kumpulan s.a.h.a.b.a.t telah dilantik bagi menjalankan...
TRANSCRIPT
1.1 Penglibatan Pihak Pengurusan
Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah dilantik bagi menjalankan projek KIK bagi tahun 2019. Surat
lantikan adalah seperti di LAMPIRAN 1A.
Gambar Surat Lantikan
memo pengarah
1.2 Kumpulan
LOGO DAN DEFINISI KUMPULAN
1.0 LATAR BELAKANG
- Buku : Merupakan imej sebuah perpustakaan dan merupakan bahan asas dalam perpustakaan - Rumah : Simbolik tempat penyimpanan bahan - Bentuk Berlian : Menunjukkan misi yang ingin dicapai untuk memastikan permasalahan yang ada dapat diatasi - S.A.H.A.B.A.T : Nama kumpulan - BOOKBANK : Nama projek
1.3 Projek
Nama Organisasi
Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang
Alamat
JKR 2118, Jalan Perpustakaan
13700 Perai, Pulau Pinang
Nama Kumpulan
S.A.H.A.B.A.T
Bilangan Ahli
7 orang
Nama Projek
“BOOKBANK”
Kategori Projek
KIK Primer Inovasi Sosial
Keterangan Projek :
“BOOKBANK” merupakan cetusan idea produk berinovasikan
hasil gabungan usaha bersama ahli-ahli Kumpulan S.A.H.A.B.A.T dalam menangani “Lambakan Bahan Bacaan di dalam Perpustakaan”.
Penubuhan
18 Jun 2018
2.0 SIGNIFIKAN PEMILIHAN PROJEK
Pemilihan projek “BOOKBANK” ini adalah bagi mengurangkan masalah lambakan bahan di
dalam perpustakaan.
Masalah utama telah diperincikan lagi dengan menggunakan kaedah 5W+1H diikuti dengan
soal selidik dan temubual yang telah dijalankan. Permasalahan yang paling ketara adalah
lambakan bahan bacaan yang tidak digunakan mempengaruhi ruang perpustakaan yang
semakin terhad.
Perpustakaan juga merupakan institusi untuk masyarakat mendapatkan bahan bacaan yang
bermanfaat termasuklah sebagai hub sumbangan bahan dari orang ramai. Dengan adanya
“BOOKBANK” isu ini dapat dibendung dan bahan tersebut akan terus dimanfaatkan
sepenuhnya.
WHAT
WHERE
WHEN
WHY
WHO
HOW
Lambakan bahan dalam perpustakaan yang diterima dari pelbagai sumber samada dari pengguna, pembekal dan perpustakaan sendiri. Bahan ini diterima dan disimpan di dalam perpustakaan dan menyebabkan keadaan perpustakaan menjadi sempit. Lambakan ini terjadi di setiap pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.
Bahan ini diterima sepanjang tahun dari pelbagai sumber di semua pusat perkhidmatan.
Lambakan ini berlaku kerana pengguna selalu mendermakan buku mereka terutamanya apabila dekat dengan musim perayaan iaitu Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan hujung tahun selepas musim peperiksaan. Pembekal pula akan memberikan naskhah contoh untuk perpustakaan. Perpustakaan juga mempunyai Dasar Pilihbuang yang membolehkan bahan lama dipilihbuang atas beberapa faktor. Disamping itu pembelian bahan juga dilakukan sepanjang tahun ini menyebabkan bahan semakin bertambah namun tiada ruang untuk meletakkan bahan baru tersebut. Lambakan ini melibatkan kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan masyarakat sekeliling termasuk pengguna dan pembekal.
Penerimaan bahan dari pelbagai sumber sepanjang tahun yang berjumlah 6000 naskah setahun telah mengakibatkan lambakan bahan di setiap perpustakaan. Aduan diterima dari hampir 70% kakitangan yang menjalankan tugas di Bahagian Rangkaian Perpustakaan mengenai perkara tersebut.
Melalui Analisis Responden yang telah diperolehi melalui temubual dari petugas yang
berkhidmat di Bahagian Rangkaian Perpustakaan adalah seperti berikut :
1. Puan Rufida Binti Mahmud ( Pembantu Pustakawan - Perp. Digital Tasek Gelugor)
"Bahan derma dari orang ramai diterima hingga memakan ruang perpustakaan sedia ada.
Ruang kini semakin sempit dan pemandangan dalam perpustakaan tidak cantik disebabkan
banyak kotak kelihatan di bahagian belakang kaunter."
2. Puan Shuhailawati Binti Shuib ( Pembantu Pustakawan - PDSI Permatang Tinggi A)
"Ruang dalam perpustakaan menjadi sempit sebab banyak bahan derma dari orang ramai
diterima. Lagipun kebanyakan bahan derma yang diterima koleksinya telah berada dalam
koleksi perpustakaan. Jadi bahan tersebut akan duplikat dengan koleksi perpustakaan itu
sendiri. Sebaiknya kita sumbangkan bahan derma berkenaan kepada institusi yang lebih
memerlukan."
3. Puan Asmawati Binti Chin ( Pembantu Pustakawan - Perp. Cawangan Bukit Mertajam)
"Ruang perpustakaan agak terhad jadi koleksi perpustakaan perlu disusun dengan baik.
Manakala bahan derma yang diterima dari orang ramai akan menjadi masalah kerana jumlah
yang diterima agak banyak setiap bulan terutamanya musim perayaan. Bahan tersebut juga
kebanyakannya tidak menepati kehendak perpustakaan seperti buku ulangkaji, buku latihan
peperiksaan, buku tulis dan sebagainya. Ini menambah beban kakitangan perpustakaan untuk
memilih bahan yang bersesuaian. Diharap pihak Perbadanan boleh memberi satu garis
panduan untuk masalah ini."
4. Puan Azariah Binti Ahmad ( Pen. Pustakawan Kanan - Perp. Negeri Seberang Jaya)
"Koleksi bahan terlalu banyak hingga terpaksa disusun atas meja. Ditambah dengan bahan
derma dan naskhah contoh dari pembekal menambahkan kesesakan buku di rak. Di samping
itu polisi pilihbuang yang memakan masa agak lama menyebabkan bahan tersebut lambat
untuk dipilihbuang. Apabila rak ditambah pula ruang bacaan untuk pengguna menjadi sempit
dan ini menyebabkan pengguna tiada tempat untuk membaca dan membuat kerja. Diharap kita
dapat membuat sesuatu untuk menangani masalah ini."
2.1 KAITAN DENGAN FUNGSI UTAMA JABATAN
Projek ini berkait rapat dengan dasar kualiti Jabatan iaitu PPAPP komited dalam membina
koleksi yang terbaik, memberi perkhidmatan perpustakaan yang komprehensif dan melangkaui
jangkaan pengguna serta memastikan penambahbaikan sistem penyampaian secara
berterusan.
PPAPP juga akan sentiasa bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang baik, dan
bermutu tinggi untuk seluruh rakyat di negeri Pulau Pinang.
2.2 MEMENUHI KEHENDAK PELANGGAN DAN STAKEHOLDER
2.3 KAITAN DENGAN AGENDA NASIONAL DAN EKOSISTEM SEMASA
“BOOKBANK” merupakan satu konsep apabila semua sumbangan bahan - bahan bacaan
yang diterima tetapi tidak sesuai dijadikan koleksi perpustakaan di kumpul akan diletakkan di
satu tempat. Justeru, bahan - bahan ini yang keadaan fizikalnya masih baik dengan informasi
yang kekal relevan diguna pakai oleh semua pengguna perpustakaan tanpa sebarang had.
Kewujudan “BOOKBANK Apps” ini memberi peluang kepada pengguna untuk meletakkan
apa jua koleksi bacaan (buku, majalah, bahan media) untuk dikongsi oleh pengguna yang lain.
Selain itu, ianya juga membolehkan para pengguna memilih koleksi pilihan dan yang
bersesuaian.
“BOOKBANK” juga telah menerima banyak sumbangan bahan bacaan dan juga mendapat
impak positif dalam kalangan pengguna walaupun masih baru penubuhannya. Oleh itu
matlamat “BOOKBANK” ini agar maklumat dapat dikongsi dan disebarkan untuk kebaikan
semua masyarakat dan seterusnya menikmati pelbagai koleksi tanpa perlu mengeluarkan
wang tambahan serta menjimatkan ruang penyimpanan di rumah berjaya direalisasikan.
Masyarakat amat berkait rapat dengan perpustakaan. Era digital memaksa perpustakaan melakukan
perubahan “drastik”. Perancangan sistematik dan strategik perlu supaya memberi “high impact” kepada
semua lapisan masyarakat. Peranan perpustakaan menjadi lebih penting kerana bukan sahaja sebagai
tempat pengumpulan ilmu tetapi juga menyalurkan maklumat kepada masyarakat. Isu lambakan bahan
bacaan merupakan penghalang yang harus diselesaikan bagi memastikan bahan tersebut dapat
diperolehi kepada semua golongan masyarakat dan mana-mana institusi yang memerlukan.
Analisa terhadap statistik permintaan sekolah dan institusi pendidikan terhadap bahan bacaan
perpustakaan juga kian meningkat. Justeru, “BOOKBANK” merupakan satu langkah yang terbaik bagi
membanteras masalah ini. Ianya bukan sahaja dijadikan sebagai pusat penyimpanan maklumat secara
digital tetapi memberi peluang kepada pengguna memilih bahan yang bersesuaian.
2.4 PEMBUKTIAN MELALUI ANALISIS (BAGI TUJUAN PENYELESAIAN)
Analisis penyelesaian bagi projek ini adalah
dengan menggunakan kaedah (SMART).
S• Pengurangan lambakan bahan bacaan di perpustakaan
M
• Mengurangkan sebanyak 30%, bahan lambakan di perpustakaan iaitu sebanyak 125 naskah dalam tempoh 1 minggu
A
• Pengurangan akan dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan.
• Penyelesaian dari minggu ke minggu
R
• Pengurangan akan dapat dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan
T• Isu dapat diselesaikan dalam tempoh 6 bulan
Figure 1: Kaedah Penyelesaian SMART
3.0 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN
3.1 CADANGAN PENYELESAIAN DAN PEMBUKTIAN (IDEATE)
Setelah ditubuhkan kumpulan KIK S.A.H.A.B.A.T ini maka perbincangan dan buah fikiran
dilontarkan untuk mencetuskan idea yang bernas dalam menangani permasalahan yang
dibentangkan.
CARTA ALIR "BOOKBANK"
MULA
Bahan diterima daripada pelbagai sumber ke setiap
pusat perkhidmatan
Bahan dikumpulkan ke pusat perkhidmatan
masing-masing
Bahan diletakkan di tempat bersesuaian di
setiap pusat perkhidmatan
Memaklumkan kepada pengguna tentang bahan
baru melalui “BOOKBANK Apps”
Pengguna datang untuk
membuat pemilihan
bahan bacaan
Pengguna boleh
membawa pulang
bahan dan menyumban
g koleksi tersendiri
TAMAT
CARTA ALIR "BOOKBANK"
Carta alir ini menunjukkan kaedah yang digunakan dalam “BOOKBANK” yang diaplikasikan
di seluruh pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Pada awalnya
Perpustakaan Negeri Seberang Jaya mempunyai satu hub penyimpanan satu dikenali sebagai
Knowledge Exchange. Manakala di pusat perkhidmatan yang lain satu sudut khas disediakan
untuk bahan bacaan tersebut. Knowledge Exchange ini merupakan pos pengawal sedia ada
yang tidak digunakan.
Semua bahan bacaan yang diterima dari pelbagai sumber akan dikumpulkan dan diletakkan
di tempat yang berkenaan. Pengguna bebas untuk memilih bahan bacaan yang diminati dan
bebas untuk menyumbang koleksi sendiri. Hub ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain
seperti rak, perabot dan ruang yang selesa untuk pengguna memilih bahan bacaan. Namun
begitu, rata-rata pengguna tidak mengetahui kewujudan perkhidmatan ini secara meluas.
Kini kaedah tersebut telah diaplikasikan melalui “BOOKBANK Apps” iaitu perkhidmatan atas
talian. Ianya telah memudahkan pengguna untuk memilih kategori bahan dan mengetahui
jumlah bahan yang terdapat di pusat perkhidmatan. “BOOKBANK Apps” juga menyimpan
data penyumbang yang didaftarkan secara online.
Secara tidak langsung, “BOOKBANK” ini dapat meningkatkan jumlah pendaftaran pengguna.
“BOOKBANK Apps” ini dilengkapi dengan ciri-cirinya yang mesra pelanggan dan menarik.
Sekaligus, ia mampu mempromosikan aktiviti dan program perpustakaan kepada pengguna.
Masyarakat kini lebih mudah untuk mendekati perpustakaan melalui android di peranti masing-
masing.
3.2 PELAN TINDAKAN PENYELESAIAN (PROTOTYPE)
Kumpulan S.A.H.A.B.A.T merumuskan pelan tindakan penyelesaian melalui SCAMPER seperti
berikut :
MODIFY
MODIFY
SCAMPER
S SUBSTITUTE MANUAL +DIGITAL
=“BOOKBANK”
COMBINE “BOOKBANK” +Apps
ADAPT
SISTEM PERPUSTAKAAN (KOHA)
C
A
M MODIFY
MESRA PELANGGAN + MENARIK
P PUT TO OTHER
USE
IKLAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN/
BAHAN BARU/ PROGRAM AKTIVITI
E ELIMINATE -
R REVERSE
FONT LOGO
BAHASA
3.3 PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN
PELAKSANAAN TINDAKAN PENYELESAIAN
Kumpulan S.A.H.A.B.A.T telah ditubuhkan pada 18 Jun 2018 oleh Perbadanan Perpustakaan
Awam Pulau Pinang yang terdiri daripada 7 orang ahli. Masalah yang dihadapi oleh petugas
menjadi subjek utama bagi kumpulan ini. Pembangunan manual "BOOK BANK" dijalankan
untuk kali pertamanya setelah perbincangan demi perbincangan kumpulan dilaksanakan.
Manual 1 yang berkonsepkan keseluruhan lambakan bahan dihimpunkan ke Perpustakaan
Negeri Seberang jaya telah mendapat maklumbalas yang negatif dari petugas di pusat
perkhidmatan berkenaan. Walaupun pusat perkhidmatan yang lain merasakan masalah
mereka telah selesai namun tidak bagi Perpustakaan Negeri. Tempat yang disediakan untuk
lambakan bahan berkenaan jadi semakin tidak terkawal walaupun ada ruang khas untuk tujuan
berkenaan. Oleh yang demikian Manual 1 ini perlu diperbaiki dan ditambahnilai.
Manual 2 dilaksanakan pula dengan menghimpunkan lambakan bahan di setiap Perpustakaan
Negeri dan Daerah. Manual 2 ini juga mendapat maklumbalas yang seimbang kerana
kakitangan Perpustakaan Negeri boleh menarik nafas lega sedikit manakala kakitangan
Perpustakaan Daerah pula mengalami masalah ruang yang agak terhad. Ini kerana
Perpustakaan Daerah ini mempunyai keluasan yang terhad. Manakala untuk kakitangan
Perpustakaan Desa dan Bergerak merasakan lega kerana tidak perlu menghantar buku ke
Perpustakaan Negeri Seberang Jaya.
Setelah membuat sekali lagi analisa dengan maklumbalas yang diterima maka Manual 3 iaitu
“BOOKBANK Apps” diwujudkan. Dalam Manual 3 ini “BOOKBANK Apps” telah
diketengahkan bagi memudahkan proses mengemaskini data bahan dan penyumbang.
Penyumbang akan didaftarkan secara online dan penyerahan bahan dapat dilakukan secepat
mungkin. Usaha ini telah mengurangkan kadar lambakan bahan sebanyak 90% selama 6
bulan. Semua pusat perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang akan
menyimpan sendiri lambakan bahan berkenaan dan mencari lokasi untuk bahan
disumbangkan disamping pengguna sedia ada dapat memilih bahan berkenaan yang terdapat
di pusat perkhidmatan yang dikunjungi.
Selain itu pegawai pemantau diberi tugas untuk memeriksa bahan yang ingin disumbangkan
dan berhubung dengan lokasi yang memerlukan bahan sumbangan. Setelah dianalisa dengan
maklumbalas dari petugas mereka mengatakan cara ini lebih baik dan berjaya mengurangkan
lambakan buku sebanyak 90% di semua pusat perkhidmatan.
3.4 PERAKUAN DARIPADA PIHAK BERTAULIAH
SURAT KEBENARAN ARKIB
3.5 PEMBUKTIAN MELALUI PEROLEHAN DATA
CONTOH BORANG SUMBANGAN
Statistik data telah diambil melalui “BOOKBANK Apps” iaitu jumlah bahan yang diterima
daripada Januari sehingga Oktober adalah 798 bahan. Selepas projek “BOOKBANK” dijalankan,
permintaan bahan daropada pengguna semakin meningkat iaitu sebanyak 844 daripada November ke
April. Setelah data dianalisa dengan tepat, jumlah bahan sumbangan daripada pembekal adalah
sebanyak 2048 Naskhah. Buku weeded pula adalah sebanyak 28,206 naskhah.
“BOOKBANK” telah diterima baik oleh pengguna. Hasilnya sebanyak 3072 bahan telah
disumbangkan melalui program Jom Baca yang dianjurkan oleh PPAPP.
Jumlah bahan yang diterima sebelum projek bermula
BIL BULAN JUMLAH SUMBANGAN
BAHAN
1 JANUARI 109
2 FEBRUARI 148
3 MAC 65
4 APRIL 50
5 MEI 38
6 JUN 79
7 JULAI 80
8 OGOS 55
9 SEPTEMBER 45
10 OKTOBER 129
JUMLAH 798
Jumlah bahan diterima selepas projek bermula
BIL BULAN JUMLAH SUMBANGAN
BAHAN
1 NOVEMBER 197
2 DISEMBER 556
3 JANUARI 11
4 FEBRUARI 6
5 MAC 36
6 APRIL 38
JUMLAH 844
Jumlah bahan sumbangan dari pembekal : 2,048 naskhah Bahan weeded : 28,206 naskhah Bahan yang telah disumbangkan kepada orang luar Jombaca : 3072
Sumbangan Kepada Sekolah / NGO / Persatuan :
BIL NAMA SEKOLAH JUMLAH
1 SK Hashim Awang 200
2 SK Desa Murni 200
3 KAFA AlBasyir 200
4 CCRC Kampung Selamat 200
5 SJK Chin Hwa 200
6 Tahfiz Islah 200
7 Madrasah Al-Aminiah 200
8 SK Bandar Baru Perda 200
9 SRI Bahrul Ulum 200
10 Masjid Jamek Kampung Setol
100
11 SK Stowell 200
12 Maahad Tahfiz Sirajul Quran
200
13 SMK Penanti 200
14 Persatuan Penduduk Taman Perwira
200
15 SMK Pauh Jaya 200
16 SK Seri Tasek 200
17 SJKC Boon Beng 200
18 SK Bakap Indah 200
19 SMKA (P) Al Mashoor 200
20 SK Jelutong 200
21 Taman Nusantara 200
22 SK Batu Pekaka 200
23 Pusat Aktiviti Kanak2 Sungai Rusa
200
24 Pusat Anak Permata Negara
200
25 SMK Pondok Upeh 200
26 SK Balik Pulau 200
JUMLAH 5100
4.0 KEBERHASILAN PROJEK - OUTCOME PROJEK & PEMBUKTIAN
Outcome Projek dan Pembuktian adalah seperti berikut :
“BOOKBANK” ini merupakan satu projek yang tidak melibatkan implikasi kewangan yang
besar. Bahan bacaan hasil daripada kaedah Pilihbuang yang dilakukan oleh pihak PPAPP dan
bahan sumbangan orang awam tdak dibuang begitu sahaja ataupun disia-siakan tanpa
memberi manafaat untuk pengguna yang lain.
Lambakan bahan bacaan daripada pilihbuang dan sumbangan orang awam ini telah dapat
diatasi dengan adanya “BOOKBANK’ ini. Bagi bahan bacaan yang telah memalui proses
Pilihbuang iaitu buku dan majalah serta bahan sumbangan orang awam yang tidak diperlukan
lagi oleh pengguna tersebut tetapi masih relevan untuk kegunaan orang lain malah dapat
dimanafaatkan sepenuhnya oleh seluruh masyarakat.
Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Kumpulan S.A.H.A.B.A.T ini melalui “BOOKBANK’ ini
ialah menyampaikan buku-buku kepada agensi yang memerlukan yang tidak mampu untuk
membeli bahan bacaan mahupun mendapatkan bahan bacaan dari tempat lain.
Contohnya ialah di Penjara Jawi, Seberang Perai Selatan. Melalui projek KIK “BOOKBANK’ ini,
kumpulan ini telah menyumbangkan sebanyak 300 unit buku dalam pelbagai genre untuk
bacaan penghuni Penjara wanita di Penjara Jawi. Manakala sebanyak 550 unit buku
disumbangkan kepada Penjara Lelaki di Penjara Jawi.
Keberhasilan projek seumpama ini dapat menghasilkan penyebaran maklumat diberikan
secara tepat dan cepat selain dapat memberi pembelajaran sepanjang hayat kepada penerima
iaitu masyarakat. Secara tidak langsung “BOOKBANK” ini telah memenuhi kehendak jabatan
iaitu memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna sekaligus dapat merealisasikan
hasrat kerajaan dalam Memastikan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dapat dilaksakan
dengan jayanya.
Gambar sekitar Penyerahan Buku kepada Penghuni Penjara
Aktiviti dan taklimat yang dijalankan semasa majlis Penyerahan Bahan Bacaan “BOOKBANK” kepada
penghuni Penjara Wanita
4.1 KESAN JANGKA PENDEK DAN NILAI TAMBAH
4.1 (a) PENGURANGAN ADUAN PETUGAS
“BOOKBANK” telah memudahkan petugas di dalam menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan
bahan bacaan yang diterima dari pelbagai sumber yang diletakkan di dalam setiap pusat perkhidmatan.
Bahan yang diterima tidak lagi memenuhi setiap ruang pusat perkhidmatan malah memberi peluang
kakitangan mengenali dan mengetahui keperluan dan kehendak pengguna mengenai koleksi yang
diminati. Petugas juga akan lebih bersemangat untuk menjalankan tugas seharian apabila bahan
tersebut semakin berkurangan. Aduan akan diterima secara atas talian dan maklum balas akan diberi
secara langsung kepada pengguna berkenaan. Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut juga
turut disertakan dalam perisian ini.
4.1 (b) PENGURANGAN LAMBAKAN BAHAN DI DALAM PERPUSTAKAAN
Penciptaan “BOOKBANK” ini dapat mengurangkan lambakan bahan yang diterima di setiap
pusat perkhidmatan. Jika dibandingkan dengan kaedah yang dilaksanakan sebelum ini iaitu secara
manual “BOOKBANK” ini amat memudahkan petugas. Hal ini disebabkan kaedah manual mengambil
masa yang sangat lama untuk diselesaikan. Tenaga petugas yang ramai juga diperlukan. Berbeza
dengan “BOOKBANK” ini masalah lambahan bahan dapat dikurangkan secara mendadak. Secara
tidak langsung ruang di dalam perpustakaan dapat diperluaskan dan ianya dapat memenuhi keperluan
pengguna.
4.1 (c) PENJIMATAN KOS KEWANGAN JABATAN
Pembinaan hub/tempat yang bersesuaian di setiap pusat perpustakaan dapat mengurangkan
kos jabatan kerana “BOOKBANK” tidak memerlukan kos yang tinggi untuk disiapkan. “BOOKBANK”
akan dikendalikan sepenuhnya melalui sistem android dan boleh diakses oleh semua pengguna. Data
bahan akan terus dikemaskini oleh petugas pada bila-bila masa dan bahan juga telah tersedia di pusat
perkhidmatan yang terdekat. Penjimatan kos juga dapat dikurangkan sepenuhnya apabila tiada ruang
tambahan bagi setiap pusat perkhidmatan diperlukan di serata pelusuk perpustakaan negeri Pulau
Pinang. Oleh yang demikian “BOOKBANK” sudah menangani masalah tersebut. Pengumpulan di
setiap perpustakaan negeri dan daerah yang dilakukan sebelum ini mengambil ruang yang agak banyak
di tempat-tempat berkenaan.
4.2 KEBERHASILAN PROJEK - IMPAK PROJEK DAN PEMBUKTIAN
4.2.1 KESAN JANGKA PANJANG DAN NILAI TAMBAH
Impak Projek dan Pembuktian adalah seperti berikut :
“BOOKBANK” ini boleh dijalankan di semua pusat Perkhidmatan rangkaian Perbadanan
Perpustakaan Awam Pulau Pinang. Ini menjadikan projek ini merangkumi 5 daerah di Pulau
Pinang termasuklah di kawasan bandar dan luar bandar selagimana terdapat perpustakaan di
kawasan tersebut.
Aplikasi melalui “BOOKBANK Apps” memudahkan lagi pengguna mendaftar sekaligus
mengetahui jumlah koleksi bahan di dalam “BOOKBANK’ yang mereka boleh sumbangkan dan
pohon.
Projek ini dibangunkan secara dalaman oleh ahli kumpulan tanpa melibatkan kos. Sebarang
pengubahsuaian dan penambahbaikan dapat dilakukan serta merta.
4.2.1 (a) KESAN JANGKA PANJANG KEPADA JABATAN
Terhasilnya “BOOKBANK” ini sedikit sebanyak dapat memberikan imej yang baik kepada semua
warga Perbadanan di samping dapat menjalankan tugasan yang telah diamanahkan dengan lebih baik,
tekun, dan bermotivasi. Pihak Perbadanan dan pengguna dapat berkongsi bahan bacaan dalam
mewujudkan masyarakat yang bermaklumat. Secara tidak langsung “BOOKBANK” telah
menyelamatkan industri buku di Malaysia ini.
4.2.1 (a) KESAN JANGKA PANJANG KEPADA NEGARA
Projek “BOOKBANK” ini merupakan satu langkah untuk menyokong Program Dekad
Membaca Kebangsaan (DMK) yang bertujuan untuk menyemarakkan literasi membaca dalam
kalangan rakyat negara ini kerana menurut kajian profil membaca rakyat Malaysia.
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari tahun
2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan. Menterinya Dr Maszlee Malik,
berkata ia sebahagian usaha ke arah menjadikan Malaysia sebagai Negara Membaca
menjelang 2030.
Kajian mendapati bahawa setiap rakyat Malaysia hanya membaca purata dua naskhah buku
setahun. Manakala kajian interim 2014 pula menunjukkan bahawa rakyat Malaysia membaca
sebanyak 15 naskhah buku setahun. Hal ini berbeza dengan rakyat negara maju yang
membaca sebanyak 40 naskhah buku setahun.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjadikan rentang masa 10 tahun, dari tahun 2021
hingga tahun 2030 sebagai DMK dan menjadikan Malaysia sebagai negara membaca pada
tahun 2030. Sepanjang tiga tahun mulai tahun 2018 hingga 2020 adalah tempoh menggiatkan
kempen DMK. Slogan dan tanda pagar #MALAYSIAMEMBACA dipilih dan akan dipopularkan
sebagai aspirasi menjadikan Malaysia negara membaca dan melahirkan masyarakat berilmu.
Program “BOOKBANK” mampu mengubah persepsi masyarakat untuk terus membaca dan
secara tidak langsung mampu memupuk minat membaca secara berterusan.
5.0 POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
“BOOKBANK” berpotensi untuk dinaiktaraf lagi dengan memperluaskan penggunaan manual
kepada digital. “BOOKBANK” juga mempunyai ciri-ciri yang menarik mampu menarik ramai
pengguna khususnya penduduk Pulau Pinang untuk menggunakan keseluruhan perkhidmatan
perpustakaan.
“BOOKBANK” akan memudahkan proses penyerahan dan pemilihan buku oleh pengguna
dengan lebih cepat. Projek ini mampu menaikkan imej PPAPP untuk terus relevan di mata
masyarakat.
“BOOKBANK Apps” ini boleh dikongsi di laman web Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau
Pinang untuk memberi perkongsian idea ini dengan perpustakaan lain. “BOOKBANK” ini turut
menerima baik sebarang cadangan penambaikan manual ini pada masa akan datang.