morb212 laporan khidmat sosial - universiti tenaga nasional

Upload: arren

Post on 30-May-2018

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    1/32

    PROJEK KHIDMAT SOSIAL

    MORB 212

    CABUT DAN TANAMCABUT DAN TANAMCABUT DAN TANAMCABUT DAN TANAM

    KUMPULAN : 12

    SEKSYEN : 02/04

    SEMESTER : II, 2009/2010

    PENSYARAH : PN. HAIZAN BTE. MOHD TAHA

    AHLI KUMPULAN :

    ALVIN SUURAJ GEORGE ME081966

    ARRENVALAGAN A/L KANESAN EP081634

    HARVINDER SINGH

    KAAJENTHIRAN A/L SEPULOH MANIAM ME081817

    KALAAI SELVAN A/L MUTHIAH EE081546

    MADUHARAN A/L SANKARAN EE081563

    NAVAAMSINI A/P BOOPALAN EE081580

    PAUL DAVID ABISHEGHAM EE081603

    PRAGARAJ A/L JAGANATHAN ME081850

    THANARAJ EE081617

    UGENDRAVARMAN A/L P/INTHIRAN EE081621

    ZARRIN

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    2/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 1

    BAB PERKARA MUKASURAT

    1. PENGHARGAAN 2

    2. PENGENALAN 3

    2. METODOLOGI 5

    3. LATAR BELAKANG TEMPAT 7

    4. CARTA ORGANISASI 9

    5. LAPORAN AKTIVITI 10

    6. PENYATA KEWANGAN 15

    7. MINIT-MINIT MESYUARAT 16

    8. KESIMPULAN 31

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    3/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 2

    PENGHARGAAN

    Salam sejahtera,

    Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga kami menyiapkan projek

    yang telah diusahakan selama ini. Projek yang ini amat penting buat kami memandangkan

    perkara ini merupakan sebahagian daripada penilaian subjek.

    Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya

    sepanjang saya menyiapkan projek folio ini. Pertama sekali kepada Pensyarah MORB212, PuanHaizan bt.Mohd Taha kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada

    semua pelajar serta memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang kami menyiapkan folio ini.

    Seterusya, kami berterima kasih kepada Sri Satya Sai Baba Centre, SS3 yang merupakan pusat

    projek kami. Kami juga memberikan penghargaan kepada En.Pratab, pengarah projek tersebut.

    Beliau telah menjadi dorongan dan tunjuk ajar sepanjang masa kami melakukan projek tersebut.

    Kami tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam

    menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai

    projek folio amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan

    kami maklumat tidak akan kami lupakan.

    Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau

    tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    4/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 3

    PENGENALAN

    Hutan memberi khidmat yang tidak ternilai kepada manusia. Hutan tropika meliputikawasan seluas dua ribu juta hektar, iaitu kira-kira empat belas peratus daripada permukaan

    bumi. Hutan paya bakau pula merangkumi empat ratus tiga puluh enam juta hektar daripada

    permukaan bumi. Namun, kini hampir setengah daripada keluasan hutan itu dimusnahkan dan

    manusia pula mula lupa akan kepentingan hutan terhadap alam sekitar.

    Sejak kebelakangan ini manusia mengambil mudah tentang peranan mereka sebagai

    penjaga alam sekitar. Disebabkan hal ini, kami pelajar MORB 212 Section 02 daripada

    kumpulan 12 dengan sebulat suara bersetuju untuk melakukan aktiviti penanaman pokok di

    kawasan paya bakau ini. Kami mendapat banyak cadangan lain daripada ahli-ahli kumpulan

    kami seperti melawat SPCA, melawat rumah anak yatim dan orang tua dan mengadakan kempen

    kesihatan dan motivasi di sekolah, tetapi akhirnya memilih projek ini kerana kami sedar akan

    kepentingan hutan kepada bumi ini.

    Objektif program ini ialah untuk memupuk kesedaran dalam setiap jiwa tentang

    pentingnya menjaga hutan kita. Kepentingan hutan dan tumbuhan hijau tidak dititik beratkan

    kerana tumbuhan hijau ada di mana sahaja. Oleh itu, manusia tidak mengendahkannya dengan

    alasan hutan sentiasa tersebar luas di bumi ini. Ini tidak bermakna hutan tidak perlu dipelihara.

    Pokok ditebang setiap hari untuk kegunaan harian kita. Pokok yang ditebang harus diganti bagi

    meneruskan kitaran hidup. Manusia harus sedar bahawas hutan juga merupakan benda hidup dan

    kita saling bergantungan antara satu sama lain. Cuba anda bayangkan bumi ini tanpa tumbuhan

    hijau?

    Kami memilih projek ini untuk mencuba sesuatu yang baru. Selain itu, kami juga

    memilih projek ini kerana berpendapat bahawa projek ini sangat unik. Hal ini adalah kerana

    projek sebegini kurang diminati oleh kumpulan lain dan memberi ruang kepada kami untuk

    mengunakan projek ini dengan sepenuhnya. Projek ini juga telah mengajar kami tentang

    bagaimana untuk bekerja dalam sebuah kumpulan dan cara untuk mengatasi masalah-masalah

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    5/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 4

    kecil yang kami tempuhi sepanjang proses tersebut. Projek ini juga telah merapakan jurang

    persefahaman antara satu sama lain.

    Secara ringkasnya, projek ini bermula dengan mengambil tunas pokok dan menanam

    tunas-tunas tersebut di dalam beg plastik. Apabila tunas-tunas tersebut cukup besar untuk hidup

    sendiri, tunas-tunas tersebut dipindahkan ke kawasan yang sesuai. Projek ini dijalankan secara

    sukarela oleh Sri Sathya Sai Baba Centre SS3. Kerajaan telah memberikan tanah paya bakau

    yang terbiar yang boleh memuatkan hampir seratus ribu batang pokok di Kuala Selangor bagi

    projrk ini. Tunas-tunas kami diambil daripada salah satu hutan di Tanjung Malim yang sesuai

    untuk hidup di kawasan paya bakau tersebut. Tunas-tunas tersebut dipotong mengikut cara

    tertentu dan dibawa balik ke SS3 untuk ditanam di dalam plastik hitam.

    Hutan memberi banyak kepentingan kepada bumi ini. Salah satu kepentingan hutan ialah

    hutan berfungsi sebagai habitat pelbagai jenis flora dan fauna. Apabila hutan dipelihara, kita

    dapat mengelakkan kepupusan flora dan fauna bagi kepentingan generasi akan datang. Hutan

    juga berfungsi sebagai pembekal oksigen dan penyerap karbon dioksida. Karbon dioksida yang

    berlebihan dalam udara menghalang pembebasan haba dari permukaan bumi dan dikenali

    sebagai kesan rumah hijau. Hutan juga mengelakkan hakisan tanah kerana cengkaman akarnya.

    Malaysia merupakan negara yang sangat mementingkan bidang pelancongan. Apabila hutan

    dilindungi, pelancong asing akan mengunjungi negara kita kerana kebanyakkan negara

    khususnya negara-negara barat tidak mempunyai hutan yang luas untuk diterokai. Hal ini secara

    langsung meningkatkan taraf ekonomi negara.

    Secara keseluruhanya, hutan memberi banyak kepentingan kepada bumi ini. Melalui

    projek ini kami telah lebih mengenali tentang kepentingan alam sekitar. Selain itu, kami sedar

    bahawa bukan sahaja manusia memerlukan bantuan kita, tetapi alam sekeliling juga

    memerlukannya. Kami berharap projek ini akan memupuk kesedaran kepada kumpulan lain juga.

    Memandangkan banyak peranan hutan terhadap keseimbangan alam sekitar, adalah

    tanggungjawab penting setiap insan bumi ini untuk mengekalkan keadaan semula jadinya supaya

    dapat dinikmati generasi akan datang.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    6/32

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    7/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 6

    tersebut dimasukkan ke dalam satu besen yang diisi dengan bahan kimia untuk keratan- keratan

    tidak layu dan mati. Bahan kimia tersebut ialah POLYECHRONOMITE. Bahan kimia ini

    berfungsi sebagai pamperskepada keratan pokok kerana ia akan memberi kelembapan kepada

    keratan tersebut.Selepas itu, keratan tersebut diikat dan kami pulang ke Subang. Setelah makan

    makanan tengah hari, kami kembali mengisi beg- beg dengan tanah dan juga menanam pokok

    yang telah dipotong ke dalam beg- beg yang disediakan. Pada pukul 4 lebih kami telah bertolak

    dan sampai ke Uniten pada pukul 5.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    8/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 7

    LATAR BELAKANG

    Lokasi kajian bertempat di Kawasan Perhutanan Tanjung Malim, Perak. Kawasan

    Perhutanan ini berhampiran dengan kawasan Felda Sungai Tenggi, Perak. Terdapat beberapa

    kawasan perkampungan berhampiran seperti Kampung Soeharto, Kampung Sg.Tengi dengan

    lokasi kajian.

    Pada mulanya, kawasan perhutanan ini merupakan hutan terbiar. Pelbagai jenis hidupan

    hutan semakin pupus. Oleh itu, pihak perhutanan Tanjung Malim mengambil langkah untuk

    mengawasi hutan ini. Kawasan Perhutanan ini mempunyai keluasan sebanyak 300 hektar dan

    terdiri daripada 100,000 pokok. Hutan ini diliputi dengan pelbagai jenis pokok hutan. Pokok-pokok tersebut terdiri daripada pokok balak, pokok cengal, pokok bakau dan sebagainya. Pokok

    yang diambil untuk tujuan kajian ialah pokok bakau iaitu Macaranga Pruinosa dalam nama

    saintifiknya.

    Jabatan Perhutanan Neger Selangor telah member beberapa hektar tanah kepada badan-

    badan sukarelawan seperti Sri Sathya Sai Baba Centre, GEC, Toyota dan sebagainya untuk

    memajukan tanah sebagai hutan simpanan. Kami dibawa Sri Sathya Sai Baba Centre telah

    diberikan taklimat dan informasi sebelum memulakan projek.

    Terdapat juga pihak sukarelawan yang mengambil langkah positif untuk mengawal dan

    menjaga kawasan perhutanan ini. Salah satu badan yang mengambil tugasan ini secara

    sukarelawan ialah Sri Satya Sai Baba Centre,SS3. Pengangkutan untuk ke kawasan perhutanan

    ini disediakan oleh badan sukarelawan tersebut. Jarak lokasi tersebut dari Uniten ialah kira-kira

    120km. Perjalanan ke lokasi tersebut mengambil masa lebih daripada sejam dari Uniten.

    Pokok bakau iaitu Macaranga Pruinosa ini merupakan antara pokok yang semakin pupus

    di kawasan tersebut. Oleh itu, pokok tersebut dijadikan keutamaan untuk dipelihara dan dijaga.

    Anak pokok yang berumur 1-2 tahun dipilih untuk ditanam dalam poli bag (plastic hitam). Hal

    ini kerana anak pokok yang berumur 1-2 tahun mempunyai batang pokok yang keras dan boleh

    hidup ketika pemindahan pokok tersebut ke tempat lain.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    9/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 8

    Keratan batang pokok yang ditanam dalam poli bag (plastik hitam) akan ditanam balik di

    dalam hutan tersebut selepas tunas-tunas baru tumbuh. Ini merupakan salah satu cara yang

    terbaik untuk mengekalkan ekosistem alam semulajadi.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    10/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 9

    CARTA ORGANISASI

    PENASIHAT:

    PN HAIZAN BT TAHA

    KETUAKUMPULAN :

    MADUHARAN

    PENOLONG KETUA:

    ZARRIN

    AJK

    SETIAUSAHA:

    ARRENVALAGAN

    BENDAHARI:

    NAVAAMSINI

    PENOLONG SETIAUSAHA:

    KALAAI SELVAN

    PENOLONG BENDAHARI:

    PAUL DAVID ABISHEGAM

    PENGURUS PROGRAM:

    KAAJENTHIRAN

    PENCETAKAN:

    THANARAJ

    PERHUBUNGAN:

    ALVIN SURAAJ GEORGE

    UGENDRAVARMAN

    PENGANGKUTAN:

    HARVINDER SINGH

    PRAGARAJ

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    11/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 10

    LAPORAN AKTIVITI

    Aktiviti kami ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.

    Aktiviti di bahagian pertama ialah mengisi tanah kedalam polibeg dan mencabut pokok pada

    15/08/09. Manakala aktiviti di bahagian kedua ialah mengambil keratan pokok dari Hutan

    Simpanan Tanjung Malim pada 29/08/09.

    Laporan Bahagian Pertama

    6.00 a.m. Semua 12 ahli telah berkumpul di hadapan Bangunan IKAL berdekatan dengan

    bus stop ATM. Sebanyak 2 buah kereta dan 2 buah motorsikal telah

    disediakan untuk membawa para ahli ke destinasi yang dituju iaitu SS3,Petaling

    Jaya. Sebuah mesyuarat telah diadakan untuk memberitahu ahli tentang aktiviti

    yang akan dilakukan di sana.Kami turut berdoa kepada Tuhan agar kami tidak

    menghadapi sebarang masalah dalam perjalanan kami.

    6.30 a.m. Kami memulakan perjalanan kami ke SS3, Petaling Jaya. Kami diminta untuk

    berhenti di sebuah perhentian bas yang terletak berhampiran simpang ke

    Petaling Jaya.

    8.30 a.m. Setelah kami berkumpul di perhentian bas tersebut, kami dijemput oleh Pn.

    Shamini. Beliau kemudiannya membawa kami ke sebuah restoran makanan

    untuk bersarapan pagi. Kami menggunakan peluang keemasan ini untuk

    mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai projek ini.

    9.30 a.m. Setelah makan, kami dibawa ke Sri Sathya Sai Baba, SS3, Petaling Jaya.

    Kemudian, kami diberitahu bahawa perjalanan kami ke kawasan Hutan

    Simpanan Tanjung Malim terpaksa dibatalkan kerana pengankutan yang mereka

    sediakan menghadapi masalah yang tidak dijangka. Kami dicadangkan untuk

    membuat persiapan untuk menanam pokok seperti mengisi beg- beg plastik

    hitam dengan tanah agar kami tidak akan membazirkan masa kami begitu

    sahaja. Kami juga diminta pertolongan untuk mencabut pokok- pokok

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    12/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 11

    berhampiran jalan agar mereka dapat menanam tanaman herbal seperti gin

    seng. Mereka ingin membina sebuah taman herba di sekitar kawasan

    tersebut.Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk memudahkankan tugas

    kami.

    10.00 a.m. Kumpulan pertama diamanahkan untuk mencabut pokok- pokok tersebut.

    Kumpulan kedua pula diamanahkan untuk mengisikan beg- beg plastik hitam

    dengan tanah. Terdapat 18 batang pokok untuk dicabut.

    1.00 p.m - Kumpulan pertama telah berjaya mencabut kesemua 18 batang pokok. Kumpulan

    kedua pula telah mengisi tanah untuk lebih kurang 400 beg plastik. Kami

    berhenti sementara waktu untuk makan.

    2.00 p.m. Setelah makan, kami kembali untuk meneruskan tugas kami. Kini, Kumpulan A

    menolong Kumpulan B untuk mengisi tanah ke dalam beg- beg plastik.

    4.30 p.m. Kami berjaya menyediakan sebanyak 1000 beg plastic hitam berisikan tanah.

    Setelah menyiapkan tugas, kami membersihkan tempat tersebut.

    5.00 p.m . Kami bertolak dari Sri Sathya Sai Baba, SS3, Petaling Jaya ke UNITEN.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    13/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 12

    Laporan Bahagian Kedua

    6.30 am - Semua 12 ahli telah berkumpul di hadapan Bangunan IKAL berdekatan dengan

    bus stop ATM. Sebanyak 2 buah kereta dan 2 buah motorsikal telah

    disediakan untuk membawa para ahli ke destinasi yang dituju iaitu SS3,Petaling

    Jaya. Sebuah mesyuarat telah diadakan untuk memberitahu ahli tentang aktiviti

    yang akan dilakukan di sana.

    6.55 am - Semua ahli mula bergerak dengan kereta dan motorsikal ke destinasi.

    7.40 am - Kami telah sampai di SS3,Petaling Jaya. Kami telah ke sebuah kedai untuk

    makan pagi.

    8.10am - Kami telah berkumpul di hadapan Sri Satya Sai Baba Centre. Seperti yangdijanjikan , kami telah disediakan sebuah van untuk membawa kami ke

    Tanjung Malim.

    8.20am - Van telah mula bergerak ke Tanjung Malim. Sepanjang perjalanan kami telah

    dibentangkan tentang projek penanaman pokok supaya kami dapat gambaran

    tentang projek ini. Para ahli juga telah menanya beberapa soalan kepada

    sukarelawan tentang projek ini.

    9.55 am - Kami telah sampai di tol Batang Berjuntai. Kami masih belum sampai

    di destinasi iaitu hutan di Tanjung Malim. Kami diberitahu masih ada berpuluh

    kilometer untuk sampai ke hutan. Kami telah melalu banyak perkampungan

    sepanjang perjalanan. Antara perkampungan yang dilalui ialah Sungai Tengi,

    Kampung Soeharto dan sebagainya. Sepanjang perjalanan kami hanya dapat

    melihat hutan di kedua-dua belah jalan.

    10.25 am - Kami telah sampai di Kawasan Hutan Simpanan Tanjung Malim. Kami telah

    diberi penerangan tentang Hutan Simpanan Tanjung Malim.

    10.35 am - Kami telah membahagikan ahli-ahli kami kepada 3 buah kumpulan. Kumpulan

    pertama terdiri daripada 5 orang ahli yang diberi tugas untuk memotong batang

    anak pokok. Kumulan kedua pula terdiri daripada 3 orang ahli yang diberi

    tugas untuk mengangkut batang-batang pokok ke seberang jalan. Manakala

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    14/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 13

    kumpulan ketiga pula dikehendaki untuk memotong batang pokok untuk

    penanaman dalam polibeg.

    10.45 am - Setelah tugas telah dibahagikan, kami mula membuat tugas kami dalam keadaan

    cuaca tengahari yang panas.

    Kumpulan Pertama telah memulakan tugas mereka untuk memotong batang

    pokok. Batang pokok yang dihendak dipotong haruslah tidak terlalu muda iaitu

    berwarna hijau. Batang pokok yang hendak dipotong harus berwarna coklat.

    Para ahli kumpulan tersebut mengalami masalah untuk memotong batang

    pokok yang tebal.

    Kumpulan kedua telah membuat persiapan untuk menyimpan batang-batang

    pokok di dalam sebuah baldi yang dipenuhi dengan gel-gel. Nama kimia gel

    tersebut adalah POLYECHRONOMOMITE yang bersifat untuk member

    keadaan yang lembap kepada batang pokok yang baru dipotong. Gel tersebut

    berfungsi untuk memberi kelembapan kepada batang pokok seperti proses

    osmosis. Ahli kumpulan ini juga telah mengangkut batang pokok yang yang

    dipotong ke seberang jalan untuk diberi kepada kumpulan ketiga.

    Kumplan ketiga pula bertanggungjawab untuk membuang daun-daun pada

    batang pokok yang dipotong dan mengerat batang kepada berapa batang kecil.

    Pengeratan juga mempunyai kaedah tertentu iaitu memotong serong pada

    bahagian bawah keratin batang supaya memberi permukaan yang luas kepada

    batang utuk menyerap air. Manakala bahagian atas pula harus dipotong tegak.

    11.50 am - Kami hampir menyediakan hampir seribu keratan dan kami telah menyimpan

    semua keratan dalam baldi yang dipenuhkan dengan gel sebelum ini. Dan

    semua ini disimpan dalam van.

    12.00 pm - Setelah mengambil gambar kumpulan, kami telah bersedia untuk pulang ke

    tapak penanaman ke dalam polibeg di SS3,Petaling Jaya.

    1.30 pm - Kami telah sampai ke Tapak Penanaman dan diberi masa untuk makan tengah

    hari di sebuah kedai berdekatan.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    15/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 14

    2.00 pm - Setelah makan, kami kembali ke tapak penanaman. Di sini, kami dibahagikan

    kepada 3 buah kumpulan.

    Kumpulan pertama terdiri daripada 3 orang ahli telah diberi tugas untuk

    memenuhkan polibeg dengan tanah yang dibawa dari Hutan Simpanan Tanjung

    Malim. Ini kerana , ia dapat memberi keadaan lempab seperti yang dahulu

    kepada keratan.

    Kumpulan kedua pula bertanggungjawab untuk menanam keratan ke dalam

    polibeg yang berisi tanah. Ahli kumpulan ini harus berhati-hati semasa

    menanam pokok, kerana bahagian keratan yang dipotong serong sahaja harus

    ditanam dalam tanah. Jikalau tidak, ia mungkin menyebabkan keratan itu tidak

    membesar.

    Kumpulan ketiga pula bertanggungjawab untuk menyusun polibeg secara

    teratur supaya menyenangkan proses penyiraman air kepada batang pokok.

    4.10 pm - Kami telah menanam hampir seribu keratan dalam polibeg. Para ahli kumpulan

    kenampakan sangat letih.

    5.15 pm - Kami telah pulang ke UNITEN secara selamat.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    16/32

    MORB212-PROJEKKHIDM

    ATSOSIAL

    15

    PENYATAKEW

    ANGANPROJEKKHIMAT

    SOSIAL

    KUMPULAN12

    DisahkanOleh

    ,

    D

    isediakanOleh

    ,

    .

    (MADUHARANA/LSAN

    KARAN)

    (NAVAAMSHINIA/PBOOPALAN)

    PENGERUSI

    BENDAHARI

    Debit

    Kredit

    Perkara

    Amoun

    Bil

    Jumlah

    Perkara

    Amoun

    Bil

    Jumlah

    Sumbangandariahlikumpulan

    7.4

    0

    12

    88.8

    0

    Pembayaraantol

    1.1.

    Pergi

    1.1.1

    Keretax2

    1.1.2

    Mo

    torsikalx2

    1.2

    Balik

    1.2.1

    Keretax2

    1.2.2

    Mo

    torsikalx2

    1.6

    0

    0.0

    0 1.6

    0

    0.0

    0

    4 4

    4 4

    6.4

    0

    0.0

    0 6.4

    0

    0.0

    0

    Perbelanjaanpetrol

    1.2.

    Pergi

    2.1.1

    Ke

    retax2

    2.1.2

    Motorsikalx2

    2.2

    Balik

    2.2.1

    Keretax2

    2.2.2

    Mo

    torsikalx2

    6.0

    0

    2.5

    0 6.0

    0

    2.5

    0

    4 4

    4 4

    24.0

    0

    10.0

    0

    24.0

    0

    10.0

    0

    PerbelanjaanPercetakan

    8.0

    0

    8.0

    0

    88.80

    88.80

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    17/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 16

    MINIT MESYUARAT (1) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 17/07/2009MASA : 1500 1600

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.1Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat diadakan bagi memilh carta organisasi kumpulan.

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    -Maduharan telah meminta semua ahli untuk memilih jawatan yang disukai

    untuk megelakan perselisihan faham sesame ahli.

    -Semua ahli telah memberi pendapat tentang jawatan yang ingin dipilh dan

    juga telah mencadangkan beberapa nama untuk jawatan seperti

    pengerusi, setiausaha, bendahari dan sebagainya.

    -Semua ahli telah bersetuju dengan ahli jawatan kuasa kumpulan.

    -Semua ahli diminta untuk mencadangkan tempat untuk membuat projek

    pada mesyuarat akan datang.

    Semua Ahli

    3 3.1Laporan AJK

    Ahli Jawatankuasa baru telah dipersetujui oleh semua ahli.

    Setiausaha

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    18/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 17

    4 4.1 Lain-lain Hal

    -Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 p.m. dan akan disambungkan

    pada tarikh 24 Julai 2009 selepas kuliah moral.

    Makluman

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)

    SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    19/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 18

    MINIT MESYUARAT (2) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 24/07/2009MASA : 1200 1300

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.1Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat diadakan bagi memberi cadangan untuk membuat projek.

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    - Isu menanam pokok dicadangkan oleh Maduharan. Isu ini masih dalam

    perbincangan.

    - Isu melawat asrama dan rumah anak anak yatim dicadangkan oleh Paul.

    Isu ini dibatalkan.

    - Isu melawat Pusat Serenti dan Penjara dicadangkan oleh Ugen. Isu ini

    terpaksa dibatalkan atas aspek keselamatan yang timbul.

    - Isu melawat Kampung Asli dicadangkan oleh Paul. Isu ini dibatalkan kerana

    golongan ini telah mendapat sokongan daripada pihak kerajaan.

    - Isu membersihkan FRIM dicadangkan oleh Kalaai Selvan. Isu ini turut

    dibatalkan.

    Semua Ahli

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    20/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 19

    - Isu mengadakan tuisyen secara percuma dicadangkan oleh Ugen namun

    dibantah oleh Kalaai Selvan.

    - Isu SPC dicadangkan oleh Zarrine dan masih dalam perbincangan.

    - Isu untuk melawat ke beberapa tempat bagi mempelajari aspek

    kebudayaan dicadangkan oleh Ugen tetapi telah dibantah.

    - Isu menanam teh di Cameron Highland dicadangkan ole Paul. Isu ini telah

    dibatalkan.

    - Isu mengadakan ceramah motivasi di salah sebuah sekolah dicadangkan

    oleh Thana Raj. Isu ini masih dalam perbincangan.

    - Isu mengadakan khidmat perubatan secara percuma di salah satu kawasan

    perkampungan dicadangkan oleh Zarrine. Khidmat ini diadakan dengan

    bantuan daripada pihak hospital kerajaan. Isu ini masih dalam

    perbincangan.

    3 3.1Laporan AJK

    Perbincangan tentang tempat projek masih belum diselesaikan.

    Setiausaha

    4 4.1 Lain-lain Hal

    -Tiada hal-hal lain.

    Makluman

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)

    SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    21/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 20

    MINIT MESYUARAT (3) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 31/07/2009MASA : 1500 1600

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.2Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat diadakan bagi membuat pilihan tetap daripada 3 buah tempat

    yang dicadangkan dalam mesyuarat yang lepas.

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk membuat pilihan bagi Kerja Khidmat Sosial.

    3Kerja Khidmat Sosial disenaraipendekkan dalam perjumpaan lepas, iaitu :-

    - Penanaman Pokok dicadangkan oleh Maduharan

    - Ceramah Motivasi di Sekolah dicadangkan oleh Ugendravaraman

    - Khidmat Perubatan Secara Percuma dicadangkan oleh Zarrin

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    -Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di

    sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swastayang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.

    Targetnya adalah sebanyak 95000 pokok. Sebagai sumbangan, Maduharan

    mencadangkan untuk menanam sebanyak 1000 pokok.

    -Ugendravaraman telah membentangkan tentang idea ceramah motivasi di

    sebuah sekolah di Seremban, Negeri Sembilan. Dia telah menghubungi

    salah seorang guru di sekolah tersebut untuk memohon izin untuk

    Semua Ahli

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    22/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 21

    mengadakan ceramah tersebut.

    -Zarrin pula telah menjelaskan tentang projek khidmat peubatan secara

    percuma. Contoh aktiviti yang dilakukan dalam projek ini ialah membuat

    pemeriksaan darah tinggi, mengukur berat badan dan ketinggian dan

    membantu doktor.

    - Idea Zarrin telah dibantah oleh Paul dengan sebab projek tersebut hanya

    melibatkan ahli secara tidak langsung kerana kami hanya diperlukan untuk

    membantu doktor dan jururawat.

    -Idea Ugendravaraman dibantah oleh Kaajenthiran kerana ia mengambil

    masa yang lama untuk mendapatkan persetujuan pihak sekolah,

    menyediakan modul ceramah dan sebagainya. Dia telah disokong oleh

    Harvinder Singh dan Kalaai Selvan.

    -Navaamshini pula menyatakan projek yang dicadangkan oleh Ugen dan

    Zarrin mengambil beberapa minggu dimana projek perlu dilaksanakansebelum minggu ke-7.

    -Zarrin pula bimbang terhadap masalah sosial dalam kalangan pelajar

    sekolah kerana ia melibatkan pelajar lelaki dan perempuan dan disokong

    oleh Alvin Suraaj. Dan mungkin pihak sekolah akan menolak permohonan

    kami kerana tidak mempunyai sebarang pengalaman menjalankan motivasi

    atau ceramah. Selain itu, keselamatan pelajar juga menjadi halangan pada

    projek ini.

    -Pragaraj pula menyatakan bahawan projek khidmat perubatan sosial

    adalah satu aktiviti yang sering dilakukan oleh pelajar dan mencadangkanprojek penanaman pokok kerana kita mampu menceriakan alam disamping

    melindungi alam sekitar seperti yang dipelajari dalam moral. Dia telah

    disokong oleh Arrenvalagan.

    -Arrenvalagan pula menyatakan kita perlu mendapatkan alat-alat medical

    seperti pengukur berat badan,ketinggian, darah tinggi dan sebagainya.

    Kalaai pula menambah bahawa kita akan menghadapi masalah untuk

    mendapatkan alat-alat tersebut kerana kita tidak mempuyai sebarang

    perhubungan dengan mana-mana hospital atau pakar perubatan untuk

    mendapatkan alat-alat tersebut. Dan kemungkinan besar permohonan kita

    akan ditolak kerana kita tidak mempuyai pengalaman untuk membuat

    pemeriksaan perubatan.

    -Akhirnya Thanaraj meminta semua ahli untuk membuat pilihan.Dan semua

    ahli telah bersetuju dengan Projek Penanaman Pokok.

    -Maduharan diminta memberi penjelasan yang detail dalam mesyuarat

    yang akan datang.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    23/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 22

    3 3.1Laporan AJK

    Projek Penanaman Pokok telah dipilih dan dipersetujui oleh semua ahli

    dalan kumpulan dan maklumat lanjut tentang projek ini akan dibentangkan

    oleh Maduharan pada mesyuarat akan dating.

    Setiausaha

    4 4.1 Lain-lain Hal

    -Mesyuarat terpaksa ditunda kerana terdapat ahli yang mempunyai kelas.

    -Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 p.m. dan akan disambungkan

    pada tarikh 07 Julai 2009 selepas kuliah moral.

    Makluman

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    24/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 23

    MINIT MESYUARAT (4) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 06/08/2009MASA : 1200 1300

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.3Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat diadakan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut tentang Projek

    Penanaman Pokok di sekitar Kuala Selangor dan menetapkan tarik untuk

    melaksanakan projek.

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    -Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di

    sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swasta

    yang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.

    Menurut seorang anggota daripada organisasi tersebut, kerajaan telah

    memberikan mereka tanah seluas beberapa hektar untuk ditanamkan

    pokok.

    -Tujuan penanaman pokok adalah untuk melindungi alam sekitar dan

    mengekalkan keseimbangan ekosistem. Maklumlah bahawa pada zaman,

    hutan dihapuskan demi pembangunan dan hutan semakin kurang.

    Terdapat banyak kesan akibat tersebut. Contohnya kesan rumah hijau dan

    sebagainya. Dengan menanam pokok kita dapat mengekalkan

    keseimbangan alam sekitar dan hutan juga menjadi habitat hidupan. Ia

    juga menjadi kawasan tadahan air. Oleh itu, projek ini adalah satu projek

    Semua Ahli

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    25/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 24

    yang bolen member manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar.

    -Maduharan juga telah menyatakan bahawa target organisasi adalah

    menanam sebanyak 95000 pokok dan sumbangan kami adalah sebayak

    1000 pokok.

    -Untuk menjalankan projek tersebut kami perlu ke hutan untuk mengumpul

    anak-anak pokok yang kecil .Kemudian anak-anak pokok tersebut akan

    ditanam dalam sebuah beg plastic hitam yang digunakan dalam bidang

    pertanian dan pokok tersebut akan diawasi perkembagan.Selepas pokok

    tersebut menujukkan perkembagan yang positif ia akan ditanam di tanah

    yang diberi tersebut.

    -Semua ahli berpuas-hati dengan penjelasan yang telah diberikan.

    -Kemudian semua ahli telah diminta member tarikh untuk melaksanakan

    projek dan projek harus dilaksanakan sebelum minggu ke-7. Dan kami

    hanya mempunyai 3 lagi minggu.

    -Ugendravaraman telah mencadangkan 15/08/09 sebagai tarikh projek dan

    semua ahli telah bersetuju. Dan kami terpaksa mengorbankan cuti

    semester ini untuk melakukan projek tersebut.

    -Tugas mula dibahagikan kepada semua ahli.

    Biro Pengangkutan

    -Sebanyak tiga buah kereta telah disediakan untuk membawa ahli dari

    kampus ke kawasan penanaman pokok.

    Biro Program

    -Kaajenthiran telah meminta semua ahli untuk berkumpul di kelompok

    masing-masing pada pukul 5.30 pagi pada hari tersebut kerana kami perlu

    berada di kawasan tersebut pada 7.30pagi.

    -Dia meminta semua ahli untuk memakai pakaian sukan dan kasut. Semua

    ahli juga dinasihati untuk membawa air, cap dan sebagainya.

    3 3.1Laporan AJK

    Projek Penanaman Pokok akan diadakan pada 15hb Ogos 2009.

    Semua ahli harus berkumpul pada pukul 5.30pagi di setiap kelompok

    masing-masing. Dan sebuah mesyuarat akan diadakan sebelum bertolak ke

    destinasi.

    Setiausaha

    4 4.1 Lain-lain Hal

    Makluman

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    26/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 25

    -Mesyuarat terpaksa ditunda kerana Universiti telah ditutup untuk

    keselamatan wabak AH1N1.

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)

    SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    27/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 26

    MINIT MESYUARAT (5) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 21/08/2009MASA : 1200 1300

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.4Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat diadakan bagi menjelaskan dengan lebih lanjut bahagian kedua

    projek.

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    -Maduharan telah memberi penjelasan tentang projek penanaman pokok di

    sekitar Kuala Selangor. Projek ini adalah dibawah sebuah organisasi swasta

    yang mengumpul benih pokok dari hutan dan menanam di Kuala Selangor.

    Menurut seorang anggota daripada organisasi tersebut, kerajaan telah

    memberikan mereka tanah seluas beberapa hektar untuk ditanamkan

    pokok.

    -Kali in adalah kali kedua, kami hendak ke tapak penanaman pokok keranakami menghadapi masalah pengangkutan pada hari pertama kerana pihak

    penganjur tidak dapat menyediakan pengangkutan kepada kami untuk

    meuju ke Tanjung Malim.

    -Beberapa ahli telah menimbulkan persoalan kenapa mereka perlu ke tapak

    tersebut dua kali dan penjelasan telah diberikan oleh Pengerusi.

    Semua Ahli

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    28/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 27

    -Semua ahli telah bersetuju untuk menghadiri aktiviti bahagian kedua

    dimana kami akan dibawa ke Hutan Simpanan Tanjung Malim,Perak.

    Di situ, kami dikehendaki untuk mengerat batang pokok yang matang

    untuk ditanamkan.

    Biro Pengangkutan

    -Sebanyak tiga buah kereta telah disediakan untuk membawa ahli dari

    kampus ke kawasan penanaman pokok.

    Biro Program

    -Kaajenthiran telah meminta semua ahli untuk berkumpul di kelompok

    masing-masing pada pukul 5.30 pagi pada hari tersebut kerana kami perlu

    berada di kawasan tersebut pada 7.30pagi.

    -Dia meminta semua ahli untuk memakai pakaian sukan dan kasut. Semua

    ahli juga dinasihati untuk membawa air, cap dan sebagainya.

    3 3.1Laporan AJK

    Projek Penanaman Pokok bahagian II akan diadakan pada 29hb Ogos 2009.

    Semua ahli harus berkumpul pada pukul 6.30pagi di setiap kelompok

    masing-masing. Dan sebuah mesyuarat akan diadakan sebelum bertolak ke

    destinasi.

    Setiausaha

    4 4.1 Lain-lain Hal

    - Tiada hal-hal lain

    Makluman

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)

    SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    29/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 28

    MINIT MESYUARAT (6) MORB 212

    SECTION : 02/04

    KUMPULAN : 12

    TARIKH : 13/09/2009MASA : 1930 2130

    KEHADIRAN : Alvin Suuraj George

    (12/12) Arrenvalagan

    Harvinder Singh

    Kaajenthiran

    Kalaai Selvan

    Maduharan

    Navaamsini

    Paul David Abishegham

    Pragaraj

    ThanarajUgendravarman

    Zarrin

    BIL Perkara Tindakan/Cadangan

    1 1.5Pengesahan Minit MesyuaratMesyuarat kali ini diadakan untuk membahagikan tugas membuat laporan

    kepada semu ahli dan membentangkan design t-shirt yang disediakan untuk

    dipakai pada hari persembahan[PRESENTATION].

    Makluman

    2 2.1 Ucapan Pengerusi

    Pegerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ahli dan meminta

    semua ahli untuk melaksanakn tugas masing-masing dengan sempurna.

    Pengerusi

    3 3.1 Perkara Berbangkit

    -Paul David dan Maduharan telah membentangkan tentang design t-shirt

    yang hendak dipakai pada hari presentation.

    -Semua ahli telah member pendapat mereka dan beberapa perubahan

    telah dibuat ke atas design tersebut dan mendapat persetujuan semua

    ahli.

    -Setiausaha telah memaklumkan tentang Format laporan Keja kHidmat

    Sosial MORB212.

    -Pengerusi meminta semua ahli untuk bekerjasama untuk membuat

    laporan supaya tidak akan mengambil masa yang banyak. Semua ahli

    berjanji akan bekerjasama dalam membuat laporan.

    Semua Ahli

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    30/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 29

    -Berikut adalh tugas/ bahagian yang diberi kepada semua ahli :-

    i)Laporan

    Pengenalan/ Objektif MaduharanPendahuluan - Paul David

    Metodologi - ZarrinLatar Belakang - PragarajLaporan Aktiviti - Arren/Kalaai SelvanPenyata Kewangan - Navaamshini/PaulMinit Mesyuarat - Arren/Kalaai SelvanKesimpulan - Alvin Suraaj George

    ii)Presentation

    Powerpoint - KaajenthiranPhotos/Videos - Thanaraj/Harvinder

    iii) Speakers

    -Maduharan-Paul David-Ugendravarman

    -Semua ahli telah diberikan tugas dengan sama tanpa berat sebelah dan

    tarikh akhir untuk menghantar bahagian mereka adalah 21/09/09 iaitu

    pada hari raya kedua.

    -Paul David telah mencadangkan supaya menubuhkan sebuah group di

    dalam yahoo untuk mempermudahkan komunikasi dalam kumpulan dan

    untuk menghantar bahagian-bahagian yang diberi. Dengan itu, semua ahli

    dapat mengetahui perkembagan laporan kami.

    3 3.1Laporan AJK

    Design t-shirt diubahsuai megikut pilihan semua ahli.

    Kerja membuat laporan telah dibahagikan sesama ahli kumpulan.

    Penubuhan yahoo groups untuk memprmudahakan komunikasi sesama

    ahli dan mengethui perkembagan laporan.

    Setiausaha

    4 4.1 Lain-lain Hal

    -Tiada lain-lain hal.

    Makluman

    Laporan disediakan oleh : Disahkan oleh :

    ... ......

    (ARRENVALAGAN A/L KANESAN) (MADHUHARAN A/L SANKARAN)

    SETIAUSAHA PENGERUSI

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    31/32

    MORB212-PROJEK KHIDMAT SOSIAL 30

    KESIMPULAN

    Kumpulan kami iaitu kumpulan 12 terdiri daripada 12 orang telah menyempurnakan

    projek MORB 212 dengan berjaya dan sempurna.Walaupun kumpulan kami menghadapi

    pelbagai rintangan dan dugaan untuk menyiapkan projek moral ini, dengan hati yang tabah dan

    berani, kami membuat persediaan yang cukup mantap dan sistematik untuk menjayakan projek

    ini. Kumpulan kami juga telah menerima banyak bantuan daripada banyak pihak. Antara pihak-

    pihak yang terlibat adalah pensyarah kami iaitu Pn Haizan, ibu bapa, pihak Sri Satya Sai Baba

    Centre dan juga rakan seperjuangan kami.Setiap ahli di dalam kumpulan 12 telah

    menyumbangkan idea dan juga telah memberi cadangan dan sokongan kepada kumpulan 12

    untuk menghasilkan projek yang berkualiti,kreatif dan menarik perhatian.

    Dengan menyiapkan projek MORB 212 ini, kumpulan kami telah mempelajari banyak

    perkara yang telah meluaskan pengetahuan dan pemikiran kami. Antara perkara yang kami

    pelajari menerusi projek ini adalah kepentingan fauna atau tumbuh-tumbuhan dalam kehidupan

    kita. Kami juga telah sedar bahawa tumbuh-tumbuhan ini memainkan peranan yang sangat

    penting dalam kehidupan kita. Kami juga difahamkan bahawa projek cabut dan tanam yang

    dilaksanakan oleh kumpulan kami dapat membendung atau mengurangkan bencana alam yang

    akan datang pada masa hadapan. Selain itu, kami juga telah mengetahui cara-cara dan prosedur

    yang cekap,sistematik dan berkesan untuk menanam pokok. Kami telah mempelajari banyak

    teknik dan kemahiran untuk mencabut, menanam, menjaga serta menyuburkan tanam-tanaman.

    Kumpulan kami bukan sahaja telah memantapkan pengetahuan kami tetapi telah

    mempelajari banyak nilai moral yang dapat menolong kami pada masa hadapan.Antara nilai

    moral yang kami pelajari ialah menyayangi dan menghargai alam sekitar,Kami telah menyedari bahawa alam sekeliling harus dipelihara dan dipulihara untuk mengekalkan keseimbangan

    ekosistem. Selain itu, kami juga memahami bahawa kualiti kehidupan manusia dan alam

    sekeliling dapat dipelihara jika hubungan antara manusia dengan alam sekeliling adalah

    hubungan yang harmonis. Kami juga telah faham bahawa kita haruslah peka terhadap isu-isu

    alam sekitar dan berusaha menyelesaikan persoalan yang berkaitan dengan alam sekitar.

  • 8/14/2019 MORB212 Laporan Khidmat Sosial - Universiti Tenaga Nasional

    32/32