laporan tahunan -...

52
BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014 1 LAPORAN TAHUNAN 2014 Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Upload: phamtuyen

Post on 08-Apr-2019

277 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

1

LAPORAN TAHUNAN2014

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

2

Isi Kandungan

Pengenalan01 03

Bahagian Dasar, Perancangan Strategik dan Standard Codex

A. Cawangan Polisi dan PembangunanB. Cawangan Standard dan CodexC. Cawngan SurveilanD. Cawangan Komunikasi dan Kepenggunaan

0206081221

Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri

A. Cawangan Pematuhan DomestikB. Cawangan ImportC. Cawangan Industri DomestikD. Cawangan Pre-Market ApprovalE. Cawangan Eksport

032431333845

Galeri Foto04 48

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

3

PENGENALANBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) adalah program dibawah, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan pintu masuk. Objektif utama program ini adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan mandat yang diberi di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Program ini terdiri daripada dua (2) bahagian iaitu Bahagian Perancangan, Pembangunan Dasar dan Standard Codex dan Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri. Di bawah kedua-dua bahagian tersebut, terdapat lima (5) cawangan masing-masing seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1 dan Rajah 2.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

4

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

5

Bahagian Dasar, Perancangan Strategik

dan Standard Codex

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

6

CAWANGAN POLISI DAN PEMBANGUNAN

PENGENALANCawangan Polisi dan Pembangunan bertanggungjawab menguruskan dan memantau aktiviti-aktiviti berkaitan polisi, kualiti dan inovasi, pembangunan modal insan dan memantau pembangunan, penyelenggaraan dan penggunaan sistem maklumat. Antara aktiviti utama adalah penggubalan polisi dan Urusetia Tetap kepada Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK).

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Aktiviti Berkaitan Dasar Bahagian Keselamaatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

Pada tahun 2014, Seksyen Polisi merupakan urusetia bertanggungjawab untuk menyelaras aktiviti dan input penyediaan dokumen untuk Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) berkaitan perancangan Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2016 – 2020. Seksyen Polisi juga bertindak sebagai sekretariat bagi perancangan dan penilaian pencapaian Program Keselamatan dan Kualiti Makanan. Aktiviti di bawah Key Result Area (KRA) yang juga merupakan Key Performance Indicator (KPI) YB Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan dipantau secara berterusan dan pencapaian bagi tahun 2014 dinyatakan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Pencapaian KPI Tahun 2014

Indikator Sasaran Target (%)

Pencapaian (%)

Bilangan Pengeluar Makanan Yang Mendapat Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

500 530

Peratus Episod Keracunan Makanan di Sekolah < 1.3 1.5

Peratus Makanan di Pasaran Tempatan Yang Melanggar Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya

< 4% 2.5

Peratus Premis Makanan Berdaftar Diperiksa Yang Didapati Bersih > 96 97.4

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

7

2. Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

Mesyuarat MKMPK ke-12 telah dijalankan dengan jayanya pada 11 November 2014.

3. Pensijilan MS ISO 9001:2008

Terdapat dua (2) audit berkaitan pensijilan MS ISO 9001:2008 telah dijalankan iaitu:

• Audit Pemantauan Peringkat Kedua MS ISO 9001:2008 oleh SIRIM Berhad pada 20 – 21 Februari 2014

• Audit Dalaman pada 24 Jun hingga 1 Ogos 2014

Di samping itu, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan telah diadakan pada 11 Disember 2014. Dua (2) kursus berkaitan pensijilan MS ISO 9001:2008 juga telah diadakan pada tahun 2014.

4. Inovasi

Majlis Anugerah Inovasi 2013 Program Keselamatan dan Kualiti Makanan telah diadakan pada 26 Ogos 2014. Sebanyak 19 penyertaan daripada Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) , Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) telah mengambil bahagian melibatkan kategori produk, perkhidmatan, proses dan teknologi. Pertandingan Mencipta Logo dan Tema sempena Majlis Anugerah Inovasi juga telah diadakan yang melibatkan 34 penyertaan untuk ciptaan tema dan 19 penyertaan untuk ciptaan logo.

5. Amalan 5S / Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Pada Tahun 2014, Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik Pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha untuk memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam.

Pensijilan Amalan 5S telah tamat tempoh pada 30 Mei 2014. Sehubungan itu, Audit Pensijilan Semula Amalan 5S oleh pihak MAMPU telah diadakan pada 8 – 9 Mei 2014 dan Zon Keselamatan Makanan telah mendapat Pengiktirafan Kategori Cemerlang dalam pembaharuan Sijil EKSA untuk tempoh 2 tahun (1 Jun 2014 hingga 31 Mei 2016.)

5. Pembangunan Modal Insan

Sejumlah Sembilan (9) kursus am telah dianjurkan oleh Seksyen Modal Insan kepada anggota bagi meningkatkan soft skills, komunikasi, penggunaan komputer dan bahasa asing. Kursus integriti dan tazkirah agama juga telah diadakan dalam mengukuhkan keperibadian anggota. Kursus Orientasi Pegawai Teknologi Makanan (PTM) selama 1 minggu telah diadakan di ibu pejabat BKKM untuk pegawai yang telah melapor diri pada tahun 2012 –2013 dan telah dihadiri oleh 23 orang pegawai. Manakala satu (1) kursus team building telah diadakan pada penghujung tahun untuk meningkatkan kerja berpasukan yang disertai oleh 30 orang Pegawai Teknologi Makanan Gred C48 dan ke atas.

6. Aplikasi Sistem Maklumat

BKKM mempunyai beberapa perkhidmatan dalam talian iaitu Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) Import, FoSIM Domestik dan Official Food Management System for Export to European Union (FEXoC). Pada 4 Julai hingga 6 Julai 2014 aktiviti pemindahan server Sistem FoSIM Import, server Sistem FoSIM Domestik dan FEXoC daripada Pusat Data MyLoca ke Pusat Data Sektor Awam (PDSA) telah dilaksanakan. Bermula 2 Jun 2014 hingga 1 Jun 2016, kontrak penyelenggaraan bagi Sistem FoSIM DomestiK dan FEXoC telah ditawarkan kepada Syarikat eNCoral Digital Solutions Sdn. Bhd. Manakala, kontrak penyelenggaraan bagi Sistem FoSIM Import telah ditawarkan kepada Syarikat Persada Digital Sdn. Bhd bermula pada 13 Dis sehingga 14 Dis 2016.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

8

CAWANGAN STANDARD DAN CODEX

AKTIVITI DI BAWAH JAWATANKUASA PENASIHAT PERATURAN-PERATURAN MAKANAN 1985 (JPPM)Jawatankuasa ini berfungsi untuk meluluskan cadangan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-wakil dari agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam, pengguna serta pertubuhan profesional. Terdapat 11 Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) di bawah Jawatankuasa ini yang berfungsi mengkaji permohonan dari pihak industri atau lain-lain pihak untuk meminda Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Di samping itu, JKKP juga berfungsi untuk membincangkan pindaan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sebagai langkah harmonisasi dengan standard Codex.

Senarai JPPM adalah seperti di Rajah 3. Ringkasan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh setiap JKKP pada tahun 2014 adalah seperti di Jadual 2.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

9

Jadual 2: Mesyuarat yang Diadakan oleh Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM) dan Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) pada Tahun 2014

Bil Jawatankuasa Bilangan Mesyuarat

1 Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM) 2

2 Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan / Akuan Pemakanan / Pengiklanan 12

3 Jawatankuasa Kerja Pakar Aditif Makanan 2

4 Jawatankuasa Kerja Pakar Kontaminan dalam Makanan 1

5 Jawatankuasa Kerja Pakar Mikrobiologi 4 (Termasuk 1 bengkel)

6 Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan 6

7 Jawatankuasa Kerja Pakar Pelabelan Makanan 2

8 Jawatankuasa Kerja Pakar Makanan Diubahsuai Secara Genetik -

9 Jawatankuasa Kerja Pakar Residu Drug dalam Makanan 1

10 Pasukan Petugas Residu Racun Perosak dalam Makanan 2

11 Jawatankuasa Kerja Pakar Bungkusan dan Bekas Makanan 2

PEWARTAAN PERUNDANGAN MAKANAN

Pewartaan perundangan makanan pada 2014 adalah seperti berikut:

Jadual 3: Warta Perundangan Makanan

Bil Pewartaan Butir-Butir Tarikh Warta Tarikh Kuat Kuasa

1 Akta Makanan 1983Pelantikan dan Pembatalan Pelantikan Juruanalisis

(P.U.(A) 102/2011)No. 6383

Menteri melantik Haslihana Binti Yaacob sebagai juruanalisis di Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia dan pembatalan pelantikan bagi Wan Mohamad Bin Wan Hassan di Makmal Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian Malaysia

17 Februari 2014 17 Februari 2014

2 Akta Makanan 1983Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (Pindaan) 2014

P.U.(A) 226

Pindaan editorial melibatkan subperaturan 30(1) dan 30(2) serta Jadual Kedua

6 Ogos 2014 6 Ogos 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

10

1. Semakan Label

Sebanyak 1,184 label telah disemak pada tahun 2014 iaitu peningkatan 32% bilangan semakan label berbanding tahun 2013. Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara umum mengenai status label produk mereka dan sekiranya mereka memerlukan penerangan lanjut, mereka dinasihatkan memohon untuk Khidmat Nasihat Pelabelan.

2. Khidmat Nasihat Pelabelan

Caj untuk perkhidmatan ini adalah RM1,000.00 per label. Pemohon perlu meminda label produk mereka berdasarkan ulasan terperinci yang diberikan oleh Jawatankuasa Khidmat Nasihat Pelabelan. Sebanyak 84 label telah disemak oleh jawatankuasa tersebut pada tahun 2014 iaitu peningkatan 51% bilangan khidmat nasihat label berbanding tahun 2013.

AKTIVITI DI BAWAH SEKSYEN CODEX DAN ANTARABANGSA

1. Aktiviti Codex di Peringkat Kebangsaan

Seksyen ini berperanan dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan dan juga bertanggungjawab dalam urusan hubungan antarabangsa dan serantau berkaitan keselamatan makanan di mana Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) merupakan Codex Contact Point (CCP) Malaysia dan Sekretariat bagi Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC).

2. Aktiviti Keselamatan Makanan di Peringkat ASEAN

a. Malaysia sebagai Penyelaras di bawah ASEAN Expert Group on Food Safety (AEGFS) Malaysia telah menghadiri Mesyuarat 11th AEGFS di Siem Reap, Cambodia dari 7 hingga

AKTIVITI KHIDMAT SEMAKAN LABEL PRODUK DAN KHIDMAT NASIHAT LABEL

9 Oktober 2014. Sebagai penyelaras program-program Pemeriksaan dan Pensijilan dan Pemantauan dan Surveilan, Malaysia telah membentangkan status terkini aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah kedua-dua program tersebut.

i. Program Pemantauan dan Surveilan

Malaysia telah membentangkan kertas perbincangan mengenai kaedah pengoperasian dan pelaksanaan ARAC termasuk mengenalpasti projek penilaian risiko keselamatan makanan yang boleh dijalankan sebagai projek perintis, pembangunan peraturan dan prosedur kerja termasuk bagi Jawatankuasa Saintifik dan Panel Saintifik. Untuk tujuan tersebut, Mesyuarat telah bersetuju untuk membangunkan empat (4) prosedur utama. Mesyuarat juga telah bersetuju supaya bengkel diadakan pada suku pertama tahun 2015 untuk memuktamadkan deraf prosedur tersebut dan seterusnya mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Saintifik dan Mesyuarat Panel Saintifik yang pertama pada suku terakhir tahun 2015.

ii. Program Pemeriksaan dan Pensijilan Makanan

Malaysia telah memaklumkan mesyuarat bahawa projek “Development of Model Curriculum for Regional Harmonisation of Food Inspection and Certification for Export” yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Australia Maritime Safety Authority (AMSAT) di bawah Program Pemeriksaan dan Pensijilan Makanan telah diluluskan oleh Mesyuarat 9th Senior Officials Meeting on Health Development (SOMHD) pada 9 hingga 12 Jun 2014 di Chiang Rai, Thailand dan Mesyuarat 12th ASEAN Health Ministers Meeting (AHMM) pada 18 September 2014 di Hanoi, Viet Nam. Sehubungan itu, modul tersebut kini boleh digunapakai oleh negara ASEAN sebagi rujukan dalam menjalankan latihan kepada individu yang terlibat dalam

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

11

menjalankan tugas-tugas pemeriksaan dan pensijilan bagi keselamatan makanan.

b. Malaysia sebagai National Focal Point of the ASEAN Task Force on Codex (ATFC) Mesyuarat 14th ATFC yang telah diadakan di Singapura dari 3 hingga 5 Jun 2014. Malaysia sebagai Focal Point bagi Codex Committee on General Priniciples (CCGP) dan Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) telah membentangkan status semasa isu yang dibincangkan dalam Committee tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah membentangkan satu (1) kertas cadangan iaitu Malaysia as a Member Elected on A Geographic Basis for Asia in Executive Committee untuk pertimbangan dan sokongan daripada mesyuarat sebagai pendirian ASEAN.

c. Malaysia sebagai National Focal Point for the ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality Prepared Foodstuff Product Working Group (ACCSQ-PFPWG Dua (2) siri Mesyuarat ACCSQ-PFPWG dan mesyuarat berkaitan yang terdiri daripada Task Force for Harmonization of Standards Prepared Foodstuff (TFHPFS), Task Force for Mutual Recognition Arrangement for Prepared Foodstuff Product (TFMRAPFP) dan ASEAN Food Testing Laboratory Committee (AFTLC) telah diadakan. Semasa mesyuarat tersebut, Malaysia sebagai negara peneraju bagi ASEAN Common Principles and Requirements for the Labeling of Pre-Packaged Food (ACPRLPF), telah membentangkan hasil kaji selidik berkaitan keperluan penandaan tarikh negara anggota ASEAN dan telah mencadangkan tindakan selanjutnya bagi usaha pengharmonian dan penyelarasan dengan keperluan Codex. Selain itu, Malaysia juga turut membentangkan cadangan bagi keperluan pengharmonian pelabelan nutrisi di peringkat ASEAN.

Mesyuarat TFHPFS telah bersetuju supaya Malaysia dan Thailand bekerjasama untuk menyediakan kertas perbincangan mengenai The Possibility to Set Maximum Level of

Contaminant for 1st and 2nd Priority Products Based on Codex Standards. Sementara di Mesyuarat TFMRAPFP pula, Malaysia telah bertindak sebagai pengerusi bersama dengan Brunei dalam perbincangan mengenai pembangunan ASEAN MRA on Prepared Foodstuff Products. Seterusnya, pada Mesyuarat AFTLC, Malaysia sebagai ASEAN Food Reference Laboratory on Genetically Modified Organisms (AFRL GMO) telah membentangkan status semasa program-program yang dijalankan oleh AFRL GMO di peringkat kebangsaan dan serantau.

d. Penglibatan dalam Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Dua Hala dan Pelbagai Hala

BKKM telah terlibat dalam beberapa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dua hala dan pelbagai hala serta memberi input berhubung isu-isu berkaitan Sanitary and Phytosanitary (SPS) dan juga Technical Barrier to Trade (TBT) serta rundingan kerjasama ekonomi berkaitan keselamatan makanan.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

12

CAWANGAN SURVEILAN

PENGENALANCawangan Surveilan terdiri daripada tiga seksyen iaitu Seksyen Surveilan, Seksyen Penilaian Risiko dan Seksyen Juruanalisis Makanan. Cawangan ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan menyiasat isu-isu berkaitan keselamatan makanan serta menilai keberkesanan tindakan aktiviti kawalan keselamatan makanan. Input daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh cawangan ini akan digunakan dalam menentukan tindakan yang bersesuaian bagi menangani isu-isu keselamatan makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Aktiviti Surveilan

a. Aktiviti Pensampelan Surveilan

i. Surveilan Aktif (Ad-hoc)Surveilan Aktif (ad-hoc) dijalankan bagi mengenalpasti status keselamatan makanan terkini berdasarkan notifikasi krisis makanan dari dalam dan luar negara. Pensampelan makanan akan dijalankan dengan serta-merta. Bagi tahun 2014, sebanyak tiga Surveilan Aktif (ad-hoc) telah dijalankan seperti di Jadual 4.

Bil Tajuk Aktiviti Surveilan

1/2014 Pengawasan Tahap Pembebasan Plumbum Dan Kadmium Daripada Barangan Seramik Yang Digunakan Sebagai Bekas Makanan Di Pintu Masuk Dan Kilang Seramik

2/2014 Pengawasan Tahap Kandungan Kafein Di Dalam Produk Minuman Di Pasaran Tempatan

3/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Logam Berat Dalam Air Daripada Mesin Jual Air

Jadual 4: Tajuk Aktiviti Surveilan Aktif (Ad-hoc) bagi Tahun 2014

Surveilan Terancang

Aktiviti ini dijalankan secara terancang untuk mendapatkan data asas bagi isu-isu keselamatan makanan berdasarkan trend analisis isu keselamatan makanan daripada bank informasi.

Jika terdapat pelanggaran ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di dalam sesuatu aktiviti surveilan terancang, laporan awal akan dikeluarkan kepada cawangan berkaitan mengenai status makanan tersebut agar langkah pencegahan dapat dijalankan serta-merta. Bagi tahun 2014, sejumlah 13 aktiviti Surveilan Terancang dijalankan seperti di Jadual 5.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

13

Jadual 5: Tajuk Surveilan Terancang Tahun 2014

Bil Jawatankuasa

1/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Brucella Spp. dalam Susu Kambing Segar Di Tempat Penjualan (Point Of Sales)

Pengawasan Tahap Pencemaran Mycobacterium bovis Di Dalam Susu Lembu Segar Di Tempat Penjualan (Point Of Sales)

2/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Salmonella enteritidis Di Dalam Telur Ayam Di Pasaran Tem-patan

3/2014 Pengawasan Ke Atas Kehadiran Mikroorganisma Antimikrobial Resistant (AMR) Di Dalam Ikan Dan Daging Segar Di Pasaran Tempatan

4/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Logam Berat, Organochlorine Pesticides dan Mikrobiologi Dalam Telur Penyu Di Terengganu

5/2014 Pengawasan Kandungan Logam Berat Dan Mikrobiologi Di Dalam Rumpai Laut Yang Dihasil-kan Di Malaysia

6/2014 Pengawasan Kandungan Logam Berat Dan Mikrobiologi Di Dalam Sayur-sayuran

7/2014 Penentuan Kandungan Bahan Pewarna Dalam Minuman Ringan Dan Konfeksi Gula Di Pasaran Tempatan

8/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Logam Berat, Residu Racun Perosak Dan Mikotoksin Dalam Beras Di Pasaran Tempatan

9/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Logam Berat Dan Mikrobiologi Di Dalam Susu UHT

10/2014 Pengawasan Kandungan Mineral, Vitamin, Logam Berat, Aflatoxin, Dioxin Dan Dioxin-like PCBs Dalam Susu Formula Bayi dan Susu Rumusan Susulan

11/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Melamine Dalam Susu dan Biskut

12/2014 Pengawasan Tahap Pencemaran Maleic Acid Dalam Produk Makanan Berasaskan Kanji

13/2014 Pengawasan Ke Atas Plastic Migration

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

14

b. Bank Maklumat Keselamatan Makanan

Terdapat empat (4) sumber bank maklumat keselamatan makanan.

i. Food Search

Food Search merupakan aktiviti pencarian maklumat terkini berkaitan isu keselamatan makanan melalui carian daripada lebih 90 laman sesawang di seluruh dunia. Sepanjang tahun 2014, sejumlah 1,907 isu dilaporkan mengikut lima (5) kategori utama seperti di Rajah 4.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

15

ii. Crisis Alert Team (CAT)

CAT juga merupakan sumber bagi bank maklumat keselamatan makanan yang dipantau melalui sembilan (9) media utama seperti TV1, TV3 dan NTV7 setiap hari. Sejumlah 792 keratan akhbar berkaitan isu keselamatan makanan telah dikumpulkan sepanjang tahun 2014 seperti di Rajah 5.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

16

iii. EU Rapid Alert System for Food and Feed (EURASFF)

Sistem ini membolehkan pertukaran maklumat yang pantas dan berkesan di antara negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan juga negara-negara lain apabila risiko kepada kesihatan manusia dan haiwan dikesan dalam rantaian makanan dan makanan haiwan. Jika isu tersebut melibatkan makanan atau makanan haiwan yang diimport atau dieksport, cawangan ini akan menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak yang berkaitan. Bagi tahun 2014, sejumlah 10 notifikasi telah diterima dari EURASFF seperti di Jadual 6.

Bil Tajuk Notifikasi EURASFF

1 Undeclared Nuts (Cashew Nuts) In Pesto Sauce (Pesto Verde) From Italy

2 Carbendazim (0.54 mg/kg - ppm) In Papaya From Malaysia

3 Dioxin (1.74 pg WHO TEQ/G) And Dioxin-Like Polychlorobifenyls (2.20 pg WHO TEQ/G) In Palm Kernel Fatty Acid Distillate From Malaysia

4 Unauthorized Ingredients And Allergens In Crisp From Malaysia

5 Unauthorized Substance Tadalafil (381 mg/kg – ppm) In Food Supplement From China, Via Malaysia

6 Omethoate (0.32 mg/kg – ppm) And Unauthorised Substance Carbofuran (0.01 mg/kg – ppm) In Fresh Aubergines From Malaysia

7 Methomyl (0.061 mg/kg – ppm) In Papaya From Malaysia

8 Undeclared Fish In Canned Stuffed Green Olives From Spain

9 Abnormal Smell Of Undeclared Sulphite (37.4 mg/kg – ppm) In Desiccated Coconut From Malaysia, Via Romania

10 Salmonella Indiana (Present / 25g) In Chilled And Frozen Whole Chicken, Chicken Cuts And Chicken Liver From Denmark

Jadual 6: Senarai Notifikasi EURASFF Tahun 2014

iv. Rangkaian Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Antarabangsa (INFOSAN)

International Food Safety Authorities Network (INFOSAN) merupakan satu sistem yang dibangunkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu negara-negara anggota dalam menguruskan dan menangani risiko atau ancaman keselamatan makanan. INFOSAN juga bertindak sebagai fasilitator dalam perkongsian maklumat dan pengalaman bagi menangani isu-isu keselamatan makanan. Pada tahun 2014, INFOSAN tidak mengeluarkan sebarang notifikasi atau isu keselamatan makanan yang berkaitan dengan negara ini.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

17

2. Aktiviti Penilaian Risiko

Penilaian risiko boleh digunakan dalam menangani isu keselamatan makanan termasuklah melalui penetapan standard dan mengkaji semula langkah pengawalan sedia ada untuk melindungi kesihatan pengguna. Pencapaian aktiviti penilaian risiko bagi tahun 2014 adalah seperti di dalam Jadual 7.

Aktiviti Tajuk

Penilaian pendedahan Kadmium dalam Makanan laut

Merkuri dalam Makanan laut

Asid Sorbik dalam Jem

Asid Maleik dalam Makanan

Bahan Aditif dalam Makanan bagi tujuan Harmonisasi Standard

Siklamat dalam Makanan

Kajian Kes CCAsia: Toxin XYZ

Maklumbalas input teknikal keselamatan makanan

Okratoksin A dalam Kacang Soya

Acrolein dalam Minyak Masak

Enterobacter sakazakii dalam Makanan

Parameter analysis for Vending Machine

Hydroxymethylfurfural dalam Madu

Sarcosistotis di Malaysia

Isu Keselamatan Penggunaan Polistirena

Keselamatan Penggunaan Serbuk Kas-kas

Aflatoksin dalam Makanan

Status Keselamatan Cendawan Mekah

Garis Panduan Pemakanan Wanita Hamil dan Laktasi

Kesan Penggunaan Bekas Pembungkus Makanan Polistirena

3-MCPD dalam Makanan

Kesan Guna Minyak Masak Berulang Kali

Kadmium dalam Sotong

Jadual 7: Pencapaian Aktiviti Penilaian Risiko Tahun 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

18

Jadual 7: Pencapaian Aktiviti Penilaian Risiko Tahun 2014

a. Kajian Diet Menyeluruh (TDS)

TDS dijalankan bagi tujuan menganggarkan tahap pendedahan terhadap residu bahan kimia atau bahan cemar melalui diet atau makanan yang diambil. Tahap pendedahan ini akan dibandingkan dengan Reference Health Standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa bagi mengenalpasti risiko pendedahan penduduk Malaysia terhadap sesuatu residu bahan kimia atau bahan cemar. Projek TDS ini melibatkan semua negeri di Malaysia dijalankan sekali bagi setiap dua (2) tahun. Pencapaian aktiviti TDS bagi tahun 2014 adalah seperti di dalam Jadual 8.

Aktiviti Tajuk

Ulasan Agensi ke atas Makanan Terubah Suai Genetik (GMF)

Jagung MON88017

Jagung MON89034

Kacang Soya FG72

Pembentangan Risk Assessment and Its Use di Mesyuarat Surveilan Keselamatan Makanan Bil 1/2014, 24-25 Jun 2014, Putrajaya

Case Study on Aflatoxin: Dietary Exposure and Risk Assessment in Malaysia, 11th ASEAN Food Safety Standards Harmonization Workshop, 17-18 Septem-ber 2014, Vientiane, Lao PDR

Jadual 8: Pencapaian Aktiviti TDS Tahun 2014

Aktiviti Tajuk

Projek TDS 2014/2015 Sejumlah 126 sampel makanan telah diambil yang terdiri daripada 66 sampel nasional dan 60 sampel regional.

Pembentangan Malaysia Experience on Total Diet Study, National Workshop On Total Diet Studies, 17-19 June 2014, Jakarta, Indonesia

Method for Food Sampling & Sample Preparation For Total Diet Studies, National Workshop On Total Diet Studies, 17-19 June 2014, Jakarta, Indonesia

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

19

b. Pengkalan Data Pengambilan Makanan ASEAN

Kajian Pengambilan Makanan dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai jenis dan amaun makanan yang diambil serta corak pemakanan mengikut kumpulan tertentu dalam sesebuah populasi. Data pengambilan makanan ini merupakan elemen penting yang diperlukan bagi tujuan penilaian risiko keselamatan makanan untuk membuat anggaran pendedahan terhadap kontaminan, bahan aditif dan bahan kimia lain melalui pengambilan makanan. Selain daripada itu, data ini juga boleh digunakan bagi menentukan tahap pengambilan nutrien melalui makanan yang diambil. Pencapaian aktiviti ASEAN Food Consumption Database tahun 2014 adalah seperti di dalam Jadual 9.

Aktiviti Maklumat Aktiviti

Pembentangan Updates on ASEAN Food Consumption Database di 11th ASEAN Food Safety Standards Harmonization Workshop, 17-18 September 2014, Vientiane, Lao PDR

Malaysian Adult Bahagian ini telah bekerjasama dengan Institut Kesihatan Umum bagi mengumpul data pengambilan makanan penduduk Malaysia melalui Malaysian Adult Nutrition Survey (2014). Data ini akan dimasukkan ke dalam ASEAN Food Consumption Database mengikut format yang telah ditetapkan.

Jadual 9: Pencapaian Aktiviti ASEAN Food Consumption Database tahun 2014

c. Pusat Penilaian Risiko untuk Keselamatan Makanan ASEAN (ARAC)

Mesyuarat ke-12 AHMM pada 18 September 2014 di Hanoi, Vietnam telah bersetuju dengan penubuhan ARAC di Malaysia sekaligus mengumumkan penubuhan ARAC. Mesyuarat ke-11 ASEAN Expert Group for Food Safety (AEFGS) pada 7 hingga 9 Oktober 2014 di Siem Reap, Kemboja telah bersetuju untuk membangunkan empat (4) prosedur utama dan yang mana deraf akan disediakan oleh negara seperti berikut:

• Pembangunan dan Operasi Jawatankuasa Saintifik ARAC (Indonesia)• Pembangunan dan Operasi Panel Saintifik ARAC (Filipina & Malaysia) • Keutamaan dan Pelaksanaan Penilaian Risiko (Malaysia & Thailand)• Secondment officer(s) from AMS to ARAC (Malaysia).

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

20

3. Aktiviti Seksyen Amalan Juruanalisis

Aktiviti yang dijalankan adalah berkaitan Akta Juruanalisis Makanan 2011 telah berkuatkuasa pada 15 Mac 2014.

a. Mesyuarat Pertama Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia

Mesyuarat Pertama Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia telah diadakan pada 3 Julai 2014 dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan selaku Pengerusi Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia. Seramai enam (6) orang anggota Majlis telah menghadiri mesyuarat ini yang terdiri daripada Timbalan Pengerusi iaitu Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, dua (2) orang ahli sains makanan dari Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan tiga (3) orang wakil agensi kerajaan yang melibatkan Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Standard Malaysia (DSM) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Ahli sains makanan dan wakil agensi kerajaan adalah dilantik oleh YB Menteri Kesihatan.

Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Penilaian dan Proses Pendaftaran Juruanalisis Makanan melalui mesyuarat pertama untuk membuat penilaian ke atas semua permohonan pendaftaran yang diterima serta lain-lain perkara berkaitan pendaftaran juruanalisis makanan. Jawatankuasa ini dianggotai oleh tiga (3) orang ahli yang terdiri daripada anggota Majlis dan telah dilantik oleh Pengerusi Majlis.

b. Pendaftaran Juruanalisis Makanan

Sejumlah 211 permohonan pendaftaran telah diterima pada 2014 di mana 187 pemohon telah diluluskan sebagai juruanalisis makanan berdaftar oleh Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia. Pecahan juruanalisis makanan berdaftar mengikut sektor adalah seperti dalam Rajah 6.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

21

CAWANGAN KOMUNIKASI DAN KEPENGGUNAAN

PENGENALANCawangan ini bertanggungjawab untuk menyelaras dan memantau maklumat dan aduan melalui media massa berkaitan keselamatan dan kualiti makanan serta merancang dan melaksanakan aktiviti promosi berkaitan keselamatan dan kualiti makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Pertandingan Kantin Sekolah Bersih, Selamat dan Sihat 2014

Pertandingan Kantin Sekolah Bersih, Selamat dan Sihat 2014 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah dilaksanakan untuk kantin sekolah menengah dan telah dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengiktiraf sekolah yang dapat mengekalkan kebersihan kantinnya.

2. Majlis Anugerah Kantin Sekolah Menengah Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014

Majlis Anugerah Kantin Sekolah Menengah Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014 telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan pada 2 Oktober 2014 bertempat di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor. Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan dan seribu orang tetamu. Promosi keselamatan makanan dan promosi kesihatan oleh agensi lain seperti Bahagian Kesihatan Pergigian serta pameran inovasi dari sekolah-sekolah yang bertanding turut diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

3. Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014

Majlis Anugerah Medan Selera Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014 telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan pada 13 November 2014 dan juga dihadiri oleh YB. Datuk Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertempat di Royale Chulan Kuala Lumpur. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 500 orang peserta dan pameran keselamatan makanan juga diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

4. Mesyuarat/Bengkel/Kursus Teknikal Promosi Keselamatan Makanan

• Latihan SISPEK kepada TPKN pada 21 Januari 2014• Bengkel Pembentukan Modul Promosi Keselamatan Makanan pada 20 – 23 Mei 2014• Kursus Communication Complexity & Emotional Intelligence pada 17 – 20 November 2014• Mesyuarat Perancangan dan Pelan Tindakan K&K 2015 pada 8 – 10 Disember 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

22

5. Promosi Keselamatan Makanan dengan Agensi lain

Sepanjang tahun 2014, cawangan ini telah menjalankan sejumlah 25 aktiviti promosi keselamatan makanan dalam majlis-majlis yang dianjurkan oleh agensi kerajaan seperti Bahagian Pemakanan, Agensi Nuklear Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pihak industri dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pemakanan Malaysia, Mutiara Sigma dan Utusan Malaysia.

6. Penerbitan Bahan Pendidikan

a. Modul

i. Modul Germ Busterii. Modul Panduan Penjagaan Kebersihan

dan Keselamatan Makanan untuk Pelatih Khidmat Negara

iii. Modul Pendidikan Keselamatan Makanan di PLKN

b. Risalah

i. Booklet Penggunaan Peti Sejuk Yang Betulii. Booklet Pengendalian Makanan Yang

Selamatiii. Booklet Fungsi Program Keselamatan dan

Kualiti Makanan iv. Panduan Kebersihan Diri Pengendali

Makanan

c. Poster

i. 5 Panduan Makanan Yang Selamatii. Piagam Pelanggan PKKM

d. Bahan Pameran

i. Wobbler Pendidikan Keselamatan Makananii. Pop-up HACCPiii. Pop-up GMPiv. Bunting BeSSv. Roll-up Maklumat Pelabelan mengikut

Akta Makanan 1983vi. Set bunting Ramadhan Perhati dan Pilihvii. Maskot Kuman, Mohklik, Susu Kotak

e. Jingle, Klip Video, CD

i. Filem Animasi ’Panduan Minum Susu Kotak’

ii. Filem Life Action ’Panduan Minum Susu Kotak’

iii. MeSTI (iklan radio, TVC, web video)

f. Media Massa

i. SMS Hebahan Promosi ii. Iklan akhbar Ramadhan Berita Harianiii. Pesanan Ramadhan di radio rangkaian

Astroiv. Pesanan Ramadhan di saluran radio Astrov. Sidang Media MKMPK, 11 November 2014vi. Iklan MeSTI di Rangkaian TV Media Prima

Berhadvii. Sidang Media Majlis Anugerah Kantin

Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan, 2 Oktober 2014

viii. Pengiklanan MeSTI di akhbar, radio (kerajaan dan swasta) serta laman web

ix. Slot radio di 15 negeri berkenaan topik keselamatan makanan

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

23

Bahagian Pematuhan dan Pembangunan

Industri

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

24

CAWANGAN PEMATUHAN DOMESTIK

PENGENALANFungsi Cawangan Pematuhan Domestik adalah untuk merancang, mengkaji semula dan menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Aktiviti berkenaan termasuk pensampelan makanan, pemeriksaan premis makanan, pendaftaran premis makanan, aktiviti penguatkuasaan seperti penutupan premis makanan yang tidak bersih, tindakan penyitaan bagi produk makanan yang tidak mematuhi perundangan, penyiasatan terhadap aduan yang dikemukakan dan pengurusan isu keselamatan makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makanan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Pada tahun 2014, sejumlah 120,169 premis makanan telah diperiksa dan 3,115 (2.6%) premis makanan yang tidak sanitari ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (Rajah 7).

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

25

2. Pensampelan Makanan

Pensampelan makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pada tahun 2014, sejumlah 35,848 sampel makanan telah diambil untuk dianalisa dan 1,117 (3.12%) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 8). Seramai 158 orang penjual/pengeluar produk makanan yang didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah dihadapkan ke mahkamah dengan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 273,660.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

26

3. Pemantauan Residu Racun Perosak

Pada tahun 2014, sejumlah 578 sampel (Rajah 9) telah diambil untuk analisis residu racun perosak di mana 452 sampel adalah sayur-sayuran dan 126 sampel adalah buah-buahan. Keputusan analisis pada sepanjang tahun 2014 menunjukkan bahawa tiada sampel sayur-sayuran dan sampel buah-buahan yang telah dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi Kadar Maksimum Residu (MRL) sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 16, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

27

4. Pemantauan Residu Dadah Veterinar

a. NitrofuranSejumlah 56 sampel ayam dan tujuh (7) sampel telur telah diambil untuk analisis nitrofuran pada tahun 2014 dan didapati semua sampel tidak mengandungi nitrofuran (Rajah 10).

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

28

b. Chloramphenicol Sejumlah 44 sampel ayam telah dianalisis dan didapati tiada sampel dikesan mengandungi residu chloramphenicol (Rajah 11). Manakala 18 sampel ikan yang dianalisis didapati tidak mengandungi residu chloramphenicol (Rajah 12).

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

29

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

30

iii. Beta-Agonist Sejumlah 214 sampel telah dianalisis (Rajah 13) terdiri daripada daging khinzir (97 sampel), daging lembu (14 sampel), daging kambing (2 sampel), daging kerbau (4 sampel), daging ayam (52 sampel) dan lain-lain (45 sampel). Semua sampel didapati tidak mengandungi beta-agonist

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

31

CAWANGAN IMPORTObjektif utama kawalan makanan import adalah untuk memastikan makanan yang diimport ke negara ini mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Aktiviti kawalan makanan import yang dijalankan di pintu masuk negara meliputi seperti pemeriksaan dan pensampelan konsainan makanan serta aktiviti penguatkuasaan seperti penahanan, penarikan balik, penolakan dan pendakwaan jika terdapat pelanggaran ke atas undang-undang keselamatan makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

Sesejumlah 125,936 konsainan diperiksa di mana 15,767 (12.52%) sampel telah dianalisis (Rajah 14) dan didapati 222 (1.48%) sampel didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 15). Dalam hal ini, sejumlah 81 alert makanan ke atas konsainan makanan yang tidak mematuhi dari 16 negara telah dinotifikasi kepada semua pihak negeri dan pintu masuk untuk tindakan selanjutnya.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

32

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

33

CAWANGAN INDUSTRI DOMESTIK

PENGENALANCawangan Industri Domestik bertanggungjawab dalam pengurusan dan pengendalian aktiviti pelesenan seperti Lesen Air Mineral Semulajadi (AMS), Lesen Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Lesen Mesin Jual Air (MJA). Cawangan ini juga bertanggungjawab membangunkan dan menguruskan aktiviti pensijilan kualiti makanan serta menjalankan aktiviti verifikasi di sepanjang rantaian bekalan makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Aktiviti Pelesenan

a. Pelesenan AMB/AMS

Pelesenan AMS adalah berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu pengeluaran dan pengimportan AMS di negara ini mestilah dilesenkan. Sejak peraturan ini diperkenalkan pada tahun 1992, sebanyak 94 lesen AMS telah dikeluarkan sehingga 31 Disember 2014 (Rajah 16). Daripada 71 pemegang lesen AMS yang aktif, sebanyak 38 lesen yang dikeluarkan merupakan sumber tempatan manakala selebihnya merupakan sumber luar negara. Pada tahun 2014, sebanyak empat (4) lesen baru dikeluarkan manakala tiada lesen AMS ditarikbalik atau dibatalkan.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

34

Pelesenan AMB pula berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang menetapkan bahawa lesen punca AMB adalah wajib diperolehi sebelum memulakan perniagaan. Pada tahun 2014, sebanyak 11 lesen AMB telah dikeluarkan menjadikan jumlah keseluruhan lesen AMB yang telah diluluskan sehingga kini adalah 295 (Rajah 17).

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 233 pemegang lesen AMB masih aktif menjalankan perniagaan AMB di Malaysia. Berdasarkan Rajah 18, jumlah lesen yang ditarik balik adalah sebanyak 62 lesen di mana dua (2) lesen dibatalkan pada tahun 2014. Antara punca lesen ditarik balik adalah kebanyakan pengusaha AMB tidak lagi berminat untuk meneruskan pengeluaran AMB dan sebilangan pengusaha telah membuka kilang baru di lokasi punca yang baru.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

35

b. Pelesenan Ais

Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua pengusaha kilang ais perlu mendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan yang melibatkan proses verifikasi premis serta pensampelan air dan ais. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 73 jumlah lesen telah diluluskan melibatkan 34 buah syarikat baru di seluruh negeri di mana negeri Selangor mencatatkan jumlah pengeluaran lesen tertinggi iaitu sebanyak 16 jumlah lesen diikuti negeri Perak sebanyak 14 jumlah lesen telah dikeluarkan. Pengeluaran lesen penyediaan ais mengikut negeri adalah seperti di dalam Rajah 19.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

36

c. Pelesenan MJA

Peraturan 360C, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua MJA perlu dilesenkan sebelum digunakan untuk tujuan perdagangan atau perniagaan. Aktiviti pelesenan MJA melibatkan proses verifikasi mesin serta pensampelan air dari MJA. Sepanjang tahun 2014, sebanyak 2540 permohonan telah diterima di peringkat Pejabat Kesihatan Daerah. Tiga (3) permohonan telah diluluskan di peringkat Ibupejabat.

2. Aktiviti Verifikasi Rantaian Bekalan Makanan

a. Verifikasi Keselamatan Makanan di Premis Pemprosesan Sarang Burung Walit dan Rumpai Laut

Sejumlah 96 buah premis pemprosesan sarang burung walit telah diverifikasi. Verifikasi turut dijalankan ke atas 22 buah rumah burung walit dan 15 orang tengah yang membekalkan sarang burung kepada premis pemprosesan sarang burung walit. Selain itu, verifikasi keselamatan makanan juga dijalankan ke atas 11 premis pemprosesan rumpai laut. Berdasarkan hasil verifikasi mendapati masih terdapat premis yang tidak mempunyai Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) walaupun ianya merupakan satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

b. Program Success Story of Air Tebu

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan status pematuhan keselamatan makanan dan juga memberikan pendedahan serta informasi kepada pengusaha air tebu segar berkaitan dengan keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Sebagai permulaan, program ini telah dijalankan sebagai pilot project di lima (5) buah negeri iaitu Kedah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor, Pahang dan Sabah yang telah melibatkan

11 orang pengusaha. Program ini akan dilaksanakan di semua negeri pada Tahun 2015 Dalam masa yang sama, Seksyen Rantaian Makanan telah membangunkan Garis Panduan Penyediaan dan Penjualan Air Tebu Segar sebagai panduan bagi pengusaha-pengusaha air tebu segar ke arah menghasilkan air tebu yang lebih selamat dan berkualiti. Bagi tujuan verifikasi pula senarai semak telah diwujudkan bagi membolehkan keseragaman dalam aktiviti verifikasi yang dijalankan oleh pegawai di peringkat negeri dan daerah. Program ini juga telah mendapat maklumbalas yang positif di kalangan kerajaan negeri dan usaha sedang dijalankan bagi menyerap program ini dalam aktiviti kerajaan negeri.

3. Aktiviti Pembangunan Industri

a. Pensijilan Makanan Organik

Skim pensijilan untuk produk makanan organik telah dibangunkan untuk memudahkan pihak industri makanan mematuhi kehendak ‘Peraturan 18(7), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Objektif utama skim pensijilan makanan organik adalah untuk:

• Mengiktiraf industri makanan yang menghasilkan produk makanan menggunakan bahan mentah organik.

• Memastikan pengguna dilindungi dari isu pemalsuan tuntutan label organik pada produk makanan.

• Menjamin pengguna mendapat produk makanan yang benar-benar menggunakan bahan mentah dari sumber organik dan diiktiraf.

b. Pensijilan Autentik Makanan

Secara asasnya, konsep pensijilan ini adalah berdasarkan kepatuhan produk kepada standard makanan dan verifikasi ke atas komponen utama produk yang mewakili ketulenan produk tersebut. Selain itu, verifikasi

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

37

makmal juga diperlukan bagi mengesan unsur-unsur yang ditambah secara sengaja ke dalam produk dan menjadikan produk tersebut tidak tulen. Skim ini dijangka mula ditawarkan kepada pihak industri pada tahun 2015. Skim ini dibangunkan bertujuan:

• Melindungi pengguna daripada penipuan ke atas produk makanan yang dilabelkan sebagai ’tulen’ atau yang sama maksud dengannya.

• Melindungi kepentingan industri yang menghasilkan produk makanan yang tulen.

• Memastikan kepatuhan industri makanan kepada keperluan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

c. Pembangunan sistem Electronic Food Safety Learning (EFSAL)

Kursus pendek keselamatan makanan melalui pembelajaran atas talian (e-learning) yang dinamakan EFSAL dibangunkan untuk memudahkan semua pegawai atau industri makanan mendapat latihan dan kefahaman dalam perundangan dan isu keselamatan makanan.

Sistem ini dijangka boleh digunakan mulai tahun 2015 dan ia terbahagi kepada tiga (3) komponen utama iaitu:

• Orientasi Pegawai Teknologi Makanan Lantikan Baru

• Pembelajaran berterusan anggota keselamatan dan kualiti makanan

• Pembelajaran atas talian bagi industri.

d. Kawalan Keselamatan Makanan bagi Home based food business

Dalam usaha meningkatkan kawalan keselamatan makanan yang disediakan di rumah bagi tujuan jualan, Panduan Penyediaan Makanan Di Rumah Secara Selamat telah dibangunkan. Kandungan utama buku ini

dibangunkan. Kandungan utama buku ini adalah tatacara penyediaan dan pengendalian makanan di rumah secara selamat, samada untuk dihidang kepada keluarga atau untuk memenuhi tempahan jika ada.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

38

CAWANGAN PRE-MARKET APPROVAL

PENGENALANCawangan Pre-Market Approval bertanggungjawab dalam pelaksanaan Skim Pensijilan Jaminan Keselamatan Makanan seperti HACCP, GMP dan MeSTI untuk membantu industri makanan menghasilkan produk yang mampu berdaya saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Selain itu, cawangan ini juga bertanggungjawab dalam merancang, menjalankan, memantau dan menilai aktiviti-aktiviti perkhidmatan makanan seperti pengiktirafan Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM), pengiktirafan BeSS (Bersih, Selamat dan Sihat) kepada pengusaha outlet premis makanan dan juga aktiviti keselamatan makanan dalam mengurangkan kejadian keracunan makanan.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Audit dan Pensijilan

a. Skim Pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP)

Sehingga Disember 2014, sejumlah 308 buah industri makanan yang mendapat pengiktirafan di bawah Skim Pensijilan HACCP, Kementerian Kesihatan Malaysia. Rajah 20 menunjukkan pencapaian pengeluaran sijil HACCP mengikut tahun.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

39

b. Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Baik (GMP)

Sehingga Disember 2014, sejumlah 226 buah syarikat telah mendapat pengiktirafan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu industri dalam meluaskan pasaran mereka. Rajah 21 menunjukkan pecahan pengeluaran sijil GMP mengikut tahun.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

40

c. Skim Pensijilan MeSTI / NBOS

“Makanan Selamat Tanggungjawab Industri” (MeSTI) adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M). Skim ini diperkenalkan untuk memudahkan pihak industri terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk memenuhi keperluan-keperluan yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Melalui Skim Pensijilan MeSTI, premis makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan. PJKM merupakan amalan terancang yang didokumentasikan dan merangkumi elemen-elemen utama seperti kawalan premis, kawalan operasi dan kebolehkesanan. Sebanyak 1,249 buah premis makanan telah berjaya mendapat Skim Pensijilan MeSTI sejak ia mula dilaksanakan iaitu pada tahun 2012 sehingga 2014. Rajah 22 menunjukkan bilangan pengeluaran sijil MeSTI mengikut tahun.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

41

2. Perkhidmatan Makanan

a. Skim Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

Skim pengiktirafan ini bersifat sukarela dan percuma sebagai insentif kepada pengusaha premis outlet makanan menyediakan makanan yang selamat dan sihat kepada pelanggan. Sehingga kini, sejumlah 298 outlet makanan telah berjaya mendapat pengiktirafan BeSS semenjak ia dilaksanakan pada tahun 2013 (Rajah 23)

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

42

b. Aktiviti Keselamatan Makanan di Sekolah

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah adalah merupakan salah satu strategi bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan di antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sejak tahun 2008. Pelaksanaan program ini bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan. Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kantin/dapur asrama sekolah melibatkan perkongsian tanggungjawab dimana pihak kontraktor/pengusaha perlu menjalankan pemeriksaan sendiri dan tahap kebersihan premis dipantau secara terus oleh pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), KPM dan KKM secara berkala. Rajah 24 menunjukkan bilangan sekolah yang melaksanakan KENDIRI pada 2014.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

43

c. Aktiviti Keselamatan Makanan di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Program KENDIRI telah diperluaskan pelaksanaannya di dapur Kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 dan elemen-elemen penilaiannya diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan premis. Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kem PLKN melibatkan perkongsian tanggungjawab di mana pihak pengusaha kem perlu menjalankan pemeriksaan sendiri setiap hari dan tahap kebersihan premis dipantau secara terus oleh Timbalan Komandan Pengurusan Kem PLKN, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan KKM secara berkala.

d. Pemantauan Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Pemantauan pelaksanaan PS1M telah dijalankan mengikut Prosedur Pemantauan Mekanisme Kawalan Pengedaran PS1M. Aktiviti pemantauan merangkumi kawalan keselamatan susu UHT di peringkat kilang pemprosesan, gudang/ tempat penyimpanan dan stor/ tempat penyimpanan di sekolah Pada 2014, sebanyak tiga (3) kilang pemprosesan tempatan dan satu (1) kilang pemprosesan luar negara di Thailand telah diberikan kelulusan bagi tujuan pembekalan susu di bawah PS1M dan audit pemantauan ke atas kilang tersebut dijalankan sebanyak dua (2) kali setahun. Verifikasi ke atas sejumlah 26 buah gudang penyimpanan telah dijalankan untuk tujuan kelulusan sebelum pembekalan dilaksanakan.

Bagi memastikan keselamatan susu UHT yang dibekalkan, pensampelan pelepasan dijalankan di peringkat gudang sebelum susu diedarkan ke sekolah-sekolah. Manakala, pensampelan pemantauan pula dijalankan di semua peringkat pengedaran dari semasa ke semasa

sebagai langkah bagi mengesan sebarang masalah di sepanjang rantaian. Sejumlah 3,775 sampel telah diambil untuk tujuan analisis di kedua-dua peringkat pensampelan.

e. Program Latihan Pengendali Makanan

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri dan premis makanan dan seterusnya mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara ini. Sejumlah 187,552 orang pengendali makanan telah dilatih oleh 225 Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) pada 2014 dan Rajah 25 menunjukkan bilangan pengendali makanan dilatih oleh SLPM mengikut negeri. Di samping itu, Seramai 143 orang telah berjaya dalam penilaian pengajaran Kursus Wajib Tenaga Pengajar yang telah diadakan sebanyak empat (4) sesi iaitu pada bulan Mei, Julai, Oktober dan Disember 2014. Sehingga tahun 2014, seramai 403 orang daripada 976 orang tenaga pengajar yang telah diiktiraf oleh KKM aktif mengendalikan Kursus Latihan Pengendali Makanan.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

44

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

45

CAWANGAN EKSPORT

PENGENALANCawangan ini bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti-aktiviti kawalan rasmi yang dijalankan adalah mengikut keperluan negara pengimport.

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

1. Pelaksanaan Kawalan Rasmi Bagi Tujuan Eksport Ikan Dan Hasilan Ikan Ke Kesatuan Eropah (EU)

a. Kelulusan Premis Eksport, Kenderaan Pengangkutan, Pengeluar Ais, Stor Sejuk Beku, Premis Bahan Mentah Separa Proses dan Sumber Bahan Mentah Yang Diimport

Sejumlah 22 premis pemprosesan, 35 kenderaan pengangkutan, tiga (3) punca ais dan satu (2) stor sejuk beku telah diluluskan. Audit pengawasan turut dijalankan ke atas semua premis pemprosesan, kenderaan pengangkutan, punca ais dan stor sejuk beku yang telah diluluskan.

b. Pelaksanaan Pelan Pemantauan

Sejumlah 570 sampel produk akhir hasilan ikan, 217 sampel hasil tangkapan ikan dan 120 sampel air dan ais telah diambil bagi program pemantauan 2014 dan semua tindakan pembetulan telah pun diambil ke atas pelanggaran yang dikesan.

c. Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke EU

Sejumlah 367 Sijil Kesihatan telah dikeluarkan oleh BKKM melibatkan sebanyak 3,312.4 metrik tan ikan dan hasilan ikan berjumlah RM 56 juta.

d. Pengukuhan Kawalan Rasmi

EU Management System for Official Control of Food Export of Fish and Fishery Products to EU (FExOC) telah dibangunkan dan sistem tersebut telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2014. Objektif sistem ini dibangunkan adalah untuk mengukuhkan kawalan rasmi yang dilaksanakan oleh BKKM di mana semua maklumat mengenai program pemantauan dan juga audit pengawasan bagi semua kemudahan perikanan yang telah diluluskan termasuk rapid alert system dan pengeluaran sijil kesihatan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan diintegrasikan ke dalam sistem ini.

2. Eksport Ikan dan Hasilan Ikan Ke Amerika Syarikat

a. Penyenaraian Premis Pemprosesan Ikan dan Hasilan Ikan Yang Mematuhi Keperluan Amerika Syarikat

Sejumlah 29 premis pemprosesan telah disenaraikan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan ke USA. BKKM juga telah menjalankan audit pengawasan ke atas semua premis pemprosesan tersebut.

b. Pelaksanaan Program Pemantauan

Sejumlah 302 sampel ikan dan hasilan ikan telah diambil di bawah Program Pemantauan Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Amerika Syarikat dan tiada pelanggaran dikesan.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

46

3. Eksport Ikan Dan Hasilan Ikan Ke Rusia

BKKM sedang di peringkat akhir penyediaan draf Memorandum of Understanding between Government of Malaysia and Government of Russian Federation on Exportation and Safety of Fish and Seafood Products for Human Consumption from Malaysia to Russian Federation.

Selain itu, sejumlah 226 sampel untuk Fishery End Products Monitoring Program dan 18 sampel untuk Capture Fishery Monitoring Program telah diambil di premis yang berminat mengeksport ikan dan hasil ikan ke Rusia.

4. Eksport Produk Makanan Berasaskan Haiwan Ke Vietnam

Sejumlah enam (6) premis pemprosesan yang telah diluluskan dan disenaraikan oleh pihak National Agro-Forestry-Fisheries Quality Assurance Department (NAFIQAD), Vietnam (NAFIQAD) bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke negara tersebut pada 2014 dan menjadikan jumlah keseluruhan premis pemprosesan yang dibenarkan mengeksport ikan dan hasilan ikan ke negara tersebut adalah 40 premis. Selain itu, sebanyak 3 premis pemprosesan telah disenaraikan oleh pihak NAFIQAD bagi tujuan pengeksportan daging dan hasilannya ke Vietnam.

5. Pengeksportan Sarang Burung Walit ke China

Pihak Certification and Accreditation Administration of the People’s Republic of China (CNCA) telah menjalankan misi pemeriksaan ke atas premis pemprosesan sarang burung walit di Malaysia mulai 7 Julai hingga 17 Julai 2014 bagi menilai status kepatuhan premis tersebut terhadap keperluan eksport yang ditetapkan oleh negara China. Walau bagaimanaun, Malaysia masih belum menerima keputusan Misi Pemeriksaan tersebut daripada pihak CNCA.

Di samping itu, sejumlah 166 sampel sarang burung walit dan 53 sampel air telah diambil oleh BKKM

di premis pemprosesan sarang burung walit bagi tujuan pemantauan.

6. Pengeksportan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran Sedia Dimakan / Diproses Secara Minimum ke Singapura

Terdapat enam (6) kategori makanan proses sedia dimakan untuk dieksport ke Singapura iaitu kuih muih (traditional cake), nasi lemak dan makanan mudah rosak yang lain, kuih bulan, formula bayi. bijirin bayi dan produk kering dari kacang soya. Sejumlah 27 premis pemprosesan telah disenaraikan sebagai premis pengeskport makanan proses sedia dimakan ke Singapura pada tahun 2014 setelah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Guideline for Ready-To-Eat / Minimally Processed Fruits and Vegetable. Di samping itu, sebanyak satu (1) premis pemprosesan telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM untuk mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran sedia dimakan atau yang diproses secara minimum ke Singapura.

7. Pengeksportan Kelapa yang Diproses Secara Minimum ke Singapura

Sejumlah enam (6) premis pemprosesan yang memproses kelapa secara minimum telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM.

8. Pengeksportan Tebu yang Diproses Secara Minimum ke Singapura

Sejumlah dua (2) premis pemprosesan yang memproses tebu secara minimum telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM.

9. Pengeksportan Durian Beku ke China

Semenjak tahun 2011 sehingga 2014, sejumlah sembilan (9) premis pemprosesan telah diluluskan oleh pihak General Administration of Quality Supervision Inspection and Quarantine (AQSIQ) bagi tujuan eksport durian beku ke China. Di samping itu, sebanyak empat sampel durian sejukbeku dan tiga sampel air dipremis durian sejukbeku telah diambil oleh BKKM bagi tujuan pemantauan dan

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

47

tiada pelanggaran dikesan.

10. Misi Pemeriksaan bagi Pengeksportan Susu dan Hasilan Tenusu ke China

Negara China telah menetapkan keperluan bahawa semua premis pemprosesan bagi produk susu dan hasilan tenusu yang mengeksport produk ke China perlu berdaftar dengan CNCA berkuatkuasa mulai 1 Mei 2014.

Pihak CNCA telah menjalankan misi pemeriksaan ke atas premis pemprosesan susu dan hasilan tenusu di Malaysia pada 30 Jun – 4 Julai 2014 dan hasil daripada misi pemeriksaan tersebut, tiga (3) premis pemprosesan iaitu Kerry Ingredients (M) Sdn. Bhd. yang terdiri daripada dua (2) premis pemprosesan dan premis pemprosesan F&N Dairies Manufacturing Sdn. Bhd. telah diberi kelulusan untuk menjalankan pengeksportan produk mereka ke China.

11. Pengeluaran Sijil Eksport Selain Ikan dan Hasilan Ikan ke EU

Sejumlah 33,163 Sijil Kesihatan dan 3,170 Sijil Penjualan Bebas telah dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah untuk pengeksportan produk makanan ke EU di samping tiga(3) Sijil Non Genetically Modified Food (Non-GMF).

12. Latihan

Latihan berkaitan Air dan Ais telah dijalankan di Pusat Latihan Arachem, Kuala Lumpur pada 9 Disember 2014. Tujuan latihan diadakan adalah bagi meningkatkan keupayaan pegawai yang terlibat dalam kawalan rasmi bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan.

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

48

GALERI FOTO

Hari Susu Sekolah Sedunia Peringkat Kebangsaan 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

49

GALERI FOTO

Majlis Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Kebangsaan 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

50

GALERI FOTO

Expo Makanan Selamat 2014

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

51

GALERI FOTO

ACARA KAYUHAN “FOOD SAFETY FIRST” BERSAMA DYTM RAJA MUDA PERLIS

BAHAGIAN KESELAMATAN & KUALITI MAKANAN LAPORAN TAHUNAN 2014

52

Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Menara PrismaNo. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya,Malaysia.

Tel: 03-8885 0797Faks: 03-8885 0790

Laman web: http://fsq.moh.gov.myFacebook.com/BKKMHQ

Twitter.com/BKKMPutrajaya