laporan-reflektif-niveetha

4
NIVEETHA A/P MOOKAN 930118-10-5248 LAPORAN REFLEKTIF Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program lawatan penanda aras bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 yang telah dilaksanakan di SK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah pada yang lepas. Sebelum saya berbicara tentang refleksi saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan sekelas saya kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya dan berjaya menjalani program ini dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama saya juga ingin berterima kepada mentor kelas kami iaitu Encik Ahmad Salehee bin Abdul selaku mentor dan penilai turut membantu kami menjalankan program ini dari segi semua aspek. Sepanjang program ini iaitu sebelum, semasa dan selepas saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara dan ilmu baru. Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah iaitu salah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak sekolah tersebut telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu. Saya sebagai Penolong Bendahari program ini bersama seorang rakan kelas saya Yuganthini telah menjalani tugasan ini tanpa sebarang masalah. Sebagai Penolong Bendahari peranan yang dimainkan oleh saya begitu penting dan saya berharap bahawa saya telah memberikan sepenuh kerjasama serta usaha yang gigih untuk memastikan program yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Jawatan ini juga

Upload: niveetha-nivee

Post on 03-Sep-2015

218 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LAPORAN-REFLEKTIF-niveetha

TRANSCRIPT

NIVEETHA A/P MOOKAN930118-10-5248

LAPORAN REFLEKTIFBersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikut program lawatan penanda aras bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6 yang telah dilaksanakan di SK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah pada yang lepas. Sebelum saya berbicara tentang refleksi saya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah, rakan sekelas saya kerana memberi kerjasama yang sepenuhnya dan berjaya menjalani program ini dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pada masa yang sama saya juga ingin berterima kepada mentor kelas kami iaitu Encik Ahmad Salehee bin Abdul selaku mentor dan penilai turut membantu kami menjalankan program ini dari segi semua aspek. Sepanjang program ini iaitu sebelum, semasa dan selepas saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara dan ilmu baru.Sebelum program itu, pelbagai persiapan telah dilakukan. Antaranya ialah pemilihan tempat, kertas kerja, bajet dan lain-lain yang dirasakan perlu. Setelah perbincangan dibuat, kami telah bersetuju untuk memilih SK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah iaitu salah sebuah sekolah berprestasi tinggi untuk dijadikan tempat program BIG dilaksanakan. Ahli Jawatankuasa bagi lawatan penanda aras ini telah berbincang serta memohon kebenaran bagi mengadakan lawatan penanda aras ke sekolah tersebut. Pihak sekolah tersebut telah memberi maklum balas yang positif untuk kedatangan kami ke sana. Kami berasa bangga dan terharu dengan penerimaan itu. Saya sebagai Penolong Bendahari program ini bersama seorang rakan kelas saya Yuganthini telah menjalani tugasan ini tanpa sebarang masalah. Sebagai Penolong Bendahari peranan yang dimainkan oleh saya begitu penting dan saya berharap bahawa saya telah memberikan sepenuh kerjasama serta usaha yang gigih untuk memastikan program yang telah dirancang berjaya dilaksanakan dengan sempurna. Jawatan ini juga merupakan pengalaman yang baru bagi saya. Selain itu, perjumpaan seterusnya telah diadakan untuk membentangkan perjalanan kerja setiap biro dan perkembangan terkini tentang program ini. Pogram Bina Insan Guru kali ini adalah agak istimewa kerana kami diberi peluang untuk meninjau dalaman dan luaran sebuah sekolah yang antara yang terulung di Malaysia. Program lawatan penanda aras ini bertujuan memdedahkan kami kepada alam persekolahan yang sebenar yang mana pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan akan menjamin produktiviti sesebuah sekolah sebagai satu institusi pendidikan. Apabila sampai di sekolah tersebut kami telah disambut dengan penuh mesra oleh warga sekolah itu. Sebelum majlis ramah mesra dijalankan kami telah disediakan sedikit santapan dari pihak sekolah untuk dijamu kepada kami. Selepas itu, beliautelah menerangkan tentang sejarah sekolah, kemudahan yang ada di sekolah dan pencapaian sekolah tersebut dalam bidang akademik mahupunsukan. Sekolah ini telah mendapat pelbagai anugerah di peringkat negeri, kebangsaan dan juga antarabangsa. Ini dapat menunjukkan betapa guru-guru disekolah ini bekerja kuat demi mengharumkan nama sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada guru besar sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab diantara pihak pelajar IPG Kampus Perlis. Akhir sekali kami akhiri lawatan kami dengan sesi melawat sekitar kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah pusat sumber sekolah, bilik muzik, sudut pembelajaran, bilik kaunseling danbimbingan, makmal dan lain-lain lagi.Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang melaksanakan program ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan program ini. Kami telah berganding bahu dalam menyumbangkan idea, fikiran dan tenaga supaya program dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekangan. Selain itu, dengan adanya program sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih mendalam mengenai bagaimana untuk berurusan dengan pihak luar . Sekiranya diberi tugasan semasa di sekolah nanti secara tidak langsung mampu menguruskan dan tidak teragak-agak untuk menolak apa sahaja kerja yang diberikan oleh guru besar. Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sendiri dan dipersekitaran dirinya. Jika ia mampu melakukan pada masa sekarang iaitu mampu mengendalikan dan menguruskan sesuatu perkara bermakna pada masaakan datang tidak mustahil akan dapat melakukan kerja tersebut dengan lebih baikdan cemerlang. Kekuatan yang lain boleh dilihat ialah dari pihak sekolah sendiri dalam mentadbir sekolah tersebut.Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu secara langsung dan tidak langsung. Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada kami untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar kami lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.Selain lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah ini supaya terus cemerlang. Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa objektif BIGFasa 5 ini telah berjaya dicapai. Saya berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.