kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · kelapa...

24

Upload: others

Post on 09-Apr-2020

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Page 2: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Page 3: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Kandungan

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. PENGENALAN 1

2. TUJUAN 2 3. DEFINISI 3

4. MAKLUMAT YANG DIBENARKAN 5 PADA IKLAN MAKANAN

5. PERKARA YANG DILARANG PADA 6 IKLAN MAKANAN

6. KETIDAKPATUHAN 17

7. KHIDMAT NASIHAT PENGIKLANAN 18 PERTANYAAN 19

Page 4: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Pengiklanan merupakan kaedah yang paling mudah untuk mempromosi produk makanan bagi pengeluar makanan untuk membekalkan maklumat tentang produk mereka. Para pengguna boleh menilai kualiti setiap produk sebelum membuat pembelian.

Sejak lebih 25 tahun yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mewartakan Akta Makanan 1983, diikuti dengan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dengan objektif utamanya untuk melindungi orang awam daripada bahaya kesihatan akibat makanan dan penipuan dalam penghasilan, penjualan dan penggunaan bahan makanan. Sehingga kini, telah banyak pindaan dibuat ke atas Akta dan Peraturan ini sebagai respon kepada perkembangan peraturan global, perkembangan teknologi dalam industri makanan dan keperluan pengguna.

Selari dengan perkembangan teknologi di dalam penghasilan produk makanan, pengiklanan dilihat semakin pesat untuk meningkatkan pemasaran sesuatu produk. Namun, pengiklanan yang keterlaluan boleh mengelirukan pengguna. Sehubungan dengan itu, garis panduan pengiklanan makanan ini diwujudkan agar membolehkan pihak industri membuat pengiklanan produk makanan secara beretika disamping membimbing pengguna dalam membuat pilihan makanan yang lebih baik.

Garis panduan ini dibangunkan untuk menjelaskan peruntukan di bawah Seksyen 17, Akta Makanan 1983 mengenai keperluan pengiklanan makanan. Ia boleh dijadikan rujukan agar mana-mana garis panduan penyiaran yang dikeluarkan oleh agensi lain tidak bercanggah dengan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia. Garis Panduan ini tidak terikat kepada undang-undang dan perlu dibaca bersama dengan undang-undang atau peraturan-peraturan lain yang relevan. Bagi tujuan interpretasi perundangan, pembaca perlu merujuk kepada pewartaan yang telah diterbitkan dengan nasihat daripada penasihat undang-undang.

PENGENALAN1.

1

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 5: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

TUJUAN2.

2

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

b.

b.

a.

2.1 Tujuan utama garis panduan ini adalah untuk memastikan pengiklan makanan bertanggungjawab mematuhi keperluan perundangan dalam usaha mempromosikan makanan kepada orang awam dan agar tidak mengelirukan pengguna.

Pengiklan/pihak industri agar bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang iklan yang dikeluarkan dengan tidak mengeluarkan iklan-iklan yang palsu dan mengelirukan pengguna.

Mana-mana pegawai berkuasa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturannya mengenai pengiklanan makanan.

Pengguna agar memahami keperluan bagi melindungi dan memelihara kepentingan pengguna daripada maklumat yang tidak tepat, keterlaluan, berkemungkinan memperdayakan dan mengeksploitasikan kekurangan pengetahuan pengguna terhadap sesuatu produk makanan.

Garis panduan ini adalah sebagai salah satu rujukan kepada:2.2

Page 6: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

DEFINISI3.

Meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan secara langsung atau secara tidak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan makanan, sebagai contoh :

Iklan

Media cetak

Pekeliling

Laporan

Ulasan

RisalahLabel

Pembungkus

Logo

Notis

Apa-apa pengumuman

secara lisan atau menggunakan cahaya atau bunyi dan apa-apa bentuk atau cara

pengiklanan lain.

Apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisanatau menggunakan

pembungkus logo; dan

.................

....

....

.

Media elektronik

3

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Definisi yang terlibat di dalam garis panduan ini adalah seperti di bawah.

Page 7: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Meliputi setiap barang yang digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang digunakan dalam penyediaan makanan atau minuman dan meliputi gula-gula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, gula-gula atau benda-benda kunyahan itu (Rujukan: Peraturan-Peraturan Makanan 1985).

Jururawat, pembantu hospital, pembantu perubatan, bidan, pegawai katering atau pekerja lain yang bekerja di dalam sistem penjagaan kesihatan.

Merupakan satu pernyataan atau pengakuan atau gambaran secara langsung atau secara tersirat yang dikeluarkan oleh mana-mana individu berkenaan keberkesanan sesuatu produk.

Merupakan sokongan rasmi atau kelulusan dengan kebenaran badan yang berkaitan.

Pentadbir hospital, doktor perubatan, pegawai pemakanan, pegawai teknologi makanan, pegawai dietetik, pegawai farmasi, pegawai pendidikan kesihatan, pekerja sosial perubatan dan penyelia jururawat (atau gelaran yang lain) yang bekerja di dalam sistem penjagaan kesihatan.

Anggota Kesihatan

Profesional Kesihatan

Perakuan

Pengendorsan

Makanan

Apa-apa pengumuman yang dibuat secara lisanatau menggunakan

pembungkus logo; dan

4

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 8: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

4.MAKLUMAT YANG DIBENARKAN PADA IKLAN MAKANAN

Antara maklumat yang dibenarkan di dalam sesuatu iklan adalah seperti berikut:

Iklan makanan hendaklah mengandungi maklumat tepat, benar, boleh dipercayai, bermaklumat dan boleh dibuktikan.

Iklan makanan tidak boleh secara tersirat, tidak jelas atau menokok tambah, mengelirukan atau memperdayakan atau mungkin mengelirukan atau mungkin memperdayakan, menyalah guna keyakinan atau mengeksploitasi kekurangan pengetahuan, pengalaman, mitos atau rasa takut kepada pengguna.

Iklan makanan juga hanya membenarkan akuan pemakanan yang tersenarai dalam subperaturan 18A(3) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 serta mematuhi semua kriteria / syarat / peruntukan / keperluan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan harus konsisten dengan maklumat pada label atau pembungkusan makanan.

Akuan kandungan nutrien;

Akuan perbandingan nutrien;

Akuan fungsi nutrien; dan

Akuan untuk memperkaya, memperkuat, atau perkataan lain yang mempunyai pengertian yang serupa sebagaimana yang dinyatakan dalam sub peraturan (7) peraturan 26.

5

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

c.b.

a.

d.

Akuan pemakanan yang dibenarkan adalah:

4.1

4.2

4.3

4.4

Page 9: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

5.PERKARA YANG DILARANG PADA IKLAN MAKANAN

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Antara maklumat yang tidak dibenarkan berkaitan iklan dibawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 seperti berikut:

Iklan makanan tidak boleh mempunyai sebarang kenyataan atau fakta yang:

Contoh:

Contoh:

b.

a.

• Iklan yang menyatakan dengan mengambil sesuatu produk, tidak perlu lagi mengambil buahan/sayuran.

• Iklan yang membayangkan bahawa dengan mengambil produk ini, pengguna tidak perlu bersenam dan mengambil makanan seimbang.

5.1

Bercanggah dengan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia seperti Garis Panduan Diet Malaysia.

Secara tak saksama mencemar nama baik, memperkecil-kecil atau menyerang produk, iklan atau syarikat lain atau menokok tambah hal sebenar, asal usul atau kepentingan perbezaan kompetitif.

Iklan makanan tidak seharusnya mengandungi apa-apa pernyataan sama ada secara tersurat atau tersirat memperkecil mana-mana produk, perkhidmatan atau pengiklan dengan cara yang tidak adil atau mengelirukan.

Iklan makanan tidak seharusnya menyelar atau memburukkan produk, pengiklan atau iklan yang lain sama ada secara langsung ataupun secara implikasi.

Iklan makanan tidak boleh menokok tambah kelebihan sesuatu produk atau asal-usul produk tersebut.

6

Hanya produk makanan ini yang dijamin berkualiti berbanding produk lain.

Hanya produk makanan ini yang mengandungi rendah lemak berbanding produk lain.

Satu-satunya produk yang disahkan selamat.

Page 10: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Iklan makanan tidak boleh mengiklankan sesuatu yang bersifat testimonial, pengendorsan atau mewakili pendapat atau keutamaan mana-mana individu atau persatuan.

i) Sebarang iklan yang mempunyai testimonial adalah tidak dibenarkan kerana tiada individu berkelayakan untuk memberikan testimonial. Ianya juga tidak berdasarkan bukti secara saintifik dan sering ditokok tambah berkenaan kelebihan sesuatu produk. Selain itu, tiada badan berkelayakan yang dapat mengesahkan bahawa testimonial tersebut adalah benar.

ii) Testimonial terhadap keberkesanan produk juga tidak dapat disahkan kerana pengguna turut mengambil pelbagai makanan lain sepanjang penggunaan produk tersebut. Selain itu, testimonial tidak dibenarkan kerana kesan produk makanan kepada individu adalah berbeza kepada individu yang lain.

iv) Mana-mana profesion termasuk profesional kesihatan dan anggota kesihatan tidak dibenarkan membuat testimonial kerana terikat dengan etika profesionalisma.

7

Contoh:

5.2

• Pengakuan pengguna berkenaan keberkesanan

produk.

• Gambar/lakaran atau gambaran secara langsung atau secara tersirat yang menunjukkan keberkesanan sesuatu produk.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 11: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Walau apa pun perkara 5.2, pengendorsan oleh pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab bagi pengendorsan tersebut dibenarkan dengan syarat bahawa makanan itu menepati kehendak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan mengenai pengendorsan tersebut.

i) Pengendorsan oleh pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab seperti BERNAS, LEMBAGA KOKO, LEMBAGA NANAS, FAMA, MPOB dan lain-lain yang berkenaan.

Agensi Bidang/Komoditi

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Beras

Lembaga Koko Malaysia KokoLembaga Nanas Malaysia NanasLembaga Pemasaran Malaysia (FAMA)

Buahan dan sayuran

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Kelapa sawit

Kementerian Kesihatan Malaysia Produk OrganikJabatan Perkhidmatan Veterinar Standard telur (Gred

AA, A, B, C dll)

8

Contoh:

5.3

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 12: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

ii) Sekiranya terdapat pengendorsan pernyataan atau logo daripada badan-badan di luar negara seperti USFDA, EFSA, HPB Singapore (HEALTHIER CHOICE) atau lain-lain, pengendorsan pernyataan atau logo tersebut tidak boleh digunakan melainkan mendapat pengendorsan daripada pihak berkaitan di dalam Negara. Logo badan-badan yang memberi pengendorsan daripada luar negara juga tidak dibenarkan.

iii) Pernyataan/logo produk yang mematuhi HACCP, GMP, MESTI, SIRIM dan HALAL adalah merupakan bentuk pengendorsan dan memerlukan sijil yang sahlaku sebagai bukti. Walau bagaimanapun, pernyataan produk 1 MALAYSIA, Buatan Malaysia bukan merupakan bentuk pengendorsan.

iv) Penggunaan pernyataan atau logo seperti “SUPER BRAND”, “PRODUK MUSLIM”, “MIFT AWARD”, “Product Islamic Manufacturing Practice (IMP)” atau apa-apa yang serupa dengannya perlu dibuktikan dengan sijil oleh badan yang berkaitan. Tempoh penggunaan tersebut juga perlu sah dan selari dengan tempoh yang dinyatakan pada sijil berkenaan.

v) Pengendorsan dalam bentuk pernyataan atau gambar/logo oleh badan professional atau profesional kesihatan dan anggota kesihatan tidak dibenarkan kerana tiada sesuatu badan yang boleh mengesahkan pengendorsan produk makanan tersebut kecuali diperakukan oleh badan bertanggungjawab.

9

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 13: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

10

Contoh:

vi) Walau apapun perkara 5.3 (v), individu yang berpengaruh termasuk profesional/chef/atlet/selebriti dibenarkan terlibat di dalam iklan makanan dengan syarat:

Contoh perkataan yang berkaitan penggredan, kualiti atau kelebihan sesuatu makanan:

QualityBERKUALITIPremium Mendapat

KELULUSAN KKM

Menggunakan nombor rujukan

surat pengkelasan, surat pelabelan

5.4

• Tidak menyalahi perkara 4.1, 4.2 dan 4.3 dalam garis panduan ini.

• Membuat kenyataan yang tidak menjejaskan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Guaranteed

vii) Profesional atau badan profesional yang terlibat dengan “road show” atau program yang dianjurkan oleh mana-mana syarikat makanan adalah tidak termasuk di bawah Seksyen 17 (Iklan), Akta Makanan 1983 selagi mereka tidak mempromosikan produk makanan tersebut.

Iklan makanan tidak boleh mempunyai apa-apa perkataan yang menyatakan penggredan, kualiti atau kelebihan atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai maksud yang sama melainkan jika perihalan penggredan kualiti itu menepati perihalan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang bertanggungjawab bagi penggredan tersebut.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 14: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Tidak boleh menggambarkan prestasi dalam pengajian.

Tidak boleh mengandungi bahan bertulis atau gambar yang berkaitan akuan fungsi yang tidak dibenarkan.

Iklan makanan tidak boleh mempunyai perkataan “tulen” atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama kecuali mematuhi kriteria berikut:

Makanan tersebut adalah dari kekuatan, ketulenan atau kualiti yang ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Bebas daripada apa-apa bahan tambahan lain selain daripada bahan tambahan yang diperlukan dalam pemprosesan makanan tersebut. (tiada aditif makanan)

11

5.5

5.6

b.

b.

a.

a. • Gambar mentol yang menyala, markah

yang cemerlang, A+, mortar board graduasi dan lain-lain bagi produk susu

Contoh:

Contoh:

Contoh:

• Imej badan ramping (slim) dengan pita pengukur, gambar

otak, gambar jantung dan lain-lain bagi produk susu

Kopi pracampuran tulen x Tidak

dibenarkan.

Dibenarkan.Madu ASLI

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Iklan makanan tidak boleh mempunyai bahan bertulis, bahan bergambar atau lain-lain yang terdapat pada atau yang dipasang pada, atau dibekalkan atau dipaparkan termasuk apa-apa yang salah, tidak jelas, mengelirukan, kenyataan mengelirukan / tuntutan, perkataan, jenama, gambar, atau tanda berupa menunjukkan keaslian, kestabilan, kuantiti, kekuatan, ketulenan, komposisi, berat, negara asal, umur, kesan, atau perkadaran makanan atau apa-apa ramuan daripadanya termasuklah seperti berikut:

A+

Page 15: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

12

5.7 Iklan makanan dilarang memasukkan apa-apa akuan berikut:

Yang menyatakan bahawa mana-mana makanan tertentu akan menyediakan sumber yang mencukupi bagi semua nutrien yang penting, kecuali sebagaimana yang dibenarkan sebaliknya dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985;

i) Iklan makanan tidak boleh menggambarkan produk tersebut secara tunggal sebagai hidangan lengkap.

ii) Membayangkan bahawa mengambil produk tersebut secara tunggal adalah lengkap dan boleh menggantikan pengambilan makanan lain atau menjejaskan kepentingan memakan pelbagai makanan.

b.

a.

Yang membayangkan bahawa memakan diet seimbang atau gabungan pelbagai jenis makanan tidak dapat mengekalkan jumlah yang mencukupi bagi semua nutrien;

i) Iklan makanan tidak boleh memperkecilkan amalan pemakanan yang baik

Contoh:

Contoh:

• Produk ini dapat memberikan semua vitamin dan mineral yang diperlukan kepada badan

• Tiada jaminan memakan diet seimbang boleh mendapatkan zat yang mencukupi,

• Membayangkan bahawa pengambilan amalan pemakanan yang baik masih tidak memadai sekiranya tidak mengambil produk makanan tersebut.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 16: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Tentang kesesuaian sesuatu makanan untuk kegunaan dalam pencegahan, pengurangan, perawatan atau penyembuhan penyakit, gangguan atau keadaan fisiologi tertentu, kecuali sebagaimana yang dibenarkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini;

13

c.

d.

Yang tidak dapat disahkan;

i) Hanya akuan yang diluluskan sahaja dibenarkan untuk diiklankan. Akuan selain daripada yang diluluskan adalah dianggap tidak dapat disahkan

Contoh:

• Clinically tested/ proven• Extensive research• Scientifically proven• Makanlah produk ABC untuk menjadikan kulit anda

gebu, putih dan menawan• Produk DEF boleh membuatkan badan terasa segar

ketika bangun pagi

Contoh:

Produk ini membantu bagi individu yang mudah letih.

Produk ini boleh merawat dan

menyembuhkan sakit jantung.

Produk ini boleh mengurangkan

risiko sakit jantung.

Produk ini boleh membantu bagi individu

yang sakit sendi,sakit otot.

Produk ini boleh membantu individu yang penghadaman

lemah.

Produk ini sesuai untuk mencegah

sakit jantung

Produk yang dijamin berkesan

mengatasi masalah anda

Produk ini boleh mengatasi masalah

kegemukan.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 17: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Yang boleh menimbulkan keraguan tentang keselamatan makanan yang serupa atau menimbulkan atau mengeksploitasikan rasa takut pada pengguna;

14

e.

f. Yang merujuk kepercayaan karut atau apa-apa rujukan tentang objek mitos yang mempunyai kuasa ghaib.

Contoh:

Contoh:• Air penawar segala penyakit

• Air mujarab

Hanya produk makanan ini mengandungi bahan aditif yang disahkan selamat untuk digunakan.

Bebas GMO (GMO free)

Produk ini tidak mengandungi bahan yang diubahsuai secara genetik.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 18: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

15

5.8

5.9

Iklan makanan tidak boleh mengandungi perkataan “organik”, “biologikal”, “ekologikal”, “biodinamik” atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama melainkan jika makanan itu mematuhi:

i) Kehendak atau kriteria yang telah ditetapkan atau diiktiraf oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

ii) Contoh pernyataan yang dibenarkan:

Iklan makanan tidak boleh mengandungi perkataan “campuran sebatian”, “berubat”, “tonik” atau “kesihatan” atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Contoh:

• Minuman tonik/minuman untuk tujuan perubatan

• Minuman/ makanan kesihatan

• Susu lembu organik.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Contoh: Sayur organik

Makanan Organik

Dihasilkan secara organik

Tanaman organik

Susu lembu

organik

Page 19: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

16

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Makanan itu mengandungi suatu kumpulan nutrien yang termasuk karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral;

Makanan itu mengandungi amaun tenaga yang melebihi 40 kcal bagi setiap 100 g atau 20 kcal bagi setiap 100 ml;

Makanan itu mengandungi sumber protein yang tidak kurang daripada 5 g bagi setiap 100 g atau 2.5 g bagi setiap 100 ml;

Makanan itu mengandungi sekurang-kurangnya empat vitamin pada amaun yang memenuhi kriteria untuk diakui sebagai sumber dan dua mineral (tidak termasuk natrium) pada amaun yang memenuhi kriteria untuk diakui sebagai sumber.

5.10

5.11

Iklan makanan dilarang mengandungi perkataan “berkhasiat” atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama (contoh: bernutrisi, nourish, nutritive) kecuali memenuhi syarat tersebut:

b.

a.

c.

d.

Sila rujuk Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan oleh Bahagian Pemakanan,

Kementerian Kesihatan Malaysia

Iklan makanan dilarang bagi Rumusan Bayi dan Rumusan Susulan. Apa-apa perkara yang terdapat pada atau dilekatkan pada atau dibekalkan dengan apa-apa bungkusan rumusan bayi atau rumusan susulan tidak boleh mengandungi apa-apa maklumat tentang promosi atau iklan keluaran produk yang lain.

Page 20: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

6.

bagi kegagalan mematuhi kehendak

pengiklanan makanan boleh dikenakan

kompaun dan denda iaitu tidak melebihi

17

KETIDAKPATUHAN

RM 10,000.00 atau penjara tidak melebihi

tiga (3) tahun.

PENALTI

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 21: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

7.

18

KHIDMAT NASIHAT PENGIKLANAN MAKANAN

Perkhidmatan permohonan Khidmat Nasihat Pengiklanan ada ditawarkan kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pengiklanan secara pilihan (tidak mandatori).

Khidmat Nasihat Pengiklanan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia supaya pihak industri dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang peruntukan pengiklanan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang perlu dipatuhi pada iklan produk makanan.

Khidmat Nasihat Pengiklanan bertujuan untuk memaklumkan kepada pihak industri mengenai kesalahan secara terperinci pada iklan makanan.

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 22: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Pengarah KananBahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan MalaysiaAras 4, Menara Prisma62675 Putrajaya

19

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada:

Tel : (03) - 8885 0797 Fax : (03) - 8885 0790Website : http://fsq.moh.gov.my

GARIS PANDUAN PENGIKLANAN MAKANAN 2018

Page 23: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Page 24: Kandungan - fsq.moh.gov.myfsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=176e71e0493652e6278e160… · Kelapa sawit Kementerian Kesihatan Malaysia Produk Organik Jabatan Perkhidmatan Veterinar