laporan peranan lain ii

5
LAPORAN PERANAN LAIN TUGAS AJK Ujian Segak (Ringkuk Tubi Separa) TARIKH (HARI) 27 Ogos 2014 Rabu MAJLIS/PROGRAM Ujian SEGAK Penggal II LAPORAN : Ujian SEGAK ini dijalankan kepada semua murid tahap II iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang telah dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur dan teknik ujian mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain telah dibahagikan tugasan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa dalam ujian ini. Ujian ini dijalankan di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menggunakan waktu kokurikulum diganti dengan penilaian ujian SEGAK ini. Guru memberikan latihan kepada murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu atau bersama rakan. Terdapat beberapa item bateri ujian yang diuji pada hari ini, iaitu : a) Tekan tubi (1 minit) b) Ringkuk Tubi Separa (1 minit) c) Jangkauan Melunjur Saya telah diberikan tugasan dalam bahagian ujian ringkuk tubi separa. Saya bersama rakan guru pelatih iaitu saudari Zaitun binti Kisun telah membahagikan tugas di mana saya akan menjaga masa dan mengawal muzik manakala saudari Zaitun akan memberikan penerangan dan

Upload: mizsrieya

Post on 10-Sep-2015

238 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

LAPORAN PERANAN LAIN

TUGAS

AJK Ujian Segak

(Ringkuk Tubi Separa)

TARIKH

(HARI)

27 Ogos 2014

Rabu

MAJLIS/PROGRAM

Ujian SEGAK Penggal II

LAPORAN :

Ujian SEGAK ini dijalankan kepada semua murid tahap II iaitu Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang telah dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Prosedur dan teknik ujian mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambil kira peralatan serta tempat ujian dijalankan.

Saya dan rakan-rakan guru pelatih yang lain telah dibahagikan tugasan untuk menjadi Ahli Jawatankuasa dalam ujian ini. Ujian ini dijalankan di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Oleh itu, pihak sekolah telah mengambil inisiatif menggunakan waktu kokurikulum diganti dengan penilaian ujian SEGAK ini. Guru memberikan latihan kepada murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu atau bersama rakan. Terdapat beberapa item bateri ujian yang diuji pada hari ini, iaitu :

a) Tekan tubi (1 minit)

b) Ringkuk Tubi Separa (1 minit)

c) Jangkauan Melunjur

Saya telah diberikan tugasan dalam bahagian ujian ringkuk tubi separa. Saya bersama rakan guru pelatih iaitu saudari Zaitun binti Kisun telah membahagikan tugas di mana saya akan menjaga masa dan mengawal muzik manakala saudari Zaitun akan memberikan penerangan dan demonstrasi yang betul kepada murid. Di samping itu, pembahagian tugasan ini dapat meringankan beban dan menjimatkan masa kerana bilangan murid tahap II yang ramai. Ujian ini dilakukan di dalam kelas Tahun 4 dan terbahagi kepada dua tempat, iaitu di hadapan dan di belakang kelas. Seramai tujuh orang murid akan dinilai secara serentak. Ujian ini mengambil masa 1 minit setiap muzik dengan iringan muzik yang mempunyai ritma tempo yang sekata.

Aktiviti ini dilakukan secara berpasangan di mana seorang rakan (murid) akan mengira ringkuk tubi separa yang dilakukan dengan betul sahaja. Seterusnya, murid akan bergilir-gilir melakukan aktiviti bersama pasangan yang sama. Pada hari ini, aktiviti ini dijalankan bermula 2.30 petang hingga 4.00 petang. Kami telah memberikan contoh atau demonstrasi terlebih dahulu sebelum mereka menjalankan ujian tersebut.

Ujian ini selesai mengikut masa yang ditetapkan. Semua murid dapat memberikan kerjasama yang baik dari permulaan sehingga pengakhiran ujian ini. Natijahnya, kami dapat menghabiskan kesemua ujian ini dengan jayanya tanpa sebarang halangan mengikut masa yang telah ditetapkan. Kami amat berpuas hati dengan kerjasama yang diberikan oleh guru Pendidikan Jasmani iaitu Encik Chia Tzee Wee, Encik Voo Yee Fung dan murid di SJKC St. Philip, Tamparuli. Ujian ini memberikan pengalaman yang berharga dan bermakna kepada saya pada masa hadapan semasa berada di sekolah sebagai guru yang sebenar.

Disediakan oleh,

Tandatangan: ...

Nama: ...

Disemak oleh,

Tandatangan: ...

Nama: ...

LAPORAN PERANAN LAIN

TUGAS

Guru LINUS Bahasa Malaysia Tahun 2

TARIKH

(HARI)

18 Ogos 2014 12 September 2014

MAJLIS/PROGRAM

LINUS Bahasa Malaysia Tahun 2

LAPORAN :

Program LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi. Program ini merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk untuk memastikan murid dapat menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah. Linus disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Saya dan rakan guru pelatih iaitu saudari Zaitun binti Kisun telah diberikan satu tugas oleh Guru Besar SJKC St. Philip untuk menjalankan tugas sebagai guru LINUS di sekolah. Beliau menyatakan bahawa terdapat segelintir murid yang masih tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis ayat mudah (Konstruk 11) dan keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan (Konstruk 12). Oleh itu, saya mengambil tugas ini untuk menimba pengalaman yang akan saya gunakan kelak.

Setelah keesokan harinya, saya berjumpa dengan dua orang murid di bawah jagaan saya iaitu Carl Asher Daniel dan Stenly Andy. Mereka merupakan murid tahun 2. Program ini dijalankan pada setiap hari iaitu bermula 7.00 pagi sehingga 7.20 pagi di mana saya mengambil masa bacaan awal untuk melaksanakan LINUS ini di dalam bilik guru. Pada pemerhatian dan pemerhatian saya setelah menjalankan aktiviti ini selama beberapa hari, saya mendapati bahawa mereka tahu membaca tetapi sukar membina ayat mudah dan kesalahan ejaan dan tanda baca yang sering kali berlaku semasa mereka membina ayat.

Disediakan oleh,

Tandatangan: ...

Nama: ...

Disemak oleh,

Tandatangan: ...

Nama: ...