laporan masakan tradisi warisan bangsa etnik melayu sabah (2)

Upload: selvasangeetha-selvarajan

Post on 08-Jan-2016

24 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

edu

TRANSCRIPT

Laporan Masakan Tradisi Warisan Bangsa Etnik Melayu Sabah

IKAN BILIS MASAK CILI PADI

1. Nama makananNama makanan yang akan kami masak adalah Ikan Bilis Masak Cili Padi sesuai dengan undian yang kami dapat Ikan Bilis adalah salah satu masakan kegemaran Melayu Sabah.

2. Bahan bahan yang diperlukan 1 mangkuk ikan bilis - cuci bersih - toskan - goreng garing1 biji bawang merah besar - dihiris2 ulas bawang putih - dihiris10 biji cili api - dihiris3 sudu kicap manis1s sedikit asam jawa "adabi"1/2 cawan airGaram secukupnya

3. Cara-Cara membuat

1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih shingga wangi.2. Masukkan cili api dan gaul bagi rata.3. Masuk pula kicap cair, asam jawa, air dan garam secukupnya, biar mendidih.4. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng, gaul sebati dan biarkan kering sedikit.

Pada 2 September 2015 kami ditugaskan untuk menyediakan masakan set menu Melayu dan Melayu Sabah. Antara hidangan yang disediakan oleh unit saya adalah Tomyam, Ikan BIlis masak Cili Padi , sambal telur burung puyu, Lontong Dan tempoyak.Saya dan kawan saya memasak Ikan bilis masak cili padi. Hidangan ini dinikmati bersama dengan nasi putih. Melihat kepada menu yang disediakan ia memberi sedikit cabaran kepada kumpulan kami kerana kami hanya berdua untuk menyediakan menu ini. Borang perancangan kerja telah disiapkan dengan teliti dan menyusun proses kerja dengan teratur. Sebaik sahaja mendapat tugasan tersebut saya dan kawan saya berasa takut kerana kami tidak pernah memasak masakan sabah melayu sebelum ini. Kami mencari menu masakan dalam buku Menu Masakan Melayu Sabah . Kami juga memilih masakan ikan bilis masak cili padi kerana masakan tersebut senang untuk dibuat. Sebelum sehari kami juga pergi ke kedai untuk membeli bahan yang diperlukan untuk keesokan harinya. Pada malam tersebut kami juga menyediahkan tempat masakan yang diagihkan untuk kami. Kami juga diagihkan tugas daipada ketua unit saya. Bersama unit saya kami menghias tempat memasak kami dengan daun kelapa , ketupat hias, pasu bunga dan sebagainya. Sebahagian daripada kawan kelas saya, membuat Papan selamat Datang. Saya dan Kawan ditugaskan untuk membuat Menu Masakan dan harga masakan. Pada pukul 12.30 malam kami pun balik ke bilik untuk mengambil rehat.

Pada hari tersebut kami bangun pukul 6.00 pagi. Kami mandi dan bersiap sediah untuk ke tempat masakan itu. Kami membawa bahan masakan kami ke tempat memasak. Pada hari tersebut kami juga memakai baju melayu sabah .Kami berasa bangga kerana dapat memakai baju melayu Sabah. Pensyarah dan rakan rakan seunit saya memiji kami kerana kami memakai baju melayu sabah dan menghormati budaya lain. Selepas sampai ke tempat masak itu kami juga menyedihkan bahan masakan kumpulan masing-masing.Pada pukul 8.30 pagi kami berkumpul di hadapan gymnasium. Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan merasmikan pertandingan Masakan Warisan Budaya . Kami juga tidak bersabar-sabar menunggu giliran untuk memasak.Selepas perasmian kami telah menuju ke tempat masak untuk memulakan masakan. Setelah kumpulan pertama memasak tibalah giliran kami untuk memasak.Kami juga menyediahkan bahan masakan di atas meja .

Kami juga memula memasak dengan berasa gembira .Kami juga memasak dengan menggunakan buku cara membuat masakan tersebut.Selepas sahaja menghabiskan memasak kami juga menghidangkan ikan bilis itu di atas daun pisang untuk menghias. Kami juga menghias ikan bilis masak cili padi itu dengan bawang dan tomoto.

Secara keseluruhannya, kami sangat gembira kerana dapat menyediakan hidangan set menu Melayu Sabah . Kami juga berpuas hati dengan hidangan yang telah disediakan. Namun, sekiranya diberi kesempatan lagi pastinya kami akan memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan dan menambah baik cara masak kami. Selepasitu, tibalah masa sesi penilaian pada setiap masakan. Kami berdebar-debar sewaktu para pensyarah merasakan masakan kami dan akhirnya mereka juga memberi pandangan yang cukup baik pada masakan kumpulan kami. Kami berasa sangat gembira kerana dapat menerima komen yang baik daripada para pensyarah.

Selepas sahaja selesai sesi penilaian, kami mula menikamati masakan yang kami masak bersama-sama dengan ahli kumpulan masing- masing. Kami semua berkongsi makanan antara ahli kumpulan kami. Semua ahli kumpulan telah berasa amat gembira dan dapat menikmati masakan enak yang dimasak oleh setiap kumpulan. Kami berasa sangat gembira dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami bagi subjek EDU 3063 kerana memberi peluang kepada kami untuk meluangkan masa bersama- sama.

Selepas sahaja selesai menjamu selera, kami semua unit telah pun berkumpul sekali lagi untuk mendapatkan keputusan Projek masakanTradisi.Dr. Zakri Bin Abdullah telah memberi ucapan dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjayakan program ini tanpa sebarang halangan. Selepas itu sahaja pengerusi majlis telah pun mengumumkan keputusan. Keputusan bagi tempat ketiga, kedua dan pertama telah pun diumumkan. Walaupun kami tidak mendapat hadiah tetapi kami masih gembira dan seronok kerana dapat berpeluang menyertai pertandingan ini. Kami juga bersuyukurkeranadapatbekerjasamaantarasatusama lain untukmenjayakantugasanini. Di sini kami dapat mempelajari sesuatau yang baru iaitu setiap kejayaan itu, mesti ada pengorbanan. Kami berasa gembira kerana dapat menjayakannya dengan baik.

Selepas sesi penyampaian hadiah kami sempat mengambil gambar bersama Ketua jabatan dan penyelaras Projek MasakanTradisi. Selepa situ kami juga mengambil gambar bersama Ketua Jabatan PJPK Pn.Suraya Bibi A.K Bapoothi dan Pensyarah En Jalil bin Osman. Kami juga mengambil gambar bersama rakan sekelas kami. Akhirnya selepas sesi bergambar, kami membersihkan tempat tersebut dan pulang balik semua alatan yang telah dipinjam dengan selamat.