penyediaan bahan semburan cat

20
INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI SARAWAK PENYEMBUR CAT AUTOMOTIF KURSUS PENYEMBUR CAT AUTOMOTIF TAHAP 3 (TIGA) MODUL 01 : PENYEDIAAN BAHAN SEMBURAN 2K TUGASAN 09.03 : PASTIKAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ADALAH SELAMAT, BERSIH DAN DALAM KEADAAN BAIK UNTUK DIGUNAKAN 09.04 : SEDIAKAN BAHAN-BAHAN SEMBURAN CAT NAMA PELAJAR MOHD. ZULFADHLI BIN MOHAMAD RADZUAN NO. K/PENGENALAN 880919 52 5071 PENGAMBILAN P. 19 PEGAWAI PENGAJAR EN. MOHD AZIZOL

Upload: mohd-zulfadhli-mohamad-radzuan

Post on 26-Nov-2015

727 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Penyediaan Bahan Semburan Cat. Modul 1 Tahap 3 IKBN.Bengkel Semburan Cat

TRANSCRIPT

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA MIRI SARAWAKPENYEMBUR CAT AUTOMOTIF

KURSUSPENYEMBUR CAT AUTOMOTIF

TAHAP3 (TIGA)

MODUL01 : PENYEDIAAN BAHAN SEMBURAN 2K

TUGASAN09.03 : PASTIKAN PERALATAN DAN PERKAKASAN ADALAH SELAMAT, BERSIH DAN DALAM KEADAAN BAIK UNTUK DIGUNAKAN

09.04 : SEDIAKAN BAHAN-BAHAN SEMBURAN CAT

NAMA PELAJARMOHD. ZULFADHLI BIN MOHAMAD RADZUAN

NO. K/PENGENALAN880919 52 5071

PENGAMBILANP. 19

PEGAWAI PENGAJAREN. MOHD AZIZOL

SOALAN 1

SOALAN 1Jelaskan kebaikan yang diperoleh dengan meneyenaraikan bahan-bahan penyemburan Cat 2K.Dan sediakan jadual bahan-bahan, kuantiti dan harga bahan.

Kebaikkan daripada menyenaraikan bahan-bahan penyemburan Cat 2K adalah : Menjimatkan penggunaan bahan Mengetahui apa yang diperlukan untuk seseuatu kerja Mampu menjimatkan kos kerana melakukan pengawalan kuantiti bahan

Jadual Bahan Semburan 2K

BILBAHANKUANTITISEUNIT (RM)JUMLAH (RM)

1THINNER 2K5 LITER11.0055.00

2PRIMER 2K3 LITER35.00105.00

3CLEAR 2K3 LITER45.00135.00

4MASKING TABE5 ROLL1.306.50

5MASKING PAPER15 METER3.0045.00

6KERTAS PASIR P1505 PCS1.507.50

7KERTAS PASIR P8005 PCS1.507.50

8KERTAS PASIR P15005 PCS1.507.50

9KERTAS TURAS10 PCS3.0030.00

10TAG RAG2 PCS10.0020.00

JUMLAH364.00

SOALAN 2

SOALAN 2Sediakan laporan berkenaan peralatan yang akan digunakan dalam proses kerja penyemburan Cat 2k.A. Spray GunNama dan Kegunaan

Terdapat dua jenis spray gun yang biasanya digunakan iaitu : Gravity Spray Gun Suction Spray Gun

Spray Gun digunakan untuk mengecat panel dalam bentuk semburan pigmen cat

Cara Menguji dan MemeriksaSebelum melakukan sesuatu kerja semburan pada panel kenderaan, spray gun mestilah dalam keadaan bersih dan selamat. Spray gun perlu dilaraskan dengan betul dan bersesuaian dengan keselesaan pengunaan anda untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti.Tiga komponen yang perlu dilaras pada spray gun iaitu Tekanan angin (Air Pressure), Kadar keluaran cat (Fluid Control) dan Kembangan (Fan/Pattern Control).

Cara Menggunakan

Tekanan angin (Air Pressure)

Pastikan spray gun berada dalam keadaan yang baik sebelum digunakan. Tarik sedikit trigger hingga membenarkan angin sahaja yang keluar melalui muncung spray gun. Sementara itu, laras tekanan angin yang memasuki spray gun sehingga 2 atau 3 bar dengan memerhati meter tekanan angin yang terdapat pada spray gun tersebut. Pada kebiasaannya, tekanan angin adalah berbeza untuk setiap jenis cat yang digunakan. Bagi cat alkyd dan acrylic (metalik) ialah 50 60 psi, cat lapis jernih (clear coat) ialah 20 45 psi dan cat asas (primer) ialah 45 psi.

Kadar keluaran cat (Fluid Control)

Keluaran cat mestilah dilaraskan dengan betul dan sesuai dengan kerja semburan supaya tidak berlaku kecacatan seperti ssagging dan sebagainya. Keluaran cat hendaklah dilaraskan mengikut tekanan angin spray gun. Pusingkan fluid control knob mengikut arah pusingan jam untuk pengeluaran cat yang sedikit. Jika keluaran cat terlalu sedikit akan menyebabkan terjadinya kepucatan pada cat yang disembur, cat terlalu cepat kering dan kembangan cat akan menjadi split pattern. Pusingkan fluid control knob mengikut arah lawan jam untuk keluaran cat yang banyak. Jika keluaran cat terlalu banyak pula akan menyebabkan terjadinya meleleh dan lebihan cat atau cat tebal pada tengah spray pattern.

Kembangan cat (Fan/Pattern Control)

Laraskan kembangan cat dengan memusingkan pattern control knob mengikut pusingan arah jam untuk memperolehi kembangan yang kecil dan berbentuk bulat. Pusingkan mengikut lawan arah jam untuk memperolehi kembangan yang besar dan berbentuk bujur. Kembangan cat adalah berbeza diantara spray penuh dengan membaik pulih setempat. Sekiranya menyembur cat untuk spray penuh seperti keseluruhan kenderaan, kembangan cat hendaklah dilaras 8 hingga 9 inchi. Manakala bagi membaik pulih setempat seperti panelkenderaan adalah antara 5 hingga 6 inchi. Kembangan cat adalah bergantung kepada size nozzle yang digunakan.

Langkah-langkah keselamatan Sentiasa menggunakan respirator semasa kerja pernyemburan cat Jangan menghalakan muncung Spray Gun kea rah rakan sekerja Sentiasa gunakan mengikut SOP yang telah ditetapkan Jika terdapat kerosakkan, laporankan kepada pegawai pengajar

Cara Menyelengara1. Spray gun adalah salah satu peralatan yang penting kerana ianya digunakan untuk menyembur cat. Harga nya mahal sekiranya rosak, kemungkinan memerlukan modal yang banyak untuk membaikinya2. Buka tabung cat dan cuci dengan thinner, gunakan kain bersih untuk membersihkan nya3. Buka nozzle set dan bersihkan menggunakan thinner,gunakan berus khas bagi mencucikan tempat yang sempit4. Cuci jalur cat dengan menggunakan berus khas bersama dengan thinner5. Cuci lubang lubang kecil pada nozzle spray gun bagi mengelakkan ianya tersumbat6. Selepas itu , cuci badan spray gun dan lap dengan kain bersih7. Setelah itu, pasang komponen spray gun seperti sedia ada dan lap semula spray gun sebelum disimpan.

B. Buffing Machine

Nama dan KegunaanBuffing Machine digunakan untuk menggilap permukaan panel yang telah siap kerja semburan lapisan cat jernih jika menggunakan cat 2K, atau terus jika cat 1K.

Cara Menguji dan MemeriksaPeralatan elektrik seperti Buffing Machine perlu di periksa soket nya bagi memastikan tiada masalah pada sambungan elektrik.Seterusnya adalah memastikan tiada halangan pada bahagian bergerak dan buffing pad dipasang ketat sebelum menggunakannya.

Cara Menggunakan1. Hidupkan suis sumber elektrik2. Laraskan kelajuan Buffing Machine kepada kelajuan 2 hingga 3 bagi lap pertama, 3 bagi lap seterusnya.3. Pastikan berhenti sebentar dan tidak menggunakan secara berterusan terlalu lama supaya Buffing Machine tidak terlalu panas.

Cara Menyelenggara1. Lap Buffing Machine setelah digunakan2. Pastikan Buffing Pad dalam keadaan yang elok.3. Wayar disimpan kemas

C. Infra Red Dryer

Nama dan KegunaanInfra Red Dryer digunakan untuk mengeringkan polyester putty atau lapisan fiber dengan cepat, dengan tujuan menjimatkan masa menyiapkan panel permukaan untuk kerja penyediaan dan semburan cat.

Cara Menguji dan MemeriksaPastikan plug dalam keadaan yang elok dan tiada kerosakan pada sambungan wayarPastikan tiada benda asing pada sumber cahaya infra red.

Cara Menggunakan1. Sambungkan plug kepada soket2. Halakan Infra Red Dryer kepada permukaan panel yang ingin dikeringkan3. Hidupkan suis dan tentukan masa pengeringan

Cara Menyelenggara1. Sengan atau benda asing pada sumber cahaya Infra Red bagi mengelakkan kemalangan atau kebakaran2. Wayar di gulung dan disimpan rapi3. Disimpan di tempat yang disediakan

SOALAN 3

SOALAN 3Anda dialntik sebagai seorang penyelia di sebuah syarikat mengecat kenderaan dan telah menerima satu aduan daripada pelanggan mengenai masalah-masalah berikut.

i. Clearcoat pudarii. Polly Putty merekahiii. Cat Berbelang

Pilih salah satu masalah di atas dan sediakan laporan lengkap kepada pihak pengurusan syarikat.

Polly Putty Merekah

Punca terjadinya Polly Putty Merekah Putty yang sudah terlalu lama Polly Putty yang tidak digaul bersama minyak dengan sempurna Nisbah campuran Polly Putty dan Harderner yang tidak sesuai, kebiasaannya terlalu banyak hardener Tindak balas kimia Polly Putty dengan permukaan yang didempol; Kemungkinan terdapat Paint Remover atau bahan kimia lain yang boleh bertindak balas dengan Polly Putty.

Kaedah Pencegahan Polly Putty Merekah Sentiasa membersihkan permukaan yang akan didempol dengan air sabun dan dibilas dengan air biasa. Lap permukaan yang akan didempol dengan kain bersih; Debu-debu Rubbing Compund. Memastikan Polly Putty yang baru dibuka digaul sempurna sebelum digunakan

Risiko Polly Putty Merekah Jika tidak diperbaiki, boleh menyebabkan air masuk ke dalam panel dan menyebabakan karat pada panel tersebut.

Kaedah Baik pulih Polly Putty MerekahPeralatan dan bahana. Kertas Pasir Digunakan untuk meratakan permukaan polly putty, NC putty atupun membuat feather edging.

b. Scrapper & Template Digunakan untuk mendempol polly putty dan NC putty pada permukan panel

c. Polyester Putty Mendempol permukaan panel yang rosak

d. Nitrocellulose Putty Menutup lubang-lubang halus dan kesan calar selepas kerja gosokkan polyester putty

e. Grinder Digunakan untuk membuat feather edging

Langkah Kerja1. Kenal pasti jenis cat pada panel pintu dengan menggunakan kaedah mencalarkan cat menggunakan benda tajam seperti penggarit. Selain itu, kaedah menggosok menggunakan kertas pasir juga dapat mengenal pasti jenis cat yang digunakan.2. Setelah mengenal pasti jenis cat, tandakan kerosakan menggunakan kertas pasir P80.3. Seterusnya, lakukan feather edging dengan teknik gosok kering iaitu menggosok permukaan panel menggunakan kertas pasir gred P80 P100 atau menggunakan mesin canai (grainder).4. Kemudian bersihkan permukaan panel sebelum proses kerja untuk mendempol permukaan.5. Lakukan kerja mendempol permukaan panel menggunakan poly putty untuk menutup kesan kerosakan. Pastikan campuran poly putty dan pengeras (hardener) disebatikan dan nisbah campuran adalah betul iaitu 10:1.6. Selepas proses mendempol dilakukan, permukaan yang telah didempol digosok menggunakan teknik gosok basah. Gosok permukaan yang telah didempol menggunakan kertas pasir gred P150 P400.7. Setelah mendapat permukaan yang diingini, kerja mendempol permukaan panel menggunakan NC putty pula dilakukan. Ini bagi memastikan permukaan panel yang calar akibat daripada gosokan kertas pasir dapat ditutup meggunakan NC putty.8. NC putty juga digosok menggunakan kaedah gosok basah sehingga mendapat permukaan yang diingini.9. Langkah yang terakhir ialah bersihkan permukaan menggunakan air sabun dan keringkan sebelum kerja penyemburan cat asas (primer).