surat berita edisi jun 2017 -...

23
BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (BPTK) Surat berita edisi Jun 2017 Objektif: I. Mengenalpasti bidang atau jenis amalan PT&K yang dijalankan oleh pengamal; II. Mengetahui latar belakang dan konsep rawatan; III. Memahami cara atau kaedah perawatan/pengubatan yang digunakan, amalan yang khusus dalam perawatan atau pengubatan sekiranya ada; dan IV. Mendokumentasikan tatacara rawatan yang dijalankan. i. Amalan “ Shen Qi ” Mesyuarat telah diadakan di BPTK pada 3 April 2017 di antara BPTK bersama pengamal dan wakil-wakil dari Bahagian Kawalan Penyakit, Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) dan Pusat Penyelidikan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Berdasarkan maklumat pengamal, amalan ini adalah berasaskan perubatan tradisional Cina yang menggunakan teknik rawatan akupunktur, urut, bekam angin dan herba. Pengamal mendakwa bahawa kaedah rawatan herba yang ditawarkan olehnya boleh mengubati pelbagai penyakit kronik, kanser serta HIV/AIDS berdasarkan testimoni pesakit yang pernah dirawat. Hasil mesyuarat: i. Pengamal telah diberikan penerangan mengenai Akta PENILAIAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI

Upload: doanduong

Post on 26-May-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI (BPTK)

GGGFGF

Surat berita edisi Jun 2017

Objektif: I. Mengenalpasti bidang atau

jenis amalan PT&K yang dijalankan oleh pengamal;

II. Mengetahui latar belakang dan konsep rawatan;

III. Memahami cara atau kaedah perawatan/pengubatan yang digunakan, amalan yang khusus dalam perawatan atau pengubatan sekiranya ada; dan

IV. Mendokumentasikan tatacara rawatan yang dijalankan.

i. Amalan “ Shen Qi ”

Mesyuarat telah diadakan di BPTK pada 3 April 2017 di antara BPTK bersama pengamal dan wakil-wakil dari Bahagian Kawalan Penyakit, Agensi Regulatori Farmaseutikal Negara (NPRA) dan Pusat Penyelidikan Herba, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Berdasarkan maklumat pengamal, amalan ini adalah berasaskan perubatan tradisional Cina

yang menggunakan teknik rawatan akupunktur, urut, bekam angin dan herba. Pengamal mendakwa bahawa kaedah rawatan herba yang ditawarkan olehnya boleh mengubati pelbagai penyakit kronik, kanser serta HIV/AIDS berdasarkan testimoni pesakit yang pernah dirawat. Hasil mesyuarat: i. Pengamal telah diberikan penerangan mengenai Akta

PENILAIAN AMALAN PERUBATAN TRADISIONAL DAN

KOMPLEMENTARI

Page 2: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

2

Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 775) serta keperluan-keperluannya. ii. Pengamal telah dimaklumkan bahawa sebarang tuntutan perubatan yang di tinggi ( high medical claim ) dibuat ke atas sesuatu ubat herba, ia perlulah melalui proses pembuktian saintifik seperti kajian pra-klinikal dan kajian klinikal sama seperti ubatan moden. ii. Amalan “New Chinese Medicine” Satu sesi perbincangan diantara Cawangan Amalan PT&K dan Cawangan Dasar & Perkembangan bersama pengamal telah diadakan di BPTK pada 6 April 2017. Menurut pengamal, amalan ini adalah pembaharuan kepada perubatan tradisional Cina. Rawatan ini berasaskan kepada teori fasciology dan anatomi perubatan moden. Teori fasciology menyatakan bahawa perlekatan (adhesions) yang ada di kawasan fascia tubuh menyebabkan peredaran darah tersekat. Justeru, jarum fasciology digunakan untuk menghilangkan perlekatan

tersebut dan membaiki peredaran darah di kawasan fascia. Ini akan menyebabkan peredaran darah semakin lancar dan seterusnya akan merangsang penghasilan

undifferentiated stem cells untuk merawat penyakit.

Hasil perbincangan: i. Pengamal dimohon untuk mengemukakan dokumen-dokumen pembuktian saintifik terhadap amalan yang

diketengahkan untuk penilaian selanjutnya. ii. Pengamal juga dimohon untuk mengemukakan butiran lanjut mengenai amalan

tersebut kerana terdapat beberapa isu yang tidak dapat

diperjelaskan sewaktu

pembentangan seperti hubungkait antara konsep

Jarum subcutaneous

Jarum fasciology

Page 3: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

3

perubatan tradisional Cina dengan rawatan ‘New Chinese Medicine’. iii. Cadangan Proposal Kajian PT&K

Satu mesyuarat telah diadakan di BPTK pada 9 Mei 2017 antara pihak BPTK bersama pihak Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK). Mesyuarat telah dihadiri oleh Pengarah BPTK dan wakil Cawangan Amalan PT&K manakala IPTK pula diwakili oleh Timbalan Pengarah dan tiga orang Pegawai Penyelidik. Satu pembentangan daripada dibentangkan kepada Jawatankuasa Etika Penyelidikan Perubatan (JEPP). Hasil mesyuarat: i. Tajuk asal kajian yang dicadangkan iaitu ’Usage of Ingestible Traditional and Complementary Medicine among Type 2 Diabetes Patients in Negeri Sembilan- A Qualitative Exploration’ perlu dipinda kepada sesuatu yang lebih spesifik kepada perubatan herba.

ii. Pihak JEPP telah mencadangkan agar dua orang pegawai dari BPTK terlibat sebagai Penyelidik bersama untuk kajian tersebut. iii. Hasil dapatan kajian tersebut di harap dapat membantu KKM untuk memperbaiki mutu kesihatan rakyat Malaysia.

Susulan Mesyuarat tersebut pihak IPTK telah membentangkan proposal kajian kepada Jawatankuasa Penilaian Penyelidikan (JPP) pada 23 Mei 2017 dengan tajuk : “Use of Herbal Traditional & Complementary Medicine among Type 2 Diabetes Mellitus Patients in Negeri Sembilan”. Proposal tersebut telah diluluskan oleh JPP dan kajian dijangka bermula pada bulan Julai 2017.

iv. Isu Pembuktian Saintifik Di Dalam Bidang PT&K Satu mesyuarat perbincangan telah diadakan pada 12 Mei 2017 di BPTK di antara BPTK dengan ;

a. Ketua Jabatan Perubatan Nuklear, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

b. Ketua Program, Fakulti Perubatan and Sains Kesihatan, UTAR dan

c. Ketua Unit PT&K di IKN Mesyuarat ini telah diadakan untuk membincangkan kesukaran yang dihadapi berkenaan pembuktian saintifik di dalam bidang PT&K.

Page 4: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

4

Kebanyakan kajian yang dilakukan tidak memenuhi standard kajian tinggi disebabkan oleh metodologi kajian yang tidak seragam, kesukaran pembuktian falsafah atau asas bidang PT&K yang dikaji serta kaedah pembuktian hasil kajian yang tidak memberikan impak tinggi.

Hasil mesyuarat: Ahli mesyuarat bersetuju bahawa satu kajian dirancang untuk menilai asas perubatan PT&K dengan menyelidik hubungan di antara falsafah PT&K dengan perubahan biokimia yang boleh diuji. Sebagai langkah permulaan, satu proposal kajian untuk membuktikan falsafah Perubatan Tradisional Cina dan dibangunkan oleh waki dari UTAR dan akan disusuli pada mesyuarat akan datang

Page 5: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

5

Satu mesyuarat telah diadakan di BPTK pada 4 April 2017 di antara wakil Saketeriat Majlis P&TK(SMPTK) dan beberapa wakil dari cawangan BPTK yang lain bersama pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan ;

a. isu-isu berkenaan pengawalseliaan Pengamal Pengubatan Islam (PPI) termasuk manual penilaian i-Syifa’ yang telah dicadangkan sebagai satu kriteria saringan PPI, seperti yang telah dipersetujui di mesyuarat pengawalseliaan PPI yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada September 2016. b. pembahagian tugas di antara pihak BPTK dan pegawai kader dalam proses pengawalseliaan PPI.

Mesyuarat dimulakan dengan pengenalan kepada Manual Penilaian i-Syifa’ dan diteruskan kepada sesi perbincangan. Perkara-perkara yang telah dibincangkan semasa mesyuarat ini adalah berkenaan kekangan di pihak JAKIM dalam pengawalseliaan PPI, cadangan penambahbaikan manual penilaian i-Syifa’ bagi tujuan pendaftaan pengamal, dan juga cadangan pegawai kader untuk mengadakan satu bengkel penambahbaikan manual penilaian sedia ada. Mesyuarat telah berjalan lancar dan kedua-dua pihak telah bersetuju untuk bekerjasama bagi mencapai tujuan yang disebutkan di atas.

MESYUARAT BERKENAAN PENGAWALSELIAAN PENGAMAL

PENGUBATAN ISLAM BIL. 2/2017

Page 6: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

6

BULAN APRIL 2017 Sepanjang bulan April sebanyak 7 taklimat Akta PT&K 2016 telah diberikan bagi menilai kefahaman pengamal PT&K terhadap

Akta tersebut yang merupakan salah satu Petunjuk Prestasi Utama (KPI) YB Menteri Kesihatan untuk tahun 2017 seperti berikut :

TAKLIMAT AKTA PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI 2016

Tarikh

Taklimat

Penganjur Tempat Bil.

Pengamal

% lulus

01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH,

Bangi

154 100%

01 April CPTK Sabah Auditorium,

Hospital Queen

Elizabeth

199 96.5 %

04 April CPTK

Terengganu

Dewan Bt Bersurat,

Muzium

Terengganu

171 92.4%

08 April PERHIJAM PKNS BizPoint,

Shah Alam

89 100 %

09 April CPTK Johor Dewan Jabatan

Bomba, JB

211 99.1 %

11 April CPTK P. Pinang Auditorium,

KOMTAR

101 99%

23 April CPTK Johor RTC, Sg. Rambai,

Melaka

152 100%

Page 7: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

7

1.Taklimat anjuran Darussyifa bertempat Bangunan NIOSH, Bangi

2.Taklimat di Auditorium Hospital Queen Elizabeth, Sabah

3.Taklimat di Dewan Bt Bersurat, Muzium Terengganu, Terengganu

4.Taklimat di PKNS Biz point, Seksyen 7,Shah Alam

Page 8: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

8

5.Taklimat di Dewan Jabatan Bomba, Johor

7.Taklimat di Melaka, RTC Sg.Rambai

6.Taklimat di Auditorium KOMTAR, P. Pinang

Page 9: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

9

1.Dewan Misai Kucing, Bangunan RTC Kelantan, Kota Bharu

Bulan Mei 2017

Bagi bulan Mei 3 taklimat telah dijalankan, seperti berikut ;

Tarikh Penganjur

Bil.

Pengamal hadir

Bil. Pengamal

lulus % lulus

3 Mei CPTK Johor 108 103 95.4%

13 Mei CPTK Perak 223 222 99.5%

21 Mei PEPTIM 31 30 96.8%

Jumlah sehingga bulan Mei 1487 1455 97.8%

Page 10: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

10

0.

Dewan Bahagia, Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak Sesi Pagi : Bahasa Melayu

3.Taklimat dalam Majlis PEPTIM di Swiss Garden Hotel & Residences, Kuala Lumpur

Dewan Bahagia, Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak Sesi Petang : Bahasa Cina

Page 11: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

11

Dari 15-19 Mei 2017, BPTK telah menerima kunjungan Professor Alan Bensoussan, pakar perunding teknikal yang dilantik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk membantu proses pembangunan draf Blueprint PT&K 2018-2027.

Blueprint ini merupakan pelan pembangunan industri PT&K di Malaysia untuk 10 tahun yang akan datang. Bahagian ini dalam proses menambahbaik draf Blueprint berdasarkan komen dan input beliau.

Setelah draf baru disemak oleh beliau, ianya akan dibentangkan di peringkat pengurusan atasan KKM untuk kelulusan. Kunjungan beliau ini telah banyak membantu pihak BPTK dalam menambah baik draf Blueprint sebelum dibentangkan ke peringkat atasan KKM.

MESYUARAT PEMURNIAN DRAF BLUEPRINT PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI (PT&K) BERSAMA PAKAR

PERUNDING WHO

i.Penyampaian Buku Cenderahati kepada Professor Alan Bensoussan.

Page 12: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

12

ii.Sesi Bergambar bersama Dr. Soo Chun Paul (no 2 dari kanan) dan Professor Alan Bensoussan (no 4 dari kanan)

Page 13: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

13

Dr. Vijay Kumar Srivastava, pakar PTI Ayurveda yang dideputasi ke Malaysia telah tiba pada 19 Mei 2017. Beliau menggantikan Dr. Gopesh Mangal bagi meneruskan perkhidmatan PT&K Ayurveda di Hospital Port Dickson (HPD) dan Hospital Rehablitasi Cheras (HRC) . Beliau telah menghadiri sesi orientasi di HPD pada 22 Mei 2017.

Beliau telah diperkenalkan kepada semua anggota unit PT&K HPD dan kemudian telah dibawa meninjau kawasan persekitaran hospital serta berkesempatan untuk bertemu dengan pengarah dan anggota HPD Perhimpunan Bulanan HPDpada 23 mei 2017.

Pada 25 Mei 2017, beliau telah menghadiri sesi orientasi di HRC dan telah diperkenalkan kepada semua anggota unit PT&K HRC. Pada sebelah petang, beliau telah bertemu dengan Pengarah BPTK dan dibawa meninjau kawasan persekitaran BPTK untuk diperkenalkan kepada semua anggota BPTK.

DEPUTASI PAKAR PERUBATAN TRADITIONAL INDIA (PTI) AYURVEDA, DR. VIJAY KUMAR SRIVASTAVA KE MALAYSIA

Page 14: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

14

Satu mesyuarat telah diadakan di BPTK pada 19 Mei 2017 di antara wakil SMPTK bersama-sama wakil dari MAAYE, MDEC dan TERAPI.MY. Mesyuarat ini telah diadakan di atas permintaan pihak MAAYE. Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membincangkan berkenaan maklumat terkini berkenaan amalan dan pendaftaran pengamal PT&K. Pihak MAAYE telah memaklumkan bahawa MAAYE akan menganjurkan satu Program Keusahawanan iaitu SxUP Penang 2017 di Balik Pulau, Pulau Pinang pada bulan Julai 2017 yang akan melibatkan usahawan PT&K dan juga melancarkan aplikasi sesawang TERAPI.MY.

Aplikasi TERAPI.MY ini merupakan rakan kongsi bagi program eREZEKI yang telah diusahakan oleh MDEC dan merupakan inisiatif nasional di bawah Rancangan Malaysia ke-11 untuk

meningkatkan ekonomi golongan berpendapatan rendah (B40). Aplikasi ini bertujuan untuk membuka peluang pekerjaan kepada pengamal PT&K yang berpendapatan rendah. Pengamal PT&K perlu mewujudkan profil di dalam aplikasi TERAPI.MY mengikut bidang amalan

tertentu dan sekiranya terdapat permintaan ke atas perkhidmatan tersebut maka eREZEKI akan memaklumkan kepada pengamal yang berkenaan.

Perkhidmatan yang telah ditawarkan buat masa kini adalah urut Melayu dan fisioterapi. Mesyuarat telah berjalan dengan lancar di mana pada akhir mesyuarat pihak MAAYE, MDEC

dan TERAPI.MY telah mengambil maklum berkenaan situasi amalan dan pengamal PTK selepas penguatkuasan Akta PT&K 2016. Pihak SMPTK juga bersetuju untuk berkongsi maklumat berkenaan amalan PT&K terutamanya dalam proses penambahbaikan laman sesawang TERAPI.MY selari dengan Akta PT&K 2016.

MESYUARAT BERSAMA MALAYSIA ASSOCIATION OF ASEAN YOUNG ENTREPRENEURS (MAAYE), MALAYSIA DIGITAL ECONOMY

CORPORATION (MDEC) DAN TERAPI.MY

Page 15: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

15

Satu sesi latihan penggunaan sistem ePengamal telah diadakan oleh Syarikat Synergycentric pada 16 Mei 2017 di Tingkat 2, Wisma AMTEK, No.15, Jalan Tandang, Petaling Jaya. Sesi latihan ini bertujuan untuk memberikan

pendedahan kepada para pegawai BPTK tentang penggunaan sistem baru pendaftaran pengamal (ePengamal).

Sesi latihan ini bersifat ‘hands on’ dengan bantuan dan tunjuk ajar dari pihak vendor. Sesi latihan ini telah disertai oleh para pegawai dari SMPTK, pegawai teknologi maklumat, Unit Pengurusan Maklumat serta wakil-wakil dari setiap cawangan di BPTK.

Sesi latihan tersebut telah berjalan lancar dan berjaya mencapai tujuan. Para peserta telah mendapat manfaat dan lebih bersedia dalam menggunakan sistem ePengamal apabila dilaksanakan kelak.

LATIHAN PENGGUNAAN SISTEM E-PENGAMAL (SESI KEDUA)

Page 16: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

16

Mesyuarat Majlis PT&K Bil 2/ 2017 di Bilik Gerakan, Aras 4, Kompleks E7, Putrajaya pada 31 Mei 2017. Ia telah berjalan secara lancar dengan kehadiran 19 orang termasuk Pengerusi, Setiausaha Majlis, 10 anggota Majlis dan 7 anggota SMPTK Pembentangan dan merangkumi perkara adalah seperti berikut: a) Terma rujukan/ terms of reference (TOR) badan pengamal PT&K

b) Kriteria penetapan badan pengamal PT&K c) Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam d) Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Bersama (JTC) untuk penilaian akreditasi program pengajian PT&K e) Penentuan halatuju untuk pembangunan National Occupational Skills Standard (NOSS) dalam bidang amalan PT&K

f) Pengecualian pengendalian kursus latihan (Residency) PT&K g) Taklimat Akta PT&K 2016 serta kewajipan pengamal pendaftar h) Penetapan metodologi pendaftaran pengamal PT&K tempatan

MESYUARAT MAJLIS PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

BIL. 2/2017

Page 17: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

17

Satu sesi perbincangan bersama Darussyifa’ pada 8 Jun 2017 di BPTK bertujuan membincangkan tentang permohonan pembangunan NOSS Pengubatan Islam oleh Darussyifa’ kepada pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia. Tujuan utama pembangunan NOSS Pengubatan Islam ini adalah untuk mendapatkan pengiktirafan daripada pihak agensi kerajaan terhadap perawat Darussyifa’ yang sedia ada. Selain itu, pihak Darussyifa’ berharap dengan pembangunan NOSS Pengubatan Islam ini dapat mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang kewujudan amalan Pengubatan Islam. Sekretariat Majlis PT&K telah berkongsi tentang beberapa

perkembangan terkini sejak penguatkuasaan Akta 775 seperti penubuhan dan komposisi anggota Majlis PT&K. Selain itu, Darussyifa’ juga dimaklumkan bahawa bidang amalan yang diiktiraf dan penetapan badan pengamal telah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis PT&K yang pertama dan akan

diumumkan setelah pewartaan perkara-perkara tersebut. Di samping itu, juga dimaklumkan bahawa mesyuarat Majlis PT&K yang kedua telah bersetuju secara rasminya dengan usaha kerjasama antara BPTK

dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam urusan pengawalseliaan amalan Pengubatan Islam dan penubuhan LAJNAH Pengawalseliaan Amalan Pengubatan Islam (LAJPPI) yang akan diketuai oleh JAKIM. Darussyifa’ juga mengambil

maklum bahawa Majlis PT&K secara umumnya tiada halangan untuk

pembangunan NOSS dalam semua bidang amalan PT&K.

Walau bagaimanapun,

pengwujudan sesuatu NOSS tidak menjamin

pengiktirafan kelayakan yang berkaitan ataupun pendaftaran pengamal di bawah Akta 775.

PERBINCANGAN BERSAMA DARUSSYIFA’ MENGENAI PEMBANGUNAN

NATIONAL OCCUPATIONAL SKILLS STANDARD (NOSS) PENGUBATAN

ISLAM

Page 18: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

18

Satu sesi perbincangan di antara BPTK dengan pihak MPHM telah diadakan di BPTK pada 14 Jun 2017. Susulan daripada perbincangan antara BPTK dengan MPHM pada 14 Februari 2017, beberapa mekanisma saringan/ penilaian bagi golongan pengamal Homeopati yang berpengalaman tetapi tidak mempunyai kelayakan asas yang diiktiraf untuk berdaftar dengan Majlis PT&K dalam tempoh peralihan telah dibentangkan kepada Majlis PT&K dalam mesyuarat Majlis PT&K Bil.2/2017 yang diadakan pada 31 Mei 2017. Majlis PT&K telah

bersetuju dengan kaedah kursus pembangunan kapasiti untuk golongan pengamal Homeopati tersebut. Oleh itu, perbincangan ini diadakan untuk memaklumkan kepada pihak MPHM tentang keputusan Majlis PT&K beserta kerjasama oleh pihak MPHM dalam : a.Menyediakan draf modul pembangunan kapasiti mengikut perancangan. b.Memberikan cadangan pelaksanaan dari pelbagai segi seperti fasiliti, kriteria dan sumber tenaga pengajar, aspek kewangan seperti yuran kursus dan sebagainya untuk pertimbangan Majlis PT&K nanti.

c.Berkongsi maklumat mengenai badan swa-kawal yang diketahui bagi melancarkan proses pengumpulan maklumat tentang pengawalseliaan dan program pengajian Homeopati yang diakreditasi di luar negara.

PERBINCANGAN BPTK BERSAMA MAJLIS PERUBATAN HOMEOPATHY

MALAYSIA (MPHM) BIL. 2/2017

Page 19: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

19

BPTK akan menjalankan satu kajian bertajuk ”Evaluation of the Effectiveness of Shirodhara Therapy as a

Complementary Treatment in Patient with Insomnia Disorder in Traditional and Complementary Medicine Units” (NMRR-16-2496-32863). Bermula

pada Jun sehingga November 2017 dengan melibatkan dua buat unit PT&K sebagai tapak

kajian ( study site ) iaitu : -

a. Hospital Rehabilitasi Cheras ( HRC)

b. Hospital Port Dickson (HPD)

- Sesi perbincangan kajian telah dilakukan bersama

ahli Pasukan penyelidik

dari HRC, HPD pada 15 & 19 Jun 2017.

Perbincangan ini diadakan bagi memberi penerangan lanjut berkenaan kajian yang akan dilaksanakan seperti berikut:

KAJIAN SHIRODHARA ‘ EVALUATION OF F THE EFEECTIVENESS OF SHIRODHARA

THERAPY AS A COMPLEMENTARY TREATMEN IN PATIENT WITH INSOMNIA

DISODER IN TRADITIONAL DANCOMPLELEMTARY MEDICINE UNIT ‘

Page 20: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

20

1. Protokol Kajian “Evaluation of the Effectiveness of Shirodhara Therapy as a Complementary Treatment in Patient with Insomnia Disorder in Traditional and Complementary Medicine Units” 2. Borang soal selidik penilaian keberkesanan terapi Shirodhara terhadap pesakit Insomnia Disorder Di Unit PT&K. 3. Tugasan ahli pasukan penyelidik yang terlibat dalam kajian ini. 4. Laporan bulanan berkenaan status pengumpulan sampel di kedua-dua unit PT&K.

Hasil mesyuarat: Setiap ahli pasukan penyelidik yang terlibat dalam kajian ini telah memahami tugasan masing-masing dan bersedia untuk menjalankan kajian ini di Unit PT&K. Mengikut tarikh yang dirancang, kajian ini diharap dapat membantu pihak BPTK dapat menilai keberkesanan terapi Shirodhara sedia ada di unit–unit PT&K.

Page 21: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

21

Pihak BPTK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Tan Kee Leong, Ketua Cawangan Inspektorat & Penguatkuasaan di atas sumbangan bakti dan khidmat beliau sepanjang tempoh beliau berkhidmat di BPTK (1 Julai 2016- 30 Jun 2017).

Tanggal 26/6/17 merupakan hari terakhir En. Tan Kee Leong berkhidmat di BPTK sebelum bersara pada 30 Jun 2017.

Pn. Pengarah telah menyampaikan cenderahati bagi pihak BPTK di atas khidmat yang diberikan dan berharap agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan maju jaya walaupun setelah bersara dari perkhidmatan awam.

PERSARAAN KETUA CAWANGAN INSPEKTORAT & PENGUATKUASAAN

Page 22: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

22

Penasihat:

Dr. Goh Cheng Soon

Penyunting/Editor :

1. Dr. Dang Siew Bing

2. Dr. Farhana binti Abdul Aziz

3. Dr. Mohd Naufal bin Ridzuan

4. En. Kamarul Azhar Bin Kamaruddin

5. Pn. Tan Hooi Tien

6. Cik Yeoh Suang Meng

7. Pn. Rasidah bt Rosly

8. En. Mohd Kamal Bin Ramly

Sidang Editor..,

Page 23: Surat berita edisi Jun 2017 - tcm.moh.gov.mytcm.moh.gov.my/ms/upload/newsletter/newsletterjun17.pdf · Objektif: I. Mengenalpasti ... 01 April DARUSSYIFA Bangunan NIOSH, Bangi 154

BAHAGIAN PERUBATAN TRADISIONAL & KOMPLEMENTARI

23

Hubungi kami: Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia Blok E, Jalan Cenderasari, 50590 Kuala Lumpur. TEL : 03 - 2279 8100 FAKS: 03-26911259 EMEL: [email protected] LAMAN WEB: http://tcm.moh.gov.my

PENAFIAN :

SURAT BERITA BPTK ADALAH SURAT BERITA YANG DITERBITKAN

SEBANYAK 3 KALI SETAHUN OLEH PIHAK BPTK. SEGALA USAHA TELAH

DIAMBIL UNTUK MEMASTIKAN KETEPATAN MAKLUMAT YANG

DISIARKAN. BPTK DAN AHLI SIDANG PENGARANG SURAT BERITA INI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG

PENYALAHGUNAAN MAKLUMAT DAN BAHAN-BAHAN DARIPADA

PENERBITAN INI.