laporan tahunan 2015 -...

64
1 BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE DIVISION ANNUAL REPORT 2015 LAPORAN TAHUNAN

Upload: doanhanh

Post on 02-Apr-2019

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

1

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

TRADITIONAL AND COMPLEMENTARY MEDICINE DIVISION

ANNUAL REPORT 2015

LAPORAN TAHUNAN

Page 2: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

2

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK)

Laporan Tahunan 2015

Kandungan

1.0 Perutusan Pengarah

2.0 Falsafah organisasi

3.0 Piagam pelanggan dan objektif kualiti

4.0 Pencapaian utama BPTK

4.1 Persediaan ke arah penguatkuasaan Akta PT&K 2013

4.2 Pendaftaran pengamal

4.3 Garis panduan PT&K

4.4 Pembangunan standard dan kualiti

4.5 Aktiviti inspektorat dan penguatkuasaan

4.6 Perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan dan kesihatan primer

4.7 Pembangunan modal insan

4.8 Pengurusan kewangan

4.9 Pengurusan aduan

4.10 Aktiviti penyelidikan dan pembangunan

4.11 Promosi dan pendidikan pengguna

4.12 Jalinan kerjasama

5.0 Aktiviti-aktiviti tambah nilai

6.0 Sidang editor

Page 3: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

3

1.0 Perutusan Pengarah

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Sebagai peneraju kepada pengwujudan perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K)

di fasiliti kesihatan kerajaan serta agensi yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia perkara

berkaitan amalan dan pengamal PT&K, Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK)

terus mengambil langkah proaktif dan sentiasa komited dalam merealisasikan visi dan misi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk meningkatkan kesihatan serta kesejahteraan seluruh

rakyat Malaysia.

Pada tahun 2015, Bahagian ini telah berjaya melaksanakan perkhidmatan penjagaan tradisional

postnatal di peringkat kesihatan primer di Klinik Kesihatan Meranti, Kelantan. Ini selari dengan aspirasi

KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan sekaligus membawa penjagaan

kesihatan terus kepada rakyat. Kami juga telah berjaya menghasilkan sebanyak 11 penerbitan

berkaitan PT&K termasuk garispanduan perkhidmatan terbaru yang ditawarkan iaitu Terapi Basti

Luaran, sejenis perubatan tradisional India. Perkhidmatan baru ini ditawarkan dengan menggunakan

tenaga kepakaran dan sumber sedia ada serta tidak melibatkan kos tambahan kepada kerajaan.

Di samping itu, dalam usaha ke arah penguatkuasaan Akta PT&K, BPTK juga telah membangunkan

modul peningkatan kompetensi untuk perubatan tradisional Cina. Program ini bakal menjadi kriteria

pendaftaran pengamal di bawah Akta, terutamanya bagi pengamal tanpa latihan formal yang

memenuhi kriteria pendaftaran yang ditentukan. Dengan sokongan pihak atasan KKM, satu program

perintis untuk meneliti kebolehlaksanaan modul tersebut telah dimulakan pada September 2015. Pada

tahun hadapan, kami akan membangunkan modul yang berkaitan untuk perubatan tradisional Melayu

dan India. BPTK juga telah membangunkan modul latihan residensi untuk graduan dalam bidang

homeopati, kiropraktik dan perubatan tradisional Cina untuk menepati keperluan Akta.

Peningkatan kesedaran berkaitan Akta PT&K di kalangan pengamal juga telah menjadi fokus BPTK

untuk tahun 2015 dengan sesi taklimat dan jerayawara yang diadakan di seluruh pelusuk negara.

BPTK juga mengutamakan akreditasi untuk program pengajian PT&K oleh agensi berkaitan dan telah

menjalankan tugas sebagai ahli panel penilai di bawah Agensi Kelayakan Malaysia serta Jabatan

Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia untuk memastikan tahap pendidikan

mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

Akhir kata, sekalung penghargaan saya panjangkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk

Dr. Noor Hisham Bin Abdullah serta Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr.

Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai atas sokongan padu serta komitmen untuk menjayakan usaha kami di

BPTK. Saya juga menhargai semua warga BPTK yang telah berganding bahu dan bekerjasama

bersama saya selama ini dalam melaksanakan tugasan harian serta mencapai sasaran yang

ditetapkan. Diharapkan usaha murni ini akan berterusan di tahun-tahun yang akan datang.

DR. GOH CHENG SOON

Pengarah BPTK

Page 4: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

4

2.0 Falsafah organisasi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenalpasti kepentingan kesihatan bagi mengekalkan

pembangunan ekonomi dan sosial serta membasmi kemiskinan. PT&K memainkan peranan yang

penting dalam kesihatan, kesejahteraan dan perlindungan kesihatan universal (UHC). Oleh itu, WHO

mencadangkan negara-negara anggota untuk:

(i) membina asas pengetahuan untuk pengurusan PT&K melalui dasar kebangsaan yang

bersesuaian;

(ii) mengukuhkan jaminan kualiti, keselamatan, penggunaan yang sesuai dan keberkesanan

PT&K melalui kawalan produk, amalan dan pengamal; dan

(iii) menggalakkan UHC dengan mengintegrasikan perkhidmatan PT&K ke dalam penyampaian

perkhidmatan kesihatan dan penjagaan kesihatan diri.

Malaysia, sebagai sebuah anggota rantau pasifik barat WHO, telah mengambil inisiatif untuk

menubuhkan BPTK pada tahun 2004 dengan visi dan misi berikut.

Visi

BPTK beriltizam menjadi pusat kecemerlangan PT&K.

Misi

BPTK akan memastikan PT&K adalah selamat dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat.

Amalan PT&K kini bergerak ke arah profesionalisme dengan penwartaan Akta PT&K pada tahun 2013.

Page 5: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

5

3.0 Piagam pelanggan dan objektif kualiti

Piagam pelanggan

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari bertekad, komited dan sentiasa berusaha untuk

memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada setiap pelanggan dengan:

i. Menguruskan bayaran bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois

lengkap diterima;

ii. Memastikan keperluan 7 hari latihan untuk semua anggota dalam BPTK akan dipenuhi setiap

tahun;

iii. Mengeluarkan surat sokongan kepada pengamal PT&K warga asing dalam masa 14 hari dari

tarikh permohanan lengkap diterima.

Objektif kualiti

i. Sekurang-kurangnya 80% maklum balas memuaskan diperolehi dari kajian persepsi peserta

bagi penyampaian ceramah dari anggota BPTK;

ii. Sekurang-kurangnya 80% maklum balas memuaskan diperolehi dari analisa kaji selidik peserta

pameran;

iii. Unit PT&K di fasiliti kerajaan (zon tengah) dipantau 2 kali setahun;

iv. Memastikan anggota BPTK mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun;

v. Menguruskan bayaran bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh invois

lengkap diterima.

vi. Pengeluaran surat sokongan untuk pengamal PT&K warga asing dalam tempoh 14 hari.

Page 6: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

6

4.0 Pencapaian utama BPTK

4.1 Persediaan ke arah penguatkuasaan Akta PT&K 2013

Page 7: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

7

4.2 Pendaftaran pengamal perubatan tradisional dan Komplementari

4.2.1 Pengamal PT&K tempatan

Unit Pendaftaran Pengamal PT&K Tempatan, Cawangan Amalan dan Pendaftaran (A&P), BPTK

berfungsi untuk menjalankan aktiviti pendaftaran pengamal PT&K tempatan. Pendaftaran secara

sukarela atas talian melalui sistem ePengamal dimulakan pada November 2008 untuk tujuan

pengumpulan data pengamal-pengamal PT&K tempatan di Malaysia dan diberhentikan secara

sementara mulai 1 Jun 2015 untuk kerja-kerja penaiktarafan.

Pihak KKM telah mengenalpasti lapan Badan Pengamal untuk membantu dalam urusan swa-kawal

(self-regulation) pengamal PT&K mengikut bidang amalan masing-masing. Oleh itu, pengamal-

pengamal PT&K tempatan sedia ada adalah disarankan untuk menyertai Badan Pengamal yang

dilantik oleh KKM sebelum Akta PT&K dikuatkuasakan.

Apabila Akta PT&K dikuatkuasakan kelak, semua pengamal PT&K yang ingin mengamal dalam bidang

amalan yang diiktiraf adalah diwajibkan untuk berdaftar dengan Majlis PT&K yang akan ditubuhkan

nanti.

Rajah 1.0 menunjukkan jumlah seramai 13,846 orang pengamal PT&K Tempatan yang berdaftar

secara sukarela dalam pangkalan data ePengamal BPTK.

Rajah 1.0 Jumlah Pengamal PT&K Tempatan Yang Berdaftar Secara Sukarela dengan

Sistem ePengamal Mengikut Jenis Bidang Amalan (1 November 2008 sehingga 31

Mei 2015)

2,401; 17%

8,408; 61%

58; 0%

2,159; 16%

334; 2% 486; 4%

Perubatan Tradisional Melayu

Perubatan Tradisional Cina

Perubatan Tradisional India

Terapi Komplementari

Homeopati

Pengubatan Islam

Page 8: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

8

4.2.2 Pengamal PT&K warga asing

Sebanyak 75 orang pengamal PT&K warga asing berjaya memohon surat sokongan pada tahun 2015

untuk mengamal di Malaysia.

Rajah 2.0 Bilangan Permohonan Surat Sokongan Yang Diluluskan Antara Tahun 2007-2015

Secara umumnya, Rajah 2.0 menunjukkan tren menurun bagi bilangan permohonan surat sokongan

yang diluluskan oleh BPTK. Ini mungkin disebabkan oleh penambaikan yang berterusan ke atas Garis

Panduan Permohonan Pengamal PT&K Warga Asing yang memastikan hanya pengamal PT&K yang

berkelayakan dan diiktiraf boleh memohon untuk mengamal di Malaysia. Pada tahun 2009, berlakunya

penurunan ketara akibat pembekuan sub sektor urut dan refleksologi oleh Kementerian Dalam Negeri

yang menyumbang kepada sebahagian besar daripada pemohonan yang diterima oleh BPTK.

175

232

122111

98

79

116

6375

0

50

100

150

200

250

2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015

Bila

ng

an

Pe

mo

ho

nan

Tahun

Bilangan Permohonan Surat Sokongan Yang Diluluskan pada 2007-2015

Page 9: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

9

Sejumlah 81 permohonan surat sokongan bagi pengamal PT&K warga asing telah diproses pada tahun

2015. Didapati 58% (n=47) permohonan yang diterima pada tahun 2015 adalah permohonan lanjutan.

Rajah 3.0 Status Permohonan Surat Sokongan Berdasarkan Jenis Permohonan yang

Diterima pada tahun 2015

Baru Lanjutan Rayuan

Sokong 27 47 1

Tidak Sokong 4 0 2

0

10

20

30

40

50

Bila

nga

n p

em

oh

on

an

Jenis Permohonan

Status Permohonan Berdasarkan Jenis Permohonan Surat Sokongan pada Tahun 2015

Page 10: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

10

Daripada Rajah 4.0, didapati sebanyak 50% (n=2) permohonan surat sokongan tidak diluluskan kerana

pemohon gagal mengemukakan sijil amalan dari negara asal sebelum ini. Sijil amalan adalah penting

bagi memastikan pemohon tersebut telah mendapat kelayakan yang diiktiraf sebelum dibenarkan untuk

mengamal di Malaysia.

Piagam pelanggan untuk Unit Pendaftaran Pengamal PT&K Warga Asing adalah sekurang-kurangnya

95% surat sokongan dikeluarkan dalam 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima. Bagi tahun 2015,

pencapaian piagam pelanggan untuk unit ini adalah memuaskan, iaitu 97.4% surat sokongan telah

dikeluarkan dalam tempoh 14 hari.

Rajah 4.0 Sebab-sebab Permohonan Surat Sokongan bagi Pengamal PT&K Warga Asing

Tidak Diluluskan, 2015

1

2

1

0

1

2

3

Pengalaman bekerja Tiada sijil amalan Pengalaman bekerja & Sijil amalan

Bila

ngan P

erm

ohonan

Sebab-sebab Permohonan Tidak Diluluskan untuk Surat Sokongan

Sebab-sebab Permohonan Surat Sokongan Tidak Diluluskan pada Tahun 2015

Page 11: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

11

Pengamal PT&K warga asing daripada bidang perubatan tradisional Cina yang terdiri daripada Chinese

Physician, Acupuncturist, TCM Herbalist dan Tuinalogist mencatatkan peratusan yang tertinggi iaitu

sebanyak 59% (n=44) daripada jumlah pengamal yang disokong pada tahun 2015. Bidang amalan

yang mencatatkan peratusan yang kedua tertinggi adalah perubatan tradisional India iaitu 32% (n=24)

yang terdiri daripada Ayurvedic Physician dan Ayurvedic Therapist.

Rajah 5.0 Bilangan Permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing yang

Diluluskan Mengikut Jawatan yang Dipohon

36

6

3

9

15

1

1

1

1

1

0 5 10 15 20 25 30 35 40

Chinese Physician

Acupuncturist

Chiropractor

Ayurvedic Physician

Ayurvedic Therapist

Homeopath

TCM Herbalist

Tuinalogist

Myotherapist

Yoga Instructor

Bilangan permohonan yang diluluskan untuk surat sokongan

Jen

is jaw

ata

n

Bilangan Permohonan Surat Sokongan Pengamal PT&K Warga Asing yang Diluluskan Mengikut Jawatan yang Dipohon pada Tahun 2015

Page 12: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

12

4.3 Garis panduan PT&K

4.3.1 Pembangunan garis panduan perubatan tradisional dan Komplementari

Page 13: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

13

Rajah 6.0 Garis Panduan Perubatan Tradisional dan Komplementari Terbitan BPTK dari

Tahun 2007-2014

2007

GP Akupuntur

2009

GP Akupuntur (Semakan)

GP Urut Melayu (Semakan)

PG on Malay Massage

SOP for T&CM Unit

GP Penjagaan Postnatal

GP Terapi Herba

2010

GPA Urut Melayu

GPA Akupuntur

2011

Garispanduan Pengubatan Islam

GP Bekam

GPA Refleksologi

GP Shirodhara

2012

GP Kiropraktik

2013

Garis Panduan Amalan Baik Urut Melayu (Versi

Terjemahan)

Garis Panduan Amalan Baik Refleksologi (Versi

Terjemahan)

Garis Panduan Amalan:

Bekam (Versi

Terjemahan)

2014

Garis Panduan Pemindahan Teknologi oleh Pengamal PT&K

Warga Asing

GP: Garis Panduan

GPA: Garis Panduan Amalan

GP Urut Melayu

Page 14: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

14

4.3.2 Garis panduan dan penerbitan berkenaan perubatan tradisional dan komplementari pada

tahun 2015

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari berbangga bahawa sepanjang tahun 2015,

sebanyak 11 garis panduan/ manual telah berjaya diterbitkan, iaitu:

No Nama Kumpulan Sasaran

Tujuan Gambar

1 Garis Panduan Perkhidmatan Perubatan Tradisional & Komplementari di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

Penyelaras perkhidmatan PT&K di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan juga klinik

Mengintegrasi PT&K di peringkat penjagaan kesihatan primer dengan memperkenalkan amalan yang berkonsepkan kesejahteraan dan terapeutik.

2 Manual Penjagaan Postnatal Bagi Penggunaan Pengamal Tradisional Postnatal

Pengamal-pengamal tradisional postnatal di Malaysia

Sebagai panduan kepada pengamal tradisional Postnatal yang menawarkan perkhidmatan rawatan penjagaan ibu selepas bersalin.

3 Traditional and

Complementary Medicine Practice Guidelines on External Basti Therapy

Pengamal-pengamal yang bertugas di Unit PT&K, hospital kerajaan

Untuk memastikan perkhidmatan PT&K Kati Basti, Greeva Bastid an Janu Basti yang diberi di hospital kerajaan adalah selamat, berkualiti dan seragam.

Page 15: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

15

4 Garispanduan Penubuhan Unit Perubatan Tradisional dan Komplementari

Fasiliti kesihatan kerajaan

Sebagai rujukan berkenaan keperluan infrastruktur, peralatan, sumber manusia dan sebagainya untuk menubuhkan unit PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan berdasarkan jenis perkhidmatan PT&K yang akan diperkenalkan.

5 Deskripsi dan Konsep Amalan Perubatan Tradisional & Komplementari (Dwibahasa)

Kementerian Kesihatan Malaysia

Merangkumi keterangan berkenaan istilah yang sering digunakan dalam perubatan tradisional, bidang amalan dan konsep amalan tersebut.

6. Kompilasi Petua

Tradisional Melayu Herba dan Tumbuhan Ubatan

Pengamal PT&K dan masyarakat umum

Sebagai rujukan berkenaan jenis-jenis herba dan tumbuhan ubatan yang digunakan oleh pengamal Perubatan Tradisional Melayu (PTM) serta cara penyediaan dan penggunaan yang diamalkan.

7. Standard Operating Procedure (SOP) bagi Pengendalian Aduan

Pegawai pengendali aduan

Menerangkan tatacara pengendalian aduan ke atas pengamal dan perkhidmatan tradisional & komplementari

Page 16: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

16

8. SOP bagi Risikan dan Intipan

Pegawai risikan

Menerangkan gerak kerja bagi mendapatkan maklumat awal dan menentukan kesahihan maklumat/aduan yang diterima sebelum siasatan lanjut atau serbuan diputuskan.

9. SOP bagi Pendakwaan Pegawai

pendakwa Menerangkan tatacara pendakwaan dalam menyempurnakan tindakan perundangan

10. SOP bagi Siasatan Pegawai

Penyiasat Menerangkan tatacara menjalankan penyiasatan bagi melaksanakan tindakan perundangan

11. SOP bagi Serbuan Pegawai yang

terlibat Menerangkan cara melakukan operasi serbuan ke atas sasaran yang disyaki

Page 17: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

17

4.4 Pembangunan standard dan kualiti

4.4.1 Semakan semula Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) Panchakarma

SKPK Panchakarma telah dibangunkan pada tahun 2011 dan disemak semula pada tahun 2014 dan

2015 melalui bengkel bersiri yang diadakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),

Kementerian Sumber Manusia.

Pelbagai pihak berkepentingan telah mengambil bahagian dalam semakan semula ini iaitu BPTK,

badan pengamal dan pengamal Ayurveda. Dr Gopesh Mangal, seorang pakar dalam Ayurveda yang

dideputasi dari kerajaan India turut dijemput sebagai salah satu panel pakar.

SKPK Panchakarma yang telah disemak dijangka untuk mendapatkan kelulusan daripada Majlis

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan pada tahun 2016.

4.4.2 Akreditasi program perubatan tradisional dan Komplementari

Agensi Kelayakan Malaysia merupakan satu badan tunggal yang menyelia dan menyelaras jaminan

kualiti dan akreditasi pendidikan tinggi di Malaysia. Pada tahun 2015, BPTK telah menerima sejumlah 5

permohonan penilaian program perubatan tradisional dan komplementari (akreditasi penuh dan

sementara) daripada Agensi Kelayakan Malaysia. BPTK merupakan salah satu panel penilai dan

memainkan peranan dalam memastikan sukatan pelajaran bersesuaian dari segi regulatori.

4.4.3 Pembangunan modul peningkatan kompetensi perubatan tradisional

Usaha pembangunan modul peningkatan kompetensi perubatan tradisional telah bermula sejak tahun

2013. Selepas Akta PT&K berkuatkuasa, modul ini akan dicadangkan sebagai salah satu kriteria

pendaftaran semasa tempoh peralihan bagi pengamal perubatan tradisional yang sedia ada.

Pembangunan modul peningkatan kompetensi dimulakan dengan perubatan tradisional Cina (PTC). Ia

telah melibatkan 3 badan pengamal dan 6 institusi pengajian tinggi yang menawarkan program PTC in

Malaysia dan BPTK selaku penyelaras. Draf modul PTC yang dilengkapkan pada awal tahun 2015

telah dibentangkan dalam mesyuarat badan pengamal PT&K dan seterusnya dalam mesyuarat

jawatankuasa tetap PT&K pada Mac 2015. Dengan persetujuan pihak berkepentingan dan pihak

atasan Kementerian Kesihatan Malaysia, satu projek perintis telah dilaksanakan pada 19 September

2015 – 12 Mac 2016 untuk mengkaji kesesuaian dan kebolehlaksanaan modul tersebut. Pada 16

November 2015, satu majlis diadakan di Hospital Rehabilitasi Cheras untuk menyampaikan sijil

penghargaan kepada pihak berkepentingan yang terlibat manakala sijil kehadiran dianugerahkan

kepada para peserta yang memenuhi kriteria kehadiran dalam komponen bukan teknikal kursus

tersebut.

Secara kesimpulan, projek perintis modul peningkatan kompetensi PTC telah mendapat sambutan baik

daripada peserta. Perancangan pada tahun 2016 adalah untuk membangunkan modul peningkatan

kompetensi bagi perubatan tradisional Melayu dan perubatan tradisional India.

Page 18: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

18

4.4.4 Latihan residensi untuk pengamal PT&K

Merujuk kepada Seksyen 22 (5) Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2013,

seseorang pengamal berdaftar sementara hendaklah menjalani latihan selama tidak kurang daripada

satu tahun dengan mana-mana hospital atau institusi di Malaysia yang diluluskan oleh Maljis PT&K

untuk membolehkannya didaftarkan.

Persediaan untuk latihan residensi PT&K telah bermula sejak Mei 2013. Untuk peringkat permulaan,

fokus diberi kepada pembangunan latihan residensi bagi graduan PT&K bertahap ijazah sarjana muda.

Setelah draf modul dan buku log disediakan, pihak berkepentingan akan dijemput untuk memberi input

tambahan. Segala maklumat akan dikompilasikan untuk dipanjangkan kepada Majlis PT&K setelah ia

ditubuhkan.

Bengkel pembangunan modul latihan residensi PTC telah diadakan pada 9 Februari 2015 manakala

bengkel pembangunan modul latihan residensi homeopati diadakan pada 14 Mei 2015. Kedua-dua

bengkel melibatkan pihak berkepentingan yang berkaitan iaitu BPTK, badan pengamal dan institusi

pengajian tinggi yang menawarkan program tersebut. Perbincangan draf modul, cabaran dan

cadangan untuk penilaian, kriteria tenaga pengajar dan fasiliti telah diadakan.

Kesimpulannya, terdapat banyak cabaran yang dihadapi dalam pembangunan modul latihan residensi

terutamanya dari segi fasiliti untuk latihan. Perancangan tahun 2016 adalah untuk membuat tinjauan

dan mengenalpasti fasiliti yang bersesuaian untuk latihan residensi PTC, kiropraktik dan homeopati.

Page 19: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

19

4.5 Aktiviti inspektorat and penguatkuasaan

4.5.1 Lawatan premis PT&K dan lawatan pendidikan pengamal PT&K

Pada tahun 2012 hingga 2014, aktiviti lawatan premis PT&K telah dilakukan bagi tujuan mengumpul

maklumat mengenai taburan premis PT&K di Malaysia (Rajah 7.0).

Pada tahun 2015, sebagai persediaan ke arah penguatkuasaan Akta PT&K 2013 (Akta 756), BPTK

memulakan lawatan pendidikan pengamal PT&K kepada pengamal PT&K yang berdaftar secara

sukarela dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bermula pada 8 Februari 2014 hingga 31

Disember 2014 untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran pengamal PT&K terhadap kewujudan

Akta PT&K 2013 selepas setahun Akta PT&K 2013 diwartakan iaitu pada 8 Februari 2013 serta

mengumpulkan data-data asas yang lain bagi tujuan penguatkuasaan Akta PT&K 2013 kelak (Rajah

8.0).

Rajah 7.0 Jumlah lawatan premis PT&K, 2012-2014

924 932

824

600

800

1000

2012 2013 2014

Ju

mla

h law

ata

n p

rem

is P

T&

K

Tahun

Jumlah Lawatan Premis PT&K, 2012-2014

Page 20: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

20

Rajah 8.0 Jumlah lawatan pendidikan pengamal PT&K, 2015

Daripada Rajah 9.0, didapati bahawa premis Perubatan Tradisional Cina ialah premis yang paling

kerap dilawati pada tahun 2012 hingga 2014, iaitu 60.6%. Pada tahun 2015, bilangan pengamal PT&K

yang paling kerap dilawati ialah pengamal Perubatan Komplementari, iaitu 34.9% (Rajah 10.0)

Rajah 9.0 Pecahan premis yang dilawati mengikut bidang amalan, 2012-2014

261

0

100

200

300

2015

Ju

mla

h law

ata

n

Tahun

Jumlah Lawatan Pendidikan Pengamal PT&K, 2015

60.60%

1.30%

6.80%

1%

26.70%

3.60%

Pecahan Bidang Amalan Bagi Premis PT&K yang Dilawati,2012-2014

Perubatan Tradisional Cina

Perubatan Tradisional India

Perubatan Tradisional Melayu

Pengubatan Islam

Komplementari

Homeopathi

Page 21: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

21

Rajah 10.0 Pecahan lawatan pendidikan pengamal PT&K mengikut bidang amalan, 2015

17.20%

30.70%

1.90%

1.10%

2.30%

34.90%

0.40%6.10%

0.40%

1.90% 0.80%0.40% 0.80% 0.80%

0.40%

Pecahan Bidang Amalan Bagi Pengamal PT&K yang Dilawati, 2015

Perubatan Tradisional Cina (PTC) Perubatan Tradisional Melayu (PTM)

Perubatan Tradisional India (PTI) Homeopati

Pengubatan Islam (PI) Komplementari (K)

Lain-lain PTM +PI

PTC +PTM+ K PTM + K

PTM +PI + K PTC+ PTI

PTC+K PTC+PTM

K+ Lain-lain

Page 22: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

22

4.5.2 Aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan

Bengkel Pembangunan Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan

Tarikh : 6-9 Mac 2015

Tempat : Institut Latihan Islam Malaysia, Bangi

Bilangan Peserta : 31 orang

Bengkel Pembangunan SOP telah diadakan sebagai persediaan ke arah penguatkuasaan Akta

Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K). Bengkel ini melibatkan kakitangan Cawangan

Inspektorat dan Penguatkuasaan (I&P) dari Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari dan

juga kakitangan daripada pejabat Cawangan PT&K. Bengkel telah diberikan oleh Tuan Harith Sham di

mana beliau telah memberikan panduan tentang pembangunan SOP bagi memenuhi keperluan Akta

PT&K. Sejumlah 5 SOP telah berjaya dibangunkan dan dilengkapkan sepanjang bengkel tersebut

termasuk SOP Pengendalian Aduan, SOP Risikan dan Intipan, SOP Pendakwaan, SOP Siasatan dan

SOP Serbuan.

Kursus Pemantapan Penguatkuasaan Siri 1 – Asas Siasatan

Tarikh : 19-20 November 2015

Tempat : Pusat Pembelajaran KWSP, Kajang

Bilangan Peserta : 21 orang

Bengkel tersebut telah disampaikan oleh penceramah daripada Polis DiRaja Malaysia iaitu Deputy

Superintendent of Police (DSP), Dr. Vasu Appu. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan

pendedahan dan penjelasan berkenaan proses penyiasatan yang lengkap sebagai persediaan ke arah

penguatkuasaan Akta PT&K.

Page 23: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

23

4.6 Perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan dan kesihatan primer

Sehingga Disember 2015, perkhidmatan PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan telah diperluaskan dengan

penubuhan unit PT&K di 14 buah hospital kerajaan terpilih, 1 unit PT&K di Pusat Bersalin Berisiko

Rendah 1 Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PBBR1M MAIWP) Putrajaya dan

perkhidmatan PT&K di peringkat penjagaan kesihatan primer, iaitu di Klinik Kesihatan Masai, Johor dan

Klinik Kesihatan Meranti, Kelantan.

Page 24: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

24

Rajah 11.0 Senarai Unit PT&K di fasiliti kesihatan kerajaan mengikut modaliti yang ditawarkan

Akupunktur

Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultan Ismail

Hospital Raja Perempuan Zainab IIHospital Duchess Of

KentHospital Sultanah Nur

Zahirah

Hospital Kepala Batas

Hospital Putrajaya

Hospital Sultanah Hajah Kalsom

Hospital Umum Sarawak

Hospital Port Dickson

Hospital Rehabilitasi Cheras

Institut Kanser Negara

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Hospital Jasin

Urutan Tradisional

Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultan Ismail

Hospital Raja Perempuan Zainab II

Hospital Duchess Of Kent

Hospital Sultanah Nur Zahirah

Hospital Kepala Batas

Hospital Putrajaya

Hospital Sultanah Hajah Kalsom

Hospital Umum Sarawak

Hospital Port Dickson

Hospital Rehabilitasi Cheras

Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah

Hospital Jasin

Terapi Herba Sebagai Rawatan

Sampingan Kepada Pesakit

Kanser

Hospital Sultan Ismail

Hospital Kepala Batas

Institut Kanser Negara

Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah

Penjagaan Tradisional Postnatal

Hospital Kepala Batas

Hospital Sultanah Bahiyah

Hospital Sultan Ismail

Hospital Raja Perempuan Zainab II

Hospital Putrajaya

Hospital Duchess Of Kent

Hospital Sultanah Nur Zahirah

Pusat Bersalin Berisiko Rendah MAIWP

Hospital Umum Sarawak

Hospital Jasin

Shirodhara

Hospital Port Dickson

Hospital Rehabilitasi Cheras

Terapi Basti Luaran

Hospital Port Dickson

Hospital Rehabilitasi Cheras

Perkhidmatan PT&K di Peringkat

Penjagaan Kesihatan Primer

(Penjagaan Tradisional Postnatal)

Klinik Kesihatan Masai, Johor

Klinik Kesihatan Meranti, Kelantan

Page 25: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

25

Selain itu, terdapat beberapa perkhidmatan PT&K yang mula diperkenalkan di unit PT&K sedia ada

pada tahun 2015. Perkhidmatan PT&K Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit

Kanser mula diperkenalkan di unit PT&K Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) pada 10

Jun 2015, melalui deputasi Pakar Perubatan Tradisional Cina dalam bidang Herba Onkologi daripada

Republik Rakyat China. Perkhidmatan PT&K Penjagaan Tradisional Postnatal mula diperkenalkan di

Hospital Kepala Batas pada 15 Julai 2015.

Perkhidmatan PT&K Terapi Basti Luaran pula mula ditawarkan di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC)

dan Hospital Port Dickson (HPD), masing-masing pada bulan November dan Disember 2015.

Pengenalan perkhidmatan PT&K Terapi Basti Luaran ini membolehkan perkhidmatan PT&K

diperluaskan tanpa melibatkan implikasi kewangan tambahan kepada Kerajaan. Perkhidmatan PT&K

ini diberikan oleh Pakar Perubatan Tradisional India dan Ahli Terapi Ayurveda yang ketika ini

dideputasi daripada Republik India.

Statistik Pesakit Yang Menerima Rawatan di Unit PT&K Fasiliti Kesihatan Kerajaan Mengikut

Modaliti

Jadual 1.0 Jumlah kes rawatan PT&K dari tahun 2011 hingga 2015

Modaliti / Tahun 2011 2012 2013 2014 2015

Urutan Tradisional 14,317 14,814 15,112 18,359 20,819

Akupunktur 17,458 19,348 24,766 29,722 34,584

Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit Kanser

2,446 2,364 2,713 3,457 5,790

Penjagaan Tradisional Postnatal

1,936 3,011 4,499 5,130 5,396

Shirodhara 46 480 - 1,084 2,305

Terapi Basti Luaran - - - - 239

Secara keseluruhannya saban tahun, semua modaliti telah menunjukkan peningkatan jumlah

kehadiran pesakit yang menerima rawatan di semua unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan.

Perkhidmatan PT&K Shirodhara telah menunjukkan peningkatan kehadiran pesakit yang amat

memberangsangkan dan tertinggi pada tahun 2015, berbanding pada tahun 2014 iaitu sebanyak 112%,

kemudian diikuti oleh Terapi Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit Kanser (67%),

Akupunktur (16%), Urutan Tradisional (13%) dan Penjagaan Tradisional Postnatal (5%).

Peningkatan kehadiran pesakit yang amat memberangsangkan bagi perkhidmatan PT&K Shirodhara

adalah hasil daripada usaha yang giat dijalankan oleh pihak Unit PT&K HRC dan HPD dalam

mempromosi dan memperkenalkan perkhidmatan PT&K di hospital masing-masing dan di fasiliti

kesihatan kerajaan yang berhampiran. Peningkatan kehadiran pesakit bagi perkhidmatan PT&K Terapi

Herba Sebagai Rawatan Sampingan Kepada Pesakit Kanser adalah kerana pengenalan perkhidmatan

ini di Unit PT&K HWKKS bermula pada Jun 2015.

Page 26: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

26

Peningkatan kehadiran pesakit di semua unit PT&K fasiliti kesihatan kerajaan bagi semua modaliti

menunjukkan bahawa perkhidmatan PT&K semakin mendapat tempat dan diterima oleh rakyat

Malaysia. Selain itu, kesedaran dan kefahaman dikalangan pengamal perubatan moden berkenaan

kepentingan rawatan PT&K sebagai pelengkap kepada sistem penjagaan kesihatan kebangsaan sedia

ada turut menyumbang kepada peningkatan ini.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak, terutamanya semua unit PT&K di fasiliti kesihatan

kerajaan yang telah menggembleng tenaga dalam usaha untuk mempromosi dan menambahbaik

perkhidmatan PT&K di unit PT&K masing-masing. Semoga usaha berterusan ini akan dapat memacu

misi dan visi BPTK dalam memastikan perubatan tradisional dan komplementari adalah selamat dan

berkualiti demi kesejahteraan rakyat serta beriltizam menjadi pusat kecemerlangan PT&K.

Page 27: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

27

4.7 Pembangunan modal insan

4.7.1 Latihan dalam perkhidmatan dalam negeri

Latihan dalam perkhidmatan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi anggota BPTK. Bagi tahun 2015, sebanyak 8 kursus telah dianjurkan oleh Bahagian ini mengikut Pelan Operasi Latihan bagi tahun 2015.

Jadual 2.0 Senarai Latihan Dalam Perkhidmatan Anjuran BPTK Tahun 2015

Bil Kursus/Bengkel Tarikh Tempat Objektif Bil. Peserta

1 Bengkel Pembangunan Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan

6-9 Mac 2015

ILIM, Bangi Memberi pendedahan kepada peserta tentang pembangunan SOP yang selaras dengan ketetapan undang-undang Malaysia

16

2 Kursus Pengukuhan Kerja Berpasukan

29-31 Mei 2015

Gold Coast Morib Resort

Mengetahui tip motivasi terbaik untuk mencapai kejayaan organisasi

14

3 Kursus Protokol dan Etiket Sosial

7-8 Sep 2015

Bilik Mesyuarat Blok C, Jalan Cenderasari

Memberi kefahaman tentang amalan-amalan protokol yang terbaik dalam pelbagai situasi

34

4 Motivating My Staff is Hard Enough, Who Is Going To Motivate Me?

4-6 Jun 2015

Gold Coast Morib Resort

Untuk mengenalpasti tahap semangat ahli pasukan dan bagaimana untuk menggunakannya di tempat kerja

Untuk memahami gaya/ tingkah laku yang berbeza di antara ahli pasukan dan bagaimana untuk membentuk mereka menjadi agen penjanaan kerja berdedikasi

Untuk memadam pemikiran negatif antara ahli pasukan dan untuk menghasilkan tempat kerja yang produktif

27

5 Kursus Fotografi untuk Aktiviti Siasatan

14-15 Dis 2015

Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Mendedahkan peserta kepada teknik pengendalian kamera secara teori dan amali untuk aktiviti siasatan

8

6 Kursus Kesedaran ISO 9001:2015 Beserta Pengenalan Kepada Pemikiran Berasaskan

30 Nov-1 Dis 2015

Bilik Mesyuarat 1, BPTK

Memperoleh pengetahuan dan maklumat mengenai sistem berkenaan.

Memperoleh daya pemikiran berasaskan risiko dan pengurusan risiko.

20

Page 28: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

28

Risiko

7 Kursus Pemantapan Asas Penguatkuasaan Siri 1

19-20 Nov 2015

Pusat Pembelajaran KWSP, Kajang

Memberi pendedahan dan penjelasan kepada proses penyiasatan yang lengkap.

Menjalankan teknik temubual/ teknik menyoal yang efektif dalam proses soalsiasat.

Memberi pendedahan/kemahiran dalam penggunaan investigative tools.

Mengemukakan keterangan mengikut keperluan undang-undang yang merangkumi rakaman percakapan, fotografi, forensik dan sebagainya.

Memastikan peserta dapat menjalankan siasatan dengan keyakinan.

20

8 Bengkel Pemurnian Pengkalan Data & Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa') Bagi Pengamal PT&K

16-18 Okt 2015

Pusat Belia Antarabangsa, Cheras

Memperkukuhkan borang saringan i-Syifa' yang akan digunapakai untuk pendaftaran dan pemantauan pengamal pengubatan Islam apabila Akta PT&K berkuatkuasa.

Memperkukuhkan pangkalan data yang akan dirujuk oleh panel penilai ketika saringan pendaftaran dan pemantauan pengamal pengubatan Islam.

35

Pada tahun 2015, semua anggota telah memenuhi keperluan latihan sebanyak 7 hari dalam setahun selaras dengan dasar pelaksanaan yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia.

Page 29: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

29

Peserta bersuka ria semasa aktiviti kursus team building

Page 30: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

30

4.7.2 Aktiviti Continuous Professional Development (CPD)

9 sesi CPD telah dijalankan bagi memanfaatkan anggota BPTK. Sesi CPD yang telah dijalankan

termasuk sesi mengenai gaya hidup sihat, sikap bekerja, penggunaan PT&K dan tajuk yang berkaitan

dengan bulan Ramadan. Bagi menggalakkan penyertaan, sesi CPD tahun 2016 akan memberi

tumpuan kepada keperluan latihan dan bidang yang diminati di kalangan anggota BPTK.

Jadual 3.0 Aktiviti CPD Sepanjang Tahun 2015

Bil. Tarikh Tajuk Penceramah

1. 19-Jan-15 Healthy Lifestyle by Naturopathy and Yoga Encik Thamizharan

Kuppuswamy

2. 24-Mac-15 Malaysian Health Technology Assessment

System (MaHTAS)

Encik Syful Azlie

3. 27-Mei-15 Bongkar Penyelewangan di Kalangan

Pengamal Perubatan PT&K – Undang-

Undang Jenayah Sihir

Encik Mahyuddin Bin Ismail

4. 25-Jun-15 CPD Ramadan: Jom Terawih Ustaz Baharuddin Bin Idris

5. 2-Jul-15 CPD Ramadan: Kesan Dosa Dalam

Kehidupan

Ustazah Sakdiah Bt Mohd Nusi

6. 9-Jul-15 CPD Ramadan: Ibrah Nuzul Quran Dan

Rumah Tanga Dalam Ramadan

Ustaz Idzhar Bin Jumali

7. 15-Ogos-15 Acupunture In Disease Prevention Ma Wen

8. 30-Sep-15 Keseronokan Bekerja Puan Hajah Rahimah Bt Haji

Abdul Jalil

9. 13-Oct-15 Herbal Treatment & New Dispensing

System in the National Cancer Institute

Cik Wan Najbah Nik Nabil

Page 31: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

31

4.7.3 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2014

Kecemerlangan Bahagian pada tahun 2014 adalah hasil usaha daripada anggotanya yang banyak memberi sumbangan. Berikut adalah 4 anggota yang telah menunjukkan usaha serta komitmen yang tinggi sepanjang perkhidmatan mereka di BPTK.

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) tahun 2014 telah diadakan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia pada 31 Mac 2015 di Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. S

Subramaniam.

Dr. Dyanan Puvanandran

Cawangan Dasar dan Perkembangan Cik Teh Li Yin

Cawangan Dasar dan Perkembangan

Dr. Farisah bt. Shaari

Cawangan Kajiselidik dan Pembangunan Puan Siti Noraisyah Bt. Adam

Administration and Finance Section

Page 32: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

32

4.8 Pengurusan kewangan

Unit Kewangan, Cawangan Pentadbiran dan Kewangan di Bahagian ini adalah bertanggungjawab

untuk menguruskan semua perkara yang berkaitan dengan kewangan dan akaun selaras dengan

pekeliling dan peraturan perbendaharaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Unit

tersebut memastikan peruntukan bajet daripada Bahagian Kewangan, Kementerian Kesihatan

Malaysia digunakan dengan cekap dan wajar supaya setiap aktiviti yang dirancang menepati

objektifnya.

Peruntukan dan Perbelanjaan

Pada tahun 2015, Bahagian ini telah menerima jumlah peruntukan operasi dan pembangunan

sebanyak RM 3,553,000.00. RM2,974,763.77 (87.63%) peruntukan daripada kategori bekalan

perkhidmatan telah digunakan untuk perkhidmatan pengurusan seperti pembayaran gaji pengamal

PT&K dan pembelian bekalan bagi unit PT&K, fasiliti kesihatan kerajaan.

Jadual 4.0 Ringkasan peruntukan dan perbelanjaan bagi tahun 2015

Jenis Peruntukan Kategori Peruntukan (RM)

Perbelanjaan (RM)

Peratusan Perbelanjaan/ Peruntukan

Belanja Mengurus Bekalan & perkhidmatan

3,394,500.00 3,281,098.71 97%

Aset 3,500.00 2,950.00 98%

ISO 5,000.00 3,200.00 64%

Pembangunan Latihan 150,000.00 134,337.84 90%

Prestasi Pembayaran Bil

Mengikut arahan perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian ini memastikan supaya

semua bil dibayar dengan segera tidak lewat dari 14 hari dari tarikh ianya dierima dengan lengkap dan

sempurna. Pada tahun 2015, Bahagian ini telah menerima sebanyak 1057 bil, iaitu 20% tambahan

bilangan bil berbanding dengan tahun 2014 (882 bil) dan 99.9% bil telah berjaya disempurnakan dalam

tempoh masa kurang dari 14 hari seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.0. Namun demikian,

terdapat 1 bil yang diselesaikan melebihi 14 hari dengan sebab kesilapan pengisian tarikh terima inbois

dalam Sistem eSPKB.

Jadual 5.0 Ringkasan prestasi pembayaran bil bagi tahun 2015

Bilangan Hari Bilangan Bil Peratusan (%)

Kurang dari 7 hari 1051 99.43

8-14 hari 5 0.47

Lebih dari 14 hari 1 0.09

Jumlah 1057 100.00

Page 33: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

33

Pungutan Hasil

Setiap permohonan pemprosesan pendaftaran pengamal PT&K warga asing adalah dicaj RM 200.00.

Jumlah kutipan hasil pada tahun 2015 adalah sebanyak RM 18,648.30 iaitu 4.9% kurang daripada

pungutan hasil pada tahun 2014 (Jadual 6.0). Penurunan ini mungkin disebabkan oleh

penambahbaikan Garis Panduan Permohonan Pendaftaran Pengamal PT&K Warga Asing. Tambahan

juga, pendaftaran perkhidmatan sub-sektor lain contohnya seperti urutan Thai, spa, refleksologi dan

lain-lain telah diambil alih oleh Kementerian Pelancongan Malaysia sejak tahun 2010.

Jadual 6.0 Jumlah kutipan hasil dari permohonan pemprosesan pendaftaran pengamal PT&K

warga asing, 2014 dan 2015

Jenis Pungutan Hasil Kod Hasil Jumlah

Tahun 2014 Tahun 2015

Bayaran Pemprosesan Pendaftaran Pengamal PT&K Warga Asing

72409 RM 19,600.00 RM 18,648.30

Page 34: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

34

4.9 Pengurusan aduan

Cawangan Inspektorat dan Penguatkuasaan (I&P) bertanggungjawab ke atas aduan berkaitan

pengamal dan perkhidmatan PT&K di Malaysia daripada pelbagai sumber seperti orang awam, agensi

kerajaan dan bukan kerajaan serta badan-badan pengamal PT&K. Pada tahun 2015, sebanyak 69

aduan daripada pelbagai kategori telah diterima oleh BPTK dan 34 aduan oleh Pejabat Cawangan

Perubatan Tradisional dan Komplementari (CPTK). Terdapat peningkatan aduan sebanyak 2% dari

tahun sebelumnya berikutan aktiviti pameran yang berjaya mempromosikan saluran aduan di BPTK.

Kesalahan iklan merupakan kes aduan yang paling banyak diterima diikuti dengan kesalahan

penyelewengan/ salah laku. Medium penerimaan aduan adalah seperti melalui surat, faks, emel, laman

web, telefon serta secara bersemuka.

Jadual 7.0 Statistik Pengendalian Aduan Berkaitan PT&K

Tahun Jumlah Aduan Diterima Di BPTK

Jumlah Aduan Diterima Di CPTK

Jumlah

2015 69 34 103

Jadual 8.0 Statistik Aduan Mengikut Kesalahan Bagi Tahun 2015 bagi BPTK dan CPTK

Kesalahan Bilangan

Penyelewengan/ salah laku 28

Status Pendaftaran 14

Iklan 32

Produk Tidak Berdaftar 4

Lain-lain 25

Jumlah 103

Page 35: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

35

4.10 Aktiviti penyelidikan dan pembangunan

Menilai Keberkesanan Rawatan Akupuntur Sebagai Rawatan Komplementari Kepada Rawatan Terapi Gantian (RTG) Menggunakan Metadon Di Lembah Klang, Malaysia Kolaborasi:

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Kuala Lumpur (Penyelidik utama)

Institut Penyelidikan Klinikal, Hospital Kuala Lumpur

Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari Objektif am: Untuk menilai keberkesanan rawatan akupuntur sebagai rawatan komplementari kepada rawatan terapi gantian (RTG) menggunakan metadon bagi membolehkan seseorang penagih opioid itu bebas daripada dadah serta membantu pemulihan psikologi dan kualiti hidup. Lokasi fasiliti terlibat: 1. Hospital Kuala Lumpur; 2. Klinik Kesihatan Jinjang; 3. Klinik Kesihatan Kepong; dan 4. Klinik Kesihatan Batu 9, Cheras. Status: Kertas kerja penyelidikan telah mendapat kelulusan daripada Daftar Penyelidikan Perubatan Kebangsaan dan Jawatankuasa Etika Penyelidikan Malaysia. Kajian dijangka akan bermula pada tahun 2016. Projek pendokumentasian secara komprehensif pengamal perubatan tradisional Melayu berkenaan tumbuhan ubatan di Semenanjung Malaysia Pengenalan: Satu usaha untuk mengekalkan pengetahuan perubatan tradisional Melayu (PTM) untuk generasi kini dan yang akan datang di Malaysia.

Merupakan jalinan kerjasama di antara Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beberapa agensi, kementerian dan pakar dalam bidang PTM turut berkolaborasi menjayakannya iaitu :

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Kementerian Kesihatan Malaysia;

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia;

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan;

Dr. Harun Mat Piah (Mantan Mualim Tamu, PNM dan Konsultan); dan

Dr. Abdul Ghani Hussain (Herbwalk Consultancy). Bermula pada Julai 2013 melibatkan 9 orang pegawai penyelidik serta 24 orang pembantu

penyelidik.

Page 36: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

36

Objektif:

Membuat bancian terhadap pengamal PTM

Membuat bancian penggunaan tumbuhan ubatan dalam PTM

Menerbitkan 8 buah buku mengenai PTM

Melibatkan 3 fasa aktiviti iaitu: Fasa pertama Pengumpulan data sosiodemografik dan amalan melalui temuramah dengan 2931 pengamal PTM yang disenaraikan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Fasa kedua Temuramah kedua melibatkan 300 orang pengamal PTM. Dokumentasi berfokus kepada jenis penyakit dan tumbuhan ubatan yang digunakan untuk merawat. 3 sampel setiap tumbuhan ubatan dikumpul sebagai spesimen herbarium dan germplasma di kampus FRIM. Fasa ketiga Melibatkan 22 orang pengamal terpilih mengikut kriteria yang ditetapkan iaitu rakyat Malaysia, berumur melebihi 50 tahun, lebih dari 10 tahun pengalaman dan menggunakan lebih 20 jenis tumbuhan ubatan. Pengutipan sampel yang lebih meluas dijalankan. Cabaran utama adalah factor cuaca di mana perlu meredah hutan dalam hujan dan angin kencang bagi pengumpulan sampel. Penerbitan: 2 buah buku telah diterbitkan pada tahun 2015 hasil dari projek ini. Statistik Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia (2013 - 2014) Sinopsis: Memaparkan data asas berkaitan pengamal PTM diantaranya taburan pengamal, maklumat dermografi sosial dan profil, bahan serta peralatan pengamalan. MSS 2999 Kitab Tib: Pandangan dan Tafsiran Perubatan Moden Terhadap Manuskrip Perubatan Melayu Sinopsis: Usaha transliterasi daripada Jawi klasik kepada kitab Rumi dan mengandungi analisis penyakit serta preskripsinya. Memberi penerangan ringkas tentang materia medika dalam PTM.

Page 37: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

37

Dua buah buku yang telah diterbitkan hasil dari projek ini

Sejumlah 24 orang pembantu penyelidik

terlibat dalam pengumpulan data

Proses menanam germplasma (tumbuhan

hidup) di taman etnobotani di kampus FRIM

Proses mengambil sampel herbarium

(specimen kering)

Pengamal menerangkan jenis dan kaedah

mengambil pokok tumbuhan ubatan

Page 38: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

38

Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015: Kajian untuk mengkaji kegunaan Perubatan Tradisional & Komplementari di Malaysia Kolaborasi bersama Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan Umum dan Bahagian Pembangunan Kesihatan Primer. Objektif: 1. Untuk mengkaji penggunaan amalan Perubatan Tradisional & Komplementari (PT&K) secara

konsultasi di kalangan penduduk Malaysia. 2. Untuk menerangkan tujuan penggunaan PT&K. 3. Untuk menentukan tempat dimana amalan PT&K diperolehi. 4. Untuk menentukan jumlah yang dibelanjakan dan yang sanggup dibayar umum untuk perkhidmatan

amalan PT&K. Aktiviti: Pengumpulan data menggunakan kaedah temubual secara bersemuka telah dilakukan pada bulan Mac sehingga Mei 2015 merangkumi semua peringkat umur penduduk di bandar dan luar bandar.

Page 39: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

39

4.11 Promosi dan pendidikan pengguna

4.11.1 Pameran dan jerayawara

Sepanjang tahun 2015, sebanyak 96 pameran dan 7 jerayawara telah dijalankan oleh BPTK dan

pejabat CPTK untuk memberi pendedahan kepada orang awam mengenai perkhidmatan yang

ditawarkan di Unit PT&K serta Akta PT&K yang akan berkuatkuasa kelak.

Rajah 9.0 Aktiviti aktiviti promosi yang dijalankan oleh BPTK dan Pejabat CPTK pada tahun

2013, 2014 dan 2015

Aktiviti Tahun

2013 2014 2015

Pameran 101 115 22

Jerayawara 66 11 7

Jumlah 167 126 29

Jadual 10.0 Aktiviti Unit Promosi dan Pendidkan Pengguna oleh BPTK Sepanjang Tahun 2015

Tarikh Lokasi

3 Mac Universiti Pendidikan Sultan Idris

12 Mac Sekolah Menengah Kebangsaan St Mary, Taman Intan Baiduri, Kuala Lumpur

15 Mac Kelab Sukan Dan Kebajikan Bestari, Projek Perumahan Rakyat Kampung Muhibbah

25 Mac Hospital Banting

26 Mac Terminal Bersepadu Selatan

3 Apr Hospital Kajang

6-8 Apr Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

17 Apr Masjid Negara

20 Mei Hospital Teluk Intan

3 Ogos Klinik Kesihatan Selayang Baru

5 Ogos Hospital Sungai Buloh

12 Ogos Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya

28 Ogos Masjid Negara

3-Sep Hospital Tung Shin

3-Sep Hospital Putrajaya

5 Sep Kompleks Rakan Muda, Jempol

26 & 27 Sep 1st Selangor Wellness Living Expo, Sunway Pyramid Convention Centre

4 Nov Hospital Sg Buloh

23 Nov Institut Pengurusan Kesihatan

30 Nov Kolej Teknologi Makmal Perubatan

18 Dis Masjid Negara

Page 40: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

40

4.11.2 Aktiviti Continuous Medical Education (CME)

Salah satu peranan BPTK adalah untuk mewujudkan dan meningkatkan kesedaran mengenai PT&K.

Pada tahun 2015, BPTK telah menjalankan 10 sesi CME, yang bertajuk “T&CM - A New Wave in

Modern Healthcare System” di beberapa fasiliti kerajaan terutamanya di Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM).

Sebagai salah satu langkah penambahbaikan berterusan, sesi CME tahun 2016 akan dirancang

berdasarkan maklum balas daripada peserta:

i. BPTK, selaku badan pengawalseliaan, perlu mempromosikan kepada orang awam mengenai

penguatkuasaan Akta PT&K;

ii. Penceramah perlu diberi latihan untuk memberi ucapan awam dan dilengkapkan dengan

pengetahuan PT&K;

iii. Sasaran peserta perlu diperluaskan terutamanya kepada pelajar yang kini menuntut program

PT&K di institusi pengajian tinggi.

Jadual 11.0 Aktiviti CME yang telah dijalankan sepanjang 2015

Bil Tarikh Lokasi Penceramah

1 25-Mac-15 Hospital Banting Dr. Maznah Wazir

2 3-Apr-15 Hospital Kajang Puan Rahayu Shaperi

3 15-Apr-15 Hospital Kepala Batas Dr. Aidatul Azura Bt Abd Rani

4 6-Mei-15 Hospital Tengku Ampuan Jemaah Dr. Rimah Melati Bt Ab Ghani

5 22-Mei-15 Hospital Teluk Intan Dr. Farisah Bt Shaari

6 3-Sep-15 Hospital Tung Shin Puan Wong Wei Chyi

7 15-Sep-15 Bahagian Perkhidmatan Farmasi Selangor Dr. Chai Koh Meow

8 23-Nov-15 Institut Pengurusan Kesihatan Dr. Aidatul Azura Bt Abd Rani

9 30-Nov-15 Kolej Teknologi Makmal Perubatan Dr. Ali Noor Bin Hassan

10 21-Dis-15 Management & Science University Encik Teh Teo Meng

Page 41: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

41

4.11.3 Dialog bersama pengamal PT&K

Mesyuarat Bersama Lembaga Kebudayaan Sabah dan Persatuan-persatuan Pribumi Sabah Tarikh : 15 Oktober 2015 Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah Penganjur : Pejabat Cawangan PT&K Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Peserta : Dr. William Gotulis (Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan),

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah) Wakil dari Lembaga Kebudayaan Sabah Wakil dari 21 persatuan pelbagai etnik Sabah Hasil mesyuarat: Sebahagian daripada jenis amalan perubatan tradisional yang diamalkan oleh pengamal Pribumi Sabah telah dikenalpasti. Pertemuan bersama Pengamal PT&K dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran Tarikh : 7 Ogos 2015 Lokasi : Kota Kinabalu, Sabah Penganjur : Pejabat Cawangan PT&K Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Peserta : Pengamal reiki dan metafizik Wakil daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Hasil pertemuan: Pengamal dapat memahami dengan lebih jelas berkenaan prosedur bagi memperolehi sijil kemahiran Malaysia serta kriteria dan syarat yang perlu ada untuk menjadi tenaga pengajar di sesebuah pusat pengajian. Aktiviti Pendekatan PT&K di Sarawak 1. Ceramah 2. Dialog bersema Ketua Kaum dan Pengamal Tradisional Pribumi Sarawak 3. Pendokumentasian Amalan Pribumi Dengan Kerjasama Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) Tarikh : 6 – 8 Ogos 2015 Lokasi : Mukah, Sarawak Penganjur : Pejabat Cawangan PT&K Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Peserta : Dr. Muhamad Yusfadzry (Ketua Cawangan PT&K, Jabatan Kesihatan

Sarawak) Dr. Goh Cheng Soon (Pengarah BPTK) Dr. Farisah Shaari (Ketua Cawangan Amalan dan Pendaftaran, BPTK) Wakil daripada Majlis Adat Istiadat Sarawak Para pengamal tradisional pribumi Sarawak

Page 42: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

42

Hasil aktiviti: Didapati masyarakat pribumi masih berpegang teguh kepada kepercayaan kuasa ghaib dan mengamalkan amalan yang berkonsepkan spiritual. Antara jenis amalan yang diamalkan termasuk pebayoh atau perbomohan, urutan dan rawatan herba. Walau bagaimanapun, pendokumentasian ini hanya mewakili sebahagian kecil komuniti Melanau di daerah Mukah dan Dalat dan tidak menggambarkan keseluruhan amalan masyarakat pribumi di Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku dan etnik. Seminar dan Sesi Dialog Bersama Agensi Kerajaan dengan Pusat Akademik/ Pusat Latihan

Perubatan Tradisional dan Komplementari Ke-2

Seminar dan sesi dialog ini telah dianjurkan oleh BPTK pada 19 Mac 2015 di Auditorium Mutiara,

Institut Pengurusan Kesihatan, Bangsar.

Wakil agensi kerajaan dari Jabatan Pendidikan Tinggi, Agensi Kelayakan Malaysia dan Jabatan

Pembangunan Kemahiran telah dijemput hadir sebagai penceramah seminar dan panel sesi dialog.

Sebanyak 119 orang peserta telah menghadiri seminar dan sesi dialog ini. Mereka terdiri daripada

wakil 8 badan pengamal dan 68 institusi pengajian tinggi/ pusat latihan berkaitan perubatan tradisional

dan komplementari (PT&K).

Ceramah pada sesi pagi bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para pengamal dan pihak

berkepentingan tentang dasar dan perundangan berkaitan dengan (1) pendidikan dan latihan serta (2)

amalan PT&K.

Pada sesi petang, sesi dialog telah diadakan untuk membincangkan isu-isu berkaitan pendaftaran

sebagai institut pengajian tinggi swasta atau pusat latihan, pencapaian perakuan akreditasi dan

pentauliahan serta isu pengiktirafan program.

Kesimpulannya, kesedaran tentang pendaftaran sebagai IPTS, kepentingan dan proses akreditasi

program pengajian tinggi, pensijilan Kemahiran Malaysia, pentauliahan pusat latihan serta implikasi

Akta PT&K 2013 dalam pendidikan dan latihan dalam bidang PT&K telah ditingkatkan.

Page 43: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

43

Sesi dialog Penceramah jemputan sedang memberi taklimat

beliau

Penyerahan cenderahati kepada penceramah

Page 44: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

44

4.12 Jalinan kerjasama strategik

4.12.1 Lawatan rasmi ke Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari oleh delegasi luar

negara

Bil. Delegasi antarabangsa

Tarikh Hasil lawatan delegasi

1. Chengdu University of Traditional Chinese Medicine

6 Februari 2015

1. Para delegasi ingin mendapat sokongan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Federation of Chinese Physicians and Medicine-Dealers Associations of Malaysia (FCPMDAM) untuk membangunkan sebuah pusat rawatan diabetik.

2. Pihak BPTK tiada halangan dengan syarat semua peruntukan undang-undang dan peraturan perlu dipatuhi dan kelulusan diberikan oleh semua pihak berkuasa yang berkaitan di Malaysia.

2. Khartoum State Ministry of Health Sudan

10 Februari 2015

1. Delegasi Sudan mencapai pemahaman yang baik berkenaan status pengawalseliaan PT&K di Malaysia dan cara perkhidmatan PT&K diintegrasi dengan sistem penjagaan kesihatan awam.

2. Melalui lawatan ini, didapati kerajaan Sudan sedang berusaha ke arah konsep green pharmacy, perlindungan intellectual property rights (IPR) dalam bidang PT&K serta memperkenalkan perubatan herba ke dalam sistem penjagaan kesihatan awam.

3. Beijing University of Chinese Medicine

17 April 2015 1. Para delegasi mencapai pengetahuan yang lebih mendalam berkenaan usaha kerajaan untuk terus meningkatkan integrasi perkhidmatan PT&K ke dalam sistem perubatan nasional

2. Warga BPTK diberi kesedaran berkenaan peluang menjalani kursus jangka pendek dalam bidang Chinese Medicine Management di BUCM

4. Puan Brenda Wright, pakar perunding WHO

7 Julai 2015 Mendapat pemahaman yang lebih mendalam berkenaan Akta PT&K 2013 serta cabaran dan peluang sedia ada setelah Akta dikuatkuasakan.

5. National Hospital of Traditional Medicine and Ministry of Health Vietnam

24 Ogos 2015 Mendapat pengetahuan berkenaan TM Management dan tatacara pengwujudan Clinical Research Center (CRC) untuk penilaian keselamatan dan keberkesanan produk PT&K

Page 45: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

45

6. Puan Anne-Louise Carlton, Senior Policy Analyst dariVictorian State Government of Australia

6 Oktober 2015

Telah berkongsi status dan tatacara pengawalseliaan PT&K di Australia. Puan Anne juga telah memperkenalkan konsep negative licensing bagi mengawalselia pengamal PT&K yang tidak berdaftar.

7. Prof. Sukdev Swami Handa, Pengerusi Scientific Body of Pharmacopoeia Commission for Indian Medicine (PCIM)

3 Disember 2015

Berkongsi maklumat dan pengalaman berkaitan dengan bidang kerja beliau dalam sesi Continuous Professional Development

Page 46: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

46

Mesyuarat bersama delegasi Beijing University of

Chinese Medicine

Delegasi Chengdu University of TCM

menyampaikan sebuah lukisan kepada Dr. Goh

sebagai tanda penghargaan

Gambar berkumpulan bersama delegasi

Khartoum State Ministry of Health Sudan

sebagai tanda penghargaan

Page 47: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

47

4.12.2 Lawatan rasmi oleh delegasi Malaysia

Mesyuarat Third Bilateral Technical Meeting on Cooperation in The Field Of Traditional Systems

Of Medicine Between The Government Of India And Malaysia

Tarikh : 21 Disember 2015

Tempat : Ministry of Ayush, New Delhi, India

Delegasi : Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan)

Dr. Goh Cheng Soon

Cik Teh Li Yin

Hasil Mesyuarat :

Aktiviti perancangan yang dibincangkan meliputi aspek kerjasama dari segi pendidikan, latihan,

penyelidikan dan pengawalseliaan amalan serta ubatan herba dalam bidang amalan perubatan

tradisional India (PTI). Perkongsian maklumat berkenaan perkembangan PTI dan kolaborasi yang padu

telah mempertingkatkan kerjasama dua-hala antara india dan malaysia.

Delegasi Malaysia bergambar di depan

bangunan Kementerian AYUSH

Lawatan Kerja Ke Kawasan Tanaman Herba Di

Gurgaon

Lawatan Kerja Ke Dabur Research and

Development Center

Page 48: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

48

Training Program on Preservation and Exploration on Herbal Medicine Resources for Asian

Countries

Tarikh : 19 August – 8 September 2015 Tempat : Beijing, Republik Rakyat China (RRC) Penganjur : Xiyuan Hospital of China, Academy of Chinese Medical Sciences Tajaan : Ministry of Commerce of the People’s Republic of China Peserta : Dr. Aidatul Azura binti Abdul Rani Objektif Utama: Peserta daripada Negara-negara membangun didedahkan dengan pengetahuan berkaitan pencapaian penyelidikan Perubatan Tradisional Cina di RRC. Program latihan yang berlangsung selama 21 hari ini memberi pendedahan kepada pencapaian penyelidikan dalam bidang:

1. Teori asas Perubatan Tradisional Cina (PTC); 2. Diagnosa dan rawatan dengan menggunakan tumbuh-tumbuhan ubatan tradisional; 3. Aplikasi klinikal dan keberkesanan; 4. Ciri-ciri PTC untuk merawat penyakit-penyakit tertentu; dan 5. Status semasa PTC.

Latihan ini melibatkan: 1. Kuliah daripada beberapa orang profesor yang terkenal di Xiyuan Hospital, Beijing University of

Chinese Medicine, dan Research Institute of Chinese Medicine. 2. Lawatan ke Research Institute of Chinese Medicine, Xiyuan Hospital, dan Affliated Hospital of

Shandong University of Traditional Chinese Medicine.

Rumusan: Program latihan ini memberi pendedahan berkaitan kepentingan piawaian dan bukti saintifik dalam amalan perubatan tradisional dan penggunaan tumbuhan ubatan bagi mencapai potensi yang optimum dalam penjagaan kesihatan. Ia juga membuka peluang kepada jalinan hubungan dan rangkaian kerjasama antarabangsa dalam perkembangan Perubatan Tradisional dan Komplementari di Malaysia.

Page 49: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

49

Gambar berkumpulan bersama ahli delegasi yang turut menyertai Training Programme on Reservation

and Exploration on Herbal Medicine Resources for Asian Countries

Page 50: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

50

Ekspo Milano 2015 Tarikh : 1 Mei- 31 Oktober 2015 Tempat : Milan, Itali Sebanyak 145 buah negara termasuk negara ASEAN seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Vietnam telah menyertai pameran berkenaan bersama-sama dengan tiga (3) pertubuhan antarabangsa dan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Dengan tema utama Feeding the Planet, Energy for Life, pameran ini telah menarik seramai 20 juta orang pengunjung yang majoritinya daripada benua Eropah. KKM telah dijemput untuk menyertai Ekspo Milano 2015 untuk mempromosi industri perkhidmatan dan pelancongan kesihatan di Malaysia. BPTK turut dijemput untuk menunjukkan kepelbagaian rawatan PT&K yang terdapat di Malaysia. Atas faktor keunikan dan suatu warisan yang berharga, Urut Tradisional Melayu menjadi program utama BPTK untuk ditonjolkan dan dikongsi bersama dengan masyarakat luar selain daripada akupuntur, Shirodhara dan urutan penjagaan selepas bersalin. Delegasi KKM telah diwakili oleh tiga (3) orang pegawai iaitu Dr. Ali Noor bin Hassan dari BPTK, Puan Hadzrul Hani binti Masbop dari Bahagian Dasar dan Hubungan Antarabangsa, KKM dan Puan Zainab binti Ahmad, Pengamal Urut Tradisional Melayu dari Hospital Rehabilitasi Cheras.

Dr. Ali Noor dan Puan Zainab berkongsi maklumat berkenaan urutan tradisional Melayu dengan peserta luar negara

Page 51: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

51

4.12.3 Acara antarabangsa yang dihadiri BPTK

Bahagian ini telah berjaya menjalin hubungan antarabangsa terutamanya di antara negara ASEAN

melalui pelbagai kursus/ persidangan/ mesyuarat antarabangsa dan juga melalui perjanjian

persefahaman yang termeterai antara negara-negara berkaitan.

Selain bertukar pandangan bersama wakil delegasi negara penganjur, latihan/ mesyuarat

antarabangsa tersebut juga dapat meningkatkan kemahiran dan kompetensi anggota di Bahagian ini.

Jadual 12.0 adalah senarai latihan/ mesyuarat / persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh anggota

BPTK di luar negara sepanjang tahun 2015.

Jadual 12.0 Senarai latihan/ mesyuarat/ persidangan antarabangsa yang dihadiri oleh anggota

BPTK di luar negara sepanjang tahun 2015

Nama Tempoh Tempat Seminar/ Kursus/Bengkel/

Persidangan/Mesyuarat Penganjur

Dr. Dyanan Puvanandran

29 Mac – 4 April 2015

Bangkok, Thailand

1) ASEAN Task Force on Traditional Medicine Post-2015 Planning Meeting

2) The Update in Herbal Medicine Quality Analysis Meeting

3) Meeting on the Preparation of the Book on Traditional and Complementary Medicine for Primary Health Care in ASEAN

Department for Development of Thai Traditional and Alternative Medicine, Ministry of Public Health, Thailand

Dr. Ali Noor bin Hassan

26-31 Jul 2015

Milan, Italy Expo Milano 2015-Feeding the Planet, Energy for Life: Pameran Antarabangsa Untuk Demonstrasi Urutan Melayu

Milan, Italy

Ng Angeline 22 Jul – 15 Sep 2015

Beijing, China

2015 Training Course on Health Care Technique of Traditional Chinese Medicine For Developing Countries

Ministry of Commerce, PRC

Dr. Goh Cheng Soon

18-21 Ogos 2015

Macao SAR, China

The WHO Interregional Training Workshop On Clinical Research of Traditional Medicine/ Complementary & Alternative Medicine

Macau Special Administrative Region and co-organised by the World Health Organization (WHO) and the State Administration of Traditional Chinese Medicine, PRC

Page 52: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

52

Dr. Noor Khairiyah Shazwani

18-19 Ogos 2015

Macao SAR, China

International Forum on Traditional Medicine

Macau Special Administrative Region and co-organised by the World Health Organization (WHO) and the State Administration of Traditional Chinese Medicine, PRC

Lim Wai Yee

Dr. Aidatul Azura binti Abdul Rani

18 Ogos- 8 Sep 2015

Beijing, China

Training Program on Reservation and Exploration of Herbal Medicine Resources for Asian Countries

Xiyuan Hospital of China Academy of Chinese Medical Sciences, PRC

Dr. Goh Cheng Soon

1-5 Sep 2015

Bangkok, Thailand

7th Meeting on Indigenous Medicine in the Mekong Basin and the Conference on the Traditional and Indigenous Medicine

Department of Development of Thai Traditional and Alternative Medicine, Thailand

Dr. Goh Cheng Soon

28 – 30 Sep 2015

Vientiane, Laos

6th Meeting of the ASEAN Task Force on Traditional Medicine

Ministry of Health, Lao PDR

Dr. Farisah bt Shaari

27-29 Okt 2015

Guangzhaou, China

WHO Working Group Meeting on Acupuncture Practice

WHO dan Guangzhou University of Traditional Chinese Medicine, PRC

Dr.Chai Koh Meow

9-29 Okt 2015

Beijing, China

Autism and Disease Prevention in TCM

Beijing University of Chinese Medicine (BUCM), PRC

Dr. Wong Pi Ying

22-23 Dis 2015

South Korea Korea Medicine Familiarisation Tour & Korean Medicine Forum

Korea Health Industry Development Institute (KHIDI), Korea

Page 53: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

53

5.0 Aktiviti-aktiviti tambah nilai

5.1 Aktiviti Kelab Kebajikan dan Sosial Tahun 2015

Pada tahun 2015, Kelab Kebajikan & Sosial BPTK telah menganjurkan beberapa aktiviti seperti:-

i) Majlis Sambutan Tahun Baru Cina

ii) Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

iii) Jamuan Perpisahan Dr. Shamsaini

iv) Majlis Sambutan Deepavali dan Krismas

v) Majlis Sambutan Harijadi

JK Kebajikan & Sosial (JKK&S) juga telah memberi sumbangan untuk Majlis Hari Keluarga BPTK yang

telah diadakan di Taman Botani, Kuala Lumpur. Selain itu, sumbangan kepada mangsa banjir di pantai

timur juga telah diberikan oleh JKK&S.

5.2 Kursus Kecergasan dan Kesihatan 2015

Tarikh : 17-18 Mac 2015

Tempat : Dewan Tuh Rahah, Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur

Jumlah peserta : 40 orang

Pengajur : Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, BPTK

Jawatankuasa Pelaksana Program Warga Aktif Warga Produktif KKM,

BPTK

Objektif

Mengetahui kaedah mempraktikkan cara hidup yang sihat, aktif dan produktif dengan gabungan lima

elemen iaitu pemeriksaan kesihatan berkala, menggalakkan aktiviti fizikal, pemakanan sihat,

pengurusan stress dan jauhi diri dari gejala buruk seperti merokok.

Ujian saringan kesihatan dikendalikan oleh

jururawat dari Klinik Kesihatan Tanglin

Mengetahui kepentingan senaman dan teknik

senaman yang betul

Page 54: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

54

5.3 Taklimat berkenaan Deraf Peraturan PT&K

Tarikh : 27 April 2015 (Isnin) Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang Tempat : Auditorium Mutiara, Aras 1, Institut Pengurusan Kesihatan,

Jalan Rumah Sakit, Off Jalan Bangsar, 59000 Kuala Lumpur. Rumusan: Taklimat ini mendapat sambutan yang baik dan dihadiri seramai 141 orang. Para hadirin diberi penerangan berkenaan deraf peraturan di mana para hadirin juga memberi pandangan dan cadangan penambahbaikan terhadap deraf ini. Atas permohonan para hadirin, seranta awam atas talian bagi deraf peraturan telah dirancangkan dan diadakan dari 24 Jun sehingga 31 Julai 2015. Semua pihak berkepentingan dan mana-mana pihak yang berminat dijemput untuk melayari portal rasmi BPTK dan mengambil bahagian dalam seranta awam ini.

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah yang terkandung di dalam Akta ini?

Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) 2013 merangkumi 2 aspek utama, iaitu

mengadakan peruntukan bagi penubuhan Majlis PT&K serta mengawalselia amalan dan

pengamal PT&K di Malaysia.

2. Bagaimanakah Akta ini membawa manfaat kepada pengamal PT&K dan orang awam?

Akta PT&K 2013 bertujuan untuk mengawalselia amalan dan pengamal PT&K di Malaysia. Akta

ini akan memastikan orang awam menerima perkhidmatan PT&K yang selamat dan berkualiti

Tips pemakanan bijak oleh penceramah dari

Bahagian Pemakanan KKM

Kata-kata aluan dari Dr. Goh, Pengarah BPTK

Page 55: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

55

melalui pendaftaran wajib pengamal PT&K dengan Majlis PT&K yang akan ditubuhkan di

bawah Akta ini.

Sesiapa yang ingin mengamalkan mana-mana bidang amalan PT&K yang diiktiraf perlu

berdaftar dengan Majlis PT&K dan mematuhi kriteria pendaftaran (misalnya kelayakan yang

diiktiraf) seperti mana yang ditetapkan oleh Majlis PT&K. Ini akan memastikan semua pengamal

PT&K adalah kompeten dan telah menerima latihan yang sewajarnya. Dengan ini, isu pengamal

palsu di negara ini juga dapat ditangani.

Selain daripada memastikan keselamatan orang awam, pihak Kementerian berpendapat

pendaftaran secara wajib akan meningkatkan tahap profesionalisma industri PT&K, seterusnya

menyumbang kepada pembangunan PT&K di Malaysia.

3. Bilakah Akta ini akan dikuatkuasakan? Bagaimana Kementerian bercadang untuk

menguatkuasakan Akta ini serta Peraturannya?

Akta ini mula berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Menteri Kesihatan melalui

pemberitahuan dalam Warta. Apabila Akta ini dikuatkuasakan, Majlis PT&K akan ditubuhkan.

Seterusnya, Majlis PT&K akan mengadakan pendaftaran pengamal PT&K secara berperingkat.

4. Apakah perkara-perkara yang perlu diselesaikan sebelum penguatkuasaan Akta ini?

a) Orang awam termasuklah para pengamal PT&K tidak sedar atau memahami keperluan

serta implikasi susulan penguatkuasaan Akta ini.

Kementerian telah mengadakan aktiviti seranta awam berterusan seperti jerayawara,

pameran dan ceramah kepada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan. Ini bertujuan

untuk menyebarkan maklumat berkenaan Akta PT&K 2013 dan juga menyediakan platform

untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan PT&K. Dalam kesemua aktiviti yang

dijalankan, pihak Kementerian sentiasa menekankan keutamaan kepada amalan PT&K

yang selamat, berkesan dan berasaskan bukti (evidence based).

b) Kepelbagaian amalan PT&K di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada orang Melayu, Cina,

India dan Orang Asli. Keunikan ini menyumbang kepada kepelbagaian amalan PT&K di

Malaysia yang berasaskan asal-usul sejarah, budaya, falsafah yang berbeza serta taburan

geografi sesuatu amalan PT&K. Kesemua amalan ini berada pada peringkat pembangunan

yang berbeza. Ini merupakan satu cabaran dalam pengawalseliaan dan pembangunan

amalan PT&K di Malaysia terutamanya dalam memastikan amalan yang berkenaan adalah

selamat, berkesan dan berkualiti tinggi.

Kementerian sentiasa bekerjasama dengan pihak berkepentingan yang berkaitan, termasuk

8 Badan Pengamal PT&K yang mewakili 6 bidang amalan PT&K utama yang telah

dikenalpasti, iaitu Perubatan Tradisional Melayu, Perubatan Tradisional Cina, Perubatan

Tradisional India, Homeopati, Perubatan Komplementari dan Pengubatan Islam dalam

Page 56: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

56

membangunkan garis panduan yang bersesuaian bagi setiap bidang amalan berdasarkan

keperluan semasa. Garis panduan ini akan membantu dalam penguatkuasaan Akta PT&K

2013 pada masa akan datang. Kementerian juga mengadakan mesyuarat berkala dengan

Badan Pengamal dan membincangkan isu-isu berkaitan amalan PT&K di Malaysia.

5.4 Hari Keluarga Cenderasari 2015

Tarikh : 23 Mei 2015

Tempat : Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur

Jumlah peserta : 90 orang

Objektif:

1. Meningkatkan tahap interaksi dan silaturahim antara anggota kerja dan ahli keluarga mereka

melalui aktiviti yang menyeronokkan seperti senamrobik, acara sukaneka, permainan buih

sabun dan menaiki kenderaan tram.

2. Belajar menggabungkan unsur-unsur pemakanan sihat dan aktiviti kecergasan dalam

kehidupan seharian sama ada di tempat kerja ataupun di rumah.

The tram services provided attracted the

attention of all participants

Aktiviti senamrobik ala Zumba

Menikmati suasana indah di taman dengan

makanan yang sihat

Keseronokkan bermain buih sabun

Page 57: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

57

5.5 Program Acupuncture assisted anesthesia di Ipoh bersama Dr. Ma Wen

Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sukacitanya telah menyambut kehadiran pakar dalam bidang

Perubatan Tradisional Cina (PTC) daripada Republik Rakyat China untuk berkhidmat di fasiliti

kesihatan kerajaan. Kehadiran pakar PTC ini adalah hasil daripada Memorandum Persefahaman

Kerjasama dalam bidang Perubatan Tradisional antara Kerajaan Malaysia dan Republik Rakyat China,

yang telah ditandatangani pada tahun 2011 yang lalu.

Pada bulan Julai 2012, setelah membuat lawatan rasmi yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah ke Shuguang Hospital iaitu hospital bersekutu Shanghai

University of Traditional Chinese Medicine di Republik Rakyat China, pembedahan thyroid dengan

menggunakan kaedah anestesia akupunktur yang pertama telah dijalankan di Malaysia oleh YBhg.

Datuk Dr. Noor Hisham sendiri.

Pada bulan Ogos 2015, seorang pengamal PTC yang berkepakaran di dalam bidang Anestesia

Akupuntur dideputasikan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh selama satu bulan. Dr. Ma Wen,

dari Hospital Shuguang, Shanghai, mempunyai pengalaman yang luas berkenaan pembedahan

menggunakan anestesia akupuntur serta bergiat aktif dalam menjalankan penyelidikan berkaitan

bidang ini. Deputasi ini telah dimuktamadkan semasa mesyuarat First Bilateral Technical Meeting on

Cooperation in Traditional Medicine between the Government of Malaysia and the People’s Republic of

China pada bulan Ogos 2014 di Beijing.

Semasa deputasi beliau, Dr. Ma Wen telah menggunakan anestesia akupunktur dalam pelbagai

prosedur termasuk excision of breast lumps, cranioplasty, craniotomy and drainage of brain abscess,

thyroid surgery, lymph node excision, removal of chemoport dan lipoma excision. Kelebihan kaedah ini

adalah tiada kesan sampingan, pesakit sedar dan boleh memberi kerjasama serta suatu kaedah yang

berkesan tetapi dengan kos yang rendah. Dr. Ma Wen juga telah menjalankan siri latihan untuk

profesional penjagaan kesihatan serta memberi rawatan kepada pesakit di klinik sakit kronik HRPB

Ipoh. Dr. Ma Wen telh diberi satu sijil penghargaan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.

Subramaniam semasa lawatan kerja beliau ke HRPB pada 27 Ogos 2015.

Kehadiran pakar PTC ini merupakan satu pencapaian yang penting dalam usaha untuk

mengembangkan lagi kerjasama di antara kedua-dua negara dalam bidang perubatan tradisional.

Kepakaran Dr. Ma Wen bermanfaat dalam membantu pembangunan PT&K di Malaysia secara amnya

dan bidang anestesia akupuntur secara khususnya.

Page 58: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

58

Dr. Ma Wen dengan YB Menteri Kesihatan serta delegasi Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 59: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

59

5.6 Pelancaran perkhidmatan dan garis panduan bagi External Basti Therapy

Garispanduan dan perkhidmatan External Basti Therapy telah berjaya dilancarkan oleh Timbalan Ketua

Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai bersama Pesuruhjaya

Tinggi India, Yang Berhormat Shri T.S. Tirumurti di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) pada 16

November 2015. Persidangan media turut diadakan.

External Basti Therapy berperanan sebagai pelengkap kepada rawatan konvensional bagi masalah

sistem muskuloskeletal. Perkhidmatan ini ditawarkan di Unit PT&K, Hospital Port Dickson dan Hospital

Rehabilitasi Cheras bermula bulan Disember 2015 tanpa kos tambahan kepada Kerajaan Malaysia. Ini

adalah kerana perkhidmatan ini menggunapakai kepakaran sedia ada iaitu Dr. Gopesh Mangal, pakar

perubatan Ayurveda dari Kerajaan Republik India yang berkhidmat untuk Kementerian Kesihatan

Malaysia dibawah skim Indian Technical and Economic Cooperation (ITEC), dibantu oleh Ahli Terapi

Ayurveda yang turut dideputasi ke Malaysia melalui skim yang sama.

Perkhidmatan dan garis panduan bagi External Basti Therapy berjaya dilancarkan bersama oleh (dari

kiri ke kanan) Dr. Goh Cheng Soon (Pengarah BPTK), Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai (TKPK

(Perubatan)), Dr. Gopesh Mangal (pengamal Ayurveda), Encik Raggupathi (PEPTIM), Dr. Roslan

Johari (Pengarah Hospital Rehabilitasi Cheras) dan Yang Berhormat Shri T.S. Tirumurti (Pesuruhjaya

Tinggi India ke Malaysia).

Page 60: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

60

Ahli terapi Ayurveda, Encik Amey V. Kumar sedang menjalankan demonstrasi External Basti Therapi di

bawah bimbingan Dr. Gopesh Mangal, pengamal Ayurveda.

Page 61: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

61

5.7 Majlis Penyampaian Sijil bagi Projek Perintis Kursus Peningkatan Kompetensi bagi

Pengamal Perubatan Tradisional Cina

Pelancaran garispanduan dan perkhidmatan External Basti Therapy diikuti oleh majlis penyampaian

sijil projek perintis kursus peningkatan kompetensi pengamal perubatan tradisional Cina. Projek perintis

yang berkaitan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) pada 19

September 2015 di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR). Tujuan program ini dijalankan adalah

untuk mengkaji kebolehlaksanaan dan kesesuaian modul yang telah dibangunkan. Modul ini

dibahagikan kepada komponen teknikal (118 jam) dan komponen bukan teknikal (16.5 jam). Komponen

bukan teknikal dijalankan selama 3 hari dan berakhir pada 3 Oktober 2015 manakala bagi komponen

teknikal, ia telah mula dijalankan pada 4 Oktober 2015 dan dijangka berakhir pada 12 Mac 2016.

Kata-kata aluan bagi majlis penyampaian sijil bagi Projek Perintis Kursus Peningkatan Kompetensi bagi

Pengamal Perubatan Tradisional Cina oleh Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, Timbalan Ketua

Pengarah Kesihatan (Perubatan).

Page 62: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

62

Gambar berkumpulan bersama Datuk Dr. Jeyaindran Tan Sri Sinnadurai, Timbalan Ketua Pengarah

Kesihatan (Perubatan) selepas majlis penyampaian sijil

Page 63: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

63

5.8 Bengkel Pemurnian Pangkalan Data dan Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-

Syifa’) bagi Pengamal Perubatan Tradisional dan Komplementari

Tarikh : 16 – 18 Oktober 2015 Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, Kuala Lumpur Penganjur : Cawangan Kajiselidik & Pembangunan, BPTK Peserta : Panel dari KKM, JAKIM, ahli akademik Universiti Islam Pahang dan Universiti Sultan

Zainal Abidin Terengganu dan pengamal Pengubatan Islam Objektif: Untuk memurnikan satu Standard Pengukuran Pematuhan Syariah (i-Syifa’) dan pangkalan data yang mantap khusus untuk pengamal pengubatan Islam yang akan digunapakai untuk pendaftaran dan pemantauan pengamal tersebut apabila Akta PT&K berkuatkuasa kelak.

Aktiviti: Melibatkan pembentangan dan aplikasi pangkalan data dan i-Syifa’, perbincangan berkumpulan serta resolusi. Rumusan: Bengkel ini telah berjaya mencapai objektif bagi memastikan pengamal pengubatan Islam yang bakal berdaftar kelak memberikan perkhidmatan yang bertepatan dengan syariah Islam.

6. Sidang editor

Bengkel I-Syifa, 16-18 Oktober 2015 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras

Page 64: LAPORAN TAHUNAN 2015 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/penerbitan/laporantahunan/laporan2015bptk.pdf · KKM untuk mengurangkan kesesakan di fasiliti kesihatan kerajaan dan

64

Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari

Kementerian Kesihatan Malaysia

Traditional and Complementary Medicidne Division

Ministry of Health Malaysia

Block E Jalan Cenderasari

50590 Kuala Lumpur

Tel: 03-2698 5077 / 09-2279 8100 Fax: 03-2691 1259

Web: http:// tcm.moh.gov.my

Email: [email protected]

SIDANG EDITOR

DR. DYANAN PUVANANDRAN

MS. NG ANGELINE

DR. MAZNAH BT WAZIR

DR. SHARIFAH FIRYELHANA SYED ABDUL RAHMAN

MS. TEOH SHEH KI

MR. TEH TEO MENG

MS. NG SUK KUAN