contoh laporan lengkap

16
CIETVT-2011 1 LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (CIETVT 2011) Disediakan oleh : Mohamad Fadzil Basir Ahmad Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Politeknik Seberang Perai Berdasarkan saranan Jabatan Pengajian Politeknik untuk membudayakan penyelidikan dan inovasi serta memenuhi Plan Transformasi Politeknik, Unit Penyelidikan dan Inovasi PSP (R&I PSP) telah merangka beberapa aktiviti bagi tahun 2011 dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut. Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Seberang Perai (PSP), Pusat Pendidikan Berterusan (CEC) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah berjaya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (National Conference On Research and Innovation in Technical and Vocational Education and Training CIE-TVT 2011). Persidangan diadakan di Hotel NAZA Talyya, Pulau Pinang pada 16 17 November 2011 dan dirasmikan oleh Encik Amir Md. Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pengajian Politeknik mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik. Pengucaptama ialah Dr Razali Hassan,Ketua Jabatan Pendidikan Kejuruteraan dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Upload: fizam-hj-zainon

Post on 06-Nov-2015

203 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

contoh laporan lengkap

TRANSCRIPT

  • CIETVT-2011 1

    LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN PENYELIDIKAN DAN INOVASI DALAM

    PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIK DAN VOKASIONAL (CIETVT 2011)

    Disediakan oleh :

    Mohamad Fadzil Basir Ahmad

    Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi, Politeknik Seberang Perai

    Berdasarkan saranan Jabatan Pengajian Politeknik untuk membudayakan penyelidikan dan

    inovasi serta memenuhi Plan Transformasi Politeknik, Unit Penyelidikan dan Inovasi PSP (R&I

    PSP) telah merangka beberapa aktiviti bagi tahun 2011 dalam usaha merealisasikan hasrat

    tersebut.

    Unit Penyelidikan dan Inovasi Politeknik Seberang Perai (PSP), Pusat Pendidikan Berterusan

    (CEC) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Jabatan Pengajian Politeknik, Jabatan

    Pengajian Kolej Komuniti (JPKK) dan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) telah

    berjaya menganjurkan Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan

    Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (National Conference On Research and Innovation in

    Technical and Vocational Education and Training CIE-TVT 2011). Persidangan diadakan di

    Hotel NAZA Talyya, Pulau Pinang pada 16 17 November 2011 dan dirasmikan oleh Encik

    Amir Md. Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) Jabatan Pengajian Politeknik

    mewakili Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik. Pengucaptama ialah Dr Razali

    Hassan,Ketua Jabatan Pendidikan Kejuruteraan dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan

    Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

  • CIETVT-2011 2

    Persidangan ini dianjurkan bertujuan untuk memberi peluang kepada staf akademik dari UTHM,

    Politeknik, Kolej Komuniti dan AKEPT khasnya dan lain-lain IPTA amnya untuk menghasilkan

    hasil penulisan penyelidikan dan ilmiah serta membentangkan kertas kerja di peringkat

    kebangsaan. Ini akan merangsang kreativiti staf akademik menggunakan pengetahuan dan

    kemahiran penyelidikan sedia ada yang mampu memaparkan kreativiti dan inovasi individu dan

    diterjemahkan di dalam bentuk penyelidikan dan pembangunan eksperimental, meliputi kerja-

    kerja kreatif yang dilakukan secara sistematik bertujuan menambah ilmu manusia,

    menghasilkan produk yang boleh dikomersilkan khususnya inovasi dalam pendidikan teknologi

    dan pengurusan. Tema yang dipilih adalah Penyelidikan dan Inovasi Pemacu Transformasi

    Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional. Tema ini selaras dengan hasrat Perdana

    Menteri untuk melakukan perubahan melalui inovasi secara menyeluruh, Innovative Leadership

    for 1United, Innovative Malaysia. Penyelidikan yang dihasilkan diharapkan dapat diterjemahkan

    melalui platform pembentangan dan perbincangan ilmiah demi melahirkan warga pendidik yang

    lebih kreatif, inovatif, cemerlang dan diharapkan mampu menjadi pemangkin ke arah

    transformasi politeknik menjelang 2015 bagi merealisasikan impian untuk menjadi politeknik

    universiti.

    Objektif persidangan ialah :

    Menggalakkan penghasilan penyelidikan, penulisan dan pembentangan ilmiah

    dikalangan pensyarah

    Menggalakkan perkongsian ilmu dikalangan warga pendidik.

    Menyediakan medium hebahan penyelidikan warga Pendidik

    Skop persidangan ialah :

    Pembangunan kurikulum

    Kecemerlangan Instruksional

    Pentaksiran & Penilaian

    Pengurusan

    Dasar dan Polisi

    Pembangunan dan Latihan Staf

  • CIETVT-2011 3

    Inovasi dan Teknologi dalam P&P

    Jaminan Kualiti

    Kebolehpasaran

    Keusahawanan

    Kolaborasi Industri

    Pembelajaran Sepanjang Hayat

    Kajian Tindakan

    Tanggungjawab Sosial (CSR)

    Penghasilan Produk

    Penyertaan persidangan terbuka kepada :

    Kementerian Pengajian Tinggi

    Kementerian Pelajaran Malaysia

    Institusi Pengajian Tinggi Awam /Swasta

    Politeknik

    AKEPT

    Kolej Komuniti

    Institut Perguruan

    Majlis Ketua Ketua Pusat Pembelajaran & Pembelajaran (PDP) IPTA

    Institut Pendidikan MARA (Kolej Polytech MARA, IKM, KKTM)

    Institut Latihan Kemahiran di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber

    Manusia (ILP, ADTEC, JMTI)

    Sekolah Menengah Teknik & Vokasional

  • CIETVT-2011 4

  • CIETVT-2011 5

    JAWATANKUASA PELAKSANA CIETVT 2011

  • CIETVT-2011 6

    Para editor yang bertanggung jawab dalam menilai dan mengedit kertas penyelidikan

    sehinggalah penghasilan prosiding ialah :

    Prof. Madya Dr. Berhannudin Bin Mohd Salleh

    Prof. Madya Dr. Hj. Ahmad Bin Esa

    Prof. Madya Dr. Hj. Mohd Yusop Bin Ab. Hadi

    Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Talib Bin Bon

    En. Mohamad Fadzil Bin Hj. Basir Ahmad

    En. Zulhadi Bin Zakaria

    En. Kamarul Ariffin Bin Abd Rashid

    Cik Rohazlin Binti Mohamed Iqbal

    Pn. Nurhidayah Binti Mokhtar

    Pn. Noraazizom Binti Mohd Noor

    Kertas cadangan yang terpilih akan dipelawa dimasukkan ke dalam International Journal of

    Integrated Problem-Based Learning dan resolusi hasil daripada forum yang diadakan pada hari

    kedua (17 November 2011) akan dimuatnaik ke laman web UNESCO-UNEVOC ( International

    Centre for Technical and Vocational Education and Training) yang beribu pejabat di Bonn,

    Germany.

  • CIETVT-2011 7

    Tarikh - tarikh penting persidangan ialah :

    Tarikh Akhir Penghantaran Abstrak 28 Oktober 2011

    Makluman Keputusan Penerimaan Abstrak 1 November 2011

    Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Persidangan lengkap 11 November 2011

    ATURCARA PROGRAM

    16 November 2011 (Rabu)

    08.00 pg 09.00 pg Pendaftaran

    09.00 pg 10.00 pg Ucaptama

    10.00 pg 10.30 pg Perasmian

    11.00 pg 12.00 tgh Pembentangan selari 1

    12.00 pg 01.00 ptg Pembentangan selari 2

    01.30 tgh 02.30ptg Rehat dan makan tengah hari

    02.30 ptg 03.30ptg Pembentangan selari 3

    03.30 ptg 04.30ptg Pembentangan selari 4

    04.30 ptg 05.30ptg Pembentangan selari 5 dan bersurai

    17 November 2011 (Khamis)

    8.30 pg 9.30 pg Pembentangan selari 6

    9.30 pg 10.30 pg Pembentangan selari 7

    10.30 pg 11.00 pg Minum Pagi

    11.00 pg 12.00 pg Pembentangan selari 8

    12.00 tgh 01.00 ptg Forum

    12.30 ptg 1.15ptg Perasmian Penutup

    1.15 petang Makan Tengahari dan bersurai

  • CIETVT-2011 8

    Secara statistiknya, peserta keseluruhan adalah seramai 234 orang. 172 adalah terdiri daripada

    pembentang termasuk 31 orang pembentang tanpa hadir manakala pembentang yang hadir

    ialah seramai 141 orang. Perasmian diadakan di Ballroom Astana 1, manakala pembentangan

    selari diadakan di empat bilik iaitu di bilik pembentangan 1 (Astana 2-Tingkat 1), bilik

    pembentangan 2 (Teratai 2-Tingkat 11), bilik pembentangan 3 (Dahlia-Tingkat 11) dan bilik

    pembentangan 4 (Melur-Tingkat 11)

    KATEGORI KOD BILANGAN

    Peserta K1 55

    Pembentang Dan Ahli Forum (Staf) K2 102

    Pembentang Dan Ahli Forum (Pelajar) K3 39

    Peserta (Pelajar) K4 7

    Pembentang Tanpa Hadir K5 31

  • CIETVT-2011 9

    Bilangan Pembentang Dari Politeknik Pada Persidangan Kebangsaan

    Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional (CIETVT- 2011)

    BIL POLITEKNIK BILANGAN PEMBENTANG

    1 Politeknik Sultan Idris Shah 2

    2 Pliteknik Johor Bahru 2

    3 Politeknik Kota Bahru 3

    4 Politeknik Kota Kinabalu 7

    5 Politeknik Kuching 2

    6 Politeknik Melaka 1

    7 Politeknik Merlimau 2

    8 Politeknik Muadzam Shah 1

    9 Politeknik Port Dickson 4

    10 Politeknik Seberang Perai 22

    11 Politeknik Sultan Azlan Shah 2

    12 Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah 6

    13 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 1

    14 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 2

    15 Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah 3

    16 Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 4

    17 Politeknik Ungku Omar 7

    JUMLAH 71

  • CIETVT-2011 10

    Bilangan Pembentang Dari Kolej Komuniti Pada Persidangan Kebangsaan

    Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional (CIETVT - 2011)

    BIL KOLEJ KOMUNITI BILANGAN PEMBENTANG

    1 KK Arau 1

    2 KK Bandar Darulaman 4

    3 KK Bayan Baru 1

    4 KK Jasin 1

    5 KK Jelebu 1

    6 KK Jempol 4

    7 KK Kepala Batas 2

    8 KK Masjid Tanah 3

    9 KK Rompin 3

    10 KK Sabak Bernam 1

    11 KK Segamat 3

    12 KK Segamat 2 2

    13 KK Selandar 2

    14 KK Sungai Petani 1

    15 KK Sungai Siput 3

    16 KK Temerloh 2

    JUMLAH 34

  • CIETVT-2011 11

    Bilangan Pembentang Dari Organisasi Pada Persidangan Kebangsaan

    Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Vokasional (CIETVT - 2011)

    BIL ORGANISASI BILANGAN PEMBENTANG

    1 ADTEC- Batu Pahat 1

    2 ADTEC-Taiping 1

    3 AKEPT 1

    4 IPG Kampus Sultan Mizan 4

    5 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 1

    6 Jabatan Pengajian Politeknik 1

    7 J'din Training & Consultancy 1

    8 Sek Men Keb Elopura 1

    9 Sek Men Keb Convent 1

    10 Sek Men Keb Serting Hilir Kompleks 1

    11 Sek Men Sains Johor 1

    12 Sek Men Undang Jelebu 1

    13 Sek Men Vokasional Kota Tinggi 1

    14 Universiti Kebangsaan Malaysia 14

    15 Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute 1

    16 Universiti Malaya 2

    17 Universiti Malaysia Pahang 1

    18 Universiti Pendidikan Sultan Idris 4

    19 Universiti Putra Malaysia 1

    20 Universiti Sains Malaysia 2

    21 Universiti Teknologi Malaysia 8

    22 Universiti Tun Hussien Onn Malaysia 16

    JUMLAH 65

  • CIETVT-2011 12

    SEKITAR PERASMIAN DAN PERSIDANGAN CIETVT-2011

  • CIETVT-2011 13

  • CIETVT-2011 14

  • CIETVT-2011 15

  • CIETVT-2011 16