laporan pertandingan permainan tradisional

5
LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL PENGENALAN Permainan tradisional ialah permainan yang ditubuhkan oleh Orang Melayu dari dulu lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. SEBELUM Bagi memenuhi keperluan PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi semester 6 tahun 2014, telah diadakan satu program permainan tradisional yang melibatkan Kumpulan PPG Kohort 2 Ambilan Febuari 2012. Terdapat tiga kumpulan yang terlibat iaitu kumpulan Prasekolah, kumpulan Sains 2 dan kumpulan BM 2. Turut bersama dalam penyertaan pertandingan ini ialah kumpulan PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu kumpulan Bahasa Iban dan kumpulan Bahasa Cina. Pada awal permulaan, setiap kumpulan PPG diminta untuk bersedia dan menubuhkan AJK bagi program Permainan Tradisional supaya dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selepas perlantikan dilakukan, setiap AJK mula menjalankan tanggungjawab masing- masing dan mula merangka untuk membuat kertas kerja program Permainan Tradisional. Perjumpaan kali pertama mengenai program ini telah dijalankan dan Pengerusi bagi program ini ialah Cikgu Jupong anak Ambak daripada Kumpulan PPG

Upload: lyne

Post on 24-Dec-2015

788 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

just 4 share

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

LAPORAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

PENGENALAN

Permainan tradisional ialah permainan yang ditubuhkan oleh Orang Melayu dari dulu

lagi. Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari daripada memberi hiburan dan

kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan

peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati

dan menghidupkan sesuatu permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan.

Konsep ini cukup terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung

terutamanya sejak dahulu hingga hari ini.

SEBELUM

Bagi memenuhi keperluan PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani bagi semester 6 tahun 2014, telah diadakan satu program permainan tradisional yang

melibatkan Kumpulan PPG Kohort 2 Ambilan Febuari 2012. Terdapat tiga kumpulan yang

terlibat iaitu kumpulan Prasekolah, kumpulan Sains 2 dan kumpulan BM 2. Turut bersama

dalam penyertaan pertandingan ini ialah kumpulan PISMP Ambilan Jun 2014 iaitu kumpulan

Bahasa Iban dan kumpulan Bahasa Cina. Pada awal permulaan, setiap kumpulan PPG diminta

untuk bersedia dan menubuhkan AJK bagi program Permainan Tradisional supaya dapat

dijalankan dengan lancar dan sempurna. Selepas perlantikan dilakukan, setiap AJK mula

menjalankan tanggungjawab masing- masing dan mula merangka untuk membuat kertas kerja

program Permainan Tradisional. Perjumpaan kali pertama mengenai program ini telah

dijalankan dan Pengerusi bagi program ini ialah Cikgu Jupong anak Ambak daripada Kumpulan

PPG Prasekolah Semester 6. Selama taklimat ringkas ini berlangsung, kami telah didedahkan

mengenai latar belakang program permainan tradisional ini dan antara acara yang dijalankan

dibahagi kepada dua kategori iaitu permainan ‘outdoor’ dan permainan ‘indoor’. Program yang

bakal berlangsung ini akan diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi bertempat di pulako/padang

IPGK Rajang. Antara permainan tradisional ‘outdoor’ ialah baling selipar, main cabut ekor,

sepak raga dan ketingting. Manakala untuk permainan tradisional ‘indoor’ pula ialah batu

seremban, congkak, tampin gelang getah, dam aji dan menyumpit. Jumlah keseluruhan

permainan ialah 9 jenis permainan tradisional yang telah dijalankan. Setiap kumpulan juga

diminta untuk bersedia dengan permainan masing-masing dan perlu memnbuat kertas kerja

masing-masing mengikut acara yang dipertandingkan.

Page 2: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

Pendedahan  awal  mengenai  kepentingan pengurusan  pertandingan sukan membantu guru

PPG merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik. Permainan

Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Permainan tradisional ini mencakupi

hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu daripada

segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial.

SEMASA

Semasa pertandingan permainan tradisional berlangsung, aktiviti dimulakan dengan

bacaan doa dan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku. Majlis diteruskan dengan kata-

kata aluan daripada Pensyarah pembimbing iaitu Encik Ismail Dikoh. Seterusnya ucapan

perasmian oleh Timbalan Pengarah IPGK Rajang iaitu Encik Wan Mohamad Madehi Bin Wan

Ali. Gimik perasmian disempurnakan dengan aturcara menyumpit. Setelah aturcara perasmian

selesai, VIP jemputan pun berangkat meningalkan acara pada pagi tersebut atas urusan rasmi

yang lain. Aktiviti diteruskan dengan pendaftaran para peserta iaitu kumpulan PISMP. Selesai

pendaftaran, pertandingan permainan tradisional dimulakan dengan pertandingan permainan

‘outdoor’ iaitu baling selipar, main cabut ekor, sepak raga dan ketingting. Tujuan permainan

‘outdoor’ dijalankan terlebih dahulu ialah untuk mengelakkan cuaca yang panas. Permainan

‘outdoor’ telah dijalankan secara serentak dan para peserta dibahagikan mengikut penyertaan

permainan.

Permainan tradisional yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Baling selipar. Baling

selipar merupakan antara permainan tradisional tertua di kalangan orang Malaysia. Permainan

ini amat mudah kerana alatan yang diperlukan hanyalah selipar dan boleh menggunakan sketel

sebagai penanda kawasan permainan. Bagi kumpulan kami iaitu untuk permainan baling

selipar, persediaan telah dibuat sejak awal lagi. Semua keperluan seperti banner kumpulan,

banner peraturan permainan, papan markah, brosur permainan dan sebagainya telah

dipamerkan. Objektif permainan baling selipar ialah merangsang murid atau kanak-kanak untuk

berfikir dan merancang strategi. Kedua, memastikan murid atau kanak-kanak sentiasa aktif dan

cergas. Ketiga, menerapkan semangat berkerjasama dan berpasukan. Dan keempat,

meningkatkan daya tumpuan dan fokus murid atau kanak-kanak. Sistem permainan yang

digunakan ialah satu mata diberikan jika kumpulan penyerang berjaya menyususn semula

selipar tersebut. Masa permainan ialah 10 minit untuk satu perlawanan. Kumpulan yang dapat

mengumpul markah paling banyak akan memenangi permainan. Terdapat tiga kumpulan telah

menyertai permainan baling selipar ini iaitu kumpulan satu, dua dan tiga. Kelihatan para peserta

sangat seronok dan gembira dalam permainan tersebut dan pertandingan permainan baling

Page 3: Laporan Pertandingan Permainan Tradisional

selipar telah dimenangi oleh kumpulan tiga. Sepanjang pertandingan ‘outdoor’ ini berlangsung,

penilai bersama pensyarah berjalan ke setiap stesen permainan untuk menilai permainan

tersebut. Selesai permainan ‘outdoor’ aktiviti dihentikan seketika dan semua yang terlibat

disuruh berehat dan dijemput untuk bersarapan di cafeteria IPGK Rajang. Aktiviti permainan

diteruskan semula dengan permainan ‘indoor’ iaitu batu seremban, congkak, tampin gelang

getah, dam aji dan menyumpit. Permainan ‘indoor’ ini telah dibuat di pulako dan dijalankan

dengan serentak. Penilai dan pensyarah pembimbing akan menilai permainan ‘indoor’ dari satu

permainan ke permainan lain sehingga selesai.

SELEPAS

Selepas pertandingan permainan tradisional selesai, semua kumpulan PPG bersama

peserta kumpulan PISMP dikehendaki berkumpulan untuk aktiviti penutupan. Dalam aktiviti

penutupan, ulasan penilaian telah disampaikan oleh Pensyarah Pembimbing iaitu Encik Ismail

Dikoh dan juga Penilai dari IPGK Batu Lintang Encik Mohd Mahadi Bin Abdullah. Turut

menyampaikan ucapan bagi wakil kumpulan PPG iaitu Cikgu Jupong anak Ambak. Setelah

habis ulasan pertandingan permainan tradisional diikuti pula dengan penyampaian hadiah

kepada kumpulan peserta dan juga penyampaian cenderamata kepada Pensyarah. Aktiviti ini di

akhiri oleh nyanyian Ibu Pertiwiku dan juga persembahan khas dari kumpulan PISMP Bahasa

Iban yang bertajuk Zumba. Beberapa orang guru PPG juga turut menyertai Zumba tersebut.

Setelah selesai, semua yang terlibat diminta untuk ke cafeteria IPGK Rajang untuk makan

tengahari. Sungguhpun berasa letih namun kami berasa lega dan gembira kerana telah

melaksanakan pertandingan permainan tradisional ini dengan berjaya. Sekian, terima kasih.