perniagaan restoran

145
SELAMAT TAHUN BARU 2012. Salam, Tahun 2011 akan meninggalkan banyak peristiwa dalam lipatan sejarah dalam perniagaan tuan-tuan dan puan-puan. Tahun 2012 sudah pun menjelma. Dengan tekanan ekonomi dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat di sepanjang tahun 2011, sudah pasti masalah ini akan berterusan sepanjang tahun 2012. Mungkin ia lebih teruk atau sama seperti tahun 2011 masihmenjadi igaun peniaga tempatan, tetapi yang pasti harga barangan tidak akan turun, naik adalah. Bagi seorang usahawan restoren atau katering, setiap lembaran tahun baru adalah penting kerana setiap peniaga perlu berazam dan memikirkan cara-cara atau teknik baru yang berinovatif untuk mempertingkatkan Jualan (sales) bagi tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. Peniaga juga perlu ambil perhatian serius dalam masalah aliran tunai (cash flow) dalam situasi kenaikan harga kos barangan keperluan harian. Mengikut kaedah peniagaan setiap tahun berniaga, aliran tunai perlu meningkat kepada 16 peratus setahun. Tanpa aliran tunai yang baik, perniagaan akan terbantut untuk berkembang atau maju. Mendapatkan aliran tunai yang baik perlu juga membaiki prestasi pekerja, segala tambahan jumlah pekerja perlu diteliti, terutamanya cuba mengawal dan mengurangkan pembaziran man-hours atau upah masa kerja. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 5 pekerja tetap di restoren anda yang bergaji harian RM40.00 sehari. Jumlah gaji pekerja ialah RM40.00 X 6 = RM240.00. Sekiranya semua pekerja perlu kerja 8 jam sehari bermakna upah kerja untuk sejam ialah RM240.00 bahagi 8= RM30.00. Ini bermakna setiap satu jam anda belanjakan RM30.00 untuk upah pekerja dan setiap minit pula anda membelanjakan 0.50 sen. sekiranya anda lambat membuka restoren anda sejam bukan saja anda menghadapi masalah jualan, tetapi anda membuka dengan kerugian tetap pada hari tersebut dengan RM30.00. Maka gunakanlah tenaga pekerja dengan cara terbaik. Setiap waktu terbuang dalam upah kerja, sebenarnya boleh menjana pendapatan sampingan seperti membuat kueh-mueh, nasi lemak atau goreng papadam dan membungkus untuk mendapatkan hasil. AMALAN- AMALAN TERBAIK UNTUK KATERER: Jangan sekali lupa pada pencipta dan pemberi rezeki yang esa Allah SWT. Sentiasa ingakan dia dalam segala urusan pernigaan anda. Walau sesukar kehidupan yang anda lalui dalam perniagaan dan walau betapa kelimpahan kesenangan menghampiri anda, jangan lupa padanya. Nak pandu kereta yang laju perlu ahu tekan brek bila keadaan memerlukan. Tanpa brek kereta yang mahal tidak bermakna. Kereta umpama kehidupan dan brek adalah Iman kita. Tanpa Iman tidak bererti sebuah kehidupan. Ini kunci kejayaan seorang insan. Mendapatkan pembekal yang menawarkan harga rendah dan perkhidmatan yang terbaik. Cara mendapatkan tawaran harga murah dengan membeli stok yang banyak boleh membantu tetapi ia juga mempunyai masalah seperti ini memerlukan keluasan bilek setor yang agak luas, kemungkinan kerosakan pada stok dan risiko tamat tempoh produk yang jangka pendek dan juga pembaziran. Anda juga perlu ketahui stok itu cuma bernialai sifar dan hanya berharga selepas di masak, dijual dan dibeli oleh pelangan. Sebagai katere setiap kali perlu membaiki sitem penghantaran kepada pelangan. Syarikat anda perlu mempunyai program latihan yang komprensif dab berkualiti untuk meyuntik semangat setiakawan dan menghasilkan skill terulung dalam setiap diri pekerja anda dalam bidang kemahiran teknikal, perhubungan manusia dalam setiap kerja yang diamanahkan oleh pelangan anda. Sebagai katerer suka atau tidak suka, perlu mempelajari teknologi baru dalam perniagaan katering seperti boleh menggunakan komputer peribadi, Internat, seni kulinari yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa, dan produk-produk berteknologi dalam perkhidmatan katering. Perniagaan katering semakin maju dan cuma katerer-katerer yang ingin belajar teknologi baru dan dan ingin berubah sahaja boleh bertahan. Selamat berjuang dalam tahun 2012. Mamak haji harap ramai anak muda Melayu yang lepasan universiti mencuba dalam bidang restoren dan bidang katering. Harapan Mamak Haji, Orang Melayu Islam akan menjadi pemangkin dalam menguasai bidang restoren atau pun katering secara global seperti Restoren rantain KfC atau McD. Walau pun Islam tak menggalakan sistem kapatalis untuk menguasai bahan makanan tetapi sekurang-kurangnya di Malaysia kita boleh membantu petani, penternak, nelayan, profesional pengurusan, pekerja yang perlu pekerjaan dan menyediakan makanan halan yang berintergeriti kepada kaum muslimin. Menanm sayur atau menjadi penternak bukan susah tetapi nak menjual kepada siapa yang menjadi susah. Boleh bina kilang tetapi dengan

Upload: aking-bakil

Post on 24-Oct-2015

794 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

thanks 4 sharing

TRANSCRIPT

Page 1: PERNIAGAAN RESTORAN

SELAMAT TAHUN BARU 2012.Salam, Tahun 2011 akan meninggalkan banyak peristiwa dalam lipatan sejarah dalam perniagaan tuan-tuan dan puan-puan. Tahun 2012 sudah pun menjelma. Dengan tekanan ekonomi dan kenaikan harga barangan keperluan harian yang semakin meningkat di sepanjang tahun 2011, sudah pasti masalah ini akan berterusan sepanjang tahun 2012. Mungkin ia lebih teruk atau sama seperti tahun 2011 masihmenjadi igaun peniaga tempatan, tetapi yang pasti harga barangan tidak akan turun, naik adalah. Bagi seorang usahawan restoren atau katering, setiap lembaran tahun baru adalah penting kerana setiap peniaga perlu berazam dan memikirkan cara-cara atau teknik baru yang berinovatif untuk mempertingkatkan Jualan (sales) bagi tahun 2012 lebih baik dari tahun sebelumnya. Peniaga juga perlu ambil perhatian serius dalam masalah “aliran tunai” (cash flow) dalam situasi kenaikan harga kos barangan keperluan harian. Mengikut kaedah peniagaan setiap tahun berniaga, aliran tunai perlu meningkat kepada 16 peratus setahun. Tanpa aliran tunai yang baik, perniagaan akan terbantut untuk berkembang atau maju. Mendapatkan aliran tunai yang baik perlu juga membaiki prestasi pekerja, segala tambahan jumlah pekerja perlu diteliti, terutamanya cuba mengawal dan mengurangkan pembaziran “man-hours” atau upah masa kerja. Contohnya, sekiranya anda mempunyai 5 pekerja tetap di restoren anda yang bergaji harian RM40.00 sehari. Jumlah gaji pekerja ialah RM40.00 X 6 = RM240.00. Sekiranya semua pekerja perlu kerja 8 jam sehari bermakna upah kerja untuk sejam ialah RM240.00 bahagi 8= RM30.00. Ini bermakna setiap satu jam anda belanjakan RM30.00 untuk upah pekerja dan setiap minit pula anda membelanjakan 0.50 sen. sekiranya anda  lambat membuka restoren anda sejam bukan saja anda menghadapi masalah jualan, tetapi  anda membuka dengan kerugian tetap pada hari tersebut dengan RM30.00. Maka gunakanlah tenaga pekerja dengan cara terbaik. Setiap waktu terbuang dalam upah kerja, sebenarnya boleh menjana pendapatan sampingan seperti membuat kueh-mueh, nasi lemak atau goreng papadam dan membungkus untuk mendapatkan hasil.AMALAN- AMALAN TERBAIK UNTUK KATERER:Jangan sekali lupa pada pencipta dan pemberi rezeki yang esa Allah SWT. Sentiasa ingakan dia dalam segala urusan pernigaan anda. Walau sesukar kehidupan yang anda lalui dalam perniagaan dan walau betapa kelimpahan kesenangan menghampiri anda, jangan lupa padanya. Nak pandu kereta yang laju perlu ahu tekan brek bila keadaan memerlukan. Tanpa brek kereta yang mahal tidak bermakna. Kereta umpama kehidupan dan brek adalah Iman kita. Tanpa Iman tidak bererti sebuah kehidupan. Ini kunci kejayaan seorang insan.

Mendapatkan pembekal yang menawarkan harga rendah dan perkhidmatan yang terbaik. Cara mendapatkan tawaran harga murah dengan membeli stok yang banyak boleh membantu

tetapi ia juga mempunyai masalah seperti ini memerlukan keluasan bilek setor yang agak luas, kemungkinan kerosakan pada stok dan risiko tamat tempoh produk yang jangka pendek dan juga pembaziran. Anda juga perlu ketahui stok itu cuma bernialai sifar dan hanya berharga selepas di masak, dijual dan dibeli oleh pelangan.

Sebagai katere setiap kali perlu membaiki sitem penghantaran  kepada pelangan. Syarikat anda perlu mempunyai program latihan yang komprensif dab berkualiti untuk meyuntik

semangat setiakawan dan menghasilkan skill terulung dalam setiap diri pekerja anda dalam bidang kemahiran teknikal, perhubungan manusia dalam setiap kerja yang diamanahkan oleh pelangan anda.

Sebagai katerer suka atau tidak suka, perlu mempelajari teknologi baru dalam perniagaan katering seperti boleh menggunakan komputer peribadi, Internat, seni kulinari yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa, dan produk-produk berteknologi dalam perkhidmatan katering. Perniagaan katering semakin maju dan cuma katerer-katerer yang ingin belajar teknologi baru dan dan ingin berubah sahaja boleh bertahan.Selamat berjuang dalam tahun 2012. Mamak haji harap ramai anak muda Melayu yang lepasan universiti mencuba dalam bidang restoren dan bidang katering. Harapan Mamak Haji, Orang Melayu Islam akan menjadi pemangkin dalam menguasai bidang restoren atau pun katering secara global seperti Restoren rantain KfC atau McD. Walau pun Islam tak menggalakan sistem kapatalis untuk menguasai bahan makanan tetapi sekurang-kurangnya di Malaysia kita boleh membantu petani, penternak, nelayan, profesional pengurusan, pekerja yang perlu pekerjaan dan menyediakan makanan halan yang berintergeriti kepada kaum muslimin. Menanm sayur atau

Page 2: PERNIAGAAN RESTORAN

menjadi penternak bukan susah tetapi nak menjual kepada siapa yang menjadi susah. Boleh bina kilang tetapi dengan siapa kita nak jual produk yang payah, Boleh keluarkan beribu-ribu graduan tetapi dengan siapa mereka nakan bekerja yang jadi masalah. Kalu orang Melayu ingin nak kelaur dari kepompong kemiskinan perlu berniaga. tak guna kita berdabik dada dengan mengatakan kita adalah tuan tanah tetapi kita tak rasa malu bila anak kita meminta-minta kerja dengan orang yang menumpang Tanah kita. Tak lama lagi, tak mustahil anak tempatan Melayu akan berkerja di restoren yang dimilki rakyat Bangladesh!. Perniagaan restoren atau katering dimiliki yang dah tua sukar menghadapi cabaran alaf baru dimana negara sedang mengejar status Maju. Bidang perniagaan restoren atau katering memerlukan tenaga baru dari golongan anak muda yang berpelajaran dan dapat menguasai informasi teknologi baru. Maka anak muda Melayu tak perlu segan dan silu memasuki bidang Restoren dan Katering. “Perjuangan Tanpa Pengorbanan Bukan Perjuangan Namanya” – Mamak Haji. Wassalam.

CARA UNTUK MULA BERNIAGA.Mamak Haji amat tertarik dengan komen seorang dari pembaca blog ini: “saya mahu berniaga, tapi saya perlukan ‘cara’. akhirnya saya mencari ‘cara’dengan memohon belas ehsan dari kerajaan yang mendabik dada mengatakan mahu membantu dari segi kewangan dan buah fikiran. akhirnya saya mengambil peluang tersebut. saya mengizinkan diri saya untuk dilatih oleh pihak tertentu yang dianggap ‘berjaya’ oleh pihak kerajaan selama enam bulan. pihak yang berjaya ini hanya berniaga di foodcourt di damansara, sementara satu lagi di bangsar. pada satu hari saya ditugaskan untuk berada di outlet bangsar, saya sangat kecewa bila dalam masa sehari saya berada disitu satu pun order tidak masuk. adakah ini yang dimaksudkan berjaya oleh pihak kerajaan, adakah pihak ini layak melatih saya untuk menjadi usahawan yang berjaya??.Mamak Haji tiga atau lima kali ulang baca tulisan yang tercetus dari hati yang ikhlas. Apa rumusan tentang mengetahui cara berniaga sebelum mula berniaga?. Apakah betul orang kata, “cakap bukan serupa bikin”.  Ramai yang boleh cakap tapi sukar nak lakukan apa yang dicakapkan. Ia seperti kerajaan meminta siswa yang mengangur menjadi petani moden menanam jagung. Memang bagus idea ini, kerana dari menggangur lebih baik jadi petani berstatus siswa tanam jagung di kampung untuk dapatkan sumber pendapatan untuk membayar pinjaman PPTN. Tetapi masalahnya timbul pada siswa petani ini ialah, bila jagung yang ditanam itu mengeluarkan hasil dengan siapa kita nak menjual?. Dengan FAMA?. FAMA itu nak jual dengan siapa?.Mamak haji pun kurang pasti, FAMA itu ada lagi atau sudah bungkui!. Ia  sama ceita dengan kawan mamak haji seorang yang sibuk sangat buka kebun sayur kangkong. Bila hasil itu tuai, masalah dia dengan siapa dia nak jual kangkong itu?. Kalau sedikit tak mengapa, mamak haji boleh beli. Ini tanam sampai bertan-tan beratnya. Perniagaan mana pun perlu ada rangkaian. Orang Cina bertani, atau berniaga bermacam-macam perniagaan jadi kaya raya kerana ada rangkaian perniagaan. Pekebun orang Cina yang tanam sayur ini sudah lama telah ada rangkaian ini. Cara mereka mendapatkan rangkaian amat mudah. Setiap pekebun bermula dengan peniaga sayur. Mereka menjadi penjual sayur di pasar-pasar awam bukan di pasar tani. Sayur mereka dapat bekalan dari orang tengah. Sasaran atau strategi peniaga sayur ini bukannya suri rumah yang beli seringgit kangkung tetapi pengusaha-pengusha katering, kantin atau restoren. Pengusaha ini memerlukan bekalan sayur sama setiap hari dengan kuantiti yang besar. Maka harga yang ditawarkan si penjual sayur dipasar kepada pengusaha ini lebih murah berbanding harga yang dijual kepada suri rumah. Maka penjual sayur ni membuat ikatan perniagaan (bisness link) dengan berbagai-bagai tawaran (sales strategi) seperti menghantar sayur ini kepada tempat perniagaan pengusha, berikan kredit jangka pendek, boleh mengambil pesanan melalui talipon dan penghantaran yang percuma dan berbagai-bagai cara lain untuk menambat hati pengusaha-pengusha ini. Sebenarnya dalam perniagaan ini adalah cara yang dikatakan pengurusan perkhidmatan. Maka pengusaha-pengusaha ini terikat dengan taukeh sayur ini. Semakin lama semakin ramailah pengusaha mula berurusan dengan peniaga sayur ini. Maka dalam sehari kangkung yang diedarkankepada pengusha-pengusha ini berjumlah berat bertan. Peniaga sayur di pasar ini, tidak lagi perlukan orang tengah untuk membekalkan sayur kangkung. Dia boleh membuka kebun sayurnya sendiri yang tanam kangkung untuk bekalkan kepada pelangan-pelangannya. Dia boleh buka kebun cuma dapatkan tiga atau empat

Page 3: PERNIAGAAN RESTORAN

pekerja pendatang asing Bangla dengan pajak tanah orang kampung yang terbiar. Kepakaran tanam kangkung dia booleh daptkan dari pekebun mahir. Dia tak perlukan pegawai pertanian atau pegawai MARDI. Semakin lama semakin besarlah kebun kangkungnya kerana orang tengah yang bekalkan sayur-sayuran lain dipaksanya dapatkan bekalan kangkung dari kebunnya. Kenapa terpaksa orang tengah perlu ambil sayur dari si pekebun kangkong ini?. Kerana dia bukan saja bekalkan sayur kangkung saja untuk pelangannya tetapi perlu bekalkan berbagai sayur maka kalau dia nak membeli sayur jenis yang lain dari orang tengah ini, perlu juga orang tengah itu membeli sayur kangkung kebunnya. Dengan ini penjual sayur ini akan menjadi kaya raya kerana lingkaran perniagaan yang begitu unik. Kalau kita ingin nak tanam kangkung dan menjual kepada orang tengah seperti ini, harga kangkung kita dibeli dengan harganya lebih berkali ganda murah dari harga pasaran. Inilah sebab orang Melayu sukar menjadi petani, bukannya malas tetapi di mana mereka nak jual produk mereka?. Di Pasar Tani…hmmm!. yang jual kat pasar tani itu bukan petani tapi beli sayur dengan orang tengah dan jual lebih mahal dari pasar harian. Dengan sebab itulah cuma Pasar tani di Johor Bahru yang paling berjaya. Bukan kerana Johor bahru itu punyai bekas Menteri Pertanian dan kini Timbalan Perdana Menteri yang cekap tetapi kerana pelangannya datang dari negara jiran Singapura yang termampu beli. Perniagaan perlu ada rangkaian, rangkaian yang paling mudah ialah melalui Persatuan. Di negara-negara eropah persatuan petani ini begitu aktif untuk menjaga kepentingan petani. Tetapi sayangnya di negara kita, persatuan lebih aktif dalam politik dari menjaga kaum petani. Di Negara Barat, Harga pasaran hasil pertanian ditetapkan oleh persatuan bukannya kerajaan. Kerajaan cuma menjadi orang tengah di antara persatuan dan pengguna yakni rakyat. Kerajaan menjaga kepentingan rakyat, persatuan pula menjaga kepentingan petani. Inilah sistem ideal dalam negara demokratik. Tetapi apabila kerajaan dikawal oleh segolongan pengusaha-pengusaha yang kaya raya maka “empathy” kerajaan untuk rakyat akan tercabul. Kerajaan pulak mengikut telunjuk taukeh-taukeh besar. Bila taukeh ayam kata, Daging Ayam tak naik”, taukeh ayam pulak naikan harganya. Ini Menteri kata, gula kena kerajaan tanggung subsidi banyak sangat..ini semua cerita basi!. Nak pilihanraya ini macam-macam timbul. Mamak haji dah masak sangat dengan politik ini. Bila kata tak naik..dia naik.  Oklah mamak haji dah terbawa-bawa kepada politik pulak dah?. Cuma mamak haji takut harga gula naik lagi!. Kita tengaok apa yang dikatakan “cara” oleh penulis komen ini.Bila ingin mulakan perniagaan perlu ada “nawaithu” atau niat yang baik mengikut lunas-lunas dianjurkan agama. Cara orang Islam berniaga dengan orang bukan Islam berniaga banyak perbedzaan. Jangan jadikan peniaga bukan Islam sebagi rujukan untuk orang Islam berniaga. Salah caranya. Takat ingat “berniaga” boleh menjadi kaya-raya, itu cara pemikiran yang tidak gunakan iman. Akal atau pemikiran manusia perlu sentiasa disalut dengan iman. Iman adalah oditor kita untuk bezakan yang baik dan buruk dalam perniagaan. Nabi Besar S.A.W pernah bersabda:Maksudnya : “Daripada Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, dia berkata: “Saya mendengar Nabi Shallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Seandainya manusia memiliki dua lembah yang penuh dengan harta, nescaya dia mencari (lembah harta) yang ketiga. Tiada yang memenuhi isi perut manusia, kecuali tanah. Dan Allah menerima taubat orang yang bertaubat. ( Al-Bukhari) Perkara kedua kita perlu ketahui sebelum buka perniagaan adalah, “Pengurusan Perniagaan”. Pengurusan yang tidak cekap merupakan salah satu masalah dalam operasi perniagaan. Kita sebelum mulakan perniagaan perlu mengetahui sedikit sebanyak ilmu pengurusan perniagaan. Pada umumnya majoriti pengusaha katering atau restoren yang ingin mulakan perniagaan, mempunyai pendidikan formal yang rendah tetapi ini bukan batu penghalang untuk mempelajari sedikit pengetahuan pengurusan perniagaan. Perniagaan zaman kini memerlukan sistem pengurusan yang lebih moden dan mempunyai daya saing yang tinggi untuk kekal dalam dunia perniagaan. Kita tidak lagi boleh bergantung cara perniagaan cara yang lama. Apa saja kejayaan lampau dalam perniagaan kita bukan jaminan untuk kita terus boleh maju di masa akan datang. Apa itu pengurusan perniagaan?. Pengurusan Perniagaan secara ‘amnya melibatkan empat fungsi pengurusan utama seperti “Pemasaran”, “Kewangan”, “Pengurusan pekerja” dan juga “Pengurusan Perkhidmatan”. Inilah kunci kejayaan sesuatu perniagaan dalam ‘alaf baru ini. Inilah sebab Mamak haji banyak menulis tentang perkara-perkara ini dalam blog ini. Tulisan Mamak Haji adalah dari pengalaman yang telah lalui bukan dari buku-buku teks “Pengurusan Perniagaan”. Mamak haji juga seperti peniaga-peniaga lain pernah buat kesilapan dan pernah gagal banyak kali dalam perniagaan. Kegagalan perlu dipelajari untuk terus memperbaiki diri kita. Kita jangan takut

Page 4: PERNIAGAAN RESTORAN

dengan kegagalan, setiap kegagalan adalah untuk kita maju ke arah kejayaan. Berniaga memerlukan keberanian, rajin, cekal, sabar, ikhlas dan kemahuan ingin belajar. Di bawah ini Mamak Haji menulis sedikit nasihat untuk menaikan semangat untuk mereka yang ingin mulakan perniagaan dan ingin berjaya dalam perniagaan.

1. Ramai di antara kita mempunyai idea untuk berniaga tetapi sedikit yang membuat keputusan untuk realisasikan sesuatu sekarang. Sekiranya anda ingin berniaga… bukan esok. Bukan juga minggu depan atau tahun depan tetapi lakukan hari ini. Peniaga yang tulin ialah merealisasikan idea bukan seorang yang suka berangan-angan.

2. Untuk menjadi pengusaha makanan yang terbaik, sentiasa meletakan diri anda ditempat pelangan anda.

3. Perniagaan makanan anda, tidak wujud untuk diri anda tetapi untuk berkhidmat untuk orang lain.4. Untuk berjaya dalam perniagaan yang diceburi, sentiasa tempatkanya dihati anda, untuk beroleh

kejayaan.5. Pelajaran terbaik yang akan terima dalam perniagaan katering ialah daripada pelangan yang paling

terburuk yang pernah anda memberi perkhidmatan.6. Peluang berniaga tidak akan mencari kita, kita yang perlu mencarinya.7. Kejayaan anda yang lepas, bukan jaminan untuk kejayaan masa akan datang.8. Sekiranya kita ingin berniaga kerana sayangkan kemewahan duniawi, kita tidak akan berjaya dalam

perniagaan atau dalam kehidupan.9. Setiap peniaga perlu buat perubahan, dan sekiranya perubahan itu menjadikan kita gagal, sedia

mengaku kesilapan dan membaikinya pada perubahan yang anda lakukan kemudian. Dalam perniagaan perubahan amat perlu.

10. Sekiranya anda cuma berusaha mencari kejayaan hidup cuma melalui perniagaan, anda pasti akan menemui kegagalan dalam hidup anda dan juga dalam perniagaan. Tetapi anda sayangkan perniagaan ini sebagai sunah Nabi Besar S.A.W sudah pasti anda beroleh kejayaan didunia ini dan akhirat nanti. Insyallah.

11. skarang saya berkerja di syarikat swasta tetapi syarikat akan tutup lagi 2 bulan kerana

mempunya masalah kewangan. oleh itu saya berfikir utk memulakan perniagaan sendiri menjual

nasi dagang. saya ingin meminta pendapat dari encik roslan:

12. 1. saya mempunyai modal dlm rm2 ribu. apakah lokasi terbaik utk memulakan perniagaan saya?

a. buka meja di tepi jalan di kawasan perumahan yg berdekatan dgn stesen minyak/giant/7-11

b. buka meja berdekatan dengan ofis2

c. sewa lot kecil di food court

13. 2. masa yg di rasakan paling sesuai?

a. 7-10pagi (target org nak pegi keje)

b. 11-3ptg (target org ofis lunch)

c. 6-9malam (target org balik keje)

14. 3. mana yang lebih elok?

a. bungkus nasi dan lauk siap2

b. bungkus apabila ada order

15. Salam, hahaha!. mcm soalan objektif perdagangan SPM. Tapi apa pun mamak haji sangat

terharu kerana jiwa saudara sudah mula rapat dalam perniagaan. Insyallah sekiranya rajin

usaha, bersabar dan bijak berniaga saudara boleh berjaya. Mamak Haji ucapkan tahniah.

16. Soalan satu: Mamak haji dalam posting yang lama pernah menulis tentang memilih lokasi untuk

perniagaan. Lokkasi amat penting walau apa pun perniagaan.Lokasi juga memainkan peranan

dalam hala tuju strategi pemasaran dan juga jenis perniagaan. Soalan pertama anda perlu tanya

ialah, “kenapa pelangan perlu datang dan membeli barang jualan saudara?” dan bukan di premis

lain. Modal RM2K itu mamak haji rasa sudah mencukupi untuk perniagaan saudara.Cuma mamak

haji takut ialah adakkah saudara telah buat persediaan untuk keluarga. Kalu bujang tak perlu

risau. Tapi bagi menampung perbelanjaan keluarga harus difikirkan. Sudah tentu kita tak boleh

menyusahkan orang-orang yg kita kasihi mengalami kemelut kewangan.

17. Perniagaan buka meja ditepi jalan walau pun mudah difikirkan tetapi ia perlu menghadapi

kesukaran dlm berniaga.Kesukaran seperti Majlis tempatan, ribut dan hujan, kenderaan untuk

angkut masakan dan peralatan berniaga. Mamak haji mulakan perniagaan ditepi jalan sebelum

ke Restoren seperti sekarang. Kalau kkita sunguh-sunguh dan tabah hadapi jatuh bangun dlm

perniagaan ..semua kesukaran ini boleh kita hadapi dgn mudah. Nasihat mamak haji cuma satu

Page 5: PERNIAGAAN RESTORAN

dlm berniaga di tepi jalan..sentiasa majukan diri. Jualan perlu ditarget kepada “titik pemulangan

model”. Buat sales target sebelum mulakan perniagaan. Oleh kerana pendapatan anda sekarang

dlm perniagaan,,gaji diri perlu dikira sekali.Satu saja nasihat mamak haji..ramai penjual makanan

yang berjaya asalnya dari peniaga pasar malam atau penjaja makanan di tepi jalan. Cipta satu

“killer produk”…insayllah ia akan membawa kejayaan.

18. katering makanan seperti nasi dagang punyai masa depan yg cerah di negara ini. Selepas hari

raya ini boleh dikatakan di setiap pejabat ada majlis hari raya. Ini satu trend baru. Maka kalau

saudara buka perniagaan dlm bulan syawal memang akan meletop. lepas raya bila mana

kebanyakn warung tutup anda boleh mengambil peluang ini..tapi ini perlukan pengorbanan

keluarga..hehehe!.

19. Kalau tak cuba kita tak tahu..cuba baru tahu. Rezeki serah pada Allah SWT..insyallah rezeki tak

akan putus. Percaya dan yakin pada diri. Insyalla saudar berjaya jua. Eloknya buat kemudian

baru baca dan minta nasihat. Ini saja mamak haji boleh beritahu tentang berniaga. Hati perlu

cekal, jatuh utk bangun balik dgn lebih mantap..tapi jgn terbaring.Ini falsafah niaga mamak haji.

Mamak Haji pernah tulis banyak atikal tentang perniagaan kalau sementara ada masa baca..bila

mula berniaga nanti payah nak dapatkan masa lapang. 

16 tips meniaga org cina Tao Zhu Gong 

1.berniaga mesti rajin,jika tidak, ianya takkan menjadi 2.berniaga mesti jimat, kalau tidak putus modal 3.sambut pelanggan dengan senyum,jika tidak, pelanggan lari. 4.masa sentiasa terbuka, kalau tidak, hilang peluang. 5.harga perlu berpatutan, kalau tidak timbul pergaduhan. 6.memberi hutang, perlu kenal orgnya, jika tidak, hil;ang modal 7.akaun perlu semuak sendiri, jika tidak tidak tahu kekuatan modal 8.beri tawaran perlu jelas dan terang, jika tidak, ianya tidak teratur. 9.barangan perlu dikemas, jika tidak ibarat sampah sarap 10.beri arahan pekerja ikut peraturan,jika tidak makan diri 11.barang mesti semak sendiri, jika tidak rendah nilai dan mutunya 12.tempoh waktu, tidak boleh lewat, jika tidak, hil;ang kepercayaan. 13.harta peribadi dan syarikat perlu jelas, jika tidak, timbul penyelewengan. 14.keluarmasuk tunai perlu teliti, jika tidak bertindih kesilapan. 15.menghadapi masalah perlu diselesaikan, jika tidak mudarat diri. 16.niat mesti kukuh dan jelas, jika tidak membazir wang dan masa.

peralatan dapur yg asas dan kira boleh masak laa. 

1.dapur 4 lobang 1 set= rm1000.00 2.dapur kaki 4 3 set=rm300.00 3.serombong asap..single phase x 4" =rm4500.00 4.meja kerja stainlessteel 6" =rm850.00 5.meja lipat 3 sets= rm200.00 6.pemanas ayag eletrik =rm400.00 7.meja kerja 4"=rm500 8.singki cuci cawan 1lobang =rm350.00 9.singki cuci pinggan 2 lobang=rm600.00 10.sinki cuci sayug 2 lobang =rm600.00 11. freezer 2 bijik=7000.00 

maknakata..lumsum habislah rm10k. 

ciri2 dapur restoran: 

Page 6: PERNIAGAAN RESTORAN

1.tempat bancuh ayag dan tempat masak kena berjauhan.kalau tidak, kesan minyak akan masuk dalam minuman. minuman akan berbau. 

2. singki basuh peralatan minuman lain. singki basuh pingganmangkuk , pon lain,. kena jauh jugak. 

3.mesti kena pakai dapur khas...yg ada saluran air buang. saluran air mesti disambung dengan penapis minyak. 

4.mesti ada serombong asap.undang2 baru laa nih, serombong asap tak boleh hala kelongkang atau belakang kedai, kena hala atas bumbung. kalau bangunantuu 3 tingkat..mampuih nak cari duit nak sambung ke atas. 

5.mesti ada 2 freezer. 1 untuk sayuran. 1 lagi untuk bahan yg dah proses. 

6.mesti pasang marmar yg tidak licin. 

satu lagi, pasai serombong asap tuu... sila pilih motor single phase. lebih murah dan lebih mudah mentenen.memanglah, power dia lembek skit. tapi oklah. lagi satu kebaikan..jenis single phase nih...bunyi dia tak mengaum sangat. kalau hat motor 3 phase....sebulan dah cukup...mau pekak telinga dibuatnya..bunyi macam kapalterbang jet

masalah lagi satu, hat 3 phase nih, kita nak kena upah wiring dan mohon kelulusan TNB...mau dekat rm1k perabih...mampuih laa lguu tuu.  lupa saya nak cakap: majlis bandaran syorkan supaya bahagian dapur terang bederang. maknakata..kena banyak lampu laa. tong sampah pon kena banyak dan mesti bertutup...kalau tak..samannn. semua balang rempahratus mesti kena ada label. kalau tak..samannn   pekerja mesti pakai apron...kalau tidak...samannnnn pekerja mesti pakao boot/kasut serelom...kalau tak ..samannnnn pekerja kena tutup kelapa...kalau tak samnnn kuku kena potong...kalai idak...samannn pekerja tak perlu hensom atau cantik...janji...bersih ..dan muka manis.. 

kata2 hikmat"Jangan tinggalkan hingga esok, apa yg boleh disiapkan hari ini"

"Manusia yg hebat, tidak akan merunggut terhadap peluang"..

"Tiada hiburan yg lebih murah daripada membaca"

"Jangan sangka diri kita adalah yg terbaik, kerana kita belum kecapi apa yg org lain dan capai""Tidak semestinya orang yg dah berjaya terus berjaya dan orang yg gagal terus gagal""Kepakaran sesaorang tidak akan kemana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaannya""Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau"

"Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan"[/b]

"selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yg kita hajati""Dimana anda berdiri, disitulah perlumbaan hidup anda dan lupakanlah masa silam"

Page 7: PERNIAGAAN RESTORAN

"Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ketangga,tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut"

"Anda tidak akan berasa penat, sekiranya anda lakukan kerja yg anda suka"

tips nak bagi bisnis makanan kita maju: 

makanan mau sodap... lokasi mau canteekk.... 

layanan mau mesra dan muka manis...(tiru macam saya..)     harga mau ada patutlaa....mahai skit takpa..janji sodap dan bersih dan berkualiti.. iklan mau jelas laaa... bahan mau halal laaa kebersihan mau jaga jugak laaa.. tempat mau selesa jugakk.. layanan mau cepat....

TIP-TIP UNTUK BAKAL PENIAGA MAKANAN.Sementara menunggu atikal mamak haji seterusnya dalam perniagaan “BOX LUNCH” siri:3 dan akhir yang mamak haji akan sentuh mengenai cara mengira harga jualan, kita baca e-mail yang terbaik dari pengunjung blog ini. Kebanyakan e-mail di hantar oleh pengunjung blog ini adalah daripada orang muda yang bersemangat untuk terokai bidang jualan makanan mahu pun membuka restoren, kedai makan atau ingin berniaga di Pasar malam secara sambilan. Mamak haji sangat teruja dengan semangat mereka ini.  Bukan senang nak menarik minat anak muda untuk menyertai perniagaan makanan ini. Mamak haji sentiasa kagum dan ingin mendapatkan feed-back selepas membuka perniagaan nanti. Mamak haji lebih kagum dengan mereka ini ialah mereka ingin

Page 8: PERNIAGAAN RESTORAN

membuka perniagaan dengan kudrat dan ingin berdikari. Inilah tanda-tanda kewujudan generasi baru Bangsa melayu dalam dunia perniagaan.  Mamak haji sentiasa doakan agar Allah SWT akan memepermudahkan segala kesulitan yang bakal dihadapi mereka untuk menjalankan perniagaan dan juga buka pintu rezekinya seluas-luasnya untuk perniagaan yang ikuti sunnah Nabi besar kita s.a.w.  ”ya Allah, subahanallah perkenankan doa kami Ya Allah, Ya Latifu, Ya Latifu Ya Latifu..amiiin.Soalan dari E-Mail:Assalamualaikum mamu Haji. Pertamanya terima kasih sebab berkongsi tips n tricks dlm perbniagaan ala mamak ni ye.MMg satu dunia baru untuk di terokai,dan seseunggunya bnyk rahsianya rupernye.

 Saya ada soaln yg penting nak tanya mamu, sebab kan aritu saya dah kat nak bukak Warung style Nasik Dalca, ni soalan saya:

 1) berapa harga yg sesuai (untuk hidangan yg sama mcm warung Tasha Dal Nasi Kandar Sg.Ara) iaitu, pilihan ayam seketul (goreng rangup/masak merah-kering dan tak berkuah), terung dan karrot,kuah dalca sekal.kalau Tasha Dal dia letak RM6. Sp,kalau di Ipoh saya letak RM5 buleh tak? saya belum kira kos per serving, cuma buat masa ni, kalau sy ikut base price mcm tu buleh tak?(RM5)

 2) restoran mamak ada ‘kuah campur’, mcm tu jugak dgn Tasha Dal Kandar yg jual Nasi Dalca tu,so soalan saya, selain dari kuah Dalca, apa lagi kuah yg di campur kat dlm nasi kandar mcm restoran mamak ni ye? yg saya kenal ‘kuah itam, tapi ada dua kuah lagi g saya tak kenal.

 3) katakan saya target untuk fokus dengan Lauk berasaskan ayam goreng (masak rangup atau optionya masak merah kering-tanpa kuah), tapi dlm waktu yg sama, saya nak buat jugak side dishes sekiranya ada pelanggan nak tambah, mcm udang, sotong ataupun kambing/daging. So, soalan saya, estimate untuk permulaan ayam yg nak di jual sehari dlm 30 ketul, so, untu side dishes mcm udang/sotong tu berapa bnyk yg saya nak bajet ye? maksud saya nisbah yg sesuai sebagai side dishes. Ini ujnhtuk elakkan kos berlebihan untuk lauk2 side dishes yg tak berapa org makan,sebab marketing sy akan fokus pada lauk Ayam goreng tadi tu.

 4). Saya bercadang untuk buat ayam masak merah tanpa kuah (masak sampai kering kuah dia) -untuk rujukan,mcm ayam merah Nasi Ganja Ipoh, atau pun namanya dulu warung Wonggey (sekarang tak paki nama Wonggey sebab dah jual franchise nama tu, dan pakai nama  Nasi Ayam Merah), so buleh tak kiranya mamu kongsi resepi tu?

 Buat masa ni, inile soalan saya, harap mamu buleh abntu dan mamu juga buleh sharekan soalan saya ni sebagai rujukan saya dan rakan2 yang nak meniaga dan berjaya mcm mamu.

 Saya dan keluarga doakan mamu dan family dalm keadaan yang senantiasa di berkati Allah selama2nya sebagai balasan mamu berkongsi tips and tricks ini..

Salam, Mamak Haji kadang-kala kena adakan masa juga untuk yang amat berminat untuk melangkah masuk ke dlm dunia perniagaan. Memang mamak haji suka org yang ada wawasan dan semangat juang tinggi. Dalam perniagaan kita perlukan semangat yang amat kuat. Sekiranya kita jatuh dalam perniagaan, bangun dengan lebih kuat supaya kita sukar untuk jatuh kembali. Jatuh untuk bangun bukan untuk tertiarap. Sekiranya Kita gagal pertama kali jangan jadi seperti orang yang sedang lemas nak capai apa saja yang ingin memaut untuk selamatkan diri seperti jumpa along. Dalam dunia perniagaan berjaya atau gagal adalah perkara biasa cuma kita perlu mencuba seupaya yang boleh. Ia seperti sukan lumba lari hadiah cuma untuk yang pertama, yang kedua dan yang ketiga. Tetapi berpuluh atau ratus ahli lumba lari ambil bahagian dalam mengejar hadiah ini. Setiap ahli lumba lari ini akan cuba sedaya upaya mereka. Tetapi yang menang adalah yang terbaik dari kalangan mereka. Dalam dunia perniagaan makanan juga amat mencabar, bila anda membuka kedai makan dan ramai pelangan orang lain juga ingin membuka kedai makan. Perlumbaan sentiasa ada di hadapan kita. Berjaya dalam perniagaan ialah orang yang mempunyai semangat yang tiggi, punyai tekni, punyai daya kreatif dan inovasi dan lain-lainyg diperlukan seorang ahli perniagaan. Kita kena yakin dgn perniagaan yang kita buat. Pegang bara api sampai jadi abu. Kalau org lain boleh berjaya kenapa saya tak boleh?.Inilah soalan sentiasa perlu dimainkan dlm pemikiran anda. Sentiasa kena tiupkan semangat dalam jiwa..kita perlu tabah untuk

Page 9: PERNIAGAAN RESTORAN

hadapi apa saja akan kemungkinan berlaku..perniagaan tidak akan janjikan apa-apa untuk kita tetapi kepuasan berniaga ini kita akan bawak sehingga hari tua..Perniagaan mampu mengubah diri kita menjadi insan yg terbaik, ia juga mampu mengubah sedih menjadi riang, mengubah amarah kita menjadikan ramah, mengubah musibah kepada barokah…!

Jawapan untuk soalan dari saudara:

1. Penetapan harga jualan mamak haji ada postingkan dlm post ” penetapan harga jualan” dlm atikal “box Lunch: siri 3. Sila baca kalau ada masa. Secara ringkas penetapan harga jualan makanan bergantung kepada 4 faktur utama. 1. penetapan harga mengikut harga pesaing kita. 2. Penetapan harga mengikut gerak hati 3. penetapan harga dgn kaedah “saikologi” 4. penetapan harga dari “trial in error”. cuba baca penjelasan mamak haji tentang perkara ini. di.

2. Kuah campur ini adalah cara asas serve hidangan nasi kandaq. Ini yg menyebabkan nasiq kandar rasa unik dari nasi campur biasa. Tidak ada cara yg standard mengenai lauk yg perlu dicampurkan. Ia adalah hasil seni yg dihasilkan daya kreatif  pekerja tukang ceduk lauk itu sendiri. Kalau saudara perhatikan perbezaan kedai mamak dan kedai nasi campur org melayu ialah layan diri dan dilayan. Mengikut pengalaman mamak haji, kita bila kita galakan pelangan ambil lauk sendiri dan kita layan pelangan untuk ambil lauk sendiri, lebih menguntungkan. Kibiasaannya kita boleh elakan konflik bertegang leher pasal harga dan kuantiti di kaunter pembayaran. Kadang-kala ia akan roskan imej kita di depan pelangan yang lain. Dengan sebab inilah cara restoren segera KFC atau MCD’s lakukan, walau pun mereka lebih suka kepada konsep layan diri seratus peratus. Kita juga tak rugi dgn membayar seorang gaji pekerja untuk layan ambil lauk ini sebenar ia lebih menguntungkan kepada pemilik. Bila pelangan ambil lauk sendiri bukan saja akan rosakan lauk dalam periok seperti ikan atau mengotorkan tempat layan itu..masalah besar adalah bila nak kira kuantiti yg diambil itu denga padankan harga amat sukar…ada juga pelangan suka mengutip keseluruhan hiasan di atas hidangan sayuran seperti udang, atau ayam. Bagaimana anda kenakan bayaran. Paling teruk ialah..sekiranya pelangan yang terlampau berkira, akan ambil masa cari satu lauk dalam 1/2 jam..pelangan yg lain kena tunggu giliran..Ini masalah besar.Ok untuk hidangan nasi kandar, biasa dalam periok besar (walau pun isi lima ketul tak apa janji mahu glamour sikit) ialah 1. kari ayam 2. kari ikan ketul 3. Daging satu jenis sahaja “daging masak hitam” . Hidangan daging ini perlu kena asingkan dari lauk lain kerana ada orang Cina atau orang India amat sensitif dgn daging. Ayam perlu masak sekurang-kurang  5 jenis yg utama seperti  Kari ayam, ayam masak kurmak, ayam goreng, ayam masak madu, ayam masak merah. Ini dihidangkan dalam shallow tray di kaunter. Telur tiga atau 4 jenis. Telur rebus biasa, telur bawang tebal, telur burung puyu atau masin.Ikan cuma dua jenis 1. kari ikan ketul dan ikan goreng ketul. Kambing optional..yg mewah ada jual kambing masak kurmak merah, perut kambing masak kari pekat. Ok..sayur dua jenis cuma kobis dan kacang panjang. Ini mamak cekap..sayur kobis kalau masak tidak akan susut kuantiti bukan seperti nasi campur adakan sayur daun yg masak sudahlah kecut habis dan bila nak sediakan masak banyak perlu diubuang seperti akar atau batang. rugi..kita beli pakai timbang bukan sesenduk tapi buang lebih separuh..seperti kangkung dan bayam. Berapa kita nak jual satu senduk kangkung?. Nanti pelangan kata satu kilo kangkung baru RM2.00 tak akan saya ambil sampai 1/2 kilo…hahaha!.  Sea food kadangkala ada sotong putih dan udang besar..ini jual ikut saiz..yang ambil akan merana dan akan fobia pada restoren nasi kandar. kedua dua ini biasanya masak kuning lemak pekat ‘ala nasi kandar. Dalca adalah optional kebanyak kedai nasiq kandar keluarkan Dalca cuma pada tengah malam. Tetapi jual nasi dalca perlu ada dalca sayuran..bukan kambing yea!. Kecekapan ambil kuah-kuah ini sebenarnya seperti org main silap mata..sebenarnya tukang ceduk lauk itu, tak ceduk kuah lauk pauk itu tetapi cuma stail dia aca je..adalah kena dua tiga titik kat nasi..cuma kuah akhir dia akan ceduk dari periok yang besar yang isi kurang ..kerana kuah diperiok adalah kuah sebenarnya yg lain cuma acah je..ambik setitik dua titik..kalau ambil kuah lauk saja, kuah habis tapi isi tak habis mengamuk tukang masak..akhir touch-up dengan kuah daging masak itam kalau kalau pelangan orang Melayu..kalau bukan melayu kuah kuning seperti kurmak atau udang boleh. tentukan ada tiga warna diatas hidangan nasi itu…Ia amat menarik. Ini stail mamak haji serve!.

4. Tentang jumlah masakan terpulang pada target atau sasaran pelangan anda pada hari pertama. Kalau makn free hari pertama ramai..hahaha!. Kalau bukak restoren jemput penduduk tempatan kerana mereka akan menjadi pelangan utama anda. Ini buat kenduri resmi restoren jemput VIP

Page 10: PERNIAGAAN RESTORAN

lebih dengan saudara mara dari penghujung dunia. Mereka bukan bakal pelangan anda> Ini perniagaan bukan buat kenduri peribadi. Kalu nak buat kenduri tak payah kat restoren buat kat surau atau mesjid je!. Kita buka rasmi ingin bakal pelangan masuk dan membiasakan diri. Estimate sehari..mula pii..target cutomer kalau katakan 50 org. maka kali saja kalau seorang makan RM5.00 X 50 = RM250.00..jualan cuma itu janganlah pulak belanja sampai RM500.00 seminggu anda akan bungkus kerana cash flow jadi negatif. Untuk 50 orang makan..ayam perlukan 4 ekor potong 10 X 4 + 40 ketul. hari pertama goreng ayam 15 ketul, balance ada 35 ketul. kari ayam biasanya untuk gulai saja, jarang pelangan nak kari ayam..nak kuah ayam nak makan dgn roti canai…hahahaha!. sukar org nak ambil isi..maka kari ayam 5 ketul untuk dapatkan wangi ayam..heheheh. ayam masak kurma, ayam masak merah, dan buat semua lauk yg mamak haji katakan itu..first day mesti bagi impression sikit. “Bior papa yop asal bergayo!. Dlm perniagaan jgn buang apa saja balance..ini sama dgn hotel. Ini rahsia hahaha…mamak haji tak mahu publish kat posting!. Apa lagi???..ini kena belanja mamak haji kerana bagi rahsia besar restoren mamak…nanti mamak kat penang mengamuk!. hahahaha!.

5. Ok tentang nama itu amat mustahak ia memainkan signifikan dalam apa jua produk baru ingin sampaikan pada pelangan. Pelangan sentiasa ingin cuba yg baru…Ini naluri manusia. Ok mamak haji ingatkan famous quote untuk tukang masak: Saudara kena ingat sampai bila-bila selagi jalankan perniagaan makan. Mamak haji celaru ada mamak haji bagi tahu kat anda atau pun berpuluh e-mail lain: Tak apa ini mungkin mengingatkan kembali. ” PEOPLE EAT WITH THEIR EYES, THEIR NOSE, THEIR TOUCH AND THEIR EARS LONG BEFORE THEY TASTE THE FOOD.”. Maka saudara fikir sajalah cara terbaik laksanakan yang sebut ini. Baru-baru ini mamak haji dapat satu e-mail mengenai seorang yg baru berniaga di tapak pasar malam nasi kerabu..minggu pertama hancur hati dia..tak ada customer..dia minta mamak haji naikan semangat dia supaya hatinya reda dan mintak idea..mamak kata buat nama canggih dan  tambah menu. Semalam org yg sama hantar e-mail..dia kata minggu ini niaga dia meletup..org beraur sampai tak menang tangan..konsep dia ialah dia tukar nama nasi kerabu/ atau nasi lemak,  mamak haji dah lupa apa menunya…kepada Nasi kerabu/ nasi lemak 1 Malaysia…hahahaha!. Nampak effect dia..ini contoh bukan dari buku teks..real happening!. Jadi bantai nama kaw-kaw satu..biaq satu tanjung terkejut kat sini…hahahaha!. Jgn sampai mamak-mamak sebelah menyebelah manderam restoren saudara sudah…hahahaha!. Buat resmi padi..lagi lebat lagi tunduk..jgn mcm lalang sudah..buat cucuk mata saja. ok. tangan mamak haji dah lengoh layan saudara..nak pii kena teh tarek kat kassim mustaffa…hahahaha!.Wassalam. akhir sekali take care brother..mamak haji bless you..and take what ever recipe in the blog..and try it. It very best recipe for business not suitable for home…hehehehe!. Mamak haji doakan Allah SWT akan membuka selua-luas rezeki dan juga lapangkan dada saudara untuk mempermudahkan segalanya untuk saudara menjalankan perniagaan baru. amiiin.

OBJEKTIF PERNIAGAAN RESTOREN DAN KATERING.Salam, kadang-kala kita golongan perniaga-peniaga bila mula berniat atau ingin kecimpung dalam bidang berniaga, kita turun ke medan perjuangan dengan segala macam idea dan rancangan ingin majukan perniagaan . Tapi bila dah mula berniaga kita  kadang-kala lupa pada objektif sebenar perniagaan itu sendiri. Dalam perniagaan seharian yang perlu manghadapi segala macam masalah dan kesulitan seperti kewangan, masalah pekerja, masalah membeli bekalan, masalah masak dan sebagainya. Memang masa yang amat singkat untuk berfikir keaaan perniagaan kita dan kadang-kala terasa masa sentiasa mengejar kita. Walau pun banyak kali mamak haji telah menulis tentang ini, bagi segarkan kembali ingatan , mai kita memahami apa itu tujuan atau objektif perniagaan?.1. MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN:Objektif asas perniagaan adalah memperolehi keuntungan dari perniagaan yang diceburi. Keuntungan adalah faktur utama untuk perniagaan hidup atau perlu perkembangkan. Keuntungan juga menyuntik semangat untuk kita tetap berada dalam perniagaan yang diceburi. Secara amnya keuntungan perniagaan adalah pemacu untuk perniagaan maju dan berkembang. Apa pun kita lakukan perlu dapatkan keuntungan dari perniagaan.2. PERKHIDMATAN:

Page 11: PERNIAGAAN RESTORAN

Objektif  untuk mendapatkan keuntungan pasti perlukan, “Perkhidmatan” yang ditawarkan kepada pelangan sepatutnya perlu mencapai apa yang dikehendaki oleh pelangan. Kita tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut apa yang kita suka atau minat. Perniagaan restoren atau katering adalah perniagaan perkhidmatan untuk pelangan, maka kepuasan pelangan adalah kepuasan kita. Maka setiap pengusaha katering atau restoren menjadi “Role Model” (model contoh) dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelangan dicapai. Setiap crew atau pelayan pelangan perlu buat hubungan mata (eye contact) dengan pelangan dengan muka yang manis semasa melayani pelangan sebagai tetamu. Jangan kedekut beri salam seperti pelayan-pelayan kedai mamak untuk pelangan Islam atau ucapan yang sebagainya untuk pelangan bukan Islam. Belajar berterima kasih, sila datang lagi, have good day sir, dan lain perkataan pada pelangan. Perkara seperti ini nampak kecil tetapi membawa impak yang besar untuk perniagaan. Setiap pelangan perlu dilayan dengan ambil berat dengan setiap keperluan atau pesananya. Pesanan pelangan perlu diperlu periksa dua kali seblum meninggalkan meja pelangan.  Setiap pelangan perlu rasa selesa dan yakin, mereka sentiasa dihargai dan dihormati. Perkhidmatan pelangan baik sentiasa akan memberi kemajuan pada perniagaan anda. Kunci kejayaan sesebuah restoren terletak pada perkhidmatan pelangan melalui sentiasa hormati pelangan dalam memenuhi dan mengambil berat tentang pesanan pelangan, komunikasi di antara pelangan dan pelayan perlu baik dan berkesan. Sentiasa baiki sistem pengurusan restoren yang betul dan baik.Walau pun dalam bidang katering anda tidak k perlu lakukan apa yang restoren lakukan kepada pelangan tetapi anda perlu ingat dalam katering, tanggung jawab pelangan anda kepada tetamunya. Penilaian kejayaan sesuatu majlis pelangan anda terletak pada perkhidmatan katering yang terbaik. Bila anda memuaskan tetamu pelangan anda, maknanya anda juga telah memuaskan hati pelangan anda.3. PERNIAGAAN YANG MAJU DAN BERKEMBANG:Jangan fikir cuma keuntungan  dari kiraan akaun adalah objektif utama perniagaan, keuntungan akaun cuma asas untuk perniagaan tetapi untuk majukan perniagaan, anda perlu mengembangkan perniagaan anda untuk mencapai kedudukan “keuntungan ekonomi perniagaan anda”. Apa benda lah Mamak haji cakap “keuntungan akaun” lah, lepas itu, “keuntungan ekonomi”, pulak dah. Oops! nanti dulu, Mamak haji terangkan dengan mudah kedua istilah yang perlu belajar untuk selama enam bulan ini  dengan contoh yang mudah untuk fahami. Katakan Mamak Haji kerja sebagai cef yang berpendapatan setahun RM50,000. Pada Jan 1, mamak haji berhenti kerja dan mulakan perniagaan sendiri dengan berbekalkan modal RM100,000 dari simpanan peribadi. Pada Akhir tahun modal mamak haji RM100,000 telah dibelanjakan habis. Akaun pendapatan perniagaan menunjukkan pendapatan bagi akhir tahun itu ialah RM120,000. Maka untung akaun ialah Pendapatan RM120,000 – Perbelanjaan RM100,000 = RM20,000. Maka keuntungan mengikut akaun adalah RM20,000. Ia memang untung tetapi bila kita kira Keuntungan/ kerugiaan ekonomi lain pulak ceritanya. Sekiranya Mamak haji kerja dan pendapatan Mamak haji akan berada dalam RM50,000 tetapi bila berniaga, mamak haji cuma untung akaun cuma RM20,000.  Maka RM50,000 – RM20,000 = RM 30,000. Dengan itu RM30,000 adalah kerugian ekonomi bagi mamak haji. Ini yang mamak haji maksudkan akaun ekonomi. Kadang-kala dalam perniagaan cuma keuntungan akaun saja tidak memadai dan perlu juga untung dari kiraan ekonomi. Senang ceritalah untung kena ada sampai boleh  beli kereta BMW yang baru…hahahaha!. Untuk ini perniagaan perlu dimajukan dan diperkembangkan. Kemajuan dan mengembangkan perniagaan banyak bergantung perhubungan di antara perniagaan anda dengan pelangan, rakan kongsi atau pekerja dan juga bank perdagangan. Tanpa hubungan ini, sukar untuk kita maju atau mengembangkan perniagaan kita.4. MENCIPTA PASARAN DAN PELANGAN BARU.Perniagaan perlu dikembangkan atau sentiasa perlu mencari pasaran baru dan juga pelangan baru, adalah sangat mustahak untuk anda terus berada dalam perniagaan yang sedang berkembang. Tidak berguna sekiranya anda majukan dan kembangkan perniagaan tanpa pasaran yang baru  dan menambah pelangan tersedia ada.5. INOVASI.Perniagaan kini sentiasa maju dengan cepat dengan bantuan inovasi teknologi yang baru. Kita tidak boleh sentiasa bergantung pada cara yang lama kita lalui untuk capai kejayaan dihadapan. Kejayaan kita capai perlu sentiasa dikekalkan melalui inovasi pembaharuan dalam perniagaan.

Page 12: PERNIAGAAN RESTORAN

Pelangan sentiasa inginkan perkhidmatan yang baru dan canggih. Kita perlu ikut peredaran masa. Dalam sistem ekonomi globalisasi ini setiap bulan ada saja syarikat-syarikat gergasi dalam restoren makanan segera yang baru ingin melabur di negara kita. Pelabur ini membawa sistem yang baru dan canggih dari negara asal mereka untuk menambat hati pelangan disini. Sehari ke sehari perniagaan kita yang kita ceburi seperti layak berada di kawasan pendalaman dari berada di bandar metropolitan. Pemikiran dan gaya hidup orang kita sedang berubah dengan pesat. Kita tidak boleh menahan arus kebudayaan baru. Bagaimana kita nak mengejar cara restoren – restoren makanan segera yang tumbuh di negara ini seperti cendawan selepas hujan ini?. Sampai bila pelangan sanggup beratur berjam untuk dapatkan Nasi Dalca?. Masa kini bagaikan emas. Semua ingin cepat, sekiranya lampu isyarat jalan lambat sedikit satu dua minit, pemandu tak sabar lagi. Sampai bila kita ingin berniaga di tepi jalan atau pasar malam diharungi hujan, panas dan taufan?. Adakah untung yang kita perolehi memadai dengan kenaikan harga barang sekarang?.  Kita akan ketinggalan bas sekiranya kita tak kejar..masa sedang mengejar kita. Apakah kita masih yakin dengan pepatah , “secupak tidak akan menjadi se gantang”. Ada juga generasi baru tidak tahu, apa itu cupak dan apa itu gantang?. Maka sama-sama kita duk sebentar dan fikir masa depan perniagaan kita. Wassalam.

E- MAIL DARI PEMBACA: HIDUP PERLU DITERUSKAN..Salam, cuti hujung minggu ini mai kita layan e-mail, e-mail yang telah dikirimkan oleh pembaca blog ini, yang akan menyuntik semangat untuk kita terus berniaga daripada politik yang semakin jijik sekarang.Baca nukilan seorang pengunjung bekas Perajurit yang amat berjaya dengan bidang katering  ini.Saya diperbesarkan dalam sebuah keluarga miskin yang serba kekurangan. Selepas tamat persekolahan dengan sijil MCE, ingin belajar tinggi tetapi apakan daya impian tak tercapai kerana kemiskinan keluarga. Ramai kawan-kawan saya yang bagus dalam pelajaran terpaksa berhenti keran penyakit kemiskinan. Pada umur 17 tahun, saya daftarkan diri dalam Perkhidmatan Tentera Laut, alhamdulillah hidup dalam tentera buakanlah mudah atau senang seperti sekarang yang dengan bergaji besar. Rekrut zaman saya, cuma dibayar RM60.00 sebulan selepas tamat latihan dibayar gaji cuma RM150.00 sebulan. Walau pun hidup dengan kemiskinan tetapi kehidupan tentera telah banyak mengajar berkenaan hidup dengan tabah dan berdisiplin. Dulu kapal TLDM diperbuat dari kayu tetapi semangat sebagai anggota tentera  bagaikan besi, kini kapal TLDM sudah canggih dengan diperbuat daripada besi yang kuat tetapi semangat anggota tentera telah berubah menjadi kayu kerana kemewahan yang kecapi hasil pembangunan negara. Kehidupan Tentera juga telah mengajar saya ketepatan masa. Sehingga kini banyak urusan dalam katering yang saya jalankan, kejayaan perniagaan saya kerana ketepatan masa itu. Kehidupan dalam Tentera selama 13 tahun ini saya tidak pernah menyesal. Tentera Laut telah menanamkan semangat bukan saja untuk setiap kapalnya “3F”,  ia itu  Float (kapal perlu terapung), Forward (Bergerak ke hadapan) dan Fight (melawan musuh) tapi ia mengajar saya dalam dunia realiti, kita bukan saja hidup tetapi mesti diteruskan, harus maju dan sedia menghadapi persaingan perniagaan. Inilah semangat waja seorang bekas perajurit yang telah dilupakan jasanya oleh masyarakat atau pun ATM. Memang di hati kecil ini ingin meluahkan keluhan yang telah dibaikan tetapi bila kenangkan kehidupan yang tentera beri itu, semua kekesalan pernah menjadi anggota tentera telah lama hilang.  Kini saya jalankan perniagaan katering di salah sebuah bandar yang moden. Berkat usaha dan rezeki Allah SWT , perniagan saya telah berjaya. Walau semasa di tentera, beli basikal pun tak mampu, tapi kini alahmdullilah saya memakai kereta mewah yang beratusan ratus ribu bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ia adalah matlamat asal perniagaan dan cita-cita saya. Di luar sana ramai bekas-bekas perajurit dan juga anggota tentera yang sudah tiba masa untuk bersara mencari-cari bidang untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Ramai yang salah terpilih profesion seperti kawan-kawan saya juga semasa dalam tentera. Percayalah bidang restoren dan katering ini mempunyai banyak peluang untuk orang  seperti kita. Sekiranya anda

Page 13: PERNIAGAAN RESTORAN

melawat blog mamak haji, bacalah setiap kata-kata mamak haji yang keluar dari hati yang ikhlas. Cara Mamak haji menulis saya rasa tuan haji bukannya calang-calang orangnya. Saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada mamak haji kerana sentiasa menyuntik semangat untuk para peniaga makanan hampir disemua posting. Apa yang dikatakan mamak haji didalam perniagaan memang tepat dan betul. Allah jualah beri balasan untuk kebaikanMamak haji….Jazkallahu Khairan.”E-MAIL 2:Semoga Mamak Haji berada dalam lindungan Allah s.w.t..Saya XXXX dari KL merupakan Silent Reader blog Mamak Haji. Bersyukur kerana dipertemukan Allah dengan blog Mamak Haji yang banyak berkongsi ilmu perniagaan & masakan yang banyak memberi manfaat kepada parapembaca..Mudah-mudahan Allah membalas kebaikan Mamak Haji ini.Mamak Haji,Saya berminat menceburi bidang perniagaan makanan. Tidak berniat untuk makan gaji dengan orang sampai bila-bila. Saya ingin bermula secara sampingan dahulu kerana saya masih berkerja tetap. Saya terfikir untuk meletak nasi lemak atau mungkin apa-apa sahaja makanan yang sesuai di kedai-kedai makan mamak/cina atau di stesen minyak yang berdekatan.Apa pandangan Mamak Haji tentang rancangan saya ini?Selain itu, sudikah Mamak Haji berkongsi cara mudah masak nasi lemakdan sambal bilis yang sedap untuk perniagaan? Saya mempunyai periuk masak nasi letrik 10L, bagaimana cara masak nasi lemak menggunaan periuk tersebut supaya tekstur nasi lemak cantik dan sedap..Kalau ada apa-apa petua lain berkenaan masakan nasi lemak dan sambal secarakomersil, saya gembira dan berterima kasih jika Mamak Haji dapat berkongsi…:)3. E-MAIL 3.

Assalamualaikum tuan haji, terima kasih kerana meluangkan masa membaca emel saye ni…dah lame saye mencari penulisan untuk dijadikan rujukan tentang perniagaan restoran dan katering…terima kasih juga kerana banyak info yang saye dapat dalam penulisan tuan haji. Tajuk emel dipilih, untuk menarik perhatian tuan haji supaya membaca emel saye ni…hehe…harap harap berjaya…. :). saya 32 tahun dan suami 30 tahun boleh dikatakan pasangan muda? yang masuk ke dalam bidang perniagaan restoran & katering. Tahun ni merupakan tahun ketiga kami berniaga….Alhamdulillah, sudah nampak peningkatan dari segi jualan…masa mula berniaga dulu dapat sales satu ari RM300…lame-lame naik sikit2….sekarang baru mencecah sales RM800 kadangkala shj dpt RM1000 sehari….Menu yg terdapat di restoran kami Masakan Panas (bukan ala thai tapi ala hotel), chinese style & westernPerniagaan bermula = 5.00ptg – 12.30tghmalam (staff datang seawal 3.30ptg utk siapkan barang2Sewa premis = RM1000 sebulanMasalah yang kami hadapi sekarang, walaupun sales tinggi, tapi cost membeli barang juga akan meningkat….contoh :-contoh jualan :-Jualan hari ini : RM800Jumlah Gaji pekerja : RM175.00/per day(tukang masak RM45/pembantu tkg masak RM25/Pembancuh air RM25/Pelayan 1 RM22/Pelayan 2 RM20/Pelayan 3 RM20 & Pencuci Pinggan RM18)** suami saya merupakan seorang tukang masak hotel dan akan turun padang bersama tukang masak, manakala saya akan membantu suami di bahagian kaunter dan membantu di dapur western (saya masih berkerja siang hari di pejabat) tapi kami takde gaji kat kedai ni melainkan jika ada savings sikit pada ari tersebut**Sewa Kedai+bil air api+astro+maintenance= RM60/ per daypembayaran pinjaman buka kedai kpd ibu saya = RM20/per daybalance = RM545tolak pembelian barang utk esok =RM400Balance = RM145Jika dilihat balance masih ada, tapi kebiasaan nya pembelian barang utk esok hari akan mencecah lebih RM500++

Page 14: PERNIAGAAN RESTORAN

Jadi ada la balance sikit lagi untuk savings….tapi akhir bulan masih tak cukup kerana kami ada sebuah kereta yang masih belum habis dibayar, beri kepada ibu bapa sikit utk belanja dapur, perubatan, bil air api rumah ibu bapa (krn saya masih tinggal bersama ibu bapa krn takde org nak jaga) dll perbelanjaan….kebanyakannya saya akan guna gaji saya untuk tambah2….macam tuan haji bagitau, penyata kewangan mmg cantik tapi….entah la…kami masih bertahan setakat ini…jika ada katering kahwin baru la tarik nafas lega….persoalannya…adakah kerana sewa premis mahal? tapi saya rasa RM1000 utk 2 pintu tidak terlalu mahal…dan 2 staff kami yang tinggal jauh dari rumah, menginap di bilik dlm premis…atau adakah kerana perkerja yg ramai? utk waktu waktu sibuk, kdg2 masih x menang tgn wlupon perkerja ramai….atau mungkin kerana suami lebih cenderung membeli barang2 secara pembelian harian? kami pernah buat stok untuk brg2 kering, tapi tak tak sempat pusing pon duit tu…jika tuan haji ade masa lapang, minta tuan haji bagi pendapat….terima kasih…E-MAIL: 4assalamualaikum en roslanboleh saya bertanya tentang resepi char kuey teaw yg en roslan berikan melalui website tu..kicap cair yang mcamana yg en roslan maksudkan..dan satu lagi mengenai resepi mee udang tu.. boleh tak en roslan beri resepi yg boleh di buat pesnya.. maknanya pes tu kita boleh buat untuk banyak kali masak..sebenarnya saya dan suami baru je nak mulakan bisness ni..saya harap en roslan dapat membantu saya ye..segala kerjasama dari en roslan saya dahului dengan jutaan terima kasih..semoga Allah jua yg dapat membalasnya.. amin..Lihat kegigihan pembaca ini dalam jawapan  e-mail yang ketiganya:assalamualaikum..mamak haji..alhamdulillah dgn izin Allah swt.. saya dan suami dah pun buka gerai char kuey teaw..dgn berpandukan resepi dr mamak haji.. setakat ni boleh tahan juga permintaannya..saya n suami cuma jual char kuey teaw je dulu..nak buat mee udang.. tapi belum ada keyakinan lagi.. insyaAllah suatu hari nanti..trm kasih byk2 atas resepi char kuey teaw mamak haji yang sedap tu…  :)

SIRI 1 :CARA MENGHADAPI PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN.Salam,  Sebelum Mamak Haji meneruskan bab mengenai bagaimana mengatasi persaingan dalam perniagaan, mari kita menghayati Firman Allah SWT dalam Al Quran dan Hadis Rasulallah s.a.w mengenai hasad dengki sesama peniaga-peniaga beragama Islam supaya pegangan agama kita tidak tersasar menerusi persaingan dalam perniagaan. Persaingan yang sihat dan bersih tanpa hasad dengki di hati adalah amat perlu sebelum kita mempelajari teknik dan cara bersaing dalam perniagaan makanan ini. Jangan sekali-kali anggap peniaga lain sebagai musuh perniagaan kita. Sehinggakan ada peniaga yang sama jenis perniagaan yang dijalankan sebelah-menyebelah tidak tegur-sapa bila berjumpa.  Penting bagi kita yang bersaing ialah hindarkan perasaan “HASAD DENGKI” dari hati kita.Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda (maksudNya): “Pintu-pintu syurga itu akan dibuka pada Hari Isnin dan Khamis, lalu diampunkan bagi setiap hamba yang tidak menyekutukan sesuatu dengan Allah, melainkan seseorang yang diantara dirinya dengan saudara itu ada rasa kebencian – dalam hati, lalu dikatakan – yakni Allah berfirman kepada malaikanya: “Nantikanlah dulu kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali. Nantikanlah kedua orang ini, sehingga keduanya berdamai kembali.”(Riwayat Muslim).

Page 15: PERNIAGAAN RESTORAN

Dari Anas r.a, bahawasanya Nabi s.a.w bersabda (maksudnya): “Janganlah engkau semua saling benci-membenci, saling dengki-mendengki, saling belakang-membelakangi dan saling putus – memutuskan – ikatan persahabatan atau kekeluargaan – dan jadilah engkau semua hai hamba-hamba Allah sebagai saudara-saudara. Tidaklah halal bagi seorang Muslim kalau ia meninggalkan – yakni tidak menyapa – saudaranya lebih dari tiga hari.”(Muttafaq ‘ alaih).Firman Allah di Al-Quran: “Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Al-Fat-h: 29.Sila memahami Firman Allah di Al-Quran: MaksudNya: “Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri. Dan Kami telah mengutus engkau (wahai Muhammad) kepada seluruh umat manusia sebagai seorang Rasul (yang membawa rahmat). Dan cukuplah Allah menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini).  Surah an-nissa:79Mari kita memahami apa itu maksud sebenar dikatakan, “perasaan dengki”. Dengki bermaksud , seseorang yang tidak gembira sekiranya orang lain mendapat sesuatu, sedangkan dia lebih gembira bila dia yang dapat. Menurut Imam Ghazali ‘Dengki’ itu ada tiga jenis:1. Rasa kurang senang terhadap nikmat yang dikecapi oleh orang lain, lalu terlalu mengharapkan agar nikmat itu terputus darinya.2. Menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang, sekali pun dia tidak dapat mengantikan untuk dirinya. Orang jenis ini akan gembira bila orang yang dapat kenikmatan itu jatuh. Ini sifat paling keji dari yang pertama.3. Tidak mengharapkan-harapkan nikmat itu hilang dari orang lain tetapi menginginkan nikmat yang sama bagi dirinya sendiri dengan cara berusaha dengan lebih gigih. Biasanya sifat ini dinamakan, “Ghibah”. Maksud Ghibah ialah satu kesedaran atau keinsafan yang terhasil dari akal fikiran manusia yang berjiwa besar dan luhur. Ia sedar dan insaf akan kekurangan dan juga kemunduran yang ada didalam dirinya untuk memperolehi kenikamatan yang sama ada pada orang lain, selepas menyedarinya kekurangan ini, dia berkerja keras, berusaha mati-matian agar dapat sampai kepadanya apa yang dicapai orang yang senang tadi, niatnya ini tanpa disertai kedengkian dan iri hati. Biarpun menginginkan mendapatkan apa yang telah didapati oleh orang lainkenikmatan yang melimpah, namun hatinya tetap bersih, sedikit pun  tidak mengharapkan agar kenikmatan orang lain akan hilang daripadanya. Orang yang  bersifat ghibah ini sentiasa menginginkan pertunjuk dan nasihat, bagaimana dan cara yang perlu ditempuhinya untuk menuju mencapai cita-citanya seperti orang mendapat kenikmatan tadi.Jangan samakan sifat ghibah ini dengan perkara dengki. Peniaga yang luhur budi, dan kental imanya akan memiliki sifat ini. Mereka jenis ini apabila mengetahui sesuatu kenikmatan dan kebaikan dan apa juga kebaikan ada di diri peniaga lain tidak hanya berangan-angan kosong tanpa berusaha dan tidak mempunyai sedikit pun hasad dengki terhadap mereka, dan tidak berharapkan supaya lenyap kenikmatanya atau kebaikan dari peniaga-peniaga tadi, atau pun berniat kenikmatan orang itu berpindah kepada dirinya. Sebaliknya peniaga bersifat Ghibah ini cuba mengandakan usahanya lebih gigih dari peniaga berjaya itu untuk mencapai taraf lebih tinggi kejayaan dari peniaga tadi.Peniaga yang bersifat Ghibah akan memakmurkan persaingan yang sihat dalam perniagaan, sebab jalan yang dilaluinya adalah sangat wajar untuk majukan dirinya melalui perniagaan yang diceburi. Dikatakan persaingan yang tidak wajar dalam perniagaan ialah seperti merosakan harga pasaran secara umum, menghasut pembeli dengan mengatakan  bahawa barang yang dijual oleh peniaga pesaing dengannya tidak berkualiti berbanding dengan kualiti barangnya, makanan yang dijual tidak halal atau bersih, tomahan peniaga seturunya gunakan Jin atau sihir terhadap pelangan, sentiasa mencari jalan untuk mencuri pekerja yang terbaiknya dari pesaing dengan ingin menjatuhkan perniagaannya dan berbagai cara lain untuk bertujuan untuk menjatuhkan perniagaan pesaing. Ada juga peniaga mengaku ia adalah, sebagai  peperangan persaingan dalam perniagaan, tetapi mereka tak sedar perasaan bersifat dengki telah dimiliki mereka yang akan dilaknati oleh Allah SWT. Dari apa yang mamak haji terangkan setakat ini , kita sebagai golongan

Page 16: PERNIAGAAN RESTORAN

peniaga perlu faham “dengki” itu hanya kepunyaan peniaga-peniaga yang berjiwa rendah dan mendorong mereka ini untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain dengan cara yang ditegah agama. Peniaga-peniaga yang memiliki sifat ghibah pula mempunyai sifat yang bertentangan dengan sifat dengki. Sifat ghibah adalah yang amat baik, murni dan menjadi pendorong utama untuk beramal dan berusaha memperolehi kebaikan dan kenikmatan dunia dan akhirat yang di cita-citakan, tidak sama sekali disertai rasa ingin melakukan sesuatu keburukan pada peniaga lain. Peniaga bersifat ghibah ini sentiasa akan ingin berniaga bersama-sama dan akan berkerjasama dengan baik diantara satu sama lain. Biasanya kita senag kenali peniaga seperti ini.Sifat yang dengki dihukumkan “Haram” dalam segala segi, kecuali nikmat yang diperolehi oleh seseorang yang derhaka kepada perintah-perintah agama, lalu dijadikan nikmat yang ada padanya itu, untuk melakukan segala macam maksiat dan larangan-larangan Allah S.W.T., membuat kerosakan-kerosakan di atas muka bumi dan menyakiti orang lain. Maka dalam perkara ini , tidaklah terlarang bila seseorang itu mencita-citakan terhapusnya nikmat itu dari orang yang derhaka itu supaya terhenti kerosakan-kerosakan itu terhenti. Kita tidak boleh membenci seseorang yang dapat kesenangan seseorang Islam yang dianugerahkan Allah SWT kerana ia bukan menyentuh diri kita, ia seperti perbuatan yang murkai ketentuan Allah. Al-Quran membidas orang bersifat seperti ini dengan firmanNya di surah Al-i-Imran:120  (Bermaksud)“Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka; dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.”Mengikut Islam berlumba-lumba atau pun bersaing dengan cara sihat dalam mencari kesenangan atau kekayaan dan kenikmatan dunia tidak dilarang, malah ada kalanya dituntut oleh syariat: Allah telah berfirman Al- Mutaffifeen : 26 , MaksudNya, “Meterainya kasturi; – dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan;”.Setelah pembaca faham mengenai perbezaan mengenai persaingan dalam perniagaan mengikut lunas-lunas tuntutan agama Islam, barulah kita mempelajari strategi persaingan. Mamak haji pernah membaca buku, “Strategi peperangan Sun Tze” yang terkenal diaplikasi dalam dunia perniagaan, politik. Ada yang banyak pendapat “Strategik Perang Sun Tze” ini yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam. Mamak haji akan sentuh bab ini dalam siri 2 nanti.Dalam siri satu ini , mamak haji cuma terangkan apa itu persaigan yang tak terbabit dengan hasad dengki yang bersifat haram dalam Islam dan sifat ghibah yang terpuji. Maka molek benar kita memahami apa makna, “persaingan dalam terminologi perniagaan”. Satu perkara penting anda perlu mengetahui tentang persaingan ialah, “bukan semua perniaga adalah pesaing dalam perniagaan anda”.  Dikatakan pesaing perniagaan ialah peniagaan yang menjual jenis perniagaan yang sama seperti anda. Maka maksud persaingan dalam perniagaan ialah, “satu atau lebih peniaga yang terbabit dalam perebutan pelangan yang sama.” Persaingan dalam perniagaan bukan selalunya tidak baik tetapi ada kebaikannya seperti mengajar kita erti ketabahan menghadapi ujian, lebih inovotif dalam menguruskan perniagaan dan juga meninggikan lagi kualiti produk dan perkhidmatan kita.  Dalam aplikasi Seni Perang Sun Tze dalam perniagaan untuk menghadapi pesaing (musuh) perlu mengenali perniagaan yang diceburi dan juga keadaan sekeliling yang semakin berubah. Peniaga juga perlu mengenali dan memahami perubahan pasaraan, kehendak pelangan dan juga apa kelebihan pesaing dan apa kelemahannya. Kelebihan ini akan memantapkan perniagaan kita ceburi. Di siri 2, Mamak Haji akan sentuh sedikit mengenai aplikasi strategi Peperangan Sun Tze  dalam perpektif persaingan perniagaan. Dah panjang sangat pun posting kali ini..nanti bosankan pembaca.

SIRI 2 :CARA MENGHADAPI PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN – STRATEGIK PERANG SUN TZESalam, Dalam siri pertama Mamak Haji telah terangkan mengenai sifat hasad dengki yang hina, peranan sifat mulia Ghibah dan juga persaingan dalam perniagaan yang dibenarkan mengikut

Page 17: PERNIAGAAN RESTORAN

lunas-lunas Islam. Dalam bahagian kedua ini kita belajar sedikit mengenai startegi bagaimana kita memulakan ‘perang’ terhadap pesaing perniagaan kita, apabila perniagaan kita digugat oleh pesaing yang tidak beretika. Dalam dunia perniagaan semua perniagaan ada risiko, dan juga jangan heran, banyak perniagaan gulung tikar sebelum usia setahun. Persaingan ini bukan saja dari restoren, syarikat-syarikat katering yang berada disekitar tempat perniagaan anda tetapi harus ingat persaingan hebat juga masih berlaku melalui warung-warung makanan yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan, kedai-kedai makan dan juga gerai-gerai yang canggih yang terdapat didalam pasar-pasar raya terbesar yang terdapat di kawasan anda berniaga. Memahmi dan bersaing denga pesaing-pesaing juga adalah faktur penting untuk menyediakan “Rancangan Perniagaan”, sebelum anda ingin buka perniagaan.  Jangan hanya mengalisa perniagan makanan yang sedang maju tetapi perlu juga kaji premis-premis dan juga syarikat restoren yang telah gulung tikar. Ini nasihat untuk yang ingin membuka perniagaan restoren, katering atau pun gerai-gerai makanan.Bagi peniaga-peniaga yang sedang berniaga dan menghadapi persaingan hebat, tidak boleh hanya peluk tubuh dan serahkan sebulat-bulatnya kepada Allah SWT. Sebagai manusia, kita perlu ada sifat marah. Sekiranya tiada sifat marah, atau yang lemah sifat kemarahan itu adalah tercela dari segi agama Islam. Seperti Firman Allah SWT dalam surah al-Fath: 29 yang bermaksud, “Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir.” Allah SWT juga berfirman dalam Al-Quran, surah at-Tahrim:9 yang bermaksud: “Wahai Nabi! Berjihadlah (menentang) orang-orang kafir dan orang-orang munafik, serta bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” Bersikap keras bermakna ada tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, ia itu menyebabkan wujudnya sifat marah. ‘Marah’ bukan bermaksud kita perlu lakukan perkara-pekara yang ditegah oleh Agama Islam seperti jumpa bomoh, menjerumus diri dalam perkara keji atau merampas secara kekerasan hak orang lain.  Kita perlu marah bermaksud, kita perlu bangkit dengan memberi persaingan yang sihat dalam perniagaan. Kita jangan ada hasad dengki tetapi perlu ada sifat “ghibah” yang terpuji untuk menjadi peniaga yang lebih baik dari pesaing untuk majukan perniagaan kita.Seni peperangan Sun Tze,  ini terkenal untuk melawan musuh dan menang dalam peperangan. Membuka perniagaan bukan sukar sangat tetapi mempertahankan perniagaan yang sedia adalah sangat sukar. Dunia perniagaan bukan seperti  10 tahun dulu seperti cuma golongan tertentu saja menceburkan diri dalam perniagaan, tapi kina siapa saja boleh memulakan perniagaan dan boleh memberi persaingan yang hebat kepada peniaga lama. Peniaga lama yang tidak akan tahan dengan cabaran dan kehendak atau trend baru pelangan, akan gulung tikar. Seni Peperangan Sun Tze yang terkenal dalam memenangi setiap peperangan boleh diadapsikan kepada perniagaan, politik atau pun ekonomi. Strategi ini juga digunakan oleh ramai peniaga-peniaga Tiong Hua yang berjaya dalam perniagaan di negara ini. Di sini Mamak haji menerangkan sedikit mengenai Falsafah Strategik Peperangan Sun Tze. Bila disebutkan “peperangan” anda perlu berfikir ia sebagai “persaingan”. Apa yang Sun Tze berkata, Sebelum kita memenangi pertempuran(persaingan) ini, perlu ada perancangan. Perancangan ini perlu digariskan melalui,  5 faktur utama, kedudukan dan Muslihat. Jangan terkejut bila kata “Muslihat”. Anda perlu tahu, semua peperangan dimenangi dengan cara muslihat.1. 5 FAKTOR YANG MENENTUKAN KEJAYAAN.

1. Pemimpin.2. Langit.3. Bumi.4. Moral5. Doktrin dan Disiplin.

2. Lima Faktor utama ini kita pecahkan kepada 3 kumpulan utama: Pemimpin. Langit dan Bumi. Hukum Moral, Doktrin  atau cara dan Disiplin.

a. Pemimpin atau Diri Usahawan itu sendiri.Apa kah ciri-ciri utama yang perlu ada pada setiap pengusaha atau peniaga:

Memahami semau aspek mengenai perniagaan yang diceburi. Memahami mengenai persaingan yang bakal dihadapi. Memahami mengenai makanan dan kesihatan.

Page 18: PERNIAGAAN RESTORAN

Struktur kos, penetapan harga dan kadar keuntungan. Komitmen yang tinggi dan sanggup bekerja kuat Jujur dan ikhlas. Berdaya kreatif. Mahir berkomunikasi. Berani menanggung risiko. Pandai keputusanyang mengikut keperluan dan masa. Cita-cita yang kuat untuk berjaya. Sentiasa mengamalkan disiplin yang tegas dan juga seorang yang penyayang terhadap pekerja. Mempunyai pasukan pengurusan yang cekap. Sentiasa membuat hubungan baik diantara peniaga-peniaga dan juga masyarakat setempat. Jangan lupa sikap ushawan perlu seperti “peniaga 1000 Dinar” dan sentiasa taqwa pada Agama.

2. LANGIT DAN BUMI.seperti anda tahu langit dan keadaan muka bumi akan berubah-ubah. Langit dan Bumi ini dikaitkan dengan faktor-faktor luaran yang sentiasa berubah bagi kedua-dua pihak. Faktor luaran seperti keadaan ekonomi dan politik negara, kedudukan premis kita, dan keadaan Geography pelangan. Faktur luaran seperti tempat letak kereta, Jalan trafik sibuk, kepadatan penduduk dan jenis pelangan, trend pelangan  yang beriring dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh anda. Faktur luaran ini juga termasuk undang-undang Majlis Tempatan. Setiap peniaga perlu berubah dan mengikut faktor luaran ini. Jika anda tidak berubah maka perniagaan akan gagal seperti Dinosor yang mati kerana tidak ubah mengikut cuaca bumi yang berubah. Anda juga sentiasa perlu kaji perubahan yang dilakukan oleh pesaing anda.3. Hukum Moral atau sikap keperibadian.Moral adalah bermaksud semangat. Semangat anda perlu sentiasa tinggi untuk berjuang dalam perniagaan. Anda perlu sentiasa yakin, “apa juga anda buat itu adalah betul dan amat diperlukan survival perniagaan. Sentiasa perlu “benar” terhadap diri sendiri. Untuk mempastikan anda benar, boleh boleh menguji berapa soalan pada diri anda seperti:

Adakah saya betul apa yang saya lakukan?. Adakah saya mempunyai sebab yang betul? Adakah orang lain akan setuju apa yang saya lakukan?

Disiplin pulak amat penting dalam organisasi perniagaan. Pengurusan Masa perlu sentaiasa ditepati. Sekiranya waktu kerja bermula pada pukul 6:00 pagi, sebagi pemimpin perlu ada pada pukul 5.30 pagi, jangan pekerja pulak tunggu kita. Jangan membazirkan waktu, “masa itu emas” dalam prniagaan perkhidmatan makanan. Etika kerja juga perlu disemaikan kepada semua pekerja. Perkara ini anda boleh lihat kepada pesaing anda.  Sekiranya anda sendiri gagal mengetahui kesilapan anda, bagaimana anda boleh cari  kesilapan dari pesaing anda?. Untuk mengetahui kelemahan pesaing kita perlu mengetahui dulu kelemahan kita. Dengan sebab itu Sun Tze ingatkan, “sebelum kenali musuh anda, kenali diri anda dahulu, nescaya anda dapat harungi seratus peperangan tanpa kalah”. Seperti orang beragama kata, ” Maka siapa yang akan kenal dirinya, maka kenal lah tuhannya”. Yang Mamak Haji kata kenali diri ini tak payah, bukak-bukak oleh tuan guru. Kena bukak sendiri. Ingatkan nak habiskan tajuk ini tapi masih panjang lagi namapak gaya nya kena berhenti setakat ini saja. Nanti cuba sambung dalam bahgian 3 nanti, itu pun kalau ada yang minat …kalau benda logik ini memang bosan membaca. Kalau Mamak Haji menulis kisah, ” Adengan porno karpal DAP”, meletup blog Mamak haji ini…hahaha!. Dunia..dunia. Teringat, Bekas Perdana menteri yang terkenal Winston Churchill pernah berkata, “Sesuatu cerita bohong boleh sampai kepada ke separuh  dunia,  sebelum orang itu pakai seluar dan beritahu perkara itu tidak benar”. 

9 FAKTA PERNIAGAAN YANG PERLU DIFAHAMI SETIAP PEKERJA DI RESTOREN ANDA.

Page 19: PERNIAGAAN RESTORAN

Salam, Mamak haji nak tanya kat taukeh-taukeh restoren, Adakah semua pekerja anda di restoren anda tahu mengenai bagaimana sebuah perniagaan restoren menjalankan perniagaan?. Cuba tanya pada pekerja anda, mereka tahu tak mengenai perniagaan?. Sudah pasti mereka tidak tahu atau tak mahu ambil tahu, “Apa itu Perniagaan”. Bagi mereka cukup bulan dapat gaji sudah!. Ini bukan salah pekerja, bagi mereka kalau tahu pasal perniagaan, sudah tentu mereka dah buka kedai makan. Tak tahulah jadi kuli. Kalau kita fikirkan dari keputusan pendapat pekerja-pekerja ini, sudah tentu mereka pun tak tahu, anda sebenarnya menjalankan sebuah perniagaan. Mamak Haji tanya balik kepada pengusaha restoren, kalau anda begitu bersemangat hendak meningkatkan jualan harian restoren, bila perniagaan anda semakin hari semakin merundum, bagaimana pekerja-pekerja ini boleh membantu anda?. Akhirnya anda cuma syok sendiri kerana pekerja kita tak faham apa itu perniagaan sebenarnya, walau pun kita faham.  Untuk memahamkan pekerja apa itu perniagaan tak perlulah hantar pekerja itu belajar “business” pulak. Apa yang anda perlu lakukan sebagai pengusaha , ambil sedikit masa dalam setiap minggu untuk sesi taklimat tentang asas-asas perniagaan. Seminggu satu topik, ia perlu berterusan. Jangan hangat-hangat tahi ayam. Sebelum tutup kedai, panggil pekerja-pekerja anda, belanja makan piza atau McD atau kentucky hahahaha..kalau dua tiga orang oklah tapi kalau ramai suruh tukang masak masakan istimewa. Jamu selera dengan pekerja anda dan mulakan taklimat tentang perniagaan dengan contoh tajuk-tajuk yang mamak haji berikan dibawah ini. Di akhir taklimat asas perniagaan ini, jangan lupa baca doa selamat dan murahkan rezeki, maka ia akan jadi perkumpulan yang diberkati Allah SWT.1. Keuntungan = Jualan Tolak dengan Perbelanjaan. Sekiranya perbelanjaan lebih dari jualan kita boleh bukak pintu kedai dan tutup. Selepas semua wang tunai habis, kita tutup rapat perniagaan kita dan balik kampung. Perlu terangkan kepada pekerja kita, apa yang kita perolehi dari jualan bukan semuanya untung. Kadang kala ada juga juru wang ini cukup baik, dia akan bocorkan rahsia jualan harian kepada pekerja-pekerja. “Hari ini boss untung bayaklah sampai puluh ribu”. Maka pekerja yang tak faham..biasalah.2. Perbelanjaan dalan perniagaan ada 2 jenis.  Ia itu tetap dan berubah. Berikan contoh mudah seperti sepinggan mee goreng mamak, semua bahan-bahan untuk menyediakan mee seperti mee, sayur, cucur, minyak dan juga gaji pekerja adalah, “Kos Berubah (tak tetap).”  Kos tetap ialah seperti sewa kedai, yuran astro, yuran lesen perniagaan Majlis Tempatan. Apabila saja mee goreng telah siap kos yang ada pada mee goreng pertama sekali ialah kos tetap.  Bila pelangan bayar duit di kaunter kos berubah akan menyusul. Kalau kita jual mee goreng mamak sepinggan RM3.00 bukan untung RM3.00. Ini kena ingat. Mungkin untungnya cuma RM0.50 saja.3. Semua bahan masakan, makanan atau minuman yang terdapat dalam restoren adalah seperti wang tunai. Maka setiap barangan ini perlu dijaga dengan baik. Stok yang berlebihan akan membantutkan aliran tunai. Maka setiap gelas air sekiranya pecah semasa basuh sebenarnya anda telah menghilangkan nilai tunai gelas tersebut. Dan berbagai-bagai contoh yang lain anda boleh misalkan.4. Sebenarnya meningkatkan jualan harian akan lebih menguntungkan dari cuba mengurangkan kos perbelanjaan seperti mengurangkan masakan. Tetapi ramai suka mengurangkan kos dari meningkatkan jualan. Bagi mamak haji suka yang pertama dengan meningkatkan jualan, tapi terpulanglah kepada pengusaha sendiri. Kita perlu punyai kemahiran untuk menangani kedua-dua perkara ini dalam satu masa. Sekiranya ada pekerja yang berminat dan punyai bakat dalam jualan, beri perhatian khas kepada dia.5. Dalam seringgit ada 20 duit syling lima sen.  Berikan kepada pekerja-pekeja anda suruh mereka bahagikan kepada sewa restoren, gaji pekerja, dan semua perbelanjaan. Mereka akan terkejut apa yang baki tinggal kepada mereka. Pekerja akan lebih memahami diri anda.6. Beritahu kepada pekerja anda sebenarnya kos mereka adalah lebih dari gaji yang mereka terima sebanyak 30 peratus. Maka setiap RM100 ringgit gaji mereka , tambahan RM30 untuk mereka seperti KWSP, SOCSO, cuti rehat, cuti sakit, pakaian seragam, makanan dan minuman seharian. Sekiranya gaji RM700 sebulan makan tambahan ialah RM210 sebulan. Maka inilah kos pekerja.7. Di Perniagaan restoren, kos perbelanjaan paling tinggi adalah gaji pekerja. Inilah sebab setiap pekerja selalu diperhatikan oleh majikan.  Produktiviti pekerja amat penting dalam perniagaan restoren. Dengan sebab itu kenaikan gaji dalam perniagaan restoren terlalu kritikal. Kenaikan gaji selalu diberikan mengikut produktiviti pekerja bukanya mengikut tahun berkerja.

Page 20: PERNIAGAAN RESTORAN

8. Peralatan baru dibeli untuk meningkatkan jualan. Untuk beli peralatan perlukan wang, wang mungkin dari kocek pengusaha atau dipinjam.  Peralatan yang terbaik dan dijaga selalunya memberi pulangan pelaburan yang baik. Peralatan bukan saja mudahkan kerja tetapi selalunya menjimatkan tenaga kerja. Penting sekali perlatan di restoren akan meningkatkan jualan yang sedia ada.9. Kadang-kala kita terlepas pandang pada benda kecil yang terbuang yang melibatkan kos yang tinggi sekiranya dikira mengikut bulanan.  Ini akan mengakibatkan kos tinggi dalam perbelanjaan. Bahan -bahan masakan seperti minyak masak, gas memasak, teh, gula, susu, sabun basu, tisu, air, letrik dan lain-lain yang dibazirkan, walau pun terbuang sedikit tetapi ia kan menjadi jumlah yang besar dan kos terbuang yang banyak. Maka  pada setiap hari barangan ini perlu jaga.banyak lagi perkara lain kita boleh bincangkan dan beri pengetahuan asas perniagaan untuk pekerja kita dalam taklimat dengan pekerja. Pada pengusaha- pengusaha yang baru buka perniagaan restoren ambil berat tentang perkara ini. Kejayaan sesebuah perniagaan restoren terletak pada berkerja kumpulan atau team work, bukan perseorangan. Mamak Haji harap taklimat seperti  ini anda masukan dalam SOP restoren anda. Wassalam.

ALIRAN WANG TUNAI / “CASH FLOW”.Kali ini Mamak haji ingin beri sedikit penjelasan mengenai pengurusan kewangan dalam perniagaan restoren dan katering yang Mamak haji memahami. Mengurus dan mengawal aliran tunai adalah paling sukar dalam perniagaan restoren yang sentiasa wang tunai masuk dan keluar.  Sekiranya pengurusan aliran wang tunai atau cash flow tidak difahami betul-betul dalam perniagaan restoren atau katering, akan menyebabkan sesebuah perniagaan restoren atau katering kemungkinan besar mengalami masalah kewangan yang serius untuk tidak mampu lagi membayar upah pekerja, membayar sewa, mengantikan peralatan perniagaan yang rosak atau membeli stok bahan-bahan mentah untuk masakan. Terpaksalah pengusaha restoren atau katering itu tutup perniagaannya atau pun kena jumpa “abang along” atau ceti haram. Bagi Pengusaha dan Peniaga makanan ini pinjam dari along bukan perkara jenaka tetapi ia serius dan telah pun menjadi penyakit sosial dalam negara kita. Kredibiliti kerajaan dalam membantu golongan peniaga-peniaga kecil terutama bagi golongan orang Melayu masih boleh persoalkan. Kenapa peniaga-peniaga ini mengambil pinjaman dari Along atau “loan Shark” ini?. Jangan mengambil jalan pintas dengan menuduh golongan pemimjam ini malas berusaha atau kurang memahami risiko yang akan mereka hadapi. Pemimjam dari along ini sebenarnya putus  ”aliran wang tunai” untuk menjalankan perniagaan yang sedia ada yang menjadi periok nasi mereka. Tanpa perniagaan yang mereka ceburi, keluarga dan diri mereka kemungkinan manjadi papa-kedana. Ini keadaan terpaksa!. Bukan suka atau pun hobby memimjam dengan “along”. Siapa yang boleh bantu peniaga seperti ini?. BANK?. Alahai Bank komersial negara ini selalunya, “Bila tak hujan mereka ini hulur payung, Bila hujan mereka tarik kembali payung dan biarkan anda basuh Kuyup”. Maksud Mamak haji bila banyak duit tersimpan dibank mereka ini hari-hari talipon kita untuk memaksa ambil pinjaman, bila tak ada duit, ingin pinjam dari bank minta dokumen itu dan ini. Setiap kali jumpa pegawai bank, bila tanya kedudukan pinjaman kita; jawapannya senang, permohonan pinjaman dalam perhatian KL. Selepas enam bulan anda akan dapat jawapan yang paling menyeronokan, ” Duka citanya dimaklumkan permohonan anda telah gagal..hahaha!. Maka nak pinjam dengan Kerajaan?. Tunggu pilihanraya umum atau pilihanraya kecil maka Menteri Pusat akan berbesar hati pertama kali melawat kawasan anda bersama Bakal YB yang macam “usa masuk kampung akan hulurkan cek pinjaman di Majlis besar-besaran yang dianjurkan parti politik. Bagi derma tak apa juga, tapi nak bagi duit rakyat kepada rakyat pun nak pancing undi dulu macam duit emak bapak depa punya pulak. Oh lupa, anda juga termasuk golongan yang layak terima bantuan wang zakat Baitulmal kerana menanggung hutang dan tidak mampu menyelesaikan dan bukankah anda juga termasuk dalam 8 asnaf yang layak terima – golongan A-Gharimin?. Nanti dulu, nanti pegawai baitulmal beri jawapan, Duit zakat Baitulmal dah habis kerana bayaran kos Peguam untuk bela Menteri Agama dan telah pun melabur dalam buat bangunan baitulmal 10 tingkat…hahahaha!. Akaun masuk kita tahu,

Page 21: PERNIAGAAN RESTORAN

keluar allahhualam. Bantu ummah jual minyak urat?. Apa yang peniaga Melayu yang berniaga seperti, “kais pagi makan pagi, kais petang, makan petang”, perlu buat?. Fardu”Ain itu penting dan Fardu Kiffayah juga penting untuk ummah. Ummah tidak lagi dipentingkan ramai diantara kita. Mak benarlah Rasullulah s.aw. menitis air mata setiap kali solat tahjud kerana kenangkan ummah. Dan apa pula pilihan si peniaga  ini ada?. Peniaga seperti ini tidak ada pilihan dan terpaksa masuk ke dalam mulut along kapir yang menjadi kayu api dineraka jahanam. Yang menjadi isu ialah bukan pinjaman itu tapi kemampuan membayar balik pinjaman itu dengan kadar bunga yang tinggi?. Bagaimana boleh bayar along kalau bunganya sampai mencecah 20 peratus sebulan?. Perniagaan yang mereka ceburi untungnya cuma 15-18 peratus. Jumlah peniaga ini pinjam dengan along bukan bilangan yang sedikit. Di Pulau Pinang ada seorang “along” yang kena cekup dengan PDRM. Rupanya along ini mempunyai 1,700 pelanggan tetap dan nilai jumlah perniagaan untuk tiga bulan saja melebihi dari RM15 juta!. Bila Mamak Haji temu dengan rakan – dari golongan pengusaha restoren, selalu ingatkan mereka jauhi dari memimjam dengan along kerana kita tak mampu membayar dengan bunga yang dikenakan.Memang kebanyakan Restoren mengikut penyata akaun tahunan tidak akan rugi. Sekiranya di Penyata kewangan tahunan untung tak semesinya restoren itu untung. Mamak haji ingin tegaskan kepada sesiapa yang mahu mencebur diri dalam perniagaan restoren dengan membeli restoren yang sedia ada. Jangan terlalu ghairah dengan Akaun Penyata KEUNTUNGAN Kewangan Tahunan Syarikat restoren itu. Tanya sekali penyata analisa “cash flow” syarikat dan baru buat keputusan. Bank-Bank komersial cuma akan luluskan pinjaman anda dari analisa “cash Flow” bukannya dari Penyata keuntungan Kewangan tahunan syarikat. Ingat, ” PERNIAGAAN ANDA AKAN JATUH, WALAU PUN PERNIAGAAN ITU MEMBERI KEUNTUNGAN TETAPI TIDAK MEMPUNYAI ALIRAN (CASH FLOW) YANG BAIK”. Keuntungan adalah pendapat, wang tunai adalah keyataan. Tanpa wang tunai yang cukup..habis perniagaan anda.Pengurusan kewangan paling cekap dan penting dalam perniagaan restoren atau katering adalah pengurusan “Aliran wang Tunai”. Tanpa anda mengetahui apa makana “aliran wang tunai”, sudah pasti anda akan gagal menjalankan perniagaan. Jangan peningkan kepala anda dengan berbagai-bagai andaian tentang aliran wang tunai ini. Cara mengira aliran wang tunai ialah, berapa banyak wang masuk melalui jualan dan tolak dengan jumlah wang keluar (maknanya perbelanjaan) pada setiap bulan. Jadikan ia sebagai amalan setiap akhir bulan. Di setiap akhir bulan anda akan mengetahui tahap kedudukan kewangan aliran wang tunai anda, adakah ia selesa atau buruk. Kalau buruk tanya diri anda di mana silapnya?. Mudah bukan?.Tujuan kita berniaga ialah, ingin bebas dari masalah kewangan, bukankah kita perlu mengukur kedudukan kewangan kita sama ada kita berada dalam kedudukan ke bebasan kewangan atau berada dalam masalah kewangan?. Kalau masalah kewangan kita perlu menjaga perbelanjaan kita untuk memastikan kita merancang segala bentuk perbelanjaan untuk bulan hadapan dengan kaedah-kaedah penjimatan dan pengasingan dan membetulkan pembaziran dan meminumkan pengeluaran wang tunai. Dalam perniagaan kalau tak ada hutang bukanya dikatakan perniagaan. hutang dalam perniagaan memang  biasa tetapi untuk menghapuskan semua hutang-piutang kita juga perlu mencapai matlamat kewangan kita. Setiap akhir tahun, kita perlu pasang niat atau matlamat untuk memperbaiki aliran wang tunai kita untuk tahun berikut kepada kenaikan sekurang-kurangnya 15 – 20 peratus setiap tahun. Aliran wang tunai amat perlu untuk tabungan untuk masa depan. Tabung ini boleh dirancang untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.Mamak haji bukan nya seorang accountant, tetapi belajar dari pengalaman dengan jatuh-bangun dalam perniagaan ini. Masa jatuh terlantar itu, Mamak Haji tanam semangat untuk bangun dengan lebih kuat supaya tidak jatuh lagi. Kita perlu sentiasa insaf kesalahan kita dan jangan sekali menuding jari kepada orang lain, dengan berbagai tomahan seperti kena tipu, kena sihir, kena main dan macam-macam lagi. Akuilah, kita kena tipu kerana yang tipu itu lebih cerdik dari kita dan kita ini masih bodoh dalam peniagaan, kalau kena sihir, katakan pada diri anda, “saya tak mengamalkan kaedah yang agama mengajar kita untuk selamat dari terkena sihir”, kalau rasa kena main, Ingatkan diri anda, “saya meniaga suka main-main dan tak serius”. Agama kita mengajar kita untuk menilai diri kita sendiri. Kita nilaikan diri kita sendiri, apa yang menyebabkan kita gagal?. Kita menuding satu jari kepada orang lain, empat jari yang lain itu menuding ke arah

Page 22: PERNIAGAAN RESTORAN

diri kita. Sekiranya jatuh dalam perniagaan, terima hakikat kesilapan kita yang lampau supaya kita boleh membaiki diri untuk menghadapi apa jua cabaran di masa hadapan.Sedikit lagi Mamak haji nak sambung tentang cash flow ini. Ia dipanggil, “Cash flow Gaps”. Gaps itu bermakna ruang yang berlaku semasa wang tunai masuk dan wang tunai keluar tidak sama dengan satu sama lain. Sekiranya wang tunai keluar lebih banyak dari wang masuk dari perniagaan, ini akan menyebabkan perniagaan anda akan mengalami kekurangan wang tunai. Perkara ini kerap kali berlaku pada restoren yang baru buka kerana untuk membuka restoren kita perlu belanjakan wang tunai yang berjumlah besar. Perbelanjaan seperti deposit sewa bangunan restoren, papan-iklan, semua peralatan restoren, pendaftaran perniagaan, lesen yang berbagai, dan lain-lain. Bila kita boleh dapat kembali wang tunai telah dikeluarkan itu?. Sebulan atau 10 Tahun?. Maka semasa membuka restoren pandai-pandai atau bijak membelanjakan setiap ringgit wang tunai. Kita amat perlukan wang tunai itu untuk operasi restoren itu kelak. Jangan habiskan semua wang tunai anda hari ini, semata-mata harapkan dari jualan harian esok. Rancang dengan baik.Bagi yang membuka katering kantin atau katering untuk kerajaan, masalahnya ialah kredit/ hutang. Ada juga pengurusan kantin kilang memberi kupon subsidi untuk pekerjanya untuk meringankan perbelanjaan pekerja untuk beli makanan yang dijual dikantin. Pengurusan kilang pula mensyaratkan kupon ini hanya boleh dituntut pada akhir setiap bulan. Itu baru tuntutan tapi bayarannya entah bila. Pengusaha kantin perlu amat berwaspada dengan hutang cara profesional ini. Jangan terlalu ghairah dengar, nilai kupon ini boleh cecah kepada puluhan ribu diakhir bulan. Tapi mampukah anda menyediakan sejumlah wang tunai untuk membayar gaji pekerja dan beli bahan makanan?. Apa hal sekiranya pekerja makan dalam dikantin anda cuma dalam lingkungan nilai kupon itu saja. Anda akan kekeringan wang tunai masuk. Anda perlu ada wang tunai yang secukup untuk setiap bulan atau anda juga boleh berhutang dengan pembekal. Jadi dalam hal ini untuk mengawal aliran wang tunai, cuba cari perbedzaan di antara jumlah hutang yang belum anda belum bayar kepada pembekal anda dengan keseluruhan jualan anda di setiap akhir bulan. Jangan pulak nanti hutang anda kepada pembekal lebih banyak dari wang yang belum terima dari jumlah hasil jualan. Sekiranya pemiutang anda lambat membayar, dibulan hadapan anda perlukan lebih banyak wang tunai sehingga anda sukar untuk membayar gaji pekerja-pekerja anda. Inilah banyak kes majikan mintak hutang dengan pekerja.Mamak haji sejak tiga tahun membuka blog ini, tak pernah dapat sebarang soalan dari golongan katerer kantin kilang. Harap katerer kilang yang hadapi masalah, bolehlah kita berkongsi pendapat mencari penyelesaian. Pengusaha Katerer kantin yang 99 peratus dari daripada pengusaha Melayu perlu ubah wadah perkhidmatan katering kantin ini kepada lebih profesional dan dihormati oleh pengurusan kilang. Pengusaha katering kilang perlu berubah dari cara berfikir lama kepada cara baru dan profesional. Perlu adapsi pembahruan dalam dunia perniagaan. sekiranya anda sebagai pengendali kantin berpuluh tahun tapi masih lagi mengejar tender baru dengan lebih murah harga dari tahun-tahun yang lepas bukan seorang yang profesional.  Kini perlu ubah cara katerer merayu untuk mendaptkan tender kantin dari pengurusan kilang kepada pengurus kilang merayu kepada katerer untuk dapatkan perkhidmatan mereka. Setiap kali katerer baru dilantik, setiap kali pihak pengurusan kilang minta harga diturunkan tetapi nak kualiti perkhidmatan yang tinggi. Mampukah anda lakukan. Mat salleh kata, “if you give peanut, only monkey will come to you”. Apakah nasib golongan katerer kantin Melayu di Pulau Pinang ini tidak terbela?. Kenapa tidak satukan semua pengusaha katerer kantin Melayu Pulau Pinang dan tentukan harga makanan yang dijual dikantin kolej, sekolah menengah, sekolah rendah, kantin bangunan kerajaan, kantin kilang?. Ayam, beras ada harga ceiling kenapa tak letak harga ceiling untuk ayam goreng, nasi sepinggan atau ikan?. Restoren mamak ada persatuan yang menentukan harga. Jangan terlalu harapkan sangat bantuan kerajaan untuk bela nasib golongan pengusaha katerer Melayu Pulau Pinang. Kalau tak percya satu hari nanti ada syarikat gergasi dari pusat yang rapat dengan orang atas akan mengambil tender seluruh sekolah-sekolah Malaysia. Nanti Raja beras, Raja Gula, Raja Roti akan buat kertas kerja untuk jadikan Raja kantin pulak dah!. Di hospital dulu ramai kontractor kecil bumi cari makan dengan cleaning service tapi sekarang satu malaysia siapa yang dapat kontrak?. Bukan anak ???. Kononnya nak beri peluang pekerjaan untuk anak tempatan. Bukan untuk anak tempatan tapi untuk rakyat Bangla yang golongan kapatalis suka…hahahha!. kera dihutan disusukan, anak dirumah kelaparan. Satu masa nanti semua kantin sekolah penuh dengan Mat bangla je!. Taukeh

Page 23: PERNIAGAAN RESTORAN

satu…Inilah Mamak haji faham tentang erti kata sebenar satu Malaysia. Satu Taukeh untuk satu Malaysia. Dasar kapatalis!. Mamak haji teringin juga ke Kedai runcit Satu Malaysia..dengaq khabaq beras murah..hahaha!…tapi itulah yang jual itu Mamak Mydin . Mamak Mydin ini ada juga cita-cita nak jadi Raja Kedai runcit???. Tapi Mamak haji ada juga minat nak bukaq “kedai rempah satu malaysia” dan mahu jadi Raja Rempah dan papadam. Kena tanya kat pengunjung ke blog Mamak haji, ada cadangan kerajaan nak bukak kedai rempah satu malaysia ke???. hahahaha… Seperti biasa kalau ada masalah e-mail Mamak haji: [email protected]. Komen dengan e-mail ini lain. Mamak Tak suka jawab komen sebab komen di blog ini terlalu open. Kalau anda tanya mamak haji, “rempah yang paling best brand apa?”. Mana boleh mamak haji jawab..kecilkan hati pengilang lain pulak. Lagi pun Mamak haji tak mahu layan komersial. Ramai yang ingin letak iklan. Mamak haji tak mahu kerana ilmu bukan barangan jual beli. Lagi pun mamak haji dah puas dengan duit…tapi kurang kaya dari Bill Gates..hahaha!. Maksud mamak setiap hari dulu asyik kira duit je selepas jualan. Sekarang nak rest dan seronok dengan layan e-mail yang banyak setiap hari..hehehehe!.Mamak Haji tulis apa yang terlintas di pemikiran tak tapis..kadang-kala celaru.tapi itulah style Mamak haji yea!. Tak berniat singgungkan perasaan orang lain. Insyallah kalau ada pengunjung yang sukar tidur bolehlah baca atikal ammak haji diblog ini untuk cepat..zzzzzz!. Wassalam.

ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHUSalam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun “aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual. Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini  jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan  jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait dengan jualan hidangan masakan  harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan operasi perniagaan. Ini  bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda. Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.Mamak haji telah banyak kali menulis dalam posting mengenai akaun perniagaan ini. Cash Flow dalam perniagaan restoren seperti darah dan daging. Sekiranya anda mula mengambil berat tentang cash flow atau aliran tunai ini, sekurang-kurangnya insyallah boleh tentukan kejayaan seperti anda kehendaki atau pun dirancangkan. Kegagalan dalam mengawal dan menguruskan cash flow ini, kemungkinan perniagaan anda seperti menjangkiti  penyakit kanser, sedikit demi sedikit ia akan menjadi besar dan terpaksa anda tutup perniagaan dan memaksa diri anda untuk membuat pinjaman segera seperti “ah long”. Maka  anda tahu kenapa ramai pengusaha-pengusaha restoren terjebak dengan hutang ah long ini. Bila mula hutang dengan kadar faedah yang pelik dan manakjubkan, anda  bukan lagi  kandaq nasi tetapi hutang yang harus kandaq sampai patah kandar. Awas yea!. Mamak Haji harap sangat pengusaha-pengusaha Melayu ambil serius dalam

Page 24: PERNIAGAAN RESTORAN

menguruskan aliran tunai ini, insyallah anda boleh berjaya dalam perniagaan yang anda sedang jalankan atau yang ingin membuka perniagaan.10 PERATURAN DALAM MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI DALAM PERNIAGAAN YANG ANDA PERLU TAHU:1. Jangan jadikan kantung aliran tunai syarikat anda kepada hampir sifar, ia ibarat anda telah gagal dalam perniagaan yang sedang anda menguruskannya.2. Aliran Tunai ibarat roh dalam tubuh badan, ingat cuma Wang tunai yang terus hidupkan perniagaan anda.3. Pada masa yang sama baca posting ini, tahukah anda berapakah baki wang tunai anda dalam syarikat anda atau dalam pegangan anda sekarang?. Adakah anda cuma bergantung kepada jualan harian yang belum tentu cukup untuk  perbelanjaan untuk esok hari. Jangan ingat cuma orang baru dalam perniagaan atau kurang pengalaman akan gagal dalam perniagaan, orang yang lama berniaga juga akan lingkup sekiranya tidak bijak menguruskan kewangan terutama dengan aliran wang tunai. Maknanya bukan semua perniaga yang berpengalaman boleh berjaya dalam perniagaan dan bukan semua peniaga yang baru dan tidak punyai pengalaman akan gagal dalam perniagaan. Kejayaan atau kegagalan perniagaan amat bergantung kepada pengurusan dan bukannya semata-mata pengalaman. Siapa juga sekiranya pandai menguruskan perniagaan yang diceburi, insyallah anda akan berjaya.4. Apa saja perlu lakukan untuk hari ini, jangan sekali tunda untuk ke esok hari. Dalam perniagaan, “tiada esok untuk mu”. Mat Salleh kata, “tommorrow never dies”. Sikap menunda apa yang perlu buat untuk hari ini akan menjadi tabiat buruk yang mengongkong kita. Maka pastikan apa saja perlu buat seperti tutup kira-kira akaun perniagaan seperti jumlah jualan dan jumlah perbelanjaan perlu buat setiap hari. Pada mulanya ia memang sukar tetapi, ” alah bisa tegal biasa”. Ia akan menjadi routine harian yang amat menyeronakan dalam perniagaan.5. Sekiranya tak mampu mengupah pekerja untuk menguruskan akaun syarikat, belajar dan buat sendiri. Jangan beri alasan yang bukan-bukan seperti pepatah melayu, “kalau tak pandai menari, jangan salahkan lantai”. Kalau tak pandai dalam akaun syarikat terutamanya menguruskan kewangan, belajar sekarang.6. Jangan cari jalan mudah untuk menguruskan kewangan atau akaun perniagaan anda dari penyata akaun bank di akhir setiap bulan. Baki yang terdapat dalam penyata akaun bank tak sama dengan baki yang betul ada pada anda. Anda akan keliru nanti.7. Bolehkah anda bayangkan enam bulan akan datang, berapakah baki tunai yang anda tinggal untuk anda menjalankan perniagaan?. Ramai peniaga gagal dalam perniagaan restoren kerana tak cerdik untuk meramalkan kewangan aliran tunai mereka untuk unjuran masa depan perniagaan yang mungkin hadapi kelembapan dan menyebabkan  alliran wang tunai juga turut lembab dan merundum.8. Masalah aliran tunai tidak terjadi sendiri atau hadir tanpa diundang. Biasanya kita yang mengundang masalah aliran tunai kerana tidak cekap menguruskan atau meramalkan untuk masa depan perniagaan.9. Menentukan dengan tepat ramalan (forecasting) aliran tunai adalah kunci  kejayaan dalam perniagaan restoren. Belajar cara yang betul dan bagaimana anda boleh meramalkannya “cash flow forecasting”.10. Masalah aliran tunai adalah masalah besar sekali dalam perniagaan restoren, sekiranya anda terkeluar dari masalah ini, insyallah, anda boleh tumpukan 100 peratus untuk majukan perniagaan anda. Kadang-kala anda memang punyai bakat semula jadi dalam perniagaan restoren tetapi tidak boleh jadikan kenyataan  seluruh bakat anda untuk majukan perniagaan kerana sering terbantut kerana pengurusan tidak cekap dalam menguruskan aliran wang tunai.Sebelum mamak haji sudahkan tajuk ini, sila baca masalah yang sering dihadapi oleh pengusaha restoren Melayu, yang telah dikirimkan oleh seorang pembaca budiman melalui email seperti berikut: “Salam mamak,baru-baru ini saya telah membuka sebuah restoran hasil perkongsian dengan seorang kawan.Masalah yg sy hadapi ialah restoran sy tidak mempunyai`cash flow`seperti yg mamak terangkan di artikel mamak.Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan.Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?”.

Page 25: PERNIAGAAN RESTORAN

JAWAPAN:Salam Saudara Khubrani,Terima kasih singgah diblog mamak haji. Soalan anda juga sangat baik. Untuk perniagaan terbaik perlu ada ramalan aliran wang tunai atau cash flow forecasting. Ramalan ini akan membantu seorang usahawan untuk ramalkan baki cash atau cash balance. Ramalan ini juga membantu anda jumlah keperluan tunai yg perlu ada untuk menjalankan perniagaan seharian, bila masa perlu mencari sumber pinjaman,dan berapa jumlah cash flow yang anda perlu ada untuk sesuatu masa yg ditetapkan. Biasanya ramalan aliran cash flow ini dibuat untuk setahun tetapi dalam perniagaan restoren, ramalan dibuat untuk sehari ke sehari adalah terbaik.Satu perkara yang perlu ingat dlm perniagaan restoren adalah, cash atau tunai dimaksudkan ialah. duit syling, wang kertas, duit dalam simpanan bank atau pun kemudahan overdraft yg diberi bank dan bukan  hidangan yang telah siap masak untuk jualan harian.Sekiranya belum jual nilai hidangan kita cuma sifar. Jangan seakli-kali keliru dengan cash flow dengan keuntungan perniagaan yea.

saudara, perniagaan terbaik ialah bila mana wang tunai masuk melebihi wang tunai yang keluar. Ini akan memberi gambaran “perniagaan anda sihat”. Tetapi perlu ingat pendapatan dan perbelanjaan dalam cashflow jarang sekali dalam keadaan sama atau equal. Biasanya cash yang masuk akan tinggal dibelakang oleh cash flow yang keluar, maka dengan sebab itu anda perlu adakan cash flow yang cukup untuk menjalankan perniagaan seharian anda. Mamak Haji dah jawab soalan anda, “  .Kawan sy menggunakan wang jualan harian untuk membeli keperluan”. Bila anda telah gunakan habis cashflow masuk, cashflow bagi perniagaan  anda adalah “O”. Sesuatu yang tidak betul sedang berlaku dalam perniagaan anda.

 

Dengan itu anda bersama rakan kongsi anda perlu mencari jalan untuk mempercepatkan cash flow masuk dari cash flow yang keluar.Maksud mamak haji anda perlu tahan cash flow keluar sebelum cash flow masuk dari jualan. Ini kena belajar “rolling cash” bukan rolling stone hahaha!. Cuba kongsi fikir bagaimana caranya tahan duit keluar itu sebelum duit masuk dari jualan. Perniagaan biasanya, Masuk dulu baru keluar tetapi perniagaan anda sudah jadi keluar dulu, baru masuk. Awas yea!. satu hari nanti keluar lebih dari masuk.sedikit demi sedikit ia menjadi bukit dan keadaan yang tak baik akan berlaku dalam perniagaan anda.Do something now! before too late!!!!.

 Mamak haji bagi sedikit panduan untuk membaiki cash flow syarikat anda:

1. Cuba sediakan menu yang yang memberi sumbangan lebih kepada cash flow anda. Maksud mamak haji dari jual ulam-ulam dan ikan kering jual ayam goreng yg lazat. Kalau ulam 0.50 kupang harga ayam seketul RM3.00 – RM3.50. Daripada untung dua kupang jual ulam kita jual ayam dapat RM2.00. Dengan 1 ketul ayam anda dapat RM2.00 berbeza dgn untuk dapat untung ulam anda perlu jual 10 pingan. Bayangkan mana yg terbaik.

2. Kawal pembelian dengan cara kawal inventori. Mamak haji ada tulis mengnai ini panjang lebar diblog.

 3. Akhir sekali yang penting cari jalan untuk lonjakan jualan (sales) dan keuntungan. OK dah panjang dah. Sekiranya ada masa baca posting mamak haji mengenai “Rakan Kongsi perniagaan”. Mamak haji dah jawab soalan anda “Soalan saya bukankah seorang peniaga harus mempunyai modal pusingan sebelum memulakan operasi perniagaan dan tidak menganggu wang jualan harian?” Wassalam.

POLITIK TEH TAREK MAMAK HAJI: SIRI 2.Salam, walau pun mamak haji  jarang buat posting dalam blog sekarang tetapi masih setiap hari membalas email-email dari pengunjung blog ini. Mamak haji kini ke konsep “personal touch” atau sentuhan peribadi untuk peniaga-peniaga baru dalam bidang masakan ini di mana saja mereka ingin berniaga. Kadang-kala jawapan dalam e-mail itu terpaksa menulis berjela-jela panjang, seperti lazim bukan semua jawapan mamak haji itu tepat dan betul. Seperti manusia biasa ada kesilapan dan juga jawapan yang kabur. Harap pembaca blog ini memahami cara penulisan mamak haji yang begitu rupa selama ini. Inilah kelemahan mamak haji bukan perlu dibanggakan. Perniagaan

Page 26: PERNIAGAAN RESTORAN

sebenarnya satu persepsi mencapai kejayaan yang ada dalam pemikiran kita. Ia perlu anggap sebagai satu persepsi atau pun angan-angan dalam fikiran kita. Angan-angan ini sekiranya ingin jadikan kenyataan perlukan semangat berjuang yang tinggi. Semangat berjuang ini jangan dipendamkan dihati saja, jika dipendamkan ia cuma satu khayalan atau cita-cita Mat jenin, ia perlu dikeluarkan dan berikan dengan suntikan rajin berusaha untuk jadikan realiti dalam kehidupan. Berusaha saja tanpa menggunakan akal cuma merupakan satu pembaziran tenaga, untuk mencapai kejayaan perlu gunakan akal. Akal atau kebijaksanaan terbentuk melalui hasil penapisan pemikiran. Tapisan ini pemikiran terbentuk melalui pengalaman dan juga pembelajaran. Menimba pengalaman dari belajar bagi peniaga ialah dengan gunakan wang ringgit. Adakah kita sentiasa perlu belajar dengan kesilapan yang dilakukan atau “trial in error” ini?. kesilapan yang kerap akan menjurumuskan diri kepada kegagalan.Kegagalan bagi peniaga bermakna hilangnya  modal atau wang ringgit. Maka yang terbaik ialah belajar dari orang berpengalaman tentang perniagaan amat mustahak. Pengalaman dan belajar boleh mengelakan risiko perniagaan dengan meramalkan risiko yang akan datang yang perlu dihadapi. Setiap perniagaan tidak lari dari risiko, lebih tinggi risikonya, maka lebih tinggilah keuntungannya. Menceburi perniagaan seperti membeli dan menjual saham adalah risikonya tinggi tapi pulangan amat lumayan. Ada yang main saham menjadi jutawan dan ada juga menjadi papa-kedana dan kalau Iman tak kuat boleh terjun dari Jambatan Pulau Pinang sebagai mandi air garam buang tabiat. Perbedzaan orang Islam dan bukan Islam ialah kita yang Islam ini selalunya Allah SWT akan hulurkan talian hayat. Talian hayat dari Allah SWT diberi melalui doa. Sebagai peniaga kita jangan sekali putuskan hubungan dengan Allah SWT. Jangan pula kalau dah berjaya dalam perniagaan mula lupakan Allah dan mula besar kepala dan tepuk dada mengatakan semua hasil usahanya adalah hasil dari kecerdikannya. Kita cuma cerdik tetapi kadang-kala tak pandai. Yang pandai dan cerdik cuma Allah SWT. Kita jadi kaya kerana rezeki limpahan dari Allah dan  bukan dari 100 peratus hasil usaha kita. Itu takbur namanya. Menjadi kaya dan hidup dalam lingkungan kehidupan kekayaan bukan senang. seperti Allah terangkan, jarak syurga di antara si miskin dan si kaya adalah, “Orang susah masuk syurga awal 500 tahun sebelum orang kaya iaitu bersamaan separuh hari”. Maknanya orang miskin akan menjejak kaki ke syurga dulu sebelum si kaya. Perjalanan menuju ke syurga setiap hasta perlu mengahadapi berbagai ujian dan juga soal-jawab. Ini yang  mamak haji paling takut dalam usia tua ini. Masa muda tak ingat semua ini.Ramai diantara pemimpin politik yang beragama Islam di negara ini tidak lagi  pentingkan nilai-nilai Islam yang sebenar. Mereka ini cuma ingin kuasa politik dengan menjaja agama seperti mamak haji menjaja, “Mee Goreng Mamak”. Kalau jual hanya , “mee goreng” saja tanpa Mamak, ia tak laku, kena bubuh belakang perkataan  mee itu MAMAK. Parti saja tak laku, kena bubug Islam atau Melayu baru laku. Macam itulah ahli politik ini menjaja politik mereka dengan guna ISLAM atau Agama, mereka tak pentingkan nilai-nilai Islam yang mulia dipertengahkan dalam perniagaan politik mereka tetapi yang mereka mahu ialah cuma seperti mamak ingin lakukan mee, mereka ingin meraih undi dari orang Islam. Islam telah menjadi barangan dagangan yang boleh dijual beli dengan harga wang ringgit. Harga untuk diri mereka sebagai orang Islam tak penting. Perpaduan ummah tidak penting sehinggakan kerana politik  orang Islam bermusuhan walau pun berjiran. Ada yang takut pakai pun ikut parti politik.  Songkok dan kopiah menjadi hak parti politik masing-masing. Songkok untuk UMNO dan Kopiah untuk orang PAS. Orang Islam PKR pulak tak ada pilihan terpaksa pakai “cap” seperti penyanyi rap eminem.  Ada pemimpin parti yang kata undi parti politik tertentu, akan dapat pahala wal hal ulama-ulama ini mengerti pahala dan dosa adalah hak mutlak Allah SWT. Ada Propaganda politik orang Islam yang sudah bertukar menjadi, “propaganda ‘ala Nazi” atau pun seperti buku propaganda kuasa politik ditulis  oleh penjenayah perang dunia kedua, Adolf Hitler, yang bertajuk, “Mein Kampf”. Ahli-ahli politik orang Islam ini, lakukan apa saja untuk merebut dan pertahankan kuasa politik telah menjadi ikutan seperti orang-orang dahulu yang menagongkan Raja Firaun Mesir walau pun diketahui umum  kezalimannya Raja Firaun itu gemar memukul dan membunuh dengan cokmar di raja yang akan meretakan tengkorak orang yang menentang pemerintahannya. Kezaliman disanjung, kemuliaan nilai-nilai Islam dipingirkan kini. Ada yang menakutkan orang Islam untuk serakah politiknya sehingga bayang-bayang salib pun jadi cerita hangat politik. Tak lama lagi ada orang politik yang bertopengkan agama akan mengharamkan umat Islam menggunakan jalan raya yang ada tanda jalanraya,  ”simpang empat”

Page 27: PERNIAGAAN RESTORAN

kerana simpang empat itu lambang kristian “Salib” dengan itu akan buat demo dihadapan pejabat JKR untuk perlu ubah menjadi bulatan (round about) kerana ikut lambang bulatan salah sebuah parti politik orang Melayu. Yang menentang parti politik lambang bulatan itu pulak minta JKR jadikan tanda  jalan simpang empat kepada, “keris bersimpang”.  Apakah iman umat Islam di negara ini begitu tipis dan lemah dan orang Islam tidak punyai akal lagi?. Yang kafir itu tetap kafir, tak payah disuluh lagi. Paling kita takutkan ialah orang munafik yang bertopengkan Islam. Musuh bagi Islam adalah orang Islam sendiri. Di Turki bukan orang British yang bunuh ulamak-ulamak fundamatalis,  yang bunuh ulamak-ulamak Turki itu adalah adalah Pemimpin Islam laknatullah, ”bekas presiden Mustafa Kemal Atartuk”!. Maka ingatlah musuh Islam yang sebenar adalah dalam kalangan kita bukannya dari orang lain. Orang barat kafir Harbi kini menyerang Agama Islam cara,”guna duri untuk keluarkan duri yang sentiasa tertusuk dalam daging busuk mereka itu. Orang Islam bukanlah suka mencari musuh. Orang dari agama lain berduyun masuk Islam bukan kerana takut atau paksaan, kerana keindahan Islam yang tidak ada pada penganut lain,  ia itu keperibadian orang Islam yang tinggi. Kita kini sudah tinggalkan keperibadian mulia Rasullullah s.a.w kini, maka bukan kita saja dalam kehinaan sehingga kita telah terpalitkan kepada Nabi besar, Nabi kesayangan Allah SWT. Maka kalau kita ingin orang Islam dihormati, kita cerminkanlah hati kita selalu melalui mata hati.Kemakmuran ialah satu keberkatan dari Allah SWT. Kemakmuran bukan membawa hanya membawa makna “kemewahan” semata-mata. Kehidupan kita walau pun kaya raya dengan segala kemewahan tetapi hati tidak pernah senang atau susah hati bukan makmur namanya. Negara kita seringkali dikatakan mendapat pendapatan lebih saban tahun tetapi golongan peniaga yang kecil-kecilan dan juga di luar bandar masih dalam keadaan yang kemiskinan. Rakyat beragama Islam terutama orang Melayu masih ketinggalan dalam arus pembangunan ini. Lawatlah flet-flet kos rendah dua bilik di Pulau Pinang, siapa majoriti penghuninya?. Lihat sendiri kehidupan penghuni flet-flet kos rendah ini yang membanting tulang saban hari mencari rezeki untuk menyara keluarga. Sekiranya golongan miskin ini, untuk tambah pendapatan buka warung dicop sebagai “perniagaan haram” dan dirobohkan tanpa memberikan sebarang bantuan untuk menggantikan cop, “warung halal”, dari pihak majlis tempatan, orang kaya bukan Islam membuka kedai judi, kelab malam, tempat hiburan boleh diberi lesen dengan mudah di, “cop halal”. Kadang-kala kerajaan kita ini teringin menunjuk mereka ini lebih Islamik dan kadang-kala menjadi lebih hina dari seperti orang yang tidak punyai agama. Kita tidak pernah pegang prinsip Islam,  ”ubidiah masuliah dan Itqan” untuk cara memerintah sangat mengecewakan kita.Orang Melayu di negara ini dominasikan kuasa politik, orang Cina pula mendominasikan ekonomi negara. Isu politik perkauman  di negara ini sebenarnya terwujud adalah diprovokasikan oleh elit-elit ahli politik melalui dua perkara ini amat popular. Ini cara mudah untuk mendapatkan publisiti murahan untuk elit-elit politik yang ingin maju lebih tinggi dalam karier politik mereka.  Elit-elit politik ini sebenarnya pentingkan kelas atasan sahaja bukan bawahan. Slongan untuk bangsa dan agama adalah cara reotorik yang paling mudah untuk mencari sokongan masyarakat kelas bawahan. Ahli Falsafah Politik “Gramsci”  menyatakan , ” Hegemony dalam politik adalah dikawal oleh kelas atasan masyarakat yang dominan terhadap kumpulan kelas masyarakat yang bawahan”. Sebenarnya yang susah ialah kelas masyarakat kelas bawahan dari kumpulan majoriti dan juga masyarakat kelas bawahan kumpulan masyarakat minoriti. Bukan semua rakyat keturunan Cina dan India kaya di negara ini. Faktur perkauman cuma untuk kelas bawahan, dan kelas masyarakat atasan tidak ada sebarang masalah siapa yang pegang kuasa, mereka tetap akan senang. Contoh terbaik kini ialah cara memberikan kontrak pembangunan LRT Ampang bernilai  RM1 billion yang telah tawarkan kepada Syarikat Taukeh Cina yang tidak punyai pengalaman teknikal. Bukankah taukeh Cina ini yang khabar angin katakan, cuba minta rasuah US$500,000 juta untuk melobi projek landasan keretapi dua hala dari kerajaan Cina “China Habor”. Siapa jual Melayu, kalau bukan Melayu sendiri.  Peniaga seperti kita perlu memahami ini.  Kelas atasan masyarakat tidak akan menjengok warung burger atau gerai makan. Mereka juga tidak faham atau tidak akan mengambil pusing masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga kecil. Politik sebenarnya menggunakan desepsi atau tipu daya meraih sokongan dari masyarakat majoriti peringkat bawah untuk mengekalkan kuasa masyarakat kelas atas yang minoriti. Ini tidak boleh ubah, masyarakat kelas bawah sentiasa perlu harapkan belas ikhsan dari  masyarakat kelas atasan dalam sistem

Page 28: PERNIAGAAN RESTORAN

demokratik barat yang diwujudkan oleh kelas masyarakat menengah yang digelar kapatalis. Golongan kapatalis ini tidak terikat dengan undang-undang negara tetapi mereka pastikan setiap undang-undang direka untuk menjaga kepentingan mereka. Segala polisi awam kerajaan akan dibuat untuk menjaga kepentingan mereka. Seperti dizaman penjajahan, British datang ke Malaya sebagai peniaga menerusi syarikat Hindia  Timur. Untuk menjaga kepentingan modal pelaburan disini kerajaan British hantar kapal perang dan resoden (penasihat). Lama kelamaan Malaya telah ditawan menerusi ekonomi dan segala polisi Malaya dibawah Duli-Duli Sultan Melayu  bertukar mengikut kehendak British. Ada juga profesor sejarah kita yang bijak kata, Malaya tidak pernah ditawan. memang betul ikut sejarah dia tetapi profesor-profesor ini tak faham apa yang dikatakan ideologi “kapatalism”. Menawan melalui ekonomi”. Malang sekali, ada manusia bijak pandai sekarang selepas 55tahun merdeka ini masih ditawan dengan wang ringgit barat seperti “soros”. Mereka di NGO-NGO ini yang terima dana dari negara barat tak faham maksud, “No such thing as a free lunch”.Pada belajawan negara 2013 ini, ada belajawan Pembangkang dan ada kerajaan sendiri. Apa yang sedihkan ialah belajawan negara kita sejak Merdeka tak pernah duit cukup. Asyik tak cukup pendapatan. Kalau restoren kita asyik tak cukup pendapatan tapi belanja lebih, lama kelamaan perniagaan kita akan bye-bye kita. Negara pula kalau tak cukup pendapatan belanja tinggi, kena hutang. Sekarang ada minyak oklah , satu masa akan datang minyak dah kering, siapa tanggung semua hutang ini.  Kalau hutang dengan orang tak boleh bayar, tergadai body, kalau hutang negara tak boleh bayar tergadai negara, bukan begitu. Apa peduli kita generasi akan datang, takat kita senang oklah.Kerajaan mengurus perbelanjaan daripada hasil yang mereka perolehi. Hasil kerajaan datang dari cukai pendapatan, cukai keatas perusahaan dan perniagaan dan hasil2 dari pelaburan. Jadi pada satu pihak kita ada perbelanjaan dan pihak lagi satu, kita ada hasil pendapatan. Kalau kita belanja lebih dari pendapatan, maka kita berada dalam bajet, “deficit”. Kalau hasil  kurang Pendapatan, kita ada bajet lebihan atau “surplus”. Ada lebihan kita boleh simpan. Kalau kurang pendapatan, kena hutang atau kalau kerajaan naikkan cukai. Kalau naik cukai, siapa yang susah?.Pembangkang pun bentang juga bajet 2013 cara mereka. Mereka ini mana boleh kalah dengan pemerintah, nama pun pembangkang, pasti kena bangkang walau pun benda yang baik kerajaan buat. Maka mereka bisinglah pembangkang ini, kerajaan boleh bangkerap kerana kerajaan telah beri BR1M dengan membelanjakan RM3 billion. Dalam pada itu pembangkang atau pakar-pakar ekonomi Pakatan Rakyat lupa, mereka juga laungkan akan adakan gaji minima untuk pekerja akan laksanakan sekiranya mereka berjaya menjadi kerajaan. Kononnya kalau mereka menumbangkan kerajaan sekarang, mereka akan wujudkan gaji minimum RM1,0000 untuk setiap pekerja di negara ini. Sekiranya gaji minimum dilaksanakan adakah mereka tahu untuk satu tahun pekerja asing di negara ini akan menghantar pulang RM7.2 billion ke negara-negara asal mereka.Bagi mamak haji, gaji bawah seribu itu lebih manfaatkan untuk pekerja asing daripada pekerja tempatan negara ini. Orang kita sekarang kalau gaji bawah seribu nak makan apa?. Satu lagi mamak haji nak bagi tahu, pembangkang bukan berentap dengan DS Najib. Mereka sebenarnya berentap dengan Mamak. Kalau anda lihat mamak sedang keringkan sungai, mesti ada sebabnya. Mamak Penang gila-gila nak demontrasi mesti ada sebabnya. Golongan Mamak ini sebenarnya ramai yang peniaga, mereka tidak peduli nasib orang Melayu, berapa ramai taukeh nasi kandar upah pekerja Melayu?. Mereka ini cuma pentingkan diri cari Mykad…hahaha. Dari zaman kesultanan Melaka sampai sekarang,kegiatan mamak-mamak ini dalam politik Melayu tak ubah. Mereka adalah kaum kapatalis Islam. Maka orang Melayu janganlah terpedaya semangat nasionalisma mamak-mamak ini termasuk mamak haji atau mamak  kat Kedah tu…hahahaha!. Posting ini cuma untuk mengisi masa cuti ahad ini. Jangan ambil serius!. Anggap sajalah ia sebagai “politik sembang masa pekena teh tarek”…hehehe!. Haram maaf kalau mamak haji tersinggung perasaan orang politik..hehehe. 

Page 29: PERNIAGAAN RESTORAN

STRATEGI PEMASARAN PERNIAGAAN KATERING.

Pemasaran yang mantap dan berkesan amat perlukan dalam setiap perniagaan. Kebanyakan buku atau atikal-atikal di internet cuma memaparkan lebih tiori dari apa yang patut diamalkan. Kadang-kala mamak haji terasa juga, “cakap ini tak serupa bikin”. Kita boleh cakap tapi nak buat memang payah. Ia seperti kita mampu beli alat senaman yang mahal tapi cuma guna pakai dalam sebulan kita sudah bosan dan campak masuk dalam bawah katil. Apabila dengar atau baca saja tentang kebaikan senaman, semangat kita mulai kobar-kobar tetapi bila amalkan dalam satu atau dua bulan, ia seperti orang Mamak Penang kata, ” semangat cuma genggam ayak ketui (ais batu), lama-kelamaan jadi caiyaq (cair).” Sebelum mulakan perniagaan kita buat strategi itu dan ini tetapi bila mula berniaga dalam tempoh dua atau tiga bulan strategi kemana, perniagaan kita pulak ke arah mana pun tak tahu. Setiap strategi dalam perniagaan yang kita buat seperti amalan harian, ia perlu buat seperti kita amalkan perkara-perkara yang lain seperti solat, makan, minum dalam kehidupan harian.  Amalan ini seperti makan pil-pil vitamin, kesannya memang lambat dan perlahan. Kita tak dapat hasil segera, walau pun menjual makanan segera hasilnya lambat jua. Orang kita ini jenis yang tak sabar. Sikap ingin untung banyak dan kaya cepat dan tamak haloba untuk mencari kesenangan akhirnya menggagalkan kita atau cepat meruntuhkan semangat kita untuk berjuang untuk kejayaan berkekalan  dalam perniagaan. Akhir sekali untuk menyenangkan hati kita, kena bomohlah, kerajaan tak tolonglah, kawan tipulah dan berbagai alasan. Ingin cepat kaya ini kita boleh lihat sikap pengusaha warung atau pasar malam atau warung tepi jalan. contohnya, Mamak Restoren nasi kandar jual seketul ayam dengan harga RM3.00 dan nasi sepinggan RM1.00, ini peniaga yang menjual kat pasar malam pun nak ikut restoren mamak nasiq kandaq apa hal?. Restoren mamak, perlu jual harga itu kerana, sewa, peralatan restoren, bayar letrik, air dan upah pekerja yang sangat mahal. Restoren Nasi kandar untung bukan kerana harganya tinggi tapi mereka tahu apa yang maksudkan, “titik pemulangan modal”. Peniaga pasar malam yang ini pulak tak faham apa yang dikatakan, “titik pemulangan modal” dalam perniagaan. Peniaga pasar kerana harganya tinggi cuma mampu jual  10 ketul ayam di pasar malam sehari dan mamak restoren mampu jual 100 ketul, membawa makna  sangat beza. Samping jual ayam goreng, air minuman juga membantu, Sekiranya  taukeh pasar malam jual lah seketul RM4.00 tapi cuma dapat jual 10 ketul, gaji sendiri pun tak lepas. Maka sebelum berniaga perlu tahu serba sedikit berapa perlu jual dan bagaimana boleh lariskan jualan target itu. Bagaimana nak lariskan jualan bermaksud  dalam bahasa perniagaan digelar, “strategi pemasaran perniagaan”. Bukan ajaib perkataan ini bukan?.Seperti orang lain , mamak haji tak mahu tulis tiori panjang lebar mengenai strategi pemasaran ini tetapi ingin tanya beberapa soalan, Sekiranya soalan ini jawapannya anda boleh jawab, maka anda

Page 30: PERNIAGAAN RESTORAN

sedang ikut strategi pemasaran perniagaan anda. Sekiranya jawapannya tidak, anda perlu segera buat sesuatu untuk dapatkan jawapan “YA”. Berikut adalah soalan Mamak Haji kepada taukeh-taukeh katering mengenai strategi pemasaran:1. Adakah anda tahu pelangan anda yang pernah menempah perkhidmatan anda majoritinya terdiri dari golongan masyarakat berpendapatan yang mana?. Golongan bawahan, pertengahan atau atasan?.Kalau hanya satu golongan masyarakat, kenapa?2. Adakah anda tahu, apa pendapat dan pandangan pelangan yang pernah tempah perkhidmatan katering anda?. Adakah mereka ini akan menempah kembali gunakan perkhidmatan katering anda?.3. Apakah anda tahu langkah-langkah yang biasa di ambil oleh bakal pelangan anda, sebelum membuat keputusan untuk menerima perkhidmatan katering anda?.4. Adakah anda menyimpan rekod atau catatan pelangan-pelangan yang pernah memberi perkhidmatan katering seperti no.Tel, alamat, harga yang telah ditawarkan , jenis katering dan lain-lain bersangkutan maklumat pelangan?.5. Apa kah menu atau cara melayan (buffet, hidang dll)menjadi  kegemaran majoriti pelangan anda?.6. Adakah anda tahu, jenis menu atau perkhidmatan yang dianggap mahal oleh pelangan anda?.7. Apakah pelangan anda berharap,  anda perlu menyediakan  potongan harga (added-value) atau hadiah sampingan untuk sesuatu perkhidmatan yang anda tawarkan?.8. Apakah pandangan dan pendapat katerer pesaing tentang perkhidmatan katering anda?.9. Adakah anda tahu kelemahan dan kelebihan dalam setiap menu yang anda tawarkan seperti rasa, harga dan mutu masakan. Boleh kah anda kekalkan kelebihan ini untuk satu tempoh yang lama?.10. Kenapa anda mulakan perniagaan katering, adakah anda telah mencapai matlamat anda sekarang?.11.  Adakah anda tahu rasa setiap menu yang dimasak tukang masak anda masak itu sedap atau sebaliknya.  Apa pandangan orang lain terhadap masakan tukang masak anda?.12. Adakah anda senang dan sering mempromosikan perniagaan katering anda kepada orang yang anda tidak kenali?.13. Apakah jaminan anda kepada pelangan dari segi perkhidmatan, ketepatan masa penghantaran, kualiti makanan atau rasa makanan?.14. Apakah kini anda mempunyai kewangan, pengetahuan, pengalaman, peralatan, staff dan kemahiran masak yang secukup untuk mengembangkan sayap perniagaan anda?.Mamak, saya sering tertanya-tanya, apabila lihat kedai restoran ataupun kedai runcit, pada signboard mereka terpapar jenama syarikat konsumer terkenal, seperti Milo, beras Jati, aiskrim nestle dsb. Adakah mereka dapat bayaran dari syarikat tu?

Salam, papan iklan biasanya disponser (dibiayai) oleh pembekal untuk menambat hati taukeh kedai yg jadi pelangan.Anda juga boleh minta banner-banner bermusim dari pembekal mereka. Ia satu strategi dlm jualan (sambil menyelam,minum air).Sign board in “one off payment” untuk kos papan iklan yg kosnya beribu ringgit ikut saiz dan jenis dari pembekal. Ia lebih kurang seperti BR1M RM500.00..hahaha!.Syarikat-syarikat besar tidak memerlukan iklan dari pekedai..mereka lebih tumpu kepada terus kepada pelangan berjuta di tv atau promosi satu negara. Wassalam.

STRATEGI PEMASARAN KATERING: BAHAGIAN 2.Salam, izinkan mamak haji membebel sedikit lagi tentang strategi pemasaran dalam bahagian dua ini.  Semalam mamak haji ke Kepala Batas untuk mengunjungi saudara mami yang lama telah mengundang mamak haji ke kedai Nasi kandar yang baru dibukanya selepas Hari Raya. Isterinya adalah adik ipar bongsu mamak haji yang comel loteh. Suaminya orang melayu dan bekas perajurit yang sangat bersemangat ingin kekalkan tradisi keluarga isteri dalam masakan Nasi kandar. Adik Ipar bongsu mamak haji adalah seorang tukang masak hebat dari bentuk badan anda boleh kenali kehebatan masakan. Dia pernah berkerja dengan mamak haji, 4 kg bee hon boleh digoreng sekali. Goreng bee hoon goreng bukan mudah. Selepas kahwin dia terpaksa jadi suri rumah sepenuh

Page 31: PERNIAGAAN RESTORAN

masa. Entah kenapa suami dia mula minat dengan membuka kedai Nasi kandar. Mamak haji memang sayangkan bakat dia dan pernah beri galakan. Masalah kewangan katanya. Mamak haji bantu juga kewangan untuk dia dan suaminya membuka perniagaan. Tapi nak pergi jengok perniagaan orang adalah paling mamak haji tak suka. Mami tersayang sampai merajuk dengan mamak haji kerana tak sudi kedai nasi kandar yang baru buka adiknya itu. Mamak Haji bukan tak sudi, kadang-kala mulut mamak haji ini tak boleh zip bila dengar celoteh-celoteh mengenai perniagaan ini. Ada yang nanti masam muka kerana pendapat mamak haji dan pandangan mereka tidak sama. Satu lagi, mamak haji benci dengar dari pengusaha makanan baru  ini ialah, “Mamak haji tak apalah sekarang sudah kaya, senang cakaplah, kita baru niaga, mana boleh sama mamak haji”.  Dia baru nak niaga tapi dia ingat senang nak berjaya. Dia belum pernah lalui perjalanan mamak haji dalam perniagaan, seperti usman awang kata, “Ranjau Sepanjang jalan penuh dengan onak dan duri”.  Satu lagi mamak haji tak suka dengar ialah, bila kita bertanya, ” Macam mana berniaga? OK kah”. Tahu apa jawapan dari pengusaha baru ini, “semua dalam Allah punya tangan, ada rezeki adalah, kita apa boleh bikin?”. Betul jawapannya, semuanya dengan kuasa Allah, tapi Allah juga beri kita akal untuk berfikir. Apa yang pengusaha jenis ini, beritahu ialah tentang takdir yang telah disuratkan. Tapi dia lupa ada perkara yang kita kena buat dan ada perkara sukar untuk diubah. Mamak Haji sudah pun huraikan tentang ini dengan panjang lebar diposting . Sila link ini : http://balannambiar.wordpress.com/2012/08/27/pengertian-rezeki-dunia-dan-akhirat/ anda akan faham pendapat mamak haji tentang rezeki ini, peniaga-peniaga kecil terutama peniaga golongan orang Islam ramai keliru tentang rezeki dalam perniagaan dan apa yang maksudkan dengan rezeki itu. Tentang rezeki ini sebenarnya Allah terangkan dalam surah yang amat dikenali sebagai 1000 dinar. Mamak haji telah terangkan maksud ini disalah sebuah posting disini. Maka sebab -sebab seperti inilah mamak haji jarang sekali ke pembukaan kedai atau restoren baru oleh sanak-saudara atau pun anak-anak mamak haji sekali. Tapi kali ini mamak haji terpaksa kerana sayangkan mami yang hidung mancung macam pelancung. Maka mamak haji terpaksa gunakan file zip seperti dicadangkan oleh sahabat mamak haji, seorang juru jual hartanah atau orang lebih suka gelar.”real estate salesman” atau dalam bahasa pasar kita, “broker” beri nasihat tentang cara bercakap dengan pelangan untuk tujuan jualan (atau beli orang yang dengar cakap kita, lepas itu kita jual produk kita). Sebelum kita cakap dengan orang lain, perlu cakap pada diri kita sendiri dulu. Bagaimana nak lakukan ini, anda pernah dengar siaran terus menerus dari pendengar radio dan juru hebah radio membebel melalui telepon?. Sebenarnya siaran radio yang kita dengar  itu selalu dilambatkan 7 saat sebelum di pancarkan untuk pendengar. Sekiranya dialog pendengar radio itu tidak kehendaki oleh penerbit rancangan itu, dengan serta merta penerbit rancangan itu boleh buang tanpa disedari oleh pendengar lain. Ia seperti censor (tapis) apa yang kita akan cakap pada pelangan. Begitu jugalah apabila kita ingin cakap sesuatu kepada orang lain, dengar dulu apa yang kita ingin cakap itu. Sekiranya tidak akan disukai oleh pendengar kita, dengan serta merta kita boleh berhentikan perbualan kita dan tukar tajuk lain. Dalam pemasaran produk katering ia sangat penting bila berbual tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh kita. Ini seperti orang kata, berfikir sebelum cakap. Tapi mamak haji tukarkan, “cakap dengan diri sebelum cakap dengan orang lain”.Sekiranya kita senang dengar, maka senang jugalah orang lain dengar.Satu lagi mamak haji ingin terangkan di sini ialah tentang ciri-ciri kebudayaan golongan peniaga atau tradisi mamak yang sangat baik, bila menerima jemputan berkunjung untuk majlis buka kedai atau perniagaan baru oeh kalangan masyarakat peniaga mamak ini. Pembukaan perniagaan baru ini sama seperti orang Melayu, baca yassin dan tahlil, doa selamat dan makan. Tetapi bezanya majlis pembukaan kedai orang Melayu, makan free. Kebanyakan yang hadir ke majlis pembukaan kedai orang Melayu adalah saudara mara dan rakan atau ketua kampung dan ajk mesjid atau JKK atau parti politik. Apa kena mengena politik dengan berniaga?. Kecuali kita tak ada lesen berniaga perlu juga jemput orang kuat majlis perbandaran. Anehnya jemputan itu bukan bakal pelangan kita. Jadi apa untungnya jemput mereka ini. Lebih baik panggil penduduk setempat berniaga , layan mereka. sekurang-kurangnya kita akan dapat pelangan. Ini mamak haji tak faham jemput saudara mara dari KL, Kelantan tapi bukak kedai kat Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mamak pun dah ramai ikut trend peniaga Melayu sekarang dalam Melayusasikan diri mereka. Cara mamak dahulu selepas doa selamat, perniagaan akan bermula terus pada saat itu. Tetamu secara otomatik bertukar menjadi pelangan biasa. Tiada makanan percuma, kena bayar seperti perniagaan biasa, tapi satu

Page 32: PERNIAGAAN RESTORAN

keistimewaan ialah,”Bill tak ada”. Sukarela membayar. Membayar bermakna hulurkan bantuan kewangan termampu untuk peniaga yang baru buka perniagaan atau tuan kedai. Kadang-kala bantuan seperti ini mencecah kepada ribuan ringgit pada hari pertama berniaga. Wang sumbangan tunai ini adalah untuk meringankan sedikit peniaga baru yang baru mulakan perniagaan yang kesukaran dalam “aliran tunai”. Maka lain kali, anda mengunjungi kedai makan baru dibuka oleh kawan anda, jangan cuma bayar apa yang anda makan. Kalau mampu hulurkan sedikit wang tambahan dari apa yang dibillkan.  Sumbangan sedikit ini sebagai sokongan anda kepada perniagaan sahabat anda. Jangan lah harap makan percuma saja, ia bukan tanda persahabatan tapi itu nak linkup perniagaan kawan. Mamak haji harap peniaga Melayu cuba bawa ciri-ciri ini dalam perniagaan makanan seperti kedai makan atau restoren bila baru dibuka. Insyallah ia adalah tanda siratul-rahim diantara orang-orang mukmin yang sama-sama bantu-membantu dalam perniagaan secara ikhlas.PEMASARAN DALAM PERNIAGAAN KATERING BUKAN SUKAR SEPERTI ANDA SANGKAKAN:1. SENTIASA BERSEMANGAT TINGGI.Pemasaran katering yang anda perlu lakukan adalah 24 jam sehari. Anda tidak tahu bila atau dari mana dan di mana pelangan anda akan bertemu anda. sebagai pengusaha katering kecilan anda tidak punyai temu janji atau pun jadual kerja cuma 8 jam sehari. Anda perlu berwaspada 24 jam sehari. Bila anda dapat peluang atau sedikit ruang temu bakal pelangan, anda perlu kejar. Anda perlu sentiasa bersemangat dan sedia untuk berjuang di mana juga pertempuran berlaku. Sekiranya anda cukup semangat dan punyai keyakinan diri, tentu sekali Bakal pelangan anda juga bersemangat untuk menghubungi anda, bila mana memerlukan perkhidmatan katering anda. Setiap kali berdepan dengan bakal pelangan walau pun  di mana, bila masa pun anda perlu menonjolkan diri anda berkeyakinan penuh,berprofilisma dan orang yang sentiasa membanggakan diri apa yang anda buat. Jangan luntur semangat.2. JANGAN SELALU SANGAT BERI ALASAN.Orang yang suka beri alasan adalah orang yang sukar untuk berjaya dalam perniagaan atau pun dalam kehidupan. Pernah seorang pelangan katering mamak haji, isteri kepada orang pegawai kerajaan yang berjawatan tinggi sangat marah dengan perkhidmatan katering yang diberikan oleh mamak haji. Ini disebabkan mamak haji sangka ambil order lepas itu ditawarkan kat katerer lain kerja yang sangat mudah. Allah nak tunjukan kepada mamak haji, katerer yang mamak haji sub kerja itu, tak hantar pesanan makanan masakan menu ‘ala barat yang mamak haji tak ada keyakinan buat sendiri. Mem Mat salleh bila tanya keddudukan hal ini, mamak haji beritahulah alasan sebenar. Mem Mat Salleh, sangat marah alasan yang mamak haji berikan, dengan nada tinggi yang  telingga mamak haji masih berdesing, “He who makes  excuses, accuse himself” (Siapa yang memberi alasan, sebenarnya dia sepatutnya menyalahkan diri sendiri), mamak haji pun masa itu muda dan cenggih (garang) juga, bila pandang tepat muka dia, dia mula berlembut dengan berkata,“The day you take complete responsibility for yourself, the day you stop making excuses,  that’s the day you start to climb to the top” ( bila mana anda mengambil tanggung-jawab penuh dengan diri anda, pada masa itu anda telah berhenti beri alasan, dan pada masa sama juga anda sudah mulai langkah pertama mendaki puncak kejayaan). hahaha. Bukan senang nak jadi senang, cuba bayangkan air muka mamak haji, yang hitam ini jadi cerah dok belasah dengan mem mat salleh. Mamak Haji selepas itu malu nak jumpa untuk mengambil wang baki. Selepas seminggu suami mem Mat salleh itu (suami orang Melayu) panggil pejabat dan tanya kenapa tak mengambil wang baki dari mem. Bila mamak haji ceritakan hal sebenar dan mem basuh mamak haji pakai klorox, terbahak-bahak ketawa suaminya dengar kisah mamak haji. Walau pun suami ini orang berpangkat besar tetapi seorang yang berwatak lembut tegas dan sangat baik terhadap mamak haji kerana dia ini “kaki nasi kandaq”. Dia ceritakan kisah isterinya adalah seorang pemegang ijazah MBA dari university oxford.  Dia sukakan cara perniagaan mamak haji dan faham tentang insiden western food tempoh hari. Katanya, isterinya bukan marah tetapi mendidik mamak haji tentang ilmu pemasaran dan perniagaan. Suaminya kata, Inilah bezanya orang barat dengan kita. Kita hidup penuh dengan alasan. Mungkin betul mungkin tidak. Selepas itu mamak haji jumpa isteri dan cara orang barat ini satu yang mamak haji suka, mereka ini bukan jenis pendendam. Dia dah lupa perkara itu dan banyak juga mamak haji buat katering nasi kandar untuk kelurga ini. Pernah juga mem Mat Salleh ini mempelawa mamak haji ke

Page 33: PERNIAGAAN RESTORAN

England untuk memperkenalkan Nasi Kandar disana secara berniaga kongsi. Mamak Penang tetap Mamak Penang, dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung..hahaha!. Betulkah? mcm slongan mamak demonstrasi di depan komtar je!.Rupanya kali ini banyak mamak celoteh dari tulis atikal. Tak apa esok cuti,  kita sambung balik bahagian dua ini OK. Di bawah ini mamak sertakan sekeping gambar ayam goreng yang telah katakan disihir..hahaha! patutlah ada yang gian makan ayam goreng mamak setiap hari… cuba anda cari dimana jin yang dikatakan duduk dalam pic ayam goreng ini?. Ini pic mami ambil dari handphone di restoren nasi kandar terkenal di Penang…hehehe!. Betulkah?. Ini cuma. “Just For Fun”. Jangan serius yea!. Cuma satu kebetulan..mami serius sangat dah!.

STRATEGI PEMASARAN KATERING BHG:3 : PENTING SURAT PENGHARGAAN DARI PELANGAN.

Dalam setiap perniagaan walau pun strategy pemasaran, pengurusan perniagaan dan juga pengurusan kewangan adalah tunggak kejayaan sesebuah perniagaan kecil atau pun besar tetapi keseluruhan kejayaan perniagaan masih perlukan pelangan. Pelangan yang mempunyai kata putus untuk memilih produk yang anda ingin menjual, Perniagaan ialah jual dan beli. Tanpa pembeli tak ada penjual. Anda boleh gunakan segala apa saja strategi pemasaran yang anda telah pelajari dan mempersembahkan tentang segala kualiti yang anda ada untuk menarik minat pelangan untuk menggunakan perkhidmatan anda.  Tunggu sebentar dulu!. Apakah anda fikir pelangan akan menerima begitu saja bila anda kata, “kami sediakan perkhidmatan katering yang terbaik”, dengan cara pemasaran yang selalunya,  ”angkat bakul, naik lif “?. Anda boleh kata apa saja tentang kehebatan perkhidmatan katering anda tetapi bolehkah pelangan akan membeli segala apa yang anda katakan itu?. Siapa yang telah sahkan bahawa syarikat katering anda adalah terbaik?. Perniagaan katering di negara ini tidak ada yang membuat, “RATING” atau kedudukan. Kita selalu juga dengar perkataan rating ini. Tapi dimana yea?. Oh, di negara ini cuma untuk  ”politik”  yang diberi rating untuk kepopularitian Perdana Menteri kita,  DS Najib. Bila ratingnya tinggi rakyat suka dan kalau rating merundum rakayat mulai bosan. Dulu tak ada benda ini semua, kini terpaksa buat rating agaknya.  Perihal badan yang buat rating kepopulariti PM kita masih boleh pertikaikan. Rating hotel terbaik atau rating restoren nasi kandar terbaik malangnya tiada dinegara ini. Bila rating tidak ada, bagaimana pelangan yakin terhadap sesuatu perkhidmatan?.  Rating untuk Perkhidmatan Katering 10 terbaik tidak ada. Dengan sebab inilah pelangan sukar untuk memilih katerer terbaik. Sebenarnya dalam katering sikap kroni tak boleh dipraktikan cuma pelangan sukar membuat keputusan drastik untuk menukar katerer yang terbaik yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang.. Membuat keputusan untuk memilih katerer baru memang tinggi  risikonya. Siapa yang nak pikul risiko ini?. Tiada yang mahu mahu menyesal apabila tersalah memilih katerer yang baru. Dengan sebabkan inilah seseorang pengusaha katerer menjalankan perniagaan untuk berpuluh-puluh tahun katering dikantin sekolah, pejabat kerajaan atau pun kantin kilang perindustrian, walau pun katerer ini survival dengan menu masakan 10 tahun yang sama. Dalam perkara ini anda sebagai katerer baru dalam pasaran ini, jangan pula tuduh bukan-bukan kepada yang membuat keputusan mengekalkan perkhidmatan katerer lama berpuluh tahun. Kita ini memang suka menyalahkan orang lain dari salahkan diri sendiri. Cuba tanya diri kita sebagai katerer, apakah kita telah cukup meyakinkan panel temu-duga kantin atau pelangan yang ingin mendapatkan perkhidmatan katering kita?. Mamak haji pernah menghadiri berpuluh temu-duga untuk dapatkan tender perkhidmatan katering atau menemui beratus-ratus pelangan untuk mendapatkan perkhidmatan katering. Mamak haji telah lama mencari kunci atau memikirkan apa yang sebenarnya pelangan ini mencari dan ingin dari katerer seperti kita?. Bagaimana kita boleh meyakinkan mereka ini supaya mereka boleh anggap  kita sebagai  pilihan terbaik untuk mereka?. Tapi anehnya pelangan ini tidak tahu apa yang mereka cari. Ada juga pelangan ini minta penyata

Page 34: PERNIAGAAN RESTORAN

bank 6 bulan seperti kita ingin beli kereta baru dari bakal katerer untuyk mereka, ada pula ingin melawat ke premis perniagaan yang kita jalankan, dan ada juga pelangan ini mahu mencuba masakan kita di premis mereka. Ini mereka gelar test food. Test food ini sebenarnya boleh dibeli dari restoren-restoren terbaik dan hidangkan untuk bakal pelangan ini..hahaha!. Pelangan yang minta penyata bank pulak, siapa yang nak hutang sebenarnya?. Pelangan atau katerer?. Biasanya yang nak hutang adalah pelangan. Jadi risikonya dimana?. Apa kena mengena dengan ingin tahu kedudukan kewangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan katering, bukan katerer ini buat bangunan kantin. Karut depa ini..hahahaha!.Orang Malaysia ini sudah ketagih dengan kertas yang segulung ijazah. Ada yang sanggup bayar beribu ringgit semata-mata dapatkan ijazah ini cara singkat. Pergi lah ketemuduga mana pun, yang mereka inginkan ialah sekeping kertas yang dinamakan ijazah. Tentang erti bekerja jadi perkara kedua. Maka berlumba-lumbalah orang Malaysia ini cari sekeping kertas yang dinamakan Diploma atau Ijazah. Maka universiti-universiti kita pun sudah bertukar kilang cop kertas diploma atau ijazah untuk permintaan pasaran kerja di negara ini sehingga lupa mengeluarkan para ilumuan terulung. Tak ada yang peduli dengan kecerdikan pekerja. Maka kita ini bila nak jadi negara maju?. 2020? boleh?. entahlah. Walau macam mana pun , “Malaysia Boleh”. Kita ambil pekerja luar negara pun yang tak tahu tulis nama sendiri dari Bangladesh, Nepal, Burma. Bagaimana pekerja yang tidak berpelajaran ini boleh majukan syarikat kita dan boleh jadikan negara Malaysia, negara maju menjelang 2020?.Mamak haji dah kornar sana sini pulak dah. Sebenarnya ingin sampaikan,  untuk mendapatkan pelangan baru dalam perniagaan katering ini perlukan “KERTAS”. Kertas yang mamak haji maksudkan ialah, ” SURAT KEPUJIAN DARI PELANGAN”. Seperti mamak haji katakan, setiap manusia perlukan alasan untuk menutup sekiranya tersilap membuat keputusan. Sekiranya katakanlah pelangan anda membuat keputusan memilih anda sebagai katerer untuknya. Pemilihan dibuat berdasarkan dari surat-surat  penghargaan dari pelangan anda yang terdahulu, yang memuji perkhidmatan anda. Maka surat-surat penghargaan ini menjadi sandaran kepada pelangan baru anda. Sekiranya dia tersalah pilih katerer yang merosakan imej syarikat atau majlisnya dengan mudah pelangan ini melepskan diri dengan berkata, ” saya memilih katerer baru ini berdasarkan kepada surat penghargaan dari pelangan-pelangan telah menerima perkhidmatannya”. Maka Surat Penghargaan dari pelangan yang lampau, akan memberi semangat baru untuk bakal pelangan mengambil anda sebagai katerer baru mereka. Mamak haji ingin memberi sedikit tip untuk anda yang baru dalam perniagaan katering, bagaimana menggunakan surat penghargaan ini:1. Sekiranya bakal pelangan anda ingin menemui anda , jangan lupa membawa surat-surat penghargaan dari pelangan anda yang lampau dengan persembahan yang baik dan kemas. Pastikan surat kepujian itu di laminate dan masa perbualan itu selitkan cerita tentang surat penghargaan dan perkhidmatan yang terbaik anda telah berikan untuk setiap pelangan anda. Cara ini lebih meyakinkan pelangan anda. Sekiranya anda punyai pejabat, bingkaikan (frame) surat penghargaan ini didinding pejabat anda. Setiap kali mengatakan betapa uniknya perkhidmatan anda, turunkan bingkai itu dan terangkan bagaimana anda telah berjaya membuat perkhidmatan katering yang terbaik untuk pelangan anda sehingga mendapat pujiaannya.2. Sekiranya anda punyai album gambar yang muat dengan gambar-gambar perkhidmatan katering, selitkan juga surat penghargaan dan ceritakan mengenai surat kepujian kepada bakal pelangan anda. Ia akan memberi respon yang terbaik dari pelangan anda. Surat penghargaan ini akan ceritakan segala-galanya bersama dengan gambar.3. Surat penghargaan ini juga anda perlu  diselitkan dalam blog anda atau website syarikat katering anda. Surat penghargaan ini akan memberi impak yang lebih baik.4. Akhir sekali ramai di antara kita minat dengan YOUTUBE, Bila mana ada majlis katering dikendalikan oleh anda, mula buat video dan postkan kepada youtube. Segala pemintaan atau pertanyaan melalui e-mail mengenai perkhidmatan katering anda boleh muat turun klip video ini di email anda. Ia juga boleh gunakan di page FB anda. Cara iklan ini di alaf internet ini akan menakjubkan.Akhir sekali mamak haji ingin anda menjawab soalan-soalan yang sering bermain dipemikiran bakal pelangan dan mereka sukar untuk meluahkan kepada katerer mereka yang ingin dipilih. Soalan ini

Page 35: PERNIAGAAN RESTORAN

mungkin tak bertanya pada anda tetapi anda harus berikan jawapa seperti, ” anda ingin bertanya soalan ini tetapi biar saya yang menjawab”.1. Adakah makanan yang bakal bekalkan itu sedap?.2. Apakah anda sanggup membantu saya untuk memeriahkan lagi majlis saya dengan segala pertolongan berkaitan tanpa saya perlu minta?.3. Bagaimana dengan sikap pekerja katering anda?. Adakah mereka bersopan dengan tetamu, tidak panjang tangan, sentiasa menjaga disiplin dan sentiasa kerja dengan ikhlas dan jujur sehingga majlis selesai?.4. Bagaimana saya dapat kepastian perkhidmatan katering anda tidak memalukan saya dengan perkhidmatan katering yang memalukan?.5. Sekiranya jumlah tetamu majlis bertambah tanpa diduga, boleh perkhidmatan katering anda membekalkan makanan yang secukup untuk semua tetamu saya?.6. Pernakah katerer ini telah membuat sesuatu majlis yang sangat teruk?.7. Bolehkah katerer ini menepati janji masa yang ditetapkan untuk menghantar makanan?.8. Di mana katerer ini menyediakan makanan?. Adakah tempat penyediaan yang sangat kotor?.9. Bagaimana dengan pengendaliaan makanan?. Adakah semua pekerja ini telah dilatih tentang pengendalian makanan dan bebas dari sebarang penyakit berjangkit semasa menyediakan makanan?.10. Siapakah pelangan yang pernah anda beri perkhidmatan dan bagaimana respon mereka dari perkhidmatan yang telah diberikan itu?Wasalam.

CARA MULAKAN PERNIAGAAN KANTIN KILANG.Salam Mamak Haji tertarik dengan sepucuk e-mail dari seorang pengunjung blog, Mamak haji masukan dalam posting dengan kebenaran pengirimnya:Assalamualaikum, Saya sebenarnya seorang pekerja di kilang. Satu hari, ada akak yang buat bisnes runcit dalam kilang ni beritahu yang orang kantin nak resign dan akak tu kena ambil alih kantin sebab HR minta. Padahal akak ni tak ada modal. Jadi akak tu tanya saya berminat ke nak ambil bisnes kantin ni. Pekerja dah ada, perkakas dengan bahan mentah aje yang perlu sediakan. Saya terus berminat. Tapi, saya takut sebab saya masih muda (25 tahun) dan boleh ke saya nak uruskan perniagaan ni sambil terus bekerja?

 Saya nak tanya jugaklah, kalau keseluruhan pekerja kilang untuk 3 shift ada dalam 500 orang, berapa modal yang diperlukan ye?

Untuk dapatkan modal ni, selain bank mana lagi?Saya betol-betol tak ada pengalaman atau pengetahuan.

Dalam posting-posting yang lepas Mamak Haji sudah terangkan,“Bagaimana Mulakan Perniagaan Katering Dari Rumah”, ” Cara Mulakan Katering “box Lunch”, dan juga Cara, “Mulakan Perniagaan Restoren”. Rasanya mamak haji belum lagi sentuh ,” Cara Mulakan Perniagaan Kantin Kilang”. Banyak juga Mamak haji telah buat posting-posting mengenai perniagaan kantin kilang. Tapi bagaimana nak mulakan perniagaan kantin?. Apakah perlu ada kelayakan-kelayakan istimewa untuk jalankan perniagaan ini?. Anda kalau ingin mulakan perniagaan di kantin kilang ini tidak perlukan sebarang kelayakan seperti umur, lagi muda lagi bagus kerana perniagaan kantin perlukan tenaga yang banyak dan sikap sabar yang amat tinggi. Inilah syarat-syarat untuk membuka perniagaan kantin kilang atau Industri ini. Tentang perniagaan kantin, satu perkara yang anda perlu ingat ialah, perniagaan ini tidak sama seperti perniagaan makanan di kedai makan atau restoren. Pelangan kantin ialah pekerja yang tetap yang akan menjamu selera setiap hari. Apa yang anda perlu tahu ialah, menu masakan kitaran di kantin perlu diadakan untuk sekurang-kurangnya 30 hari (sebulan). Maka sekiranya anda masak 15 jenis

Page 36: PERNIAGAAN RESTORAN

hidangan maka kali sajalah  dengan 30 hari. supaya pelangan anda tak jemu dengan masakan yang sama. Walau bagaimana pun perniagaan ini boleh menguntungkan sekiranya anda menjalankan perniagaan ini dengan pengurusan dan strategi pemasaran yang baik. Kejayaan kantin banyak bergantung kepada pelangan (pekerja) tetap dan juga pihak pengurusan kilang tersebut. Suasana kantin perlu menarik minat pekerja untuk menjamu selera dikantin sekiranya terdapat gerai-gerai makanan  atau restoren di sekitar kawasan kantin tersebut. Jika tiada premis makan diluar kalau pekerja masih tak minat ke kantin, mereka mula membawa bekal makanan dari rumah. Dari pengalaman mamak haji, kilang-kilang sederhana dan kecil di negara kita kebanyaknya pekerjanya sekarang ini adalah diluar negara seperti   (Hampir 5 juta pekerja asing berada di negara ini) pekerja dari Bangladesh, Nepal, Indonesia atau pun Vietnam, Mynmar. Kilang seperti ini masalah besarnya menu maknan dan juga harga makanan. Sekiranya kilang mempunyai tenaga kerja majoriti dari kalangan orang tempatan tiada masalah. Kalau majoritinya pekerja dari Bangladesh, anda lupakan sajalah menjalankan perniagaan kantin dikilang tersebut. Pekerja Bangladesh ini, bangsanya pelik kerana kuantiti nasi yang mereka makan seorang, orang kita boleh makan tiga orang. Mereka ini amat jimat dan kedekut makan dan biasanya masak di asrama dan bawa bekal. Sekiranya Mamak haji dipanggil temuduga mengelola kantin perusahaan, sebelum masuk ke kilang itu, Mamak haji perhatikan tempat letak kereta untuk pekerja kilang, sekiranya basikal yang banyak dari kereta, mamak haji tak buang masa menghadiri untuk temu-duga…hahahaha!. Pekerja tempatan mana pakai basikal, kalau basikal banyak itu maknanya kilang itu penuh dengan pekerja Bangla..hehehe!. Walau pun perkara ini seperti kelakar tetapi ia adalah realiti mengambarkan  kuasa pembeli. Untuk mengatasi masalah membawa makanan dari rumah, banyak juga kilang-kilang ini memberi subsidi makanan kepada perkerjanya. Subsidi RM2.00 – RM3.00. Ini bermakna sekiranya harga makanan itu bernilai RM4.00, pelangan itu cuma kena bayar RM1.00 sebagai tunai. Perkara subsidi ini selalunya disalah ertikan oleh pekerja-pekerja  dari luar, kalau nasi dah ambil seperti gunung everest bukan lagi RM1.00 tetapi sudah menjadi kali 2. Setiap hari anda kena bertengkar dengan pekerja-pekerja dari luar negara ini tentang harga makanan yang diambil. Bagi mereka, kiraan Rupiah, kira pakai kita pulak kira pakai RM. Ini masalah besar. Mamak Haji gariskan dua tiga perkara sebelum bercadang ingin berniaga di kantin kilang:

Tentukan jenis dan bangsa warga kilang. Sekiranya warga tempatan, Indonesia, Nepal, Mynmar tiada masalah tetapi sering bermasalah ialah Rakyat Bangla dan Vietnam.

Tentukan kilang tersebut ada menawarkan subsidi makanan untuk pekerja atau tidak. Tentukan kemudahan kantin yang diberi, seperti air, letrik dan gas atau peralatan memasak

sebelum menentukkan harga tetap jualan. Dapatkan maklumat, kenapa bekas pengusaha tidak berminat sambung kontrak atau di  beri

tender baru?. Biasanya sekiranya kita tanya pada bekas pengusaha ini akan dapat gambaran jelas tentang perniagaan.

Kontrak perjanjian tidak akan membawa erti kepada anda apa-apa, kerana kebanyakannya adalah untuk pengurusan kilang. Dan jangan harap sanga kedaan Menang-Menang. Satu untuk anda dua untuk pengurusan.

Sebelum mempersetujui ambil-alih perniagan, buat lawatan ke Kantin semasa pada kemuncak perniagaan. Perhatikan gelagat pekerja dan juga harga makanan. Anda boleh mohon kepada pengurusan kilang dengan memberi alasan ingin tahu kuantiti masakan yang perlu dimasak. Buka mata dan buka minda semasa lawatan ini. Jangan terlalu ghairah untuk masukkan leher anda dalam tali jerut.CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN:

Biasanya nak mulakan perniagaan di sesebuah kantin anda perlu ada profil syarikat anda sebelum memohon berniaga dimana-mana kantin. Anda boleh berjumpa bahagian HR dan berikan mereka satu salinan profil anda. Mungkinsetahun , dua tahu atau tiga tahun akan datang mereka akan panggil anda untuk temu-duga. Profil kantin ini perlu masukan fakta-fakta seperti berikut:

Butiran tentang syarikat seperti no.pendaftaran, alamat perniagaan, no.telipon dan lain berkenaan syarikat.

Pengalaman. Butiran pengurus dan juga butiran pengurus, tukang masak dan penyelia anda. Menu masakan sarapan, Makan tengah hari , dan malam. Menu seminggu yang anda tawarkan

berserta dengan harganya. haga bagi semua jenis minuman. Berikan butiran cara perkhidmatan. Masukkan salinan Fotostat semua dokumen-dokumen berkenaan.

Page 37: PERNIAGAAN RESTORAN

Anda kemungkinan dipanggil untuk temu-duga, sekiranya anda berjaya dalam temu-duga itu, anda akan diberi kontrak dalam setahun ke setahun terma dan syarat-syarat berniaga di kantin mereka. Mudah Bukan?. Sekiranya anda berjaya mendapatkan kontrak menjadi  katerer untuk kantin. Mula buat penyediaan seperti dibawah ini:

Kira modal yang diperlukan untuk perniagaan. Merancang bagaimana anda ingin lakukan perniagaan dengan perancangan perniagaan. Merancang Menu masakan dan anggaran kos masakan. Mengenal pasti pekerja yang baru atau ingin kekalkan pekerja bekas majikannya. Bagaimana anda ingin atur untuk memberi perkhidmatan untuk pelangan anda. Cara pelangan di

restoren berlainan kerana pelangan datang seorang-seorang atau cuma kelaurganya tetapi di Kantin Industri, pelangan anda menyerbu sekali. kalau dua ratus orang sekali keluar untuk makan. Bayangkan kesibukan. Maka dalam keadaan ini anda perlu memberi perkhidmatan yang terbaik, kerana orang lapar ini selalu pemarah, “A hungry man alaways an angry man”.

Masalah besar dalam perniagaan   ialah, “Mana saya nak dapat Modal untuk perniagaan?.”. Paradox perniagaan ialah membelanja duit dan dapatkan duit. Kalau duit tak ada, nak niaga apa?. Mana kita boleh dapat duit  untuk berniaga?.  Yang mustahak ialah “berapa yang diperlukan?”. Sebagai rukun berniaga, anda perlu mencukupi kewangan untuk perbelajaan perniagaan yang baru, boleh menampung selama 6 – 12 bulan. Kalau anda bernasib  baik boleh dapat untung dalam sebulan untuk menampung enam bulan. Kalau tidak bagaimana?. Jadi dimana anda nak daptkan duit dengan mudah?. Simpanan Peribadi adalah jalan pertama sekiranya anda ada simpanan yang mencukupi, kalau tak cukup bagaimana?.  Buat pinjaman dari keluarga atau pun dengan kawan-kawan kerana mereka mempercayai anda dan anda boleh buat cara pembayaran yang fleksible dan sudah tentu anda tak perlu bayar faedah untuk pinjaman. Bila anda ada duit, bayar lebih sedikit untuk mereka dari jumlah yang anda pinjam. Cara ini ada bahaya juga kerana orang rapat dengan kita akan masam muka kerana semata-mata duit. Ini kerana janji cuma pakai mulut. Maka buatlah surat perjanjian hitam putih bagi lagi meyakinkan mereka. Dalam perjanjian itu tuliskan jumla, cara membayar dan juga tempuh. Ia akan lebih baik dari janji mulut yang merenggangkan hubungan kelak. Kalau kawan atau saudar mara juga tak ada duit bagaimana?. Pinjam Bank. memang Bank banyak duit tetapi bila banyak, banyak juga cerewet nak dapatkan pinjaman. Bank cuma memberi pinjaman sekiranya anda boleh membayar dan juga perniagaan yang ceburkan diri boleh menguntungkan. Maka disinilah peranan “kertas kerja ” ambil peranan. Ingat pesanan lagi “Business Plan atau Rancangan perniagaan”. Maka buatlah rancangan perniagaan yang terbaik sebelum mulakan perniagaan ini,. Ok setakat ini sajalah. Kalau ada yang ingin bertanya soalan tentang perniagaan kantin secara peribadi sila e-mail kepada mamak Haji segera, sementara mamak haji tak sibuk sekarang kerana secara umum sukar terangkan tip-tip putar alam mamak haji untuk berjaya dalam temuduga katerer kantin…hehehe!. Ini pengalaman Ilmu Mamk Haji, jangan pulak dok kata, “kalau tak putar alam bukan Mamak”..hahaha!.

INGIN MULAKAN PERNIAGAAN DENGAN RAKAN KONGSI?.Sebelum mamak haji melalut kesana kesini mai kita baca e-mail yang dikirim oleh seorang pengunjung blog.e-mail:Salam,Maaf jika e-mail in menggangu mamak beristirehat, apabila membaca blog mamak membuatkan sy teruja untuk memulakan perniagaan. sememangnya cita2 sy ingin mempunyai sebuah restoren sendiri. Begini mamak, sy ingin memulakan perniagaan sebuah restoran masakan ala thai yang mana kompetitor sy disini hanya 3 buah yang mana dikendalikan oleh org muslim-dan masakannya ala kadar rasa. untuk makluman mamak, sy di sabah. kerana ramai orang asemenanjung di sini, sy rasa target customer adalah org2 semenanjung yg dhagakan masakan ala-semenanjung yng mereka dahagakn di sini.sy tidak punyai modal yg cukup. sy ada seorang rakan kongsi yang mana kami contribute rm35k seorang,,,jadi ingin pendapat bagai mana harus bermula….e-mail ini dari seorang pembaca blog yang ingin membuka perniagaan sendiri untuk mencapai cita-cita yang murni. Walau pun beliau ini seorang yang makan gaji (mungkin lumayan) tetapi jiwanya lebih tertumpu ingin berdikari dan ingin berniaga dan capai cita-citanya. Semangat orang seperti ini bukan mudah untuk padam. Semakin hari, semakin jiwanya ingin ke arah bidang perniagaan. Tetapi kalau perhatikan isi e-mailnya dibawah sekali beliau mengatakan beliau ingin berkongsi

Page 38: PERNIAGAAN RESTORAN

berniaga. Kemungkinan api semangat yang membara dalam jiwanya tidak boleh lagi dibendung. Beliau nak bergerak cepat. Walau pun nasihat yang di pinta itu bukannya tentang “Rakan Kongsi”, tetapi mamak haji rasa masalah utama beliau akan datang dalam perniagaan ialah “rakan Kongsi“. Definasi rakan kongsi membawa makna: “Perhubungan yang diwujud di antara orang-orang yang menjalankan perniagaan bersama bagi maksud mendapat keuntungan (S3 (1), Akta Perkongsian 1961). Perjanjian perkongsian boleh dibentuk secara bertulis.Biasanya memulakan perniagaan dengan rakan kongsi memberi banyak manfaat, kalau tidak pun ia pasti memberi manfaat secara tidak langsung pun tetapi sekurang-kurangnya kita punyai seseorang rakan yang boleh kongsi suka duka dalam menjalankan perniagaan. Kebanyakan rakan kongsi dalam perniagaan yang kita pilih adalah sahabat karib yang kita kenali. Bila mula berniaga dengan rakan kongsi dalam perniagaan sering kali kita tidak teliti dan takut membuat perjanjian bertulis bersama kerana dikhuatiri menyinggung perasaan sahabat baik kita. Keadaan akan terjadi ialah , “Nak telan mati bapak, nak luah mati emak“. Kalau kita dapat keraskan hati pun sahabat kita akan kata, “tak akan engkau tak percaya persahabatan kita selama ini?, Kita kawan bukan baru setahun dua?.” Cuba anda bayangkan perasaan yang akan mempengaruhi akal fikiran dan kita jauhi asas perniagaan. Inilah sebab kita sering tidak teliti dalam memilih rakan kongsi perniagaan yang dari kalangan saudara mara, sahabat karib atau orang yang memepunyai kedudukan tiunggi dari kita. Rakan kongsi dalam perniagaan seperti sebuah hubungan perkahwinan. Walau pun sebelum kita berkahwin, bercinta berberapa tahun, berbagai-bagai perjanjian manis dimulut diluahkan oleh kedua pihak tetapi luahan ini bukan jaminan untuk kita tidak akan bercerai. Bila bercerai, semua janji-janji mulut seperti janji air lior saja, tidak boleh pakai. Inilah sebab Undang-undang keluarga Islam meletakan syarat-syarat dalam perkahwinan secara bertulis. Selepas akad nikah setiap pasangan lelaki diwajibkan tanda tangan surat perjanjian perkahwinan ini. Banyak kali mamak haji terangkan perjanjian yang terwujud diantara dua pihak mengikut perpektif Islam perlu ditulis. Perkara ini Allah SWT telah perintahkan dalam Al-Quran. Segala yang kita luahkan adalah diertikan sebagai perjanjian membuka perniagan bersama rakan kongsi adalah pejanjian. Perjanjian ini perlu ditulis dan disahkan oleh seorang yang lantik menjadi saksi segala perjanjian dibuat secara sukerela ini. (sekiranya boleh, dapatkan perkhidmatan peguam). Ini penting dalam menjalakan perniagaan secara rakan kongsi. Kita bukan apa, masa mula berniaga keuntungan mungkin sedikit dan selalunya duit yang kecil kita boleh kawal tetapi katakanlah restoren anda meletop seperti restoren nasi kandaq di Pulau Pinang, sehari jualan mencecah kepada 25K. Masa itu duit banyak…duit ini akan kawal kita. Mulalah berbagai masalah melalui orang ketiga terutamanya dari keluarga terdekat akan timbul. Kita juga tak mahu satu hari nanti isteri atau anak rakan kongsi kita akan masuk campur hal perniagaan kita. Buat perjanjian awal-awal lagi sebelum mulakan perniagaan. Insyallah ia kan jadi yang terbaik.Kebaikan rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut:

Membantu mengurangkan kos permulaan perniagaan (start-up cost). Mudah untuk menguruskan perniagaan seperti tanggung-jawan dan juga kerja pengurusan. Risiko yang akan dihadapi boleh dibahagi sama rata dengan rakan kongsi. Rakan kongsi anda akan menjadi pembekal semangan motivasi untuk perniagaan.

Biasanya omputih kata, ” One Man Control Business is the best Business In The World”. Keburukan atau kontra rakan kongsi dalam perniagaan seperti berikut.

Anda tidak punyai hak mutlak dalam syarikat. Keuntungan yang diperolehi perlu dibahagi sama rata. Apa saja tindakan rakan kongsi anda, anda juga terbabit.

Mungkin ramai yang keliru apa yang mamak haji katakan “Perjanjian” itu. Ada juga akan memberi jawapan daftar syarikat sendirian berhad akan menyelesaikan masalah rakan kongsi. Sendirian Berhad dilindungi oleh akta syarikat negara. Perjanjian yang mamak haji katakan ialah perjanjian persefahaman yang dipersetujui di antara rakan niaga. Perjanjian Persefahaman yang dilindungi Hak dan tugas rakan kongsi dalam perniagaan. Didalam perjanjian persefahaman (Mutual Aggrement) ini diterangkan terperinci hak rakan kongsi dan obligasi di antara anda dan rakan kongsi. Perjanjian perkongsian dibentuk secara bertulis. Perjanjian perkongsian biasanya mengandungi perkara-perkara berikut: Pihak-Pihak kepada perjanjian (pekongsi), nama syarikat, tempoh perkongsian, cara-cara pembubaran, cara mengendali harta perkongsian dan modal perkongsian, bahagian syer, dan cara pengurusan perniagaan. Ia termasuk juga kuasa-kuasa dan hak rakan kongsi, liabiliti dan tanggungan rakan kongsi dan  lain-lainnya. Perjanjian ini adalah secara ‘am. maksud Mamak haji ialah membuat satu “perjanjian Bersama” diluar dari skop yang terdapat dalam tubuhkan syarikat perkongsian. Anda tak perlu membuka syarikat sdn.bhd yang berharga ribu tetapi boleh dibuat hanya dengan syarikat enterprise berkongsi tetapi mempunyai set perjanjian yang terbaik. Di bawah ini mamak haji memberi sedikit penerangan tentang perjanajian bersama yang disebutkan.

1. Setiap ahli rakan kongsi mempunyai hak mengambil bahagian aktif dalam pengurusan dan adiminastrasi syarikat.

Page 39: PERNIAGAAN RESTORAN

2. Buku akaun syarikat perlu disimpan di pejabat operasi syarikat dan setiap rakan kongsi mempunyai hak akses untuk melihat atau memeriksa akaun sayrikat dan rakan kongsi boleh dapatkan bila-bila masa salinannya.

3. Setiap rakan kongsi berhak berhenti  menjadi rakan kongsi dengan hanya dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi yang lain.

4. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk kongsi bersama keuntungan dan juga kerugian.5. Sekiranya untuk mencukupkan aliran tunai syarikat, sekiranya ada rakan kongsi memberi

pendahluan atau memberi pinjaman , dia berhak memperolehi kembali pinjamannya berserta denga jumlah tambahan yang telah dipersetujui oleh rakan-rakan kongsi.

6. Setiap rakan kongsi punyai hak untuk melarang ahli rakan kongsi baru dan juga menghalang dari persaraan rakan kongsi yang tersedia ada.

7. Setiap rakan kongsi mempunyai hak untuk saman di makamah untuk mencairkan syarikat (dissolution) disebabkan kegagalan dalam perniagaan. Perkara ini cuma boleh dilakukan apabila dalam keadaan kecemasan dimana dari syarikat menanggung hutan yang lebih berat.

8. Semua rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan yang sama operasinya atau menggunakan nama syarikat .Berikut adalah tugas-tugas yang dipertanggung-jawapkan kepada setiap rakan-rakan kongsi:1. Setiap rakan kongsi perlu bertanggung-jawab untuk memajukan perniagaan yang disertainya.2. Setiap rakan kongsi perlu berkerja bersungguh-sungguh mengikut kemampuannya untuk menjalankan perniagaan.3. Setiap rakan kongsi dilarang menjalankan perniagaan sendiri atau pun mengambil peluang mencuri pelangan atau pun pekerja syarikat bagi menjalankan perniagaan persendirian yang akan memudaratkan syarikatnya.4. Buku akaun sayrikat perlu sentiasa dikemas kinikan untuk paparan semua rakan kongsi.5. Semua rakan kongsi bukan saja mempunyai hak keuntungan tetapi segala hutang yang ditanggung syarikat juga perlu dibahagi sama-rata.6. Setiap rakan kongsi dilarang menggunakan harta sayrikat untuk kegunaan peribadi.7. Setiap rakan kongsi perlu ikhlas, tawakal pada Allah SWT, bertanggung jawab pada kemasyarakatan dalam menjalankan perniagaan.Penjelasan di atas cuma adalah contoh yang perlu terdapat dalam surat perjanjian bersama (Mutual Aggrement) sebelum anada mula menjalankan perniagaan. Anda boleh tambahkan atau buang apa saja dari perbincangan dengan rakan kongsi. Perjanjian bersama ini bukan saja memberi kebaikan kepada syarikat, untuk anda dan rakan kongsi anad lebih yakin dengan syarikat yang anda bakal tubuhkan. WassalamSalam, cara yang terbaik mencari modal permulaan ialah melalui saudara mara dan rakan. Apa yg

penting perlu ingat dalam bazar ramadhan ialah “titik Pulangan Modal” atau break-even point.Katakan

anda cuma menjual cuma mee goreng yang satu bungkus berharga RM1.00. Modal yang dikeluarkkan.

Sewa tapak RM300.00 sebulan.sehari RM10.00. gaji anda RM40.00. modal kos bahan masakan RM50.00.

Jumlah adalah RM100.00. Maka anda perlu dan mesti menjual seratus bungkus dari pukul 4.00ptg hingga

7.00 ptg untuk mendapatkan cuma modal saja.Sekiranya anda ingin untung 40 peratus maka anda perlu

menjual 140 bungkus.Inilah fakta yg selalunya peniaga lupa. Pada awal 4-5 hari perniagaan pasar

ramadhan akan kurang kerana masing-masing masak sendiri. diakhir seminggu sebelum akhir

puasa..mulai orang balik kampung.Cuba fikirkan hari berniaga purata cuma 20 hari saja.Jadi pemilihan

menu jualan amat perlu dikaji.

Mamak haji memang berniata ingin menulis sebuah atikal tentang perniagaan Bazar Ramadhan sebelum

tiba bulan Ramadhan ini. tentang pelabur yang terbaik ialah ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-

rakan.Ceritakan strategi perniagaan, pemulangan modal dan yakinkan mereka insyallah siap juga ingin

melabur sekiranya mendapat pemulangan yang baik.Biasanya mendapat pulangan lebihi 20 peratus

adalah pemulangan terbaik. Bank tempatan cuma memberi 3.5 peratus untuk setahun atau pun ASB

cuma 13 peratus untuk setahun. Ini untuk sebulan 20 peratus siapa tak nak?. 20 peratus lagi untuk anda

termasuk gaji. Cukup lumayan bukan?.Mulakan rancangan perniagaan dan mula mencari pelabur ikut

kemampuan. Sekiranya anda perlukan RM1000. cari pelabur 5 orang setiap seorang RM200 termasuk

anda. Cara ini mungkin mudah dari mencari pelabur cuma seorang RM1000.00terima kasih kerana nota break even tu. selama nana berniaga, nana buat mcm tu cuma tak tahu org panggil tu break even point. pengajaran nana dpt dr berkongsi berniaga ni, satu dgn 2 org pak haji, kedua dgn adik sendiri… memang benar kata mamak aji, “One Man Control Business is the best Business

Page 40: PERNIAGAAN RESTORAN

In The World”. dgn pak aji berdua tu, sorang senyap2 tarik diri bila bini larang menyumbang wang, cuma kudrat saja yg boleh. sorang lagi sumbang wang 1/7 tapi dr jumlah modal dan kudrat 1/3 dr total urusan restoran. nana yg janda ni, kerja sepenuh masa atas anggapan mereka lapaq duit, melarat, pulun 80% modal dan operasi restoran. tapi bila malam, pak haji kedua, ambik semua duit sale atas alasan nk bank in, bini dia pagi2 mai check, nana masuk kerja pkl berapa, berapa sale, sapa ambik duit plus, cerita kt semua staff nana buka restoran share dgn laki dia sbb nak rebut harta depa! full stop. yg tu sampai mati dan memang kalau boleh, hari ni juga rasa nk tabur abu org mati depan kedai depa! dengan adik lagi ngilu. beria2 push nana ambik tawaran food court. bila nana kata tadak modal, dia bagi 300.5000 lg nana punya. janji jaga secara bergilir dgn pekerja sorang. tp hari kedua pekerja dah panjang tgn. mak masuk jaga duit. sepatutnya. tp end up mak jaga kedai siang malam. adik entah ke mana. duit hilang sbb dah bedak awal2 sblm tuan sempat kira. la ni mak dan adik bermusuh dgn nana. kedai pun nana tutup dah. sakit duit hilang, sakit lagi hati yg kecewa. sekarang lost money lost family. sumpah lps ni nana takkan buka kedai dgn sapa sapa dah. it will be One Man Control Business!

Salam nana,Betul apa yang nama kata, sedih juga membacanya. Terima kasih atas kisah begitu touching. Mamak Haji juga ada sebuah kisah bagi peniaga-peniaga yang ingin membukan perniagaan perkongsian 50-50. Walau pun sendirian berhad cara terbaik untuk membuka perniagaan tetapi bila syer syarikat 50-50 banyak menimbulkan masalah. Ini kisah Mr.Nathan dan Ahmad membuka sebuah restoren dengan syer ekuitinya 50-50. Mr.Nathan dan Ahmad adalah sahabat karib dari zaman kanak-kanaklagi. Walau pun Mr.Nathan ini seorang bukan Islam tetapi pandai mengaji dan juga tahu sebelok-belok adat resam Melayu. Mereka berdua memasuki tentera dan selepas perkhidmatan 13 tahun berhenti dari tentera.Biasanya tentera berkhidmat selama 13 tahun tidak ada pencen tetapi mereka dapat sejumlah wang yang besar dari Tabung Angkatan Tentera seperti juga wang simpanan KWSP. Dengan niat dan semangat berkobar ingin membuka restoren kedua mereka menceburkan diri dlm perniagaan restoren dengan modal permulaan berniaga RM30,000 masing-masing dengan 50% masing-masing. Ahmad adalah orang utama menjalankan perniagaan. Mr. Nathan ditugaskan sebagai menjaga akauan syarikat. Maka amatlah maju sayrikat mereka. Mr.Nathan dengan Ahmad persahabatan mereka semakin rapat dan ramai kataka mereka ini seperti adik-beradik.Oleh kerana mereka berdua tidak berkerja mereka cadang mengambil gaji dari sayrikat RM2,000 sebulan. Ahmad menjalankan semua tugas-tugas sebagai pengurus restoren kerja tungkus lumus..tetapi oleh kerana Mr.Nathan ini bukan Islam di tidak menjalankan sebarang tugas-tugas di Restoren. Semakin hari semakin majulah restoren mereka. sehingga simpanan tetap mereka di bank mencecah kepada hampir 1/2 juta tunai. Maka mulalah ketidak puas hatian wujud di antara mereka kerna Ahmad mohon gaji dia dinaikan kepada RM5,000.00 sebulan. Mr.Nathan juga hendak gaji yang sama.Ahmad tidak puas hati terhadap Mr.Nathan goyang kaki saja dapat 5K sebulan wal hal Ahmad hempas pulas berkerja. Pada mulanya bermula sebagai syarikat adik beradik kini menjadi musuh ketat. Bila ahmad tanda tangan cek, Mr.Nathan enggan tanda tangan. Bila Mr.Nathan memerlukan tanda tangan, Ahamad pulak enggan tanda tangan. Semakin lama semakin permusuhan mereka menjadi teruk. Sehingga cek gaji pekerja selama dua bulan mereka enggan tanda tangan. Sehingga kes ini dibawa ke pejabat buruh dan makamah buruh. Restoren sudah lumpuh, perniagaan ditutup kerana merebutkan wang tunai dibank 1/2 juta.Masing-masing tak mahu bahagi sama rata 50-50. kerana Ahmad tidak mahu Mr.Nathan memperolehi 50% dari wang tunai di Bank, kerana dalam fikiran dia, gaji dan elaun selama dua tahun ini, dia telah pun perolehi lebih dari sejuta dengan hanya modalkan 30 ribu.Maka Mr.Nathan ini membawa kes ini ke Makamah untuk menyingkirkan Ahmad sebagai pengarah syarikat. Kes berlanjutan di makmah selama emapat tahun. Wang simpanan 1.2 juta tunai tidak memberi apa-apa manfaat. Akhirnya Mr.Nathan mengupah seorang peguam yg handal..kemenangan bagi pihaknya. Ahmad kehilangan segala-galanya dari perniagaan, rumah-tangga yang haru biru dan kini beliau berkerja sebagai tukang masak. Mr.Nathan yang tamak dan haloba selepas memperolehi setengah juta dari usaha kawan rapat tak sempat menghabiskan duit dan meninggal dunia disebabkan kanser kolon yang serius. Keluarganya mengatakan Ahmad telah sihirkan Mr.Natahan…Mamak Haji rasa bukan disuhir tetapi hati yang tak tenteram kerana kesalahan yang dilakukan terhadap Ahmad telah menghantui dia. Inilah kisah dua sahabat yang membuka perniagaan restoren menjadi jutawan dan kaya tetapi hancur lebur kerana perkongsian yang tidk bertulis dengan baik. Wassalam.

Sebelum saya meminta pandangan tuan berkaitan perniagaan yang akan kami jalankan, izinkan saya

berkongsi pengalaman hidup dan pengalaman perniagaan yang sangat sedikit. Setinggi-tinggi syukur

pada Allah swt kerana memberi peluang pada saya untuk menghafaz Kalam-Nya dengan baik walaupun

diuji pelbagai cabaran hebat diantaranya ialah pemergian ibu dan ayah ketika masih dalam proses

menghafaz Al-Quran pada umur 15 tahun. Ketika menyambung pelajaran di kolej saya dihimpit masalah

kewangan yang mendorong saya berniaga seperti menjual burger, char kuey teow, nasi lemak, kereta

sewa dll.

Page 41: PERNIAGAAN RESTORAN

Alhamdulillah kini saya mempunyai pekerjaan. Namun dalam pada itu saya dan sahabat bercita-cita

untuk membuka pusat pengajian tahfiz. Oleh itu kami membuat keputusan untuk menjalankan

perniagaan restoran yang diberi nama ‘Al Huffaz Kitchen’ bagi menjana dana untuk membina sebuah

Madrasah Tahfiz atas sebidang tanah milik arwah ibu dan ayah saya. Perancangan konsep restoran kami

ialah ala food court. Kami bercadang menyediakan masakan panas, minuman dan masakan celup tepung

seperti ikan, sotong, udang, keropok lekor dll. Kami juga merancang menyewakan sebahagian tapak

restoran kami untuk makanan lain seperti western, roti canai, sate, burger dan char kuey teow.

Disamping itu kami juga ingin menyediakan sudut bacaan dan info2 berkaitan Islam seperti Hadith,

sejarah dll.

Oleh itu kami amat berharap agar tuan dapat memberi pandangan dari segenap aspek seperti perjanjian

perkongsian perniagaan antara saya dan rakan, perjanjian sewa tapak, konsep hiasan kedai, operasi

perniagaan, konsep info Islam dan apa jua pandangan yang berkaitan perniagaan yang bakal kami

jalankan.

Semoga Allah membalas jasa tuan dalam kesediaan memberi nasihat dan pandangan yang bernas.Salam..Ini satu usaha yang murni. Boleh tak e-mail mamak haji tentanmg rancangan saudara. Bagi mamak haji banyak perkara perlu fikirkan untuk membuka food court seperti saudara bercadang itu. Apa yang mamak haji perhatikan “Food court orang Cina semakin maju” tetapi foodcourt yang orang Melayu buka semakin kebelakang. Mamak Haji belum buat penyelidikan terperinci perniagaan seperti saudara cadangkan itu.Apa yang mamak haji risaukan ialah mengikut “murphy law” tentang ekonomi…”Anything Go Wrong, Will Go Wrong”. Dalam bidang perniagaan apa saja perniagaan yang ingin melabur perlu ada, Market Entry Strategy.Ia adalah satu rancangan yang membimbing syrikat bagaimana memberi perkhidmatan, kepada pemasaran yang kita sasarkan.Faktor yang memberi kesan kepada pemasaran baru yang kita sasarkan seperti berikut.Produk atau perkhidmatan, resources, persaingan, polisi dan cara pelaksanaan, Pemasaran dan promosi, saluran pengagihan dan juga harga.Dan banyak lagi yang perlu kita buat analisa. Kesuruhan analisa ini bergantung kepada 6W+1H..when, where , which, who, why and how. Mamak haji sarankan anda mulai kaji tentang “Consumer behavior” atau “Sifat-Sifat pengguna

TIP-TIP NASIHAT PERNIAGAAN KATERING DAN RESTOREN

Salam,Mamak amat bersyukur ke hadrat  Allah S.W.T, kerana masih lagi mampu meneruskn penulisan dalam blog ini tahun 2011 dengan lebih banyak post-post yang memberi manfaat pada pengunjung. Niat Mamak nak berkongsi Ilmu dalam perniagaan katering ini semakin mendapat sambutan dari para pengunjung blog tanpa berhenti. Pada masa Mamak mulakan blog ini tiga tahun yang lepas,  Mamak nak buat blog tidak tahu menahu maka seorang sahabat pakar IT sa kata,  “ Mamak don’t worry you take this password and user name and just write whatever you want write“. Inilah sebab blog mamak sehingga kini menggunakan nama asal beliau nambiahttp://balannambiar.wordpress.com. Mamak sehingga kini tidak menukar nama  blog yang baru. Kini Mamak cuma duduk di rumah dan tidak lagi kecimpung dalam perniagaan ini. Kelapangan ini Mamak gunakan untuk berblogging untuk memberi manfaat kepada peminat masakan Nasi kandar dan kepada yang mahu memulakan perniagaan ini secara profesional. Kali ini Mamak ingin poskan e-mail dari pengunjung blog ini yang dahagakan Ilmu Perniagaan. Mamak harap penghantar e-mail jangan kecil hati pulak kerana Mamak mempamirkan e-mail anda dan sudah semestinya mamak akan rahsiakan semua nama dan alamat e-mail anda.e-mail dari Wan, Kula Lumpur:assalamualaikum,

penulisan yg amat memberi manfaat kpd pembaca..

saya ingin meminta maklum balas penulis dengan cara pendapat atau pn nasihat ttg perniagaan restoran yg akan saya jalankn tidak lama lg..

Page 42: PERNIAGAAN RESTORAN

perniagaan itu adalah bersebelahan dgn sebuah IPT yg mempunyai 1500 pelajar yg aktif..pada waktu ini sudah terdapat 2 buah restoran sedia ada

dan dijangka akan bertambah menjadi 5 buah restoran termasuk saya nnt.

saya bercadang untuk menyediakn menu nasi campur sbg produk utama memandangkan restoran yg lain tidak menumpukan kpd produk itu..

adakah wajar saya teruskannya?saya tahu kos untuk nasi campur adalah tggi berbanding menyediakan masakan ala carte kerana kita perlu memasaknya terlebih dahulu.. fixed cost untuk sebulan d anggarkn rm10 000,variable rm500x24hari= rm12000..

apakah pandangan penulis?apa perkara yg perlu d buat untuk mndapat keuntungan?

berikan cadangan untuk apa menu yg patut di buat dan bagaimana cara untuk kita menarik para pelajar makan d restoran kta.

Mualaikum Salam Saudara, 

Niat berniaga adalah baik dan pintu rezeki saudara akan dibuka seluas-luas oleh Allah s.w.t. insyallah. Bagi Mamak haji paling utama dalam apa jua perniagaan adalah Nawaithu itu. Tanamkan nawaithu itu sebagai motivasi dalam perniagaan yang mencabar sekarang. Kenapa saya meniaga?.Apakah apa kah ia membantu keluarga saya?  atau pun untuk para pelangan yang mengunjungi restoren saya?. Keluarga adalah sumber rezeki kita dan juga pelangan pulak  membawa masuk rezeki kepada kita. Sekiranya apa saja kita membantu meringankan bebanan orang lain, Allah SWT nescaya meringankan beban kita kelak. Inilah perlu tanam dalam hati sampai bila-bila pun, walau pun insyallah sekiranya anda jadi jutawan satu hari nanti kelak. Allah berkati kesenangan untuk kita membantu orang lain. Walau pun Ilmu dan kekayaan besar mcm mana sekiranya ia tak bantu orang yang memrlukan ia tidaj berguna. Niat memulakan perniagaan adalah ilham dari Allah SWT. Kita cuma mengiktizamkan niat itu dengan segala ilmu yang perlu dipelajari. Ilmu perniagaan boleh dipelajari dengan mudah tetapi apa saja perlu ialah bergantung pada Allah secara total yang payah..ini jangan lupa semasa baru mulakan perniagaan. Inilah matlamat perniagaan. Jangan lakukan benda-benda kurafat mcm cari bomoh…perkara kurafat ini untuk sementara dan permainan syaitan. Perkara beginalh pintu rezeki kebanyakan peniaga-peniaga akan tertutup. Short-cut mencari teman syaitan dan Iblis.

Tentang Ilmu perniagaan: Tanya diri saudara kenapa pelangan harus kunjungi ke restoren anda?…wal hal ada dua lagi restoren. Apa yang anda boleh lakukan untuk pelangan mengunjungi tempat anda?. Cari jawapan ini sebelum saudara membuka restoren. Tulis apa saja perancangan anda. Ini di panggil strategi pemasaran dalam Ilmu perniagaan. Strategi anda perlu ada. Tanpa strategi yang baik dan solid anda akan kalah dalam pertempuran nanti. Makna pertempuran di sini cuma “persaingan perniagaan”. Saudara mengatakan pelangan anda ramai dari golongan pelajar. Maka apa kehendak pelajar ini?. Makanan murah, sedap dan suasana?. Suasana???…apa yang pelajar suka?..FB?..buat wifi percuma mcm kedai mamak. Pertandingan bola?…perlu big screen?..inilah suasana pelajar kehendaki; mereka nak tempat lepak atau mereka gelar pot. Trend pelanggan perlu dikaji. Ramai pengusaha restoren kata, pelajar ini cuma minum air saja…tak untung, tapi minuman adalah keuntungan besar bukan makanan. Makanan cuma profit margin sekarang 30% saja kalau tolak yang tak laku?. Minuman untungnya 200%. satu tin susu boleh bancuh 10 gelas teh tarik. Roti canai untungnya 120% . Menakjubkan bukan. Kenapa perlu naikan harga roti canai sekiranya sekilo tepung cuma naik 0.20 sen.  kilo tepung boleh buat 20 – 25  keping roti ..hahahaha. Marah perstaun restoren Mamak, rungkai keuntungan. Kita harus memahami kebanyakan pelajar ini adalah dari golongan tidak ada sumber pendapatan dan bergantung kepada biasiswa untuk menjamu makanan yang mahal dantidak mampu. Resepi-resepi dan menu perlu disesuaikan. Tentang Nasi campur ini masalahnya cuma  satu. Cara buffet meal. Pelajar–pelajar yang mengambil makanan tidak tahu kuantiti makanan yang mereka ambil dan biasanya bayaran bergantung kepada kuantiti. Maka mereka akan kecewa bila berhadapan dengan juruwang…pengusaha Nasi kandar seperti mamak haji faham keadaan ini. Kadangkala kuantiti makanan ini merugikan kita dan juga akan kehilangan pelanggan. Maka dengan sebab itulah kedai mamak biasanya  letak seorang tukang cedok lauk. Walau pun kita perlu membayar upahnya tetapi apabila

Page 43: PERNIAGAAN RESTORAN

kita kira kembali ia amat menguntungkan dan kontravasi di counter pembayaran tidak akan berlaku. Cuba gabungkan Idea restoran nasi kandar dengan restoren Melayu nasi campur. Nasi kandar lauknya mahal seperti seketul ayam dikira RM3.00. Nasi RM1.00 dan Sayur RM1.00. Jumlah keseluruhan RM5.00. Mahal harganya. Ok…cuba kurang menu asas ini kepada Ayam RM2.00 Nasi 0.80 dan sayur 0.70. Maka makanan ini cuma kosnya RM3.50. Ok bagaimana kita boleh lakukan ini. Ayam nasi kandar dipotong ayam berat 1.8kg kepada 10 bahagian. Saudara perlu beli ayam beratnya 1.6kg – 1.5kg dan potong 12 bahagian. Berat ayam ini perlu dijaga semasa membeli. kalau kecil akan seperti anak ayam.jadinya.hahaha!. Orang yang jual ayam ini kalau boleh cari yang berat saja dan potong mengikut cara dia..peduli apa penjual ayam itu dgn kita. Berniaga perlu rajin. Beli ayam di pasar raya seperti econsale yang jual harga borong. Pasar raya lain cuma boleh beli masa jualan murah je. Penolong tukang masak perlu tahu cara potong ayam. Maka dengan ini saudara boleh elakan penipuan timbang oleh penjual ayam. Ikan pun begitu juga beli dan potong sendiri. Nasi jangan risau anggarkan 1 kg Nasi boleh tampung 12 orang pelangan. Maka kalau dibahagi RM22.00  10kg. cuma kosnya sepinggan 0.22 sen + gas dan air = 0.25 sen. Teknik memasak nasi perlu betul dan tidak berkerak tebal. Mamak tentang ini pandai sebab itu Mamak nasi buang kanji…hehehe. Pernah mamak audit sebuah restoran Melayu..di Tong sampah penuh dgn kerak nasi. Katanya rice Cooker Rosak. Sayur perlu pilih jenis dan musim murah. Kalau beli kacang bunci 5kg…anda perlukan potong sayur buncis 5 jam. Itulah sebab Mamak niaga cuma dua jenis sayur..kacang panjang atau kobis. Pendek kata saudara kena ke pasar dan teliti semua harga. Ok.

Nanti mamak Hj. nak tulis atikal bagaimana nak jimatkan elektrik, gas dan air. dan penipuan dalam tong gas yang dibekalkan. Tentang modal anda perlu sediakan kos overhead dan kira untung permulaan selama 90 hari di bawah sifar. kerana bila mula perniagaan  sukar kita menentukan keuntungan kadang meletup kadangkala merundum. Kalau boleh jangan sekali-kali beli barangan stainless steel secara tunai. Yang baik sewa bulanan atau minguan. Kerana permulaan niaga anda perlukan wang tunai. Bagi nasihat saya… jangan berhutang beli barangan keperluan harian selagi anda tak pandai rolling account. Cuma orang ada kemahiran boleh lakukan ini. Bila kita berhutang kita tidak boleh kawal stok dan kualitti barangan. Kita beli dan jual. Jangan beli stok banyak..kerana stok yang ada itu tidak ada nilai wang. Bila jual baru bertkar kepada nilai wang.

Yang paling elok saudara soal apa jua kemusykilan dlm pemikiran insyallah..kita kongsi pendapat. Yang penting mulakan perniagaan dengan pemikiran positif. Fixed cost kedai mamak depa turunkan dgn membuka operasi 24 jam..maka sewa 15 hari save. Restoran perlu ada starting up cost…ini masalah sedikit. kita tak mahu niaga kita mati lepas dua bulan. Maka sumber kewangan perlu ada. Cari rakan kongsi kalu tak ada jumlah besar. Apa kata kos sekarang mencecah 150K???. Itu belum renovation cost. Elok buat syarikat sendirian berhad dan cari invester untuk permulaan. Jangan terlalu dengar nasihat pelangan atau kawan-kawan. nanti mcm-mcm ada…keliru kepala otak kita dibuat.Tak jadi benda ini. Berfikiran positif dan jangan sekali-kali luntuh semangat. Guru perniagaan saya di London dulu selalu berkata, ” In order to succed in Restaurant business you must fail, so that you know what NOT to do the next time”….ok. Mamak Haji doakan kejayaan anda. Jangan segan E-mail lagi tanya soalan?. sehingga clear semua kekusutan. Mamak Haji harap orang Melayu perlukan semangat lebih daripada kewangan. All the best “Nasi campur Ekonomi” tapi first class restoran…wassalam. Jumpa lagi…

salam.. Saya Muhammad Zhafran bin Zainal Ariffin dari Alor Setar. Saya amat tertarik dengan tulisan mamak. Saya amat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang masakan kelak. Untuk pengetahuan mamak, saya masih seorang pelajar ipta dan bercadang untuk terus menceburkan diri dalam bidang masakan kelak. Saya amat memerlukan panduan dan nasihat mamak dalam bidang masakan ini. Sebagai langkah permulaan saya bercadang untuk memulakan bisnes secara kecil-kecilan dahulu.Memandanngkan kami diberitakan bahawa cuti semester hadapan agak panjang iaitu selama 15 minggu. Dalam tempoh cuti yang agak panjang itu, kira-kira 3 bulan saya ingin menjalankan bisnes kecil-kecilan dahulu. Seperti berniaga di pasar malam. Cadangkan awal ingin berniaga nasi tomato@ beriani@ kandar, dan beberapa jenis lauk yang ringkas. Saya berharap agar mamak dapat menberi sedikit sebanyak tips dan nasihat sebagai persediaan untuk memulakan bisnes ini. Saya masih kekurangan ilmu dan pengetahuan dalam bidang ini, harap tunjuk ajar dari mamak ya..

Page 44: PERNIAGAAN RESTORAN

Jawapan Mamak: MualaikumWa Salam anak Zhafran,Mamak Haji terasa gembira kerana blog Mamak dapat meyakinkan anak muda untuk memulakan perniagaan walau masih dalam IPT. Alhamdullilah syukran. kalaulah anak muda Melayu yang terpelajar memasuki bidang perniagaan kecil-kecilan insyallah perniagaan ini akan maju di negara kita. Berniaga di pasar malam adalah masa yang singkat ia itu dari  6:00ptg ke 10:00 mlm. Dan masa kemuncak adalah dari 5:00 ptg kepada 7:00 ptg. Anda kalau ingin berniaga inilah masa yang perlu dikejar. Tapak Pasar Malam juga mainkan peranan utama. Tapak perlulah bersesuain dgn Jualan Nasi kita. Sebelum anda mulakan perniagaan cuba buat survey ke pasar malam itu. Biasanya pii duk kat tempat orang jual nasi yang paling popular di pasar malam itu dan lihat ragam pelanggan.catat seperti berikut..masa yang paling ramai pelangan beli nasi, cara peniaga itu menjual, seperti lay-out meja dan lauk, jenis lauk popular, cara pembungkusan (polistrine atau kertas), dan lain-lain. Catitkan kekurangan dan kelebihan peniaga. Adakah perlu ambil pembantu?. kerana pelangan perlukan kecepatan dalam jualan makanan. The Hungry man is an angry man. ok. Apabila anak mulakan perniagaan nasi kandar perlu ada identiti nasi kandar itu sendiri. Paling mustahak bagaimana anda memberi identiti jualan anda adalah Nasi kandar. Kalau Mamak jual sudah pasti ia adalah nasi kandar.Identiti nasi kandar ialah periok besar perlu ada didepan. Sekurang-kurangnya 5 periok. Lauk utama dalam periok itu ialah Ayam masak merah, ayam masak madu, Daging masak itam, ayam masak kurmak ayam kari ikan bawal atau pilihan yang lain seperti kari ayam dan Dalca. Lauk ini adalah warna lauk yang akan memikat para pelangan. Lauk sampingan seperti satu kemestian ialah sotong masak nasi kandar, telur dadar, telur rebus, sayur kobis masak kuning, kerabu timun. Lauk seperti ini perlu diletakan dalam tray yang nipis. Tak perlu kuantiti yg banyak. ia adalah lauk yang pembuka selera. tujuan utama kita untuk keuntungan perniagaan adalah lauk dalam periok. Kita perlu habiskan lauk itu. Kalau pelangan ambil telur dadar dan kuah je…kita nak untung apa?. Mamak cadangkan buat lauk melayu sedikit seperti rendang, ikan bawal goreng, ikan belah belakang dan lain-lain yang kita dapati dari survey. Ini tentang Ayam Goreng Nasi kandar. Ayam goreng perlu panas semasa hidangan. maka ayam yang telah peram dgn rempah perlu goreng di sana. Kuatiti kita boleh kawal. Rahsia nasi kandar ialah hidangan yang panas. ingat itu. Ini cara kalau kita ingin berniaga besar-besaran…hahaha!.

Tetapi untuk berniaga dengan modal kecil..anak cuba jual nasi yang telah sedia dibungkus dan pamerkan dengan cantik..seperti bungkusan nasi polistrine dibuka penutupnya dan dihias daun salad, potongan tomato, timun dan daun pudina. Buat nasi masak tomato dalam anggaran dalam 50 bungkus dan naikan sampai 100 bungkus. Nasi beriani kos yang tinggi dan keuntungan kurang kerana harga berasmathi sekarang mencecah 5 kg dalam RM35.00 dlm pasaran. Nasi tomato gunakan beras yg kandungan hancur 5% sudah memadai. Ayam beli seekor dalam berat anggaran 1.6 kg (jgn melebihi berat ini atau kurang dari 1.5 kg) suruh penjual ayam itu potong dua belas ketul ‘ala nasi kandar. Goreng ayam menggunakan tepung seperti ayam goreng rempah tetapi cair sedikit tepung supaya nampak ketulan ayam anda besar bila dipamirkan. Kuah ayam masak merah asingkan dan jangan masak ayam sekali..cuma tuang kuah yang pekat untuk mengerlipkan ayam itu.bahagian kulit ayam itu akan kembang dan mempamirkan saiz yg besar dari yang asal. Ayam yang dipamirkan itu sentiasa perlu basahkan untuk dilihat seperti baru. Gunakan dua jenis masakan yang yang sesuai untuk nasi tomato adalah ayam masak madu. Madu tak perlu dibeli ..masak gula seperti sirap dan hanguskan sedikit untuk menjadi perang. Masukan air lemon atau limau. Gula akan menjadi seperti madu dan gual tidak akan menjadi keras. Madu yang dijual pasar malam sebenarnya madu yg dibuat cara begini..cuma dimasak dengan sarang lebah sekali untuk dapatkan wax. Ini rahsia, jangan beritahu orang. Ayam masak madu anda akan lebih hebat dari masakan mamak hahahaha!. Di samping itu anak juga boleh jual Mee Udang mengikut resepi mamak. Goreng udang dgn minyak supaya kulit menjadi merah menyala..beli udang yang berharga sekilo RM13.50 – RM15.00. (jumlah lebih kurang 40-50 ekor) Bungkusan plastic perlu adalah 6X9 yang jenis kilat. Udang yg telah goreng luruskan badan dgn mematahkan sedikit badannya. Pamerkan diluar mee bukannya di atas..udang ini akan menarik perhatian pelangan. di atas mee hidangkan dgn tiga warna…salad, ubi rebus dan cabai merah ..pasti laku gile. anggaran dalam 20 pada permulaan dan naikan setiap minggu tapi jgn dibawah ini. kalau tak laku pertama kali jgn putus asa..buat dalam 3X kalau masih tak laku juga ubah resepi lain.

Page 45: PERNIAGAAN RESTORAN

Yang lain perkaks untuk niaga anda sedia maklum…meja pasar malam, payung, punca letrik, duit syling dan wang kecil yang mencukupi, kenderaan, peralatan bungkus. Walau pun kecil mamak fikir modal permulaan niaga dalam anggaran RM800-RM1000. Barang harga tinggi sekarang..persaingan pun hebat. Serahkan semua kepada Allah s.w.t dan mulakan niaga. Jangan terlalu negatif. Pengalaman niaga sehari seperti pengalaman belajar 100 hari. Kalau tak mula sekarang bila lagi… Jgn dengar nasihat negatif dari org luar..nanti mcm-mcm juru perunding akan beri nasihat…oleh kerana selalu nasihat itu kita charge..free…yang keluar modal kita…yg tanggung rugi kita…tak perlukan banyak nasihat cuma akan membantutkan usaha dan niat suci…niaga adalah seperti perjudian tetapi niaga telah dikira risiko adalah terbaik. Zhafran boleh buat…yakin dan doa..alalh s.w.t tak keciwakan hambanya..insyallah mamak iringi dgn doa untuk anak Zafran berjaya…amiiin.

salam..

saya dan beberapa orang rakan ingin membuka satu perniagaan katering untuk mengubah nasib

kami..apabila saya membaca tip-tip untuk membuka syarikat katering,rupa-rupanya banyak jugak

perkara yang kami perlu belajar..tatapi dalam keadaan kami yang sibuk hampir setiap hari..dapatkah

kami membuka perniagaan ini..saya sebagai pemberi idea dan diaggap sebagai ketua dalam perniagaan

ini hampir putus asa untuk membuka perniagaan ketering ini..Dikalangan rakan – rakan saya adalah

tukang masak restoran besar,restoran manager k.f.c,dan tukang masak masakan western…adakah

dengan ilmu yang kami ada ini boleh memberi satu combinasi yang berguna dalam peryediaan menu

katering nanti…??

Salam Saudara Rahman,

Semoga Allah SWT berkati niat murni tuan dan makbulkan doa saudara..amiin. Niat berniaga adalah

amat murni, apatah lagi kalau berkongsi ilmu kepandaian duniawi yg ada dgn kaum muslimin yang lain.

Ia lebih merapatkan ukwah persaudaraan sesama orang Islam demi agama yg kita cintai.

Perniagaan sebenarnya tidak memerlukan hanya ilmu pengetahuan dlm bidang itu 100 peratus. Ramai

yang di luar sana yang berpengetahuan luas yang bertahun -tahun berpengalaman masih lagi tak

mampu atau masih ragu lagi memulakan perniagaan sendiri. Kadangkala apabila kita semakin

mendalami sesuatu ilmu akan datang satu perasaan yang kita masih banyak lagi yang kita tidak ketahui

tentang ilmu itu. Dengan ini keberaniaan untuk membuka perniagaan sendiri akan menghadapi banyak

fakta negatif. Blog mamak ini cuma beri penekanan kepada orang biasa yang cuma tahu masak dua tiga

resepi tetapi boleh menghasilkan hasil lumayan dlm perniagaan.

Pada pendapat mamak, sekiranya saudara punyai rangkaian dan kenalan sahabat-sahabat yang

profesional dlm bidang food service, molek cuba buka syarikat katering yang professional. Bidang

katering semakin hari semakin canggih dan memerlukan perkhidmatan yang lebih efisyen dan

profesional.Cara lama kendalikan perkhidmatan katering sudah lapuk dan mungkin akan ketinggalan dlm

masyarakat kita. Kita perlu anjakan pradigma. Mungkin saudara dan sahabat-sahabat yg lain boleh

lakukan. Walau bagaimana pun Mamak cuma nasihatkan ingat!, “Too Many Cook Spoil The Soup”.

Makananya jangan terlalu banyak cerdik pandai dlm satu syarikat..sukar nak kawal dan juga berbagai-

bagai masalah perlu dihadapi. Anda juga kurang dapat komitmen dari mereka yang seperti ini kerana

mereka senang dapat pekerjaan dgn gaji yang lumayan. Cuba kontek mamak sekiranya saudara rasa

“down” dan “kurang semangat” untuk melangkah ke alam perniagaan..insyallah Mamak cuba beri

semangat. Ingat!, McDonald bukan diperkembangkan serata dunia oleh tukang masak yang paling hebat

tetapi oleh “Kroch” yang cuma seorang salesman yg menjual peralatan dapur. Invotif dlm katering adalah

kunci kejayaan….wassalam.

assalamualaikum…saya rahim merupakan kakitangan awam di salah sebuah jabatan kerajaan d salah

sebuah jabatan kerajaan. apa yang ingin saya bertanya saya baru berniaga kepak ayam bakar 2 bulan di

kawaswan puchong utama…segala rempah,sambal cecah dan ayam saya uruskan seorang diri namun

saya baru dalam ilmu berniaga alhamdulillah dari 5-8kg seminggu kini saya boleh menambah jualan

sehingga 15-25 kg setiap minggu. masalah yang saya hadapi kini ialah saya tidak mahir dan tidak tahu

Page 46: PERNIAGAAN RESTORAN

bagaimana untuk mengira kos bagi setiap bahan yang saya gnkan antaranya rempah, sambal cecah dan

pengguanaan bahan api, plastik berbanding kos untuk setiap kepak ayam…mohon bantuan daripada

Mamak…

Mualaikum Wassalam,

Syukran, Alhamdulillah!, Mamak haji doakan agar perniagaan saudara bertambah maju lagi. Memang

perencah sukar nak dikira, dengan sebab itu nilai kos bahan kita kira ikut resepi. Resepi adalah sangat

mustahak dalam perniagaan makanan ini. Tapi ramai tak ambil peduli tentang resepi. Tanpa resepi

perniagaan kita tak ada daya maju. Ok. katakan pada asal saudara berniaga 8kg. Ikut dalam Resepi

kiraan kegunaan bahan-bahan masakan untuk 8kg. Sekiranya anda tambah kepada 25kg, semasa resepi

tambahan ini perlu buat catatan. Sediakan buku catatan semasa masak. Catat segala bahan yang

dimasukan untuk peram kepak ayam itu untuk pertama kali saja.Jadi resepi anda jadi “standard” atau

tetap. Tak lah satu hari warnanya kepak ayam begini, esok pulak warna lain dan rasa pulak ikut tuan

punya mood. Bila anda ada resepi ia menjadi “Resepi Kepak Ayam Rahim Kassim”. Kalau nak maju perlu

mengira minyak masak dan segala-galanya, dan cari jalan untuk penjimatkan yang dilakukan seperti

restoren makanan segera antara bangsa KFC atau McD’s, jgn ketawa alahai mamak haji ini..baru saya

buat kat tepi jalan.. mamak ini cakap pasai KFC pulak dah, mana boleh sama dgn KFC. “Segalanya

bermula dari kecil tetapi cita-cita dan Impian yang besar”.Kita kena ada Impian dan perlu impian itu

realistik dan realisasikannya, kalau tidak ia cuma sebuah, “angan-angan mat jenin”. kaedah mereka

menjimatkan kos amat berkesan dalam perniagaan seperti saudara buat. Nasihat Mamak haji kepada

peniaga-peniaga yang menjual goreng ayam atau pun gorengan lain,, masalah besar adalah dapatkan

suhu yang tetap minyak panas gorengan dan kos minyak masak yang semakin hari semakin meningkat.

Maka simpan sedikit keuntungan perniagaan untuk membeli “Fryer” atau alat pengoreng yang berfungsi

mengawal suhu minyak. Fryer ini mungkin mahal sedikit tetapi ia memberi penjimatan dan kemudahan

gorengan yang terbaik.Nanti mamak haji tulis tentang Fryer ini di posting akan datang. Tentang Gas LPG

kegunaannya terpulang kepada dapur yang kita gunakan, biasanya kilang pembuat dapur akan

mempunyai maklumat teknikal tentang 1 jam menggunakan berapa kg LPG (gas masak). Anda boleh

buat uji kajian seperti membeli sebuah penimbang gantung mudah (kalau ada kawan mempunyai

penimbang 100kg, anda pinjam sekejap je), timbang botol gas berisi gas semasa mula hidupkan dapur

gas dengan mecatat masa.Dan selepas mengggunakan 1 jam timbang kembali botol gas anda. Maka

anda akan dapat tepat berapakah jumlah gas yang digunakan sejam. Katakan anda gunakan 2 kg untuk

satu jam, 1 botol LPG 14kg berharga RM25.00,, maka 1kg LPG berharga RM1.78. Sekiranya 2kg untuk

1jam, nilainya RM1.78 X 2 = RM3.56. Maka kos LPG untuk satu jam ialah RM3.56. Bila anda telah

sediakan semua maklumat ini, ia bukan saja mudahkan mengira keuntungan kasar tetapi akan datang

boleh ikhtiar untuk majukan dgn mengembangkan lagi perniagaan. Semua kiraan di hujung jari anda.

Anda boleh perkembangkan seberapa banyak out-let “Ayam kepak Rahim Kassim” sampai ke Pulau

Pinang pun boleh!. Anda tahu jualan sehari melalui perbelanjaan, dan tak perlu gusar dengan siapa yang

anda amanahkan untuk menjaga out-let ayam goreng kepak anda itu. Terima kasih melawat blog mamak

haji yang tak seberapa ini. Kalau soalan yang inginkan jawapan terperinci sila e-mail mamak

haji :[email protected] . Wassalam.

Page 47: PERNIAGAAN RESTORAN

Assalamualaikum Mamak Hj…sy dah selalu mengikuti blog mamak ni & rentetan dr itu sy berazam utk

membuka kafe yg dikenali dgn nama Melati Cafe & Catering…kami baru 10 hari beroperasi, alhamdulillah

sambutan agak menggalakkan & adakalanya x menang tangan melayan pelanggan yang dtg. Resepi

perencah mee mamak juga sy ambik dr blog mamak, alhamdulillah…ada sambutan bg penggemar mee

mamak…& Insya Allah, kafe kami akan memulakan konsep BBG, Grill & Steamboat pd sebelah mlm

memandangkan belum ada peniaga Islam dlm konsep sebegini…

Mualaikum salam, Alhamdulillah syukran kerana berjaya membuka perniagaan.Lima faktur yang perlu

anda perlu beri perhatian 1. Masakan 2. Kos 3. Perkhidmatan kepada pelangan 4. Staff 5. Persekitaran

dan suasana kafe.

1.Masakan:

Menu masakan tidak perlu banyak, kecuali konsep kafe anda dikehendaki begitu. Apa yang mustahak

ialah kesedapan masakan.

2. Perkhidmatan:

Perkhidmatan yang terbaik ialah, dengar dan memberi perhatian kepada pelangan.

3. Staf.

Perlu sentiasa menghormati pelangan dalam semua keadaan dan ambil perhatian apa yang pelangan

kehendaki.

4. Keadaan sekitar:

Keadaan persekitaran dalam kafe akan memberi kesan kepada pelangan untuk datang kembali. Keadaan

persekitaran kafe perlu mengikut jenis pelangan.Kalau pelangan pelajar tak sama dengan golongan

pekerja atau golongan eksklusif. Berubah ikut kehendak pelangan.

5. Kos hidangan makanan yang murah bukan selalunya memikat pelangan. Pelangan gembira bila kos

yang dikenakan memulangkan nilai. Apa yang tidak boleh ialah jangan kenakan kos tinggi tetapi kualiti

yang rendah. Walau bagaimana pun cuba rendahkan sedikit harga dari pesaing anda adalah terbaik.

MENGENALI PERSEPSI / “PERCEPTION” PELANGAN TERHADAP PERNIAGAAN ANDA.Salam, Sebenarnya Mamak haji tidak sihat sangat nak menulis posting baru. Cuaca di Pulau Pinang semakin tinggi sehingga malam hari terlalu hangat.  Cuaca mainkan peranan yang amat penting kepada yang punyai daya ketahanan fizikal yang lemah. Terutamanya kepada kanak-kanak dan orang yang lanjut umur. Biasanya cuaca panas begini mamak haji ingin berehat dancuma buat kerja-kerja ringan. Mamak Haji juga minta maaf kerana banyak e-mail belum balas lagi, insyallah bila sihat nanti mamak haji akan balas tetapi kalau e-mail yang inginkan perhatian mamak haji tolong beritahu. Ada juga  pengusaha makanan e-mail kepada Mamak bertanyakan bagaimana mengatasi pelangan yang semakin kurang berkunjung ke premis jualan makanan mereka. Ada yang tanya mungkin tak terkena sihir atau perbuatan jahat dari pesaing mereka. Sebenarnya sebelum membuka apa juga perniagaan anda perlu memahami  bila, kenapa, bagaimana dan di mana orang ramai ini membeli atau tidak beli sesuatu produk yang kita jual kepada mereka. Ini adalah cara dalam percubaan untuk memahami keputusan yang bakal dibuat oleh pembeli induvidu atau dalam satu kumpulan. Dalam bahasa Inggeris ia digelar, “Customer Behaviorism” atau pun kalau dialih bahasa lebih kurang digelar, “Tingkah laku Pelangan”. Menghasilkan sesuatu produk memang mudah tetapi untuk menjualnya kepada pelangan sangat sukar dan perlu memahami dan bagaimana menilai dan membuat keputusan untuk membeli produk yang kita hasilkan.

Page 48: PERNIAGAAN RESTORAN

Sebelum mamak haji teruskan, bagaimana pelangan membuat analisa tentang produk perniagaan kita, elok juga kita memahami tentang maksud “perception” atau persepsi atau pun dalam bahasa yang mudah kita gelar, “tanggapan”. Jadi mamak haji lebih suka gunakan perkataan “persepsi” kerana ramai ahli politik di negara suka gunakan perkataan persepsi rakyat atau penggundi terhadap parti politik yang mereka mewakili. Kadang-kala kita juga ingin tahu bagaimana pelangan membuat persepsi tentang  restoren, atau perniagaan katering yang kita jalankan. Tiga Faktor yang mempengaruhi persepsi secara umumnya ini ialah:

1. Motivasi yang diwujudkan melalui pengalaman yang akan menjadikan persepsi. Sebenarnya jenis mereka ini ingin lihat apa yang sedia wujud di pemikiran mereka yang telah terbentuk persepsi. Golongan ini seperti selalu ke luar negera yang maju, ingin lihat kemajuan di negara ini.

2. Kumpulan ini adalah telah menjadi sasaran-sasaran iklan melalui media massa. Persepsi mereka telah diwujudkan oleh iklan. Ia sama seperti media massa di negara ini membentukan “persepsi pengundi” melalui berita-berita negatif terhadap pembangkang. Kumpulan pelangan ii memerlukan iklan.

3. Keadaan atau situasi sesuatu perkara akan banyak mempengaruhi persepsi pelangan. Dalam politik biasanya pihak yang sedang memerintah akan menunggu keadaan atau situasi politik yang akan mempengaruhi persepsi penggundi yang biasanya duduk di atas pagar. Pengundi yang “duduk atas pagar”,  ini bermaksud pengundi yang belum lagi membuat keputusan untuk memilih parti mana mereka ingin mengundi. Pengundi-pengundi seperti inilah yang “membawa tsunami Politik PRU 2008. Di mana parti memerintah telah kehilangan 2/3 undi majoriti diparlimen. Maka pihak kerajaan yang sedang memerintah akan menunggu kedaan dan situasi yang tepat untuk mendapatkan kemenangan. Dalam politik situasi atau kedaan ini digelar, “mementum politik”. Biasanya untuk memenangi pilihanraya setiap parti politik perlukn tiga faktur. 1. Kewangan yang cukup 2. Media massa yang digunakan sebagai propaganda politik. 3. Mementum Politik. Seperti anda mengetahui tarikh pembubaran parlimen dirahsiakan pihak yang memerintah kerana mementam politik yang tidak menentu bagi kemenangan mereka. Tetapi terlalu bergantung kepada memontum politik kadang-kala membazir masa dan duit rakyat.Persepsi yang mamak haji terangkan dengan contoh politik adalah mudah difahami. Persepsi UMNO yang ingin disuntik dalam pemikiran orang Melayu ialah persepsi ketakutan. Ketakutan ini dieloberasi kepada “ketuanan Melayu akan hilang sekiranya parti pembangkang akan mengambil alih kerajaan”. Maka anda tidak rasa pelik “cerita-cerita hantu” yang karut dihidangkan dalam bentuk filem, drama dan cerita mulut kemulut untuk membina “bingkai” ketakutan dalam pemikiran orang Melayu. Ia adalah satu propaganda politik yang amat licik dan berkesan dalam kempen politik. Pembangkang pula siang malam adakan ceramah politik memburukan kerajaan memerintah dengan “persepsi rasuah”. Supaya rakyat menganggap kerajaan yang memerintah 100 peratus korupsi. Apa yang mamak haji ingin terangkan disini ialah “persepsi boleh dibentuk dan boleh digunakan” ia tidak boleh kawal oleh pemikiran biasa.  Dalam perniagaan “persepsi dibentuk melalui iklan”, mulut ke mulut dan juga melalui pengalaman pelangan itu sendiri. Persepsi sebenarnya teknik ekploitasi pemikiran manusia, ia seperti “camouflage” atau penyamaran yang digunakan oleh haiwan yang lemah untuk menunjukkan mereka hebat dlam bentuk fizikal untuk mengaburkan mata musuh. Kalau anda perhatikan burung seperti “burung hantu” punyai mata dan bahagian muka yang sangat mengerunkan yang melihhatnya tetapi cara logik burung hantu ini tidak pernah menyerang manusia. Begitu juga “hantu” diterjemahkan dalam bentuk hodoh untuk menakutkan kanak-kanak. Dengan sebab inilah Allah SWT jadikan golongan Jin yang sangat hodoh tetapi tidak memperlihatkan kepada manusia. Allah SWT tidak mahu wujudkan persepsi ketakutan manusia pada jin, kerana Allah SWT lebih berkuasa. Jadi kenapalah kita patut takutkan jin dan sihir sekiranya kita yakin yang Maha Berkuasa adalah Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak memperlihatkan jin itu pada mata kasar manusia, kenapalah kita gatai sangat nak lihat jin?. Kerja bodoh bukan?. Jadi lupakan sihir atau pun kerja-kerja jahat jin ini dan tumpukan kepada ketakwaan pada Allah Yang Maha besar (takbir). Insyalallah kita selamat bukan saja didunia ini tetapi di akhirat juga kita akan selamat.Kesimpulan makna, “persepsi” ialah sesuatu informasi yang sengaja dirangsangkan untuk dijelamakam  dalam pemikiran manusia untuk mengawal pemikiran manusia. Persepsi ini bukan kekal, ia boleh ditukarkan atau boleh di olah dengan pembelajaran, ingatan (memori) dan ekspetasi. Maka persepsi adalah penting untuk rangsangkan produk anda dibeli oleh pelangan. Inilah perkara yang asas dalam memformulakan strategi perniagaan. Setiap analisa mengenai

Page 49: PERNIAGAAN RESTORAN

perniagaan dan pelangan berdasarkan kepada 6W + 1H. What, Where, When, Which, Who, Why, and How. Dalam bahasa kita:  Apa?, Dimana?, Bila?, Mana satu?, Siapa?, Kenapa? dan Bagaimana?.Mamak haji berhenti setakat ini dan kalau sihat akan kembali kepada tajuk bagaimana analisa sesuatu produk atau perkhidmatan yang pelangan boleh diterima oleh pelangan. Ramai di antara kita membuka perniagaan tanpa menganalisa terlebih dahulu perniagaan yang kita ingin ceburi akan di terima atau ditolak oleh pelangan. 

PENGERTIAN REZEKI DUNIA DAN AKHIRAT.Salam,Pertama sekali mamak haji mohon maaf kerana tak kemas kinikan blog sepanjang bulan puasa tahun ini. Bila usia semakin senja, mamak haji terpaksa menumpukan mengumpul modal untuk ke alam yang akan menjadi tempat penginapan tetap. Bila inginkan berjaya dalam perniagaan kita perlu ketahui tiga perkara. Perkara Pertama kita perlu ada kekuatan diri kendiri. Kekuatan diri ini terbina oleh kuasa dalaman dan juga melalui orang lain yang dekat dengan kita yang bangkitkan semangat dalaman kita. Inilah mamak haji sering lakukan dalam penulisan dalam blog ini atau pun melalui e-mail peribadi kepada pembaca sekelian. Alhamdullillah setakat ini ramai juga yang dapat suntikan semangat ini telah membuka perniagaan sendiri. Anda juga perlu adakan orang sekeliling anda yang sentiasa suntik semangat untuk membina kekuatan ini. Sekiranya ada yang suka melemahkan semangat anda, jauhkan diri anda dari golongan jenis ini.Perkara kedua untuk berjaya dalam dunia perniagaan, ialah anda perlu ketahui keupayaan diri anda sendiri. Keupayaan ini bukanlah satu perkara yang tetap ia boleh berubah mengikut pembelajaran, pengalaman dan juga peringkat umur atau pengalaman. Sudah pasti keupayaan kita sepuluh tahun lalu dan kini telah berubah. Keupayaan fikir juga akan berubah bila kita semakin tua.Perkara ketiga yang mamak haji ingin beritahu khas untuk orang Islam ialah memahami segala usaha yang kita taburkan demi kejayaan merupakan kekuasaan Allah, “QADAR”.  Qadar atau takdir termasuk qudrat dan kekuasan-Nya yang menyeluruh, di samping itu, qadar adalah rahsia Allah yang tersembunyi, tak ada seorangpun yang dapat mengetahuinya kecuali Dia, tertulis di lauh mahfuzh dan tak ada seorangpun yang dapat melihatnya. Kita tidak tahu, takdir baik atau buruk yang telah ditentukan untuk kita maupun untuk makhluk lain – Imam Ahmad r.a.Mamak Haji ingin terangkan sedikit tentang qadar yang sering salah ertikan sebahagian orang Islam kita dalam lapangan perniagaan.  Apa yang mendorong mamak haji menulis tentang perkara qadar ini adalah untuk diri mamak haji dan juga  sahabat-sahabat mamak haji yang sudah putus harapan dalam perniagaan dewasa ini. Semoga sedikit penerangan yang mamak haji ambil petikan dari kitab QADHA DAN QADAR karya MUHAMMAD BIN SHALEH AL-‘UTSAIMIN  memberi sedikit pengertian mengenainya. Dalam perkara tafsirkan atau kefahaman mengenai qadar atau takdir ini umat Islam pecah kepada tiga kumpulan.Kumpulan Pertama: Mereka yang fanatik dalam menetapkan qadar dan menolak adanya kehendak dan kemampuan makhluk. Mereka berpendapat bahawa manusia sama sekali tidak mempunyai kemampuan dan keinginan, dia hanya dikemudikan dan tidak mempunyai pilihan, laksana bulu yang ditiup angin. Mereka ini tidak membezakan antara perbuatan manusia yang terjadi atas kehendaknya dan perbuatan yang terjadi diluar kehendaknya, Sudah pasti mereka ini keliru dan sesat, kerana sudah jelas menurut agama, akal dan fitrah manusia boleh membezakan antara perbuatan yang di ingini dan perbuatan yang terpaksa.Kumpulan Kedua: Mereka ini terlalu fanatik dalam menetapkan kemampuan dan kehendak makhluk sehingga mereka menolak bahwa apa yang dilakukan manusia adalah karena kehendak dan keinginan Allah SWT serta diciptakan oleh-Nya. Menurut mereka, manusia memiliki kebebasan atas perbuatannya. Bahkan ada diantara mereka yang mengatakan bahwa Allah SWT tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh manusia kecuali setelah ia terjadi. Maka mereka ini juga sangat fanatik dalam menetapkan kemampuan dan kehendak makhluk. Fahaman seperti ini sering dikaitkan fahaman sekular dan menjauhi tauhid.Kumpulan Ketiga: Mereka yang beriman, sehingga diberi petunjuk oleh Allah SWT untuk menemukan kebenaran yang telah diperselisihkan. Mereka ini adalah Ahlussunnah Wal Jamaah. Dalam masalah ini mereka menempuh jalan tengah dengan berl di atas dalil syar’i dan dalil aqli.

Page 50: PERNIAGAAN RESTORAN

Mereka berpendapat bahwa perbuatan yang dijadikan Allah SWT di alam semesta ini terbahagi atas dua jenis:1- Perbuatan yang dilakukan oleh Allah SWT terhadap makhluk-Nya. Dalam hal ini tak ada kekuasaan dan pilihan bagi siapapun. Seperti turunnya hujan,tumbuhnya tanaman, kehidupan, kematian, sakit, sihat dan banyak contoh lainnya yang dapat disaksikan pada makhluk Allah SWT. Dalam perkara  seperti ini, tentu saja tak ada kekuasaan dan kehendak siapa pun kecuali Kekuasaan Allah SWT yang maha Esa dan maha berkuasa2- Perbuatan yang dilakukan oleh semua makhluk yang mempunyai kehendak. Perbuatan ini terjadi atas dasar keinginan dan kemahuan pelakunya sendiri; karena Allah SWT menjadikannya untuk mereka.Sebagaimana firman Allah SWT: MaksudNya: “Iaitu bagi sesiapa dari kamu yang mahu tetap teguh di atas jalan (Islam) yang betul.” (At-Takwir:28).Manusia boleh membezakan antara perbuatan yang terjadi karena kehendaknya sendiri dan yang terjadi karena terpaksa. Sebagai contoh, orang yang dengan sedar turun dari atap rumah melalui tangga, ia tahu kalau perbuatannya atas dasar pilihan dan kehendaknya sendiri. Lain halnya kalau ia terjatuh dari atap rumah, ia tahu bahwa hal tersebut bukan karena kehendaknya. Dia dapat membezakan antara kedua perbuatan ini, yang pertama atas dasar kehendaknya dan yang kedua diluar kehendaknya. Dan siapapun mengetahui perbezaan ini. Begitu juga orang yang menderita sakit pundi kencing ,dia tahu kalau air kencingnya keluar tanpa kemahuannya. Tetapi apabila ia sudah sembuh, ia sedar bahwa air kencingnya keluar atas kehendaknya. Dia mengetahui perbezaan diantara kedua hal ini dan tak ada seorangpun yang dapat menolak adanya perbezaan tersebut. Demikian segala hal yang terjadi pada diri manusia, dia mengetahui, perbezaan diantara mana yang terjadi dengan kemahuannya dan mana yang tidak. Akan tetapi, karena kasih sayang Allah SWT, ada diantara perbuatan manusia yang terjadi atas kemahuannya namun tidak dinyatakan sebagai perbuatannya. Seperti perbuatan orang yang terlupa, dan orang yang sedang tidur. Firman Allah  dalam kisah Ashabul kahfi:“Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri;”.. (Al- Kahf: 18).Padahal mereka sendiri yang sebenarnya berbalik ke kanan dan berbalik ke kiri, tetapi Allah SWT menyatakan bahawa Dialah yang membalik–balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sebab orang yang sedang tidur tidak mempunyai keinginan dan pilihan serta tidak mendapatkan hukuman atas perbuatannya. Maka perbuatan tersebut di nisbatkan kepada Allah SWT. Dan sabda Nabi Muhammad saw: “Barang siapa yang lupa ketika dalam keadaan berpuasa, lalu makan atau minum, maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, karena Allah SWT yang memberinya makan dan minum.” Dinyatakan dalam hadits ini, bahawa yang memberi makan dan minum adalah Allah SWT, karena perbuatan orang tersebut terjadi tanpa sedar, maka seakan–akan terjadi tanpa kemahuannya.Sebagaimana kita semua tahu bahwa manusia telah ditentukan untuknya rezeki yang diperuntuk bagiannya. Namun demikian dia tetap berusaha untuk mencari rezeki ke sana dan kemari. Tidak hanya duduk di rumah saja dengan berkata: “kalau sudah ditakdirkan untukku rezekiku tentu ia akan datang dengan sendirinya”. Bahkan dia akan berusaha untuk mencari rezeki tersebut. Padahal rezeki ini disebutkan bersamaan dengan amal perbuatan, sebagaimana di sebutkan dalam hadits Nabi saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud r.a: “Sesungguhnya kalian ini dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibu selama empat puluh hari berupa air mani, kemudian berubah menjadi segumpal darah selama empat puluh hari pula, kemudian berubah menjadi segumpal daging selama empat puluh hari pula, lalu Allah mengutus seorang malaikat yang diberi tugas untuk mencatat empat perkara, yaitu rezekinya, ajalnya, amalan dan apakah ia termasuk orang celaka atau bahagia”. Jadi rezeki inipun telah tercatat seperti halnya amal perbuatan, baik ataupun buruk, juga telah tercatat. ” Kalau begitu, mengapa anda pergi ke sana dan kemari untuk mencari rezeki dunia tetapi tidak berbuat kebaikan untuk mencari rezeki akhirat dan mendapatkan Qadha dan Qadar kebahagiaan surga? padahal kedua-duanya adalah sama, tidak ada perbedaannya.Jika anda mahu berusaha untuk mencari rezki dan untuk mempertahankan untuk kehidupan seharian anda, bila anda jatuh sakit, anda perlu mencari doktor  untuk mengubati penyakit anda,

Page 51: PERNIAGAAN RESTORAN

padahal anda tahu kalau ajal telah ditentukan, tidak akan dapat bertambah dan tidak berkurang. Anda tidak akan bersikap pasrah sambil berkata: “sudahlah aku tetap tinggal di rumah saja meski pun perlu menderita sakit, karena kalau aku di takdirkan panjang umur aku akan tetap hidup”. Bahkan anda berusaha sekuat tenaga untuk mencari doktor yang pakar untuk menyembuhkan penyakit anda, yang dapat menyembuhkan penyakit anda dengan takdir Allah. Jika demikian, mengapa usaha anda di jalan akhirat dan dalam amal saleh tidak seperti usaha anda untuk kepentingan duniawi?Sebagaimana telah  kemukakan bahwa masalah qadar adalah rahasia Allah SWT yang tersembunyi, tak mungkin anda dapat mengetahuinya. Sekarang anda di antara dua jalan: jalan yang membawa anda kepada keselamatan, kebahagiaan, kedamaian dan kemuliaan; dan jalan yang dapat membawa anda kepada kehancuran, penyesalan, dan kehinaan. Sekarang anda sedang berdiri di antara di hujung kedua jalan tersebut dan bebas untuk memilih, tak ada seorangpun yang akan merintangi anda untuk melalui jalan yang kanan atau jalan yang kiri. Anda dapat pergi kemanapun sesuka hati anda. Lalu mengapa anda memilih jalan kiri (sesat) kemudian berdalih bahwa “itu sudah takdirku”? bukankah lebih patut jika anda Qadha dan Qadar memilih jalan kanan dan mengatakan bahwa “itu takdirku” ?Untuk lebih jelasnya, apabila anda mahu menuju ke suatu tempat dan dihadapan anda ada dua jalan. Yang satu mulus, lebih pendek dan lebih aman; sedang yang kedua rusak, lebih panjang dan mengerikan. Tentu saja anda akan memilih jalan yang mulus, yang lebih pendek dan lebih aman, tidak memilih jalan yang tidak mulus, tidak pendek dan tidak aman. Ini berkenaan dengan jalan yang visual, begitu juga dengan yang nonvisual, sama saja dan tidak ada bezanya. Namun kadangkala hawa nafsulah yang berperanan dan menguasai akal. Padahal, sebagai seorang mu’min semoleknya akalnyalah yang harus lebih berperanan dan menguasai hawa nafsunya. Jika orang menggunakan akalnya, maka akal itu menurut pengertian yang sebenarnya akan melindungi pemiliknya dari yang membahayakan dan membawanya kepada yang bermanfaat dan membahagiakan. Dengan demikian jelaslah bagi kita bahwa manusia mempunyai kehendak dan pilihan dalam perbuatan yang dilakukannya secara sadar, bukan terpaksa. Kalau manusia berbuat dengan kehendak dan pilihannya untuk kepentingan dunia, maka iapun seharusnya begitu pula dalam usahanya menuju akhirat. Bahkan jalan menuju akhirat lebih jelas. Karena Allah Ytelah menjelaskannya dalam Al-Qur’an dan melalui sabda Rasul-Nya r, maka jalan menuju akhirat tentu saja lebih jelas dan lebih terang daripada jalan untuk kepentingan dunia. Maka pengertian rezeki dunia dan akhirat sama penting untuk kehidupan kita. 

PERNIAGAAN RESTOREN BHG: 1.1. KEPANTASAN LAYANAN PELANGAN:Kepantasan layanan yang pantas dan cepat selalunya berkait rapat dengan sebahagian dari keuntungan perniagaan restoren anda. Walau pun layanan yang baik untuk mengekalkan pelangan setia perlu dan mustahak (baca tip-tip atikal tip-tip pengurusan restoren) tetapi bukan perkara ini yang dimaksudkan “Layanan Pantas“. Layanan pantas yang dimaksudkan ialah pelangan yang mengkunjungi Restoren anda dilayan dengan segera dan semua pesanan makanan dan minuman sampai ke meja makan pelangan dengan cepat. Pelangan yang berada di meja makan dalam

Page 52: PERNIAGAAN RESTORAN

restoren perlu silih berganti dengan pelangan lain setiap 15 minit ke 30 minit. Sekiranya restoren anda mengambil masa yang panjang untuk menerima pesanan pelangan dan pesanan makanan sampai ke meja makan masa yang lama, ia bermakna nilai keuntungan anda akan menurun. Pelangan baru yang berkunjung tidak akan masuk ke restoren anda dan anad akan kehilangan pelangan.  Kepantasan layanan juga bergantung kepada kriteria dan jenis restoren anda. Sekiranya anda ingin jadikan perniagaan restoren anda untuk pelangan eksekusif dan kaedah kepantasan layanan mungkin tidak diguna pakai. Pelangan yang berkunjung tempat eksklusif ini selalunya memerlukan tempat untuk bersantai, selesa dan berasa selamat berada di ruang restoren anda. Kadangkala pelangan jenis ini ingin menghabiskan masa 4-5 jam dalam restoren anda. Di restoren begini Kepantasan layanan tidak memberi impak pada keuntungan kerana jualan satu-satu hidangan berkali ganda kosnya dengan restoren biasa. Jenis restoren ini memerlukan kos permulaan dan kos pengendalian yang amat tinggi. Restoren jenis ini juga memerlukan sumber kewangan yang tinggi dan kukuh.  Dengan ini, kita tinggalkan restoren ini untuk diskusi kerana sekiranya kita mempunyai kewangan yang diperlukan dengan mudah kita boleh dapatkan firma-firma profesional “Businees develoment Management” mengendalikan restoren seperti ini.Restoren yang kini menjadi tarikan golongan bumiputera ialah Restoren jenis ‘Ala carte. Ala ‘ carte adalah sebutan Perancis yang bermakna, ” hidangan mengikut Menu”,  yang ditetapkan, harga dan dengan cara melalui pesanan. Kebanyakan restoren Jenis ‘ala carte ini menyediakan makanan “Thai” atau Ala Barat. Bagi Restoren masakan ala Thai atau Tom Yam, tukang masaknya selalu di impot dari Selatan Thailand yang berbangsa Melayu Islam. Yang anehnya restoren ini kebanyakan kini telah dipunyai oleh rakyat asing yang mula bekerja cuma sebagai tukang masak. Restoren seperti ini tukang masak memainkan peranan utama. Biasanya tukang masak ini selalunya cepat merajuk dengan taukeh yang terdiri dari orang tempatan. Bila anda bukak restoren begini anda sukar dapat kawal tukang masak. Dari kawan-kawan yang membuka restoren Nasi kandar dan di gandingkan dengan makanan ‘ala carte Thai (atau Tom Yam) merungut mengenai sikap yang angkuh tukang masak ini. Jadi anda perlu awas tentang sikap tukang masak seperti ini. Kalau ingin juga, carilah chef-chef yang profesional walau pun bayar lebih sedikit tetapi tak pening kepala. Mamak Haji tak mahu cerita lebih tentang jenis restoren ‘Ala Carte Tom Yam ini kerana perniagaan yang kita sukar boleh kawal bukan perniagaan namanya. Jangan jadi perniagaan kita menjadi hak orang lain. Ramai pengusaha Melayu yang berkimpung dalam restoren Tom Yam gagal kerana faktor tukang masak yang leceh dan bermasalah sikap. Sikap orang lain sukar diubah kecuali mereka ubah sendiri.Walau apa jenis restoren pun yang anda berminat untuk berniaga,  tempat dan lokasi kedudukan restoren itu memainkan peranan yang penting. Sebagai contoh;  sekiranya anda ingin membuka restoren di kawasan perindustrian, perniagaan anda masa puncak ialah waktu tengah hari dan anda perlu dapatkan pelangan yang seberapa ramai dengan layanan yang pantas. Harus ingat, Pelangan anda ialah kebanyakan pekerja kilang atau industri yang mempunyai waktu makan yang pendek 30-45 minit. Jenis restoren yang mereka minati adalah restoren yang mampu layan mereka dengan cepat. Tak perlu bagi mereka menyediakan kerusi yang empuk. Pelangan yang datang bukan untuk bersantai tetapi mahu hidangan diperolehi dengan cepat dan beredar. Dengan sebab ini, carilah lokasi yang baik untuk restoren dengan mengkaji segala aspek pemasaran untuk restoren anda.Kali ini Mamak Haji ingin memperkenalkan Resepi Masakan Istimewa dari : Gerai Afiza yang terletak di PASAR EKS TMN.TUN PERAK, CHERAS, KUALA LUMPUR. Kalau sesiapa nak pesan atau sesat jalan boleh call beliau di talian : 012 – 3446299;

RESEPI “BEEF NOODLE FIZA”.

Page 53: PERNIAGAAN RESTORAN

BAHAN: Daging direbus dan dihiris dihias di atas sup. Bebola Daging. Perut (lembu) direbus dan dihiris. Tulang (lembu). Pes Bawang Besar, Bawang Putih dan Halia. Bawang merah dan bawang putih dihiris untuk tumis. Hirisan Halia dan Lengkuas. Rempah sup adabi. Sedikit sudu lada hitam tumbuk. untuk menumis kayu manis, buah pelaga , cengkih dan bunga lawang. Mee Kuning. Bawang goreng, daun sup dan bawang goreng.

Cara-Cara:1. Masukan minyak masak di dalam periok/ kuali. Bila minyak panas, tumis rempah ratus, pes bawang putih + Bawang merah dan halia, dan hirisan halia dan lengkuas.2. Bila bau naik, masukan perut, tulang dan bebola daging serta serbuk sup adabi-kacau rata.3. Masukkan air, garam, dan secubit gula. Bila sup telah Didih, rendahkan api dapur.4. Ambil mangkuk masukan mee (se cekak) hidangkan di atas daging hirisan dan bebola daging daun bawang/sup. Tuang sup kedalam mangkok. taburkan sedikit bawang goreng. Sup Mee Bebola daging Fiza anda siap. ..Resepi ini adalah sumbangan dari Fiza sendiri. kalau masih keliru jumpa Fiza di gerainya dan tanya, tetapi ada syaratnya, kena pesan se mangkok dulu. Resepi Free tapi Beef noodle Soup kena bayar yea….terima kasih Fiza.

CARA MENGIRA KOS DAN KUANTITI MAKANAN DLM KATERING.

Tajuk ini Mamak tulis mengikut pengalaman, bukan dengan satu formula yang tepat. Harus ingat juga, tajuk ini bukanlah satu kajian pemasaran dalam bidang katering. Bagi Katerer yang sudah lama (sesion) dan berpengalaman harga katering ini dihujung jari mereka. Bagaimana dengan katerer yang baru nak mula?.  Tajuk ini Mamak tulis kerana, kisah malam tadi dengan seorang katerer yang lama dalam bidang ini dan menjalankan perniagaan katering yang datang berjumpa mamak mengenai harga yang semakin lama semakin murah dalam perhitungannya?. Dia meluahkan perasaan keciwa dengan perniagaan katering kini. Mamak Pulau Pinang ini ada satu perangai,  nak kata baik bukan elok tapi nak kata elok bukan molek. Kenapa Mamak kata begini?. Kerana sikap golongan Mamak ini suka pegang pada “pradigma” perniagaan keluarga termasuk cara penyediaan, harga dan juga resepi. Kalu yang tahu masak tiga resepi sampai dia ke liang kubur tak mahu belajar resepi baru. Terlalu “kiasu” atau egoist. Pendek kata mereka ini tak mahu ubah diri dan pemikiran mereka mengikut keadaan semasa. Seperti anda tahu semua, perniagaan katering sekarang sedang berkembang pesat dan ke arah sangat maju. Sekiranya kita tak ubah mengikut peredaran masa, kita pasti akan ketinggalan dalam Industri katering ini. Bila kita kata, “perniagaan katering”, biasanya ia terbahagi kepada tiga bahagian.

katering komersial : seperti Hotel, Restoren biasa dan segera, katering pengangkutan dan yang bergerak dll.

Katering yang bersubsidi. Makna subsidi ini ialah pihak yang meminta perkhidmatan katering ini menyediakan tempat, kemudahan letrik dan air secara percuma. Ini termasuk Dapur yang lengkap. Kadangkala Gas masak, peralatan perniagaan sehingga sudu garpu pun dibekalkan. Jenis katering ini termasuklah untuk  Sekolah, Universiti, Hospital, penjara dan juga katering makanan untuk pekerja kilang. Selalunya jenis katering ini bersifat tender dan perjanjian kontrak.

Katering Tempahan. Ia itu katering yang ditawarkan melalui tawaran untuk majlis-majlis formal dan tak formal seperti majlis kahwin, majlis hari jadi, mesyuarat, forum atau rekreasi.Persaingan dalam Industri penyediaan makanan semakin hari semakin meningkat disebabkan bilangan penyertaan wanita dalam sektor Industri ini semakin ramai diminati. Ia satu perkembangan baik dan sihat bagi golongan wanita menceburkan diri dalam perniagaan. Khas pada perniagaan yng berisiko rendah. Selain dari ini, pertumbuhan bilangan Sekolah, Universiti,

Page 54: PERNIAGAAN RESTORAN

Hospital, Penjara dan kilang-kilang Industri juga semakin hari semakin tambah. Maka berlakulah pertambahan dalam permintaan untuk perkhidmatan katering. Maka kewujudan Pengusaha-pengusaha katering yang baru untuk mengambil peluang untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini. Dengan ini satu persaigan sengit sedang berlaku dalam industri ini. Maka persaingan harga tidak dapat elakan lagi. Penglibatan Katerer yang baru ingin memasuki dalam perniagaan ini tidak perlu gusar kerana pengalaman katerer yang lama bertapak, boleh dicabar dengan ilmu. Ilmu berserta pengalaman akan membuka minda kita, untuk satu perniagaan yang sentiasa perlukan inovasi dan kreatif seperti bidang katering. Bidang katering adalah salah satu cabang seni. Seni bukan hak milik sesiapa. Seni boleh diasah dan digilap mengikut cita rasa pencinta seni itu sendiri dengan berbekalkan Ilmu. Ingat!! masakan adalah, ” Culinary Art”. Dengan ini mari kita belajar sedikit bagaimana kita menghadapi persaingan “Harga” di pasaran sekarang. Mamak juga ingatkan anda perlu memahami tajuk atikal ” Titik Pulangan Model (Break even) dalam blog ini. Tanpa kefahaman ini anda akan mengalami kesukaran  untuk bersaing dan kekal dalam pasaran perniagaan katering sekarang.KOS MAKANAN (FOOD COST).1. Anda perlu buat anggaran kos perbelanjaan anda untuk harga makanan/hidangan yang anda tawarkan kepada pelangan. Anggaran dalam kos makanan adalah tambahan kepada setiap barangan yang dibeli dengan kadar 22%  ke 34 % dan ditambahkan lagi dengan kos 60%- 70%  lagi sebagai kos upah kerja dan lain-lain kos yang tersembunyi dalam penyediaan menu tersebut.Contoh : Sekiranya anda dipelawa untuk sebut-harga tempahan katering untuk 100 orang tetamu. Katakan menu yang anda cadangkan:

Nasi Tomato Ayam masak Mamak Penang. Daging Masak Itam Mamak Penang. Dalca Mamak Penang. Kerabu Nenas Timun Mamak Penang. Air sirap Kurang Manis.

1. Cara kira kos Makanan satu hidang seperti di atas:Nasi Tomato. Beras yang diperlukan (anggaran 1 kg beras boleh dihidangkan untuk 10 tetamu. Dengan ini anda perlukan 10kg untuk 100 orang. 10 kg beras hancur 5% berharga RM24.00. sekilo RM2.40, maka satu hidangan kos RM0.24 sen. Maka tambah 24 % + 66 %, RM0.48 sen atau RM0.50 sen kos untuk satu hidang Nasi Tomato.2. Seekor ayam yang beratnya 1.8 kg dengan harga pembelian RM12.00. Ayam itu dipotong 12 bahagian. kos ayam seketul adalah RM1.00 maka ditambah 34% + 66% = RM2.00. Maka harga jualan seketul ayam masak merah anda ialah RM2.00.3. Daging Masak Hitam 1.0 kg di potong 16 ketul. Sekilo daging ais batang pinang RM16.00. Satu ketul daging RM1.00 di tambah 24% + 64% = RM2.00. Maka Harga seketul daging masak Hitam ialah RM2.00.4. Sebagai kiraan rambang, Dalca satu hidangan biasa RM0.50.5. Sebagai kiraan rambang, Kerabu Timun dan Nenas satu hidangan  RM0.50.Maka Harga keseluruhan :  RM0.50 + RM.2.00 + RM2.00 +RM0.50 + RM0.50 = RM5.50. Ditambah dengan air sirap RM0.50 Jumlah Besar: RM6.00 X 100 = RM600.00.Nota: Kalau anda ingin bersaing harga dengan katerer lain jangan sekali susutkan nilai keuntungan anda. Tetapi anda boleh turunkan harga sebut harga dengan menjimatkan bahan masakan dan juga harga pembelian 24% dan 66%. Pembelian bahan masakan perlu tepat dan tidak boleh membazir.ANGGARAN KUANTITI MASAKAN:Anggaran Masakan atau kuantiti masakan bagaimana pulak?. Sekiranya nasi bungkus tidak ada masalah. Bagaimana pula dengan cara hidangan “buffet”? majlis. Berapa kuantiti nasi yang diperlukan?. Ketul ayam dan ketul daging tak apa. Bagaimana dengan Kuahnya?. Bagaimana dengan kuantiti Dalca dan Kerabu nenas/Timun yang diperlukan untuk seratus orang tetamu?. Bagaimana dengan air sirap anda?. Anda sebagai katerer perlu ingat, masakan lebih tak apa, cuma anda rug sedikit tetapi kalau kurang bagaimana?. Tak berasa malu pelangan anda?. Cara yang mudah ialah gunakan sukatan mengikut size dan kedalaman bekas hidangan atau Tray anda. Jangan gunakan siaz tray yang salah. Anda membuat sukatan sendiri dengan senduk yang

Page 55: PERNIAGAAN RESTORAN

disediakan untuk pertama kali. Maka anda akan tahu kuantiti yang sebenar yang diperlukan. Anda perlu tahu tray yang digunakan 25 orang, 50 orang dan 100 orang. Maka disebabkan  inilah tray ini datang dengan berbagai size yang standard. Kedalaman dan saiz tray mainkan peranan utama dalam tafsiran kuantiti makanan. Sediakan tray yang bersesuain untuk kuantiti yang tentukan.Nota: Kalau ada katerer baru yang punyai masalah dalam masakan resepi Mamak untuk katering mengenai tentang harga atau kuantiti dan kuantiti bahan masakan yang diperlukan, 

Assalamualaikum Tuan Haji Roslan ,saya baru nak mula buat ketering seramai 800 orang . Sebagai orang

baru ini lah masalah saya tentang resipi daging dan sukatannya (daging masak hitam mamak) Kalau tak

keberatan tuan haji saya ingin tunjuk ajar dari tuan tentang masalah ini.

sekian, terima kasih.

CARA JIMAT MINYAK MASAK DI DAPUR.Minyak masak dalam perniagaan berunsurkan makanan, terutamanya di negara ini menjadi nadi kepada perniagaan. Mungkin sebab ini minyak masak menjadi barangan dan harga kawalan kerajaan dengan memberikan subsidi untuk minyak masak sehingga 2 billion setahun. Mungkin disebabkan harga yang bersubsidi minyak masak ini lesap dalam pasaran tempatan. Mamak bukan nak sembang pasal kekurangan minyak masak dalam pasaran itu tugas yang menjaga sempadan negara. Apa yang penting bagi peniaga seperti kita ialah bagaimana kita boleh menjimatkan kos perbelanjaan minyak masak dalam perniagaan dan mencari keuntungan dalam perniagaan.  Boleh dikatakan minyak masak adalah salah satu keperluan yang penting dalam setiap masakan di kita. Masakan yang kita nak bincang ialah Masakan gorengan (deep fry) seperti Goreng Ayam, goreng Ikan atau gorengan yang lain yang menggunakan kuantiti minyak masak. Masalah yang besar peniaga seperti kita hadapi sekarang dari pelangan yang terlalu taksub dengan tiori-tiori dari negara barat yang mengatakan keburukan tentang minyak sawit kita. Ramai pelangan yang terdiri dari golongan intelek yang terlampau belajar tidak mahu makan makanan yang digoreng dengan minyak sawit negara kita. Kononnya minyak kita tak selamat untuk goreng dan rosakan kesihatan. Mereka ini juga menolak makan makanan gorengan di restoren tempatan terutamanya di restoren Nasi Kanadar Nasi kandar dan restoren Melayu. Ada juga golongan ini sempit pemikiran mengatakan Restoren Francais Barat yang dimpot minyak soya atau selain dari minyak sawit digunakan untuk gorengan (deep Fry) mereka.  Ada juga pelangan bertanya kedai mamak ini gunakan minyak jenis apa sebelum memesan ayam goreng. Mamak selalu menjawab sudah tentu minyak zaiton (virgin olive oil) untuk gorengan ayam. Hahahaha!, golongan ini kalau kita nak kata bodoh tapi berpelajaran tinggi, ada yang profesional berjawatan Doktor dan Jurutera. Nak kata apa?. Tak akan Mamak nasi kandar lebih pandai dari mereka?. Maka inilah  sebab Mamak kali ini nak cerita pasal minyak masak dan juga untuk peniaga restoren atau katering memahami serba sedikit sebanyak tentang Minyak Masak ini. Ini mungkin membosankan tetapi kita perlu memahami untuk penjimatan kos minyak masak dalam perniagaan. Topik ini juga amat manfaat bagi suri rumah terlalu rungsing sebab badan mereka semakin bulat.  Persoalan yang biasa di kantin pulak, apakah minyak masak  yang telah gunakan untuk gorengan boleh diguna kembali?. Adakah minyak ini selamat digunakan?. Bagaimana cara yang selamat untuk menyimpan minyak yang telah masak terpakai?. Bagaimana cara goreng yang yang betul?. Macam soalan bermain di kepala kita tentang minyak ini.SMOKE POINT (TAKAT MULA MINYAK BERASAP).Berbagai-bagai jenis minyak dan jenama terdapat dalam pasaran. Bermacam-macam iklan semua mengenai  kebaikan minyak keluaran mereka dalam media. Tapi yang mengecewakan kita ialah tiada penerangan mendalam tentang minyak masak yang kita gunakan setiap hari. Ramai di antara kita cuma mengetahui tentang kolestrol yang bersangkut paut dengan “Polyunsaturated Fatty Acid” (PUFA) asid lemak yang dapat meningkatkan kolestrol baik (HD) dalam tubuh badan kita. Pengeluar minyak masing-masing dari Bunga Matahari, Jagung, atau minyak biji kapas. minyak zaiton dengan megahnya mengatakan minyak mereka yang paling terbaik . Memang betul cakap

Page 56: PERNIAGAAN RESTORAN

mereka itu, tetapi tahu kah anda bahawa minyak-minyak yang mengandungi PUFA ini punyai kelemahan untuk masakan gorengan (Deep Fry) yang memerlukan suhu yang tinggi dalam proses gorengan. Kelemahan kumpulan minyak ini, bila gunakan minyak-minyak seperti ini untuk gorengan yang bersuhu tinggi akan menghasilkan komponen toksid,  semasa kepanasan minyak masak mencapai suhu “smoke point”. Apa itu “smoke point”?.  Sebelum kita lompat tajuk lain, elok kita memahami apa itu “smoke point” atau pun takat minyak berasap”. Smoke point ialah apa bila minyak dipanaskan dengan suhu yang tinggi, lemak (fatty) dalam minyak masak mulai  pecah kepada “glycerol” dan ia juga membebaskan asid lemak (fatty acid) dan bila asid lemak pecah lagi untuk menghasilkan “acrotein”. Acrotein ini pula bersebati dengan arcolein untuk menghasilkan asap (smoke) yang sangat tidak menyenangkan dan menyebabkan mata kita gatal dan berair apabila terkena asap ini. Sekiranya suhu minyak itu naik lagi atas paras smoke point maka wujudlah “Fire Flash Point” (takat suhu sambar api) untuk menghasilkan api. Api terbentuk dengan sekiranya ada tiga faktor. Bahan Api (minyak, kayu, kertas dll), Oksigen (udara) dan suhu takat sambar api atau flash point. “smoke point”  untuk jenis minyak seperti berikut:

Minyak Bunga Matahari 232 darjah C. Minyak Soya 238 darjah C. Minyak sapi 252 darjah C. Minyak Zaitun 191 darjah C. Minyak jagung 232 darjah C. Minyak kelapa 232 darjah C. Minyak Kelapa Sawit 240 darjah C.

Kesimpulannya untuk gorengan (deep fry) yang penting bukanlah jenama minyak atau jenis minyak tetapi smoke point minyak itu. Kita perlu cari minyak yang punyai smoke point yang tinggi. Kalau tidak minyak yang digunakan walau pun tinggi mutu tetapi ia tidak sesuai jenis gorengan yang diperlukan.  Lihat jadual di atas smoke ponit minyak zaiton itu terlalu rendah boleh kah digunakan untuk goreng ayam atau ikan?. Pasti tidak boleh kerana suhu minyak yang diperlukan untuk gorengan ayam atau ikan adalah 180 -190 darjah C.    Walau pun minyak zaiton dikatakan punyai nilai nutrisi yang tinggi tetapi ia tidak sesuai untuk gorengan. Ia sesuai digunakan tanpa suhu panas. Suri rumah jangan pulak kerana terlalu pening tentang minyak masak dengan baca buku diet, pii goreng ayam guna minyak zaiton. Nanti bukan kalori tubuh badan yang bakar, dapur dan tubuh badan yang terbakar.Minyak sawit kita amat sesuai untuk goreng dengan suhu panas. Ia juga memiliki kandungan monosaturated dan saturated Fatty Acid yang seimbang. Kalau kedua ini tak seimbang maka minyak jenis ini tidak baik untuk kesihatan. Ia juga di panggil omega 3 dan omega 6.Faktor- Faktor luaran menyebabkan suhu smoke point minyak masak jatuh rendah:

1. Mencampur adukan minyak baru dan minyak terpakai.2. Suhu memanaskan minyak terlalu tinggi.3. Kekerapan minyak diguna pakai.4. Penyimpanan minyak terpakai yang salah.5. Membiarkan minyak terpakai tidak ditapis dan tidak tutup rapat.

 CARA-CARA MENGORENG (DEEP FRYING) DENGAN BETUL.

Semasa goreng tentukan sentiasa suhu minyak dikekalkan kepada 180-190 darjah C. Semasa goreng ayam atau ikan yang bersalut tepung (bater) dimasukkan dalam minyak yang panas yang bersesuaian, suhu yang panas bersesuain akan cepat membentukan perisai (shield) untuk minyak tidak dapat menyerap ke dalam bahan gorengan yang masih sejuk dan hasil gorengan tidak terlampau berminyak. Isi ayam atau ikan digoreng akan masak melalui cara tidak langsung dari haba minyak tetapipengaliran haba perisai tepung dan bahan di goreng. Dengan ini juga pembaziran minyak boleh jimatkan.

Sekiranya minyak tidak cukup panas. Perisai tepung tidak akan terbentuk maka minyak akan sampai kepada isi ayam atau ikan  sebelum lapisan tepung cukup masak (garing) untuk jadikan lapisan yang perisai. Hasil masakan seperti ini terlalu berminyak.

Sekiranya anda goreng menggunakan habuk roti (bread crumb) celupkan bahan goreng (ayam) itu didalam telur yang di pukul ringan dan gulingkan kedalam habuk roti (bread crumb) yang telah ditambah garam dan lada (seasoned). Biarkan selama 15-20 mint sebelum mengoreng untuk ia menjadi kering dan bread crumbs melekat pada bahan goreng.

Untuk gorengan ayam atau ikan tidak boleh gunakan garam semasa goreng. Garam akan menyebabkan wap air wujud dipermukaan bahan gorengan dan menyebabkan gorengan anda

Page 57: PERNIAGAAN RESTORAN

meletup. Garam halus boleh taburkan sedikit semasa hidangan telah goreng (tapi payah stail kita). Goreng Ikan keli perlu awas!. Ada yang jadi buta kerana goreng ikan keli ini.

Sekiranya ingin goreng Fries kentang (French Fries), goreng terus dari keluarkan dari peti sejuk (masih keras lagi). Ini akan mengurangkan penyerapan minyak dan French Fries menjadi rangup.

Elakan gorengan yang terlalu banyak dalam satu masa. Ini akan menyebabkan suhu minyak akan menurun mendadak.

Sekiranya minyak terlalu panas tambahkan minyak yang baru untuk mengawal suhu minyak. Keperluan sukatan minyak untuk gorengan  ialah 1 isi padu bahan gorengan bersamaan dengan 6

isipadu minyak. 1:6.Minyak sebelum gorengan perlu dipanaskan dahulu sebelum gorengan dilakukan dengan 7-8 darjah C lebih rendah dari suhu gorengan yang dikehendaki. TANDA-TANDA MINYAK TERPAKAI TIDAK BOLEH DIGUNAKAN.

Minyak bertukar warna menjadi kehitaman. Kepekatan minyak bertambah dari biasa. Minyak terpakai yang disimpan mendapati terdapat bendasing yang terapung atau membentuk

lapisan di permukaan minyak. Apabila minyak gorengan telah mengelurkan asap atau minyak yang telah terbakar. Sekiranya minyak berbau yang tidak menyenangkan atau masih berbau dari bahan gorengan yang

lepas. CARA MEMANJANGKAN HAYAT MINYAK MASAK:

Hayat minyak masak terpakai akanmenjadi pendek bila anda suka memansakan minyak untuk masa yang panjang. Apabila anda mula goreng jangan biarkan minyak itu panas tanpa bahan gorengan. Masa selingan gorengan perlu cepat dan jangan biarkan minyak panas terlalu lama tanpa gorengan. Selesai gorengan cepat padamkan apai dapur dan sejukan minyak.

Dapatkan jangka suhu untuk Deep Fry. Jangka suhu ini akan banyak membantu anda semasa gorengan dan menjimatkan masa gorengan dan kegunaan minyak.

Semasa gorengan dikeluarkan untuk masukkan kembali bahan gorengan, pastikan tapis minyak gorenag terdahulu dengan menggunakan penapis tangan yang mudah. Ia tidak mahal tetapi akan menjadikan minyak gorengan anda sentiasa bersih.

Apabila minyak masak telah sejuk dan selamat untuk ditapis, tapiskan minyak telah gunakan dengan penapis kantung teh atau kain nipis. Anda juga boleh dapat kertas turap yang berkon untuk tujuan ini. Jangan masukan dalam minyak baru.

Gunakan kembali bekas minyak dan tuangkan minyak terpakai kedalam. Tentukan ia ditutup rapat dan kalu boleh simpan di peti sejuk anda sebelum digunakan. Ia menjadi beku tidak mengapa. Apa di keluarkan dan dibiarkan dalam udara biasa ia akan cair cepat.Nota: Nasihat Mamak Haji tentang minyak ini satu saja…jangan beli minyak murah dibungkuskan dalam beg plastik walau pun ia murah tetapi kuatiri minyak lama digunakan tidak pasti.bercampur dengan minyak baru. Kedua minyak ini tidak sesuai untuk menyimpan dan semasa gunakan banyak minyak tertinggal dalam eg palstik itu. Kadangkala timbangan 1 kg amat meragukan. Gunakan minyak 5 kg dalam botol. Ia bermutu dan cuma harganya beberapa sen lebih. Mungkin post akan datang Mamak tulis tentang ” Greese Trap” dan atau perangkap minyak yang perlu ada pada setiap restoren.  Pada yang mintak resepi itu sabar dulu. Mamak tetap akan posting resepi yang anda semua mintak itu…

ALAT PERANGKAP MINYAK DI RESTOREN ANDA.Sebelum kita mengetahui  apa itu Perangkap Minyak (Grease Trap) dan Lemak? ,  Mamak ingin sentuh sedikit tentang pencemaran alam. Topik pencemaran alam ini memang satu topik yang tidak dapat perhatian dari golongan pengusaha Restoren, Katering atau pun pengendali kedai Makan. Pencemaran alam yang dimaksudkan ialah pembuangan sisa minyak dan lemak ke dalam peparitan awam secara langsung atau tak lansung menyebabkan perubahan kepada sifat-sifat fizikal, kimia dan biologi pada alam sekeliling dengan melepaskan bahan buangan sehingga menyebabkan sesuatu keadaan bahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam kepada manusia, haiwan, hidupan air akuatik atau tumbuh-tumbuhan. Ia juga mencemarkan air,

Page 58: PERNIAGAAN RESTORAN

tanah dan udara. Pencemaran Minyak dan Lemak ini akan memberi kesan kepada kitaran makanan dengan mempengaruhi dan meracuni kehidupan-kehidupan di Sungai dan tasik seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain.  Secara langsung pencemaran minyak dan lemak ini akan mempengaruhi kualiti air minuman kita.Dalam surah Ibarahim – ayat 34.  Allah telah berfirman: Maksudnya,“Dan Ia telah memberi kepada kamu sebahagian dari setiap-tiap apa juga yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah menentukan bilanganya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi. Sangat tidak menghargai nikmat Tuhanya.” (surah Ibrahim – ayat 34).Menjaga Alam sekitar kita dari perpektif Islam amat jelas melalui surah Al-Quran tersebut di atas. Setiap orang perlu memahami, hubungan penjagaan dan mentadbir bukan untuk manusia semata-mata tetapi terhadap makhluk kejadian Allah yang lain. Allah menganugerahkan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir bumi dengan kebijaksanaan demi kebaikan manusia sejagat dan ihsan kepada makhluk lain, termasuk haiwan dan tumbuhan. Manusia cuma pelaksana. Manusia tidak mempunyai hak mutlak terhadap muka bumi tetapi hanya pemegang amanah dan akan disoal siasat pada hari kemudian mengenai amanah yang dianugerahkan. Dengan cara ini sumber alam perlu dijaga sebagai amanah Allah SWT dapat dipergunakan generasi kita masa akan datang. Kita bukan warisi bumi ini dari nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya memimjam daripada anak cucu kita maka pentingnya menjaga alam sekitar yang yang menjadi tanggung jawab setiap manusia, masyarakat atau penduduk yang tinggal di bumi.Apa itu Perangakap Minyak dan Lemak?.

Perangkap minyak perlu dipasang dan dilengkapi  dalam semua dapur restoren atau premis yang mengendalikan pemprosesan makanan. Biasa perangkap minyak ini dipasang di akhir persaliran keluar atau paip air kumbahan dari singki sebelum air kumbahan iti disalirkan ke longkang awam. Pemasangan perangkap minyak adalah salah satu syarat yang dikenakan oleh Majlis Tempatan dalam proses untuk mendapatkan lesen perniagaan restoren, kantin atau pun semua jenis primis proses makanan. Restoran dan premis proses makanan adalah diktakan punca terbesar menyumbangkan pencemaran minyak kepada alam sekitar. Perangkap minyak bukan saja perlu di anggap sebagai syarat untuk berniaga tetapi sebagai pengusaha, kita perlu ada kesedaran pentingnya menjaga pencemaran alam sekitar. Perangkap minyak ini  juga akan membantu pengusaha untuk mengelak dari saluran paip yang sering tersumbat di dapur yang disebabkan pembentukkan lemak yang padat dalam saluran. Bila saluran keluar air kumbahan tersumbat didapur, air kumbahan yang kotor dari singki akan melimpah keluar ke lantai dapur. Lantai dapur bukan saja sentiasa basah tetapi seluruh dapur anda akan busuk dan kadangkala sehingga ketempat makan pelanggan. Pembaikan perlu mengeluarkan wang kos dan kadangkala perlu lakukan pemaipan baru untuk restoren anda. keadaan bukan berhenti di situ tetapi sumbat paip dapur ini akan berulang tanpa perangkap minyak yang berfungsi baik.Bagaimana membersihkan perangkap minyak untuk berfungsi baik?.Kebanyakan di restoren perangkap minyak memang telah tersedia pasang, tetapi kebanyakan dari pengusaha atau pekerja didapur tidak tahu bagaimana ia berfungsi dan bagaimana lakukan penyelenggaranke atas perangkap minyak untuk ia berfungsi baik.  Perangkap minyak perlu di

Page 59: PERNIAGAAN RESTORAN

selenggara dan dibersihkan paling minima 2 minggu sekali. Cara-cara penyelenggaran ke atas alat perangkap minyak seperti berikut:

1. Tutup semua injab masuk dan keluar. Buka penutup perangkap minyak.2. Sebelum memulakan pembersihan perlu sediakan bag plastic sampah untuk membuang sisa-sisa

makanan dan juga lemak yang terbentuk di dalamnya.3. Bersihkan penapis bahan buangan dan perlu dicuci untuk untuk tidak berlaku sumbat. Ceduk

lapisan lemak yang terapung di atas air dan masukkan ke dalam beg plastik sampah yang telah disediakan.

4. Kikis seluruh dinding tangki perangkap minyak dengan “scrapper”.5. Dengan mengunakan penceduk keluarkan semua lemak yang mendak di bawah tangki penapis

minyak. Sekirana lemak-lemak ini telah terlalu keras (kerana pertama kali dibersihkan) dan sukar untuk bersihkan cara manual , gunakan bahan kimia untuk pecahkan lemaknya.

6. Setelah semua lemak telah dikeluarkan, buka injab masuk dan keluar. Buka air sinki dan masukkan kembali air bersih.

7. Tutup kembali penutup tangki perangkap minyak.Nasihat untuk pengusaha-pengusaha yang lakukan katering dari rumah.

Ramai di antara kita melakukan perniagaan katering dari rumah. Masalah besar yang hadapi perniagaan katering dari rumah ialah Parit yang disediakan di taman perumahan bukanlah hak milik kita.  Perniagaan katering dari ini  rumah ini masalah besarnya adalah ruang dapur yang kecil. Anda perlu masak di luar atau dibelakang rumah anda. Kerja masak saja tak ada masalah tetapi masalah paling besar adalah membersihkan bahan masakan mentah seperti ayam, ikan dan daging. Air yang hasil dari pembersihan yang dicampur dengan lemak, darah atau sisa-sisa buangan sekiranya disalirkan kepada longkang satu taman akan berbau busuk dan anda mungkin dikenakan tindakan “saman” dari pihak berkuasa dan anda akan menjadi cemuhan jiran tetangga saban hari. Bagi yang lakukan perniagaan katering dari rumah, Anda perlu sediakan sebuah sinki mudah alih. Anda beli singki yang besar sedikit dan beri pada bengkel pembuat grill rumah untuk menyediakan tapak untuk sinki anda. Pasang pemaipan pvc yang mudah dibuka dan dipasang di bahagian air mengalir keluar sinki dan disambung pada alat perangkap minyak yang punyai penapis. Dapatkan khidmat nasihat dari pembekal alat perangkap minyak, bahan kimia yang sesuai digunakan untuk rawat air kumbahan. Masalah longkang berbau ini boleh dielakan dan anda boleh jalankan perniagaan anda dari rumah dengan senang hati dan tanpa ganguan dari jiran dan juga pihak berkuasa tempatan.MAKLUMAT MENGENAI ALAT PERANKAP MINYAK DAN KHIDMAT NASIHAT:Mamak faham ramai antara pembaca teringin nak ketahui lebih lanjut mengenai “Alat Perangkap Minyak” ini. Berapa kosnya?, di mana boleh mendapatkan alat ini?, bagaimana ia berfungsi dan banyak lagi dalam pemikiran anda. Mamak bukanlah pakar tentang peralatan ini. Kepakaran Mamak cuma masak saja. Seperti mamak katakan, Blog ini adalah bertujuan untuk membantu semua yang berminat bidang katering dan restoren, untuk  menjadikan mereka sebagai katerer profesional dan boleh mencari rezeki lebih sedikit untuk diri atau keluarga mereka bukan untuk menjadikan kaya raya. Insyallah kalau menjadi kaya raya ..Alhamdullilah..syukran. Untuk keterangan lanjut anda boleh hubungi pakar pembuat peralatan di bawah ini. Mamak bukan promosi atau mencari keuntungan dari syarikat ini.

Page 60: PERNIAGAAN RESTORAN

KANAK-KANAK DAN MASALAH OBSEITITerkejut juga mendengar larangan, “Menjual Nasi Lemak” di kantin sekolah oleh Menteri Kesihatan. Bila masa Nasi Lemak yang resepi makanan terun- temurun Masyarakat Melayu dan juga rakyat tempatan ini menjadi makanan yang mudaratkan bagi kanak-kanak?.  Nasi lemak bukan saja menjadi pilihan utama sarapan pagi yang digemari tetapi di Pulau Pinang ini menjadi makanan ringan tengah malam (supper) untuk masyarakat bebilang kaum. Mamak bukan seorang pakar dalam permakanan tetapi kadangkala rasa geli hati juga kenyataan-kenyataan para pakar dalam kajian makanan yang berkelulusan dari luar negara ini. Pakar-Pakar dalam negara ini seringkali suka menuding tangan kepada makanan kegemaran masyarakat kita seperti Nasi lemak, Teh Tarik, Nasi Kandar, Roti Canai dan yang lain yang menjadi makanan paling diminati. Kenapa mereka ini tidak mengkaji makanan snek barat yang bersarat dengan lemak yang tinggi seperti Burger, Cake, ayam Goreng Segera, mayonis, thousand Islands atau pun makanan ringanuntuk kanak-kanak?. Mayonis seperti semua ketahui dibuat dari Minyak masak dan telur tidak pernah dipersoalkan. Sebenarnya kanak-kanak sekarang lebih suka makan ayam KFC, Burger Macdonald atau keropok-kropok yang iklan di tv dari nasi lemak atau teh tarik ?. Kenapa pilih kasih tentang makanan barat dan makanan tempatan berbedza. Negara beriklim tropika seperti Malaysia yang berkeadaan panas, memerlukan lebih kabohiderat dari keperluan protien di Barat yang beriklim sejuk. Mereka makan gandum dan kita makan nasi. Ia bukan masalah jenis makanan barat atau tempatan tetapi nilai tenaga yang diperlukan tubuh badan berbedza mengikut iklim keadaan sesebuah negara. Apa saja jenis makanan diambil berlebihan dari tenaga keperluan tubuh badan, maka timbullah masalah lemak dan juga kegemukan.Masalah obeseiti pada kanak-kanak dan remeja ini bukan masalah cuma di negara kita saja kerana makan nasi lemak, makan mee goreng atau kuoy teow goreng. Kanak-kanak di Amerika yang makan keju dan roti tetap akan menghadapi masalah obseiti ini. Di Amerika, kanak-kanak remaja yang lebih berat badan telah meningkat dua kali ganda dari tahun 1970.  15 peratus dari remaja yang berumur 6-19 tahun adalah kumpulan yang mempunyai berat badan yang berlebihan atau obseiti. Jangan cuma pandang pada pemakanan yang diambil kanak-kanak itu tetapi perlu juga kaji berapa banyak kanak-kanak itu menggunakan tenaga (kalori) setiap hari. Cara hidup kanak-kanak tahun 1960 dan 2011 telah banyak berubah. Bila tenaga dari makanan itu tidak digunakan tubuh badan dengan seimbang wujudlah tubuh badan yang berkeadaan bersaiz yang besar (super sizing). Makanan snek ringan (junk food) yang diminati kanak-kanak punyai lebih lemak akan memberi kesan yang buruk kepada kesihatan kanak-kanak tidak dapat perhatian. Secara ‘amnya apabila kanak-kanak mengambil makanan berlebihan tanpa aktiviti fizikal yang aktif  akan mengalami berat badan yang berlebihan (obseiti).Obseti bermakna lemak di tubuh badan yang berlebihan, perlu ingat tentang obseiti kanak-kanak tidak ada persetujuan yang ‘am mengenai definasi dari pakar-pakar pemakanan untuk menentukan kaedah, ” kanak-kanak digolongkan sebagi kanak-kanak obseiti”. Cara biasa mengukur obseiti kanak-kanak cuma menggunakan kaedah yang diubah-suai BMI (Body mass Index) yang perbandingkan mengikut umur orang dewasa. kanak-kanak yang lebih berat badan amat pengaruhi terhadap kehidupan normal kesihatan dan juga akibatkan emosi sosial dalam kehidupan kanak-kanak yang berobseiti.Bagaimana ibu-bapa boleh membantu dan menentukan kanak- kanak mengawal berat dan sentiasa berada dalam keadaan sihat?:

Semasa kanak-kanak itu bayi lagi, perlu diteknkan ialah susu ibu adalah paling terbaik dan cuba perlambatkan memberi makanan pejal (Solid Food) pada bayi tersebut. Harus ingat susu ibu mencukupi segala zat yang diperlukan oleh bayi untuk membesar secara normal. Kurniaan Allah s.w.t kepada hambanya manusia tidak ternilai atau terhitung. Jangan terperdaya dengan iklan-iklan di kaca tv anda yang diiklankan kononnya susu lembu punyai segala zat untuk bayi itu. Susu lembu cuma untuk anak lembu saja bukan untuk anak manusia. Sekiranya anda tahu rahsia susu ibu masyallah, subahannallah…begitu hebat sekali.

Ibu bapa perlu melatih anak-anak dari awal tentang, ” Makanan Kesihatan” (healthy food) seperti membiasakan mereka mengambil makanan yang kurang lemak, kurang garam, dan elakan makan snek ringan (junk food) yang punyai kandungan lemak yang tinggi.

Tentukkan kanak-kanak ini mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti fizikal di sekolah atau di luar waktu sekolah pada setiap hari.

Page 61: PERNIAGAAN RESTORAN

Waktu menonton t.v atau permainan video perlu dikawal dan pendekan cuma 1 jam sehari sahaja. Bagaimana pihak sekolah juga boleh membantu menghadapi obseiti kanak-kanak?.

Segala minuman berperisa manis perlu dikurangkan di kantin sekolah. Pili air minuman dingin (water cooler) perlu disediakan di kantin sekolah atau ditempat riadah kanak-kanak. Pihak sekolah boleh dapat berkerjsama dengan PIBG untuk adakan “water cooler”. Water Cooler yang diadakan perlu dipasang penapis air yang bersesuain.

Sekiranya air minuman perasa manis perlu dijual,  gula mestilah dikurangkan sedikit demi sedikit sehingga paras 50 peratus.

Satu program khas untuk kanak-kanak obseiti perlu diadakan di sekolah dengan kerjasama dengan kementerian kesihatan, pakar pemakanan, pakar counseling kanak-kanak, guru-guru dan PIBG. Dalam program ini, beri tumpuan kepada rekod kurangkan berat badan kanak-kanak yang mengalami maslah berat badan atau sedang berobseiti.

Sebelum ini pun Mamak banyak menulis atikal tentang kantin sekolah, pemilihan Katerer untuk kantin sekolah lebih profesional dalam kaedah pemakanan kanak-kanak. Sekolah perlu aturkan menu hidangan di kantin mengikut cadangan program khas untuk mencegah obsieti di kalangan kanak-kanak.Apakah akan berlaku kepada ummah milinium akan datang dengan di penuhi generasi “obseiti” ini?. Rasulullah s.a.w telah telah banyak meninggalkan amalan-amalan dalam permakanan. Kenapa kita perlu ikut cara pemikiran barat yang cuma berkepentingan untuk manpulasi pasaran perniagaan global untuk kepentingan peribadi mereka. Baca atikal Mamak tentang, “Permakanan dalam Islam” di blog ini.

ANALISA JUALAN HARIAN

Contoh Jualan Harian

Kita harus faham walau apa saja kita lakukan dalam perniagaan matlamatnya satu ia itu “Untung” niaga. Untung inilah menjadi aspirasi untuk diri kita dan kita boleh kekal dalam perniagaan yang diceburi. Tanpa keuntungan Perniagaan kita cuma menjalankan kerja kebajikan.  Kriteria dalam perniagaan penyediaan makanan punyai masalah yang sukar untuk mencari keuntungan. Dalam satu hal kita mahu kekalkan kualiti makanan dan dalam hal lain pula kita harus jaga hati pelanggan. Maka mencari untung dalam perniagaan penyediaan makanan adalah suatu perkara yang amat sukar untuk seorang pengusaha Restoren atau Kantin/ Kafeteria. Setiap menu makanan

Page 62: PERNIAGAAN RESTORAN

punyai kos belian bahan mentah, kos penyediaan, kos  risiko sebagai bahan tidak dan kos sembunyi. Maka jualan kasar pada setiap hari perlu di beri perhatian. Dicatat dan dianalisa. Seperti faktor menyebabkan kejatuhan jualan dan fator kenaikan jualan.Penyediaan penyata jualan harian bukanlah mudah untuk pengendali makanan yang tak mampu mengambil pekerja akaun. Ini akan mengurangkan keuntungan perniagaannya. Maka satu sistem Kompresif dan mudah perlu disediakan untuk pekrja atau pengurus mengendalikan penyata jualan harian dengan tepat dan mudah.  Di sini saya sertakan cara yang paling mudah untuk menyediakan penyata jualan harian untuk di analisa. Penyata ini perlu diisi oleh pekerja “cashier” dan Pengurus yang bertugas. Tanpa tambah kos pekerja untuk mengendalikan.

KONSEP 5S DALAM PENGURUSAN DAPUR.

Pengurusan dapur adalah nadi  kepada  perniagaan katering, kantin atau pun restoren. Kejayaan perniagaan katering, kantin atau restoren banyak bergantung kepada pengendalian pengurusan dapur yang dijalankan secara profesional. Walau pun pada amnya pentingnya amalan  pengurusan perniagaan dalam setiap perniagaan tetapi dalam bahagian perniagaan berasaskan permakanan (food oriented business) ini pengurusan dapur memainkan peranan penting untuk kejayaan perniagaan itu. Pada kebiasaannya kita tidak memberi penekanan yang khusus dalam pengurusan dapur, ini disebabkan tanggung jawab pengurusan di letakan bawah pengurusan perniagaan. Perlu diingat di sini, dapur (kitchen) anda adalah seperti kilang yang mengeluarkan produk. Produk anda ialah makanan yang telah masak untuk pelanggan. Kecekapan dan menguruskan produk anda memerlukan sistem. kaedah dan kawalan yang cekap supaya produk anda berkualiti, lazat, yang penting mendapat hasil pulangan dari jualan. Maka anda boleh lihat betapa pentingnya pengurusan dapur anda untuk perniagaan anda. Kosep 5 S ini bukan saja sesuai untuk kilang-kilang tetapi ia boleh dipraktikan dalam pengurusan dapur anda.Konsep 5 S ini mula diperkenalkan oleh pengusaha-pengusaha kilang di Jepun pada awal tahun 1980-an bagi menjadikan ia sebagai kebudayaan kerja dan amalan di tempat kerja. 5 S ialah nama untuk mengelolakan cara berkerja di tempat kerja dengan perkataan awalan ‘S’ sebutan bahasa Jepun, SEIRI, SEITON, SEISO, SEIKETSU dan SHISUKE. Senarai ini menerangkan bagaimana sesuatu perkara yang harus lakukan ditempat kerja dengan bersistematik dan bagaimana ia perlu selaraskan dengan produk yang perlu dihasilkan. Dalam kerjaya kita, bagaimana tempat kerja di dapur kita mengemas, menyusun peralatan dan perkakas, cara menyimpan bahan mentah dan juga kebersihan yang menjadi nadi dalam perniagaan katering, kantin, dan restoren ini. Kaedah ini cuma asas untuk pengetahuan mengenainya. Tetapi kaedah dan cara mengendalikan 5 S selalunya di tempat kerja, biasanya datang melalui perbincangan staf dapur itu sendiri yang diketuai oleh chef atau ketua tukang masak. Staf sendiri akan membuat keputusan bagaimana harus jalankan 5S ini di tempat kerja mereka. Segala keputusan dari perbincangan ini dicatitkan dan menjadi ia sebagai tugas yang perlu dijalankan sataf dapur. Asas 5 S dalam pengurusan dapur seperti berikut:SEIRI – sisih (sort).Menyisihkan peralatan masak, bahan mentah, bahan keperluan masak, penyusunan yang baik mengikut tempuh waktu sesuatu bahan mentah dan menghindarkan (buang) barangan tidak digunakan. Untuk ini anda perlu tanya diri anda:

Cuba lihat sekeliling tempat kerja anda dan tanya diri anda, “perlukah semua barangan ini berada disitu?’.

Kalau anda rasa “OK”  asingkan barangan yang boleh digunakan dan barangan yang perlu ubah tempat dan barangan yang perlu dibuang kerana rosak dan tidak boleh digunakan secara sistematik.SEITON – susunan (set in order)Susun peralatan kegunaan dapur seperti pisau, kuali, periok, pingan mangkok secara betul dan dalam keadaan yang kawal kebersihannya. Susunan ini juga penting untuk mudah digunakan tanpa membuang masa dan semasa kesibukan. Bahan makanan, perencah, rempah perlu di simpan untuk mudah digunakan. Penyusunan perlu lakukan dengan cara mengambil kira masa yang

Page 63: PERNIAGAAN RESTORAN

suntuk menyiapkan sesuatu resipi. Masa adalah penting dalam memasak. Apabila minyak telah panas dalam kuali kita tidak punyai masa untuk mencari rempah atau pun bahan menumis. Semua bahan resipi masakan disusun teratur supaya yang dulu dulukan dan yang kemudian di kemudiankan.SEISO – membersihkan (clean up).Seiso ini bermakna membersihkan peralatan dan tempat kerja selepas lakukan sesuatu kerja. Pembersihan perlu dilakukan oleh siapa yang mengotorkan. Adalah tidak sesuai mengupah seorang pembersih atau cleaner untuk membersihkan tempat kerja anda. Anda yang kerja anda yang memebersihkan. Pastikan bahan masakan tidak menyelerak di atas meja dan tentukan segala bahan yang jatuh atas dilantai dilap dan bersihkan segera. Mesin seperti pengkisar perlu dibersihkan segera. Dalam kaedah pembersihan dapur istilah bersih adalah mengilatkan semua peralatan stainless steel selepas dibersihkan.SEIKETSU – seragamkan (standardise)Walau pun keadaan tempat kerja asalnya bersih dan kemas, ia akan menjadi kotor dan selerak apabila sering digunakan. Maka anda perlu mengulangi ketiga-tiga perkara kembali seiri, seiton dan seiso untuk menentukan keadaan tempat kerja yang sentiasa bersih dan kemas. Ketiga-tiga perkara di atas perlu diseragamkan setiap masa.SHISUKE – Disiplin/ sentiasa amal (sustain).Semua staf dapur perlu memahami ke empat-empat perkara di atas. Melaksanakan kempat-empat perkara di atas sebagai amalan harian, dan budaya dapur dalam organisasi anda. Untuk ini anda perlu disiplinkan semua staf dapur anda dengan cara standard kerja dalam SOP syarikat anda. Masa kerja, cara kerja dan tata cara kerja perlu dititik beratkan. Semua staf tahu apa yang perlu tahu dan perlu buat.Selain dari lima perkara di atas, anda juga perlu menitik beratkan kepada perkara SAFETY (keselamatan) dan SECURITY di tempat kerja.

MENGENALI PETI SEJUK ANDA.

Peti sejuk biasa digunakan di bidang Restoren, Katering atau pun di kantin mempunyai tiga jenis: 1. Peti Sejuk Domestik (Rumah) 2. Peti Sejuk  Komersial yang punyai satu pintu hingga 4 pintu. dan 3. Bilik sejuk digunakan dalam bidang katering sekala besar seperti hotel, Chain Restoren atau pun kantin kilang yang mempunyai ramai pekerja. Peti sejuk mainkan peranan besar dalam bidang makanan atau pun di rumah. Fungsi peti sejuk secara rambang boleh mencegah pembaziran  dan juga memaksimumkan hayat sesuatu bahan makanan. Peti sejuk biasanya mempunyai dua ruangan yang berbeza suhu. Dibahagian atas peti sejuk dirumah adalah bahagian suhu yang paling rendah diantara 0 hingga -18 darjah centigrade digelar penyejuk pembekuan(cold). Bahagian bawah peti sejuk pula berfungsi sebagai bahagian suhu dingin(cool), ia itu suhu di antara 0 darjah centigrade hingga +5 darjah centigrade. Ia berbeza pula dengan peti sejuk komersial yang bahagian atas ruang suhu dingin dan sebelah bahagian bawah pula ruang untuk suhu pembekuan. Peti sejuk komersial perlu dipasang dan dilengkapi dengan jangasuhu untuk menentukan bahan makanan anda sentiasa berada dalam suhu yang selamat. Sekiranya peti sejuk anda tidak dilengkapi dengan jangka suhu dapatkan sebuah jangka suhu dapur yang bersekil +15 hingga -30 centigrade.

Page 64: PERNIAGAAN RESTORAN

1. Tentukan semua bahan makanan yang telah dimasak ditutup kemas. Makanan yang telah masak sekiranya tidak ditutup akan menyebabkan ia cepat menjadi kering. Perlu ingat udara dalam peti sejuk anda adalah  sangat kering, ini akan menjejaskan kualiti makanan, rasa dan aroma makanan tersebut akan berubah disebabkan aroma makanan lain yang tersimpan bercampur aduk.2. Perlu ingat, Suhu sejuk yang terdapat dalam peti sejuk anda tidak akan menambahkan kualiti makanan yang disimpan dan juga tidak akan membunuh sebarang bakteria bahaya yang terdapat dalam bahan makanan tetapi suhu yang sejuk (rendah) hanya boleh membantu memperlambatkan proses enzim bahan makanan yang membantu memperlambatkan pembiakan bacteria didalam bahan makanan tersebut. Proses ini juga boleh membantu mengekalkan rasa, kualiti, tektur tidak ubah dan secara ‘amnya membantu makanan itu selamat untuk dimakan walau pun dalam jangka waktu yang panjang.3. Jangan ragu-ragu masukan masakan yang sedang panas terus ke dalam peti sejuk anda. Fungsi utama peti sejuk ialah menyejukan makanan untuk berada dalam suhu selamat dari pembiakan bakteria merbahaya. Sekiranya penyejukan cepat dilakukan dalam peti sejuk, kita boleh melambatkan pembiakan bakteria dalam makanan itu. Bakteria akan membiak cepat dalam zon suhu +5 darjah hingga 60 darjah centigrade.  Zon suhu ini amat bahaya kepada bahan makanan dan ia digelar “Zon Suhu Bahaya“. Sekiranya anda membiarkan hidangan yang telah dimasak dalam zon suhu ini, selepas 2 jam, kemungkinan bakteria telah membiak begitu cepat dalam makanan anda. Syarat 2 jam ini paling penting. Sekiranya Zon Suhu Biasa ini diabaikan, risikonya mat tinggi. Kita kerap kali dengar keracunan makanan di Kantin-kantin sekolah tetapi pengetahuan tentang “Zon Suhu Bahaya” tidak dipedulikan. Kantin Sekolah jarang dibekalkan dengan “BinMerry” (pemanas hidangan )untuk menhindarkan Zon suhu bahaya ini. Imunusasi kanak-kanak terhadap bakteria bahaya rendah dari orang dewasa. Semua pengendali kantin sekolah perlu beri perhatian yang berat tentang perkara “Zon Suhu Bahaya”.4. Sekiranya anda perlu simpan bahan makanan yang telah masak dalam kuantiti yang banyak, pastikan diasingkan dalam bekas kecil dan kedalaman (tinggi) bekas itu perlu kurang dari 3 inci. Pastikan usaha berterusan untuk menjadikan peti sejuk anda sentiasa boleh menawan segala pembiakan bakteria bahaya dalam bahan makanan anda.5. Jangan “over-loading” atau sesakan ruang peti sejuk anda. Peti sejuk perlu ada ruang udara yang baik untuk pengudaraan. Pengudaran baik boleh menentukan ruang peti sejuk anda punyai suhu yang sekata dalam setiap ruangan. Bahan makanan yang sudah dimasak dan bahan makanan yan belum dimasak perlu asingkan. Tentukan rak yang paling sejuk digunakan untuk bahan makanan yang memerlukan suhu yang rendah. Sayuran dedaun perlu diberi perhatian kerana suhu yang rendah akan menyerap kelembabpan sayur-sayuran dan menjadi sayur cepat layu dan lecur. Untuk mengelakan ini adalah perlu sayur-sayur dedaun perlu disimpan dengan dibungkus kertas atau pembalut plastik supaya kelembabpan tidak mudah diserap dan menjadi kering.6. Makanan yang telah masak yang perlu disimpan dalam peti sejuk, segera disimpan dalam peti sejuk secepat mungkin, sekurang-kurangnya selepas 2 jam terdedah pada suhu bilek untuk melambatkan pembiakan bakteria.Sekiranya suhu bilek tinggi dari 27 darjah centigrade perlu masukan sebelum 1 jam.7. Peti sejuk perlu dibersihkan sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. Keluarkan semua isi peti sejuk tapi perlu ingat, syarat 2 jam yang disebutkan di atas perlu dipatuhi. Tentukan keadaan peti sejuk anda sentiasa bersih diluar dan didalam. Segala pertumpahan yang berlaku perlu dilap dan dibersihkan segera. Tentukan suhu di bahagian dingin sentiasa berada dalam +5 darjah centigrade. Pelaras suhu atau dipanggil “thermostat” berfungsi dalam keadaan baik. Pelaras suhu selain dari mengawal suhu,  ia juga penting untuk penjimatan tenaga letrik.  Bahagian bawah dalam peti sejuk komersial tidak boleh membiarkan ais terbentuk tebal. Ais akan menjadi penebat (penghalang kepada penyerapan haba dalam ruangan) untuk mendapatkan suhu yang rendah. Suhu ais tepu ialah cuma sifar darjah centigrade. Ais terbentuk kerana kerap kali membuka peti sejuk (udara luar yang wap air tinggi) dan juga getah pintu sejuk anda telah rosak dan perlu diganti. Kekunci pintu peti sejuk perlu laraskan untuk menentukan pintu peti sejuk sentiasa kedap dari udara luar yang mempunyai kelembabpan tinggi.Nota: Penulis adalah Pakar dan memiliki Sijil Mekanik dalam penyejuk Pembekuan yang diiktiraf MLVK.

Page 65: PERNIAGAAN RESTORAN

CARA MENINGKATKAN KEUNTUNGAN RESTOREN ANDA: PENJIMATAN TENAGA LETRIK DAN GAS MASAKBAHAGIAN KEDUA: PETI SEJUKSejak Tenaga Letrik Negara dan Pembekalan air bersih Negara dikendalikan oleh syarikat-syarikat perniagaan, iklan-iklan penjimatan letrik dan air telah hilang dari pemikiran rakyat Malaysia. Syarikat-syarikat ini seperti peniaga-peniaga seperti kita juga. Dasar perniagaan, lebih banyak menjual, lebih untung diperolehi. Di sini saya tidak bincang pasal politik atau pun mewakili NGO-NGO ” Selamatkan Dunia”, tetapi sebagai peniaga mementingkan keuntungan dalam perniagaan Restoren. Penjimatan tenaga letrik, Gas masak LPG dan air bersih di restoren adalah cara paling mudah sekiranya anda mengubah sedikit cara pengendalian harian restoren anda. Ambil sebagai contoh peti sejuk anda yang anda saban hari merenung dan ia beroperasi selama 365 hari dalam setahun. Ada pemilik restoren berpendapat mempunyai Peti sejuk yang paling besar akan iktiraf restoren anda sebagai prestasi keunggulan restoran anda. Paling tidak anda ingin menyediakan peti sejuk pameran (air minuman) yang enam pintu. Dalam pada itu bila ajen minuman jenama tertentu pula menempatkan peti sejuk jenama syarikatnya tanpa tanpa sebarang bayaran tetapi bersyarat cuma boleh mempamirkan minuman produk syarikatnya. Ini belum lagi peti ais krim yang berjenis–jenis seperti kedai ice-cream. Dibahgian kaunter pulak bersusun dengan minuman cordial berwarna merah, hijau, unggu atau pun ungu. Ini tidak masuk lagi peti sejuk di dapur. Kadangkal dalam sesetengah restoren itu penuh dengan peti sejuk lebih dari pekerjanya.Prinsip operasi peti sejuk ialah menyerapkan haba dalam peti tersebut dan membebaskan haba panas dari pemampatan gas (freon) itu melalui penyejukan gas itu melalui pemelowap(condensor) menerusi penyejukan udara dengan kipas angin (blower) yang terletak di atas atau dibawah peti sejuk. Pendekata haba yang bersuhu tinggi akan dibebaskan dalam restoren anda. Bayangkan suhu dalam restoren anda dari matahari yang memancar ditambah pula dengan haba dari peti-peti sejuk ini. Contoh yang terbaik ialah sekiranya anda melawat Kedai-kedai pasar mini di kampaung-kampung anda akan merasai haba panas dalam pasar mini ini lebih panas dari kepanasan di luar. Kadangkala segala minuman yang berada dalam peti sejuk lebih panas dari minuman yang belum disejukkan. Janganlah cuba beli coklat kegemaran anda dan cuna menikmati. Sudah tentu coklat cair!. Barang akan cepat rosak disebabkan haba panas yang tinggi. Peti sejuk pula selalunya tidak berfungsi disebabkan haba dalam pasar mini tidak dapat menyejukan proses penyejukan gas(freon), maka peti sejuk akan beroperasi 24 jam dan membabitkan kegunaan tenaga letrik yang banyak. Untuk mengatasi masalah ini, pekedai ini terpaksa memasang hawa dingin untuk menarik pelangan. Haba yang dihasilkan oleh peti sejuk akan memaksa pekedai itu menambah kapasiti kesejukan penghawa dingin daripada kapasiti (cooling load) yang normal. Dalam keadaan biasa di negara kita 1 kaki kubic persegi memerlukan 110 btu/hr. dengan kiraan 1 hp (kuasa kuda) = 12,000 btu/hr. Contoh: Sekiranya mini market itu memerlukan kapasiti 2 HP penghawa dingin tetapi untuk mengawal suhu panas yang dihasilkan oleh peti-peti sejuk, perlu pulak menambah penghawa dingin yang punyai kapasiti 4 hp. Untuk memasang 4 hp penghawa dingin pula, kedainya perlukan bekalan voltan 4 fasa. Pemasangan bekalan letrik 4 fasa, memerlukan kos yang tinggi dan juga peralatan untuk menghidupkan penghawa dingin pula perlu diubah-suai. Kos untuk pemasangan saja akan mencecah kepada ribuan ringgit; belum lagi kos unit pembelian hawa dingin. Maka untuk menjimatkan kos tinggi ini, dia perlu memasang dua unit penghawa dingin dengan menggunakan bekalan voltan satu fasa. Maka setiap kali dia mula menghidupkan penghawa dingin anda boleh lihat meter TNB di luar akan berputar seperti kipas angin yang dalam pilihan maksima. Di mana kesilapannya?. Anda renungkan. Kalau pemilik itu mengupah mengalihkan unit pemampat peti sejuk (condenser unit) itu diluar kedai, bukankah begitu banyak dia boleh jimat. Di mana silap…silapnya adalah tidak punyai pengetahuan yang cukup. Semasa saya di Johor Bahru pernah saya cadangkan kepada tiga pekedai pasar mini cara ini. Memang boleh lakukan dengan mudah kerja-kerja pemasangan ubah suai ini dan keputusannya amat memuaskan. Jimat kos adala keuntungan syarikat anda.

Page 66: PERNIAGAAN RESTORAN

Perkara di atas sama juga dengan pemilik restoren. Anda sebagai pemilik restoren dalam serba moden ini dan baranagan masak yang melambung mahal ini perlu mengetahui sedikit sebanyak bidang teknikal semasa anda menghadapi urusan harian pengendalian restoren anda atau pun memulakan perniagaan baru dalam perniagaan restoren. Perniagaan masa kini menghadapi cabaran persaingan perniagaan semakin hebat. Cuma pemilik-pemilik yang cekal dan berpengetahuan dalam bidang restoren boleh kekal dalam persaingan ini. Anda pandai masak bukan beerti anda boleh menceburi dalam perniagaan restoren yang paling mencabar ini. Anda tidak perlu menjadi seorang juru teknikal atau pun “Jack Of All Trade” dalam perniagaan restoren ini, tetapi memadai dengan sedikit pengetahuan asas untuk menjimatkan kos pengendalian restoren anda untuk mencari keuntungan maksima. Contohnya seperti di atas hanya perlu tanya kepada pembekal semasa buat tempahan belian, apakah kapasiti dan kuasa letrik yang digunakan oleh peti sejuk pilihan anda. Kuasa bermakna jumlah tenaga letrik yang digunakan. Anda juga perlu baca buku penerangan peralatan tersebut. Buku penerangan selalunya dalam bahasa mudah yang senang difahami oleh semua jenis pelangan. Saya telah membuat sedikit kiraan untuk peti sejuk  semasa membuka restoren pertama saya yang kecil:TNB Tarif B - Voltan Rendah Tarif Perdagangan:Untuk keseluruhan penggunaan Bulanan di antara 0 – 200 kWh/bulanan : 37 sen untuk 1 kWhr.*peti sejuk satu pintu perdagangan : 1/4 hp = 186.5 watt ( 1hp = 746 watt) atau 0.187Kw X 24jam = 4.476KWhr X 37 sen =  RM1.65 X 30 (satu bulan)  = RM49.50 X 12 (1 tahun) = RM594.00.*Sekiranya saya menggunakan peti sejuk tiga pintu (kuasa menjadi 3/4 hp) = 559.5 watts atau 0.560 KWhr X 37 =  RM2.07 sen (sehari). X 30 (sebulan) =RM62.10. X 12 (setahun) = RM745.20.Perbedzaan diantara peti sejuk dua pintu dan tiga pintu untuk setahun…RM151.20.Nota: Baca juga “mengenali peti sejuk anda” , diblog ini. Sila tunggu bahagian 3: Cara-Cara jimatkan Kos Peti sejuk anda.

7 CARA KAWAL KOS PEMBELIAN BAHAN MASAKAN.Tujuh langkah-langkah atau cara mengawal kos pembelian bahan masakan dalam Pengurusan Dapur sebuah restoren atau kafeteria  ialah :

1. Anggaran Pembelian/ Forecasting.2. Pesanan Pembelian Keperluan Dapur/ Ordering.3. Penerimaan Keperluan Dapur / Receiving.4. Pengestoran / Storing Bekalan.5. Memasak.6. Perkhidmatan/ service.7. Menerima bayaran / Pengurusan Kaunter Bayaran.

1. ANGGARAN PEMBELIAN / FORECASTING.Sebelum membuat pesanan untuk membeli stok barangan masakan perlulah menganggarkan jumlah stok pembeliaan yang diperlukan, jangka waktu kegunaan stok yang dipesan, jangka waktu ketahanan kesegaran stok, keperluan ruang setor atau ruang sejuk-beku yang sedia ada, dan kos keseluruhan pembelian yang termampu.  Adalah dinasihatkan membuat pesanan lebih sedikit 10 peratus hingga 20 peratus untuk mengelakan human error atau kesalahan lazim.2. PEMBELIAN STOK/ ORDERING.Pembelian stok boleh dilakukan dengan berbagai kaedah. Pembeliaan terus oleh pengusaha untuk tidak berlaku pecah amanah oleh staff, memesan melalui talipon/fax atau e-mail. Ramai di antara pengusaha tidak mengambil berat tentang pengurusan pembelian secara profesional. Cara terbaik untuk pembelian ialah menggunakan pesanan pembelian/ purchase order dan boleh gunakan seperti proses tender sebut-harga dari pembekal-pembekal yang berminat ingin berurusan dengan anda. Pembekal yang membekal perlulah seorang pembekal yang menjalankan perniagaan secara profesional.  Setiap barangan yang dibekalkan mestilah pada kos yang dipersetujui oleh pengusaha dan pembekal. Walau pun keadaan harga barangan sukar distabilkan tetapi pihak pembekal perlulah memberitahu segala perubahan harga barang terlebih awal sebelum barangan itu dibekalkan dengan harga yang berlainan dari dipersetujui. Sekiranaya pengusaha restoren atau kafeteria menjalankan perniagaan yang besar, dinasihatkan memeterai satu kontrak diantara

Page 67: PERNIAGAAN RESTORAN

pengusaha dan pembekal dengan terma-terma seperti pembekal profesional lakukan dengan dubah suai untuk perniagaan anda. Pembekal juga perlu bertanggung jawab terhadap setiap barangan yang dibekalkan dari segi kuantiti dan kualiti yang ditetapkan.  Anda juga boleh mencadangkan dalam perjanjian itu masa penghantaran stok, ketetapan harga, cara pesanan bekalan dan cara pembayaran.3. PENERIMAAN STOK.Pastikan masa telah ditetapkan untuk penerimaan stok untuk mengelakan stok dihantar semasa bahagian dapur sedang sibuk. Pembekal yang tidak bertanggung jawab akan menggunakan masa ini untuk membuat penipuan.  Setiap stok yang dihantar perlu diperiksa oleh pengusaha atau pun pengurus/ penyelia yang di percayai beramanah. Periksa “delivery order” / pesanan penghantaran selari dengan Pesanan Pembelian seperti harga, kuantiti dan kualiti. Setiap barangan diterima perlu ditimbang dan catitkan di delivery order untuk direkodkan kemudian dalam kad stok. Setiap bahan yang rosak  perlu dikembalikan dan direkodkan di delivery order. Bahan masakan seperti ayam dan ikan atau daging perlu disimpan segera dalam peti sejuk atau bilek sejuk supaya tidak rosak. (sila rujuk atikal pengurusan dapur).4. PENGESTORAN/STORAGE.Semua barangan yang diterima perlu ditempatkan 6 inci ke atas dari paras lantai untuk menghindarkan basah dengan air, menhindarkan serangga dan haiwan perosak. Stok lama harus disimpan paling di atas dari stok yang baru. Jangan terlalu bertindehkan stok. Barang yang pertama dimasukkan perlu gunakan pertama. Tentukkan tarikh tamat tempoh sesuatu barangan dipatuhi. Bahan makanan yang telah rosak seperti sayur perlu dibuang segera. (sila rujuk atikal pengurusan dapur).5.   MEMASAK Bidang ini adalah paling sukar untuk kendalikan kerana ia membabitkan sikap manusia secara langsung seperti terlebih masak, masakan yang silap, penggunaan bahan masakan sampingan yang berlebihan, menu masakan tidak dipatuhi. Tukang masak di sesebuah organisasi paling sukar dikawal. Masalah ini cuma boleh di atasi dengan cara melatih dan mengubah sikap staf-staf dapur mengikut kehendak dan kemahuan anda sendiri sebelum melantik dan dijadikan staf dapur. Sebagai pengusaha anda perlu sediakan kitab dapur atau digelar “kitchen bible”. Kandungan dalam kitab dapur perlu ada semua resepi yang terdapat dalam menu restoren anda. setiap menu juga dilengkapi dengan kegunaan bahan dan sukatan yang perlu dipatuhi. sehinggakan garam dan perisa makanan perlu ada sukatan yang ditetapkan. Dengan ini anda sedikit sebanyak boleh mengawal bahan masakan supaya tidak bazirkan oleh staf dapur. Kaedah ini juga berjaya digunakan di restoren-restoren KFC dan Macdonald untuk capai kejayaan perniagaan mereka. Bahagian dapur juga perlu simpan dan rekodkan setiap pesanan masakan yang diterima dari staf mengambil pesananan dari pelangan. Semua slip pesanan perlu dicatit dan dikira sebelum kedai ditutup. Sebagai pengusaha anda perlu ketahui setiap stok anda beli kemana hala tujunya. Pengusaha perlu kerap ke dapur anda untuk mengetahui apa yang sedang berlaku.Nota: Kitchen Bible atau kitab dapur selalunya sebuah buku yang berkulit tebal dan merangkumi kad resipi-resipi. Ia menetukan sukatan setiap bahan masakan. mempunyai cara memasak dgn betul, mempunyai gambar hidangan, cost keseluruhan dan kos jualan, keuntungan menu tersebut.

6. PERKHIDMATAN/ SERVICE.Selepas waktu perniagaan atau sebelum tutup perniagaan ambil sedikit masa untuk memeriksa rekod dapur dan rekod kaunter pesanan makan adalah sama. Segala tidak persamaan perlu direkodkan dalam rekod jualan harian dan cari penyelesaiaan.Sila rujuk atikal perkhidmatan/ service dalam blog ini.7. KAUNTER PEMBAYARAN.Anda perlu secara rambang memeriksa pesanan pelangan dan pembayaran tiga atau emapat menu masakan. Kedaan pesanan dan pembayaran untuk menu tersebut perlulah seimbang. Jangan biarkan anda berpuas …bila staf – staf anda berkata ” everything ok, Boss”. Anda perlu luangkan masa untk membuat pemeriksaan dan audit seringkali dapur anda untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Adalah juga dinasihatkan memasang kamera litar tertutup di kaunter anda untuk

Page 68: PERNIAGAAN RESTORAN

keselamatan pendapatan anda sentiasa terkawal dan tidak ghaib…kalau tidak segala hasil usaha anda akan gagal walau pu anda seorang pengurus yang hebat.  Sediakan Payung sebelum hujan.Nota Penulis: Cadangan di atas adalah cadangan peribadi dan melalui pengalaman penulis sendiri. Menulis melalui pengalaman dan menulis dalam kaedah pengurusan profesional adalah berbeda. Semua tulisan dalam blog ini cuma adalah pandangan peribadi penulis sendiri. Sekiranya anda sebagai pengusaha baru atau mempunyai sebarang masalah bolehlah kita berkongsi pengalaman kita bersama. Hantar email anda kepada :  [email protected].

10 TIP KEJAYAAN PERNIAGAAN KATERING & RESTORENAnda harus ingat!. Kejayaan dalam mana-mana perniagaan bukanlah mudah dan tiada jalan pintas untuk capai kejayaan. Anda perlu sentiasa bersabar, berfikir secara inovatif, rajin dan laksanakan yang terbaik  yang termampu.  10 Tips ini cuma dari pengalaman Mamak sebagai katerer walau pun bukan terlalu berjaya dan jadi jutawan. Kalau sudah jadi jutawan tak ada masa pulak nak layan blog seperti ini yang banyak kekurangan. Mamak cuma ingin kongsi pendapat dengan anda.1. SEDIAKAN MASAKAN YANG ENAK.2.TENTUKAN ANDA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN UNTUK PELANGAN YANG  TERBAIK.3. KEBOLEHAN YANG ISTIMEWA DALAM SEGALA JENIS KERAIAN / EVENT.4. STAFF & DIRI ANDA DENGAN PAKAIAN SERAGAM YANG PROFESIONAL.5. TEMPAT NIAGA BERSIH DAN KAEDAH PENGENDALIAN MAKANAN/ HYGINE YANG TERBAIK.6. HARGA JUALAN YANG BERPATUTAN DAN BOLEH BERSAING.7. MENJANA KEUNTUNGAN TANPA KORBANKAN PERKHIDMATAN.8. MEMBENTUK SATU PASUKAN PEKERJA  DAN PENGURUSAN YANG TERBAIK.9. SENTIASA BERUPAYA DAN BERINVOTIF DALAM MENGURANG KOS OPERASI SYARIKAT.10. BERDAYA MEMBENTUK KEMAHIRAN KOMUNIKASI DALAM PERNIAGAAN.

MUTU DAN KESELAMATAN MAKANANUntuk menghasilkan makanan yang selamat untuk pengguna, setiap pekerja-pekerja di premisis makanan perlu diberikan latihan terlebih dahulu dalam bidang pengendalian makanan secara betul dan berkualiti. Untuk menjamin keselamatan dan kebersihan makanan setiap pengusaha boleh pandukan pelbagai standard yang ditetapkan di bawah ISO (International Standard Organisation).ISO 9001:2000Ia adalah satu standard yang bertulis yang menetapkan dan menerangkan elemen-elemen asas yang perlu ada dalam sistem kualiti pengurusan, perkhidmatan, produk yang diuruskan secara sistematik dan didokumenkan serta diamalkan secara konsisten bagi memenuhi kehendak pelanggan. Dalam pengertian yang mudah ISO 9001 ialah: ” Mendokumenkan apa yang dilakukan dan lakukan apa yang didokumenkan”.

Page 69: PERNIAGAAN RESTORAN

HACCP (Hazard analysis critical control point)HACCP ialah satu sistem keselamatan penyediaan makanan bersistematik dan berasaskan sains. Ia digunakan untuk mengenal pasti bahaya khusus dalam proses membuat makanan. Ia juga merupakan sisitem yang menilai semua bahaya yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan, selain daripada turut menitik-beratkan langkah pencegahan.ISO 22000: 2005 (Sistem Pengurusan keselamatan makanan).ISO 22000:2005 merupakan sistem pengurusan keselamatan makanan yang memerlukan sesebuah organisasi yang terlibat dalam rantaian makanan untuk menunjukkan kemampuannya dalam mengawal risiko bahaya keselamatan makanan dan memastikan bahawa makanan adalah selamat apabila dimakan.(Artikel ini dipetik dari Buletin Pengguna Mei 2009)

Walaupun Pembuat Roti Canai - pakaian dan kebersihan sentiasa perlu dijaga.

TEMUDUGA MELANTIK PENGENDALI KANTINPengurusan Kantin/ Kafeteria di Kilang Industri ini biasanya diuruskan oleh seorang Penolong Pengurus atau pun seorang pegawai yang dilantik oleh pengurus HR atau pun dipanggil bahagian ” Pengurus Human Resources Department”.  Sila rujuk tulisan mamak yang lepas tentang ” Canteen Commitee” atau pun dipanggil Jawatan-kuasa Kantin. Ramai kalangan Pengurus HR ini tidak memahami kepentingan dan Fungsi “katerer” yang bakal dilantik untuk Kantin mereka. Ramai di antara mereka cuma memandang Kantin/ Kafeteria di kilang mereka itu adalah satu tempat yang berlaku pembaziran wang syarikat yang tak kena mengena dengan produktiviti. Pengurus dan pihak majikan seperti ini tidak memahami apakah tujuan utama Kantin pekerja berada di perusahan mereka.  Ada pegawai-pegawai syarikat cuma berfikir Kantin Kilang cuma untuk pekerja bawahan yang cuma menjual makanan murah dan kantin pkerja terlalu jijik untuk mereka yang berstatus tinggi dan bergaji besar jamu selera di tempat seperti ini. Mereka perlu menjamu selera di tempat yang berstatus dan bukan dengan pekerja bawahan mereka. Dengan sebab ini mereka tak ambil berat tentang apa yang disajikan di Kantin mereka atau apakah katerer yang dilantik menjalankan kewajipan sebagai katerer.  Fungsi Kantin Perusahan yang utama ialah menyediakan makanan yang berzat seimbang untuk pekerja yang tidak dapat pulang ke rumah untuk menjamu selera. Harga yang dikenakan perlulah pekerja mampu,  makanan yang sedap, bersih dan Halal untuk pekerja yan beragama Islam. Makanan seimbang yang murah yang di makan oleh pekerja akan menyihatkan tubuh badan dan mereka boleh memberi kembali tenaga yang bidang kerja memerlukan. Dengan ini bukankah Kantin di Kilang memeberi produktiviti yang tinggi untuk syarikat itu. Maka pengurus atau Jawatankuasa kantin mempunyai tugas yang amat penting dan tanggung jawab dalam memilih katerer baru untuk kantin mereka. Kebanyakan Kilang-kilang yang diusahakan oleh usahawan warga tempatan langgsung tidak memahami tanggung jawab mereka terhadap pemakanan dan kebajikan pekerja mereka. Manfaat dari Kantin langgsung mereka tidak

Page 70: PERNIAGAAN RESTORAN

ambil peduli. Kadangkala kantin kilang-kilang syarikat warga tempatan kotor, busuk, permis kantin yang penuh dengan sampah sarap, kemudahan menjamu makanan seperti tempat basuh tangan, tempat masak, stor menyimpan bahan makanan dan saluran gas masak yang selamat tidak diadakan. Dasar pengelolaan kantin seperti tempat makan “kongsi” (tempat tinggal) pekerja lombong tahun 50-an lagi. Pihak majikan dan pengurusan tidak langsung perihatin kepada pekerja bawahan yang seharian membanting tulang dan keringat mereka membantu majikan memperolehi kekayaan berlipat kali ganda. Bagi staff pejabat yang bergaji tinggi yang berkenderaan mendapat keistimewaan untuk keluar menjamu selera berjam-jam. Tetapi pekerja bawahan hanya dapat 20minit hingga 30 minit makan dikantin yang teruk ini.  Makanan yang dihidangkan oleh katerer ini kadangkala haiwan peliharaan pun menolak hidangan yang disajikan. Bukan hina makanan tapi cara masakan yang begitu teruk sekali. Kenapa perkara sebegini  ini berlaku?.  Ini disebabkan pihak pengurusan hanya memikirkan tugas mencari katerer baru ialah mendapatkan harga se minima yang boleh. Maka tugas mereka menjaga kebajikan pekerja bawahan terlaksana. Sebut harga murahan selalu menjadi kegemaran mereka bukan mencari kelayakan katerer. Pemikiran kolot pengurusan seperti ini cuma memikirkan pekerja bawahan hanya perlukan makanan murah. Bila nak murah dalam segala hal maka dapat katerer yang murah juga. Bak pepatah bahasa Inggeris berkata ” if you give peanut…you will get monkey”. Kadangkala persalahkan katerer juga tak boleh kerana ada katerer yang terjebak dengan ghairah nak berniaga tanpa sebarang subsidi dari pihak kilang. Pihak pengurusan kilang yang menemuduga katerer sepatutnya memberi maklumat yang cukup bagi kepada katerer  yang berminat menawarkan perkhidmatan mereka.Setiap pihak pengurusan kantin yang menawarkan tender kantin sekurang-kurangnya menyediakkan borang pelawaan tender kepada katerer yang berminat. Borang berkenaan boleh memberi maklumat syarat-syarat kontrak, subsidi yang diberi untuk katerer, ruang untuk megetahui harga makanan sajian ditawarkan oleh katerer, sedikit latar belakang syarikat katerer, pengalaman lampau. Tak perlulah tanya latar belakang kewangan syarikat kerana bukan mereka ingin beli produk kita cara beransuran. Memegang deposit adalah salah segi aturan kementeterian kewangan. TNB pun kalau memegang deposit bayar faedah tahunan. Tak memegang deposit orang ramai. Apa yang perlu ialah segala syarat diberikan itu, adalah  sah dari segi undang-undang perjanjian negara ini. Maka katerer yang berkelayakan saja dipanggil untuk temuduga. Janganlah nak buang masa anda memangil semua katerer ramai-ramai berseronok pulak dengan temuduga. Segala subsidi yang dijanjikan perlu di patuhi oleh pihak pengurusan kerana harga yang ditawarkan oleh katerer dalam borang itu berpandukan kepada subsidi yang wajib diberikan oleh pengurusan kilang. Tanpa komitmen dari pengurusan kilang ia adalah sukar menentukkan harga makanan. Bagaimana tentukan katerer yang layak?. Ini masalah besar bagi pengurusan kilang. Semasa temuduga memang katerer akan akui dan terima semua syarat-syarat yang akan bakal perlu ikuti tetapi masalah katerer pulak sekiranya perniagaannya untung tidak mengapa, kalau rugi siapa yang perlu terima padah?…maka pihak pengurusan kilang yang baik selalunya mengwujudkan keadaan “menang-menang” dalam situasi ini.  Terima pandangan dan pendapat katerer dan fikir jalan tengah. Tidak perlulah setiap kali tukar katerer yang baru untuk dapatkan harga murah atau berangan katerer baru akan memberi perkhidmatan yang lebih baik. Sekiranya katerer yang sedia ada baik dan masih boleh perbetulkan kekalkan. Kalau seringkali katerer “cabut lari” kemungkinan masalah itu adalah pengurusan kantin kilang itu sendiri.Asas perniagaan adalah mendapatkan untung. Kadangkala katerer yang baru dan tanpa mengira risiko harga jualan makanan akan terjebak dengan hutang yang banyak selepas tempuh perniagaan. Berikan masa untuk katerer itu plih dari kesilapan. Pihak pengurusan kilang sekurang-kurangnya ada perasaan “give and take” dengan memberi sedikit subsidi sebagai balasan untuk dapatkan hidangan makanan yang murah untuk pekerjanya melalui kaedah subsidi atau pemberian percuma seperti air, letrik, gas memasak, tempat perniagaan, dewan makan yang disediakan meja dan kerusi, kemudahan air batu minuman (mesin ais), Dapur masak, Dapur masak nasi, Baine Merry (tempat pemanas hidangan), pinggan, sudu dan garpu. dengan ini katerer ada ruang untuk bernafas. Lagi pun perkakas yang diberikan adalah hak dan harta benda syarikat seperti anada tukar komputer yang baru selalu. Sekiranya harga makanan yang dijual perlu murah dan berkualiti maka pengorbanan dari pihak syarikat adalah amat perlu. Kemudahan yang diberikan kepada katerer kantin bukanlah untuk mereka tetapi ia adalah untuk pekerja mereka dengan dapatkan

Page 71: PERNIAGAAN RESTORAN

satu perjanjian, “ada budi, ada balasnya” dengan minta katerer harga jualan murah, bersih, dan berkualiti.Yang  amat menduka-citakan ialah apabila tender-tender kantin sekolah rendah yang ditawarkan kepada pengendali-pengendali kantin sekolah rendah oleh pengurusan sekolah.  Sistem borang amatlah dibanggakan tetapi sewa bulanan yang  perlu ditawarkan oleh pengusaha kantin bersyaratkan kepada nilai yang perlu dibayar kepada pengurusan sekolah amat dipentingkan. Di sini pada lazimnya pihak pengurusan sekolah akan meluluskan sebutharga yang tinggi sewa bulanan dan juga harga makanan yang ditawarkan yang paling murah. Seringkali pengendali kantin yang baru menceburi dalam bidang ini akan menjadi mangsa. Tanpa mengira kiraan yang tepat pengendali kantin yang baru ini akan mengalami kerugian yang besar. Sepatutnya pihak pengurusan sekolah perlu menetapkan harga sewa yang berpatutan. Harga makanan terpulang kepada pengendali kantin yang ingin ditawarkan. Harga dan saiz makanan perlu dipantau selalu oleh pihak sekolah. Sekiranya tidak harga makanan akan menjadi konflik yang terbesar dalam mengendalikan kantin sekolah. Mangsanya adalah murid-murid. Semua Harga makanan seperti ayam, nasi dan sayur perlu mengikuti size atau dengan kuantiti yang ditetapkan dengan sukatan dari pihak menawarkan perkhidmatan. Sukatan seperti senduk yang diseragamkan akan memudahkan kuatiti dan harga yang ditawarkan. Pihak pengurusan kantin janganlah terburu dalam memileh dalam harga terendah yang ditawarkan oleh pengendali kantin. Minta contoh size atau kuantiti yang berkait dengan harga yang ditawarkan dalam temuduga. Maka inilah sebab utama kantin  sekolah rendah selalunya menghadapi masalah dalam kualiti hidangan disebabkan pengendali kantin yang tak mampu menguruskan kantin dengan sempurna disebabkan harga tawaran yang salah dan pihak pengurusan kantin sekolah yang amat tamak inginkan sewa yang tinggi. Kebanyakan pengurusan sekolah mengharapkan sangat sumbangan kewangan dari Kantin sekolah yang berlebihan adalah salah. Kita sebagai ibubapa dan guru perlu mementingkan kesihatan makanan kanak-kanak kecil yang dahaga dan lapar mencari kantin. Maka kantin sekolah adalah tempat yang patut jadikan pengenalan kepada makanan nuterasi dan makanan kesihatan bertukar menjadi pusat penyediaan makanan yang berminyak berlebihan dan minuman yang tak berkualiti. Kantin Sekolah sepatutnya menjadi wadah untuk kepda kanak-kanak mengenal makanan kesihatan dan berzat yang ramai ibubapa yang gagal dalam tunjuk ajar kepada makanan kesihatan.

Garis panduan makanan di kantin tidak dpatuhi

Page 72: PERNIAGAAN RESTORAN

Dari :http://www.malaysiakini.com/letters/140266Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat risau apabila membaca laporan Panduan Pengurusan Kantin Sekolah dilanggar dan makanan tidak sihat seperti gula-gula, jeruk, snek yang mengandungi perasa dan pewarna tiruan masih dijual walaupun ia jelas tidak dibenarkan.Masalah makanan yang tidak sihat yang dijual di kantin sekolah bukan satu perkara baru. Sejak beberapa tahun yang lalu kini masalah ini telah dibawa ke perhatian pihak berkuasa yang berkaitan tetapi usaha CAP menggesa untuk melahirkan generasi mudah yang lebih sihat tidak mendapat perhatian. Garis panduan itu menyatakan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak berlebihan, mi segera, ais krim, minuman dengan pewarna dan perasa tiruan, teh dan kopi, serta minuman ringan adalah tidak digalakkan.Sebagai tambahan, garis panduan ini juga turut menyediakan panduan yang jelas bagi pengendali kantin bagaimana untuk menyediakan makanan yang kurang gula, garam dan lemak; dan juga kepentingan untuk memasukkan makanan yang mengandungi serat yang tinggi dalam setiap hidangan mereka. Tiada alasan bagi pengendali kantin untuk tidak mematuhinya. Sejak bertahun-tahun lamanya, CAP telah mengemukakan bahawa minuman dan makanan yang tidak sihat dijual di dalam dan sekitar sekolah tetapi masalahnya masih berterusan. Kami juga telah membawa perkara ini kepada perhatian Kementerian Kesihatan bahawa sesetengah sekolah di Pulau Pinang masih menjual makanan segera seperti nuggets, kentang goreng dan minuman dan makanan remeh yang mempunyai kandungan pewarna, gula atau garam yang tinggi atau mengandungi terlalu banyak bahan pengawet.Kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan bahawa kanak-kanak mengambil makanan seperti ayam goreng, kentang goreng, cokelat, ais krim, minuman berkarbonat, biskut krim dan jeruk di sekolah. Semua penemuan ini jelas menunjukkan bahawa pengendali kantin dengan jelas melanggar garis panduan tanpa bimbang tindakan akan diambil.CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran supaya bertindak dengan segera untuk menghentikan jualan minuman dan makanan tidak sihat kepada pelajar sekolah. Hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pengendali kantin yang enggan untuk bekerjasama. Makanan remeh boleh digantikan dengan makanan tradisional seperti nasi lemak, bihun, mi sup, tosai, idli, capati dan uppuma, tetapi makanan ini perlu disediakan dalam keadaan yang bersih. Minyak dan garam yang digunakan untuk menyediakan hidangan ini perlu digunakan dengan berhati-hati. Pengendali kantin juga perlu memastikan bekalan buahan segar yang mencukupi.Minuman ringan dan lain-lain bahan yang manis, minuman berwarna hendaklah dengan segera digantikan dengan air minuman kosong. Mesin air perlu ditempatkan di kawasan laman sekolah dan kantin untuk menggalakkan kanak-kanak minum air. Untuk memastikan pematuhan oleh semua pihak yang berkenaan, bahagian yang berkaitan daripada Garis Panduan Pengurusan Kantin Sekolah ini perlu ditukarkan kepada undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa mempunyai lebih kuasa penguatkuasaan.Senarai makanan yang tidak digalakkan di bawah garis panduan itu perlu di masukkan ke dalam senarai yang diharamkan dan dilarang oleh undang-undang.Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan juga perlu bekerjasama dengan Kerajaan Tempatan supaya menghentikan dengan segera amalan makanan dijual di luar kawasan sekolah. Zon penampan atau lingkungan

Page 73: PERNIAGAAN RESTORAN

yang ditetapkan boleh diwujudkan di setiap sekolah di mana penjaja dilarang daripada menjalankan perniagaan mereka. Penulis :  SM Mohamed Idris Ogos 17, 2010.

PERNIAGAAN PASAR RAMADHAN

Kemunculan ramai peniaga Bumiputera setiap Ramadan amat menarik perhatian. Melihat kepada jumlah Bumiputera berniaga di pasar dan bazar Ramadan di merata tempat, memberi harapan kepada kita bahawa semakin ramai Bumiputera berani dan mampu menjadi usahawan. Namun apabila ditinjau, sebahagian besar peniaga Ramadan sebenarnya daripada golongan peniaga tetap. Mereka mengambil peluang berniaga di pasar dan bazar Ramadan untuk mencari keuntungan tambahan. Kebanyakan mereka mempunyai kedai atau gerai tetap dan sudah berpengalaman sebagai usahawan. Bilangan peniaga sambilan pada Ramadan sebenarnya tidak begitu ramai. Amat sedikit pula daripada kalangan peniaga sambilan ini menjadi peniaga tetap selepas Ramadan. Mereka berniaga di bulan puasa sekadar mencari pendapatan tambahan dan bukan sebagai proses latihan menjadi usahawan sepenuh masa.

Walaupun banyak usaha dilakukan untuk meramaikan lagi usahawan Bumiputera, kadar penambahan usahawan baru Bumiputera masih rendah. Kekurangan modal dan pengalaman mungkin antara faktor menghalang pembabitan lebih ramai Bumiputera dalam perniagaan.Masalah kekurangan modal dan pengalaman boleh diatasi dengan adanya pelbagai program pembangunan dan latihan keusahawanan oleh kerajaan. Namun mereka yang ingin menjadi usahawan berjaya harus ingat kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan modal yang cukup. Ramai usahawan diberi bantuan modal tetapi masih gagal. Ada banyak faktor menentukan kejayaan usahawan dalam perniagaan. Antaranya ialah minat mendalam, tahap kesungguhan tinggi, rajin bekerja, bersedia dengan pengetahuan mengenai bidang diceburi, memahami bagaimana perniagaan berfungsi dan beberapa ciri lain. Satu daripada ciri penting keusahawanan ialah kesanggupan mengambil risiko. Banyak kajian mendapati kecenderungan mengambil risiko adalah sebahagian daripada ciri keperibadian usahawan berjaya. Ini selari hukum pelaburan bahawa paras pulangan berkait rapat dengan tahap risiko.Bagaimanapun, kecenderungan mengambil risiko dalam perniagaan hendaklah secara bijak dan terancang. Keberanian mengambil risiko perlu diimbangi dengan pengetahuan dan kefahaman mengenai cara menilai dan menangani risiko terbabit. Usahawan sendiri perlu tahu perkara asas mengenai risiko dan bagaimana mengurusnya. Ramai usahawan gagal kerana tidak nampak risiko yang mengancam perniagaan mereka ketika membuat keputusan tertentu. Dalam perniagaan, setiap keputusan pasti membabitkan soal kewangan. Usahawan hendaklah sentiasa ingat matlamat perniagaan adalah untuk meningkat kekayaan dengan menambah nilai kepada modal asal. Ini memerlukan keputusan dan tindakan yang tidak membawa kerugian kewangan kepada perniagaan. Untuk mengurus risiko, usahawan perlu mampu membayangkan setiap kemungkinan hasil sesuatu tindakan atau kegiatan yang ingin diputuskan. Oleh itu sangat penting mendapatkan semua maklumat sesuatu kegiatan dalam proses membuat

Page 74: PERNIAGAAN RESTORAN

keputusan. Dalam keadaan sebenar, usahawan jarang sekali mendapat semua maklumat dalam tempoh yang dikehendaki. Biasanya usahawan terpaksa membuat keputusan tanpa maklumat lengkap. Ini mendedahkan usahawan kepada risiko membuat keputusan salah dan merugikan. – Sumber : Bulletin PNB.

Analisa Titik Pulang Modal(Break-even Analysis).

Analisa Titik Pulang ModalUnit Titik Pulang Modal Bulanan: 2,555Pendapatan Bulanan TPM Bulanan: $3,308Keputusan:Purata Pendapatan seunit: $1.29Purata Kos Berubah seunit: $0.10Purata Kos Kos Tetap Bulanan: $3,043Sekiranya setiap pengusaha kantin, restoren atau pun apa juga bidang perniagaan amat mudah untuk menganalisa titik pulang model sekiranya anda boleh ramalkan kos pengendalian dan juga jumlah jualan. Jangan terkejut dengan perkataan analisa ini. Sesebuah syarikat restoren atau katering dikatakan berada dalam titik pulang modal atau break even marginbermaksud jumlah jualan atau jumlah pendapatan syarikat itu berada dalam jumlah perbelanjaan. (maknanya jumlah kos pengendalian sama dengan jumlah pendapatan). Keuntungan dan kerugian tidak berlaku di titik pemulangan modal. Dengan sebab inilah titik pemulangan modal itu perlu dianalisa untuk membawa keuntungan kepada syarikat. Sebelum kita langkah kepada bagaiman caranya kita perlu ketahui Titik Pulangan ini, kita perlu memahami tentang jenis-jenis kos yang terdapat dalam bidang katering dan restoren. Untuk  golongan yang berminat membuka perniagaan dalam bidang ini ia menjadi pemangkin untuk mengetahui lebih mendalam tentang perniagaan ini.1. Penerangan Mengenai Kos .Terdapat banyak jenis kos yang perlu diambil kira apabila melakukan analisa Titik Pemulang Modal ini. Di anatara yang paling releven ialah:a. Kos Permulaan (Starting Cost)Sekiranya perniagaan Restoren termasuk kos sewa, pendaftaran perniagaan, Lesen perniagaan, peralatan masak seperti bin-marrie, peti sejuk komersial,dapur stainless steel, meja dan kerusi makan, perhiasan dalaman restoren dan lain-lain. Sekiranya perniagaan katering, pendaftaran dan lesen perniagaan. Sewa tempat masak kemungkinan boleh dihindarkan kalau masak di rumah sendiri sebagai permulaan dan peralatan memasak boleh diminimumkan dengan cara menyewa bulanan. Tidak lupa dengan kos iklan yang amat perlukan dalan strategi pemasaran. Apa juga kos yang akan dihadapi oleh anda sebelum mula menjual.b. Kos tetap (fixed cost).Kos ini akan tetap berada dalam keadaan sama tidak berkait langsung dengan jumlah jualan anda. Ia seperti sewa premisis bulanan, gaji anda dan pekerja anda, bil letrik, air dan talipon.c. Kos yang berubah (Variable Cost).

Page 75: PERNIAGAAN RESTORAN

Kos ini adalah kos yang akan berlaku pada setiap masakan yang anda jual. Contohnya bila anda membuka sebuah restoren kemungkinan harga sekilo ayam anda beli RM5.00.  dan RM5.00 itu mewakili kos yang berubah apabila perniagaan anda maju dengan perlu mengambil pekerja tambahan dan lain-lain lagi yang termasuk dalam kos pembelian itu.CARA TETAPKAN HARGA (PRICING METHOD).Sekiranya anda berjaya mencipta satu jenama baru dalam pasaran anda boleh mengubah harga jenama itu, sekiranya tidak anda perlu memasuki dalam pasaran terbuka anda perlu menjajarkan harga jualan anda dengan persainagan atau pun kurangkan harga jualan dengan memberi diskaun untuk pelangan baru anda untuk menarik mereka kepada restoren atau katering anda.Strategy yang biasa dalam penghargaan ialah berlatar-belakangkan kos (cost based pricing). Cara ini ialah berapakah jumlah kos menghasilkan satu unit dan meletakan harga dengan menambahkan dengan nila keuntungan yang telah ditetapkan.Contohnya:Kos untuk  menghasilkan seketul ayam goreng  ialah:Kos ayam mentah 1 ketul RM0.90Kos untuk goreng 1 ketul RM0.30Jumlah kos seketul ayam RM1.20. Peratus keuntungan ditetapkan 100 peratus = RM1.20Jualan Harga seketul Ayam Goreng ditetapkan pada Harga RM2.40.Harga Jajaran dengan Pasaran RM2.50. Maka harga anda adalah lebih kompetitif dari harga pasaran. Harga Diskaun yang anda boleh beri pada pelangan adalah RM0.10.Sekiranya ada persaing lain ingin merendahkan dari harga tetap anda,  masih lagi ada ruang untung yang boleh kurangkan dan anda boleh bertahan dalam pasaran.Mencari titik pulangan model amat mudah apabila anda faham semua kos-kos tersebut di atas. Jangan bimbang dengan tiori-tiori yang melalut yang anda membaca dari buku-buku akaun anda. Ambil Kos Tetap , bahagi dengan harga yang anda tetapkan, tolak dengan kos berubah (variable kos) anda akan dapat titik Pulang anda!.Titik Pemulangan Modal (Break-even Point) = Kos tetap BAHAGI  Harga seunit TOLAK kos berubah.Pengiraan ini akan menerangkan kepada anda: berapakah jumlah jualan yang perlu anda jual untuk mendapatkan Titik Pemulangan Modal. Keliru lagi?. Titik pemulangan Modal akan menerangkan anda berapakah jumlah hasil jualan anda yang perlu untuk perniagaan anda berada dalam keadaan tidak untung dan tidak rugi (break-even). Kalau anda dapati hasil jualan anda dibawah titik pemulangan modal, perniagaan anda sedang rugi. Anda perlu menjual jualan harian lebih daripada titik pemulangan modal untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda tidak analisa  Titik Pulang Modal, anda begitu mudah besar kemungkinan gagal dalam perniagaan anda.

Sikap dan Etika Peniaga Makanan.

Perniagaan dalam Islam adalah seperti subjek sains perlu dipelajari dan sentiasa lakukan uji kajian untuk menghasilkan keuntungan. Orang Islam pada suatu masa dulu hampir mendominasikan perniagaan dunia. Inilah disebabkan pemimpin- pemimpin  kristian Eropah gusar dan lakukan penjelajahan dunia baru. Benua Amerika bukan Christopher Columbus yang menemui, Pedagang Arab telah lama berdagang dengan kaum Asli di Amerika sebelum Colombus menjumpai Amerika. Tanjung harapan di Afrika bukan Diaz yang jumpa, sebelum itu orang Melayu Asal telah mendirikan kerajaan di Pulau Madagaskar berkurun lamanya. Penemuan dunia baru orang Kristian itu semua cerita pembohongan besar. Tujuan utama mereka menjelajah dunia baru ialah mengembangkan Agama Kristian bukannya untuk saintifik seperti mereka ura-urakan. Perkembangan Islam mereka ingin mengekang dan disekat habis-habisan. Sebab itu lah kapal mereka semua tiang layar berbentuk salib. Masalah besar Kita orang Islam suka baca karangan buku yang ditulis oleh pengarang beragama Kristian. Kini orang Islam telah tertinggal dalam bidang perdagangan tak mampu bersaing dengan penganut agama lain walau pun diberi hidayah oleh Allah s.w.t. . Nabi Mohammad s.a.w sebelum dapat wahyu adalah seorang peniaga tidak seperti nabi-nabi

Page 76: PERNIAGAAN RESTORAN

sebelumnya kebanyakan adalah pengembala kambing. Fikirkan kenapa nabi ditugaskan sebagai peniaga sebelum diberi wahyu oleh Allah. Apakah rahsia Allah?. Perniagaan atau Perdagangan adalah satu bidang Ilmu Pengetahuan yang boleh membentuk Ummah yang gagah dan maju dan kaya didunia ini dan akhirat. Berniaga adaah sunnah nabi s.a.w banyak nas-nas berkenaan ada di Al-Quran. Tetapi malangnya keadaan orang Islam terutamanya orang Melayu di negara ini amat menyedihkan seperti melukut dibawah gantang. Walau pun kuasa politik berda ditangan orang Melayu tetapi kuasa ekonomi pada kaum lain. Orang Melayu cepat mengalah dalam perniagaan. Kegagalan dalam perniagaan seperti kegagalan dalam uji kaji dalam sains. Kalau kita putus asa kerana kegagalan pertama atau kedua tak mestinya kita tak berjaya kali ketiga. Pereka cipta lampu mentol (incandensent light) Edisson telah berjaya perolihi filamen lampunya selepas menguji 1.020 kali bahan yang berlainan untuk mendapatkan filamen lampunya.Dalam Perniagaan jatuh bangun itu adat. Jatuh itu untuk bangun kembali dengan kuat supaya tidak mudah jatuh kembali. Setiap kali jatuh jangan mempersalahkan lantai tak rata, kasut atau pun batu. Apabila jatuh pasti sedar bahawa diri kita yang salah kerana tak menumpukan pada jalan yang kita lalui. Begitu juga dalam perniagaan jangan persalahkan orang lain tipu, kerajaan tak bantu, saudara mara tak bantu, orang hasad dengki atau pun kerap dengar kena sihir. Macdonald membuka cawangan baru dalam setiap satu minit di seluruh pelusuk dunia ini. Francise utama KFC kepunyaan orang Melayu Negara ini telah berjaya membuka cawangan di India. Nasi Kandar Pelita yang berasal di Pulau Pinang telah berjaya membuka cawangan di India dengan begitu baik sambutan.Masalah utama pengusaha restoren dan katering ini, tidak mahu berubah mengikut peredaran masa. Perhatikan pengusaha-pengusaha restoren mamak yang genarasi ketiga ini. Restoren mamak yang dikatakan kotor dan jijik di satu masa dulu, kini telah berubah wajah mengikut selera pelangan. Bila anak muda sukakan perlawanan bola disediakan layar besar, bila anak muda gilakan internet mereka sediakan  wifi percuma di restoren mereka. Apa yang paling menguntungkan dalam restoren bukan makanan tetapi minuman untung 500 peratus. Makanan cuma untung sekitar 45- 65 peratus. Gula naik 20 sen sekilo,  harga teh tarik naik 1o sen secawan. Wal hal satu kilo gula boleh buat 20-30 cawan teh o. Kualiti susu pekat dari cap dari F@ turun kepada Gold Co@#. Maka bayangkan perniagaan mereka yang mengikut musim dan keadaan ini.Satu lagi masalah besar perniagaan makanan orang melayu ialah persaingan yang tak tentu hala. Harga makanan tak seimbang dan mengikut selera pengusaha sendiri. Tidak ada persatuan yang boleh kawal harga Restoren Melayu. Kalau restoren sebelah jual ayam goreng seketul RM3.00 seperti kedai mamak. Kawan sebelah bukak restoren baru dengan menjual harga ayam seketul RM2.50 konon untuk cari pelangan baru. Tak salah cara persaingan harga yang beri keuntungan kepada pengguna.  Sebulan akan datang pulak  mamat bukak restoren sebelah dia dengan menjual harga ayam goreng seketul jatuh pada RM2.00 sehinggalah ada hamba Allah jual seketul ayam kepada RM1.50. Selepas setahun semua ketiga-tiga restoren orang Melayu ini pun tutup. Restoren mamak seperti biasa kaut pasaran jual makanan masak. Persaingan harga perlu tetapi pengiraan harga jualan perlu tahu “Analisis Titik Pulang Modal” . Supaya modal yang kita guna itu ada pulangan. Kalau tak ada pulangan bagaimana caranya. Ilmu berniaga penting dan sentiasa perlu di aplikasi. jangan sikap orang kita yang beli alat senaman..satu dua bulan latih selepas itu simpan bawah katil. Sikap perlu ubah untuk sentiasa ikuti dan berfikir untuk inovasi.

MASALAH TIKUS DI RESTOREN

Page 77: PERNIAGAAN RESTORAN

Salam, Kali ini Mamak Haji ingin menulis satu atikal yang jarang dapat perhatian dari pengusaha restoren, gerai makanan atau pun Kantin. Mamak Haji menulis tajuk kali ini khas untuk  pembaca blog Mamak Haji melalui e-mailnya bertanya berkenaan, restoren yang diusahakannya setiap hari diserang oleh tikus-tikus. Sehinggakan pengusaha restoren ini sudah tidak tahan lagi keroskan yang dilakukan oleh geng-geng tikus ini. Haiwan mamalia perosak yang bernama TIKUS ini dalam kedai makan, restoren atau di rumah bukan mudah dihapuskan dan janganlah anggap kehadiran tikus ini masalah kecil. Haiwan Perosak Tikus ini merupakan satu ancaman besar kepada peniaga makanan dan juga kepada kesihatan manusia. Tikus bukan saja boleh menyebabkan ganguan emosi dan trauma kepada sesetengah induvidu, kerosakan fizikal  terhadap harta benda dan juga kepada sumber alam yang akan mengakibatkan kerugian ekonomi kepada negara. Paling bimbang ialah Haiwan perosak tikus ini penyebab ganguan kesihatan kepada manusia dan juga haiwan yang lain. Pasti kita tahu ramai yang maut angkara dari kencing tikus ini seperti di Lata Bayu, Baling di Kedah, Lubuk Yu, Maran di Pahang, Pegawai kadet Polis di Melaka dan kes-kes di Sarawak. Maka masalah kehadiran tikus dalam restoren atau premis menjual makanan kepada orang ramai, bukan lagi perkara biasa atau tak perlu ambil  berat untuk menghindarkan haiwan perosak ini. Tikus biasanya mencemarkan makanan melalui najis, air kencing, dan bulunya. Maklumat lengkap mengenai penyakit yang dibawa oleh tikus yang dijangkiti bakteria ini boleh dibaca: http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/kesihatan/376-bahaya-penyakit-leptospirosis-kencing-tikusAdalah dikatakan tikus merangkumi 40 peratus dari jumlah mamalia tetapi bukan semua jenis tikus ini digolongkan sebagai haiwan perosak. Cuma 5 peratus jenis tikus yang dianggap haiwan perosak kepada manusia dan alam semula jadi. Tikus yang kita jumpa dirumah dan tempat perniagaan ialah tikus rumah. Tikus jenis ini dapat beradaptasi dengan baik di kawasan perkumpulan manusia. Bagaimana pulak kita boleh menghindarkan atau pun menghapuskan tikus di Restoren atau permis perniagaan makanan?. Boleh kah Restoren Mamak atau Pasaraya yang hebat di negara ini boleh lakukan seperti, Wal-Mart yang menjanjikan pada para pelanggannya bahawa mereka akan pastikan semua pusat penyediaan dan juga simpanan mereka adalah bebas dari sebarang serangan serangga dan juga makhluk perosak yang boleh mendatangkan masalah kesihatan pada pengguna – “As part of our commitment to food safety, the bakery and deli remain closed until the problem can be corrected. We’re working with a pest control company, a professional cleaning service and the Department of Agriculture to remedy the situation”. Read more: http://www.wgal.com/news/28776369/detail.html#ixzz1eIamkVYM Kita tidak dapat lakukan seperti ini di negara ini pada masa ini tak payah kita berdabik dada. Apa yang perlu lakukan ialah, kita sebagai penjual makanan perlu perihatian kepada pelangan tentang kesihatannya. Ia seperti kita bonceng motor memakai topi keledar. Adakah kita memakainya kerana takut kena saman atau ingin menjadikannya keselamatan kepada kepala kita?. Penyedaraan perlu terbit dari tanggung-jawab dan keperihatinan bukan dengan paksaan.Mengawal dan menghindarkan tikus di restoren atau premis terdapat empat cara:1. Sentiasa memeriksa kehadiran Tikus di premis. Haiwan perosak ini suka buang najis di merata tempat. Sekiranya dijumpai najis tikus maka sahlah kehadiran tikus ini. Selain dari ini tanda-tanda tapak kaki tikus, kesan kerosakan dari gigitan tikus ke atas kayu, plastik, sabun basuh tangan,wayer dan lain-lain barangan didapur. Kesan air kencing yang busuk atau ternampak tikus hidup atau mati disekitar premis anda. Sekiranya  kencing tikus tercemarkan makanan, ia boleh diperiksa dengan menggunakan lampu ultraviolet.2. Kebersihan.Jika di sesuatu kawasan itu terdapat banyak tikus, ia sebenarnya membawa maksud bahawa tempat tersebut dipenuhi dengan punca makanan yang mewah bagi keperluan tikus. Tikus juga seperti haiwan lain memerlukan tempat perlindungan dan juga makanan untuk meneruskan hidup. Dengan memastikan bahawa tiada makanan atau sekurang-kurangnya menghadkan kewujudan makanan seminimum mungkin bagi keperluan tikus melalui tabiat menjaga kebersihan, kita berupaya memberikan kesan yang amat besar dalam usaha membenteras serangan tikus. Pengurusan sampah yang kebiasannya mengandungi makanan terbuang amat penting untuk diperhatikan. Pastikan kita menyediakan tong sampah yang tahan dimasuki oleh tikus samada tong sampah tersebut berada di

Page 78: PERNIAGAAN RESTORAN

luar atau di dalam bangunan. Ia hendaklah sentiasa tertutup dan tidak dibiarkan bertaburan sebelum dikutip oleh pekerja buang sampah. Dengan ini kita tidak akan menarik minat tikus untuk mendatangi premis kita yang sukar untuk ditemui makanan.  – sedutan dari blog PestSciences.

3. MENGHALANG TIKUS MASUK:

Cara mudah mengawal tikus menyerang kediaman kita adalah dengan menghalangnya masuk. Ini merupakan salah satu cara yang paling berkesan dan selamat tanpa penggunaan sebarang racun atau bahan kimia. Walau bagaimanapun adalah sukar untuk menghapuskan tikus 100% dari tempat perniagaankita. Tikus kecil seperti cencorot umpamanya dapat memboloskan dirinya walaupun melalui jurang sebesar 1 cm. Tikus dapat masuk setiap lubang sebesar kepalanya, jika kepalanya lepas maka anggota lain akan dapat melepasi lubang yang dilaluinya. Walaupun badannya besar, ia mampu meleperkannya untuk memboloskan diri. Namun ia perlu dilakukan sebagai salah satu cara yang melengkapi teknik kawalan tikus. Sebagai panduan sebarang ruang seluas 0.6 cm perlulah ditutup untuk menghalang kemasukan tikus. Semua tempat yang menjadi titik pertemuan kemasukan peralatan utiliti melaui dinding ke dalam premis kita seperti, paip atau corong air, paip saluran paip elektrik atau penghawa dingin, saluran angin dapur dan lain-lain yang seumpama dengannya.

1. Pecahan pada pintu atau dinding atau bumbung.2. Saluran longkang yang masuk ke dalam kedai.3. Perhatikan ruang terbuka dibawah antara pintu kedai kita dengan lantai. Jika ada ruang pastikannya ditutup atau

dirapatkan.Tutup semua bukaan yang pada tempat yang disebutkan di atas dengan bahan yang bersesuaian. Bahan-bahan seperti simen, campuran plaster dan sebagainya boleh digunakan pada dinding yang berlubang.

4. Menghapuskan Tikus:

Maka bagi melengkapi keseluruhan kawalan, tidak dapat tidak teknik terakhir dalam mengurangkan atau menghapuskan tikus ini perlu dijalankan. Kawalan ini melibatkan usaha menangkap atau membunuh tikus melalui 2 cara:

Tangkapan atau menghapuskan tikus tanpa menggunakan bahan kimia. Membunuh tikus dengan menggunakan racun atau bahan kimia.

Perangkap adalah satu cara kawalan tikus yang berkesan tanpa menggunakan sebarang racun. Bagi serangan tikus yang tidak banyak, penggunaan perangkap merupakan jalan penyelesaian yang cepat. Penggunaan perangkap juga dapat mengelakkan keadaan di mana tikus mati pada tempat yang tidak diketahui dan rumah kita dilanda dengan masalah bau bangkai yang busuk.

Berikut adalah antara sebab mengapa perangkap menjadi pilihan:

1. Apabila kita tidak mahu menggunakan racun kerana khuatir kesan bahaya pada haiwan peliharaan atau kanak-kanak.

2. Apabila kita khuatir racun akan menyebabkan makanan di rumah kita tercemar.3. Apabila tikus malu atau mengelak untuk makan umpan racun yang kita letak.4. Kita tidak mahu rumah kita dihantui bau busuk tikus yang mati termakan racun.

Terdapat banyak jenis perangkap tikus di pasaran. Yang biasa kita lihat adalah perangkap bidasan yang mengurung tikus apabila terkena. Ada juga perangkap bidasan yang membunuh tikus apabila terkena, tetapi perangkap jenis ini agak merbahaya terutamanya kepada kanak-kanak dan juga binatang peliharaan.

Satu lagi jenis perangkap yang berkesan tetapi agak jarang digunakan adalah perangkap gam. Sebidang kertas tebal akan disapu dengan gam khas untuk memerangkap tikus dan diletakkan

Page 79: PERNIAGAAN RESTORAN

pada laluan yang biasa diambil oleh tikus. Lebih elok diletakkan sedikit umpan di tengah gam tersebut. Biasanya teknik ini amat berkesan untuk memerangkap tikus yang degil.

Perkara yang perlu diberikan perhatian dalam penggunaan perangkap:

Sebelum memasang perangkap tikus, pastikan semua sumber makanan tikus dilenyapkan sebaik mungkin. Ini akan memaksa tikus merayau dan memasuki perangkap bagi mendapatkan makanan.

Pastikan perangkap bersih dan berfungsi dengan baik. Simpan perangkap yang tidak digunakan dengan membungkus di dalam beg plastik bagi

menghilangkan bau yang boleh menghindari tikus. Jika ada tikus terperangkap atau mati pastikan anda tidak menyentuhnya dengan tangan tanpa

perlindungan. Ini bagi mengelak dari berbagai penyakit bawaan tikus. Perangkap yang disentuh oleh manusia akan meninggalkan bau manusia, kebiasaannya tikus tidak

kisah dengan bau tersebut. Tetapi jika perangkap anda disentuh oleh haiwan seperti kucing atau anjing, ia mampu menghalau tikus dari menghampiri perangkap tersebut.

Usaha terakhir bagi menghapuskan tikus adalah dengan menggunakan racun tikus. Walau bagaimanapun penggunaan racun tikus adalah lebih baik dan selamat jika diserahkan pada pengendali khidmat kawalan makhluk perosak yang bertauliah. – Sumber darihttp://malaysiapest.blogspot.com.Bolehkah kita bunuh Tikus?.

Mengikut Ulama membunuh ular, tikus dan binatang yang dianggap bersifat menganggu boleh dibunuh berdasarkan Sabda Nabi SAW:

“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh diluar Tanah Suci dan di Tanah Suci iaitu: ular, gagak,tikus,serigala dan Rajawali” – (Mutafaqun ‘alaih). Maka bunuh tikus dibolehkan tetapi janganlah ia disiksa seperti membakar, melemaskan didalam air atau mencurah air panas ke atasnya adalah ditegah Islam. Tikus yang ditangkap hidup melalui perangkap, boleh dijemur diluar atau pun melepaskan ditempat yang jauh dari penempatan manusia dan haiwan peliharaan.

Seni Kulinary Boleh Bantu Ekonomi Negara.

The culinary arts can spice up Singapore’s economy — Richard Hartung.NOV 2 — Who would have thought that the next big competition for Singapore might be a cook-off with gourmet havens in the region?Sure, we all know that Singapore has great food, and new restaurants opened by top chefs at the integrated resorts have made dining even better. Along with these, it’s the somewhat stealthy expansion at culinary arts schools here that could give the sector more buzz and turn it into an even more strategic economic sector.- - http://www.themalaysianinsider.com/breakingviews/article/the-culinary-arts-can-spice-up-singapores-economy-richard-hartung/Apabila kita membaca atikal tersebut di atas sudah tentu bidang masakan yang profesional boleh di kategorikan boleh bantu pertumbuhan ekonomi negara melalui Industri Pelancungan. Malaysia yang terkenal sebagai Hub Masakan Halal berbagai  bangsa adalah daya tarikan untuk pelancung-pelancung luar negara yang ingin menikmati resepi-resepi tempatan yang begitu unik dan lazat yang belum pernah mereka menikamati.  Pelancung-pelancung ini tidak lagi cenderung kepada masakan ‘ala barat dan juga Makanan Segera yang boleh di dapati di negara mereka. Pelancung- Pelancung ini inginkan kelainanan dan satu pengalaman baru dalam percutian mereka (memorable Holidays).Walau pun pusat-pusat pengajian tempatan mengeluarkan ribuan graduan dalam seni kulinari tetapi ramai daripada mereka cuma berakhir menjadi seorang chef hanya di sehelai kertas. Adakalanya chef-chef muda ini yang mempunyai kertas gulungan yang dikatakan diploma, gagal menunjukkan prestasi yang baik dalam pengurusan atau pun dari segi masakan atau ilmu asas pemakanan. Apa yang mereka belajar cuma untuk mendapatkan sehelai kertas gulung dinamakan Diploma saja.  Kita tidak boleh salahkan chef-chef muda ini. Memang pada mulanya chef-chef muda ini memang punyai semangat yang terkobar-kobar mahu menjadi seorang chef yang berstatus

Page 80: PERNIAGAAN RESTORAN

antara bangsa seperti chef Wan. Malangnya apabila mereka keluar dari insitusi pengajian tinggi mereka ditawarkan kerja-kerja sebagai pembantu dapur, pemotong ayam atau daging ada kalanya mereka ini menjadi steward di hotel-hotel berjenama dan glamor. Mereka sudi dan sanggup berkerja di hotel-hotel termuka ini dari kerja Restoren, Katering atau pun Kantin kerana apa?. Cuma ingin menjadi glamour. Tak kiralah walau pun upah yang mereka perlehi itu cuma sedikit dan pengalaman yang mereka dapati tak boleh bawak kemana. Namun begitu, Chef-chef muda ini jarang sekali mahu berkhidmat di Restoren- Restoren, bidang Katering atau pun kantin-kantin Industri. Hotel-Hotel termuka pula gunakan kesempatan ini dengan memberi segala macam impian segunung tinggi yang kosong kepada mereka. Janji manis yang ditaburkan itu sebenarnya cuma untuk mengisi tempat kosong di bahagian-bahagian yang kerja-kerja berat dan yang perlukan kekuatan tenaga orang muda. Bahagian-bahagian seperti pencuci atau steward, pemotong ayam atau daging, bahagian gorengan atau pun bahagian pelayan (serving) . Bahagian-bahagian ini tidak lagi diminati oleh pekerja tempatan kerana kerja ini berat dan gaji yang tak sepadan dengan kerja yang dilakukan. Maka Chef-Chef Muda dari Pengajian Tempatan yang dahagakan pengalaman ini dieksploitasi dan dimanupulasikan untuk tujuan tenaga pekerja murahan.  Pada hal mereka tidak akan dapat pengalaman dan pendapatan setimpal, akhirnya mereka seperti ini tidak ada pilihan lain dan terpaksa meninggalkan bidang masakan selama-lama untuk mencari kerjaya yang lain yang beri pendapatan lumayan. Chef-Chef muda ini sepatutnya tumpukan kepada Restoren-Restoren, Bidang Katering, kafeteria atau pun di kantin-kantin industri untuk menjalani latihan praktikal mereka. Biar dari kecil ke besar. Banyak perkara boleh dipraktikan dari apa yang mereka belajar dulu dan bidang ini boleh menjanjikan  masa depan yang cerah untuk mereka  menjadi pengusaha makanan yang profesional. Dengan penyertaan mereka dalam bidang Restoren, Kafeteria atau pun kantin sekolah,  kita boleh harapkan bidang-bidang ini  akan dapat sentuhan dari golongan profesional. Bila golongan profesional ini menyertai bidang-bidang ini maka wujudlah sau perkhimatan yang dikatakan profesional. Inilah aspirasi negara maju 2020. Tanpa penyertaan golongan ini dalam bidang ini amat sukar untuk bidang katering dan restoren maju dalam negara kita.Pelancung-pelancung dari negara maju inginkan satu perkhidmatan yang profesional mengikut definasi negara maju. Pelancung-Pelancung luar ini kadang kala jemu dengan suasana sekitaran hotel mereka yang menginap. Mereka ingin menjamu selera di luar dalam suasana bersama dengan orang ramai yang terdiri dari rakyat tempatan. Sekiranya aspek kebersihan, mutu makanan atu layanan yang tidak memuaskan pasti pelancung-pelancung ini tawar hati. Pengusaha-pengusaha Restoren, Katering, kafeteria atau kantin perlu berubah sikap dan pandangan mereka dalam industri ini untuk seiring dengan kemajuan negara. Sudah tiba masanya pengusaha-pengusaha ini memcari dan mengisikan chef-chef yang profesional dalam syarikat mereka. Zaman mencari tukang masak 30 tahun pengalaman tetapi tak mahu ikut peredaran zaman tidak memerlukan lagi. Sebagai tukang masak kita mahu,  perlu tahu pengurusan dapur, menentukan harga menu, sentiasa berusaha cari menu baru, tahu mengenai makanan kesihatan (Health Food), tentang kalori, tentang makanan golongan tua, golongan kanak-kanak dan lain-lain mengikut keperluan. Takat pandai masak  asam pedas, masak lemak cili api, kari nasi kandar bukan boleh lagi jadikan tukang masak yang baik. Tugas tukang masak sudah berubah, maka kita perlu berubah juga. Beri peluang pada Chef-Chef muda dari pengajian tinggi dan kalau boleh belajar dari mereka untuk jadi pengusaha Restoren, Katering atau Kantin profesional mengikut arus kemajuan negara.

INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAHIngin menceburkan perniagaan katering dari rumah?. Memulakan perniagaan perkidmatan katering dari rumah merupakan satu karier perniagaan yang amat baik untuk suri rumah yang sentiasa aktif, pandai memasak dan suka berhubung dengan orang ramai. Perkhidmatan katering dari rumah boleh buat secara kecil-kecilan atau pun bersekala besar yang merangkumi penghantaran makan tengah hari dari rumah ke rumah,  pejabat, majlis-majlis keraian hari lahir, majlis keagamaan seperti kenduri tahlil atau baca doa selamat, seminar perniagaan atau kursus-

Page 81: PERNIAGAAN RESTORAN

kursus, mesyuarat, dan sehingga kepada majlis-majlis besar seperti majlis perkahwinan. Ada juga katerer yang hanya menumpukkan majlis perkahwinan yang mencukupi untuk kesibukan anda dalam bidang perniagaan ini. Bidang katering sentiasa berkembang maju tanpa had di negara ini.1. Langkah pertama memulakan perniagaan dalam katering ialah dengan “Perancangan Perniagaan” atau “business plan”. Rancangan perniagaan juga amat mustahak sekiranya anda ingin memulakan perniagaan ini secara sekala besar atau pun kecil. Rancangan Perniagaan ini juga membantu kepada  yang ingin membuat pinjaman kewangan dari agensi-agensi kerajaan atau pun bank-bank tempatan yang mempunyai plan pinjaman untuk peniaga kecil atau sederhana. Rancangan Perniagaan juga akan membantu anda berniaga secara bersistematik dan berupaya daya maju dalam bidang ini. Banyak persoalan tentang  pentadbiran kewangan, pemasaran yang timbul dalam perniagaan ini, akan terjawab sendiri melalui rancangan perniagaan yang praktikal. Rancangan Perniagaan juga membawa dan memacu syarikat anda untuk memberi perkhidmatan secara profesional dan boleh di yakini oleh pelangan. Insyallah dalam post akan datang nanti, Mamak akan berikan tip-tip bagaimana sediakan Rancangan Perniagaan katering yang komprensif dan praktikal khusus dalam bidang katering dari rumah.2. Sebelum anda mulakan perniagaan katering, anda perlu mendaftar syarikat anda di pejabat pendaftaran SSM. Kos daftar dan cara daftar amat murah dan mudah. Perniagaan tanpa daftar adalah satu kesalahan undang-undang. Jangan ambil mudah perkara ini. Pendaftaran ini juga akan memberi banyak kemudahan untuk diri anda dan perniagaan anda seperti dalam urusan perbankan, pinjaman dan anda akan lakukan perniagaan ini secara serius dan profesional. Selepas pendaftaran anda perlu ke majlis tempatan untuk mendapatkan suntikan mencegah penyakit menular. Suntikan ini amat perlu bagi anda sebagai pengendali makanan. Adalah satu kesalahan sekiranya anda mengendalikan makanan tanpa suntikan ini. Sebagai pengendali makanan, anda juga wajib menghadiri kursus pendek (1 hari) pengendali makanan yang dianjurkan oleh pihak Majlis berkuasa tempatan. Sekiranya anda punyai tempat masak yang berasingan untuk perniagaan katering, adalah wajib dapatkan lesen perniagaan dari majlis berkuasa tempatan. Kemungkinan dapur anda dilawati oleh pihak pejabat kesihatan tempatan untuk memberi nasihat dan teguran. Jangan ambil keputusan, jabatan kesihatan menyukarkan  diri anda dalam perniagaan tetapi ia sebagai nasihat yang berguna apabila kita mula jual makanan kita untuk makanan untuk orang ramai. Cara penyediaan dan mengendali makanan cara yang salah akan memberi kesan yang buruk kepada pelangan dan juga perniagaan anda di masa akan datang.3. Setelah segala urusan pentadbiran dan tersedianya syarikat, anda perlu mula berfikir untuk  apakah jenis dan menu makanan akan dipertengahkan untuk pelangan. Apabila makanan dan menu telah dirancang dan putuskan, anda sekarang perlu memikirkan peralatan dan perkakas untuk memasak. Selepas memasak, bagaimana pula anda akan memindahkan makanan yang telah masak ke lokasi pelangan anda?. Perlukah anda menyediakan kenderaan khas seperti lori bonded dan ciri-ciri khas untuk memunggah makanan yang telah siap.4. Sekiranya anda tidak punyai kemahiran masak secara kuantiti besar, anda perlu menghadiri kursus-kursus jangka pendek dalam masakan katering untuk menyediakan diri anda. Kursus-kursus yang baik akan membantu anda meringankan kekusutan dalam memasak apabila dapat terima  pesanan nanti. Jangan cuba berniaga cara, “trial in error nama syarikat dan reputasi anda akan rosak dalam pemasaran dan sukar untuk dibaiki dalam masa terdekat.Setelah anda telah daftar syarikat, telah memenuhi segala syarat Majlis berkuasa tempatan berkenaan keselamatan makanan,  jenis menu dan masakan yang perlu, perkakas dan peralatan telah sedia ada, dada dipenuhi ilmu masakan, kini tiba pula untuk memikirkan kos (harga) menu anda untuk pelangan. Cara paling mudah untuk mengetahui kos menu ialah dengan melayari halaman web katering-katering dan juga dapatkan harga dari syarikat katering di tempat anda. Selidik kos yang ditawarkan oleh mereka. Untuk permulaan ikuti kos berkenaan. Jangan lakukan “price cutting” atau memotong harga pasaran dengan tidak munasabah. Harga tetapkan tetapi beri discount atau potongan harga. Jangan sekali merosakan pasaran harga. Bersaing dengan sihat dengan beri penumpuan pada perkhidmatan yang baik bukan dengan lawan harga. Anda akan merosakan bidang katering secara total kelak. Jana perhubungan yang baik dengan katerer yang lain di tempat anda.

Page 82: PERNIAGAAN RESTORAN

5. Setelah tentukan kos menu anda, kini kerja yang paling berat ialah bagaimana anda memasuki dalam pemasaran. Strategi pemasaran tidak perlu yang hebat dan cara yang mudah ialah iklankan di surat khabar, radio, di Face Book atau melalui blog sosial. Anda juga boleh memperkenalkan perkhidmatan katering melalui mengambil bahagian dalam amalan amal jariah seperti menghantar makanan percuma ke majlis-majlis di Surau atau Mesjid. Anda juga Berhubung boleh dengan “event organizer”(syarikat pengatur-cara majlis) untuk menjemput ke tempat anda untuk “Taste Food ” /uji makanan dan perkhidmatan katering anda untuk memberi keyakinan pada mereka untuk mengambil syarikat anda sebagai rakan mereka.6. Perniagaan katering memerlukan kerja keras dan bidang ini mampu beri kepulangan lumayan sekiranya anda sanggup berkerja kuat dan dengan cara yang betul. akhir sekali sedikit nasihat, “Don’t Do Right Thing In Wrong Time, but Must Do Right Thing In Right Time”. We provide food that customers love, day after day after day. People just want more of  it. Perfection in food business is very difficult to acheive, and perfection was what a caterer wanted in his/her business. Everything else was secondry for us.

Syukran alhamdulillah, anda ingin berniaga sendiri. seperti mamak haji selalunya nasihat, dalam perniagaan kita jgn terlalu ghairah ingin meloncat terus ke atas. Kita perlu naik satu demi satu tangga. Perniagaan walau pun lima atau enam tahun nampak kejayaan tetapi ia bukan kejayaan yg mutlak. Perlu sabar dan mengorak langkah ke arah kemajuan. Perniagaan biasanya seperti sebiji kek. Kek itu kita tak habis makan. Kita ambil bahagian kita dan bahagian lain kita beri pada orang lain. Ini org Cina gelarkan sama-sama cari makan. Bila kita buat katering, kita beri pasang khemah kepada kawan yg mahir dan cuma cari makan pasang khemah, hiasan kita beri pada kawan kita yang pandai hias,begitu jugalah yg lain-lain. Lain kali mereka dapat katering sama juga akan lakukan bersama. Jadi kita punyai satu pasukan yg kuat dan berdedikasi. Lama kelamaan anda akan mahir dalam pengurusan event katering dan belajar sebelok-belok setiap perniagaan disamping perniagaan utama anda. Pada masa itu anda akan ketahui bidang mana yg paling anda suka dan boleh berjaya. Sementara buat yang termampu dulu..langkah demi langkah..kita yg masuki bidang perniagaan seperti seorang bayi yang ingin berdiri sendiri. Kena bertatih, berdiri, berjalan dan berlari, melompat…jgn terus melompat kalau jatuh parah dibuatnya. Semangat itu perlu tetapi risiko perlu di ambil kira dlm perniagaan. Wassalam.

INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH:BHG.2INGIN MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DARI RUMAH bahagian satu,  Mamak telah menulis kaedah asas untuk membuka sebuah perniagaan katering sendiri di rumah. Dalam Bahagian Dua ini, Mamak  ingin sentuh sedikit tentang menu asas katering.Sebagai seorang yang bergelar “katerer” , bermakna anda menjalankan sebuah perniagaan sendiri seperti ahli perniagaan yang lain. Anda perlu lakukan pemasaran, jualan dan juga menyelia pekerja anda untuk majukan perniagaan.  Kalau anda Pandai Masak hanya salah satu kriteria dalam bidang katering. Hanya dengan pandai masak anda cuma boleh jadi seorang tukang masak yang baik bukan sebagai seorang usahawan katering. Menjalankan perniagaan katering, anda perlu juga mahir dalam bidang pemasaran, jualan dan kawal selia segala operasi perniagaan anda sebagai seorang perniaga. Katerer adalah seorang usahawan (entrepreneur) dan bukan seorang peniaga. Sebagai peniaga dan usahawan mempunyai banyak perbedzaan. Seorang Peniaga cuma beli dan menjual untuk mendapatkan keuntungan, seperti seorang peniaga kedai runcit tetapi sebagai seorang usahawan anda perlu mengumpul segala data dan maklumat perniagaan katering mengikut kehendak pelangan yang sentiasa inginkan pembaharuan. Maka seorang katerer perlu inovasi , memperkenalkan resepi baru dan cara baru yang menghambat hati pelangan dalam menjalankan katering untuk menghadapi cabaran dari persaing katering lain di kawasan anda. Dalam bahagian 2, Perniagaan katering ini , kita belajar Menu asas katering.MENU ASAS KATERING:Contoh Menu Katering:Pakej Tanpa Pelayan: RM6.50

Page 83: PERNIAGAAN RESTORAN

* Tempahan Minima: 500* Harga termasuk peralatan jamuan dan Buffet.* Ais, tisu dan air minuman mineral untuk permintaan pusingan pertama.* Sebagai Hadiah Bonus:  kek 3 tingkat mengikut warna mengikut tema pilihan.MENU: Di Cadangkan.

1. Nasi Beriani.2. Ayam Masak Merah Mamak Penang.3. Daging Masak Hitam Mamak Penang.4. Dalca Mamak Penang.5. Kerabu Nenas Timun.6. Potongan Buah Tembikai.7. Kordial Oren/ Sirap.

Pakej Menggunakan Pelayan : RM7.50* Tempahan Minimum: 500* Harga termasuk peralatan jamuan dan buffet.* Menyediakn Pelayan Berpakaian seragam.* Menyediakan Dua(2) meja khas untuk keluarga pengantin. (Tidak termasuk meja, alas, kerusi, sarung kerusi dan ribon.* Dua unit stainless steel Dome untuk meja khas keluarga pengantin.* Percuma kek tiga(3) tingkat mengikut warna pilihan.

1. Nasi putih.2. Nasi Beriani.3. Ayam Masak Merah mamk Penang.4. Daging Masak Hitam Mamak Penang.5. Dalca.6. Kerabu Nenas Timun.7. Potongan buah tembikai.8. Kordial Oren/Sirap.

Bonus Percuma Hidangan Pengantin untuk 12 tamu. 1 set ayam tandoori Mamak Penang. 1 set siakap masam manis (sweet sour). 1 set udang besar masak Masala Mamak Penang. 1 set buah-buahan potong berhias dalam bakul tembikai. 1 set Fruit Salad.

Sila lihat contoh menu asas di atas.  Harga yang diberikan itu berpandukan faktor-faktor yang diambil kira untuk seorang pelangan yang mohon sebutharga. Harga menu di atas telah diambil kira faktor-faktor seperti, tarikh jamuan ( kesibukan jadual kita juga perlu diambil kira), jumlah tetamu, lokasi jamuan dan juga kemampuan pelangan. Setiap menu yang anda berikan itu akan mencerminkan identiti kepada perniagaan katering anda. Setiap katerer punyai struktur kos yang berlainan yang berasaskan faktur individu seperti kos overhead, buruh, perbelanjaan pemasaran dan lokasi dimana jamuan itu diadakan. Sekiranya majlis diadakan di Taiping mungkin kos katerer yang berada di Pulau Pinang tak sama dengan kos katerer di Taiping. Sekiranya kos katerer yang mengajikan 5 pekerja untuk masak tidak akan sama dengan anda sebagai tukang masaka dan dibantu keluarga. Tidak sama dengan kos katerer yang masak di tempat yang disewa dengan anda yang masak sendiri di dapur rumah anda. Apa yang mamak maksudkan  ialah,  jangan tiru kos orang lain tetapi ia boleh dijadikan sebagai panduan dalam menyediakan kos asas untuk masakan katering anda.Pada dewasa ini, Kenaikan harga barangan mentah, upah buruh, harga peralatan, harga minyak dan harga bahan masakan terus melonjak. Walau pun anda boleh menaikan harga jualan menu asas anda mengikut peredaran kenaikan harga bahan makanan, tetapi ia bukan lah satu cara yang terbaik. Cara terbaik ialah perlu menghadapi cabaran kenaikan harga ini dengan mengawal kos perbelanjaan perniagaan anda. Bila anda dapat mengawal dan kurangkan kos perbelanjaan anda, dengan sendiri keuntungan perniagaan anda akan melonjak. Mamak ada menulis atikal tentang bagaimana mengawal kos perbelanjaan di dalam blog ini. Sila rujuk.

Page 84: PERNIAGAAN RESTORAN

CARA MULAKAN PERNIAGAAN KATERING TANPA MODAL?.

MULAKAN PERNIAGAAN KATERING DI RUMAH TANPA MODAL:Bila Mamak mula menulis tentang, “ingin mulakan perniagaan katering dari rumah”, perniagaan  katering yang dimaksudkan adalah khas untuk suri-suri rumah yang sepenuh masa yang  menganggap masak sebagai hobi dan ingin mencari pendapatan tambahan untuk keluarga.  Ia juga maksud untuk meringankan tanggungan hutang rumah tangga yang semakin meningkat. Hutang dalam rumah tangga dalam negara kita khas golongan pendapatan rendah dan pertengahan telah menjadi sangat kritikal dan membimbangkan di negara ini. Bank Negara sendiri akui kebimbangan ini. Hutang keseluruhan kredit kad rakyat saja sudah melebihi 30 Billion. Bank Negara juga telah mula gunakan garis panduan baru untuk pelanggan baru kad kredit. Kalau hutang dalam rumah tangga dalam negara ini tidak dapat kawal lagi, kemungkinan ramai keluarga akan bankerap dulu diikuti dengan  negara bakal jadi bangkerap. Ada asas juga amaran Datuk Idris Jala itu. Suami-Isteri sekarang perlu kerja dan berganding bahu melangsaikan hutang rumah tangga. Suami bayar hutang rumah, si Isteri pula kena bayar hutang kereta. Kita sekarang hidup dengan hutang. Tengok rumah ingat hutang ansuran rumah, petik lampu ingatkan bil TNB, buka pili air untuk mandi ingatkan hutang bil air, rehat nak tengok tv, ingatkan hutang tv plasma 42 inci, tengok muka anak, ingatkan yuran sekolah dan belanja sekolah. Di luar tengok kereta ingatkan hutang ansuran kereta, duduk dalam kereta terpandang  cukai jalan teringatkan insuran kereta beribu, tengok meter tanki minyak, perlu isi minyak…aduuuh apa nak jadi?. Kenapa kita jadi begini?. Hutang sudah pengaruhi hidup kita. Bagaimana kita kita harus lari dari cengkaman hutang ini?. Jawap sendirilah…pasal hutang ini.Catitan kali ini adalah e-mail dari  seorang suri rumah dari Kedah yang ingin mencebur diri dalam membantu suami dan keluarga. satu niat yang murni. Sedih mamak baca kisah kesempitan kewangan kelurganya. Bahagian yang sedih itu mamak delete. yang Mamak menarik dengan e-mailnya ialah:“cheq nak cari pendapatan sampingan xtau macam mana cara.dulu ada buat macam-macam tapi tak menjadi. la ni tak buat apa dah.suami saja kerja sorang..gaji alhamdulillah setakat rm1500..nak mintak pandangan mamak haji,oghang yang macam cheq ni,xdak modal langsung nak berniaga tapi nak tambah pendapatan..tu nak tanya mamak haji apa yang cheq patut buat?.”Jawapan Mamak:Kebanyakan perniagaan kecil yang paling berjaya bermula sebagai hobi dari rumah dan dimajukan dan diperkembangkan dari titik permulaan dari kegiatan hobi. Memulakan perniagaan dari rumah sebenarnya  tidaklah memerlukan modal yang besar beribu ringgit cuma perlukan modal yang sedikit. Modal yang maksudkan dalam katering ialah biasanya dalam penyediaan makanan yang dipesan pelangan dikira sebagai sudah pasti telah jual. Kebiasaaannya kita boleh mengambil wang pendahaluan (deposit 50%) dari pelangan sebelum sesuatu majlis dan selepas majlis selalunya dilangsaikan bayaran penuh.Mamak ingin menceritakan kisah benar seorang sahabat Mamak yang menjalankan katerer dari rumah. Dia punyai kontrak-kontrak membekalkan nasi bungkus sekitar 100 bungkus sehari yang berharga RM3.50  kepada sebuah kilang di Mak Mandin untuk pekerja-pekerja yang lakukan kerja lebih masa yang dibekalkan oleh majikan kilang secara percuma. Kaedah bekal nasi bungkus kawan mamak ini amat mudah dan menunya cuma Nasi Putih, Ayam dan Sayur.  Secara kasar keuntungan dari sebungkus adalah RM1.00 – RM1.50.  Katakanlah sehari 100 bungkus, untung bersih dalam sebulan adalah RM150.00 X 20hari= RM3,000.00. hahaha!. Patutlah sahabat mamak ini ke sana ke mari pakai van buruk tapi anak dia pakai Honda Accord baru. Ini cuma kilang yang mamak tahu. Yang tak tahu?. Ini satu contoh cara berkatering dari rumah. Di luar sana beratus pelangan menunggu anda. Cara meniaga nasi bungkus jangan pandang rendah. Katering dari

Page 85: PERNIAGAAN RESTORAN

rumah kita tak perlukan dapur dan peralatan khas masakan dan sewa tempat khas untuk memasak atau pun pekerja profesional. Modal perniagaan apa yang kita perlukan?. Cuma tahu masak nasi, goreng ayam, kuah dan sayur kangkong dan bayam. Tak perlu berkursus membelanjakan beratus ringgit. Tak perlu belajar jadi chef dua tahun di kolej dengan perbelanjaan belajar  sekitar RM25 Ribu. Modal cuma RAJIN dan tak malu cari rezeki HALAL.  Katakanlah Kalau kita kembangkan perniagaan seperti kisah sahabat Mamak itu kepada 5 tempat. Sehari 500 ratus bungkus nasi, RM3,000 X 5 = ???. Berapa pendapatan anda sebulan?. Kenapa kita perlu jadi operator di kilang untuk gaji RM700/= sebulan. Pukul 5 pagi kelaur rumah lepas maghrib balik rumah?. Katakanlah anda punyai dua orang anak yang perlukan penjagaan. Upah jaga anak saja hampir 300 – 400 ringgit. Berapa baki pendapatan bulan anda yang tinggal?. Belum  dipotong kwsp, sosco dll. Kenapa anda tak mahu cebur dalam bidang katering?.Ada juga mengadu kat Mamak, “bagaimana orang kenali saya sebagai seorang katerer”. Bagaimana anda boleh iklankan diri anda?. Sebenarnya ia amat mudah. Beritahu kepada sesiapa saja anda kenali atau berjumpa “saya seorang katerer”. Sediakan kad nama. Untuk dapatkan kad nama, 300 kad cuma dalam harga RM30.00. Beri kepada orang pengaruh dan orang yang berpotensi boleh kenalkan anda kepada ramai berpotensi sebagai pelangan. Kalau bertandang ke rumah saudara atau kawan, bawa contoh makanan contoh menu katering kepada mereka. Mereka akan perkenalkan diri anda kepada kawan-kawan mereka. Pendek kata cara ikutlah “Direct Selling” macam Amway!. Jangan malu dengan perniagaan HALAL anda. Kenapa patut malu?. Perniagaan adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Anda jangan sekali membuat keputusan untuk orang lain. Tugas anda cuma memperkenalkan produk anda. Ikut cara orang jualan terus. Sesiapa juga ingin tahu karier anda terangkan. Kadangkala orang yang tanya itu akan jadi pelangan potensi masa akan datang. Dengan ini mulakan iklan anda dari hari ini. Jangan tangguhkan perkara yang baik. Syaitan selalu mengoda hati kita dengan diisi was-was!. Sekali kehadapan jangan undur atau rehat. Kejayaan terletak di tangan anda sendiri. Keputusan hari ini adalah kejayaan masa hadapan anda. Kenapa orang lain perlu buat keputusan untuk anda?. Allah SWT akan membantu orang ingin bantu diri sendiri dan orang lain. Mengenyangkan orang yang lapar sangat besar pahala dari Allah SWT. Ketabahan, cara kendalikan perniagaan adalah kunci kejayaan katering dari rumah. Hubungi Mamak Haji melalui e-mail: [email protected] sekiranya ada masalah atau mula lentur semangat. Kita akan kongsi pendapat. Blog ini adalah medan perjuangan untuk anda semua dalam bidang katering. Perjuangan adalah kasih sayang antara kita yang  ingin mencapai kejayaan sebagai ummah Nabi Mohammad s.a.w.  di dunia dan di akhirat. Insyallah anda akan berjaya!!!.

PREMIS MAKANAN KITA KOTOR DAN JIJIK?.Sila Baca Berita ini:156 premis makanan kotor ditutupOleh FARIK [email protected]

KOTA TINGGI 5 Mei – Sebanyak 156 premis makanan diarah tutup serta-merta oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kota Tinggi (JKDKT) dalam Operasi Premis Makanan yang bermula awal tahun ini sehingga pertengahan bulan lalu.SEREMBAN 24 April – Jabatan Kesihatan negeri mengeluarkan arahan penutupan sementara kepada 29 daripada 30 premis yang diperiksa dalam satu operasi mengejut yang dilakukan malam tadi di sekitar bandar ini.Di atas adalah contoh-contoh berita berkenaan premis yang kotor dan jijik yang saban hari kita dengar dan lihat dalam media elektronik atau pun baca surat khabar. Kenapa perkara sebegini masih berlaku di negara kita yang bercita-cita ingin menjadi maju?. Apakah kita sebagai pemilik premis makanan ini asalnya dari jenis pengotor?. Sikap ini sukar diubah; kalau ia telah menjadi

Page 86: PERNIAGAAN RESTORAN

rutin harian dalam kehidupan kita. Apakah sikap pemilik premis makanan ini begini kerana sikap pelangan yang pentingkan cuma “harga” atau “kelazatan makanan” saja, tanpa memikirkan kebersihan?. Kadangkala ada juga pelangan yang masih takut dengan kebersihan, yang beranggapan sekiranya premis makanan yang bersih,  ” pasti mahal”?. Dengan sebab inilah ada pelangan yang sanggup berkunjung premis makanan di belakang lorong yang tempat pembuangan sampah, Di tepi jalan yang tak ada kemudahan bekalan air dan penuh habuk dari jalan, Di tepi longkang yang busuk dan ada juga kunjung ke premis makanan di tepi kolam kumbahan Indah Water. Kenapa perkara ini berlaku?. Kenapa pelanggan tuju tempat ini?. Kerana harganya murah?. Tak perlulah bawa pasukan FRU untuk roboh gerai-gerai ini kerana ia akan menguriskan perasaan rakyat terutama peniaga Melayu yang mencari sesuap nasi. Majlis perlu memikirkan tempat yang strategik untuk peniaga seperti ini. Kalau orang Melayu berminat dalam bidang ini perlu beri keutamaan. Majlis Tempatan jangan pula bina premis makanan di tempat yang pelangan sukar kunjung. Nanti gajah dan Harimau yang singgah di kedai-kedai makan seperti ini. Di Seberang Perai, Pulau Pinang banyak bukti seperti ini. Itu bukan tolong namanya. Itu melingkupkan peniaga. Sarankan peniaga-peniaga ini tubuhkan persatuan yang boleh membantu kalau mereka kerjasama dan bukannya tubuhkan pemikiran politik.  Malas nak cerita berkenaan dengan gerai-gerai Majlis ini di Pulau Pinang. Ada yang punyai Restoren tapi masih punyai dua tiga tempat berniaga di gerai-gerai majlis. Kadangkala Majlis Tempatan ini kebanyakannya tolong diri sendiri dari menolong peniaga bumiputera yang ingin berniaga. Ini cuma pendapat Mamak yang bertahun berniaga di Pulau Pinang. Tahu asam garam keperitan pemilik warung- warung Melayu asal Pulau Pinang ini. Orang Melayu Pulau Pinang ini telah menjadi mangsa Politik. Tidur dgn Politik, Makan dgn Politik, Main dgn Politik..akhirnya berniaga pun dengan Politik. Bila serba-serbi jadi politik beginilah jadi akhirnya. Politik hanya bantu orang berkaitan dengan politik dan orang sekeliling dengan orang politik bukan untuk peniaga macam kita…kais pagi makan pagi…kais petang makan petang. Peniaga macam kita perlukan pelangan berbagai-bagai kaum. Kalau berminat politik tak perlulah jadi taukeh kedai makan. Orang Politik akan gunakan sesiapa saja untuk kepentingan mereka.PERKARA YANG PERLU SEORANG PEMILIK RESTOREN AMBIL TAHU TENTANG PREMIS.1. Keselamatan makanan, perlindungan makanan, kawalan suhu semasa proses penyimpanan, penyediaan, pameran dan penghidangan.2. Kebersihan diri dan kesihatan pengendali makanan.3. Kebersihan peralatan dan perkakasan makanan serta kemudahan mencuci.4. Kebersihan dan penyimpanan bahan makanan mentah.5. Keselamatan bekalan air dan sambungan bekalan air paip.6. Sistem perlimbahan yang berfungsi dengan baik serta pemasangan perangkap minyak yang sempurna.7. Kemudahan tandas dan mencuci tangan yang bersih dan berfungsi dengan baik.8. Pengurusan pembuangan sampah dan sisa dapur.9. Bangunan (Lantai,Dinding & Siling), pencahayaan dan pengudaraan.10.Kawalan serangga, rodensia (tikus), dan haiwan peliharaan.Kesalahan Yang Sering Dilakukan Oleh Pemilik Premis Makanan:1. Tiada grease trap / perangkap minyak atau pemasangan yang tidak sempurna.2. Tandas kotor dan kemudahan tandas tidak berfungsi dengan sempurna.3. Tiada kawalan lalat, tikus dan lipas.4. Lantai, dinding dan siling kotor atau rosak.5. Tidak memakai apron dan penutup kepala.6. Pekerja tiada suntikan Typhoid.7. Peti ais kotor dan tidak tersusun.8. Membasuh pinggan di atas lantai.9. Premis tidak mempunyai stor penyimpanan makanan.10.Tong sampah tidak mencukupi dan bertutup dengan sempurna.Sila Lihat GAMBAR Keadaan Salah Sebuah Kantin Industri di kawasan Perusahaan yang berteknologi Tinggi Di Kulim, Kedah ini: Kantin ini dikelolakan oleh Sahabat Mamak. Ini sebahagian gambar yang diambil masa lawatan Audit Mamak ke Kantin ini. Gambar yang lain kalau anda lihat..muntah!. Kadangkala Pemilik Premis Makanan dalam kesibukan berniaga dan kira duit, lupa tentang

Page 87: PERNIAGAAN RESTORAN

kebersihan. Pengurusan kantin kilang pula tidak peduli janji makanan murah dan cukup untuk pekerjanya. Kalau boleh lantiklah  seorang juru odit yang berpengalaman dalam pengurusan premis makanan untuk syarikat anda untuk membuat pemeriksaan terkejut dan bawak semua staff anda untuk menonton gambar-gambar  seperti ini. Pasti ada perubahan berlaku.

PERNIAGAAN KATERING: 10 SEBAB KENAPA RAMAI YANG GAGAL?.“Jangan pedulikan berapa kali anda gagal dalam perniagaan. Jangan pedulikan berapa kali anda nyaris-nyaris berjaya. Tidak siapa yang akan tahu atau ambil peduli dengan kegagalan kita. Anda juga jangan pedulikan kegagalan dalam perniagaan. Setiap kali jatuh untuk bangun semula dengan kekuatan baru bukannya untuk tertiarap terus. Bangun dengan harapan baru yang kuat,  supaya tidak mudah jatuh lagi. Apa yang anda perlu lakukan untuk berjaya ialah belajar dari kesilapan lampau dan belajar dari orang telah berjaya. Perbetulkan diri anda untuk mencapai kejayaan bukan untuk gagal sekali lagi. Setelah anda berjaya semua orang di sekeliling anda pasti tahu kejayaan anda.”1. SIKAP.Ramai di antara kita lebih menonjolkan diri kita sebagai Katerer dan bukannya sebagai  “ahli perniagaan” (business man). Sikap terbentuk apabila bingkai terbina dalam minda dan mengisi apa yang kita kehendaki. Bingkai atau Frame adalah mustahak untuk manusia mengubah sikap manusia. Sikap akan memperbetulkan kehidupan manusiasekiranya bingkai di isi dengan Ilmu yang betul. Berfikir sebagai “katerer” cuma akan membantutkan kejayaan anda untuk mengembangkan atau majukan perniagaan anda. Apabila anda berfikir sebagai ahli perniagaan, anda akan mula memikirkan bagaimana majukan perniagaan anda dengan perkara yang paling utama dalam sektor perniagaan. Faktor paling utama dalam perniagaan adalah strategi pemasaran, pengurusan kewangan dan lain-lain perkara dalam rancangan perniagaan anda. Sekiranya Faktor ini tidak  diambil peduli perniagaan anda akan mula akan celaru dan gagal. Anda perlu membina perniagaan anda. Sekiranya anda lemah dalam cara-cara menguruskan perniagaan dengan cara betul, belajar dari kursus-kursus yang dianjurkan kementerian dan ajensi kerajaan untuk  membantu golongan peniaga Melayu (itu pun kalau anda ada kabel yang baik). Cara yang baik ialah bergabung tenaga dengan orang yang mahir dan punyai skill dalam bidang perniagaan. Anda perlu mula berfikir sebagai ahli perniagaan!.2. TERPERANGKAP DALAM KEADAAN MASA SILAM.Maksud masa silam ialah mungkin anda punyai pengalaman 30 tahun menjadi katerer atau pun pemilik restoren dan anda cuma meneruskan perniagaan anda dengan cara anda lakukan berpandukan kepada pengalaman 30 tahun yang lepas. Pendekan cerita, anda tidak punyai Kreativiti, Innovatif dan daya reka cipta untuk menghadapi cabaran masa kini. Masalah berpandukan pengalaman (pradigma) seperti ini Mamak pernah melalui dengan Tukang Masak yang sudah berumur. Perkara seperti ini lagi parah sekiranya anda cuba kekalkan tukang masak atau pengurus bekas pemilik premis itu semasa proses ambil alih perniagaan. Tukang Masak seperti ini tak ambil pot, kenapa taukeh lama dia itu  gulung tikar dan apa yang mereka tahu “taukeh lama tak betul ini dan itu saja”. Tetapi berkenaan kesilapan diri mereka itu yang tak betul tidak sedar. Ada saja alasan dan kerenah mereka ini sekiranya anda minta mereka mengubah menu atau pengurusan. Ada juga tkang Masak di kantin-kantin perusahan menu mereka tetap sama selagi syarikat katering tidak ubah. Ada juga pengurus kilang merungut , kalau katerer tak tukar menu, kita tukar saja katerer baru, habis cerita”. Maka setiap tahun kantin kilang terpaksa kelurkan tender baru untuk katere baru ambil alih. Maka katerer di kilang perusahan awas dengan tukang masak yang “sikap” begini. Apa yang anda perlu lakukan kalau tukang masak sedia ada tak mahu mengubah resepi anda tukar tukang masak yang lain.Pemilik syarikat Katering pula  janganlah terlalu bergantung sangat dengan cara berniaga dari pengalaman yang berpuluh tahun anda itu. Fikir perbesarkan perniagaan dengan idea yang terbaik untuk kejayaan anda. Inovasi adalah kualiti yang penting dalam perniagaan. Kebanyakan pemilik-pemilik yang berjaya ialah pemilik yang punyai daya kreatif dan inovatif yang tinggi. MacDoland

Page 88: PERNIAGAAN RESTORAN

berjaya bukan kerana kemahiran pemilik adik-beradik “MacDonald” tetapi pemikiran inovatif seorang jurujual peralatan yang sering berkunjung ke kedai MacDonald, Ray Kroc yang berumur 52 tahun. Ray Kroc ini berfikiran innovatif dan impikan perbesarkan perniagaannya setiap pelusuk dunia dengan cara kaedah “Francise”. Ray Kroc tak tahu buat “double Cheese burger” tapi punyai idea yang inovatif untuk mengembangkan perniagaan kepuncak yang tinggi. Bagaimana anda membolehkan anda menjadi seorang yang kreatif dan innovatif. Apa yang anda perlu lakukan ialah kunjung ke seminar-seminar dan “trade show” tentang makanan. Berapa ramai antara katerer yang pernah hadiri ke “Halal Hub Trade Show”,  yang telah berlangsung di Kula Lumpur baru-baru ini?. Berapa ramai katerer yang ingin saji makanan halal untuk ahli sukan olimpik yang beragama Islam di negara bukan Islam?. Fikir dari sekarang.3. TIADA SISTEM:Menjadi seorang katerer bukan senang. Sentiasa sibuk dan saban hari perlu menghadapi pelbagai masalah dengan kegiatan harian yang cukup padat. Siapa yang tak sibuk seperti ini, dia bukan seorang katerer yang baik. Setiap pagi  kesibukan bermula dengan urusan bank, memesan bekalan makanan, bayaran kepada vendor, menyelia tempat kerja, masalah teknikal dan berbagai-bagai masalah yang lain. Dalam kesibukan saban hari ini satu perkara yang paling mustahak anda telah lupa ialah,“Bagaimana anda perlu majukkan perniagaan Anda?”. “Bagaimana Anda Cari Pelangan Baru?”. “Bagaimana anda memuaskan hati pelangan yang sedia Ada?”. Untuk lakukan semua ini anda perlu ada “SISTEM”. Jadikan sistem ini sebagai pemangkin untuk kejayaan anda dalam perniagaan.4. IMPIAN YANG TERSASAR:Mamak kenali seorang katerer wanita yang punyai “impian”  yang ingin menjadi kaya untuk pakai kereta BMW dan rumah dua tingkat. Setiap kali dia berjumpa dengan mamak dia akan cerita perkara ini…mahu cari duit banyak!. Memang dia seorang wanita yang sangat gigih, kerja kuat, keluar Rumah sebelum solat subuh dan balik rumah lepas waktu Isyak. Kerja 18 jam! 7 hari seminggu!. Akhirnya dia datang dgn BMW baru. Bukan mamak terkejut pasai BMW baru, tetapi terkejut tengokkan dia gemuk, katanya ada darah tinggi, rumah tangga jadi kacau-bilau, akhirnya retak jadi janda. Apa kita pelajari dari kisah wanita gigih ini,  dia dapat apa yang di impikan selama ini tetapi impiannya membuatkan dia kehilangan apa yang telah ada padanya untuk megejar apa tiada. Impian yang betul  amat perlu untuk kejayaan perniagaan tetapi ia perlu lebih utamakan demi keluarga anda dan kehidupan anda. Impian yang baik akan berpandukan dengan sistem sistem pentadbiran yang baik, seperti anda cuma perlu kerja 6 hari seminggu dan sehari untuk bersama keluarga yang sayang. Setahun sekali pergilah “cuti-cuti Malaysia”, dan bila tiba masanya untuk berehat, anda  boleh jual rangkaian perniagaan anda untuk satu atau dua juta ringgit..bersyukur pada Illahi dan tumpukan pada beribadah dan cari bonus bekalan untuk akhirat. Inilah hidup sebenarnya sebagai seorang Muslimin. Jangan jadi papa didunia nanti iman pun ikut jadi papa kedana. Allah tak melarang kita tebar dan mencari rezeki yang halal tetapi kena beringat selalu, jangan impian kita tersasar!.5. TIADA STRATEGI PERNIAGAAN.Bila Mamak tanya kebanyakan pengurus pemasaran, ” apa itu strategi pemasaran?”, dengan pantas mereka jawab, ” iklan, “yellow page”, buat banner, buat pamplet, gunakan media cetak dan media elektronik dan mcm-mcm lagi. Sebenarnya yang disebutkan ialah mereka itu cuma“Taktik” bukan “Strategi”. Apa perbedzaan di antara strategi dan taktik?. Strategi yang betul akan menjadikan taktik berfungsi baik. Strategi yang betul akan mengurangkan tekanan kepada sebarang taktik dan mudah untuk anda menguruskannya.Sekiranya anda pergi hentak kepala ke dinding kerana anda berasa kesal dan sesal kerana masih gagal untuk berjaya dalam perniagaan kerana kebodohan anda walau pun anda telah kerja keras untuk mencapai kejayaan tetapi seringkali gagal;  ini bukan bermakna anda adalah seorang yang gagal, tetapi ia bermaksud anda telah memilih STRATEGI yang salah.  Anda tak perlulah cari pakar-pakar untuk membetulkan strategi pemasaran anda. Ini adalah perniagaan anda dan anda yang lebih mengetahui kesilapan. Apa yang anda perlu mengetahui yang mana satu, strategi untuk  “impian jangka pendek” dan “impian jangka panjang”  untuk kejayaan total. Perancangan Perniagaan yang betul dan tepat boleh dicapai menerusi “visi yang besar” untuk kejayaan perniagaan anda.

Page 89: PERNIAGAAN RESTORAN

6. KEPAKARAN DALAM JUALAN (SELLING SKILLS)Adakah anda bosan untuk menjual produk katering anda kepada pelangan?. Kadang-kala cara ambil talipon tekan no. bakal pelanggan untuk memperkenalkan perkhidmatan katering anda amat membosankan. Bagaimana pula, bila berjumpa setiap kawan dan kenalan anda hulur kad nama dengan berkata, “This My card”?. Adakah anda juga bosan juga memberi senyuman palsu setiap kali berjumpa dengan pelanggan?.  Mamak memang bosan dengan cara disebutkan di atas dan  anda juga pasti bosan. Jangan lakukan perkara seperti ini. Apa yang diterangkan di atas bukanlah cara jualan profesional (profesional selling) – tetapi ramai yang lakukan perkara seperti ini. Jadi bagaimana memasarkan produk katering kepada bakal pelangan?. Untuk  anda memasarkan produk katering anda dengan cara yang betul, pastikan produk anda, “telah dijual” (sold)  kepada pembeli bukan membuang masa dengan pelangan yang belum dijual produk anda.7. KAWALAN KEWANGAN:Industri katering biasanya di minati oleh dari kalangan yang bukan dari bidang kewangan tetapi perlu ingat perniagaan katering tidak akan berjaya sekiranya, anda tidak punyai kefahaman dalam bidang kewangan terutamanya mengenai akaun perniagaan yang asas. Sekiranya anda tidak punyai sebarang kemahiran mengenainya tolonglah belajar. Kalau tak mampu dan tak masuk dalam otak, carilah seorang yang punyai kemahiran simpan kira-kira  (book keeping) yang untuk part-time (separuh masa) untuk anda. Patuhlah arahan-arahan yang diberikan olehnya mengenai menguruskan kewangan syarikat anda. Jangan sekali abaikan dan ambil mudah mengenai kewangan syarikat anda.8. PENGURUSAN PEKERJA:Mungkin anda kenali atau sering dengar, ramai majikan yang membayar gaji dan layan pekerja mereka sangat buruk. Majikan seperti ini tidak menyukai dan tidak percaya kepada pekerjanya sendiri. Dalam perniagaan apabila anda tidk suka atau tidak percaya kepada pekerja anda sendiri keadaan ini akan berlaku sama di pihak pekerja juga. Sudah pasti pkerja itu juga tidak suka dan tidak percaya majikannya. Pekerja seperti ini selalu akan buat apa yang disuruh itu pun selalunya kena memerhatikan setiap gerak langkah mereka. Ingat!. pekerja adalah penting untuk kejayaan syarikat anda lebih dari pelangan anda. Cari pekerja yang terbaik, jaga mereka dengan baik dan bayar mereka dengan tinggi sedikit dari persaing anda. Pasti mereka juga akan menjaga pelangan anda seperti emas. Jangan terlalu tamak, bayar pasukan pekerja anda gaji yang baik dan sayrikat anda akan maju dan akan menjadi besar. Anda akan sentiasa gembira apabila lihat wajah-wajah pekerja anda yang riang, begitu juga dengan pelangan anda. (sila baca posting masalah pekerja dalam bidang katering di blog ini).9. KELETIHAN DAN HAMPADalam perniagaan katering, keletihan dan hampa kerap kali berlaku. Perkara ini akan gagalkan semua usaha anda untuk kejayaan. Kehampaan cepat berlaku dalam perniagaan katering apabila anda gagal lakukan terbaik untuk pelangan anda. Cemuhan dan sikap pelangan juga kadang-kala boleh menghampakan anda. Jaga sentiasa diri anda dan kesihatan anda. Jangan letak semua kerja, di atas bahu anda seorang saja. Agihkan kerja dengan bersistematik. Sebelum sesuatu pesanan dari pelangan, adakan mesyuarat bersama dengan pekerja anda untuk mengagihkan kerja. Keluarkan arahan tugas secara bertulis kepada pekerja anda. Amalkan sistem yang terbaik untuk menghindarkan kehampaan anda terhadap kejayaan perniagaan anda. Jangan pancit di tengah jalan.10. ISLAM DAN PERNIAGAAN:Orang berkata, “punca rezeki dari 10 itu 9 cabang ada dalam perniagaan. Allah s.w.t telah menyeru umatnya mengikuti dalam semua keadaan dan aspek kehidupan contoh yang mulia adalah Nabi Mohammad s.a.w. Nabi s.a.w sebelum diangkat kerasulanya adalah seorang pedagang yang paling amanah dan jujur sehingga Siti Khadijah r.a yang kaya-raya dan berpengaruh jadikan Rasulullah s.a.w sebagai suaminya kerana kejujuran dan kebijaksanaan Rasullulah s.a.w sebagai pedagang atau pun bahasa sekarang digelar “business man”.  Orang Islam di zaman kegemilangan Islam telah menjadi pedagang antara-bangsa yang paling dihormati dan disegani di dunia. Kejayaan pedagang Islam ini kerana mereka amat taat dan jadikan amalan cabang Ibadah (muamalat) dalam perniagaan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah. Maka setiap peniaga dalam apa juga bidang perniagaan, perlulah ikut lunas-lunas Islam. Tanpa keberkatan dan Keredahan Allah s.w.t betapa

Page 90: PERNIAGAAN RESTORAN

anda handal sekali pun dalam perniagaan; anda tetap akan gagal dalam kehidupan yang sebenar di dunia dan akhirat. Maka Ingatlah dan ikutlah segala suruhan Allah dan amalan kekasihnya Rasullullah s.a.w dalam setiap amalan dalam perniagaan. Banyak Mamak tulis tentang Penyediaan Makanan cara Islam dalam blog ini. Adab makan juga ada Mamak postingkan.P/S: Mamak  terus terang kata bukan pandai (yang pandai dan hebat itu cuma Allah s.w.t) dan ada-kala tulisan mamak tersasar, silap kesalahan ejaan dan juga ayat yang “carca marbah”, mungkin ia tidak memuaskan hati pembaca. Bahasa Malaysia Mamak ialah “O Level”  tahun 60-an. Kini bahasa Melayu banyak berubah. Apa yang penting ialah isi tulisan bukannya gaya bahasa yang ditonjolkan. Sekiranya ada kemusykilan dan kurang faham tentang apa saja dari tulisan Mamak diblog ini, sila e-mail kat Mamak. Insyallah Mamak tetap membalas setiap e-mail pengunjung blog ini. Kalau ingin penerangan dalam Bahasa Inggeris lagi Mamak suka. Kelebihan blog ini ialah mamak ingin wujudkan silatulrahim sesama kita dan interaksi di antara penulis dan pembaca. Saudara-saudari tak perlu gunakan ruang komen. Mamak akan cuba beri penerangan setiap pengunjung blog ini. Tak perlulah risau tentang alamat e-mail anda; Mamak tidak gunakan blog ini sebagai sumber mencari rezeki. Rezeki dari Allah sudah memadai untuk Mamak (pahala dari allah yang dicari). Wassalam. Insyallah semoga anda  diberkati dan permurahkan rezeki dari Allah s.w.t….aminn.

MEMAHAMI PERNIAGAAN FRANCAIS(FRANCHISING).

Pada mulanya Mamak Haji kalau boleh tak mahu sentuh tentang perniagaan Francais ini. Tetapi apabila baca e-mail dari pengunjung blog ini, terpaksa Mamak terangkan sedikit sebanyak tentang perniagaan Francais yang menjadi perniagaan yang terbesar di dunia sekarang.  Pada tahun 2007,  jumlah berdaftar perniagaan Francais dibawah ROF dan MECD, berjumlah 193 sistem Francais Tempatan dan 112  Sistem Francais Luar Negara. Francais bidang Makanan sebanyak 89 (29%). Maka dari sekian hari sekian banyak sayrikat francais tumbuh di negara ini. Berbagai perniangan terbentuk dlm perniagaan Francais. Diantaranya perniagaan Bahulu, Ice Blender, Ice Cream, Tandoori, kebab, Sup, Satay , Laksa, air soya dan lain-lain telah memasuki dalam perniagaan Francais. Bila Mamak tulis atikal tentang berniaga sendiri dan memikirkan tentang perniagaan Francais ini, serba salah dibuatnya. OK mari kita memahami apa yang maksudkan Perniagaan Francais ini. Sebelum itu sila baca sebahagian e-mail yang mamak maksudkan:“untuk pengetahuan encik, perniagaan nasi ayam yg hendak saya mulakan ini adalah berkonsepkan franchais walaupun belum di daftarkan dgn MFA. maka pengurus syarikat tersebut mengenakan saya sebanyak rm20k sebagai bayaran utk memulakan, termasuk 2 bln mengajar saya menguruskan segala2 dari A-Z. tetapi modal bhn mentah, serta brg2 keperluan perniagaan adalah atas saya sendiri. adakah itu berpatutan? wajarkah begitu? ini kerana beliau sudah membuka bwk cawangan di selatan malaysia dgn konsep sedemikian (mungkin resepi beliau memang istimewa, memang sedap hehehe)

Page 91: PERNIAGAAN RESTORAN

saya amat terbuka untuk mendengar komen & hujan dr pihak encik beserta nasihat kepada saya. saya dahului dgn ucapan terima kasih.”yg benarNor XXXXMaksud,  ”Francais” atau sebutan bahasa Anglo-French, ” Franchising” , diambil dari  kata dasar “Franc” yang bermaksud PERCUMA. Tuan punya perniagaan digelar ” Francaiser” (Franchiser) dan peniaga yang menggunakan model perniagaan Francaiser digelar, ” Francaisi” (Franchiser). Kejayaan Francaiser selalunya bergantung kepada kejayaan Francaisi-Francaisi yang bersamanya. Jenis perniagaan yang boleh berjaya dijadikan Francais adalah perniagaan yang memberi pulangan keuntungan yang tinggi dan senang ditiru konsep perniagaannya. Perniagaan Francais adalah perniagaan berkonsepkan boleh di dominasi dalam berbagai cara dalam perniagaan yang diceburinya. Hubungan di antara Francaisi dan Francaisor adalah seperti hubungan majikan dan pekerja yang terikat dengan kontrak yang rapi. Kontrak ini biasanya berat kepada kepentingan Francaisor.Kalau anda ingin memulakan sesuatu perniagaan sendiri, anda sudah pasti perlu menghadapi segala rintangan dan kepayahan. Tempoh risiko perniagaan biasanya di antara tahun pertama dan kedua. Tahun pertama adalah merealisasikan segala buah fikiran anda dalam rancangan perniagaan anda. Tahun kedua anda perlu bertahan dengan kosep yang sudah kenal pasti. Tahun ketiga adalah tahun menuai hasil keuntungan. Tempuh 1-3 tahun ini biasanya, “trial and error”. Apabila anda memulakan perniagaan melalui cara francais ini, anda bukan saja boleh memendekan tempuh “trial and error” ini tetapi rancangan perniagaan anda akan berfungsi mengikut sistem perniagaan “Francaisor” yang telah diuji dan terbukti berjaya. Kemudahan ini akan sediakan oleh Francaisor anda. Perniagaan anda melalui Francais akan memberi pulangan yang baik untuk anda dalam jangka waktu pendek. Boleh dianggap memulakan perniagaan dengan cara Francais akan kurangkan risiko perniagaan dan berdaya maju.KEBAIKAN MEMBELI PERNIAGAAN FRANCAIS:

Nisbah risiko kegagalan dalam perniagaan diceburi melalui fracais rendah berbanding dengan perniagaan sendiri yang risikonya boleh mencecah 70 peratus pada permulaan perniagaan tahun pertama dan kedua.  Perniagaan melaui Francais pula  punyai kadar kejayaan hampir 80 peratus.

Perniagaan Francais biasanya mendapat bantuan seperti pengiklanan, sokongan dan latihan perniagaan yang biasanya merupakan sebahagian pakej Francais yang ditawarkan oleh Francaisor.

Pembelian stock boleh didapti dengan harga terendah dari francaisor yang akan memberi pulangan yang lumayan.

Sekiranya anda membeli Francais yang telah tercipta nama dalam pasaran, anda tak perlu risau tentang strategi pemasaran kerana anda sudah punyai pelangan yang tersedia ada.KEBURUKAN MEMBELI PERNIAGAAN FRANCAIS.

Anda akan kehilangan kebebasan dalam perniagaan anda sendiri. Walau pun anda punyai perniagaan sendiri yang boleh dibanggakan tetapi anda perlu mengikut segala arahan dan yang syarat seperti termeterai dalam perjanjian dengan Francaisor anda. Anda akan terasa perniagaan yang anda jalankan bukan perniagaan anda.

Pembelian perniagaan Francais yang berjenama biasa harganya amat tinggi. Di samping perlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan dan ada juga Francaisor kenakan royalti, kos Iklan, atau perkhidmatan tambahan. Anda perlu berhati-hati dalam perkara seperti ini sebelum memasuki kontrak.

Sekiranya anda membeli Perniagaan Francais yang murah, yang kurang sambutan pelangan, belum lagi diuji tahap dan impak dalam pasaran,  anda perlu hadapi risiko yang sama seperti perniagaan anda yang sendiri. Ada kalanya Francaisor gulung tikar kerana tak mampu bertahan dalam pasaran dan tujuan francaisor yang lebih kepada jual dari membaiki perkhidmatan. Berwaspada Francaisor yang tidak punyai track record ini.Peringatan: Semua pendapat dalam tulisan atas adalah pendapat peribadi penulis sendiri. Penulis tidak ada niat atau maksud terlintas dalam fikiran, bertujuan  merendahkan sesiapa saja dalam yang berkecimpung dalam bidang perniagaan Francais ini. Harap maklum.

Page 92: PERNIAGAAN RESTORAN

PENGURUSAN KANTIN KILANG: BHG.1

Kantin kilang berfungsi sebagai tempat untuk menyediakan berbagai menu makanan yang berkhasiat, murah, dan juga menjadi tempat beristirehat untuk para pekerja-pekerja dalam sesebuah kilang. Kantin kilang pada anggap ramai bukanlah tempat yang hanya untuk mengisi perut kosong para pekerja yang bertungkus-lumus saban hari. Kantin kilang juga bukan tempat yang menawarkan makanan murah untuk pekerja-pekerjanya dengan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak berkualiti dari segi mutusumber bahan penyediaan makanan atau pun dari segi perkhidmatan pelangan. Konsep negatif seperti dalam pemikiran pihak pengurusan kilang sepatutnya dihindarkan. Kantin Kilang sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam menjaga kesihatan pekerja-pekerja dan juga berperanan menjalinkan suasana kerjasama erat dan harmoni di antara pekerja-pekerja untuk membantu meningkatkan produktiviti dan moral pekerja-pekerja di sesebuah kilang perusahaan. Dengan ini anda boleh kenal kilang yang maju dan berintergeriti tinggi pengurusan kilangnya dari melawat kantin sesebuah kilang.  Apabila anda hadiri temuduga untuk mengisi jawatan di sesebuah kilang jangan lupa singgah kantin kilang itu untuk mengetahui kebajikan pekerja atau sistem pengurusan kilang itu. Selepas melawat ambil lah keputusan sekiranya anda sanggup bekerja kilang tersebut. kantin di kilang perlu diberi perhatian serius dalam sistem pengurusan sumber manusia. Pihak pengurusan kilang jangan pandang ringan dan sempit dengan menepikan segala sumbangan kantin itu untuk meningkatkan produktiviti kilang. Dengan ini kantin kilang perlu diuruskan dengan baik dan teratur oleh pihak pengurusan kilang. Pihak pengurusan kilang perlu memberi perhatian khusus untuk membaiki perkhidmatan kantin mereka seperti, kantin dibina mempunyai pengudaraan semula jadi yang baik dan seboleh-bolehnya kantin perlu berhawa dingin. Negara kita yang bercuaca panas hampir mencecah 36 – 38 darjah celcius pada waktu tengah hari dan untuk menjamu hidangan tengah hari, bayangkan betapa sengsaranya pekerja pekerja anda. Ada juga konsep pengurusan kilang memberi bilek makan yang untuk eksekutifnya yang sememangnya yang berkerja dalam bilek yang berhawa dingin tetapi kebajikan pekerja-pekerja yang bertungkus lumus kebajikan mereka dilupakan begitu saja. Kantin sekolah pun mengamalkan cara begini, yang mana bilek makan guru dan hidangan diasingkan dengan murid-murid. Hidangan guru amat istimewa dan mutunya hidangan makanan berlipat kali ganda terbaik dari murid-murid dan harganya pula pasti lebih murah. Apakah ini dasar penjajah dari Eropah dan ketuanan kulit putih masih menjadi amalan yang berkekalan di kantin sekolah dan kilang masih berkekalan?. Kenapa di rumah kita digalakan makan dbersama engan anak-anak semeja untuk membina kemesraan keluarga itu tidak diamalkan di tempat kerja?. Keperluan asas di kantin perlu dilengkapi dengan kerusi meja yang baik, cahaya lampu yang bersesuain, tempat cuci tangan yang mencukupi, pastikan membekalkan makanan dan air minuman yang mencukupi untuk setiap pekerja-pekerja menjamu selera, pihak pengurusan juga perlu bijak memilih katerer kantin yang punyai pengalaman dalam sajian makanan dan juga mempunyai berpengetahuan yang baik dalam pengendalian penyediaan makanan yang sihat. Pihak pengurusan perlu pastikan kebersihan kantin sentiasa dijaga rapi bukan saja oleh pihak katerer tetapi pekerja-pekerja kilang juga harus menjaga ersama seperti, menggunakan pengalas makanan

Page 93: PERNIAGAAN RESTORAN

(serving tray), jangan tinggalkan sisa-sisa makanan di atas meja selepas selesai makan, kembalikan pinggan cawan, dan tray ditempat yang disediakn dan lantai tempat makan sentisa perlu dijaga kebersihan.Perkara asas untuk perkhidmatan kantin terbaik di kilang ialah, pihak pengurusan kilang perlu menyediakan dewan makan dan dapur kantin yang bersesuain dengan kapasiti jumlah pekerja-pekerja. Dewan makan pekerja perlu sesuai dengan jumlah pekerja yang menjamu dalam sesuatu jadual makan. Jadual (break) makan untuk pekerja-pekerja perlu di atur dan disusun rapi untuk mengelakan dewan makan penuh sesak dan juga pekerja harus beratur panjang untuk mendapatkan makanan. Ini akan membosankan pekerja-pekerja yang sedang lapar. Kantin seperti ini bukan meningkatkan prestasi produktiviti tetapi meleburkan segala impian dan usaha yang sia-sia oleh pihak pengurusan untuk meningkatkan moral dan semangat pekerja selepas menjamu selera dan kembali ke tempat kerja. Keluasan lantai (floor) dewan makan perlu ditentukan dengan jumlah pekerja yang keluar untuk makan. Pada amalan biasa keluasan dewan makan berhubung kait rapat dengan jumlah pekerja yang menjamu selera dalam satu masa di dewan itu. Sebagai panduan, untuk 80 orang pekerja, seorang pekerja memerlukan kawasan 11 kaki persegi (maka keluasan keseluruhan dewan yang diperlukan ialah 80 X 11kaki persegi), tetapi sekiranya 800 pekerja pula, keluasan kawasan untuk seorang pekerja boleh dikurangkan kepada 8 kaki persegi (maka keluasan dewan makan 800 X 8 kaki persegi). Pengudaraan semula jadi adalah amat mustahak di dewan makan sekiranya dewan makan pekerja tidak berhawa dingin. Dewan makan pekerja di kantin perlu direka dan dibina tingkap cermin dalam kadar 1:10 dari keluasan seluruh keluasan dewan makan.Peranan dan reka dapur kantin memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan yang secukup untuk semua pekerja dalam waktu yang ditentukan. Maka keluasan dapur juga amat mustahak yang tidak boleh pandang ringan oleh pihak pengurusan kilang. Contoh keluasan dapur:Jumlah pekerja: 100                Saiz Keluasan Dapur: 20′ X 15′300                                                           25′ X 20′400                                                           30′ X 25′500                                                           35′ X 25′1,000                                                        50′ X 30′LANGKAH -LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PIHAK PENGURUSAN KILANG UNTUK MENENTUKKAN KANTIN BERFUNGSI DENGAN BAIK:

1. Pengurusan kilang perlu tentukan ruang dewan makan kantin yang mencukupi keluasan untuk pekerja-pekerja mereka menikmati hidangan makanan dengan selesa.

2. Pastikan dewan makan kantin mempunyai pengudaraan yang baik dengan tingkap yang mencukupi dan berkipas angin atau cuba mengadakan dewan makan yang berhawa dingin.

3. Lantai dewan makan perlu dipasang dengan jubin yang mudah untuk bersihkan dan anti-licin (non-slip). Pastikan lantai dewan makan sentisa bersih dan kering.

4. Kerusi dan meja makan sentisa disusun dengan rapi dan mencukupi.5. Tentukan harga makanan dan menu harian dipamirkan untuk pekerja-pekerja kilang. Sukatan

seperti nasi dan sayur perlu menggunakan peralatan (senduk) yang standard.6. Pekerja-Pekerja perlu diberi pengetahuan yang cukup untuk mengetahui cara-cara kegunaan kantin

seperti, waktu buka, waktu tutup, bagaimana memilih dan mengambil makanan, cara makan di dewan makan, memulangkan pingan makan, cawan dan sudu-garpu ditempat yang disediakan, apa yang tidak boleh lakukan dikantin (membawa bahan makanan yang sensitif pada agama seperti makanan luar yang mengandungi haram untuk orang Islam, dan makanan ditegah untuk yang beragama Hindu atau Budha dan lain-lain), bagaimana beratur untuk mengambil makanan, memilih meja makan, dan lain-lain perkara. Cara-cara kegunaan di kantin ini juga boleh dijadikan sebagai undang-undang kecil syarikat. Semasa pekerja baru jalankan induksi kursus pengenalan kilang, boleh muatkan skop kegunaan kantin dalam sylbus pembelajaran untuk pekerja baru).

7. Katerer yang dipilih untuk mengendalikan kantin perlu punyai pengetahuan yang dalam mengenai makanan kesihatan, cara mengendalikan makanan, kesihatan makanan dan juga pekerja-pekerja syarikatnya terlatih dalam pengendalian makanan da juga mempunyai sikap yang terbaik dalam bidang penyediaan makanan dan hospataliti.

8. Meja makan perlu dibersihkan segera oleh katerer kantin selepas setiap sesi waktu makan. Katerer juga perlu menentukan semua menu harian sentiasa mencukupi untuk semua pekerja-pekerja kilang. Sudu garpu, pingan dan cawan perlu sentiasa bersih dan mencukupi.

9. Bilangan sinki cuci tangan yang mencukupi. Sinki-sinki  ini sentiasa perlu bersih dan dilengkapi sabun. `

Page 94: PERNIAGAAN RESTORAN

10. Keadaan dapur kantin sentisa kemas dan bersih. Segala amalan pengendalian makanan yang selamat perlu dipatuhi pihak katerer dan pekerjanya. Semua syarat-syarat Majlis kerajaan tempatan dan kesihatan perlu dipatuhi.

11. Pihak pengurusan kilang sentiasa memantau kantin kilang mereka mematuhi segala arahan dari masa kemasa. Audit dalaman kilang perlu memasukkan kantin sebagai salah satu organisai yang perlu odit.Pemerikasan mengejut akan memberi impak yang baik untuk menentukkan segala syarat dan arahan dipatuhi oleh katerer yang berkhidmat. Segala teguran perlu dicatit dalam fail khas untuk penilaian semula menyambung kontrak katerer. Adalah cara terbaik mengekalkan katerer yang baik dan singkirkan katerer yang selalu melanggar peraturan-peraturan kantin.

PERKHIDMATAN KATERING MODEN ABAD KE-21.Bidang katering adalah sebuah Industri yang sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Kita tidak boleh pragmatik dalam industri ini. Kita sebagai katerer perlu sentiasa majukan diri dalam apa jua keadaan yang memerlukan. Pelanggan masa kini bukan pelanggan yang 20 tahun yang lalu. Pengetahuan pelanggan tentang bidang permakanan begitu luas. Bidang kulinari sedang berkembang pesat di negara ini. Semakin banyak kolej dan universiti tempatan menghasilkan graduan-graduan dalam bidang ini. Maka tak heranlah semakin banyak Ilmu dalam industri disebarkan untuk orang ramai. 10 tahun dahulu pelanggan cuma mementingkan keenakan makanan yang anda sajikan, ketepatan masa masakan dihidangkan atau pun jumlah makanan yang mencukupi untuk tetamunya yang diundang. Pelanggan juga tak peduli  dari mana punca daging ayam atau lembu itu dihasilkan, berapa banyak  nilai kalori atau dari mana punca sebenar sayur-sayuran dihasilkan untuk jamuan. Tetapi kini zaman telah berubah; ramai pelanggan yang terdiri dari golongan elite, ingin tahu serba-serbi tentang apa yang mereka makan. Seperti orang Eropah berkata, “know your farmer, know your food”. Maka tak heranlah pelanggan ingin tahu dari ladang ternakan mana asal daging kambing, lembu, atau ayam yang anda sajikan untuk mereka atau dari mana sumber sayu-sayuran itu ditanam dan diperolehi.Industri makanan kini pesat berubah. Makanan “organik” mula ambil tempat dalam industri makanan. Manusia kini lebih takut untuk mati. Takut mati kerana siksa kubur dan Neraka tak mengapa tapi ramai takut mati kerana kekayaan duniawi yang menutup mata dan hati seperti orang celik yang meraba dalam kegelapan. Ada juga segelintir petani yang sanggup mencari kekayaan menggunakan berbagai-bagai kaedah untuk mengaut keuntungan dari hasil tanaman dan juga haiwan ternakan. Berbagai kaedah sains moden digunakan untuk menghasilkan ternakan dan hasil tanaman yang lumayan tanpa memikirkan risiko kepada orang ramai yang memakan daging dan sayur-sayuran mereka. Binatang ternakan disuntik “anti-biotik” dan tanaman sayur-sayuran digunakan seribu satu racun yang telah dilarang seperti racun Lindane dan DDT yang lama telah diharamkan di negara-negera Eropah dan Amerika. Benua Asia menjadi pasaran baru untuk mereka. Daging haiwan ternakan disuntik anti-biotik boleh menyerap pada tubuh badan kita melalui daging haiwan ternakan itu. Kerap kali sayur-sayuran yang di ekspot ke negara Singapura dari negara ini telah diharamkan. Kadang-kala Mamak terfikir juga bila serangga pun tak rela makan sayur-sayuran yang disembur racun bagaimana pula kita memakannya untuk mendapat zat dari sayur-sayuran ini. Racun akan kekal berada pada tubuh badan manusia sehingga lebih 10 tahun lamanya. Tak mustahil trends katering akan berubah kepada “makanan organik’ di masa akan datang.Di negara kita makanan organik menjadi lebih popular dikalangan golongan elite. Di negara Amerika dan Eropah telah menjadi trend baru dalam industri makanan sejak 1990 lagi. Di Amerika Sijil piawaian organik telah dikeluarkan dibawah akta mengenai makanan organik, “organic Foods production Act (OFPA) di lancarkan pada 1990. Di Malaysia kementerian Pertanian melaksakan pensijilan organik pada 2001 dibawah piawaian Skim Organik Malaysia dibawah Malaysian Standard MS1529:2001. Kini industri organik berkembang pesat di negara kita. Boleh dikatakan setiap pasaraya besar ada bahagian makanan organik. Katerer perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan makanan organik ini untuk menghadapi cabaran baru dalam industri katering moden.

Page 95: PERNIAGAAN RESTORAN

P/S: Mamak mohon maaf kerana dah lama tak buat posting baru. Kedaan kesihatan Mamak yang dah berumur ini tak mengizinkan untuk menulis kerap kali. Pada pengunjung blog ini yang kirim e-mail, mamak harap bersabar dan setiap e-mail anda Mamak cuba balas seberapa segera yang boleh.

ETIKA PERNIAGAAN MENGIKUT PERSEPSI ISLAM.

Falasafah dalam perniagaan mempunyai tiga ciri utama:1.  Tujuan – Persolan yang berkisar mengenai kenapa kita perlu      berkecimpung dalam

perniagaan?.2.  Mengatur strategi perniagaan.3.  Nilai dan etika perniagaan yang membabitkan nilai atau polisi  dan  etika yang diatur untuk

memacu sesuatu operasi perniagaan.  Bagaimana sikap sebagai seorang pemilik perniagaan bertindak  bersama dengan pekerja untuk menjalankan perniagaan. 1. TUJUAN BERNIAGA:Mengikut perpektif cara pemikiran peniaga-peniaga dari barat,  tujuan berniaga bagi mereka cuma mendapatkan keuntungan, tetapi  dengan peredaran masa dan dari pengalaman, perpektif tujuan perniagaan barat ini telah berubah dengan memberi penekanan kepada, tujuan berniaga sebenarnya adalah untuk memenuhi tanggung-jawab sosial. Perubahan pemikiran falsafah barat ini di sebabkan masyarakat barat kini menganggap seorang peniaga perlu bertanggungjawab pentingkan alam sekitar di kawasan yang dia berniaga, kebajikan masyarakat setempat dan juga kebajikan pekerjanya. Dari pandangan peniaga-peniaga barat, tanggung jawab sosial ini boleh meningkatkan imej sesebuah syarikat perniagaan mereka dari kaca mata masyarakat dan sekali gus boleh meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan atu produk mereka.Pandangan falsafah perniagaan Islam, lahir dari falsafah kehidupan manusia yang telah ditentukan oleh Islam. Ia berbeza dari falsafah barat yang seringkali berubah mengikut selera atau dari pengalaman. Tujuan berniaga mengikut falsafah perniagaan Islam berasaskan tauhid. Ia berkaitan rapat dengan kesan tauhid dalam kehidupan manusia. Keperluan asas mengikut tauhid adalah:

1. Agama.2. Nyawa.3. Akal.

Page 96: PERNIAGAAN RESTORAN

4. Keturunan.5. Harta.

Masa’lih bermakna segala yang memelihara salah satu atau kelima-lima perkara yang tersebut di atas.Mafa’sid pula bermakna segala yang boleh memberi kesan negatif  ke atas salah satu atau kelima-lima perkara di atas. Islam mengharamkan mafa’siddalam kegiatan perniagaan kerana ia jelas boleh memberikan kesan yang negatif terhadap pencapaian dharuriyah,  ia itu dalam memelihara kelima-lima perkara di atas. Contoh ialah perniagaan arak diharamkan oleh Islam kerana kita boleh memahami rasionalnya dengan memahami kesan negatif arak terhadap agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda manusia.Dengan sebab ini lah kegiatan perniagaan dalam Islam adalah dianggap bagi salah satu Ibadah. Sekiranya perniagaan dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan syariat Islam akan mendapat keredhaan Allah SWT. Maka tujuan membuka perniagaan perlu dimulai dengan niat yang murni untuk memenuhi tanggung jawab seperti berikut:

1. Keperluan diri secara sederhana.2. Keperluan untuk keluarga.3. keperluan untuk masa depan diri sendiri.4. keperluan untuk keluarga di masa depan.5. Perkhidmatan yang disalurkan kepada kepentingan sosial termasuk berusaha menegakan agama

Islam, membantu ummah dengan membasmi kemiskinan, menyediakan pekerjaan untuk yang diperlukan dan lain-lain tanggung jawab terhadap masyarakat Islam setempat.Rasullullah s.a.w pernah memberi motivasi untuk kaum muslimin menceburkan diri dalam perniagaan dengan bersabda: maksudnya.“Didorong atas kamu ialah perniagaan kerana di dalamnya ialah sembilan per sepuluh daripa rezeki”.2. Etika peniaga-peniaga yang beragama Islam:a. Harga Jualan Yang Adil:Peniaga haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu barangan jualan untuk pembeli. Harga yang ditawarkan haruslah mencerminkan interaksi normal di antara permintaan dan penawaran harga. Penetapan harga barangan perlu tidak disebabkan oleh sesuatu pakatan yang sengaja diwujudkan di antara peniaga-peniaga untuk mengaut keuntungan dari pembeli. Sekiranya pakatan peniaga berlaku, pembeli tidak punyai pilihan kerana harga barangan dimonopoli dengan nama persatuan-persatuan peniaga cuma untuk meningkatkan harga barangan jualan. Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan tidak akan dapat memenuhi keperluan mereka. Harga yang tinggi yang dikenakan juga akan membawa persaigan sengit sesama peniaga-peniaga dan juga boleh memberi kesan negatif kepada daya maju sesuatu perniagaan untuk jangka masa panjang.b. Kualiti Perkhidmatan.Islam sangat menekan kualiti barangan dalam perniagaan khasnya makanan halal yang dihasilkan. Makanan yang dihasilkan tidak berkualiti boleh menjejaskan kesihatan pelangan. Masalah keracunan makanan adalah punca daripada bahan makanan dan pengendalian yang tidak berkualiti. Sekiranya kita memahami falsafah perniagaan Islam, apabila masakan kita memudaratkan kesihatan manusia ia di anggap satu perbuatan yang di murkai Allah swt.c. Pandangan Islam mengenai menzalimi pekerja:Salah satu elemen yang penting dalam perniagaan adalah menguruskan manusia agar mereka dapat meningkatkan produktivit dan kualiti pengeluarandalam perniagaan mereka. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa tanggung jawaban serta partisipasi daripada pekerja, untuk mencapai matlamat kejayaan dalam perniagaan adalah amat sukar. Yang  penting ialah menjaga hubungan yang baik dengan pekerja dan menjaga kebajikan mereka. Sekiranya kita gagal dalam menjaga kebajikan pekerja kita tetapi di sebaliknya kita memaksa mereka memberikan komitmen terhadap produktiviti maka gelaran yang sesuai  ialah “Zalimi Pekerja”. Dengan ini pekerja yang dizalimi akan mencari jalan keluar dan berhenti bekerja. Bagaimana cara jauhi dari digelar zalimi pekerja?.

Memberi upah gaji yang berpatutan. Sesuai dengan mengambil kira produktiviti dan keuntungan syarikat anda. Gaji yang diberikan perlu juga sesuai dengan kos sara diri setempat pekerja itu

Page 97: PERNIAGAAN RESTORAN

bekerja. Keadaan inflasi dan juga kenaikan harga barangan perlu diberi perhatian dalam menganggar gaji mereka.

Mengambil sesuatu keputusan dengan mengambil kira pandangan dan buah fikiran setiap pekerja untuk memajukan perniagaan. Participation management adalah pengurusan yang melibatkan keseluruhan pekerja. Cara pengurusan ini amat sesuai dalam bidang katering, restoren atau kantin.

Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, terurus, bersih dan selamat untuk bekerja. Pekerja perlu merasakan bahawa mereka adalah dihargai, dan sentiasa perlu bekerja dalam satu pasukan. Tidak memberi laluan kepada perselisihan atau pergaduhan di antara sesama pekerja. Selesaikan maslah kontraversi di antara mereka. Ini untuk mengelakan daripada penurunan semangat dan morale pekerja untuk bekerja.

Keselamatan dalam kerja adalah penting. Ciri-ciri keselamatan haruslah diambil kira walau pun ini bermakna kos pengendalian dan pengurusan bertambah.

Memastikan pekerja diberi peluang melanjutkan pendidikan dan diberi latihan secukup dengan berusaha untuk membangunkan personaliti yang seimbang ditempat kerja. Kita tidak mahu pekerja merasa rendah diri dan sentiasa tertekan.

SIHIR DAN PERNIAGAAN RESTOREN.Ada pembaca mungkin ketawa terbahak-bahak bila baca tajuk di atas. “Apa yang Mamak haji mengarut ini?”..hahahaha. Walau apa pun Mamak perlu bawa tajuk ini kerana ramai peniaga-peniaga restoren, taWkey-taWkey warung atau kantin kadangkala  percaya dan yakin pada kesan “sihir” dalam perniagaan mereka. Tapi jangan tanya pulak pada Mamak Haji ada kah saya yakin pada benda sihir ini?. Pada mulanya Mamak Haji memang berat dan sukar untuk tulis tentang perkara ini kerana Mamak haji tidak ada Ilmu kebatinan atau pengetahuan mendalam tentang bab Ilmu-Ilmu ghaib ini. Mamak terpaksa menulis posting kali cuma berbekalkan dengan Ilmu yang cetek dan sandarkan pengalaman dalam mengamati tentang Ilmu sihir ini khususnya dalam perniagaan restoren dan kedai makan memberanikan diri untuk menulis. Banyak juga Mamak terima e-mail berkenaan bab ini. Tapi Mamak tidak membalasnya takut salah ditafsirkan oleh pembaca. Tapi apa yang membuatkan Mamak menulis tentang sihir ialah apabila terbaca dan hati ini tersentuh dengan e-mail dibawah ini oleh salah seorang pengunjung blog ini. Pada mulanya Mamak cuma nak menulis secara peribadi untuk penghantar e-mail tapi bertukar fikiran untuk kita kongsi bersama. Sebelum baca posting ini mamak mohon kemaafan sekiranya apa yang Mamak menulis melalui pengalaman ini tersentuh atau terguris hati sesiapa jua dan kenyataan yang salah. Janganlah anggap Mamak nak tunjuk pandai kerana Mamak menulis dari keikhlasan dan pendapat dari buah fikiran sendiri. Yang pandai dan cerdik cuma Alllah SWT. e-mail:assalamualaikum mamak haji. Apa khbr? sya XXXXX dr puchong selangor. Byk perkara baru yg sya dpt melalui pembacaan sya menerusi pendapat mamak haji. Sya pernah mengusahakan perniagaan restoran bersama suami malah hasil jualan kami pd masa itu alhamdulillah baik. Pd hari pertama berniaga kami mendapar rm 450 kemudian semakin naik dr hari kehari hingga lh rm 1, 200 sehari. Kami berniaga dr jam 7 pg hingga 7 mlm. kawasan tmpt sya berniaga ni merupakan kawasan baru dan pekerja pejabat yg tdk sampai 200 org. restoran menghadap jalan utama dan tmpt kami sebaris dgn hotel bujet yg mmg sentiasa penuh. Sya menggunakan khidmat tukang masak wanita dan kedua2 nyer dr malaysia. d bhgian dpn utk mengambil order dan membuat air adik ipar sya yg membantu dan seorg pekerja lelaki dr terengganu. tiap x cuti sekolah sya akan ambil 2 org pekerja tambahan utk bahagian dapur. kesemua pekerja sya bgs dlm kerja msg2.walau bagaimanapun keadaan dlm restoran mula bermasalah setelah kami menjumpai pelbagai benda yg x masuk d akal dlm dan d luar kwsn kedai. Kami mash bertahan dan tidak lupa utk menunaikan solat bila sampai waktu. malang nya ada sja perkara yg tdk kena berlaku. kami berikhtiar semampu yg blh. dr jualan 1 ribu lbh sehari akhir nyer jualan kedai hanya dapat rm 100 sehari. puas sya fikir d mana silap sya. semua perkara yg sama dr segi masakan msh kekal. rata2 mereka memuji masakan yg ada… alhamdulillah. brg2 utk katering juga kami beli dn kesemua nya brg baru. modal yg kami keluarkan dr duit poket kmi sendri… sya percaya mamak haji dpt byg kn. pd waktu itu

Page 98: PERNIAGAAN RESTORAN

kami sentiasa dpt order dr stesyen dn pernah dpt katering utk majlis perkahwinan yg d buat d dewan putrajaya. MALANG nyer…. keadaan sya bertambah tdk baik. sya jatuh skt namun doktor ckp sy sihat… bingung kami d buat nyer. malah sya dn suami pantang berjumpa asyik bergaduh tnpa ader sebab.akhir nya kmi terpaksa buat keputusan yg amat mendukacitakan. kami terpaksa tutup kedai walaupun rasa terlalu sedih. brg2 katering semua msh ada dan baik. minat yg mendalam pd perniagaan makanan ini msh kukuh dlm diri sya. keadaan sya skrg alhamdulillah semakin baik dan alhamdulillah juga kami sekeluarga baru pulang dari umrah minggu lalu…. 11hb. sya ingin mnta pndpt haji mamak…. bgmana harus kami mulakan semula perniagaan kami sbb kdg2 sya jd tkt. pernah sya fikir utk antar mknan bungkus ke kilang2 tp payah nk dapat peluang. bila tgk brg2 katering dan set mkn utk meja vip rasa terlalu sedih. tlg la beri pendapat mamak haji dan pendapat dr mamak haji amat saya hargai… t;kshJawapan: Manusia selalunya ingin mengetahui setiap perkara yang berlaku ke atas dirinya. Apabila berlaku perkara yang sukar mendapatkan penjelasan mengenainya, maka kita akan memberi penjelasan dan pendapatnya sendiri kerana kabur dengan penerangan yang logik yang diharapkan dari sumber keyakinan kita. Ini termasuklah berkenaan orang barat masih ada yang percaya pada makhluk angkasa lepas, igaun tentang “big foot” dan lain-lain walau pun dari saintifik tidak dapat dibuktikan. Orang barat atau pun orang Timur ramai yang yakin pada Ilmu sihir. Sihir bukan perkara baru dalam alam mistik. Ilmu sihir dan undang-undang kanun negara mengenainya telah wujud seawal zaman Mesopotamia melalui undang-undang bertulis melalui, peruntukan no.2 kod Hamurabbadan di Rom pula di zaman Julius Caesar melalui peruntukan “The Twelve Table”. Adalah dirumuskan bahawa sihir boleh dibuktikan di Makamah. Maka jangan pandang ringan pada perbuatan Sihir, yang memang wujud.Sebenarnya ada banyak lagi cerita-cerita seperti di atas yang boleh kita dengar. Tapi anehnya di negara kita yang berbilang bangsa, ia banyak berlaku pada bangsa Melayu. Kenapa dalam bab berniaga orang Melayu suka pakai sihir?. Apa yang kaitan sihir dengan perniagaan?. Apakah sihir boleh membantu majukan perniagaan atau sengaja bertujuan ingin binasakan perniagaan sesama saudara Islam atau bangsanya sendiri?. Allah SWT banyak kali berfirman supaya manusia menjauhi ilmu sihir kerana ia adalah nyata perbuatan Syaitan terkutuk. Apakah peniaga-peniaga Melayu menjurus dalam amalan sihir ini kebanyakannya terdiri dari peniaga kurang ilmu perniagaan?. Dalam dunia perniagaan persaingan adalah budaya amat baik dan sihat. Ia memajukkan perniagaan bangsa Melayu untuk bersaing dengan bangsa lain. Tapi malangnya peniaga-peniaga Melayu seringkali berpendapat persaingan dalam perniagaan sesuatu perkara yang akan menggugat kedudukan perniagaan mereka. Maka sihir menyihir wujud di anatara peniaga Melayu.Apa yang dikatakan sihir?. Sihir adalah satu perbuatan yang dilarang oleh Agama Islam untuk menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati , orang yang disihir dengan tanpa melalui sentuhan sama sekali yang dilakukan di luar dari hukum alam bagi mencapai tujuan tertentu. Dalam istilah dunia Melayu, sihir digelar ILMU HITAM. Ilmu hitam sebenar adalah Ilmu Ghaib digunakan bagi menjatuhkan orang lain bagi mencapai kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan akibat ke atas dirinya dan juga kesengsaraan ke atas orang lain. Ilmu Hitam adalah dikatakan berkait rapat dengan golongan jin-jin. Dari pengamatan cendiakawan Islam, sihir ini wujud melalui dua malaikat yang diturunkan oleh Allah  “Harut” dan “Marut”. Kisah tentang malaikat ini dihuraikan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 102.Dari pakar-pakar kajian sihir, tanda-tanda orang yang terkena sihir ialah, sering sakit kepala, berasa malas bekerja tanpa sebab, hilang dorongan majukan diri (kurang motivasi), pertelingkahan sering berlaku dinatara suami-isteri dengan tanpa sebab, pekerja-pekerja yang berkerja dalam sesebuah perniagaan sering bertengkar, gaduh dan kerap berhenti, sakit yang sukar dirawat cara pengubatan moden, selalu bermimpi ular, orang yang telah meninggal dunia, dan mimpi yang aneh-aneh. Kadangkala mereka yang terkena sihir terdengar bisikan-bisikan dan juga kerap kali terlihat bayangan lembaga-lembaga yang gerun, sekiranya di restoren anda sering terjumpa duit syling, wang kertas tanpa ketahui puncanya dan juga bungkusan-bungkusan yang aneh dan juga pasir atau kemenyan ditaburkan di lantai premisis, kadangkala kedai atau restoren anda menjadi

Page 99: PERNIAGAAN RESTORAN

ghaib dari pandangan pelangan dan kerap kali ada benda asing dalam periok nasi atau di hidangan makan pelanggan.Syeikh Muhammad Al-Imam Rahimahullah mengatakan sihir menggunakan bantuan syaitan, ada tiga jenis:

1. Sihir Hitam.2. Sihir Merah.3. Sihir Putih.

Sihir Hitam dan Merah ini dicela oleh Allah dan Rasulnya. Penyihir keji seperti ini menggunakan berbagai cara yang mungkar dan keji seperti menulis ayat-ayat Al-Quran diterbalikkan dan dakwat tulisannya menggunakan najis atau air kencing atau darah haid. Pada luaran penyihir-penyihir ini seperti guru agama atau orang yang warak tetapi dibelakang mereka ini melakukan segala kekufuran. Maka awaslah orang seperti ini semasa meminta pertolongan dari mereka ini.Sihir Putih:Sihir putih ialah ungkapan dari perbuatan Ta’awwudz Syikiah (atau memohon perlindungan  yang terdapat ke syirikan didalam untuk menolak sihir hitam atau merah. Ta’awudz ini sekarang telah tersebar begitu luas di negara ini kerana kemungkinan di sebabkan penyebaran sihir hitam dan merahDan Allah berfirman: MaksudNya, ” Katakanlah lagi: ” Tiada sesiapa pun dilangit dan bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!”. (An-Naml:65). Maka fahami dan yakini dengan Firman Allah SWT ini.Akhir sekali nasihat mamak yang tua ini, sihir itu memang wujud dan memang ada tapi janganlah jadikan  ia sebagai mengawal kehidupan kita seharian dengan dari segala aspek. Yakin dengan kuasa Allah dan menguasai ilmu perniagaan dan rajin akan menjadikan anda berjaya dalam perniagaan. “La haula wa la quwata illa biLLAHI azim”.

1. Bagi yang ingin membuka premisis perniagaan baru, amalan biasa mamak ialah, membaca ‘Ayat Kursy’ mengikut kitab “Asraarul Mufidah”. Biasanya premisis baru mamak baca 786 kali. ( kini anda tahu rahsia 786?)  dihadapan premisis baru lalu dihembuskannya selama tujuh hari. Insyallah dengan izin Allah akan majulah perniagaan anda.

2. Semasa berlapangan dalam kedai bacalah surah Al-Walaqiah kerana surah ini akan menjadi salah satu penyebab untuk melimpahkan rezeki.

3. Selepas solat subuh tasbih: Subhanallahi wabi hamdi subhanallahi lazim astagfirullah sebanyak 100 kali.

4. sentiasa zikir tarek “Ya Lathiif “ insyallah jualan menjadi laris.5. Zikir “Ya Baaqyi” Insyallah apa yang kita berusaha cepat berhasil, perniagaan tidak akan rugi

kerana sihir atau perbuatan-perbuatan laknat.6. Maka tanda-tanda terkena sihir seperti diperkatakan di atas perlu diawasi dan perlukan tindakan

susulan untuk mengelakan terkena sihir atau perbuatan-perbuatan jin-jin yang jahat. Sebelum sehari membuka perniagaan restoren atau kedai makan dimulakan biasanya dengan bacaan Yassin dan tahlil untuk memastikan jin-jin yang berada di dalam kedai baru itu keluar terlebih dulu sebelum dipagar dari gangguan jin-jin yang menjadi bakal pengganggu perniagaan. Kadangkala pagar juga roboh sekiranya pelangan sendiri membawa masuk saka. Maka kaedah bacaan Al-Quran perlu diamalkan selepas solat subuh dan solat di restoren setiap waktu amat dimestikan untuk pekerja beragama Islam. Pekerja perlu diberi keutamaan melakukan solat apabila tiba waktu dengan bergilir-gilir.Amalan di atas adalah amalan Mamak yang biasa. Kerana Mamak yakin dengan Firman Allah SWT: ” katakanlah, “aku berlindung kepada Tuhan yang menciptakan sekelian Makhluk, Dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; (Surah Al- Falaq). Maka tidak perlu gusar atau takut dengan perbuatan jahat yang ada di mana-mana untuk mencari rezeki halal di muka bumi kepunyaan Allah ini. Takbir x3. Wassalam.

salam….saya seorang tukang jahit ..hanya di rumah..mcam-2 gangguan aneh…sejak kamii berpindah sejak 10 tahun..suami sya dah meninggal 8 tahn ya lalu..baru2 ini sya terjumpa tahi kering ddalam bilik anak sya dan dipintu laluan bilik saya..apakah itu sihir utk kami sekeluarga

Page 100: PERNIAGAAN RESTORAN

PENGURUSAN INVENTORI DALAM PERNIAGAAN RESTOREN..Inventori?. Apa benda ini?…hahaha!. Inventori ini adalah stok barangan yang disimpan untuk masak yang perlu ada dalam stor anda dalam perniagaan Restoren, Katering, kantin atau pun kafeteria. Inventori juga adalah persediaan sejumlah barangan untuk menu yang disediakan untuk memenuhi permintaan dari pelanggan. Ia bersifat kitaran yang perlu sentiasa dibeli dan perlu dijual. Pengurusan “Inventori” ini amat mustahak dalam setiap perniagaan. Pengurusan Inventori dalam bidang penyediaan makanan adalah  mudah diperbandingkan dengan perniagaan pembekalan atau pun kilang pengeluaran produk. Inventori bukan saja akan permudahkan perniagaan malah boleh menguntungkan dan majukan sesebuah syarikat.Mamak mula mengenali inventori ini sejak 20 tahun yang lepas semasa menjadi pengurus restoren bapa saya di Pulau Pinang. Ini bukanlah bererti bapa Mamak tahu sebutan “inventori” ini kerana beliau tidak pernah menjejak kaki di kolej untuk mempelajarinya. Baginya pengalaman adalah segala-galanya. Dia belajar dari pengalaman. Bapa kami garang orangnya tetapi cuma mendidik anak-anak tetapi bila di Restoren sifat garangnya berubah menjadi orang paling ramah dan sentiasa mengukir senyuman di mukanya. Inilah salah satu rahsia kejayaan restorenya. Ramai tokoh-tokoh politik dan perniagaan adalah sahabat rapat bukan kerana politik atau pengaruhnya tetapi dia tahu apa yang mereka suka makan dan minum. Pernah Mamak dengar celoteh seorang tokoh perniagaan termuka-muka di negara ini pernah berkata, ” Mamak lu memang pandai..lu tau apa saya mahu makan dan minum. Lu tau, say punya bini pun tak tahu mcm Mamak tahu taste saya. Itu pasal saya mesti mai lu punya restoren kalau ada di Penang”. Inilah dikatakan dalam perniagaan restoren “personel touch” dengan pelanggan amat penting. Anda perlu dapatkan pelanggan tetap dengan layanan peribadi seperti bagaimana “teh tarek” yang dikehendaki seperti lebih susu, warna teh tarek dan berbagai-bagai kehendak pelanggan. Bagaimana roti canainya garing atau tidak berminyak dan lain-lain. Maka pelangan yang terima  layanan seperti ini akan berkekalan menjadi pelanggan setia anda. Tetapi zaman sudah berubah….suasana Restoren Mamak juga berubah dengan seorang pemilik restoran memiki  puluhan restoren dan menjadi canggih dengan pekerja-pekerja dari negara luar yang monopoli. Pekerja ini tidak peduli pelanggan itu tetap satu singgah pertama kali. Ahhh…kehilangan Nostalgia Restoren Mamak. Mamak dah..terbawak-bawak diri pulak dah!. Harap maaf. Bila sebut pasal “inventori” ini, satu kisah silam yang Mamak tak dapat lupakan ialah, bila baru menjejak kaki ke bidang Restoren, Bapa Mamak bawa ke bilik setor restoren dan tunjuk ke arah barangan stok masakan yang disusun rapi di rak-rak dan bertanya, “apa itu?”. Mamak dengan megah mula menyebut nama barangan yang disusun di rak-rak itu satu persatu.  Bapa Mamak terkenal dengan garang dan suara keras, “Bodoh, yang awak nampak itu duitlah!”. Anda faham maksudnya?. Setiap kali anda lihat stok barang di setor itu adalah, “wang ringgit yang tersusun!”. hahaha..pelik bukan cara Mamak-Mamak dalam perniagaan restoren ini?. Setiap kali barangan dalam setor ini rosak, dicuri atau staff anda menggunakan berlebihan dari normal ia bererti sebenarnya telah kehilangan “duit”. Cuba bayangkan sebelum anda buka perniagaan baru anda penuhkan stor simpanan atau peti sejuk dengan stok barangan untuk dimasak atau menggunakan sebagai perencah masakan. Ia seperti anda masukkan duit dalam setor anda. selepas dua atau tiga hari semua barangan dalam stok anda telah habis dan anda perlu masukkan lagi stok. Ia seperti satu kitaran yang sentiasa berlaku. Keadaan ini akan berterusan selama anda berniaga.Ingat!, inventori adalah bahan makanan yang anda telah beli dan menyimpan di dalam setor. Tak kira nilai inventori  anda sekiranya hanya bernilai RM500 atau mencecah RM50,000. Sebelum anda belum jual pada pelangan anda nilai sebenar inventori yang anda simpan tidak ada erti kepada perniagaan anda. Inventori yang anda ada itu cuma sesakan ruang dalam setor,  aliran wang tunai terikat dan ada kalanya barangan rosak kerana terlalu lama berada didalamnya. Tujuan inventori sebenarnya ia menyimpan stok untuk memenuhi permintaan pelanggan pada ketika diluar jangkaan. Dari pengalaman Mamak sendiri apabila kita cuba kurangkan paras inventori, kos penyediaan makanan (Food Cost) akan turun. Jangan pula untuk turunkan paras food cost, inventori anda menjai kering kontang. Maka kita perlu memahami secara mendalam bagaimana

Page 101: PERNIAGAAN RESTORAN

mengawal inventori dalam perniagaan kita supaya ia berada paras yang betul dan tidak membazirkan.Dua Langkah Dalam Mengawal Inventori Anda:Apa yang perlu dilakukan untuk mengawal inventori,  pastikan berapakah jumlah sebenar keperluan inventori dengan mula mengira kerperluan inventori yang patut berada dalam bentuk “jumlah hari “.

1. LANGKAH PERTAMA:a. Mengira kos purata harian bahan masakan (Daily Food Cost).Unntuk mendapatkan, Kos Bahan Masakan Harian (Daily Food Cost) =Kos Bahan Masakan BAHAGI dgn Jumlah Hari mengikut Jangka masa ditetapkan (seperti 1 minggu/ 7 hari atau sebulan/30 hari).Daily Food Cost = Food Cost/ Period In Days.LANGKAH: 2Pengiraan Jumlah Jualan Harian (Daily Sales) dalam Inventori.Jualan harian Dalam Inventori = Inventori Bahan Masakan Baki AkhirBAHAGI purata Harga bahan masakan harian (Average Daily Food Cost).CONTOH PENGIRAAN:Anda memerlukan informasi untuk pengiraan jumlah hari jualan menerusi penyata kewangan.

katakan: Jumlah hari Jualan adalah: 30 hari. Kos Bahan Makanan (food cost) untuk jangka masa ini ( Diambil dari penyata untung rugi syarikat) :

RM30,000. Inventori Makanan Berakhir ( Dari balance Sheet) : RM10,000

LANGKAH:1Kiraan Purata Kos Bahan Makanan Harian (Daily Food Cost)RM30,000 / 30 Hari = RM1,000LANGKAH:2Kiraan Inventori Jualan Dalam Bentuk “Hari”:RM10,000/ RM1,000 = Maka anda punyai10 hari dalam nilai bahan masakan. Nota: Mamak akan disambung dalam bahgaian 2: Bagaimana mengawal kos bahan masakan dengan cara mengawal paras selamat inventori. 

KANAK-KANAK CEREWET DALAM MEMILIH MAKANAN?.Berkongsi makanan bersama-sama keluarga, khasnya anak-anak yang sedang membesar, merupakan satu cara yang menyeronokan dan menjalinkan kasih sayang di antara isi kelaurga. Tidak apa yang mengembirakan ibu bapa dari melihat anak-anak mereka menikmati makanan disediakan oleh ibunya kecuali jika anak anda seorang yang terlalu cerewet dalam memilih makanan. Kenapa kanak-kanak ini terlalu cerewet dalam memilih makanan?.

1. Pemilihan makanan terhad: Ini merupakan ciri yang paling ketara.  Bagi sesetengah kanak-kanak yang cerewet dalam makanan, pemilihanya makanan mungkin terhad kepada 20 makanan yang berbeza. Manakala bagi sesetengah yang lain pula, ia mungkin terhad kepada tiga makanan saja.

2. Jenis kumpulan makanan terhad. Kanak-kanak yang cerewet dalam memileh makanan juga menghadkan jenis kumpulan makanan yang akan dimakan oleh mereka. Sesetengahnya hanya makan daripada satu kumpulan makan,contohnya roti dan bijirin sarapan. Kebiasaannya mereka tidak gemar makan dari kumpulan makanan buah-buahan, sayur-sayuran dan daging atau ikan.

3. Reaksi yang berbeza terhadap pengenalan makanan baru:  Bila dihdangkan makanan yang baru, biasanya kanak-kanak yang cerewet ini akan meradang, marah kadang-kala buang makanan tersebut.

4. Corak pemakanan yang sukar diubah: Kanak-kanak ini juga cenderung untuk makan makanan yang sama dengan cara yang sama dalam satu jangka masa yang panjang. Ini akan menghadkan ruangan untuk mereka mencuba makanan baru dan sukar makanan yang berdiet yang seimbang.

Page 102: PERNIAGAAN RESTORAN

Makan merupakan satu proses yang kompleks serta mencabar bagi kanak-kanak terutama yang cerewet dalam memileh makanan, anda hendaklah cuba kenal pasti puncanya agar dapat membantu anak anda mengatasi masalah ini.

1. Perkembangan motor-oral: Kanak-kanak hanya boleh makan apabila mereka telah bersedia. Memaksa anak anda mencuba makanan baru dalam keadaan mereka tidak tahu bagaimana untuk memakan makanan tersebut akan menyebabkan anak anada enggan untuk makan. mereka akan cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada makanan tersebut.

2. Neofobia Makanan: Neofobia makanan atau takut kepada makanan baru merupakan peringkat perkembangan agi kanak-kanak  yang berumur dua tau tiga tahun. Kanak-kanak yang mula mengambil makanan orang dewasa akan diperkenalkan dengan pelbagai jenis makanan baru. Pada waktu ini sesetengah mereka akan cuba mengelak kerana diselubungi perasaan takut.

3. Faktor Persekitaran: Faktor persekitaran seperti kesibukan aktiviti sekolah dan makan di hadapan telivisyen boleh menyebabkan jadual waktu makan terganggu. Ini menjurus kepada masalah pemakanan kepada anak anda.

4. Perlakuan yang dipelajari: Kanak-kanak biasanya cenderung untuk mengikut apa yang dilakukan oleh ibu bapa tetapi tidakikut apa yang ibu bapa menyuruh atau katakan. Kanak-kanak lelaki akan ikut cara bapanya dan kanak-kanak perempuan pula ikut cara ibu mereka.Tip-Tip untuk Mengahadapi Masalah kanak-kanak Cerewet Tentang Makanan:Menangani keadaan kehampaan anda dengan penuh kesabaran, bersikap positif dengan tetap tegas tetapi tidak beremosional dan aggresif.

Elak dari mempraktikan kuasa ke atas anak anda seperti jangan pakasa menyuap makanan, jangan rasuah dan jangan sekali mewujudkan situasi “perasaan bersalah” dihatinya.

Sentiasa mempertengahkan makanan kesihatan untuk anak anda sekiranya mereka tidak bosan dengan pilihan anda.Beri kebebasan  dan peluang untuk mereka memilih makanan yang mereka suka asalkan ia dalam kategori makanan seimbang.

Hidangan baru biasanya mulakan dengan bahagian kecil dahulu supaya boleh memahami reaksi mereka. Pembaziran makanan perlu dielakan.

Jenis makanan yang ditolak  perlu diasingkan dari hidangan utama makanan. Conto: sekiranya anak anda tidak menyukai karot maka janganlah buat hidangan utama bercampur karot cari alternatif yang lain.

Sentiasa buat hidangan yang mereka suaki. Seperti menghiaskan makanan dengan terlampau tidak digalakan. Bahan perhiasan perlu tidak mempunyai bahan makanan yang tidak disukai oleh anak anda. Bentuk pemotongan hiasan atau bahan makanan perlu menarik minat  anak anda. Inilah French Fries McD atau Chicken Nugget Kfc atau donut dunkin donut amat diminati golongan kanak-kanak.

Meja makan mestilah situasi yang menjamu selera dengan selesa, tidak ganguan konflik keluarga atau ganguan-ganguan dari seperti TV.

TIP-TIP BERNIAGA BULAN RAMADHAN.

Bulan mulia Ramadhan bukan saja sekadar membawa peluang ganjaran akhirat tetapi bulan ini juga memberi peluang luas kepada ramai peniaga Islam dalam industri makanan yang kecil-kecilan dan juga membuka jalan untuk kewujudan bakal usahawan baru dalam industri makanan khasnya untuk kegunaan umat Islam.

Page 103: PERNIAGAAN RESTORAN

Perniagaan di Bulan Ramadhan bagi yang pertama kali berkecimpung ke alam perniagaan seperti mengorak langkah pertama untuk satu perjalannan yang masih jauh lagi. Sudah pasti perjalanan jauh itu tidak akan tercapai penghujungnya, selagi kita belum mengorak langkah yang pertama. Insyallah, manakan tahu di antara bakal peniaga baru dalam perniagaan bazar ramadhan ini satu hari kelak menjadi taukeh restoren yang mampu memiliki berpuluh cawangan restoren di serata pelusuk negeri. Walau pun dari kajian pihak yang tertentu mendapati golongan yang pertama kali mulakan perniagaan di bazar ramadhan itu cuma sekadar 5 peratus, namun ia adalah satu pertanda yang amat membersangkan bagi umat Islam di negara ini dalam penglibatan aktiviti ekonomi. Ramai juga yang minat dalam perniagaan pemakanan tetapi terbantut. Bersyukur pada Allah SWT, alhamdulillah syukran kerana sejak Mamak Haji mulakan blog ini, ramai pengunjung blog yang minat dalam industri perkhidmatan makanan dan ingin mulakan perniagaan ini. Saban hari Mamak terima e-mail dengan banyak mengenai persoalan-soalan berkisar tentang bagaimana memulakan perniagaan?. Ramai juga jadikan bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini sebagai permulaan perniagaan mereka. Ada di antara mereka meminta mamak menulis tip-tip perniagaan khasnya tentang Perniagaan Bazar Ramadhan. Penat lelah Mamak sejak mulakan blog ini rasanya telah hampir mencapai matlamat. Mamak rasa amat berpuas hati dengan blog Mamak yang dapat membantu mereka yang perlukan bantuan. Bebelan Mami kerana Mamak cekang mata untuk menulis posting tidak sia-sia. Mamak tidak punyai Ilmu yang tinggi seperti orang lain untuk anjurkan seminar atau kursus yang profesional, kalau nak sumbangkan wang ringgit pula bukanlah Mamak ini kaya sangat. Maka Mamak ingin buat sesuatu untuk bidang yang Mamak sayangi sejak 30 tahun ini dan khasnya untuk membantu anak-anak muda Melayu yang sering ketinggalan dalam bidang ekonomi negara yang terbentang luas khas dalam bidang permakanan ini. Semasa menjadi katerer kilang saban hari Mamak lihat anak muda Melayu menjadi cuma berkerja seperti robot atau operator kilang tetapi anak muda bangsa lain menjadi jurutera, pengurus atau pun supervisor. Jarang sekali  ada anak bangsa Cina berkerja sebagai operator di kilang, busuk-busuk pun mereka berkerja sebagai supervisor dikilang. Mamak tak tahu tentang kilang lain tetapi dikilang-kilang yang mamak pernah jadi katerer kalau ada pengurus Melayu, dia cuma di Human resources department dan juga jaga kantin. Maka inilah sebab Mamak ingin anak muda Melayu menjadi taukeh. Nak bukak kilang kita tak mampu tapi untuk buka kedai makan kita mampu lakukan. Biar kita mula dari bawah..adakalanya angan-angan Mat jenin itu baik juga. Ini angan-angan mat jenin seorangkaterer baru, ” Mula-mula bukak warung lepas itu bukak pulak kedai makan, lepas itu bukak restoren, lepas itu  bukak Hotel, lepas itu kita bukak kilang proses makanan. Tak perlulah jenuh JAKIM menghalalkan kilang makanan yang dimiliki oleh bukan Islam dan jual cop halal. Mai.. kita bantu JAKIM untuk mudahkan kerja mereka….hahahha!. dah melalut lagi… Untuk tidak mensia-siakan harapan dan cita-cita mereka untuk mulakan perniagaan, Mamak Haji ingin memberi sedikit tip-tip perniagaan dari pengalaman Mamak sendiri semasa menjalankan perniagaan di bazar ramadhan. Ini cuma coretan pengalaman bukan thesis atau penyelidikan perniagaan, level Mamak tak sampai ke sana OK!.1. JANGAN RISAU/ “DON’T WORRY BE HAPPY!.”Bagi Mamak perniagaan di Bazar Ramadhan adalah paling menyeronokkan kerana suasana yang begitu harmoni, penuh tawaduk dan rasa seperti bukan berniaga tetapi berpesta dalam bulan ramadhan. Mamak dan anak-anak mamak yang sering ikut berniaga memang menunggu bulan Ramadhan seperti untuk berpesta. Kami sekeluarga anggap perniagaan ini seperti sebagai hiburan bagi keluarga. Setiap anggaota keluarga secara langsung terlibat. Yang anak perempauan dan Mami dengan memasaknya dan yang anak lelaki membantu melariskan jualan dengan gaya mereka sendiri. Kini anak-anak Mamak semuanya dah besar dan pun ada keluarga sendiri, sebenarnya Mamak rasa kehilangan suasana ini. Dalam perniagaan, Perniagaan Pasar ramadhan begitu Nostalgia bagi Mamak dan Mami. Kini Mamak tak larat meniaga lagi tetapi masa lalu meniaga dalam setahun itu. yang paling gembirakan ialah bulan Ramadhan, bukan kerana makanan habis dijual cepat atau pasal keuntungan wang ringgit tapi suasana bulan ramadhan itu sendiri yang begitu unik. Nasihat Mamak bagi yang pertama kali mulakan perniagaan tak perlulah tertekan perasaan dengan perniagaan anda yang bakal anda mulakan itu. Ambil sebagai “starter” pemula untuk perniagaan. Pasar Ramadhan bukan perniagaan sebenar, ia cuma untuk panaskan badan sebelum lumba lari sebenar. Jadi apa yang anda risaukan sangat itu. “Don’t Worry be

Page 104: PERNIAGAAN RESTORAN

Happy”. Jangan terlalu serius memikirkan tentang perniagaan pertama anda. Tak berjaya bukannya bererti kita gagal, kalau anda berjaya, ia bermakna ia satu permulaan yang baik. Perjalanan yang sebenar jauh lagi untuk harungi, onak dan duri perlu dilintasi untuk kejayaan sebenar (The Real Success) dalam perniagaan. Buat apa yang anda patut dan lain-lain hal itu serahkan pada Allah SWT. Insyallah, dalam perniagaan perlukan ketabahan,kesabaran dan penting sekali tawaduk (terima hakikat penentuan).2. Tentukan Jenis Makanan Yang Anda Ingin Menjual:Mamak tak nak cerita pasal bagaimana nak dapatkan tapak pasar ramadhan di tempat anda. Mamak tak ada fomula khas dan rumusan untuk itu. Cuma Mamak ingatkan, anda kena bersabar dan lakukan perkara yang baik dan betul semasa dapatkan tapak itu. Di khuatiri bila anda cuba dapatkan tapak itu secara tak betul, punca rezeki yang anda perolehi dari tapak itu juga tak betul. Ini tak perlu pendebatan agama kerana agama Islam itu sentiasa punyai pemahaman yang amat logik. Mungkin ramai pengelola tapak ramadhan menafikan perkara ini tapi ia tetap berlaku. Maka pengunjung blog Mamak, harap jangan tergoda dengan orang-orang yang perlu bodek, rasuah atau memilih cara yang salah untuk dapatkan tapak Bazar Ramadhan anda…kalau ada rezeki dari Allah SWT tiada siapa yang boleh menghalang rezeki anda. Usaha dan serahkan pada yang Maha Esa..ini nasihat Mamak yang tua ini.Apabila anda berjaya dapatkan tapak, pertanyaan pertama yang perlu main di kepala anda ialah jenis makanan yang anda ingin jual. Jangan lupa sekali-kali kata-kata hikmat ini, ” KENAPA PELANGGAN PERLU MEMILEH MAKANAN YANG SAYA JUAL  DARIPADA ANDA DAN BUKANNYA DENGAN PENIAGA LAIN”. Soalan ini sentiasa perlu anda tanya diri anda sepanjang masa berniaga sepanjang bulan Ramadhan. Apa yang pengunjung/pelanggan Pasar Ramadhan harapkan dari anda?. Adakah mereka beli jualan anda disebabkan jenis makanan ini cuma anda saja jual atau pun Harga, Kualiti, Hygiene (kesihatan dan kebersihan), keenakan makanan, layanan, servis yang cepat, iklan (poster)/ memukau pelanggan dengan mengenalkan produk anda), perhiasan yang kreatif dan lain-lain. Maka mamak tidak mahu panjang lebar menerangkan satu persatu perkara di atas. “Tepuk Dada Tanya Selera”. Cari Jawapan. Kerana anda perlu ingat “anda adalah seorang juru jual yang terbaik”.3. Modal:Bila anda telah tentukan jenis makanan dan bagaimana cara anda ingin berniaga maka datang pulak bab, “Cap Agong“. Anda perlu membuat kesimpulan berapa modal yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda?. Modal dulu atau memilih jenis makanan yang ingin dijual?. OK ini bab payah nak buat pilihan. Anda minat nak jual nasi tomato tapi modal yang anda ada tak mencukupi, apakah anda membuat keputusan “tunggu tahun hadapan, simpan duit dan berniaga?” atau buat pinjaman?. Pinjam dari mana?, melalui kredit card?, dari keluarga? atau pun dari Ah Long?.  Mamak Haji tak tahu nak jawab, mana satu yang baik tapi bagi mamak haji semuanya cara itu tak baik. Jadi bagaimana dengan modal ini?. Orang kita kebanyakannya jenis tak pernah sediakan payung sebelum hujan. Bila hujan baru nak cari payung. Bank pulak, bila hari cuaca baik beri payung, bila hari hujan tarik payung yang diberi. Inilah hakikat dalam perniagaa. Kalu Mamak jaga baitulmal, Mamak bagi je duit baitulmal untuk perniaga-peniaga yang kurang mampu ini. Simpan duit berbillion buat apa?. Pepatah Cina berkata, Apa guna memberi orang yang lapar memberi seekor ikan?. keran ikan yang diberi itu cuma kenyangkan sehari tetapi sekiranya anda beri mata kail dia boleh gunakan mata kail untuk memancing ikan seumur hidup untuk dia dan keluarga dia mengenyangkan perut dan ada rezeki dia boleh jual untuk dapatkan sedikit wang”. Ini bila Hari Raya beri hamper beras dan botol sirap dan masuk tv. hahahaha!.sebenarnya nak ceburkan dalam perniagaan makanan perlu ada persediaan yang rapi. Bagaimana persediaan itu?. Keperluan asas untuk berniaga makanan perlukan bekalan runcit, kenderaan, peralatan sokongan seperti Payung, meja, kerusi, bekas-bekas untuk pamirkan makanan, lpik meja, pekerja(pembantu), dan lain-lain. Ini belum lagi peralatan untuk masak dan membungkus. Adakah anda seperti bidang terjun, terus keluarkan segala simpanan anda untuk sekali gus beli barang-barang ini?. Walau pun ia nampak barangan remeh temeh tapi kalau kita keluarkan belanja, nilainya lebih RM1,000.00. hahaha!. Inilah sebab ramai pengunjung blog e-mail kat mamak bertanya berapa modal yang diperlukan untuk mulakan perniagaan Nasi beriani, Nasi Tomato dan lain-lain?. Dalam perniagaan kecil seperti ini sebanrnya tidak perlu risaukan berkenaan modal

Page 105: PERNIAGAAN RESTORAN

sangat. Berniaga setahun cuma sebulan modal apa yang dirisaukan modal?. Cuma perancangan kita yang salah akan menyebabkan fikiran kita terkongkong dengan modal. Katakanlah  kalau anda punyai perancangan untuk membuka pasar ramadhan tahun ini…dan anda beli setiap barangan keperluan perniagaan satu persatu di setiap bulan. Anda telah mempunyai banyak barangan bila tiba bulan ramadhan. Tapi tak mengapa..apalah sangat perlukan barangan canggih untuk berniaga di bazr ramdhan?. Bazar ramadhan sekarang telah sediakan khemah yang sesuai untuk berniaga, Kalau perlu meja cari papan lapis dan lapikkan dengan kain meja cantik dalam tiga meter, kaki meja bubuh je kotak kayu yang banyak dibuang oleh kilang. Nak kerusi, cari saja kotak kayu sudah memadai, peralatan hidangan cari dekat dapur rumah, Masak lebih sedikit untuk niaga dan keluarga. Sediakan hidangan buka puasa untuk anak-anak sebelum ke tapak perniagaan, kenderaan?. Sekiranya guna kereta kancil, bukak saja tempat duduk belakang boleh isi tiga periok besar nasi kandaq; jadi apa masalah dengan kenderaan?. Kalu pakai motor ikat bakul dibelakang..hehehe!. Tentang modal keesokan hari..kita belanja RM100.00,  sudah tentu jual pada RM150.00 dan  maka hari esoknya kita sudah ada modal dan ditambah RM50.00 keuntungan..tak perlu risaukan. Yang penting mulakan penriagaan itu.4. Cara Menarik Pelanggan (lariskan jualan):Cari idea yang kreatif untuk menarik pelanggan. Mulut adalah alat untuk iklan yang baik..tak perlu gunakan modal memasang kain rentang yang berharga ratusan ringgit. Maka gunakan mulut ini menghambat hati pelanggan…seperti : “Korner mai..nasi tomato ori dari tanjung…anak mami hidung mancung, dari jauh macam pelancung…Nasi tomoto bukan sebarang nasi tomato…resepi ori dari keluarga anak mami yang mancung..singgah..mai!.” hahaha inilah istimewa pasar ramadhan..nostalgia mamak!. Cipta pantun dan deklamasikan secara sepontan. jangan senyap dan sunyi…inilah dikatakan pasar. bagaimana riuh pasar dari penjual ikan begitu juga aksi kita perlu seperti penjual ikan yang berlumba-lumba menarik pelanggan.P/S: Mamak berhenti di sini dulu sementara…penat!. hahahaha. Nanti Mamak sambung lagi,insyallah. Mamak juga cuba balas e-mail e-mail dihantar secara peribadi kat Mamak tentang kos masakan. Mamak minta maaf kerana lewat balas e-mail. Kalau ada yang ingin bertanya soalan secara peribadi sila e-mailkan pada Mamak: [email protected]. segala butiran e-mail dan nama pengirim Mamak  rahsiakan. Tak perlu risau. Anggap saja mamak ini saudara perniagaan anda. Wassalam.

PERANCANGAN DALAM PERNIAGAAN KATERING.P.S: Salam Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pembaca. Mamak  pohon ampun maaf sekiranya tulisan mamak ada yang menyakiti mata, terbelit lidah atau pun menyakiti hati pembaca yang budiman. Harap maaf juga ada e-mail yang Mamak lambat balas dan belum balas lagi. Mamak cuba up-date kembali blog ini seperti biasa. Ramai minta resepi itu dan ini. Takat nak menulis resepi banyak yang terdapat di internet dan buku-buku masakan yang ditulis cef-cef handal. Mamak menulis blog ini ala kadar untuk peniaga-peniaga kecil-kecilan bukan untuk pakar-pakar dalam masakan. Mamak mintak maaf noo tulisan mamak dalam blog ikut selera mamak saja.  Orang Melayu sekarang mula diterap dan dicorakan oleh nilai-nilai amalan perniagaan dunia global dengan hebatnya. Cara berfikir, cara bertindak dan cara hidup sedang berubah. Unsur-unsur ini tidak semestinya menjamin membina jati diri atau yang membina bangsa Melayu yang unggul. Kesinambungan bina bangsa yang maju selalunya bermula dari bawah ke atas dan bukanya dari atas ke bawah. Setiap orang Melayu perlu berkerja lebih gigih untuk menentukan waris yang ditinggalkan pesanan berkerja lebih gigih dari waris yang terdahulu, hanya ini akan menentukan kejayaan bangsa Melayu terjamin. Inilah berlaku di Amerika atau pun Jepun. Sebagai golongan peniaga kita perlu tahu analisa keadaan sekeliling dunia perniagaan kini dan masa depan untuk  membina strategi khas untuk mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan yang diceburi. Untuk mencapai kejayaan ini, kita sekurang-kurangnya perlu mahir dalam ilmu perniagaan ini

Page 106: PERNIAGAAN RESTORAN

dan perlukan cita-cita yang boleh dicapai bukannya angan-angan “Mat Jenin”. Kita tidak boleh capai kejayaan ini dengan air lior atau pun  ”kata-kata” atau mimpi di siang hari sahaja tetapi pandai menggunakan peluang-peluang yang terbentang dihadapan kita. Mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan bukanya mudah dan perlu mempersiapkan diri untuk menerima kegagalan dan juga kekecewaan. Seperti pepatah barat berkata, ” We cannot have heaven on Earth” maksudnya, kita tidak boleh adakan surga di bumi. Seorang peniaga perlu sedar tanpa kemahiran ilmu perniagaan, pengurusan organisasi dan kerja keras, sekiranya ingin berjaya dalam bidang katering ini.Ramai di antara kita terlalu harapkan bantuan kerajaan untuk membuka perniagaan. Walau pun berbagai-bagai agensi kerajaan mendabik dada ingin menolong golongan orang Melayu dalam perniagaan tetapi anda perlu faham dan ketahui tabiat orang politik dan bureaucrat yang mentadbir kerajaan.  Mereka ini cuma menghulurkan bantuan apabila berlaku tekanan politik yang mengakibatkan kedudukan kuasa mereka tergugat. Sebenarnya tolong seperti adalah tolong diri mereka untuk selamatkan kedudukan kuasa politik mereka atau kedudukan.  Sekiranya anda inginkan sesuatu pertolongan dari ahli politik, anda perlu jadikan diri anda mustahak atau pun memperkudakan untuk mereka secara peribadi. Secara terus terang mamak katakan, sebenarnya isu anda tidak penting bagi mereka sekiranya ia tidak babitkan kedudukan politik mereka. Maka janganlah terlalu banyak letakan harapan untuk mendapatkan bantuan dari ahli politik untuk memulakan atau menjalankan perniagaan anda. Sebenarnya ahli politik ini tidak ada kuasa, yang memberi kuasa adalah rakyat melalui undi. Sayangnya selalunya kuasa diberi itu digunakan ke atas rakyat tanpa membalas budi rakyat dalam pilihan raya umum. Mamak Haji terpesong ke politik pula. Bukan apa semasa mengunjung ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan dalam Hari Raya ini Mamak seringkali di tanya tentang “grant kerajaan pusat” di Pulau Pinang. Kononnya senang untuk dapatkan sampai 50 ribu pinjaman perniagaan…hahaha!. Kononya banyak ahli politik berjanji.Perancangan atau  “planning” amat perlu untuk memulakan apa juga jenis perniagaan. Perancangan bermaksud dalam perniagaan sama juga seperti merancang sebuah pasukan bolasepak untuk memenangi setiap pertandingan yang pasukan bola itu sertai. Tanpa perancangan yang teliti kemungkinan pasukan yang bertanding itu mungkin kecundang semasa pertandiangan. Perancangan dalam sukan di gelar “Game Plan”. Jurulatih yang melatih pasukan perlu mahir dalam “Game Plan” ini. Di negara Barat semua pasukan bola sepak profesional punyai Pakar Perancang Permainan begitu juga dalam bidang perniagaan katering walau pun kecil perlukan “businness Planner” yang baik. Perniagaan kecil-kecilan tak perlulah mencari atau mengajikan seorang Pakar Perunding Perancang Perniagaan, setakat diri anda sebagai perancang perniagaan sudahlah memadai. Bagi asas mamak bahagikan empat kategori ini seperti berikut:1. Memantau  dan mengaturkan syarikat anda ke arah tuju yang tepat dan betul seperti-mana anda telah merancang pada awal permulaan perniagaan. Sebenarnya anda sendiri pastikan syarikat atau perniagaan anda sentiasa berada dalam haluan atau “On Track”. Sebagai pemilik perniagaan anda perlu memahami objektif syarikat dan mengabungkan segala tenaga kerja ke arah matlamat syarikat yang asal. Betulkan kembali sekiranya matlamat syarikat asal telah terbabas dari trek asal.2. Mencipta satu sistem “standard” mengikut kemampuan untuk mengendalikan perniagaan, seperti pengurusan dapur, pengurusan pekerja, pengurusan kewangan atau lain-lain perkara yang penting untuk kemajuan untuk perniagaan anda. Standard yang dimaksudkan ialah bagaimana anda kendalikan syarikat anda atau perniagaan anda secara bersistematik mengikut cara anda. Dalam sistem ini yang penting sekali ialah “Pengurusan”. Pengurusan ialah proses yang menjalankan perniagaan dengan betul dan berkesan menerusi orang lain. Sekiranya anda seorang pengurus yang bagus akan menentukan bagaimana perniagaan dilakukan dengan betul dan berkesan. Dari pengalaman Mamak,  pernah juga berjumpa katerer-katerer kilang industri yang menjalankan perniagaan yang mencecah berpuluh-puluh ribu pendapatan sebulan tetapi tidak punyai pengurus atau pun pejabat tadbir. Ada juga pengusaha seperti ini berdabik dada, “apa perlu membuat akaun, ambil duit jualan, beli barang keperluan, yang tinggal itu ialah untung!, apalah

Page 107: PERNIAGAAN RESTORAN

susah sangat nak berniaga?”…inilah hakikat peniaga kita yang mabuk dengan kemewahan. Anda boleh lihat mereka ini, selepas habis tempoh tender, dan mula mencari tender yang lain. Kisah ini akan berlarutan bagi diri . Akhir sekali kita boleh dengar rungutan peniaga seperti ini, “orang Melayu susah nak berniaga, kerajaan tak bantu orang Melayu”…hahahaha! saja bergurau!.Standard yang Mamak maksudkan ialah ciri-ciri terbaik untuk menguruskan perniagaan supaya perniagaan ini dihormati oleh pelangan dan pekerjanya sendiri kita. Tak perlulah standard sampai ke tahap ISO atau pun HCAPP sekadar kemampuan perniagaan itu sendiri. Sekurang-kurangnya mempunyai asas pengurusan perniagaan yang baik.3. Mencari satu formula atau cara mengurangkan pembaziran dalam perniagaan seperti kegunaan bahan-bahan mentah masakan, kegunaan air, letrik, gas dan tenaga pekerja. Tanpa perancangan yang betul anda tidak boleh kawal pembaziran yang sering berlaku dalam perniagaan anda. Pembaziran dalam perniagaan katering adalah seperti penyakit kanser yang senyap berada dalam tubuh badan. Pembaziran ini akan makan keuntungan anda sedikit demi sedikit tanpa disedari anda. Baru-baru ini mamak haji terbaca, Kerajaan akan jimat cermat bil letrik dengan mengawal suhu hawa dingin di pejabat-pejabat kerajaan kepada 21 centigrade. Dengan ini kerajaan dapat jimatkan kos perbelajaan letrik sehingga 14 peratus. Mamak Haji nak ketawa tapi oklah itu kerajaan sedar bilik pejabat kerajaan tak ada lagi seperti bilik dingin sayur (cool room). Kalau nak senaraikan pembaziran didalam kantin aau restoren Mamak haji boleh beri satu senarai yang berjela-jela. Cuma kita sebagai pemilik perlu faham apa itu jimat yang sebenar tanpa babitkan kualiti masakan. Cuba duduk dengan pekerja bincang, anda pasti dapat rumusan.4. Mengurangkan impak persaigan dari pesaing-pesaing dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kegawatan ekonomi atau pun kenaikan harga barangan keperluan katering secara mendadak. Bidang katering atau jualan makanan ini sentiasa punyai persaingan terutama sekali dari golongan wanita yang lebih aktif pada masa ini dari 10 tahun yang lepas. Wanita ini bukan saja berpendidikan tinggi tapi punyai keazaman yang kuat. Mamak haji perlu tabik kepada kaum wanita orang Melayu semakin hebat ini. Yang Mamak seriau 90 peratus dari jumlah e-mail dihantar pertanyaan mengenai perniagaan ini adalah wanita!. Cukup hebat soalan mereka. Kalau kita nak kekal dalam perniagaan ini kaum adam perlu berlumba dengan wanita-wanita ini yang bersemangat seperti besi waja. Mamak Haji “give-up”…hahahaha!. Bagaimana kaum Adam di luar sana dah bersedia?. Insyallah boleh. “kalau katakan boleh, kita boleh”.

CARA MENAIKAN HARGA MAKANAN DALAM PERNIAGAAN KATERING DAN RESTOREN.Harga barangan kegunaan utama pengguna sentiasa naik. Peniaga macam kita sentiasa rasa keperitan ini. Selepas bulan Ramadhan banyak kedai makan dan warung sudah mula gulung tikar. Ramai peniaga kecil-kecilan mulai terasa bahang kenaikan barangan kegunaan masakan tak nampak lagi penghujungnya. Keadaan seperti ini bukan saja parah bagi golongan peniaga kecil tapi membawa padah kepada pengguna dan secara ‘am kepada rakyat jelata dan juga kepada kerajaan. Paling menyedihkan setiap hari kita baca, dengar atau pun lihat di kaca t.v,  ahli politik berjanji dan berjanji, “tidak lagi kenaikan harga” tetapi keesokan hari kita ke Pasar Besar atau kecil barangan sudah tidak ada di rak jualan. Keyakinan rakyat kepada kerajaan semakin pudar. Apa saja barangan yang bakal kenaikan harga atau telah dinaikan harga akan berkurangan dipasaran. Berbagai-bagai analisa ekonomi diberikan oleh pakar-pakar ekonomi kerajaan tidak dapat fahami oleh rakyat biasa. Perkara ini disengajakan atau pun pakar-pakar ini tidak tahu gunakan bahasa biasa?. Apakah Kerajaan sengaja memperbodohkan rakyat dengan cara lembut dan berperingkat supaya rakyat akan lupakan kenaikan harga semalam dan akan naik lagi hari dan esok. Kadangkala harga ini dinaikan berperingkat-peringkat. Contoh yang ketara ialah harga minyak, gula dan lain-lain bahan yang penting dalam masakan. Mamak bukan orang politik tetapi seorang peniaga kecil-kecilan.  orang macam Mamak memang sukar jadi penyokong apa jua parti politik kerana Mamak mahu pelangan bukan ideologi politik.  Politik itu urusan orang politik. Mamak sebagai  pengundi dan mengundi parti politik yang boleh membantu untuk perniagaan Mamak. Apa peniaga perlukan

Page 108: PERNIAGAAN RESTORAN

dari parti politik?. Sekiranya anda fikir Mamak ini hiprokrit terpulanglah. Apa yang mamak tahu ialah ahli politik inilah yang hipokrit yang terbesar. Mereka akan cuma bantu kita bila ada perkara yang boleh membantu megekalkan kuasa politik mereka. Kalau perkara yang tidak ada kepentingan untuk kuasa politik mereka, perkara itu tidak dapat perhatian dari mereka. Maka siapa yang lebih hipokrit dari Mamak yang cuma cari rezeki halal atau ahli politik yang sentiasa gunakan kelemahan orang lain untuk kepentingan diri?.  Pergi jahanam dengan politik. Bila Mamak dapat kuasa memangkah siaplah ahli-ahli politik yang cakap saja bukan serupa bikin…hahaha!.Kenaikan harga gula cukup Mamak marah. Harga gula empat kali dinaikan selepas “Raja Gula Dunia”, Robert Kuok jual syarikatnya kepada syarikat tempatan. Kenaikan berperingkat yang mamak maksudkan ialah, Januari naik 20 sen, Julai 25 sen, Disember 20 sen dan pada bulan Mei lagi 20 sen. Dari RM1.45 kepada RM2.30 sekarang. Ingat lagi bagaimana rakyat diberi nasihat dengan berbagai nasihat yang kononnya tolong untuk rakyat. Tolong ini ada dua. Satu tolong orang, satu lagi seperti orang tapi tolong diri sendiri.  Nasihat seperti hidup tanpa gula untuk mengelakan penyakit kencing manis.  Kempen seperti ini sepatutnya diteruskan dengan menganjurkan rakyat Malaysia jangan minum teh, kopi, Milo. Digalakan minum air masak saja. Takut nanti takrif air paip pulak akan melonjak ..akhir sekali iklankan air hujan adalah sumber minuman yang terbaik sebab air sungai habis dicemari sisa buangan kilang industri. Yanag Mamak pasti Kenaikan harga barangan makanan terus meningkat kita suka atau tak suka. Banyak negara barat sudah mulai mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan cara mengurangkan dan memotong perbelanjaan mewah negara termasuk gaji Menteri-menteri kabinet, kita pula sibuk cari jalan memotong subsidi untuk rakyat, kononnya tidak tertanggung lagi. Malas nak ulas harga barangan lain. Nak bukti?. Sila ke web-site: http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=1238%3Aconsumer-price-index-malaysia-july-2011-updated-17082011.  Baca sendiri.  Indeks Harga Pengguna ini menjadi penanda asas untuk inflasi, tapi dinegara kita lain pulak halnya. Yang pelik gaji pekerja masih ke tahap lama. Gaji minimum tidak diwartakan lagi. Di Barat gaji diukur dengan nilai 1/4 ounce emas. Jadi anda kiralah berapa kali ganda harga emas sekarang telah naik dan adakah gaji anda anda dinaikan mengikut kenaikan harga emas?. Kaji sendiri dengan 1gm emas tahun 80an dan harga emas 1 gm sekarang. Anda akan tahu apa yang mamak maksudkan. tak perlu belajar ekonomi,  mamak jual nasi kandar pun faham natijah ini. Biarkan Labu dengan Labunya tenggelam..biarkan.Apa yang penting bagi peniaga seperti kita dapat naikan harga barangan jualan kita tanpa menjejaskan jualan kita dengan menghalau pelanggan sedia ada. Menaikan harga barangan jualan dalam perniagaan katering dan restoren bukan mudah seperti anda sangkakan. Setiap peniaga berlumba-lumba ingin menurunkan harga barangan jualan mereka untuk menarik  pelanggan ke premis mereka kita pulak kalau naikan harga barangan jualan seperti menghalau pelanggan dari berkunjung ke premis kita. Menaikan harga jualan barangan perlu dilakukan dengan teliti dan betul. Anda perlu membuat analisa yang tepat dan betul kesan akibat dari menaikan harga jualan barangan anda. Apakah reaksi pelangan dari kenaikan harga ini?. Adakah mereka meninggalkan anda  atau menerima hakikat ini kerana nilai barangan dan perkhidmatan yang diberikan anda itu berpatutan dengan harga baru anda. Anda harus faham segelintir dari pelangan anda amat sensitif dengan harga baru anda. Untuk pelangan seperti ini anda perlu menunggu masa yang bersesuain untuk menaikan harga. Biasanya hari gaji memainkan mood pelanggan anda. Mereka akan tidak kisah sedikit kenaikan kerana poket masih penuh lagi. Anda juga pada permulaan naikan harga satu atau dua jenis masakan yang anda rasa memang eksklusif untuk pelanggan yang berpendapatan rendah.Anda perlu faham kejayaan perniagaan anda juga bergantung kepada harga barangan jualan anda. Maka ketahui harga yang ditawarkan oleh persaing anda dan perniagaan sama. Ada kalangan pelangan yang lebih utamakan nilai pulangan dari harga yang harga murah yang ditawarkan. Sekiranya makanan anda yang dijual berkualiti dan enak dengan perkhidmatan terbaik kenaikan harga tidak punyai masalah kerana dalam perniagaan tidak ada dasar rumah kebajikan. Ini perkara yang salah dilakukan oleh peniaga-peniaga baru yang seringkali beri makanan percuma untuk rasa dan juga mengurangkan harga gile-gile kerana ingin mendapatkan pelangan. Perlu ingat ialah pelangan bukan saja berminat pada produk anda yan murah tetapi apa yang penting ialah produk

Page 109: PERNIAGAAN RESTORAN

dari dapur anda berkualiti, perkhidmatan yang baik dan bahan yang digunakan dalam masakan berkualiti.

DAPUR

Walau pun tajuk kali ini “DAPUR” bukanlah Mamak nak menghuraikan tentang bangunan Dapur yang canggih. Dapur yang mamak maksudkan cuma mengenai dapur gas yang terdapat dalam dapur. Dari dulu hingga sekarang masalah dapur ini mamak sering dengar. “Kenapa nasi jadi mentah?”, kerana dapur tak bagus, “kenapa gas bulan ini pakai banyak?”, “kerana dapur gas rosak”. “kenapa dinding dapur kotor?”, “kerana dapur gas rosak”, “kenapa delivery lambat?” , “kerana dapur rosak”. Pendek kata dalam dapur yang paling peningkan kepala kita ialah “Dapur Gas”. Masalah ini rumit?. Tak juga, cuma kita tak kisah dan ambil tahu tentang dapur ini. Bila tukang masak kata, “rosak”,  kita ganti yang baru. Masalah tak akan selesai sampai bila-bila pun tentang dapur ini.Sebab ini lah mamak sengaja bawa tajuk ini supaya kita kongsi pendapat dan pengalaman mengenai dapur ini. Mamak nak menguraikan sedikit masalah, cara memperbaiki dan kegunaan dapur gas LPG.  Walau pun tenaga letrik telah banyak mengambil alih tempat kegunaan dapur gas asli di rumah-rumah, tetapi untuk kegunaan perniagaan katering atau kedai makan, dapur gas menjadi paling mustahak  untuk memasak. Tarif Letrik yang semakin meningkat dan perbelanjaan untuk gas lagi murah kalau dibandingkan dengan letrik, cuma gas kita kena bayar tunai setiap kali kita membeli dan bayaran kegunaan letrik pula cuma kita kena bayar akhir bulan. kkadangkala bil letrik, sembelih kepala kita. Lagi pun untuk masakan orang asia ini dapur gas adalah paling sesuai kerana api yang kuat dan jimatkan masa. Kalau nak masak sayur dapur letrik sukar digunakan kerana kita pelukan api yang kuat dan masakn perlu lakukan dengan pantas. Masalah dapur gas ialah bila ia tak selenggara dengan betul atau cuai dalam pemasangan atau kegunaan, nyawa pulak jadi taruhan. Gas dapur gas dibukak dan terbiar semalaman dan esok pagi datang memasang api..tu dia bedebom!. Hangus satu dapur sekali dengan orang yang menghidupkan api itu. Ini terjadi bukan gurauan. Maka inlah sebab dipasang “LPG detector” atau pun alat pengesan api yang canggih di kantin bangunan-bangunan canggih. Api yang besar cuma akan datang dari dapur bangunan. Minta jasa baik pengurus-pengurus bangunan ambil perhatian sewajarnya. Melawatlah sekali-sekala kantin anda dan jangan terlalu harapkan bomba memberi nasihat. Bila terbakar

Page 110: PERNIAGAAN RESTORAN

tuding menuding dan jawatankuasa ini dan itu akan ditubuhkan. Ini cara orang Malaysia. Sebagai peniaga kita pulak pastikan sebelum balik, tutup semua injap gas dan bukak sekali semua kepala botol gas dan bila nak hidupkan pada keesokan hari, pastikan kipas dapur dihidupkan terlebih dahulu atau pun buka segala tingkap untuk pegudaraan yang baik. Barulah hidupkan api dapur sambil banyakan, “selawat untuk nabi besar s.a.w kita”. Insyallah kita akan selamat.Satu lagi mamak cuma ingatkan ialah di setiap dapur gas ada ” pilot burner” atau pun ada api kecil yang sentiasa mennyala untuk kemudahan kita hidupkan api dapur tanpa gunakan api percikan lagi. Ini untuk tukang masak yang malas. Kebanyakan kebakaran di dapur berlaku kerana benda ini. Sekiranya kuali yang terbiar di atas dapur terdapat bekas minyak gorengan  yang sudah tentu sentiasa dipanaskan oleh api pilot ini. Minyak ini yang tersedia panas akan bertambah panas dan menyambar api bila sampai pada suhu ignition atau pun “takat penyambaran api”. Kebakaran akan berlaku. Maka Mamak dari pengalaman, biasanya tutup ketat dan buang punat pembukanya api pilot ini supaya tukang masak yang malas tidak dapat menggunakannya. Seeloknya matikan saja paip tembaga ini dengan kepit ketat dengan player. Jangan tinggalkan api dapur yang sedang nyala tanpa penghuni didapur walau pun anda rasa cuma sekejap. Api ini kadangkala kalau bersendirian dia merajuk..hahaha!.Satu perkara mamak nak ingatkan ialah sekiranya gunakan dandang atau boiler untuk kegunaan bancuhan minuman, tentukan guna dapur yang punyai dua mata. Mamak selalu perhatikan kedai makan orang kita, bila pagi membuka kedai kena tunggu dua jam untuk bancuh teh tarik, kedai mamak tak apa mereka jalankan niaga 24 jam, air boiler sentiasa panas dan bayar sewa pun cuma 15 hari sahaja untuk sebulan, yang mamak maksudkan yang membayar sewa 30, pagi pukul lapan buka kedai dan tutup pada 8:00 malam. Untuk peniaga seperti ini tugas pertama anda selepas buka kedai ialah memanaskan air. Adakalanya tukang bancuh air yang malas. Apa dia buat ialah isi penuh air dalam boiler dan air cuma mendidih selepas satu jam. Bukak kedai pukul 8:00 agi..semua dah sedia dihidangkan untuk sarapan tapi air tak mendidih. Maka tentukan cuma isikan air separuh dan bila air mendidih buat teh tarik dulu untuk pelangan yang sedak cekik. kemudian masukan sedikit demi sedikit air untuk memanaskan air sehingga penuh. Bila air penuh dalam boiler mendidih, pastikan dapur gas anda jenis punyai dua mata. Untuk mendidih air pakai dua mata, bila sudah mendidih tutup mata apai yang besar dan biarkan yang kecil. Ini akan banyak menjimatkan kegunaan gas. Pastikan tukang bancuh air ikut cara ini. Dengan cara ini bukan saja anda jimatkan gas tetapi pelanggan di waktu pagi tidaklah kering tekak menunggu air dalam boiler mendidih.Kegunaan dapur gas dan api yang betul perlu menitik beratkan. Api dapur yang baik adalah biru dan api kemerahan cuma membazirkan gas anda dan semua perkakas masak anda menjadi karbon yang hitam legam. Suhu masak juga akan menurun dan ambil masa yang panjang. Kadangkala gorenan tak menjadi dan minyak masak akan diserap dalam bahan gorengan. Keadaan ini berlaku apabila saluran angin dapur telah sumbat disebabkan minyak dan karbon terkumpul disaluran udara dapur gas. Keluarkan dapur dan buka bahagian burner dan bakar di atas dapur lain. semasa panas, ketuk dengan pemukul supaya minyak yang sumbat yang telah menjadi karbon itu boleh dikeluarkan. Pastikan saluran udara tidak tersumbat. Tak perlulah anda panggil pakar dapur untuk membaiki dapur anda, kerana belum tentu dia datang dalam 2 minggu atau pun anda telah kaya sangat dan beli dapur baru. Jimat apa yang boleh dalam keadaan kenaikan harga barangan masakan yang tak menentu ini.

Page 111: PERNIAGAAN RESTORAN

Kalau ada masalah mengenai dapur gas boleh e-mailkan kepada Mamak di:mohd.roslan99 @gmail.com , tapi jangan hantar spam..hehehe!. Berniaga cara menghantar spam cuma kerja orang kurang agama. Kita peniaga jangan susahkan orang lain tapi menyenangkan dapat pahala. Kalau boleh Kita kongsi pengalaman mengenai dapur gas ini. Wassalam.

TIP-TIP MULAKAN PERNIAGAAN KATERING.Komen dari Pembaca:

Assalamualaikom Tuan Hj. Mamak saya selalu mengikuti tulisan mamak ni,sangat bagus, haji ada banyak kemahiran berniaga, dan memasak. Saya ada pengalaman memasak selama lebih dua puluh tahun (makan gaji), ada diploma pengurusan hotel, sijil catering, sijil kemahiran malaysia, umur didalam 45 tahun, saya ingin memasuki bidang perniagaan makanan,tetapi bila nak mula saya rasa down,boleh kiranya tuan hj mamak beri sikit tips dan galakkan.

JAWAPAN:

Mualaikum wasalam Waramuthullah Cef Kharul Bahari,

Izinkan Mamak gelarkan saudara “cef” kerana mengambil kira kelulusan dan pengalaman saudara..sepatut saudara digelar seorang cef yang berpengalaman dan profesional dalam bidang katering. Coretan di blog mamak itu cuma satu coretan luahan hati saja. Mamak cuma seorang usahawan picisan. Perbezaan di antara kita ( orang makan gaji dan usahawan) ialah usahawan seperti mamak ini seperti burung helang yang berlegar di angkasa yang mencari makan. Helang ini akan memerhatikan setiap pergerakan di bumi dan sentiasa bersedia untuk menyambar bila peluang wujud. Dalam bahasa perniagaan ini dipanggil “peluang perniagaan”.  Usahawan ini sekali hidu terdapat peluang untuknya, dia akan cuba mengambil peluang itu untuk menjadikannya nilai duit dengan menggunakan segala kemahiran yang ada pada dirinya. Saudara cef khairul Bahari seorang profesional yang lakukan kerja harian dan makan gaji berlawanan dengan karektur seorang usahawan seperti Mamak ceritakan. Kerja makan gaji yang mengikut jadual waktu yang ketat dan sifat kesetiaan pada majikan amat sukar bagi menghidu “peluang perniagaan” terbentang luas diluar sana. Kalau pun peluang perniagaan ini perolehi ia secara kebetulan saja.

Ini lah Perbedzaan di antara seorang usahawan dan seorang yang makan gaji. Ini bukan saja di bidang katering tetapi ia meliputi di semua bidang perniagaan.

Mamak minta, jangan salah anggap tafsiran Mamak di atas sebagai mamak, menetang makan gaji atau tak perlu jadi profesional yang makan gaji. Apa yang Mamak selalu tekankan ialah, “Orang Melayu” perlu lebih ramai ceburkan diri dalam dunia perniagaan. Kenapa orang Melayu perlu berniaga?. Kita perlu memilih perniagaan sebagai wadah untuk keluar dari kemiskinan dan mengubahkan nasib generasi akan datang. Maksud berniaga bukan cuma untuk mencari kekayaan, ia punyai rangkaian maksud yang berbedza. Kekuatan bagi sesuatu bangsa (ummah) adalah ekonomi. Orang Melayu di negara meliputi 65 peratus dari jumlah penduduk tetapi  kenapa selepas

Page 112: PERNIAGAAN RESTORAN

53 tahun sehingga kini belum mencapai 30 peratus untuk berkongsi kekayaan negara ini?. Ramai ahli politik Melayu berkata, ” kita tolong orang Melayu dengan segala kemudahan, wang ringgit dan latihan untuk berniaga”. Tetapi masih gagal?. Bagi pendapat Mamak, yang dikatakan ‘Tolong’  ini ada dua perkara, satu yang tolong orang dan satu lagi tolong diri sendiri. Mamak tak tahu jenis tolong yang sebenarnya ahli politik ini semua maksudkan. Tentang tolong orang ini, ada satu falsafah confisius dari Cina yang terkenal untuk direnungkan bersama, ” Sekiranya seorang yang lapar datang kepada kamu yang menjual ikan di pasar meminta-minta, Jangan beri dia ikan yang kamu ada saja tetapi beri dia mata kail dan mengajar dia cara memancing ikan sekali. Moral pepatah ini ialah bila kamu beri se ekor ikan untuk orang yang lapar ini , dia cuma boleh hilangkan kelaparan untuk sekali itu saja, tetapi kalau kamu berikan dia mata kail dan mengajar dia ilmu memancing ikan, dia boleh mendapatkan ikan sepanjang hayatnya dan juga boleh menjual ikan yang berlebihan itu di pasar untuk dapat sara diri dan keluarganya sekali. Maka bantuan material itu perlu dan juga ilmu itu penting bagi kehidupan seseorang. Begitu juga jangan pandang remeh ilmu perniagaan sekiranya anda ingin menceburi dalam bidang katering ini.

Tentang ilmu ini, “kenapa harus belajar sampai ke universiti?”. Apa yang dimaksudkan dengan orang yang berilmu?. Ada juga pelajar kita nak belajar ilmu, tak sempat nak cari pengalaman dari ijazah terus belajar ke pringkat sarjana dan ada yang ambil Phd seterusnya. Apa yang dimaksudkan sebenarnya “seorang berilmu” (Learnt Person)?. Bagi pandangan Mamak yang dikatakan orang berilmu atau llmuan ialah, seorang yang boleh buat keputusan atau pun punyai idea baru tanpa dipengaruhi oleh pihak luar. Dia boleh buat keputusan sendiri. Apa saja pendapat yang dikeluarkan adalah dari pemikiran yang terpelajar itu sendiri. Ilmuan ini boleh menghasilkan karya yang asli atau pun idea-idea yang asli yang datangnya dari kebebasan berfikir tanpa pengaruh luar. Maka dengan sebab inilah kita cuma dapat hasilkan graduan atau pun professor-profesor yang jenis kangkong goreng belacan. Kita jarang dapati mereka cetuskan idea-idea baru atau pun hasilkan karya-karya agung dunia yang kreatif untuk generasi akan datang. Minda mereka tidak boleh pisahkan dengan pengaruh pihak luar. Orang melayu masih lagi sukar keluar dari minda penjajahan. Bagaimana kita nak maju?. Kalau orang barat telah membuka Francise goreng ayam, kita sibuk nak bawa anak-anak kita merasa ayam goreng masakan ‘ala barat. Orang melayu mencipta sos cili yang terbaik “Aminah Hasan” kita tak yakin beli produk orang melayu tapi cari Maggie yang dikeluarkan oleh Nestle syarikat Yahudi. Bila zaiton keluarkan produk ubat gigi kita masih pergi kedai minta bukan ubat gigi tapi “Colgate”. Pemikiran kita masih dijajah oleh barangan orang barat. Mamak dah melalut dah…ok. Mamak cuma ingat satu saja, Orang melayu perlu tanamkan minat berniaga kepada generasi baru mereka sekiranya mahu merasai segala kemewahan yang Allah SWT anugerahkan kepada umat Islam (Melayu) berkekalan di tangan orang Melayu untuk dirasai oleh cucu-cicit kamu. Berniaga ini ibarat sebuah pokok buah-buahan yang baru kita tanam, anak-anak, cucu-cucu atau cicit-cicit akan merasa buah yang ranum dan manis dari usaha kita yang menanam dulu. Maka sesiapa yang berminat berniaga itu, jangan tangguh-tangguh dan was-was menjalankan perkara yang baik. Kerana was-was itu adalah bisikan syaitan was-wasil. Hindarkan syaitan ini dengan solat istikarah. Kita cuma pandai saja merancang kselalunya tak bijak. Yang maha bijak dan Maha Pandai cuma Allah SWT.

TIP-TIP CEBURKAN DIRI DALAM PERNIAGAAN KATERING

1. Bila disudut hati kita berkata, “saya boleh buat lebih baik dari keadaan sekarang sekiranya berniaga sendiri”, maka hati anda sudah pun berbelah bahagi. Anda inginkan kebebsan (Freedom) yang tidak ternilai bagi setiap insan. Anda mulai matang tentang kehidupan ini. Makan, Minum, pakaian dan tempat tinggal adalah keperluan asas fizikal bagi manusia.  Sebagai manusia kita juga punyai kerohanian yang meronta dalam setiap manusia. Kekuatan rohani ini adalah sumber untuk manusia rasa gembira seperti Agama (Islam), Kebebasan asas (human rights), dan lain-lain. Jika anda perhatian perbedzaan di antara seorang banduan meringkok dalam penjara dan diri anda . Yang membezakan ialah cuma kebebasan. Di penjara ada beri makanan dan minuman, beri pakaian dan juga tempat tinggal dan juga diberi upah. Apa yang banduan tidak perolehi ialah kebebasan. Betapa bernilainya kebebasan. Perniagaan sendiri walau pun tidak menjanjikan kebebasan sepenuhnya tetapi anda akan berpuashati dengan kebebasan yang terdapat dalamnya. Anda ingin bebas?. Mulakan perniagaan sendiri.

Page 113: PERNIAGAAN RESTORAN

2. Kesedaran ingin ‘Berniaga’ wujud dalam jiwa untuk ingin mengubah cara hidup kerohanian atau pun kerana materlistik atau pun kesenangan. Apa pun kita ingin ubah itu perlu bererti dengan niat yang ikhlas. Orang berniaga yang senang-lenang itu kebanyakannya mengalami keperitan hidup yang suatu masa dulu. Mereka mengubah hidup  mereka dengan melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Harus ingat pernigaan bukan jalan pintas untuk kita senang-lenang tetapi perlu dan sanggup mengalami kesukaran, susah, penat dan berbagai-bagai cabaran untuk menghadapinya. Yang penting semangat untuk berniaga jangan luntur sama sekali. kayuh dan kayuh terus sehingga kita temu garis penamat yang menentukan kejayaan kita.

3. Kewajipan terhadap keluarga akan menghantui pemikiran kita bila saja berfikir ingin memulakan perniagaan sendiri. Keyakinan diri akan luntur sedikit sebanyak, “boleh kah saya berjaya”, kalau linkup bagaimana nak sara keluarga?. Cuba anda bayangkan beribu-ribu di luar sana berniaga. Apakah keluarga mereka merempat di tepi jalan. Sekiranya jawapan anda tidak, kenapa anda mesti ragui diri anda. Rezeki dari Allah Ta’allah yang tentukan, katakan walau pun rezeki kita tiada bagaimana dengan rezeki isteri atau anak-anak kita?. Rezeki dari Allah SWT tidak akan terputus selagi kita tidak lakukan dosa besar. Risiko yang dihadapi meninggalkan gaji bulan kepada perniagaan sendiri perlu diambil kira. Kerisauan tetap ada di hati kecil namun bagaimana tingginya semangat nak berniaga untuk hadapi ini kita perlu ambil risiko yang yang telah dikira (calculated). Caranya ialah tentukan simpanan perbelanjaan untuk keluarga disimpan dahulu sebelum berhenti kerja. Sekiranya perniagaan anda diceburi tidak memberi keuntungan yang dijangkakan atau menghadapi kesukran pada mula membuka tak perlulah risau sangat tentang menyara keluarga. Isteri kita pun akan merasa lega dan tidak berlaku konflik keluarga. Pada kebiasaanya kita perlu simpan 10 peratus dari gaji kita untuk tujuan ini. Cakap memang senang tetapi ini perlukan komitmen yang tinggi dari seluruh ahli keluarga.

4. Apa-apa perniagaan pun memerluka pelangan. Di mana anda mencari pelangan untuk perniagaan anda?. Mencari pelangan bukan tugas mudah seperti kita fikirkan. Ada juga mamak terima e-mail dari pembaca, bila dia buka kedai tak pelangan singgah di kedainya. Walau hebat macam mana perniagaan anda tanpa pelangan tak ada makna. Cara terbaik untuk orang mula kecimpung dalam perniagaan katering ialah dengan free of charge dengan modalkan mulut anda. Biasanya orang yang inginkan perkhidmatan katering akan bertanya kepada kawan-kawan dan saudara-mara untuk memilih katerer. Apa yang anda lakukan, beritahu kepada semua kawan-kawan anda dan saudara mara anda tentang perniagaan anda.  Janjikan perkhidmatan terbaik dan harga dicount akan diberikan untuk semua tempahan mereka kerana anad menghargai mereka. Buat yang terbaik. Ada juga mamak terima e-mail dari seorang pembaca blog ini, buah mulut kawan-kawan jadikan perniagaan katering bertambah maju hari kesehari. Ini iklan percuma yang amat meyakinkan. Buat yang terbaik pada permulaan, rugi sedikit tak apa, anggap saja untuk modal iklan.

5. Gunakan internet sebagai wadah untuk iklan anda di face book, tweeter atau pun diblog-blog. Jangan terburu membuka web site berbayar. Belum tentu pelayar internet singgah di web-site kita. Mamak juga akan siarkan komen yang berbentuk iklan kedai makan, warung, atau pun perkhidmatan katering, sekiranya  anda masukkan dalam tempat komen. Iklankan perniagaan anda di tempat komen. Mamak akan bantu. Kalau di Pulau Pinang mungkin Mamak singgah di kedai makan anda dan kalu sedap mamak masukan dalam posting. Ini pertolongan ikhlas mamak pada pengunjung blog yang ingin berjinak dengan perniagaan.

Nota P/S: Banyak lagi e-mail mamak belum jawab. harap maaf kerana keadaan cuaca yang tak menentu memburukan keadaan kesihatan Mamak. Sekiranya kesihatan izinkan mamak jawab soalan-soalan tuan dan puan. Kalu yang inginkan jawapan segera beritahu mamak..mungkin Mamak akan gunakan perkhidmatan anak Mamak untuk menaip. Posting akan datang Mamak sedang menumpukan kepada “Masakan sayur-sayuran” ‘ala nasi kandar dan ‘ala masakan Cina”. harap beri sokongan dan semangat kepada mamak terus menulis. Wassalam.

Page 114: PERNIAGAAN RESTORAN

PENIAGAAN KATERING DARI RUMAH SIRI 2: PERALATAN KATERING.Salam,  untuk memenuhi permintaan dari seorang pengunjung blog ini, mamak haji perlu menulis tentang peralatan-peralatan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan katering dari rumah. Katering dari rumah yang mamak haji maksudkan ialah untuk permualaan pernigaan dan biasanya bersekala kecil, yang menerima tempahan dari pelangan untuk 50 – 100 orang dalam satu-satu masa. Jumlah ini adalah paling mudah untuk dikendalikan untuk katerer-katerer yang baru melangkah masuk dalam perniagaan katering. Blog ini pasti memberi keutamaan untuk golongan peniaga baru dan juga yang ingin buka perniagaan katering. Anda tak perlulah segan-silu meminta pandangan dan juga buah fikiran dari pengalaman Mamak haji. Bila niat itu sudah ada, janganlah “U” turn. Teruskan impian anda sehingga berjaya. Cabaran itu perlu ada dalam diri setiap insan. Melarikan diri dari cabaran bermakna kita kalah dalam perjuangan hidup yang sentiasa memerlukan semangat juang yang tinggi. Cabaran orang politik bagaimana nak menang dalam pilihanraya akan datang untuk tambahkan kekayaan dari tugas sebenar untuk membantu aspirasi dan permasalahan pengundi-pengundi yang mengundi. Cabaran orang macam kita yang berniaga ialah bagaimana nak cari rezeki untuk menampung keluarga untuk teruskan hidup. Bidang Perniagaan adalah cabaran untuk majukan diri kita didunia tumpangan semenatra ini dan Iman adalah cabaran kita untuk akhirat yang kita kekal selam-lamanya. Ada kalanya hidup kita ini seperti ikut arus sungai yang deras dan untuk menyeberang ia amatlah mudah untuk lakukan. Ia umpama apa saja kita lakukan ia akan berhasil. Ada kalanya hidup kita ini seperti perlu mengharungi arus yang sentiasa berlawanan dan  terpaksa hempas pulas berenang untuk mengharungi sungai itu. Kita perlukan semangat juang yang tinggi untuk mengharungi arus yang deras,  sekiaranya kita patah semangat semasa berenang dalan sungai itu maka akan lemas dan hanyut dibawa arus deras.  Sebelum terjun ke sungai persiapkan semangat, kuatkan daya berjuang, tajamkan akal fikiran dan sediakan life jaket (pelampung kecemasan). Beginilah caranya bila kita nak mulakan berjuang dalam bidang perniagaan. Cuma yang berjaya adalah orang yang mempunyai kecekalan semangat waja.Apa juga jenis perniagaan, kita perlukan peralatan untuk  menjalankan perniagaan. Begitu juga sekiranya ingin memasuki bidang katering dari rumah. seperti dalam posting-posting yang lepas, katering ini mempunyai banyak cabang, anda perlu memilih jenis katering yang bersesuaian untuk anda.Baca posting ini, “cara untuk mulakan perniagaan”.http://balannambiar.wordpress.com/2012/01/29/cara-untuk-mula-berniaga/sila klik untuk memahami cara memilih jenis katering: http://balannambiar.wordpress.com/2011/12/13/perniagaan-katering-memileh-jenis-katering-yang-terbaik/Langkah kedua : Selepas memilih jenis katering yang perlu, anda perlu memilih, Menu yang bersesuain untuk perkhidmatan katering yang anda telah pilih. Segala peralatan katering atau pun perancangan perniagaan anda perlu berkisar dalam linkungan ini. Ukur badan dulu sebelum menjahit baju. Kalau anda ingin membuat “box Lunch katering” (rujuk posting mamak haji berkenaan), kebanyakan peralatan yang perlukan sudah pun siap berada di dapur anda. Cuma anda perlukan cuma kotak untuk bekal makanan, sudu garpu plastik dan kenderaan untuk membawanya. Motor kapcai pun dengan ikat bakul dibelakang sudah memadai sekiranya kurang dari 50 bungkus.  Peralatan masak juga boleh ditambahkan mengikut keperluan semasa. Tak perlulah mencari modal dari ajensi ‘tekun’ atau bahagian ‘icu’ untuk tujuan ini. Kalau dapat alhamdulillah. kenapa perlu pulak tolak rezeki. Cuba mohon peruntukan kerajaan ini melalui ketua bahagian UMNO atau cawangan, itu pun kalau anda ada kabel yang kuat. Takat mintak pakai air lior, balik nanti pun bawa air lior juga. Ini sudah jadi kebudayaan kita sekarang. Jenis katering yang biasa ialah : Majlis keluarga seperti kenduri tahlil, doa selamat, hari jadi dan sepertinya. Katering untuk mesyuarat, katering untuk peserta kursus, dan juga jamuan makan dan pilih dan tetapkan harga dan menu anda.Langkah 3: Memilih menu yang bersesuain dengan kemampuan.Omputih panggil, “Jack of Trade trade”. Semua boleh. Iktizam dengan slongan “Malaysia Boleh”. Asalkan dapat pesanan kita nak serbu dengan buta tuli. Mamak haji masih ingat lagi kisah masa

Page 115: PERNIAGAAN RESTORAN

susah dulu. Ada satu keluarga VVIP menempah “mee goreng mamak” cuma untuk 7 orang pada pukul 11.00 malam. Pada masa itu mamak haji cuma berniaga mee goreng mamak di tepi jalan. Untuk 7 orang mamak haji kena masukan mee gorenag itu dalam tray, asingkan cili , daun sup, bawang dan juga bawang goreng. Yang teruk mencari pinggan yang canggih untuk hidangan untuk VVIP ini..hahaha. Memang ini satu kejayaan bagi kita yang peniaga seperti kucing kurap mendapat pesanan dari keluarga VVIP, tapi implikasinya ia amat sukar untuk lakukan. Jadi Mamak Haji dengan beradab tolak pesanan keluarga itu. Esok tengah hari pulak, pekerja majlis tempatan angkut kereta sorong mamak haji dan tolak masuk dalam lori sampah untuk menempatkan di muzium negeri….hahaha!. Kadang-kala hidup dengan berprinsip ini sukar sekali.  Jadi moral cerita mamak haji ingin sampaikan, fikir secara rasional setiap tempahan yang perlu terima atau menolak. Apabila dapat tempahan fikir keupayaan kita dari segi kemampuan kewangan, kepakaran dan kemahiran menyediakan menu yang dipohon, peralatan masakan atau peralatan untuk menghidangakan, cara pembayaran pelangan, kos pengangkutan, masa untuk mula memasak dan lain-lain lagi. Sila baca posting mengenai “bila dapat pesanan tempahan katering”.Di sini mamak haji gariskan peralatan yang membabit sedikit kos untuk memulakan perniagaan katering dari rumah. Peralatan yang diperlukan untuk memulakan perniagaan katering dari rumah (50-100 tetamu).1. Periok nasi Gas LPG (boleh muat 5kg atau 10 kg). Periok ini amat mudahkan kerja masak apa juga jenis nasi. ia berharga sekitar RM300 – RM400).2. Kuali bertelinga dalam ukuran 45cm – 60cm. Ia amat memudahkan masak segala jenis lauk dan kalau lauk ayam boleh muat sehingga 100 ketul. – 1 unit3. Dapur Gas satu tunku ( Dapur rumah tidak sesuai untuk masakan yang banyak). 1 unit.4.  Tray atau Full size Chafing dish berukuran 50cm X 30cm – sekurang-kurangnya 3-5 set (selalunya katerer gelar tray panjang). Ia untuk hidangkan lauk.5. Tray pendek 30cm X 24cm – 5 unit.6. Flask Nasi untuk 100 org  (50cm X 31cm)  - 1 unit.7. Flask nasi untuk 50 org ( 35cm X 30cm) – 1 unit.8. Bekas air plastik 100 orang – 1 unit.9. Pingan makan* – 100 keping. (gunakan pakai buang).10. Sudu garpu* – 100 +100. (gunakan pakai buang).11. periok besar kalau nak hidang nasi kandar ( 3 unit).Mamak haji rasa kalau peralatan ini ada lebih dari cukup. Tambahkan sedikit demi sedikit mengikut kemampaun anda. * itu lebih baik gunakan pingan, sudu garpu jenis pakai buang ia lagi sesuai. Kalau peralatan lain sekiaranya diperlukan dan kos pembeliannya diluar jangkauan kita,  kita pinjam di surau atau pun orang yang menyewakan peralatan. Sekiranya dapat beli barangan terpakai lagi menjimatkan kos, tetapi pastikan ia  ”samak” dulu sebelum gunakan peralatan yang dibeli dari kedai-kedai bukan Islam. Tidak ada masalah membeli peralatan itu. Kalau risau juga guna Hot Line Jakim untuk pengesahan HALAL yea!.Akhir sekali Mamak haji ingin nasihat para pengunjung blog ini, sekiranya anda ingin membeli atau menjual peralatan, boleh lah iklankan dalam kotak komen pembaca, tapi jangan gunakan sebagai platform untuk perniagaan tetapi berniatlah tolong menolong di antara saudara Islam yang terkial-kial mencari modal untuk mencapai cita-cita. Mamak haji juga akan publishkan dalam komen atau kumpul banyak-banyak buat posting khas untuk anda sama. Tetapi jangan gunakan blog mamak haji untuk mencari keuntungan peribadi. Sekiranya kita sesama kita berkerja-sama di antara kita, banyak kemudahan dam manfaat yang setiap pengunjung blog boleh dapat dari blog ini. Purata pengunjung blog mamak haji setiap hari sudah melebihi 2,000 pengunjung. Maka gunakan blog mamak haji untuk iklankan restoren atau gerai makan anda diblog ini dengan percuma, sekurang-kurangnya mamak haji berpuas hati dan bersyukur dapat membantu anda semua. Insayllah kita jayakan program ini diblog mamak haji dengan kerjasama dari anda semua.

Page 116: PERNIAGAAN RESTORAN

KATA-KATA SEMANGAT UNTUK PENIAGA KATERING BARU.Satu masa dulu kehidupan kita yang dilalui amat perlahan, kenderaan di jalan raya boleh dihitung dengan jari, tidak ada lampu isyarat jalan yang untuk dikejar, tidak ada polis trafik bersembunyi dalam semak untuk saman kita, tidak ada budak-budak liar merempit, tidak ada puspakom untuk jaga kenderaan kita, keadaan amat tenang, mudah dan tidak perlu berebut-rebut dan bersaing hebat seperti sekarang.  Pagi pergi kerja, buat apa yang patut perlu buat dan terus balik rumah. Tidak perlu dipaksa kerja lebih masa oleh majikan yang berlumba ingin cepat kaya tanpa memikirkan kebajikan pekerja. Dulu majikan amat gerun dengan Kesatuan Pekerja atau orang dulu panggil ‘union’. Pekerja tak perlu berfikir apa perlu buat esok hari. Yang paling terbaik ialah tidak ada talipon bimbit black berry…sebagai opis kecil yang bawa balik kerumah untuk sambung kerja dirumah pula dah. Rakyat pulak bersatu dalam segala hal seperti  menuntut kemerdekaan dan menyangi pemimpin yang diplilih oleh mereka. Keluarga sentiasa bahagia, isteri kebanyakan duduk rumah menjadi suri rumah, basuh kain di tepi sungai, jahit baju yang koyak, dan didik anak-anak dengan didikan moral dan agama yang tak ternilai untuk generasi akan datang.  Masyarakat dibentuk, anak-anak muda disayangi dan yang tua dihormati. Kini semuanya telah ubah…dan kita juga ubah?. Kita tidak ada pilihan sebenarnya. Hendak atau tak nak, dunia sedang berubah dan kita juga perlu berubah. Suami dan isteri sekarang perlu memikul beban hutang rumah-tangga seperti hutang sewa-beli rumah, hutang kereta, hutang bil-bil segala macam tok nenek yang ada. Sehinggakan banyak institusi kewangan antara-bangsa sudah mula menyuarakan kebimbangan “hutang rumah tangga” (house-hold Debt) di Malaysia paling tinggi sampai mencecah kelebihan 70 peratus. Keadaan kini memaksa wanita perlu berkerja. Ramai pilih jadi operator di kilang-kilang yang dimiliki oleh pelabur asing yang melabur di negara ini kerana dapat bekalan pekerja upahan yang murah, taat pada majikan, tidak boleh tubuhkan Kesatuan Pekerja Elektronic tetapi dibolehkan pula menubuhkan Kesatuan-kesatuan Majikan seperti Kesatuan taukeh-taukeh Restoren India Muslim (Mamak) yang bertujuan naikan harga roti canai dan teh tarek yang pelangan tetapnya terdiri dari rakyat yang POKAI..bukan dari TOKAI…hahaha!. Kemungkinn janji-janji pilihan raya akan datang, kerajaan berjiwa rakyat ini akan membuka..RESTOREN MAMAK 1 Malaysia, tujuan untuk rakyat pendapatan kurang dari RM3,000 saja boleh nikmati hidangan Roti Canai dan teh tarik secara harga subsidi dari kerajaan…. hahaha!. Kedai Runcit 1 Malaysia Mamak Maidin sudah rembat.  Yang kaya Mamak jugalah akhirnya…Melayu terlopong juga. Jangan marah cik adik!. hehehe!. Mamak Haji pun tumpang gumbira kerana kerabat kitul dan mandeliar jadi kaya raya lagi…ish lari tajuk pulak Mamak haji ini. Biasalah Mamak kalut dan melalut…hehehe!.KATA-KATA SEMANGAT DARI MAMAK HAJI BAGI YANG BARU MULAKAN PERNIAGAAN ATAU BERCADANG MULAKAN PERNIAGAAN KATERING:“Amat  sukar berjaya dalam apa jua bidang pun, sekiranya kita tidak merasai keseronakan apa yang kita lakukan”. Kita perlu berasa seronok bila lakukan apa saja yang kita suka buat, seperti bersolat, membantu orang lain, bersedekah atau pun belajar. Kita perlu merasai keseronokan bila berniaga seperti katering. Kita perlu rasa seronok kerana kelam-kabut nak menyediakan jamuan tetapi rasa paling seronok bila telah siap pada masa yang tepat untuk penghantaran. Segala kepayahan, segala penat-lelah akan bertukar menjadi keseronakan bagaikan berpesta. Belajar merasai keseronkan dalam kepenatan dan kekeciwaan atau pun kegagalan.

Kegagalan terbesar dalam hidup kita ialah “tidak mencuba” lakukan apa yang kita kehendaki sebenarnya dalam hidup kita. Bila mana anda berfikir untuk membuka perniagaan sendiri, perlukah anda dengar apa yang orang sekeliling kata pada anda, “awak tidak mampu lakukan”, “awak tidak akan berjaya”, “kenapa awak susah payah, “makan gaji sekarang apa kurangnya, cukup bulan cucuk kad keluar duit”, berbagai-bagai kenyataan negatif akan disebarkan ke telingga anda. Anda fikir sendiri, “perlukah saya perlu dengar semua itu untuk berjaya?“. Jika jawapanya, “tidak”, maka teruskanlah cita-cita anda itu.

Kehebatan yang paling besar kita, “bukan berdabik dada mengatakan kita tidak pernah gagal, tetapi “bangun” dari setiap kali kita “jatuh”. Jatuh bukan untuk tiarap terus tapi bangun dengan lebih kuat dab berazam “kita tidak akan jatuh lagi”.

Kalau anda mahu berjaya dalam perniagaan yang diceburi, anda tidak boleh berjaya cuma berbekalkan dengan idea-idea yang hebat tetapi anda perlu menJUAL  idea-idea itu untuk berjaya.

Page 117: PERNIAGAAN RESTORAN

Sebagai contoh: Sekiranya anda ada idea yang hebat berniaga Nasi Ayam,  yang penting bukan idea hebat itu, tetapi anda perlu JUAL  Nasi Ayam itu untuk berjaya dalam perniagaan Nasi Ayam anda. Maknanya anda bukan saja perlu menjadi seorang taukeh yang bagus tetapi perlu juga mempelajari kemahiran sebagai pegawai PEMASARAN yang hebat. Bagi sesetengah orang “pemasaran” ini wujud dalam dirinya secara semula-jadi tetapi bagi kebanyakan orang pemasaran akan menjadi sukar pada permulaan tetapi akan menjadi biasa setelah keperluan mendesak. Jangan ambil mudah tentang pemasaran ini dengan memberi /melantik orang lain sebagai penganti anda pada permulaan berniaga. Anda akan keciwa kemudian hari. Baik susah, baik senang, anda perlu jadi salesman untuk perniagaan anda.

Perlu anda ingat, ” Bukan semua jenis perkhidmatan katering ini untuk anda” dan “bukan semua pelangan bukan pelangan anda”. Pilih yang termampu saja dan jangan gelojoh dan tamak.

Perasaan “Malu” pasti ada pada permulaan berniaga tetapi ingat, ” saya mencari rezeki yang halal dan perniagaan adalah pekerjaan yang mulia, kenapa saya malu terhadap diri saya?”. Jangan risau perasaan malu ini akan hilang dengan sendirinya bila anda mula layan pelangan anda dan mendapat pujian dan terima kasih dari pelangan anda. Tidak apa yang harus kita malu, malu pada Allah SWT kerana kita insan kerdil tak mamapu berbuat sesuatu tanpa izinnya. Malu pada manusia seperti ini cuma jadikan diri kita “Inferiority Complex” yang membawa makna, ‘ merendah diri yang terlampau’ dan sentiasa berfikir orang lain hebat dari dirinya. Mengikut pakar sakit jiwa ia adalah penyakit emosi. Jangan biarkan ‘penyakit’ ini mempengaruhi diri anda. Hindarkan dengan segera.

Keunikan dalam perniagaan katering bukan sentiasa berfikir ingin lakukan yang terbaik untuk pelangan tetapi jadikan “terbaik” itu sebagai tabiat atau sikap semula-jadi pada diri anda. Sikap lakukan terbaik ini akan sentiasa dihormati oleh orang lain terhadap diri kita.

Jangan ambil risiko yang belum pasti berjaya. Ambilah risiko yang telah dikira kebaikan dan keburukan (calculated Risk).  Jangan terburu-buru dengan slongan-slongan ‘rheotoric’ ahli-ahli politik seperti “Malaysia Boleh”. Latih diri anda menghadapi risiko yang telah dikira buruk baiknya tetapi jangan lari dari hadapi risiko, lebih tinggi risiko dalam perniagaan lebih banyak untung perniagaan, Kadangkala mengambil risiko menjadi kunci kejayaan perniagaan anda. Ia akan membantu anda bila menghadapi risiko perniagaan yang lebih besar akan datang.

Kejayaan dalam perniagaan adalah cuma satu harapan yang belum pasti, tetapi tanpa ‘harapan”, ini anda tidak boleh harapkan sebarang kejayaan dalam perniagaan anda. Harap, berfikir akhir sekali jangan lupa minta bantuan dari Allah SWT seperti solat tahjud. Insyallah haarpan anda akan didengar dan makbulkan oleh Allah SWT. Jangan putus harapan, anda akan keciwa. Harapan yang tak tertunai itu, anggap sajalah tidak direstui oleh yang Maha mengetahui dan pemerintah sekian alam Allah SWT. Pasti ada kebaikan dalam keburukan yang cuma anggapan kita itu.

Sekiranya anda tidak putus asa apa saja anda lakukan, anda tidak akan gagal. Sentiasa kejayaan menanti anda dihujungnya.

Emosi adalah musuh bgi setiap peniaga. Emosi perlu dikawal untuk berjaya dalam perniagaan. Sedih, malu, marah, keciwa, putus-asa, takabur, tamak dll perlu dikawal dan mengatasinya dengan meletakan pada tempat yang betul dan gunakan dengan bijaksana melalui akal dan fikiran yang waras.P/S: Banyak Mamak Haji menulis nasihat-nasihat  dalam e-mail-email dihantar oleh pembaca. Ada yang mamak tak jawab e-mail lagi kerana ingin menulis dalam posting-posting akan datang. Kadang-kala Mamak Haji sebenarnya malu pada diri sendiri dan malu juga untuk memberi nasihat pada hampa semua kerana Mamak Haji bukanlah seorang kooperat yang bergelar jutawan. Ramai di luar sana beribu kali lebih berjaya dari Mamak Haji dalam hidup. Anggap sajalah nasihat Mamak Haji ini sebagai cetusan dari hati yang melalui pengalaman yang sama seperti anda semua yang melalui sekarang. Peniaga picisan seperti kita tidak ada tempat mengadu keresahan hati dan kekeciwaan yang dialami, maka Mamak Haji jadikan blog ini untuk peniaga picisan seperti kita untuk berjaya dan tempat meluahkan perasaan. Alhamdulillah blog Mamak Haji yang buruk ini dapat sambutan yang di luar jangkaan dari pembaca. Mamak haji ucapkan ribuan terima kasih atas galakan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh ramai pembaca.  Kadangkala kata-kata semangat ini seperti “komunikasi dua hala”,  sama seperti kasih sayang yang terjalin di antara dua insan yang memerlukan dan yang diperlukan. Bagi peniaga baru terus e-mail kepada Mamak haji untuk luahkan perasaan anda. Apabila meluahkan perasaan pada seseorang, sekurang-kurangnya hati kita rasa tenteram dan sedikit sebanyak boleh melegakan tekanan perasaan yang ditanggung keseorangan. Semua e-mail anda adalah rahsia dan tidak sekali-kali dedahkan identiti. Ada juga pembaca memberikan no.tel untuk menghubungi tapi Mamak Haji belum bersedia menerima

Page 118: PERNIAGAAN RESTORAN

keikhlasannya kerana ia menjadi terlalu peribadi..lagi pun Mamak haji tak sihat sangat. Maka jadikanlah blog dan e-mail sebagai wadah untuk kita berkomunikasi. Mintak maaf banyak noo!

MASALAH MAJUKAN PERNIAGAAN KATERING.Kemajuan sesuatu perniagaan banyak bergantung kepada ‘peluang perniagaan baru’ di pasaran terbuka. Walau pun berbagai-bagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan peluang perniagaan tetapi dalam perniagaan katering mendapatkan sumber peluang perniagaan baru adalah paling mencabar dan bila berjaya mendapatkannya pulak, kadang-kala melakasanakannya perniagaan baru itu satu lagi persoalan besar kerana kekuatan dalaman syarikat untuk mengendalikan peluang itu kadang-kala menghadapi kesukaran dan bermasalah. Akhirnya bukan saja kita mengalami kerugian malah nama syarikat akan tercalar dari tidak memahami kedudukan syarikat.  ”Peluang Perniagaan”, menentukan kita boleh terus berada dalam perniagaan katering dan masa depan syarikat. Bukan mudah untuk mendapatkannya peluang perniagaan baru (orders/pesanan) atau sekiranya kita berjaya dapatkan pun,  mampukah kita mengendalikan?. Dengan secara tak langsung setiap peniaga katering perlu menghitung/analisa kemampuan syarikatnya berdaya saing dipasaran terbuka. Setiap syarikat yang inginkan kemajuan dan berkembang perlu mengamalkan Analisa SWOT atau dikenali “SWOT Analysis”.  SWOT telah mampu majukan syarikat-syarikat katering yang besar. Walau pun analysSWAT ini digunakan untuk syarikat-syarikat besar tetapi ia amat berguna untuk syarikat kecil atau pun perniagaan katering dirumah. Dalam pengurusan perniagaan katering, SWOT digunakan sebagai pendekatan untuk ‘Pengurusan Strategik’ (Strategic Management Tool). Seringkali tuan punya syarikat katerering menggunakan strategi ini untuk  analisakekuatan dalaman atau kemampuan perniagaan yang dijalankan dengankeperluan peluang pasaran di luar.  Singkatan kata S.W.O.T membawa erti dan mamak cuba mengupaskannya satu-persatu:S –   Strength (kekuatan). Ia untuk mengetahui kekuatan dalaman yang terdapat dalam syarikat yang dikendalikan.W – Weak (kelemahan). Kelemahan dalaman yang terdapat dalam syarikat yang dikendalikan.O –  Opportunity ( peluang). Peluang yang terdapat di luaran yang patut diambil.T – Threats (cabaran). Cabaran yang terdapat di luaran.Dengan mengetahui keadaan sebenar perkara-perkara yang disebutkan di atas, kita dapat menilai sendiri keseluruhan kedudukan syarikat untuk berkembang untuk merebut peluang perniagaan di pasaran terbuka yang sangat mencabar sekarang.Apakah yang dikatakan ‘Kekuatan’ Dalaman’ syarikat’ katering?.

1. Makanan Berkualiti – Makanan yang disediakan perlu ditetapkan ‘kepiawaian’ tersendiri.  Ia meliputi tempat penyediaan makanan, cara pengendalian makanan yang terbaik termasuk dengan melatihkan pengendali makanan yang tahu dan praktikan mengendalikan makanan secara kebersihan diri dan juga hygenic yang paling tinggi.

2. Menu makanan yang diunjurkan perlulah yang “unik” dan berlainan dari  katererkaterer persiang anda dalam pasaran.

3. Kecemerlangan. Perlu ada sikap memeberikan perkhidmatan yang cemerlang dengan melebihi kehendak yang diharapkan oleh pelangan.

4. Katerer perlu punyai cita-cita, visi dan misi yang jelas untuk majukan perniagaan perlu difahami oleh semua yang terlibat dalam perniagaanya. Perniagaan katering perlukan dukungan dan kerjasama dari semua yang terlibat. Setiap anggotanya adalah mustahak sebagai satu pasukan bola sepak. Gol yang diperlukan untuk kemenangan pertandiangan seperti kejayaan syarikat.

5. Keghairahan untuk kejayaan tanpa realiti kedudukan dalam syarikat cuma tempuh singkat. Jangan jadikan cita-cita sebagai keghairahaan.

6. Keperibadian yang luhur perlu ada pada setiap pengusaha. Islam mengajar kita keperibadian mulia. Orang Islam sepatutnya amat berjaya dalam perniagaan tetapi sayangnya bila berjaya ramai yang lupakan keperibadian yang mulia ini. Ramai pedagang Islam lampau berjaya kerana keperibadian mulia Islam ini.

7. Pasukan pekerja anda perlu punyai skil-skil atau kemahiran yang istimewa. Kemahiran ini akan bantu syarikat anda untuk kejayaan.

Page 119: PERNIAGAAN RESTORAN

8. Mempunyai komitmen berterusan untuk mempelajari segala ilmu yang diperlukan untuk menjayakan perniagaan dan juga menghadapi cabaran-cabaran yang semakin mencabar sebagai katerer.Faktor-Faktor yang menyebabkan seorang katerer tidak berjaya untuk memperkembangkan atau majukan perniagaan:

Pengalaman dalam menjalankan perniagaan katering ini, Mamak selalu sangat berjumpa dengan katerer yang lain-lain dalam perjuangan katering ini. Paling ketara ialah walau pun mereka mula lakukan katering dah hampir setengah abad masih perniagaan katering mereka tidak ubah. Masih lagi lakukan di rumah dan masih lagi dengan cara niaga yang sama. Bagi mencari peluang perniagaan, ada katerer seperti ini masih kekalkan harga sepuluh tahun dahulu. Anggapan harga menjadi alasan kukuh untuk bertahan dalam perniagaan adalah meleset sama sekali.  Mereka ini lupa keperluan dan harapan pelangan sekarang, katerer mampu memberi perkhidmatan yang terbaik  dan juga berkualiti tinggi. Pelangan sekarang bukan pelangan 20 tahun dulu, mereka tahu apa itu perkhidmatan terbaik dan kualiti makanan. Dimensi Pasaran telah lama dan terus berubah. Fungsi katerer perlu berubah mengikut dimensi pasaran. Ramai di antara katerer ini berpegang kepada pepatah lama Melayu, “secupak tak akan jadi segantang“, tetapi mereka tidak sedar sistem timbang metrik lama telah diperkenalkan di negara ini tapi kita masih lagi berdegil dengan cupak, gantang dan relong. Kadang-kala bila kita sudah tua..pemikiran di selubungi dengan semata-mata pengalaman dan wujudkan sikap negatif terhadap tindakan kita. Apa yang peniaga tua seperti Mamak perlu lakukan ialah, “lepaskan perniagaan kepada anak-anak yang ingin mencuba dalam perniagaan dimensi baru”. Orang muda lebih memahami perniagaan sekarang dari kita yang tua. Perniagaan sekarang perlukan pembelajaran. Tanpa pendidikan sukar bagi kita menghadapi cabaran baru dalam perniagaan katering. Walau pun penulisan Mamak Haji banyak berkisar dalam pengalaman tetapi Mamak Haji sedaya upaya ‘up-datekan’ pengetahuan dalam bidang katering. Idea perniagaan perlukan “pemikiran kritis” dan innovasi untuk maju dan perkembangkan perniagaan. Ini bermaksud, tukang masak yang handal, boleh menjadi peniaga yang handal dan seorang yang tidak mempunyai pengalaman masak, tidak boleh menjadi seorang peniaga katering yang baik. Ilmu kemahiran atau skil masak cuma satu dari kelebihan tetapi ilmu pengurusan yang innovatif akan menjadikan anda usahawan yang terbaik. Mamak Haji mengupaskan sedikit kelemahan yang terdapat pada diri usahawan katering atau kedai makan yang membantutkan perniagaan mereka gagal dan tidak berupaya untuk maju:

Sukar dapatkan pekerja. Suka membeli stok barang keperluan untuk sesuatu majlis katering pada saat-saat terakhir. Membuka perniagaan dengan pinjaman dari pihak luar seperti along atau ajensi kerajaan. Pinjaman

dalam perniagaan bukan tak boleh tetapi buka dengan modal sendiri dan bila perlu berkembang, membuat pinjaman tidak salah. Contoh seperti berikau: Sekiranya kita perlu membayar kembali RM100/=  sebulan pinjaman, untuk kita majukan perniagaan yang boleh perolihi lebih keuntungan 50% dari membesarkan perniagaan itu, maka tidak salah kita berhutang. Mamak haji maksudkan tidak berhutang ialah sebelum berniaga untung rugi kita tidak tahu tetapi yang tetap ikut perniagaan ialah hutang.

Kadangkala untuk keghairahan, kita sanggup berhutang keliling pinggang. Ada juga bila sudah jadi taukeh dan tunjukkan kehebatan “boss”nya, ghairah membeli rumah besar, kereta besar dan ada juga pasang isteri dua atau tiga. Orang tua-tua dulu selalu berkata, “peniaga Melayu lingkup kerana ingin berbini lebih satu, peniaga Cina lingkup kerana suka berjudi dan peniaga India lingkup kerana arak!”. Perniagaan awal tidak akan janjikan apa-apa. Tak salah punyai impian nak berkereta besar atau rumah besar tetapi pembayaran balik hutang perlu di kira dengan mengambil kira kemampuan kita. Hutang adalah keberanian tetapi jangan sampai hutang ini sampai meragut kebahagian diri dan keluarga.

Over-head atau kos pengendalian perniagaan yang terlalu tinggi. Ada juga sayrikat katering atau kedai Makan tidak pernah praktikan langkah-langkah mengurangkan kegunaan letrik, gas masak, air, minyak kenderaan yang semakin hari semakin naik. Tentang penyelenggaran langsung O. Rosak peralatan diganti baru. Bagaimana pulak sekiranya kerajaan luluskan gaji minima pekerja di negara ini RM1,500 sebulan. Maka kita perlu sensitif terhadap kenaikan overhead syarikat. Awasilah dengan segala overhead dalam perniagaan anda.

Marah yang tidak dapat kawal dan punyai emosi yang tak stabil. Ini kena belajar dengan taukeh restoren Mamak yang sentiasa ‘cool’. Dalam perniagaan kita ini keperluan sabar cukup siksa kerana kita sentiasa perlu menghadapi pelangan yang lapar yang marah. Pepatah Inggeris kata, “The Hungry Man Always, an Angry Man”. Maka kita perlu sentiasa mengawal situasi

Page 120: PERNIAGAAN RESTORAN

kemarahan yang melampau dari pelangan. Bila letak kaki kat tempat berniaga lupakan segala masalah peribadi dan tumpukan pada perniagaan hari itu. Jangan beri peluang emosi mengawal pemikiran. Anak-anak muda perlu awasi perkara ini dan latih diri belajar bersabar.

Tidak punyai kepimpinan (leadership), sebagai taukeh anda perlu ingat perniagaan seperti “lancang Kuning Belayar Malam”…anda sebagai nakhoda. sekiranya hilang haluan lancang anda tenggelamlah seluruh. Kepimpinan ini kadangakala ada pada diri semula jadi atau pun boleh mempelajarinya melalui kursus. Ingat kepimpinan melalui tauladan. Ramai dari kalangan taukeh-taukeh ini gagal mengawal syarikat kerana tiada kepimpinan terhadap orang bawahan. Kita tak perlu menjadi “pemimpin aggresif seperti general dalam tentera dan jangan jadi amat lembut dan pasif. Ambil jalan tengah antara dua keras dan lembut.

Skil komunikasi yang lemah. Tidak boleh berkomunikasi dengan baik dengan pelangan dan juga pekerja.

Tidak ambil peduli dengan masalah yang diutarakan oleh pelangan. Cuba bertegang leher apabila pelangan utarakan kelemahan atau merungut tentang harga, servis atau punmutu makanan sajian. Jadi Toh Pekong di meja counter. Anda perlu pandai menyelesaikan masalah yang timbul dengan kadar segera.

Tidak pedulikan akaun syarikat, tidak tahu untung-rugi jualan, dan tidak amalkan sistem kewangan “kos berkesan”, dan ramai peniaga kita amalkan ambi duit perniagaan, beli barangan keperluan esok hari dan beranggapan wang yang tinggal itulah keuntungannya. Ramai diantara peniaga ini langsung tidak punyai akaun perbankan, cukai pendapatan jauh sekali. Kalau nak beli kereta atau rumah gelabah tak tahu apa yang perlu beri pada bank untuk meluluskan pinjaman dan alasan yang kita akan dengar, Orang melayu sukar mendapatkan Pinjaman”. Orang Cina pandai berniaga, mereka ada akaun bank, dan pembayar cukai. Tapi bila mereka membayar cukai perniagaan. Kalau tahun depan mereka nak beli kereta, tahun ini mereka menunjukkan akaun untung dan bayar cukai pendapatan. Bila dapat borang J, tahun depan mereka dapat pinjaman dari bank. Selepas itu sampai tujuh tahun mereka menunjukkan akaun rugi. Alahai, nak buat akaun enterprise ini bukan payah, selepas tujuh tahun ahabis bayar kereta, mereka mula untung pulak..nak beli kereta baru lagi!. Inilah sistem yang mereka makan. Ini juga mempermudahkan ambil kredit card berpuluh-puluh. Ambil hutang di pasaraya bila barangan potongan harga banyak-banyak dgn kad kredit (1.78% intrest), jual di kedai runcit mereka dengan keuntungan 40-50 peratus. Yang beli cuma orang Melayu. Anda pernah ke kedai runcit?..siapa pelengan?. cuba perhatikan. Surat khabar Cina umumkan jualan murah di pasar raya..surat khabar kita cuma umumkan jualan ubat kuat dan jamu!..hahaha!. Peniaga Cina 1 bulan awal tahu kenaikan barangan, kit ketahui bila nak beli saja!. Menteri melayu kita kata, “kerajaan jamin tiada kenaikan harga barangan” Peniaga Cina selalunya bace terbalik kenyataan Menteri Melayu, yang kata, “tak naik itu bermakna “naik” ,yang kata, “stok cukup”, itu tak cukup… apa salah jawatan menteri kawal harga barangan itu beri pada “Parti MCA atau Gerakan” baru kita berpeluang hentam depa ..cukup..cukup.Mamak dah bebel dah…pasai ke politik pulak dah!.P/S:    Mamak Haji kadang-kala bosan juga dengan politik di negara kita baik pemerintah atau pun pembangkang. Bagi Mamak Haji “politik” bukannya semata-mata pertempuran ‘ala guerilla di antara siapa baik dan siapa jahat?. Apa yang perlu berfikir adalah politik membawa kebaikan pada negara atau Mat salleh panggil “state craft”. Kita perlukan pemikiran kritikal untuk memahami politik. Politik bukan Insitusi moral baik atau jahat, atau pun pertempuran di antara perasuah dan bukan perasuah, Politik sebenarnya adalah Insitusi perkhidmatan untuk Rakyat!. Mamak Haji sebenarnya “give-up” dengan Mamak-Mamak Pulau Pinang sekarang yang terlalu ghairah berpolitik setiap kali solat Jumaat di Mesjid Negeri. Apakah generasi golongan orang muda dari golongan Mamak akan datang luput dari bidang perniagaan dan kembali ke zaman Empayar Melaka yang memasuki dalam kancah politik orang Melayu?.

RAMAI KATERER KANTIN KILANG AKAN GULUNG TIKAR?.Mamak tak tahu nak kata apa tentang kenaikan harga barangan masakan terutama kepada peniaga-peniaga makanan. Tahun 2011 semakin tamat, dan tahun 2012 sedang menghampiri dan apa yang akan berlaku seterusnya pada tahun 2012 menjadi seribu tanda tanya di kepala otak Mamak. Banjir di Negara Thailand sedang berterusan sekurang-kurangnya dua minggu lagi. Banjir di Thailand telah menyebabkan negara Thai merupakan pengekspot utama beras terbesar Asia Tenggara sedang menghadapi kekurangan bekalan beras pulak.  Hutang negara-negara Eropah sedang meruncing menyebabkan ekonomi dunia menjadi lembab. Di Negara kita harga sayur, seperti cili, kobis dan bayam kangkong dan lain-lain ikut melambung. Harga ayam tidak menentu.

Page 121: PERNIAGAAN RESTORAN

Harga beras kerajaan, tidak dapat bertahan lama. Harga beras tetap akan naik. Mungkin kerajaan kekalkan harga beras 15 peratus kira ok juga. Barangan harga naik kerana bekalan semakin kekurangan dan permintaan semakin bertambah. Kita perlu memahami kita tidak boleh menyalahkan pembekal. Memang kita boleh gunakan segala undang-undang untuk menyekat kenaikan harga ini tetapi ia bukan keputusan yang baik. Siapa nak berniaga rugi?. Masalah ini adalah paling parah bagi peniaga kecil. Orang Makan gaji lain, cukup bulan dapat gaji. Orang berniaga?. Bila makanan restoren dinaikan harga makanan, pelangan ke restoren semakin berkurangan. Perniagaan restoren tidak mengapa kerana boleh naikan harga guna nama persatuan tetapi bagaimana pula dengan katerer kantin yang membuat perjanjian kontrak ketetapan harga makanan dengan pihak pengurusan kilang?. Sebagai contoh, Mami seorang katerer yang menjalankan perniagaan katering dengan kontrak terikat selama 1 tahun dengan harga makanan yang ditetapkan (selama 4 tahun Mami jalankan perniagaan katering di syarikat ini) di salah sebuah kantin di kawasan perindustrian Perai, Seberang Perai, Pulau Pinang. Kontraknya akan tamat pada Disember 2011 ini. Pihak pengurusan syarikat tidak nak ambil tahu kenaikan harga barangan. Mungkin juga pengurus dan bossnya tidak pernah ke Pasar atau pun beli barangan harian. Kemungkinan isteri mereka guna pakai kad kredit dan tak ambil pusing dengan kenaikan harga barangan ini. Pekerja mereka tidak akan dapat kenaikan gaji kerana ramainya terdiri dari pekerja impot dari Bangladesh atau Nepal. Pekerja tempatan mulai krang terutama pekerja Melayu yang dikenakan berbagai cara tidak akan diterima bekerja di kebanyakan kilang-kilang Industri orang tempatan. Kalau ada pun pakai kontrak saja.  Sekiranya kilang itu penuh dengan pekerja Bangla dan Nepal bolehkah katerer yang menjalankan perniagaan itu bertahan?. Nasi masak berapa guni tetap akan habis tetapi bagaimana dengan lauk?. Kalau anda tengok si mat bangla dan Nepal ini makan nasi putih anda akan terkejut. Kita boleh makan dua hari jumlah nasi yang mereka mentakadarah menghadap satu pingan dalam satu waktu. Mereka ini tak perlukan lauk cuma kari paruppu  sudah mencukupi kalau tak kedekut mereka ambil labu air masak paruppu juga. Kalau berniaga, nasi putih pun kalau tak untung tak perlulah berniaga kantin-kantin yang dipenuhi Mat bangla dan Mat Nepal ini. Percayalah tak lama lagi majikan kilang-kilang ini akan meminta supaya katerer impot dari Bangla atau Nepal diberi permit untuk menjadi katerer dikilang mereka. Pesatuan majikan kilang akan meminta demi menjaga untuk Mamat-mamat ini. Mamak percaya katerer kantin kilang yang ada sekarang satu demi satu akan, “gulung tikar tidak lama lagi”. Apa yang berlaku ialah pihak pengurusan syarikat tempatan hisap darah katerer tempatan dan dermakan kepada pekerja impot untuk mengemokan mereka untuk kegunaan mereka. Maka betullah pepatah Melayu itu, “kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan”.Masalah Dihadapi Katerer Kantin kilang:1. Menu, Pilihan dan Harga:Sebagai katerer kantin, perlu ambil kira keperluan pelangan yang semakin cerewet dan rumit seperti mereka mahu makanan kesihatan, masakan pelbagaian etnik di negara ini, rasa makanan dan juga harga makanan. Contohnya bila sediakan menu telur goreng mata lembu atau di utara orang pangil telur goreng mata kerbau. Ada pelangan akan merungut dgn minyak digunakan goreng telur berlebihan (makanan kesihatan), ada pelangan yang mahu goreng garing dan ada yang mahu kuning telur tidak masak, Ada yang jenis lain pula merungut, ” sebiji telur baru tiga kupang, jual sampai enam kupang”. Kita perlu menghadapi semua kerenah pelangan ini dengan muka senyum kalau cakap terlebih esok hari mereka ini akan menghantar e-mail macam-macam mengenai masakan kita.

Menu yang sediakan sekurang-kurang 15 jenis dan sentiasa perlu ubah untuk pelangan. Menu yag tidak popular perlu digantikan dengan menguji menu baru. Menu di kantin tidak seperti menu nasi kandar. Menu nasi kandar adalah menu yang terbaik untuk berniaga untuk dapatkan keuntungan maksima.  Menu Nasi kandar, sSayurnya cuma dua jenis kobis goreng atau kacang panjang goreng. Kadang-kala adakan bendi rebus. Nasi putih, ayam goreng, kari ayam dan kari ikan. Kurma ayam atau kambing, menu tambahan.  Daging masak itam kemestian. Pesanan tepi, Ayam masak madu atau merah. Menu menarik, Telur rebus ayam dan masin dan telur dadar tebal kalau perlukan. Udang dan ketam untuk pelangan yang mampu. Tetapi menu di kantin ..alahai sedih mamak nak terangkan. Sekarang mungkin anda tahu kenapa restoren mamak untungnya berlipat kali ganda dari restoren Melayu nasi campur?.

Selain menu ala Buffet sekurang-kurangnya 15 jenis, menu ‘ala carte dan Table hot’e perlu disediakan di kantin kalau ingin dapatkan lebih sedikit pulangan jualan. Menu ”ala carte biasanya

Page 122: PERNIAGAAN RESTORAN

adalah menu masakan Thai seperti tom yam, Nasi goreng atau pun masakan ayam. Ada juga menyediakan masakan barat seperti chicken chop atau fish and chips. Menu ini adalah terpaksa untuk memenuhi kehendak pelangan lebih eksklusif.

Menu Table d’hote: Walau pun menu ini adalah hidangan set yang perlu dihidangkan di atas meja tetapi di kantin-kantin biasanya diletakan diatas meja khas untuk pelangan mengambil terus. Set seperti nasi ayam, nasi goreng pataya, bubur nasi atau pun pelbagaian sup amat popular.

Menu Cafe’ : Menu cafe ini amat diminati oleh pelangan golongan muda ia seperti sandwich, hot dog, burger atau lain-lain menu yang diminati golongan muda perlu diadakan untuk menarik golongan pekerja muda.Maka rumusan dari atas bukanlah  mudah kendalikan sebuah kantin. Jumlah masakan perlu ditetapkan sekiranya berlebihan adalah kerugian. Kalau kekurangan perlu menghadap pihak pengurusan ntuk mendengar bebelan tak cukup dengan bebelan oleh pelangan. Sekiranya seorang dari jumlah terdiri 1,000 pelangan membuat aduan,  ia menjadi serius kemungkinan katerer menghadapi tindakan surat amaran. Kenapa peniaga katering mengejar kontrak kantin?. Mungkin Mungkin harapan 100 peratus pekerja menjadi pelangan mereka, atau kerana subsidi diberi oleh pihak pengurusan seperti kemudahan tempat berniaga, utility air, letrik atau gas percuma. Namun ia dianggap kemudahan tetapi katerer kantin ini perlu faham, “tiada apa yang percuma” atau omputih kata, “nothing Is Free”. Dengan subsidi yang diberikan, pihak pengurusan akan memaksa katerer mengikut telunjuk mereka seperti penyediaan menu, Harga yang makanan paling minima dan lain-lain mengikut selera hati pengurus. Anda juga terbabit dalam odit dalaman dan luaran bila sistem ISO diamalkan oleh syarikat tersebut. Paling menyedihkan, anda juga perlu membuat kontrak yang disediakan oleh pihak pengurusan kilang cuma untuk menjaga kepentingan mereka. Jangan harap sangat kontrak itu berpihak pada katerer diakhir surat kontrak segala perubahan dalam kontrak adalah budi bicara pihak pengurusan kilang. Maknanya anda timun dan pengurusan durian. Katerer juga tidak ada hak dan peluang untuk perbincangan atau mengubah kontrak asal untuk menjadikan kontrak itu  berkeadaan situasi “menang-menang”. Sikap keadilan tidak dipedulikan dalam kontrak seperti ini. Kalau anda mahu, bersetuju dan tanda-tangan kalau tak, ramai katerer akan menunggu diluar. Inilah dasar pengurusan kepada katerer. Apabila katerer menandatangi kontrak seperti ini, ia sama dengan menjerut leher sendiri. Pihak pengurusan akan meletakan syarat deposit beribu untuk mengikat anda. Apabila tamat tempoh kontrak jangan terlalu harap anda akan dapat kembali wang deposit ini. Ada saja alasan untuk mencari jalan tidak membayar kembali deposit itu. Mamak tak faham undang-undang mana yang mereka pakai untuk mengambi depsit yang tinggi dan pegang beberapa tahun tanpa membayar faedah ke atas deposit itu. TNB atau Talikom pun membayar faedah untuk deposit walau ia cuma RM100 tetapi pengurusan kilang memegang deposit orang ramai tanpa membayar kembali wang deposit atau pun faedah dan lupuskan adalah perbuatan sangat keji dan jahat. Katerer kilang perlu tubuh persatuan yang betul-betul menjaga kepentingan mereka. Pengurusan kilan yang kurang ajar kepada katerer perlu disisihkan dan jangan adanya katerer  ingin menjalankan perniagaan di kantin mereka. Peniaga-peniaga katerer orang Islam perlu bersatu membantu dan menghadapi pengurusan kilang kilang yang bongkak dan sombong.Walau pun seorang katerer ikut 100 peratus kemahuan pengurusan tetapi ada pengurusan kilang tidak mengambil sebarang langkah untuk  untuk mengalakan para pekerja atau staff nya mengutamakan makan di kantin. Mereka tidak berupaya mengahalang pekerja atau staffnya membawa bekal dan makan di kantin atau pun keluar waktu makan untuk makan di luar. Ada juga pekerja kilang yang bukan beragama Islam biasanya pekerja dari negara Vietnam, membawa makanan haram seperti daging babi, atau daging anjing makan di kantin menggunakan peralatan kantin seperti pingan, sudu-garpu tidak langsung dapat perhatian dari pihak pengurusan kilang. Kadang-kala katerer terpaksa menangis dalam hati kerana kebanyakan pengurus sumber manusia dalam kilang adalah orang Melayu Islam. Ada yang sudah bertukar menjadi orang Jepun atau pun omputih. Kemudahan Katering yang perlu adakan diambil sambil lewa oleh pihak pengurusan kilang. Ini kerana pengurus sendiri tidak memahami keperluan asas kantin dan juga tidak ambil bahagian dalam semasa proses reka cipta bangunan khas untuk kantin. Kadang-kala kantin yang ditawarkan kepada pekerja kilang tidak langsung mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ditentukan oleh pihak penguatkuasa keselamatan bangunan atau pihak Bomba. Reka cipta kemudahan asas seperti sinki, bekalan air bersih, penyaliran air kumbahan, punca letrik untuk kegunaan peralatan

Page 123: PERNIAGAAN RESTORAN

kantin, sistem penyimpanan stor barangan kering, peti sejuk, pengudaraan dalam dapur yang baik untuk mengeluarkan bau masakan atau pun udara segar tidak diendahkan. Yang mereka tahu katerer perlu sediakan makanan yang harga murah dan mencukupi untuk pekerja. Banyak lagi kepincangan dalam pengurusan menguruskan kantin kilang. Tetapi apakan daya kita sebagai peniaga katerer yang cari makan, semua rungutan kita akan habis macam itu juga. Sikap tunjuk pandai sesetengah pengurus lebih dari katerer akan mengecewakan katerer yang baik. Bagi pengurusan kilang, sekiranya seorang katerer tidak minat menjalankan perniagaan di kantin mereka, sepuluh lagi katerer yang di luar akan melutut untuk mencari peluang berniaga di tempat mereka. Perkara sama akan berlaku berulang-ulang dan berulang. Ada katerer yang lari malam, ada katerer yang gulung tikar selama-lamanya kerana lari dari hutang along yang tak mampu bayar selama-lamanya.Akhir sekali bagi peniaga katering yang baru  ingin menceburkan perniagaan katering kantin perusahan atau bangunan kerajaan awaslah dengan kenaikan harga barangan dan iklim ekonomi yang tak menetu. Kadang-kala perniagaan katering kantin kilang “indah dari rupa”. Perasaan kata memang rasa senang dan hasil jualan yang lumayan tetapi ia cuma seperti bueh-bueh sabun yang dipegang akan hilang entah ke mana. Selagi pengurusan kilang tidak memikirkan situasi menjalinkan keadaan menang menang di antara pengurusan kilang dan pihak katerer untuk menyemak harga baru. Jika tidak jadikanlah katering kantin sebagai pilihan terakhir untuk sementara waktu.

PERNIAGAAN KATERING: MEMILEH JENIS KATERING YANG TERBAIK.Salam, Mamak Haji lama tak menulis dalam blog, harap maaf. Banyak sangat kenduri di hujung tahun  terutama Majlis-Majlis kahwin. Mamak Haji tak kuat seperti dulu, boleh terima tempahan dalam sehari masak dua atau tiga tempat serentak. Kini satu majlis pun kalau menolong Mami dah pancit dah. Mamak Haji bukan macam ahli politik kita, lagi tua, lagi mau bertanding untuk jawat jawatan. Orang Asia tak kuat seperti orang Eropah. Mungkin pemakanan kita yang tidak kawal oleh empunya diri. Kalau dah tua ini, kadang-kala semangat saja lebih tapi kemampuan dah kurang dah. Kalau dah umur lebih 60 tahun, anak-anak mula kata kita sudah nyanyok. Kadang-kala zaman sekarang nasihat orang tua sukar diterima-pakai orang muda. Pepatah Melayu, “Gayung tua, gayung pemutus” atau “lebih makan garam”, dah tidak pakai lagi. Lebih makan garam akan akibatkan, “Serangn Jantung” atau ” Darah Tinggi”. Garam ini akan sejatkan air dalam darah dan darah jadi pekat. Bila darah dah pekat, saliran sumbat-sini dan sini macam banjir kilat kat Kajang, Selangor. Tua ini tak boleh dirasa tetapi boleh dengar anak-anak kita kata… maka eloklah ahli politik atau ahli perniagaan yang dah tua itu beri peluang pada anak-muda untuk teruskan perjuangan dengan perpektif mereka sendiri. Jangan bersikap macam slongan bateri alkali…”lagi dan lagi”. Akhirnya ahli politik yang tua- tua  ini  cuma akan membazirkan duit rakyat dan menyusahkan pengundi dalam pilihan raya kecil saja. Kesian kat Telivisyen-telivisyen di negara ini tidak ada berita lain selain cerita politik saja. Sekiranya terlampau berpolitik cuma mengucar-kacirkan kestabilan negara. Tak perlulah buat kek Najis…ada kah mereka yang buat kek itu betul?. Sehingga benda makan pun di keji seperti itu. Cef yang buat kek itu memang handal orangnya atau dah kekeringan idea reka-cipta betuk lain?…ishhh Mamak Haji ke arah politik pulak dah. Minta maaf banyak noo..Mamak haji kalau tak membebel tak boleh.Tajuk di atas sebenarnya adalah untuk memilih jenis katering dalam skop perniagaan katering. Seperti anda tahu, jenis katering ini dalam perniagaan katering amat luas. Berbagai produk katering akan anda tempuhi dalam bidang perniagaan ini, seperti katering Majlis Perkahwinan, Majlis keagamaan, Katering membekal bungkusan (lunch Box), Katering Makan Malam, Katering koperat, katering untuk Majlis rasmi kerajaan (VVIP), katering kapal terbang, dan banyak lagi. Bila anda memulakan perniagaan, pada permulaan anda akan ambil apa saja jenis katering yang diperlukan oleh pelangan anda. Tiori kita ialah, untuk membina perniagaan yang terbaik perlu menerima apa saja peluang perniagaan. Ini adalah polisi pemasaran kita pada permulaan membuka perniagaan katering. Apabila syarikat katering kita dah mula bertapak selepas setahun

Page 124: PERNIAGAAN RESTORAN

atau lebih, strategi yang terbaik ialah mengambil kira setiap peluang jenis katering yang diterima untuk memberi kita keuntungan maksima dan perlu memberi perhatian kepada kepayahan melaksanakan kerja tersebut. Kepayahan pelaksaan yang Mamak haji maksudkan ialah seperti jarak jauh katering yang kita perlu lakukan, majlis-majlis yang perlukan kemahiran yang istimewa. Pendek kata janganlah kita libatkan diluar kemampuan kita dengan mengharapkan pertolongan dari orang lain. Kita tak mahu sesuatu jenis katering yang terima itu, untung tak seberapa tetapi penat saja lebih.Selepas setahun atau dua tahun bila anda berjaya dalam perniagaan katering, anda perlu menganalisa dan kaji stastik kewangan syarikat, anda akan ketahui dari jenis katering mana anda mendapat tempahan yang banyak dan keuntungan yang maksima. Contohnya sebuah tempahan yang diterima untuk menyediakan perkhidmatan untuk satu majlis kurang dari seratus (50 – 100) kepala dan katakanlah ia adalah jenis katering yang anda paling gemari tetapi keuntungannya kurang memuaskan dan sukar mengendalikan. Apa yang anda perlu lakukan ialah, menghindarkan dari list package anda, semua pesanan kurang dari seratus kepala atau sekiranya anda masih berminat naikan harga yang berpatutan untuk pesanan seperti ini.Menukar atau menghindarkan sesuatu pesanan memang susah dilakukan sekiranya anda cuma menggunakan rasa hati dan tidak menggunakan akal fikiran. Kadang-kala dalam perniagaan, perkiraan yang menggunakan rasa hati perlu diketepikan untuk kita berjaya. Ambil contoh seorang doktor pakar bedah swasta, tidak akan bedah pesakit yang datang kepadanya cuma mengadu demam dan batuk. Kita tidak boleh lakukan apa yang kita tak sepatut lakukan. Kalau ia mendatangkan kerugian dan kepayahan kenapa pulak kita perlu layan?.Anda perlu meneliti  di setiap akhir tahun, jenis katering yang menyumbangkan keuntungan dan jenis katering katering yang menyebabkan kehilangan keuntungan. Besar lagi nilai perniagaan tahunan anda, banyak lagi akan kehilangan keuntungan dari jenis perniagaan katering yang kurang keuntungan. Mamak bukan gunakan perkataan kerugian tetapi kehilangan keuntungan kerana biasanya perniagaan katering besar selalunya mendapat keuntungan besar dari hasil kerja keras tanpa menilai jenis-jenis katering yang menghasilkan hasil keuntungan lumayan dan kurang lumayan. Pilihlah jenis katering yang bersesuain dengan anda. Sekiranya katering “membekal makanan bungkusan (Lunch Box) yang menguntungkan dan dari jenis katering majlis perkahwinan yang anda dapat setahun sekali itu, tumpukan pada jenis perniagaan “Lunch Box”. Tak perlulah kita terkapai-kapai setahun sekali masak nasi minyak untuk majlis perkahwinan itu.NOTA: TIP MASAKAN,  ”MASAK DAGING KAMBING BATANG PISANG”.Tip ini sengaja Mamak haji masukkan untuk para pembaca kerana masakan ini kesukaan Mamak Haji dan jarang dapat menu masakan yangyang betul di Pulau Pinang. Di sebelah Kedah ini boleh dikatakan semua majlis perkahwinan tanpa lauk di atas tak cukup syarat. Mamak haji dapat Tip masakan ini dari Sahabat Tukang Masak Majlis Perkahwinan dari Baling, Kedah. Masalah utama dalam masakan batang pisang ialah:Batang Pisang Lebam/ Hitam – Ini disebabkan batang pisang digunakan ialah dari pokok pisang liar (hutan). Batang pisang yang sesuai ialah dari pokok pisang awak atau abu.kEPINGAN Batang Pisang tidak sebati dengan kuah atau terapong di atas kuah – Ini disebabkan santan dimasukan terdahulu seperti masak rendang. Batang pisang perlu ditumis bersama rempah dan apabila sebati, akhir sekkali masukan santan.

Page 125: PERNIAGAAN RESTORAN

SURAT PERJANJIAN PERKHIDMATAN KATERING.Dalam apa saja jenis perniagaan, masalah menagih hutang setelah perkhidmatan yang telah diberikan kepada pelangan membawa mimpi yang buruk. Dalam bidang katering ini kita perlu menghadapi berbagai-bagai ragam pelangan yang suka berhutang di luar kemampuan mereka. Ada juga pelangan yang jujur dan ikhlas dan memahami kedudukan kewangan katerer yang sering dalam kesempitan. Bagi mereka yang seperti ini kita doakan, Allah SWT memberi keberkatan di dunia ini dan di akhirat. Mamak Haji teringat pada sebuah Hadis dari Jabir r.a bahawanya Rasulullah s.a.w bersabda, Maksudnya: “Allah memberikan kerahmatan kepada orang yang bemurah hati ketika menjual, juga ketika membeli dan pada ketika meminta haknya – yang menagih hutang.” (Riwayat Bukhari). Menagih hutang adalah hak kita yang telah menyediakan perkhidmatan katering yang terbaik kepada pelangan, maka kenapa kita sebagai katerer pulak yang perlu malu atau segan menagih hutang dari pemiutang?.Sikap pelangan yang ingin perkhidmatan katering ini gelagatnya berbagai-bagai ragam. Selaunya katerer yang telah lama berada dalam bidang ini dapat membaca setiap gelagat pelangan dan sedia hadapi risiko apabila terima pesanan pelangan seperti ini untuk perkhidmatan katering. Bagi katerer yang baru dan ingin mencuba ini, memang bersemangat tinggi dan juga kadang-kala semangat ini menjadi pula kegelojahan dalam membuat keputusan. Katerer seperti ini selalunya akan terperangkap dengan pelangan yang jenis, “pandai berhutang tapi tak pandai bayar”. Pelangan seperti ini biasanya kerap kali bertukar katerer dan selalunya memburukan katerer-katerer yang terdahulu dengan berbagai-bagai momokan dan juga memberikan berbagai alasan kenapa dia tak bayar katerer tersebut. Alasan-alasan yang diberikan cuma alasan yang direka-reka untuk mempertahankan dirinya kerana dia memang tak mampu membayar hutang kepada perkhidmatan katerer yang terdahulu. Pelangan seperti ini bukan orang susah atau miskin tetapi suka menunjuk-nunjuk dia hebat dari orang lain. Ada juga karier hidup mereka suka menipu orang lain. Satu perkara tentang pelangan seperti ini ialah, suka mengelakan diri dari menda-tangani surat kontrak perjanjian dengan katerer dengan memberi segala macam kata-kata manis pada permulaan dan mengluarkan segala macam kata-kata nista dan berbagai alasan ketika perlu membayar kepada katerer. Katerer baru akan terjebak dengan pelangan seperti ini yang suka menanam tebu dibibir dan apabila manis dirasai, hampasnya dibuang ke muka kita setelah selesai majlis. Katerer yang baru menceburi dalam katering perlu awasi dan berjaga-jaga dalam setiap perjanjian mulut yang dilakukan kepada semua pelangan yang inginkan perkhidmatan. Takuti nanti berniaga buluh kasap pulak!. Bagi katerer baru, surat perjanjian adalah mustahak kerana ia adalah jaminan untuk perjanjian yang telah dimeterai antara katerer dan pelangan. Mengikut pandangan Islam dalam transaksi perniagaan terang sekali disebutkan di dalam Al-Quran, Surah al-Baqarah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berpiutang dengan sesuatu dengan sesuatu piutang, hingga masa yang ditetapkan, hendaklah kamu tuliskan, dan hendaklah melantik seorang penulis diantara kamu menuliskannya, sebagimana Allah telah mengajarkan kepadanya, sebab itu hendaklah menuliskan, dan hendaklah membacakan orang yang berhutang dan hendaklah ia takut pada Allah, Tuhannya, dan janganlah dikurangkan sedikit pun. Kalau orang berhutang itu bodoh, lemah atau tiada kuasa membacanya, hendaklah walinya membacakan dengan keadilan. Persaksikanlah piutang dengan dua orang saksi laki-laki, dan jika tidak ada dua orang laki-laki, cukuplah seorang laki-laki dan dua orang perempuan antara orang-orang yang kamu sukaimenjadi saksi-saksi, kerana jika lupa salah seorang antara keduanya, teringat oleh yang lain. Jangan enggan saksi-saksi itu, bila mereka dipanggil orang. Jangan kamu malas menuliskan piutang itu, baik sedikit ataupun banyak, hingga sampai janjinya”. Dari keterangan ayat tersebut, begitu penting menulis hutang bukan berjanji dengan mulut. Kenapa katerer payah sangat nak buat surat perjanjian. Biasanya katerer terima deposit sebagai lakukan kerja yang diberikan. Selepas kerja sepatutnya pembayaran selesai. Ini tidak ia menjadi hutang pulak dan yang lagi menyakitkan berbagai persoalan timbulkan oleh pelanggan semasa membayar. Kenapa ini terjadi?. Kebanyakan katerer tidak membuat perjanjian tertulis dengan pelangan.

Page 126: PERNIAGAAN RESTORAN

Kali ini Mamak Haji ingin beri sedikit nasihat dan maklumat yang perlu disertakan dalam contoh surat perjanjian perkhidmatan katering, terutamanya berkenaan dengan Pembatalan Perkhidmatan katering yang sering membawa masalah kepada katerer baru. Menyediakan surat perjanjian katering memang mudah tetapi apabila berlaku sesuatu keadaan yang tidak diduga kita perlukan maklumat tertulis yang boleh menyelesaikan masalah. Surat perjanjian perkhidmatan katering selalunya mengandungi Tajuk, Jenis Majlis, Tarikh Majlis, Masa Majlis, Nama Pelangan dan alamat penuh, Jumlah Tetamu, Lokasi Majlis dan nombor talipon atau e-mail untuk kemudahan berhubung. Ia adalah informasi yang umum dan tidak ada sebarang perjanjian mengenai deposit, cara pembatalan surat perjanjian dan lain-lain kos atau kehilangan harta benda katerer. Perkara seperti ini adalah mustahak bila timbul sesuatu tuntutan di antara katerer dan pelangan. Isi surat perjanjian juga perlu disertakan perkara-perkara seperti di bawah ini:1. Pelangan anda perlu memahami seluruh isi surat kontrak ini, kerana isi surat kontrak ini keseluruhannya terletak pada tanggung-jawab pelangan sekiranya kontrak ini dibatalkan oleh pelangan.2. Pelangan juga perlu memahami kedudukan katerer apabil ingin batalkan majlis, apabila tarikh majlis semakin hampir, katerer telah pun membuat perjanjian dengan agensi pekerjaan mengambil pekerja tambahan (event satffing), telah pun membeli bekalan masakan dan lain-lain persiapan seperti khemah, kerusi meja dan lain-lain peralatan untuk majlis. Dengan ini sekiranya berlaku sebarang pembatalan, pelangan perlu bertanggung jawab kepada kos yang katerer terpaksa tanggung. Apa yang katerer inginkan ialah pelangan berkongsi kerugian kos katerer.3. Faktor tetamu adalah penting dalam perkiraan keseluruhan kos majlis oleh katerer. Dengan itu sekiranya pelangan ingin mengurangkan tetamu yang hadir untuk majlis jatuh kepada lebih dari 40 peratus dari jumlah asal tetamu, satu harga baru akan diperkenalkan oleh katerer kepada pelangan. Sekiranya tidak diberitahu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum majlis kekurangan tetamu oleh pelangan sehingga hari yang tetapkan majlis, jumlah kos tidak akan dikurangkan dari kos asal.4. Sekiranya pelangan ingin membatalkan majlis selepas dua minggu hanya 50 peratus dari deposit dipulangkan kepada pelangan. Jika majlis dibatalkan sebelum 30 hari deposit penuh akan dipulangkan (di sini anda memberikan sesuatu yang menarik kepada pelangan anda untuk mengikat kontrak lebih awal untuk anda mempunyai waktu secukup).5. Pelangan juga perlu bertanggung-jawab kepada peralatan atau harta benda katerer yang ditinggalkan oleh katerer untuk Majlis. Pelangan juga perlu pastikan seluruh peralatan katerer yang digunakan dalam majlis seperti pemasangan bunga, skirting, alas meja atau apa-apa perhiasan perlu dibuka sendiri oleh katerer selepas saja tamat majlis. Sekiranya di buka oleh pelangan atau tetmu dan selain dari staff katerer, kehilangan atau kerosakan darinya perlu ditanggung oleh katerer.6. Katerer telah sediakan keselamatan yang terbaik untuk majlis pelangan, tetapi sekiranya berlaku sesuatu insiden buruk seperti tercurah kuah panas, sup panas kepada tetamu, katerer tidak bertanggung-jawab terhadap apa-apa tuntutan dari bagi pihak tetamu dan pelangan. Seluruh keselamatan adalah tanggung-jawab pelangan sendiri.Banyak perkara lagi boleh disertakan sebagai syarat-syarat perjanjian. Surat Perjanjian bukan saja membantu katerer tetapi hak pelangan juga dapat dipertahankan. Pelangan juga akan pandang tinggi terhadap pengurusan syarikat katering anda.

Page 127: PERNIAGAAN RESTORAN

SIRI 1: CARA MULAKAN PERNIAGAAN ‘BOX LUNCH’.Salam, Kali ini mamak haji ingin terangkan perniagaan katering jenis “Box Lunch”. Harap maaf kerana namanya mamak haji sengaja ditulis dalam bahasa Inggeris. “Box Lunch” bererti Makan tengah hari dalam kotak. Tak sedap pulak dengar alih bahasanya. Jadi kita gunakan sebutan bahasa Inggeris ini. Ia sama dengan “account” digelar, “akaun” dan perkataan “bank” masih kekal “bank” juga.Box Lunch akan mengubah cara makan kita yang akan sibuk. Masa untuk beratur panjang menikmati makan tengah hari di restoren nasi kandar atau menjamu selera makan tengah hari di kerusi empuk akan akan berlalu dimasa hadapan. Kesesakan tempat letak kereta, kesesakan jalan raya, tol, kenaikan harga minyak dan juga restoren yang penuh sesak dengan pelangan yang perlu berebut tempat duduk akan membosankan pekerja-pekerja pejabat dibandar-bandar kosmopolitan atau banfar besar yang sibuk. Kebanyakan pejabat-pejabat komersial yang kecil dan sederhana ini biasanya tidak disediakam kemudahan kantin menyukarkan untuk mengisi perut pekerja pejabat-pejabat ini. Maka wujudlah perniagaan katering memberi perkhidmatan kepada pekerja-pekerja pejabat ini menjamu selera hidangan tengah hari di tempat kerja tanpa membazirkan waktu, tenaga dan juga kewangan mereka. Perkhidmatan “Lunch Box” ialah makan tengah hari yang dipilih secara induvidu dengan dipersembahkan dengan cara yang amat menawan dengan kotak yang istimewa. Jangan salah anggapan “Lunch Box” bukanlah seperti nasi bungkus yang dibungkus direstoren atau warung. Itu namanya nasi bungkus. Masih ada juga peniaga yang nak untung banyak bungkus dengan kertas surat khabar lama yang kurang laku sekarang, terutamanya surat khabar Utusan dan berita Harian. Entah berapa ramai yang pegang surat khabar yang dibungkus nasi itu. Orang Cina pun dah tak pakai surat khabar lama dah, pakai tisu, tisu yang depa pakai kesat itu, ada juga taukeh warung letak kat atas meja makan. Perniagaan Lunch Box boleh diperkembangkan dan punyai daya maju yang amat cemerlang di masa akan datang. Perniagaan ini bukan hanya bertumpu kepada memberi perkhidmatan makan tengah tetapi ia boleh memberi perhidmatan membekal sarapan pagi, makan malam atau pun untuk makan tengah hari di seminar, mesyuarat di pejabat-pejabat perniagaan kecil dimana tidak mempunyai kemudahan tempat untuk menjamu-selera. Lunch Box juga menjadi pilihan utama untuk pekerja kilang yang tidak mempunyai kemudahan kantin atau tempat makan yang jauh dari tempat kerja.  Potensi perniagaan Lunch Box adalah amat besar untuk diterokai.Perniagaan Box Lunch boleh dimulakan dari rumah kediaman anda dengan keperluan asas perniagaan yang paling minima seperti kenderaan, pengetahuan dalam pengurusan yang berasaskan perkhidmatan, dan perlu ada tempat sasaran pemasaran terutamanya yang tinggal berdekatan di kawasan bandar atau kawasan perkilangan. Sebagai memulakan apa saja perniagaan tentukan tempat sasaran lokasi perniagaan anda adalah selesa dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Perlu juga buat sedikit penyelidikan perniagaan dengan ambil kira kewujudan perniagaan yang sama yang anda ingin terokai itu terdapat dalam kawasan yang anda ingin mulakan perniagaan. Sekiranya terdapat perniagaan yang dilakukan oleh peniaga lain, perlu mengetahui harga yang ditetapkan peniaga tersebut. Kaji selidik apakah semua pelanggan yang berlanggan itu berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Paling penting ialah apakah harapan yang diletakan oleh pelangan dari perkhidmatannya yang anda bakal sumbangkan. Dengan kaji selidik ini anda boleh bergerak untuk mulakan perniagaan. Masalah nya bagaimana anda mulakan perniagaan anda?Seperti perniagaan lain, suka atau tak suka anda perlu punyai “Rancangan Perniagaan” atau business plan sendiri sebelum mulakan perniagaan. Rancangan Peniagaan bukannya di buat dalam kotak pemikiran didalam otak anda kerana biasanya dalam otak itu sukar diwujudkan. Rancangan perniagaan perlu ditulis dan ikuti, tulis saja tapi kalu tak ikut tak ada faedahnya. Sekiranya ia tak sesuai dan perlu diubah. Ubah dengan yang baru yang bersesuain dengan  perniagaan apabila anda menceburi. Tanpa perancangan kita tak akan kemana. Pii mai, pii mai tang situ je!. Setiap perniagaan perlu ada kemajuan, sekiranya kita berniaga 20 tahun di atas pokok perlu ubah ke kedai makan dan dari situ ke Restoren. Bila kena halau dengan Majlis Tempatan kita sumpah serana, keluarkan parang nak tetak. Ini bukan zaman Hang Tuah siapa kuat dia menang. Gunakan

Page 128: PERNIAGAAN RESTORAN

akal dan fikiran. Perlu mengetahui asas perniagaan sedikit bukan kita belajar nak jadi graduan pengurusan perniagaan. Ramai graduan yang keluar dari universiti itu pun cuma jadi kuli kepada apek yang berpelajaran sekolah rendah bahasa Cina saja. Teringatkan usahawan jutawan mendiang Boon Siew di Pulau Pinang. Belajar berniaga dengan berniaga dan belajar adalah dua perkara yang berlainan.Cuma Mamak Haji pertekankan di sini ialah “Perkhidmatan Pelanggan” itu amat musthak dalam perniagaan perniagaan seperti ini. Baru-baru ini isu insiden pergaduahan di antara staff dan pelangan syarikat restoren segera ikat multi-nasional KFC  adalah contoh yang terbaik. Kfc dan piza hut sebenanya menghadapi masalah serius “perkhidmatan pelangan”. Di sini mamak haji tak mahu bicara, “siapa salah dan siapa yang betul”, tetapi ini adalah perkara biasa dan lumrah untuk setiap pemilik restoren mengalami pelangan beratusan setiap hari dalam perniagaan yang berteraskan perkhidmatan pelangan. Cuma yang penting ialah siapa yang untung dan rugi dalam kesan dari insiden ini. Di restoren Mamak setiap pekerja dapur tidak dibenarkan masuk ke counter pembayaran atau tempat makan. Cara Mat Salleh dan kita amat berbeza. Mereka dalam negara yang lama sudah maju, kita pulak baru nak maju. Apa juga sistem Mat salleh cipta itu bukan semuanya sesuai dan boleh guna-pakai untuk kita di negara ini. Dapur adalah tempat yang panas dan kerja yang amat berat membandingkan tempat lain dalam restoren. Pekerja dapur ini adalah jenis cepat panas baran dan tak suka dikritik kerana kepanasan yang membuatkan letih dan otak kurang oksigen. Cuma yang boleh kendalikan mereka ialah ketua tukang masak yang sama perangainya. Sebagai pemilik restoren mamak haji terus terang mengatakan ada juga pelangan yang amat biadap, hobi mereka sengaja mencari masalah dengan orang lain. Sombong dan bongkak. Kata-kata yang boleh menusuk jantung dan sekira tak terkawal boleh laku pembunuhan. Kalau anda bertengkar dengan pembuat rojak, bukankah senjata tersedia terhunus di tangannya, apa akan berlaku?. Siapa yang akan untung?.Perkhidmatan Pelangan yang dikatakan dalam perniagaan seperti ini pada asasnya ada empat perkara: 1. Akauntabiliti / bertanggungjawab. 2. Buka telingga dan pemikiran dengan tutup mulut. 3. keperluan pelanggan 4. Membentuk perhubungan dengan pelangan.1. Akauntabiliti.Produk atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelangan perulah yang terbaik yang termampu oleh pihak yang menawarkan. Apa saja iklan atau brocer yang tertulis mengenai perkhidmatan yang disediakan perlulah diikuti. Sekiranya tidak, pelangan akan anggap anda seorang penipu dan produk anda juga bukan yang terbaik. Anda juga harus ingat, alat promosi terbaik ialah dengan cara mulut ke mulut. Sekiranya pelangan yang dapat perkhidmatan yang terbaik seperti dijanjikan dia akan menjadi promoter percuma untuk anda menarik lebih banyak pelangan.2. Buka telingga dan buka pemikiran.Layan semua rungutan pelangan anda dengan hati yang terbuka dan sentiasa senyuman mengukir diwajah anda. Jangan provoksi. Bila dapat pujian dari pelangan, harus berhati-hati juga. Dengar setiap perkataan pelangan dengan minat dengan berfikir apa kah niat dibelakang rungutan dan kepujian sebenar pelangan itu. Selalu berfikir apa yang nak jawab dan pa yang perlu lakukan.3. memenuhi cita rasa pelangan.Setiap pelangan yang datang kepada anda ialah bakal pelangan tetap anda. Untuk dapatkan pelangan tetap bukan mudah ia memerlukan memahami cita -rasa pelangan itu.4. Membina perhubunganMembina perhubungan ini bukan saja melayan cara istimewa, setengah pelangan tidak gemar cara ini yang akan di salah tafsirkan sebagai “bodek”. Semua pelangan adalah sama tidak ada yang terbaik dan tidak yang terburuk. Dalam perniagaan jangan selalu ikut hati, perniagaan perlukan empathy ia memahami keadaan suka duka pelangan. Inilah akan menjalinkan perhubungan baik.CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN BOX LUNCH1. Perkenalkan diri dan perniagaan anda kepada katerer-katerer besar di kawasan anda. Katerer-katerer besar ini seringkali terlalu sibuk dan tidak pandang pada perniagaan box lunch yang cuma menggangu konstrasi mereka. Kadang-kal mereka juga sukar menolak permintaan dari pelangan yang berpotensi untuk mereka. Dengan anda boleh membantu katerer-katerer besar ini. Mungkin pada kali pertama mereka keberatan tetapi janji dengan mereka anda akan menghantar contoh

Page 129: PERNIAGAAN RESTORAN

lunch box kepada mereka untuk mendapatkan pandangan. Anda perlu cari jalan untuk menyakinkan perkhidmatan anda.2. Dalam perniagaan katering atau lunch box orang yang paling kenali dan dekat dengan anda adalah bakal pelangan yang terbaik. Perkenalkan perniagaan anda dengan sanak-saudara dan sahbat anda. Ini boleh dilakukan dengan melawat mereka dengan contoh lunch box yang anda sediakan. Berikan sedikit name card dan juga brocer harga dan jenis hidangan.3. Bila anda mendapat pesanan pertama, bawa satu bungkusan lebih untuk diberi percuma kepada orang yang bertanggung jawab untuk mengambil pesanan di pejabat atau tempat kerja. Buatkan sistem kawan memperkenalkan kawan akan mendapat mata ganjaran sebagai diskaun harga bungkusan.4. Menu adalah senjata terpenting dalam strategi pemasaran “box Lunch” ini. Cuba buat menu yang terbaik untuk kegunaan pemasaran anda.Kerana atikal ini terlalu panjang..penat..lain kali sajalah mamak haji sambung dalam siri 2. Wassalam.Mamu haji, Alhamdulillah, saya ni baru bercadang nak meniaga nasi Dalca di Ipoh, Penang style (Tasha Dal Kandar, Sg ARa style), so, apa kah nasihat mamu untuk mempromosikan nasi Dalca tu? saya akan buat style gerai menumpang di kedai org yg menjual minuman.Kirfa saya handle nasik Dalca je le ni. Mcm solan saya tadi, apakah promosi yg baik untuk tarik orang serta bagitau orang yg ‘Nasik Dalca’ juga wujud di Ipoh. For your info, Nasi Dalca mmg takde di Ipoh,walaupun Basicaly ianya just nama yg modified dari nasik Kandar, tapi marketing Nasi Dalca Penang, di Penang amat berjaya..bantu saya Mamu..

Salam, sebelum mula perniagaan perlu ada perancangan perniagaan. menjaul apa yang terbaik untuk

jual.perancangan ini akan menjelaskan bagaimana perniagaan anda akan memberi perkhidmatan yang

terbaik untuk mengatasi persaingan yang tersedia ada dan akan wujud disekitar saudara.Ramai dari kita

menceburi bidang perniagaan menjual makanan ini secara kebetulan atau tak secara langgsung. Ada

juga mulakan sebagai hobi yg memenuhi masa lapang yg ingin perolehi sedikit pendapatan tambahan.

Apa saja sebab kita mulakan perniagaan, Kita perlu mulakan perniagaan dengan perancangan yang

strategik. Kejayaan tanpa perancangan itu cuma sementara dan penat. Perancangan strategik punyai 4

faktor penting. 1. Strategy Pemasaran 2. Unjuran Jualan (sales fore-cast) 3. Tempuh kecapaian keputusan

(Date-line) 4. Aktiviti. Saudara minta dgn mamak haji perkara yang pertama “Strategi Pemasaran”

(Market Strategy). Sebelum kita laknakan strategi pemasaran kita perlu membuat “Analysis Pemasaran”

(jgn trekejut dgn bahasa perdagangan ini, ia cuma sedapkan telingga saja, sebenarnya ia perkara biasa

bagi seorang peniaga). Dlm analisis pemasaran ini anda pii duduk ditempat yang nak berniaga, kaji

semua aspek tentang nasi dalca di niagakan disana. Bayangkan atau berangan stall nasi dalca anda dan

apa yang perlu buat.Fikir pelangan yang kunjungi tempat itu, apa yang mereka perlukan, bagaimana

anda boleh memenuhi hasrat mereka itu dan fikir ada kah nasi dalca perlukan oleh pelangan yang

mengkunjungi food court itu. Setiap perniagaan bermula dengan keperluan dan permintaan pasaran

(pelangan).

Strategi pemasaran amat diperlukan Sekiranya ia adalah produk baru dan belum diperkenalkan di

pasaran tempatan Iklan memainkan peranan utama. Lah ini iklan paling berkesan ialah internet terutama

Network sosial seperti FB dan juga Tweeter.FB memperkenalkan kawan-kawan baru di kawasan anda.

Ambil peluang ini dan mula ambil gambar masakn ditawarkan dan personel message kawan-kawan

dengan memberi discount minggu pertama pembukaan. kedua anda boleh buat brocer dgn harga murah.

Masukkan katering sekali. Kalau mlm berniaga siang kita free boleh buat katering atau box lunch. Bantai

apa yg dapat pada permulaan, sekiranya perniagaan semakin maju kita ada pilihan mana yg nak buat

mana yg tak payah. Banner juga mainkan peranan utama. Tapi iklan mulut ke mulut adalah iklan yg

terbaik. Sebenarnya saudara boleh buat..cuma kadang-kala kita ini ada perasaan was-was seperti nak

menumpukan semasa solat bukan mudah tapi boleh mengatasinya. Mamak haji ucapkan selamat maju

jaya semoga Allah SWT permudahkan urusan perniagaan untu saudara. 

Page 130: PERNIAGAAN RESTORAN

SIRI 2: PERNIAGAAN ‘BOX LUNCH’.Salam, Seperti yang janjikan dalam siri 1, perniagaan katering bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan dari rumah. Cuma rajin dan usaha dengan cara yang tepat kita boleh berjaya apa saja perniagaan yang kita ceburi. Mulakan berniaga, Kita tak perlukan pejabat hawa dingin dengan lap top atau pun black berry untuk urusan perniagaan. Asas perdagangan ialah keperluan dan kehendak. Keperluan untuk berniaga katering cuma perlukan dapur untuk masak, kenderaan untuk membawa masakan ke lokasi yang diminta oleh pelangan, dan lokasi perniagaan yang strategik di mana ada permintaan pelangan. Sedikit modal juga diperlukan untuk membeli barang keperluan masakan dan peralatan. Ia bukan sesuatu yang mustahil dilakukan oleh sesiapa saja yang berminat dan rajin. Kejayaan yang ingin dicapai bukannya datang dengan mudah. Ia memerlukan ketabahan, rajin dan sedikit pengetahuan dalam perniagaan. Tak ada ‘short cut’ atau cara pintas dalam memperolehi kejayaan dalam perniagaan. Orang Cina selalu berkata, “bukan senang, mahu jadi senang mah”.Sebelum anda menerokai lebih dalam bidang katering “Box Lunch”, mamak haji sarankan agar ambil pesanan yang kurang dari 100 bungkusan kebawah adalah selamat dan mudah untuk diuruskan. Untuk membungkus 100 bungkusan kebawah, masa adalah faktor yang amat penting. Masa untuk membeli barangan masakan, masa untuk membungkus, masa untuk menghantar adalah amat penting.  Perancangan masa perlu diberi perhatian serius dalam perniagaan katering. Tanpa perancangan masa yang betul anda akan jadi kelam-kabut dan mengelabah bukan saja penat tapi akan membosankan dengan perniagaan “Box Lunch” ini. Ia juga akan menyebabkan kualiti  masakandan perkhidmatan pelangan akan terjejas. Katakanlah anda dapat sebuah pesanan Lunch Box untuk 100 orang. Setiap pesanan anda menerima itu pastikan diberi waktu sekurang-kurang 3 hari sebelum penghantaran pesanan. Anda boleh merancangkan persediaan seperti berikut:Langkah Pertama:Hari Pertama apabila menerima tempahan:Beli semua barang keperluan bekalan masak kering seperti beras, rempah, gula dan lain-lain mengikut menu masakan yang telah ditetapkan. Perlu juga dapatkan bekalan kotak untuk dibungkus yang bersesuian, sudu/garpu, kertas tisu, dan lain-lain.Langkah kedua:Hari Kedua:Beli bekalan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran. Perlu dibersihkan, sekiranya perlu diperam, peramkan dan persiapkan semua bahan-bahan yang diperlukan masak untuk hari esoknya. Kopek bawang, bawang putih, Halia . Awas dengan sayuran hijau, sekiranya dibasuh perlu disimpan di peti sejuk. Sediakan semua pes yang diperlukan mengikut resepi anda. Anda perlu simpan didalam peti sejuk, semua bahan-bahan yang mudah rosak. Sebelum tamat tugasan hari kedua, pereksa dengan teliti semua yang diperlukan telah sedia ada untuk hari keesokan.Langkah ketiga:Hari terakhir dan Hari yang menghantar pesanan:Anda perlu sediakan jadual waktu yang ketat. Masa penghantaran akan mengejar anda setiap minit. Jangka masak setiap masakan anda perlu tahu. Jangan masak terlalu awal dan jangan terlambat. Di sini kemahiran memasak amat diperlukan. Masak jangan kelam-kabut. Sekiranya anda masak dengan dua dapur katakan mengambil masa empat jam. Tetapi dengan empat dapur anda boleh masak dengan dua jam, separuh dari jumlah waktu memasak. Peralatan dapur mainkan peranan utama dalam masakan dan masa. Tetapi sayangnya ramai katerer tidak memandang serius tentang kemudahan dapur. Kalau anda ingin menceburi bidang katering lebih profesional anda perlu adakan dapur yang serba lengkap dengan peralatan yang terbaik dan paling hygienic atau bersih dari aspek kesihatan. Bersih saja tidak mencukupi sekiranya tidak memandang kepada aspek kesihatan dapur anda. Bagi permulaaan berniaga, dapur rumah sudah mencukupi dengan inilah mamak haji sarankan agar anda ambil pesanan kurang dari 100 pakej untuk permulaan. Pakej kecil ini amat sesuai untuk lakukan di rumah. Sekiranya lebih seratus pakej anda perlukan dapur khas untuk menguruskan pesanan seperti ini. Biaq bermula dari kecil, dengan bina asas tapak perniagaan yang kukuh dan bersistematik untuk anda maju kehadapan dalam perniagaan

Page 131: PERNIAGAAN RESTORAN

“box Lunch” ini. Bermula dari besar belum pasti anda boleh berjaya. setiap usahawan yang paling berjaya di dunia bermula dari kecil-kecilan.Menjalankan perniagaan katering secara bersistematik bukan saja memudahkan segala urusan perniagaan anda tetapi ia adalah pemangkin untuk anda berjaya di masa akan datang. Ramai beranggapan, ” Saya cuma menghantar 50 bungkus, apa perlu bersistem-sistem ini?”. Ini adalah pemikiran orang yang tidak mempunyai visi dan misi untuk majukan diri dalam perniagaan ini. Lihatlah di sekeliling anda peniaga-peniaga yang berpuluhan tahun masih lagi berniaga cara yang sama selepas bertahun berniaga. Bila mana kawasan perindustrian diwujudkan untuk usahawan, ia tidak wujud untuk orang Melayu tetapi untuk kaum lain dan pelabur dari luar negara, Namun kita berdabek dada mengatakan kita telah berjaya majuukan negara. Anak Melayu cuma jadi kuli untuk mencari sesuap nasi dari pembinaaan yang indah dari tanah bangsanya. Kita tanam pokok tetapi hasilnya diambil orang lain. berapa ramai anak Melayu berjaya memiliki kilang-kilang di kawasan perindustrian ini?. Mamak haji cukup segan dengan Pengedar buah kurmak Datuk Yusuff Taiyub, dah ada kilang tersergam indah dan besar yang dapat dilihat di bersebelahan Highway Utara Selatan Juru asalnya penjual rempah saja. Taukeh Sunkist dari Barakath Store dari kedai runcit punyai kilang-kilang paling moden termasuk kilang buat karipap dan roti canai sejuk beku. Siapa tak kenal taukeh kueh kek lapis Sarawak, Jutawan Dayang Salhah?. Anda tahu jutawan pasar malam, penjaja mee di lorong-lorong belakang kedai, taukeh restoren nasi kandar telah lama menjadi jutawan yang tidak kenali atau senyap. Adek mamak haji seorang pegurus bank tidak heran baginya peniaga seperti ini datang menemui terus ke biliknya setiap minggu hari Isnin dengan wang tunai beratusan ribu ringgit dalam beg plastik dengan berpakain kotor mereka yang berbau kari. Ini bukan cerita tetapi kenyataan. Anak saudara mamak haji berniaga di kantin perusahaan sebulan untung bersih RM45,000, bayangkan kalau kontraknya cuma dua tahun?. Pendapatan Restoren Nasi kandar sehari minima RM25,000.00. Restoren segera ayam goreng satu bulan jualan mencecah lebih sejuta. Mereka ini boleh lakukan kenapa tidak kita?. Apakah orang Melayu sudah dijadikan “buta” pemikiran sehingga tidak boleh bergerak tanpa tongkat dari kerajaan?. Anak-anak kita tidak boleh ke universiti tanpa biasiwa dari kerajaan?. Tidak boleh buka warung makan tanpa bantuan ICU dan pinjaman TEKUN, tak boleh berniaga tanpa menghadiri kursus usahawan MARA?. Duit dan bantuan telah mengongkong pemikiran orang Melayu. Bantuan ini bukan membantu orang Melayu tetapi membantu yang beri bantuan. Kalu bntu orang Melayu, dah lama dah orang Melayu telah terajui ekonomi negar ini tak payah gaduh 30 peratus. Apakah orang Melayu telah dilatih beraggapan wang ringgit menjadi segala-galanya dalam hidup, tanpa bantuan kerajaan tak mahu mulakan perniagaan, tak mahu ke Universiti, tak mahu undi?. Kenapa jadi begini?. Apakah orang Melayu tak sedar yang ada kuasa ingin kekal berkuasa, yang tak ada kuasa inginkan kuasa dan mereka ini mudah manipulasikan minda orang Melayu dengan wang ringgit?. Lihatlah pada setiap kali pilihan raya umum atau kecil, berguni-guni duit tunai bertukar tangan. sampai tahap, “No Money No talk”. Kita punyai sedikit hak bersuara, iaitu melalui undi..itu pun dah kena beli dengan duit?. Maka generasi masa depan apa yang kita harapkan untuk membina Tanah Melayu ini?. Sebenarnya duit itu duit siapa?. Duit kerajaan. Siapa kerajaan?. Kerajaan itu adalah kita!. Dari rakyat kepada rakyat????…hahahaha!. Malas nak mengulas panjang. Ubahlah pemikiran anda untuk membangunkan generasi “Melayu Baru”. Hegemony Politik tidak bersama dengan hegemony ekonomi, seperti tubuh badan yang tak bernyawa. Tanpa penguasaan ekonomi negara dibawah penguasaan orang Islam…kita ini seperti mayat yang tak bernyawa. Wassalam.P/S: Insyallah, dalam siri 3 nanti mamak haji akan terangkan bagaimana mengira hidangan vs jumlah bahan mentah masakan yang diperlukan seperti beras, sayur lain-lain. Termasuk juga cara mengira kos hidangan. 

Page 132: PERNIAGAAN RESTORAN

SIRI 3 : PERNIAGAAN BOX LUNCH – PENETAPAN HARGA.Salam, kita jumpa kembali di siri 3 ini, khususnya kita bincang cara yang betul untuk menetapkan harga jualan hidangan masakan atau harga box lunch anda. Menetapkan harga untuk produk yang dihasilkan bukannya mudah tetapi yang paling sukar ialah apabila harga yang telah ditetapkan itu, diterima baik oleh pelangan anda yang palin mustahak. Berdepan dengan masalah harga dengan pelangan perkara yang paling sukar untuk seorang peniaga makanan terutamanya kecil-kecilan. Restoren yang besar atau hotel tidak ada masalah ini kerana pelangan yang datang itu telah pun merelakan lehernya dipotong. Maka harga bukan masalah tetapi perkhidmatan yang diutamakan. Masalah harga yang mamak haji sebutkan ialah peniaga kecilan atau baru bermula sering mengahadapi pelangan yang berpendapatan rendah yang inginkan harga paling minima sesuatu hidangan, pelangan seperti inilah menjadi mimpi buruk kepada peniaga kecilan termasuk peniaga box lunch baru nak melangkah masuk dalam bidang ini. Berbagai telahan akan berlaku dalam otak peniaga baru seperti ini, “adakah pelangan itu akan menjerit dengan harga yang kita akan kemukakan nanti, atau pelangan akan suka dengan harga yang kita tawarkan”. Faktor penetapan harga bagi peniaga makanan yang kecil merupakan faktor yang penting dalam  jatuh-bangun perniagaan mereka. Sekiranya harga yang ditetapkan itu terlalu murah sangat pun perniagaan akan lingkup dan mahal sangat pulak pelangan akan lari. Inilah dilema yang akan dihadapi peniaga-peniaga baru atau sedang berniaga. Mamak haji terangkan dulu empat jenis cara yang biasa yang peniaga makanan boleh mengamalkan untuk menetapkan harga hidangan makanan mereka, termasuk harga makanan dalam box lunch.1. PENETAPAN HARGA MENGIKUT PESAING:Harga sesuatu hidangan masakan ditetapkan mengikut harga pesaing yang menjual menu hidangan yang sama di sekitar kawasan berniaga. Biasanya harga yang dikenakan kepada pelangan sama seperti premis makanan yang berhampiran. Peniaga yang baru biasanya ambil mudah dan tak perlu pening kepala, ambil jalan yang paling mudah menetapkan harga hidangan jualan dengan harga peniaga yang berniaga makanan yang sama. Ia sama sperti penjual kueh menjual kuih ikut harga yang sama walau pun bersaiz kecil atau besar , sedap atau tak sedap harga tetap sama. Peniaga baru biasanya terjebak dengan harga mengikut pesaing yang telah beniaga lama. Perniagaan perlukan pengalaman seperti seorang doktor atau jurutera. Dengan belajar perniagaan di kuliah tidak mungkin sama dengan belajar di jalanan. Peniaga pesaing kita meletakan harga itu kemungkinan harga yang telah dinaikan sedikit demi sedikit pada peringkat sekarang, wal hal kita baru nak mula berniaga ingin letakan harga yang sama dengan peniaga yang lama kecimpung adalah janggal sekali. Ini pengalaman Mamak haji membuka kedai makan di sebuah kampung, harga roti canai di seluruh restoren di Pulau pinang pada masa itu adalah enam kupang tapi Mamak haji menjual roti canai yang sam saiz cuma dengan lima kupang saja. Ada juga taukeh restoren tegur mamak haji kenapa jual terlalu murah jawapan mamak haji mudah saja saja, Mamak haji belum menjadi ahli persatuan restoren dan tak layak menjadi ahli kerana mamak haji berniaga cuma di kedai kopi yang sengkek. Kenapa taukeh restoren gusar dengan kedai kopi mamak haji kerana pelangan restoren telah habis lari ke kedai kopi mamak yang hidangkan roti canai dan teh tarek yang lagi sedap dengan harga yang berpatutan. Harga murah dan berpatutan banyak berbeza. Roti canai misalnya dibuat dari tepung gandum, sedikit majerin tiruan dan garam. kos pembakaran cuma gas masak yang mampu bertahan dua hari. 1 kg tepung gandum boleh sediakan 22-25 roti canai. Kuah cuma parrupu dan carot sedikit dan ubu kentang. Roti canai Mamak Haji tebar sendiri, kari mamak haji buat sendiri. Tetapi restoren memang perlu letak harga sekupang lebih sebab dia upah pekerja tebar roti canai. Bila pekerja faham sajalah dia buat ikut dia suka, uli tepung pun ala kadar saja. tapi mamak haji pemilik lain gayanya. Tapi itulah kedai kopi mamak haji amat popular pada masa itu sehingga pelangan dari berbagai daerah berkunjung ke kedai mamak haji kerana nasi tomato dan ayam masak merah bersama daging masak hitam. Jualan paling hebat sehingga mencecah RM8,000.00 sehari tapi itulah bila kita naik ke atas pasti akan jatuh kebawah satu hari nanti. Ini resam dunia, selepas dua tahun tuan punya kedai ambil kembali kedai kerana ada pemilik restoren menawarkan sewa kedai kopi itu berlipat kali ganda sewanya. Mamak haji tak boleh kata apa…tak ada kontrak sewa dan tak ada dokumen. kalau orang

Page 133: PERNIAGAAN RESTORAN

suruh keluar kena juga keluar. Mamak Haji sedih tapi apa nak buat, takat itulah rezeki. Mungkin Allah SWT tentukan yang lain dan terbaik untuk hambanya. Sayangnya, rupa-rupa pemilik restoren mamak yang janji ambik kedai kopi itu cuma nak halau mamak haji secara hormat saja. Selepas tiga bulan, tuan punya kedai pun dah jadi arwah dan mula berlaku perebutan harta dengan adik-beradik dan isteri arwah dan kedai itu akhirnya dibeli oleh taukeh cina buat bengkel kereta. Ini nostalgia yang berlaku pada diri Mamak haji mengenai perniagaan kecil. Inilah sebab utama mamak haji buka blog ini untuk membantu peniaga-peniaga kecil Melayu untuk majukan diri dalam perniagaan. Kadang-kala kita perhatikan harga kedai/ warung makan tepi jalan  ini, harga seketul ayam sama dengan harga yang diletakan sebuah restoren nasi kandar yang telah berkecimpung dalam perniagaan berpuluhan tahun. Restoren seperti ini telah mempunyai berpuluhan pelangan tetap yang sanggup membeli apa saja harga yang dikenakan. Restoren seperti ini juga mempunyai kemudahan asas pelangan yang cukup seperti tempat berhawa dingin, layar besar Astro, Wifi, bilek air yang sempurna, tempat basuh tangan yang baik dan juga berpuluh pelayan yang sentiasa boleh beri layanan yang pantas. Kerusi meja yang paling terbaik. Kalau kita ambil contoh sebuah kedai makan, atau warung atau pun kedai makan Astaka (Kedai makan kepunyaan Majlis Tempatan) apa yang kita sediakan kemudahan untuk pelangan?. Kadangkala tempat letak kereta yang disediakan berubah menjadi tempat pondok masak taukeh Keselesaan pelangan langsung kita tak diendahkan dengan alasan semata-mata harapkan belas ikhsan dari Majlis tempatan. kerjasama di antara taukeh-taukeh Astaka gerai makan ini jauh sekali walau pun seratus peratus taukeh-taukeh ini terdiri dari orang Islam. Perasaan hipokrit atau mementingkan perniagaan sendiri sentiasa mengagalkan peniaga-peniaga ini. Taukeh yang paling tinggi hipokrit dia lah punyai ramai pelangan, taukeh yang sentiasa pentingkan peniaga lain tak kesempatan berniaga untuk 12 bulan. Ah!, kita lupakan peniaga-peniaga di kedai makan astaka ini..kerana keadaan mereka sukar nak ubah.Yang penting berniaga kita perlu ada “empathy” kepada pelangan kita dalam soal harga jualan hidangan makan kita. Empathy bermakna, “kita sedia kongsi kesukaran, kedukaan atau kegembiran bersama dengan orang lain”. Empathy inilah membuatkan MacDoland’s berjaya selepas dilanda krisis kewangan yang teruk. Pedagang Islam zaman kegemilangan Islam itu amat berjaya dan disegani  di serata pelusuk dunia perniagaan kerana sifat “empathy” mereka. Empathy adalah asas dalam perniagaan untuk orang Islam. Islam sebenarnya pentingkan bab perniagaan dalam urusan harian manusia. Perniagaan dalam Islam bukan setakat jual kitab dan minyak dab untuk menambahkan isteri. Islam mengajar kita bagaimana lakukan urusan pembelian dan jualan. Inilah sebab akad perniagaan diadakan antara pembeli dan penjual. Akad ini pun dah mula pudar dari kebudayaan jual-beli orang Melayu. Tahu apa akad perniagaan?..hahaha!. bukan akad nikah saja, perniagaan pun ada akad. Kalau tak tahu tanya, ustaz lafaz akad jual-beli itu apa?. Islam itu amat mudah dan senang diikuti. Yang buat kita keliru tentang Islam adalah ahli politik yang tamak kuasa. Di Negara maju orang kaya dengan sukarela masuk politik untuk memberi bantuan memperkayakan negara dan rakyat, tetapi di negara membangun macam kita ini, orang miskin masuk politik, ingin membolot harta negara dan rakyat untuk jadi kaya-raya. Lama-lama depa ini jadi hantu raya!. Inilah perbezaan politik di negara maju dan negara sedang membangun. Janganlah letak harapan terlalu yakin sangat dengan ahli politik seperti ini, yang mereka ini boleh kayakan negara ini dan rakyat seperti yang lafaskanya dengan segala macam janji-janji mereka kerana segala yang dijanjikan itu cuma akan memperkayakan ahli politik tersebut dan keluarganya, sanak-saudara dan orang-orang yang ada kepentingan sekeliling mereka. Maka kita perlu berikan tumpuan kepada perniagaan yang ada ini untuk berjaya dengan kudrat kita sendiri. Selagi kita miskin, selagi itulah ahli politik ini manupulasikan kita dengan janji-janji mengunung everest. Kemiskinan rakyat adalah kelebihan bagi ahli politik seperti ini. Mereka akan gunakan segala kelemahan seperti kemiskinan kita untuk mencapai agenda politik mereka sendiri dan isikan tabung di swiss bank. kelemahan ketara kita adalah kemiskinan, bila mana kita keluar dari belengu kemiskinan, ahli poltik tahu, peranan mereka tidak lagi akan diperlukan. Musuh Melayu yang utama adalah, “kemiskinan”, bukan kaum Cina atau India atau Israel atau pun agama mereka. Kemiskinan telah membelengu pemikiran kita. Kita kalau kaya tak perlukan bantuan kerajaan. Kerajaan tahu fakta ini, maka selagi orang Melayu miskin selagi itu, orang Melayu perlukan kuasa politik. Kalau kita kaya kita tak perlukan kuasa politik tetapi kita boleh kawal kuasa politik ini. Bolehkah orang

Page 134: PERNIAGAAN RESTORAN

benarkan kita menjadi kaya?. Tidak mungkin. Ini adalah cara pemikiran golongan kapatalis yang membina empayar kekayaan dengan tenaga dan air mata orang miskin. Kaum Cina tidak perlukan bantuan kerajaan kerana mereka kaya. Mereka bebas memilih parti politik yang mereka suka. Tapi orang Melayu?. Kita perlukan kerajaan yang memenuhi hasrat dan inspirasi kita untuk lebih majukan negara dan rakyat ini. Tidak kira apa ideologi mereka selagi ia berlandaskan Islam. Kita tidak boleh pisahkan roh Islam dalam apa saja kehendak kita. Baik parti politik mana pun jika pemimpinnya tolak Islam, kita perlu tolak mereka. Selagi kita tak majukan diri kita selagi itulah kita sentiasa menyujud kaki parti politik dan ahli politik ini. Berpendapatan RM3,000 kebawah adalah paras kemiskinan. Inilah telah dibuktikan oleh kerajaan dalam memberi smbangan BRIM RM500.00 kepada ketua ahli keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000. Maka kita telah lupa, kesimpulan bahawa jumlah pendapatan isi rumah orang Melayu adalah majoriti yang berpendapatan kurang dari RM3000.00. Alahai!, mamak haji lari tajuk lagi. hahaha. jangan ambil hati nooo!.Kesimpulannya janganlah tetapkan harga produk masakan ikut harga yang telah ditetapkan oleh pesaing anda. Tapi jangan pulak mulakan ” perang harga”. Nanti dua-duanya lingkup. Kalau nak letakan pun ambil-kira harga setanding dengan perniagaan anda dengan mengambil kira over-head perniagaan dan juga kelebihan kepada hidangan makanan anda. Lainlah kalau anda menjual “ayam masak madu” gunakan madu ori dari Tg.Tualang!.2. PENETAPAN HARGA MENGIKUT GERAK HATI:Cara penetapan harga melalui gerak hati ini tidak mengikut harga yang ditetapkan oleh pesaing anda tetapi anda merasai dari gerak hati anda dan berkeyakinan, pelangan anda akan gembira dan rela hati membayar apa yang anda telah tetapkan harganya. Sekiranya persaan anda mengenai produk anda bernilai apa yang anda tawarkan harga, alhamdullilah ia terbaik, tetapi sebaliknya anda persiapkan diri untuk menghadapi bahang dari penetapan harga anda itu, pelangan lari!.3. PENETAPAN HARGA DENGAN KAEDAH “SAIKOLOGI”.Harga saikologi ialah strategi penetapan harga dengan kaedah memberi kesan “saikologi” kepada pelangan mengenai harga makanan. Teknik yang biasa digunakan ialah, tidak meletakan harga bundar seperti RM10.00 tetapi untuk memberi kesan saikologi kepada pelangannya dipaparkan dengan harga RM9.99 dan sering paparan 99 sen dengan tulisan kecil supaya pelangan beranggapan ia adalah cuma RM9.00 saja tanpa bundarkan 99 sen itu adalah seringgit tambahan. Cara ini berkesan dalam pemaparan harga di brocer dan dipaparkan di kain rentang. Cara ini juga amat berkesan bila mana pelanggan menjamu selera, jangan mengatakan jumlah yang tepat seperti RM4.00 beri sedikit diskaun ( kesan saikologi) dengan memberitahu harganya cuma RM3.80 atau RM3.90. Yang sekupang dua itu halalkan sajalah. Dalam RM4.00 itu pun dah ada untung 60 peratus. Bukan sampai 100 pelangan makan dengan harga tetap di kedai anda. Dalam penetapan harga box lunch pun gunakan kaedah ini, sekiranya anda ingin letakan harga RM4.00 sebungkus nasi, ubahkan menjadi RM3.99 atau RM3.90 saja. Tentukan 99 sen itu ditulis kecil…hahahaha!.Harga adalah faktor penting bagi golongan pelangan berpendapatan rendah atau pelajar pengajian tinggi yang minat kunjungi tempat makan yang berikan harga terendah. Mereka jenis tidak membezakan kualiti makanan yang sediakan tetapi menganggap yang mahal itu adalah berkualiti tinggi. Untuk sajian untuk pelangan seperti ini janganlah buat hiasan makanan yang canggih-munggih. Buat yang simple. Kadang-kala sekiranya anda ingin mengurangkan harga untuk mereka dari harga asal yang mahal, persepsi mereka terhadap makanan itu adalah negatif seperti makanan itu dah lama atau tak laku. Sebagai orang bertanggung jawab terhadap harga makanan yang dijual perlu berhati-hati dan ambil kira segala sudut yang negatif ini.4. PENETAPAN HARGA MELALUI MEMBETULKAN DARI KESILAPAN/TRIAL IN ERROR:Menetapkan harga hidangan makanan ditentukan dengan reaksi dari pelangan.  Cara ini bukan cara yang bijak kerana ia tidak mengambil kira keuntungan dari kos harga keseluruhan hidangan makanan itu. Tetapi cara ini amat sesuai untuk menjual hidangan makanan yang punyai kos induvidu tanpa babitkan kos seluruhan seperti jualan kueh-muih dari pembekal berasingan atau pun di minta oleh pelangan. Seperti kek puding “wattie” dikehendaki oleh pelangan dari pembekal “wattie Enterprise”. Maka harga yang ditawarkan terpaksa dan perlu mengikut harga pelangan itu sendiri. Dalam siri terakhir nanti Mamak haji terangkan bagaimana cara mengira kos masakan  dan menetapkan harga jualan.

Page 135: PERNIAGAAN RESTORAN

BOX LUNCH 3: CARA MENETAPKAN HARGA MENU.Salam,Seperti dijanjikan, kali ini mamak haji ingin memberi sedikit penerangan mengenai cara menetapkan harga sesuatu hidangan menu masakan. Dalam siri 2,  mamak haji telah pun terangkan serba-sedikit tentang faktor-faktor yang mempengaruhi untuk menetapkan harga jualan sesuatu menu hidangan masakan kita.  Tetapi mamak haji sekali lagi bawa pembaca naik beca keliling Padang Kota…hehehe!. Pii mana , pii mana tang tu je!. Pulau Pinang ini bukan besaq mana pun, tapi kecohnya setiap hari masuk tv berita pukul 8.00 mlm. Kadang-kadang ini kecoh-kecoh macam ini bagui jugak, Pulau Pinang jadi popular dan pelancong semakin bertambah,  mamak-mamak restoren nasi kandaq juga yang senang lenang…hahahha!. Jangan tuduh mamak penang ini semua suka berpolitik. Golongan peniaga mamak penang dari kecil telah diasuh dengan,  ”mesra pelangan” atau “customer friendly”. Siapa yang mengajar mereka untuk berpolitik?. Mamak-Mamak yang berpolitik ini bukan anak-anak warisan peniaga restoren Nasiq Kandaq Pulau Pinang. Kita di ajar bukan tunjuk kepada orang lain kasut atau pun hantarkan hadiah benda yang kotor jijik, tetapi diajar senyum pada pelangan oleh Nana- Nana Tanjung,  dengan pesanan, “kalau nak jadi taukeh kedai makan, pagi-pagi menghadap cermin dan melatih senyuman yang menawan hati pelangan”. Betul juga, senyuman ini ada berbagai-bagai tetapi bagaimana yang dikatakan senyuman menawan pelangan?. Ini kena latih..hahahaha!. Mamak delete celoteh mamak haji kali kerana tajuk kali agak panjang penghuraiannya.Sebelum kita mengetahui bagaimana menetapkan harga menu, kita perlu mengetahui kaedah asas menganggarkan perbelanjaan atau kos bahan-bahan untuk menyediakan sesuatu menu hidangan. Anggaran ini bukan saja memudahkan kita mengesan perbelanjaan untuk menyediakan hidangan masakan dalam perniagaan tetapi ia memudahkan kita menetapkan harga hidangan menu masakan untuk dijual.Formula bagi mengira peratus kos anggaran bahan penyediaan hidangan adalah mudah tetapi jangan lupa tentang inventori yang kita belajar dalam posting mamak haji tentang kedudukan inventori, pembelian baru dan juga rekod stok. Pembaca yang kurang memahami bagaimana pengurusan inventori memainkan peranan dalam kawalan kewangan  sila baca posting lama mamak haji berkenaan disini:http://balannambiar.wordpress.com/2011/06/26/pengurusan-inv…agaan-restoren/FORMULA MENGIRA PERATUS KOS ANGGARAN BAHAN-BAHAN MASAKAN DALAM PENYEDIAAN MENU MASAKAN:KAM % = InvO + P – Inv1  dan di BAHAGI dengan  Nilai JUALAN.KAM = Anggaran Kos bahan Masakan,InvO = Permulaan Inventori (bermakana bahan-bahan masakan yang terdapat dalam stok anda),Inv1  = Inventori terakhir selepas di odit.P          = Pembeliaan Baru (Pembelian baru bahan-bahan keperluan masakan dilakukan),Jualan = Nilai Jumlah jualan (sales).Pada kebiasaannya mengikut pengalaman mamak haji, peratus anggaran bahan masakan cuba kekalkan tidak lebih dari 40 peratus, tetapi ramai pengusaha restoren atau peniaga makanan terlalu bertumpu pada peratus kos anggaran penyediaan makanan di antara 30-35 peratus. Mamak haji tak ambil terlalu serius sangat dengan fakta peratusan anggaran kos makanan itu adalah yang muktamad untuk memperolehi keuntungan kasar kerana mamak haji adalah tukang masak sekiranya kos anggaran masakan dikekang atau di kawal ketat, mutu masakan akan merosot dan mamak haji biasanya akan cuba kawal kos bahan-bahan masakan dengan medaptkan bekalan yang harga yang lebih murah dari pembekal-pembekal borong dan menyediakan menu makanan yang bernilai untuk aliran tunai dan memaksimumkan untuk bersih dengan mengurangkan kos “over-head” seperti kos gas masak, menjaga peralatan masak atau pun kos bil bil letrik dan air seperti menghadkan penggunaannya di dapur. Sekiranya pengusaha restoren yang bukan dari golongan tukang masak dan tidak berpengetahuan luas sukar nak lakukan cara mamak

Page 136: PERNIAGAAN RESTORAN

haji dengan itu mamak haji sarankan 30% – 35% adalah terbaik. Anda perlu faham betul dengan apa yang dikatakan peratus anggaran kos bahan-bahan penyediaan makanan (menu) itu.  Mamak haji tak mahu ikut sangat kerana, katakan pelangan berada di meja makan restoren anda  selama 2 jam dngan menikmati WiFi percuma yang anda bekalkan. Dia  cuma membelanjakan RM5 (harga jualan) untuk makanan dan minuman yang nilai kos sebenar makanan  anda belanjakan ialah RM2.00 (kos anggaran bahan masakan) maka mengikut formula, peratus anggaran ialah 2.00 bahagi 5.00 X dengan 100 = 40%, cuba bezakan seorang pelangan yang lain yang membelanjakan RM30.00 dan kos bahan penyediaan ialah RM12.00 dan pelangan ini berada di meja makan  cuma 10 minit. Peratus kos anggaran RM12.00 dibahagi RM30.00 dan X 100= 40% juga. Di sini pelangan no.2 itu memberikan pulangan nilai wang terbaik untuk aliran tunai berbanding dengan pelangan pertama. Walau pun peratus kos anggaran makanan adalah sama, kita akan perolehi lebih banyak keuntungan dari pelangan no.2 itu. Maka peratus anggaran perbelanjaan bahan makanan menu tidak selalunya tepat untuk keuntungan bersih untuk perniagaan restoren di negara ini berbanding dengan negara barat yang lebih maju. Perkara ini terkecuali dalam perniagaan “box lunch” . Dalam perniagaan box lunch ia adalah amat berguna untuk menetapkan harga hidangan atau harga sekotak hidangan. Sekiranya anda masih belum faham berkenaan mengira peratus anggaran kos perbelanjaan bahan makanan untuk hidangan, mamak haji beri contoh lagi. Fahamkan betul-betul kerana ia adalah sangat mustahak dalam menetapkan harga “Box Lunch” anda:Pengiraannya anggaran peratus “Food Cost” ialah, “Jumlah kos pembelian (atau pembelanjaan) bahan-bahan masakan untuk menyediakan hidangan dalam kotak di “bahagi” dengan  harga jumlah jualan kotak nasi dan “kali X” dengan 100 untuk dapatkan peratus.Contohnya kalau jumlah pembelian bahan-bahan masakan untuk 100 kotak ialah RM200.00, dengan harga jualan satu kotak RM5.00 maka jumlah jualan anda adalah RM500.00. Maka “Peratus Anggaran Kos Bahan Makanan” yang dibelanjakan untuk menyediakan 100 kotak ialah, RM200.00 bahagi dengan RM500.00  dan 100 = 40% . Ini baru kos menyediakan menu hidangan, belum lagi mamak haji sentuh kos-kos yang lain?.  Sebelum anda menetapkan harga setiap hidangan masakan anda di jual kepada pelangan atau harga se-unit Box Lunch beri perhatian serius tentang tiga perkara dibawah ini.1. Harga Pasaran:Menetapkan Harga menu hidangan mengikut pasaran ini mamak haji telah menulis panjang lebar dalam siri:2. Sila baca kembali siri 2.2. Merungkaikan segala Kos setiap bahan masakan dalam menu hidangan yang disediakan.Anda perlu mengetahui kos untuk menyediakan setiap hidangan untuk jualan. Catitkan segala bahan-bahan yang digunakan dan jumlahnya bersama harganya sekali. Harga bahan-bahan makanan semakin hari semakin meningkat tetapi harga hidangan anda adalah tetap dan tidak boleh mengubah mengikut kenaikan bahan masakan terlalu kerap sangat. Kekal dengan harga lama sukar juga ia cuma membawa mudrat kepada perniagaan dan diri peniaga itu sendiri. Maka anda perlu sentiasa kaji kenaikan harga pasaran dengan peratus anggaran perbelanjaan yang fahami di atas. Paling mudah ialah anda sediakan buku catatan resepi untuk setiap hidangan dan masak mengikut resepi yang telah ditentukan bukan mengikut selera tukang masak. Jangan sampai tukang masak bertukar resepi juga sentiasa bertukar mengikut tukang masak. Tukang masak perlu mengikut resepi yang telah ditetapkan, sekiranya tukang masak baru ingin memperkenalkan resepi baru, dia perlu menguji resepinya dan perlu mendapat kelulusan dari anda sebelum dihidangkan untuk pelangan. Jangan membiarkan tukang masak kawal anda. Anda perlu kawal tukang masak. Kalau ikut tukang masak yang tidak tanggung-jawab wang anda akan akan terbakar didapur anda. kenapa kita sukar untuk menyediakan resepi?. Anda tidak perlu risau  siapa yang memasaknya, rasa resepi itu akan tetap sama.  Inilah disebabkan sistem francise sangat berjaya kerana resepi ditentukan oleh Franciser bukan dari Francaisi. Francaisi kena ikut apa saja franciser tentukan. Memang mamak haji mengakui, secara manual mencatakan kesemua kos bahan-bahan ini sukar tetapi ia akan menjadi mudah kalau kita gunakan komputer terutama “program exel spread sheet” akan mempermudahkan kerja mengira kos ini.Mamak Haji memang teringin reka cipta software begini tetapi umur dah lanjut ini payah. Kalau ada yang mahir dalam computer dan software programming boleh hubungi mamak haji untuk cipta software begini untuk usahawan makanan

Page 137: PERNIAGAAN RESTORAN

kecil mengikut perpektif keadaan perniagaan tempatan. Kalau ada belia-belia Melayu yang berkemahiran tapi tidak punyai pekerjaan tetap atau tidak punyai dana yang cukup boleh berkongsi usahasama dengan mamak haji untuk reka cipta satu sistem software untuk peniaga kecil makanan untuk mereka majukan perniagaan. Tak perlulah jual mahal-mahal untuk cari kekayaan. Ilmu yang kita belajar bukan untuk mencari kekayaan tetapi untuk manfaatkan orang ramai. Tak perlu kita orang Islam mengikuti Bill Gates yang berbangsa Yahudi itu yang tamak haloba.3. Anggaran Untung Kasar Perniagaan (GP):Anggaran keuntungan kasar perniagaan memainkan peranan utama dalam menetapkan harga menu hidangan anda. Makna Keuntungan kasar ialah perbedzaan diantara harga jualan hidangan dan kos pembelian bahan-bahan masakan untuk hidangan tersebut. Kiraan untuk untung kasar dan peratus% untung kasar perniagaan seperti berikut:Katakan sebiji telur rebus anda menjual RM1.00 dengan kos hidangan menu sebanyak RM0.50. Anda punyai “Untung Kasar” menu telur rebus ialah  RM1.00 – RM0.50= RM0.50.Untuk mendapatkan peratus% Untung Kasar Menu hidangan telur:  Untung kasar dibahagi dengan harga jualan dan kali (X) dengan 100. Maknanya 0.50 dibahagi dengan 1.00 dan kali dengan 100 = 50 %. Kadangkala peratus untung kasar tidak membawa makna anda punyai aliran tunai yang besar. Lihat contoh kedua ini apa yang mamak haji maksudkan tentang peratus% untung kasar.Sekiranya anda menjual seketul ayam goreng berempah dengan harga jualan RM3.00. Kos hidangan menu ialah RM1.50. Untung kasar ialah RM1.50. Tetapi peratus % untung kasar ialah tetap 50%. Di sini aliran tunai kita mempunyai RM1.50 tetapi kalau anda jual telur rebus cuma anda perolehi RM0.50. Kos perbelanjaan lain tetap sama. Inilah disebabkan kebanyakan restoren nasi kandar mempunyai aliran tunai yang lebih dari restoren nasi campur Melayu. Jualan hidangan perlu diberi perhatian yang serius. Walau pun peratus nilai keuntungan besar tetapi aliran tunai akan terbantut lama kelaman sehingga sukar membayar pembayaran gaji, bil letrik atau pun sewa. Cuba anda perhatikan menu hidangan restoren nasi kandar dengan menu hidangan restoren nasi Campur Melayu. Pelangan boleh makan cuma nasi kosong dan sambal belacan dan ikan kering di restoren Melayu tetapi di restoren nasi kandar anda perlu ambil ayam sebagai menu utama dan tiada ada menu sampingan. Daging di nasikandar dijual seketul tetapi di restoren nasi campur dijual daging cincang. Mamak haji harap anda faham apa yang ingin mamak haji sampaikan.PENETAPAN HARGA HIDANGAN MENU:Setelah kita memahami sedikit sebanyak faktur-faktur yang mempengaruhi harga hidangan maka anda perlu pastikan peratus untung kasar perlu tinggi untuk menyumbang kepada semua kos-kos tersembunyi  untuk mengendalikan perniagaan anda seperti gaji pekerja, pengendalian peralatan pejabat, bil letrik, air dan lesen majlis, lesen perniagaan, talipon, perbelanjaan untuk kenderaan syarikat (box lunch delivery), sewa kedai dan lain-lain kos yang sentiasa akan meningkat untuk menjalankan sesebuah restoren. Maka jurang diantara untung bersih ( perbedzaan diantara harga jualan ditolak dengan jumlah perbelanjaan kos hidangan menu + kos tersembunyi) dan untung kasar perlu sentiasa dirapatkan untuk memperolehi untung bersih yang tinggi dan terus kekal dalam perniagaan restoren. Kebiasaannya perniagaan restoren atau katering yang berjaya ialah Peratusan% untung kasar di antara 65% – 70% dan peratus kos bahan masakan hidangan menu pada paras 35% -40%.Setakat ini sajalah mamak haji boleh beri penerangan tentang bagaimana menetapkan harga jualan. kepala otak mamak pun dah pinau dah. Tak tahu bagaimana mamak haji nak permudahkan lagi.

STRATEGI PEMASARAN BARU UNTUK PERNIAGAAN RESTOREN.Salam, Mamak haji terpaksa menulis atikal ini kerana permintaan melalui e-mail oleh pengunjung blog. Box Lunch siri 3, yang berkaitan  cara mengira kos hidangan terpaksa tunda lagi. Kadang-kala ilham tenggelam, bila membaca e-mail dari pembaca blog mamak haji yang sedih, hampir putus

Page 138: PERNIAGAAN RESTORAN

asa untuk menyambung perniagaan yang diceburi. Bukan satu atau dua e-mail diterima, kadang-kala berpuluh e-mail perlu baca setiap hari dan selami hati penulis e-mail. Paling gembirakan hati ialah apabila ramai yang telah menceburkan diri dalam perniagaan dan ada yang sangat berjaya.Jawapan-jawapan  e-mail mamak haji bukanlah yang terbaik tetapi ia di tulis dengan seikhlas hati dengan sedaya upaya. Sekali lagi mamak haji ingin tegaskan, anda tak perlu bimbang dengan segala maklumat peribadi yang anda kirimkan, seperti no.telipon atau alamat e-mail anda. Mamak haji berjanji segala maklumat peribadi anda tidak akan disalah gunakan atau pun membocorkan apa saja maklumat kepada pihak ketiga.Dengan itu, pembaca budiman sekiranya anda mengalami kekusutan dalam perniagaan, untuk meredakan hati yang gusar dan terlalu stress, tulislah kepada mamak haji. Masalah yang kita hadapi itu kalau kita simpan dan simpan, semakin lama ia akan menjadi semakin berat. Dengan memberitahu kepada orang lain masalah kita bukannya selalu  jalan penyelesaian tetapi sekurang-kurangnya hati kita akan berasa lega dan ringan apabila kita ceritakan kepada yang kita percayai. Mamak haji seorang yang pendengar baik. Mamak haji rasa senang dan berbesar hati sekiranya blog ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk bakal dan usahawan baru Melayu dalam bidang perniagaan restoren dan katering. Inilah tujuan asal blog yang kendalikan oleh mamak haji.Sekali lagi mamak haji ucapkan ribuan terima kasih kepada setiap pengunjung blog mamak haji yang paling terbaik dengan budi pekerti dan juga mempunyai wawasan jitu yang ingin majukan diri, keluarga, Bangsa Melayu, Agama dan juga Negara yang kita tercinta. .Ramai yang ingin terjun ke alam perniagaan restoren, kataering atau pun ingin berniaga kecil-kecilan adalah sangat baik. Sekiranya kita memusatkan keseluruhan pemikiran kita untuk berjaya bukan saja perniagaan kecilan malah mampu menceburkan diri dalan perniagaan besar seperti pengilangan makanan. Perniagaan kecil atau besar dasarnya sama, kadang menjalankan perniagan besar lebih mudah dari yang kecil yang rumit. Ada juga dengan tiada pengalaman terus ingin menceburkan diri dalam perniagaan yang melibatkan modal yang besar seperti membuka restoren atau kafe. Pernigaan kecil membawa keuntungan yang kecil dan risiko perniagaan juga kecil. Yang besar keuntungannya besar tetapi harus ingat risiko juga amat besar. Jangan pulak kita terlalu takut mengambi risiko besar dengan berpuluh tahun masih berniaga di tepi jalan dan pasar malam. Perniagaan perlu berkembang mengikut kemampuan kita.  yang mamak haji kata terjun kedalam perniagaan berisiko tinggi ialah orang yang tidak mempunyai pengalaman atau terlalu ghairah ingin menjadi taukeh yang glamour.  Memang buka perniagaan memang mudah seperti dapat duit dari KWSP, jual harta tanah atau rumah dengan harapan kalau perniagaan yang diceburi sekiranya maju, boleh beli berganda-ganda, kalau lingkup pun tak apa, tanah itu bukan kita yang beli, kerajaan kasi atau pun ia cuma harta pusaka. Ini bukan guraun tapi realiti yang mamak haji  pernah jumpa dengan ramai peniaga melayu jenis ini. Kalau isteri taukeh restoren duduk kat kaunter bayaran dengan mekap tebal dengan pakaian mahal kalahkan pelakon dan macam taukeh kedai emas itu adalah spesis ini. Anda boleh fahamkan maksud mamak haji bila anda buat bayaran dengan orang seperti ini. Kalau nak tunjuk kaya raya duk kat rumahlah buat apa bukak restoren?…hahahaha!. Mereka jenis ini akan memulakan perniagaan restoren canggih-mungeh, selepas enam bulan tutup perniagaan.Kenapa ramai peniaga restoren amat takut dengan perkatan “PEMASARAN”?. Bila saja orang kata pemasaran kita anggap pemasaran adalah “iklan” yang akan membabitkan kewangan. Ya!. memang betul, apabila kita inginkan keuntungan terpaksa mengeluarkan perbelajaan.Tapi bukanlah iklan yang anda sangkakan menelan beribu-berbu ringgit.Pemasaran restoren sebenarnya mudah tapi bukan senang. Tidur pun mudah tapi bukan nak senang tidur nyenyak bukan begitulah pemasaran restoren ini. Dalam pemasaran restoren anda perlu fokuskan tiga sasaran, untuk meningkatkan keuntungan restoren anda. Pertama: Cuba dapatkan seberapa ramai pelangan baru berkunjung ke restoren anda. Kedua: Tentukan Pelangan yang pertama kali berkunjung ke restoren anda kerap kali berkunjung.Ketiga: Tentukan anda tingkatkan keuntungan melalui setiap pelangan dengan jualan. Takat pelangan minum air kosong dan guna WiFi percuma buat apa bukan?. Pendekan formula strategi pemasaran restoren ialah F+ R + M = $$$$. F ialah First Customer, R adalah Returning customer dan M adalah profit Margin. Mudah tapi bukan senang?. Mamak haji pernah menulis mengenai tajuk di atas itu mengikut pengalaman lampau mamak haji diblog ini. Tetapi tengah duduk memikirkan setelah membaca e-mail dari pengunjung blog yang sedih

Page 139: PERNIAGAAN RESTORAN

mengatakan telah buat segala-galanya seperti mamak haji sarankan itu dalam blog untuk menambahkan jualan harian tetapi jualan si pengirim e-mail ini semakin hari semakin merosot. Dok pikiaq apa yang tengah berlaku dengan perniagaan sekarang, mamak haji teringat tentang cara memandu kenderaan. Perniagaan juga sama seperti kita memandu kenderaan. Kalau perniagaan besar, maka besarlah kenderaan kita seperti sebuah bas. Perlu ada penumpang. Penumpang ini seperti pekerja kita. Sikap pekerja ini sama seperti penumpang bas, kalau dia nak turun, dia boleh tekan loceng dan kita perlu turunkan pekerja, lain pula kita sebagai pemandu mempunyai destinasi yang perlu sampai. Perniagaan juga mempunyai destinasi untuk dicapai. Kita tidak boleh berhenti bas kita sesuka hati atau pun meninggalkan bas itu. Kita perlu sampai ke destinasi terakhir. Nampak persamaan tak. Yang mamak haji memikirkan ialah cara memandu bas itu!. Untuk memandu bas kita perlu lihat ke hadapan bukannya sepanjang masa memandu bas itu gunakan cermin belakang saja. Cermin belakang kita perlu lihat sekali-sekala untuk menentukan keselamatan bukan untuk memandu ke hadapan. Perniagaan juga kita perlu lihat kehadapan bukan sentiasa ikut pengalaman yang kita telah lalui. Asyik tengok cermin belakang bila nak sampai?. Maka rumusannya untuk memandu perniagaan kita perlu lihat kehadapan maka strategi pemasaran restoren jua perlu maju kehadapan. Dunia semakin pesat ke arah modenisasi atau Tok Najib kata, “transformasi”. Maka kita perlu transform atau mengubah cara strategi pemasaran perniagaan kita mengikut transfomasi. Kita tak perlukan robot transfomer – “Autobot” untuk lakukan transfomasi strategi pemasaran restoren ini tetapi cuma perlukan idea yang baru.Cuba anda teka, apa yang orang paling minat dan tak boleh rengang sekarang?. Jawapannya ialah “Hand Phone” atau telepon bimbit (mamak haji suka guna nama Hand phone, minta maaf). Hand Phone tak renggang dengan si pemakainya walau pun dalam tandas tengah lepas pun boleh sembang.Bayangkan kesan dalam hand phone kepada si pemakai.  Minta maaf mamak haji tak pakai hand phone kerana berpendirian othrodoks, ” No news is good news”. Ramai dalam rumah ini pakai. Lagi pun tak berani keluar rumah berseorangan takut di Fitnah “khalwat” nanti..hahaha!.Rakyat Malaysia kini malas nak bawa ke mari lap top atau pun note book. Mereka lebih suka membawa smart phone yang memberikanperkhidmatan sehebat computer peribadi.Mengikut Nielson survey pada tahu 2010 golongan muda berumur 20-24 tahun menggunakan internet melalui hand phone lebih 19 peratus. Semakin ramai rakyat memeliki hand phone adalah dijangkakan penggunaan hand phone akan mencapai sehingga 29 juta yang melebihi jumlah keseluruhan penduduk negara ini 117.6 peratus. Anda cuba bayangkan. Hand phone cuma sampai ke negara ini pada tahun 1998 yang menggunakannyaa golongan elite yang membawa seperti peti peluru askar kesana kemari yang boleh dengar dan cakap saja.Harga seunit mencecah puluhan ribu. Maka wujudlah nama Telepon bimbit. orang bimbit ini selalu beg kalau masukan dalam poket bukan namanya bimbit.Yang sebetulnya telepon bergerak atau mobile phone. Oleh kerana takut salah tafsir sebagai “mobil”, makan nama bimbit itu berkekalan sehingga hari ini.Bila internet dimasukan dalam hand phone maka jadilah ia smart phone atau phone pintar.  Anda cuba bayangkan pengguna internet di negara ini pada desember 2011 adalah 17,723,000 pengguna dan orang malaysia menggunakan Face Book saja 12,060,340 pengguna dari jumlah penduduk negara ini 28,728,607. Internet jalur lebar telah meliputi 61.7 peratus keluasan negara. (sedutan dari www.internetworldstats.com/asia.htm). Apa maksud mamak haji ialah gunakan hand phone sebagai strategi pemasaran perniagaan restoren adalah paling tepat untuk masa depan perniagaan anda. Kini tak perlu buat web-site mahal-mahal kerana siapa yang nak tengok web-site anda?. Orang dah tak ada masa duduk rilex tengok web site memualkan dengan cara angkat bakul naik lif ini.Orang malaysia gilakan offer atau tawaran stimewa. Tanaa tawaran orang malaysia tak minat. Ini bukti. Kalu BN tak tawarkan potongan harga tol atau offer yang baik kemungkinan akan gagal pada PRU13 nanti. Kita tunggu pulak offer dari pakatan rakyat nak offer apa lagi?. Maka lawan tawar menawar begitu jugalah tawaran istimewa jamu selera direstoren anda. Bila hari itu perniagaan suram dan kurang pelangan, lauk banyak lagi. Ambil telipon sms kepada semua kenalan atau pelangan dengan tawaran istimewa dan potongan harga atau pun buat permainan apa yea..nanti jatuh haram pulak. Macam buat kat tv lah senang..sah JAKIM luluskan kalau kena dengan JAIPP kata kat TV ada..habis cerita!. Jadi dari sekarang mula kumpulkan no.talipon bimbit sebanyak mungkin dan berhentilah kumpul namA web-site atau pun e-mail.

Page 140: PERNIAGAAN RESTORAN

Perniagaan restoren atau katering ini yang memberi perkhidmatan kepada pelangan ini, yang penting bukan, “apa yang kita ingin perkatakan tentang perniagaan kita tetapi yang penting ia lah apa yang orang lain memperkatakan tentang perniagaan kita”. Tak perlu kita iklan cara lama, dengan cerita kita boleh buat macam ini dan macam itu, lauk pauk kita paling sedap, paling bersih atau layanan diberi paling istimewa untuk pelangan. Kita berhenti sekejab dengan idea iklan seperti ini yang berbentuk “angkat bakul sendiri naik lif”, ini. Ada tak pernah kita fikir apa pendapat orang lain tentang apa yang kita iklankan di brocer atau di kain rentang atau memberi borang untuk pelangan isi atau meletakan peti cadangan?. Apa kah kita boleh dengar kritikan dengan hati terbuka?.Jangan lupa orang Asia ini sikapnya suka berdendam, ingat apa yang terjadi di restoren KFC di KL?. Di mana pelangan kena rembat?. Jadi bagaimana dan di mana pelangan yang tidak berpuas hati ini akan menyalurkan ketidak kepuasan hatinya tentang restoren kita?. Bila internet diperkenalkan, pelangan mula cetuskan perasaan mereka dengan mudah dalam media sosial seperti blog, tweeter atau pun Face Book. Sekiranya komen dari pelangan dibaca oleh pengunjung blog atau rakan FB mereka, ia akan menjadi buah mulut. Seorang akan sampaikan kepada 10 orang, anda kira saja 10,100 atau seribu!. Sekiranya anda punyai FB untuk restoren anda sekurang-kurangnya anda dapat memberi penjelasan yang baik untuk pengadu dan juga orang lain. Ia mudah dan senang kenapa tidak mahu menggunakan. Kalau anad tidak ada masa mintak anak anda mengelolakan Face book ini. Keadaan berniaga berlandaskan perkhidmatan bukan seperti dua atau tiga tahun dahulu, masa depan semakin mencabar. Sekiranya kita tidak menyesuaikan diri dengan transfomasi sedang melanda, kemungkinan kita akan ketingalan bas. Sekarang anda faham apa yang mamak haji maksudkan dengan memandu kenderaan jangan suka sangat gunakan cermin belakang kenderaan. Strategi pemasaran sudah mula berubah mengikut rentak pelangan. Anda juga perlu berubah mengikut perkembangan di sekeliling anda. Maka cuba fikir strategi pemasaran menggunakan telepon bimbit ini. Berbagai cara kita boleh lakukan untuk menarik pelangan ke restoren kita seperti menghantar kupon potongan harga, boleh buat tempahan meja atau sebagainya untuk pelangan, bila tahu hari kelahiran pelangan anda juga boleh hubungi dengan menawarkan tempat khas untuk menyambut hari kelahiran dengan tawaran kek hari jadi percuma atau minuman percuma, menyambut hari ibu atau bapa, hidangan istimewa harian atau apa saja anda fikirkan boleh membawa pelangan anda ke restoren anda.Wassalam.

MEMAHAMI KEHENDAK PELANGAN.Salam. Mamak mohon maaf kepada semua pembaca blog, kerana posting-posting agak berkuranagan sejak kebelakangan ini. Ramai pengunjung ke blog ini kurang faham dengan tujuan asal mamak haji membuka blog ini. Blog ini bukanlah sebuah blog resepi masakan, walau pun resepi masakan boleh memikat pembaca yang ramai ke blog ini tetapi bukan itu tujuan mamak haji

Page 141: PERNIAGAAN RESTORAN

untuk mencari jumlah pembaca blog, jarang sekali mamak haji ambil kisah sangat mengenai jumlah pembaca di blog ini. Ada atau tak ada pengunjung tetap  mamak haji akan tulis. Blog ini sebenarnya adalah wadah untuk peniaga-peniaga makanan termasuk yang ingin mulakan perniagaan makanan atau menyimpan cita-cita ingin menjadi peniaga dan juga untuk peniaga kecil-kecilan yang buat aktiviti perniagaan kecilan dari rumah, peniaga makanan pasar malam, peniaga warung, peniaga kedai makan, peniaga restoren atau pun peniaga yang ingin mencebur diri ke dalam bidang makanan katering seperti katerer majlis-majlis, katerer kantin-kantin atau pembekal “Lunch Box”. Penulisan mamak haji selalunya berkisar kepada permintaan-permintaan pengunjung blog yang minta  bantuan sesuatu masalah dihadapi dalam menyediakan masakan atau pun masalah perniagaan dan ingin meluahkan perasaan keciwa yang terbuku sekian lama di hati mereka. Inilah sebab mamak haji lebih melayan e-mail dari komen diblog. Kadang-kala masalah yang dihadapi dalam perniagaan perlu meluahkan kepada yang kita percayai untuk menanggung kepedihan yang di rasainya. Masalah tetap disana tetapi memberitahu keluhan hati kepada orang lain, boleh meringankan sedikit keperitan yang dihadapi saban hari dalam dunia perniagaan. Mamak haji lebih suka masalah seperti ini dikirim melalui e-mail. Kadang-kala tulis secara umum dan secara peribadi sangat berbedza.Menulis tentang resepi masakan bukanlah sukar sangat, tetapi menulis tentang masalah perniagaan amat sukar. Ia perlukan idea-idea baru. Untuk menterjemahkan idea-idea ini, perlukan masa yang panjang dan perlu dipraktikan dahulu dan cari keputusannya. Ini lah cara mamak haji sering lakukan. Walau pun mamak haji tidak aktif dalam perniagaan seperti zaman muda dulu tetapi kadang-kala sengaja ambil pesanan-pesanan katering untuk mencuba kaedah baru. Restoren-restoren yang diuruskn oleh anak-anak,  menjadi tempat uji kaji bagi mamak haji. Walau pun anak-anak tidak senang dengan kehadiran mamak haji ke restoren mereka tetapi mereka tahu, “bapak ada idea baru”, untuk majukan perniagaan mereka. Kawan-kawan seperjuangan juga sering mengajak mamak haji singgah di restoren atau di kantin-kantin mereka untuk mendapatkan pendapat mamak haji. Kalau dalam bahasa moden ini, hobi mamak haji kini seperti seorang “auditor” berkhidmat secara sukerela untuk sesiapa yang perlukan perkhidmatan. Hobi ini banyak memberi peluang untuk mamak haji memahami perniagaan ini.Resepi masakan walau pun penting tetapi ia bukanlah tentukan kejayaan dalam perniagaan. Setakat ingin buka restoren atau gerai makan, cuma perlukan lima atau enam “killer” resepi sudah memadai. Dengan resepi masakan cuma satu jenis saja ramai yang boleh cari makan. Kita bukan nak berkerja dengan orang lain untuk mengetahui sebanyak mungkin resepi tetapi cuma kita nak berniaga dan cari pendapatan lebih. Mamak haji ingin tanya satu soalan kepada anda, “KENAPA PELANGAN PERLU BELI DARI ANDA?”. Jangan beri jawapan sepontan, fikir sebelum memberikan jawapan soalan mamak haji utarakan ini. Fikir sejenak. Mamak haji janji, jawapan yang bakal anda berikan itu akan mengubah corak perniagaan anda. Soalan ini akan memberi banyak manfaat. Sekiranya jawapan anda sekarang, ” Keenakan masakan atau resepi anda yang unik”, yang membuatkan pelangan kunjungi premis jualan makanan anda, tetapi sedihnya jawapan ini bukanlah jawapan yang paling betul. Hidangan makanan yang enak, baik atau yang terbaik bukanlah faktor utama untuk mencapai kejayaan perniagaan anda. Sekiranya anda masih mempertahankan jawapan yang mengatakan, pelangan membeli makanan dari anda cuma untuk kelazatan menu masakan anda, sudah pasti pelangan tidak akan langsung berkunjung ke Restoren segera sepertiMcDonald’s atau KFC. Cuba anda fikirkan sebiji Burger yang ‘Mat Burger’sediakan di warung burger yang berada ditepi jalan itu lebih sedap dari burger McDonald’s. ‘Mat Burger’ ini juga boleh menyediakan burger lebih cepat, berkali-ganda murah dan ikut apa saja cita rasa pelangan seperti lebih sayuran, lebih garing, lebih mayo atau pun sos cili. Cuba anda samakan apa yang MCD’s menjual itu. Mamak haji tanya soalan lagi, siapa yang paling berjaya dalam peniagaan ‘burger’ ini?. Restoren segera McD’s atau pun perniagaan warung burger, “Mat Burger”?. Di setiap pelusuk dunia dalam tempuh 60 minit,  ada saja “restoren McD’s” buka perniagaan di muka bumi ini. Bayangkan perniagaan mereka, apakah mereka ini terlalu bergantung kepada ‘keenakan masakan’ mereka?. Tentu sekali tidak bukan?. Apa yang menyebabkan restoren-restoren ini sentiasa berkembang maju?. Mereka berjaya kerana mereka tahu dan memahami apa yang pelangan mereka inginkan. Mereka ini juga telah mempengaruhi pemikiran bakal-bakal pelangan mereka sejak dari kanak-kanak lagi. Berapa banyak restoren yang terkenal tempatan lakukan

Page 142: PERNIAGAAN RESTORAN

perkara seperti ini, anda ingat perniagaan mereka boleh bertahan?. McD’s atau KFC bukan saja memegang slongan, “Dulu, kini dan selamnya UMNO”..apa pulak mamak haji ke UMNO pulak dah!. yang betul, “Dulu, kini dan selamanya McDonald’s...hahahaha!. Mereka ini bukan saja mempengaruhi pemikiran pelangan tetapi telah menghambat hati pelangan dengan layanan mesra, dan telah mempelajari bagaimana anda akan sanggup membuka dompet duit anda untuk apa saja bil yang dikenakan tanpa rungutan kerana sayangkan anak anda!. Mereka ini juga tahu bagaimana membina ikatan (bonding) di antara pelangan dengan mereka.Apa yang telah membuatkan restoren-restoren ini begitu berjaya disebabkan sistem pengurusan atau cara yang di gelar, “EMPATHY”. Mohon maaf  kerana tak dapat di Melayusasikan perkataan ini. Empathy membawa erti, memahami keadaan atau situasi perasaan seperti duka atau suka, keadaan senang atau susah orang lain. Empathy bukan saja ditujukan kepada pelangan tetapi ia dijadikan sebagai sistem pengurusan dalam syarikat mereka. Mamak haji memberikan 4 langkah yang asas dalam tanggani pelangan mengikut sistem pengurusan secara empathy ini.Langkah 1:Sentiasa senyum(jangan senyum memanjang nanti orang lain ingatkan anda sewel) dan selalu ingatkan nama orang lain dengan rujuk nama mereka bila berhadapan dengan mereka. Ini akan membuatkan orang itu senang didampingi, sedia berkongsi idea baru dengan anda atau mengambil berat tentang perniagaan anda dan sentiasa memberi pandangan (feedback).Langkah 2:   Lapangkan sedikit masa, walau pun anda terlalu sibuk untuk uruskan rungutan pelangan, dengar apa yang ingin diperkatakan dan sentiasa baca juga gerakan badannya (body language).Langkah3: Jangan terlalu ramah sangat dengan pelangan kecuali dia adalah sahabat baik anda. Terlalu ramah kepada pelangan ini kadangkala membosankan pelangan dan mereka mungkin tidak selesa berada di tempat anada. Sentiasa menghormati pelangan dalam semua keadaan.Langkah 4: Orang kata, “pimpinan melalui tauladan“, sekiranya anda yang mulakansesuatu yang baru, sudah tentu pekerja anda juga lakukan perkara yang sama. Apa saja anda lakukan itu adalah seperti , memberitahu pelayan anda bagaimana nak melayan pelangan. Apa yang anda katakan ada orang lain itu perlu dikotakan. “Practice what you preach”.

REZEKI DALAM PERNIAGAANAssalamualaikum, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar disisi Allah SWT. Pada hari ini telah terjadi lima perkara1. Penciptaan Adam. 2. Pada hari ini juga Adam a.s dikeluarkan dari syurga. 3. Pada hari ini  juga, Nabi Adam a.s wafat. 4. Pada hari ini juga terdapat suatu ketika tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram. 5. Pada hari ini juga Qiamat akan

Page 143: PERNIAGAAN RESTORAN

terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat muqarrabun pun akan berada di sisi Allah azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat, (tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari Jumaat”. Dari Ibnu Majah & Al-Baihaqi.Maka pada setiap hari jumaat mamak haji teringin  kongsikan sedikit pengertian pergertian perniagaan dari perpektif Islam. Ini akan memberikan kepada usahawan kaering atau restoren sedikit pengetahuan agama untuk kekuatan rohani.Agama Islam sangat memberi keutamaan kepentingan perniagaan. Mengikut Badr al- Din al-’Ayuni dalam menghuraikan kitab Sahih al-Bukhari, Imam al-Bukhari sengaja memasukkan bab berkenaan dengan perniagaan ia itu “Kitab al-Buyu” didahulukan dari bab mengenai  topik lain seperti perkahwinan, kekeluargaan dan jenayah disebabkan perniagan amat penting untuk umat Islam. Ulama’ bependapat ramai manusia mampu tidak berkahwin tetapi semua manusia pastinya tidak akan terlepas daripada memasuki bidang perniagaan, sama ada sebagai penjual atau pembeli. Bidang perniagaan dianggap oleh para ‘ulama sebagai bidang yang afdal untuk menceburi.Di Riwayatkan oleh al-Miqdam bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak seseorang itu makan daripada makanan yang lebih baik daripada hasil apa yang diusahakan oleh tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Allah Dawud a.s makan daripada hasil yang diusahakan oleh tangannya sendiri.”  Mamak haji ingin fahamkan sedalam-dalamnya maksud yang dikatakan“REZEKI”. Apa kah rezeki itu cuma dikaitkan dengan wang ringgit atau kekayaan duniawi?. Tentu tidak. Kenapa Allah SWT banyak kali berfirman di Al-Quran tentang rezeki ini?. Apa rahsia Allah mengenai Rezeki ini?. Bagi Mamak haji rezeki adalah semua kebaikan yang dianugerahkan kepada semua makhluk ada disetiap alam. Kebaikan Allah kepada makhluk ciptaannya memang tersedia ada, Allah juga kurniakan akal untuk mencarinya dan mendapatkannya denganm cara yang telah digariskan. Setiap ciptaan dan pengkurniaan Allah adalah paling terbaik untuk makhluknya, tidak ada keburukan, cacat-cela dan cuma kita yang menjadi penyebab utama merosakan kebaikan Allah SWT seperti merosakan Alam Sekitar ciptaan Allah kerana kerakuasan kuasa dan tamak-haloba. Sila baca ayat Al-Quran ini mengenai rezeki:Surah Saba’:  Ayat:36

Xل Zي إن\ قaب cر Zط ZسXبcي cق Xز aالر Xنcلم Zاء cشcي Zدر Xقcي cكن\ وwcل cو cرcثXكc يcعXلcمZونc الc الن\اس أMaksudNya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Dia juga yang menyempitkan (bagi sesiapa yang dikehendakiNya); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).Cuba perhatikan Surah: Al Qasas;  Ayat: 82

����cحcصبcأ cص�و cٱل\ذين �������X ن\وا cمcص�ت Zهcانcك cمس������� ۥ مcبلأ ص�ص� ولZونc ٱ Zقcن\�� يcأcك ي cص�و cٱلل\ه ��Zط Zس صيcب�����cزق aلرآءZ لمcن ٱص cشcي �ص ر�‌� عبcاده م� م� ص� ي� نcا���� ٱلل\هZ م\ن\ أcن وووووووووووووولcوآل��c ي� فc ص�عcلcي cسcخcل

ي�ا‌� cن\ه��Z م� كcأ ي cۥ ص�و cال ��ZفلحZص�ي cون Zفرwـcص�لك ٱMaksusNya: Dan orang-orang yang pada masa dahulu bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun – mulai sedar sambil berkata: “Wah! Sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya kalau tidak kerana Allah memberi pertolongan kepada kita tentulah kita akan dibinasakan dengan tertimbus di dalam tanah (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!”.Apa yang kita fahami dari Firman Allah SWT ialah, sebagaimana Allah melapangkan rezeki dan Allah juga berhak menyempitkan rezeki seseorang. Allah SWT juga menerangkan di Surah At-Talaq di sebahagian ayat  kedua dan ketiga atau di kenali ramai peniaga sebagai ayat seribu dinar tentang apa yang perlu lakukan untuk melapangkan rezeki.

Page 144: PERNIAGAAN RESTORAN

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”Sila klik untuk mendengar bacaan dan juga terjemahan: Ayat seribu DinarJangan lupa klik penerangan ustaz Azhar tentang ayat 1000 dinar disini :Ayat seribu DinarKemujaraban amalan (bukan cuma bacaan)  ayat seribu dinar ini tidak boleh sangkal, tetapi kalau ia cuma ia menjadi hiasan untuk menampal atau di bingkaikan dengan bingkai yang termahal di premis perniagaan kita, ia tidak membawa apa-apa makna selain dari salah satu barang perhiasan untuk premis perniagaan. Amalan mengantungkan atau menampal ayat ini di premis perniagaan bukanlah salah kalau ia bermaksud untuk sentiasa mengingatkan kita, setiap waktu untuk mengamalkannya apa yang tersurat dalam ayat al-quran itu. Ayat seribu dinar yang dikatakan amat mujarab untuk perniagaan itu bukan terletak pada ayat itu tetapi maksud ayat itu. Inti-pati ayat tersebut ialah, ” Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah”. Bertaqwa bermaksud mengerjakan semua suruhan “Allah dan rasulnya” dan menghindarkan semua yang larang ia juga membawa kepada kesimpulan, “takut” pada dosa dan pembalasan di akhirat.  Seorang yang bertaqwa ialah menunaikan solat yang diwajibkan, membayar zakat perniagaan, jujur dalam urusan dengan pekerja, pembekal dan juga pelanggan dan tidak melibatkan diri dengan ‘riba, penipuan, sentiasa memahami halal dan haram mengenai makanan yang disediakan untuk pelangan mengikut hukum syarak. Setelah berusaha semua ini “Bertawakal lah” pada Allah. Seandainya perniagaan itu memberikan keuntungan, bersyukur dan berusaha lagi. Sekiranya perniagaanya rugi, bersabar dan berusaha lebih gigih dengan mendapatkan Ilmu pengetahuan dalam bidang perniagaan dan membetulkan kesilapan yang lampau dengan segera. Apa yang perlu ialah kita sebagai peniaga yang beragama Islam, perlu menjadi seorang, “Peniaga Seribu Dinar”. Ini yang telah dilakukan oleh peniaga-peniaga atau saudagar Islam terdahulu yang dikenali di serata dunia sebagai saudagar yang berintegeriti dan berprofessional.Kadang-kala kejayaan dalam perniagaan akan melalaikan kita. Maka Allah SWT juga mengingatkan kita dalam surah An-Nur, ayat 37 hingga 38 : MaksudNya: ” Orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli dari menyebut serta mengingati Allah, dan dirikan solat serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.”Ayat 38: Bermaksud : “(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan, dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya; dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung.”Ya! allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;Jika ada dibumi, Keluarkanlah ia;Jika ia berada di dalam lautan, munculkan lah ia;Sekiranya rezeki kami berada di tempat yang jauh, dekatkanlah ia;Jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkan lah ia. Amiin, ya rabbal alamin. 

Page 145: PERNIAGAAN RESTORAN

RESTORAN TUAN MANISSalam, Jangan terkejut dengan tajuk posting mamak haji kali ini, “Restoran Tuan Manis”. Sebenarnya mamak haji sangat teruja dengan kegigihan seorang pengunjung blog ini yang telah berjaya dalam cita-citanya, walau pun perjalanan untuk kejayaan daam perniagaan masih jauh lagi dan perlu ditempuhi onak dan duri sepanjang perjalanan yang perlu dilaluinya tetapi saudara kita ini telah berjaya membuktikan dengan melangkahkan kakinya ke dalam dunia perniagaan boleh dianggap satu kejayaan besar. Orang Melayu tidak boleh selama-lamanya bergantung pada kuasa politik yang ada pada tangan mereka. Kuasa politik dan ekonomi orang Melayu perlu silih bergantung. Apalah gunanya kuasa politik sekiranya ekonomi orang Melayu masih lemah dan kaku. Keadaan mengharap dari penguasa politik tidak akan ubah nasib bangsa Melayu. Sikap mengharapkan pertolongan orang lain untuk memajukan diri sukar untuk diubah. Sikap bergantung kepada orang lain ini akan berkekalan ke genarasi ke generasi akan datang. Sikap ini akan merantaikan diri kita daripada kebebasan berfikir. Orang politik akan menggunakan sikap “bantuan” ini untuk menjadikan “membantu” mengekalkan kuasa politik ke atas orang Melayu. Maksud, “Tolong”,  dikatakan ada dua jenis, satu ini betul-betul tolong orang lain, yang jenis satu lagi pulak, ia “tolong”  juga, tetapi tolong untuk diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan yang rapat dan ada kepentingan dengan mereka. Sebenarnya tolong seperti ini selalunya tidak kesampaian kepada yang memerlukan pertolongan. Ini adalah dasar perhambaan diwarisi oleh orang melayu selama 400 tahun di bawah penjajahan orang barat ke atas bangsa Melayu. Entah kenapa Orang Melayu ini suka diperhambakan diri mereka kepada bangsa lain. Dulu cuma jadi hamba penjajah Potugis, Belanda, Inggeris, tetapi kini dengan nama pembangunan ekonomi orang melayu telah maju setapak dari istilah, “hamba” kepada “pekerja” di kilang-kilang kepunyaan bangsa lain. Maka nak keluar dari kepompong “penghambaan” ini adalah paling sukar dilakukan. Apakah kita memerlukan mukjizat seperti nabi musa a.s lakukan membebaskan Bani Israel dari penghambaan, dengan membelah laut merah untuk selamatkan Bani Israel dari Firaun?. Bila ada yang berjaya keluar dari kepompong,  ”penghambaan” ini, ia bermakna satu generasi Melayu baru sedang bangkit. Melayu dan Islam tidak boleh dipisahkan seperti Tubuh dan roh. Ini telah dicuba oleh penjajah dari barat cuba mengkristiankan bangsa melayu selama lebih 400 tahun, tetapi mereka gagal. Maka kejayaan bangsa melayu ini terletak dalam agama Islam. Yang mamak haji teruja sangat ialah mengenai e-mail dibawah ini yang dihantar kepada mamak haji dan juga seorang pelajar lepasan universiti membuka gerai makan di kampungnya. Inilah mamak haji terpegun dengan kebangkitan melayu baru dalam bidang ekonomi. Kita bukan megah sangat pun ahli-ahli koperat Melayu yang jadi billionaire. Kita tahu bagaimana mereka jadi kaya-raya. bagi mamak haji kejayaan sesorang diukur hasil usaha sendiri buakannya kaya disebabkan bantuan berganda dari orang yang di tampuk kuasa politik.  Syabas! Taukeh Tuan Manis, tabek spring untuk tuan dan isteri tuan. Baca dan renungkanlah e-mail dari tuan punya restoren ini. JANGAN LUPA SEKIRANYA ANDA KE SG.PETANI kunjungi restoren saudara kita ini. Mungkin anda dapat tawaran atau layanan istimewa atau kedua-duannya sekali kerana anda juga peminat blog mamak haji…hahaha!. Boleh taukeh Restoren Tuan Manis?.E-mail dari pengunjung blog:

Salam Mamak Haji,Nama saya Mazli Bin Mansor, pemilik Restoran Tuan Manis yang baru dibuka 7 hari yang lalu..Restoran saya masih baru dan masih mencari identiti. Saya adalah pekerja kilang dan isteri saya adalah kakitangan kerajaan.Kami telah mencuba membuka sesuatu yang baru dan jauh dari bidang kami walau ada perasaan takut dan ragu ragu.Tapi percayalah Mamak Haji, dengan membaca tulisan Mamak Haji, saya menjadi yakin dan bagi saya kepakaran mengurus restoran dan marketing juga sama penting dengan kepakaran memasak.Kami suami isteri amat terhutang budi dengan keikhlasan yang ditunjukan Mamak Haji untuk bakal bakal pejuang di arena makanan ini.Banyak sungguh konsultan

Page 146: PERNIAGAAN RESTORAN

kedai kopi dan input negative yang kami terima, tetapi kami yakin dan bertambah yakin apabila membaca tulisan ikhlas mamak. Thank you very much…moga Allah membalas niat murni Tuan Mamak Haji. Restoran Tuan Manis menyediakan ikan bakar, dan masakan kampong + ulam ulaman untuk makan tengahari dan pada malam hari kami sediakan set bawal dan keli gulai atau goreng panas2…kari kepala ikan pun ada… Plan nak buat nasi Dalca, tapi tak tau mana style yang best…. Kalau sudi bolehlah mamak haji cerita mai..apa itu nasi Dalca.buat masa ini, banyak pelanggan datang berulang kali dan komen yg diberikan sgt positif. Kami yakin akan berjaya.

Tujuan saya menulis email ini kepada mamak haji adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih kerana menanamkan keyakinan kepada kami.Kata2 Mamak Haji dapat memadamkan banyak unsur2 negatif dalam diri kami dan juga persekitaran.Kalau datang ke Sungai Petani, jemputlah ke Restoran Tuan Manis, Jalan Taman Ria Indah ( Jalan utama ke Cinta Sayang Golf resort ).…Bersama ini juga saya sertakan gambar untuk berkongsi keseronokan dengan Tuan Mamak Haji…hehehe Terima Kasih. Mazli & Haiza

KUASA PENGGUNA DALAM NEGARA DEMOKRATIK.Salam hari ini mamak haji walau pun ingin menulis beberapa posting seperti mana pembaca minta, Mamak haji tangguhkan dulu kerana terasa kebanyakan elit-elit perniagaan besar di negara ini terlalu angkuh dan sombong terhadap permasalahan pengguna atau secara ‘amnya masalah rakyat. Kita juga tahu dalam sistem ekonomi kapatalis selalunya polisi kerajaan akan mengikut kehendak golongan kapatalis bukannya sebalik. Maka wujudlah keangkuhan melampau kaum pedagang kapatalis ini yang sukar dikawal oleh kerajaan yang dipilih rakyat. Terlalu banyak sangat masalah yang dihadapi oleh para pengguna di negara ini yang menemui jalan buntu dan tidak ada sebarang penyelesaian. Kebanyakan masalah yang dihadapi ini berlarutan bertahun-tahun masih tidak dapat selesaikan dan tidak akan ada penyelesaianya. Pengguna terus merasa merana dan sengsara dengan maslah yang dihadapi berbagai masalah seperti masalah rumah terbengkalai tapi masih perlu membayar faedah kepada pihak bank yang memberi pinjaman. Rumah tidak boleh diduduki tetapi kena bayar pulak. Tanya pemaju, dia kata, masalah majlis tempatan, tanya majlis tempatan, di kata masalah pemaju tak ikut spesifikasi yang ditentukan. Sebenar masalah sekarang masalah siapa?. Pembeli sudah lah kena bayar sewa yang didudukinya, tapi rumah idaman untuk memiliki sendiri tak siap tapi kena bayar dengan bank.  Buat penjanjian dengan bank dan pemaju menelan belanja beribu-ribu tapi apalah gunanya?. Peguam juga yang kaya. Nak tahu kerenah dan hipokrasi syarikat telekomunikasi negara ini?.  Dia ambil deposit, tapi lambat bayar perkhidmatan

Page 147: PERNIAGAAN RESTORAN

diberhentikan tetapi sewa asal kena bayar selagi tak bayar bil tertunggak untuk perkhidmatan yang tidak ada. Bila nak bayar, kena bayar denda pulak dah. Kesian kat yang bayar ‘pre-paid” masuk RM5.00 panggil dua tiga call habis disebat oleh syarikat telekomunikasi ini.  Ada yang walau pun kredit banyak lagi dalam kadnya tapi bila sampai tempuh tidak boleh gunakan. kena isi balik pulak dah. Ia seperti harga yang dibeli tidak bernilai kecuali ikut cara dan syarat mereka.  Kalau satu juta pengguna prepaid membeli kad telepon berharga RM5.00 berapa jumlahnya…RM5juta. Bayangkan dengan wang sebanyak itu boleh apa saja. Ada mereka ambil kisah dengan perkhidmatan yang terganggu?. Ada mereka kisah dengan kawasan liputan?.Sistem perbankan di negara ini pulak satu hal. Suka hati mereka saja, kita seperti timun, mereka seperti buah durian. Golek mana pun kita yang kena. Anda mungkin tak tahu, semua bank di negara ini adalah terbaik di dunia kerana satu berita pun tentang kepincangan bank-bank keluar di teleivisyen atau surat khabar utama di negara ini. Keluar pun berita rompakan saja. Siapa berani menghentam mereka?.  Bank kita penuh dengan riba’ atau bahasa kita digelar “bunga”. Bunga ini kadangkala menjadi pokok yang lebih besar dari pokok yang hasilkan bunga itu sendiri.Satu lagi permasalahan umat Islam ialah JAKIM dan Logonya “HALAL”. Kalau buatan orang bukan Islam itu kenapalah ia beria-ia sangat nak bagi sijil HALAL. Bukan kah perkara ini akan seperti mensabotaj dan membantutkan ekonomi orang Islam itu sendiri. Apakah sijil yang diberi itu telah jamin kehalalnya sepanjang tahun sehingga sijil luput?. Kalau “Guiness Malta” dikatakan halal semata-mata kerana tiada ada kandungan alkohol yang berlebihan, bagaimana pula dengan syarikat gergasi Bir Guiness yang menghasilkan minuman itu?. Bukan sumber masih satu cuma buatan yang lain. Kalau orang tanam anggur untuk membuat itu haram kerjanya bagaimana pulak dengan killang sama mengeluarkan minuman haram yang merosakan akhlak manusia. Kita sebagai pengguna pulak terlalu taksub dengan buatan barangan makanan orang bukan Islam. Sos worcheister itu sudah terang mengggunakan bahan alkohol seperti Wine dan Black Beer selama beratus tahun. Tapi kebelakangan ini saja nampaknya kita sedar ia bukan halal keran tempat cop halal dilapikan dengan nama pengimport. kenapa syarikat kita yang beragama Islam tak boleh mengeluarkan produk yang sama dengan bahan halal. Bukan tak boleh tetapi siapa yang nak beli. KFC atau MCD tak apa kerana taukeh Francise adalah orang Islam Melayu. Gardenia dulu taukeh bukan Melayu tapi kini dimiliki taukeh Melayu-Arab. Ramai bukan Melayu tak beli roti gardenia lagi dah. Kadang-kala kita tak faham kenapa restoren yang dimiliki taukeh bukan Islam beria-ia benar kita nak halalkan. Apa restoren Melayu tak ada kah yang resepi masakan Cina?. Logo halal ini adalah amat mengelirukan pengguna Islam. Kawan mamak haji taukeh kedai runcit terpaksa menyerokan serbuk rempah kari jenama babas dan semua jenama lain kecuali Alagappa. Ceritanya Kari babas dan lain-lain tidak ada lesen pendaftaran Halal dari  JAKIM..hahaha!. Maka selama ini bagaimana?.Ini betul-betul menyusahkan pengguna Islam. cerita ini seperti Judi halal dan haram. yang haram tak ada lesen, yang halal ada lesen judi…hahaha.Satu lagi pengguna meluat ialah dengan fungsi Baitulmal..apa sebenarnya tujuan baitulmal ini untuk ummat Islam?. Mamak haji tak perlu cerita fungsi sebenanrnya, mungkin pembaca semua tahu ia adalah satu badan kebajikan untuk orang Islam yang membantu orang Islam tetapi badan ini berfungsi seperti bagaimana?. Baitumal ini cuma berfungsi sebagai lembaga Hasil dalam negeri dan bukanya berfungsi sebagai badan kebajikan untuk orang Islam.Bagaimana syarikat GLC seperti Tenaga Nasional, Tmnet dan lain-lain yang dipenswastakan dalam sistem penswastaan kini berfungsi?. Apa tujuan kerajaan menswastakan?. Kerajaan ingin rakyat mendapatkan perkhidmatan yang lebih baik daripada penswastaan ini. Niat kerajaan memang murni dan terbaik. Apakah syarikat-syarikat GLC ini mendukung hasrat kerajaan atau rakyat?. Tidak sama sekali mereka ini merealisasikan harapan kerajaan dan rakyat tetapi niat mereka telah berubah kepada kejar keuntungan untuk mendapatkan bonus dan gaji beratusan ribu untuk orang yang berada di atas engan memerah pengguna sehingga kering-kontang kocek mereka. Kecewa kita. Bebanan-bebanan yang dihasilakan GLC dan elite-elite pedagang kapatalis  di salah ertikan oleh rakyat terhadap fungsi dan aspirasi kerajaan, “Dari rakyat kepada rakyat”. GLC dan pedagang kapatalis yang terima sekian banyak nikmat dari kerajaan sebenarnya “mensabotaj” rancangan kerajaan dan mereka ini cuma, “gunting dalam lipatan” dan “duri dalam daging”. Kini rakyat mulai menyalahkan kerajaan kerana kegagalan ambil berat tentang kebajikan rakyat. Bila kebajikan rakyat diabaikan, Parti Pembangkang pulak ambil isu ini dengan membawa slongan parti politik

Page 148: PERNIAGAAN RESTORAN

mereka kepada, “negara kebajikan”.  etul juga apa yang mereka laungkan. Jangan lupa rakyat juga ada pilihan untuk memilih apa yang mereka mahu. Kerajaan tidak ada kuasa untuk menepikan kemahuan rakyat dalam negara demokratik. Ia seperti “api dalam sekam” yang berada di dada rakyat. Pengguna atau rakyat tidak akan mendiamkan diri dan mengharap dengan jutaan janji semata-mata, tetapi mereka akan meluahkan perasaan ketidak puas hati ini di Pilihan raya umum kali 13 ini. Ini yang amat ditakuti. kementerian Pengguna ini telah digunakan oleh peagang kapatalis dan GLC seperti anak syarikat mereka.  Menterinya kaku dan tidak berwibawa untuk membantu masalah yang dihadapi pengguna. Maka jangan ingat pengguna tidak ada kuasa, kuasa rakyat kuasa menentukan kerajaan yang mereka mahu, dengan itu jangan abaikan pengguna.