laporan projek cat

3

Click here to load reader

Upload: nana-kawaii

Post on 06-Nov-2015

196 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

PRAKTIKUM

TRANSCRIPT

LAPORAN PROJEK/AKTIVITI/PERANAN LAIN

Laporan Ke-14

Nama Pelajar:Teh Mardiana binti Abu BakarKursus dan Ambilan:PISMP Pendidikan Khas Masalah Penglihatan Ambilan Januari 2012Tarikh:5 September 2014 12 September 2014Masa:8.00 pagi hingga 11.00 pagiTempat:Kawasan sekolahProjek / Aktiviti / Peranan: Projek Keceriaan Sekolah (Mengecat dan Melukis Mural)

BAHAGIAN A: PERANAN YANG DIJALANKAN

Bagi projek keceriaan sekolah ini, kami diminta oleh Encik Abd Khalib bin Abd Hamid, Guru Besar SK Klang untuk mengecat dan melukis mural di tembok pintu pagar hadapan sekolah. Projek ini dibimbing oleh guru pembimbing kami, Puan Helda Anak Mapan dan Cik Wan Nor Diyana dan beberapa guru dan pembantu pengurusan murid lain turut terlibat membantu mengecat dan melukis mural di tembok tersebut.

BAHAGIAN B: CATATAN REFLEKSI

Saya dan rakan praktikum yang lain menyumbang tenaga kami dalam menjayakan projek keceriaan sekolah di mana kami ditugaskan mengecat dan melukis mural di tembok pintu pagar hadapan sekolah. Bagi projek kali ini, kami telah mendapat peruntukan kewangan oleh PIBG SK Klang. Projek ini dimulakan dengan menyediakan peralatan untuk mengecat seperti cat undercoat berwarna putih, cat outdoor berwarna kelabu, berus dan bekas cat. Walaupun ini merupakan projek praktikum kami, namun guru pembimbing dan guru-guru lain banyak membantu kami menyiapkan tugasan projek tersebut. Kami bergotong-royong selama beberapa hari untuk menyiapkan projek mengecat dan melukis mural di tembok pagar hadapan tersebut. Saya ada bertanyakan kepada guru pembimbing berkenaan aktiviti mengecat dinding sekolah ini. Menurut beliau, kebanyakkan aktiviti mengecat ini dilakukan oleh guru pendidikan khas dan beliau sendiri seronok melakukan kerja ini dan merasa kepuasan bekerja apabila melihat hasilnya. Beliau juga ada menasihati kami melakukan sesuatu kerja dan amanah yang telah diberikan sehabis baik dan bersungguh-sungguh. Saya juga seronok melakukan kerja ini kerana kami dapat bergotong-royong dan bekerjasama dengan warga pendidikan khas. Antara kelemahan yang saya kenal pasti ialah anggaran cat tidak mencukupi dan terpaksa menunggu stok baru. Selain itu, cuaca yang panas juga menyebabkan kami tidak dapat mengecat sehingga tengah hari. Jadi, kami mengambil keputusan untuk memulakan kerja mengecat awal pagi kira-kira pukul 8.00 pagi. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan hasil kerja kami dan ini merupakan pengalaman yang berharga dan bermakna buat kami guru praktikum.

BAHAGIAN C: KOMEN / ULASAN / CATATAN(Diisi oleh guru besar / penolong kanan / guru)

Disemak oleh pihak sekolah

Tandatangan:Nama:Tarikh:Disemak oleh pensyarah pembimbing

Tandatangan:Nama:Tarikh: