2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan hari...

60
2015 LAPORAN TAHUNAN

Upload: buiminh

Post on 24-Mar-2019

245 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 1

2015LAPORAN TAHUNAN

Page 2: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 2

ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN

2. CARTA ORGANISASI BKKM

3. AKTIVITI CAWANGAN

4. MAKLUMAT PENGURUSAN

5. MAJLIS DAN PROGRAM ANJURAN BKKM

6. AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

i. POLISI DAN PEMBANGUNAN

ii. STANDARD DAN CODEX

iii. MAKMAL

iv. SURVEILAN

v. INDUSTRI DOMESTIK

vi. PEMATUHAN DOMESTIK

vii. PRE MARKET APPROVAL

viii. IMPORT

ix. EKSPORT

3

5

6

8

9

13

13

15

21

23

31

38

46

56

58

Page 3: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 3

PENGENALAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) adalah sebuah program di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). BKKM ditubuhkan bagi memantapkan aktiviti merancang, melaksana, memantau dan menilai program-program keselamatan dan kualiti makanan serta memudahkan perdagangan makanan. Mandat untuk kawalan ini telah diperuntukkan dalam Akta Makanan 1983 dengan lain-lain peraturan berkaitan.

Aktiviti dan strategi yang dibuat adalah untuk memastikan keberkesanan sistem kawalan makanan adalah betul dan dapat memastikan makanan yang tidak selamat tidak dipasarkan termasuk produk untuk dieksport.

Page 4: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 4

VISIMemastikan keselamatan makanan

dan mempertingkatkan integriti Negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui

tangungjawab dan akauntabiliti bersama berasaskan sistem

pengurusan tripartite yang berkesan ke arah Wawasan 2020

OBJEKTIF

Melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan

dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan

Page 5: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 5

CARTA ORGANISASI BKKM

Page 6: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 6

AKTIVITI CAWANGAN

Page 7: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 7

AKTIVITI CAWANGAN

Page 8: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 8

MAKLUMAT PENGURUSAN

Page 9: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 9

MAJLIS DAN PROGRAM ANJURAN BKKM

Mesyuarat Ke-13 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan

Mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan ke 13 (MKMPK-13) telah diadakan pada 14 Disember 2015 di Kementerian Kesihatan dan telah dipengerusikan oleh YB Menteri Kesihatan.

Majlis ini menyatukan semua pihak berkepentingan dalam keselamatan makanan dan pemakanan tahunan bagi membincang pelbagai perkara berkaitan keselamatan makanan dan pemakanan.

Pertandingan Inovasi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan 2015

Pertandingan Inovasi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan 2015 telah diadakan pada 8 Disember 2015 di Ibu Pejabat BKKM

Penilaian adalah berdasarkan laporan, taklimat dan demonstrasi yang melibatkan penyertaan anggota dari Jabatan Kesihatan Negeri, Pejabat Kesihatan Daerah, Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Seksyen Makanan, Makmal Kesihatan Awam

Page 10: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 10

Pengerusi dan Negara Tuan Rumah Mesyuarat 24th Session of the Codex Committee on Fats and Oils (CCFO)

Mesyuarat 24th Session of CCFO telah diadakan dengan jayanya dari 9 hingga 13 Februari 2015 di Melaka, Malaysia. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Noraini bt. Dato’ Mohd. Othman, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh peserta dari 40 negara, satu pertubuhan negara dan 5 pertubuhan antarabangsa.

Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) merupakan satu badan subsidiari Codex yang bertanggungjawab menyediakan standard antarabangsa berkaitan lemak dan minyak dari sumber haiwan, sayur-sayuran dan marin termasuk marjerin dan minyak zaitun.

Workshop on Operational Procedures for ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC)

Workshop on Operational Procedures for ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC) telah diadakan pada 24 hingga 26 Mac 2015 di Kuala Lumpur dengan kerjasama Sekretariat ASEAN dan ARISE.

Hasil daripada bengkel tersebut 4 Standard Operating Procedure (SOP) ARAC yang dibentuk telah dipersetujui oleh AEGFS secara umum pada 15 Jun 2015 dan SOMHD yang telah diadakan pada 14-17 September 2015.

Page 11: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 11

Preparatory Workshop for Submission of Risk Assessment Request to ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC)

Preparatory Workshop for Submission of Risk Assessment Request to ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC) telah diadakan di Putrajaya pada 10-11 Disember 2015.

Ia adalah satu inisiatif oleh AEGFS dengan kerjasama ARISE. Bengkel ini telah dihadiri oleh 29 peserta dari Cambodia, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam, wakil AEGFS dan negara yang menyediakan risk assessment request, Pengerusi Prepared Foodstuff Product Working Group (PFPWG), Task Force on Harmonisation of Prepared Foodstuff Standards, PFPWG Malaysia, ARAC Sekretariat dan ARISE sebagai penganjur.

Majlis Anugerah Medan Selera Peringkat Kebangsaan 2015

Majlis Anugerah Medan Selera 2015 Peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 25 November 2015 (Rabu) di Hentian Rehat Dan Rawat (R & R) Dengkil (arah Selatan). Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Kesihatan.

Page 12: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 12

Kempen Promosi BeSS dan Lihat, Hidu, Rasa

Kempen Promosi BeSS dan Lihat, Hidu, Rasa di badan teksi dan bas turut dilancarkan serentak dengan Majlis Anugerah Medan Selera 2015 Peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 25 November 2015 (Rabu) di Hentian Rehat Dan Rawat (R & R) Dengkil (arah Selatan)

Pelancaran Hari Kesihatan Sedunia 2015

BKKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Melaka dan Bahagian Pendidikan Kesihatan telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 peringkat kebangsaan dengan tema “Food Safety – From Farm to Plate” di AEON Bandaraya, Melaka pada 6-7 April 2015.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut:

1. Pelancaran Program Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

2. Demo penyediaan Makanan 3. Pameran Keselamatan Makanan 4. Gerai-gerai jualan & booth agensi-agensi

kerajaan yang berkaita

Page 13: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 13

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Mesyuarat Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan Bersama Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan)

Majlis ini menjadi platform utama bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan dasar Keselamatan dan Kualiti Makanan yang melibatkan isu-isu pelaksanaan dan pencapaian aktiviti keselamatan dan kualiti makanan di lapangan. Mesyuarat ini diadakan tiga kali setahun iaitu pada 2 – 3 April 2015, 28 – 29 September 2015 dan 23 – 24 November 2015.

B. Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008

Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 telah dilaksanakan di Ibu Pejabat BKKM dan mendapat Pensijilan ISO 9001:2008 sejak tahun 2012. Melalui Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2008 pada 30 – 31 Mac 2015, BKKM berjaya mendapatkan pensijilan semula. Pensijilan dikekalkan dengan penambahbaikan berterusan sistem pengurusan kualiti.

POLISI DAN PEMBANGUNAN

C. Modal Insan

Melaksanakan kursus yang telah dirancang berdasarkan Pelan Operasi Latihan 2015 serta mengikut keperluan semasa dan bersesuaian dengan keperluan peruntukan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Sejumlah RM 1 juta telah diperuntukan kepada BKKM pada tahun 2015 dan diagihkan seperti berikut:

• RM 658,663.00 bagi Latihan Dalam Negara (iaitu RM 248,000.00 untuk Ibu Pejabat, RM 410,000.00 untuk agihan ke BKKM di peringkat negeri), dan

• RM 341,337.00 bagi Latihan Luar Negara.

Sebanyak enam (6) siri kursus dan tujuh (7) sesi Pembelajaran Sepanjang Hayat telah dilaksanakan oleh Seksyen Modal Insan di Ibu Pejabat BKKM sepanjang tahun 2015.

Page 14: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 14

D. Food Safety System of Malaysia (FSSM)

FSSM merupakan sistem maklumat keselamatan makanan yang boleh diterima, dibangunkan dengan kualiti tinggi, bersepadu (integrated), menyeluruh (comprehensive) dan ketepatan masa (timely) selari dengan peranan BKKM untuk melindungi orang ramai terhadap bahaya dari segi kesihatan pada penyediaan, penyimpanan, pemprosesan, pembungkusan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan makanan serta memudahkan perdagangan makanan.

Selaras dengan hasrat ini, fasa kajian keperluan FSSM dilaksanakan pada tahun 2015 untuk penyediaan kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) dan spesifikasi dokumen tender. Bengkel Gathering Project Requirements Using Business Model Bagi Projek FSSM telah diadakan pada 17 – 18 April 2015 dengan penglibatan semua cawangan di bawah BKKM.

Bengkel Gathering Project Requirements Using Business Model Bagi Projek FSSM

Page 15: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 15

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Aktiviti Jawatankuasa Penasihat Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (JPPM)

Terdapat 11 Jawatankuasa Kerja Pakar (JKKP) di bawah jawatankuasa ini yang berfungsi mengkaji permohonan dari pihak industri atau lain-lain pihak untuk meminda Peraturan-Peraturan Makanan 1985 sebagai langkah harmonisasi dengan standard Codex.

Beberapa isu yang telah dibincangkan dalam mesyuarat JKKP adalah seperti berikut:

STANDARD DAN CODEX

Bil Jawatankuasa Kerja Pakar Isu1 Jawatankuasa Kerja Pakar Pemakanan /

Akuan Pemakanan / Pengiklanan • Dua (2) permohonan bagi penyenaraian nutrien

baru dalam Daftar I bagi Jadual Kedua Belas iaitu Bovine lactoferin dan Slowly Digestable Starch dan empat (4) permohonan untuk tuntutan akuan fungsi baru iaitu Wheat Resistant Dextrin, DHA dan Lutein, Unique Vegetable Oil dan Slowly Digestable Starch.

• Penambahan kategori makanan yang diwajibkan maklumat pemakanan

• Mewajibkan penyenaraian jumlah gula di dalam maklumat pemakanan bagi kesemua produk yang diwajibkan maklumat pemakanan.

• Pindaan peraturan garam beriodin dan definisi ‘wholegrain’.

• Membangunkan peraturan baru pemakanan sukan (sports nutrition).

• Membincangkan produk-produk makanan untuk dikategorikan di bawah makanan bertujuan khas.

• Iklan-iklan berkaitan produk makanan.

2. Jawatankuasa Kerja Pakar Aditif Makanan • Ulasan-ulasan yang diterima daripada Seranta Awam atas Talian yang berkaitan dengan harmonisasi aditif makanan di bawah Peraturan-Peraturan 1985 dengan standard Codex dan Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan.

• Akuan ”No added MSG” dan membangunkan peraturan baru bagi Processing Aids.

Page 16: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 16

Bil Jawatankuasa Kerja Pakar Isu3. Jawatankuasa Kerja Pakar Mikrobiologi • Larangan penjualan susu mentah.

• Penambahan kultur probiotik Bifidobacterium breve M-16V dalam Jadual Kedua belas A.

• Draf Food Regulations (Microbiological Contaminants) yang merangkumi Daftar 1- Microbiological Criteria for Foods dan kaedah analisis mikrobiologi makanan.

4. Jawatankuasa Kerja Pakar Standard Komoditi Makanan

• Kadar maksimum histamina dan formaldehid yang dibenarkan dalam ikan dan hasilan ikan.

• Definisi bagi produk wain.• Penambahan karbon dioksida dalam minuman

buah dan kandungan gula dalam jus buah.

5. Jawatankuasa Kerja Pakar Pelabelan Makanan

• Pelabelan makanan organik di bawah Peraturan 18(7).

• Pelabelan bagi “tiada gula tambahan” dan “tiada garam tambahan” di bawah Peraturan 18A.

6. Jawatankuasa Kerja Pakar Residu Drug dalam Makanan

• Ulasan-ulasan yang telah diterima daripada Seranta Awam atas Talian yang berkaitan dengan residu drug di bawah Peraturan 40 dan Jadual Kelima Belas A

7. Jawatankuasa Kerja Pakar Bungkusan dan Bekas Makanan

• Membangunkan peraturan baru bagi botol susu, puting susu dan puting kosong di bawah Peraturan 27C.

• Ulasan-ulasan yang diterima daripada Seranta Awam atas Talian yang berkaitan dengan bahan-bahan plastik dan artikel di bawah Peraturan 27B.

• Implementasi peraturan barangan seramik di bawah Peraturan 28.

• Pensampelan berkaitan bungkusan dan perkakas makanan dan mesin rawatan air.

8. Pasukan Petugas Residu Racun Perosak dalam Makanan

• Ulasan-ulasan seranta awam dan notifikasi WTO Sanitary and Phytosanitary (SPS) yang telah diterima bagi draf cadangan pindaan ke atas Peraturan 41 dan Jadual Keenam Belas. •

• Had Maksimum Residu (MRL) baru bagi racun perosak untuk pindaan ke atas Jadual Keenam Belas di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 oleh Jabatan Pertanian.

Page 17: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 17

B. Pewartaan perundangan makanan

Perkara Bilangan CatatanPewartaan pindaan Tiada

Seranta awam atas talian

5 Pindaan bagi peraturan :• Peraturan-Peraturan Makanan 1985• Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009• Peraturan-Peraturan Makanan (Fi bagi Analisis Makanan)

C. Khidmat Semakan Label Produk dan Khidmat Nasihat

Label Permohonan semakan label diperkenalkan oleh KKM sebagai salah satu cara untuk membantu pihak industri memastikan label produk makanan yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Khidmat semakan label telah diberikan secara percuma kepada pihak industri bermula pada tahun 2008.

Khidmat Nasihat Pelabelan diperkenalkan oleh KKM untuk membantu pihak industri mematuhi peruntukan pelabelan makanan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan dalam masa yang sama membantu pihak industri untuk lebih memahami peruntukan peraturan pelabelan.

Perkara Bilangan Peningkatan (berbanding 2014)Semakan Label 1435 label 21%

Khidmat Nasihat Pelabelan 117 label 18%

Page 18: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 18

D. Aktiviti di bawah Seksyen Codex dan Antarabangsa

Secara amnya, Seksyen Codex dan Antarabangsa berperanan dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan dan juga bertanggungjawab dalam urusan hubungan antarabangsa dan serantau berkaitan keselamatan makanan.

1. Aktiviti Codex di Peringkat Kebangsaan

BKKM selaku Codex Contact Point (CCP) Malaysia dan Sekretariat bagi Jawatankuasa Kebangsaan Codex (JKC), terus memainkan peranan utama dalam menyelaras aktiviti Codex di peringkat kebangsaan terutamanya dalam penyediaan pendirian negara ke atas isu Codex yang berkepentingan dan penglibatan Malaysia di dalam mesyuarat Codex.

Di bawah JKC terdapat 25 Jawatankuasa Kecil Codex Kebangsaan (JKCK) dan lima (5) Task Force (TF) Codex yang telah diwujudkan bagi menyediakan pendirian Malaysia ke atas perkara-perkara yang dibincangkan di bawah jawatankuasa Codex antarabangsa yang berkaitan. Sehingga kini, empat (4) daripada JKCK telah dihentikan aktivitinya berikutan jawatankuasa berkaitannya di peringkat antarabangsa telah ditamatkan (adjourned sine die). Di samping itu, lima (5) TF juga telah dihentikan aktivitinya berikutan jawatankuasa berkaitannya di peringkat antarabangsa telah dibubarkan (dissolved).

Pada tahun 2015, Malaysia telah menyertai 10 mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa yang melibatkan seramai 35 orang delegasi. Delegasi Malaysia yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi lain adalah dipilih mengikut kepakaran di dalam bidang yang berkaitan bagi memastikan pendirian negara dalam isu berkepentingan dapat dipertahankan.

Di peringkat kebangsaan pula, sebanyak

satu (1) mesyuarat JKC, dan 21 mesyuarat JKCK telah diadakan sebagai persediaan dan tindaksusul ke atas mesyuarat Codex di peringkat antarabangsa.

2. Aktiviti berkaitan Keselamatan Makanan di Peringkat ASEAN

i. Malaysia sebagai Coordinator of the Monitoring and Surveillance

Programme dan Food Inspection and Certification Programme di bawah ASEAN Expert Group on Food Safety (AEGFS) Sebagai Penyelaras Keseluruhan bagi AEGFS sejak tahun 2011, Malaysia terus memainkan peranan utama dari segi penyediaan agenda dan kertas – kertas perbincangan AEGFS serta merangka dan memantau pelaksanaan ASEAN Food Safety Improvement Plan (AFSIP). AFSIP memfokuskan kepada 7 program utama iaitu Legislation, Laboratories, Monitoring and Surveillance, Implementation of Food Safety Systems, Food Inspection and Certification, Education dan Training and Information Sharing. Malaysia adalah negara peneraju bagi Monitoring and Surveillance Programme dan Food Inspection and Certification Programme.

Malaysia telah menyertai Mesyuarat ke-12 AEGFS yang telah diadakan di Yogyakarta, Indonesia pada 20 hingga 22 Oktober 2015. Di bawah Program Monitoring and Surveillance, Mesyuarat ke-12 AEGFS telah meluluskan pelan kerja ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC) bagi tahun 2015-2016. AEGFS selaku governing body bagi ARAC juga telah meluluskan empat (4) Prosedur Operasi Standard ARAC melalui ad referendum dan seterusya telah diluluskan oleh Mesyuarat ke-10 Senior Officials Meeting of Health Development Meeting (SOMHD) pada 14 hingga 16 September 2015.

Page 19: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 19

pada 14 hingga 16 September 2015. Mesyuarat ke-12 AEGFS juga telah bersetuju agar Mesyuarat Pertama Scientific Committee dan majlis pelancaran ARAC dilaksanakan pada bulan Mac 2016 di Malaysia, selaku negara tuan rumah dan sekretariat bagi ARAC.

Malaysia telah memperkenalkan ASEAN Food Consumption Database pada tahun 2011 yang bertujuan menilai risiko dalam makanan. Melalui data tersebut, ia dapat menyediakan maklumat saintifik bagi membangunkan common ASEAN position terhadap bahaya makanan. Data tersebut telah dikumpulkan sehingga tahun 2015.

ii. Malaysia sebagai National Focal Point of the ASEAN Task Force on Codex (ATFC)

Mesyuarat ATFC merupakan forum di peringkat ASEAN yang telah diinisiasikan oleh Malaysia di bawah Senior Officials Meeting of ASEAN Ministers of Agriculture and Forestry (SOM-AMAF) bagi membincang dan menggubal pendirian ASEAN ke atas isu-isu Codex yang berkepentingan.

Di Mesyuarat 15th ATFC yang telah diadakan di Yangon, Myanmar dari 3 hingga 5 Jun 2015, Malaysia sebagai Focal Point bagi Codex Committee on General Priniciples (CCGP) dan Codex Committee on Fats and Oils (CCFO) telah membentangkan status semasa isu yang dibincangkan dalam Committee tersebut. Di samping itu, Malaysia juga telah membentangkan satu (1) kertas cadangan iaitu Codex Work Management and Functioning of the Executive Committee untuk pertimbangan dan sokongan daripada mesyuarat sebagai pendiran ASEAN.

iii. Malaysia sebagai National Focal Point for the ASEAN Consultative Committee on Standards and Quality Prepared Foodstuff Product Working Group (ACCSQ-PFPWG)

Sebanyak dua (2) siri mesyuarat ACCSQ-PFPWG serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya iaitu Task Force Harmonization of Prepared Foodstuff Standards (TFHPFS), Task Force Mutual Recognition Arrangement (MRA) for Prepared Foodstuff Product (TFMRA) dan ASEAN Food Testing Laboratory Committee (AFTLC) telah diadakan pada tahun ini iaitu:

• Mesyuarat ke-20 ACCSQ PFPWG telah berlangsung dari 28 Februari – 1 Mac 2015, di Bangkok, Thailand ; dan

• Mesyuarat ke-21 ACCSQ PFPWG telah berlangsung dari 19 – 20 November 2015, di Manila, Filipina.

Mesyuarat TFHPFS telah bersetuju dengan kertas cadangan yang disediakan oleh Malaysia dan Thailand untuk mengadakan Workshop on Development of ASEAN Food Safety Requirements for Food Contaminants for the establishment of ASEAN Maximum Levels (MLs) for Food Contaminants. Mesyuarat juga telah bersetuju untuk mengadakan bengkel ini di Malaysia dengan sokongan daripada pihak ASEAN Regional Integration and Support from EU (ARISE). Bengkel ini dijangka akan diadakan pada awal tahun 2016.

Sementara itu, di Mesyuarat TFMRA pula, Malaysia telah bertindak sebagai Pengerusi Bersama dengan Brunei Darussalam dalam perbincangan mengenai pembangunan ASEAN MRA on Prepared Foodstuff Products manakala semasa di Mesyuarat AFTLC, Malaysia sebagai ASEAN Food Reference Laboratory on Genetically Modified Organisms (AFRL GMO)

Page 20: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 20

telah membentangkan status semasa program-program yang dijalankan oleh AFRL GMO di peringkat kebangsaan dan serantau.

Seterusnya, selaku negara peneraju bagi isu Food Labelling, Malaysia telah membentangkan deraf ASEAN General Standards for the Labelling of Pre-packaged Food yang dibangunkan semasa Workshop on Review and Development of ACFCR Guidelines yang telah diadakan pada 15-17 December 2014 di Jakarta, Indonesia. Mesyuarat juga bersetuju dengan saranan daripada bengkel tersebut untuk menerimapakai sepenuhnya dokumen General Standards for the Labelling of Pre-packaged Food (CODEX STAN 1-1985) di peringkat ASEAN.

3. Penglibatan dalam Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas, Dua Haladan Pelbagai Hala

Pada tahun 2015, BKKM telah terlibat dalam beberapa rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), dua hala dan pelbagai hala serta memberi input berhubung isu-isu berkaitan SPS dan juga Technical Barrier to Trade (TBT) serta rundingan kerjasama ekonomi berkaitan keselamatan makanan.

BKKM telah terlibat dalam rundingan-rundingan FTA berkaitan SPS, TBT dan Market Access seperti:

• Trans-Pacific Partnership Agreement (TPPA),

• Regional Comprehensive Economic Partnership Agreement (RCEP),

• Malaysia European Free Trade Association (EFTA) Economic Partnership Agreement (MEEPA) dan

• ASEAN Hong Kong Free Trade Agreement (AHKFTA)

BKKM juga telah terlibat dalam mesyuarat-mesyuarat FTA seperti berikut:

• 1st Meeting of Malaysia New Zealand Free Trade Agreement (MNZFTA) SPS Committee pada 5-6 November 2015 di Putrajaya.

• 2nd Meeting of ASEAN China Free Trade Agreement (ACFTA) Sub-Committee on SPS Measures pada 5-6 Februari 2015 di Beijing, China.

• 4th Meeting of the ASEAN Australia New Zealand Free Trade Agreement (AANZFTA) Sub-Committee on SPS pada 30 Jun-1 Julai 2015 di Bandung, Indonesia.

• 5th Meeting of the ASEAN Hong Kong Free Trade Agreement pada 1-3 Disember 2015 di Hong Kong, China.

Page 21: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 21

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Laporan Keberhasilan Makmal

Sepanjang tahun 2015, sejumlah 157,542 sampel telah dianalisis oleh Makmal Makanan KKM.

MAKMAL

Perkara Jumlah Mikrobiologi Kimia

Sampel dianalisis 90,928 (57.7%)

66,614 (42.3%)

Laboratory turn around time (LTAT) 93% 97%.

B. Audit ISO/IEC 17025

Pada tahun 2015, audit dalaman dan audit luaran telah diadakan di semua makmal makanan bagi memastikan sistem kualiti ISO/IEC 17025 dilaksanakan dengan berkesan secara berterusan. Audit dalaman telah dijalankan oleh juruaudit diiktiraf yang dilantik oleh BKKM manakala audit luaran pula dijalankan oleh juruaudit diiktiraf yang dilantik oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM). Semua ketidakakuran yang telah dikeluarkan oleh juruaudit telah diambil tindakan pembetulan oleh pihak makmal bagi memastikan status akreditasi dapat dikekalkan. Bagi pertambahan parameter ujian yang diakreditasi, audit perluasan skop analisis juga telah dijalankan oleh DSM.

Page 22: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 22

Perkara Bilangan Ujian Peratus kelulusanMikrobiologi Kimia

Penyertaan PT 184

83.7%.

Program PT

Mikrobiologi Kimia• Food Environment Performance Assessment

Scheme (FEPAS) dan IFM Quality Services, Australia.

• Food Analysis Performance Assessment Scheme (FAPAS),United Kingdom

• FODAS Proficiency Testing Programme, Jabatan Kimia Malaysia

Parameter

• Campylobacter spp. dalam susu tepung• Vibrio parahaemolyticus dalam pes makanan

laut • Escherichia coli 0157:H7 dalam daging

• Antioxidants dalam minyak masak • Ochratoxin A dalam tepung gandum • Nitrofuran metabolites dalam udang• Chloramphenicol dalam madu

C. Ujian Kecekapan (Proficiency Testing)

Semua makmal makanan telah menyertai ujian kecekapan (PT) yang telah dianjurkan oleh pelbagai agensi bagi memantau kesahihan ujian yang dijalankan di samping dapat menentukan kompetensi makmal dan juruanalisis.

D. Pengiktirafan Makmal Swasta oleh KKM untuk Analisis Makanan Bagi Pengeluaran Sijil Kesihatan

Sebanyak 42 buah makmal swasta telah diiktiraf oleh KKM untuk analisis makanan bagi pengeluaran sijil kesihatan sepanjang tahun 2015. Kebanyakan makmal-makmal swasta yang diiktiraf ini terletak di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak.

Page 23: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 23

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Peratusan Sampel Surveilan Terancang (Plan) dan Surveilan Aktif (Ad-Hoc) yang Dianalisis Mengikut Komoditi bagi Tahun 2015

SURVEILAN

Komoditi tertinggi yang dianalisis pada tahun 2015 melibatkan sayur-sayuran dan hasil sayur-sayuran (14%), ikan dan hasil ikan (13%) dan teh, kopi, cikori dan hasil berkaitan (13%).

Parameter analisis yang diuji bagi komoditi sayur-sayuran dan hasil sayur-sayuran adalah mikrobiologi dan logam berat. Manakala parameter analisis yang diuji bagi komoditi ikan dan hasil ikan adalah ujian AMR, bahan pewarna, asid malik dan logam berat. Bagi komoditi teh, kopi, cikori dan hasil berkaitan pula, parameter analisis yang diuji adalah bahan pewarna dan kafein.

Page 24: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 24

B. Peratusan Maklumat Keselamatan Makanan Melalui Aktiviti Food Search Mengikut Kategori bagi Tahun 2015

Sepanjang tahun 2015, sejumlah 2,613 isu dilaporkan mengikut 5 kategori utama.

C. Bilangan Isu Keselamatan Makanan Melalui Aktiviti Crisis Alert Team (CA Team) Mengikut Kategori bagi Tahun 2015

Page 25: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 25

Bil Tajuk Notifikasi EURASFF 1. Undeclared peanut in hazelnut cream and almond cream from Spain

2. too high level of overall migration from nitrile gloves from Malaysia

3. E 407- Carrageenan unauthorised in jelly mini cups from Malaysia

4. Undeclared nuts in raisins and almond mix from Germany

5. Benzo(A)Pyrene and Polycyclic Aromatic Hydrocarbons in Refined Bleached Deodorized Palm Olein from Malaysia

6. Mercury (1.2 mg/kg - ppm) in chilled swordfish (Xiphias gladius) from Spain, with raw material from Malaysia

7. Mercury (2.59 mg/kg - ppm) in chilled swordfish (Xiphias gladius) from Spain, with raw material from Malaysia

D. Senarai Notifikasi EURASFF bagi Tahun 2015

E. Senarai Notifikasi INFOSAN bagi Tahun 2015

Bil Notifikasi1. INFOSAN Alert - Recall of internationally distributed apples and commercially produced,

prepackaged caramel apples from the USA due to contamination with Listeria monocytogenes

2. Risk management measures for Hepatitis A in RTE berries

3. INFOSAN Information Request - Multiple imported coconut products recalled in Australia and New Zealand due to undeclared allergen (Milk

4. INFOSAN Information Request - Reports of fake rice allegedly originating from China with possible distribution to other countries in Asia

5. Issue concerning ban on maggi instant noodles in India

Page 26: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 26

Bil Tajuk1. Pemantauan keatas kehadiran mikrobiologi dan logam berat di dalam etak (Corbicula

fluminea) yang dijual di pasaran negeri Kelantan

2. Determination PCDD/FS and DIOXIN like PCB in beef liver sold in Selangor

3. Determination of heavy metal in beef and chicken offals sell from Selangor market

4. Heavy Metal in Sabah grown and imported rice on sale in Sabah

5. Pemantauan kandungan pewarna (yang dibenarkan dan tidak dibenarkan) di dalam serbuk kunyit sebatian di pasaran Kuala Lumpur

6. Pengesanan tahap residu racun perosak dalam sayuran berdaun di Cameron Highland

7. Status Biogenic Amines dalam ikan mentah yang dijual di negeri Sabah

8. A Study on the Influence of Raw Materials, Processing Conditions and Sanitation Practices on the Microbiological Quality and Shelf Life of Keropok Lekor

9. Status pengesanan GMO di dalam pembuatan tempeh, taufu fah dan air soya di pasar tani dan pasar malam di Kedah, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan

10. Determination of heavy metal in several types of food in selected area in Kedah

11. Detection comparison and genotypic characterization of Listeria from poultry, meat, vegetables and related processing environments obtained from wet market

12. Detection Of Antibiotic Resistance And Virulence Genes And Molecular Typing Of Salmonella Isolated From Poultry Carcass And Environmental Samples Obtained From Wet Market In Penang And Perlis

13. Kajian Traceability dan Authenticity Sarang Burung Walit Malaysia

14. Kajian Penggunaan Minyak Masak Berulang Kali di Restoran Makanan Segera

F. Senarai Kajian Keselamatan Makanan bagi Tahun 2015

Page 27: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 27

Aktiviti TajukPenilaian pendedahan Bahan aditif pemanis tanpa zat

Chlorantraniliprole

Logam berat dalam telur penyu

DON dalam mee segera

Maklumbalas input teknikal keselamatan makanan

3-MCPD

Ais krim pasu

coumarin

DON

Minyak ikan

Mee segera

Ulasan Agensi ke atas Makanan Terubah Suai Genetik (GMO)

Jagung EVENT 5307

Jagung MIR 604

Jagung MIR162

Jagung EVENT 59122

Jagung EVENT 3272

Jagung GA21

Soya EVENT SYHTOH2

Pembentangan Updates on GMO, Surveillance Meeting 2015

Risk Profile of 3-MCPD in Foods, Surveillance Meeting 2015

Risk Profile of Acrylamide in Foods, Surveillance Meeting 2015

Standard Operating Procedure - Secondment O¯cer from AMS to ARAC Workshop on Operational Procedures for ASEAN Risk Assessment Centre for Food Safety (ARAC), 24 – 26 March 2015, Istana Hotel Kuala Lumpur

Risk Analysis Framework, Seminar Food Safety Risk Analysis, 22 Oktober 2015, Melaka

Food Safety Risk Assessment, Seminar Food Safety Risk Analysis, 22 Oktober 2015, Melaka

Food Safety Risk Assessment In Malaysia, Malaysian Congress of Toxicology 2015, 29 October 2015

Briefing On Proposal For Risk Assessment Request (ARAC) Preparatory Workshop for Submission of Risk Assessment Request and Risk Profile to ARAC, FSQD Putrajaya,10 November 2015

G. Pencapaian Aktiviti Penilaian Risiko bagi tahun 2015

Page 28: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 28

H. Pencapaian Total Diet Study (TDS)

TDS merupakan aktiviti yang dijalankan bagi tujuan menganggarkan tahap pendedahan terhadap residu bahan kimia dan bahan cemar melalui diet atau makanan yang diambil. Tahap pendedahan ini akan dibandingkan dengan Reference Health Standard yang ditetapkan di peringkat antarabangsa bagi mengenalpasti risiko pendedahan penduduk Malaysia terhadap sesuatu residu bahan kimia atau bahan cemar.

Projek TDS melibatkan pembelian sampel makanan yang biasa dimakan oleh penduduk di seluruh Malaysia di peringkat runcit dan penyediaan sampel makanan sebagaimana ia dimakan sebelum dianalisa untuk parameter kimia yang tertentu. Projek TDS ini melibatkan semua negeri di Malaysia dijalankan sekali bagi setiap dua (2) tahun.

Aktiviti Maklumat AktivitiProjek TDS 2014/2015 Data bagi projek TDS 2014/2015 yang lengkap bagi parameter aditif dan

logam berat telah dikumpulkan bagi tujuan penyediaan laporan.

Pembentangan Pencapaian Total Diet Study 2015

I. ASEAN Food Consumption Database

ASEAN Food Consumption Database melibatkan Food Consumption Survey atau Kajian Pengambilan Makanan dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengenai jenis dan amaun makanan yang diambil serta corak pemakanan mengikut kumpulan tertentu dalam sesebuah populasi.

Data pengambilan makanan ini merupakan elemen penting yang diperlukan bagi tujuan penilaian risiko keselamatan makanan untuk membuat anggaran pendedahan terhadap kontaminan, bahan aditif dan bahan kimia lain melalui pengambilan makanan. Selain daripada itu, data ini juga boleh digunakan bagi menentukan tahap pengambilan nutrien melalui makanan yang diambil.

Aktiviti Maklumat AktivitiData ASEAN Penyediaan food consumption data Malaysia berdasar kepada templat

ASEAN yang telah dibentuk dan dipersetujui diperingkat ASEAN

Input teknikal Memberi maklumat dan status terkini perkembangan ASEAN Food Consumption Data dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan (MKMPK) yang ke -13

Input teknikal Memberi maklumat dan status terkini perkembangan ASEAN Food Consumption Data dalam mesyuarat AEGFS ke- 12

Input teknikal Memberi maklumat dan status terkini perkembangan ASEAN Food Consumption Data untuk seminar THE EU ASEAN FORUM ON FOOD SAFETY

Page 29: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 29

J. Maklumat Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Tahun 2015

Bil Mesyuarat Tarikh Mesyuarat Tempat Mesyuarat1. Mesyuarat Majlis Juruanalisis

Makanan Malaysia Bil. 1/201524 April 2015 Bilik Mesyuarat Pengarah

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Blok E7, Presint 1

2. Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia Bil. 2/2015

21 Ogos 2015 Bilik Mesyuarat PengarahBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Blok E7, Presint 1

3. Mesyuarat Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia Bil. 3/2015

20 November 2015 Bilik Mesyuarat SaffronBahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Menara Prisma, Presint 3

K. Pendaftaran Juruanalisis Makanane

Sebanyak 190 permohonan pendaftaran telah diterima dari agensi kerajaan, swasta, industri dan institusi pengajian tinggi sepanjang tahun 2015. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 157 pemohon telah diluluskan sebagai juruanalisis makanan berdaftar oleh Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia.

Page 30: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 30

L. Data Perakuan Amalan Tahunan 2015 dan Permohonan Tambahan Bidang Analisis Makanan serta Pertukaran Tempat Amalan

Bermula tahun 2015, semua juruanalisis makanan berdaftar yang berniat menjalankan amalan analisis makanan hendaklah mempunyai perakuan amalan tahunan berdasarkan peruntukan seksyen 31 Akta Juruanalisis Makanan 2011. Selain itu, selaras dengan peraturan 9 dan 10 Peraturan-Peraturan Juruanalisis Makanan 2013 yang memperuntukkan perkara berkaitan tempat amalan (peraturan 9) dan bidang analisis makanan (peraturan 10), mana-mana juruanalisis makanan berdaftar yang berniat untuk menambah bidang analisis makanan dan mengubah atau menambah tempat amalan hendaklah membuat permohonan kepada Majlis.

Bil Jenis Permohonan Bilangan Permohonan Bilangan Diluluskan1. Perakuan Amalan Tahunan 179 179

2. Tambahan Bidang Analisis Makanan 2 2

3. Pertukaran tempat amalan 2 2

Page 31: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 31

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Lesen Air Minuman Berbungkus(AMB)/Air Mineral Semulajadi (AMS)

Aktiviti pelesenan AMB dan AMS melibatkan proses semakan label bagi tujuan perakuan dan pendaftaran label. Sebanyak 836 label AMB dan AMS telah disemak pada tahun 2015. Selain itu, analisis radioaktif, kimia dan bakteriologi turut dijalankan bagi tujuan pemantauan dan laporan pemantauan akan dikemukakan kepada Seksyen Pelesenan setiap tiga (3) bulan sekali.

INDUSTRI DOMESTIK

Jenis Analisis Kekerapan Aktiviti pemantauan analisis dijalankan oleh

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan

Daerah (PKD)

Radioaktif Sekali setahun

Kimia Sekali setahun

Bakteriologi Sekali setahun

B. Pengeluaran Lesen Air Mineral Semulajadi bagi Tahun 1992 hingga 2015

Berdasarkan peruntukan yang ditetapkan dalam Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985, pengeluaran dan pengimportan air mineral semulajadi di negara ini mestilah dilesenkan. Sejak peraturan ini diperkenalkan pada tahun 1992, sebanyak 100 lesen air mineral semulajadi telah dikeluarkan sehingga 31 Disember 2015. Daripada 76 pemegang lesen AMS yang aktif, sebanyak 38 lesen yang dikeluarkan merupakan sumber tempatan manakala selebihnya merupakan sumber luar negara. Pada tahun 2015, sebanyak enam (6) lesen baru yang dikeluarkan manakala satu (1) lesen AMS ditarikbalik atau dibatalkan kerana premis sudah tidak beroperasi.

Page 32: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 32

C. Pengeluaran Lesen Air Minuman Berbungkus Bagi Tahun 2001 hingga 2015

Sehingga tahun 2015, sebanyak 310 permohonan lesen air minuman berbungkus telah diluluskan. Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 220 pemegang lesen AMB yang aktif menjalankan perniagaan AMB di Malaysia. Manakala, jumlah lesen yang ditarik balik adalah sebanyak 90 lesen di mana 28 lesen dibatalkan pada tahun 2015. Antara punca lesen ditarik balik adalah kebanyakan pengusaha Air Minuman Berbungkus tidak lagi berminat untuk meneruskan pengeluaran Air Minuman Berbungkus dan sebilangan pengusaha telah membuka kilang baru di lokasi punca yang baru. Manakala, lesen baru yang dikeluarkan pada tahun 2015 adalah sebanyak 15 lesen.

Page 33: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 33

D. Pelesenan Ais

Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan bahawa semua pengusaha kilang ais perlu mendapatkan lesen sebelum memulakan perniagaan yang melibatkan proses verifikasi premis serta pensampelan air dan ais. Pensampelan air dan ais dijalankan untuk memastikan ais yang dihasilkan diperoleh dari air yang mematuhi standard yang ditetapkan dalam peraturan 394 dan memenuhi keperluan standard air dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.

Page 34: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 34

E. Pengeluaran Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air

Aktiviti pelesenan mesin jual air melibatkan proses verifikasi mesin serta pensampelan air dari mesin jual air. Sepanjang tahun 2015, sebanyak 169 Lesen Untuk Mengendalikan Mesin Jual Air telah diluluskan oleh Bahagian ini.

Page 35: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 35

F. Verifikasi Keselamatan Makanan di Sepanjang Rantaian

Seksyen Rantaian Makanan telah melaksanakan verifikasi keselamatan makanan di sepanjang rantaian di mana untuk tahun 2015, fokus diberikan kepada stor penyimpanan makanan sejuk beku.

Page 36: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 36

G. Verifikasi Ke Atas Bahan Mentah Disyaki Mengandungi Genetically Modified Organism (GMO)

Verifikasi GMO dijalankan bagi mengenalpasti penggunaan bahan mentah mengandungi GMO di peringkat premis pemprosesan. Untuk tahun 2015, verifikasi memfokuskan kepada produk soya dan hasilan soya.

H. Pemeriksaan Luar Negara 2015

Pemeriksaan luar negara adalah bertujuan untuk mempelajari dan menilai kawalan rasmi keselamatan makanan di sepanjang rantaian pengeluaran yang dilaksanakan oleh pihak Competent Authority (CA) negara tersebut. Melalui kaedah ini, BKKM dapat mengenalpasti bentuk kawalan serta keperluan dokumentasi bagi konsaimen produk makanan yang diimport. Untuk tahun 2015, Lawatan ke India telah diadakan pada 21-25 September 2015.

I. Pelancaran Skim Pensijilan Makanan Organik

Majlis Memperkenalkan Skim Pensijilan Makanan Organik telah diadakan pada 21 April 2015. Skim ini diperkenalkan bagi mengiktiraf industri yang mengeluarkan produk makanan menggunakan hanya bahan-bahan yang organik dan mematuhi keperluan pensijilan.

Objektif utama Skim Pensijilan Makanan Organik adalah untuk:

i. Mengiktiraf industri makanan yang menghasilkan produk makanan menggunakan bahan mentah organik.

ii. Memastikan pengguna dilindungi dari isu pemalsuan tuntutan label organik pada produk makanan.

iii. Menjamin pengguna mendapat produk makanan yang benar-benar menggunakan bahan mentah dari sumber organik dan diiktiraf.

“Organik” merujuk kepada sistem pertanian dan produk yang tidak menggunakan baja dan racun perosak sintetik. Makanan hanya boleh merujuk kepada kaedah pengeluaran organik jika ia dihasilkan melalui sistem ladang organik.

Page 37: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 37

J. Pembangunan Modul Asas Kawalan Keselamatan Makanan Dalam E Pembelajaran Sektor Awam (EPSA)

Modul asas kawalan keselamatan makanan melalui pembelajaran atas talian (e-learning) dibangunkan untuk memastikan semua pegawai mendapat latihan dan kefahaman yang seragam dalam perundangan dan isu keselamatan makanan. BKKM juga memberi peluang dan fleksibiliti kepada semua anggota untuk menjalani latihan di mana saja pada bila-bila masa.

Page 38: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 38

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Pemeriksaan dan Penutupan Premis Makanan

Pemeriksaan premis makanan merupakan satu aktiviti rutin bagi memastikan kebersihan premis berada pada tahap yang baik dan keselamatan makanan terjamin. Pada tahun 2015, sejumlah 124,254 premis makanan telah diperiksa dan 2,422 (1.9%) premis makanan yang tidak sanitari ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

PEMATUHAN DOMESTIK

Page 39: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 39

B. Pendaftaran Premis Makanan

Melalui aktiviti dan promosi pendaftaran premis makanan yang telah dilaksanakan oleh BKKM diseluruh negara, sepanjang tahun 2015 sebanyak 23,265 premis makanan telah didaftarkan. Jumlah tersebut terdiri daripada 1,932 kilang makanan, 1,057 premis makanan yang terlibat dalam katering makanan, 17,554 premis outlet makanan dan 243 kenderaan menjual makanan.

Kategori

Tahun

2011 2012 2013 2014 2015Kilang Makanan 1,737 2,139 3,071 1,843 1,932

Katering 674 1,403 2,297 1,524 1,057

Premis Outlet Makanan

12,661 21,071 38,670 33,580 17,554

Kenderaan yang menjual makanan

85 177 667 609 243

JUMLAH 15,157 24,790 44,705 37,556 23,265

Page 40: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 40

C. Pensampelan Makanan

Pada tahun 2015, sejumlah 36,034 sampel makanan telah diambil untuk dianalisa dan 831 (4.19%) sampel didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Peratus pelanggaran didapati menurun semenjak tahun 2011 iaitu daripada 3.1% kepada 2.3% pada tahun 2015. Seramai 77 orang penjual/pengeluar produk makanan yang didapati melanggar peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 ditetapkan telah dihadapkan ke mahkamah dengan jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak RM 44,250.00.

Page 41: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 41

D. Pengawalan Residu Racun Perosak

Pada tahun 2015, sejumlah 704 sampel telah diambil untuk analisis residu racun perosak di mana 603 sampel adalah sayur-sayuran dan 101 sampel adalah buah-buahan. Keputusan analisis pada sepanjang tahun 2015 menunjukkan bahawa terdapat 8 pelanggaran bagi sampel sayur-sayuran dan sampel buah-buahan telah dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi Kadar Maksimum Residu (MRL) sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 16, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Page 42: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 42

E. Pengawalan Residu Dadah Veterinar

i. Pensampelan Ayam & Telur Ayam Untuk Analisa Nitrofuran 2011 – 2015

Pada tahun 2015, sejumlah 704 sampel telah diambil untuk analisis residu racun perosak di mana 603 sampel adalah sayur-sayuran dan 101 sampel adalah buah-buahan. Keputusan analisis pada sepanjang tahun 2015 menunjukkan bahawa terdapat 8 pelanggaran bagi sampel sayur-sayuran dan sampel buah-buahan telah dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi Kadar Maksimum Residu (MRL) sebagaimana dinyatakan di dalam Jadual 16, Peraturan 41, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Page 43: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 43

ii. Pemantauan Chloramphenicol Dalam Ayam 2011 -2015

Pensampelan turut dijalankan untuk mengesan penggunaan chloramphenicol di dalam ayam dan ikan. Sejumlah 48 sampel ayam telah dianalisis dan didapati tiada sampel dikesan mengandungi residu chloramphenicol.

Page 44: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 44

iii. Pemantauan Chloramphenicol Dalam Ikan 2011 -2015

Sebanyak 22 sampel ikan telah diambil untuk analisis chloramphenicol dan juga didapati tiada sampel yang dikesan mengandungi residu chloramphenicol.

Page 45: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 45

iv. Pemantauan Beta-Agonist 2011 – 2015

Pada tahun 2015, sejumlah 180 sampel telah diambil dan dianalisis bagi parameter beta-agonist. Ini termasuk daging khinzir (101 sampel), daging lembu (19 sampel), daging kambing (1 sampel), daging ayam (48 sampel) dan lain-lain (11 sampel). Hasil tindakan penguatkuasaan yang berterusan oleh KKM melalui pemeriksaan rutin dan operasi, kadar penyalahgunaan beta-agonist didapati menurun dari setahun ke setahun. Sejak tahun 2010 tiada sampel daging dikesan mengandungi beta-agonist.

Page 46: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 46

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Skim Pensijilan Hazard Analysis Critical Control Points (HACCP)

Sehingga Disember 2015, sebanyak 263 buah industri makanan yang telah mendapat pengiktirafan di bawah Skim Pensijilan HACCP, KKM. Pengiktirafan pensijilan ini telah banyak membantu pihak industri dalam memenuhi kehendak negara-negara Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat bagi pengeksportan keluaran ikan dan hasilan ikan.

PRE-MARKET APPROVAL

B. Skim Pensijilan Good Manufacturing Practices (GMP)

Sehingga Disember 2015, sebanyak 243 buah syarikat telah mendapat pengiktirafan GMP. Pengiktirafan ini akan meningkatkan keyakinan pengguna ke atas produk yang dikeluarkan dan membantu industri dalam meluaskan pasaran mereka.

Page 47: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 47

C. Skim Pensijilan Makanan Sihat Tanggungjawab Industri (MeSTI)

Sehingga 31 Disember 2015, sebanyak 2,401 premis pengilangan makanan telah berjaya mendapat Pensijilan MeSTI . Bagi meningkatkan jumlah premis pengilangan makanan mendapat Pensijilan MeSTI, kerjasama inter-agensi telah dijalankan dengan pelbagai agensi kerajaan seperti Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Jabatan Pertanian, Jabatan Penjara Malaysia, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan sebagainya

Page 48: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 48

D. Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS)

Pengiktirafan ini melibatkan 2 komponen iaitu keselamatan dan kualiti makanan serta komponen pemakanan. Bagi mendapatkan pengiktirafan ini, pengusaha premis outlet makanan haruslah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi kedua-dua komponen ini. Sebanyak 856 buah premis outlet makanan telah berjaya diiktiraf BeSS sejak ia mula dilaksanakan iaitu pada tahun 2013 sehingga 2015.

Negeri

Bil. Premis Diiktiraf BeSS

Tahun 2013 Tahun 2014 Tahun 2015Perlis 1 0 16

Kedah 6 4 50

Pulau Pinang 9 15 55

Perak 13 16 53

Selangor 7 31 60

Negeri Sembilan 0 20 38

Melaka 0 9 27

Johor 3 2 34

Pahang 2 1 50

Terengganu 0 4 29

Kelantan 7 28 30

WP KL & Putrajaya 33 14 25

Sabah 3 15 45

Sarawak 10 30 37

WP Labuan 8 7 9

JUMLAH 102 196 558

Page 49: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 49

E. Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah

Program Pemeriksaan Sendiri (KENDIRI) di sekolah adalah merupakan salah satu strategi bagi menurunkan risiko berlakunya kejadian keracunan makanan di kantin dan dapur asrama seperti yang dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Keselamatan dan Kualiti Makanan dan Pemakanan di antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KKM sejak tahun 2008. Pelaksanaan program ini membantu meningkatkan tahap kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan dan bertindak sebagai first line of defence dalam pencegahan kejadian keracunan makanan.

Page 50: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 50

JUMLAH SEKOLAH YANG MELAKSANAKAN KENDIRIMENGIKUT NEGERI BAGI TAHUN 2015

NEGERI Dapur Asrama KantinPerlis 14 58

Kedah 1 11

Pulau Pinang 22 225

Perak 7 126

Selangor 5 158

Negeri Sembilan 6 145

Melaka 18 146

Johor 13 185

Pahang 25 208

Terengganu 4 52

Kelantan 11 59

WP KL & Putrajaya 22 297

Sabah 2 33

Sarawak 40 44

WP Labuan 1 24

JUMLAH 191 1771

Page 51: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 51

F. Situasi Kejadian Keracunan Makanan Di Sekolah KPM Bagi Tempoh 2012 hingga 2015

Kejadiaan keracunan makanan pada tahun 2015 menunjukkan penurunan sebanyak 21.8% berbanding tahun 2014, iaitu sebanyak 118 kejadian keracunan makanan berlaku berbanding dengan 151 kejadian pada tahun 2014.

Kejadian keracunan makanan di sekolah paling banyak berlaku di negeri Perak iaitu sebanyak 17 episod diikuti Sarawak dan Terengganu dengan masing-masing mencatat sebanyak 16 episod.

Perkara

Tahun

2012 2013 2014 2015Jumlah keseluruhan kejadian di semua premis 454 495 501 412

Jumlah kejadian di sekolah 115 130 151 118

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bil. kejadian tahun sebelumnya- Bil. kejadian tahun semasa x 100% / Bil. kejadian tahun sebelumnya* Sasaran KPI > 5%

21.2% -13.0% -1.2% 17.7%

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bilangan sekolah KPM dengan kejadian KRM x 100% / Bilangan sekolah KPM pada tahun semasa* Sasaran KPI < 1.3%

- - 1.49 1.16

Page 52: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 52

G. Aktiviti Keselamatan Makanan di Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

Keberkesanan Program KENDIRI dalam mencegah kejadian keracunan makanan di sekolah telah diperluaskan pelaksanaannya di dapur Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) pada tahun 2010 dan elemen-elemen penilaiannya diubahsuai mengikut kesesuaian dan keadaan premis.

Mekanisma pelaksanaan Program KENDIRI di kem PLKN melibatkan perkongsian tanggungjawab di mana pihak pengusaha kem perlu menjalankan pemeriksaan sendiri dan tahap kebersihan premis dipantau secara terus oleh Timbalan Komandan Pengurusan Kem PLKN, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dan KKM.

Aktiviti-aktiviti keselamatan makanan lain di PLKN adalah seperti berikut:

i. Lawatan pemantauan keselamatan makanan ke atas tiga (3) buah kem PLKN.ii. Taklimat Keselamatan Makanan kepada pelatih di semua kem PLKN

Melalui pelaksanaan Program KENDIRI, kadar keracunan makanan di PLKN pada tahun 2012 telah menunjukkan penurunan sebanyak 61.5% di mana sebanyak 5 kejadian keracunan makanan telah berlaku pada tahun 2012 berbanding 13 kejadian pada tahun tahun 2011. Walau bagaimanapun, berlaku peningkatan 1 episod pada tahun 2013 menyebabkan sasaran tidak dapat dicapai. Pada tahun 2014, berlaku juga tambahan 1 episod berbanding tahun 2013, namun sasaran < 10% kem yang terlibat dapat dicapai dengan hanya 7 kem terlibat berbanding 80 kem keseluruhan. Pada tahun 2015 hanya satu (1) episod kejadiaan keracunan makanan yang berlaku di Terengganu.

Situasi Kejadian Keracunan Makanan Di Kem PLKN Bagi Tempoh 2012 –2015

Perkara

Tahun

2012 2013 2014 2015Jumlah keseluruhan kejadian di semua premis 454 495 501 412

Jumlah kejadian di PLKN 5 6 7 1

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bil. kejadian tahun sebelumnya- Bil. kejadian tahun semasa x 100% / Bil. kejadian tahun sebelumnya* Sasaran KPI > 5%

61.5% -40% -16.7% 17.7%

Key Performance Index (KPI) bagi keracunan makanan: Bilangan kem dengan episode keracunan makanan x 100% / Bilangan kem pada tahun semasa* Sasaran KPI < 10%

- - 8.75 1.30

Page 53: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 53

H. Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Pembekalan susu Ultra Heat Treatment (UHT) di bawah PS1M bagi tahun 2015 telah bermula pada Mei sehingga November 2015. Pembekalan telah dijalankan oleh empat (4) buah syarikat pembekal mengikut zon negeri.

Sepanjang tahun 2011-2015, jumlah episod kejadian simptom klinikal yang disyaki berpunca daripada pengambilan susu UHT didapati telah menurun kepada 10 episod berbanding tahun 2011, di mana 97 episod telah dilaporkan. Manakala, jumlah murid yang terlibat pada tahun 2015 adalah sebanyak 255 (0.03%) orang murid daripada 791,244 orang penerima berbanding 3,379 (0.24%) orang pelajar daripada 1,406,904 orang penerima susu di bawah PS1M pada tahun 2011.

Zon/Negeri Syarikat Pembekal Kilang PemprosesanZon 1 : Perlis, Kedah dan Pulau Pinang Hybrid Allied Sdn. Bhd. Allied Dairy Sdn. Bhd.

Zon 2 : Kelantan dan Terengganu Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.

Dutch Lady Milk Industries (M) Bhd.

Zon 3 : Johor dan Pahang Konsuma Sdn. Bhd. Abico Dairy Farm Company Ltd., Thailand

Zon 4 : Sabah, Sarawak, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor

Sabah International Dairies Sdn. Bhd.

Sabah International Dairies Sdn. Bhd.

Zon 5 : Perak, WPKL dan WP Putrajaya Sabah International Dairies Sdn. Bhd.

Sabah International Dairies Sdn. Bhd.

Bagi menangani masalah kejadian simptom klinikal, tindakan susulan mengikut lokaliti telah dijalankan. Stok susu di sekolah yang terlibat dengan kejadian simptom klinikal akan ditahan pengedarannya dan digantikan dengan susu yang lain bagi memastikan kelancaran pelaksanaan PS1M. Negeri Selangor mencatatkan kejadian simptom klinikal yang paling tinggi berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak 4 episod.

Page 54: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 54

Page 55: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 55

I. Program Latihan Pengendali Makanan (LPM)

Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada semua pengendali makanan dalam aspek kebersihan dan keselamatan makanan, diri dan premis makanan dan seterusnya mengurangkan kejadian keracunan makanan di seluruh negara ini.

Selangor mencatatkan jumlah tertinggi manakala Wilayah Persekutuan Labuan adalah paling rendah berdasarkan kepadatan penduduk di setiap negeri.

Sepanjang tahun 2015 juga, seramai 190,790 orang pengendali makanan telah dilatih oleh 285 buah Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang telah diiktiraf oleh KKM. Jumlah pengendali makanan yang telah dilatih sejak tahun 1996 adalah 1,367,242 orang. Seramai 130 orang telah berjaya dalam penilaian pengajaran Kursus Wajib Tenaga Pengajar yang telah diadakan sebanyak empat (4) sesi iaitu pada bulan Mei, Julai, Oktober dan Disember 2015.

Sehingga Disember 2015, seramai 593 orang daripada 1041 orang tenaga pengajar yang telah lulus Kursus Wajib Tenaga Pengajar aktif mengendalikan Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM).

Page 56: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 56

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Pemeriksaan dan Pensampelan Konsainan Makanan Import 2011-2015

Cawangan Import memantau pencapaian ke atas 52 pintu masuk seluruh Malaysia. Pemantauan yang dijalankan berdasarkan kepada sasaran berikut:

i. 100% pemeriksaan dokumen – pemeriksaan perlu dilakukan ke atas 100% pada borang deklarasi (K1) yang diisytihar secara manual atau elektronik.

ii. 70% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk darat iii. 40% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk laut iv. 35% konsainan makanan diperiksa bagi pintu masuk udara v. 10% daripada jumlah pemeriksaan fizikal perlu diambil bagi tujuan pensampelan

Bagi tahun 2015, sebanyak 124,098 konsainan diperiksa di mana 14,278 (11.5%) sampel diambil untuk dianalisis.

IMPORT

Page 57: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 57

B. Makanan Import yang Melanggar 2011-2015

Daripada jumlah sampel yang diambil, 143 (1.0%) sampel didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pada tahun 2015, terdapat 111 alert makanan ke atas konsainan makanan yang tidak mematuhi dari 16 negara. Alert makanan telah dinotifikasi kepada semua pihak negeri dan pintu masuk untuk tindakan selanjutnya.

Page 58: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 58

AKTIVITI DAN PENCAPAIAN

A. Pelaksanaan Kawalan Rasmi Bagi Tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke EU

BKKM menjalankan kawalan rasmi berdasarkan kepada Standard Operating Procedure dan Protokol yang terlibat dalam pengeksportan ikan dan hasilan ikan ke EU.

EKSPORT

Bil Aktiviti Perkara Bilangan1. Kelulusan dan audit pengawasan premis eksport,

kenderaan pengangkutan, pengeluar ais, stor sejuk beku, premis bahan mentah separa proses dan sumber bahan mentah yang diimport.

Premis Pemprosesan

21 lulus

Kenderaan Pengangkutan

35 lulus

Punca Ais 3 lulus

Stor Sejuk Beku 3 lulus

2. Pelaksanaan Pelan Pemantauan Produk akhir hasilan ikan

355 sampel

Hasil tangkapan ikan

126 sampel

Air dan ais 3 lulus

3. Pengeluaran Sijil Kesihatan bagi tujuan Eksport Ikan dan Hasilan Ikan ke EU

Sijil Kesihatan dikeluarkan

484 Sijil Kesihatan (melibatkan 3,998.2 metrik tan ikan dan hasilan ikan berjumlah RM 88 juta)

B. Kawalan Rasmi Bagi Pengeksportan Makanan bagi Negara

Selain EU, BKKM juga menjalankan kawalan eksport bagi lain-lain negara iaitu :

i. Vietnamii. Chinaiii. Singapuraiv. Amerika Syarikat

Page 59: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 59

Negera Pengimport Jenis MakananBil. Premis

PengeskportCatatan

Vietnam Ikan dan hasilan ikan 45

Daging dan hasilan daging 3

China Sarang burung walit 15 Program Pemantauan melibatkan :• 144 sampel sarang

burung walit• 74 sampel air

Ikan dan hasilan ikan 98

Susu dan hasilan susu 4

Singapura Makanan sedia di makan 73 Produk yang terlibat ialah:• kuih tradisional• produk nasi dan

makanan mudah rosak yang lain

• kuih bulan• formula bayi• bijirin bayi• dried beancurd

sticks, skins and sheets

Produk diproses minima 29 Program Pemantauan melibatkan :• 68 sampel kelapa• 32 sampel tebu • 90 sampel buah-

buahan dan sayur-sayuran

Amerika Syarikat Udang sejuk beku 4

Bil Jenis SIjil Bilangan Pengeluar1. Sijil Kesihatan (Health Certificate) 50,667

2. Sijil Penjualan Bebas (Free Sale Certificate) 6,482

3. Sijil Non-Genetically Modified Food 7

Jumlah 57,156

C. Pengeluaran Sijil Eksport

Page 60: 2015fsq.moh.gov.my/v6/xs/dl.php?filename=ad2e28772f55b9c763de7cd4caa... · telah menganjurkan Hari Kesihatan Sedunia 2015 ... Garis Panduan Harmonisasi Aditif Makanan. ... peraturan

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia | LAPORAN TAHUNAN 2015 60

Bahagian Keselamatan dan Kualiti MakananKementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Menara PrismaNo. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya,Malaysia.

Tel: 03-8885 0797Faks: 03-8885 0790

Laman web: http://fsq.moh.gov.myFacebook.com/BKKMHQ

Twitter.com/BKKMPutrajaya