laporan program lawatan penanda aras

6
LAPORAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI Program ini adalah bagi memenuhi keperluan Latihan Perguruan dan setiap peserta mestilah mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) ini sebelum tamat pengajian dan wajib lulus sebagai syarat ditauliahkan Ijazah Perguruan Malaysia. Pada 7 September 2014, seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan Guru dari Kumpulan MTE 7M (rujuk lampiran i - senarai peserta) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) Sekolah Berprestasi Tinggi di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah. Sekolah Kebangsaan Ibrahim yang telah ditubuhkan pada 1919 dan semenjak itu, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah diraih oleh para guru, murid dan staf sekolah. Berikut merupakan tentatif program Lawatan Penanda Aras (Bench Marking) di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah. TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI TARIKH MASA BUTIRAN Ahad 7 September 2014 8.00 pagi Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani Kedah. 8.30 pagi Ucapan alu-aluan oleh penguerusi majlis. Ucapan Selamat Datang oleh En.

Upload: nizam-zam

Post on 26-Dec-2015

408 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

big

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Program Lawatan Penanda Aras

LAPORAN PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Program ini adalah bagi memenuhi keperluan Latihan Perguruan dan setiap

peserta mestilah mengikuti Program Bina Insan Guru (BIG) ini sebelum tamat pengajian

dan wajib lulus sebagai syarat ditauliahkan Ijazah Perguruan Malaysia.

Pada 7 September 2014, seramai 4 orang guru Program Pensiswazahan Guru

dari Kumpulan MTE 7M (rujuk lampiran i - senarai peserta) telah mengadakan Lawatan

Penanda Aras (Bench Marking) Sekolah Berprestasi Tinggi di Sekolah Kebangsaan

Ibrahim, 08000 Sungai Petani, Kedah. Sekolah Kebangsaan Ibrahim yang telah

ditubuhkan pada 1919 dan semenjak itu, pelbagai pencapaian dan kejayaan telah diraih

oleh para guru, murid dan staf sekolah. Berikut merupakan tentatif program Lawatan

Penanda Aras (Bench Marking) di Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.

TENTATIF PROGRAM LAWATAN PENANDA ARAS SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

TARIKH MASA BUTIRAN

Ahad7 September 2014

8.00 pagi Lawatan Penanda Aras ke Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani Kedah.

8.30 pagi Ucapan alu-aluan oleh penguerusi majlis.

Ucapan Selamat Datang oleh En. Khairul Annuar b. Kassim Penolong Kanan Pentadbiran.

Ucapan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Tuan Haji Rusli b. Md. Tahir.

Ucapan Wakil Pelajar PPG, En. Khairulnizam b. Abd Aziz

9.00 pagi Sesi soal jawab.10.00 pagi Lawatan ke bilik-bilik khas, Pusat Sumber

Sekolah dan kantin sekolah.12.30 tengah hari Jamuan makan tengah hari dan penyampaian

cenderahati .

Bertolak balik.

Page 2: Laporan Program Lawatan Penanda Aras

STRATEGI PELAKSANAAN

1.0 SEBELUM PROGRAM LAWATAN

Perjalanan Program Bina Insan Guru Fasa 4 bermula pada 16 Ogos 2014

apabila semua pelajar Program Pensiswazahan Guru Institut Pendidikan Guru Kampus

Sultan Abdul Halim, Sungai Petani telah dipanggil untuk satu taklimat mengenai

Program Bina Insan Guru Fasa 4 pada jam 2.00 petang bertempat di Dewan Muhsyi,

IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kami telah diberikan satu taklimat mengenai

perjalanan Program Bina Insan Guru untuk semester ini. Taklimat telah disampaikan

oleh pensyarah-pensyarah dari Unit Kokurikulum, IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Sebelum program ini dilaksanakan kumpulan kami telah mengadakan mesyuarat

pada 23 Ogos 2014, untuk memilih ahli jawatankuasa dan menentukan tempat yang

hendak dituju. Setelah melantik ahli jawatankuasa kerja untuk Program Bina Insan Guru

Fasa 4 akhirnya kami sebulat suara bersepakat dan bersetuju untuk mengadakan

Lawatan Penanda Aras Sekolah Berprestasi Tinggi ke Sekolah Kebangsaan Ibrahim,

Sungai Petani, Kedah. Melalui tugasan kali ini, kerja-kerja dan tanggungjawab sebagai

setiausaha telah diserahkan kepada saya dan saya akui amat berat, namun ia banyak

mendedahkan saya dengan tugasan yang melibatkan pengurusan serta perancangan di

mana perkara-perkara seperti ini sendiri amat ditekankan dalam program Bina Insan

Guru Fasa 4. Saya bersama pengerusi program En. Khairulnizam b. Abd Aziz turut

melakukan perbincangan dengan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ibrahim pada 24

Ogos 2014 bagi menyatakan hasrat kami untuk melaksanakan program Bina Insan

Guru di Sekolah Kebangsaan Ibrahim dan persetujuan telah diperolehi iaitu tarikh

lawatan tersebut ialah pada 7 September 2014.

Jawatankuasa kerja yang telah dilantik (rujuk lampiran ii - Jawatankuasa BIG

Fasa 4/2014) telah menjalankan tugas masing-masing. Kertas kerja dan semua surat-

menyurat kepada pihak yang terlibat telah diuruskan dengan jayanya. Kami amat

bersyukur walaupun sibuk dengan tugas sebagai pendidik, segala persiapan bagi

menjayakan program lawatan penanda aras ini berjalan dengan lancar.

Page 3: Laporan Program Lawatan Penanda Aras

2.0 SEMASA PROGRAM LAWATAN

Pada 7 September 2014 (Ahad) saya dan rakan-rakan memulakan perjalanan

Program Bina Insan Guru Fasa 4 dengan penuh iltizam dan keazaman. Saya dan

rakan-rakan telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani Kedah pada

jam 7.30 pagi. Perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Rombongan kami telah disambut dengan baik oleh pihak sekolah. Kami telah dibawa ke

bilik mesyuarat untuk sesi suai kenal. Sesi suai kenal dan ucapan alu-aluan telah

dipengerusikan oleh En. Amir Abdul Samad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar

diikuti ucapan selamat datang oleh Enci Khairul Annuar b. Kassim iaitu Penolong Kanan

Pentadbiran.

Selepas itu kami berpeluang mendengar pula ucapan Tuan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Ibrahim iaitu Tuan Haji Rusli b. Md. Tahir. Dalam ucapan itu, beliau

mengatakan bahawa lawatan ini lebih bersifat perkongsian ilmu iaitu berkongsi

kekuatan dan kelemahan. Setiap kekuatan itu hendaklah digunapakai mengikut

kesesuaian dan setiap kelemahan pula hendaklah dijadikan panduan dan dibuat

penambahbaikan.

Setelah itu pengerusi majlis telah menjemput wakil peserta program Bina Insan

Guru iaitu En. Khairulnizam b. Abd. Aziz untuk memberi ucapan. Dalam ucapan itu,

beliau mewakili semua peserta program Bina Insan Guru, Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Abdul Halim mengucapkan ribuan terima kasih di atas sambutan yang

diberikan kepada rombongan kami. Semoga lawatan ini akan dapat memberi

pengalaman dan menambahkan pengetahuan para peserta program Bina Insan Guru.

Sesi suai kenal ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh kedua-dua pihak.

Saya dan rakan-rakan telah merancangkan tiga sesi sepanjang lawatan di

sekolah tersebut. Pada sesi pertama dan sesi kedua yang dijalankan di bilik

mesyuarat, sesi yang dijalankan lebih berbentuk taklimat penerangan daripada pihak

sekolah iaitu tentang aspek-aspek kepimpinan, pengurusan sekolah yang meliputi visi

dan misi sekolah serta cara sistematik yang dilaksanakan oleh pihak sekolah sehingga

mendapat pengiktirafan yang tertinggi dalam pencapaian sesebuah sekolah setakat ini.

Page 4: Laporan Program Lawatan Penanda Aras

Selain itu, penerangan tentang iklim serta budaya sekolah turut menjadi isi penerangan

daripada pihak sekolah. Setelah mendengar penerangan daripada pihak guru rakan

sekolah maka sesi kami disusuli dengan sesi bersoal jawab di antara pihak pelajar

Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim dengan pihak sekolah.

Semasa saya dan rakan-rakan berada di Sekolah Kebangsaan Ibrahim ini, Kami

juga berpeluang melihat sesi pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh

guru matapelajaran Sains, Puan Noor Razifah bt. Zakari.

Akhir sekali saya dan rakan-rakan akhiri lawatan ini dengan sesi melawat sekitar

kawasan sekolah. Antara kawasan yang dilawati ialah Pusat Sumber Sekolah, bilik

Pendidikan Seni Visual, bilik Kemahiran Hidup, bilik tayangan, kawasan kantin dan Pra

Sekolah. Kami semua begitu kagum dengan suasana sekolah yang begitu menarik,

tersusun, cantik dan bersih. Terdapat pelbagai sudut pengajaran dan pembelajaran

yang dapat menarik minat pelajar untuk memperolehi ilmu yang berguna. Rombongan

kami juga dihidangkan dengan sedikit jamuan makan tengah hari. Saya dan rakan-

rakan bertolak pulang pada pukul 1.00 tengah hari.

3.0 SELEPAS PROGRAM LAWATAN

Setelah selesai program lawatan, saya bersama rakan-rakan berkumpul di

kediaman En. Khairulnizam b. Abd Aziz untuk berbincang mengenai penyusunan

tugasan laporan Bina Insan Guru. En. Khairulnizam b. Abd. Aziz telah memberikan

taklimat ringkas mengenai maklumat-maklumat untuk laporan Bina Insan Guru. Segala

maklumat terkini mengenai bahan-bahan untuk tugasan ini akan dihantar melalui email

masing-masing oleh En. Khairulnizam b. Abd. Aziz Dokumentasi tentang 3 program

Bina Insan Guru Fasa 4 bagi 2014 iaitu Program Lawatan Penanda Aras Sekolah

Berprestasi Tinggi, Lawatan Penanda Aras Pensyarah Cemerlang dan Latihan Dalam

Perkhidmatan (LADAP) yang telah dilaksanakan ini perlu diselaraskan. Beliau juga

menegaskan bahawa laporan BIG yang lengkap mestilah dihantar 23 September 2014

(dokumentasi program rujuk pada lampiran iv).