laporan reflektif betul

5
LAPORAN REFLEKTIF Pada semester ini, saya dan rakan sekelas saya perlu mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) fasa kelima. Pada BIG kali ini, kami perlu membuat satu aktiviti penanda aras ke sekolah kluster, sekolah cemerlang atau sekolah harapan. Oleh itu, kami telah memilih Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah untuk melakukan aktiviti penanda aras. Kami telah memilih tarikh 22 April iaitu hari ahad untuk menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini kerana untuk mengelakkan membuat kelas ganti. Kami juga telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk BIG kali ini. Saya juga telah mendapat jawatan sebagai ajk pengangkutan. Selepas selesai semua prosedur ke sekolah tersebut, kami telah bergerak ke sekolah tersebut pada tarikh seperti yang telah ditentukan. Kekuatan Antara kekuatan sepanjang program ini ialah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor kami untuk melaksanakan aktiviti penanda aras ini. Kami telah dibimbing untuk melaksanakan jawatan masing-masing. Kedua, guru besar sekolah tersebut yang bertindak sebagai penceramah dan juga pemberi nasihat telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Dalam ceramah beliau telah kejayaan kejayaan sekolah, kerjaya guru sebagai kerjaya mulia, cara melaksanakan tanggungjawap sebagai guru,

Upload: ahmad-syazwan

Post on 29-Sep-2015

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN REFLEKTIF

LAPORAN REFLEKTIF

Pada semester ini, saya dan rakan sekelas saya perlu mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) fasa kelima. Pada BIG kali ini, kami perlu membuat satu aktiviti penanda aras ke sekolah kluster, sekolah cemerlang atau sekolah harapan. Oleh itu, kami telah memilih Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah untuk melakukan aktiviti penanda aras. Kami telah memilih tarikh 22 April iaitu hari ahad untuk menjalankan aktiviti tersebut. Hal ini kerana untuk mengelakkan membuat kelas ganti. Kami juga telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk BIG kali ini. Saya juga telah mendapat jawatan sebagai ajk pengangkutan. Selepas selesai semua prosedur ke sekolah tersebut, kami telah bergerak ke sekolah tersebut pada tarikh seperti yang telah ditentukan.

Kekuatan

Antara kekuatan sepanjang program ini ialah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor kami untuk melaksanakan aktiviti penanda aras ini. Kami telah dibimbing untuk melaksanakan jawatan masing-masing.

Kedua, guru besar sekolah tersebut yang bertindak sebagai penceramah dan juga pemberi nasihat telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan. Dalam ceramah beliau telah kejayaan kejayaan sekolah, kerjaya guru sebagai kerjaya mulia, cara melaksanakan tanggungjawap sebagai guru, aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah tersebut dan perubahan daripada sekolah biasa kepada sekolah harapan. Banyak manfaat dan pengetahuan daripada ceramah yang disampaikan oleh guru besar dapat diperolehi sepanjang sesi tersebut.

Selain itu ialah dari segi pentadbiran sekolah tersebut. Hasil daripada lawatan ke sekolah tersebut, saya mendapati bahawa guru besar sekolah tersebut iaitu merupakan seorang yang suka membawa perubahan di sekolah dan sentiasa inginkan kejayaan dalam hidupnya. Beliau berkata bahawa beliau suka membuat sesuatu yang baru.. Hasil daripada ini, sekolah tersebut telah dipilih sebagai sekolah berprestasi tinggi. Beliau juga mementingkan kerjasama dan hubungan yang baik antara guru dan guru dengan beliau sekali. Hasil daripada ini juga didapati bahawa sesuatu pentadbiran yang baik akan membawa kepada kejayaan.

Kelemahan

Ketiga, mesyuarat atau perjumpaan untuk BIG kali ini adalah kurang. Hal ini telah memberi kesan yang secara tidak langsung terhadap kertas kerja. Kertas kerja disiapkan dengan lewat disebabkan oleh kekurangan maklumat untuk menyiapkan kertas kerja.. Hasil daripada teguran daripada mentor kami disebabkan oleh kelewatan menyiapkan kertas kerja, rakan sekelas saya mula menyedar tentang kepentingan bermesyuarat untuk sesuatu proram. Perjumpaan yang banyak akan memudahkan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Hal ini disebabkan oleh setiap ahli dalam mesyuarat akan sentiasa diingatkan tugasan mereka da masalah yang dihadapi untuk menyiapkan sesuatu tugasan juga boleh dielakkan dengan meminta pandangan daripada ahli dalam mesyuarat tersebut.

Peluang

Dalam BIG kali ini saya tidak dapat mengenal pasti ancaman. Namun begitu saya dapat mengenalpasti peluang yang diperolehi melalui BIG kali ini.Pertama sekali ialah dapat melihat dan mengenali sistem organisasi sesebuah sekolah berprestasi tinggi. Khususnya kami telah diberi pendedahan melaui cara mengurus wang sekolah dan juga melaksanakan program yang bermanfaat untuk semua murid sekolah tersebut.

Kedua,saya juga mendapat peluang mengetahui cara untuk meningkatkan prestasi sesebuah sekolah dengan memastikan setiap guru melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan sempurna serta sudi meluangkan masa demi kemajuan murid dan sekolahnya. Tanggungjawab guru adalah sangat penting.

Ketiga, saya juga telah mendapat peluang untuk mengetahui ciri-ciri yang perlu ada kepada seorang guru dan tingkah laku seorang cikgu. Seorang guru perlu sentiasa mencari ilmu tidak kira apa jenis ilmu sama ada bersifat akademik mahupun bebas. Hal ini adalah untuk menambahkan ilmu pengetahuan dan berkongsi ilmu pengetahuan tersebu dengan murid-murid. Guru besar sekolah tersebut telah berkata bahawa apabila kita menghormati bidang keguruan ini dan melaksanakan amanah dengan baik, maslah yang kita hadapai akan mempunyai jalan penyelesaian.

Akhir sekali, BIG kali ini telah memberi banyak ilmu pengetahuan kepada saya dari segi pengurusan sekolah, ciri-ciri seorang guru dan sebagainya hasil daripada ucapan guru besar dan lawatan ke sekitar sekolah tersebut. Saya juga amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah tersebut kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah tersebut supaya terus cemerlang

.

Peluang

Kelemahan

Kekuatan

Dapat melihat dan mengenali contoh bilik darjah ke abad-21

Dapat mengetahui ciri-ciri yang perlu ada dalam diri seorang guru dan tingkah laku seorang cikgu.

Dapat mengetahui cara untuk meningkatkan prestasi sesebuah sekolah.

Mesyuarat atau perjumpaan untuk BIG kali ini adalah kurang

Permohonan duit makanan tidak diluluskan

Masa yang diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti penanda aras adalah kurang iaitu 10 jam sahaja.

Pentadbiran sekolah tersebut adalah sanagat baik,

Mendapati bahawa sekolah tersebut mementingkan kehadiran dan kecergasan minda murid

Guru besar sekolah tersebut yang bertindak sebagai penceramah telah menyampaikan ceramah beliau dengan sangat berkesan

Mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada mentor kami untuk melaksanakan aktiviti penanda aras.

L

A

P

O

R

A

N

R

E

F

L

E

K

T

I

F