laporan-tahunan-2013-bm-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · cawangan...

64
2013 LAPORAN TAHUNAN

Upload: trannguyet

Post on 03-Apr-2019

248 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 1

2013LAPORAN TAHUNAN

Page 2: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 20132

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

i. CAWANGAN POLISI DAN PENYELIDIKAN

ii. CAWANGAN STANDARD DAN CODEX

iii. CAWANGAN MAKMAL

iv. CAWANGAN SURVEILLAN

v. CAWANGAN KOMUNIKASI DAN KEPENGGUNAAN

vi. CAWANGAN PEMATUHAN DOMESTIK

vii. CAWANGAN INDUSTRI DOMESTIK

viii. CAWANGAN IMPORT

ix. CAWANGAN EKSPORT

3

5

12

21

24

37

42

50

57

60

Page 3: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 3

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) merupakan satu program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai aktiviti keselamatan dan kualiti makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan. Objektif utama adalah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mempermudahkan perdagangan makanan. Mandat diperolehi daripada Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

Di bawah Program ini terdapat, dua (2) bahagian iaitu Bahagian Perancangan, Pembangunan Dasar dan Standard Codex dan Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri. Terdapat sepuluh (10) Cawangan di bawah Bahagian-Bahagian ini iaitu Polisi dan Penyelidikan, Standard dan Codex, Makmal, Surveilan, Komunikasi dan Kepenggunaan, Pematuhan Domestik, Industri Domestik, Pre-Market Approval, Import dan Eksport

Rajah 1: Carta Organisasi Bahagian Perancangan, Pembangunan Dasar dan Standard Codex

Rajah 2: Carta Organisasi Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri

Page 4: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 20134

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN POLISI DAN PENYELIDIKAN

1. Pengenalan

Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras dan memantau pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan dasar keselamatan dan kualiti makanan. Aktiviti utama yang dijalankan adalah berkaitan penyediaan dasar, sebagai sekretariat tetap Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) dan mengawal selia aktiviti berkaitan sistem kualiti.

2. Aktiviti yang dilaksanakan

a. Aktiviti Berkaitan Dasar BKKM

Cawangan Polisi dan Penyelidikan bertanggungjawab dalam penyediaan kertas dasar, maklumbalas kepada pihak pengurusan tertinggi, penyediaan dasar baru, dasar one-off untuk bahagian dan melaksanakan aktiviti berkaitan Dasar Keselamatan Makanan Kebangsaan dan Pelan Tindakan Keselamatan Makanan Kebangsaan.

Cawangan ini juga bertindak sebagai sekretariat bagi perancangan dan penilaian pencapaian BKKM. Aktiviti di bawah Key Result Area (KRA) yang juga merupakan Key Performance Indicator (KPI) YB Timbalan Menteri Kesihatan, dipantau secara berterusan dan pencapaian bagi tahun 2013 dinyatakan dalam Jadual 1.

Indikator Sasaran (%)Pencapaian

(%)Peratus pengurangan episod keracunan makanan di sekolah

>5 13

Peratus pengurangan episod keracunan makanan di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN)

>5 20

Peratus premis eksport yang mematuhi keperluan negara pengimport

>95 100

Peratus premis berdaftar diperiksa yang didapati bersih

>96 97

Jadual 1 : Pencapaian KRA bagi tahun 2013

Page 5: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 5

Bagi memantau pencapaian BKKM, mesyuarat-mesyuarat berikut telah diadakan:

i. Mesyuarat Membincangkan Aktiviti dan Isu-Isu Semasa Keselamatan Makanan bersama semua Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) :

• 29 – 30 Januari 2013• 29 – 30 Mei 2013• 13 – 14 November 2013• 19 – 20 Disember 2013

ii. Mesyuarat Exco Program Keselamatan dan Kualiti Makanan

• 14 Januari 2013• 17 Disember 2013

Cawangan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan maklumbalas dan menyelaras input bagi Pelan Strategik Kementerian Kesihatan Malaysia 2011-2015, menyediakan kerangka bagi Outcome Based Budgeting (OBB) untuk BKKM dan menyediakan profil serta standard kompetensi bagi profesion anggota BKKM.

b. Sekretariat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK)

MKMPK merupakan badan penasihat tertinggi negara dalam menangani semua perkara berhubung dengan keselamatan makanan dan pemakanan. Majlis ini dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan dan dianggotai oleh 52 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada pegawai-pegawai tertinggi dari beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan seperti berikut :

• 16 Ketua Setiausaha dan 25 orang Ketua Pengarah pelbagai kementerian/agensi

• Peguam Negara• Setiausaha Tetap Kementerian

Permodenan Pertanian Sarawak

• Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah

• Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)

• Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

• Presiden Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT)

• Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM)

• Presiden Persatuan Kesihatan Persekitaran Malaysia (MAEH)

• Presiden Institut Kimia Malaysia• Presiden Persekutuan Persatuan-

Persatuan Penternak Malaysia• Ketua Pengarah Halal Industry

Development Corporation (HDC)

Penubuhan MKMPK ini telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri pada 21 Mac 2001.

MKMPK bertujuan memastikan kesihatan semua rakyat terjamin dengan memperkukuhkan keselamatan makanan di semua peringkat rantaian makanan di negara ini dan memastikan rakyat negara ini mencapai taraf pemakanan yang optimum.

• Satu (1) Mesyuarat Jawatankuasa Induk Keselamatan telah diadakan pada 20 Ogos 2013 sebagai persediaan bagi mengadakan Mesyuarat MKMPK 12

• Walau bagaimanapun, pada tahun ini mesyuarat ini ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

c. Sistem Star Rating (SSR)

Sistem penarafan bintang dilaksanakan bagi menilai dan mengukur prestasi Agensi-agensi Kerajaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan Sektor Awam berada pada tahap yang cemerlang. Antara aspek yang di audit oleh pihak MAMPU bagi sistem penarafan bintang melibatkan Komponen Pengurusan, Perkhidmatan Teras dan Pengurusan Pelanggan.

Page 6: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 20136

Penarafan bintang setiap agensi kerajaan akan dilaksanakan dua (2) tahun sekali. Tiada audit SSR dilaksanakan pada tahun 2013. Keputusan penilaian SSR Tahun 2012 telah diterima pada 25 Julai 2013 dan KKM telah dikurniakan hanya empat (4) bintang dengan markah keseluruhan menurun 94.65% pada tahun 2010 kepada 89.48% pada tahun 2012.

d. Pensijilan MS ISO 9001:2008

BKKM telah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008 pada 4 Mei 2012. Bagi mengekalkan pensijilan dan membuat penambahbaikan berterusan dalam sistem pengurusan kualiti, perkara berikut telah dilaksanakan:

• Mesyuarat Pasukan Pelaksana MS ISO 9001:2008 telah diadakan sebanyak empat (4) kali setahun dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Cawangan Polisi dan Pembangunan selaku Wakil Pengurusan Kualiti (QMR) BKKM dan Cawangan Polisi bertindak sebagai sekretariat.

• Audit Peringkat Kedua MS ISO 9001:2008 oleh pihak SIRIM telah diadakan pada 20-21 Februari 2013.

• Kursus Audit Dalaman telah diadakan pada 13-16 Mei 2013 bagi melatih juruaudit dalaman supaya lebih cekap dan efisien.

• Audit Dalaman telah dijalankan oleh Pasukan Audit Dalaman BKKM pada 8 Oktober hingga 6 November 2013 bagi memantau pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti bagi BKMM secara menyeluruh dan memenuhi kepiawaian MS ISO 9001:2008.

• Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (Management Review Meeting, MRM) telah diadakan pada 16 Disember 2013 bagi mengkaji semula pengurusan dari segi kesesuaian, kecukupan dan keberkesanan secara berterusan. Kajian semula ini merangkumi penilaian peluang untuk

penambahbaikan dan keperluan perubahan dalam sistem pengurusan, termasuk polisi dan objektif kualiti.

• Bengkel Penyemakan Dokumen ISO telah diadakan pada 23-25 Julai 2013 bagi memastikan dokumen kualiti adalah terkini mengikut praktis semasa.

e. Inovasi

Sebanyak 13 kumpulan makmal inovasi telah ditubuhkan di BKKM pada tahun 2012 - 2013. Melalui kumpulan makmal inovasi ini, beberapa cadangan inovasi telah diketengahkan untuk dipertandingkan dalam pertandingan Anugerah Inovasi peringkat Program Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Ibu Pejabat KKM.

Majlis Anugerah Inovasi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan 2012 telah diadakan pada 21 Mei 2013 bertempat di Dewan Za’ba, Kementerian Pengajian Tinggi, Putrajaya.

Terdapat empat (4) kategori pertandingan iaitu Kategori Inovasi Produk, Perkhidmatan, Proses dan Teknologi. Pertandingan Anugerah Inovasi ini dipertandingkan secara berkumpulan atau individu dalam bentuk lisan atau poster. Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan. Senarai pemenang dan penerima anugerah adalah seperti di dalam Jadual 2.

Page 7: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 7

BIL NAMA PESERTABKKM/JKN/MAKMAL

TAJUK PROJEK KEDUDUKAN

HADIAH WANG TUNAI

KATEGORI INOVASI PRODUK

1 Ketua Kumpulan:Noraizan Zanudin C41

Ahli:1. Natrah Abu Bakar C482. En. Azeman Bin Ali C323. En. Muhamad Nazry

Asmadi Sha’ari C27

MKKM KELANTAN

Rak Cepat.Tepat.Cekap (CTC)

Pertama RM2000

2 Ketua Kumpulan:En. Mohd Khairi Bin Abidin C38

Ahli:1. Pn. Noor Mazlina Bt.

Talib C272. En. Norrizal Bin Ismail

C413. Pn. Nurul Syuhada Bt.

Mohamad Rifin C274. Pn. Suzana Binti Shafei

C27

MKKM PULAU PINANG

Smart H2O Controller

Kedua RM1000

3 Ketua Kumpulan:Pn. Fajriah Bt. Salleh C38

Ahli:1. Pn.Junara Mohamad

Halim C412. Pn.Nur Fatihah Mohd

Asib C413. Pn.Nabila Ab Rahman

C41

MKKM TERENGGANU

SB-Hotplate (Safety Border Hotplate)

Ketiga RM750

KATEGORI INOVASI PERKHIDMATAN

1 Ketua Kumpulan:Pn. Sharifah Shyfaniza C41

JKWPKL Program Pemantapan Kendiri

Pertama RM750

2 Ketua Kumpulan:Dr. P Jeyalethcumi

Ahli:1. Pn. Zailina Abdul Majid2. Pn. Hasniza

Ibu Pejabat BKKM (Kumpulan Makmal Inovasi 11)

Penubuhan ‘Food Safety Squad’ Di Sekolah

Kedua RM 1000

Jadual 2: Senarai Pemenang Pertandingan Anugerah Inovasi Tahun 2012 (lisan)

Page 8: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 20138

BIL NAMA PESERTABKKM/JKN/MAKMAL

TAJUK PROJEK KEDUDUKAN

HADIAH WANG TUNAI

KATEGORI INOVASI PERKHIDMATAN

2 Ahli:3. En. Shahrulnizam Mah

Hassan

3 Ketua Kumpulan:Asmah Bt Omar

Ahli:1. Pn. Nasuha Binti Mohd

Yusoff2. Pn. Emmy Farina Binti

Mansor

Ibu Pejabat BKKM (Kumpulan Makmal Inovasi 7)

Pekerja Terbaik Bulanan dan Tahunan

Ketiga RM750

KATEGORI INOVASI TEKNOLOGI

1 Ketua Kumpulan:En. Jamal Khair Bin Hashim C54

Ahli:1. Pn. Fiona Zila Bt.

Mohamad Nor C482. Pn. Rafeah Bt. Sibil C483. Pn. Rusmin Sari Bt. Alip4. Cik Mashita Bt. Mustakin

JKN Selangor Sistem ‘Auto Check’ Keracunan Makanan

Pertama RM 2000

2 Ketua Kumpulan:Pn. Laina Bt. Munid C4

Ahli:1. Pn. Norazlina bt. Ali C442. Pn. Hamizah Bt.

Hamdan C413. Pn. Rogayah Bt. Hashim

C324. Pn. Fatimah Haslia Bt.

Alias C27

MKAK Sg. Buloh

Sistem Keputusan Analisis Ujian Makanan (SKAUM)

Kedua RM 1000

3 Ketua Kumpulan:Noor Eliza Binti Mat Radzi C44

Ahli:1. Pn. Faizah Bt. Puad C482. Pn. Surayah Bt. Hassan

C413. Pn. Alfadelaila Bt.

Ahmad C27

MKAK Sg. Buloh

Multimedia: Modul Latihan Mikrobiologi Makanan

Ketiga RM 750

Page 9: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 9

BIL NAMA PESERTABKKM/JKN/MAKMAL

TAJUK PROJEK KEDUDUKAN

1 Ketua Kumpulan:Pn. Zuliana Binti Zakaria C41

JKWPKL Pamerkan Masa Siap Masak Pertama

2 Ketua Kumpulan:Pn. Kuan Shuping C41

Ahli:1. Pn. Nadhilah Bt. Ahmad

U292. En. Mohd Azizi Bin

Mohd Noor U17

PKD Timur laut, Pulau Pinang

Manual Visual Keselamatan Makanan

Kedua

3 Ketua Kumpulan:Pn. Sharifah Shyfaniza C41

Ahli:1. En. Hermy Bin Mohd

Yeet C442. Pn.Siti Khairani C413. En. Mohd Mozali C27

JKWPKL Warna Pemusnah Kontaminasi

Ketiga

Jadual 3: Senarai Pemenang Pertandingan Anugerah Inovasi Tahun 2012 (Poster)

f. Amalan 5S

Sistem Amalan 5S telah diperkenalkan untuk diamalkan oleh semua Bahagian di KKM mulai tahun 2012. Sistem ini merupakan satu pendekatan bersistematik bagi memastikan amalan penjagaan kebersihan tempat kerja dan mengekalkan persekitaran tempat kerja yang produktif. Pengarah Perancangan Pembangunan Dasar dan Standard Codex telah dilantik sebagai Ketua Zon BKKM (Zon Keselamatan Makanan). Ibu Pejabat KKM (IPKKM) telah dianugerahkan Pensijilan Amalan 5S oleh MAMPU pada 1 Jun 2012. Bagi mengekalkan pensijilan Amalan 5S dan membuat penambahbaikan berterusan dalam amalan persekitaran yang berkualiti dengan mengamal 5 prinsip asas amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal, perkara berikut telah dilaksanakan:

• Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S telah ditubuhkan dengan 4 Zon Kecil iaitu Zon Michelia dan Zon Ixora (Pejabat Presint 3) dan Zon Alpinia dan Zon Oryza (Pejabat E7), Jawatankuasa Latihan, Jawatankuasa Promosi dan Jawatankuasa Audit. Cawangan Polisi bertindak sebagai sekretariat.

• Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Amalan 5S telah diadakan sebanyak empat (4) kali dengan dipengerusikan oleh Ketua Zon Keselamatan Makanan

• Audit Dalaman telah dijalankan sebanyak tiga (2) kali iaitu pada 12 – 13 Jun 2013 dan 27 Oktober 2013 oleh Pasukan Audit Dalaman Zon Keselamatan Makanan bagi memastikan amalan 5S sentiasa diamalkan oleh semua anggota zon. Audit Dalaman IPKKM telah diadakan pada 17 Jun 2013 dan 15 November 2013 bagi memastikan amalan 5S sentiasa diamalkan oleh semua anggota zon IPKKM.

Page 10: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201310

• Taklimat dan penerangan lanjut berkaitan amalan 5S telah dibentangkan dalam sesi Pembelajaran Sepanjang Hayat, BKKM Bil. 1/2013 pada 9 April 2013 dan dua (2) sesi Taklimat Peringkat IPKKM telah diadakan pada 5 Jun 2013 dan 12 September 2013 bagi memberi kesedaran dan latihan kepada semua anggota di BKKM.

• Bagi aktiviti promosi Amalan 5S, Pertandingan Kuiz Amalan 5S telah diadakan pada 10 – 17 November 2013. Aktiviti gotong-royong dijalankan dua (2) kali pada 5 Julai 2013 dan 8 November 2013 bagi memastikan pembudayaan Amalan 5S dilaksanakan secara berterusan.

3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pada tahun 2013, dua (2) aktiviti Program Keselamatan dan Kualiti Makanan telah berjaya ditransformasikan dan dapat dilaksanakan secara atas talian. Aktiviti pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan pemeriksaan premis oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dibangunkan dalam sistam FoSIM Domestik. Selain itu, pengeksport yang mengeksport ikan dan hasilan ikan ke Kesatuan Eropah telah boleh mengemukakan permohonan sijil kesihatan terus di dalam sistem aplikasi FexOC dengan lebih mudah setelah Export Establishment diluluskan. Ini adalah kerana pembangunan modul ini yang asalnya berada dalam sistem FexCIS telah dibangunkan sistem aplikasi FexOC.

Page 11: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 11

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN STANDARD DAN CODEX

1. Aktiviti Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM)

Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk meluluskan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh wakil-wakil dari agensi kerajaan, institut pengajian tinggi awam, persatuan pengguna serta pertubuhan profesional. Terdapat 11 Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) di bawah Jawatankuasa ini yang berfungsi mengkaji permohonan daripada pihak industri atau lain-lain pihak untuk meminda Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Di samping itu, JKKP juga berfungsi untuk membincangkan pindaan peraturan sebagai langkah harmonisasi dengan standard Codex.

Senarai Jawatankuasa Kerja Pakar adalah seperti di Rajah 3. Jumlah mesyuarat yang telah diadakan pada tahun 2013 bagi setiap JKKP adalah seperti di Jadual 4.

Rajah 3: Struktur Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) Di Bawah Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM)

Page 12: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201312

Jadual 4: Struktur Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) Di Bawah Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM)

BIL MESYUARAT / JAWATANKUASA BILANGAN MESYUARAT1 Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan

Makanan 1985 (JPPM)4

2 Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan / Akuan Pemakanan / Pengiklanan

8

3 Jawatankuasa Kerja Pakar Aditif Makanan 2

4 Jawatankuasa Kerja Pakar Kontaminan dalam Makanan 1

5 Jawatankuasa Kerja Pakar Mikrobiologi 5

6 Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan 8

7 Jawatankuasa Kerja Pakar Pelabelan Makanan 2

8 Jawatankuasa Kerja Pakar Makanan Diubahsuai Secara Genetik -

9 Jawatankuasa Kerja Pakar Residu Drug dalam Makanan 1

10 Pasukan Petugas Residu Racun Perosak dalam Makanan 1

11 Jawatankuasa Kerja Pakar Bungkusan dan Bekas Makanan 2

a. Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan / Akuan Pemakanan / Pengiklanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan lapan (8) mesyuarat. Sebanyak tiga (3) permohonan telah diterima bagi penyenaraian nutrien baru ke Daftar I bagi Jadual Kedua Belas iaitu vitamin K, beta palmitin dan gangliosides dan satu (1) permohonan untuk tuntutan akuan fungsi baru iaitu beta palmitin. Beberapa pindaan peraturan dibincangkan iaitu nilai minimum dan maksimum bagi vitamin dan mineral (Daftar II dan III bagi Jadual Kedua Belas), penambahan nutrient carrier di dalam standard rumusan bayi, standard susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dan harmonisasi aditif makanan dengan Codex bagi makanan bertujuan khas.

Antara perkara lain yang dibincangkan di dalam mesyuarat ini ialah cadangan pewartaan penjualan garam beriodin di seluruh Malaysia dan cadangan standard susu rumusan untuk ibu mengandung dan menyusu.

Jawatankuasa ini turut membincangkan cadangan peraturan-peraturan baru seperti berikut:

• 360D. Minuman Elektrolit Isotonik • 360E. Bes Minuman Elektrolit Isotonik• 389B. Rumusan Bayi untuk Tujuan Perubatan (Formula Pramatang, Post Discharge Formula

dan Partially Hydrolysed Formula)

b. Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan / Akuan Pemakanan / Pengiklanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan dua (2) mesyuarat. Antara perkara yang dibentang dan dibincangkan adalah mengenai cadangan pindaan harmonisasi aditif makanan di bawah PPM 1985 dengan standard Codex, peraturan baru mengenai Processing aids dan pelabelan akuan ”No Added MSG”.

Page 13: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 13

Selain itu, tiga (3) permohonan bagi aditif makanan baru iaitu Natamycin, Phospholipase A2 dan Xylanase telah dikaji, dibincangkan dan cadangan pindaan tersebut telah dihantar untuk proses pewartaan

c. Jawatankuasa Kerja Pakar Kontaminan Dalam Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan satu (1) mesyuarat. Perkara yang telah dibincangkan adalah cadangan pindaan Peraturan 37(1), Peraturan 39(4), Peraturan (baru) 41A, cadangan menggantikan Daftar II di bawah Jadual Kelima Belas, dan cadangan baru untuk Jadual Keenam Belas XX.

Standard Codex Alimentarius, perundangan negara-negara lain serta data kebangsaan digunakan sebagai asas dalam meminda atau membangunkan peraturan-peraturan baru. Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pakar Kontaminan Dalam Makanan (JKKPKM) telah bersetuju supaya draf pindaan bagi melamine dikemukakan untuk proses pewartaan.

d. Jawatankuasa Kerja Pakar Mikrobiologi

Jawatankuasa ini telah mengadakan sebanyak lima (5) mesyuarat dan satu (1) bengkel. Antara perkara yang telah dibincangkan dalam jawatankuasa ini ialah mengenai draf Food Regulations (Microbiological Contaminants) yang merangkumi Daftar 1- Microbiological Criteria for Foods. Satu bengkel juga telah diadakan bagi membincangkan dan menetapkan kaedah analisis mikrobiologi makanan bagi draf Peraturan Microbiological Criteria for Foods.

Selain itu, draf pindaan Peraturan 26A – Probiotic cultures dan draf peraturan baru 26B – Microbial Cultures for Food Fermentation juga telah dibincangkan dalam jawatankuasa ini.

e. Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan lapan (8) mesyuarat. Pindaan peraturan yang dibincangkan adalah berkaitan lemak makan dan minyak makan (nilai apparent density bagi minyak isirong kelapa sawit olein dan minyak isirong kelapa sawit stearin, tepung gandum, minyak kitar semula dan minyak diguna semula (recycled cooking oil and reused cooking oil), jem, kopi pracampur, campuran minuman botani, sarang burung walit yang boleh dimakan, gula batu, bahan pengawet (asid benzoik) dalam pasta, carnauba wax dalam konfeksi gula (hard and soft candy) dan meluaskan penggunaan isoascorbic acid dan sodium isoascorbate sebagai antioksidan yang dibenarkan dalam makanan.

Pindaan peraturan yang telah dihantar untuk proses pewartaan adalah larangan penjualanan minyak kitar semula dan minyak guna semula, carnauba wax dalam konfeksi gula (hard and soft candy), penggunaan sodium isoascorbate/ isoascorbic acid dalam komoditi makanan berikut:

• Hasil daging, pes daging, daging kilangan, daging salai, daging berkaling, daging berkaling dengan makanan lain, ekstrak daging atau esen daging, gelatin boleh dimakan.

• Telur kering, telur kuning kering atau putih telur kering, telur awetan.

• Sup, stok sup. • Santan kelapa, krim kelapa, serbuk

krim kelapa, pes kelapa, mentega kacang

• Susu kocak (Milk shake)• Wain buah, wain epal, sider, wain pear,

peri, wain sayur, wain madu atau mid, bir, lager, ale atau stout, wain beras, tuak, spirit, brandi, brandi buah, rum, wiski, vodka, gin, samsu, likeur

• Syandi

Page 14: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201314

f. Jawatankuasa Kerja Pakar Pelabelan Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan dua (2) mesyuarat. Isu yang dibincangkan adalah pindaan harmonisasi aditif makanan dan cadangan peraturan 388(8) di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

g. Jawatankuasa Kerja Pakar Makanan Diubahsuai Secara Genetik

Jawatankuasa Kerja Pakar Makanan Diubahsuai Secara Genetik telah ditubuhkan pada tahun 2005 untuk mendraf peraturan makanan yang diubahsuai secara genetik. Tiada mesyuarat yang bersidang pada tahun 2013 memandangkan tiada sebarang isu berbangkit selepas peraturan ini diwartakan pada 8 Julai 2010.

h. Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan satu (1) mesyuarat. Antara perkara yang dibincangkan ialah menilai ulasan-ulasan yang telah diterima daripada agensi-agensi dan persatuan yang berkepentingan ke atas draf cadangan pindaan Peraturan 40 – Residu Drug dan Jadual Kelima Belas A – Residu Drug di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

i. Pasukan Petugas Residu Racun Perosak dalam Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan satu (1) mesyuarat. Pasukan Petugas ini menilai semula cadangan penetapan MRL bagi pindaan ke atas Jadual Keenam Belas di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 oleh Jabatan Pertanian. Antara perkara yang dibincangkan adalah cadangan penambahan nilai MRL ke dalam Jadual Keenam Belas. Cadangan penambahan MRL adalah yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat Ahli Kumpulan Kerja

Penetapan Had Maksimum Residu (MRL) Racun Perosak dalam Komoditi Pertanian di peringkat Jabatan Pertanian.

Cadangan pindaan bagi Jadual Keenam Belas dibentangkan di peringkat Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan (JPPM) 1985.

j. Jawatankuasa Kerja Pakar Bungkusan dan Bekas Makanan

Jawatankuasa ini telah mengadakan dua (2) mesyuarat. Mesyuarat telah membincangkan draf pindaan Peraturan 27 - Penggunaan bungkusan berbahaya dilarang. Selain itu, dua (2) draf cadangan peraturan baru mengenai Peraturan 27B Plastic materials and articles dan Peraturan 27C Botol Susu dan Puting Susu juga turut dibincangkan dalam mesyuarat ini. Cadangan pindaan bagi Peraturan 27 telah dikemukakan ke mesyuarat JPPM manakala bagi Peraturan 27B dan 27C dibincangkan semula dalam mesyuarat JKKPBBM.

Page 15: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 15

2. Pewartaan perundangan makanan

Pada tahun 2013, sebanyak dua (2) dialog, enam (6) pewartaan telah dikeluarkan iaitu dua (2) pewartaan Akta Juruanalisis Makanan 2011, tiga (3) pewartaan Akta Makanan 1983, dan satu (1) pewartaan Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 seperti di Jadual 5.

BIL PEWARTAAN BUTIR-BUTIRTARIKH WARTA

TARIKH KUAT-KUASA

1 Akta Juruanalisis Makanan 2011 Penetapan Tarikh Permulaan Kuat KuasaP.U.(B) 75/2013

Menteri menetapkan 15 Mac 2014 sebagai tarikh Akta Juruanalisis 2014 mula berkuat kuasa.

14 Mac 2013

14 Mac 2013

2 Akta Juruanalisis Makanan 2011Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013P.U.(A) 93/2013

Peraturan yang disediakan bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 47 Akta Juruanalisis Makanan 2011 (Akta 727) kepada Menteri untuk membuat peraturan-peraturan yang perlu bagi melaksanakan Akta Juruanalisis Makanan 2011.

14 Mac 2013

14 Mac 2013

3 Akta Makanan 1983Makmal yang DiluluskanP.U.(B) 81/2013

Meluluskan makmal Radiokimia dan Alam Sekitar, Agensi Nuklear Malaysia sebagai makmal yang diluluskan

25 Mac 2013

25 Mac 2013

4 Akta Makanan 1983Pelantikan Juruanalisis(No. 11400/ 2013)

Juruanalisis yang Diluluskan bagi Pegawai Penyelidik di Makmal Radiokimia dan Alam Sekitar Agensi Nuklear Malaysia iaitu:

• Noor Fadzilah Yusof• Dr. Abdul Jadir Ishak• Dr. Zal U’yun Wan Mahmood• Mohd Izwan Abd. Adziz• Norfaizal Mohamed• Yii Mei Wo• Nurul Assyikeen Md. Jaffary

1 April 2013

1 April 2013

5 Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011Penetapan Tarikh Permulaan Kuat Kuasa (P.U. (B) 372)

Menteri Kesihatan telah menetapkan 1 Oktober 2013 sebagai tarikh Peraturan-Peraturan Iradiasi Makanan 2011 mula berkuat kuasa

2013 2013

6 Akta Makanan 1983Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) 2013(P.U. (A) 290)

Memotong peraturan 396 17 Sept 2013

1 Okt 2013

Jadual 5 : Warta Perundangan Makanan

Page 16: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201316

3. Khidmat Semakan Label Produk dan Khidmat Nasihat Pelabelan

a. Semakan Label

Khidmat semakan label secara percuma telah diberikan kepada pihak industri bermula pada tahun 2008. Sebanyak 876 label telah disemak pada tahun 2013. Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan mengenai status label produk mereka dan sekiranya mereka memerlukan penerangan lanjut, mereka dinasihatkan memohon untuk Khidmat Nasihat Pelabelan.

b. Khidmat Nasihat Pelabelan

Seksyen ini juga memberikan Khidmat Nasihat Pelabelan melalui Jawatankuasa Khidmat Nasihat Label kepada industri yang memerlukan khidmat nasihat pelabelan secara pilihan (tidak mandatori). Caj sebanyak RM 1,000.00 bagi setiap label dikenakan bagi perkhidmatan tersebut. Pemohon perlu meminda label produk mereka berdasarkan ulasan yang diberikan berpandukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Sebanyak 41 label telah disemak oleh Jawatankuasa Khidmat Nasihat Pelabelan pada tahun 2013.

4. Aktiviti di bawah Seksyen Codex dan Antarabangsa

Secara amnya, Seksyen Codex dan Antarabangsa berperanan dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan dan juga bertanggungjawab dalam urusan hubungan antarabangsa dan serantau berkaitan keselamatan makanan.

a. Aktiviti Codex di Peringkat Kebangsaan

BKKM selaku Codex Contact Point (CCP) Malaysia dan Sekretariat bagi Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC), terus memainkan peranan utama dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat

kebangsaan terutamanya dalam penyediaan pendirian negara ke atas isu-isu Codex yang berkepentingan dan juga penglibatan Malaysia di dalam mesyuarat-mesyuarat Codex.

Di bawah struktur JKC terdapat 25 Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK) dan satu (1) Task Force Codex yang telah diwujudkan bagi menyediakan pendirian Malaysia ke atas perkara-perkara yang dibincangkan di bawah jawatankuasa Codex antarabangsa yang berkaitan (Lampiran 1). Sehingga kini, tujuh (7) daripada JKCK telah dihentikan aktivitinya berikutan jawatankuasa berkaitannya di peringkat antarabangsa telah ditamatkan (adjourned sine die).

Pada tahun 2013, Malaysia telah menyertai 8 mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa yang melibatkan seramai 32 orang delegasi. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi lain adalah dipilih mengikut kepakaran di dalam bidang yang berkaitan bagi memastikan pendirian negara dalam isu berkepentingan dapat dipertahankan.

Di peringkat kebangsaan pula, sebanyak satu (1) mesyuarat JKC, dan 38 mesyuarat JKCK telah diadakan sebagai persediaan dan tindaksusul ke atas mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa. akan dimaklumkan mengenai status label produk mereka dan sekiranya mereka memerlukan penerangan lanjut, mereka dinasihatkan memohon untuk Khidmat Nasihat Pelabelan.

b. Malaysia sebagai negara tuan rumah bagi Codex Committee on Fats and Oil

Sebagai negara tuan rumah bagi Codex Committee on Fats and Oils (CCFO), Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Sesi Ke-23 CCFO dengan jayanya pada 25 Februari hingga 1 Mac 2013 di Langkawi, Kedah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh

Page 17: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 17

Kedah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh seramai 101 orang delegasi dari 35 buah negara ahli, sebuah ahli pertubuhan (iaitu Kesatuan Eropah) dan empat (4) pertubuhan antarabangsa. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Noraini Dato’ Mohd. Othman, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada sesi mesyuarat kali ini, beberapa draf isu telah berjaya dimajukan untuk diterimapakai oleh Codex Alimentarius Commission iaitu:

• The proposed draft amendment to parameters for rice bran oil in the Standard for Named Vegetable Oils for adoption at Step 5/8;

• The amendments to the Standards for Edible Fats and Oils not Covered by Individual Standards (CODEX STAN 19-1981), for Named Animal Fats (CODEX STAN 211-1999) and for Olive Oils and Olive Pomace Oils (CODEX STAN 33-1981); dan

• The amendments to the lists of acceptable previous cargoes in the Code of Practice for the Storage and Transport of Edible Fats and Oils in Bulk (CAC/RCP 36-1987).

Selain itu, beberapa kertas cadangan akan diteruskan perbincangan pada mesyuarat Mesyuarat CCFO Sesi Ke-24 pada tahun 2015. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti berikut: iaitu:

• Discussion Paper on the Amendment of the Standard for Named Vegetable Oils: Sunflower Seed Oils

• Discussion Paper on Cold Pressed Oils• Discussion Paper on the Amendment

of the Standard for Named Vegetable Oils: High Oleic Soybean Oil

• Discussion Paper on the Amendment of the Standard for Named Vegetable Oils for the Addition of Palm Oil with High Oleic Acid OxG

Sebagai negara tuan rumah, Pengerusi dan Sekretariat CCFO, Malaysia dapat menyumbang secara langsung kepada sistem Codex, selain dapat meningkatkan imej dan kredibiliti negara dalam usaha menjadi role model dalam aktiviti Codex di peringkat antarabangsa khususnya dalam isu negara membangun. Penglibatan ini juga dapat memberi kesedaran kepada industri makanan tempatan tentang kepentingan keselamatan dan kualiti makanan sebagai keperluan antarabangsa bagi memperluas pasaran produk lemak dan minyak.

c. Aktiviti berkaitan Keselamatan Makanan di Peringkat ASEAN

i. Malaysia sebagai Coordinator of the Monitoring and Surveillance dan Food Inspection and Certification Programme di bawah ASEAN Expert Group on Food Safety (AEGFS)

Mesyuarat AEGFS merupakan ahli mesyuarat kumpulan kerja pakar di bawah struktur Mesyuarat Menteri-Menteri Kesihatan ASEAN. Malaysia merupakan Regional Lead Country bagi mesyuarat AEGFS serta penyelaras ASEAN Food Safety Improvement Plan (AFSIP).

Malaysia berperanan aktif dalam AEGFS dengan bertindak sebagai penyelaras keseluruhan AEGFS sejak 2001. Sebagai penyelaras keseluruhan, Malaysia memainkan peranan utama dari segi penyediaan agenda dan kertas-kertas perbincangan AEGFS serta merangka dan memantau AFSIP. Malaysia juga merupakan penyelaras bagi program Monitoring and Surveillance dan program Inspection and Certification di bawah ASEAN Food Safety Improvement Plan (AFSIP).

Malaysia telah menghadiri Mesyuarat 10th AEGFS di Bandar Seri Begawan,

Page 18: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201318

Brunei Darussalam dari 3 hingga 5 Disember 2013. Sebagai penyelaras program-program Inspection and Certification dan Monitoring and Surveillance, Malaysia telah membentangkan status projek yang masih berjalan dibawah program Inspection and Certification iaitu “Development of Model Curriculum for Regional Harmonisation of Food Inspection and Certification for Export” yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak Australia Maritime Safety Authority (AMSAT). Selain itu, Malaysia juga telah membentangkan cadangan penubuhan ASEAN Risk Assessment Centre (ARAC) di Mesyuarat 10th AEGFS. Mesyuarat tersebut bersetuju supaya ARAC berfungsi sebagai pusat penyelarasan penilaian risiko keselamatan makanan di ASEAN dan ditempatkan di Malaysia serta Malaysia juga akan bertindak sebagai sekretariat ARAC.

Pada tahun 2013, Malaysia telah menganjurkan 2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data and Exposure Assessment di Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 November 2013 dengan kerjasama International Life Sciences Institute Southeast Asia Region (ILSI SEAR). Bengkel tersebut telah diadakan untuk memuktamadkan pengkelasan makanan ASEAN (ASEAN Food List) yang akan digunakan sebagai asas format umum pangkalan data pengambilan makanan negara ASEAN. Ia juga telah memberi peluang untuk perkongsian pengalaman dalam kalangan negara ASEAN bagi pengumpulan data pengambilan makanan untuk digunakan bagi tujuan penilaian pendedahan di peringkat nasional.

ii. Malaysia sebagai National Focal Point of the ASEAN Task Force on Codex (ATFC)

Mesyuarat ATFC merupakan forum di peringkat ASEAN yang telah diinisiasikan oleh Malaysia di bawah Senior Officials Meeting of ASEAN Ministers of Agriculture and Forestry (SOM-AMAF) bagi membincang dan menggubal pendirian ASEAN ke atas isu-isu Codex yang berkepentingan.

Malaysia memainkan peranan penting sebagai Focal Point for the Codex Committee on General Principles (CCGP) dan Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) di dalam ASEAN Task Force on Codex (ATFC). Pada Mesyuarat 13th ATFC, Malaysia telah membentangkan empat (4) kertas perbincangan iaitu:

• Requirements on Mandatory Nutrition Labelling (CCFL);

• Amendments to the Terms of Reference of CCGP (CCGP);

• Mechanisms for Evaluating Economic Impact Statements (CCGP) ; dan

• Amendments to List of Acceptable Previous Cargoes and Consideration on How to Review the Lists of Acceptable Previous Cargoes in Response to the Request from the Commission (CCFO)

Selain itu, Malaysia selaku focal point bagI CCFO dan CCGP juga telah membentangkan kertas makluman berkaitan aktiviti dan status terkini perbincangan isu-isu di bawah CCGP dan CCFO.

Page 19: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 19

iii. Malaysia sebagai National Focal Point for the ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality Prepared Foodstuff Product Working Group (ACCSQ PFPWG)

Mesyuarat PFPWG adalah salah satu mesyuarat kumpulan kerja ASEAN di di bawah struktur Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN. Antara objektif mesyuarat ini adalah sebagai platform perkongsian maklumat berkaitan standard, peraturan, prosedur dan keperluan mandatori negara-negara ASEAN (AMS) berkaitan makanan berbungkus serta mengenalpasti perkara yang boleh diharmonisasi bagi tujuan pembangunan standard ASEAN. Selain itu, mesyuarat ini juga bertanggungjawab dalam membangunkan, menjalankan dan memantau Mutual Recognition Arrangement (MRA) makanan berbungkus serta mengenalpasti dan membangunkan infrastruktur bagi meningkatkan kepercayaan dalam analisis dan pemeriksaan ‘Conformity assessment’.

Mesyuarat ke-17 ACCSQ PFPWG serta mesyuarat-mesyuarat berkaitannya telah berlangsung dari 26 hingga 29 Ogos 2013 di Singapura. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, Malaysia tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut.

Malaysia selaku negara peneraju bagi isu ASEAN Common Principles and Requirements for the Labelling of Pre-Packaged Food (ACPRLPF) telah menyediakan kertas makluman (information paper) berkenaan status terkini implementasi ACPRLPF dan telah dibentangkan oleh pihak Sekretariat ASEAN. Hasil kaji selidik elemen pelabelan untuk diharmonisasi lanjut di peringkat

ASEAN serta cadangan pindaan ke atas ACPRLPF berkaitan penandaan tarikh juga telah dibentangkan dalam mesyuarat tersebut. Susulan daripada mesyuarat Ke 17 ACCSQ-PFPWG, satu bengkel berkenaan Mutual Recognition Arrangement (MRA) for Prepared Foodstuff telah diadakan pada 18 - 20 November 2013 di Jakarta, Indonesia dan telah dihadiri oleh Malaysia yang juga merupakan co-chair bagi Task Force on MRA. Semasa bengkel tersebut, Malaysia telah membuat pembentangan sistem keselamatan makanan negara serta mengikuti perbincangan bagi Draft Sectoral MRA for Prepared Foodstuff.

iv. Penglibatan dalam Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Dua Hala dan Pelbagai Hala

Pada tahun 2013, BKKM telah terlibat dalam beberapa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dua hala dan pelbagai hala serta memberi input berhubung isu-isu Sanitary and Phytosanitary (SPS) dan juga Technical Barrier to Trade (TBT) serta rundingan kerjasama ekonomi berkaitan keselamatan makanan.

Page 20: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201320

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN MAKMAL

1. Seksyen Makmal

Seksyen Makmal bertanggungjawab dalam merancang, mengawalselia dan menyelaras aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh semua makmal makanan di bawah KKM. Terdapat 15 makmal makanan di seluruh Malaysia iaitu 10 Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan (MKKM) dan lima (5) Makmal Kesihatan Awam (MKA). Perkhidmatan analisis makanan yang dijalankan adalah merangkumi analisis kimia dan mikrobiologi bagi tujuan surveilan, penguatkuasaan dan kajian berhubung keselamatan dan kualiti makanan. Selain daripada itu, Seksyen ini juga bertanggungjawab dalam mengenalpasti dan menyelaras keupayaan perkhidmatan makmal yang perlu dijalankan di makmal makanan dari semasa ke semasa di samping menyediakan sumber yang diperlukan bagi memastikan analisis dapat dijalankan dengan berkesan sejajar dengan perkembangan dan permintaan analisis semasa.

a. Laporan Keberhasilan Makmal

Pada tahun 2013, jumlah sampel makanan yang dianalisis adalah sebanyak 83,411. Dari jumlah tersebut, 41,013 sampel (49%) adalah untuk analisis mikrobiologi manakala 42,398 sampel (51%) untuk analisis kimia. Turn around time (TAT) yang dicapai bagi analisis mikrobiologi adalah 98% manakala untuk analisis kimia ia adalah 98%.

b. Audit ISO/IEC 17025

Bagi memastikan semua makmal makanan adalah berwibawa dalam menjalankan analisis makanan, pelaksanaan sistem kualiti ISO/IEC 17025 General Requirements for the Competence of Testing and Calibration Laboratories dijalankan di semua makmal. Setiap makmal akan diaudit bagi memastikan sistem kualiti makmal berjalan seperti yang telah ditetapkan.

Pada tahun 2013, audit dalaman dan audit luaran telah diadakan di semua makmal makanan bagi memastikan sistem kualiti ISO/IEC 17025 dilaksanakan dengan berkesan secara berterusan. Audit dalaman telah dijalankan oleh juruaudit diiktiraf yang dilantik oleh BKKM manakala audit luaran pula dijalankan oleh juruaudit diiktiraf yang dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM). Semua ketidakakuran yang telah dikeluarkan oleh juruaudit telah diambil tindakan pembetulan oleh pihak makmal bagi memastikan status akreditasi dapat dikekalkan. Bagi pertambahan parameter ujian yang diakreditasi, audit perluasan skop analisis juga telah dijalankan oleh DSM.

c. Ujian Kecekapan (Proficiency Testing)

Semua makmal makanan telah menyertai ujian kecekapan (PT) yang telah dianjurkan oleh pelbagai agensi bagi memantau kesahihan ujian yang dijalankan di samping dapat menentukan kompetensi makmal dan juruanalisis. Program PT bagi analisis kimia telah diberikan oleh Food Analysis Performance Assessment Scheme (FAPAS), United Kingdom dan FODAS Proficiency Testing Programme, Jabatan Kimia Malaysia manakala bagi analisis mikrobiologi, ia telah dianjurkan oleh Food Environment Performance Assessment Scheme (FEPAS) dan IFM Quality Services, Australia. Secara keseluruhan, semua makmal makanan di bawah BKKM telah mencapai tahap kecekapan yang memuaskan.

Page 21: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 21

2. Seksyen International Food Safety Training Centre

IFSTC Malaysia terbentuk melalui kerjasama dengan International partners bermula dengan University of Maryland (UMD), Amerika Syarikat. Universiti tersebut merupakan universiti penyelidikan yang terkemuka di Amerika Syarikat dan menjadi rakan kepada US Food and Drug Administration (USFDA). Pakar-pakar dari UMD bekerjasama dengan IFSTC dalam pembangunan kapasiti latihan dan juga kemudahan peralatan makmal berteknologi tinggi.

Melalui IFSTC, Malaysia akan mempunyai akses kepada latihan keselamatan dan kualiti makanan yang terkini di samping menjadi hub latihan bagi pembangunan modal insan bertaraf dunia selaras dengan dasar Kerajaan. IFSTC juga akan menjadi pusat sumber teknikal bagi keperluan peraturan keselamatan makanan dengan kerjasama di peringkat antarabangsa melalui perkongsian kaedah analisis dan lain-lain keperluan terkini. Ini dapat melindungi eksport makanan negara dan memberi keyakinan di peringkat antarabangsa bahawa produk Malaysia adalah selamat seterusnya meningkatkan daya saing negara. Kerjasama ini juga membolehkan negara lebih proaktif bagi memenuhi keperluan keselamatan makanan antarabangsa.

a. Pelaksanaan IFSTC

Peruntukan sebanyak RM 4.95 juta untuk pembelian peralatan di IFSTC Malaysia yang diperolehi melalui peruntukan daripada Bahagian Pembangunan KKM bagi tahun 2012. Tambahan peruntukan perolehan peralatan sebanyak RM 5 juta telah diterima oleh Bahagian ini pada tahun 2013 dengan pecahan sebanyak RM 3.5 juta untuk pembelian secara tender dan RM 1.5 juta untuk pembelian secara sebutharga. Peruntukan ini telah dibelanjakan sepenuhnya untuk menyediakan peralatan makmal berteknologi tinggi bagi keperluan latihan

dan analisis yang kritikal.

Kertas cadangan kerjasama di antara BKKM dan University of Maryland melalui syarikat swasta telah dikemukakan kepada Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM pada 1 Mac 2013 untuk penilaian. Pada 23 Mei 2013, Bahagian Perolehan dan Penswastaan KKM telah bersetuju untuk menerima tawaran perolehan secara rundingan terus bagi mendapatkan kepakaran keselamatan dan kualiti makanan daripada University of Maryland untuk program keselamatan dan kualiti makanan melalui khidmat syarikat Delta Professional Consultancy Sdn Bhd.

Rangkaian kerjasama dengan international partners ini akan memberikan faedah yang besar kepada Malaysia dari segi pembangunan kapasiti melalui latihan kepada stakeholders dalam bidang keselamatan makanan seperti agensi kerajaan, industri, akademia dan sebagainya. Ini akan dapat melahirkan pakar-pakar keselamatan makanan Malaysia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. IFSTC Malaysia akan menjadi platform bagi pertukaran ilmu pengetahuan dari peringkat antarabangsa ke Malaysia. Hasil kerjasama dengan international partners ini dapat dikongsi bersama stakeholders keselamatan makanan di Malaysia dan peringkat antarabangsa. Pembangunan IFSTC Malaysia melalui kerjasama di peringkat antarabangsa ini akan meningkatkan kredibiliti dan kepakaran Malaysia dalam kawalan keselamatan makanan di peringkat global selaras dengan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Pelantikan Resource Person (RP) dalam skop spesifik Keselamatan dan Kualiti Makanan juga dapat membantu dalam menangani krisis dan isu-isu semasa yang berkaitan. RP ini bertindak sebagai tenaga pengajar, penasihat teknikal, penyiasat kes-kes di lapangan bagi skop teknikal yang

Page 22: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201322

dikenalpasti. Ia juga bertanggungjawab menjalankan pembangunan kaedah-kaedah baru analisis makanan bagi perkembangan keupayaan analisis makanan seluruh Malaysia.

Pembangunan IFSTC Malaysia ini merupakan langkah strategik bagi melengkapkan Malaysia menghadapi cabaran global dalam keselamatan makanan. Di samping itu, ia juga melambangkan komitmen negara yang jitu dalam bidang keselamatan makanan dan seterusnya menyerlahkan sumbangan Malaysia di rantau ini.

b. Pelaksanaan Latihan Di IFSTC

Berdasarkan kontrak kerjasama di antara BKKM dengan UMD, sebanyak 19 latihan telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh 3 tahun bermula tahun 2013 hingga 2015. Sepanjang tahun 2013, sebanyak 7 latihan telah dijalankan, iaitu 5 latihan (training for trainers) telah dihadiri oleh Pegawai Teknologi Makanan di UMD manakala 2 latihan telah dianjurkan di IFSTC Malaysia untuk anggota BKKM.

Rajah 4: Kursus Food Inspector Training yang dijalankan di IFSTC Malaysia pada 30 Sept. - 4 Oct 2013

Rajah 5: Kursus Microbiology For Food Safety yang dijalankan di IFSTC Malaysia pada 12 – 14 November 2013

Selain daripada latihan yang dianjurkan bersama UMD, IFSTC Malaysia juga menganjurkan latihan dalaman untuk anggota BKKM seluruh Negara. Pada tahun 2013, sebanyak 11 latihan telah dianjurkan yang meliputi 4 latihan classroom dan 7 latihan hands-on.

Disamping itu juga, dalam meningkatkan kompetensi anggota makmal BKKM dalam pengendalian peralatan makmal, pihak IFSTC Malaysia telah menganjurkan 15 latihan penggunaan peralatan sepanjang tahun tersebut.

Bagi memperkukuhkan lagi penguasaan ilmu dalam bidang keselamatan dan kualiti makanan, anggota BKKM telah didedahkan dengan 19 technical updates sepanjang tempoh 2013.

Page 23: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 23

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN SURVEILLAN

1. Pengenalan

Cawangan Surveilan terdiri daripada tiga (3) seksyen iaitu Seksyen Surveilan, Seksyen Penilaian Risiko dan Seksyen Juruanalisis Makanan. Cawangan ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti dan menyiasat isu-isu berkaitan keselamatan makanan serta menilai keberkesanan tindakan aktiviti kawalan keselamatan makanan. Input daripada aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh cawangan ini akan digunakan dalam menentukan tindakan yang bersesuaian bagi menangani isu-isu keselamatan makanan.

2. Seksyen Surveilan

a. Pengenalan

Seksyen ini telah ditubuhkan pada tahun 2011 dan bertanggungjawab menjalankan aktiviti surveilan berkaitan keselamatan makanan di peringkat kebangsaan. Di antara fungsi seksyen ini adalah:

• Mendapatkan maklumat terkini berkaitan isu-isu keselamatan makanan dan menyediakan laporan secara berkala.

• Menjalankan program surveilan berkaitan isu-isu keselamatan makanan dan menyediakan laporan yang berkaitan.

• Menilai aktiviti tindakan susulan bagi setiap ketidakpatuhan atau perlanggaran yang berlaku.• Merancang dan menilai program baru bagi memantapkan lagi aktiviti surveilan keselamatan

makanan.

b. Aktiviti dan Pencapaian

Mencari, mengumpul dan menganalisis maklumat berkaitan isu keselamatan makanan merupakan komponen utama dalam menentukan aktiviti surveilan yang perlu dijalankan secara surveilan aktif (ad-hoc). Selain daripada itu, seksyen ini juga terlibat dalam menjalankan aktiviti surveilan secara terancang (plan) bagi pengawasan tahap keselamatan makanan bagi sesuatu kumpulan makanan yang telah dikenalpasti. Secara keseluruhan, Seksyen Surveilan menjalankan dua (2) aktiviti utama iaitu:

i. Aktiviti Pensampelan Surveilan

Aktiviti ini terbahagi kepada dua (2) kategori iaitu:

• Surveilan Aktif (Ad-hoc)

Surveilan aktif (ad-hoc) dijalankan bagi mengenalpasti status keselamatan makanan yang diperolehi samada melalui bank informasi, output profil risiko, data-data dari Makmal Makanan KKM, aduan, arahan dan krisis makanan di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Bagi tahun 2013, sebanyak 11 surveilan aktif (ad-hoc) telah dijalankan yang melibatkan 1051 sampel bagi parameter kimia (83%) dan mikrobiologi

Page 24: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201324

(17%). Tajuk bagi setiap aktiviti surveilan aktif (ad-hoc) yang telah dijalankan adalah seperti di Jadual 6.

BIL PEWARTAAN1/2013 Pengawasan tahap ketulenan daging dan hasilan daging tempatan

dan import di pasaran tempatan - Siri I

2/2013 Kajian ke atas kandungan plumbum dan kadmium di dalam sayur-sayuran tempatan

3/2013 Pengawasan kandungan Total Polar Compound bagi minyak masak dalam ayam goreng di restoran makanan segera (fast food restaurant)

4/2013 Pengawasan tahap pencemaran logam berat di dalam hasilan laut kering tempatan

5/2013 Pengawasan tahap ketulenan daging dan hasilan daging tempatan dan import di pasaran tempatan - Siri II

6/2013 Pengawasan tahap pencemaran maleic acid dalam produk makanan di pasaran tempatan

7/2013 Pengawasan ke atas Escherichia coli dan Salmonella spp. dalam sayur-sayuran mentah dan dessicated coconut

8/2013 Pengawasan ke atas kandungan mikroorganisma di dalam sarang burung walit rumah di premis pemprosesan dan kandungan nitrat dan nitrit di dalam produk berasaskan sarang burung walit di pasaran tempatan

9/2013 Pengawasan tahap pencemaran kimia dan mikrobiologi dalam rumpai laut kering yang dijual di pasaran tempatan

Jadual 6 : Tajuk Aktiviti Surveilan Aktif (Ad-hoc) bagi Tahun 2013

• Surveilan Terancang (Plan)

Aktiviti ini dirancang untuk mendapatkan baseline data bagi mengenalpasti status terkini isu berkaitan zoonotik bawaan makanan, Antimicrobial Resistance (AMR), asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dan rumpai laut melalui lapan (8) aktiviti surveilan terancang (plan) yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 merangkumi sejumlah 808 sampel seperti di Jadual 7.

Aktiviti zoonotik dijalankan untuk mengenalpasti tahap pencemaran Brucella spp. dalam susu kambing, Mycobacterium spp. dalam susu lembu dan Salmonella enteritidis dalam telur ayam. Aktiviti ini dijalankan secara berkala dan dilaporkan kepada Jawatankuasa Teknikal Penyakit Zoonosis antara KKM dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan (DVS). Sepanjang tahun 2013, sebanyak 566 sampel telah dianalisis bagi parameter Brucella spp. (474) dan Salmonella enteritidis (92). Manakala bagi parameter Mycobacterium spp., pensampelan terpaksa ditangguhkan kerana Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Salak Tinggi terlibat dengan krisis virus H7N9. Secara keseluruhan, keputusan analisis menunjukkan ke semua sampel tidak dikesan mengandungi Brucella spp. dan Salmonella enteritidis.

Page 25: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 25

Aktiviti AMR pula dijalankan bagi mengawasi kehadiran mikroorganisma AMR di dalam ikan dan daging di pasaran tempatan. Bagi tahun 2013, sebanyak 132 sampel telah dianalisis yang terdiri daripada 37 sampel daging ayam (28%), 33 sampel daging lembu (25%), 32 sampel daging khinzir (24.2%), 29 sampel daging kambing (22%) dan satu (1) sampel daging kerbau (0.8%) untuk lima (5) parameter iaitu Escherichia coli, Salmonella spp., Listeria monocytogenes, Campylobacter spp. dan Staphyloccus aureus. Aktiviti ini merupakan Program Surveilan di bawah Rangka Kerja bagi Mengurang dan Mengawal Antimicrobial Resistance (AMR) dalam Makanan yang dijalankan secara berkala setiap tahun sejak 2012.

BIL PEWARTAAN1/2013 Pengawasan tahap pencemaran Brucella Spp. dalam susu kambing

segar di tempat penjualan (point of sales) - Siri I

2/2013 Pengawasan tahap pencemaran Mycobacterium spp. dalam susu lembu segar di tempat penjualan (point of sales)

3/2013 Pengawasan ke atas kehadiran mikroorganisma AMR di dalam ikan dan daging segar di pasaran tempatan

4/2013 Pengawasan tahap pencemaran Salmonella enteritidis dalam telur ayam di pasaran tempatan - Siri I

5/2013 Pengawasan tahap pencemaran logam berat dan mikrobiologi dalam rumpai laut yang dihasilkan di Sabah

6/2013 Pengawasan tahap pencemaran Brucella spp. dalam susu kambing segar di tempat penjualan (point of sales) - Siri II

7/2013 Pengawasan tahap pencemaran Salmonella enteritidis dalam telur ayam di pasaran tempatan - Siri II

8/2013 Pengawasan ke atas kandungan asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir di dalam produk mee di pasaran tempatan

Jadual 7: Tajuk Aktiviti Surveilan Terancang (Plan) Bagi Tahun 2013

Selain itu juga, pengawasan kandungan DNA khinzir telah dijalankan ke atas 22 sampel bihun, kue tiaw, mee laksa dan mee kuning di mana keputusan analisis menunjukkan ke semua sampel adalah memuaskan.

Manakala aktiviti pensampelan rumpai laut dijalankan bagi mengawasi tahap pencemaran logam berat, mikrobiologi dan bahan pewarna dalam rumpai laut kering dan basah bagi tujuan pembangunan standard. Sepanjang tahun 2013, sejumlah 32 sampel rumpai laut kering dan 38 sampel rumpai laut basah dari Sabah telah dianalisa yang melibatkan empat (4) parameter logam berat (plumbum, kadmium, arsenik dan merkuri) dan enam (6) parameter mikrobiologi (Coliform, E.coli, Staphylococcus aureus, Salmonella spp., Vibrio parahaemolyticus dan Vibrio cholera). Selain itu, 18 sampel rumpai laut kering telah dianalisa untuk bahan pewarna dan keputusan analisis mendapati dua (2) sampel dikesan mengandungi tartrazine dan brilliant blue.

Page 26: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201326

ii. Aktiviti Bank Informasi

Antara sumber-sumber maklumat untuk bank informasi adalah melalui:

• Food Search

Food Search merupakan aktiviti pencarian maklumat terkini berkaitan isu keselamatan makanan melalui carian dari 90 laman web di seluruh dunia. Laporan aktiviti Food Search dikeluarkan secara harian dan juga bulanan untuk melapor dan menilai trend keselamatan makanan secara global iaitu nasional dan antarabangsa. Sepanjang tahun 2013, sejumlah 2,798 maklumat berkaitan keselamatan makanan telah dilaporkan mengikut kategori yang merangkumi 36% isu keselamatan makanan, 7% isu keracunan makanan/wabak, 6% isu penarikan semula makanan/amaran, 27% isu peraturan makanan/penguatkuasaan dan 24% berkaitan lain-lain maklumat seperti di Rajah 6.

Rajah 6: Peratusan Maklumat Keselamatan Makanan Melalui Aktiviti Food Search Mengikut Kategori Bagi Tahun 2013

Page 27: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 27

• Crisis Alert Team (CAT) Team

Pasukan petugas CAT Team bertanggungjawab untuk memantau isu keselamatan makanan melalui 9 jenis akhbar tempatan dan saluran berita utama seperti TV1, TV3 dan NTV7 setiap hari. Sejumlah 721 keratan akhbar berkaitan keselamatan makanan telah dimuatkan di dalam akhbar harian sepanjang tahun 2013 yang meliputi 78% isu keselamatan makanan, 19% isu keracunan makanan, 2% isu pencemaran fizikal dan 1% isu berkaitan pencemaran kimia seperti di Rajah 7.

Rajah 7: Peratusan Isu Keselamatan Makanan Melalui Aktiviti CAT Team Mengikut Kategori Bagi Tahun 2013

Page 28: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201328

• EU Rapid Alert System for Food and Feed (EURASFF)

Sistem ini membolehkan pertukaran maklumat dengan pantas dan berkesan di antara negara-negara EU apabila risiko kepada kesihatan manusia dan haiwan dikesan dalam rantaian makanan dan makanan haiwan. Bagi tahun 2013 sejumlah 19 notifikasi telah diterima dari EURASFF dan Seksyen Surveilan telah menyalurkan maklumat berkaitan kepada pihak yang bertanggungjawab.

• International Food Safety Authorities Network (INFOSAN)

Sistem ini membolehkan penyampaian maklumat dengan pantas dan berkesan di antara negara di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) apabila risiko kepada kesihatan manusia dikesan dalam rantaian makanan.

3. Seksyen Penilaian Risiko

a. Pengenalan

Seksyen Penilaian Risiko telah ditubuhkan pada tahun 2011, selepas BKKM dinaiktaraf kepada Program. Seksyen ini bertanggungjawab untuk menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan penilaian risiko keselamatan makanan termasuk Total Diet Study (TDS).

Penilaian risiko merupakan penilaian saintifik ke atas kesan kesihatan manusia yang disebabkan oleh pendedahan kepada hazard daripada makanan. Ia merupakan asas dalam kawalan keselamatan makanan. Penilaian risiko terdiri daripada empat elemen iaitu:

i. pengenalan hazard, ii. pencirian hazard, iii. penilaian pendedahan, iv. pencirian risiko.

Dengan menjalankan penilaian risiko, bahaya dan potensi risiko sesuatu hazard makanan termasuk termasuklah hazard kimia, mikrobiologi dan fizikal ke atas populasi boleh dinilai. Ia boleh digunakan dalam menjalankan pengurusan risiko dan komunikasi risiko yang bersesuaian untuk melindungi kesihatan pengguna.

TDS ini bertujuan untuk menilai sama ada orang awam terdedah kepada sebarang bahaya kimia dalam makanan seperti bahan cemar dan bahan aditif makanan dari makanan yang diambil (diet), dan juga untuk menentukan magnitud risiko dan penduduk yang mungkin paling berisiko. Ia melibatkan pembelian sampel makanan yang biasa dimakan oleh penduduk di seluruh Malaysia di peringkat runcit dan penyediaan sampel makanan sebagaimana ia dimakan sebelum ia dianalisa untuk parameter kimia yang tertentu. TDS berbeza dari program surveilan kimia kerana penilaian pendedahan yang dijalankan terhadap bahan kimia adalah merangkumi keseluruhan diet di dalam satu (1) kajian, manakala program surveilan hanya melibatkan beberapa jenis makanan tertentu sahaja. Selain daripada itu, ciri TDS yang membezakan dari kajian lain adalah kandungan bahan kimia diukur setelah sampel makanan yang disediakan sebagaimana ianya biasa dimakan. Projek TDS nasional melibatkan semua negeri di Malaysia dijalankan sekali bagi setiap dua tahun .

Page 29: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 29

Fungsi:

• Merancang, memantau dan menyelaras aktiviti penilaian risiko keselamatan makanan termasuk Projek TDS

• Mengumpul, menganalisis dan menilai data bagi tujuan penilaian risiko dan menyediakan laporan berkaitan penilaiain risiko termasuk untuk TDS dan program surveilan

b. Aktiviti dan Pencapaian Aktiviti

Aktiviti spesifik berkaitan penilaian risiko yang dijalankan terbahagi kepada empat (4) kategori iaitu:

i. Laporan penilaian risk profiling

» Risk profiling adalah dokumen ringkas yang menerangkan latarbelakang sesuatu isu keselamatan makanan yang telah dikenalpasti

» Merupakan aktiviti preliminary bagi pengurusan risiko dalam usaha memahami sesuatu isu keselamatan makanan

ii. Penilaian pendedahan

» Penilaian pendedahan merupakan salah satu elemen dalam penilaian risiko untuk menganggar risiko akibat daripada pengambilan makanan yang dicemari dengan sesuatu kontaminan

» Dijalankan mengikut keperluan isu semasa keselamatan makanan dan juga permintaan daripada Cawangan lain.

iii. Penilaian pendedahan

» Penilaian risiko merupakan penilaian saintifik ke atas kesan kesihatan manusia yang disebabkan oleh pendedahan

kepada hazard daripada makanan » Bertujuan untuk mengetahui

tahap pencemaran sesuatu kontaminan dalam makanan dan untuk mengetahui risiko ke atas kesihatan akibat pengambilan kontaminan melalui makanan

» Hasil penilaian risiko digunakan untuk menangani isu keselamatan makanan termasuklah melalui penetapan standard dan mengkaji semula langkah pengawalan sedia ada

iv. Projek Total Diet Study

» Untuk menganggarkan tahap pendedahan terhadap residu bahan kimia dan bahan cemar melalui diet / makanan yang diambil

» Untuk membandingkan anggaran pendedahan melalui diet terhadap residu bahan kimia dan kontaminan dengan Reference Health Standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa

» Untuk mengenalpasti corak pendedahan terhadap sesuatu kontaminan melalui diet yang diambil oleh penduduk di Malaysia dari masa ke semasa

» Untuk mengenal pasti makanan atau kumpulan makanan yang berpotensi menyebabkan risiko pendedahan dan memberi saranan pengurusan risiko atau komunikasi risiko yang perlu diambil

Sebanyak 18 aktiviti spesifik berkaitan penilaian risiko telah dijalankan pada tahun 2013 seperti dalam Jadual 8.

Page 30: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201330

JENIS PROJEKProfil risiko Nitrosamines in foods

Cyclospore in foods

Salinomycin in poultry

Penilaian pendedahan

Sulphur dioxide in electrolyte drinks

Benzoic acid in electrolyte drinks

Sorbic acid in electrolyte drinks

Nitrate in Lactoferrin

Nitrite in milk from New Zealand

Heavy metal in Edible Bird’s Nest

Maleic acid in Tapioca Ball

Alcohol level in alcoholic beverages

Dicyandiamide (DCD) in milk from New Zealand

3-MCPD in drink tea and sachet

Patulin in apple juice

Heavy metal in dried seafood product

Heavy metal in vegetable

Laporan Penilaian Risiko

Heavy metal in foods

Jadual 8 : Aktiviti Spesifik berkaitan Penilaian Risiko

Seksyen Penilaian Risiko juga turut terlibat dengan aktiviti di peringkat antarabangsa. seperti yang disenaraikan di Jadual 9.

Jadual 9 : Aktiviti Spesifik berkaitan Penilaian Risiko

BIL TAJUK TARIKH TEMPAT1 Study Visit to European Food Safety Authority (EFSA) Italy 15-19 April

2013Parma, Italy

2 Inception Workshop on Initiating an Establishment of Integrated ASEAN Risk Assessment Mechanism

25-26 Jun 2013

Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur

3 2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data

19-21 November 2013

Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Page 31: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 31

Lawatan Sambil Belajar ke European Food Safety Authority (EFSA), 15-19 April 2013, Parma, Itali

BKKM telah menghantar 3 orang pegawai untuk menjalani Latihan Modal Insan di European Food Safety Authority (EFSA) pada 15-19 April 2013, di Parma, Itali sekaligus menghadiri Plenary Meeting of the Genetic Modified Organism (GMO) Panel yang berkait rapat dengan aktiviti penilaian risiko yang dijalankan di Kesatuan Eropah.

Objektif Umum

Untuk bekerjasama dengan European Food Safety Authority (EFSA) bagi meningkatkan pengetahuan dan keupayaan Malaysia dalam penilaian risiko keselamatan makanan untuk terus menerajui aktiviti penilaian risiko di peringkat ASEAN.

Objektif Khusus

• Untuk memahami struktur organisasi EFSA sebagai asas dalam membangunkan struktur penilaian risiko di peringkat ASEAN

• Untuk memperolehi pengetahuan dan pengalaman dalam penilaian risiko keselamatan makanan termasuk dalam pengendalian penilaian risiko dan harmonisasi pengumpulan data dan penilaian pendedahan (exposure assessment) di peringkat Kesatuan Eropah

• Untuk membincangkan cadangan kerjasama dengan pihak EFSA termasuk dalam menjalankan kajian penilaian risiko keselamatan makanan

• Untuk menghadiri mesyuarat “Plenary Meeting of The Genetic Modified Organism” untuk memahami dan menimba pengalaman pengendalian penilaian risiko GMOs.

Rajah 8: Lawatan Sambil Belajar ke European Food Safety Authority (EFSA), 15-19 April 2013, Parma, Itali

Page 32: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201332

Inception Workshop on Initiating an Establishment of Integrated ASEAN Risk Assessment Mechanism pada 25-26 Jun 2013 di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur

Bengkel ini dianjurkan oleh Malaysia, yang merupakan koordinator keseluruhan bagi ASEAN Expert Group on Food Safety (AEGFS) dan selaku negara peneraju untuk Program Pengawasan dan Pemantauan, di bawah AEGFS dengan sokongan ASEAN Regional Integration Support daripada EU (ARISE).

Objektif Bengkel

• Untuk membincangkan cadangan reka bentuk dan mekanisma pelaksanaan Penilaian Risiko Bersepadu ASEAN

• Menyediakan saranan kepada AEGFS ke atas reka bentuk dan mekanisma pelaksanaan Penilaian Risiko Bersepadu ASEAN

Peserta Bengkel

Bengkel telah dihadiri oleh 20 peserta dari lapan (8) ahli negara ASEAN iaitu Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Thailand dan Vietnam

Fasilitator untuk bengkel tersebut terdiri:

• Mr Rajinder Raj Sud (Penasihat Utama, ARISE) • Ms Zahara Merican (Penasihat Jangka pendek, ARISE) • Mr Vincent Andre (Penasihat Jangka pendek, ARISE) • Ms Jintana Sriwongsa (Pegawai Kanan, Sekretariat ASEAN)

Rajah 9: Inception Workshop on Initiating an Establishment of Integrated ASEAN Risk Assessment Mechanism pada 25-26 Jun 2013 di Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur

Page 33: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 33

Bengkel ke - 2 ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data 19-21 November 2013, Hotel Renaissance Kuala Lumpur

Malaysia telah menjadi tuan rumah untuk Bengkel ke- 2 ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data yang dianjurkan bersama pihak International Life Sciences Institute Southeast Asia Region (ILSI SEAR) dalam menyokong aktiviti berkaitan keselamatan makanan yang dijalankan oleh ASEAN Food Safety Experts Group (AEGFS), di bawah bidang program Pemantauan dan Pengawasan.

Objektif Bengkel

• Memuktamadkan pengkelasan Makanan ASEAN untuk digunakan sebagai untuk format asas pangkalan data pengambilan makanan ASEAN;

• Berkongsi pengalaman dengan negara anggota ASEAN dan untuk mengumpul data pengambilan makanan untuk kegunaan penilaian pendedahan terhadap kontaminan di peringkat kebangsaan;

• Menjalankan kajian kes mengenai penilaian pendedahan terhadap bahan kimia dalam makanan menggunakan data negara-negara ASEAN yang dikumpul dalam pangkalan data pengambilan makanan ASEAN

Peserta Bengkel

Bengkel tersebut telah dihadiri seramai 44 peserta dari Brunei Darussalam, Cambodia, Indonesia, Lao PDR, Malaysia, Myanmar, Philippines, Singapore, Thailand dan Vietnam, wakil ASEAN Secretariat, perunding daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), perunding dari Food and Agriculture Organization (FAO), dan ILSI SEAR sebagai penganjur.

Rajah 10: 2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data

Page 34: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201334

Pembentangan turut dijalankan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mengetengahkan inisiatif Malaysia dan aktiviti yang berkaitan dengan penilaian risiko. Senarai pembentangan yang pernah dibuat adalah seperti Jadual 10.

Jadual 10 : Pembentangan berkaitan Penilaian Risiko

TAJUK TEMPAT/PROGRAMFood Safety Risk Assessment in Malaysia Study Visit to European Food Safety Authority

(EFSA), 15-19 April 2013, Parma, Italy

Food Safety Risk Assessment Under ASEAN Expert Group on Food Safety(AEGFS)

Inception Workshop on Initiating an Establishment of Integrated ASEAN Risk Assessment Mechanism, 25-26 Jun 2013, Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur

Framework on Risk Assessment in ASEAN

Inception Workshop on Initiating an Establishment of Integrated ASEAN Risk Assessment Mechanism, 25-26 Jun 2013, Hotel Royale Bintang, Kuala Lumpur

Current Progress For Harmonization Of ASEAN Food Consumption Data

2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data, 19-21 November 2013, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Experiences and Challenges in Transferring National Food Consumption Data into the Format Of The ASEAN Food Consumption Database

2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data, 19-21 November 2013, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Conducting Total Diet Study: Experience from Malaysia

2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment for the Project on Strengthening ASEAN Risk Assessment Capacities: Food Consumption Data, 19-21 November 2013, Hotel Renaissance, Kuala Lumpur

Outcome: 2nd Workshop on ASEAN Food Consumption Data & Exposure Assessment

10th AEGFS Meeting 3-5th December 2013, Brunei Darussalam

Seksyen Penilaian Risiko juga telah menghasilkan satu bab bertajuk The Malaysian Experience in Total Diet Study dalam buku Total Diet Study yang diterbitkan dalam Jurnal atas talian (online journal) Springer Link pada tahun 2013.

Page 35: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 35

3. Seksyen Amalan Juruanalisis

a. Pengenalan

Seksyen Amalan Juruanalisis adalah bertanggungjawab di dalam persediaan bagi pewartaan dan penguatkuasaan Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan peraturan-peraturannya yang bertujuan untuk penubuhan Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia, pendaftaran juruanalisis makanan dan mengawal selia amalan juruanalisis makanan berdaftar mengikut keperluan undang-undang.

b. Aktiviti dan Pencapaian bagi tahun 2013

i. Pada 14 Mac 2013 Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 telah diwartakan.ii. Majlis Pengumuman Rasmi Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan

Juruanalisis Makanan 2013 dan Seminar Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 22 Ogos 2013 di Hotel Grand Dorsett, Subang Jaya dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam.

iii. Seminar Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 Peringkat Zon telah diadakan di 5 buah zon iaitu Utara, Timur, Selatan, Sarawak dan Sabah. Seminar ini bertujuan untuk mempromosikan dan memberi hebahan kepada juruanalisis makanan di sektor awam dan swasta di seluruh negara.

Rajah 11: Seminar Akta Juruanalisis Makanan 2011 dan Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 Peringkat Zon

Page 36: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201336

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN KOMUNIKASI DAN KEPENGGUNAAN

1. Pengenalan

Cawangan Komunikasi dan Kepenggunaan mempunyai fungsi seperti berikut:

• Menyelaras dan memantau maklumat dan aduan melalui media massa berkaitan keselamatan dan kualiti makanan, dan;

• Merancang dan melaksanakan aktiviti promosi berkaitan keselamatan dan kualiti makanan

2. Aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2013 adalah seperti berikut:

a. Pertandingan Kantin Sekolah Rendah Bersih 2013 Peringkat Negeri dan Kebangsaan

Pada tahun 2013, Pertandingan Kantin Sekolah Rendah Bersih 2013 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah dilaksanakan untuk kantin sekolah menengah dan telah dianjurkan oleh KKM dengan kerjasama KPM. Objektif pertandingan ini adalah untuk mengiktiraf sekolah yang dapat mengekalkan kebersihan kantinnya. Pertandingan ini juga merupakan kesinambungan kepada Pertandingan Kantin Sekolah Bersih yang telah diadakan pada tahun 2011.

b. Majlis Anugerah Kantin Sekolah Rendah Bersih Peringkat Kebangsaan 2013

Majlis Anugerah Kantin Sekolah Rendah Bersih Peringkat Kebangsaan 2013 telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan dan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan II iaitu YB P. Kamalanathan a/l P. Panchanathan pada 5 September 2013 bertempat di Marriott Hotel, Putrajaya. Majlis ini telah dihadiri oleh seramai 1,000 orang peserta. Pameran keselamatan makanan serta beberapa agensi seperti Bahagian Kesihatan Pergigian, pameran inovasi dari sekolah-sekolah yang bertanding turut diadakan sepanjang majlis tersebut berlangsung.

c. Majlis Pelancaran Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) Peringkat Kebangsaan 2013

Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Indusri (MeSTI) diperkenalkan oleh BKKM, KKM. Pensijilan ini membantu pengusaha Entrepris Kecil dan Sederhana (EKS) mematuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan dalam penghasilan produk makanan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Skim ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 November 2012 semasa Majlis GTP Progress Update di Putrajaya. Selain itu, majlis perasmian turut diadakan pada 7 Mac 2013 bertempat di Berjaya Times Square dan YB Menteri Kesihatan telah merasmikan majlis tersebut.

Permohonan skim pensijilan ini adalah percuma. Logo MeSTI yang diberikan oleh KKM adalah sebagai satu jaminan bahawa pengusaha tersebut telah menghasilkan produk yang bersih dan selamat untuk pengguna. Ini lebih menyakinkan pengguna semasa membuat pilihan.

Page 37: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 37

d. Promosi Kempen Keselamatan Makanan di Peringkat Negeri

Kempen Keselamatan Makanan Peringkat Negeri telah diadakan sepanjang tahun dari Januari-November 2014, seperti berikut:

• Karnival Keselamatan Makanan Tanggungjawab Bersama Peringkat Negeri Perak pada 10-12 Oktober 2014.

• Karnival Keselamatan Makanan Peringkat Wilayah Persekutuan Labuan pada 14 Jun 2014. • Karnival Keselamatan Makanan Expo Safe Food Peringkat Zon Selatan iaitu Melaka, Johor

dan Negeri Sembilan pada 13-14 September 2014.

JKN telah melaksanakan aktiviti Lihat, Hidu, Rasa melalui Skuad Germ Buster. Aktiviti yang dijalankan adalah pameran, ceramah, demonstrasi dan edaran promosi bahan pendidikan keselamatan makanan.

e. Mesyuarat/Bengkel/Kursus Teknikal Promosi Keselamatan Makanan

Beberapa siri mesyuarat teknikal promosi keselamatan makanan juga diadakan seperti berikut:

• Latihan SISPEK kepada TPKN pada 21 Januari 2014• Bengkel Pembentukan Modul Promosi Keselamatan Makanan pada 20 – 23 Mei 2014• Kursus Communication Complexity & Emotional Intelligence pada 17 – 20 November 2014• Mesyuarat Perancangan dan Pelan Tindakan K&K 2013 pada 15 Januari 2013

f. Pameran Promosi Keselamatan Makanan dengan Agensi lain

Maklumat adalah seperti di Jadual 11.

Jadual 11: Pameran Promosi Keselamatan Makanan dengan Agensi Lain

BILNAMA PROGRAM/AKTIVITI/MAJLIS TARIKH TEMPAT

BAHAN/AKTIVITI PAMERAN SASARAN

1 Promosi di Kip Mart Senawang

19 Januari 2013

Kip Mart Senawang

Lihat,Hidu,Rasa, Games, MoHKLiK

Orang awam dan industri

2. Pameran Bess Temerloh, Pahang

27 Januari 2013

Pusat Penjaja Temerloh

Promosi BeSS, Pendaftaran Premis

Orang awam dan industri

3. Pameran Bess Sabah 3 Februari 2013

Tanjung Aru, Sabah

Promosi BeSS, Pendaftaran Premis

Orang awam dan industri

4. Pameran Bess Perlis 28 Februari 2013

Pusat Penjaja, Kuala Perlis

Promosi BeSS, Pendaftaran Premis

Orang awam dan industri

5. Pameran sempena Majlis Pelancaran MeSTI

7 Mac 2013

Dewan Manhattan, Aras 14, Hotel Berjaya Times Square

Lihat,Hidu,Rasa, Games, MoHKLiK

Orang awam dan industri

Page 38: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201338

BILNAMA PROGRAM/AKTIVITI/MAJLIS TARIKH TEMPAT

BAHAN/AKTIVITI PAMERAN SASARAN

6. Pameran KPDNKK Taste of Malaysia (TOM)

15 Mac 2013

Dewan Serbaguna, Aras G, Bangunan KPDNKK, Presint 2

Pameran MeSTI, pendaftaran premis

PKS dan usahawan tempatan100 orang

7. Pameran Sempena International Conference On Consumerism 2013

27 Mac 2013

Hotel Equatorial Bangi

Pameran fungsi BKKM

Pelajar dan penyelidik

8. Smartkids 2013 (sewaan booth)

19-21 April 2013

PWTC, KL Pameran Lihat, Hidu, Rasa, Bakteria Utama, Label, Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Panduan Minum Susu Kotak, MoHKLiK

Kanak-kanak, remaja, orang awam

9. Pameran Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor Sempena Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2013 Peringkat Kebangsaan

7 April 2013

Kompleks Sukan, Hospital Permai Johor Bahru

Perlabelan produk makanan

Kanak-kanak, remaja, orang awam

10. Pameran Sempena Nutrition Month Malaysia 2013

3-4 Mei 2013

Mid Valley, KL Pameran Lihat, Hidu, Rasa, Bakteria Utama, Label, Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Panduan Minum Susu Kotak, MoHKLiK

Kanak-kanak, remaja, orang awam

11. Pameran KPDNKK sempena Bulan Kepenggunaan Malaysia

30 Mei 2013

Batu Buruk, Terengganu

Lihat, Hidu, Rasa, Pendaftaran Premis,

Kanak-kanak, remaja, orang awam

12. Pameran Taste of Malaysia

4 Jun 2013

Berjaya Time Square, KL

Program Suaian Perniagaan Bersama Hypermarket

Industry

13. Pameran 4th Muslim World Biz(sewaan booth)

25 – 28 Mattrade, KL Pameran MeSTI, pendaftaran premis, Pameran fungsi BKKM

Orang awam

Page 39: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 39

BILNAMA PROGRAM/AKTIVITI/MAJLIS TARIKH TEMPAT

BAHAN/AKTIVITI PAMERAN SASARAN

14. Festival Hari Guru 2013(sewaan booth)

14–19 Mei 2013

Pusat Belia dan Sukan, Paroi, Negeri Sembilan

Pameran Lihat, Hidu, Rasa, Bakteria Utama, Label, Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Panduan Minum Susu Kotak, MoHKLiK

PKS dan usahawan tempatan100 orang

15. Malaysia International Food and Beverages (MIFB)(sewaan booth)

6-8 Jun 2013

PWTC, KL Pameran MeSTI, pendaftaran premis

Pelajar dan murid sekolah, guru2 serta orang ramai

16. Pameran Karvnival Kesihatan Pergigian 2013

6 Oktbober 2013

Berjaya Time Square, Mall.

Pameran Lihat, Hidu, Rasa, Bakteria Utama, Label, Kebersihan dan Keselamatan Makanan, Panduan Minum Susu Kotak

Kanak-kanak, remaja, orang awam

17. Pameran Menyambut Hari Promosi Kesihatan Sedunia

8-10 Oktober 2013

Hotel Royal Chulan, KL

Pameran Label, Premis yang bersih

Profesional dan awam

18. Pameran on Food Safety

2-3 Disember 2013

Hotel Royal Chulan, KL

Mempromosikan BKKM

Profesional

19. Pameran Sempena Majlis Anugerah Kantin Bersih 2012

5 September 2013

Hotel Marriott, Putrajaya

Mempromosikan keselamatan makanan

Murid sekolah dan guru

Di samping program promosi yang dijalankan, bahan-bahan pendidikan yang telah diterbitkan adalah seperti berikut:

i. Risalah / Booklet

• Booklet Kepentingan Suhu Dalam Keselamatan Makanan• Risalah Amalan Kebersihan Makanan di Bazar Ramadhan• Risalah Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 • Booklet Keracunan Makanan Anda Boleh Mengelakkannya • Risalah Panduan Keselamatan Makanan Untuk Pelajar Sekolah• Risalah Pendaftaran Premis Makanan• Risalah Pengendalian Daging Ayam dengan Selamat

Page 40: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201340

ii. Bahan Pameran

• Popup MeSTI• Bunting BeSS• Rollup BeSS• Rollup Pakaian Pengendali Makanan• Rollup Panduan Kebersihan Pengendali Makanan• Collateral Bermesej Keselamatan Makanan (Pen dan Non-Woven Beg)• Bahan Promosi Codex (Majlis CCFO)• Rollup Pendaftaran Premis (edaran ke negeri)• Popup Garam (Hari Kesihatan Sedunia 2013)• Rollup Garam (edaran ke negeri)• Popup MKMPK

iii. Jingle, Klip Video, CD

• Popup MeSTI• Bunting BeSS• Rollup BeSS

iv. Media Massa

• Iklan akhbar The Star (Pendaftaran Premis)• Iklan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo (Pendaftaran Premis)• Pesanan Lihat, Hidu dan Rasa di radio tempatan• Pesanan Ramadhan di radio rangkaian Astro (Era, Sinar)• Pesanan Ramadhan di radio rangkaian Kerajaan• Pesanan Pendaftaran Premis Makanan di radio rangkaian Kerajaan 13 negeri• Pesanan Pendaftaran Premis Makanan di radio Astro• Sidang Media Majlis Pelancaran MeSTI, 7 Mac 2013• Sidang Media Majlis Anugerah Kantin Sekolah Bersih Peringkat Kebangsaan, 5

September 2013

Page 41: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 41

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN PEMATUHAN DOMESTIK

1. Pengenalan

Fungsi Cawangan Pematuhan Domestik adalah untuk merancang, mengkaji semula dan menyelaras semua aktiviti penguatkuasaan berdasarkan Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Aktiviti berkenaan termasuk pensampelan makanan, pemeriksaan premis makanan, aktiviti penguatkuasaan seperti penutupan premis makanan yang tidak bersih, tindakan penyitaan bagi produk makanan yang tidak mematuhi perundangan, penyiasatan terhadap aduan yang dikemukakan dan pengurusan isu keselamatan makanan.

2. Aktiviti

a. Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makanan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Pada tahun 2013, sejumlah 127,323 premis makanan telah diperiksa dan 4,044 (3.18%) premis makanan yang tidak sanitari ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 (Rajah 12).

Rajah 12: Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan 2004 – 2013

Page 42: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201342

b. Pendaftaran Premis Makanan

Seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 (PPKM 2009), premis makanan yang wajib berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kilang makanan, premis yang terlibat di dalam katering makanan, premis outlet makanan seperti restoran, gerai, warung, kantin dan sebagainya serta kenderaan yang digunakan untuk menjual makanan sedia dimakan. Pendaftaran premis makanan tersebut perlu dilakukan oleh pemilik premis melalui aplikasi atas talian yang beralamat di http://fosimdomestic.moh.gov.my/. Melalui aktiviti dan promosi pendaftaran premis makanan yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diseluruh negara, sepanjang tahun 2013 sebanyak 44,692 premis makanan telah didaftarkan. Jumlah tersebut terdiri daripada 3,071 kilang makanan, 2,297 premis makanan yang terlibat dalam catering makanan, 38,653 premis outlet makanan dan 667 kenderaan menjual makanan.

Jadual 12: Pendaftaran Premis Makanan Dari Mac 2010 - 2013

KATEGORI

TAHUN

2010 2011 2012 2013Kilang Makanan 1,056 1,737 2,139 3,071

Katering 540 674 1,403 2,297

Premis Outlet Makanan 5,938 12,661 21,071 38,670

Kenderaan yang menjual Makanan

74 85 177 667

Jumlah 7,608 15,157 24,790 44,692

Page 43: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 43

c. Pensampelan Makanan

Pensampelan makanan dijalankan bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual di Malaysia adalah mematuhi kehendak Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pada tahun 2013, sejumlah 32,798 sampel makanan telah diambil untuk dianalisa dan 1,111 (3.39%) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 13). Peratus pelanggaran didapati menurun semenjak tahun 2004 iaitu daripada 8.8 % kepada 3.39% pada tahun 2013. Seramai 168 orang penjual/pengeluar produk makanan yang didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ditetapkan telah dihadapkan ke mahkamah dan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 304,500.

Rajah 13: Pensampelan Makanan 2004 - 2013

Page 44: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201344

d. Pengawalan Residu Racun Perosak

Pada tahun 2013, sejumlah 1010 sampel (Rajah 14) telah diambil untuk analisis residu racun perosak di mana 687 sampel adalah sayur-sayuran dan 323 sampel adalah buah-buahan. Keputusan analisis pada sepanjang tahun 2013 menunjukkan bahawa tiada sampel sayur-sayuran dan sampel buah-buahan yang telah dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi Kadar Maksimum Residu (MRL) sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 16 Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985

Rajah 14: Pensampelan Sayur-sayuran dan Buah-buahan untuk Analisis Residu Racun Perosak 2004-2013

Page 45: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 45

e. Pengawalan Residu Dadah Veterinar

Hasil daripada pemantauan dan penguatkuasaan terhadap penyalahgunaan residu dadah veterinar yang berterusan, didapati penyalahgunaan nitrofuran, chloramphenicol dan beta-agonist semakin menurun.

i. Nitrofuran

Sejumlah 91 sampel ayam dan 3 sampel telur telah diambil untuk analisis nitrofuran pada tahun 2013 dan didapati semua sampel tidak mengandungi nitrofuran (Rajah 15).

Rajah 15: Pensampelan Ayam & Telur Ayam Untuk Analisa Nitrofuran 2004 - 2013

Page 46: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201346

ii. Chloramphenicol

Pensampelan dijalankan untuk mengesan pengunaan chloramphenicol di dalam ayam dan ikan. Sejumlah 84 sampel ayam telah dianalisis dan didapati tiada sampel dikesan mengandungi residu chloramphenicol (Rajah 16). Sebanyak 268 sampel ikan telah diambil untuk analisis chloramphenicol dan juga didapati tiada sampel yang dikesan mengandungi residu chloramphenicol (Rajah 17).

Rajah 16: Pemantauan Chloramphenicol Dalam Ayam 2004 -2013

Page 47: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 47

Rajah 17: Pemantauan Chloramphenicol Dalam Ikan 2004 -2013

Page 48: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201348

iii. Beta-Agonist

Pada tahun 2013, sejumlah 269 sampel telah diambil dan dianalisa beta-agonist (Rajah 18). Ini termasuk daging khinzir (111 sampel), daging lembu (147 sampel) dan daging kambing (11 sampel). Hasil tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pemeriksaan rutin dan operasi, kadar penyalahgunaan beta-agonist didapati menurun dari setahun ke setahun. Sejak tahun 2009 tiada sampel daging dikesan mengandungi beta-agonist.

Rajah 18: Pemantauan Beta-Agonist 2004 – 2013

Page 49: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 49

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN INDUSTRI DOMESTIK

1. Pengenalan

Cawangan Industri Domestik bertanggungjawab dalam aktiviti pembangunan industri makanan termasuk penyediaan garis panduan, menjalankan aktiviti verifikasi sepanjang rantaian makanan dan kelulusan pelesenan air minuman berbungkus dan air minuman semulajadi, ais dan mesin jual air bagi meningkatkan keselamatan pengeluaran makanan oleh industri.

2. Seksyen Pembangunan Industri

Di bawah Seksyen Pembangunan Industri, penyeragaman pemeriksaan kebersihan premis makanan telah dilaksanakan melalui projek pilot melibatkan tiga (3) agensi iaitu KKM, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Projek pilot telah dilaksanakan di lokasi terpilih sekitar Melaka, Pahang dan Kuala Lumpur dan dalam tempoh pelaksanaan projek pilot tersebut, semakan semula dan penambahbaikan telah dilakukan ke atas prosedur berkaitan iaitu pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS), Sistem Penggredan Premis Makanan dan Pensijilan Halal. Hasil dari pelaksanaan projek pilot tersebut, borang pemeriksaan telah ditambahbaik dan boleh digunapakai bagi tujuan penyeragaman pemeriksaan kebersihan premis makanan oleh agensi yang berkaitan. Namun begitu, mesyuarat bersama Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan telah bersetuju bahawa semua agensi perlu menjalankan pemeriksaan berdasarkan garis panduan KPKT yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

3. Seksyen Rantaian Makanan

a. Audit Verifikasi Kilang Pemprosesan Makanan

Aktiviti utama di bawah Seksyen Rantaian Makanan adalah audit verifikasi kilang pemprosesan makanan bagi memastikan aspek keselamatan dan kualiti makanan dikawal di sepanjang rantaian makanan. Ianya merupakan pendekatan yang diambil oleh BKKM dalam usaha transformasi kawalan keselamatan produk makanan yang terdapat di pasaran tempatan termasuk produk yang diimport. Melalui kawalan di sepanjang rantaian makanan, sebarang insiden keselamatan makanan dapat dikenalpasti lebih awal dan tidak perlu hanya bergantung kepada verifikasi produk akhir. Bagi tahun 2013, sebanyak lapan (8) komoditi produk yang telah dikenalpasti (Rajah 19) bagi menjalankan verifikasi rantaian makanan. Penentuan komoditi makanan tersebut adalah berdasarkan kepada hasil dari laporan Seksyen Surveilan, Seksyen Pematuhan Domestik dan keperluan semasa seperti krisis keselamatan makanan dan isu Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M). Sehingga 31 Disember 2013, sebanyak 172 buah premis pemprosesan makanan telah diverifikasi bagi memastikan ianya mematuhi keperluan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

Page 50: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201350

Rajah 19: Komoditi Produk Yang Telah Dikenalpasti Untuk Verifikasi Rantaian Makanan.

b. Pengeksportan Raw Clean Edible Bird’s Nest ke Republik Rakyat China

Pada 16-18 Oktober 2013, pihak General Administration Quality Supervision Inspection and Quarantine (AQSIQ), Republik Rakyat China (RRC) telah mengadakan lawatan pemeriksaan di Malaysia bertujuan untuk menilai sistem kawalan rasmi yang dijalankan oleh pihak berkuasa di Malaysia bagi pengeksportan raw clean edible bird’s nest ke RRC. Berdasarkan pemeriksaan dan lawatan tersebut, pada 25 Disember 2013 pihak RRC telah memberikan kelulusan pengeksportan kepada lapan (8) premis pemprosesan sarang burung walit. Bagi memperkukuhkan aktiviti kawalan rasmi, sebanyak dua (2) standard operating procedure (SOP) telah dikemaskinikan dan dua (2) SOP baru telah dibangunkan. Audit dalaman ke atas tujuh (7) Jabatan Kesihatan Negeri yang terlibat dalam pengeksportan sarang burung walit juga telah dijalankan.

Bagi menilai status pematuhan premis pemprosesan ke atas keperluan pengeksportan ke RRC, audit pengawasan telah dijalankan dimana 96% premis pemprosesan yang terlibat telah diaudit. Manakala bagi program pemantauan sebanyak 89% sampel raw clean EBN dan 98% sampel air telah dianalisa. Sehingga Disember 2013, sebanyak 22 buah premis pemprosesan telah disenaraikan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan pengeksportan raw clean EBN ke RRC.

c. Pengeksportan Unclean Bird’s Nest Raw Material

Mesyuarat Kumpulan Pakar China-Malaysia bagi membincangkan isu nitrit dalam unclean bird’s nest raw material (UBRM) telah diadakan di Beijing, RRC pada 19 dan 20 Mac 2013. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Tan Sri Ong Ka Ting, Duta Khas Perdana Menteri ke RRC. Manakala Kumpulan Pakar Malaysia telah diketuai oleh Puan Noraini binti Dato’ Mohd Othman, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan. Berdasarkan mesyuarat tersebut, Malaysia telah berjaya menyelesaikan isu nitrit dalam UBRM di mana persetujuan telah dicapai di antara RRC dan Malaysia bahawa penetapan paras nitrit dalam UBRM tidak diperlukan dan ini hanya terpakai kepada UBRM jenis rumah sahaja dengan pra-syarat. Seterusnya, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar akan berurusan dengan pihak China bagi tujuan pengeksportan UBRM ke RRC.

Page 51: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 51

4. Seksyen Pelesenan

Aktiviti di bawah Seksyen Pelesenan terbahagi kepada tiga (3) iaitu Pelesenan Air Mineral Semulajadi (AMS) dan Air Minuman Berbungkus (AMB); Pelesenan Ais dan Pelesenan Mesin Jual Air. Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Air Minuman (JKTAM) telah diadakan sebanyak satu (1) kali pada Oktober 2013 bagi membincangkan kelulusan permohonan lesen AMB dan AMS (Import), ais, mesin jual air serta isu-isu yang berkaitan.

a. Lesen AMB/AMS

Aktiviti pelesenan AMB dan AMS melibatkan proses semakan label bagi tujuan perakuan dan juga pendaftaran label. Sebanyak 918 label AMB dan AMS telah disemak pada tahun 2013. Pemantauan kualiti air dijalankan bagi memastikan kualiti air yang dikeluarkan oleh pemegang lesen mematuhi standard dalam Jadual Ke-25 dan Jadual Ke-26, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Selain itu, analisis radioaktif, kimia dan bakteriologi turut dijalankan bagi tujuan pemantauan seperti dalam Jadual 6 dan laporan pemantauan akan dikemukakan kepada Seksyen Pelesenan setiap tiga (3) bulan sekali.

Jadual 13: Analisis Pemantauan yang dijalankan untuk AMB/AMS

JENIS ANALISIS KEKERAPANRadioaktif Sekali setahun Aktiviti pemantauan analisis

dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN)

Kimia 2 kali setahun

Bakteriologi 4 kali setahun

Page 52: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201352

i. Air Mineral Semulajadi

Air mineral semulajadi hendaklah air tanah yang diperolehi untuk makanan manusia daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan atau lain-lain jalan keluar, dengan atau tanpa tambahan karbon dioksida. Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pengeluaran dan pengimportan air mineral semulajadi di negara ini mestilah dilesenkan. Sejak peraturan ini diperkenalkan pada tahun 1992, sebanyak 67 lesen air mineral semulajadi telah dikeluarkan sehingga 31 Disember 2013 (Rajah 20). Dari jumlah tersebut, sebanyak 34 lesen yang dikeluarkan merupakan sumber tempatan manakala selebihnya merupakan sumber luar negara. Pada tahun 2011, sebanyak satu (1) lesen telah ditarik balik kerana pengusaha tersebut telah membuka kilang baru pada lokasi punca yang baru. Manakala pada tahun 2013, sebanyak enam (6) lesen baru yang dikeluarkan manakala tiada telah dibatalkan.

Rajah 20: Pengeluaran Lesen Air Mineral Semulajadi Mengikut Tahun 1992-2013

Page 53: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 53

ii. Air Minuman Berbungkus

Air minuman berbungkus hendaklah air minuman atau air minuman diperlakukan, selain daripada air mineral semulajadi, yang berkedap dalam botol atau lain-lain bungkusan dan dicadangkan untuk makanan manusia. Berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang diwartakan pada tahun 2000, lesen punca air minuman berbungkus adalah wajib diperolehi sebelum memulakan perniagaan. Sehingga tahun 2013, sebanyak 223 permohonan lesen air minuman berbungkus telah diluluskan (Rajah 21).

Berdasarkan Rajah 22, jumlah lesen yang ditarik balik sebanyak 16 lesen di mana sebanyak empat (4) lesen pada tahun 2011, sembilan (9) lesen pada tahun 2012 dan tiga (3) lesen pada tahun 2013. Antara punca lesen ditarik balik adalah kebanyakan pengusaha Air Minuman Berbungkus telah membuka kilang baru di lokasi punca yang baru dan sebilangan pengusaha tidak lagi berminat untuk meneruskan pengeluaran Air Minuman Berbungkus. Manakala lesen baru yang dikeluarkan pada tahun 2013 adalah sebanyak 14 lesen.

Rajah 21: Pengeluaran Lesen Air Minuman Berbungkus Mengikut Tahun 2001-2013

Page 54: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201354

Rajah 22: Penarikan Lesen Air Minuman Berbungkus

iii. Ais

Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua pengusaha kilang ais perlu mendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan. Aktiviti pelesenan ais melibatkan proses pemeriksaan premis serta pensampelan air dan ais. Sepanjang tahun 2013, sebanyak 76 permohonan telah diluluskan melibatkan 45 buah syarikat baru.

Jumlah pemegang lesen ais sehingga 31 Disember 2013 adalah sebanyak 108 buah syarikat. Jumlah tersebut masih tidak mencapai jumlah yang disasarkan iaitu hanya 32.2% daripada jumlah keseluruhan kilang ais di Malaysia iaitu sebanyak 335 buah syarikat.

Pendekatan secara Educational Enforcement telah di buat diperingkat Pejabat Kesihatan Negeri dan Jabatan Kesihatan Negeri kepada pengusaha ais untuk meningkatkan kesedaran mereka. Majoriti pengusaha ais adalah terdiri daripada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana. Oleh itu, kekangan kewangan dan kekurangan ilmu pengetahuan berkaitan isu keselamatan berkaitan ais dilihat menjadi antara faktor utama kegagalan para pengusaha ais untuk memperoleh lesen ais. Peratus pemegang lesen ais KKM mengikut negeri adalah seperti di dalam Rajah 23.

Page 55: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 55

Rajah 23: Peratus Pemegang Lesen Ais KKM Mengikut Negeri

Page 56: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201356

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN IMPORT

1. Pengenalan

Objektif utama kawalan makanan import adalah untuk memastikan makanan yang diimport ke negara ini mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Aktiviti kawalan makanan import yang dijalankan di pintu masuk negara meliputi seperti pemeriksaan dan pensampelan konsainan makanan serta aktiviti penguatkuasaan seperti penahanan, penarikan balik, penolakan, pendakwaan, pemusnahan konsainan yang melanggar perundangan makanan.

2. Sistem Kawalan Makanan Import

KKM menguruskan kawalan import makanan melalui penggunaan sistem aplikasi berasaskan web iaitu FoSIM yang menggunakan pendekatan berasaskan risiko dalam menentukan risiko makanan import. Terdapat enam (6) tahap pemeriksaan bagi menentukan risiko makanan tersebut, seperti berikut:-

a. Tahap 1 (Pelepasan Automatik) - Konsainan makanan dilepaskan secara automatik tanpa pemeriksaan.

b. Tahap 2 (Pemeriksaan Dokumen) - Konsainan makanan dilepaskan setelah permeriksaan dokumen dijalankan.

c. Tahap 3 (Pemeriksaan Pemantauan) - Konsainan makanan dilepaskan setelah pemeriksaan dibuat dan sampel boleh diambil untuk tujuan analisa.

d. Tahap 4 (Pemeriksaan Surveilan) - Konsainan makanan dilepaskan setelah pemeriksaan dan sampel diambil untuk analisa.

e. Tahap 5 (Tahan, Uji dan Lepas) - Konsainan makanan ditahan sehingga keputusna analisa diterima.

f. Tahap 6 (Penolakan Automatik) - Konsainan makanan ditolak secara automatik

3. Pemantauan makanan import di setiap pintu masuk

Cawangan Import memantau pencapaian ke 42 pintu masuk seluruh Malaysia. Pemantauan yang dijalankan berdasarkan kepada sasaran berikut:

a. 100% pemeriksaan dokumen – pemeriksaan perlu dilakukan ke atas 100% pada borang deklarasi (K1) yang diisytihar secara manual atau elektronik.

b. 70% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk darat c. 40% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk laut d. 35% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk udara e. 10% daripada jumlah pemeriksaan fizikal perlu diambil bagi tujuan pensampelan

Page 57: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 57

a. Aktiviti dan Pencapaian

Bagi tahun 2013, sebanyak 181,629 konsainan diperiksa di mana 17,206 (9.5%) sampel diambil untuk dianalisis (Rajah 24). Daripada jumlah sampel yang diambil, 194 (1.1%) sampel didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (Rajah 25).

Pada tahun 2013, terdapat 141 alert makanan ke atas konsainan makanan yang tidak mematuhi dari 18 negara. Alert makanan telah dinotifikasi kepada semua pihak negeri dan pintu masuk untuk tindakan selanjutnya.

Rajah 24: Pemeriksaan dan Pensampelan Konsainan Makanan Import 2008-2013

Page 58: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201358

Rajah 25: Makanan Import yang Melanggar 2008-2013

Page 59: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 59

AKTIVITI DAN PENCAPAIANCAWANGAN EKSPORT

1. EKSPORT IKAN DAN HASILAN IKAN KE KESATUAN EROPAH (EU)

Cawangan ini bertanggungjawab dalam memastikan aktiviti-aktiviti kawalan rasmi yang dijalankan adalah mengikut keperluan negara pengimport. BKKM, KKM telah dilantik oleh pihak Kesatuan Eropah (EU) sebagai Competent Authority (CA) di negara ini bagi memberi jaminan kepada pihak EU bahawa keperluan yang ditetapkan oleh pihak EU adalah dipenuhi di sepanjang rantaian pengeluaran ikan dan hasilan ikan yang dieksport ke EU.

a. Pelaksanaan Kawalan Rasmi Bagi Tujuan Eksport Ikan Dan Hasilan Ikan Ke EU

BKKM menjalankan kawalan rasmi berdasarkan kepada Standard Operating Procedure dan Protokol yang terlibat dalam pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU seperti berikut:

i. Kelulusan premis eksport, kenderaan pengangkutan, pengeluar ais, stor sejuk beku, premis bahan mentah separa proses dan sumber bahan mentah yang diimport. Pada tahun 2013, sebanyak 22 premis pemprosesan, 43 kenderaan pengangkutan, tiga (3) punca ais dan satu (1) stor sejuk beku telah diluluskan. Audit pengawasan turut dijalankan ke atas semua premis pemprosesan, kenderaan pengangkutan, punca ais dan stor sejuk beku yang telah diluluskan.

ii. Pelaksanaan Pelan Pemantauan Pada tahun 2013, sebanyak 580 sampel produk akhir hasilan ikan, 163 sampel hasil tangkapan ikan dan 132 sampel air dan ais telah diambil bagi program pemantauan 2013 dan semua tindakan pembetulan telah pun diambil ke atas pelanggaran yang dikesan.

iii. Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke EUPada tahun 2013, sebanyak 384 Sijil Kesihatan telah dikeluarkan oleh BKKM melibatkan sebanyak 3,473.1 metrik tan ikan dan hasilan ikan berjumlah RM 55 juta.

b. Pengukuhan Kawalan Rasmi

EU Management System for Official Control of Food Export of Fish and Fishery Products to EU (FExOC) telah dibangunkan dan sistem tersebut telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 2013. Objektif sistem ini dibangunkan adalah untuk mengukuhkan kawalan rasmi yang dilaksanakan oleh BKKM di mana semua maklumat mengenai program pemantauan dan juga audit pengawasan bagi semua kemudahan perikanan yang telah diluluskan termasuk rapid alert system dan pengeluaran sijil kesihatan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan diintegrasikan ke dalam sistem ini.

2. EKSPORT IKAN DAN HASILAN IKAN KE AMERIKA SYARIKAT

BKKM telah menjalankan verifikasi ke atas premis pemprosesan yang terlibat dalam pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Amerika Syarikat berdasarkan keperluan pengimportan ikan dan hasilan ikan yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat.

Page 60: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201360

i. Penyenaraian Premis Pemprosesan Ikan dan Hasilan Ikan Yang Mematuhi Keperluan Amerika Syarikat Pada tahun 2013, sebanyak 29 premis pemprosesan telah disenaraikan bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan ke USA. BKKM juga telah menjalankan audit pengawasan ke atas semua premis pemprosesan tersebut.

ii. Pelaksanaan Program Pemantauan Pada tahun 2013, sebanyak 374 sampel ikan dan hasilan ikan telah diambil di bawah Program Pemantauan Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke Amerika Syarikat dan tiada pelanggaran dikesan.

3. EKSPORT IKAN DAN HASILAN IKAN KE RUSIA

Pada bulan November 213, pihak Perkhidmatan Persekutuan Pengawasan Haiwan dan Fitosanitasi (Rosselkhoznadzor) telah mengemukakan Technical Questionnaire kepada CA dan pihak industri di Malaysia. Maklumbalas bagi Technical Questionnaire tersebut sedang disediakan oleh Cawangan Eksport dan akan dikemukakan kepada Rosselkhoznadzor apabila ianya telah lengkap.

Selain itu, BKKM juga telah menjalankan program pemantauan ikan dan hasilan ikan ke atas premis yang berminat untuk mengeksport ke Rusia di mana sebanyak 117 sampel untuk Fishery End Products Monitoring Programme dan 12 sampel untuk Capture Fishery Monitoring Programme telah diambil pada tahun 2013. Tindakan pembetulan juga telah diambil ke atas semua pelanggaran yang dikesan.

4. EKSPORT PRODUK MAKANAN BERASASKAN HAIWAN KE VIETNAM

Berkuatkuasa mulai 1 September 2010, semua premis pemprosesan yang ingin mengeksport produk makanan berasaskan haiwan perlu berdaftar dengan National Agro-Forestry-Fisheries Quality Assurance Department (NAFIQAD), Vietnam sebelum pengeksportan dijalankan. Ini adalah berdasarkan kepada Circular Guiding on the Food Hygiene and Safety Control for Imported Foodstuffs of Animal Origin, No. 25/2010/TT-BNNPTNT.

Pada tahun 2013, sebanyak 34 premis pemprosesan yang telah diluluskan dan disenaraikan oleh pihak NAFIQAD bagi pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke Vietnam. Selain itu, Malaysia juga telah diberi kelulusan oleh pihak NAFIQAD untuk menjalankan pengeksportan makanan berasaskan tumbuhan berkuatkuasa mulai 10 Jun 2013. Ini adalah berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh KKM melalui BKKM.

5. PENGEKSPORTAN SARANG BURUNG WALIT (EDIBLE BIRD’S NEST) KE CHINA

KKM memandang serius isu pengeksportan sarang burung walit ke Republik Rakyat China (RRC) yang tidak mematuhi keperluan negara tersebut di mana paras nitrit adalah sifar dalam sarang burung walit. memandangkan Malaysia merupakan antara pengeksport utama sarang burung walit ke China.

Tambahan pula, keperluan ini tidak dapat dipenuhi oleh kebanyakan pengeksport sarang burung walit di Malaysia kerana kehadiran nitrit dalam sarang burung walit tidak dapat dielakkan memandangkan ianya hadir secara semulajadi dalam sarang burung walit.

Dalam hal ini, Menteri Kesihatan Malaysia telah mengetuai delegasi Malaysia untuk lawatan kerja ke China pada 5 hingga 8 November 2011 khusus bagi membincangkan isu pengeksportan sarang burung walit ke China dengan Menteri Kesihatan China. Hasilnya, mesyuarat bersetuju supaya satu kajian yang komprehensif dijalankan bagi mendapatkan data saintifik mengenai kehadiran nitrit

Page 61: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 61

dalam sarang burung walit. Selain itu, mesyuarat juga bersetuju supaya Kumpulan Pakar Malaysia-China bagi Sarang Burung Walit dibentuk khusus bagi membangunkan standard nitrit dalam sarang burung walit yang akan dipersetujui bersama oleh Malaysia dan China.

Seiring dengan ini, KKM telah menjalankan satu kajian yang komprehensif bermula pada bulan Oktober sehingga Disember 2011 bagi mendapatkan data saintifik mengenai kehadiran nitrit dalam sarang burung walit. Kajian telah dijalankan ke atas sarang burung walit, guano, air liur dan faktor persekitaran lain yang mungkin menyumbang kepada kehadiran nitrit dalam sarang burung walit.

Lanjutan daripada itu, Mesyuarat Kumpulan Pakar Malaysia-China bagi Sarang Burung Walit telah diadakan di Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Disember 2011 bagi membincangkan standard nitrit dalam sarang burung walit yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua negara..

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, dan ianya telah dihadiri oleh 9 pakar dari China dan 11 pakar dari Malaysia.

Mesyuarat tersebut telah bersetuju ke atas standard nitrit yang telah ditetapkan bagi sarang burung walit. Walau bagaimanapun, perkara ini masih perlu dipersetujui oleh semua pihak yang terlibat di China dalam masa terdekat.

Selain itu, pihak CNCA telah menjalankan misi pemeriksaan bagi kumpulan pertama melibatkan 15 premis pemprosesan sarang burung walit yang memohon bagi tujuan pengeksportan sarang burung walit ke China pada 9 hingga 19 April 2013. Berdasarkan misi pemeriksaan ini, sebanyak lapan (8) premis pemprosesan sarang burung walit telah didaftarkan oleh pihak CNCA bagi pengeksportan sarang burung walit ke China.

Tambahan daripada itu, pihak General Administration of Quality Supervision, Inspection and Quarantine (AQSIQ) telah mengadakan lawatan ke Malaysia pada 16 hingga 18 Oktober 2013 bagi menilai kawalan rasmi yang dijalankan oleh Competent Authority bagi tujuan pengeksportan sarang burung walit ke China.

Hasil daripada lawatan tersebut, Malaysia telah diberi kelulusan untuk menjalankan pengeksportan sarang burung walit ke China pada 25 Disember 2013.

Susulan daripada itu juga, Malaysia sekali lagi telah mengemukakan permohonan pendaftaran premis pemprosesan bagi kumpulan kedua melibatkan sebanyak 15 premis pemprosesan pada 23 Disember 2013. Dalam hal ini, BKKM, KKM akan sentiasa memberikan komitmen dan bekerjasama erat dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi memastikan Malaysia dapat terus mengeksport sarang burung walit mentah bersih ke China.

Pada 2013, sebanyak 139 sampel sarang burung walit dan 47 sampel air telah diambil bagi tujuan program pemantauan. Tindakan pembetulan telah diambil ke atas semua pelanggaran yang dikesan.

Page 62: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201362

6. PENGEKSPORTAN BUAH-BUAHAN/SAYUR-SAYURAN SEDIA DIMAKAN (READY-TO-EAT) / DIPROSES SECARA MINIMUM (MINIMALLY PROCESSED) KE SINGAPURA

Mesyuarat Dua Hala antara Malaysia - Singapura telah diadakan pada 8 - 10 Mac 2011 di Singapura. Mesyuarat tersebut telah bersetuju ke atas keperluan oleh Agri-Food and Veterinary Authority (AVA), Singapura untuk pendaftaran dan persijilan premis pemprosesan bagi buah-buahan dan sayur-sayuran siap dimakan atau diproses secara minimum ke Singapura. Dalam hal ini, premis pemprosesan perlu mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam Guideline for Ready-To-Eat / Minimally Processed Fruits and Vegetable.

Selain itu, Malaysia telah diberi tempoh selama dua (2) tahun bermula tahun 2010 untuk memastikan pematuhan ke atas keperluan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran sedia untuk dimakan/diproses secara minimum ke Singapura. AVA Singapura akan menguatkuasakan sepenuhnya keperluan dan pensijilan premis pemprosesan yang ingin mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran sedia untuk dimakan/diproses secara minimum ke Singapura mulai 1 November 2012.

Pada tahun 2013, sebanyak 12 premis pemprosesan telah berdaftar dan disahkan oleh BKKM untuk mengeksport buah-buahan dan sayur-sayuran sedia untuk dimakan atau yang diproses secara minimum ke Singapura.

7. PENGEKSPORTAN KELAPA YANG DIPROSES SECARA MINIMUM (MINIMALLY PROCESSED COCONUT) KE SINGAPURA

Mesyuarat Pasukan Petugas bagi Kelapa Yang Diproses Secara Minimum telah diadakan di Pulau Pinang pada 19 Januari 2011 bagi membincangkan draf garis panduan pengendalian produk tersebut bagi tujuan eksport ke Singapura di mana Jabatan Pertanian merupakan focal point untuk pengeksportan kelapa yang diproses secara minimum ke Singapura.

Pasukan Petugas tersebut telah melawat tiga (3) premis pemprosesan yang terlibat dalam pemprosesan kelapa yang diproses secara minimum di Johor pada 2 hingga 3 Jun 2011. Pasukan Petugas kemudiannya memuktamadkan garis panduan tersebut dan membincangkan pelan pelaksanaan garis panduan tersebut. Garis panduan tersebut akan diluluskan semasa Mesyuarat Dua Hala Singapura pada tahun 2012.

8. PENGEKSPORTAN TEBU YANG DIPROSES SECARA MINIMUM (MINIMALLY PROCESSED SUGAR CANE) KE SINGAPURA

Mulai tahun 2013, tempoh sah laku pendaftaran telah diubah dari satu (1) tahun ke tiga (3) tahun, dengan tujuh (7) premis pemprosesan yang memproses tebu secara minimum telah diperbaharui tempoh berdaftar dan disahkan oleh BKKM.

9. PENGEKSPORTAN DURIAN BEKU KE CHINa

General Administration of Quality Supervision Inspection and Quarantine (AQSIQ) China telah menjalankan audit ke atas enam (6) premis pemprosesan durian beku pada 12 - 17 Disember 2011. Objektif audit tersebut adalah untuk menilai status kepatuhan premis pemprosesan ke atas keperluan import durian sejuk beku ke China termasuk pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP).

Page 63: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2013 63

Berdasarkan laporan audit tersebut, satu premis pemprosesan telah diluluskan bagi tujuan eksport durian ke China.

10. PENGELUARAN SIJIL EKSPORT SELAIN IKAN DAN HASILAN IKAN KE EU

Pada tahun 2013, sebanyak 44,123 Sijil Kesihatan dan 4.354 Sijil Penjualan Bebas telah dikeluarkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah untuk pengeksportan produk makanan. Manakala sebanyak tiga (3) Sijil Non Genetically Modified Food (Non-GMF) dan satu (1) Sijil Akuan Bebas Melamin telah dikeluarkan oleh BKKM pada tahun 2013.

11. LATIHAN

Sebanyak lima (5) latihan telah dijalankan oleh BKKM bagi meningkatkan keupayaan pegawai yang terlibat dalam kawalan rasmi bagi tujuan eksport ikan dan hasilan ikan. Ianya melibatkan latihan berhubung keperluan negara pengimport, pensampelan air dan ais dan pemeriksaan organoleptik, fizikal dan parasit serta teknik pemeriksaan tapak pendaratan ikan.

12. PENYENARAIAN PREMIS PENGEKSPORTAN MAKANAN PROSES SEDIA DIMAKAN KE SINGAPURA DI BAWAH ENHANCED REGULATED SOURCE PROGRAMME

Bermula 2 Mei 2013, pihak Agri-Food And Veterinary Authority (AVA) telah melaksanakan program penyenaraian premis pengeksportan makanan proses sedia dimakan ke Singapura untuk memastikan produk makanan yang diimport dihasilkan dalam makanan dikawal selia dengan betul.

Penyenaraian premis pengeksport makanan diproses sedia dimakan ke Singapura ini hanya terpakai bagi enam (6) kategori produk yang merupakan makanan mudah rosak iaitu:

a. Kuih tradisional – sedia dimakanb. Nasi lemak dan makanan masak mudah rosak yang lain – sedia dimakanc. Kuih buland. Formula bayi e. Bijirin untuk bayif. Produk kacang soya kering

Contoh bagi makanan masak mudah rosak sedia dimakan yang lain untuk kategori (b) ialah seperti puttu mayam, roti prata, capati, thosai. Selain itu, makanan beku dan belum dimasak adalah dikecualikan buat masa ini terutama bagi kategori (a) dan (b)

Sepanjang tahun 2013, sebanyak 55 buah premis telah tersenarai dan diberikan kod premis AVA.

Page 64: laporan-tahunan-2013-BM-v1.3fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=bd86b741502c20fff... · Cawangan Polisi dan Penyelidikan telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan untuk menyelaras

Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 201364

Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Menara PrismaNo. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya,Malaysia.

Tel: 03-8885 0797Faks: 03-8885 0790

Laman web: http://fsq.moh.gov.myFacebook.com/BKKMHQ

Twitter.com/BKKMPutrajaya