laporan post khidmat sosial

4
LAPORAN POST KHIDMAT SOSIAL OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 10 PENJURU DARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014 PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA CEMERLANG BERSAMA JOHOR Ketua Post Khidmat Sosial : Rashidah binti Jamaluddin Timbalan Ketua Post Khidmat Sosial : Nur Fatin Halwaizzati binti Mohd Arif Setiausaha Post Khidmat Sosial : Nur Farhana binti Zainudin Tarikh : 17-22 Januari 2014 Tempat : Kampung Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat 1. Pengenalan Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 10 Penjuru Darul Ta zim yang melibatkan 10 buah daerah di negeri Johor. Seramai 42 orang ahli jawatankuasa telah ditempatkan di daerah Batu Pahat. Saya Nur Farhana binti Zainudin elaku setiausaha bagi post khidmat sosial manakala saudari Rashidah binti Jamaluddin merupakan ketua pengarah post khidmat sosial dan Nur Fatin Halwaizzati binti Mohd Arif selaku timbalan ketua pengarah post khidmat sosial. Kami di bahagian khidmat sosial telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti yang dilakukan di Kampung Parit Warijo iaitu aktiviti bergotong royong bersama orang kampung dan mengendalikan bengkel kuih/kek. 2. Susunan atur cara dan aktiviti program OPKIM bagi daerah Batu Pahat ini telah disertai oleh 42 orang pelajar UKM dan saudara Mohamad Ezreen Haikal Bin Mahat selaku ketua pengarah program untuk daerah Batu Pahat. Berikut ialah laporan lengkap bagi post khidmat sosial : (a) sebelum program Kira-kira dua bulan sebelum program ini dilaksanakan semua AJK telah bersama-sama mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut. Bagi post khidmat sosial, saya bersama ketua Rashidah dan setiausaha Farhana telah mengadakan beberapa mesyuarat susulan bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh post khidmat sosial.

Upload: halwaizzati

Post on 28-Jul-2015

94 views

Category:

Education


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan post khidmat sosial

LAPORAN POST KHIDMAT SOSIAL

OPERASI KHIDMAT MASYARAKAT (OPKIM) 10 PENJURUDARUL TA’ZIM (BATU PAHAT) 2014

PERSATUAN MAHASISWA ANAK JOHOR (PERMAJ)UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

“CEMERLANG BERSAMA JOHOR”

Ketua Post Khidmat Sosial : Rashidah binti Jamaluddin

Timbalan Ketua Post Khidmat Sosial : Nur Fatin Halwaizzati binti Mohd Arif

Setiausaha Post Khidmat Sosial : Nur Farhana binti Zainudin

Tarikh : 17-22 Januari 2014

Tempat : Kampung Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat

1. Pengenalan

Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ), Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu program yang dikenali sebagai Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 10 Penjuru Darul Ta’zim yang melibatkan 10 buah daerah di negeri Johor. Seramai 42 orang ahli jawatankuasa telah ditempatkan di daerah Batu Pahat. Saya Nur Farhana binti Zainudin elaku setiausaha bagi post khidmat sosial manakala saudari Rashidah binti Jamaluddin merupakan ketua pengarah post khidmat sosial dan Nur Fatin Halwaizzati binti Mohd Arif selaku timbalan ketua pengarah post khidmat sosial. Kami di bahagian khidmat sosial telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan aktiviti yang dilakukan di Kampung Parit Warijo iaitu aktiviti bergotong – royong bersama orang kampung dan mengendalikan bengkel kuih/kek.

2. Susunan atur cara dan aktiviti program

OPKIM bagi daerah Batu Pahat ini telah disertai oleh 42 orang pelajar UKM dan saudara Mohamad Ezreen Haikal Bin Mahat selaku ketua pengarah program untuk daerah Batu Pahat. Berikut ialah laporan lengkap bagi post khidmat sosial :

(a) sebelum program

Kira-kira dua bulan sebelum program ini dilaksanakan semua AJK telah bersama-sama mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan sepanjang program tersebut. Bagi post khidmat sosial, saya bersama ketua Rashidah dan setiausaha Farhana telah mengadakan beberapa mesyuarat susulan bagi membincangkan tugas-tugas yang perlu dilakukan oleh post khidmat sosial.

Antaranya adalah menghubungi pihak Kampung Parit Warijo untuk membincangkan tentang aktiviti gotong – royong dan bengkel kuih/kek serta pemeriksaan kesihatan kepada warga emas. Kami berurusan bersama mereka sehingga program OPKIM ini bermula.

Page 2: Laporan post khidmat sosial

Selain itu, AJK post khidmat sosial juga telah melibatkan diri dalam “street marketing” bagi mengumpul dana untuk program ini. Saya juga selaku timbalan pengarah bagi post khidmat sosial telah menghadirkan diri dalam setiap mesyuarat yang dijalankan.

(b) Semasa program

Rombongan AJK tiba di Kampung Parit Warijo pada pukul 8.30 pagi. Ahli rombongan telah disambut mesra oleh Tn. Hj. Kamsani selaku ketua kampung disertai oleh penduduk kampung Parit Warijo. Pada hari pertama, ahli post khidmat sosial telah membantu dalam menyediakan dan mempersiapkan dewan bagi majlis perasmian. Setelah tamat majlis perasmian, semua ahli jawatankuasa OPKIM Batu Pahat ini telah dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarga angkat masing-masing.

Pada hari kedua, AJK khidmat sosial dan yang lainnya terlibat dengan aktiviti gotong-royong dan memainkan peranan bagi penyediaan plastik sampah untuk setiap kawasan gotong-royong. Kami telah membahgikan kumpulan kepada tiga untuk tiga tempat yang perlu dibersihkan iaitu masjid, balairaya/dewan dan surau. Kami memastikan setiap ajk lain melakukan tugas mereka di tempat yang telah ditetapkan. Pada malamnya pula, kami membantu post lain yang terlibat pada malam itu iaitu majlis maulidur rasul. Menerusi rewang yang diadakan pada malam itu, kami semua dapat berkenalan dengan keseluruhan penduduk Kg. Parit Warijo tidak tertumpu kepada keluarga angkat sahaja.

Untuk aktiviti sukan dan pertandingan pada hari ketiga, saya, Rashidah dan Farhana berperanan untuk membantu post sukan untuk mencari peserta dari kalangan orang kampung untuk menyertai sukaneka dan gubahan kain batik. Selain itu, kami juga melibatkan diri di dalam program ke dua buah sekolah iaitu sekolah rendah dan menengah yang berdekatan. Semua pelajar dan guru memberi kerjasama yang baik sepanjang berlangsungnya program yang dijalankan.

Pada hari keempat, iaitu bagi aktiviti bengkel kuih, mereka menjalankan tugas mengendalikan bengkel tersebut. Farhana bersama Rashidah memastikan orang kampung datang menghadiri bengkel tersebut dan memastikan bengkel tersebut berjalan dengan baik. Manakala saya pula berperanan untuk memastikan program pemeriksaan kesihatan ke rumah orang kampung berjalan dengan baik. Semasa menjalankan program tersebut, saya begitu terharu dengan keperihatinan masyarakat di kg. Parit Warijo. Ini kerana mereka menyediakan kemudahan pengangkutan kepada kami, warga ukm untuk sama- sama melakukan pemeriksaan kesihatan sehingga kami sendiri tidak tahu untuk memilih kenderaan mana untuk dinaiki. Mereka juga mengambil tahu semua permasalahan yang berada disekeliling. Terdapat warga emas yang baru sahaja sakit, tetapi dengan mudah tersebar dan hampir kesemua masyarakat di sini amat prihatin dengan melawat sesama mereka. Saya bersyukur diberi peluang untuk mengetuai program yang merapatkan lagi silaturrahim antara saya dengan masyarakat kampung, manakala masyarakat kampung dapat merapatkan lagi hubungan mereka menerusi program ini. Pada malam penutup, ahli post khidmat sosial ditugaskan untuk menjadi asher VIP dan asher cenderamata bagi membantu post protokol untuk majlis penutupan dan penyerahan semula anak angkat.

Page 3: Laporan post khidmat sosial

(c) selepas program

Setelah lima hari empat malam berkampung di Kampung Parit Warijo, semua ahli jawatankuasa OPKIM di daerah Batu Pahat mengadakan post mortem terakhir yang diketuai oleh saudara Mohamad Ezreen Haikal Bin Mahat. Pada post mortem ini, setiap AJK di beri peluang untuk menyatakan pendapat, perasaan dan harapan masing-masing sepanjang menyertai program ini. Pada malam terakhir ini juga semua ahli jawatankuasa bekerjasama membersihkan dewan dan memastikan semua barang yang di bawa dan dipinjam adalah lengkap. Pada keesokan harinya semua AJK OPKIM Batu Pahat ini bertolak ke Pasir Gudang untuk majlis penutup secara rasmi yang melibatkan 10 buah daerah. Semasa perpisahan dengan keluarga angkat , kita dapat lihat betapa sedihnya mereka. Kami cukup terharu dengan sambutan masyarakat disini. Kami cukup bertuah kerana keluarga angkat masih menerima kami untuk datang ke rumah mereka pada masa akan datang.

3. Kesimpulan

Secara keseluruhannya, program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 10 Penjuru Darul Ta’zim ini menjadi satu kenangan yang amat berharga kepada semua peserta. Program ini telah berhasil memberikan satu impak yang positif dalam diri mahasiswa UKM terutamanya dari aspek kepimpinan, kerjasama dan saling menghormati. Akhir kata, saya berharap agar program seperti ini akan terus diadakan bagi melatih mahasiswa untuk melaksanakan sesuatu program dengan jayanya selain dapat menambah keyakinan mahasiswa untuk berhubung dengan masyarakat luar.

Laporan disediakan oleh, 28 JANUARI 2014

..............................................................(NUR FATIN HALWAIZZATI BINTI MOHD ARIF)Timbalan Ketua Pengarah Post Khidmat sosial,Opkim 10 penjuru (Batu Pahat),Persatuan Mahasiswa Anak Johor (PERMAJ),Universiti Kebangsaan Malaysia.