanakan intervensi, saya akan membuat pemerhatian awal bagi mendapatkan data awal. Data ini akan digunakan untuk dibuat perbandingan dengan data semasa intervensi dilaksanakan dan selepas intervensi diberhentikan. Semasa sesi intervensi dijalankan, saya telah meminta bantuan daripada dua orang rakan untuk mengisi borang pemerhatian yang telah saya sediakan. Beliau akan mencatat setiap aspek yang telah ditetapkan dalam borang. Proses pemerhatian ini akan dijalankan untuk setiap intervensi. Hal ini bertujuan untuk melihat perubahan murid untuk setiap intervensi yang saya laksanakan. Setiap kali selepas selesai intervensi dijalankan, saya akan membuat perbincangan dengan rakan yang memerhatikan pengajaran yang dilaksanakan. Saya akan mendapatkan pandangan dan pendapat daripada mereka tentang aktiviti pengajaran yang telah saya lakukan. Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti apa kelemahan dan kekurangan yang saya hadapi untuk setiap intervensi. Kelemahan-kelemahan ini akan diperbaiki agar tidak berulang dalam sesi intervensi yang seterusnya. iii. Selepas pelaksanaan Sesudah sesi intervensi selesai dilaksanakan, semua data yang diperolehi akan disimpan dan dianalisis untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan bahan bantu interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap data yang telah dianalisis akan dipersembahkan dalam bentuk peratus dan graf-graf yang dirasakan perlu untuk menunjukkan data yang diperolehi. 2