laporan klimatologi sinoptik bagi februari 2019 … · klimatologi. purata peredaran angin 850hpa...

6
LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 Purata peredaran angin bulan Februari 2019 untuk troposfera paras 850hPa ditunjukkan pada Rajah 1. Ciri-ciri sinoptik utama monsun timur laut jelas kelihatan iaitu palung hampir khatulistiwa, rabung subtropika yang terletak berhampiran 20 o N, dan angin timur hingga utara di Malaysia. Negara kita mengalami angin timur selaju 10 knot di utara Semenanjung dan juga Sabah. Kawasan-kawasan pula lain menerima angin utara selaju 5 knot. Kelajuan angin di Malaysia pada bulan ini menurun berbanding bulan Januari 2019 walaupun arah angin masih sama. Palung monsun pula terletak berhampiran garisan khatulistiwa bermula dari Lautan Hindi sehingga barat Lautan Pasifik. Selain itu rabung subtropika jelas terbentuk antara 15 o N hingga 20 o N merentasi Laut Arab, utara India dan Teluk Bengal, Indochina dan barat Lautan Pasifik (20 o N hingga 25 o N). Corak peredaran angin pada bulan ini menyerupai purata klimatologi. Peredaran angin purata bulan Februari 2019 bagi troposfera paras 200hPa ditunjukkan pada Rajah 2. Jet subtropika dengan kelajuan maksimum 140 knot di selatan Jepun berhampiran 30 o N hingga 35 o N jelas kelihatan. Rabung subtropika aras atas terletak antara 5 o N hingga 10 o N dan memanjang dari Lautan Hindi sehingga barat Lautan Pasifik. Malaysia pula mengalami angin tenggara aras atas dengan kelajuan 5 hingga 10 knot. Kedudukan ciri-ciri sinoptik tersebut adalah separa pegun jika dibandingkan dengan Januari 2019. Namun demikian kelajuan peredaran angin aras atas telah berkurangan pada bulan ini. Secara keseluruhannya corak peredaran angin di troposfera aras atas adalah hampir sama dengan purata klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri sinoptik secara amnya mempunyai kedudukan dan kelajuan angin yang sama dari dekad yang pertama hingga yang terakhir. Negara kita mengalami angin timur laut selaju 5 hingga 10 knot sepanjang dekad. Pada waktu yang sama juga rabung subtropika terletak di sekitar 20 O N merentasi barat Lautan Pasifik, Indochina, Teluk Bengal dan utara India untuk setiap dekad. Taufan Wutip bermula dari kepulauan Marshall di bahagian tengah Lautan Pasifik serta mencapai kategori taufan pada 21hb Februari 2019 dan berakhir pada 28hb

Upload: dangdiep

Post on 28-Mar-2019

236 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri

LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019

Purata peredaran angin bulan Februari 2019 untuk troposfera paras 850hPa

ditunjukkan pada Rajah 1. Ciri-ciri sinoptik utama monsun timur laut jelas kelihatan

iaitu palung hampir khatulistiwa, rabung subtropika yang terletak berhampiran 20 oN,

dan angin timur hingga utara di Malaysia. Negara kita mengalami angin timur selaju

10 knot di utara Semenanjung dan juga Sabah. Kawasan-kawasan pula lain

menerima angin utara selaju 5 knot. Kelajuan angin di Malaysia pada bulan ini

menurun berbanding bulan Januari 2019 walaupun arah angin masih sama. Palung

monsun pula terletak berhampiran garisan khatulistiwa bermula dari Lautan Hindi

sehingga barat Lautan Pasifik. Selain itu rabung subtropika jelas terbentuk antara 15

oN hingga 20 oN merentasi Laut Arab, utara India dan Teluk Bengal, Indochina dan

barat Lautan Pasifik (20 oN hingga 25 oN). Corak peredaran angin pada bulan ini

menyerupai purata klimatologi.

Peredaran angin purata bulan Februari 2019 bagi troposfera paras 200hPa

ditunjukkan pada Rajah 2. Jet subtropika dengan kelajuan maksimum 140 knot di

selatan Jepun berhampiran 30 oN hingga 35 oN jelas kelihatan. Rabung subtropika

aras atas terletak antara 5 oN hingga 10 oN dan memanjang dari Lautan Hindi

sehingga barat Lautan Pasifik. Malaysia pula mengalami angin tenggara aras atas

dengan kelajuan 5 hingga 10 knot. Kedudukan ciri-ciri sinoptik tersebut adalah

separa pegun jika dibandingkan dengan Januari 2019. Namun demikian kelajuan

peredaran angin aras atas telah berkurangan pada bulan ini. Secara keseluruhannya

corak peredaran angin di troposfera aras atas adalah hampir sama dengan purata

klimatologi.

Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan

pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri sinoptik secara amnya mempunyai kedudukan

dan kelajuan angin yang sama dari dekad yang pertama hingga yang terakhir.

Negara kita mengalami angin timur laut selaju 5 hingga 10 knot sepanjang dekad.

Pada waktu yang sama juga rabung subtropika terletak di sekitar 20 ON merentasi

barat Lautan Pasifik, Indochina, Teluk Bengal dan utara India untuk setiap dekad.

Taufan Wutip bermula dari kepulauan Marshall di bahagian tengah Lautan Pasifik

serta mencapai kategori taufan pada 21hb Februari 2019 dan berakhir pada 28hb

Page 2: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri

Februari 2019 di Laut Filipina. Pergerakan Taufan Wutip menyebabkan palung

hampir khatulistiwa beranjak utara ke 10 ON di barat Lautan Pasifik pada dekad yang

ketiga berbanding kedudukan asalnya di garisan Khatulistiwa pada dekad yang

pertama dan kedua. Palung hampir khatulistiwa juga tidak kelihatan di Malaysia

pada dekad yang ketiga akibat perubahan peredaran angin yang disebabkan Taufan

Wutip. Pembentukan ribut tropika atau ribut dengan kategori yang lebih tinggi di

barat Lautan Pasifik pada bulan Februari jarang berlaku secara klimatologi dengan

kebarangkalian 1 kali setiap 10 tahun menurut data statistik 1981-2010 yang

direkodkan oleh Regional Specialized Meteorological Centre di Tokyo (RSMC

Tokyo).

Purata peredaran angin 200hPa untuk setiap dekad pada Februari 2019 ditunjukkan

di Rajah 4A, 4B, dan 4C. Secara amnya komponen angin selatan aras atas di

garisan Khatulistiwa meningkat dari dekad yang pertama kepada dekad yang

terakhir. Rabung subtropika aras atas berada antara 5 ON sehingga 10 ON

sepanjang dekad. Satu sistem antisiklon aras atas terbentuk di Malaysia dan satu

lagi sistem antisiklon terbentuk di barat Lautan Pasifik pada dekad yang terakhir.

Nota-nota:

Dekad pertama : 01 - 10 Februari 2019

Dekad kedua : 11 - 20 Februari 2019

Dekad ketiga : 21 - 28 Februari 2019

Page 3: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri
Page 4: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri
Page 5: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri
Page 6: LAPORAN KLIMATOLOGI SINOPTIK BAGI FEBRUARI 2019 … · klimatologi. Purata peredaran angin 850hPa untuk setiap dekad Februari 2019 digambarkan pada Rajah 3A, 3B, dan 3C. Ciri-ciri