laporan lengkap

15
Suka mengkriti k Gemar menganali sis Membantu orang Tersusun urusan Bermotiva si Pengenalan Program Experiental Learning ialah sebuah program praktikal iaitu pembelajaran berdasarkan pengalaman yang melibatkan aktiviti luar. Menyedari bahawa program ini pastinya akan membantu dalam meningkatkan sahsiah saya sebagai bakal guru, maka saya mengambil keputusan menyertainya walaupun tempoh waktunya bertindih dengan beberapa program lain. Melalui program ini, saya dapat mengenali apakah jenis personaliti diri saya dengan menjalani ujian Inventori Personaliti yang dikendalikan oleh Dr Fauziah Sa’ad iaitu seorang pensyarah yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kaunseling. Program ini juga telah mencabar jiwa saya sebagai seorang guru untuk berani keluar dari zon selesa serta berfikir di luar kotak pemikiran. Oleh itu, pelan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan setelah meneliti kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan Diri Berdasarkan Modul Inventori Personaliti Sidek yang ditulis oleh Profesor Madya DR. Sidek Mohd Noah, saya berjaya mengenal pasti identiti atau alter rahsia diri saya yang tersembunyi. 1

Upload: cahayahanan

Post on 18-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

PengenalanProgram Experiental Learning ialah sebuah program praktikal iaitu pembelajaran berdasarkan pengalaman yang melibatkan aktiviti luar. Menyedari bahawa program ini pastinya akan membantu dalam meningkatkan sahsiah saya sebagai bakal guru, maka saya mengambil keputusan menyertainya walaupun tempoh waktunya bertindih dengan beberapa program lain. Melalui program ini, saya dapat mengenali apakah jenis personaliti diri saya dengan menjalani ujian Inventori Personaliti yang dikendalikan oleh Dr Fauziah Saad iaitu seorang pensyarah yang sudah lama berkecimpung dalam dunia kaunseling. Program ini juga telah mencabar jiwa saya sebagai seorang guru untuk berani keluar dari zon selesa serta berfikir di luar kotak pemikiran. Oleh itu, pelan tindakan yang sewajarnya perlu dilaksanakan setelah meneliti kekuatan dan kelemahan diri. Kekuatan DiriBerdasarkan Modul Inventori Personaliti Sidek yang ditulis oleh Profesor Madya DR. Sidek Mohd Noah, saya berjaya mengenal pasti identiti atau alter rahsia diri saya yang tersembunyi.

Rajah 1: Kekuatan personaliti mengikut Inventori Personaliti SidekPertama, sikap agresif dan suka mengkritik. Saya tidak mampu menafikan bahawa saya memiliki sikap agresif ini sejak saya mula melangkah ke Tingkatan 6. Ketika itu, saya menjadi seorang yang gemar membaca bacaan-bacaan di luar silibus di sekolah. Sebagai contoh, apabila saya membaca akhbar atau berita yang menyiarkan isu politik, sosial dan ekonomi maka otak saya akan mula ligat untuk mengkritik dan mengeluarkan idea-idea kritikal tentang isu tersebut. Sikap berani ini timbul setelah saya bergaul dengan lebih ramai individu yang datang dari pelbagai latar belakang budaya, agama dan masyarakat. Keberanian untuk mengkritik ini perlu ada di dalam seorang guru. Guru seharusnya berani untuk memperbetulkan apa yang salah dan mempertahankan apa yang betul. Di mana kredibiliti seorang guru untuk menjadi medium kejayaan anak muridnya jika bersuara untuk menolak yang batil juga tidak mampu?Kedua, penilaian dari segi analitikal. Saya mempunyai skor tinggi dalam penilaian analitikal yang menunjukkan bahawa minat untuk menganalisis sangat tinggi. Watak ini tepat dengan diri saya kerana saya agak sensitif dengan persekitaran,suka menganalisis orang lain, diri sendiri mahupun situasi. Saya seorang yang senyap dan tidak banyak bercakap. Namun begitu, saya gemar memerhati tajam semua figura dan keadaan yang berlaku di hadapan mata. Pada pandangan saya, sikap ini wajar ada di dalam diri seorang guru. Hal ini demikian kerana seorang guru perlu bijak mengawal situasi pembelajaran di sekolah. Hal ini akan menjadi mudah jika guru tersebut mampu menjadi pemerhati yang baik bagi mengenal pasti keadaan mahupun karakter pelajarnya .Ketiga, bermotivasi dan gemar bersaing dalam mencapai matlamat. Watak ini amat tepat dengan diri saya. Hal ini dapat dilihat sejak saya di bangku sekolah lagi. Saya masih ingat apabila saya hanya tidur 4 jam sehari sewaktu berada dalam semester pertama Tingkatan Enam. Gara-gara termotivasi dengan seorang senior yang bertanya bagaimana mahu mengubah dunia andai mengubah diri sendiri belum mampu. Bermula saat itu, saya mula belajar dengan bersungguh-sungguh meskipun peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) masih belum hampir. Saya begitu bersemangat untuk membuktikan saya juga layak untuk bersaing dengan pelajar-pelajar bijak yang lain walaupun saya bukan pelajar yang pandai. Dengan sikap seperti ini, saya yakin mampu menjadi seorang guru yang baik kelak di atas modal kesungguhan untuk mencapai sesuatu matlamat walaupun realitinya belum lagi pasti. Saya percaya, tiada penamat jika tidak dimulai dengan langkah pertama. Keempat, kemas dan tersusun urusan. Sejujurnya, gerak kerja yang kemas dan sistematik bukanlah sifat saya yang sebenar. Namun, apabila saya menyertai Kelab Remaja Usrah di sekolah, saya diajar tentang ciri-ciri orang yang mempunya nilai agama iaitu salah satunya ialah tersusun urusannya. Dari situ, saya belajar untuk memastikan tugasan saya dimulai dengan perancangan yang rapi. Saya turut mementingkan penampilan diri dari segi pemakaian, percakapan, tingkah laku dan sebagainya. Sebagai seorang guru, penampilan yang baik sangat perlu dititikberatkan kerana guru seringkali dijadikan sebagai role model bagi para pelajar. Justeru, sikap yang mementingkan kekemasan, sistematik dan teliti wajar diberi perhatian yang lebih oleh para guru bagi mewujudkan bukan sahaja pandangan positif daripada pelajar bahkan bukti kredibiliti seorang guru itu sendiri.Kelima, sikap membantu orang lain. Saya memiliki sikap ini hasil didikan daripada kedua ibu bapa saya sendiri. Ibu saya sebagai contoh, jarang sekali menolak apabila ada orang lain yang meminta bantuan. Ibarat peribahasa di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kata-kata itu saya pegang hingga ke hari ini. Saya percaya, tanggungjawab guru bukan sahaja untuk mengejar silibus semata-mata tetapi lebih dari itu kerana guru ibarat ibu bapa kedua bagi pelajar. Setiap agama juga menuntut penganutnya agar sentiasa menolong dan memudahkan urusan lain. Di atas tuntutan ini juga saya bersedia membantu sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, rakan-rakan, pensayarah juga insan yang tidak saya kenali.Kelemahan DiriBerdasarkan Modul Inventori Personaliti Sidek hasil kajian Prof. Madya Dr. Sidek Mohd Noah, saya dapati terdapat beberapa kelemahan ketara dalam diri saya. Antaranya ialah:

Rajah 2: Kelemahan diri berdasarkan ujian personalitiPertama, suka mengikut. Bukan tidak pernah mencuba untuk tidak bersikap mengikut dan menurut, namun sikap sebegitu sukar sekali dibendung daripada diri saya. Saya boleh dikatakan suka bergantung harap kepada orang lain. Bukan bermakna tidak mahu berdiri di atas kaki sendiri, cuma lebih senang untuk menjadi orang yang dipimpin dan bukan memimpin. Sebagai contoh, saya lebih selesa mencadangkan nama orang lain berbanding diri sendiri ketika mesyuarat atau perjumpaan untuk pelantikan jawatankuasa tertinggi diadakan. Saya sering merendah diri dan menganggap saya tidak mempunya jiwa kepimpinan seperti orang lain. Hakikatnya saya sedar, sikap yang suka mengikut ini tidak relevan lagi untuk seseorang yang bakal bergelar guru. Pastinya jiwa bakal guru yang tidak dididik dengan sifat kepimpinan akan mencacatkan pembangunan sahsiah para pelajar yang akan dibina.Kedua, tidak sukakan cabaran. Saya merupakan seorang yang pasif sejak kecil lagi. Gemar menyendiri, kurang bercakap, dan sukar menonjolkan diri adalah sifat yang tidak lekang daripada diri saya bermula dari alam persekolahan tadika. Jika ada apa-apa pertandingan ataupun acara sukan, sayalah orang pertama yang tidak akan menunjukkan muka. Ironinya, sikap ini membuatkan diri saya menjadi semakin rendah diri dan malu tidak bertempat. Jika sikap buruk ini berterusan, maka saya tidak akan mampu menjadi guru yang boleh membentuk sahsiah pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru, pemantapan jati diri dan sikap sukakan cabaran harus dikukuhkan dalam diri agar tidak mudah mengalah sewaktu menghadapi cabaran hebat di sekolah.Ketiga, tidak tahan lasak. Saya tidak menggemari aktiviti luar yang lasak dan mencabar. Berkaitan dengan sikap tidak sukakan cabaran, kemungkinan faktor tersebut menyebabkan saya mempunyai daya ketahanan fizikal yang lemah. Namun, saya yang bakal menjadi guru kelak tidak sepatutnya mengekalkan sikap buruk ini kerana guru yang baik perlu mencapai keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Emosi yang stabil, rohani yang baik serta intelektual yang mantap belum cukup jika tidak disempurnakan dengan fizikal yang sihat.Keempat, kurang bersosial. Saya amat kurang bergaul dengan orang sekeliling apatah lagi dengan yang berlainan jantina. Hal ini bermula apabila saya memasuki Tingkatan 1 di sebuah sekolah di Johor. Cara pergaulan di situ yang tidak membataskan lelaki dan perempuan membuat diri saya terasa asing dan merasa rendah diri yang melampau. Malangnya, perasaan sebegitu masih wujud hingga ke hari ini yang menjadikan saya berat mulut untuk berkomunikasi. Justeru saya perlu membuang sikap ini kerana sikap ini akan mengurangkan interaksi antara saya dan para pelajar. Pasti amat sukar untuk saya mendalami watak dan jiwa mereka jika kami jarang berkomunikasi secara dua hala.Kelima, suka bergantung. Saya sendiri kurang pasti sejak bila saya mempunyai sikap suka bergantung pada orang lain. Namun saya merasakan, sebagai adik bongsu daripada tujuh orang adik-beradik adalah faktor utama saya menjadi seorang yang manja dan sangat bergantung harap pada orang lain. Dari kecil, saya mempunyai ibu bapa, abang dan kakak yang boleh saya minta pertolongan pada bila-bila masa di mana sahaja. Saya tidak membesar dala keadaan bedikari malah sentiasa dibantu. Jika tidak diperbaiki, keadaan ini akan menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang guru di sekolah kelak. Justeru, saya perlu lebih belajar erti berdikari dan melatih diri saya untuk berdiri di atas kaki sendiri secara praktikal.Pelan TindakanSaya telah merancang beberapa inisiatif yang perlu dilakukan setelah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri bagi menjadikan saya seorang guru yang beretika kelak. Antara pelan tindakan atau langkah yang akan saya lakukan ialah:

Rajah 3 : Pelan tindakan yang akan dilaksanakanPertama, kelemahan yang ada harus diperbaiki walau dengan apa jua alasan. Kelemahan diri yang saya dapati agak ketara seperti suka bergantung harap, kurang bergaul dan suka menyendiri perlu saya hindari kerana sikap negatif tersebut akan menjejaskan kemampuan saya sebagai guru yang berkebolehan di sekolah kelak. Antara perkara utama yang perlu saya perbaiki sebagai seorang bakal guru adalah lebih banyak mengaktifkan diri dalam apa jua perkara seperti menyertai program-program kerohanian, sukan, ceramah semasa dan sebagainya. Hal ini bagi meningkatkan jati diri serta keupayaan termasuklah dari sudut mental, fizikal, rohani dan intelek bahkan meluaskan rangkaian kenalan yang sedia ada. Seterusnya, saya perlu mengelakkan tabiat berat mulut untuk berkenalan dan membina tali silaturrahim dengan orang lain. Selain hubungan yang baik dengan Tuhan, hubungan yang baik juga perlu dibina dengan sesama manusia termasuk ahli keluarga, warga kampus, sahabat serta masyarakat sekitar tanpa mengira latar belakang agama mahupun bangsa. Apabila hubungan yang baik terjalin dengan ikhlas, maka segala perkara-perkara yang baik akan menyusul. Nilai-nilai agama sangat perlu dititikberatkan untuk menjadikan manusia saling berkasih-sayang.Kedua, meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Saya menyedari bahawa menyertai sukan atau aktiviti lasak merupakan perkara yang paling saya tidak sukai. Bagi saya, aktiviti tersebut hanya membuatkan kita letih dan penat seterusnya membantutkan kita untuk melakukan pekerjaan lain. Namun saya silap, terbukti dengan menyertai aktiviti seperti itu akan membuatkan tubuh badan lebih sihat serta meningkatkan kecerdasan otak. Penyertaan terhadap aktiviti seperti ini memerlukan bukan sahaja azam malah kesungguhan untuk melakukannya secara istiqamah atau berterusan. Saya yakin untuk menjadi guru yang serba boleh dan berkredibiliti cemerlang, memiliki kesihatan fizikal yang baik adalah sangat perlu. Penyesalan yang melanda kelak apabila badan sudah lemah dan diserang penyakit-penyakit kronik sudah tidak mampu diperbetulkan lagi jika langkah-langkah yang sepatutnya tidak dilaksanakan dari sekarang. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.Ketiga, saya perlu menguasai kemahiran berkomunikasi dengan baik. Kelemahan dalam berkomunikasi sangat mengganggu perasaan saya. Oleh itu, saya mengambil langkah drastik dengan menyertai kelab debat walaupun langsung tidak mempunyai pengalaman mahupun ilmu walau sedikit dalam bidang tersebut. Hal ini bagi meningkatkan keberanian untuk bercakap dihadapan orang serta cara untuk berkomunikasi dengan baik. Kemahiran ini sudah pasti membuatkan saya yakin apabila ingin berucap atau mengendalikan program di sekolah kelak agar tidak kekok dan dipandang serong oleh guru-guru lain. Saya amat mengagumi beberapa penulis dan tokoh dakwah di Malaysia seperti Hilal Asyraf, Fatimah Syarha serta Ustaz Syed Noor Hisham yang kata-kata mereka sangat menusuk hati, membina semangat dan sangat memberi motivasi. Saya bercita-cita untuk menguasai kemahiran dalam bidang pengucapan agar saya juga mampu menyentuh hati manusia melalui kata-kata.Keempat, saya harus berdikari dan belajar erti berdiri di atas kaki sendiri. Cukuplah segala kebergantungan kepada orang lain sebelum ini. Sikap bergantung harap kepada orang lain menjadikan diri saya semakin lemah hari ini kerana tidak pernah merasa dan memahami erti susah dalam hidup. Oleh itu, saya perlu berusaha melakukan sesuatu tanpa meminta bantuan orang lain walaupun perkara tersebut amat sukar. Hal ini bagi melatih jiwa saya untuk lebih kuat dan tegar menghadapi cabaran dalam hidup. Di sekolah, kekuatan dan sikap berdikari yang saya tunjukkan pastinya akan dicontohi oleh pelajar kerana mereka sangat memerlukan kekuatan untuk berjuang dalam pelajaran seterusnya menjadikan mereka menjadi individu yang berperibadi unggul.Aktiviti Sepanjang ProgramAktiviti dimulakan dengan sesi bual bicara bersama seorang senior semester tujuh iaitu Encik Haziq Azree. Beliau merupakan satu-satunya pemegang biasiswa Tunku Abdul Rahman di UPSI yang berbangsa Melayu. Encik Haziq menceritakan betapa beliau bersungguh-sungguh berjuang untuk mendapatkan biasiswa tersebut bagi menampung perbelanjaan pelajarannya di UPSI. Meskipun dengan persaingan yang sangat hebat dan sengit, beliau mampu membuktikan bahawa tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini dengan izin Tuhan. Saya sangat termotivasi dengan penyampaian Encik Haziq. Apa yang saya belajar daripada beliau adalah, jika kita mahukan sesuatu maka berjuanglah untuk memndapatkannya sampai dapat. Bukan cuma pandai berkata-kata namun pelaksanaannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam.Aktiviti diteruskan pada keesokan hari di mana kami menjalani sesi Ujian Inventori Personaliti yang dikendalikan oleh Dr. Fauziah Saad bagi mengenal apakah jenis personaliti dan perwatakan diri masing-masing. Kemudian, perkara paling mencabar ialah apabila kami diminta untuk mengutip dana bagi rumah anak yatim Baitulmahabbah yang terletak di Tg Malim. Inisiatif yang pelbagai boleh digunakan untuk mengutip dana dan terserah kepada kreativiti serta idea masing-masing. Kumpulan saya bersepakat untuk mengutip dana di sekitar kolej dengan membuat kerja amal di rumah-rumah felo, pengetua dan senior. Di sini saya mampu melihat bagaimana watak setiap ahli kumpulan dan komitmen mereka terhadap tugasan yang diberi. Saya mulai faham bahawa sikap toleransi dan keterbukaan untuk memberi pendapat dan menerima pendapat orang lain sangat penting dalam kerja berkumpulan.Sejujurnya, bukan mudah untuk berinteraksi dan bekerjasama di dalam kumpulan. Ketika sampai di salah sebuah rumah felo kolej, ahli kumpulan kami hampir bergaduh dengan ketua kumpulan kerana perbezaan pendapat masing-masing. Di situ saya dapat lihat betapa pentingnya kawalan emosi apatah lagi bagi seorang bakal guru yang sudah tentu akan banyak menghadapi cabaran perasaan dan psikologi ketika mengajar di sekolah. Namun pertengkaran itu dapat dileraikan dengan baik lalu saya mengambil peranan sebagai jurucakap di setiap rumah yang kami jejaki. Cabaran seterusnya adalah apabila ada tuan rumah yang enggan respon atau keluar rumah apabila kami mengetuk pintu dan memberi salam. Saya sedar betapa susahnya untuk mencari duit walaupun dengan niat yang baik iaitu membantu anak-anak yatim Baitulmahabbah. Kesukaran ini menambahkan lagi semangat saya untuk membantu mereka dengan terus mencari dana tanpa letih dan jemu. Di sebalik cabaran-cabaran tersebut, terselit kemanisan di dalamnya. Saya sangat bersyukur kerana ada di antara tuan rumah yang kami berkunjung ke rumahnya melayan kami dengan baik malah kami turut dijamu makan tengahari di rumah beliau. Selain itu, ada juga tuan rumah yang sangat merendah diri apabila menyerahkan RM50 untung tabung dana kami tanpa menyuruh kami melakukan sebarang pekerjaan. Malah beliau menolak untuk bergambar apabila kami meminta izin untuk mengambil gambar beliau sebagai bukti pelaksanaan aktiviti. Beliau turut berpesan agar duit tersebut disalurkan di tempat yang betul. Tiba-tiba perasaan yang tenang hadir dalam hati. Jiwa saya kuat mengatakan andai kita memudahkan atau membantu urusan orang lain, Tuhan akan memudahkan kembali urusan kita. Semangat saya berkobar-kobar untuk terus menolong orang lain, bukan sahaja warga Baitulmahabbah bahkan sesiapa sahaja yang dalam keadaan memerlukan.Kumpulan saya berjaya memperolehi kutipan dana sebanyak RM 215.00. Sesi yang terakhir ialah penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memperolehi jumlah kutipan tertinggi oleh Encik Mohd Noor Bin Idris . Sesuatu yang paling mengejutkan apabila beliau mengisytiharkan bahawa itu adalah kutipan tertinggi sepanjang 3 tahun program itu dijalankan iaitu keseluruhan sebanyak RM 4364. Kesusahan dan cabaran yang saya hadapi membuatkan saya lebih kuat berusaha dan tidak mudah putus asa. Nilai-nilai baik yang saya perolehi daripada program ini khususnya sifat membantu orang lain akan saya bawa ke alam pekerjaan kelak sebagai seorang guru yang penuh dengan akhlak mulia. Berjalan di tengah panas untuk mengutip dana buat anak-anak yatim sebenarnya bukan mudah. Pengorbanan ini saya lakukan juga atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab, bukan simpati. Ini menambahkan lagi rasa cinta saya kepada profesion perguruan untuk mendidik dan membantu murid-murid yang berada dalam kesusahan.PenutupKesimpulannya, melalui pogram pembangunan sahsiah ini saya telah berjaya mengenali kekuatan dan kelemahan diri melalui Ujian Inventori Personaliti yang dijalankan. Pelan tindakan yang wajar mampu dirancang dan dilaksanakan bagi meningkatkan kekuatan diri serta memperbaiki kelemahan diri supaya mampu menjadi guru yang bersahsiah mulia, beretika dan serba boleh. Lampiran

Bergotong-royong berkumpulan Bergambar bersama isteri felo

Bersama salah seorang penyumbang Sesi terakhir program

Gambar ahli kumpulan seramai 15 orang

1