laporan restoran kak rugah cafe

Upload: masran-ran

Post on 03-Apr-2018

247 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    1/7

    MASTERSKILL GLOBAL COLLEGE(KOTA KINABALU)

    DIPLOMA IN ENVIRONMENTAL HEALTH

    KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN MAKANAN

    (EFS 3711)

    LAPORAN PEMERIKSAAN RESTORAN KAK RUGAH CAFE

    Disediakan oleh : MASRAN BIN MINANG

    No I/C : 921111-12-5911

    No ID : 03-201005-00205

    Disemak oleh : PPKP U29 En. Richard kalvary (Unit KKM)

    Tarikh penghantaran: 25. february. 2015

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    2/7

    LAPORAN PEMERIKSAAN RESTORAN KAK RUGAH CAFE

    1 PENGENALAN

    1.1 Pada 22hb febuari 2013 jam 2.54 petang, 2 orang pelatih PPKP dan 1 orang PPKP U29 di

    Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau telah membuat pemeriksaan premis di sebuah

    Restoran iaitu Restoran KAK RUGAH CAFE. Aktiviti pemeriksaan ini diselia oleh PPKP U29

    En. Richard Kalvary (Unit KKM). Setiba di lapangan, PPKP U29 En. Richard Kalvary telah

    memperkenalkan diri sebelum kami dibenarkan untuk membuat pemeriksaan.

    2.0 OBJEKTIF PEMERIKSAAN

    2.1 Menguatkuasakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 19852.2 Melindungi pengguna dari segi kesihatan dengan memastikan makanan yang dimakan

    adalah bersih, bermutu,dan selamat untuk dimakan.

    2.3 Menggenal pasti kesalahan-kesalahan yang berlaku di premis tersebut.2.4 Memberitahu pemilik/pengurus premis tentang kesalahan yang telah dilakukan di premis.2.5 Memastikan makanan yang dihasilkan, diproses, disimpan, diangkut dan dikendalikan dengan

    cara yang bersih dan sempurna.

    3 DATA PENTADBIRAN

    3.1 Nama Premis: KAK RUGAH CAFE

    3.2 Nama Pemilik: En. RAHMAN SHAH RASHID

    3.3 No. Kad Pengenalan: 801002-12-5465

    3.4 Alamat Premis: TB 4456 Lot 47 Blk H GR FLR SABINDO SQUARE JLN

    DUNLOP 91000 TAWAU.

    3.5 No. Lesen: 104390

    3.6 Jenis Premis: Restoran

    3.7 Bil. Pekerja: 5 orang

    3.8 Tarikh dan Masa Pemeriksaan: 22hb februari 2013 @ 2.54 Petang

    3.9 Nama PPKP Pemerhati: PPKP U29 En. Richard Kalvary

    3.10 Nama pelatih PPKP Pemeriksa: Pelatih PPKP Masran Bin Minang

    Pelatih PPKP Mohd Shukri Bin Rasit

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    3/7

    4 SENARAI SEMAK PERALATAN / KEPERLUAN PROSEDUR

    4.1 Kad Kuasa

    4.2 Thermometer

    4.3 Borang Daftar Pengendalian Makanan

    4.4 Borang Pemeriksaan Premis

    4.5 Borang Arahan Pemeriksaan / Tindakan Pembetulan

    5 TATACARA PROSEDUR

    5.1 Di Pejabat

    5.1.1 Membuat senarai semak peralatan dan menyediakan peralatan peralatan yang

    diperlukan (seperti yang dinyatakan di dalam 4.1 hingga 4.5)

    5.2 Di Lapangan

    5.2.1 Memperkenalkan diri kepada pemilik restoran dan menunjukkan kad kuasa serta

    memperkenalkan rakan rakan

    5.2.2 Menerangkan tujuan kedatangan

    5.2.3 Mengambil maklumat premis dan pengendali makanan

    5.2.4 Melengkapkan Borang Pemeriksaan Premis dan Borang Daftar Pengendalian Makanan

    5.2.13 Setelah pemeriksaan selesai di lakukan, Borang Arahan Pemeriksaan/Tindakan

    Pembetulan dilengkapi

    5.2.14 Kemudian berjumpa dengan pemilik premis dan berikan Borang Arahan

    Pemeriksaan/Tindakan Pembetulan yang telah dilengkapkan tadi

    5.2.15 Setelah Selesai melakukan pemeriksaan kemudian meminta izin untuk beredar

    5.3 Di Pejabat

    5.3.1 Key in data ke dalam daftar premis (FOSIM)

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    4/7

    PENILAIAN PREMIS MAKANAN BERASAKAN RISIKO

    6 MAKANAN / KAWALAN PROSES

    6.1 Makanan yang telah di masak dimasukkan ke dalam tempat yang sesuai iaitu hot holding

    dan di tutup dengan penutup. Manakala makanan mentah di masukkan di dalam peti

    sejuk.

    6.2 Penyimpanan bahan mentah kurang memuaskan disebabkan menggunakan penti sejuk

    yang tidak berfungsi untuk penyimpanan bahan mentah, ini boleh menyebabkan bahan

    mentah tersebut mudah rosak,

    6.3 Penyimpanan bahan mentah mestilah teratur dengan kemas. Asingkan bahan mentah

    dengan makanan yang sudah dimasak. Pekara ini pun kemudiannya diberitahu kepada

    pemilik premis agar sentiasa mengasingkan makanan yang sudah masak dengan bahan

    mentah bagi mengelakkan pencemaran silang.

    7 PENGENDALI MAKANAN

    7.1 Terdapat 5 orang pengendali makanan di dalam premis ini tetapi hanya 3 orang

    pengendali yang mempunyai kursus sijil pengendalian makanan dan 2 pengendali

    makanan yang lain, tidak mempunyai kad kesihatan dan sijil pengendalian makanan

    7.2 Dari segi pemakaian juga, kurang memuaskan ini kerana hanya tukang masak sahaja

    yang memakai pakaian perlindungan diri iaitu apron dan memakai topi. Beberapa

    pengendali makanan yang lain hanya memakai selipar dan tidak memakai pakaian

    pelindungan diri iaitu apron dan topi.

    8 PERALATAN DAN PERKAKAS

    8.1 Peralatan dan perkakas yang digunakan tidak diselenggara dengan baik

    8.2 Peralatan dan perkakas yang telah digunakan dicuci di tempat yang tinggi iaitu di sinki

    dan di susun dengan rapi selepas dicuci

    9 BEKALAN AIR

    9.1 Sumber bekalan air yang digunakan adalah daripada Jabatan Bekalan Air

    9.2 Tidak ada bekas simpanan air di dalam premis

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    5/7

    10 PERLIMBAHAN DAN PERPARITAN

    10.1 Sistem perparitan dibina daripada konkrit dan bersih. Sistem perparitan juga berfungsi

    dengan baik dan sisa makanan dikumpul satu tempat dan di buang ke tong sampah yang

    disediakan.

    11 KEMUDAHAN MENCUCI TANGAN

    11.1 Kemudahan mencuci tangan dan air mencukupi, tetapi tidak meyediakan sabun cecair dan

    tisu atau kain bersih.

    11.2 Tidak mempunyai Notis Cuci Tangan.

    12 PELUPUSAN SAMPAH DAN SISA MAKANAN

    12.1 Tong sampah ada di dalam dapur dan dalam keadaan baik dan tidak berlonggok tetapi

    tidak mempunyai penutup sampah.

    12.2 Semua sampah dikumpulkan pada 1 tempat khas dan di buang di dalam tong sampah

    utama, kemudian akan di ambil oleh pihak dari Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

    13 LANTAI, DINDING DAN SILING

    13.1 Lantai diperbuat daripada simen beralaskan mosaic dan berada dalam keadaan yang

    kurang memuaskan iaitu kurang bersih serta licin dan berminyak.

    13.2 Dinding dan siling di kawasan dapur berminyak dan kotor. Selain dari kawasan dapur

    dinding dan siling masih dalam keadaan yang baik dan mudah dibersihkan serta tidak

    mempunyai sebarang kerosakan

    14PENCAHAYAAN14.1 Sistem pencahayaan yang digunakan di dapur ini adalah secara menggunakan lampu

    pendafloor. Pencahayaan di dalam dapur ini tidak mencukupi.

    15 PENGUDARAAN

    15.1 Sistem Pengudaraan yang digunakan di dalam dapur ini adalah secara semulajadi iaitu

    melaui lubang dinding.

    15.2 Proses pertukaran udara adalah tidak berapa baik kerana dapur penuh dengan barang-

    barang.

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    6/7

    16 LILATI

    16.1 Dapur ini tidak mempunyai sebarang alat perangkap elektronik serangga. Pekara ini amat

    merunsingkan kerana ini membolehkan pencemaran makanan berlaku.

    16.2 Tidak mempunyai sebarang kawalan untuk LILATI di dalam premis ini.

    17 LAIN LAIN

    17.1 Dapur premis ini berada dalam keadaan tidak bersih kerana terdapat sisa-sisa makanan di

    bawah meja tempat memasak yang tidak dibersihkan serta tidak selamat kerana laluan

    untuk orang jalan sempit dan keadaan barang dalam premis juga tidak teratur/tersusun.

    18 KESIMPULAN

    18.1 Semasa pemeriksaan dijalankan, terdapat beberapa masalah yang ditemui seperti yang

    telah dibincangkan diatas dan hasil daripada pemeriksaan yang telah dilakukan, premis ini

    mempunyai tahap kebarsihan 62.1% (kuning) pemeriksaan semula selepas 3 bulan

    diperiksa. Diharapkan agar pemilik premis dapat memberi perhatian dan mengambil

    tindakan secepat mungkin sebelum sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku, seperti

    keracunan makanan. Diharapkan juga, pemeriksaan kali ini sedikit sebanyak dapat

    membantu dalam usaha meningkatkan keselamatan dan keselesaan. Jesteru itu

    kebersihan dalam restoran haruslah dititikberatkan seperti tempat untuk penyimpananmakanan kering, mentah, basah dan makanan yang telah di masak kerana jika tempat

    penyimpanan tidak di urus dengan baik pencemaran silang boleh berlaku. Pengendali

    makanan memainkan peranan yang penting dalam penyediaan makanan. Oleh itu, mana-

    mana pihak yang bertanggungjawab hendaklah memastikan pekerja di bawah jagaan

    mereka hendaklah mempunyai kad kesihatan dan mengikuti kursus pengendalian

    makanan. Dengan itu, ini bukan sahaja dapat melindungi kesihatan pelanggan malah

    dapat meningkatkan pendapatan peniagaan.

    Disediakan : ..

    Masran Bin Minanag,

    Pelatih PPKP .

    Disemak : .

    En. Richard Kalvary

    PPKP U29.

    Masa : 2.54 petang

    Tarikh : 22/2/2013

  • 7/28/2019 LAPORAN Restoran Kak Rugah Cafe

    7/7