skim pensijilan -...

27
SKIM PENSIJILAN "MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTI" (MeSTI)

Upload: doankien

Post on 06-Mar-2019

300 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SKIM PENSIJILAN "MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTI" (MeSTI)

ISI KANDUNGANBil Mukasurat

1. Pengenalan 3

2. Objektif 4

3. Skop 4

4. Definisi 4

5. Kelebihan 5

6. Kriteria Permohonan 5

7. Cara Memohon 5

8. Pensijilan Terus (Fast Track) 6

9. Bayaran 6

10. Proses Kelulusan 7

11. Tempoh Sah Laku 9

12. Pemantauan 9

13. Pembaharuan 10

14. Penggantungan dan Pembatalan Sijil 10

15. Pertanyaan 11

16. Rujukan 12

17. Penghargaan 13

Lampiran 1: Carta Alir Kelulusan Pensijilan Permohonan MeSTI (Baru/Pembaharuan) 14

Lampiran 2: Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 15

Lampiran 3 : Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12-02 16

Lampiran 4: Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 17

Lampiran 5: Senarai Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan 24

Kesihatan Negeri

2 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

GARIS PANDUAN SKIM PENSIJILAN

MAKANAN SELAMAT TANGGUNGJAWAB INDUSTRI (MeSTI)

1. PENGENALAN

Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila dimakan. Antara PJKM yang telah diperkenalkan kepada premis yang terlibat dalam pengilangan makanan adalah seperti Good Manufacturing Practice (GMP), Hazard Analysis and Critical Control Point (HACCP), ISO 22000 dan sebagainya. Walaubagaimana pun, PJKM sedia ada agak sukar untuk diperolehi oleh premis pengilangan makanan khususnya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan suatu skim yang mudah untuk diperolehi dan memenuhi keperluan minima yang diperuntukkan di dalam PPKM 2009 iaitu Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Skim Pensijilan MeSTI adalah satu skim yang dijenamakan semula bagi menggantikan Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M).

Melalui pensijilan MeSTI, premis pengilangan makanan akan dibimbing dalam membangun dan melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sebelum pengiktirafan diberikan. Pensijilan MeSTI juga menawarkan pensijilan terus (Fast Track) kepada syarikat yang mempunyai pengiktirafan sistem jaminan keselamatan makanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) [pensijilan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP)] atau pelesenan Air Minuman Berbungkus, Air Mineral Semulajadi atau Ais.

Dilaksanakan pada 2012 Mensasarkan PKS Berdasarkan Peraturan PERCUMA

Dilaksanakan pada 1998 Berdasarkan permintaan Fi dikenakan

Dilaksanakan pada 2007 Berdasarkan permintaan Fi dikenakan

3Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

2. OBJEKTIF

Garis panduan ini disediakan bagi membantu premis pengilangan makanan di Malaysia terutamanya PKS dalam mendapatkan pensijilan MeSTI dan seterusnya mematuhi keperluan-keperluan yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

3. SKOP

Garis panduan ini boleh digunakan oleh premis pengilangan makanan di Malaysia, pegawai pembimbing dari agensi-agensi kerajaan dan pegawai di Ibu Pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (IPBKKM), KKM, di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mengetahui panduan dan prosedur pensijilan MeSTI.

4. DEFINISI

4.1 Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) Suatu Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) yang minima bagi mengawal operasi pemprosesan dalam sesebuah premis pengilangan makanan

4.2 Audit

Penilaian berdasarkan bukti, yang dilakukan secara bebas dan sistematik, dilakukan oleh juruaudit terlatih bagi mengenalpasti sama ada elemen-elemen MeSTI dan keputusan yang berkaitan mematuhi perancangan yang disusun, dan sama ada ianya dilaksanakan secara efektif dan bersesuaian dalam mencapai objektif keselamatan makanan.

4.3 Audit Lapangan

Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan bagi menilai tahap kesediaan terhadap pematuhan elemen-elemen MeSTI di premis pemohon.

4.4 Audit Susulan Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas audit penilaian dilaksanakan. Bagi tujuan pensijilan, semua ketidakpatuhan mestilah ditutup mengikut masa yang telah ditetapkan sebelum kelulusan pensijilan MeSTI diberikan.

4.5 Audit Pemantauan Aktiviti pemeriksaan yang dijalankan di premis yang telah memperolehi

pensijilan MeSTI bagi mengesahkan elemen MeSTI dilaksanakan secara efektif dan berterusan di premis tersebut.

4.6 Juruaudit

Juruaudit adalah pegawai yang berkhidmat di Ibu Pejabat BKKM, KKM dan pegawai yang bertugas di BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan juga di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

6.1.2 Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan/atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (bagi Sabah dan Sarawak)

4 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

4.7 Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) PJKM adalah suatu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan

memberi jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna apabila ia dimakan.

4.8 Premis Pengilangan Makanan

Premis pengilangan makanan adalah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan yang meliputi proses kawalan penerimaan bahan mentah, pemprosesan, pembungkusan, penyimpanan dan/ atau pengedaran makanan di Malaysia.

5. KELEBIHAN

5.1

5.2

Memudahkan pemasaran produk di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Koperasi 1Malaysia (COOP1M) serta memberi peluang pasaran di pasaraya besar dan sebagainya.

5.3 Memenuhi keperluan perundangan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan mewujudkan Program Jaminan Keselamatan Makanan.

5.4 Bimbingan dari segi teknikal secara PERCUMA oleh KKM.

5.5 Mendapat manfaat melalui aktiviti promosi.

5.6 Logo MeSTI pada label produk makanan dapat meyakinkan pengguna terhadap keselamatan makanan produk tersebut.

6. KRITERIA PERMOHONAN

6.1 Premis makanan yang memohon pensijilan MeSTI perlu mematuhi kriteria-kriteria berikut :

6.1.1 Berdaftar dengan KKM melalui Pendaftaran Premis Makanan.

Permohonan boleh di atas talian melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my.; dan

6.1.2

7. CARA MEMOHON

7.1 Permohonan MeSTI hendaklah dibuat melalui :

7.1.1 Laman sesawang FoSIM Domestik (http://fosimdomestic.moh.gov.my) atau;

7.1.2 Muat turun Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 dari laman sesawang

BKKM (http://fsq.moh.gov.my).

Memberi kemudahan dalam mendapatkan Sijil Penjualan Bebas

5Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

7.2 Semua permohonan dan dokumen sokongan bagi pensijilan MeSTI hendaklah dikemukakan kepada JKN atau PKD di mana lokasi premis berada.

7.2.1 Set dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut :

a. Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 – Lampiran 2,

b. Senarai Semak Permohonan, MeSTI-2/12-02 - Lampiran 3,

c. Senarai Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 (jika ada) – Lampiran 4,

d. Salinan Slip Pendaftaran Premis KKM yang masih sah,

e. Salinan Sijil Pendaftaran SSM dan/ atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (bagi Sabah dan Sarawak),

f. Salinan lesen daripada PBT dan/atau surat pengesahan daripada mana-mana agensi kerajaan (jika ada),

g. Salinan Sijil Program Jaminan Keselamatan Makanan (jika ada) (contoh: Sijil GMP, Sijil HACCP) dan sijil MeSTI bagi tujuan pembaharuan sahaja),

h. Salinan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus/ Air MineralSemulajadi (AMB/AMS) atau Lesen Penyediaan Ais daripada KKM (jika ada),

i. Carta alir pemprosesan produk,

j. Senarai produk, dan

k. Senarai nama dan alamat syarikat yang terlibat dalam urusan

OEM (Original Equipment Manufacturer) dengan pengilang premis makanan

8. PENSIJILAN SECARA TERUS (FAST TRACK) 8.1 Sijil MeSTI layak diberikan secara terus (Fast Track) TANPA proses

pengauditan dijalankan ke atas pemohon berikut:

8.1.1 Pemegang Sijil GMP atau Sijil HACCP yang dikeluarkan oleh KKM, dan

8.1.2 Pemegang Lesen Air Minuman Berbungkus (AMB) dan Air Mineral

Semulajadi (AMS) serta Lesen Penyediaan Ais yang dikeluarkan oleh KKM bermula Mac 2014.

6 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

9. BAYARAN Skim ini diberikan secara PERCUMA bagi tujuan pensijilan. 10. PROSES KELULUSAN

(Sila rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru/Pembaharuan) - Lampiran 1)

10.1 Semakan Permohonan

10.1.1 Permohonan yang diterima akan disemak, disahkan dan direkodkan.

10.1.2 Bagi pemohon yang mempunyai sijil Program Jaminan Keselamatan

Makanan daripada KKM [Hazard Analysis and Critical Control Points

(HACCP), Good Manufacturing Practices (GMP)] atau pelesenan Air

Minuman Berbungkus, Air Mineral Semulajadi atau Ais, pensijilan

MeSTI akan diberikan TANPA audit lapangan.

10.1.3 Bagi permohonan daripada premis yang menghasilkan produk food-

drug interface, pemohon perlu memastikan perkara berikut dipatuhi:

a) telah diklasi�kasi sebagai ’bukan ubat’ oleh Biro Pengawalan

Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

b) telah mematuhi semakan label oleh Bahagian Keselamatan dan

Kualiti Makanan (BKKM)

c) tiada tuntutan kesihatan pada label atau iklan

10.1.4 Tarikh Audit Lapangan akan dipersetujui bersama di antara juruaudit

dan pemohon.

10.2 Audit Lapangan

10.2.1 Audit Lapangan yang dijalankan adalah berdasarkan kepatuhan

kepada elemen-elemen seperti yang terdapat di dalam Senarai

Semak Elemen, MeSTI-3/12-02 – Lampiran 4.

10.2.2 Juruaudit akan membuat penilaian mengenai tahap kesediaan

pemohon terhadap elemen MeSTI. Pemohon yang didapati kurang

bersedia akan diberikan bimbingan.

10.2.3 Sekiranya pemohon didapati tidak mematuhi elemen-elemen MeSTI,

juruaudit perlu meminta pemohon mengambil tindakan pembetulan

bagi setiap ketidakpatuhan yang didokumenkan berdasarkan Borang

Pengauditan (MeSTI-4/12-02).

7Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

10.2.4 Juruaudit akan menyerahkan Borang Permintaan Tindakan

Pembetulan (MeSTI-1/14) kepada pemohon selepas audit dijalankan.

10.2.5 Jika pemohon didapati telah mematuhi elemen-elemen MeSTI,

laporan akhir akan disediakan untuk dikemukakan kepada Timbalan

Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) bagi

tujuan sokongan.

10.3 Bimbingan

10.3.1 Bimbingan akan diberikan kepada pemohon bagi memastikan

keperluan premis dan kawalan operasi yang dijalankan adalah

mematuhi dan selari dengan keperluan elemen MeSTI.

10.3.2 Bimbingan yang diberikan oleh KKM atau agensi pembimbing yang

lain adalah berbentuk bimbingan teknikal.

10.3.3 Pemohon perlu memberi komitmen sepenuhnya dengan pihak

pembimbing untuk membangunkan PJKM dalam tempoh enam (6)

bulan. Permohonan dianggap terbatal sekiranya pemohon tidak dapat

mematuhi keperluan MeSTI dalam tempoh enam (6) bulan tersebut.

10.3.4 Sekiranya pemohon memerlukan lanjutan tempoh bimbingan, surat

penangguhan perlu dikemukakan kepada JKN sekurang-kurangnya

satu (1) bulan sebelum tamat tempoh enam (6) bulan tersebut.

10.3.5 Tempoh bimbingan tidak termasuk dalam tempoh proses pensijilan.

10.4 Audit Susulan

10.4.1 Audit susulan perlu dijalankan sekiranya maklum balas tindakan

pembetulan yang diterima memerlukan verifikasi daripada juruaudit.

Maklum balas tindakan pembetulan yang diterima melalui emel atau

bukti bertulis adalah diterima sekiranya juruaudit berpuas hati dan

audit susulan tidak perlu dijalankan.

10.4.2 Maklum balas tindakan pembetulan perlu dikemukakan dalam

tempoh tiga (3) bulan dari tarikh audit lapangan dijalankan. Dalam

tempoh tersebut, juruaudit perlu menghubungi pihak pemohon untuk

memastikan tindakan pembetulan dijalankan oleh pemohon dan satu

tarikh perlu ditetapkan jika audit susulan perlu dijalankan.

8 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

10.4.3 Pemohon perlu memaklumkan kepada juruaudit sekiranya

memerlukan tempoh lanjutan bagi melaksanakan tindakan

pembetulan dengan mengemukakan justifikasi kelewatan melalui

surat kepada JKN dalam masa dua (2) minggu sebelum tamat tarikh

akhir tempoh tiga (3) bulan tersebut.

10.4.4 Semasa audit susulan, juruaudit perlu mendapatkan bukti bergambar

atau dokumen sokongan sebagai justifikasi tindakan pembetulan telah

diambil.

10.4.5 Jika tiada maklumbalas diterima daripada pemohon, permohonan

dianggap terbatal dengan sendirinya.

10.5 Laporan Akhir

10.5.1 Laporan akhir akan disediakan oleh juruaudit dan merangkumi borang

pengauditan (MeSTI-4/12-02), carta alir pemprosesan yang telah

diverifikasi, Borang Permintaan Tindakan Pembetulan (MeSTI-1/14),

bukti bergambar ketidakpatuhan yang telah dipatuhi serta dokumen

sokongan yang berkaitan.

10.5.2 Laporan akhir akan dikemukakan kepada Timbalan Pengarah

Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan) bagi tujuan

sokongan.

10.5.3 Laporan akhir yang telah disokong pada peringkat JKN akan dihantar

ke Ibu Pejabat BKKM, KKM.

10.6 Kelulusan 10.6.1 Laporan akhir akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa

Pensijilan MeSTI di Ibu Pejabat BKKM, KKM untuk tujuan kelulusan.

10.6.2 Jawatankuasa Pensijilan MeSTI berhak untuk tidak meluluskan

permohonan yang didapati meragukan atau mengelirukan walaupun

telah mematuhi semua keperluan pensijilan.

10.6.3 Permohonan yang lulus kali pertama atau permohonan baru serta

permohonan pembaharuan akan diberikan sijil pengiktirafan dan surat

iringan.

9Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

11. TEMPOH SAH LAKU

11.1 Tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah tiga (3) tahun.

11.2 Bagi permohonan yang diluluskan berdasarkan pensijilan HACCP atau GMP

daripada KKM, tempoh sah laku pensijilan MeSTI adalah berdasarkan

tempoh sah laku pensijilan tersebut.

12. PEMANTAUAN

12.1 Audit pemantauan merupakan aktiviti audit lapangan bagi mengesahkan

elemen MeSTI dilaksanakan secara efektif dan berkesan.

12.2 Pemantauan berkala akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) kali

setahun oleh JKN/ PKD.

12.3 Sekiranya terdapat ketidakpatuhan yang ditemui semasa audit, Borang

Permintaan Tindakan Pembetulan, MeSTI-1/14 akan diberikan kepada

pemohon. Pemohon perlu mengambil tindakan pembetulan bagi semua

ketidakpatuhan yang didokumenkan oleh juruaudit dalam tempoh tiga (3)

bulan dari tarikh audit pemantauan dijalankan.

12.4 Sijil MeSTI akan dibatalkan jika tindakan pembetulan yang diambil tidak

memuaskan atau melebihi tempoh yang ditetapkan.

13. PEMBAHARUAN

13.1 Bagi tujuan pembaharuan, pemohon perlu mengemukakan Borang Permohonan, MeSTI-1/12-02 yang telah lengkap diisi.

13.2 Proses pembaharuan sijil MeSTI adalah sama seperti permohonan baru. (Sila

rujuk Carta Alir Kelulusan Pensijilan MeSTI (Baru/Pembaharuan) - Lampiran 1)

13.3 Pembaharuan pensijilan perlu dibuat setiap tiga (3) tahun sekali dan permohonan perlu dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tamat tarikh sah laku sijil. 13.4 Proses permohonan pembaharuan sijil MeSTI bagi pemegang lesen Air

Minuman Berbungkus dan Air Mineral Semulajadi perlu dijalankan secara normal.

10 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

14. PENGGANTUNGAN DAN PEMBATALAN SIJIL

14.1 Tindakan penggantungan akan diberikan sebelum sijil MeSTI dibatalkan. 14.2 Tempoh maksima penggantungan sijil adalah sehingga tiga (3) bulan untuk

tindakan pembatalan dilaksanakan sepenuhnya. 14.3 Sijil MeSTI boleh digantung atas sebab-sebab seperti berikut:

14.3.1 Sekiranya didapati produk yang dihasilkan oleh pemegang sijil tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.3.2 Sekiranya didapati premis pemegang sijil tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.3.3 Sijil GMP/ HACCP atau lesen Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral

Semulajadi/ Ais daripada KKM digantung.

14.3.4 Penyalahgunaan logo MeSTI ke atas produk bukan makanan. 14.3.5 Melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan

oleh KKM dari semasa ke semasa.

14.4 Sijil MeSTI boleh dibatalkan atas sebab-sebab seperti berikut: 14.2.1 Premis makanan bertukar ke lokasi/ alamat lain. 14.2.2 Didapati premis telah menghentikan operasi. 14.2.3 Sijil GMP/ HACCP atau lesen Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral

Semulajadi/ Ais daripada KKM dibatalkan. 14.2.4 Melanggar atau tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan

oleh KKM dari semasa ke semasa. 14.2.5 Terdapat ketidakpatuhan yang belum ditutup melepasi tempoh tiga (3)

bulan yang diberikan semasa audit lapangan.

14.5 Mana-mana pemegang sijil adalah tidak terkecuali daripada tindakan penguatkuasaan.

14.6 Pemegang sijil hendaklah mengawal produk OEM yang dihasilkan dan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.

14.7 Tindakan penggantungan atau pembatalan sijil yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pensijilan MeSTI tidak boleh diambil sebarang tindakan perundangan oleh pemohon.

14.8 Pemegang sijil yang telah dikenakan tindakan penggantungan atau pembatalan sijil boleh mengemukakan rayuan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh penggantungan atau pembatalan.

14.9 Pemegang sijil perlu memaklumkan kepada Ibu Pejabat BKKM, KKM

sekiranya :

14.9.1 Terdapat pertukaran nama syarikat. 14.9.2 Menjalankan pengubahsuaian major pada struktur atau

rekabentuk bangunan.

14.9.3 Terdapat pengeluaran produk makanan baru (melibatkan aliran proses yang berbeza dari produk makanan yang sedia ada).

15. PERTANYAAN Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut pemohon boleh menghubungi:

Bil. Alamat Bahagian/ Jabatan/ Pejabat No.Telefon/ Laman Web

15.1

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 4, Menara Prisma No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia.

Tel: 03-8885 0797 Faks: 03-8885 0790 Laman web : http://fsq.moh.gov.my

15.2 Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri

Lampiran 5

11Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

12 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

16. RUJUKAN

16.1 Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan. 16.2 Good Manufacturing Practice (GMP) for Food, Malaysian Standard MS1514

16.3 Garis Panduan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP), KKM 16.4 Prosedur Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) 16.5 Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) Skim Pensijilan

MeSTI

16.6 Garis Panduan dan Senarai Semak Pengusaha Industri Makanan- Kebersihan Makanan, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.7 Garis Panduan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) -

Bahagian I, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.8 Contoh Manual Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM Am) - Bahagian II, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.9 Garis Panduan Sistem Kebolehkesanan Makanan Bagi Pengusaha, Skim Keselamatan Makanan 1Malaysia (SK1M), KKM

16.10 Definisi Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME Corp) – www.smecorp.gov.my.

13Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

- -

17.PENGHARGAAN

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia inginmengucapkan setinggi tinggi penghargaan kepada pegawai pegawai berikut yang

bertanggungjawab dalam menjayakan garis panduan ini.

PenaungNoraini Binti Dato’ Mohd Othman

PenasihatAhmad Nadzri Bin Sulaiman

Ketua EditorJamilah Binti Salikin

AhliNoranizah Binti Rosli

Kamal Bin KarimKhairatun Hisan Binti Ismail

Noranida Binti AdamBalqis Noor Afifah Binti Badiuzaman

Assakinah Binti Ahmad Azam

14 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

Sedia

Peringkat JKN

PeringkatBKKM

Lampiran 1

CARTA ALIR KELULUSAN PENSIJILAN MeSTI (BARU/ PEMBAHARUAN)

Ya

LULUS

Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan Pensijilan MeSTI

Pensijilan MeSTI

Penilaian Laporan Akhir

Lengkap

Tidak Lengkap

Sokong

Audit Lapangan

Laporan Akhir

Laporan Awal

Pengesahan Tarikh Audit

Tidak Sokong

Ya

Tidak

Pensijilan Terus

Sokongan

Tidak

Ya

Audit Susulan (jika perlu)

1 hari

2 hari

1 hari

3 hari

1 hari

3 hari

2 hari

2 hari

Nota : Pensijilan Biasa = 13 hari (tidak termasuk proses bimbingan) : Pensijilan Terus = 7 hari : Proses bimbingan adalah tidak termasuk dalam tempoh proses pensijilan.

Bimbingan

Terima dan Semak Permohonan

PemohonTidak Lengkap

Lengkap

Pelantikan Juruaudit

Permohonan

Tidak

JKNmemaklumkan

kepada pemohon

BORANG PERMOHONAN PENSIJILAN MeSTI

BAHAGIAN A : MAKLUMAT PERMOHONAN

BARU PEMBAHARUAN

1. NAMA SYARIKAT : 8. NO. TELEFON

BIMBIT :

9. NO. TELEFON/ NO. FAKS

:

2. ALAMAT SYARIKAT

:

10. STATUS MILIKAN

11. PENSIJILAN SISTEM JAMINAN KESELAMATAN

MAKANAN SEDIA ADA Ada Tiada

(jika ada, sila lampirkan salinan sijil)

3. ALAMAT PREMIS PEMPROSESAN

: 12. PEMBEKAL BAGI SYARIKAT:

a. PASARAYA BESAR

Sila nyatakan (Contoh: TESCO, MYDIN):__________________

b. KEDAI RUNCIT

c. LAIN-LAIN Sila Nyatakan :_____________

4. NAMA PREMIS PEMPROSESAN

: 13. AGENSI PEMBIMBING (Sila nyatakan jika ada) : ________________________________________________________

_____________________________________________ 5. NAMA PEMOHON & NO. KAD PENGENALAN

:

6. NAMA PEMILIK & NO. KAD PENGENALAN

: 14. DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN:

Sila rujuk Senarai Semak Permohonan Pensijilan MeSTI

(MeSTI-2/12-02) 7. EMEL PEMOHON :

BAHAGIAN B : MAKLUMAT PREMIS (sila tandakan √ pada yang berkaitan)

1.PASARAN Domestik Eksport

2.KATEGORI INDUSTRI

Mikro Enterprise = Bil. Pekerja < 5 Orang, Jualan Pulangan Tahunan < RM300,000

3.BILANGAN PEKERJA

Sila nyatakan : Enterprise Kecil = Bil. Pekerja antara 5 hingga 75 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM300,000 dan < RM15 juta

Enterprise Sederhana = Bil. Pekerja antara 75 hingga 200 orang, Jualan Pulangan Tahunan antara RM15 juta dan RM50 juta

4.ANGGARAN PULANGAN

TAHUNAN (RM)

Sila nyatakan: Industri Besar = Bil. Pekerja > 200 pekerja, Jualan Pulangan Tahunan > RM50 juta

BAHAGIAN C : MAKLUMAT PRODUK

1. KATEGORI PRODUK : 2. JENIS PRODUK : (Sila lampirkan senarai produk)

3.CARTA ALIR PEMPROSESAN PRODUK : (sila lampirkan)

BAHAGIAN D : PENGESAHAN PERMOHONAN

TANDATANGAN PEMILIK/ PEMOHON:

............................................... CAP RASMI SYARIKAT

JAWATAN :

TARIKH:

Bumiputera Bukan Bumiputera

15Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

Lampiran 2MeSTI-1/12-02

BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

SENARAI SEMAK PERMOHONAN MeSTI BARU/PEMBAHARUAN

Nama Premis Pengilangan :

Alamat Premis Pengilangan :

PEMOHON

KEGUNAAN PEJABAT (PKD/JKN)

No. Perkara ( √ / X) ( √ / X)

1 Borang Permohonan Pensijilan MeSTI, MeSTI-1/12-02

2 Senarai Semak Permohonan MeSTI Baru/ Pembaharuan MeSTI-2/12-02

3 Slip Pendaftaran Premis KKM yang masih sah

4 Salinan Sijil Pendaftaran SSM dan/atau Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (bagi Sabah dan Sarawak)

5 Salinan lesen daripada PBT dan/atau surat pengesahan daripada mana-mana agensi kerajaan (jika ada)

6 Salinan Sijil Program Jaminan Keselamatan Makanan (jika ada) (contoh: Sijil GMP, Sijil HACCP) dan salinan sijil MeSTI bagi tujuan pembaharuan MeSTI (jika berkaitan)

7 Salinan Lesen Punca Air Minuman Berbungkus/ Air Mineral Semulajadi (AMB/AMS) atau Lesen Penyediaan Ais daripada KKM (jika ada)

8 Carta Alir Pemprosesan Produk

9 Senarai Produk

10 Senarai nama syarikat OEM (Original Equipment Manufacturer)

Pengesahan Maklumat/ Dokumen (tandatangan dan cap)

Untuk Kegunaan JKN/PKD

Tarikh Terima :

Tarikh Proses :

Status Permohonan Lengkap Tidak Lengkap

Tindakan :

Diproses Oleh :

16 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

Lampiran 3MeSTI-2/12-02

17Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

Lampiran 4MeSTI-3/12-02

SENARAI SEMAK ELEMEN

BAHAGIAN A : KAWALAN PREMIS

ELEMEN 1 - REKABENTUK DAN KEMUDAHAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN

YANG DIAMBIL 1.1 Lokasi

1.1.1 Adakah lokasi premis sesuai bagi aktiviti pemprosesan dan terhindar dari punca pencemaran? Jika tidak, adakah terdapat kawalan yang sesuai?

1.2 Susun Atur

1.2.1 Adakah terdapat pelan susun atur premis?

1.2.2 Susun atur dapat mengelakkan pencemaran silang

1.2.3 Adakah susun atur memudahkan aktiviti pembersihan?

1.3 Peralatan & Perkakasan

1.3.1 Peralatan dan perkakasan berkeadaan baik dan dari jenis yang bersesuaian

1.3.2 Peralatan dan perkakasan yang tidak digunakan dikeluarkan dari premis

1.3.3 Peralatan dan perkakasan perlu dalam keadaan bersih

1.3.4 Papan pemotong secara berasingan bagi bahan mentah dan bahan makanan bermasak (jika berkenaan)

1.3.5 Kesemua alat pengukur termasuk pengukur masa, suhu dan berat perlu disukat (dikalibrasi) mengikut keperluan

1.3.6 Mempunyai prosedur pembersihan dan penyelenggaraan bagi peralatan

1.4 Bekalan Air/Ais/Stim

1.4.1 Bekalan air yang selamat 1.4.2 Bekalan air yang mencukupi dan terlindung dari pencemaran: bekas yang bertutup

1.4.3 Ais yang digunakan dari sumber air yang selamat serta diisimpan dalam bekas serta terlindung dari pencemaran

1.4.4 Stim dari sumber air yang selamat dan tidak mencemar makanan

1.4.5 Adakah terdapat laporan analisis bagi penentuan kualiti air yang digunakan? (jika sumber air bukan dari JBA)

1.5 Sinki Mencuci Tangan

1.5.1 Sinki beroperasi secara bebas tangan (hands free operated)

1.5.2 Sinki mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair yang sesuai dalam dispenser dan air mengalir secukupnya termasuk tuala kertas/ pengering tangan dan tong sampah berpenutup (bebas tangan)

1.5.3 Mempunyai prosedur 7 langkah cuci tangan dalam bentuk poster dan sebagainya

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

1.6 Tandas

1.6.1 Berkeadaan bersih, tidak berbau dan tidak rosak

1.6.2 Mempunyai sumber air yang bersih 1.6.3 Mempunyai kemudahan mencuci tangan disediakan dengan kemudahan sabun atau bahan cuci cecair yang sesuai dalam dispenser dan air mengalir secukupnya termasuk tuala kertas/ pengering tangan dan tong sampah berpenutup (bebas tangan)

1.6.4 Tidak terbuka secara terus kepada bilik atau bahagian penyediaan/ pemprosesan makanan/ penyimpanan makanan

1.6.5 Mempunyai prosedur dan rekod pembersihan bagi tandas

1.6.6 Mempunyai langkah kawalan oleh pengusaha premis (sekiranya menggunakan tandas luar premis)

1.7 Bilik/ Ruang Persalinan

1.7.1 Mempunyai bilik/ ruang persalinan

1.8 Setor Penyimpanan

1.8.1 Sentiasa berkeadaan baik dan bersih

1.8.2 Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

1.8.3 Mempunyai suhu yang sesuai dengan produk yang disimpan

1.8.4 Barang disusun bagi memudahkan aktiviti pembersihan

1.8.5 Bahan kimia bukan makanan disimpan secara berasingan dengan bahan makanan/ bahan pembungkusan makanan

1.8.6 Prosedur dan rekod yang lengkap bagi setiap bahan kering/ bahan mentah/ bahan pembungkusan/ bahan kimia bukan makanan yang disimpan di setor

1.8.7 Mempunyai semua rekod bahan kering/ bahan mentah/ bahan kimia termasuk sumber dari mana ia di perolehi

ELEMEN 2 - PENGENDALI MAKANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

2.1 Pemeriksaan Kesihatan

2.1.1 Menjalani pemeriksaan kesihatan dan mempunyai rekod yang sah

2.2 Suntikan Vaksin Anti Tifoid

2.2.1 Telah mendapat vaksinasi anti tifoid dan mempunyai rekod yang sah

2.2.2 Prosedur untuk melaporkan pekerja berpenyakit berjangkit

2.3 Amalan Pengendali

2.3.1 Tidak merokok/ meludah/ batuk/ bersin dan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan pencemaran kepada makanan

2.3.2 Apron/ pakaian pelindung tidak dibawa ke dalam tandas

2.3.3 Makanan tidak boleh diletakkan bersentuhan secara langsung dengan bahan yang boleh mencemarkan makanan

2.3.4 Prosedur berkaitan amalan pengendalian makanan

18 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

SUB ELEMEN

Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

2.4 Kebersihan Diri Pengendali & Pelawat

2.4.1 Pakaian bersih yang sesuai dan memakai pakaian pelindung luar/ apron yang sesuai dan berwarna cerah

2.4.2 Memakai penutup kepala/ penutup rambut

2.4.3 Memakai penutup mulut (jika perlu)

2.4.4 Memakai sarung tangan (jika perlu)

2.4.5 Tidak memakai barang kemas dan aksesori

2.4.6 Memakai kasut dan bertutup (jika perlu)

2.4.7 Kuku pendek dan bersih

2.4.8 Tiada luka /kudis terbuka dan dirawat dengan baik

2.4.9 Rekod pemeriksaan amalan dan kebersihan diri pengendali makanan

2.4.10 Rekod pengisytiharan kesihatan diri pelawat

2.4.11 Prosedur pakaian yang seragam dan mematuhi keperluan

ELEMEN 3 - LATIHAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

3.1 Kursus Latihan Pengendali Makanan (LPM)

3.1.1 Semua pengendali makanan telah menjalani Kursus Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM.

3.1.2 Mempunyai prosedur program latihan pengendali makanan untuk pekerja

3.2 Rekod Latihan

3.2.1 Mempunyai rekod latihan dan sijil latihan disimpan ditempat yang sesuai dan mudah diperiksa

ELEMEN 4 – PENYELENGGARAAN DAN SANITASI

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

4.1 Keadaan Lantai

4.1.1 Permukaan lantai bersih dan berkeadaan baik dan air tidak bertakung

4.1.2 Mempunyai prosedur dan rekod pembersihan lantai

4.2 Keadaan Dinding, Siling, Kipas, Tingkap Dan Pintu

4.2.1 Dinding, siling, kipas, tingkap dan pintu mesti bersih dan tidak menyumbang kepada pencemaran

4.2.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.3 Keadaan Lampu

4.3.1 Lampu bersih dan berkeadaan baik* (berpenutup di kawasan pemprosesan)

4.3.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.4 Saliran

4.4.1 Saliran bersih meliputi longkang dan parit

4.4.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.5 Longgokan Sampah

4.5.1 Tiada longgokan sampah di kawasan luar dan dalam premis

4.5.2 Mempunyai prosedur pembuangan sampah beserta jadual dan rekod pembersihan

19Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

4.6 Persekitaran Premis

4.6.1 Persekitaran premis berkeadaan bersih

4.6.2 Mempunyai jadual dan rekod pembersihan

4.7 Aktiviti Pembersihan

4.7.1 Pembersihan dijalankan sekurang-kurangnya sekali sehari berdasarkan jadual kebersihan yang disediakan

4.7.2 Pembersihan tidak dilakukan ketika penyediaan/ pemprosesan makanan

4.7.3 Agen pencuci dan penyahjangkitan yang sesuai dan disimpan di tempat yang berasingan daripada kawasan pemprosesan makanan

4.7.4 Peralatan dan perkakasan dicuci dengan bersih sebelum dan sesudah digunakan

4.7.5 Prosedur pembersihan peralatan yang betul dan mencukupi beserta jadual dan rekod (cth:cucian/ biasa/ CIP: kepekatan/ masa/ pemeriksaan/ ujian)

4.8 Kawalan Makhluk Perosak

4.8.1 Tiada penggunaan racun di dalam kawasan pemprosesan bagi mengawal makhluk perosak

4.8.2 Terdapat kaedah kawalan makhluk perosak

4.8.3 Kawalan makhluk perosak dijalankan dengan berkesan

4.8.4 Tiada tanda kehadiran makhluk perosak

4.8.5 Mempunyai prosedur kawalan makhluk perosak dan rekod pemeriksaan

4.9 Pengurusan Sisa Buangan (Pepejal & Cecair)

4.9.1 Bahan buangan tidak dibiarkan terlalu lama dalam premis makanan

4.9.2 Tong sampah dibasuh dan berkeadaan baik

4.9.3 Bilangan tong sampah mencukupi, berpenutup dan bebas tangan

4.9.4 Tempat pengumpulan/ pelupusan sampah adalah berkeadaan bersih dan diselenggara

4.9.5 Mempunyai prosedur dan rekod pembuangan bahan dan pelupusan sisa

BAHAGIAN B : KAWALAN OPERASI

ELEMEN 5 – KAWALAN BAHAN MENTAH

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

5.1 Kawalan Penerimaan Bahan Mentah

5.1.1 Terdapat kawalan semasa penerimaan bahan mentah dan rekod mengenainya

5.1.2 Prosedur yang lengkap bagi setiap penerimaan bahan mentah

5.2 Kawasan Penerimaan 5.2.1 Bahan mentah diterima di kawasan yang sesuai

5.3 Kemudahan Mencuci Bahan Mentah

5.3.1 Mempunyai kemudahan mencuci bahan mentah yang sesuai

5.3.2 Mempunyai prosedur pencucian bahan mentah

20 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

ELEMEN 6 – KAWALAN PROSES

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

6.1 Kawalan Ke Atas Bahaya Mikrobiologi

6.1.1 Terdapat kawalan mikrobiologi bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan suhu, masa, aw, kelembapan, kepekatan atau keasidan

6.1.2 Mempunyai langkah sanitasi bagi setiap aktiviti pemprosesan.

6.1.3 Mempunyai prosedur kawalan mikrobiologi di sepanjang rantaian pemprosesan

6.1.4 Amalan pencegahan pencemaran silang yang berkesan

6.1.5 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.2 Kawalan Ke Atas Bahaya Kimia

6.2.1 Terdapat kawalan kimia bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan penggunaan bahan aditif makanan yang dibenarkan mengikut kepekatan, suhu, paras minimal/ maksima atau masa.

6.2.2 Tiada bahan aditif yang tidak dibenarkan atau bahan kimia bukan makanan diguna sepanjang rantaian pemprosesan

6.2.3 Mempunyai prosedur kawalan bahan kimia disepanjang rantaian pemprosesan

6.2.4 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.3 Kawalan Ke Atas Bahaya Fizikal

6.3.1 Terdapat kawalan fizikal yang sesuai bagi setiap langkah pemprosesan yang berkaitan pencemaran benda asing seperti penapisan, ayakan atau penggunaan alat pengesan logam

6.3.2 Mempunyai prosedur kawalan pencemaran fizikal di sepanjang rantaian pemprosesan

6.3.3 Rekod yang berkaitan adalah lengkap

6.4 Aktiviti pemprosesan 6.4.1 Sebarang aktiviti pemprosesan tidak dilakukan di atas lantai

6.5 Pematuhan Standard 6.5.1 Mematuhi standard bagi makanan yang telah diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

ELEMEN 7 – KAWALAN PEMBUNGKUSAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

7.1 Bahan Pembungkus 7.1.1 Menggunakan bahan pembungkus yang tidak mencemar produk makanan

7.2 Kawasan Pembungkusan

7.2.1 Proses pembungkusan dijalankan di kawasan yang sesuai

7.3 Aktiviti Pembungkusan

7.3.1 Aktiviti pembungkusan tidak dilakukan di atas lantai

7.3.2 Mempunyai prosedur dan rekod kawalan proses pembungkusan

21Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

22 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

7.4 Pelabelan

7.4.1

Mematuhi 5 keperluan asas

pelabelan (Nama Sebutan Sebenar, Alamat Pengilang,

Bahan

Ramuan, Berat Bersih dan Tarikh Luput bagi makanan yang memerlukan penandaan tarikh)

ELEMEN 8 – KAWALAN PENYIMPANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

8.1 Pengasingan Penyimpanan

8.1.1 Makanan dan bukan makanan disimpan secara berasingan

8.1.2 Prosedur penyimpanan bahan mentah/ produk siap yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan produk tersebut

8.2 Sistem Penyimpanan 8.2.1 Menggunakan sistem FIFO/ FEFO (First In First Out / First Expiry First Out)

8.3 Kaedah penyimpanan 8.3.1 Bahan mentah disimpan di dalam bekas yang bersesuaian

8.3.2 Tiada bahan pembungkus/ bahan bersentuhan makanan/ makanan diletakkan di atas lantai (jarak dari lantai 20cm dan dari dinding 15cm)

8.3.3 Tidak mencampur makanan mentah dengan makanan terproses dalam bekas yang sama

8.3.4 Makanan berisiko tinggi dan bahan mentah yang mudah rosak disimpan pada suhu yang sesuai di dalam bekas yang bertutup/berbungkus

8.3.5 Tidak menyimpan makanan sejuk beku/ dingin melebihi muatan di dalam peti sejukbeku/ petisejuk

8.3.6 Rantaian sejuk (cold chain) makanan dingin/ sejuk beku tidak terganggu

8.3.7 Menyimpan makanan pada suhu sesuai dengan sifat semulajadi makanan tersebut

8.3.8 Tidak meletakkan dan menyimpan bahan kimia bukan makanan dalam kawasan pemprosesan makanan

8.3.9 Rekod berkaitan dan lain-lain kawalan

8.4 Pelabelan Bahan Mentah

8.4.1 Bahan mentah/ ramuan makanan dilabel

ELEMEN 9 – KAWALAN PENGANGKUTAN & PENGEDARAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

9.1 Kenderaan Pengangkut

9.1.1 Kenderaan pengangkut yang digunakan sesuai

9.1.2 Prosedur pengedaran dan pengangkutan makanan yang didokumenkan dan direkodkan mengikut keperluan

9.2 Kebersihan Kenderaan

Pengangkut Untuk Tujuan Pengedaran

9.2.1 Kenderaan pengangkut berkeadaan bersih, dikawal dan diverifikasi

9.2.2 Rekod yang menunjukkan jadual dan kaedah pencucian/ kekerapan dan tanggungjawab bagi kenderaan pengangkutan

9.3 Suhu Kenderaan Pengangkut

9.3.1 Jika menggunakan kenderaan pengangkut sejuk atau sejukbeku, adakah suhunya bersesuaian

9.3.2 Rekod kawalan suhu

ELEMEN 10 – KAWALAN KEBOLEHKESANAN

SUB ELEMEN Asas Pertimbangan (Sub sub elemen)

MEMATUHI ( / ) (diisi oleh pemohon)

Penemuan Hasil Audit Kendiri

Ya Tidak TINDAKAN PEMBETULAN YANG DIAMBIL

10.1 Kebolehkesanan

10.1.1 Terdapat kaedah mengenalpasti atau mengesan semula produk yang diedarkan sekiranya berlaku aktiviti pelanggaran

10.1.2 Mempunyai prosedur kebolehkesanan yang didokumenkan

10.1.3 Boleh mengenalpasti semua sumber bahan mentah/ bahan pembungkus

10.1.4 Boleh mengenalpasti semua produk siap dihantar keluar kilang

10.1.5 Rekod yang lengkap

Nota - Setiap elemen yang memerlukan prosedur perlu dilengkapkan dengan skop, objektif, kaedah, jadual/ kekerapan, rekod, tanggungjawab yang dinyatakan dengan jelas

23Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

24 Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

SENARAI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KUALITI MAKANAN, JABATAN KESIHATAN NEGERI

1. Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Tingkat 8, Bangunan Persekutuan, Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar, Perlis Tel: 04-9766989/5271 Faks: 04-9767419 http://jknperlis.moh.gov.my

2. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, Jalan Kuala Kedah Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. Tel: 04-7741000/7741130 Faks: 04-7741022/7741129 http://jknkedah.moh.gov.my

3. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang Tingkat 35 & 37, KOMTAR, 10590 Pulau Pinang. Tel: 04- 2625533/2017245 Faks: 04- 2263371 http://jknpenang.moh.gov.my

4. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30590 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Tel: 05-2456200 Faks: 05-2550740 http://jknperak.moh.gov.my

5. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Tingkat 27, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel: 03-55182121/55106012 Faks: 03-55185195/55185196 http://jknselangor.moh.gov.my

6. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. Tel: 03-22687333/ 22687361 Faks: 03-26910263 http://jknkl.moh.gov.my

7. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Tel: 06-7664800 Faks: 06-7685667 http://jknns.moh.gov.my

8. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Tingkat 5, Wisma Persekutuan, Jalan Business City, Bandar MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Tel: 06-2345959 Faks: 06-2345969 http://jknmelaka.moh.gov.my

9. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jalan Persiaran Permai 81200 Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Tel: 07-2372110/2231102 Faks: 07-2367278 http://jknjohor.moh.gov.my

10. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Jalan IM4, Bandar Indera Mahkota, 25582 Kuantan, Pahang Darul Makmur. Tel: 09- 5707756/54 Faks:09- 5707798 /5178497 http://jknpahang.moh.gov.my

Lampiran 5

11. Bahagian Keselamatan dan Kualiti

Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu Business Centre, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Hiliran Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Tel: 09-6226028 Faks: 09-6221385/ http://jknterengganu.moh.gov.my

12. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan , Tingkat 7, Bangunan KWSP, Jalan Padang Garong, 15598 Kota Baharu, Kelantan Darul Naim. Tel: 09-7413353/ 7416736 Faks:09- 7471890 http://jknkelantan.moh.gov.my

13. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Jalan Diplomatik Off, Jalan Bako, 93050, Kuching, Sarawak Tel: 082-250294/ 273853 Faks: 082-237837 http://jknsarawak.moh.gov.my

14. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah , Tingkat 5, Wisma BSN Sabah, 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-248201/248205 Faks: 088-248215 http://jknsabah.moh.gov.my

15. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan, Peti Surat 80832, 87018 Wilayah Persekutuan Labuan. Tel: 087-596027/ 411702 Faks: 087-419011 087-419011(Kesihatan Awam) http://jknlabuan.moh.gov.my

25Garis Panduan Skim Pensijilan MeSTI 2016

Sahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 4, Bangunan Prisma, No. 26, Jalan Persiaran Perdana, Presint 3, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62675 Putrajaya

© 03-88850797 t!e 03-88850790 ~ fsq. moh.gov.my

ISBN 978-967-039SHl2·8

111 Ill 9 7 8 9670 399928

Hak Cipta a.2016 Kementerian Kes1 hatan Malaysia Copyright ci,2016 Ministry of Health Malaysia