laporan projek perhimpunan

Upload: valleriejirum

Post on 07-Jan-2016

235 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

LAPORAN PROJEK PERHIMPUNAN.

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG96509 BINTANGORLAMPIRAN 1BLAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR : Vallerie Anak JirumPROGRAM : PISMP PJ/BM/PK Ambilan Januari 2011NAMA SEKOLAH : Sk Agama (MIS) SibuNAMA PROJEK / AKTIVITI : Projek Pengendalian Perhimpunan Khas Sekolah Dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna Dan Mencipta Buku Skrap Anjuran Panitia Bahasa Melayu.TEMPOH PELAKSANAAN : 1 Hari (4 OGOS 2014)

RASIONALPengendalian pehimpunan sekolah ini merupakan satu projek yang relevan dengan keperluan seorang guru permulaan apabila mula berkhidmat di sekolah kelak. Hal ini kerana, setiap sekolah akan menetapkan bahawa setiap guru akan mengendalikan perhimpunan mingguan. Oleh itu, pengalaman yang diperoleh semasa program internship ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan awal dan pengalaman bermakna kepada guru pelatih untuk menimba ilmu yang berguna terutama sekali dalam hal-hal mengendalikan perhimpunan supaya perjalanan majlis perhimpunan dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Selain itu, ianya juga dapat memberikan keyakinan kepada guru untuk bersuara di hadapan hadirin tanpa perasaan gugup dan gementar.Menjadi tanggungjawab bagi guru untuk memastikan keadaan murid-murid sentiasa dalam keadaan bersedia untuk mendengar amanat yang akan disampaikan oleh guru-guru terutama sekali amanat daripada guru besar. Untuk itu, guru haruslah cekap dalam mengendalikan murid terutama sekali dalam mengendalikan disiplin murid agar tiada murid yang membuat bising dan mengganggu rakan-rakan lain. Melalui projek ini, diharap guru pelatih dapat membuat laporan yang lengkap dengan mengambil kira dari sudut pemikiran reflektif dengan memikirkan tentang kekuatan dan kelemahan yang berlaku sepanjang pengendalian perhimpunan mingguan berlangsung. Oleh itu, segala perkara yang berlaku dapat dibuat penambahbaikan dan dibuat tindakan susulan yang bersesuaian agar kelemahan yang berlaku tidak berulang lagi pada masa hadapan.

OBJEKTIF : Projek ini dijalankan bertujuan untuk : 1. Meningkatkan pengetahuan guru pelatih tentang pengurusan perhimpunan.2. Menyampaikan hadiah bagi Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Mencipta Buku Skrap 2014. 3. Mempelajari susunan dan protokol perhimpunan sekolah.4. Membuat dokumentasi dan laporan tentang projek yang dilaksanakan.

STRATEGI PELAKSANAAN:

1. Merangka tentatif bagi mejlis perhimpunan mingguan.2. Menjadi pengacara majlis semasa majlis perhimpunan mingguan berlangsung.3. Mengendalikan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Mencipta Buku Skrap 2014.4. Sentiasa peka dan dapat mengawal disiplin murid semasa perhimpunan dengan membuat kerjasama yang baik dengan pengawas sekolah.5. Menguruskan perhimpunan sekolah dengan baik mengikut perancangan yang ditetapkan.

REFLEKSI :1) Kekuatan Projek / Aktiviti :a) Perancangan dan Persiapan Sebelum Perhimpunan yang Baik.Projek perhimpunan mingguan sekolah yang diadakan ini telah dilaksanakan bertepatan dengan rancangan yang telah dirangka. Bermula daripada persiapan untuk menyediakan tempat perhimpunan, sehinggalah tamat perhimpunan. Sebelum perhimpunan bermula, lokasi perhimpunan telah disediakan terlebih dahulu dan ini dibantu oleh pembantu am sekolah yang sentiasa bertugas untuk setiap pagi perhimpunan. Antaranya memastikan Dewan telah dibuka, kerusi guru-guru disusun awal, penghawa dingin, PA sistem dan lampu telah dipasang pada pagi tersebut. Manakala, para pengawas pula bertugas untuk mengiring murid dari setiap kelas untuk dibawa ke dalam dewan. Mereka perlu memastikan murid-murid berdiri di tempat yang ditetapkan dalam keadaan senyap.

b) Perhimpunan Mengikut Tentatif yang DiirancangSebelum melaksanakan projek ini, kami telah merancang satu tentatif perhimpunan ini. Bermula dengan nyanyian lagu Negaraku sehinggalah bersurai. Hal ini menyebabkan perjalanan perhimpunan berjalan seperti yang dirancang.

Murid-murid mendengar ucapan dan amanat yang disampaikan.Ucapan Guru Besar

Saya mengawal persembahan slide dan PA system. Penyampaian hadiah kepada para pemenang.

c) Pengacaraan Majlis Pengacara majliis memainkan peranan penting dalam sesuatu majlis. Pengacara majlis merupakan penggerak dalam sesuatu majlis yang telah dirancang. Setiap perhimpunan yang dianjurkan akan dikendalikan oleh seorang pengacara majlis yang mahir untuk berbicara di khalayak. Semasa mengendalikan projek ini, Cik Eriana binti Kamat, pasangan Internship saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengacara majlis. Semasa majlis ini dijalankan, beliau telah mengendalikan dengan baik tanpa tersekat-sekat. Selain itu, beliau mampu berbicara di khalayak dengan baik tanpa rasa takut dan gementar. Kebolehan beliau dalam mengendalikan disiplin murid juga dapat dilihat semasa menjadi pengerusi majlis pada perhimpunan ini. Selain itu, skrip pengacara majlis mengikut yang telah tersedia menjadikan segala bicara daripada pengerusi majlis mengikut aktiviti yang dirancang semasa proses perhimpunan khas dijalankan.

Eriana sebagai pengerusi majls.

d) Persembahan Selayang Pandang Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Mencipta Buku Skrap 2014.

Perhimpunan pada hari tersebut diserikan dengan satu persembahan selayang pandang. Video tersebut telah dibuat khas oleh saya dan pasangan saya. Persembahan ini mengisahkan perjalanan sepanjang pertandingan tersebut dijalankan. Penggunaan teknologi ini sangat berkesan kerana murid dapat melihat dan mendengar secara langsung.

Selayang Pandang Pertandingan Mewarna Gaya Hidup Sihat 2014

2) Kelemahan Projek / Aktiviti :

a) Kekurangan Pengisian Aktiviti

Semasa pengendalian perhimpunan ini, hanya persembahan selayang pandang sahaja yang dapat dibuat. Hal ini kerana kekangan masa yang dihadapi dari pihak kami untuk melatih murid-murid kerana persembahan tersebut diadakan pada isnin selepas cuti hari raya. Hal ini menyebabkan perhimpunan yang dijalankan sekadar biasa-biasa sahaja kerana ianya tidak meninggalkan impak yang mendalam kepada para penonton.

b) Audio sistem tidak berfungsi dengan baik. Di dalam sesebuah perhimpunan, sistem siaraya yang baik amat penting agar majlis dapat disempurnakan dengan baik dan lancar. Namun begitu, pada hari pelaksanaan, video selayang pandang tidak ditayangkan dengan lancar kerana masalah bunyi. Apabila dikenalpasti punca, didapati wayar speaker dewan sekolah tidak berfungsi dengan baik. Hal ini mneyebabkan, lagu-lagu yang dimainkan tidak kedengaran dengan jelas.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :Oleh itu, berdasarkan kelemahan yang telah dikenal pasti, jika diberikan peluang sekali lagi untuk mengendalikan perhimpunan sekolah semasa berkhidmat kelak, saya akan sentiasa memikirkan aktiviti dan pengisian menarik untuk dilakukan semasa perhimpunan tersebut sama ada pada perhimpunan mingguan sekolah, ataupun semasa majlis-majlis rasmi yang dianjurkan sekolah. Selain itu, saya akan sentiasa kreatif dalam merancang pengisian dan aktiviti yang dilakukan agar dapat menarik minat penonton, terutama sekali murid-murid untuk menunjukkan minat dan semangat menghadiri perhimpunan sekolah serta tidak berasa bosan semasa menghadiri perhimpunan mingguan.

KESIMPULAN :Secara keseluruhannya, didapati bahawa projek ini berjalan dengan lanceLr seperti yang telah dirancang. Hal ini merupakan berkat daripada kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh pihak sekolah sama ada guru-guru, pekerja sekolah dan murid-murid. Diharap projek yang dijalankan ini dapat memberikan pengalaman baharu kepada kami sebagai guru pelatih untuk dijadikan pengetahuan berguna untuk diaplikasikan kelak.Disemak oleh Mentor

Catatan:

Tandatangan :Nama : SUSAN ANAK AKOMTarikh :Disahkan oleh Guru Besar

Catatan:

Tandatangan :Nama : SHARKAWI BIN HAMDANTarikh :

JUN 2012