laporan refleksi jurnal

7
QSS6024 Rekabentuk Eksperimen dalam Sains Sukan TAJUK Tugasan 1 Analisis aspek rekabentuk kajian eksperimen bagi artikel journal berwasit NAMA & NO MATRIK THANALETCHUMY A/P RAMESAMY M20142002287 SASHI KUMAR A/L DHANYAN M20141000926 NAMA PENSYARAH DR. NORMAH JUSOH

Upload: thanaletchumy-ramesamy

Post on 29-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Refleksi Jurnal

QSS6024 Rekabentuk Eksperimen dalam Sains Sukan

TAJUK

Tugasan 1

Analisis aspek rekabentuk kajian eksperimen bagi artikel journal

berwasit

NAMA & NO MATRIK

THANALETCHUMY A/P RAMESAMY

M20142002287

SASHI KUMAR A/L DHANYAN

M20141000926

NAMA PENSYARAH

DR. NORMAH JUSOH

Page 2: Laporan Refleksi Jurnal

Laporan Refleksi Jurnal

Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan motivasi kendiri (self talk) dan

latihan sophrological dalam meningkatkan prestasi atlit Kick Boxing.

Self-Talk adalah satu aliran pemikiran atau andaian diri kita sendiri. Kita bercakap

dengan diri kita sendiri. Ia akan meningkatkan kepercayaan serta keyakinan diri sendiri

dan memainkan peranan penting dalam pembentukan emosi dan mental bagi

mengurangkan andaian atau pemikiran negatif oleh atlet. Self-Talk dibahagikan kepada

dua jenis iaitu Self talk Positif dan Self-Talk Negatif.

Seterusnya, kaedah Sophorologi adalah Latihan Kemahiran Psikologi yang

menghasilkan kesihatan serta kesejahteraan atlet ke tahap optima. Ia adalah satu siri

mudah bagi latihan fizikal dan mental bagi membantu atlet untuk bertenang, bertenaga

serta membentuk minda yang pantas dan aktif apabila atlet mengamalkannya dengan

teratur.

Menurut Calmels And Fournier,1999 ; Burton and Readeke, 2008 ; Slimani et al., 2014,

dipercayai bahawa latihan mental seperti Sophorologi, Bertenang dan Self-Talk

membantu atlet sebelum, semasa dan selepas pertandingan untuk meningkatkan prestasi

pertandingan dengan memberi tenaga, menguruskan tekanan, memberi fokus,

keyakinan diri, menguruskan emosi dan bermotivasi dalam kalangan atlet.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 3: Laporan Refleksi Jurnal

Kajian ini adalah bagi menilai keberkesanan Latihan Kemahiran Psikologi Self-Talk

dan Sophrology terhadap keyakinan diri serta pengurusan emosi dalam kalangan Atlet

Gusti dari Tunisia.

Metadologi

1. Subjek

Rajah 1.0: Pemilihan subjek kajian

2. Self talk dan Sophrologikal

Kebiasaanya self talk akan digunakan oleh atlit semasa pertandingan, latihan dan kehidupan harian. Menurut Rotella et al, 1980, dan Van Raalte et al, 1994 self talk dapat meningkatkan keyakinan diri dan emosi. Sophorologikal merupakan gabungan latihan imaginari dan relaxation di mana ia dapat meningkatkan keyakinan, imaginari dan sebagainya (Edith,1997). Oleh iru pengkaji memilih kedua-dua latihan ini dalam kajiannya. Dalam kajian ini subjek tidak diberi sebarang unsur motivasi atau self talk sebelum latihan kemahiran self talk dan sophrologikal dijalankan. Sophrologikal telah diberi selama 12 minggu (Edith,1997). Manakala self talk akan diberi sebelum dan selepas latihan dan pertandingan.

3. Instrumen

Umur(22+-2.3)

berat badan 65+-10.2 kg Ketinggian1.74+-0.08mS u b j e k

( n = 1 2 0 )

Page 4: Laporan Refleksi Jurnal

Instrumen kajian yang digunakan oleh penyelidik untuk mengkaji emosi positif dan

negatif serta keyakinan diri dalam kalangan atlet Gusti lelaki ialah Soal Selidik yang

telah dibentuk oleh Gaudreau et al. ( 2006 ) and Vaeley (1986) bagi menilai kejayaan

diri sendiri dalam sukan. Secara umumnya 25 item dibentuk dalam soal selidik ini

berdasarkan Skala Likert dengan pilihan skala 1 – 6 ( Sangat tidak setuju – Sangat

Setuju). Soal Selidik ini diberi kepada semua responden sebelum dan selepas Latihan

Mental.( Pasca dan Post).

4. Data Analisis

Data yang telah dianalisis melalui Anova dengan menggunakan reka bentuk (Snedecor and Cochran,1957) oleh prosedur GLM dari pakej statistik SAS (SAS Institut,1989). Kehomogenan varians telah disahkan melalui ujian standard Bartlett (Anderson and McLean, 1974)

5. Keputusan

Penyelidik menggunakan Skala Likert dalam soal selidik untuk melihat

keberkesanan Self-Talk dan Sophorology dengan menilai emosi dan keyakinan diri

dalam kalangan atlet Gusti lelaki Tunisia selepas rawatan diulang selama 40 kali.

Dapatan Kajian menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara apabila atlet Gusti

diberi Latihan Mental yang berbentuk Self Talk tetapi Latihan Mental Sophorology

menunjukkan pengurusan emosi yang lebih tinggi berbanding Self-Talk. Dapatan

kajian menunjukkan Sebelum Latihan Self-Talk pengurusan emosi hanya 3.5 dan Ia

meningkat sehingga 4( Skala Likert) selepas Rawatan Self-Talk Manakala Sebelum

Latihan Sophorology pengurusan emosi hanya 3.5 dan selepas rawatan Sophorology

pula ia meningkat secara mendadak sehingga 4.5 iaitu sangat setuju dalam skala likert.

Hal ini menunjukkan bahawa rawatan Sophorology lebih berkesan berbanding Self-

Talk bagi mengurus emosi atlet Gusti lelaki.

Dapatan Kajian bagi keyakinan diri dalam kalangan atlet Gusti lelaki juga

menunjukkan terdapat peningkatan yang ketara bagi kedua-dua latihan mental tetapi

Latihan Sophorology menunjukkan keyakinan diri yang lebih tinggi iaitu sebanyak 5

(sangat setuju) dalam skala likert selepas rawatan berbanding Self-Talk hanya 4.5

(setuju) selepas rawatan.

Page 5: Laporan Refleksi Jurnal

Dapatan kajian ini disokong oleh Slimani M,. et al (2014). Effects of Monological and

Sophrological Trainings on the Develoment of Attention and Retention in Tunisian

Male Kick Boxers. Dapatan kajian ini juga menyokong bahawa latihan Sophorological

amat berkesan dalam menilai fokus ( attention) atlet dan Kemahiran meningkatkan

daya ingatan ( retentition) dalam kalangan atlet Gusti lelaki Tunisia berbanding

Latihan Monological.

Dapatan Kajian Kaori Araki ( WasedaUniversiti,Japan), Joseph K. Mintah ( Azusa

Pacific Universiti), Mick G. Mack, Shron Huddleston, Laura Larson And Kelly Jacobs

( Universiti of NorthrnLowa), (2006) Belief in Self-Talk and Dynamic Balance

Performance, juga bertujuan untuk menilai perbezaan antara Self-Talk dan Prestasi

serta untuk menilai sejauh manakah Self-Talk positif dan Self-Talk Negatif

mempengaruhi prestasi atlet. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa responden yang

menggunakan Self-Talk Positif dapat mencapai prestasi yang tinggi berbanding

responden yang menggunakan Self-Talk negatif. Jadi Self-Talk Positif dan Negatif

amat mempengaruhi prestasi atlet.Menurut Hardy & Hall, (2005) Self-Talk amat

berkait rapat dengan prestasi atlet.

Overview Jurnal (Kritikan)

Ojektif kajian yang telah dipilh adalah mengetahui keberkesanan latihan self talk dan sophrologikal dalam membangunakan keyakinan diri dan menguruskan emosi pemain gusti lelaki dari Tunisian. Kajian ini merupakan kajian quasi experimental kerana subjek kajian tidak dipilih secara rawak. Persampelan yang dipilih adalah secara tidak rawak iaitu mengikut jantina, umur, berat badan,ketinggian dan sukan subjek. Kajian ini merupakan kajian between subject.

Pemboleh ubah

Pembolehubah tidak bersandar kajian ini adalah latihan self talk dan latihan sophrology manakala pembolehubah bersandar adalah keyakinan diri dan pengurusan emosi.

Page 6: Laporan Refleksi Jurnal

Ancaman dalaman atau luaran yang boleh dikawal

Kekuatan yang terdapat dalam kajian ini adalah seperti berikut:

I. Sejarah Subjek dalam kajian ini tidak diberi sebarang self talk atau unsur motivasi sebelum kajian.

II. Pengujian Unsur Selftalk atau sophrologikal tidak boleh diingat kerana setiap kali ujian diberi unsure latihan yang berbeza.

III. PemilihanTidak ada unsur berat sebelah dalam pemilihan subjek. Ini disebabkan atletnya dipilih secara tidak rawak supaya dapat dapatan yang sahih.

IV. Kematangan Umur subjek yang dipilih telah ditetapkan. Iaitu, lelaki yang berumur antara 22 + - 2.3 tahun

V. InstrumenKajian ini menggunakan instrumen yang sah dan telah digunakan oleh penyelidik yang lain. Soal Selidik yang digunakan telah dibentuk oleh Gaudreau et al. ( 2006 ) and Vaeley (1986).

Ancaman dalaman atau luaran yang tidak boleh kawal

Kelemahan dalam kajian ini adalah seperti berikut:

I. Kehilangan Subjek

Masalah kesihatan tidak boleh dielakkan semasa menjalankan sesuatu kajian. Kemungkinan besar kesihatan seseorang boleh mempengaruhi emosi seseorang

II. Sikap subjek

Sikap subjek dapat mengancam dapatan kajian.

Adakah dapatan digeneralisasikan?

Page 7: Laporan Refleksi Jurnal

Dapatan kajian ini dapat digeneralisasikan hanya kepada pemain gusti sahaja. Ini kerana dalam kajian ini pengkaji hanya menggunakan atlit sukan gusti. Bilangan subjek yang digunakan iaitu n=120 cukup untuk digeneralisasikan untuk populasi.