laporan refleksi program pembangunan sahsiah

6
LAPORAN REFLEKSI PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH Pada 31 Mac 2012 yang lalu, saya telah menyertai program Pembangunan Sahsiah yang diadakan di dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Program tersebut disertai oleh semua pelajar yang mengambil subjek Pembangunan Sahsiah. Program ini diadakan bagi membentuk sahsiah pelajar yang bakal menjadi seorang guru yang akan mendidik anak bangsa suatu hari nanti. Para pelajar dapat meningatkan motivasi dan ilmu pengetahuan serta keyakinan diri dalam persediaan menempuhi alam pendidik yang mencabar pada masa akan datang. Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang saya perolehi dan juga kelemahan yang saya perlu atasi. Kelebihan dan manfaat yang saya perolehi perlu di perkembangkan dan saya perlu mempunyai pelan tindakan untuk mengatasi dan membaiki kelemahan yang telah saya kenal pasti. Manfaat Terdapat beberapa manfaat yang dapat saya ambil semasa mengikuti program ini. Antaranya ialah:

Upload: farhana-ariffin

Post on 01-Jul-2015

1.344 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

LAPORAN REFLEKSI PROGRAM PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pada 31 Mac 2012 yang lalu, saya telah menyertai program

Pembangunan Sahsiah yang diadakan di dewan SITC, Universiti Pendidikan

Sultan Idris. Program tersebut disertai oleh semua pelajar yang mengambil

subjek Pembangunan Sahsiah. Program ini diadakan bagi membentuk sahsiah

pelajar yang bakal menjadi seorang guru yang akan mendidik anak bangsa suatu

hari nanti. Para pelajar dapat meningatkan motivasi dan ilmu pengetahuan serta

keyakinan diri dalam persediaan menempuhi alam pendidik yang mencabar

pada masa akan datang.

Melalui program ini, terdapat banyak manfaat yang saya perolehi dan

juga kelemahan yang saya perlu atasi. Kelebihan dan manfaat yang saya

perolehi perlu di perkembangkan dan saya perlu mempunyai pelan tindakan

untuk mengatasi dan membaiki kelemahan yang telah saya kenal pasti.

Manfaat

Terdapat beberapa manfaat yang dapat saya ambil semasa mengikuti

program ini. Antaranya ialah:

Page 2: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

1. Terbinanya semangat untuk menjadi seorang guru yang berwibawa. Saya

menyedari bahawa di akhir program ini, semangat saya untuk menjadi

seorang guru semakin meningkat dan berkobar-kobar. Saya ingin menjadi

seorang pendidik yang dihormati dan disegani serta mengambil berat

akan perihal anak-anak murid saya. Etika, sahsiah dan kemahiran menjadi

seorang guru boleh dibentuk apabila kesedaran mula timbul dalam hati.

Minat ini dapat saya hayati apabila pihak pensyarah menunjukkan video

yang mengisahkan tentang seorang guru yang sangat mengambil berat

akan hal pelajarnya. Pensyarah juga memberi motivasi dan kata-kata

semangat kepada kami agar menjadi seorang guru yang berdedikasi suatu

hari nanti.

2. Berfikiran positif dan berkeyakinan tinggi. Seorang guru perlu sentiasa

berfikiran positif dan meletakkan perspektif yang baik terhadap semua

perkara terutama sekali tentang hal yang berkaitan dengan pelajar.

Sebagai contoh, guru perlu berfikiran bahawa pelajar yang kurang bijak

tetap akan berjaya sekiranya diberi perhatian sewajarnya dan guru tidak

boleh berputus asa untuk mendidiknya. Setiap tindakan seorang guru

perlu sentiasa positif dan berkeyakinan agar dapat menjadi contoh kepada

para pelajar. Ini kerana pemikiran seorang guru akan melahirkan

perlakuan atau tindakan yang mencerminkan siapa sebenarnya guru

tersebut.

Page 3: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

3. Semangat mampu bekerjasama. Dalam program ini, kami dibahagikan

kepada beberapa kumpulan. Setiap ahli kumpulan terdiri daripada negeri-

negeri yang berlainan di Malaysia. Semasa program, kami dikehendaki

menjalani aktiviti “explorace”. Kami diberi misi, dan perlu

menyelesaikan setiap misi di setiap “checkpoint” yang ada. Setiap ahli

kumpukan berkomunikasi dengan baik untuk menyatakan idea dan

pendapat dan dapat membina sikap mendengar dengan baik. Kami juga

dapat mengkritik idea yang diberikan secara membina. Kami mendapati

sifat-sifat murni ini dapat kami praktikkan apabila kami menjadi seorang

guru kelak.

4. Kemahiran menyampaikan hal sebenar. Dalam program tersebut, terdapat

juga aktiviti melukis gambar. Peserta dikehendaki menghantar seorang

wakil untuk melihat gambar di pentas, dan sampaikan kepada ahli

kumpulan untuk dilukis. Melalui aktiviti ini, kemahiran menyampaikan

sesuatu pengajaran kepada para pelajar dapat dipraktikkan. Guru perlu

menyampaikan pengajaran dengan berkesan agar difahami oleh setiap

pelajar. Guru perlulah bijak mengatur strategi agar pengajarannya dapat

diterima dan difahami oleh para pelajar.

Page 4: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

5. Berusaha demi mencapai matlamat. Terdapat juga aktiviti dimana para

peserta perlu menyusun keratan kertas keras agar menjadi suatu objek seperti

yang telah diberi contoh. Aktiviti ini merupakan satu aktiviti yang sukar

dimana bentuk yang dikehendaki sukar dihasilkan ekoran keratan kertas

yang berbeza bentuk saiz. Aktiviti ini dapat dipraktikkan ketika menjadi

guru kelak dimana seorang guru perlu berusaha sedaya upaya mendidik dan

membentuk seorang pelajar agar menjadi seorang yang berguna dan berdaya

saing dimana para pelajar terdiri daripada orang-orang yang berlainan latar

belakang dan personaliti. Sikap tidak mudah berputus asa dan bekerjasama

menerima pendapat orang lain dapat dibentuk melalui aktiviti ini.

Kelemahan

Saya menyedari terdapat beberapa kelemahan ketika saya menghadiri

program Pembangunan Sahsiah yang lalu. Antaranya ialah:

1. Kurangnya tumpuan dan keseriusan ketika menjalani aktiviti-aktiviti

yang dijalankan. Kurangnya tumpuan memberi impak yang besar

kepada penerimaan seluruh input program. Saya mendapati kurangnya

maklumat yang saya terima ketika program ekoran sikap tidak peduli

dan sambil lewa saya. Kelemahan ini perlu diperbaiki sebelum saya

melangkah kea rah kerjaya menjadi seorang guru, kerana untuk

menjadi seorang guru, tumpuan dan keseriusan amat penting dalam

mendidik para pelajar. Apabila seorang guru memberi tumpuan dan

Page 5: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

serius dalam pengajaran, para pelajar juga secara automatik akan

serius untuk belajar kerana seorang pelajar tidak dapat menerima sikap

sambil lewa seseorang guru. Sekiranya seorang pelajar mendapati

gurunyabersikap sambil lewa, akan kuranglah sikap hormatnya

terhadap gurunya.

2. Kurang bersemangat dan tidak bertenaga. Ketika aktiviti terutamanya

aktiviti “explorace”, saya kurang bersemangat dan kurang bertenaga

menjalani aktiviti tersebut. Hal ini kerana kurangnya kesedaran

tentang pentingnya semangat menjalani aktiviti serta semangat

berpasukan. Saya telah tidur lewat pada malam sebelum program

menyebabkan saya kurang bertenaga dan mengantuk. Saya perlu

tangangi sikap negatif ini kerana di alam pekerjaan kelak, saya perlu

sentiasa bersemangat untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru.

3. Tidak menepati masa. Saya mendapati bahawa saya kurang menepati

masa sewaktu program dijalankan terutama sekali pada setiap kali

masa rehat tamat. Sikap ini sangat perlu diubah kerana menepati masa

adalah perkara paling penting dalam kerjaya perguruan. Guru yang

tidak menepati masa kurang dihormati dan kurang dipandang tinggi

oleh para pelajar. Guru perlu mementingkan masa terutama masa

Page 6: Laporan refleksi program pembangunan sahsiah

pengajaran dan pembelajaran agar dapat menghabiskan pembelajaran

dengan teratur dan efisyen.