laporan kem komandan

Upload: izzat-syimir

Post on 09-Mar-2016

432 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

LAPORAN KEM KOMANDANKem Badan Beruniform TKRS, Pengakap, BSMM dan Puteri Islam Sekolah Rendah Islam Darulaman 201501/10/2015 HINGGA 02/10/2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Yang Berbahagia Pengarah KRS Institut, Datin Hajah Naimah binti Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Yang BerbahagiaTn. Hj Kamarudin Bin MohamadGuru Besar, Sekolah Rendah Islam Darulaman.

Yang berusaha, Leftenen Kolonel KRS Yusri Bin YusoffKetua Unit Kokurikulum Ipg Kampus Darulaman.

Yang Berusaha, barisan pensyarah dan jurulatih kokurikulum, guru-guru pembimbing, fasilitator-fasilitator semester 6 dan 5 Ipg Kampus Darulaman serta peserta-peserta perkhemahan Unit Uniform Sekolah Rendah Islam Darulaman.

Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadrat Allah dengan izinnya kita dapat bersama-sama pada hari ini dalam Majlis Penutupan Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Islam Darulaman.Sekalung budi dan ucapan terima kasih kepada semua fasilitator dan guru-guru kerana sudi meluangkan masa bersama-sama berkongsi ilmu pengetahuan serta kemahiran kepada para peserta sepanjang perkhemahan unit beruniform ini berlangsung.Untuk pengetahuan semua,Perkhemahan unit beruniform sekolah rendah islam darulaman ini telah berlangsung selama dua hari satu malam yang melibatkan jumlah keseluruhan peserta perkhemahan seramai 199 orang peserta.yang terdiri daripada 99 orang lelaki dan 100 orang perempuan.Statistik peserta perkhemahan unit beruniform pada kali ini melibatkan empat unit beruniform adalah seperti berikut:TKRS 47 orangPuteri Islam 45 orangPengakap 52 orangBSMM - 55 orangTuan-tuan dan puan-puan,Objektif Perkhemahan Unit Beruniform Sekolah Rendah Islam Darulaman adalah untuk1) Melahirkan murid- murid yang memiliki kemahiran asas perkhemahan seperti mendirikan khemah, ikatan tali, bantu mula dan pandu arah2) Meningkatkan motivasi, jati diri dan sifat-sifat kepimpinan.3) Menjadikan murid-murid kompeten dalam segala bidang.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan adalah :1) Kawad Kaki2) Ikatan Tali3) Bantu Mula4) Pandu ArahSemua aktiviti kemahiran ini telah dilakukan dan dikelolakan oleh fasilitator Skim Kenaikan Pangkat Leftenan (SKPL) Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman dan dibantu oleh pembantu fasilitator dari unit Pengakap dan BSMM IPG kampus Darulaman.Di atas komitmen semua fasilitator, semua peserta perkhemahan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan dan dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang diterapkan kepada mereka.Tuan-tuan dan puan-puan-puan,Sepanjang perkhemahan selama 2 hari 1 malam ini1) Peserta-peserta telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang tinggi sepanjang melaksanakan aktiviti-aktiviti kemahiran.2) Peserta juga mempamerkan disiplin yang tinggi dan melaksanakan segala arahan yang diberikan kepada mereka dengan baik.Saya sebagai Komandan Kem bagi perkhemahan unit beruniform ini mewakili semua fasilitator yang terlibat dalam menjayakan Perkhemahan unit beruniform pada kali ini mengucapkan sekalung penghargaan kepada semua pihak terutamnya pihak sekolah keran sudi untuk memilih Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman sebagai lokasi untuk bagi melaksanakan perkhemahan unit beruniform pada kali ini. Diharapkan segala ilmu dan kemahiran yang telah diajarkan kepada para peserta sepanjang sesi perkhemahan pada kali ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta kem.

Kepada semua fasilitator SKPL dan pembantu fasilitator - tahniah diucapkan dan terima kasih kerana berjaya memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam memastikan perjalanan aktiviti berjalan dengan lancar.Saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Datin Hajah Naimah binti Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman atas kesudian hadir untuk menyempurnakan majlis pada hari ini.Sekianassalamualaikum..